Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- 'Detik 12 Malam' Papar Kisah Seram Sebenar
- Enggan Ulas Kontroversi, Hanya Tumpu Kerjaya Shila - ND Lala
- Sertai Uji Bakat 'Kisah Chenta Cornetto' Pada Ahad
- 'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT
- Hans Isaac mahu teruskan jenama Lawak Ke Der
- Kolaborasi Mizz Nina-Jay Park
- Untuk Kamu: Taruhan terbaru
- Gaduh-gaduh manja
- Syafiq julang trofi Pengarah Harapan
- Berpantang tidak bererti berhenti
- Que Haidar menangis dimarah Mamat
- Bunohan bakal monopoli FFM25
- Dua komando maut bertempur
- Peragut parah kena belasah
- Imigresen tahan empat wanita Vietnam
- Unsur lawak jenaka jadi penarik
- Saintis guna teleskop rakam imej pembentukan planet
- Sultan Sulu tidak diiktiraf
- Hotel Panda pertama di dunia
- Kutip botol untuk buat pakaian
- Talaan baharu CR-Z
- Rekod Nissan dicipta selepas 56 tahun beroperasi
- Lancar dan praktikal
- Model pertama guna platform MQB
- Maserati GranTurismo Sport
'Detik 12 Malam' Papar Kisah Seram Sebenar Posted: 01 Mar 2013 04:13 PM PST Pengacaranya, Saiful Azmi Jamsari berkata, program itu bakal menyingkap realiti di sebalik pengalaman yang terpaksa ditempuhi oleh individu dalam mengharungi pekerjaan sukar dan tidak seperti kebiasaan. "Jika anda merasakan pekerjaan anda sangat teruk, sebenarnya ada lagi kerjaya yang lebih hebat daripada itu yang mungkin tidak pernah anda menerusi Detik 12 Malam. "Gerun dan cemas namun itulah realiti yang terpaksa mereka tempuhi demi pekerjaan yang telah mereka pilih," katanya. Bersiaran selama 30 minit, program terbaharu itu akan menemui penonton bermula Ahad ini pada pukul 10.30 malam di TV3. Antara kerjaya yang dipaparkan dalam program tersebut seperti penggali kubur, renjer hutan, pembikin filem atau drama, pemandu teksi dan penjaga rumah api. "Ketika semua orang sedang nyenyak tidur, ada yang baru memulakan pekerjaan. Sebagai penggali kubur, perkara-perkara mistik mahupun paranormal sudah menjadi lumrah buat mereka. "Gangguan seperti ditegur atau anggota badan terasa disentuh adalah asam garam bergelar penggali kubur. Jadi saya ingin merasa sendiri situasi mereka," katanya. | |||||
Enggan Ulas Kontroversi, Hanya Tumpu Kerjaya Shila - ND Lala Posted: 01 Mar 2013 04:12 PM PST Menurutnya, tumpuan kini adalah untuk persiapan menjalani umrah sekeluarga selama dua minggu bermula 7 Mac ini selain persediaan terhadap perkembangan kerjaya Shila ke peringkat antarabangsa. "Saya dinasihatkan tidak mengulas apa-apa tentang perkara itu selagi ia dalam siasatan selepas laporan polis berhubung kes kehilangan Shila tempohari. "Bagi saya biarlah utamakan perkembangan kerjayanya kerana selepas pulang dari Mekah Shila akan terbang ke Shanghai dan menetap disana beberapa bulan," katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat sempena penubuhan Shila Entertainment Berhad, di sini, Jumaat. ND Lala berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemelut antaranya dengan kekasih Shila, Shanaaz Ahmad yang hangat diperkatakan minggu lalu. Terdahulu, ND Lala yang juga pengurus kepada penyanyi tersebut meminta agar media hanya mengemukakan soalan tentang kerjaya seni dan topik lain hanya akan dijawab selepas pulang dari menunaikan umrah. "Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama 6 tahun bersama Shanghai Media Groub (SMG)," katanya. Mengulas mengenai apa yang berlaku, dia berkata, ia adalah satu dugaan terbesar ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada Allah menentukan segalanya. | |||||
Sertai Uji Bakat 'Kisah Chenta Cornetto' Pada Ahad Posted: 01 Mar 2013 04:11 PM PST Ia akan diadakan di Berjaya Times Square dekat sini bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam pada Ahad. Pengurus Jenama Kanan, Ais Krim Wall's, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd, Shawn Tan berkata, ia merupakan tahun kedua rancangan berkenan disiarkan dan kali ini pihaknya memilih tema K-Pop. "Menerusi uji bakat ini kami mencari mereka yang berkebolehan dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan untuk musim kedua rancangan ini. Ia merupakan satu platform kepada mereka yang benar-benar ingin bergelar artis menunjukkan kehebatan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat. Kata Shawn, Cornetto meneruskan projek ini ke musim kedua susulan uji bakat pada tahun lepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia. Tambahnya, menerusi uji bakat itu peserta akan diminta melakukan monolog bebas selama 30 saat serta menari tidak lebih 30 saat dengan membawa cekera padat sendiri. Antara juri yang terlibat untuk mengadili peserta uji bakat adalah pelakon Tony Eusoff, Yasmin Hani, penari Alam dan penyampai radio Shac. | |||||
'Asmara Songsang' Akan Dipentaskan Di IPT Posted: 01 Mar 2013 04:10 PM PST Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan, pendekatan melalui pementasan teater ini merupakan salah satu cara untuk membendung gejala LGBT yang semakin menular terutamanya kepada golongan muda. "Kita akan bawa pementasan ini di IPTA dan IPTS di beberapa negeri dan bandar-bandar besar di seluruh negara. Sebelum ini kita telah melakukan pelbagai cara seperti ceramah dan program motivasi untuk membanteras gejala ini dan teater merupakan salah satu inisiatif baru kita bagi menarik golongan muda menonton. Pementasan itu dilakukan secara percuma selama dua hari bermula Jumaat (semalam). Bagaimanapun, jelas Fuad beberapa aspek perlu diperbaiki terutamanya dari segi dialog dan pendekatan yang digunakan dalam teater tersebut. Sementara itu, pengarah dan penulis skrip, Rahman Adam berkata pementasan di peringkat IPTA dan IPTS memerlukan komitmen yang agak tinggi kepada pelakon-pelakon teater tersebut. "Kita perlu melatih beberapa pelakon lain bagi mengganti pelakon asal jika berlaku hal-hal yang tidak dapat dielakkan. "Kebanyakan pelakon mempunyai komitmen dengan projek lain mereka, jadi saya perlu menyediakan jalan kedua jika mereka tidak dapat mengikuti pementasan tersebut," katanya. Berlatar belakangkan sebuah taman yang menjadi markas sekumpulan remaja yang mengamalkan aktiviti songsang dengan diketuai oleh individu tertentu. Teater ini juga mengisahkan bagaimana pandangan masyarakat setempat dan kebimbangan ibu bapa kawasan tersebut terhadap gejala yang mempengaruhi anak-anak mereka. Pementasan ini membariskan pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Julia Ziegler, Kamal Adli, Radhi Khalid, Razak Ahmad, Najwa P. Ramlee dan Abby Rossidi. | |||||
Hans Isaac mahu teruskan jenama Lawak Ke Der Posted: 01 Mar 2013 04:07 PM PST Lawak Ke Der sudah mempunyai siri pertama dan kedua dalam versi teater dan filem. Menurut Hans, Lawak Ke Der siri akan datang mungkin menggunakan pelakon mengikut maklum balas penonton. "Sudah pasti akan ada Lawak Ke Der ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh. Itu adalah satu 'brand' yang saya buat daripada dulu. "Mungkin pelakon-pelakonnya akan ditukar dalam siri seterusnya, mungkin tidak. Saya tak tahu. Itu terpulang kepada respons penonton," katanya kepada Sinar Harian Online. Filem Lawak Ke Der 2 bakal menemui penonton Khamis depan di 70 pawagam termasuk Singapura dan Brunei. Bercakap soal filemnya yang menggunakan konsep baru itu, Hans berjanji lawak yang disajikan kepada penonton dalam Lawak Ke Der 2 itu tidak dapat ditonton di tempat lain. "Tetapi saya janji, apa yang anda dapat, lawak yang anda dapat di atas pentas ini tidak dapat ditonton di TV... tak dapat di tempat lain. Hanya dalam filem ini," katanya yang mengambil masa sembilan bulan untuk proses suntingan. Lawak pentas yang difilemkan itu menampilkan barisan pelawak terkenal tanah air Jozan, Boboi, Harith Iskander dan Nabil Ahmad di mana masing-masing dengan konsep yang berlainan. Sementara itu, keletah Boboi yang dijayakan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik di awal tayangan berjaya mencuit hati penonton dengan karakter Datin Sardinia dan hantu. Di tengah-tengah persembahan pula, King of Comedy aka 'Halusss', Harith Iskander tampil menggeletek penonton dengan isu semasa antara wanita dan lelaki. Tidak lengkap sekiranya tanpa gandingan serasi Jozan yang membawa konsep dan jalan cerita sendiri yang turut memberi pengajaran kepada penonton. Meski hanya menjadi pengacara, Nabil berjaya menghidupkan suasana dan mencuit hati penonton dengan tarian kuda di awal tayangan. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 04:06 PM PST Setelah mencipta fenomena dengan beberapa lagu popular hasil kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa seperti Colby O' Donis dan Flo Rida menerusi lagu What You Waiting For dan Take Over, kini penyanyi Mizz Nina tampil dengan single terbarunya, Around The World. Apa yang menariknya, menerusi single ini, Mizz Nina sekali lagi membawa namanya ke peringkat antarabangsa dengan kolaborasi bintang besar muzik pop Korea, Jay Park. Lagu Around The World yang dihasilkan oleh komposer terkenal, Cha Cha Malone yang telah bekerja di samping Jay Park sejak tahun 2010 ini dilancarkan Mizz Nina secara rasmi dan ia mula diputarkan di radio tempatan bermula semalam. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 04:05 PM PST Menerusi lagu ini, Lynnzay telah berkolaborasi bersama seorang rapper terbaru yang pernah menjadi anak didik Cat Farish, bernama Joe Farizal atau lebih senang di gelar JF. Menurutnya, lagu baru itu diinspirasikan daripada lagu-lagu RNB yang menjadi kegemarannya dan lagu ini menyampaikan mesej tentang keinginan memiliki cinta seseorang tetapi tidak kesampaian dan hanya mampu di luahkan melalui lagu ini. "Lagu Untuk Kamu ini adalah hasil ciptaan saya sepenuhnya dan pada masa yang sama saya turut menjalinkan kolaborasi bersama komposer muzik berbakat yang digelar TheShakes. "Lynnzay percaya ramai pendengar boleh mengaitkan situasi ini dengan diri mereka kerana lagu ini di tulis berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri," katanya. Muzik video lebih kreatif Bagi menghasilkan sesuatu yang unik, Lynnzay telah mengarahkan sendiri klip videonya dan ia turut dibantu oleh pihak produksi yang dikenali sebagai LA Production. Menerusi klip video yang dipaparkan, Lynnzay telah menyelitkan unsur-unsur tarian dalam setiap babak menjadikannya lebih menarik. "Penghasilan muzik video ini adalah gabungan idea dan pendapat kami bersama publicist berpengaruh, Joe Saiful daripada PRC Music Artist Management. "Dengan kepakaran yang ada, kami berkarya menghasilkan sebuah lagi muzik video yang lebih kreatif berbanding sebelum ini. "Terima kasih saya ucapkan kepada krew yang terlibat dan mengharapkan lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar," ujarnya. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 04:05 PM PST Walaupun sibuk dengan jadual kerja, pemilik syarikat rakaman, KRU Studios ini sempat menyusun satu majlis meraikan ulang tahun perkahwinannya bersama isteri tercinta pada 23 Februari lalu. Bukan sahaja dikejutkan dengan ucapan istimewa menerusi saluran radio, Era FM, malah pelakon filem, Istanbul Aku Datang ini juga menerima lagu khas daripada suaminya berjudul, Selamat Hari Kita. Pertama kali diputarkan secara eksklusif di radio, lagu yang didedikasi kepada Lisa, 26, ini merupakan simbol cinta Yusry, 40, terhadap isterinya dan dibuat khas sempena sambutan ulang tahun tersebut. "Saya memang terkejut dan terharu pada malam itu. Saya tak sangka, dalam kesibukan jadual Yusry, dia sempat menghasilkan lagu sempena ulang tahun kami yang pertama. "Saya dimaklumkan, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Yusry itu mula dicipta sejak bulan Januari lalu. Bagi saya, lagu itu sangat bermakna kerana sebelum ini Yusry tidak pernah cipta lagu untuk saya. "Ia adalah hadiah yang paling bermakna buat saya jika dibandingkan dengan hadiah lain. Pun begitu, kami tak plan nak jadikan lagu ini sebagai single," katanya. Janji Lisa, Yusry Sempena ulang tahun yang pertama itu, baik Lisa mahupun Yusry, kedua-duanya mengharapkan kebahagiaan sepanjang ikatan perkahwinan mereka. Malah, malam itu turut menjadi saksi perjanjian pasangan romantik ini untuk terus bersama dalam melayari bahtera rumah tangga. "Tiada apa yang kami harapkan selain untuk terus melayari hubungan ini bersama. Segala cabaran dan dugaan mendatang akan kami tempuhi bersama. "Alhamdulillah, sepanjang usia perkahwinan ini, saya sangat bahagia bergelar isteri Yusry. Malah, ia berlalu begitu cepat tanpa kami sedari. "Gaduh-gaduh manja, itu adat biasa dalam rumah tangga. Namun, ia tidak pernah berlarutan sehingga membawa pergaduhan besar. Kami lebih mementingkan cara komunikasi dalam menangani apa jua permasalahan," katanya yang bakal muncul dalam telefilem terbaru Astro, Mama Mama Mia. Ingin cahaya mata Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya memasang hasrat untuk memiliki cahaya mata bagi menyerikan lagi keharmonian rumah tangga. Begitu juga dengan pasangan ini. Malah, menurut Lisa, dia sudah bersedia untuk ke fasa yang seterusnya dan bergelar ibu. "Setiap pasangan suami isteri inginkan kehadiran cahaya mata, begitu juga dengan kami. "Namun, buat masa ini, kami belum ada rezeki. Insya-ALLAH, kalau dah ada nanti, kami akan beritahu. "Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga," katanya. | |||||
Syafiq julang trofi Pengarah Harapan Posted: 01 Mar 2013 04:04 PM PST Kini, Syafiq sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila dipilih menerima trofi Pengarah Harapan menerusi garapan filem sulungnya itu dalam Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25). Keputusan juri FFM25 itu dilihat sangat bertepatan. Apatah lagi, idea Syafiq dalam menghasilkan filem pertamanya itu boleh dikategorikan sebagai bijak dan sangat luar biasa jika diukur pada usianya yang masih mentah dalam bidang pengarahan. Ia sekali gus memperlihatkan Syafiq meneruskan kehebatan keluarga Yusof, setelah abangnya menjulang trofi Pengarah Terbaik dalam FFM bagi dua tahun penganjurannya. Malah, bapanya, penerbit dan juga pengarah prolifik terkenal, Datuk Yusof Haslam sememangnya optimis sejak awal lagi Syafiq akan memenangi anugerah tersebut berdasarkan hasil kerja anak muda itu. Menurut Yusof, meskipun optimis kemenangan berpihak kepada anaknya, namun beliau tidak memberitahu perkara tersebut kepada Syafiq. "Sebenarnya, saya optimis Syafiq menang sebab saya lihat hasil kerja dia tapi saya tak maklumkan pada dia mengenai perasaan saya," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-25, malam kelmarin. Kemenangan Syafiq, sekali gus menewaskan pesaing lain dalam kategori sama iaitu Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai), Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura), Goh Aun Hoe (SeeFood) dan Teng Bee (Kepong Gangster). Syafiq terkejut Ditemui media selepas berakhirnya majlis tersebut, Syafiq mengakui, dia amat terkejut memenangi anugerah tersebut biarpun meletakkan sedikit harapan pada mulanya. Katanya, dia menggarap filem tersebut atas dasar tanggungjawab yang diberikan oleh bapanya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. "Syukur, Alhamdulillah. Saya memang tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya hasilkan filem ini atas dasar tanggungjawab dan perkara yang paling saya risaukan, saya akan malukan papa jika hasil kerja saya tidak memuaskan. "Bagi saya sebenarnya, sudah tercalon dalam Top 5 pun, sudah cukup bermakna," katanya yang kelihatan gugup dengan kemenangannya itu. Merasakan karyanya itu masih banyak yang perlu diperbaiki, Syafiq berkata, secara jujurnya, dia belum berpuas hati 100 peratus dengan hasil kerjanya itu. "Secara peribadi, saya melabelkan hasil kerja saya ini dalam standard B. Tahap kepuasan yang saya perolehi pula hanyalah sekadar 70 peratus," ujarnya yang menerima trofi dan hadiah berupa wang tunai RM10,000 atas kemenangannya itu. Dalam perkembangan lain, Syafiq berkata, dia kini dalam proses pembikinan filem keduanya, Abang Long Fadhil, yang digarap daripada filem KL Gangster, mengenai kehidupan Fadhil (Zizan) selepas Malik (Aaron) dimasukkan ke dalam penjara. | |||||
Berpantang tidak bererti berhenti Posted: 01 Mar 2013 03:53 PM PST
DUA bulan selepas melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama Alec Djuara Djoewarsa, Astrid enggan meletakkan dirinya dalam posisi terlalu selesa dan bersantai. Kali terakhir membuat persembahan ketika usia kandungannya lapan bulan sekitar hujung tahun lalu, membuatkan Astrid benar-benar ghairah untuk kembali beraksi di lantai yang menguji keunggulan vokalnya. Kata Astrid atau nama sebenarnya Astrid Sartiasari, 31, sepanjang tempoh kelahiran bayi lelakinya secara pembedahan (caesarean) pada tanggal 24 Disember 2012 lalu, dia mahu kembali ligat mengadakan promosi untuk albumnya yang akan muncul menjelang bulan Mei nanti. "Saya pun kaget apabila sudah kuat untuk bekerja sekarang. Tempoh berpantang biasanya enam bulan. Mungkin kerana terlalu teruja untuk kembali bekerja setelah lama bercuti. "Lagipun, komitmen ini saya harus lunaskan kerana proses pembikinan album ini sudah dibuat sebelum saya melahirkan Alec lagi jadi sekarang sudah sampai masa untuk saya beraksi semula," ujarnya yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Astrid diterbangkan khas oleh Sony Music Entertainment Indonesia untuk sesi promosi single terbaharu berjudul Mendua selain dijemput khas untuk menerima Anugerah Lagu Pilihan Popular pusat karaoke RedBox menerusi lagu Tentang Rasa pada malam Rabu lalu. Mendua Mengulas lanjut mengenai keunikan lagu berentak balada berjudul Mendua yang dilancarkan terlebih dahulu di Indonesia, kata Astrid, pengertian lagu itu lebih menyakitkan berbanding Tentang Rasa. Ia mengenai situasi seorang wanita yang dikhianati dan dicurangi oleh kekasihnya. Dia memberikan cinta sepenuh hati tetapi lelaki itu menduakan dia akhirnya, kata Astrid yang merakamkan lagu tersebut awal tahun lalu.
Lagu Mendua dicipta oleh komposer sama yang menghasilkan lagu Tentang Rasa, Ade Govinda dan merupakan single pertama yang daripada album ketiga Astrid. Lagu itu terpilih untuk menjadi lagu tema drama Diandra yang akan disiarkan di slot Lestary TV3 tidak lama lagi. Sebelum ini lagu Tentang Rasa digunakan sebagai lagu perdana drama Vanilla Coklat. Sementara itu, Astrid mengakui dia perlu mencari formula baharu untuk turut kekal bersaing dalam industri yang semakin pantas berkembang. "Saya tidak boleh berhenti berkarya untuk menjadi yang terbaik dan sekarang sudah banyak sekali persaingan. Saya harus melakukan sesuatu baharu dan mempertahankan yang sudah ada sekarang. "Saya tidak akan berhenti bekerja keras. Kalau ditanya sampai bila, jawapan saya adalah selagi saya masih diinginkan dalam industri dan selagi ada peminat," tuturnya. Keluarga Selain itu, Astrid turut merakamkan sebuah lagu ciptaannya sendiri berjudul Lagu Untuk Anakku ketika mengandung lapan bulan. "Ini lagu pertama yang saya hasilkan sendiri bersama suami untuk anak kami, Alec dan lagu ini saya cipta ketika saya sedang hamil empat bulan. "Lagu ini mengenai kecintaan seorang ibu kepada anaknya yang sama sekali gembira dan teruja dengan adanya dia. Ia ibarat sebuah nasihat kepada anak supaya membesar menjadi insan berguna suatu hari kelak," jelas penyanyi kelahiran Surabaya, Indonesia itu. Astrid tidak meletakkan sebarang halangan untuk anaknya memilih haluan hidup pada masa hadapan dan memberikan peluang sekiranya Alec meminati bidang seni. "Kalau dia mahu jadi penyanyi saya tidak halang, apatah lagi ibunya juga penyanyi. Asalkan rezeki itu halal," tambah Astrid yang tidak keruan berpisah selama tiga hari dari Alec yang ditinggalkannya di Indonesia.
Astrid bagaimanapun belum merancang untuk mendapatkan cahaya mata seterusnya dalam tempoh terdekat namun tetap memberikan prioriti kepada keluarga selain kerjaya. "Kalau dulu, apabila keluar rumah saya tidak perlu bawa banyak barang tapi sekarang perlu pintar merancang perjalanan. Saya tidak boleh terlalu lama meninggalkan Alec kerana dia masih kecil," getus Astrid. | |||||
Que Haidar menangis dimarah Mamat Posted: 01 Mar 2013 03:52 PM PST PENGARAH terkenal, Mamat Khalid yakin filem terbaharunya, Rock Oo: Rimba Bara Kembali (Rock Oo) yang merupakan kesinambungan filem Rock (2005) mampu pecah panggung berikutan kematangannya dalam berkarya dan juga barisan para pelakon yang memberikan persembahan yang mantap. "Dengan izin Tuhan, saya yakin seperti mana filem Rock dahulu, Rock Oo ini juga akan pecah panggung sebab ia diadun dengan lebih serius. Penonton juga dapat saksikan kembali lakonan Que Haidar dan dapat melihat perubahan lakonan Que yang sebelum ini lebih cenderung membawa watak cinta dan ganas, " ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Rock Oo yang diadakan di Cathay Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Mengulas mengenai lakonan Que Haidar, dedah Mamat, pada mulanya dia terkejut dan kecewa dengan mutu lakonan pelakon Harapan Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 itu yang dilabelkannya seperti kayu. Mengetahui lakonan Que Haidar sebelum ini begitu hebat dan berkesan, ulas Mamat, mungkin suami kepada koreografer Linda Jasmine itu menghadapi dilema lakonan kerana sudah dua tahun bersara dalam dunia lakonan. Que Haidar sebelum ini membuat keputusan untuk bersara dari bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan Linda Jasmine. Biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat dan pengkarya filem, Que Haidar nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan dan menjadi tenaga pengajar kelas lakonan. Enggan membiarkan Que Haidar daripada terus larut dalam dilema lakonan, Mamat terpaksa memarahinya sehingga membuatkan pelakon itu menangis. "Saya tertekan bila Mamat marah dan memanggil saya kayu. Saya tidak boleh kena marah. Jadi, akibat terlalu tertekan saya menangis. Dalam kalangan kesemua pelakon Rock Ooo, saya rapat dengan Khir dan saya mengadu padanya serta menyalahkannya kerana memaksa saya kembali berlakon dan menghadapi situasi ini," jelas Que Haidar yang kembali pada dunia lakonan kerana jatuh cinta dengan jalan cerita dan barisan pelakon filem Rock Oo. Terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk peminat melihatnya muncul kembali dalam arena lakonan, membuatkan Que Haidar tertekan dan tidak mampu memberikan lakonan mantapnya sebelum ini dalam filem Rock Oo. Ulas Mamat mengenai perkara itu pula, katanya, Que Haidar sebenarnya berasa rendah diri dan terlalu memikirkan mengenai lakonannya sehingga membuatkan dia tidak dapat menjiwai karakter lakonannya sebagai Amy Mat Piah. "Mujur lakonan 'kayu' Que Haidar cuma bertahan selama beberapa hari sahaja sebelum dia kembali menjadi Que Haidar yang asal," jelas Mamat lagi. Berhubung cabaran lain pula dalam menghasilkan filem Rock Oo, ujar Mamat lagi, dia perlu menjaga keseluruhan aspek seperti pakaian, dialog dan juga visual untuk menghasilkan zaman rock yang popular sekitar tahun 80-an. Ditanya mengenai barisan pelakon-pelakon filem Rock Oo, ujar Mamat lagi, dua watak baharu ditampilkan dalam Rock Oo ialah Slash Haji Tapah, lakonan Pekin Ibrahim dan Mi Black, yang direalisasikan Azmi Black. Kongsi Mamat, walaupun watak lakonan Pekin dan Azmi Black tidak mempunyai banyak dialog tetapi kedua-dua pelakon itu mampu memantapkan lagi jalan cerita filem tersebut bersama pelakon-pelakon yang sedia ada sebelum ini seperti Khir Rahman, Sofi Jikan dan Que Haidar sendiri. Rock Oo mengisahkan mengenai Amy Mat Piah yang berhasrat ingin menyatukan kembali kumpulan rock Rimba Bara yang pernah menjadi kegilaan ramai suatu ketika dahulu. Begitupun, hasratnya untuk membuatkan Rimba Bara menyinar kembali bukan mudah kerana mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran. Filem terbitan bersama Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Naga AVXS Sdn. Bhd. itu yang sudah ditayangkan di pawagam bermula 28 Februari lalu itu turut menampilkan lakonan aktres sensasi, Tasha Shilla. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 03:51 PM PST SETELAH tertangguh sekian lama, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) akhirnya berlangsung. Ia dicetuskan dengan majlis perasmian dan penyampaian sembilan Anugerah Cipta yang berlangsung di The Curve, Petaling Jaya pada 27 Februari lalu. FFM25 bakal diakhiri dengan upacara kemuncaknya pada malam ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya, Selangor dengan menampilkan persaingan untuk merebut sembilan Anugerah Perdana dan empat Anugerah Cipta. Berdasarkan kejayaan filem Bunohan menggondol tiga Anugerah Cipta yang dianggap mampu membantu kemenangan untuk pencalonan-pencalonan utama dalam Anugerah FFM25 iaitu Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik, naskhah arahan Daid Said itu dijangka memonopoli Anugerah Perdana pada acara kemuncak FFM25 pada malam ini yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, Selangor. Ini kerana saingan terdekat Bunohan untuk merebut Anugerah Perdana, khususnya menerusi kategori Filem Terbaik iaitu Ombak Rindu, 29 Februari dan S.A.M sekadar memenangi beberapa Anugerah Cipta yang dianggap kurang kuat dalam membantu untuk menggapai kemenangan pada malam ini. Sebuah lagi filem yang turut dianggap sebagai pencabar terdekat Bunohan iaitu Songlap pula langsung gagal meraih sebarang Anugerah Cipta - kalah menerusi ketiga-tiga kategori penting Anugerah Cipta yang dimenangi Bunohan tersebut. Namun, apa sahaja boleh berlaku dan persoalannya mampukah Songlap tanpa sebarang kemenangan menerusi Anugerah Cipta mengalahkan Bunohan untuk Anugerah Perdana terutamanya bagi kategori utama yang menyaksikan persaingan hebat kedua-dua buah filem iaitu Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik? Bagi kategori lakonan, persaingan paling sengit dilihat dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik antara Bunohan dengan Songlap yang menyaksikan tiga pelakon Bunohan iaitu Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim bersaing dengan Shaheizy Sam yang tercalon menerusi Songlap dan S.A.M. Namun, pilihan Kosmo! jatuh kepada Shaheizy Sam menerusi lakonan hebatnya dalam Songlap biarpun ketiga-tiga Faizal, Zahiril dan Pekin menunjukkan mutu lakonan yang tidak kurang kuat impaknya menerusi Bunohan. Persaingan sengit antara Bunohan dan Songlap juga boleh dilihat dalam kategori-kategori lain untuk Anugerah Perdana iaitu Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik; serta bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Anugerah Cipta. Bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, persaingan sengit dlihat antara Maya Karin (Ombak Rindu) dan Nadiya Nisaa (Jiwa Taiko). Biarpun pilihan Kosmo! lebih kepada Maya, namun Nadiya mampu membuat kejutan dengan memenangi kategori ini. Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Kosmo! memilih Bront Palarae (Jiwa Taiko) dan Normah Damanhuri (Songlap) masing-masing sebagai pemenangnya. Walau apa pun ramalannya, keputusan muktamad FFM25 hanya boleh diketahui pada malam ini. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 03:50 PM PST
LAHAD DATU – Drama pencerobohan kumpulan penceroboh dari Filpina yang berkampung di Kampung Tanduo di sini sejak 18 hari lalu sampai ke kemuncaknya semalam apabila pasukan keselamatan negara bertempur dengan puak pengganas Sultan Sulu itu. Pertempuran berdarah pada pukul 9.59 pagi yang berlaku di kawasan Kampung Tanduo menyebabkan dua komando VAT 69 terkorban, tiga yang lain cedera manakala 12 puak pengganas turut terbunuh. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pertempuran itu berlaku selepas pasukan keselamatan menghampiri Kampung Tanduo untuk meningkatkan kawalan keselamatan sebelum terserempak dengan puak pengganas itu. "Kita telah masuk ke kawasan itu beberapa hari lalu bagi meninjau kawasan yang dikepung dan pagi ini (semalam) pasukan kita sekali lagi membuat tinjauan sama sebelum terserempak dengan puak pengganas. "Puak pengganas itu terus melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan menyebabkan kita terpaksa membalas serangan itu," kata beliau pada sesi taklimat kepada media di sini semalam. Menurut beliau, pertempuran yang mengambil masa 20 hingga 30 minit itu menyebabkan dua anggota keselamatan negara terbunuh, tiga lagi cedera manakala 12 anggota puak pengganas terbunuh. "Kita berjaya mengeluarkan anggota kita yang terbunuh dan cedera dalam pertempuran itu tetapi 12 pengganas yang terkorban masih berada di kawasan kampung," jelas beliau. Hamza memberitahu, dalam pertempuran itu juga, pasukan keselamatan merampas pelbagai senjata dan barangan milik puak penceroboh itu. Antara senjata yang dirampas masing-masing dua laras M16, dua laras raifal semi-auto, dua pucuk pistol, peluru pelancar roket, kelongsong peluru dan beg pakaian. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 03:47 PM PST JOHOR BAHRU - Seorang penagih dadah bukan sahaja kempunan untuk menikmati hasil ragut malah dia cedera parah selepas dibelasah oleh orang ramai yang geram dengan tindakannya meragut beg wanita hamil di Johor Jaya di sini kelmarin. Kejadian pukul 6.15 petang itu menyebabkan suspek berusia 27 tahun tersebut cedera di muka dan anggota badan. Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Roslan Zainuddin, dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Joanne Lee, 20, turut cedera di lutut, badan selain bajunya terkoyak selepas terjatuh akibat diragut. Mangsa dilaporkan masih trauma dengan kejadian itu namun kandungannya yang berusia lapan bulan terselamat. "Suspek cuba melarikan diri hingga ke Jalan Rosmerah di Taman Johor Jaya tidak jauh dari tempat dia meragut namun gagal apabila dikepung dan dibelasah sekumpulan lelaki yang melihat kejadian tersebut. | |||||
Imigresen tahan empat wanita Vietnam Posted: 01 Mar 2013 03:44 PM PST SEREMBAN - Jabatan Imigresen negeri menahan empat wanita warga Vietnam kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri di sebuah rumah di Taman Baiduri di sini semalam. Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, wanita berusia 20 hingga 30-an itu ditahan dalam satu serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam. Katanya, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan rumah berkenaan dijadikan lokasi wanita warga asing berlindung. "Ketika serbuan, kita dapati rumah teres setingkat ini berkunci dan terdapat dua ekor anjing diletakkan di depan rumah. "Kita terpaksa memecah masuk ikut pintu belakang dan pemeriksaan lanjut menjumpai empat wanita warga Vietnam sedang tidur di dalam bilik,"' katanya di sini semalam. Ujarnya lagi, semua wanita tersebut tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan pihaknya menahan mereka untuk siasatan lanjut. "Daripada siasatan awal, kita dapati wanita ini masuk ke negara ini sejak beberapa bulan yang lalu dan kita mengesyaki mereka bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan di beberapa pusat hiburan. | |||||
Unsur lawak jenaka jadi penarik Posted: 01 Mar 2013 03:44 PM PST KUALA LUMPUR - Unsur jenaka di dalam sesebuah filem pendek merupakan antara pendekatan yang mampu menyalurkan mesej kepada penonton. Seorang peserta Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee anjuran Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohd. Zamri Ali Budin, 34, berkata, melalui konsep itu, mesej lebih mudah sampai kepada penonton. "Cuba kita imbas kembali filem-filem Allahyarham P. Ramlee, boleh dikatakan hampir 90 peratus daripada filem lakonannya ialah filem jenaka. "Tetapi dalam gelak, kita masih lagi dapat menerima mesej yang ingin disampaikan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Menurutnya, peminat fanatik filem-filem lakonan seniman agung itu menyebabkannya menyertai pertandingan anjuran Aswara menerusi tiga filem pendek yang berjudul Labu Labi 2013, Madu 3 2013 dan Seniman Bujang Lapok 2013. Sementara itu, setakat semalam, sebanyak 20 penyertaan bagi filem pendek telah diterima pihak Aswara. Penolong Pengarah Perhubungan Korporat dan Antarabangsa Aswara, Wan Hazelinda Mohamed berkata, pihaknya menjangka lebih banyak lagi penyertaan diterima hari ini yang juga hari terakhir penyertaan. "Memang ramai peserta memaklumkan untuk menghantar penyertaan pada hari terakhir," ujarnya. Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee dianjurkan bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang perfileman kreatif setanding dengan filem-filem lakonan seniman agung negara. Tarikh tutup penyertaan filem pendek pada 2 Mac itu menawarkan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM20,000 kepada pemenang tempat pertama, RM15,000 bagi pemenang tempat kedua dan RM10,000 bagi tempat ketiga. Selain daripada tiga hadiah utama, lima hadiah penghargaan yang bernilai RM5,000 turut diberikan kepada peserta. | |||||
Saintis guna teleskop rakam imej pembentukan planet Posted: 01 Mar 2013 03:42 PM PST SANTIAGO - Sepasukan ahli astronomi yang menggunakan teleskop berkuasa tinggi di selatan Chile kelmarin menemui imej pembentukan sebuah planet di sekeliling sebutir bintang. Semasa imej tersebut dirakam, planet itu masih dalam bentuk gas dan debu tebal. Pasukan penyelidik antarabangsa tersebut berkata, gugusan gas dan debu itu menyelubungi bintang dikenali sebagai HD 100546 yang berada pada jarak 335 juta tahun cahaya dari Bumi di Galaksi Bima Sakti. "Sebelum ini, imej pembentukan planet hanya dilakarkan menerusi simulasi komputer," kata ketua pasukan saintis itu dari Universiti ETH Zurich, Sascha Quanz. Menurutnya, beberapa ciri imej tersebut menyokong teori bahawa planet gergasi terbentuk dengan pemampatan saki baki gas dan debu selepas bintang terbentuk. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 03:41 PM PST
MANILA - Kesahihan arahan pemimpin yang dikenali sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' ke Sabah pada 12 Februari lalu dipertikai, menurut akhbar dalam talian ABN News. Ia ekoran beberapa penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada 1990. Media asing dan beberapa sumber di internet sebaliknya menyatakan adiknya, Esmail Kiram II adalah Sultan Sulu yang sah. Berusia 74 tahun, Kiram III mendakwa bahawa beliau ialah ketua kerajaan Kesultanan Islam Sulu sekarang. Kesultanan Sulu mendapat perhatian umum apabila Kiram III menghantar pasukan 'tentera diraja' bagi menuntut Sabah pada 12 Februari lalu. Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang di sini, Presiden Benigno Aquino III menyatakan terdapat kesangsian dalam keturunan kesultanan tersebut. Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris. Justeru, Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III ke atas negeri Sabah di Malaysia. "Kajian ini agak menyeluruh," katanya. Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat. Dalam perkembangan berkaitan, pemerintah Filipina menyatakan tiga orang termasuk dua anggota polis terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dengan kumpulan lelaki bersenjata Filipina tersebut berhubung pertikaian tuntutan ke atas Sabah. Insiden itu berlaku selepas berpuluh-puluh pengikut Kiram III belayar dari selatan Filipina untuk menuntut Sabah. Sebelum ini Kiram III memberitahu, Kesultanan Islam Sulu pernah menguasai sebahagian Pulau Borneo termasuk Sabah selain beberapa gugusan pulau di selatan Filipina. Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez yang memetik kenyataan Duta Malaysia berkata, turut terbunuh dalam pertempuran itu ialah pemilik rumah yang diduduki ketua kumpulan bersenjata tersebut. Namun, katanya, kewarganegaraan pemilik rumah berkenaan tidak dapat dipastikan. "Duta Malaysia juga menyatakan bahawa saki baki kumpulan pengikut Kiram III di Lahad Datu melarikan diri ke arah laut," katanya. Menurutnya, 10 anggota kumpulan Kiram III turut ditangkap. Tambah Hernandez, beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan seorang jurucakap di Manila bagi pihak kumpulan pengikut Kiram yang mendakwa pasukan keselamatan Malaysia menembak mati 10 anggota mereka dan mencederakan empat yang lain. Jelasnya, Manila telah meminta maklum balas rasmi berhubung operasi keselamatan tersebut dari Kuala Lumpur. Tambah jurucakap sama, Duta Malaysia menyatakan kepadanya bahawa konfrontasi itu sudah berakhir. Sementara itu, jurucakap Kiram III, Abraham Idjirani mendakwa penembak-penembak tepat Malaysia telah membunuh 10 pengikut sultan tersebut dan mencederakan empat lagi anggota kumpulan berkenaan. "Saya bercakap dengan ketua kumpulan Kiram melalui telefon sebentar tadi (semalam) dan bertanya berapa pengikutnya yang mati. Dia menjawab 10 orang. Saya menanyakan angka kecederaan dan dia berkata, empat orang," kata Idjirani dalam satu sidang media di kediaman Kiram di sini. Idjirani menegaskan bahawa pengikut-pengikut Kiram III berikrar akan terus berjuang dan tidak akan meninggalkan Sabah. Ketua mereka, Raja Muda Agbimuddin Kiram iaitu adik Kiram III berjaya mengelakkan diri daripada ditangkap dan masih berada di Sabah bersama beberapa pengikutnya untuk terus bertempur, jelas Idjirani. "Ini (pertempuran) baru permulaan," ujarnya. Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara (Sabah) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an. Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Malaysia menyatakan, 12 warga Filipina dan dua anggota polis Malaysia terbunuh dalam insiden semalam. Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk Sabah. Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963. Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 03:40 PM PST SICHUAN - Sebuah hotel bertemakan beruang Panda telah dibuka di bandar ini, di barat daya China pada minggu ini, lapor akhbar Huffington Post. Hotel tersebut dibina untuk menarik kehadiran pelancong asing ke negara itu. Menurut akhbar China Daily, hiasan dalam hotel tersebut dipenuhi dengan beraneka perhiasan yang berkaitan dengan beruang Panda. Hotel tersebut merupakan hotel pertama di dunia menjadikan beruang Panda sebagai tema hiasan dalamannya. "Saya harap semua hiasan dalaman bertemakan beruang Panda ini dapat membantu orang ramai untuk kembali merasai seperti berada di alam semula jadi dan membantu mencapai kebahagiaan yang mudah dan sebenar," kata pengurus hotel tersebut. Hotel berkenaan terletak di kaki Gunung Emei. Laman web Gbtimes.com melaporkan, setiap bilik di hotel itu mengandungi arca beruang Panda. Harga bilik di hotel itu bermula dari 300 (RM182) sehingga 500 yuan (RM305) untuk penginapan selama satu malam. | |||||
Kutip botol untuk buat pakaian Posted: 01 Mar 2013 03:40 PM PST TAIPEI - Kira-kira 40 sukarelawan sanggup meredah timbunan botol plastik terpakai di sebuah kawasan stesen kitar semula di sini untuk diproses menjadi pelbagai barangan yang boleh digunakan semula. Stesen itu dikendalikan oleh kumpulan kebajikan terbesar di Taiwan iaitu Yayasan Tzu Chi. Seorang jurucakap yayasan itu, Chien Tung-yuan berkata, terdapat ratusan sukarelawan yang berkhidmat melakukan pengasingan dan mengitar semula plastik terbuang bersama botol kaca serta kelengkapan elektronik. "Botol plastik tidak mudah terurai walaupun tertanam selama 1,000 tahun. Maka, kami mula mengitar semula dan menggunakan semula barangan terpakai itu bagi mengurangkan sampah dan pencemaran. "Botol kitar semula itu dirawat dan diproses dalam prosedur 13 langkah untuk ditukarkan menjadi tekstil seperti selimut, pakaian dan anak patung," kata Tung-yuan. Yayasan Tzu Chi mempunyai 5,400 stesen kitar semula di seluruh Taiwan dengan dibantu oleh lebih daripada 76,000 sukarelawan. Yayasan itu telah mengagihkan lebih 460,000 selimut yang diperbuat daripada botol plastik sejak tahun 2007 untuk kegunaan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 03:36 PM PST
TANGGAL 3 November 2011 menyaksikan Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) membawa masuk satu lagi kenderaan hibrid bagi pasaran tempatan iaitu CR-Z. Ia merupakan kereta hijau ketiga selepas Insight dan Civic. Produk keluaran Jepun itu turut membuktikan bahawa bukan semua kenderaan mesra alam dicipta dengan rekaan hadapan yang landai dan agak hambar. Bagi Honda Malaysia, CR-Z adalah sebuah kereta hibrid sport. CR-Z versi manual dibawa masuk untuk menemui para pelanggan terlebih dahulu, sebelum diikuti oleh varian transmisi automatik (CVT). Tahun lalu, Honda membuat kejutan apabila menampilkan model naik taraf CR-Z di Indonesia International Motor Show (IIMS) dan disusuli di Paris Motor Show, Perancis. Honda Malaysia tidak mengambil masa lama untuk membawa masuk model naik taraf itu kepada peminat tempatan. Dua varian ditawarkan iaitu automatik (CVT) dan manual. Lazimnya model naik taraf yang diperkenalkan oleh pengeluar kenderaan sekadar mengenakan kit badan atau memasang bampar baharu sahaja. Biarpun itu senario yang lazim berlaku, ada juga model naik taraf melibatkan penukaran beberapa komponen penting. Contoh mudah ialah CR-Z 2013. Pembaharuannya melibatkan dua perkara iaitu kosmetik dan prestasi. "CR-Z baharu akan menawarkan keseronokkan pemanduan kepada peminat kenderaan di Malaysia. Ia kereta ideal untuk mereka yang tahu menilai teknologi termaju, mahu menarik perhatian orang dan mementingkan penjagaan alam sekitar," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno. Individu di sebalik pembangunan CR-Z ialah Norio Tomobe. Selaku Large Project Leader CR-Z, beliau ditugaskan untuk menyerlahkan lagi hibrid sport itu berdasarkan kepada maklum balas yang diterima daripada para pelanggan. Memetik ucapan Tomobe sewaktu pelancaran model hot-hatch itu di Setia Alam, Selangor, beliau memberitahu, konsep pembangunan model naik taraf adalah untuk memantapkan lagi konsep hibrid sport CR-Z. Penambahbaikan luaran membabitkan penggunaan bampar hadapan dan gril baharu. Set lampu hadapan jenis HID pula diadun bersama lampu DRL LED. Lampu belakang membabitkan lampu LED dengan perumah berwarna biru jernih. Tidak lupa juga pengenaan peresap di bahagian belakang. Butang S+ Ruangan kabin diberikan transformasi minimum dengan jahitan benang merah pada kerusi yang disalut material separa kulit. Tambahan lain sekadar stereng dan tuil gear baharu. Ada satu butang Plus Sport (S+) dipasang pada stereng. Ini perkara baharu. S+ merupakan sistem penggalak yang membolehkan anda menikmati pemanduan berprestasi. Bagaimanapun, bateri CR-Z perlu memiliki kadar cas melebihi 50 peratus jika mahu menikmati ledakan kuasa itu. Jika butang itu ditekan sewaktu kereta berada pada kelajuan 100 kilometer sejam (km/j), CR-Z berupaya mencapai kelajuan sehingga 180km/j dalam tempoh tujuh saat. Ledakan kuasa itu ibarat prestasi sebuah kereta dengan enjin tiga liter V6. Menarik? Harus tahu, fungsi S+ akan dimatikan secara automatik andainya sistem komputer mengesan tayar beralih dari kiri ke kanan (atau sebaliknya) apabila membelok secara mendadak, contohnya membuat pusingan U. Ini sebagai langkah keselamatan. Idea untuk mengenakan butang S+ pada CR-Z naik taraf datangnya daripada model BMW (BMW Z4). Tomobe merupakan salah seorang peminat tegar BMW dan mahu menawarkan perasaan berbeza sewaktu memandu sebuah CR-Z. Li-ion Ketika ditanya sama ada S+ bakal dipasang pada model-model Honda hibrid yang lain, Tomobe menyatakan pihaknya tidak ada rancangan untuk perkara itu buat masa sekarang. Pembaharuan kedua membabitkan penggunaan bateri jenis litium-ion (Li-ion). Model sebelumnya mengguna pakai pek bateri jenis logam nikel hidrida (Ni-MH). Bateri itu dibekalkan oleh Blue Energy Co. Ltd. (Blue Energy). Blue Energy merupakan syarikat usaha sama di antara GS Yuasa Corporation dan Honda. Ia berperanan sebagai pengeluar, jualan, selain penyelidikan dan pembangunan bateri Li-ion bagi kegunaan kenderaan hibrid.
Bateri Li-ion sebenarnya lebih banyak menghasilkan haba dan lebih mahal jika dibandingkan dengan bateri Ni-MH. Perkara itu diakui Tomobe dan sebagai penyelesaian, Honda memasang kipas sebagai sistem penyejukan pada bahagian sisi pek-pek bateri berkenaan. "Alat pengesan suhu juga dipasang bagi membolehkan suhu bateri dapat dipantau dan dikawal. Buat masa sekarang, suhu yang ditetap adalah 45 darjah celcius. "Sekiranya suhu melangkaui takat tersebut, keseluruhan sistem bateri (IMA) tidak berfungsi dan hanya akan bertindak menyimpan tenaga serta beroperasi dengan enjin sepenuhnya," jelasnya. Bateri yang mendiami but CR-Z itu tahan air (water resistance) namun bukannya bermaksud kalis air. Pek bateri Li-ion pasti rosak jika ditenggelami air. Bak kata Tomobe, ia bukan macam jam G-Shock yang boleh direndam di dalam air. Standard keselamatan pada CR-Z naik taraf membabitkan dua beg udara kembar SRS hadapan, beg udara langsir tepi dan sisi, sistem pengesanan posisi penumpang, G-CON, VSA, ABS, BA, EBD dan ACE. Honda Malaysia berhasrat mencapai sasaran jualan sebanyak 300 unit sebulan bagi kedua-dua varian itu. Pilihan warna disediakan ialah ungu, putih, kelabu dan merah. Harga atas jalan termasuk insurans bagi varian manual ialah RM119,000 seunit, manakala model automatik dijual pada harga RM123,000 sebuah. Jaminan pula selama lima tahun tanpa had perbatuan. | |||||
Rekod Nissan dicipta selepas 56 tahun beroperasi Posted: 01 Mar 2013 03:36 PM PST EDARAN Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) berjaya merekodkan jualan sebanyak 34,966 unit kenderaan jenama Nissan di Malaysia pada tahun lalu. Angka itu merupakan jualan tertinggi ETCM sejak beroperasi di negara ini kira-kira 56 tahun lalu. Pencapaian tahun 2012 turut membantu jenama Nissan menduduki tangga kedua kategori kenderaan bukan nasional di Malaysia selepas Toyota. Selain itu, jenama Nissan juga menempatkan kedudukan nombor satu dalam Kajian Indeks Kepuasan Jualan Malaysia (SSI) oleh J.D. Power Asia Pacific 2012. "Ketika kami meraikan kejayaan ini, kami tidak akan lupa dengan cabaran-cabaran dalam pasaran dan kehendak daripada para pelanggan yang terus mahukan kualiti produk serta perkhidmatan tanpa kompromi. "Dengan sejarah panjang di negara ini, kami akan terus menawar dan mengujakan pengguna di Malaysia melalui produk-produk, perkhidmatan dan penjagaan berkualiti tinggi yang sinonim dengan kami sejak 56 tahun lalu," kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng pada satu majlis makan tengah hari di Subang, Selangor baru-baru ini. Jelas beliau, pihaknya akan meneruskan sasaran bagi meningkatkan kepuasan para pelanggan menerusi tawaran perkhidmatan dan model-model inovatif dalam pasaran tempatan. Antaranya model naik taraf Nissan Teana 2.5L yang sudah dipasang beberapa ciri termaju dalam kelas tersendiri. Anda kini boleh mengunjungi bilik pameran ETCM di seluruh negara untuk melihat secara dekat model Teana 2.5L 2013 yang telah ditambah baik. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian khidmat pelanggan: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 03:35 PM PST SESI tunggang uji kali ini melibatkan model Suzuki SkyDrive. Skuter itu bagaimanapun bukanlah baru di pasaran tempatan. Jentera jenama Jepun itu telah diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) di Genting Highlands, Pahang. SkyDrive direka dan dibangunkan sepenuhnya di Jepun. Ia mewarisi tradisi kecemerlangan dan teknologi inovatif Suzuki. Kedua-dua aspek itu diadun pada reka bentuk dan prestasi skuter tersebut. Sasaran pelanggannya adalah golongan muda urban dan peminat skuter. Kali pertama memandang SkyDrive, jelas terpapar rekaan yang moden dan futuristik. Set lampu hadapan yang besar dengan reka bentuk tiga dimensi dan garisan badan menguatkan seni rekaannya. Madgad yang melindungi percikan air daripada roda hadapan menjadi pelengkap. Gayaan sebegitu rupa ada rasionalnya. Ia membantu meningkatkan lagi faktor aerodinamik skuter seberat 107 kilogram itu. Perkara itu dirasai sewaktu menunggang. Aliran angin di belah dan disalurkan keluar dengan bantuan garis badan dan keluk pada SkyDrive. SkyDrive dipasang dengan enjin empat lejang silinder tunggal sejukan udara bersesaran 124cc. Untuk pasaran Malaysia, jentera itu hanya didatangkan bersama sistem karburator jenis Mikuni BS 26 berserta transmisi pembolehubah berterusan (CVT). Enjin tersebut dikatakan mampu menghasilkan kuasa 6.9kW @ 7,500rpm, manakala tork tertinggi adalah 9.6Nm @ 6,500rpm. Ada dua cara menghidupkan enjin sama ada menerusi butang pemula atau penendang kaki. Baru-baru ini, saya berpeluang menunggang uji skuter itu. Untuk menghidupkan enjin, tuli brek perlu ditarik terlebih dahulu sebelum menekan butang penghidup. Anda boleh memilih untuk menarik tuli kanan atau kiri untuk tujuan menghidupkan enjin. Ini perbezaan SkyDrive. Lazimnya, hanya tuli kiri berperanan membantu operasi menghidupkan enjin skuter. Tuli kanan tidak menjadi pilihan pengeluar lain kerana ia berkait rapat dengan soal keselamatan. Andainya tongkat tunggal tidak dinaikkan, enjin tetap boleh dihidupkan. Saya mendapati tiada suis untuk mematikan enjin dipasang pada tongkat tunggal SkyDrive. Jadi, sila pastikan tongkat sudah dinaikkan sebelum anda memulakan tunggangan. Deruman bunyi ekzos cukup lembut walapun saya memulas pendikit minyak secara mendadak. Enjin tidak meraung dengan kuat. Hamburan kuasa cukup lancar dan sempurna dengan adanya teknologi kotal gear CVT.
Saya menunggang jentera menyusuri laluan di sekitar ibu negara dan Selangor selama sembilan hari sebagai motosikal kegunaan harian. Sepanjang tempoh itu, saya membuat pengisian minyak petrol sebanyak tiga kali (RM5 setiap pengisian). Saiz tangki minyak ialah empat liter. Pengisian pertama membabitkan kelajuan tunggangan antara 90 kilometer sejam (km/j) sehingga 110kmj. Saya mencatat jarak perjalanan sekitar 68km sahaja. Jarak itu sama seperti menunggang dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di ibu negara ke bandar Seremban, Negeri Sembilan. Ujian kedua dengan nilai isian minyak petrol sama dilakukan untuk tunggangan santai. Saya mencatat perjalanan sehingga 116km dengan mengekalkan kadar kelajuan tunggangan di bawah paras 60kmj. Sepanjang sesi tunggangan saya mendapati suspensi teleskopik untuk tayar hadapan dan penyerap hentak tunggal pada roda belakang menawarkan tahap keselesaan yang masih boleh diterima. Saiz tayar hadapan bersaiz 70/90 dan 80/90 (roda belakang) pada rim berukuran 14 inci sedikit sebanyak membantu meningkat kestabilan ketika menyusuri selekoh. Kelajuan maksimum berjaya diperoleh ialah 110kmj. Keupayaan memberhentikan SkyDrive diserahkan kepada brek cakera hadapan dan gelendong pada roda belakang. Tugas tersebut disifatkan sebagai bersesuaian untuk mengawal hamburan kuasa enjin skuter berkenaan. Satu kekurangan nyata jentera Suzuki ini adalah kapasiti ruang simpanan barang di bawah tempat duduknya. Ia agak terhad. Untuk menyelesaikannya, anda boleh memasang kotak simpanan barang. Ada khabar mengatakan Suzuki Assemblers bakal membawa masuk beberapa model motosikal berkuasa tinggi untuk pasaran Malaysia dalam beberapa bulan akan datang. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikannya nanti. | |||||
Model pertama guna platform MQB Posted: 01 Mar 2013 03:34 PM PST
SAMA ada kita sedar atau tidak, Volkswagen (VW) Golf mempunyai sejarah yang agak panjang di negara ini. Bagi orang lama, mereka sudahpun mengetahui tentang model kompak itu menerusi generasi-generasi awalnya. Golf membuat kemunculan semula dengan ketara menerusi generasi kelima sejak beberapa tahun lalu. Ketika itu, ia menjadi pilihan orang muda yang berduit. Walaupun pada peringkat awalnya ia dibawa masuk oleh grey importer, persona Golf membuatkan orang ramai tidak berfikir panjang untuk memilikinya. Kini, Golf merupakan antara model terlaris yang ditawarkan oleh Volkswagen Group Malaysia (VGM). Selepas sukses dengan Golf generasi keenam yang berada di bilik pameran sekarang, VGM dikatakan bakal tampil dengan dengan Golf generasi ketujuh (Golf VII) tidak lama lagi. Untuk makluman, Golf baharu diperkenalkan kepada dunia pada 4 September 2012, selepas 38 tahun berada di pasaran dan terjual lebih 29 juta unit di seluruh dunia. Model itu benar-benar mendefinisikan semula segmen kereta kecil untuk keluarga. Harus tahu bahawa Golf generasi ketujuh itu merupakan model serba baharu. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi model pertama keluaran VW yang dibina berasaskan platform Modular Transverse Matrix (MQB) atau bahasa Jermannya, Modularer Querbaukasten. Walaupun sudah menjadi salah sebuah pengeluar kenderaan terbesar di dunia, VW tetap memerlukan MQB sebagai salah satu cara paling ekonomikal untuk terus bersaing dalam industri automotif dunia yang semakin sengit. Sinergi teknologi utama MQB bertujuan mengeksplotasi sinergi teknologi-teknologi utama tanpa mengira kelas kenderaan dan jenama yang bernaung di bawah VW. Kesimpulannya, MQB menjadi paksi kepada penghasilan model baharu VW, Audi, Skoda dan Seat selepas ini. Lebih menarik lagi, MQB membolehkan teknologi-teknologi yang biasanya eksklusif untuk jentera mewah diakses oleh model keluaran massa. Ia menyeragamkan banyak parameter komponen kenderaan tanpa mengira kelas atau jenama. MQB merangkumi segmen A0 hingga B. Bagi jenama VW, ia meliputi model seperti Polo, Beetle, Golf, Scirocco, Jetta, Tiguan, Touran, Sharan, Passat dan Volkswagen CC. Pada masa akan datang, semua model tersebut secara teorinya boleh dihasilkan di atas saluran pemasangan yang sama. Di atas platform MQB, Golf baharu dikatakan lebih ringan, selamat, maju, luas, cekap dan lengkap cirinya berbanding Golf sebelumnya. Dilihat secara luarannya, Golf baharu menampilkan gayaan lebih kemas, sporty dan tidak berlebih-lebih. Memang betul, walaupun dimensi tubuh telah bertambah, reka bentuk keseluruhan membuatkan sesiapa sahaja mengenalinya sebagai sebuah Golf.
Menurut Ketua Pereka Bentuk Volkswagen AG, Walter de Silva, salah satu faktor utama kejayaan Golf adalah kesinambungan gayaannya. Satu perkara penting yang perlu anda tahu, Golf itu 100 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya. Justeru, ia 23 peratus lebih cekap dalam aspek penggunaan bahan api. Bahagian kokpit, sudut konsol tengah diarahkan kepada pemandu. Rekaan ergonomik itu membolehkan pemandu lebih mudah untuk mencapai butang kawalan sistem infotaimen dan pendingin hawa. Ruang tersebut juga dihasil agar lebih mewah menerusi penggunaan material berkualiti tinggi. Golf VII dilancarkan bersama dua generasi enjin serba baharu iaitu TSI (EA 211) berkuasa 60PS hingga 150PS dan enjin diesel TDI berkod EA 288 dengan kuasa mencecah 90 hingga 190PS. Untuk pasaran tempatan, enjin yang dibekalkan pastinya enjin petrol TSI yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DSG) tujuh kelajuan. Cuma berapa kuasa PS sahaja yang belum dapat dipastikan. Menyentuh tentang ciri keselamatan pula, Golf menerima penghormatan untuk menjadi model pertama dipasang dengan beberapa sistem bantuan pemanduan yang inovatif. Sebagai contoh, brek multipelanggaran yang belum pun digunakan oleh model mewah lain. Sistem itu berfungsi memberhentikan sepenuhnya kenderaan selepas berlaku pelangaran bagi mengurangkan tenaga kinetik. Sekali gus meminimumkan impak pelanggaran kedua. Selain brek multipelanggaran, Golf turut dilengkapi sistem bantuan lain seperti Adaptive cruise control (ACC), Front Assist, City Emergency Braking, Lane Assist, Park Assist, Sign Assist, Light Assist, pengesan papan tanda, sensor keletihan dan sistem perlindungan penumpang yang proaktif. Soalan seterusnya, berapakah harga hot hatch itu? Saya percaya VGM akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan tanda harga tidak terlalu mahal berbanding model yang digantinya. Untuk menurunkan harga, tidak mustahil akan ada ciri-ciri yang terpaksa ditiadakan. "Sama ada bergerak atau berhenti, Golf seolah-olah dibina dengan material yang lebih kuat berbanding hatch lain di pasaran. Golf bukan lagi sebuah kereta yang anda perlukan, tetapi jentera yang anda mahukan," kata Editor Perunding Top Gear, Paul Horrell. Anda sudah tidak sabar untuk menunggu kehadiran Golf baharu? Saya pun sama. | |||||
Posted: 01 Mar 2013 03:33 PM PST PENGIMPORT dan pengedar tunggal kenderaan jenama Maserati di Malaysia, Naza Italia Sdn. Bhd. (Naza Italia) baru-baru ini menambah satu lagi jentera eksotik dalam pasaran tempatan iaitu Maserati GranTurismo Sport. Model yang dilancarkan di pusat 3S (pameran, jualan dan alat ganti) Maserati di Naza Automall di Petaling Jaya, Selangor itu merupakan jentera yang mewarisi tradisi model GranTurismo, produk paling berjaya dalam sejarah Maserati. Sejak diperkenalkan sewaktu Geneva Motor Show pada tahun 2007, sudah ada kira-kira 15,000 pemilik jentera GranTurismo di seluruh dunia. Varian Sport menjadi pelengkap keluarga GranTurismo apabila ia mengisi kekosongan antara model GranTurismo dan GranTurismo MC Stradale. GranTurismo Sport dipasang enjin V8 4.7 liter dengan dua pilihan transmisi enam kelajuan. Pilihan itu ialah kotak gear automatik (MC Auto Shift) dan electro-actuated (MC Shift). Ia mampu menghasilkan kuasa 460hp @ 7,000rpm dan kuasa kilas setinggi 520Nm @ 4,750rpm. Kelajuan maksimum adalah 300 kilometer sejam (km/j) untuk varian dengan transmisi MC Shift dan 298km/j (MC Auto Shift). Pecutan dari titik pegun ke 100km/j mengambil masa 4.7 saat bagi MC Shift dan 4.8 saat untuk MC Auto Shift. Sistem penyerap hentak aktif model 2+2 tempat duduk itu dinaik taraf dengan menggunakan sistem Sport Skyhook. Keupayaan membrek disandarkan kepada cakera brek jenis berkembar dengan angkup Brembo. Kelainan utama pada model Sport jelas kelihatan menerusi lampu DRL (Daytime Running Lights) LED. Tidak lupa juga penggunaan lampu jenis kluster Xenon pada lampu utamanya. Secara ringkas, rekaan model sport mewah itu mengambil ilham daripada varian GranTurismo MC Stradale. Pada hari pelancaran, Naza Italia sudah menerima dua tempahan untuk model baharu itu. Bayaran tempahan adalah sebanyak RM100,000 seunit. Harga kenderaan sport touring itu bermula RM1.118 juta sebuah. Harga itu tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj-caj lain. Pendek kata, harga asas. Tawaran Maserati dijangka lebih meriah tidak lama lagi apabila ada khabar tiga model baharu bakal memasuki pasaran. Model yang disebut-sebut ialah Quattroporte, Ghibli dan GranCabrio Sport. Ketibaan tiga model itu bakal membantu Maserati menerokai segmen-segmen baharu dan bukannya kepada sport touring semata-mata. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |