Sabtu, 2 Mac 2013

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Pencuri RM50 ribu Lisa Surihani di dakwa, tidak mengaku bersalah

Posted: 28 Feb 2013 07:12 PM PST

Tahniah PDRM kerana menyelesaikan kes ini tidak sampai 6 bulan! Mungkin sebab public figure kot. Kami nak setelkan kes mahkamah pun mahu berbulan-bulan. Heh.

Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas.

Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik Lisa dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan didenda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines