Jumaat, 1 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Anak Tomok Terkini

Posted: 28 Feb 2013 09:29 PM PST

Anak kepada penyanyi dan pelakon Tomok dan isterinya Ayu, Arrianshah Akid kini sudah nak masuk usia 10 bulan. Dalam usia ni, kelihatan Arrianshah Akid agak sihat dan gemuk.

Matanya juga kelihatan 'bulat' sekali. Memang comel lah melihat anak Tomok ni. Sweet..

Gambar Neelofa di Casablanca

Posted: 28 Feb 2013 08:18 PM PST

Gambar di bawah ini adalah gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa ke dalam laman sosialnya yang menunjukkan Neelofa bukan berada di negara Pakistan atau India, tapi di negara Afrika Utara, Casablanca, Morocco.

Dan kelihatan Neelofa memakai tudung dengan separuh menutupi kepalanya. Ini bermaksud dia telah memasuki satu tempat ibadah yakni masjid umat Islam di sana.

Gambar Wawa Zainal Bertudung Kini

Posted: 28 Feb 2013 07:45 PM PST

Pendekatan memakai tudung dikalangan selebriti adalah sudah menjadi kebanggaan kita apabila melihat artis kesayangan kita berubah kepada kebaikkan.

Apatah lagi kalau melihat artis yang comel memakai tudung, pastinya sangat memberikan gambaran suka yang teramat.

Baru-baru ini pelakon manis, Wawa Zainal kelihatan sering memakai  tudung, dan diakui ianya adalah satu peringkat permulaan dalam memakai tudung sebelum mengekalkannya.

Gambar-gambar Wawa bertudung juga sudah banyak dimuatnaik dalam laman sosial miliknya.
"Saya tidak nafikan sekarang ini saya sering bertudung. Saya sedang belajar berubah ke arah kebaikan secara berperingkat. Doakan yang terbaik untuk saya,

"Kalau ada yang ternampak saya memakai tudung di luar, mereka memang tidak salah orang. Saya selalu pakai tudung sekarang ini. Cuma bukan secara kekal. Belum terfikir untuk berubah sepenuhnya. Saya tidak mahu berubah secara drastik, tetapi biarlah berperingkat. Sekarang ini saya mempelajari ilmu agama dengan menghadiri kelas-kelas agama dan juga kelas mengaji Al-Quran. Saya mahu memperbaiki diri,

"Saya dan Aeril Zafrel hanya kawan biasa. Dia tidak pernah cuba mempengaruhi saya dengan apa-apa pun. Saya mahu berubah kerana kehendak diri sendiri. Bukan atas desakan sesiapa. Kesedaran itu muncul dengan sendiri. Sebagai umat Islam, saya rasa bertangungjawab untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya. Saya tidak malu mengaku yang saya tidak fasih mengaji.

"Saya tidak ada masalah (berlakon) hendak bertudung. Kalau Allah sudah buka pintu hati saya, apa salahnya. Lagipun, itu kewajipan kepada wanita Islam. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau dengan bertudung saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon, saya percaya ada rezeki lain untuk saya," Wawa Zainal sumber Gua

Adibah Noor Harap Ada Jodoh Dengan Halim Othman

Posted: 28 Feb 2013 05:37 PM PST

Wah kalau dah jodoh memang tak perlu nak kata apa lagi, mungkin ramai yang tidak menyangka yang penyanyi dan juga deejay radio Suria FM, Adibah Noor tidak menolak jika rakan sejawatnya, Halim Othman adalah jodohnya.

Memang tidak dinafikan kedua-duanya masih lagi single, dan usia mereka juga semakin meningkat dan sudah semestinya peminat mereka berdua ingin melihat mereka mempunyai pasangan hidup.

Adibah tertarik dengan Halim kerana berasa selesa dan mempunyai banyak persamaan dan inilah yang dikatakan oleh Adibah sendiri mengikut portal mStar semalam.
"Jika jodoh saya ditentukan oleh Allah dengan Halim saya terima namun setakat ini hubungan kami profesional sebagai rakan sekerja.

"Bagaimanapun saya selesa bersama Halim kerana kami memahami antara satu sama lain dan berkongsi banyak perkara sama terutama minat terhadap ilmu," -Adibah 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines