Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Kahwin pada tahun 2015
- Pengikut Twitter Lisa Surihani, Zizan & Aaron Lebih 1 Juta
- Lana Nordin bukan 'jual' kontroversi
- Bunohan Rangkul 3 Anugerah Cipta FFM25
- Astrid Raikan Media Selepas Lagu Popular Di Red Box
- Johan Tak Serik Main Bola Selepas Cedera Di Lutut
- Shaheizy Sam Hidupkan Semula Kumpulan Rap M.O.B
- Halim Othman Perkenalkan Tarian 'Halim Shake'
- Mizz Nina Lancar Lagu Bersama Bintang K-Pop, Jay Park
- Julia Perez Diminta Menyerah Diri
- Duit gaji modal judi
- Remaja dituduh miliki dadah
- Bekas kerani bank didakwa keluar wang Lisa Surihani
- Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir RM37,500
- Awal tak kisah Scha, Fahrin bergandingan
- Pelajar kaku depan kabel TNB
- Tak sangka banjir awal tahun
- Tangan aktres Bollywood dicium 137 kali
- Lelaki mati diserang ikan jerung
- Detik-detik belon udara panas meletup
- Watak Robin dimatikan dalam komik Batman
- Kesan psikososial kecantikan gigi
- Gigi kemas tanpa dawai pendakap
- Jana idea dan inovasi tempatan
- REVOLUSI TOSHIBA REGZA LX830
Posted: 28 Feb 2013 03:32 AM PST
SUDAH agak lama cerita mengenai pelakon kacak Shahrizal Jaszle tidak muncul menerusi media selepas kontroversi percintaannya bersama pelakon Miera Liyana yang berakhir sekitar awal tahun lepas. Selepas itu, Shahrizal dilihat seolah-olah cuba melarikan diri daripada pihak media dengan tidak menghadirkan diri pada majlis-majlis hiburan. Menolak anggapan bahawa dia melarikan diri daripada media, ujar Shahrizal, dia sebenarnya terlalu sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama yang kini ada beberapa daripadanya sudah ditayangkan di kaca TV seperti Pelamin Di Pusara dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. "Bukan sebab kes putus cinta saya menyepi dan seolah-olah melarikan diri daripada pihak media. Sebaliknya, saya sibuk dengan penggambaran drama. Drama yang kini sedang ditayangkan di TV3 iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi menuntut saya berada di lokasi selama tiga bulan," jelasnya lagi. Pada bulan Disember lalu, hero filem Azura 2012 itu juga secara tiba-tiba mengejutkan peminat-peminatnya dengan berita pertunangannya bersama seorang bakal doktor bernama Redzwani Puteri, 25. Mengakui keputusannya untuk bertunang dalam usianya yang baru 24 tahun bukan dibuat secara terburu-buru, Shahrizal mengatakan sudah mengenali Redzwani lama dan merasakan gadis itu adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri. Hasrat untuk memperisterikan Redzwani dengan cepat nampaknya tidak kesampaian kerana Shahrizal diberi tempoh selama dua tahun untuk berkahwin dengan tunangnya sekali gus menafikan yang dia dan Redzwani bakal berkahwin pada tahun ini. "Kami masih lagi merancang tarikh perkahwinan. Bukan tahun ini. Insya-Allah pada tahun 2015. Sebabnya, keluarga dia (Redzwani) minta dia habis belajar dulu sebelum berkahwin," jelasnya ketika ditemui pada sesi penggayaan rantai mutiara Rafflesia yang bakal diberikan kepada pemenang-pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia (FFM), di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur.
Ditebak mengenai cabaran bertunang dalam tempoh yang lama, ulas Shahrizal, dia sedia menghadapinya dan tetap mengikut saranan orang tua mereka. Akui Shahrizal, tempoh dua tahun itu juga membolehkan dia dan tunangnya memfokuskan pada kerja dan pelajaran. "Memang kalau ikutkan rasa macam lama sangat tunang selama dua tahun tetapi ia tidak menjadi masalah buat kami kerana saya sibuk dengan berlakon dan dia juga sibuk belajar," ujarnya mengenai tunangnya yang kini mengikuti pengajian ijazah keduanya iaitu perubatan dan pembedahan selepas memperoleh ijazah dalam bidang perubatan sains. Teman baik Mengulas mengenai pertemuannya bersama Redzwani, ujar Shahrizal: "Redzwani sebenarnya merupakan teman baik saya. Saya kenal dia sudah lama. Dia adalah kawan baik saya, malah kami rapat sebab kedua-dua keluarga kami juga saling kenal mengenali antara satu sama lain," tuturnya. Mendedahkan sebab dia menyukai tunangnya itu, kata Shahrizal, ia adalah kerana mereka berkongsi minat yang sama iaitu fotografi. Ujarnya lagi, Redzwani juga seorang yang sangat penyabar dengan kerenahnya dan kesibukannya sebagai seorang pelakon. "Kami mempunyai minat yang sama iaitu suka mengambil gambar. Saya juga memerlukan seorang yang kuat sabar dan dia memang sangat sabar dengan saya malah dia juga pandai membuat kerja rumah serta pandai memasak," puji Shahrizal terhadap Redzwani. Mengulas mengenai tema dan persiapan perkahwinan, ujar Shahrizal, dia dan tunangnya sudah mengatur persiapan perkahwinan sebanyak 20 peratus dan bercadang untuk mengadakan perkahwinan dalam taman.
Cacat Di luar kehidupan peribadinya, Shahrizal memberitahu, akan membawa watak sebagai orang cacat untuk drama slot Azalea di TV3. Mengakui sering membawa watak hero dan baik, jelas Shahrizal, dia ingin versatil dalam lakonan dan mencuba watak-watak yang berlainan pula. Jelas Shahrizal juga, dia kini lebih selektif dalam pemilihan drama dan tidak mahu tangkap muat sebarang drama yang ditawarkan kepadanya. "Saya lebih mementingkan kualiti daripda kuantiti. Saya suka watak yang mencabar untuk menguji lakonan saya daripada main terima segala tawaran yang datang," tegasnya. | |||||
Pengikut Twitter Lisa Surihani, Zizan & Aaron Lebih 1 Juta Posted: 28 Feb 2013 03:31 AM PST Pemantauan mStar Online sehingga pukul 2 petang pada Rabu mendapati pelakon Lisa Surihani yang sebelum ini berada pada tempat teratas mengekalkan kedudukannya apabila mencatatkan 1.17 juta pengikut. Lisa menggunakan nama @LisaSurihani menerusi akaunnya. Pelawak Zizan Razak menerusi akaun @zizanrajalawak pula berada pada kedudukan kedua dengan jumlah pengikutnya seramai 1.12 juta sementara bintang dari Singapura iaitu Aaron Aziz berada pada kedudukan ketiga. Aaron menerusi akaun @Aaron535Aziz mempunyai pengikut seramai 1.01 juta. Pelakon Shaheizy Sam pula menduduki tempat keempat dengan 898,775 pengikut manakala Datuk Siti Nurhaliza berada pada kedudukan kelima seramai 827,633. Bagaimanapun jumlah pengikut itu masih belum berjaya memintas pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu seramai 1.3 juta. Namun, maklum balas positif membuatkannya lebih aktif dalam berkongsi maklumat dan kegiatan harian kepada pengikut Twitter. "Saya mula buka akaun Twitter pada 2009, namun ketika itu tidak pernah terfikir untuk menulis dan berkongsi semua aktiviti saya kepada umum. "Saya juga tidak menjangkakan mendapat lebih sejuta followers seperti hari ini," ujarnya. Jelas Lisa, Twitter menjadi salah satu medium komunikasi antara dia dengan peminat-peminatnya secara tidak langsung. "Saya memang ada satu sesi menjawab soalan peminat, di mana dalam sehari saya akan luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan daripada followers," katanya. Lisa yang mengakui kepentingan media sosial ini mengakui aktif dengan dunia media sosial seperti Facebook, Twitter dan kini Instagram. "Ketika awal menjadi pelakon saya aktif dengan Fan Page Facebook dengan menghantar video-video terkini yang saya rakam khas untuk peminat. "Kini dunia media sosial sibuk dengan Instagram pula, yang mana peminat lebih suka melihat gambar-gambar terbaru kita," katanya. "Jika saya ada masa terluang memang saya akan bertanya khabar dan berborak dengan pengikut-pengikut di Twitter. "Dari situ juga kita boleh tahu tahap penerimaan dan pandangan mereka terhadap kita, sebab di Twitter mereka akan cakap terus sama ada suka atau tidak," katanya. Ujar Zizan, Twitter juga boleh menjadi salah satu medium untuk dia mempromosi sesuatu filem atau aktiviti dilakukannya kepada peminat. "Peminat lebih mudah untuk mengikuti perkembangan saya dari semasa ke semasa, namun begitu apa yang saya perhatikan mereka lebih suka jika saya tulis perkara-perkara yang saya sedang hadapi. Contohnya seperti mengeluh tentang jalan sesak," katanya. Aaron Aziz tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana berada di luar negara. Berikut ini senarai 11 pengikut teramai Twitter artis sehingga 2 petang, 27 Februari 2013. 1. Lisa Surihani – 1,179,061 2. Zizan Razak – 1,126,768 3. Aaron Aziz – 1,014,085 4. Shaheizy Sam – 898,775 5. Datuk Siti Nurhaliza – 827,633 6. Datuk Aznil Nawawi – 695,164 7. Wardina Safiyyah – 659,164 8. Nora Danish – 623,634 9. Irma Hasmie – 601,742 10. Neelofa - 600,768 11. Fazura – 553,286 | |||||
Lana Nordin bukan 'jual' kontroversi Posted: 28 Feb 2013 03:30 AM PST Menerusi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang bakal berlangsung pada 2 Mac ini, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 34, berjaya melayakkan diri dalam Top 5, bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, menerusi filem Chow Kit. Enggan mendabik dada dengan pencalonan itu, anak kelahiran Kuching, Sarawak, ini mengakui tidak mengharapkan apa-apa kemenangan dalam kategori tersebut. "Pertama kali dicalonkan dalam FFM, saya memang terharu, terkejut dan bersyukur. Namun, saya akui, nama-nama lain yang turut dicalonkan jauh lebih hebat daripada saya. "Saya sangat mengagumi mereka dan tentunya harapan untuk menang agak tipis. Pun begitu, saya bersyukur kerana tersenarai dalam kategori ini. Bagi saya, ia sudah cukup membanggakan. "Saya berpuas hati dengan lakonan saya menerusi watak Siah. Pun begitu, saya kecewa kerana tidak semua babak dapat dipertontonkan kerana kekangan masa. Namun, ianya terubat dengan pencalonan ini," katanya yang hadir ketika majlis sidang media pengumuman tarikh FFM25, di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Selain Lana, empat pelakon hebat yang dicalonkan dalam kategori ini termasuklah Fauziah Nawi (Hoore! Hoore!), Normah Damanhuri (Songlap), Lisa Surihani (Ombak Rindu) dan Nabila Huda (Jalan Kembali). Tak layak? Mengakui pemilihan finalis FFM25 bukan diukur daripada populariti seseorang artis, Lana enggan memikirkan tohmahan dan kritikan yang bakal timbul ekoran pencalonan tersebut. "Tidak perlu mempertikaikan pencalonan itu kerana individu yang dipilih bukanlah diukur daripada populariti. Lagipun, tiada unsur 'beli undi' dalam FFM kerana proses penjurian sangat dititikberatkan dan tiada undian. "Saya akui, memang saya tak banyak berlakon filem. Namun, tak semestinya berlakon banyak-banyak, baru layak dapat pencalonan. "Walaupun hanya terlibat dalam satu atau dua filem, jika pelakon itu berjaya membuktikan kemampuan dengan sokongan filem yang bagus dan jalan cerita menarik, apa lagi mahu dipertikaikan?," katanya yang juga digelar Pamela Anderson Malaysia ekoran imej seksinya. Selain filem Chow Kit, Lana juga pernah membintangi filem arahan Afdlin Shauki, Pontinak vs Orang Minyak dan beberapa drama termasuk Gol & Gincu, Astana Idaman 3, Dunia Baru, Mendung Berarak Kelabu, Impian Itu Milik Kita, Kamasutra, Akademi Cinta, Puteri, Cebisan Duka, Aku Juga Perlu Cinta, Kaizer, dan Tidurlah Permaisuri. Ditemani kekasih Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya bersama model kelahiran Republik Czech, Parvel Michalec, 24, kehadiran Lana di sidang media FFM25 turut ditemani kekasihnya itu. Bertanya mengenai tahap hubungannya, Lana mengakui mereka kini dalam proses mengenali antara satu sama lain. Malah, kata Lana, ruang yang ada ketika ini digunakan untuk memperkenalkan budaya dan cara orang Melayu kepada Parvel. "Insya-ALLAH, saya akan ke Czech pada Julai atau Ogos ini. Saya ingin bertemu dengan keluarganya di sana kerana Parvel melakukan perkara yang sama di sini. "Saya telah membawanya berjumpa keluarga saya dan membawa ke set untuk melihat cara kerja saya. Lagipun, keluarga saya menerima Parvel dengan baik. "Pun begitu, kami masih belum bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. Biarlah dia (Parvel) memahami budaya dan agama Islam terlebih dahulu," katanya yang baru sahaja pulang bercuti di Bali bersama Parvel dan lima rakannya yang lain. Lana dan Parvel yang menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu turut berhadapan dengan kontroversi hebat apabila gambar berbikini ketika percutian mereka pada tahun lalu tersebar. Mengakui lebih berhati-hati dalam setiap langkahnya, Lana tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi pada dirinya. "Cukuplah, saya tidak mahu ia berulang lagi. Kini, saya lebih berhati-hati dalam segala perkara," katanya. | |||||
Bunohan Rangkul 3 Anugerah Cipta FFM25 Posted: 28 Feb 2013 03:30 AM PST Filem tersebut membawa pulang anugerah Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik. "Siapa sangka, filem yang kurang mendapat sambutan diiktiraf dalam persada seni negara. "Bagaimanapun saya tidak mengharapkan kemenangan yang besar pada malam kedua FFM25 (Sabtu ini). Kalau ada rezeki, Alhamdulillah," kata pengarah Bunohan, Dain Said. Majlis perasmian dan penyampaian trofi bagi 11 kategori dipertandingkan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang. Dalam pada itu, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Tee Jing Chen menerusi filem Hantu Gangster. Anugerah lain yang disampaikan pada malam tersebut ialah Filem Animasi Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Poster Terbaik, Pereka Kostum Terbaik dan Lagu Tema Terbaik. Pemenang meraih sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM10,000. Malam Anugerah Cipta FFM25 menyenaraikan 11 kategori manakala baki 12 kategori diumumkan pada acara kemuncak Anugerah Perdana yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini. 1. Poster Terbaik: Seafood (Silver Ant Sdn Bhd) 2. Pereka Kostum/Busana: 29 Februari (Hasnan Yaacob) 3. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Hantu Gangster (Tee Jing Chen) 4. Lagu Tema Terbaik: Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman) 5. Penataan Bunyi Terbaik: Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex Studios) 6. Penataan Seni Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said) 7. Pengarah Harapan: SAM (Syafiq Yusof) 8. Filem Pendek Terbaik: Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd) 9. Filem Animasi Terbaik: Ninja Vs Pirate (The One Academy) 10. Skor Muzik Asal Terbaik: Bunohan (Mendiang Yuan Tan Yan Wei, Imaginex Studios) 11. Penggiat Belakang Tabir Terbaik: Lim Kim Hua (pembekal filem) | |||||
Astrid Raikan Media Selepas Lagu Popular Di Red Box Posted: 28 Feb 2013 03:29 AM PST Astrid atau nama sebenarnya, Astrid Sartiasari, 32, berkata, dia teruja dapat berada di Malaysia untuk meraikan wakil media tempatan dalam sebuah majlis yang cukup santai. "Senang dapat kembali lagi ke Malaysia dan bertemu dengan semua wakil media di sini dan bersama-sama meraikan pada malam yang cukup hebat," katanya. Pada malam tersebut, hampir 300 wakil media dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman diraikan dengan pelbagai aktiviti seperti karaoke, permainan berkumpulan dan cabutan bertuah. Astrid sempat menyampaikan dua buah lagu untuk semua tetamu termasuk single popularnya, Tentang Rasa. Dalam pada itu, Astrid turut menerima Anugerah Karaoke Popular 2012 menerusi lagu berkenaan yang tersenarai sebagai 10 lagu berbahasa Malaysia paling popular di pusat karaoke berkenaan. "Trofi ini saya anggap luar biasa kerana pertama kali dinobatkan dengan anugerah sebegini dan saya cukup terharu apabila lagu tersebut menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia," jelasnya yang baru sahaja melahirkan anak sulung pada Disember lalu. Penyanyi itu juga memberitahu, dia sudah bersedia untuk kembali ke pentas hiburan selepas hampir dua berehat daripada sebarang aktiviti nyanyian. Antara lagu lain yang turut diberi penghargaan kerana sering dipilih oleh pengunjung pusat hiburan itu adalah Sudah Cukup sudah nyanyian kumpulan Nirwana, Penerang Hati (Sixth Sense dan Saujana), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira) dan Pelangi Senja (Stacy). Turut menerima penghargaan ialah Bawaku Pergi (Zizan dan Kaka), Sesal Mendua (Klangit), Lelaki Seperti Aku (Alif Satar), Ku Akui (Hafiz) dan Andai Ku Bercinta Lagi (Mojo). Red Box turut menyampaikan 10 anugerah bagi kategori lagu berbahasa Inggeris yang mendapat sambutan iaitu Set Fire to the Rain (Adele), What Makes You Beautiful (One Direction), Payphone (Maroon 5) dan We Are Young (Fun Feat Janelle Monae). Turut tersenarai Stronger (Kelly Clarkson), Glad You Came (The Wanted), I Won't Give Up (Jason Mraz), Drive By (Train), Somebody That I Used To Know (Gotye Feat Kimbara) dan Titanium (David Guetta Feat Sia). Trofi disampaikan oleh Pengarah Urusan Red Box, Valerie Choo. Dalam perkembangan lain, Valerie turut melancarkan tabung We Care iaitu sebuah projek amal yang membantu mengumpul dana untuk tabung kebajikan Utusan Karya Sdn Bhd. Melalui beg amal We Care yang dijual di semua rangkaian Red Box pada harga RM25, RM10 akan didermakan kepada dana tersebut. | |||||
Johan Tak Serik Main Bola Selepas Cedera Di Lutut Posted: 28 Feb 2013 03:28 AM PST Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim Mohd Aziz, 29, yang menjalani pembedahan pada 29 Disember lalu berkata, kecederaannya itu bukanlah satu alasan untuk dia meninggalkan sukan tersebut sebaliknya membakar lagi semangat diri untuk kembali beraksi di padang bersama rakan-rakan. "Saya tak pernah serik sebaliknya mahu lutut saya sembuh secepat mungkin agar dapat kembali bermain bola. "Permainan sukan ini adalah minat dan ia sudah sebati dengan jiwa saya. Cuma saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang kecederaan seperti ini tidak berulang lagi, insya-Allah. "Dan saya akan kembali aktif bermain bola sepak selepas habis rawatan fisioterapi dalam masa beberapa bulan lagi," katanya. Tambah penyampai radio Era FM ini, dia juga sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya agar lebih seimbang apabila bermain bola sepak nanti. Difahamkan, kecederaan yang dialami Johan berpunca selepas dia bermain futsal pada malam sebelum Konsert Maharaja Lawak Mega 2012 berlangsung tahun lalu. Sementara itu, Johan kini bahagia apabila dia dan isterinya Rozlinawaty Ismail, 32, (Ozlyn Wati) baru sahaja menerima anak kedua (enggan nama didedahkan) yang kini berusia dua bulan. "Alhamdulillah, ini sebuah rezeki yang diberikan kepada keluarga saya. Macam biasa, walaupun masyarakat melihat saya sebagai pelawak tetapi di rumah saya seorang yang sangat tegas kepada anak-anak," tuturnya. Johan mendirikan rumah tangga dengan Ozlyn pada 25 Julai 2009. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Sodiq Hainana yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Johan bakal muncul bersama Zizan Razak (Jozan) menerusi filem Lawak Ke Der 2 yang bakal menemui penonton di 70 pawagam di seluruh negara bermula 7 Mac depan. Lawak Ke Der 2 diambil daripada pementasan Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya (IB) pada tahun lalu dan dipadatkan dengan lawak-lawak terbaik yang dipersembahkan oleh kumpulan Boboi, Jozan, Harith Iskander dan Nabil. | |||||
Shaheizy Sam Hidupkan Semula Kumpulan Rap M.O.B Posted: 28 Feb 2013 03:27 AM PST Menurut Sam, dia bersama tiga anggota kumpulan yang lain iaitu Syed Hussein @ Sein, Shear Khan dan Haziman Ramli kini sudah pun merakam semula tiga buah lagu lama kumpulan tersebut. "Sudah lama kami berbincang untuk aktifkan kembali kumpulan M.O.B ini tapi masa saya yang tidak mengizinkan. Jadi tahun ini saya nekad untuk kurangkan sedikit aktiviti lakonan. "Kalau diikutkan antara nyanyian dan lakonan sudah tentu jiwa saya kuat kepada bidang nyanyian sejak dari kecil lagi," katanya kepada mStar Online. Jelas Sam, dalam album tersebut juga nanti dia akan tampil dengan sebuah lagu duet bersama kakaknya, Zizie Ezzete iaitu Bicara Cinta. "Saya tidak merajuk, cuma saya rasa sudah sampai masa untuk saya untuk kembali semula dalam industri muzik pula. "Ini semua kerana minat yang mendalam, lagi pula saya rasa beberapa tahun ini saya sudah terlalu sibuk dengan berlakon dan kumpul duit," katanya. Sam juga menganggap kemunculan semulanya dalam industri muzik tanah air adalah sebagai penyeri dan tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan rap tanah air. "Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi kerana projek ini hanyalah suka-suka dan sekadar melepaskan rindu saya dalam nyanyian," katanya. Dalam pada itu, Sam bakal muncul dengan tiga buah filem pada tahun ini iaitu Kisah Paling Gengster, Dua Kalimah dan Adnan Sempit 2. | |||||
Halim Othman Perkenalkan Tarian 'Halim Shake' Posted: 28 Feb 2013 03:26 AM PST Tidak terlepas terkena demam Harlem Shake, penyampai radio Suria FM, Halim Othman turut mempunyi tarian Harlem Shakenya tersendiri yang digelar Halim Shake. Halim bersama beberapa rakan deejay (DJ) dari Red FM menghiburkan pengunjung termasuk Timbalan Pengerusi Eksekutif The Star, Datuk Vincent Lee di lobi Menara Star pada Rabu. Menurut Halim, pada awalnya dia telah dipaksa oleh DJ Red FM, Lil Kev dan JJ yang mana telah bertanggungjawab memuat naik video asal mereka Halim Shake di Youtube yang berdurasi 1.08 minit. "Satu hari mereka berdua telah meletakkan kamera di depan saya dan meminta saya untuk menari seperti seperti Tan Sri SM Salim dalam lagu Apa Dah Jadi, jadi saya hanya menari mengikut apa yang saya tahu sahaja," katanya. Berikut adalah pautan kepada video Halim Shake yang dimuat naik di YouTube baru-baru ini: http://youtu.be/jz2YL8fcnNU Halim memberitahu pergerakan tarian yang dilakukannya cukup mudah, namun apa yang sukar kerana dia tidak pandai menari. Sementara itu, DJ Lil Kev berkata idea dan konsep asal koreografi untuk tarian Halim Shake ini adalah daripada anaknya. Dia berpendapat Halim Shake akan lebih mudah diterima dalam budaya masyarakat di Malaysia dan lebih bersopan santun. "Ini adalah 100 peratus Malaysia, ia mudah diterima masyarakat kita, ditambah pula Halim Othman merupakan seorang ikon radio," katanya. Kumpulan tarian Halim Shake terdiri daripada kakitangan kumpulan radio The Star, termasuk Suria FM, Red FM, 98.8 FM dan Capital FM. Tarian Shake Harlem, yang muncul di YouTube awal bulan ini, adalah hasil kerja TheSunnyCoastSkate iaitu sekumpulan pemain papan luncur dari Queensland Australia, yang melakukan tarian spontan apabila hujan menghalang aktiviti luar mereka. Harlem Shake dikatakan sebagai pencabar kepada video Gangnam Style dari artis Korea Selatan, Psy, yang telah memecah rekod satu bilion tontonan di YouTube. | |||||
Mizz Nina Lancar Lagu Bersama Bintang K-Pop, Jay Park Posted: 28 Feb 2013 03:25 AM PST Mizz Nina berkata, dia sangat teruja dengan kolaborasi menerusi lagu Around The World itu dan berharap ia akan mendapat sambutan baik daripada peminat. "Jay sangat berbakat besar dan peluang bekerjasama dengannya adalah sesuatu di luar jangkaan dan saya cukup teruja," katanya. Single berkenaan diterbitkan oleh b-boy dan Cha Cha Malone, yang pernah menerbitkan lagu seperti Bestie dan Speechless untuk Jay. Dalam pada itu, Mizz Nina berkata, dia juga bertuah apabila dapat merakamkan muzik video lagu itu di Seoul, Korea Selatan, arahan pengarah terkenal, Namil Cho. Bercakap mengenai lagu berkenaan, katanya, proses rakaman Around The World dilakukan secara berasingan sejak Disember tahun lalu. "Saya rakamkan bahagian terlebih dahulu di Malaysia sebelum proses vokal Jay dibuat di Seoul namun hasilnya cukup baik dan sesuai dengan cita rasa peminat," jelasnya. Selain bakal disiarkan di radio, Around The World juga boleh di muat naik menerusi www.aroundtheworld.alturl.com. | |||||
Julia Perez Diminta Menyerah Diri Posted: 28 Feb 2013 03:25 AM PST Penyanyi dangdut yang juga pelakon penuh kontroversi ini, didapati gagal memenuhi arahan pejabat pendakwa raya itu pada 14 Feb dan 25 Februari lepas. Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan rakan artis, Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010. Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan adegan pergaduhan dalam filem seram itu. Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Timur telah memberi amaran akan bertindak lebih tegas jika keadaan memaksa, untuk memastikan Jupe menjalani hukuman penjara itu. Sementara itu Dewi Persik, yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana peranannya dalam pergaduhan itu, belum menjalani hukumannya. | |||||
Posted: 28 Feb 2013 03:21 AM PST Bagaimanapun, kelekaan empat lelaki tersebut berakhir apabila anggota Jabatan Imigresen menyerang premis berkenaan pada operasi yang dijalankan jam 1 pagi semalam. Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata ketika serbuan dijalankan, pendatang asing terbabit sedang sibuk mengadakan pertaruhan judi di premis tersebut. Menurutnya, menerusi maklumat yang diperoleh daripada orang awam, premis berkenaan menawarkan pelbagai jenis bentuk judi komputer kepada pelanggan. Katanya, hasil serbuan yang dijalankan bersama 27 anggotanya, seramai empat lelaki warganegara Bangladesh berusia 24 hingga 30 tahun berjaya diberkas. "Hasil pemeriksaan mendapati keempat-empat lelaki Bangledesh itu tidak mempunyai dokumen sah memasuki negara ini. "Selain itu, seorang suspek turut ditahan dipercayai turut bekerja sebagai penjaga di premis mesin judi itu," katanya. Dalam perkembangan sama, Irwan berkata, mereka turut menjalankan operasi dan pemeriksaan di beberapa rumah kongsi di Taman Sazali dan tapak pembinaan di Klebang Impian bermula jam 10 malam kelmarin hingga jam 2 pagi semalam. Menurutnya, seramai 24 lelaki warga Myanmar, Indonesia dan Bangladesh berjaya ditahan dalam serbuan itu. "Manakala, enam wanita warga Indonesia turut diberkas bersama dua kanak-kanak berusia satu dan empat tahun. "Ketika serbuan dilakukan, ramai antara pendatang warga asing yang mendiami kawasan rumah kongsi itu cuba melarikan diri ke kawasan semak berhampiran namun berjaya diberkas. "Kesemua yang ditahan telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal di negara ini tanpa pas yang sah. "Sehubungan itu, operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kemasukan pendatang haram dapat dibendung sepenuhnya pada masa hadapan," katanya. | |||||
Posted: 28 Feb 2013 03:20 AM PST Dia berasal dari sebuah kampung di sini melakukan kesalahan itu di stesen minyak Shell Baling kira-kira jam 12.30 tengah malam, 18 Januari lalu. Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akma Mohd Razi memohon mahkamah melanjutkan tempoh pertuduhan bagi menunggu laporan kimia. Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 April untuk sebutan semula kes dan pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) Akta sama. Sementara itu, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikenakan Bon Jaminan Berkelakuan Baik (BJBB) selama setahun dengan seorang penjamin, selain membayar cagaran RM1,000 dan membayar kos pendakwaan RM2,000. Mohamad Shazwan Afzal Mohd Rizuan dari Desa Keda Kemangi dijatuhi hukuman itu selepas melakukan kesalahan mengikut Sekyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (akta 333) kerana menunggang motosikal secara berbahaya. Dia melakukan kesalahan itu di kawasan lampu isyarat biliion, batu 42, Baling antara jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi pada 1 Januari lalu. Dia mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan Jurubahasa Mahkamah di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizzudin Ramli. Tertuduh ditahan semasa Operasi Ambang Tahun Baru 2013 oleh Unit Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Baling. | |||||
Bekas kerani bank didakwa keluar wang Lisa Surihani Posted: 28 Feb 2013 03:15 AM PST Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, 62, dari akaun bersama mereka. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama. Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda. Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dan tertuduh tidak diwakili peguam. | |||||
Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir RM37,500 Posted: 28 Feb 2013 03:13 AM PST Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya. Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura. "Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang kena pulangkan, kalau boleh beri pada pemiliknya. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu. Ketika itu saya sedang membeli surat khabar berhampiran sebuah pasar raya yang terletak di Taman Soga. "Saya menaiki basikal dari rumah yang terletak berhampiran pasar raya itu sebelum ternampak seorang wanita sedang menaiki kereta jenis Nissan berwarna hitam dan beg tangannya berada di atas bumbung kereta. "Saya percaya wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari beg tangannya berada di atas bumbung kereta sebelum dia terus menggerakkan kenderaannya dan berlalu dari situ," katanya kepada Sinar Harian. Amir berkata, sebaik beg tangan wanita itu terjatuh, dia segera bertindak mengambil beg tangan berkenaan dan terus memeriksa kandungannya seterusnya mendapati satu sampul surat mengandungi wang tunai Singapura, dokumen pengenalan diri dan seutas jam tangan. "Ketika memeriksa beg berkenaan, saya mendapati terdapat satu sampul surat yang mengandungi wang tunai dollar Singapura selain pasport dan seutas jam tangan dipercayai milik wanita terbabit. "Saya terus mengayuh basikal mengejar kereta berkenaan untuk memulangkan semula beg tangan miliknya. Alhamdulillah saya dapat mengejarnya ketika di simpang jalan seterusnya memulangkan kembali beg terbabit," katanya. Beliau berkata, terharu dengan keikhlasannya, wanita terbabit beberapa kali mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sejumlah wang sebagai sagu hati kepadanya. "Saya tidak menerima wang berkenaan kerana teringat pesanan daripada ibu dan ayah yang kerap kali menasihati saya untuk tidak menerima apa-apa pemberian daripada orang yang tidak dikenali. Wanita itu bertanya beberapa maklumat diri saya antaranya alamat sekolah sebelum dia berlalu pergi dan saya terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada ibu dan ayah. "Emak puji tindakan yang saya lakukan dan menasihati saya untuk meneruskan sikap sebegini pada masa akan datang," katanya. Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato' Syed Esa, Mohd Taat Kasran berkata, sikap yang ditunjukkan pelajar sekolahnya yang bertindak jujur memulangkan semula wang dan beg tangan berkenaan sangat dipuji. "Wanita terbabit menghubungi pihak sekolah beberapa hari selepas kejadian bagi memaklumkan berhubung keikhlasan Amir yang sanggup memulangkan wang miliknya sebanyak S$15,000 (RM37,500). "Kami seluruh warga sekolah sangat berbangga dengan tindakan Amir yang diharap dicontohi pelajar lain bukan saja di sekolah ini, tetapi di sekolah lain di seluruh negara. Sebagai penghargaan, pihak sekolah beri sijil kepada Amir bagi menghargai tindakannya," katanya. | |||||
Awal tak kisah Scha, Fahrin bergandingan Posted: 28 Feb 2013 03:09 AM PST SEJAK putus cinta hampir empat tahun lalu, pelakon cantik Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 30, tidak pernah lagi bergandingan bersama pelakon bertubuh sasa, Fahrin Ahmad dalam produksi filem yang sama. Sebelum ini mereka pernah bergandingan bersama sebagai hos program Sehati Berdansa bersama-sama suami Scha iaitu Awal Ashaari. Bagaimanapun Scha yang ditemui Kosmo! pada majlis menandatangani kontrak pelantikan sebagai duta produk kecantikan SNE Marketing di Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui dia bakal berlakon buat julung-julung kalinya bersama Fahrin. Scha dan Fahrin bakal ke set penggambaran drama untuk slot Cerekarama, TV3, berjudul Lady Gagah. Apakah cerita sebenarnya dan ikuti luahan hati Scha yang mengakui tiada masa bermesra bersama suaminya kerana kesibukan dirinya sebagai pelakon, pengacara dan juga duta produk. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Scha yang kelihatan cukup anggun pada majlis yang turut dihadiri pengarah urusan SNE Marketing, Datuk Seri Barry Cheng Teik dan seorang lagi duta SNE Marketing, Chris Tong Bing Yu. Kosmo!: Apakah reaksi Scha apabila diberitahu bakal berlakon di samping Fahrin? SCHA: Mula-mula bila diberitahu bakal berlakon bersama Fahrin, mulut saya terus cakap 'Alamak'. Kenapakah reaksi Scha begitu sekali? Scha tidak sudikah berlakon bersama Fahrin? Itu reaksi spontan saya. Sebenarnya, saya tidak ada masalah berlakon bersama dia (Fahrin). Bilakah penggambaran drama tersebut bermula? Insya-Allah penggambaran drama Lady Gagah itu akan bermula hujung bulan Mac ini. Apakah watak yang akan dibawa Scha dan Fahrin? Adakah sebagai pasangan kekasih? Tidak. Saya akan bawa watak sebagai adik kepada Rozita Che Wan sebagai pelakon utama Lady Gagah manakala Fahrin akan bawa watak lelaki yang gagah. Adakah ini drama gandingan pertama kali anda dengan Fahrin? Sebelum ini kami juga ada ditawarkan berlakon filem yang sama tetapi projek itu tidak menjadi. Bagaimanakah reaksi Awal apabila mendapat tahu Scha bakal berlakon bersama Fahrin? Awal tak kisah. Dia tidak pernah melarang saya untuk berlakon atau mengacara bersama Fahrin. Selain drama Lady Gagah, apakah perkembangan terbaharu mengenai Scha? Saya baru habis penggambaran drama Jodoh di Astro Ria. Sekarang ini, saya sedang menjalani penggambaran telemovie Hero Malaya untuk Astro Warna. Kemudiannya, saya bakal ke set penggambaran Lady Gagah. Pada setiap minggu pula, saya akan mengacarakan Muzik-Muzik. Tahun ini juga dua buah filem saya akan ditayangkan iaitu Awan Dania The Movie pada bulan Mac dan juga filem Papadom 2 juga bakal menyusul di pawagam. Scha juga baru sahaja dilantik sebagai duta produk kecantikan SNE Marketing. Berapa lamakah kontrak Scha sebagai duta produk kecantikan itu? Saya sudah ikat kontrak sebagai duta produk ini tiga bulan lalu untuk tempoh selama setahun. Sebenarnya, saya lebih kepada duta untuk produk SNE iaitu Beutskin Essence. Bagaimanakah pula tugas anda sebagai duta produk kecantikan Bio Essence, adakah sudah tamat? Tidak. Saya masih duta Bio Essence dan bakal disambung untuk setahun lagi. Saya sudah menjadi duta produk itu selama empat tahun. Saya juga sambung kontrak setahun lagi untuk produk Avon. Tidak timbul masalahkah apabila Scha menjadi duta untuk dua produk kecantikan yang berlainan? Produk Bio Essence lebih kepada penjagaan kulit manakala SNE lebih kepada penjagaan dalaman untuk tenaga dan kecergasan minda. Berapa lamakah Scha sudah menggunakan produk ini dan apakah perbezaan yang dialami? Saya diberi percubaan selama tiga bulan untuk makan produk ini dan melihat keberkesanannya. Alhamdulillah, selepas enam bulan makan, saya lebih bertenaga dan tidak lagi rasa letih dan mengantuk biarpun sepanjang hari di set penggambaran. Bagaimanakah Scha membahagikan masa berlakon, mengacara, menjadi duta dan tugas sebagai isteri? Saya akui terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk bermesra bersama Awal. Saya cuma dapat bercakap selama 10 minit sahaja dengan Awal sebelum tidur. Bila bangun pagi, dia atau saya sudah keluar bekerja. Bagaimanakah perancangan untuk menambah ahli keluarga jika anda berdua terlalu sibuk? Kami tidak merancang. Jadi kami tidak terlalu mencuba untuk mendapatkan anak. | |||||
Posted: 28 Feb 2013 03:04 AM PST KLANG - Seorang pelajar tingkatan tiga maut akibat terkena renjatan elektrik sebuah kotak kabel pembekal elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah Kapar di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 1 petang, mangsa Mohd. Amirul Syafiq Halim, 15, disahkan meninggal dunia ketika dibawa oleh anggota polis untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kapar di sini. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. Difahamkan, mangsa terkena renjatan elektrik ketika melintasi kotak kabel pembekal elektrik terbuka yang ditempatkan di satu lokasi lapang di depan sekolah itu. Sebaik terkena renjatan elektrik, mangsa dikatakan berdiri kaku sebelum anggota polis membantu menghantar mangsa ke klinik. Kejadian itu berlaku sebaik mangsa habis sekolah dan dalam perjalanan ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Kapar yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian. Bapa mangsa, Halim Mohd. Ismail, 38, berkata, dia menerima berita sedih mengenai anak sulung daripada empat beradik itu pada pukul 1.20 petang sebelum bergegas ke klinik tersebut. | |||||
Posted: 28 Feb 2013 03:02 AM PST KUALA TERENGGANU - Banjir yang berlaku kali ini tidak dijangka kerana kebiasaannya ia melanda pada hujung tahun dan bukan awal tahun seperti sekarang. Akibatnya, ramai mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda. Salah seorang mangsa, Norihan Alias, 28, berkata, dia baru sahaja meletakkan semula barang-barang yang diangkut semasa banjir tahun lalu dan kini banjir datang lagi. "Sekarang pun sudah hampir Mac dan ikut kebiasaan tidak akan berlaku banjir tetapi rupanya-rupanya kami silap," katanya yang tinggal di Kampung Buluh Hulu, Permaisuri, Setiu semalam. Jelasnya, air naik secara mendadak dalam tempoh kira-kira sejam awal pagi kelmarin menyebabkan ibu tunggal itu hanya sempat menyelamatkan beberapa barang berharga bersama tiga anaknya yang berusia lapan hingga empat tahun. Sementara itu, Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara memaklumkan, sehingga pukul 3.30 petang semalam, mangsa banjir di Terengganu meningkat 3,703 orang dan ditempatkan di 52 pusat pemindahan di empat daerah. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Hashim Mohd. Zain ketika dihubungi pula memberitahu, jumlah sekolah yang terpaksa ditutup meningkat kepada 27 buah berbanding sembilan buah sekolah kelmarin. | |||||
Tangan aktres Bollywood dicium 137 kali Posted: 28 Feb 2013 03:00 AM PST NEW DELHI - Tangan aktres dari Pakistan, Veena Malik dicium sebanyak 137 kali dalam tempoh 60 saat oleh sejumlah lelaki, lapor portal berita Indian Express semalam. Veena juga dilaporkan memecahkan rekod Guinness World Records bagi kategori menerima ciuman paling banyak di dunia. Dia mengatasi rekod aktor terkenal Bollywood, Salman Khan yang pernah menerima ciuman sebanyak 108 kali oleh kanak-kanak dalam tempoh sama. "Saya berjaya menewaskan rekod 108 ciuman yang diterima Salman dengan memperoleh 137 ciuman dalam tempoh seminit," katanya. Veena atau nama sebenarnya, Zahida Malik dicium oleh para peserta sebuah rancangan realiti televisyen sempena sambutan kelahirannya yang ke-29 kelmarin. Dia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan majalah FHM versi India. | |||||
Lelaki mati diserang ikan jerung Posted: 28 Feb 2013 02:59 AM PST WELLINGTON, New Zealand - Seorang lelaki terbunuh dalam satu serangan ikan jerung yang jarang berlaku di Pantai Muriwai, 40 kilometer dari barat bandar raya ini semalam. Beberapa pegawai berkata, anggota polis melepaskan tembakan dari sebuah bot sebagai cara untuk 'memaksa' haiwan itu melepaskan mayat si mangsa yang digigitnya. Saksi-saksi menyatakan, lelaki berusia 47 tahun itu berenang kira-kira 100 meter dari kawasan pantai semasa dia diserang. Ia merupakan serangan ikan jerung pertama ke atas manusia di negara ini dalam tempoh lebih 35 tahun. Darah dapat dilihat di permukaan laut manakala sejumlah perenang termasuk sekumpulan pelajar bergegas menyelamatkan diri ke pantai selepas mereka mendengar jeritan tentang kehadiran ikan jerung. Seorang anggota penyelamat sukarelawan, Tim Jago berkata, ikan jerung itu amat besar kerana ia berukuran empat meter. Menurutnya, haiwan itu dipercayai ikan jerung putih seperti yang digambarkan dalam filem Jaws arahan Steven Spielberg pada tahun 1975. Dia berkata, mulut ikan tersebut masih menggigit mayat mangsa apabila polis tiba. Jago memberitahu, anggota polis yang berada di dalam bot penyelamat terpaksa melepaskan tembakan ke arah haiwan tersebut supaya ia melepaskan mayat si mangsa. | |||||
Detik-detik belon udara panas meletup Posted: 28 Feb 2013 02:58 AM PST KAHERAH - Imej rakaman amatur yang disiarkan stesen televisyen Al-Jazeera menunjukkan detik-detik sebuah belon udara panas meletup yang menyebabkan 19 orang terbunuh termasuk pelancong asing di Luxor, 510 kilometer dari sini kelmarin. Kejadian itu berlaku kurang dua minit semasa ia membawa 20 pelancong dari Perancis, Britain, Belgium, Jepun dan Hong Kong. Belon itu meletup 300 meter dari lokasi pendaratan. Hanya dua orang terselamat dalam kejadian tersebut iaitu seorang pelancong Britain dan pengendali belon berkenaan dari Mesir. Kedua-dua mereka yang melecur teruk dirawat di sebuah hospital. Menurut siasatan awal, belon tersebut meletup semasa ia dalam proses untuk mendarat pada pukul 7 pagi waktu tempatan. Bagaimanapun, terdapat kabel yang tersangkut di sekitar tiub helium menyebabkan berlaku kebakaran, menurut seorang penyiasat dengan pejabat pendakwa raya. Seorang pengawai keselamatan berkata, kebakaran itu meletupkan tangki gas dan belon tersebut jatuh dari ketinggian 300 meter di sebuah ladang tebu dekat Kampung Al-Dhabaa di Luxor. "Saya menyaksikan beberapa pelancong terbakar dan mereka melompat keluar dari belon," kata seorang petani, Hassan Abdel-Rasoul. Menurutnya, salah seorang mangsa itu ialah wanita hamil. | |||||
Watak Robin dimatikan dalam komik Batman Posted: 28 Feb 2013 02:56 AM PST
NEW YORK - Watak pembantu Batman, Robin ditamatkan sebagai sebahagian daripada jalan cerita dalam siri komik terbaharu adiwira itu, lapor agensi berita AFP semalam. Menurut DC Comics, karakter Robin yang dibawa Damian menyaksikan dia mati dibunuh musuh yang kejam dalam edisi kelapan komik itu. Damian merupakan anak lelaki karakter Batman, Bruce Wayne. Bagaimanapun, berita terbaik buat peminat Robin ialah watak yang mati boleh kembali dihidupkan dalam cerita-cerita komik. | |||||
Kesan psikososial kecantikan gigi Posted: 28 Feb 2013 02:55 AM PST
KEADAAN gigi Azlan Ahmad, 27, sangat kronik dua tahun lalu. Dia menghadapi masalah gigi berlapis, kesesakan teruk (severe crowding) dan mempunyai gigi yang tertanam dalam gusi. Itu cerita lama. Hari ini, giginya tersusun rapi cuma perlu memakai pemegang (retainer) setiap malam selepas menggunakan pendakap gigi. Akui Azlan, persediaan untuk memasang pendakap tersebut amat memeritkan diikuti dengan saat-saat awal pengunaannya. Namun, dia tidak mengalami sebarang kesakitan yang teruk sepanjang memakai pendakap gigi. "Cuma, berasa ngilu setiap kali mahu melagakan gigi atas dan bawah. Itu pun berlaku hanya pada sehari selepas rawatan setiap bulan bagi mengetatkan gigi," terangnya yang berjumpa doktor setiap dua hingga tiga minggu sekali dengan mengambil masa antara lima hingga 10 minit sahaja. Rasa sakit melampau yang sering digembar-gemburkan orang ramai sewaktu memakai pendakap gigi juga tidak dirasai oleh Nordiyana Abdul Aziz, 23, dari Subang Jaya, Selangor. Dia memakai pendakap gigi sebanyak dua kali kerana kelalaian tidak memakai retainer sebelum ini. Kali pertama dia memakai pendakap gigi ketika berumur 18 tahun, kini dia memakainya buat kali kedua. Menurut Nordiyana, memakai pendakap gigi sama seperti menjalani kehidupan biasa, cuma masalah yang kerap dihadapi ialah ulser dalam mulut. Jaga penampilan Namun, itu tidak menjadi masalah kerana doktor membekalkan sejenis lilin khas untuk disapu pada bahagian logam pendakap. "Apabila rasa-rasa sakit akibat ulser mula terasa, saya cepat-cepat sapu lilin," katanya ketika dihubungi. Nordiyana yang bekerja dalam bidang khidmat pelanggan itu mempunyai masalah rahang dengan bahagian atasnya menjurus ke bentuk huruf V. Selepas rawatan, ia dibaiki menjadi bentuk huruf U. "Tugas saya memerlukan saya menjaga penampilan kerana ia mempengaruhi imej syarikat tempat saya bekerja juga," ungkap Nordiyana sambil tersenyum melihatkan barisan giginya. Sementara itu, Azlan mendapatkan rawatan untuk pendakap gigi dengan pakar ortodontik dengan jumlah kos keseluruhan rawatan gigi sekitar RM7,000. Sepanjang dua tahun, Azlan perlu membawa ke mana-mana sebatang berus kecil berbentuk tirus untuk membersihkan bahagian mulut dan pendakap setiap kali selepas makan. "Berus ini direka untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang terlekat pada pendakap. Rutin pembersihan mulut lain seperti berus gigi pada waktu pagi dan sebelum tidur dilakukan seperti biasa," terangnya sambil menyifatkan pendakap gigi menjadikan dia lebih teliti dalam menjaga kesihatan mulut.
Dari segi pemakanan, fungsi giginya tidak boleh menggigit makanan dan hanya boleh mengunyah, namun itu bukan masalah kerana bahan makanan yang lembut seperti buah boleh dipotong. Lelaki yang menetap di Ampang, Selangor itu mempunyai pilihan rawatan penanaman gigi secara kekal tetapi kerana kosnya agak mahal, jadi pendakap gigi merupakan pilihan yang sesuai. "Doktor menyarankan supaya memakai pendakap gigi sejak sekolah. Bukan setakat untuk penampilan tetapi ia boleh memberi kesan pada hidung," katanya yang bekerja sebagai pegawai promosi. Siti Azliyana Azmi, 23, memakai pendakap gigi kerana mahu meningkatkan keyakinan diri. Pada awalnya, dia hanya mahu membetulkan bahagian bawah gigi tetapi atas nasihat doktor, dia memakai pendakap pada kedua-dua bahagian atas dan bawah gigi. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nana, bekerja sebagai eksekutif media sosial dan merupakan seorang wanita yang pandai bergaya serta mempunyai perwatakan mesra. "Saya percaya dengan membetulkan barisan gigi, saya menjadi lebih yakin terutamanya apabila berjumpa dan senyum kepada orang ramai," katanya yang mengikut perancangan bakal membuka pendakap logam yang dipakainya pada pertengahan 2013. Kehendak individu Sementara itu, Pakar Ortodontik Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Mumtaj Nisah Abd Rahim berkata, pemakaian pendakap gigi bergantung kepada keperluan kosmetik dan kehendak individu. Selain keperluan kosmetik dan penampilan, individu yang disarankan supaya memakai pendakap gigi ialah mereka yang mempunyai gigitan yang bersilang. Ia boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai fungsi gigitan yang tidak sempurna. "Kunyahan yang bermasalah boleh menyebabkan trauma kepada struktur gigi dan gusi jika dibiarkan dalam satu tempoh yang panjang. Ini membawa kepada kerosakan gigi dan boleh menyebabkan kehilangan gigi jika tidak dirawat. "Individu yang mempunyai masalah fungsi gigitan juga boleh menimbulkan kesakitan pada sendi rahang mulut, temporomandibular toint (TMJ)," katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur baru-baru ini. Jika seseorang itu mempunyai kesesakan pada susunan gigi seperti gigi berlapis-lapis yang teruk, ia boleh menyebabkan kesukaran menjaga kebersihan gigi dan mulut. Ini menimbulkan pelbagai masalah lain seperti karies dan masalah gusi. "Banyak masalah kesihatan mulut bermula apabila individu mengalami masalah dalam mengekalkan kebersihan gigi pada tahap optimum," ujarnya. Menyusun gigi Rawatan pendakap gigi juga merupakan suatu kehendak dan bersifat kosmetik. Pada era moden ini, kecantikan gigi telah menjadi aspek penting dalam penampilan seseorang. Malah, ia boleh mempengaruhi aspek psikososial seseorang dengan pengaruh persekitaran dan budaya. Pendakap gigi juga dapat membantu dalam rawatan surgeri rahang dan muka (Orthognathic Surgery) dengan menyusun gigi terlebih dulu sebelum rawatan dilakukan. Situasi tersebut berlaku apabila pesakit mempunyai struktur rahang yang tidak seimbang antara rahang atas dan bawah. Rawatan pendakap gigi juga sering diperlukan dalam rawatan sumbing. Terdapat pelbagai jenis pendakap gigi yang berbeza sama ada dari segi bahan, bentuk dan cara pemakaian. Jenis pendakap bergantung kepada kesesuaian kes dan kehendak pengguna. Antara pendakap yang digunakan ialah daripada jenis logam (metal), seramik, clear aligner (penjajar) dan lingual (pemakaian pada bahagian belakang gigi. Jenis seramik membolehkan pendakap pada gigi tidak begitu ketara berbanding jenis logam dan ia lebih estetik. Aligner pula sejenis pendakap gigi lutsinar yang boleh dipakai dan ditanggalkan manakala lingual pula dipasang pada bahagian belakang gigi sekali gus pemakai dapat mengekalkan penampilan seperti tidak memakai pendakap. Dalam pada itu, Mumtaj mengakui, pesakit lazimnya tidak selesa memakai pendakap gigi pada waktu-waktu tertentu. Kebiasaannya, empat hingga lima jam selepas pemakaian sehingga beberapa hari selepas dipasang. "Kesakitan merupakan sesuatu yang subjektif kerana ia bergantung kepada tahap penerimaan atau ketahanan seseorang. "Setiap kali selepas pemasangan atau pengaktifan pendakap, saya akan menasihati pesakit untuk mengambil ubat tahan sakit mengikut kesesuaian pesakit kerana lazimnya pesakit akan mengalami rasa tidak selesa," katanya. Jika berlaku kesakitan yang berpanjangan, pendarahan atau ulser yang teruk, pesakit dinasihatkan segera berjumpa doktor. Persediaan mental dan fizikal merupakan aspek penting sebelum mendapatkan rawatan pendakap kerana ia memerlukan komitmen masa, penjagaan kebersihan, diet dan implikasi kos. Misalnya, jika seseorang itu perlu bersedia untuk menerima benda baharu dalam mulut dan maklum mengenai rasa kurang selesa semasa rawatan. Pengetahuan dan persediaan mental membolehkan penyesuaian terhadap pendakap berlaku dengan lebih mudah dan lancar. Begitu juga dengan persediaan fizikal, rawatan pendakap memerlukan penjagaan mulut yang lebih baik seperti penggunaan berus khas, bahan kumur berfluorida dan penjagaan diet yang lebih sesuai. Selain itu, Mumtaj turut menyarankan supaya pesakit mendapatkan maklumat mengenai jenis rawatan pendakap gigi yang diingini dan pastikan sama ada jenis yang dipilih memerlukan rawatan doktor pakar atau sebaliknya. Kebijaksanaan membandingkan rawatan dan perkhidmatan doktor menjamin kualiti rawatan serta hasilnya. | |||||
Gigi kemas tanpa dawai pendakap Posted: 28 Feb 2013 02:54 AM PST MEMILIKI barisan gigi yang tersusun rapi merupakan matlamat pemakaian pendakap gigi. Namun, sepanjang proses menyusun, dawai yang melingkari gigi dan disiplin kebersihan mulut menuntut kesabaran pengguna. Pada bulan Ogos 2012, kaedah baharu mengemaskan susunan gigi, Clearpath memasuki pasaran Asia Tenggara melalui Clearpath Marketing Sdn. Bhd. Sejenis rawatan yang langsung tidak menggunakan dawai, malah jangka masa rawatan dipercepat iaitu antara enam hingga 18 bulan. Pengarah Perubatan ClearPath Orthodontics Int., Dr. Khaled Abouseda menerangkan, teknologi rawatan bermula dan dipatenkan di Amerika Syarikat sedekad lalu sebelum pemindahan teknologi dibuat di Asia Barat. Pasaran Malaysia Kilangnya terletak di Jeddah, Arab Saudi sudah terkenal di negara itu. Biarpun agak lambat memasuki pasaran Malaysia, Singapura dan Indonesia, teknologinya semakin diperbaiki menjadikan Clearpath semakin kehadapan, kata Khaled. Ketika ditemui pada Persidangan Antarabangsa Pergigian Berkomputer dan CAD/CAM Ketujuh di Marina Bay Sands Hotel, Singapura, Khaled menjelaskan, penjajar gigi (aligner) diperbuat daripada plastik Essix dan mendapat kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) bagi menggantikan ikatan dawai pada gigi. "Dalam tempoh kira-kira sebulan, kes pesakit dihantar ke kilang di Jeddah, seterusnya satu set aligner yang siap akan dihantar kepada doktor. "Bilangan aligner dalam satu-satu set bergantung kepada masalah gigi yang dihidapi pesakit dengan setiap satunya dipakai dalam tempoh dua minggu," terangnya. Bahan impresi gigi pesakit dihantar ke Dubai untuk susunan maya dalam masa 12 hari. Susunan maya berfungsi sebagai panduan untuk melihat hasil selepas aligner terakhir dipakai. Susunan maya yang dijana oleh perisian perubatan yang ada di Dubai merupakan inti pati rawatan Clearpath. Ia menggabungkan ketepatan perubatan dengan pembuatan bersepadu berkomputer CAD/CAM. Melalui susunan maya, bilangan aligner dan tempoh masa pemakaian ditentukan, apabila siap semua aligner dihantar kepada doktor dalam tempoh 18 hari. Setiap aligner mempunyai sedikit perbezaan bagi menggerakkan gigi. Pengguna lazimnya berasa tidak selesa dalam tempoh antara 24 hingga 48 jam pertama selepas pemasangan aligner baharu. Keselesaan pengguna Pengguna perlu memakai penjajar gigi itu selama 22 jam sehari dan ia boleh dibuka apabila mahu menjamu selera atau memberus gigi. Jadi, tiada lagi masalah makanan tersangkut pada dawai. "Ia sangat selesa dengan hujung keseluruhan tidak mencecah gusi manakala tebalnya pula, 0.7 milimeter sahaja," kata Pengurus ClearPath Orthodontics Int, Dr. Anand Tuteja pada sesi taklimat yang lain. Anand menambah, setakat ini semua peringkat umur boleh memakai ClearPath. Pesakit paling muda yang pernah menggunakan kaedah ini berumur 6 tahun dan pesakit paling tua pula berumur 60 tahun termasuk pengguna gigi palsu. Bagaimanapun, kaedah ini tidak boleh dipakai oleh pesakit epilepsi. Pengedar ClearPath di Asia Tenggara, ClearPath Marketing Sdn. Bhd. melalui pengarah urusannya, Mazdurah Mohd. Zin berkata, pihaknya menyasarkan kira-kira 4,700 doktor gigi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia menggunakan teknologi itu kepada pesakit mereka. | |||||
Jana idea dan inovasi tempatan Posted: 28 Feb 2013 02:53 AM PST
MENINGGALKAN kenderaan seperti kereta di rumah lantaran terpaksa bertugas di luar daerah selama beberapa hari merupakan perkara normal yang dilalui ramai individu. Tetapi, kadangkala ada yang berdepan pengalaman buruk apabila mendapati kereta yang ditinggalkan hilang akibat dicuri pihak tidak bertanggungjawab sebaik pulang. Menyedari masalah itu, Jabatan Pembangunan Reka Cipta Inovasi dan Kecemerlangan, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas, Pulau Pinang tampil dengan inovasi penghasilan Aplikasi Sistem Kereta AutoStart Java-Android. Melalui aplikasi itu, pemilik boleh meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kenderaan masing-masing yang dipantau secara terus daripada telefon pintar atau tablet walau di mana mereka berada. Ketuanya, Sarizan Saaidon, 34, memberitahu, aplikasi yang diilhamkan sendiri itu, mula dibangunkan pada September tahun lalu dan ia mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk disiapkan. "Melalui pemasangan sistem ini, ia akan berfungsi untuk menjaga enjin dan pendingin hawa, menjaga suhu dan kelembapan kenderaan serta meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kenderaan tersebut. "Sebagai contoh, apabila kenderaan itu diceroboh, sistem penggera akan bertindak menghantar mesej pantas setiap empat saat kepada telefon pengguna. Kemudian, mereka boleh menghantar kod keselamatan untuk menyekat enjin kereta daripada dihidupkan. "Ia secara automatik akan menyebabkan kenderaan yang mungkin telah dihidupkan berhenti di tepi jalan. Selain itu, jika kereta berkenaan turut dipasang dengan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), ia akan dapat mengesan lokasi kenderaan itu dibawa," ujar Sarizan kepada Kosmo!. Dibangunkan menggunakan perisian PIC Microcontroller oleh Microchip Technology, sistem itu sudah diuji menerusi tiga model kereta tempatan iaitu Proton Perdana V6, Waja dan Satria, manakala Renault Kangoo bagi kenderaan continental. Buat masa ini, ia masih belum dikomersialkan dan sedang menunggu kelulusan untuk mendapatkan dana prakomersial daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti). Namun, pihak ILP Kepala Batas mengalu-alukan mana-mana pihak atau syarikat berkaitan pemotoran yang berminat untuk menjalin kerjasama dalam mengembangkan teknologi tersebut. MTE 2013 Aplikasi Sistem Kereta AutoStart Java-Android itu sebenarnya merupakan salah satu inovasi menarik yang dipamerkan sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2013 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Februari lalu. Dianjurkan oleh Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) dan Protemp Exhibitions Sdn. Bhd. dengan kerjasama MOSTI, ekspo yang telah memasuki edisi ke-12 itu, berjaya menarik 500 penyertaan dari dalam dan luar negara. Pengerusi Jawatankuasa Penganjur MTE 2013, Dr. Wan Manshol Wan Zin berkata, seiring dengan penganjuran MTE, pihaknya turut mengadakan Anugerah & Ekspo Reka Bentuk Antarabangsa Malaysia (mIDEAS) yang mewujudkan pendedahan lebih luas dan peluang pemasaran baharu bagi pempamer dan peserta. "Ia diadakan untuk memperjuangkan kepentingan reka bentuk di samping memberi penghormatan kepada pereka cipta dan rekaan mereka. Malah, acara ini diharap menjadi satu platform permulaan kepada profesion dalam Industri Reka Bentuk. "MTE/mIDEAS 2013 menjadi medan untuk pereka cipta dan pereka bentuk mempamerkan hasil inovasi, penciptaan serta produk mereka. Ia merangkumi pelbagai bidang seperti pertanian, sains hayat, kejuruteraan, teknologi maklumat, reka bentuk estetik untuk perumahan dan sebagainya," jelas Wan Manshol. Meneroka keseluruhan program itu, banyak rekaan dan hasil inovasi kreatif sekali gus mampu membuatkan pengunjung teruja apabila menyaksikannya. Bukan sahaja daripada golongan profesional di universiti, malah ia turut melibatkan penciptaan produk unik oleh pelajar peringkat menengah. Penghasilan projek Drainage Bin atau dipanggil Drabin oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk, Pulau Pinang yang berfungsi untuk memerangkap semua jenis sampah termasuk minyak dan pasir halus antara yang menarik. Penasihat Teknikal Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Mohd. Fuad Mohd. Khir berkata, projek itu dihasilkan oleh sekumpulan pelajar tingkatan dua sekolah tersebut selepas melakukan penyelidikan sejak tahun lalu. "Drabin yang telah siap dipasang akan diletakkan di kawasan longkang yang dikenal pasti banyak sampah dan menyebabkan air menjadi kotor. Ia satu projek untuk menghijaukan alam dan menjadikan air yang mengalir lebih bersih," ujar Mohd. Fuad. Kumpulan pelajar itu terdiri daripada Mohamad Nasri Nasehir, Mohd. Ikmal Mohd. Naser dan Mohd. Alif Irfan Mohd. Sabri. Walaupun baru berusia 14 tahun, namun idea yang dikemukakan mereka mampu membawa perubahan kepada alam sekitar. Antara inovasi lain yang dipamerkan di MTE ialah Sistem Infotainment Dalam Kenderaan Menggunakan Teknologi Hijau Wavelength Division Multiplexing-Polymer Optical Fiber (WDM-POF) dan Aplikasi Bus Scheduling Model (BSM). Tidak ketinggalan, rekaan Puzzle Kids Furniture oleh pelajar tahun akhir Teknologi Berasaskan Kayu, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) turut mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana, ciptaan tersebut sangat praktikal dan mampu menguji minda kanak-kanak untuk menghasilkan pelbagai bentuk sofa daripada rekaan asal yang berbentuk seperti tilam. Ia diperbuat daripada material seperti kayu meranti, papan lapis, span dan fabrik Polyvinil Cloride (PVC). "Kami gembira kerana berpeluang mempamerkan hasil ciptaan di eskpo ini. Puzzle Kids Furniture merupakan projek yang mendapat pingat emas atau tempat pertama daripada semua projek yang dihasilkan oleh pelajar tahun akhir di PSSAAS," kata wakil pelajar, Nursyahirah Ismail. Untuk maklumat lanjut mengenai ekspo ini, layari laman web www.mte.org.my. | |||||
Posted: 28 Feb 2013 02:52 AM PST KETIKA Apple sibuk mempromosi iPad dan Samsung dengan Galaxy Tab, Toshiba juga tidak mahu ketinggalan dalam persaingan dunia komputer abad ke-21 yang boleh ditakrifkan sebagai pengkomputeran berinternet di mana-mana sahaja. Suatu ketika dahulu, Toshiba merupakan salah satu pengeluar komputer riba yang berkualiti tinggi, setanding dengan Sony dan Fujitsu. Bagaimanapun, namanya seakan-akan tenggelam sebaik pengkomputeran mobil membuka lembaran baharu menerusi komputer tablet. Sebagai satu strategi untuk merevolusi dunia pengkomputeran desktop, Toshiba memperkenalkan model terbaharu keluaran mereka, Regza LX830. Ia dikatakan mampu mewarnai semula dunia pengkomputeran desktop yang semakin pudar dan semakin hilang sentuhan. Ini kerana, lambakan telefon pintar dan tablet mampu melakukan pelbagai tugasan asas yang lazimnya dilakukan oleh sebuah komputer desktop atau komputer riba. Regza LX830 merupakan komputer semua dalam satu (AIO) yang menggabungkan komputer desktop dengan televisyen (TV) berdefinisi tinggi (HD). Dikuasakan dengan unit pemproses Intel Core i5-3210M dan memori DDR bersaiz 4GB dengan kelajuan 1,600Mhz, sistem itu menggabungkan skrin dan komputer di dalam satu unit. Ia merupakan kombinasi yang ideal untuk pengguna rumah mahupun pejabat. Apa yang menarik tentang komputer itu ialah selain pilihan peranti input biasa seperti papan kekunci dan tetikus, pengguna juga boleh menggunakan skrin sesentuh sama seperti sebuah tablet. Skrin LED TFT dengan resolusi 1920 x 1080 berdefinisi tinggi dengan ciri Clear Superview bersaiz 23 inci dengan sokongan skrin sesentuh tentunya mampu memberikan pengguna kepuasan maksimum tidak kira sama ada sedang membaca, menaip, menonton video mahupun bermain permainan komputer. Paparan yang lebar tidak menjanjikan imej menarik sekiranya unit pemproses grafik atau GPU yang digunakan bukan daripada jenis yang berprestasi tinggi. Atas sebab itu, Toshiba mengambil keputusan melengkapkan model Regza itu dengan GPU NVIDIA GeForce GT 630M yang terbukti mampu menghasilkan grafik yang berkualiti tinggi dan menarik. Dari sudut storan pula, Regza LX830 dilengkapkan dengan cakera keras berkapasiti 1TB. Ini tentunya penting kerana kebanyakan fail video serta muzik yang berkualiti tinggi hari ini mempunyai saiz yang agak besar dan pastinya memerlukan ruang storan yang besar untuk dimuatkan.
Selain itu, komputer tersebut juga menawarkan sistem audio 16-bit stereo dengan teknologi SRS Premium Sound 3D dan pembesar suara stereo Onkyo yang mampu memberikan kepuasan audio, khususnya ketika menonton video atau bermain permainan komputer. Dengan berat tujuh kilogram, komputer AIO itu jelas menunjukkan yang ia tidak mempunyai ciri mobiliti seperti tablet yang boleh dibawa ke mana sahaja. Namun, ia menawarkan spesifikasi agak tinggi untuk kemudahan pengguna. Antara ciri lain yang terdapat pada komputer itu ialah port USB 2.0, USB 3.0, TV Tuner, HDMI, ethernet, headphone, mikrofon dan slot pembaca kad memori. Satu-satunya perkara yang penulis rasakan perlu diperbaiki oleh Toshiba adalah dengan menawarkan sistem operasi terkini Windows 8 dan bukannya Windows 7 kepada pengguna. Ini kerana, Windows 8 sememangnya dibangunkan dengan ciri hibrid iaitu prestasi sebuah komputer desktop dengan ciri peranti input sebuah tablet. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |