Gadis Bunuh Diri Terjun Flat Jalan Gangsa Greenlane, Penang
Seorang gadis berusia 21 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa, Darshwim Premkumar, seorang pelajar kolej swasta dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mangsa dipercayai kecewa sebelum naik ke tingkat 16 dan meninggalkan selipar yang dipakai di kawasan koridor.
Katanya, keluarga mangsa kemudian mengesahkan selipar yang ditemui itu adalah milik mangsa.