Isnin, 29 Ogos 2016
Pelajar SMK Presint 9 (2) Maut Terjatuh Bagunan
Putrajaya: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi mangsa Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.
Menurut sumber, mangsa dikatakan cuba membantu rakannya mengambil beg berkenaan.
"Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal memgawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan," katanya.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Isnin, 22 Ogos 2016
7 Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.Rentung Dalam Kereta
Shah Alam: Satu mayat rentung ditemui dalam sebuah kereta Mercedes-Benz yang mempunyai logo kelab rekreasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terbakar di Bulatan Anggerik Mokara, Seksyen 31 di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata mayat yang tidak diketahui identiti itu ditemui bomba di tempat duduk pemandu kereta berwarna hitam bernombor pendaftaran AJP 9 kira-kira 5 pagi.
"Kereta itu berada dalam kawasan bulatan dan terbakar sepenuhnya.
"Pemandunya dipercayai datang dari arah Kota Kemuning dan gagal mengawal kenderaannya hingga terbabas masuk ke kawasan bulatan seterusnya melanggar sebatang pokok dalam kawasan bulatan," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pokok itu tumbang dan menghempap kereta berkenaan sehingga menyukarkan pemandu menyelamatkan diri.
Shafien berkata kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin dan serpihan kaca serta beberapa bahagian kereta tercampak di sekitar kawasan bulatan.
Beliau berkata mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgan:
Catatan (Atom)