Gambar Hiasan
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.
Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.
Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.
“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.
“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.
Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.
Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.
Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.
“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya. -SH