Rabu, 29 April 2015

Skodeng di Masjid


Kuala Terengganu: Seorang remaja lelaki terkantoi apabila dicekup ketika mengintai seorang wanita di dalam tandas dalam kejadian di Masjid Kampung Bukit Tok Beng, di sini, Ahad lalu.

Tabiat buruk remaja berusia 18 tahun itu dikesan seorang lelaki ketika menemani isterinya yang masuk ke tandas masjid berkenaan jam 1.30 petang.

Suspek dari Kampung Manir, di sini, dikatakan mengintai mangsa berusia 21 tahun yang masuk ke tandas di masjid itu tanpa menyedari perlakuannya itu diperhatikan lelaki terbabit yang menunggu isterinya di luar bilik air.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suaminya yang berusia 26 tahun dikatakan berhenti di masjid berkenaan kerana mahu menunaikan solat Zuhur.

Katanya, selesai menunaikan solat, wanita terbabit dikatakan ke bilik air sambil ditemani suaminya yang menunggu di luar.

“Selepas beberapa minit mangsa berada dalam tandas, suami wanita itu terlihat kelibat lelaki dalam bilik air itu.

“Bimbang keselamatan isterinya, dia mengambil tindakan masuk ke bilik air berkenaan dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki meniarap di atas lantai di hadapan pintu sebuah tandas dalam bilik air itu,” katanya.

Katanya, kerana terlalu asyik mengintai, suspek tidak menyedari perbuatannya diperhatikan dan terkejut apabila ditegur suami mangsa yang mengesyaki suspek sedang mengintai isterinya menerusi ruang bahagian bawah pintu tandas berkenaan.

Beliau berkata, suami mangsa kemudian menahan suspek sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di kawasan masjid berkenaan.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya. -HM

Isnin, 27 April 2015

Menangis Dirogol Bapa


PASIR GUDANG - “Saya hanya mampu menangis dan membiarkan ayah rogol saya kerana terlalu takut,” luah seorang remaja 14 tahun yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri, Julai tahun lalu.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Suria berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur bersama empat adik yang masih kecil di ruang tamu rumah di sebuah kampung, di sini  selepas ibu pulang ke kampung bersama adik bongsu.

Menurutnya, peristiwa hitam itu hanya diberitahu kepada rakan ibunya yang juga jiran sekampung dan dirahsiakan daripada pengetahuan ibu kerana bimbang tidak dipercayai ibu kandungnya.

“Saya sebelum itu memang menumpang tidur di rumah jiran selepas ibu pulang ke kampung, namun memikirkan adik-adik nak bersekolah keesokan harinya saya membuat keputusan tidur bersama mereka di ruang tamu, manakala ayah di dalam bilik tidur.

“Saya terkejut dan sedih diperlakukan sedemikian rupa oleh ayah, sedangkan saya anak kandungnya sendiri.

“Kawan ibu nak bawa saya buat laporan polis, tapi saya menolak kerana terlalu takut. Saya hanya fikir apa perasaan ibu jika dia mengetahui perlakuan ayah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Suria berkata, ibu saudara yang baharu mengetahui peristiwa hitam yang berlaku Julai lalu itu terlalu marah lalu membawanya membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Gudang kelmarin.

Menurutnya, hatinya sebak tatkala melihat raut wajah ibu yang mungkin kecewa dengan tindakan bapa terhadapnya.

“Saya sedih melihat kelopak mata ibu digenangi air mata ketika doktor menceritakan hal sebenar kepada ibu.

“Maafkan kakak  ibu... kakak terpaksa..Kakak sayang ibu dan adik-adik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh mengesahkan menerima laporan daripada pengadu yang hadir bersama ibunya, kelmarin.

Katanya, suspek yang merupakan bapa kandung mangsa telah ditahan polis, petang kelmarin untuk siasatan lanjut.

“Mangsa juga telah kita hantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan,” katanya. -SH

Hadiah tubuh sepupu untuk suami


Beluran: Seorang wanita sanggup menjadikan sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama mengidam tubuh sepupunya itu.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di perkampungan air di pekan Beluran, di sini, Isnin lalu, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai berhampiran.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, bertemu wanita itu dan dia dipelawa masuk serta dibawa ke dalam bilik bertemu suaminya.

“Ketika berada dalam bilik, lelaki berusia 36 tahun itu memeluk mangsa sebelum mengheretnya ke katil.

“Mangsa meronta untuk melepaskan diri namun gagal sebelum suspek menanggalkan pakaian wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.

Menurutnya, isteri suspek yang turut berada dalam bilik, hanya memerhatikan perbuatan keji suaminya terhadap sepupunya.

“Selepas selesai, isteri suspek menemui wanita itu dan berkata ‘Kasi (bagi) rasalah abangmu, nanti kempunan dia mau (mahu) ke Semenanjung.’

“Mangsa dibawa ke tandas untuk membersihkan diri sebelum diarah pulang,” katanya.
Sumber berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan pasangan suami isteri terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan juga mendapati hanya mangsa dan pasangan suami isteri itu berada di rumah kerana anak mereka bersekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sivanathan berkata, mangsa masih bujang dan mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

“Susulan maklumat diterima, polis melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek dan mereka ditahan jam 12.20 tengah hari semalam manakala mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, untuk pemeriksaan,” katanya. -HM

Ahad, 26 April 2015

Dicabul Bomoh Sial


Alor Setar: Rawatan pelik dan menjijikkan. Itu dilakukan seorang bomoh lelaki berusia 50-an yang menggunakan pisau dan keris kononnya untuk membuang sihir sebelum meraba dan menyentuh kemaluan seorang wanita di kediamannya di sebuah flat di Alor Setar, di sini.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Ahad lalu, mangsa berusia 22 tahun ditemani ahli keluarga datang ke rumah bomoh itu untuk merawatnya selepas mendakwa dia disihir teman lelakinya.

Difahamkan, pada mulanya mangsa enggan berubat tambahan yakin dirinya tidak disihir, namun akur apabila didesak ahli keluarga menyebabkan dia setuju menjalankan upacara membuang sihir itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, mangsa berasal dari Jitra mendakwa dia datang ke kediaman suspek bersama ahli keluarga untuk berubat selepas dipercayai terkena sihir. -HM

Rabu, 22 April 2015

Bapa rogol anak ketika isteri keluar


JOHOR BAHRU – Luluh hati seorang ibu selepas dimaklumkan hasil pemeriksaan doktor mendapati anak tunggalnya itu telah diperkosa dan paling memeranjatkan perbuatan terkutuk itu adalah angkara suaminya sendiri.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, kanak-kanak enam tahun dan ibunya berusia 50 tahun itu,  kini di tempatkan di rumah perlindungan JKM disebabkan faktor keselamatan sementara kes dalam siasatan.

“Kanak-kanak terbabit memaklumkan dia berasa sakit di bahagian sulit kepada ibunya, namun mangsa tidak menceritakan dia telah dirogol bapanya.

“Disebabkan wanita itu tidak sedap hati, dia membawa anaknya ke sebuah klinik untuk menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun pihak klinik telah mencadangkan kepada ibu mangsa supaya merujuk kepada pihak hospital.

“Ketika itu, wanita yang bekerja sebagai tukang sapu itu masih belum tahu apa yang telah terjadi ke atas anaknya sehinggalah dia membawa anaknya ke hospital dan doktor menasihatkannya membuat laporan polis,” katanya.

Manayi berkata, ibu mangsa yang juga warga negara Indonesia turut mendakwa suaminya berusia, 60 tahun yang bekerja sebagai pemotong rumput kerap memukulnya jika berlaku perselisihan faham.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal JKM, lelaki pemegang status penduduk tetap itu, bertindak melakukan perkara terkutuk ketika isterinya tiada di rumah.

“Kita telah merujuk kanak-kanak terbabit untuk menjalani sesi kaunseling berikutan dia menunjukkan tanda kemurungan dan kurang bercakap,” katanya.

Manayi berkata, wanita itu juga terlalu sedih apabila suami yang diharapkan melindungi keluarga tergamak merosakkan anak sendiri.

Berikutan kejadian tersebut, ibu mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya di sini, pada 1 April lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh sahkan menerima laporan terbabit dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes itu disiasat ikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. -SH

Khamis, 16 April 2015

Dicekup Ketika Asyik Berasmara


DUNGUN -Tiga pasangan sedang asyik berasmara ditahan dalam keadaan separuh bogel dalam dua operasi berasingan Ops Tapis yang dilakukan di sekitar Paka, di sini.

Tiga pasangan itu antara 23 lelaki yang berjaya ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Dungun.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 20 lelaki dan 3 wanita berusia di antara 18 hingga 43 tahun termasuk tiga pasangan kekasih kerana disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan berkhalwat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, menerusi operasi pertama serbuan dilakukan di sebuah inap desa di Paka yang berjaya menahan dua pasangan di dalam bilik berasingan.

“Ketika serbuan di bilik pertama didapati seorang lelaki bujang bersama seorang janda berusia 28 tahun sedang berpelukan dan berada dalam keadaan separuh bogel.

“Turut dijumpai 90 biji pil kuda dan 10 gram syabu bersama janda itu.. serbuan dilakukan menggunakan kunci pendua.

“Manakala, di sebuah lagi bilik pasangan muda berusia 18 dan 23 tahun sedang asyik berkucupan dan berpeluk ditahan.. pemeriksaan mendapati terdapat lima biji pil kuda dalam poket seluar lelaki," katanya.

Kata Ahmad Zailani, hasil pemeriksaan air kencing juga mendapati kedua-dua pasangan itu positif dadah dan pernah ditahan  sebelum ini serta kes mereka diserahkan kepada Majlis Agama Islam Dungun kerana disyaki berkhalwat.

“Menerusi Operasi itu juga seramai 13 lelaki ditahan termasuk dua daripadanya berada di luar inap desa yang diserbu, manakala selebihnya di sekitar Paka dan kesemua mereka disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, serbuan kedua yang diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail bersama tujuh lagi anggota dilakukan di Nibong stesen iaitu di dua rumah berasingan berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita berusia 20 tahun.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dipercayai pengedar dadah bersama rampasan tiga botol heroin dengan anggaran berat 15.3 gram.

“Manakala di sebuah bilik sepasang kekasih berusia 20 dan 22 tahun ditahan dalam keadaan sedang berpelukan selain ketika itu terdapat ibunya di dalam rumah berkenaan yang disyaki bersubahat," katanya.

Kata beliau, pasangan tersebut didapati positif dadah manakala seorang lagi lelaki berusia 29 tahun turut ditahan di luar rumah.

Seterusnya serbuan dilakukan ke sebuah lagi rumah dan pihak polis berjaya menahan dua lelaki serta empat botol heroin dengan anggaran berat 31 gram bersama 170 biji pil kuda yang diletakkan di dalam beg sandang.

“Pasangan kekasih itu turut diserahkan kepada Majlis Agama Islam Dungun untuk tindakan lanjut dan kesemua yang ditahan juga ditahan reman untuk siasatan seterusnya.

“Kes mereka juga disiasat di bawah seksyen 39 (B)  ADB 1952 dan kesemua yang ditahan juga difahamkan mempunyai rekod lampau serta menjalani tahanan reman dalam tempoh ditetapkan,” katanya.-SH


Sabtu, 4 April 2015

Anak Jatuh Dari Escalator

Anak kecil berumur 6 tahun yang terjatuh dari escalator di Kenanga Wholesale City...


Gambar Kanak-kanak Jatuh Escalator








Video Kanak-kanak Jatuh Escalator



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines