Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Misha, Firos tetap kahwin
- Noniswara Tarik Balik Permohonan Cerai Cara Baik
- Ezany Kecewa Stesen TV Gagal Beri Alasan Namanya Ditolak
- Adi Putra Nekad Tarik Diri Dalam ABPBH Tahun Depan
- Mizz Nina Tidak Khuatir Populariti Merudum Kerana Jay Park
- Afdlin Ajak Bantu Palestin Menerusi Kad Prabayar Tune Talk
- Seniman Tarik Balik Permohonan Batal Saman Artis Veteran
- Debaran Shera Aiyob dan Zahiril Adzim
- Eina Azman amal jamu ibu
- 'Saiznya cukup untuk telan kami'
- SMK Kuala Krai juara 3 kali berturut-turut pesta pantun
- Lelaki ditemui mati tergantung
- Johan tak kecewa
- Lawak RL7 hambar
- Batal mengajar
- Datuk K kini semakin sihat
- Tujuh rumah hangus dijilat api
- Kuzmanovic cipta kereta F1 di dalam bengkel
- Wartawan ceroboh majlis Grammy bakal dipenjarakan
- Tukang gunting rambut cuci mata pelanggan
- Kek gulung paling panjang di dunia dibuat di Jepun
- Bot gergasi guna kuasa suria tiba di Rabat
- Rangsangan goncang haram
- Harlem Shake selebriti antarabangsa
- Pentingnya aplikasi dalam telefon pintar
Posted: 17 Apr 2013 10:25 PM PDT
"SAYA masih lagi tunangan Firos Ezzwan Rossly dan hubungan kami tetap bahagia tanpa sebarang masalah!" Itulah kenyataan yang keluar daripada mulut penyanyi Samihah@Aisah Omar atau lebih sinonim dengan panggilan Misha Omar saat diajukan pertanyaan mengenai status hubungan dengan tunangnya itu. Misha yang ditemui pada majlis pelancaran teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada minggu lalu, menyatakan terdapat segelintir pihak yang mempersoalkan tentang hubungannya dengan Firos apabila mereka sekali lagi mengambil keputusan untuk menangguhkan perkahwinan. Penyanyi itu berkata, setelah perbincangan dilakukan, dia dan Firos terpaksa menangguhkan lagi perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini setelah tertangguh pada tahun lalu. "Kalau ikut perancangan kami sepatutnya diijabkabulkan pada September 2012, tetapi tidak terlaksana kerana Firos agak sibuk menjalani kelas penerbangan untuk membawa pesawat Airbus. "Kami kemudian telah sepakat untuk berkahwin pada tahun ini. Namun, melihat kepada jadual kerjaya masing-masing yang sangat padat akhirnya kami merasakan perlu menangguhkan sekali lagi perkahwinan kami," ujarnya yang mengikat tali pertunangan dengan Firos pada 21 Februari 2012. Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Firos, penyanyi itu menafikan sekeras-kerasnya mereka sedang berantakan. Sebaliknya, cinta dan kasih antara mereka berdua masih lagi kekal seperti sedia kala. Menurut Misha, dia sendiri tidak menyangka keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya itu telah menyebabkan timbul dakwaan yang menyatakan hubungan mereka sudah pun berakhir. "Apa yang boleh saya cakap memang tiada rezeki kami untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Dakwaan yang menyatakan hubungan kami sudah putus pula memang tidak berasas. "Saya tidak nafikan jadual kerjaya kami berdua yang sangat padat menjadi punca kepada penangguhan perkahwinan kami. Namun begitu, saya bersyukur kerana kami saling memahami kerjaya masing-masing dan sebab itu tidak pernah timbul sebarang konflik," jelasnya. Ketika ditanya bilakah dia dan Firos akan mendirikan rumah tangga, kata Misha, mereka masih belum lagi mendapat tarikh yang sesuai. Bagaimanapun, dia sangat berharap agar dapat bergelar isteri pada tahun hadapan. Ujarnya, pada usia yang sudah mencecah 31 tahun sekarang ini, sudah tentu perkahwinan merupakan impian yang paling utama dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu menunggu terlalu lama untuk bergelar isteri. "Dugaan yang kami lalui sekarang ialah masa dan tugas serta kami tidak kerap sangat berjumpa kerana tugasnya sebagai juruterbang, manakala saya pula memberi tumpuan kepada karier seni. "Bagi kami langkah terbaik yang perlu dilakukan adalah memberi fokus kepada kerjaya masing-masing terlebih dahulu. Setelah semua urusan kerja kami berkurangan barulah kami boleh membuat segala persiapan untuk perkahwinan pula," ujarnya. Dengan harapan agar perkahwinannya itu tidak lagi ditangguhkan, Misha menyatakan dia akan cuba mengurangkan aktiviti seninya pada tahun hadapan supaya impiannya bergelar isteri tercapai. Enggan komen Selain kisah perkahwinannya yang terpaksa ditangguhkan diperkatakan ramai, Misha terbabit pula dengan kontroversi mengenai lagu nyanyiannya iaitu Angin Syurga. Baru-baru ini lagu nyanyiannya itu yang dicalonkan dalam rancangan Muzik Muzik di TV3 telah dikeluarkan, meskipun baru seminggu tercalon sehingga menimbulkan pertanyaan ramai pihak. Ketika diminta memberi komen mengenai perkara tersebut, penyanyi itu menyatakan dia tidak dapat memberikan sebarang komen kerana ia membabitkan pihak TV3 dan syarikat rakaman Sony Music Malaysia. "Mengenai perkara ini saya terima keputusan yang dibuat dengan hati yang terbuka, cuma saya enggan komen kerana tidak mahu sebarang kenyataan saya nanti akan diputarbelit segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. "Apa yang saya tahu penarikan lagu Angin Syurga ini telah mendapat persetujuan daripada semua pihak dan tiada isu-isu lain yang berkaitan. Saya rasa perkara ini tidak perlulah diperbesar-besarkan lagi," tegasnya. Tidak menafikan ramai pihak terutamanya peminat yang bertanya serta ada tanggapan segelintir pihak yang menyatakan dia takut kalah ketika bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu, penyanyi itu tidak mahu terlalu memikirkan sangat mengenainya. "Kalau saya terlalu ambil kisah tentang apa yang orang cakap, sudah tentu saya sendiri yang akan rasa tertekan. Jadi, lebih baik saya fokus sahaja terhadap kerjaya sekarang," ujarnya. Album baharu Bercerita tentang perkembangan kerjaya pula, Misha memberitahu dia bakal melahirkan album baharu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan setelah tampil dengan album terakhir pada tahun 2008. Menurut Misha, untuk album tersebut dia masih lagi mengekalkan konsep pop dan mendapat kerjasama dengan beberapa komposer hebat seperti Datuk M. Nasir, Tam Spider dan Tony Spider. "Dalam album baharu saya ini terdapat lapan buah lagu, antaranya Angin Syurga, Kabus Dan Masa dan Untuk Bermimpi. Setakat ini sudah 90 peratus disiapkan. "Saya begitu yakin dan percaya dengan kolaborasi bersama beberapa komposer hebat untuk penerbitan album ini, semua lagu-lagu dalam album ini akan diterima baik oleh pendengar," ujarnya. Berkenaan dengan dunia lakonan pula, Misha memberitahu dia baru selesai menjalani penggambaran drama arahan Erma Fatima berjudul Nur Kasih Di Jabbal Rahmah pada Februari lalu. | ||
Noniswara Tarik Balik Permohonan Cerai Cara Baik Posted: 17 Apr 2013 10:25 PM PDT Nonis atau nama sebenarnya, Monis Wara Baharudin, 43, mengambil tindakan itu selepas masih gagal menyerahkan surat saman permohonan cerai yang difailkan sebelum ini terhadap suaminya. Hakim Syarie, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin membenarkan permohonan Nonis sebagai plaintif. Muhammad Jimmy juga tidak mempunyai halangan sekiranya plaintif ingin mengemukakan permohonan lain dengan kebenaran undang-undang syariah jika ingin berbuat demikian. Kes pasangan itu sebelum ini dibicarakan di bawah Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik). Peguamnya, Datuk Amli Embong ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya akan berbincang dengan plaintif tindakan selanjutnya sama ada untuk memohon penceraian secara fasakh atau pun taklik. "Tidak menjadi masalah untuk plaintif membuat permohonan lain selepas ini dan perkara itu akan kami bincangkan. "Buat masa ini menarik balik kes itu adalah yang terbaik kerana pihak plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada defendan (Rosman) yang tidak dapat dihubungi dan mengelak daripada hadir ke perbicaraan kes. "Insya-Allah kita akan failkan semula kes ini dalam masa terdekat," jelasnya. Sementara itu, Nonis ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia sudah cuba sedaya upaya untuk menyerahkan surat saman kepada suaminya dan menyelesaikan masalah di antara mereka secara baik namun gagal. "Suami ada memberitahu saya dia ke luar negara tetapi saya merasakan dia tidak bercakap benar. Malah panggilan telefon dan SMS berkaitan kes kami tidak berjawab dan saya pelik dengan tindakannya," kata Nonis. Nonis turut memberitahu dia seboleh-bolehnya tidak mahu kemelut rumah tangganya dengan suami dibongkar di mahkamah sekiranya mengambil langkah memfailkan permohonan cerai secara fasakh atau pun taklik. "Sebab itu saya mahu perpisahan ini berakhir dengan baik dan bukannya saling menyalahkan antara satu sama lain tetapi dia tidak mahu memberi kerjasama walaupun pada awalnya dia sendiri yang minta saya failkan penceraian," jelasnya. Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009. Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu. | ||
Ezany Kecewa Stesen TV Gagal Beri Alasan Namanya Ditolak Posted: 17 Apr 2013 10:23 PM PDT Ezany, 40, berkata, perkara itu sudah berlarutan sejak setahun lalu apabila panel pemilihan pelakon di stesen berkenaan telah menolak lebih 20 buah drama selepas syarikat produksi mencadangkan namanya dalam karya-karya mereka. "Sudah hampir setahun perkara ini berlaku dan pihak produksi sering memberitahu saya stesen TV itu tidak mahukan saya sebagai pelakon apabila nama saya dicadangkan. "Saya hairan kerana sebelum ini masalah itu tidak pernah berlaku," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu. Tambah Ezany, dia juga telah bertanyakan hal tersebut kepada pihak stesen televisyen berkenaan namun mereka memberikan alasan yang tidak munasabah kepadanya berhubung masalah itu. "Antara alasan yang diberikan, wajah saya tidak lagi sesuai untuk program terbitan mereka serta sebab-sebab yang tidak munasabah dan kukuh lain," katanya. Dalam pada itu, Ezany berkata, perkara itu terjadi mungkin tindakannya mengadu dalam sebuah program hiburan televisyen sebelum ini mengenai sikap sebuah syarikat produksi yang gagal menjelaskan bayaran akhir untuk pelakon dalam sebuah drama siaran stesen televisyen tersebut. Sejak penyiaran aduan itu kata Ezany, namanya sering ditolak oleh pihak berkenaan setiap kali syarikat produksi menyenaraikan namanya untuk berlakon dalam drama-drama mereka. "Selepas saya membuat aduan dalam program itu, pihak produksi yang menimbulkan masalah soal bayaran telah menjelaskan hutangnya tetapi lain pula yang berlaku apabila nama saya disenaraihitamkan oleh stesen TV berkenaan pula," jelasnya. Tambah Ezany, dia masih berharap untuk berbincang dengan pihak berkenaan supaya salah faham yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Sementara itu, Ezany turut terkilan apabila aduannya itu kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi tidak diambil tindakan. Dalam perkembangan lain, Ezany berkata dia kini sibuk menguruskan perniagaannya dan baru sahaja membuka sebuah lagi kilang kicap dan belacan yang diusahakannya di Pahang. "Apabila telah berada di dalam industri selama 12 tahun minat berlakon itu tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja walaupun sibuk dengan perniagaan. "Saya berharap perniagaan kicap dan belacan saya juga akan terus berkembang," katanya yang baru sahaja menerima cahaya mata kedua, Hayden Harraz. | ||
Adi Putra Nekad Tarik Diri Dalam ABPBH Tahun Depan Posted: 17 Apr 2013 10:22 PM PDT Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, penarikan diri itu dibuat bagi meredakan keresahan peminat yang curiga terhadap keputusan pengundian anugerah tersebut kononnya tidak telus. "Saya tarik diri kerana enggan peminat tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian itu lebih-lebih lagi selepas membaca pelbagai respons yang tidak menyenangkan daripada mereka di Twitter. "Harap-harap selepas ini tiada lagi rasa tidak puas hati berlaku. Jujurnya, saya mahu menjaga hati peminat-peminat dan masyarakat kerana saya bekerja untuk mereka. "Memandangkan mereka tidak senang tentang hal ini, saya tarik diri dengan ikhlas," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu. Baru-baru ini peminat Adi Putra yang menggelar diri mereka '1HotLovers' mempersoalkan cara pengiraan undi pemenang ABPBH 2012 selepas akhbar Berita Harian (BH) melaporkan pelakon itu hanya menerima undi sekitar 24,000. '1HotLovers' mendakwa mereka menghantar 42,000 borang pengundian. ABPBH 2012 diadakan pada 7 April lalu di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini yang mengangkat pelakon Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular. Menerusi acara itu, Adi dicalonkan dalam beberapa kategori antaranya Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular, Artis Lelaki Stailo, Gandingan Di Layar Serasi, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun tambah Adi, dia berharap keputusan menarik diri itu tidak akan dipandang serong oleh sesetengah pihak yang mungkin menganggap dia sengaja mewujudkan alasan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan. Beritahu Adi, walaupun tidak menyertai ABPBH 2013, dia percaya hal tersebut tidak akan mengganggu kariernya sebagai seorang pelakon. "Sudah 11 tahun saya dalam industri seni dan saya dikenali bukan kerana anugerah yang diraih. "Ini semua terpulang kepada rezeki masing-masing. Bagaimanapun, penarikan saya dalam ABPBH tahun hadapan bukan untuk selama-lamanya. Mungkin pada tahun-tahun yang akan datang, saya akan menyertainya semula," ujarnya. Sementara itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012, Hanizam Abdullah yang dihubungi terkilan dengan segelintir pihak yang mempertikaikan keputusan anugerah itu selain menuduh BH mempunyai agenda untuk menaikkan nama artis-artis tertentu. "Tiada sebab kenapa pihak kami mahu menipu peminat-peminat yang mengundi. Undian yang diterima telah diaudit secara telus dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan. "Dalam hal Adi Putra, jika peminat memilih namanya ke anugerah ini, dia tetap akan dicalonkan walaupun pada dasarnya dia mahu menarik diri. Melainkan peminat-peminat tidak meletakkan namanya. "Sepanjang 26 tahun sejarah ABPBH, belum pernah lagi artis yang menyatakan hasrat untuk mengundur diri kecuali Datuk Siti Nurhaliza atas sebab-sebab tertentu. "Ini kerana pemilihan artis bukan pihak kami yang tentukan, tetapi peminat," katanya. | ||
Mizz Nina Tidak Khuatir Populariti Merudum Kerana Jay Park Posted: 17 Apr 2013 10:21 PM PDT Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 32, berkata, menerusi konsert sulungnya itu dia yakin mampu menarik kehadiran peminat setianya manakala kemunculan Jay hanyalah sekakar bonus untuk konsert itu nanti. "Ia adalah merupakan konsert saya sepenuhnya dan kehadiran Jay hanya untuk mempersembahkan lagu duet kami iaitu Around The World. "Bagaimanapun tidak dinafikan akan ada peminat yang hadir kerana untuk menyaksikan Jay," ujarnya pada sidang media konsert berkenaan di Publika, di sini, Rabu. Nina bakal mempersembahkan 15 buah lagu pada konsert yang bakal diadakan di KL Live @ Life Center itu. Ia akan diadakan kira-kira sejam bermula pukul 8.30 malam. Selain Jay, Nina turut mengundang suaminya, Noh (Hujan), Altimet dan Teh Tarik Crew. Dalam pada itu, Nina berkata, dia memilih lokasi yang sederhana besar untuk konsert itu bagi memudahkannya mendekati peminat. "Konsert ini adalah atas usaha dan perancangan saya selama hampir setahun dan ia juga memakan kos yang tinggi sekiranya diadakan di lokasi yang besar. "Buat permulaan biarlah ia diadakan dalam skala sederhana kerana paling penting saya dapat berada dekat dengan peminat," ujarnya. Tambah Nina, konsert ini juga sangat bermakna kerana ia menjadi satu signifikan penglibatannya dalam dunia seni selama hampir 15 tahun. "Konsert ini adalah tentang perjalanan saya sepanjang bergelar anak seni sejak muncul dengan kumpulan Teh Tarik Crew pada tahun 1999 hinggalah," jelasnya. Dalam perkembangan sama, Nina berkata, pada malam itu nanti dia akan menggayakan empat persalinan pakaian rekaan Micheal Ong mengikut tema iaitu gaya hip-hop, diva, super hero dan sofistikated. Kata Nina setiap konsep itu melambangkan perjalanan kariernya dan telah mencuba pelbagai jenis muzik sepanjang terlibat sebagai anak seni. Sementara itu, ujarnya konsert 'Around The World' itu akan diiringi 10 pemuzik dan 19 penari. "Selain sedang giat menjalani latihan untuk memantapkan persembahan, saya amat menitik beratkan soal pencahayaan, konsep pentas malah akan menggunakan kesan grafik pada malam itu nanti. "Saya akan memastikan peminat akan terhibur dengan persembahan itu nanti," ujarnya. Peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert tersebut boleh melayari laman www.redtix.airasia.com atau di semua cawangan Rock Corner dan Victoria Music. Tiket-tiket dijual pada harga RM70 (pra-jualan) dan RM100 (di pintu masuk konsert). | ||
Afdlin Ajak Bantu Palestin Menerusi Kad Prabayar Tune Talk Posted: 17 Apr 2013 10:20 PM PDT Kad berkonsepkan 'guna dan derma' itu merupakan kad tambah nilai RM30 untuk kegunaan sebulan yang membolehkan pembeli mendapat RM3 untuk disumbangkan kepada tabung amal Palestin tanpa menolak nilai kredit kad tersebut. Afdlin yang merupakan jurucakap kad prabayar itu berkata, menerusi pembelian tersebut, pembeli akan menerima manfaat penggunaan kadar rendahnya sekali gus membuat amal kebajikan dengan mudah. "Saya gembira apabila Tune Talk sanggup turun padang bagi membantu rakyat Palestin. "Menerusi wang sumbangan tersebut ia akan disampaikan ke negara itu melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aqsa Syarif Berhad. Afdlin ditemui pada sidang media pelancaran kad berkenaan di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Rabu. Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo pula berkata, kad prabayar berkenaan merupakan projek pertama Tune Talk dalam usaha menderma dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin. "Ini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikat ini dalam membantu golongan yang memerlukan. "Setakat ini kami menyasarkan sebanyak 100,000 pengguna yang akan membeli kad ini dalam masa sebulan. "Sekiranya sasaran itu berjaya, sumbangan sebanyak RM300,000 setiap bulan dapat diberikan kepada rakyat Palestin," ujarnya. Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Pengarah Aqsa Syarif, Profesor Dr Hafizi Mohd Noor. | ||
Seniman Tarik Balik Permohonan Batal Saman Artis Veteran Posted: 17 Apr 2013 10:19 PM PDT Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop membatalkan permohonan itu dengan kos RM5,000 ketika kes berkenaan disebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam Yusfarizal Yussoff dan Bazlinda Bahrin. Peguam Yusfarizal, yang mewakili kesemua artis veteran itu, memberitahu media bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan 3 September depan untuk pengurusan kes manakala 2 Oktober ditetapkan untuk perbicaraan. Pada 22 Februari lepas, pelakon Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani dan Roslinda Buang memfailkan saman terhadap persatuan itu dan tujuh yang lain. Mereka menamakan persatuan itu, presidennya ketika itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari Wafa A.Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang semasa itu pemangku timbalan presiden, sebagai defendan. Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab. Dalam pernyataan tuntutan, plaintif memohon satu deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentangkan pada 26 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal. Mereka mendakwa selain plaintif dan defendan, terdapat beratus-ratus lagi yang hadir pada mesyuarat itu diragui keahliannya. Mereka juga memohon deklarasi pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat berkenaan juga tidak sah. Plaintif turut memohon ganti rugi am, teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain menuntut Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa membayar RM56,000 kepada persatuan itu atas dakwaan menyebabkan kerugian kepada persatuan itu berhubung pembelian hartanah. Pada 28 Februari lepas, persatuan itu memfailkan permohonan bagi membatalkan saman atas alasan plaintif tidak mempunyai cukup ahli bagi mendapatkan deklarasi untuk membatalkan mesyuarat agung persatuan itu mengikut peruntukan Fasal 13 Perlembagaan Seniman. | ||
Debaran Shera Aiyob dan Zahiril Adzim Posted: 17 Apr 2013 10:17 PM PDT Begitulah dirasai pasangan Shera Aiyob dan Zahiril Adzim yang berdebar dan teruja menantikan kehadiran 'orang baru' dalam kehidupan mereka. "Berdasarkan ujian imbasan, doktor sudah memberitahu jantina bayi dan harapnya keluar nanti sama seperti yang doktor telah maklumkan. "Justeru buat masa ini, biarlah kami simpan dulu jantina anak ini, kerana mana tahu nanti tidak sama dengan jangkaan doktor "Dari segi persiapan pula, kami lakukan secara ringkas kerana mengikut pesan orang tua-tua agar membeli barang bayi selepas bersalin," ujar Shera. Shera berkata, setakat ini tahap kesihatan bayi dan dirinya berada dalam keadaan baik dan sihat. "Alhamdulillah, apabila menginjak ke trimester ketiga kehamilan, saya tidak lagi alami alahan seperi awal-awal dahulu. "Malah saya juga tidak ada mengidam yang pelik-pelik dan sekiranya saya mengidam, biasanya makanan itu mudah didapati," katanya. Berkongsi persediaannya untuk bergelar ibu, Shera berkata, dia banyak membuat rujukan daripada orang tua-tua dan juga membaca buku atau artikel dari internet mengenai penjagaan bayi. "Rasa agak takut juga apabila memikirkan untuk memandikan dia nanti memandangkan dia masih kecil. Jadi bagi menambah pengetahuan mengenai bayi, saya banyak membaca. "Selain itu ibu dan ibu mertua juga banyak beri petua dan nasihat kepada saya," jelasnya. Masih aktif Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Shera berkata, dia masih lagi menerima tawaran lakonan yang tidak memerlukannya terikat dengan jadual penggambaran yang panjang. "Ketika awal kehamilan, saya tidak dapat menerima tawaran kerana alahan teruk. Tetapi sekarang jika ada tawaran untuk telefilem, saya akan terima dan bergantung juga sama ada wataknya berat atau ringan. "Lagipun kandungan saya jika pakai baju yang besar, ia tidak kelihatan sangat. "Malah saya juga tidak menolak kembali berlakon selepas bersalin, kerana saya sudah rindu dengan dunia lakonan. Cuma saya mungkin akan lihat watak dan lokasi penggambaran terlebih dahulu," ujarnya. Sementara itu, Zahiril berkata, dia tidak menghalang isterinya itu untuk terus aktif dalam bidang lakonan selepas ini. Katanya, dia akan menyokong apa jua keputusan Shera, asalkan tidak mengabaikan anak mereka kelak. | ||
Posted: 17 Apr 2013 10:16 PM PDT Selepas muncul menerusi drama bersiri Mimpi Cinderella, pelakon berusia 18 tahun ini semakin popular dan meniti di bibir peminat seni tempatan. Menariknya, walaupun masih muda, namun dia antara selebriti yang cukup mementingkan penampilan sama ada dari aspek kecantikan mahupun kesihatan. Menurut pelakon Bangkitnya Seorang Perempuan ini, kecantikan dan kesihatan sudah sinonim dengan dirinya sejak di bangku sekolah lagi. Jom kita cungkil rahsia pemilik nama Ainur Syakina Azman atau nama pentasnya Eina Azman ini. Anda antara selebriti remaja yang sentiasa tampil cantik dan sihat, apa amalan yang dilakukan anda untuk mendapatkan semua ini? Sebagai selebriti, memang saya menitikberatkan kedua-dua aspek ini. Bagi saya, ia aset yang perlu dijaga sebaiknya. Pun begitu, saya tidak mempunyai sebarang rahsia, sebaliknya hanya mengamalkan jamu yang dibuat oleh ibu untuk memastikan kesihatan dalaman sentiasa terkawal. Memang kecantikan luaran itu penting, tetapi ia juga bermula dari dalam. Sejak bila anda mengambil jamu ini? Oleh kerana ibu yang membuatkannya, jadi sejak berusia 14 tahun lagi dia sudah mendidik saya meminum jamu ini. Jadi, apa yang saya lakukan adalah dengan meminumnya segelas setiap hari. Walaupun dahulu saya tidak menyukainya, namun sekarang saya berpuasa hati kerana hasilnya sangat mengagumkan. Selain itu, saya turut mengamalkan meminum air putih sebanyak dua gelas setiap pagi. Selain itu, adakah anda seorang yang melakukan diet ketat untuk mendapatkan bentuk badan yang dimiliki hari ini? Sebenarnya, saya bukanlah seorang yang mengawal pemakanan dan suka berdiet, tetapi jadual penggambaran yang ketat membuatkan badan saya cepat turun. Ialah, adakala apabila penggambaran, saya terlepas makan dan itu membuatkan berat saya semakin berkurangan. Adakah anda berpuas hati dengan bentuk badan sekarang? Saya mempunyai ketinggian 173 sentimeter, jadi bila terlalu kurus, bentuk badan saya nampak tidak menarik dan saya sendiri lebih gemar badan sebelum ini berbanding sekarang. Jika dahulu berat saya sekitar 56 dan 57 kilogram, tetapi sekarang hanya 49 kilogram sahaja. Malah, ibu juga berharap badan saya lebih berisi. Apa pun, demi karier, saya perlu kelihatan begini kerana dalam televisyen, sesiapa sahaja akan nampak lebih besar. Beralih kepada penjagaan kulit pula, anda turut memiliki kulit yang sihat, apa produk yang anda gunakan untuk memastikan kulit sentiasa bersih? Sebenarnya, saya mempunyai kulit yang sangat sensitif, biasanya saya hanya mencuci muka dengan air putih sahaja sehingga benar-benar bersih. Saya tidak guna apa-apa produk di wajah kerana ia akan membuatkan muka ditumbuhi jerawat dengan mudah. Biasanya, selepas habis penggambaran, saya akan mencuci solekan dengan segera. Bagaimanapun, saya tetap mengambil vitamin dan suplemen tambahan untuk kecantikan kulit. Bagaimana pula dengan 'facial', apakah anda gemar melakukannya? Ya, bagi saya facial amat penting, saya akan melakukannya 2 kali sebulan. Ini bagi memastikan sisa-sisa kotoran yang terdapat di muka dapat dibuang secara terperinci. Dari segi rambut pula bagaimana? Boleh kongsi cara anda menjaga kesihatan rambut? Sudah lumrah menjadi selebriti rambut akan sentiasa di set mengikut kehendak sesebuah drama atau filem itu, saya juga tidak terkecuali. Masalahnya, rambut hadapan saya senang jatuh dan sukar dibentuk, jadi banyak 'hairspray' digunakan untuk membentuk rambut tersebut. Sebaiknya, apabila sampai di rumah, saya akan terus mencucinya. Jika tiada penggambaran, saya akan mencuci rambut selang sehari. Tetapi, saya juga akan ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut lebih menyeluruh. Jika mempunyai masa terluang, apakah aktiviti wajib yang akan anda lakukan? Sudah tentu ke spa, sesibuk mana pun saya, saya akan mencari jalan untuk spa sebulan sekali bersama ibu atau kakak. Sedikit mengenai perkembanganterbaru anda? Sekarang saya sedang sibuk penggambaran untuk telemovie dan filem Zombie Kilang Biskut arahan Mamat Khalid. Dalam pada itu, drama terbaru saya, Mencari Cinta akan mula disiarkan 25 April ini. | ||
'Saiznya cukup untuk telan kami' Posted: 17 Apr 2013 10:12 PM PDT Penduduk, Mohd Hafiz Mohd Noor, 31, berkata, dia bersama seorang rakannya, Nasir Yaakup, 41, terpaksa bergelut mengatasi tenaga kuat ular itu yang dipercayai baru menetaskan kira-kira 80 telur dalam sebuah lubang di kebun itu. Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama rakannya itu sedang melakukan rondaan bagi mengelakkan kecurian getah sebelum ternampak sesuatu seperti badan ular sawa di dalam sebuah lubang di kawasan kebun itu. "Saya cuba dekatkan diri dan melihat memang terdapat ular sawa dalam lubang itu. Saya dan rakan cuba menarik ular itu, tapi tidak berjaya. Tenaganya begitu kuat. Hampir dua jam bergelut barulah saya dapat pegang kepala ular itu," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, dia dan rakannya terpaksa mengheret ular itu sepanjang beberapa meter sebelum dipindahkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda. "Ketika itu, saya memang tidak ingat apa dah. Saya cuma nak keluarkan ular itu. Saya takut, ada orang kampung yang akan jadi mangsa. "Saiz ular ini cukup untuk telan kami berdua," katanya. Kejayaan menangkap 'ular gergasi' itu turut mendapat perhatian penduduk. Puluhan penduduk tidak putus-putus mengambil gambar termasuk melihat ular itu dari jarak dekat. Mohd Hafiz berkata, dia belum membuat keputusan sama ada untuk melepaskan ular itu mahupun menyerahkan kepada pihak berkuasa. | ||
SMK Kuala Krai juara 3 kali berturut-turut pesta pantun Posted: 17 Apr 2013 10:08 PM PDT Kejayaan bersejarah itu dilakar selepas SMK Kuala Krai menewaskan SMK Kamil, Pasir Puteh pada pertandingan akhir di SMK Sultan Yahya Petra 1, dekat sini. Pasukan SMK Kuala Krai menampilkan pemantun berbakat, Siti Syaza Mohamed Hassan selaku ketua; Puteri Nurul Izzaty Shahira Tuan Mohd Tamizi; Muhamad Azlisyam Rosli; Nur Syafiqah Azwa Sakri dan Mohamad Asraf Ismail. Kejayaan membolehkan SMK Kuala Krai mewakili Kelantan di pertandingan peringkat kebangsaan pada Jun ini itu lebih manis apabila Puteri Nurul Izzaty Shahira terpilih pemantun terbaik. Perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kra, Anuar Mamat dan turut dihadiri Penolong Pengarah (Ketua Unit) Kokurikulum, Jabatan Pelajaran negeri, Anusidiqie Anuar. Bagi Siti Syaza yang akan meninggalkan alam persekolahan menengah tahun depan, kemenangan itu paling bermakna buat dirinya kerana tahun ini kali terakhir dia menyertai pertandingan itu. Katanya, kejayaan menunaikan harapan warga SMK Kuala Krai untuk mempertahankan kejuaraan itu buat kali ketiga berturut-turut sukar diungkap dengan kata-kata. "Kami bertemu pasukan handal dan persaingan amat sengit tetapi pada tahun ini, kami tekad untuk mengekalkan kejuaraan yang diraih sejak dua tahun lalu," katanya. Guru pengiring, Norhadi Isa pula berkata, kejayaan itu hasil komitmen dan kerjasama semua pihak termasuk guru; pelajar; alumni dan seluruh warga SMK Kuala Krai. "Walaupun saya jarang dapat bersama 'anak didik pantun' kerana terikat komitmen lain, mereka tetap gigih berusaha dan selalu bertanyakan saya soal berkaitan pantun. "Kami harap dapat merealisasikan harapan Jabatan Pelajaran Kelantan untuk bawa balik piala Sireh Pulang ke Gagang pada pertandingan peringkat kebangsaan nanti," katanya. | ||
Lelaki ditemui mati tergantung Posted: 17 Apr 2013 10:07 PM PDT Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat tersebut ditemui seorang penduduk yang sedang memantau pelampung pukatnya di perairan pantai Kuala Pahang. Menurutnya, dalam keadaan terkejut, saksi berusia 30 tahun tersebut bergegas memaklumkan kepada penduduk setempat dan menghubungi polis berhubung penemuannya itu. Beliau berkata, mangsa ditemui dengan lehernya tergantung pada sebatang pokok rhu dan disyaki baru meninggal dunia beberapa jam sebelum ditemui pada kira-kira jam 6.30 petang. "Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menurunkan mayat mangsa yang tergantung sebelum membawanya ke Hospital Pekan untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya. "Siasatan awal mendapati, mangsa keluar bersendirian dari rumah yang didiami bersama keluarganya kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian pada kira-kira jam 3.30 petang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Yahaya berkata, mangsa yang merupakan duda anak satu itu dikatakan mengalami tekanan hidup sejak kebelakangan ini. Beliau berkata, tiada unsur jenayah di atas kes tersebut dan ia diklasifikasi sebagai mati mengejut. | ||
Posted: 17 Apr 2013 10:02 PM PDT
HUBUNGAN percintaan yang terjalin antara pelakon Nabila Huda Suhaimi dan Nas Muammar Zar Nasruddin atau Nas-T sudah diketahui umum setelah kedua-duanya membuat pengakuan secara rasmi baru-baru ini. Satu-satunya lelaki yang rapat dengan Nabila sehingga sering digosipkan bercinta, Johan As'ari belum membuka mulut tentang hubungan dia dengan aktres tersebut sejak berita itu tersebar. Johan yang dihubungi baru-baru ini berkata, sebagai seorang rakan, dia berasa cukup gembira apabila Nabila telah bertemu dengan jejaka yang sesuai dengan dirinya. Ujarnya, dia yakin pilihan yang dibuat oleh Nabila merupakan satu keputusan yang tepat, meskipun mengakui tidak pernah kenal atau berjumpa dengan Nas-T sebelum ini. Kosmo!: Bolehkah Johan komen mengenai percintaan yang terjalin antara Nabila dan Nas-T? JOHAN: Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Sebagai teman rapat Nabila, sudah tentu saya gembira dengan dirinya yang kini sudah mempunyai kekasih. Menariknya, kisah percintaan mereka itu saya dapat tahu ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. Kemudian, apabila pulang ke Malaysia saya dapat tahu sudah ramai yang memperkatakan tentang hubungan cinta mereka. Adakah Johan tidak berasa kecewa memandangkan anda pernah dikatakan bercinta dengan Nabila? Mengenai hubungan saya dan Nabila pula, secara kronologi memang kami tidak pernah bercinta sebelum ini. Sebaliknya, hubungan kami tidak lebih daripada sekadar teman rapat. Jadi, tiada istilah kecewa apabila Nabila bercinta dengan orang lain, malah saya akan mendoakan kebahagiaan mereka dan berharap Nas-T dapat menjaga Nabila sebaik-baiknya. Bagaimanakah pula hubungan Johan dengan Nabila sekarang? Walaupun kini Nabila sudah menjadi milik orang, tetapi kami tetap berkawan seperti biasa. Cuma, kami tidak boleh rapat seperti dahulu kerana menghormati Nas-T sebagai kekasih Nabila.
Baru-baru ini anda dilihat cukup intim dengan Emma Maembong ketika sama-sama terlibat dalam sebuah acara promosi di selatan Malaysia pada bulan lalu sehingga menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak. Bolehkah Johan jelaskan sejauh mana hubungan kalian berdua? Sebenarnya kami bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu Wire Fame Entertainment milik Zizan Razak dan Marina Juki. Saya sudah bersama dengan syarikat tersebut sejak tahun lalu. Kemudian, pihak pengurusan meminta saya supaya menjaga dan mengawasi Emma memandangkan dia masih baharu dan belum pernah menyertai acara jelajah sebegitu. Jadi, sepanjang acara berlangsung saya memang sentiasa berada di sisi Emma setiap masa. Mungkin, ia telah menimbulkan salah faham dan saya ingin meminta maaf sekiranya ada mana-mana pihak yang kurang senang dengan cara kami. Adakah sudah timbul perasaan cinta antara anda dengan Emma memandangkan dia kini solo? Sebelum ini saya sudah tahu Emma ada kekasih, tetapi tidak sangka pula sekarang hubungan dengan kekasihnya itu sudah berakhir. Namun begitu, secara jujurnya tiada perasaan cinta antara kami. Lagipun kami cuma kelihatan agak rapat ketika sama-sama menyertai acara jelajah tersebut. Saya menganggapnya tidak lebih sebagai seorang adik, malah saya memanggilnya dengan panggilan 'adik' apabila kami berjumpa. Bagaimanakah perkembangan kerjaya seni anda pula? Saya bersyukur kerana kerjaya saya dalam bidang seni semakin berkembang dengan pelbagai tawaran yang diperoleh. Selepas tampil dalam filem Juvana The Movie, ada tiga buah filem saya yang masih belum ditayangkan iaitu Tokan, Paku dan Pencinta. Buat masa ini saya sedang berehat daripada sebarang aktiviti lakonan dan tidak lama lagi saya bakal membintangi sebuah filem berjudul Tujuh...Tujuh...Tujuh yang akan memulakan penggambaran pada bulan hadapan. | ||
Posted: 17 Apr 2013 10:01 PM PDT PROGRAM realiti mencari bakat pelawak dalam kalangan rakyat Malaysia, Raja Lawak kini sudah memasuki musim ketujuh. Jumaat lalu, 13 orang peserta yang terpilih buat pertama kalinya mempertontonkan bakat mereka kepada khalayak. Walaupun pihak Astro selaku penerbitnya telah membuat perubahan besar dengan mengubah format program ini menerusi Raja Lawak musim keenam. Namun pada musim ketujuh ini, format asal digunakan semula seperti musim-musim sebelumnya. Antara format yang telah diubah pada musim keenam ialah menggunakan perkhidmatan Ahmad Idham sebagai Cif Besar serta tiga lagi pelawak yang juga bintang kelahiran Raja Lawak sebagai Cif Kecil iaitu Yus, Tauke dan Angah. Namun apa yang pasti, Raja Lawak kali ini menampilkan gandingan dua orang pelawak yang digemari ramai iaitu Johan dan Zizan di atas pentas Raja Lawak 7 (RL7) sebagai hos biarpun juara Raja Lawak 6, kumpulan Shiro melakukan gimik awal di atas pentas sebagai pengacara. Kerusi juri atau pengkritik tetap pada musim ini pula terdiri daripada pelawak yang tidak asing lagi dalam industri seni iaitu Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Aliff. Musim terbaharu program ini menyaksikan penyertaan dua peserta dari negara jiran, Singapura iaitu kumpulan Bora terdiri daripada Muhammad, Hanafiah dan Isa serta pelawak solo yang bernama Ali. Selain kumpulan Bora dan Ali, antara 11 peserta lain yang berjaya menempuh gelanggang pertama musim ketujuh ialah kumpulan Kintan, Pahat, Gamat, Taras, Okay, Sakan, Tuah, Wala, Xtra, Ganu serta peserta perseorangan terdiri daripada Emy, dan Boy. Pada acara pembukaan gelanggang minggu pertama musim ini, harus diakui, lawak yang dipersembahkan oleh para peserta begitu hambar dan hampir tidak menepati piawaian lawak yang diperlukan memandangkan ia kini telah bersiaran sebanyak tujuh musim. Mungkin terlalu ingin berhati-hati atau takut, kebanyakan peserta tampil dengan lawak yang sedikit hambar dan kurang elemen lawak. Malah, ada beberapa kumpulan gagal membuatkan penonton ketawa semasa persembahan mereka di atas pentas. Jelas kelihatan, pihak pengkritik menganggap minggu pertama ini sebagai gelanggang untuk peserta memanas serta membiasakan diri berhadapan dengan khalayak ramai. Justeru, komen yang diberikan juga masih lembut dan berlapik agar tidak mematahkan semangat peserta. Pada akhir persembahan minggu pertama, ia menyaksikan kumpulan Bora, Ali serta kumpulan Tuah meraih kedudulan tiga kumpulan tercorot. Bagaimanapun, seperti kebiasaannya, minggu pertama tiada penyingkiran yang dibuat dan kesemua peserta berjaya meneruskan perjuangan mereka untuk minggu kedua. RL7 bersiaran secara langsung setiap hari Jumaat pukul 10 malam di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 134). | ||
Posted: 17 Apr 2013 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Suasana aman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan di sini bertukar kecoh apabila 21 warganya mengalami muntah-muntah dan sesak nafas selepas terhidu asap beracun semalam. Kejadian pukul 11.32 pagi itu berlaku apabila salah satu daripada lapan tong bahan sisa kimia terbakar dan meletup ketika hendak dipunggah ke dalam lori khas yang berada di dalam kawasan sekolah oleh dua pekerja. Tong itu hendak dibawa ke loji pelupusan bahan kimia di Bukit Nanas, Negeri Sembilan. Tong itu mengandungi 229 jenis sisa bahan kimia seperti ammonia, magnesium, sodium dan zink. Ketika kejadian, enam tong tersebut telah diletakkan ke dalam lori sebelum salah satunya terbakar. Lori tersebut berada dekat dengan makmal dan bahan kimia itu kepunyaan sekolah yang hendak dilupuskan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menggunakan serbuk kering untuk memadamkan api dari merebak ke tong lain. | ||
Posted: 17 Apr 2013 09:59 PM PDT PUTRAJAYA – Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa yang juga suami kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin membuat penampilan sulung di khalayak umum di sini semalam selepas berehat lama selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand tahun lalu. Beliau yang masih memakai alat sokongan leher kelihatan ceria menemani Siti Nurhaliza di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Penggiat Seni dan Ikon Negara di Kompleks Seri Perdana. Khalid ketika ditemui berkata, beliau masih sakit di pergelangan tangan dan leher akibat kemalangan itu. "Saya masih perlu menjalani fisioterapi untuk tempoh sebulan dua lagi. Alhamdulillah sekarang sudah boleh menjalani rutin kerja seperti biasa," jelasnya. | ||
Tujuh rumah hangus dijilat api Posted: 17 Apr 2013 09:56 PM PDT KUALA LUMPUR - Tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran yang turut melibatkan sebuah stor barangan perabot di Jalan Kepong berhampiran Masjid Al-Amaniah, Kepong di sini semalam. Pegawai Operasi Balai Bomba Jinjang, Zainal Abidin Mukri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada kira-kira pukul 10.37 pagi sebelum mengarahkan 35 anggota daripada empat balai bomba berhampiran ke lokasi kejadian. Balai-balai bomba yang terlibat ialah Balai Bomba Jinjang, Hang Tuah, Taman Tun Dr. Ismail dan Chow Kit. "Jentera pertama tiba pada pukul 10.46 pagi sebelum berjaya mengawal api kira-kira 30 minit kemudian. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.55 tengah hari. "Sebanyak tujuh buah rumah setinggan dan satu stor barangan perabot hangus sepenuhnya. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," ujarnya ketika dihubungi. | ||
Kuzmanovic cipta kereta F1 di dalam bengkel Posted: 17 Apr 2013 09:51 PM PDT PRNJAVOR, Bosnia - Seorang penduduk di sini, Miso Kuzmanovic membina sebuah kereta lumba Formula Satu (F1) di dalam sebuah bengkel sejak dua tahun lalu. Dia membina kereta tersebut bersama rakan-rakan dan anggota keluarganya dengan kos sebanyak AS$33,000 (RM100,006). Ia menggunakan enjin kereta sport, Porche. Apabila dia berpindah ke Kanada pada tahun depan, Kuzmanovic merancang untuk mencari sebuah syarikat yang akan mengeluarkan reka bentuk kereta itu. | ||
Wartawan ceroboh majlis Grammy bakal dipenjarakan Posted: 17 Apr 2013 09:49 PM PDT LOS ANGELES - Seorang wartawan Ukraine, Vitalii Sediuk mungkin dipenjarakan sehingga enam bulan selepas dia didakwa menceroboh Anugerah Grammy pada 10 Februari lalu, kata beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) kelmarin. Dalam kejadian itu, Sediuk berjaya melepasi kawalan keselamatan sebelum dia duduk di kerusi untuk tetamu undangan di depan pentas. Dia kemudian berjalan di atas pentas ketika penyanyi terkenal, Adele menerima anugerah. Bagaimanapun, penyanyi Jennifer Lopez yang menyedari kehadiran Sediuk bertindak mengiringinya keluar dari pentas bagi memastikan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Sediuk yang berumur 24 tahun sebelum ini pernah mencium aktor Will Smith di atas karpet merah pada satu majlis di Moscow pada tahun lalu. Dia kemudian ditampar oleh Smith dalam kejadian itu. Kelmarin, Pejabat Pendakwa Raya Los Angeles mendakwa wartawan televisyen itu kerana memasuki kawasan untuk digunakan dalam satu acara persembahan, mengganggu dan menangguhkan program tersebut serta dengan sengaja meninggalkan kerusi untuk penonton. Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara sehingga senam bulan dan denda AS$1,000 (RM3,030) untuk setiap pertuduhan. | ||
Tukang gunting rambut cuci mata pelanggan Posted: 17 Apr 2013 09:46 PM PDT CHENGDU - Seorang tukang gunting rambut menggunakan sebilah logam kecil untuk mencuci mata seorang pelanggan di sebuah taman di Chengdu, wilayah Sichuan, China pada 12 April lalu. Mencuci mata merupakan amalan tradisional penduduk China yang dipercayai akan menyebabkan penglihatan menjadi lebih terang. Tukang gunting rambut itu, Liu Deyuan menyediakan perkhidmatan mencukur rambut termasuk membersihkan mata pada harga lima yuan (RM2.45). Deyuan menggunakan logam kecil itu yang dimasukkan ke dalam mata di tepi kelopak semasa dia membersihkan mata tersebut. Dia menyediakan perkhidmatan itu sejak tujuh tahun lalu. | ||
Kek gulung paling panjang di dunia dibuat di Jepun Posted: 17 Apr 2013 09:45 PM PDT TOKYO - Kira-kira 90 orang tukang masak dan pelajar membuat kek gulung yang terpanjang di dunia di sini semalam. Kek yang sepanjang 130.68 meter (m) itu diperbuat daripada gula seberat 43 kilogram (kg) dan menggunakan tepung sebanyak 54kg. Sebanyak 2,682 biji telur digunakan untuk membuat kek tersebut. Panjang kek itu diiktiraf oleh pihak Guinness World Records. Ia memecahkan rekod kek gulung sepanjang 115.09m yang dibuat di Takasaki, Gunma, Jepun pada 19 November 2011. | ||
Bot gergasi guna kuasa suria tiba di Rabat Posted: 17 Apr 2013 09:43 PM PDT RABAT, Maghribi - Sebuah bot gergasi yang menggunakan kuasa suria tiba di Sungai Bouregreg di sini kelmarin. Bot sepanjang 31 meter itu dikendalikan oleh Gerard d'Aboville. Ia yang dilengkapi dengan lebih 500 meter persegi panel suria merupakan bot paling panjang yang menggunakan tenaga suria di dunia. Bot yang dibina di Kiel, Jerman pada tahun 2010 itu diberi nama PlanetSolar. Ia kemudian akan belayar ke Lautan Atlantik dan tiba di Miami, Amerika Syarikat pada Mei ini untuk memulakan ekspedisi saintifik. | ||
Posted: 17 Apr 2013 09:41 PM PDT
HARLEM SHAKE atau diistilahkan sebagai Goncang Haram adalah sebuah rakaman video sekumpulan individu dalam sesuatu situasi dirangsang secara provokasi oleh seorang individu lain untuk menari selama 30 saat. Tarian tersebut merupakan video internet berdurasi 30 saat yang memerlukan penari menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan dengan pantas mengikut rentak lagu The Harlem Shake oleh DJ Baauer. Ia akan dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang akan memakai pelbagai kostum pelik dengan gerakan tarian yang pelbagai. Jika Gangnam Style menceritakan perbezaan taraf kehidupan di sebuah kawasan bernama Gangnam di Seoul, Korea Selatan, Harlem Shake juga dikaitkan dengan kosmologi sebuah tempat bernama Harlem di Manhattan, Amerika Syarikat. Harlem merupakan sebuah kawasan kejiranan besar di daerah utara New York dan bandar kecil itu terletak di Manhattan. Sejak tahun 1990, Harlem terkenal sebagai penempatan yang dimonopoli oleh orang Afrika. Tarian Harlem Shake pertama kali dicipta oleh lima orang remaja dari dari Queensland, Australia yang menggelarkan diri mereka sebagai The Sunny Coast Shake yang telah memuat naik video mereka di YouTube pada 2 Februari lalu. Meme Berbanding tarian lain yang pernah mencipta gelombang sebelum ini, Harlem Shake mereka ledakan sendiri apabila orang ramai mula merakam dan memuat naik versi tarian berbeza-beza. Fenomena tersebut disifatkan meme. Perkataan 'meme' dipetik daripada bahasa Greek bermaksud sesebuah idea, perangai atau gaya yang tersebar daripada seorang demi seorang dalam satu kelompok budaya sama ada turun-temurun (ibu bapa kepada anak) atau pengambilalihan (media, rakan). Internet meme pula diertikan sebagai satu konsep atau tatacara dalam versi video (Harlem Shake) yang merebak daripada satu individu kepada individu lain menerusi medium perantara internet. Dengan bantuan jaringan sosial, blog dan tapak perkongsian video, sesebuah meme boleh merebak dengan pantas selepas sejam atau pada hari video itu dikeluarkan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh YouTube, dalam tempoh sembilan hari pertama video Harlem Shake dimuat naik, sebanyak 12,000 versi video Harlem Shake mengisi ruang rangkaian sosial itu dan telah mengumpul 44 juta penonton. Data itu tidak termasuk 4,000 buah video secara purata telah dimuat naik pada setiap hari dan angka itu bertambah setiap masa. YouTube memperakui pertambahan trend rakaman video tersebut dan peningkatan rekod carian video itu di internet mengatasi beberapa carian yang pernah popular sebelum ini. Sementara itu, lagu yang dihasilkan oleh DJ Baauer berjudul The Harlem Shake turut merasakan impak menerusi populariti tarian Harlem Shake. Lagu tersebut telah dikeluarkan pada bulan Ogos 2012 namun, semenjak Harlem Shake mula melanda rangkaian sosial pada bulan Februari lalu, lagu itu berjaya mengungguli carta iTunes dan menduduki tangga teratas Billboard Hot 100 selama beberapa minggu berturut-turut. Pembabitan syarikat gergasi umpamanya Matt & Kim, Pepsi, Redbull, Nintendo dan Puma menarik lebih ramai penonton untuk merakamkan aksi Harlem Shake dalam versi tersendiri. Antara video Harlem Shake yang popular di internet membabitkan golongan ahli sukan, pelajar, pasukan tentera dan tidak terkecuali golongan selebriti. Menurut fakta, Harlem Shake hanya mengambil separuh daripada tempoh video Gangnam Style mencecah jumlah penonton sebanyak 1 bilion. Pada 4 April lalu, video Harlem Shake berjaya mendapat hit sebanyak 1.2 bilion di YouTube. Eksplisit Bagaimanapun, tidak semua video Harlem Shake yang dipaparkan di YouTube menghiburkan dan bersih daripada aksi-aksi kurang senonoh. Ada juga antara video yang dimuat naik mempertontonkan hasil yang disifatkan keterlaluan, lucah, menyampaikan makna tersirat dan diklasifikasikan eksplisit. Salah seorang selebriti tempatan yang terkena tempias Harlem Shake, Daphne Iking berdepan dengan kritikan pedas daripada sesetengah pihak yang kurang senang dengan tindakannya melakukan tarian itu. Mengulas mengenai video itu, kata Daphne rakaman yang sekadar percubaan perakam video baharu itu hanya untuk tujuan hiburan. "Niat kami sekeluarga adalah untuk kebaikan dan tidak terniat langsung untuk melakukan aksi yang tidak sopan. Video itu sekadar suka-suka memandangkan kami sekeluarga memang gila-gila. "Saya faham sekiranya ada sesetengah pihak yang tidak liberal dan melihat saya mempermainkan agama. Niat saya betul tapi orang nampak lain," katanya. Video Harlem Shake Daphne bersama suami, dua orang anak dan seorang pembantu rumahnya itu dimuat naik pada 19 Februari lalu dan kini telah ditonton lebih 200,000 kali. Daphne turut memuat naik sebuah lagi video tarian Harlem Shake yang dirakamkan selepas rancangan bual bicara Bella bersama kru produksi rancangan itu. Tabu Sementara itu, menurut seorang penyelidik di Taylor Nelson Sofres Research International, Rahat Raj Sud, tarian Harlem Shake secara tidak langsung telah memberikan kuasa kepada seseorang untuk bertindak di luar kesedaran diri. "Harlem Shake sebenarnya memberikan ruang kepada individu untuk hilang pertimbangan dan tanpa segan-silu memaparkan sisi liar dalam diri masing-masing, disokong pula oleh individu sekeliling dengan matlamat untuk mengumpulkan sebanyak mungkin penonton," ujarnya yang melihat kegilaan itu belum cukup kuat merebak di negaranya, India. Kenyataan itu disokong oleh seorang pekerja sosial, Namrata Sinha yang melihat fenomena Harlem Shake bersifat sia-sia dan hanya mahu mencari kemasyhuran selama 30 saat. "Terang-terang dapat dilihat tiada keaslian dalam pergerakan tari itu, semoga trend Harlem Shake akan reda tidak lama lagi. "Adalah menyedihkan untuk melihat budaya begitu dibangga-banggakan dan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita," katanya menerusi sebuah laporan antarabangsa. Protes Kefungsian Harlem Shake bukan hanya tertumpu untuk berhibur semata-mata malah, tarian tersebut pernah digunakan oleh beberapa pihak untuk meluahkan ketidakpuasan hati secara demonstrasi atau protes. Menurut Associated Press, sebanyak 400 orang lelaki melakukan Harlem Shake sambil melaung-laungkan protes terhadap pelantikan Presiden Mesir, Mohamed Morsi di luar pejabat Muslim Brotherhood di Dataran Tahrir, Kaherah pada awal bulan Februari lalu. Kesan daripada kejadian itu, dua orang penuntut jurusan farmasi di sebuah universiti terkemuka di sana ditahan kerana melanggar etika dengan menari Harlem Shake hanya memakai seluar dalam. Protes turut dilakukan oleh sekumpulan pelombong bawah tanah di Australia yang telah memuat naik video mereka melakukan tarian Harlem Shake di tempat kerja setelah mereka diberhentikan kerja. Sejauh mana dan berapa lamakah meme itu mampu bertahan sebelum pudar, keputusan itu bergantung pada ketetapan diri setiap individu untuk membawa aliran yang tepat kepada generasi akan datang. | ||
Harlem Shake selebriti antarabangsa Posted: 17 Apr 2013 09:40 PM PDT FENOMENA Harlem Shake bukan sahaja mempengaruhi selebriti tempatan untuk sama-sama mengecap populariti selama 30 minit melakukan aksi-aksi lucu, bahkan tempias itu turut dirasai selebriti popular antarabangsa. Ternyata Harlem Shake bukan sahaja menjadi trend kepada penduduk dunia sekarang ini, malah ia merupakan kaedah eskapisme terbaik untuk mengurangkan tekanan. Tidak dinafikan juga taktik merakam video Harlem Shake oleh golongan selebriti mampu menarik perhatian peminat atau penonton sesebuah rancangan. Antara selebriti luar negara yang merakamkan video Harlem Shake adalah penyanyi Azealia Banks, Cody Simpson dan Ed Sheeran, personaliti televisyen Ryan Seacrest, Jon Stewart, Stephen Colbert serta pelakon-pelakon daripada sitkom 21 & Over dan Happy Endings. Turut tidak terkecuali bintang drama seram Supernatural, Jared Padalecki dan Jensen Ackles. Terbaharu, juri-juri rancangan realiti TV popular, Britain's Got Talent turut terbabit dengan rakaman video Harlem Shake. Harlem Shake turut melanda industri hiburan Indonesia dengan menampilkan beberapa selebriti popular seperti Syahrini, Maia, Zaskia Sungkar, Shiren Sungkar dan Irwansyah. Ryan Seacrest Pengacara American Idol, Ryan Seacrest terbabit dalam rakaman sebuah video Harlem Shake bersama sekumpulan kakitangan di sebuah pejabat. Video dimulakan dengan seorang penari berpakaian pejabat sementara masing-masing sibuk melakukan tugasan termasuk Ryan yang sedang bercakap melalui telefon. Jared Padalecki & Jensen Ackles Pelakon utama drama bersiri Supernatural Jared Padalecki dan Jensen Ackles turut merakamkan sebuah video Harlem Shake mereka. Video itu dimulakan dengan Jensen menari secara rambang di sebuah lokasi penggambaran manakala Jared sedang bercakap-cakap menerusi telefon di belakang Jensen. Tarian itu disusuli dengan pelakon lain dan kru produksi. Ed Sheeran Penyanyi kelahiran England, United Kingdom ini terlibat dengan rakaman video Harlem Shake ketika diundang sebagai tetamu rancangan dalam sebuah rancangan bual bicara. Turut beraksi dalam video yang dimuat naik pada 15 Februari itu, pelakon Malcolm in the Middle, Frankie Muniz. Jon Stewart Video yang menampilkan hos rancangan The Daily Show, Jon Stewart menari Harlem Shake telah dimuat naik pada 20 Februari lalu. Video itu dirakamkan dalam versi terbalik iaitu Jon memakai sut sambil menari sendirian tanpa dihiraukan oleh kru sekeliling. Kemudian, bahagian kedua lagu itu hanya menampilkan Jon berseorangan menari memakai jubah coklat. 21 & Over Rakaman video itu dilakukan di sebuah latar set drama sitkom terkenal Amerika Syarikat, 21 & Over. Tarian dimulakan dengan seorang penari berbaju biru sambil beberapa pelakon lain sedang melakukan aktiviti normal. Ia kemudian disusuli dengan tarian beramai-ramai pelakon dan kru lain. Syahrini & Maia Tarian Harlem Shake milik kumpulan duo Maia iaitu Maia Estianty dan Mey Chan itu dirakam spontan bersama penyanyi terkenal Syahrini yang ketika itu ada bersama mereka. Maia memakai penggulung rambut dan mengenakan baju bercorak harimau bintang manakala Syahrini memakai sepasang peplum dan meletakkan tudung saji di kepalanya. Irwansyah Video Harlem Shake itu dirakamkan oleh sekumpulan artis Indonesia di sebuah ruang menonton dan rakaman itu dimulakan dengan Fabi menari berseorangan. Kemudian tarian itu disertai oleh Irwansyah, Zaskia, Rani Ramadhany, Shireen Sungkar, Ivan Maulana dan Nathasia Maharani. | ||
Pentingnya aplikasi dalam telefon pintar Posted: 17 Apr 2013 09:39 PM PDT
DALAM kejadian rompakan di Seri Kembangan, Selangor, 4 Januari lalu, seorang wanita dikenali sebagai Linda telah kehilangan sebuah tablet Galaxy Note 10.1. Bagaimanapun, Linda bernasib baik kerana dia gemar memuat turun aplikasi Dropbox dalam semua gajet miliknya. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna menyimpan fail dan gambar selain ia boleh diakses melalui komputer. Dropbox menggunakan teknologi perkomputeran awan yang fungsinya sama seperti perkhidmatan bekalan air dan elektrik yang disalurkan ke setiap rumah. Perkomputeran awan juga membolehkan seorang pemilik syarikat memiliki laman web, sistem operasi pejabat tanpa perlu membeli dan membina perkakasan komputer yang mahal di lokasi masing-masing. Keperluan teknologi itu ialah mesin yang bertindak sebagai pusat data dan perisian maya. Perisian tersebut yang membolehkan keperluan penyimpanan data pada perkakas diubah berdasarkan kepada keperluan pelanggan. Laman sosial seperti Facebook, iCloud, Google Apps merupakan perkomputeran awan perisian manakala perkhidmatan penghosan web seperti MediaFire, Dropbox dan RapidShare termasuk dalam jenis penyimpanan. Merujuk kepada statusnya dalam Facebook, Linda memberitahu, baru-baru ini dia memuat turun beberapa keping gambar miliknya menerusi telefon pintar yang baru dibelinya. Di samping memasukkan gambar, Linda menyedari terdapat beberapa keping gambar individu yang tidak dikenali di dalam kamera Dropbox. Selepas meneliti gambar-gambar tersebut, terdapat dua lelaki dipercayai pencuri gajetnya. Menerusi gambar-gambar itu, dia melihat kedua-dua perompak tersebut mengayakan pelbagai aksi di dalam tandas sambil mengambil gambar dengan menggunakan tabletnya. "Saya percaya mereka terus menggunakan telefon bimbit tanpa daftar keluar atau memadamkan akaun Dropbox milik saya. Sehubungan itu, saya masih boleh menerima semua maklumat daripada Dropbox menerusi komputer," jelasnya lagi. Dia kemudiannya membawa foto-foto tersebut kepada pihak polis sebagai bahan bukti. Dalam kes tersebut, Linda berpeluang untuk mendapat semula gajetnya kerana mempunyai bukti kukuh yang diperoleh daripada aplikasi berkenaan. Tiada statistik kecurian Merujuk kepada laporan akhbar sebelum ini, Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memberitahu, pihaknya tidak mempunyai statistik mengenai bilangan kecurian melibatkan telefon bimbit. Berbanding di bandar New York, rekod polis menunjukkan lebih 40 peratus kes rompakan pada hari ini melibatkan telefon bimbit. Dalam pada itu, Muhammad Idrus Abdul Wahab, 35, yang memberhentikan kereta di bahu jalan sekitar Kuchai Lama, Kuala Lumpur turut menjadi mangsa rompakan. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, Idrus menanggung kerugian lebih RM4,000 apabila kehilangan sebuah telefon bimbit jenama iPhone, wang tunai RM200 dan cermin tingkap kereta pecah. Bagaimanapun, Idrus bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Berbicara lanjut mengenai kejadian berkenaan, dia memberitahu, ketika itu dia sedang leka bermain permainan menerusi telefon pintarnya sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal. "Mereka merampas telefon bimbit dan memeriksa seluruh tubuh saya. Saya terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa sebelum membuat laporan di balai polis berdekatan. "Apabila pihak polis mengesan kedudukan menerusi aplikasi iPhone iaitu 'cari telefon saya', mereka dikesan berada di Kota Damansara sebelum hilang setelah telefon bimbit berkenaan dimatikan," ujarnya yang memberitahu kes tersebut masih dalam siasatan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |