Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Suami Mualaf Mungkin Lebih Baik - Neelofa
- Putus cinta, Hairul Azreen mengaku salah
- Ibu Dedah Pernikahan Siti Fazurina Tidak Sah Kerana Menipu
- Fathia Tolak Lamaran Kerabat Diraja
- Perkataan 'Ayahanda', 'Abang Long' Tidak Perlu Dikontroversikan
- ND Lala: 'Tarikh risik, kahwin tak pernah timbul'
- Kesal gaji baru makin kurang
- Tembakan maut polis pencen
- Pelakon, rakan lelaki didakwa ambil syabu
- Gajah betina rosakkan tanaman ditangkap
- Sotong Neon boleh terbang lebih 30 meter
- Kren angkut kuda, lembu
- Banduan telan telefon bimbit
- Tempahan ular secara talian
- Salah faham terhadap ular
- Memulih imej wanita yang tertindas
- Rekod keempat dikecapi
- Nisei Week LA
- Vespa LX150 edisi Apple
- Tarikan negara bukan Islam
- Penyatuan warisan Bangkok dan Ayutthaya
- Pengiktirafan untuk hotel hijau
- Tinggalan perang di Batu Maung
- Shila Amzah Nyanyi Lagu 'Ombak Rindu' Sambil Menangis Di YouTube
- Zarina Anjoulie & Teman Lelaki Didakwa Positif Dadah
Suami Mualaf Mungkin Lebih Baik - Neelofa Posted: 08 Feb 2013 04:23 PM PST Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, istilah 'lelaki soleh' pada bakal suami seperti diharapkan ibunya adalah sesuatu yang subjektif. "Lelaki soleh adalah subjektif pada saya. Kalau lelaki yang bukan Islam pun apabila sudah memeluk Islam dia mungkin menjadi Muslim yang lebih baik," katanya kepada mStar Online. Pengacara rancangan Nona dan MeleTop ini ditemui pada majlis kejutan sambutan hari lahirnya ke-24 di Sunway Giza di sini, malam Khamis lalu yang disambut lebih awal kerana beliau mempunyai urusan di Singapura. Hari jadi sebenar Neelofa ialah pada Ahad ini (10 Februari 2013) Neelofa diminta mengulas kenyataan ibunya Noor Kartini Noor Mohammed yang berharap agar dia bertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman. Bagaimanapun Neelofa yang pernah berlakon dalam filem Azura 2012 enggan memikirkan soal jodoh pada waktu ini tetapi memberikan keutamaan kepada kerjaya yang sedang berkembang. "Saya mahu berjaya pada usia muda sebab itu saya perlu bekerja keras untuk menikmati kehidupan dan kewangan yang lebih baik pada masa depan. "Kalau berkahwin nanti saya tidak mahu bergantung kepada duit bakal suami. Saya mahu beli apa sahaja dengan duit sendiri hasil kerja keras saya," kongsinya. "Saya perlu ada keserasian terlebih dahulu dengan Neelofa dan perlu mengenalinya lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengannya. "Bagaimanapun, hubungan kami akrab dan kami saling berkongsi susah dan senang bersama. Dia antara rakan baik yang tahu segala rahsia saya," jelasnya yang bakal muncul dengan filem Lawak Ke Der 2 pada 7 Mac depan. | |||||
Putus cinta, Hairul Azreen mengaku salah Posted: 08 Feb 2013 04:20 PM PST
SIAPA sangka hubungan cinta sesama pelakon, Faralyna Idris dan Hairul Azreen yang berlangsung selama empat tahun akhirnya terlerai. Kenyataan mengenai perkara itu sudah diluahkan oleh Faralyna dalam sebuah akhbar pada minggu lalu. Dia mengakui cinta mereka sudah sampai ke titik noktah. Namun, Hairul Azreen belum lagi memberikan komen tentang perkara tersebut. Kosmo! berjaya mendapatkan Hairul Azreen untuk memberikan komen lanjut berhubung status hubungan mereka berdua pada sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelakon Hantu Kapcai itu mengenai kisah percintaan mereka yang putus di tengah jalan. Kosmo!: Benarkah Hairul dan Faralyna kini sudah putus dan membawa haluan masing-masing? HAIRUL: Ya, saya mengaku hubungan kini sudah sampai penghujungnya dan kami sudah membawa haluan sendiri. Kami putus kerana salah saya dan hanya kami saja yang memahami puncanya. Dia (Faralyna) telah banyak berkorban masa dan menahan perasaan kerana saya selama ini. Namun, kami masih berhubung dan berkawan. Bagaimanakah hubungan Hairul dan Faralyna berakhir? Hubungan kami semakin renggang sekitar hujung tahun lalu terutamanya ketika saya ke Cape Town untuk penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia. Apabila pulang ke Kuala Lumpur, kami berjumpa untuk berbincang masalah ini dan lebih kurang penghujung bulan Januari lalu kami memutuskan untuk berpisah. Sebelum ini Faralyna dilihat sebagai individu yang membawa Hairul ke dunia lakonan dan sekarang Hairul pula seperti kacang lupakan kulit apabila sudah berjaya. Komen Hairul? Dia banyak membantu saya memperkenalkan diri kepada ramai pengarah dan saya seolah-olah dilihat meninggalkan dia apabila sudah mempunyai kehidupan sendiri. Namun, saya masih membantu dia ketika susah dan baru-baru ini pun dia ada meminta pertolongan saya. Saya akan membantu dia selagi boleh. Saya pernah berjanji untuk membantu dia apabila susah. Kalian sebelum ini pernah memberitahu ada merancang untuk mendirikan rumah tangga setelah lebih empat tahun bercinta. Adakah mungkin kalian akan berbaik semula? Tidak mustahil kerana kami masih berhubung antara satu sama lain. Pernah saya bertanya mengenai hal berkahwin tetapi jawab Faralyna mungkin tidak akan berkahwin dalam masa terdekat. Harapan saya kini berada di tengah-tengah, kalau tiada jodoh dia bukan hak saya dan saya reda. Hairul sudah temui pengganti Faralyna? Sebelum ini saya ada berkenalan dengan seorang gadis yang bukan dalam industri seni dan ada memaklumkan perkara itu kepada Faralyna. Dia menyokong keputusan saya apabila saya memberitahu bahawa saya kesunyian dan perlukan teman wanita. Namun hubungan saya dan gadis itu tidak lama kerana saya memilih untuk tidak terikat dengan sebarang komitmen buat masa sekarang sekurang-kurangnya enam bulan. Fokus saya sekarang untuk bekerja dan mencari duit serta menempa nama. Adakah kalian meletakkan syarat untuk digandingkan bersama dalam drama, filem atau sebarang acara selepas ini? Tidak sama sekali. Kami masih boleh bekerja bersama dan menghadiri acara bersama-sama. Cuma khuatir orang luar akan bercakap sesuatu yang tidak enak didengar apabila melihat kami bersama walaupun sudah berpisah. Sudi kongsikan perkembangan terkini Hairul? Saya sedang menantikan tayangan filem Gila Gila Remaja 2 pada 21 Mac nanti yang menggandingkan saya dan Faralyna sebagai pelakon utama. Selain itu saya sedang sibuk dengan penggambaran telefilem Syawal Untuk Abang dan Misi Kukuza bersama Nelydia Senrose. | |||||
Ibu Dedah Pernikahan Siti Fazurina Tidak Sah Kerana Menipu Posted: 08 Feb 2013 04:19 PM PST Zubaidah Abu Bakar, 61, secara eksklusif memaklumkan kepada mStar Online, pernikahan itu tidak sah kerana Fazurina, 30, telah memberi maklumat palsu kepada Pejabat Agama Islam, Bahagian Timur Laut, Pulau Pinang bagi mendapatkan kebenaran berkahwin. "Dia memberitahu kepada pejabat agama bahawa dia anak tunggal walhal dia mempunyai dua adik lelaki seibu sebapa yang boleh menjadi wali untuknya. "Penipuan itu telah menyebabkan pihak mahkamah membenarkan dia bernikah dengan berwalikan bapa saudaranya. "Fazurina juga telah menukar qariah asalnya iaitu Sungai Petani (Kedah) kepada Ayer Hitam (Pulau Pinang) dan melangsungkan pernikahan dalam tempoh kurang empat bulan bermastautin di situ," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada petang Jumaat. Fazurina atau nama sebenarnya, Siti Fazurina Mohd Famir, 31 dan Muhammad Hykal Zulkifli, 32, melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada 20 Disember tahun lalu berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Bin Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu dan ahli keluarganya yang lain. Pada 24 Disember lalu, Siti Fazurina bersama suaminya mengundang ibu dan ahli keluarganya dalam satu sidang media di Pulau Pinang bagi menjelaskan kontroversi yang berlaku. Dalam majlis penuh drama itu, Siti Fazurina menangis teresak-esak sambil memohon ampun kepada ibunya sebelum wanita itu ditarik oleh ahli keluarga yang lain agar meninggalkan majlis berkenaan. Dalam pada itu, Zubaidah memberitahu beliau telah merujuk perkara tersebut ke pejabat agama yang sama baru-baru ini dan melantik seorang peguam syarie untuk menyiasat kesahihan pernikahan itu yang tidak mengikut syarak dan perlu dinikahkan semula. Bagaimanapun katanya, Fazurina gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Batu Gantung, Pulau Pinang seperti diminta pada 6 Februari lalu dan memberikan alasan tidak menerima sebarang notis mengenai arahan itu. "Apabila peguam yang dilantik menelefonnya sendiri untuk menyuruhnya hadir ke mahkamah kerana dia enggan berbuat demikian, dia menegaskan perkahwinannya sah dengan alasan telah merujuk kepada seorang ustaz di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur dengan alasan-alasan tertentu," "Saya tidak mahu dia hidup dalam keadaan berzina jika pernikahan itu tidak sah dan sebagai yang mengetahui kebenaran saya tidak mahu bersubahat," katanya. Sementara itu, Zubaidah berkata, pihak pejabat agama sedang berusaha untuk menemuinya bagi menyelesaikan kes itu. "Surat tersebut pernah diserahkan kepada bapa saudara yang menjadi saksi pernikahannya termasuklah keluarga mertuanya namun mereka enggan menerima surat tersebut. "Mungkin pihak pejabat agama akan ke majlis resepsinya untuk menyerahkan surat itu. "Malah sijil asli pernikahannya masih tidak dikeluarkan kerana masalah berkenaan," katanya yang kecewa dengan sikap ego pasangan itu selain tidak menghormatinya sebagai ibu. | |||||
Fathia Tolak Lamaran Kerabat Diraja Posted: 08 Feb 2013 04:16 PM PST Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abd Latiff, 26 berkata, dia dan kerabat itu sebenarnya berkawan baik tetapi tidak pula menyangka pemuda tersebut berhasrat untuk menjadikannya sebagai calon isteri. "Memang saya akui lelaki daripada kalangan kerabat itu telah menyunting saya tetapi saya menolak lamaran tersebut dengan baik. "Sebenarnya kami berkawan sebelum ini, tak sangka pula dia ingin melamar saya. Lamaran itu hanya dibuat kepada saya tanpa berjumpa dengan keluarga," katanya. Fathia ditemui pada sidang media majlis kerjasama antara syarikat penerbangan Air France dan Rafflesia yang akan membawa tiga selebriti iaitu Fizo Omar, Tasha Shilla termasuklah Fathia sendiri bercuti ke Perancis. Sidang media itu diadakan di Rafflesia, Hotel Park Royal, di sini, petang Jumaat. "Entahlah, saya selesa dengan lelaki biasa. Lagipun rasanya susah juga nak menjalinkan hubungan cinta dengan kerabat, banyak risikonya," ujar Fathia yang baru sahaja selesai penggambaran telefilem Nur Sarah yang akan disiarkan di TV3 tidak lama lagi. Sementara itu, mengenai percutian ke Perancis bersama dua lagi rakan artis Fathia berkata, mereka akan ke negara itu selama seminggu bermula 23 April depan. "Kami dipertanggungjawabkan mempromosikan Perancis menerusi akaun Twitter dan Instagram masing-masing. "Berkemungkinan kami akan membawa 20 orang peminat menyertai percutian ini," ujarnya. Ketiga-tiga artis berkenaan mendapat penajaan tiket penerbangan manakala Rafflesia pula akan menanggung kos perbelanjaan sepanjang berada di negara itu. Ini juga merupakan penerbangan pertama Air France dari Malaysia ke Perancis. | |||||
Perkataan 'Ayahanda', 'Abang Long' Tidak Perlu Dikontroversikan Posted: 08 Feb 2013 04:15 PM PST Ahmad Idham, 41, berkata, ia tidak perlu dikontroversikan kerana perkataan tersebut adalah bersifat universal dan tidak memerlukannya untuk meminta kebenaran daripada mana-mana pihak untuk digunakan. "Penggunaan ayat itu langsung tidak menyentuh sesiapa kerana tujuan saya adalah untuk memartabatkan budaya dan bahasa sebagai lambang menghormati orang yang lebih tua. "Ia adalah perkataan dan ayat bersifat universal dan bukannya hak sesiapa jadi saya tidak nampak di mana ia akan menjadi isu," jelasnya ketika ditemui selepas majlis tayangan filem tersebut dekat sini pada malam Khamis. Gangster Celop yang menelan kos sebanyak RM1.7 juta adalah filem terbitan syarikatnya Excellent Pictures dengan kerjasama Skop Productions. Ia bakal ditayangkan pada 21 Februari depan. Dalam pada itu, Ahmad Idham berkata, kerjasama di antara kedua-dua syarikat bumiputera itu telah membuka ruang kreatif yang lebih luas dan dengan itu dapat menghasilkan karya yang lebih segar. "Kerjasama yang dijalankan itu juga membuktikan persepakatan dan persefahaman di antara pembikin filem bumiputera yang mampu menonjolkan kehadiran sebagai pemain utama dalam industri perfileman tempatan," katanya. Sementara itu, Datuk Yusof Haslam berkata, beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada Ahmad Idham untuk mengarahkan filem berkenaan dan percaya dengan kebolehan pengarah berpengalaman itu. Malah katanya, gabungannya dengan Ahmad Idham adalah sebagai perangsang kepada kedua-dua syarikat khususnya industri perfileman. "Genre komedi adalah antara kepakaran Ahmad Idham dan saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepadanya untuk menghasilkan filem kerjasama ini dari segi skrip dan pengarahan," katanya. | |||||
ND Lala: 'Tarikh risik, kahwin tak pernah timbul' Posted: 08 Feb 2013 04:13 PM PST Khamis lalu, ND Lala menerusi sebuah akhbar menempelak sikap Sharnaaz yang menguar-uarkan perancangannya untuk merisik Shila Mac ini, tanpa pengetahuannya. ND Lala juga mendakwa Sharnaaz biadab kerana memberlakanginya sebagai orang tua dan wali Shila. "Tak pernah berlaku perbincangan tentang tajuk ini (perkahwinan)... tak pernah berlaku. Tarikh, pergi merisik, ditegah apa semua, tak berlaku, jadi bagaimana saya nak respons?," katanya kepada Galaksi. Beliau juga menafikan berang terhadap perkara ini seperti yang dilaporkan media. "Saya tegas. Ada beza tegas dengan berang. Kenyataan ini saya hantar melalui emel kepada dua media. Mana mungkin nampak wajah saya daripada normal tiba-tiba berang. Daripada e-mel nampak apa?," katanya. Ketika ditanya tentang penerimaannya yang masih mampu tersenyum terhadap kontroversi ini, ND Lala menjelaskan: "Adakah kita hanya bersyukur dan berterima kasih apabila ALLAH memberi kita nikmat sahaja? Dan kita marah, kecewa apabila kita didatangi dengan dugaan dan cubaan. "Jangan takut menempuh cabaran dan dugaan. Kita tempuh saja. Kita usaha, hak ALLAH menentukan," jelas beliau. Beliau juga percaya akan ada hikmah di sebalik dugaan yang sedang dilalui anak gadisnya itu. "Shila menempuh dugaan yang sangat tinggi... apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah menanti Shila. Kejayaan besar menanti Shila. Rahmat besar menanti keluarga kami. Apabila ALLAH nak bagi sesuatu yang besar Dia akan uji... yang penting kita redha atau tidak. "Insya-ALLAH Shila mampu hadapi dugaan atau cabaran yang lebih besar. Walaupun pada masa itu saya tak ada lagi di dunia ini. Saya percaya, kalau dia berteraskan kepada kepercayaan yang tinggi kepada ALLAH Taala, insya-ALLAH dia akan selamat di dunia dan akhirat," katanya. Mengulas tentang surat yang ditulis Shila Selasa lalu, ND Lala berkata, "memang Shila yang tulis." "Saya melihat dia menulis dari lubuk hati yang dalam. Dia berusaha untuk tidak menyinggung perasaan ibu bapanya... perasaan orang lain," katanya. Keluarga besar ND Lala bakal ke Tanah Suci bulan depan bagi mengerjakan umrah. "Jika panjang umur, dimurahkan rezeki kami merancang, Insya-ALLAH dengan izin ALLAH... saya akan membawa semua anggota keluarga saya untuk mengerjakan umrah pada bulan Mac ini," kata ND Lala lagi. | |||||
Posted: 08 Feb 2013 04:09 PM PST Ia berikutan pihak pengurusan Felda Plantation Sdn Bhd Triang 2 menyahut saranan Perdana Menteri supaya memberikan gaji minima RM900 sebulan. Seorang pekerja, Mohd Yusof Ibrahim, 45, berkata, pihak pengurusan tidak pernah menerangkan mengenai perubahan pada gaji sehingga mereka terkejut melihat agihan gaji dalam slip gaji mereka. Menurutnya, hampir semua elaun atau insentif yang diterima pekerja dimasukkan dalam gaji pokok menyebabkan gaji mereka berkurangan lebih separuh daripada biasa. "Sebelum ini, kami dapat insentif khas sebanyak RM200, insentif kehadiran (RM85) dan elaun minyak motor (RM3 sehari) tetapi sekarang semua itu dimasukkan ke dalam gaji pokok. "Jadi, kalau dah buat itu semata-mata untuk menjadikan gaji minima kami RM900, itu memang tidak wajar. Memang kami tidak puas hati," katanya semasa ditemui pada perhimpunan memprotes tindakan majikan menafikan hak mereka. Sebelum ini katanya, upah bagi menuai buah sawit dikira 50 sen per tandan tetapi sistem itu diubah kepada per tan menyebabkan upah bagi setandan yang diperoleh tidak sampai 50 sen. Mohd Yusof berkata, keadaan ini benar-benar mengelirukan pekerja malah ada yang beranggapan, pihak pengurusan sengaja mahu menipu pekerja kerana kejadian sama pernah berlaku dua kali sebelum ini. Tidak faham teknik pengiraan Sementara itu Rohaya Ismail, 46, berkata, keadaan ini turut berlaku kepada pekerja wanita yang mengutip biji lerai. Menurutnya, sehingga kini, mereka masih tidak faham dengan teknik pengiraan gaji baru mereka kerana tiada penerangan diberikan. "Kalau diikutkan, majikan kena bayar baki lebih RM500 setiap pekerja berikutan rombakan gaji yang mengelirukan itu. "Dengan baki gaji bersih yang kami terima, apa yang termampu kami lakukan? Anak-anak masih kecil dan bersekolah, barang keperluan pula semuanya mahal sekarang ini. Ini penganiayaan kepada kami," katanya. Rohaya berkata, sepatutnya setelah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai pekerja ladang di sini, mereka layak mendapat kenaikan gaji dari tahun ke tahun dan bukannya pengurangan gaji. Sementara itu, Ishak Chik, 46, mahu majikan lebih telus mengenai perkara ini. "Selalunya saya dapat antara RM800 hingga RM1,500, tetapi bulan lepas saya hanya dapat RM400. "Saya faham kalau majikan tolak gaji masa saya bercuti tetapi saya ada juga buat kerja tambahan lain seperti cuci longkang seperti mana saya buat sebelum ini yang mempunyai elaun bagi kerja itu," katanya. Janji teliti dokumen semula Dalam pada itu, Pengurus Besar Wilayah, Felda Global Ventures Plantations (M) Sdn Bhd, Mohd Anuar Johari, memberi jaminan akan meneliti dan menyiasat kedudukan gaji mereka. Menurutnya, berdasarkan pelaksanaan gaji minima itu, pekerja sepatutnya menerima gaji lebih tinggi daripada sebelumnya dan bukannya semakin berkurangan. "Secara asasnya, gaji sekarang yang diterima mesti lebih dari sebelum ini dan sekiranya berlaku sebaliknya, saya percaya ada kesilapan yang berlaku. "Jadi, saya sendiri akan meneliti semua dokumen berkaitan. Kalau benar ada kesilapan, kita akan bayar semula baki gaji pekerja terbabit," katanya. Beliau berkata, pekerja harus faham bahawa ada elaun yang boleh dimasukkan dalam gaji pokok namun akan membincangkan perkara itu pada Rabu depan. | |||||
Posted: 08 Feb 2013 03:58 PM PST
TAIPING – Seorang pegawai polis pencen membuktikan yang dia masih berbisa apabila menembak mati seorang daripada empat penjenayah yang memecah masuk banglo dua tingkat miliknya dalam kejadian di Taman Pegawai Kerajaan, Assam Kumbang di sini semalam. Abd. Jalil Abd. Wahab, 63, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Setar, Kedah membuktikan pengalamannya sepanjang berkhidmat sebagai pegawai polis sebelum bersara pada 2005 memberinya kekuatan untuk menarik picu sepucuk revolver ke arah perompak dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu. Bersara dengan pangkat Superintendan, Abd. Jalil memberitahu, kejadian berlaku apabila dia terjaga sebaik mendengar suara anak perempuannya, Jazlina, 28, memanggilnya keluar selepas mengetuk pintu bilik atas. Katanya, dia yang curiga dengan nada suara anaknya itu kemudian telah membuka monitor kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bilik sebelum terkejut apabila melihat kelibat tiga lelaki berparang dan memakai topeng sedang berdiri di depan pintu. Seorang lagi berada berdekatan. "Rupanya mereka telah menjadikan anak saya sebagai tebusan dan umpan untuk memanggil saya keluar. Tanpa ragu-ragu, saya mengambil sepucuk pistol yang disimpan di dalam almari. "Sebaik pintu dibuka dengan perlahan, saya terus melepaskan tembakan ke arah mereka menyebabkan penjenayah bertempiaran lari. Saya kemudian keluar dan melepaskan satu das tembakan lagi ke arah mereka membuatkan mereka terus keluar," ceritanya ketika ditemui di sini semalam. Tambahnya, dia tidak mengejar perompak tersebut kerana hanya memikirkan keselamatan isteri, anak, menantu dan cucu. Semasa kejadian terdapat tujuh individu termasuk Abd. Jalil di dalam banglo tersebut. Menurut Abd. Jalil, sebelum itu, perompak berkenaan masuk selepas mengumpil besi jeriji pintu utama. Mereka kemudian telah mengikat menantunya, Adi Hafiz Yusop, 34, dan cucunya, Arif Syazwan Mohd. Shariff, 12, yang sedang tidur di bilik bawah. Sementara itu, Jazlina memberitahu, sebaik dikejutkan perompak berkenaan, mereka telah mengikat tangan dan mulut suaminya menggunakan wayar seterika. Katanya, perompak kemudian membawanya ke bilik anak saudaranya, Arif Syazwan sebelum dipaksa memanggil bapanya. "Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu dan saya terpaksa kawal untuk mengelakkan keadaan menjadi kecoh. "Saya bersyukur ayah berjaya menggagalkan usaha perompak berkenaan dan menyelamatkan kami sekeluarga," katanya yang memberitahu perompak hanya berjaya melarikan dua buah telefon bimbit dan seutas jam tangan. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Md. Diah berkata, pihaknya yang menjalankan siasatan kemudian menemui mayat salah seorang perompak berkenaan di dalam kawasan semak kira-kira 150 meter dari banglo berkenaan. "Mayat itu merupakan lelaki Indonesia berusia lingkungan 40-an. Kita sedang memburu tiga lagi rakannya," katanya. Tambahnya, perompak masuk ke kawasan banglo mangsa selepas memotong pagar rumah kosong bersebelahan. Rumah itu tidak berpenghuni selepas terbakar pada November tahun lalu. | |||||
Pelakon, rakan lelaki didakwa ambil syabu Posted: 08 Feb 2013 03:55 PM PST PETALING JAYA - Pelakon serta model, Zarina Anjoulie dan rakan lelakinya sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan positif syabu Disember tahun lalu. Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran. Dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Balai Polis Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu. Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes. Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu. Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes. Mereka membayar wang jaminan tersebut. | |||||
Gajah betina rosakkan tanaman ditangkap Posted: 08 Feb 2013 03:53 PM PST SUNGAI SIPUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berjaya menangkap seekor daripada sekumpulan gajah yang disyaki merosakkan tanaman penduduk di Kampung Jalong di sini petang semalam. Tangkapan dibuat kira-kira pukul 2.30 petang, selepas sekumpulan anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Perak telah menembak gajah betina berkenaan yang dianggarkan seberat 1.5 tan dengan ubat pelali. Ketua UTG Perhilitan Perak, Mohd. Hazlin Qozek Aladdin berkata, pihaknya mengesyaki terdapat tiga lagi gajah masih berkeliaran di sekitar kawasan hutan tersebut, tetapi kesemuanya dipercayai anak kepada gajah betina berkenaan. "Ukuran tapak kaki hadapan gajah betina itu adalah sekitar 36 sentimeter dan ia dianggarkan berusia antara 15 ke 20 tahun. Kita akan terus melakukan pemantauan dengan menjejaki kesan tapak baharu gajah-gajah berkenaan. "Mereka didapati berkeliaran di kawasan hutan kampung tersebut yang jaraknya kira-kira 1.5 kilometer dari jalan besar dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Jalong," katanya ketika ditemui di sini semalam. Dalam pada itu, Mohd. Hazlin Qozek berkata, gajah betina berkenaan akan dipindahkan ke Unit Pengurusan Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dalam tempoh seminggu lagi. Katanya, kejadian gajah merosakkan tanaman seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan jagung sudah lama tidak berlaku di kawasan berkenaan. | |||||
Sotong Neon boleh terbang lebih 30 meter Posted: 08 Feb 2013 03:47 PM PST
TOKYO - Satu spesies sotong laut boleh terbang lebih 30 meter (m) melalui permukaan air dengan kelajuan lebih pantas daripada pelari pecut, Usain Bolt (gambar kecil) jika ia mahu mengelak ditangkap haiwan lain, kata seorang penyelidik Jepun semalam. Menurut seorang penyelidik dari Universiti Hokkaido, Jun Yamamoto, sotong spesies Neon itu boleh bergerak keluar dari permukaan laut dengan menggunakan tembakan air pada tekanan tinggi.
Ia boleh bergerak pada kelajuan sehingga 11.2m setiap saat. Bolt dari Jamaica memenangi pingat emas acara 100m pada Sukan Olimpik London pada tahun lalu dengan kelajuan purata 10.31m untuk satu saat. | |||||
Posted: 08 Feb 2013 03:46 PM PST SURABAYA - Sebuah kren digunakan untuk mengangkut sejumlah ekor kuda dan lembu dari kapal kargo untuk diletakkan di atas lori di sebuah pelabuhan di sini semalam. Ratusan ekor kuda dan lembu tiba di pelabuhan tersebut untuk dihantar ke beberapa buah bandar utama di Pulau Jawa. | |||||
Posted: 08 Feb 2013 03:45 PM PST COLOMBO - Seorang banduan Sri Lanka menelan sebuah telefon bimbit bagi mengelak beberapa pengawal penjara menemuinya semasa operasi mencari gajet itu dilakukan di dalam biliknya, kata seorang pegawai hospital semalam. Bagaimanapun, beberapa pengawal berkenaan mendengar bunyi telefon tersebut dari dalam perut banduan itu menyebabkannya dihantar ke sebuah hospital di sini. Beberapa doktor kemudian berjaya mengeluarkan telefon tersebut. Pegawai tersebut menyatakan, banduan yang berusia 58 tahun itu dirawat di hospital selama dua hari. Banduan tersebut menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana mencuri. Dia menjalani hukuman itu di sebuah penjara di Welikada di sini. | |||||
Posted: 08 Feb 2013 03:44 PM PST
BERBANDING kedai-kedai haiwan lain, Exoreptiles Malaysia (Exoreptiles) yang terletak di Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor menjalankan perniagaan sedikit berbeza. Kedai tersebut menawarkan perkhidmatan tempahan ular secara talian. Umpama menempah tiket kapal terbang ke destinasi pilihan, peminat haiwan eksotik itu boleh memilih ular yang disukai melalui laman web www.exoreptiles.com, kemudian mereka pergi ke kedai itu bagi melihat keadaan sebelum membuat pengesahan penerimaan. "Kami mahu setiap pelanggan yang membeli ular mempunyai cukup pengetahuan mengenai haiwan ini termasuk cara ia makan dan sifat serta karakter. "Dalam dunia maklumat di hujung jari, mereka boleh terus melayari internet mengenai ular yang diminati selepas melihat-lihat di laman web," kata pemilik Exoreptiles, Steve Yong, 34, ketika ditemui di Cheras. Katanya, kaedah perniagaan tersebut terbukti berkesan apabila terdapat pelanggannya yang datang membawa anak yang berusia sekitar tujuh tahun tetapi mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat baik. "Jangan terkejut, kanak-kanak itu mampu menamakan setiap ular yang ada di kedai ini dengan mudah," ujarnya ringkas. Sebelum ini, Steve juga membela seekor ular sebagai haiwan peliharaan sekitar tahun 2002 tetapi dia telah mendapatkan 'bapa angkat' baharu kerana mahu berkahwin. Isterinya takut dengan haiwan tidak berkaki itu. Pada tahun 2008, dia membuka Exoreptiles dan diuruskan sepenuh masa oleh adik Steve, Martin Yong, 25, dan seorang pekerja. "Saya percaya, dengan pengetahuan dapat menghilangkan rasa fobia manusia terhadap ular," ungkapnya yang turut mengakui sudah beberapa kali digigit reptilia itu. Kesemua ular di kedai Steve bukan dari Malaysia. Kebanyakannya diimport dari United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara lain di Eropah. Ular-ular yang dijual tidak tersenarai dalam Konvensyen Perdagangan Spesies Terancam Antarabangsa (CITES) dan tidak beracun. Namun, ular yang ada dalam senarai itu yang memerlukan permit lebih mendapat sambutan serta cepat dijual, selalunya ia didambakan oleh para pengumpul, terangnya. Menjaga ular sebagai haiwan peliharaan sangat mudah, menurut lelaki dari Segambut, Kuala Lumpur itu. Ia hanya perlu diberi makan seminggu sekali mengikut saiz. Ular kecil diberi makan pinky, anak tikus yang masih belum tumbuh bulu atau tikus dewasa untuk ular besar, manakala terarium tidak terlalu besar atau kecil. Jika terlalu besar akan menyebabkan tekanan pada ular selain sediakan bekas air untuk berendam, tempat bersembunyi dan substrat sebagai alas. "Disebabkan ular-ular ini berasal dari negara empat musim, jangan simpan dalam bilik yang berhawa dingin. Itu menyebabkan ia berhibernasi sepanjang tahun. "Jika itu berlaku, ular tersebut tidak akan makan dalam tempoh yang lama sehingga boleh menyebabkan kematian," pesan Steve lagi.
Diberi makan Setiap hujung minggu dan cuti umum, Zoo Negara, Hulu Klang, Selangor memberi peluang kepada para pengunjung bergambar dengan ular sawa Burma serta batik. Sebelum dibawa ke tempat umum, kedua-dua ular itu diberi makan dan dimandikan kerana haiwan itu juga mempunyai masalah kulit seperti kutu serta hama, kata penolong penyelia Rumah Reptilia, Mohd. Hamdan Abdul Hamid, 32. Ujarnya, ular sawa Burma kelihatan lebih jinak walaupun tidak disentuh dalam masa tertentu kerana sifatnya yang agak pasif. Sifatnya itu menyebabkan ia lebih digemari penggemar ular. Ular sawa batik pula agak sukar didekati walaupun selepas sehari tidak dipegang dengan menunjukkan aksi sedang mengalami tekanan dan menjauhi diri seolah-olah mahu melindungi diri. "Ia agak agresif berbanding sawa Burma dan sawa batik ialah haiwan asli Malaysia," kata Mohd. Hamdan ketika ditemui di Zoo Negara. Ketika bertemu dengan Mohd. Hamdan pada akhir bulan lalu, Mohd. Hamdan menunjukkan dua ekor ular sawa iaitu daripada jenis Burma, Python molurus bivittatus dan sawa batik, Python reticulatus. Perbezaan corak Secara mata kasar, kedua-dua jenis ular itu nampak sama tetapi jika diteliti terdapat perbezaan pada corak yang kelihatan mempunyai perincian paten berkala dan halus. Ular sawa Burma yang seberat 14 kilogram (kg) itu bernama Sonik dan berumur sembilan tahun, manakala sawa batik, Kiki yang berumur setahun mempunyai berat 4.5kg. Ular sawa batik merupakan spesies dan reptilia yang terpanjang di dunia tetapi bukan badan paling besar. Zoo Negara mempunyai 25 spesies ular Malaysia dan tiga spesies haiwan daripada luar negara. Jadi, terarium di situ tiada suhu khas diperlukan tetapi masih lagi dibekalkan sumber kawalan haba seperti lampu dan takungan air. Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhamad Danial Felix, 46, berkata, ular terbahagi pada berbisa dan tidak berbisa.
Tahap kecerdikan Jenis tidak berbisa seperti ular sawa dan anakonda, manakala ular tedung senduk, selar serta ular kapak tergolong dalam kelompok berbisa. Warna terang yang terdapat pada jenis berbisa selalunya menjadi amaran kepada hidupan lain. Sesetengah ular mempunyai warna yang sama dengan tanah untuk penyamaran. "Tetapi ada juga ular tidak berbisa mempunyai warna terang untuk menipu haiwan lain," kata Muhamad Danial ketika ditemui di pejabatnya di Zoo Negara. Ular bergerak menggunakan otot dan sisik yang mempunyai perbezaan pada bahagian perut dan atas. Sisik bahagian perut berbentuk empat segi bujur dan besar. "Reka bentuk sisik itu, otot dan geseran antara badan dengan permukaan tanah membolehkan ia bergerak. Pergerakan juga banyak jenis seperti bengkang-bengkok, bengkang-bengkok ketepi atau melurus," terangnya lagi. Haiwan yang mempunyai tahap kecerdikan seperti ular hanya perlu memastikan kelangsungan hidup dengan sentiasa mencari makanan dan melakukan pembiakan. Biarpun penglihatan ular tidak jelas, ia mempunyai inframerah yang dapat mengesan haba badan mangsa, manakala rahangnya tidak bersambung dan boleh dibuka seluas-luasnya. Bergantung pada spesies, rata-rata ular mempunyai usia lebih kurang 20 tahun. Ular tidak makan bangkai dan terdapat sesetengah spesies aktif pada waktu malam mengesan mangsa kerana haba mudah dikesan pada cuaca yang rendah. Tambah Muhamad Danial, ular sentiasa mengeluarkan lidah bagi mengesan bahan kimia yang keluar daripada badan hidupan lain. Bahan tersebut dihantar ke kelenjar Jacobson, seterusnya memberi maklumat mengenai spesies haiwan yang berada di hadapannya. Ular juga dapat mengetahui kedatangan mangsa dengan merasai gegaran pada permukaan tanah. Badan ular bersinar dan kalis air untuk menyimpan air. Hidupan itu membuang bahan perkumuhan air kencing atau urin dalam bentuk terhablur. Waktu yang dinasihatkan tidak mendekati ular walaupun spesies itu dijadikan haiwan peliharaan adalah pada waktu bersalin kulit. "Mata ular akan mengalami keputihan seperti katarak dan reptilia itu berasa nyilu pada seluruh badan," tambah Muhamad Danial lagi. Terdapat perbezaan pada ular air terutamanya pada bahagian ekor yang kelihatan seperti pendayung bagi membantu meningkat kemahiran hidupan tersebut berenang. | |||||
Posted: 08 Feb 2013 03:43 PM PST FOBIA atau ketakutan melampau terhadap ular disebabkan oleh didikan sejak kecil ibu bapa supaya takutkan haiwan reptilia itu. Lama-kelamaan ia membentuk perasaan takut yang dibina dalam diri sama seperti masyarakat Melayu berasa gerun pada anjing. "Tetapi, ia sebenarnya sangat baik juga kerana perasaan takut itu dapat menghindarkan manusia daripada mendekati ular yang terdapat beberapa jenis memiliki racun berbisa," kata Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhamad Danial Felix, 46, ketika ditemui di pejabatnya di Hulu Klang, Selangor. Secara amnya, haiwan liar tidak akan mendekati manusia dan akan lari, tetapi terdapat beberapa sebab tertentu menyaksikan ular terpaksa bertembung dengan manusia. Terang Muhamad Danial, barangkali terdapat sarang telur di persekitaran atau kerana bersalin kulit yang menyebabkan ia mudah marah. Haiwan liar mempunyai naluri yang memerlukan ia berasa berada dalam zon selesa. Hidupan itu akan mempertahankan diri kerana terancam apabila musuh masuk ke dalam lingkungan itu. "Contohnya, ular senduk. Ia akan mengembangkan kepalanya apabila didekati tetapi menguncup kembali selepas musuh berundur ke belakang," ujar Muhamad Danial. Sempena Tahun Ular yang disambut pada tahun ini, pihak Zoo Negara merancang untuk mengadakan sebuah program pendidikan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai jenis-jenis ular. Setiap bulan, sejenis ular akan diperkenalkan termasuk jenis berbisa atau tidak, habitat, dan keluarga selain ciri-ciri fizikal. Salah faham terhadap luar bukan sahaja melibatkan haiwan itu sendiri tetapi turut berlaku dalam kalangan masyarakat Cina terhadap tahun ular air. Itu berlaku kerana dalam ular mempunyai unsur api, manakala giliran lima elemen pada tahun ini ialah air. Dalam susunan kitaran lima elemen, terdapat kitaran peningkatan dan membinasakan bergantung pada unsur yang dipasangkan. "Unsur api dan air menyebabkan kitaran pembinasaan berlaku sekali gus ramai yang menyangka tahun ini pasti tidak membawa tuah. "Sebenarnya, itu tidak benar dan hanya berdasarkan penilaian yang sangat cetek," kata penyelidik geomantik, Kenny Hoo, 47, ketika ditemui di pejabatnya di Wisma BU8, Petaling Jaya, Selangor. Secara perlambangan, air akan memadamkan api. Mengikut feng shui Zodiak haiwan digunakan bagi memudahkan golongan petani pada zaman dahulu di Tanah Besar China supaya dapat memahami tahun, masa dan musim. Terang Kenny lagi, bacaan atau ramalan seharusnya dibuat analisis berdasarkan Ba Zi dengan menggunakan kedua-dua kalendar Lunar dan Hsia. Dakwanya, tahun ini merupakan waktu yang baik dan dipanggil Tahun Pembetulan. Secara amnya, Tahun Ular amat baik bagi individu yang lahir pada tahun lembu, ayam dan monyet, manakala yang lahir pada tahun babi serta ular barangkali berhadapan situasi yang agak sukar. Mereka yang lahir pada kedua-dua tahun itu dinasihat untuk pergi mencuci gigi atau menderma darah, ujar Kenny. Bagaimanapun, perkara tersebut masih lagi bergantung kepada individu dengan melihat Ba Zi tarikh kelahiran. Satu lagi salah faham yang berlaku ialah perbezaan tarikh tahun baru Cina antara kalendar Lunar dan Hsia yang dikenali 'tahun buta'. Ia menyebabkan timbul pemahaman bahawa semua perkara seperti perkahwinan, bertukar karier, membeli rumah atau apa-apa sahaja tidak boleh dilakukan sepanjang tahun ini. "Tahun buta sebenarnya merupakan sebuah fenomena alam biasa yang berlaku dalam sistem cakerawala dan tidak memberi kesan," terangnya lagi. Kenny yang telah 14 tahun terlibat dalam perniagaan itu sejak 2000 menyaksikan Amber Chia, Dulux, AIA, Andaman Group, PKNS dan OCBC Bank pernah menjadi antara pelanggannya. Katanya, terdapat tiga tahap dalam feng shui iaitu peringkat tertinggi membolehkan seorang individu membantu orang lain sekali gus memajukan masyarakat di persekitarannya. "Peringkat kedua membolehkan seseorang itu mendapat anak yang pandai dan berguna, manakala feng shui terendah hanya mampu menjana duit pada diri individu itu sendiri," luah Kenny. | |||||
Memulih imej wanita yang tertindas Posted: 08 Feb 2013 03:43 PM PST
DENGAN penampilan ringkas baju-T putih polos, seluar trek hitam dan lengkap berstoking, sekumpulan wanita muda memenuhi salah sebuah dewan di Hotel Imperial, New Delhi, India. Rambut masing-masing yang panjang mengurai kelihatan kemas apabila diikat tocang satu. Mereka yang merupakan pekerja hotel tersebut begitu bersemangat dan teruja mengikuti kursus mempertahankan diri yang dianjurkan pihak majikan. Berlangsung selama 12 hari bermula 1 Februari lalu, kursus berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama sayap utama Polis Wanita Delhi sebagai usaha memperkasa kaum Hawa di negara itu. Ia juga sebenarnya membawa misi tersendiri iaitu melatih dan merekrut lebih ramai anggota polis wanita bagi diserapkan ke dalam jabatan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan rakyat. Menteri Dalam Negeri, Sushil Kumar Shinde berkata, India perlu melumpuhkan jenayah terhadap kaum wanita dengan 'tangan besi'. "Kes rogol hingga mengakibatkan kematian seorang pelajar pada Disember lalu memberi impak yang besar terhadap negara ini. Justeru, sebagai permulaan, kerajaan mahu lebih ramai wanita direkrut sebagai anggota untuk bertugas di setiap balai polis yang terdapat di New Delhi," tegas Shinde. Berikutan itu, Shinde telah mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang dari seluruh India untuk mempertimbangkan kaedah bagi meningkatkan perlindungan terhadap kaum wanita. Beliau memberitahu perwakilan bahawa keseluruhan sistem perlu dinilai semula. "Tragedi sebegini dan kemarahan terhadap wanita serta kelemahan penguatkuasaan undang-undang dalam masyarakat, tidak boleh diterima untuk sistem demokrasi yang kita laksanakan. Ia perlu dibendung segera," ujar beliau. Kenyataan itu senada dengan kenyataan yang dilontarkan peguam bela Mahkamah Agung, Priya Hingorani yang mengatakan: "Walaupun pendidikan dari semasa ke semasa boleh menggalakkan kesaksamaan gender dan membantu mengubah pemikiran, pada pandangan saya, literasi undang-undang ialah keperluan utama saat ini." Kemarahan ramai Dalam tragedi yang menimbulkan kemarahan dunia 16 Disember tahun lalu itu, seorang pelajar malang berusia 23 tahun, Jyoti Badri Singh dirogol dan dibelasah oleh sekumpulan lelaki di dalam bas sebelum dicampak ke jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Selepas dua minggu bertarung nyawa termasuk dihantar untuk mendapatkan rawatan di Hospital Mount Elizabeth di Singapura, Jyoti akhirnya menemui ajal. Seluruh dunia meratapi pemergian wanita tidak berdosa itu. Suspek yang melakukan perbuatan kejam tersebut sedang dibicarakan dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman mati. Sebelum itu, Shinde mengumumkan bahawa setiap daripada 166 balai polis di seluruh New Delhi akan mempunyai pegawai wanita yang boleh ditemui setiap masa. Selain itu, lebih ramai wanita akan direkrut di seluruh negara untuk bergelar anggota polis. Buat masa ini, kebanyakan balai polis di bandar tersebut tidak mempunyai wanita sebagai kakitangan mereka. Lantaran itu, sesetengah pegawai berkata, situasi tersebut menyebabkan mereka sukar untuk membantu mangsa wanita. "Dalam hal ini, setiap balai polis perlu memiliki sekurang-kurangnya sembilan pegawai wanita untuk menjadikan mereka lebih prihatin kepada keperluan golongan Hawa," tambah Shinde. Sementara itu, penganjuran kursus seni bela diri jangka pendek di Hotel Imperial mendapat respons memberangsangkan daripada kakitangan wanita hotel terbabit yang merangkumi pelbagai bidang tugas termasuk pelayan, pengemas bilik dan pegawai atasan. Menurut wakil polis wanita New Delhi yang mahu dikenali sebagai Snehlata, program sedemikian mampu meningkatkan tahap keyakinan wanita untuk bertindak menyelamatkan diri apabila berdepan perkara negatif. "Rata-rata peserta kursus yang terdiri daripada kakitangan hotel komited untuk mendalami ilmu berkaitan seni mempertahankan diri. Walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman, mereka tetap menunjukkan kesungguhan untuk mempelajarinya. "Diharap ini akan menjadi titik permulaan kepada semua wanita India agar berbuat perkara yang sama demi mengelakkan perkara buruk daripada berlaku," ungkap Snehlata sambil tekun menyaksikan latihan yang dilakukan oleh para peserta. Bangkit melawan Pendapat Snehlata turut diperakui rakan sejawat, Sunita yang bertindak sebagai tenaga pengajar dalam kursus tersebut yang memerlukan peserta menjalani latihan amali terhadap ilmu-ilmu asas mempertahankan diri. "Sebagai wanita, kita tidak boleh hanya pasrah dengan keadaan atau situasi yang menimpa. Jika mampu, kita perlu bangkit untuk melawannya daripada membiarkan maruah kaum wanita diperkotak-katikkan dengan mudah. "Sepanjang kursus ini juga, kami lihat ada peserta yang mempunyai potensi untuk diserapkan sebagai anggota polis. Namun, ia bergantung kepada minat dan persetujuan masing-masing kerana perkara ini tidak boleh dipaksa," tutur Sunita yang memakai kot hitam dan seluar jean biru. Dalam pada itu, pihak berkuasa mengumumkan siri kaedah kawalan keselamatan yang bertujuan untuk menjadikan bandar tersebut lebih selamat. Ini termasuk melakukan lebih banyak rondaan malam oleh polis, pemeriksaan terhadap pemandu bas dan pembantu mereka serta mengharamkan langsir atau cermin gelap pada kenderaan awam seperti bas. Kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa seliaan hakim bersara Mahkamah Agung untuk mengesyorkan perubahan pada undang-undang antirogol. Tidak ketinggalan, satu talian bantuan telah dilancarkan untuk wanita yang berada dalam kesusahan. Ia disambungkan terus ke balai polis di seluruh bandar. Dalam perkembangan lain, sejak berlakunya kes rogol Jyoti, seorang perunding kecantikan, Geeta Misarvan, 34, mengakui dia akan cuba pulang kerja lebih awal dan melahirkan rasa tidak percaya terhadap keupayaan polis untuk melindunginya. "Tiada tempat di negara ini yang selamat. Saya bimbang dengan masa depan anak perempuan saya yang membesar di sini. Sudah pasti dia akan berdepan masalah dan risiko sama yang saya hadapi setiap kali meninggalkan rumah," keluh Misarvan. | |||||
Posted: 08 Feb 2013 03:41 PM PST
SEWAKTU kanak-kanak lagi, dia kerap berimaginasi mahu mencipta rekod dunia. Impian mendalam itu kemudian beralih kepada minat sebelum menjadi kerjayanya sehingga kini. Itulah kisah di sebalik individu yang bernama Rainer Zietlow yang baru-baru ini menjayakan kembara sejauh 23,000 kilometer (km) dari Melbourne, Australia menuju St. Petersburg di Rusia. Dinamakan sebagai projek Russtralia, Zietlow bersama dua krew iaitu Marius Biela dan Vadim Gagarin mengambil masa selama 17 hari, 18 jam dan 49 minit untuk menyempurnakan pengembaraan tersebut. Justeru, satu lagi rekod Guinness World Record dicipta. Kembara yang diketuai Zietlow bertujuan menyampaikan sepucuk surat dengan kaedah kuno (menaiki kenderaan) daripada Datuk Bandar Melbourne kepada Datuk Bandar St. Petersburg. Bermula dari Australia, pasukan itu kemudian menyusuri muka bumi di Timor Timur sebelum menuju Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Laos, China, Kazakhstan dan berakhir di Rusia. Bagi setiap km perjalanan projek Russtralia, sebanyak 10 sen (Euro) dikumpul sebagai sumbangan untuk sebuah pertubuhan kebajikan di Laos iaitu Plan International. Jumlah sumbangan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak 2,300 Euro (kira-kira RM9,000). Ini bukannya misi kemanusiaan pertama Zietlow. Dia sudah menjayakan beberapa projek kembara untuk kebajikan, alam sekitar dan keperluan bidang sains. "Ekspedisi yang saya akan ingati selalu adalah di Chile pada 29 Januari 2005. Itu merupakan kembara pertama saya dan perasaan pada ketika itu sememangnya bercampur-baur. "Kami diselubungi perasaan takut. Namun tetap syukur kerana semuanya berjalan dengan baik," katanya dalam satu temuramah bertulis bersama Kosmo! baru-baru ini. Ekspedisi yang dimaksudkan Zietlow adalah pendakian gunung berapi tertinggi dunia iaitu Ojos del Salado, Chile dengan memandu sebuah Volkswagen Touareg standard. Ketinggian Ojos del Salado ialah 6,882 meter. Dia bersama seorang rakan, Ronald Bormann, mengemudi kenderaan hingga paras ketinggian 6,084 meter dengan membawa sebuah mesin seismograf. Mesin seismograf itu dipasang pada paras tertinggi di gunung berapi tersebut untuk mengukur kekuatan gempa bumi dan pergerakan semasa muka bumi di kawasan berkenaan. Zietlow yang berkelulusan bidang pentadbiran perniagaan kini memiliki dan mengusahakan Challenge4, sebuah agensi yang mengendalikan acara-acara automotif serta kembara jarak jauh. "Inilah hobi saya sejak kecil lagi. Saya menjadikannya sebagai kerjaya sejurus sahaja memperoleh lesen memandu ketika berusia 17 tahun. "Sebelum membabitkan diri dalam aktiviti kembara, saya sebenarnya memantapkan kekuatan mental dan fizikal. Ia penting sebagai persiapan untuk berdepan dengan apa jua situasi yang tidak diduga," katanya. Berhubung kembara Russtralia, Zietlow berkata, persiapan awal mengambil masa selama lapan bulan untuk memperhalusi segala perkara dalam ekspedisi itu. Ini termasuk mencari penajaan, kenderaan bersesuaian, barangan keperluan dan memastikan semua laluan yang menggunakan koordinasi GPS adalah tepat. Jentera Volkswagen Touareg TDI kegunaan pasukan Challenge4 telah melalui beberapa fasa modifikasi seperti pemasangan roll-cage dan kerusi jenis bucket untuk keselesaan pemandu. Sebuah tangki diesel tambahan berkapasiti 300 liter dan set tayar jenis Continental Cross Contact LX 20 juga telah dipasang pada kenderaan berkenaan. Jentera dengan enjin 3.0 liter V6 TDI Clean Diesel bersama pengecas lampau itu nyata berupaya membekalkan kuasa yang diperlukan sewaktu menempuh pelbagai permukaan muka bumi. Tambahan lain membabitkan pemasangan teknologi satelit Inmarsat untuk komunikasi langsung, meskipun berada di kawasan terpencil. Radiator bocor Biarpun segala perancangan dilakukan dengan teliti, pasukan yang terdiri daripada tiga individu itu tetap menghadapi beberapa masalah. Radiator Touareg mengalami kebocoran ketika di Timor Timur yang menyebabkan perjalanan terpaksa ditangguh selama sehari setengah. Tayar kenderaan juga bocor beberapa kali. Penangguhan kedua berlaku apabila feri yang ditempah untuk membawa kenderaan berkenaan ke Melaka berdepan masalah tanpa dijangka. "Ketika berusaha untuk mengejar masa yang terbuang gara-gara kerosakan radiator dan tayar bocor, perjalanan kami terpaksa ditunda kerana kapten kapal tidak biasa dengan pelabuhan Dumai, Indonesia. Keadaan bertambah rumit apabila enjin bot itu rosak. "Kami terpaksa mencari alternatif lain dengan menempah sebuah kapal kayu untuk membawa kenderaan Volkswagen seberat tiga tan itu ke Melaka," tambahnya. Ketiga-tiga krew secara bergilir-gilir memandu selama lima jam setiap seorang untuk memastikan masa dapat digunakan sepenuhnya dan mendapat rehat secukupnya. Zietlow menambah, bekalan makanan yang dibawa dalam kenderaan sememangnya cukup sepanjang perjalanan merentasi Australia, Timor Timur, Indonesia, Singapura, Malaysia, Thailand, Laos, China, Kazakhstan dan Rusia. Mandi? Mereka juga tidak mempunyai banyak masa untuk itu kerana kekangan masa mencipta rekod. "Kami hanya membersihkan diri dengan air dalam botol sebaik sahaja tiba di Rusia. Itupun kerana mahu kelihatan kemas," ujarnya. Baru sahaja selesai perjalanan panjang, Zietlow sebenarnya sudah ada rancangan kembara lain. Kali ini, dia menanti masa untuk memulakan pengembaraan ke Sochi 2014 Winter Olympics di Rusia. Ia akan dilakukan pada tahun ini dan misi ke China (tahun hadapan). | |||||
Posted: 08 Feb 2013 03:40 PM PST SEBENARNYA sudah lama saya ingin menulis mengenai perkara ini. Di sebuah daerah kecil di Los Angeles (LA), Amerikat Syarikat (AS) ada satu tempat yang dikenali sebagai Little Tokyo. Di sana, wujud satu sambutan tahunan yang diberi nama Nisei Week. Sebenarnya, Nisei Week adalah perayaan yang disambut secara turun temurun di sana oleh masyarakat Jepun-Amerika dengan pelbagai aktiviti budaya. Nisei bermaksud generasi kedua, merujuk kepada generasi kedua Jepun yang lahir di AS. Sementara Isei pula merupakan generasi pertama yang telah menyambut perayaan sama sejak tahun 1934 lagi. Jangan salah sangka pula, maksud saya perayaan budaya, bukannya kereta. Walaupun namanya Nisei Week, namun acara tersebut tidak lagi hanya tertumpu kepada aspek kebudayaan sahaja. Ada satu acara yang perlu anda tahu iaitu Nisei Showoff. Nisei Showoff Nisei Showoff merupakan pameran kereta yang mengumpulkan kereta jalanan terbaik di sekitar LA. Pameran ini sebenarnya bermula secara tidak sengaja apabila festival utama Nisei Week berlangsung. Beberapa buah kelab kereta dari Selatan California yang terdiri daripada anak-anak generasi kedua Jepun berkumpul sambil lepak-lepak. Kemudian beebrapa orang individu seperti Janet Fujimoto, Duane Tomono dan Joey Lee mula memikirkan idea untuk jadikan acara pamaran kereta itu lebih teratur. Justeru, mereka telah memilih satu kawasan parkir yang luas pada tahun 2000 untuk merasmikan pameran Nisei Week. Hingga ke hari ni, acara tersebut dijalankan secara tetap pada setiap tahun. Pameran itu memang unik kerana pengunjung boleh masuk secara percuma. Ia bukanlah pameran yang rasmi sangat pun. Lebih kurang macam pameran Hellaflush Meeting Osaka. Pameran yang pada awalnya terdiri daripada beberapa buah kelab kereta dan orang persendirian lama kelamaan semakin berkembang serta mendapat perhatian ramai. Sehinggakan ia berjaya menarik syarikat-syarikat automotif utama, tuner dan bengkel-bengkel yang menghantar kereta mereka untuk dipamerkan. Kalau anda semua ingin tahu, ada macam-macam jenis perjumpaan di AS yang memang menyeronokkan. Sebagai contoh, Honda Meeting, Toyota Fest, Eibach Meeting dan macam-macam lagi. Bagus betul kalau di Malaysia ada acara macam ini. Sudah tentu saya bawa famili boleh datang tengok kereta. Duit pun tak habis! Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penganjur Nisei memaklumkan bahawa sambutan yang menggalakkan banyak diterima daripada kereta Honda. Jadi pada tahun ini mereka buat seksyen yang dipanggil 'Generation'. Di sini, ia dibahagikan pada kategori 'past', 'present' dan 'future'. Menarik juga idea itu kerana pengunjung boleh melihat secara dekat barisan pengeluaran dan modifikasi yang berbeza pada pelbagai generasi kereta Honda. Trend Nisei Showoff yang pada asalnya lebih tertumpu kepada perubahan sosial kereta Jepun kepada Japan Domestic Market (JDM) telah mula berubah beberapa tahun kebelakangan ini. Istilah Hellaflush, USDM, Canibeat, Illest mula diguna pakai. Trend begini juga sudah dapat dilihat dengan jelas pada pameran-pameran automotif terbabit. Apabila digabungkan dengan konsep 'generation' tadi, maka boleh dilihat pengaruh budaya kereta AS yang sangat kuat. Enjin berkilat-kilat, wire tuck, turbo bersih-bersih semua dan mesin K20A itu nampak macam senang sahaja hendak memperolehnya. Nisei Showoff kini juga tidak tertakluk pada kereta Jepun saja. Kereta muscle AS yang memberi pengaruh besar pada kereta old school Jepun turun dipamerkan. Kereta-kereta klasik begini memang wajib ada sebagai penyeri. Cuma saya harap dapat melihat lebih banyak model Datsun, Hakosuka, Fairlady dan mungkin pikap lama Jepun. Namun hakikatnya, ini AS. Susah hendak cari kereta sebegitu. Kalau Mitsubishi Evo banyaklah. Evo pergi SEMA sudahlah. Di sini orang lebih menghargai nostalgia dan sejarah. | |||||
Posted: 08 Feb 2013 03:40 PM PST
NAZA Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira) baru-baru ini menambah pilihan produk skuter Vespa sedia ada menerusi pelancaran varian LX150 edisi Apple untuk pelanggan tempatan. Hanya 168 unit jentera jenama Itali itu ditawarkan di Malaysia. Naza Premira merupakan pengedar rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia. Untuk makluman, LX150 edisi Apple itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat pengeluar gajet dan peranti pintar iaitu Apple Inc. Edisi Apple itu diperkenalkan bagi memperingati kempen pengiklanan paling popular di Itali pada tahun 1969. Slogan kempen itu dalam bahasa Itali pada ketika itu ialah Chi Vespa mangia le mele (If you ride a Vespa, you take a bite of the Apple). Buah epal dipilih kerana dikatakan merupakan simbol untuk kesihatan, muda, berkhasiat dan dikehendaki ramai. Individu di sebalik ciptaan slogan itu ialah Gilberto Filippetti daripada agensi pengiklanan Leader di Florence, Itali. Kempen pengiklanan itu digunakan untuk pengenalan model Vespa 50 Special pada tahun 1969. Ia tepat pada masanya kerana pada ketika itu seramai 16 juta golongan muda di Itali memerlukan sebuah kenderaan untuk mobiliti. Era itu adalah masa peralihan Itali ke arah pembentukan sebuah negara perindustrian. Malaysia merupakan negara kedua selepas Vietnam untuk menawarkan Vespa LX150 edisi Apple. Produk keluaran kilang di Hanoi, Vietnam itu hanya didatangkan dalam warna putih. Sentuhan kosmetik membabitkan grafik epal pada kedua-dua sisi skuter dan bahagian hadapan. Pelana jentera bersesaran 150cc itu diberi pengenaan dua tona merah putih beserta satu logo epal kecil. Lima cawangan baharu Enjin LX150 jenis empat lejang sejukan udara dengan transmisi automatik itu mampu menghampurkan kuasa sehingga 11.66hp @ 7,750rpm dan kuasa kilas 11.5Nm @ 6,000rpm. Berat kering jentera adalah 110 kilogram dan berupaya mencapai kelajuan maksimum 95 kilometer sejam. Untuk memberhentikan jentera, kedua-dua roda menggunakan khidmat brek cakera bersaiz 200 milimeter (mm) di hadapan dan drum di belakang (110mm). Ada dua cara menghidupkan Vespa LX150 iaitu sama ada melalui butang pemula atau penendang kaki. "Vespa merupakan skuter gaya hidup yang digemari di negara ini. Sebanyak 1,000 unit varian Vespa telah dijual pada tahun 2012," kata Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin. Unjuran jualan tahun ini adalah sebanyak 2,000 hingga 3,000 buah. Bagi merealisasikan sasaran tersebut, Naza Premira bakal membuka lima cawangan baharu di Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Terengganu dan Sarawak pada tahun ini. Buat masa ini, terdapat dua bilik pameran Vespa iaitu masing-masing di Petaling Jaya dan Kota Damansara di Selangor. Vespa LX150 edisi Apple ditawarkan pada harga atas jalan RM11,388 seunit. Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, anda kini boleh memiliki sebuah skuter LX150 pada harga RM8,888 sebuah (harga asas). Stok adalah terhad dan promosi hanya sah sehingga 28 Februari 2013. | |||||
Posted: 08 Feb 2013 03:38 PM PST
Peningkatan ketara pelancong Muslim terutamanya dari Asia Barat dengan kuasa beli yang tinggi membuatkan banyak negara tidak mahu ketinggalan menarik kedatangan mereka. DARIPADA pusat rawatan spa halal hingga bilik sembahyang di terminal lapangan terbang, industri pelancongan Islamik global semakin meningkat dan dijangka terus rancak dalam dekad akan datang. Menurut pakar, bilangan golongan kaya beragama Islam terutamanya di Asia Barat meningkat dengan ketara dan mereka pula gemar melancong ke luar negara. Bukan itu sahaja, jumlah perbelanjaan golongan tersebut ketika melancong juga menunjukkan peningkatan ketara dan dijangka mencecah AS$192 bilion (RM584 bilion) pada tahun 2020. Pada tahun 2011, perbelanjaan mereka kira-kira RM383 bilion. Statistik tersebut didedahkan kepada AFP oleh syarikat pelancongan halal yang beribu pejabat di Singapura iaitu Crescentrating dan agensi penyelidikan pasaran Muslim global, DinarStandard. Agensi di Amerika Syarikat itu membuat kajian pasaran berkaitan gaya hidup Muslim di 47 buah negara di seluruh dunia. Kedua-dua syarikat tersebut pakar dalam kajian berhubungan industri pelancongan dunia. Ketua Pegawai Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, negara dengan majoriti penduduknya beragama Islam seperti Mesir, Malaysia dan Indonesia telah lama menjadi pasaran kegemaran pelancong Muslim, namun kini negara bukan Islam semakin digemari. Berdasarkan kajian itu, Malaysia berada di tempat pertama destinasi tumpuan pelancong Muslim, malah sepanjang Ramadan pelancong turut berkunjung ke negara berkenaan.
Bulan madu Mohammed Ali Alali, 23, pelajar kejuruteraan petroleum dari Dammam, Arab Saudi melancong dan berbulan madu di Malaysia bersama pasangannya, pelajar perubatan berusia 20 tahun. "Negara ini tidak begitu jauh dari Arab Saudi dan kos perbelanjaan lebih murah berbanding melancong ke Eropah. Malaysia juga negara Islam dan ia banyak memudahkan kami dalam pelbagai perkara seperti lokasi masjid dan makanan Arab," katanya selepas berbuka puasa di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur baru-baru ini. Berdasarkan kajian itu, mudah mendapat masakan halal merupakan keperluan utama para pelancong berkenaan. Fazal berkata, destinasi pelancongan seperti Thailand dan Australia terutamanya Gold Coast, kini turut mengambil pendekatan serupa iaitu menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada para pelancong Muslim. Antaranya, termasuk menyediakan surau di terminal lapangan terbang dan hotel-hotel, restoran dan spa halal yang memenuhi tuntutan agama Islam. 'Mengapa tidak mencuba Gold Coast untuk Ramadan tahun ini?' Slogan ajakan tersebut dipetik daripada sebuah laman web pelancongan di Queensland, Australia. Banyak pakar ekonomi global mendedahkan, usaha memenuhi keperluan dan kehendak kira-kira 1.8 bilion orang Islam di seluruh dunia merupakan satu peluang perniagaan yang menguntungkan. "Daripada makanan dan perbankan Islamik, industri tersebut terus mengembangkan sayap dalam bidang farmaseutikal, fesyen, pelancongan dan pelbagai sektor lain," kata pakar tersebut. Separuh daripada populasi masyarakat Islam dunia merupakan golongan berusia 24 tahun ke bawah dan kebanyakannya berpendidikan tinggi.
Spa halal Thailand juga giat menjalankan usaha bagi tujuan menarik kedatangan pelancong Islam ke Negara Gajah Putih itu. Pihak berkuasa pelancongan negara berkenaan yang mempunyai pejabat di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah mempromosikan spa halal untuk pelancong Islam dengan menitikberatkan privasi para pelanggan lelaki dan wanita. Selain itu, mereka turut mengadakan festival makanan Thai di Dubai yang berlangsung dalam tempoh panjang iaitu dari 8 Jun hingga 7 Julai. Menurut kajian Crescentrating, Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok dipilih paling baik dari segi lapangan terbang mesra pelanggan Islam di negara bukan Islam. Kajian itu juga menunjukkan bahawa pelancong dari Negara-Negara Teluk seperti Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan UAE merupakan golongan yang paling banyak berbelanja. Negara-Negara Teluk mewakili 37 peratus daripada perbelanjaan pelancong Islam pada tahun 2011 di Thailand meskipun bilangan mereka cuma tiga peratus daripada populasi Islam global. | |||||
Penyatuan warisan Bangkok dan Ayutthaya Posted: 08 Feb 2013 03:37 PM PST BERKUNJUNG ke Bangkok dan Ayutthaya, Thailand baru-baru ini sempena lawatan anjuran syarikat tempat saya bekerja merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan kerana banyak perkara menarik ditemui di negara Gajah Putih itu. Sebagai seorang peminat sejarah, kunjungan ke beberapa tempat pelancongan di negara tersebut membuka mata saya tentang sejarah, agama dan budaya masyarakat di sana. Apa yang pasti, rakyatnya sangat mengagumi dan menghormati raja mereka, di mana-mana sahaja gambar pemerintah tersebut mudah disaksikan. Arah kiblat Pada hari pertama menjejak kaki di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, rombongan kami disambut wakil agensi pelancongan Bang Chalong Travel merangkap pemandu pelancong kami dikenali sebagai Woody. Sebelum menaiki bas, seorang gadis Thailand berpakaian tradisional menyambut kami dengan senyuman manis dan kalungan bunga. Selepas itu, barulah kami bertolak ke hotel lima bintang iaitu Grande Centre Point Hotel and Residence, Sukhumvit. Setelah memasuki hotel, saya terkejut kerana negara yang penduduk Islam merupakan golongan minoriti tetapi bilik hotel mempunyai arah kiblat. Tanda arah kiblat itu terletak di dalam laci meja berhampiran katil. Keistimewaan hotel itu di tingkat bawahnya terdapat kompleks beli-belah Terminal 21 dan saya sempat bersiar-siar melihat barangan yang dijual. Tomyam tersedap Kunjungan ke Thailand tidak sah sekiranya tidak menikmati hidangan tomyam. Walaupun di Malaysia terdapat banyak restoran menyajikan tomyam, namun rasanya tidak sehebat di Thailand. Selama enam hari lima malam di negara berkenaan, setiap restoran yang saya kunjungi rasa tomyam yang dihidangkan kepada kami nyata berbeza rasa. Namun, tomyam tersedap yang saya nikmati adalah di sebuah restoran di tepi sungai di Ayutthaya. Tomyam gong dan kari hijau terung pipit rasanya lazat. Ketika menikmati hidangan di beberapa buah restoran, kami turut disajikan dengan persembahan muzik tradisional Thai. Di Restoran Nopparat, Bangkok misalnya, sebanyak tujuh jenis tarian tradisional dan seni mempertahankan diri dipersembahkan kepada para pelanggan. Pada persembahan terakhir, para penari menjemput pengunjung untuk sama-sama menari di atas pentas. Di Siam Niramit, Ayutthaya kami turut menyaksikan pementasan seni budaya Thai selama lebih sejam. Persembahan itu sangat mengagumkan dan menggunakan pentas terbesar di dunia yang diiktiraf Guinness World Record. Menjejaki sejarah Thailand mempunyai banyak bangunan bersejarah termasuk kuil-kuil lama dengan seni bina yang unik. Semasa menyusuri Sungai Chao Phraya di River City, saya bukan sahaja dapat menikmati pemandangan sungai yang indah, malah pemandu pelancong turut menerangkan sejarah bangunan atau kawasan yang dilalui sepanjang sungai itu. Saya tidak melepaskan peluang mendengar dengan penuh minat sejarah setiap bangunan yang diceritakannya. Dalam lawatan itu juga, saya meneroka beberapa buah istana lama. Antaranya, istana purba di Ayutthaya yang menjadi pusat pemerintahan lama iaitu sekitar tahun 1360-an. Ia merupakan Tapak Warisan Dunia Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Istana purba itu kini dijadikan kuil dan terdapat sebuah patung Buddha tembaga bersalut emas yang besar di dalamnya. Kira-kira 50 meter dari kuil lama itu terdapat sebuah lagi kuil kerajaan purba iaitu Wat Phra Si Sanphet. Di dalamnya terdapat tiga bangunan stupa (seperti piramid di Mesir) yang mengandungi abu mayat tiga raja dari zaman pemerintahan berbeza. Sepanjang lawatan tersebut, baru saya tahu mengapa Thailand tidak pernah dijajah bangsa asing. Ini kerana, mereka tidak pandai berperang, malah dalam beberapa siri perangan menentang Burma (kini Myanmar), mereka tidak pernah menang. Terdapat banyak kesan tinggalan peperangan seperti kemusnahan kuil dan patung-patung rosak. Justeru, kekalahan dalam peperangan dengan Burma membuatkan pihak pemerintah Thailand mengamalkan pendekatan perbincangan dengan orang luar bagi menggelakkan penjajahan. Patung-patung Buddha di Thailand mempunyai rupa bentuk yang pelbagai. Perbezaan itu berikutan ia dihasilkan mengikut fizikal raja yang memerintah pada zaman-zaman tertentu. Oleh itu, setiap patung turut menggambarkan zaman yang berbeza. Hormat raja Ketika dalam perjalanan melawat Balai Rong Seri Ananta Samakhom, bas kami berhenti di hadapan tugu Raja Rama Kelima. Ketika itu, lalu rombongan yang membawa puteri raja untuk keluar dari istana bersebelahan. Walaupun berada dalam bas, kami tidak dibenarkan mengambil gambar atau merekod video kenderaan diraja dan kenderaan pengiringnya (kira-kira lebih 10 buah kereta). Adat masyarakat Thailand, dilarang keras memandang tepat wajah keluarga diraja kecuali mereka memberi izin atau mencemar duli untuk berjumpa rakyat. Penjaga-penjaga pintu istana juga memandang ke arah bertentangan (membelakangi) ketika kereta puteri keluar dari situ. Gambar-gambar raja mereka juga mudah dilihat sepanjang berada di Thailand. Perbuatan itu menunjukkan penghormatan yang tinggi rakyat negara berkenaan kepada raja mereka. Justeru, sepanjang melawat Thailand, saya berasa sangat seronok kerana dapat menyelami sejarah negara tersebut yang unik. Jika berpeluang, sudah tentu saya akan datang kembali ke negara berkenaan. | |||||
Pengiktirafan untuk hotel hijau Posted: 08 Feb 2013 03:36 PM PST HARI ini isu alam sekitar semakin mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Penggunaan teknologi hijau misalnya telah menjadi sebahagian daripada bidang sains masa depan bertujuan mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Industri perhotelan juga tidak terkecuali, justeru tidak hairanlah kebanyakan hotel kini mula melaksanakan inisiatif mesra alam secara lebih komprehensif dari segi konsep, reka bentuk, operasi dan penyelenggaraan sebagai tarikan kepada pelanggan. Salah satu daripadanya ialah Philea Resort and Spa, resort bertaraf lima bintang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Sejak beroperasi kira-kira dua tahun lalu, resort kabin kayu pertama dan terbesar di Malaysia itu turut mengetengahkan konsep hijau demi kelestarian alam sekitar. Usaha itu tampak berbaloi, apabila ia tersenarai antara 10 hotel berkonsepkan mesra alam 2012 oleh Agoda.com, peneraju laman web tempahan hotel terkemuka di Asia. Pengarah Komunikasi dan Permasarannya, Connie Chin berkata, pengiktirafan itu secara tidak langsung memacu resort itu menjadi destinasi percutian kelas dunia pada masa hadapan. Katanya, lebih manis, Philea Resort and Spa antara dua resort dari Malaysia yang tersenarai dalam kategori itu berbanding resort-resort terkemuka lain di serata dunia. Kitar semula "Ia merupakan satu kebanggaan kepada penduduk di Melaka dan Malaysia, amnya. Sebelum ini kami pernah memenangi anugerah Best Green Resort daripada Persatuan Pelancongan Melaka dan Excellent Award for Landscape Design and Planning daripada Institut Landskap Arkitek Malaysia (ILAM)," katanya. Tambah Connie, selain penggunaan kayu sebagai bahan binaan utama, resort itu juga mengetengahkan konsep kitar semula di samping penggunaan bahan pencuci yang mesra alam. "Misalnya, tangga pada setiap bilik serta pagar resort diperbuat daripada lebih 8,000 keping kayu landasan kereta api terpakai, tembok resort yang menggunakan 6,000 tan blok marmar, manakala bangkai kapal pula telah diubah suai dan dijadikan perabot di bahagian lobi. "Pada masa yang sama, kami turut menanam lebih 3,000 pokok di sekeliling resort ini bagi mewujudkan suasana hijau di samping menyejukkan pandangan," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Agoda.com, Robert Rosenstein memberitahu, kebanyakan hotel dan resort kini mula menyedari kepentingan menjaga alam sekitar. "Kebanyakan hotel yang dahulunya diiktiraf mesra alam kini mula mengambil tindakan selanjutnya seperti membersihkan sampah, melabur dalam amalan terbaik penjagaan alam sekitar sekali gus turut meningkatkan kehidupan mampan masyarakat di sekeliling mereka. "Sama ada di bandar-bandar besar atau pulau terpencil, pelanggan-pelanggan kami sememangnya menggemari resort yang berkonsepkan mesra alam," katanya. Selain Malaysia, beberapa resort dan hotel bertaraf antarabangsa yang tersenarai termasuklah di Shanghai, Melbourne, Barcelona, New Delhi, Bangkok dan Koh Samui. | |||||
Tinggalan perang di Batu Maung Posted: 08 Feb 2013 03:35 PM PST DARI bawah Bukit Batu Maung, Pulau Pinang kelihatan sekumpulan anggota tentera dengan seragam seluar khaki berwarna hijau tua segak berbaris dengan raifal jenis Lee Enfield Mk III tersandang di bahu. Sayup-sayup terdengar suara lantang pegawainya memberi arahan, lalu barisan anggota tentera yang memakai helmet besi itu mengatur langkah pantas menyusuri jalan untuk naik ke puncak bukit. Mereka adalah anggota Bateri Pertahanan Pantai Pulau Pinang yang bertanggungjawab mengendalikan Kompleks Pertahanan Rejimen Artileri British di bukit itu bagi melindungi Pulau Pinang daripada ancaman musuh. Terletak di ketinggian 75 meter dari aras laut, kedudukan Bukit Batu Maung atau juga dikenali sebagai Bukit Punjab oleh penduduk tempatan kerana diawasi tentera British berbangsa Punjab sangat strategik. Kompleks artileri Batu Maung digeruni kerana menempatkan dua laras meriam Mk. 24 berkaliber enam inci dan empat meriam empat inci yang cukup ampuh untuk memusnahkan kapal-kapal musuh sehingga pada jarak sejauh 24 kilometer (km). Meriam-meriamnya itu juga boleh berpusing pada kedudukan sehingga 180 darjah, sekali gus mampu melindungi kira-kira tiga perempat daripada kawasan Pulau Pinang. Ia juga kalis serangan udara kerana turut mempunyai bilik kawalan bawah tanah yang dibina dengan dinding konkrit tebal serta kubu-kubu bagi melindungi anggota tentera. Kalis serangan udara Kompleks pertahanan yang berkeluasan kira-kira lapan hektar itu dibina oleh Kor Jurutera Diraja Britsh dan buruh-buruh tempatan sekitar tahun 1938 dan siap sepenuhnya dua tahun kemudian. Ia sebahagian daripada pelan menggandakan kekuatan tentera British di Pulau Pinang setelah pulau itu dinaik taraf sebagai kota pertahanan kedua terpenting bagi Empayar Inggeris di Tanah Melayu selepas Singapura pada 1937. Malangnya, kompleks pertahanan Batu Maung yang disifatkan tentera British sebagai yang terkuat di utara Tanah Melayu bagaimanapun sekadar gah pada nama. Mengikut catatan sejarah, tiada sebutir peluru pun sempat dilepaskan daripada laras meriam-meriam di situ semasa tentera Jepun mara ke Pulau Pinang selepas menggempur Jitra, Kedah. Jangkaan tentera Jepun melancarkan serangan dari arah laut meleset. Sebaliknya serangan pertama dilancarkan menggunakan 85 pesawat pengebom ke atas Pelabuhan Pulau Pinang dan George Town pada 12 Disember 1941. Muzium perang Tentera Jepun kemudian mengambil alih Kompleks Pertahanan Bukit Batu Maung dan menjadikannya pusat tahanan dan penyeksaan selama lebih dua tahun sehingga Ogos 1945 setelah Perang Dunia Kedua berakhir. Sejak itu, kubu pertahanan Batu Maung ditinggalkan sepi sehingga ditumbuhi hutan belukar. Sejak itu pelbagai kisah dijaja dari mulut ke mulut oleh penduduk tempatan. Ada yang bercerita kubu Batu Maung merupakan kawasan keras dan berhantu kerana pernah dijadikan kem menyeksa tahanan perang Jepun. Tidak kurang juga mendakwa pernah melihat bayangan hantu tentera Jepun walaupun kesahihannya tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, selepas lebih 60 tahun, kubu Batu Maung dipulihara untuk dijadikan sebuah muzium terbuka oleh pihak swasta iaitu Penang War Museum Sdn. Bhd. diketuai pengurusnya, Johari Shafie. Muzium Perang Pulau Pinang yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 2002 bagi merasai serta melihat kehebatan kompleks meriam dan pertahanan tinggalan Perang Dunia Kedua hasil teknologi kejuruteraan British. Struktur kubu-kubu konkritnya dibiarkan dalam keadaan asal seperti mana semasa digunakan oleh tentera British dahulu. Kesan-kesan peluru dan letupan bom juga dapat dilihat pada beberapa dinding kubu. Kunjungan ke Muzium Perang Pulau Pinang dengan menyusuri laluan pejalan kaki yang disediakan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melawat keseluruhan kompleks yang di kelilingi belukar. Bagaimanapun bagi peminat sejarah ketenteraan, dua atau tiga jam di sini tidak mencukupi untuk bernostalgia sambil menggambarkan suasana peperangan yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. | |||||
Shila Amzah Nyanyi Lagu 'Ombak Rindu' Sambil Menangis Di YouTube Posted: 08 Feb 2013 05:33 AM PST Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila. "Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya. Rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi oleh stesen radio Hot FM. Sejam selepas itu, rakaman berkenaan tidak dapat diakses lagi menerusi laman "YouTube" milik Shila. Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyayi Hafiz dan Adira. Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz. Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala. Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut. Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya. Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya. Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran. Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama. LIRIK LAGU OMBAK RINDU Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terima ku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisiku Tuhan aku tahu banyak dosaku Hanya ingat Kamu kala dukaku Namun hanya Kamu yang mampu membuka Pintu hatinya 'tuk cintaku' Malam kau bawalah rinduku Untuk dirinya yang jauh dariku Agar dia tidak kesepian Selalu rasa ada cinta agung Hujan bawa air mataku Yang mengalir membasuh lukaku Agar dia tahu ku tersiksa Tanpa cinta dia di hatiku Hanya mampu berserah Moga cahaya tiba nanti Tuhan tolong lembutkan hati dia Untuk terimaku seadanya Kerna ku tak sanggup Kerna ku tak mampu Hidup tanpa dia di sisiku | |||||
Zarina Anjoulie & Teman Lelaki Didakwa Positif Dadah Posted: 08 Feb 2013 05:32 AM PST Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 27, dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, yang sebelum ini didakwa memiliki dadah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret Nazri Omran. Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, dekat sini, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu. Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes. Selain itu mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, memiliki dua biji pil eramin 5 setiap satu seberat 0.38 gram, di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini pada 5.30 petang, 30 Disember tahun lalu. Mereka yang juga pelajar kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Mahkamah mengekalkan jaminan asal mereka sebanyak RM2,000 seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala Zarina diwakili peguam M. Raja. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |