Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia |
- Gambar Anak Sulung Siti Shahrizah
- Scha al Yahya Buka Cawangan Baharu
- Kes Perceraian Jeslina Hashim
- Natasha, Irma Hasmie Hiasi Majalah Lisa
- Fizz Fairuz Putus Tunang! Kena Tipu!
Gambar Anak Sulung Siti Shahrizah Posted: 20 Feb 2013 11:14 PM PST |
Scha al Yahya Buka Cawangan Baharu Posted: 20 Feb 2013 09:05 PM PST Wah tahniah lah kepada pelakon, Scha al Yahya kerana telah membuka perniagaannya sendiri dengan membuka kedai. Nama kedai diberikan sempena namanya sendiri, 'Schapoholic' yang bakal di buka di Wangsa Walk Mall dan sekaligus untuk cawangan kedua. Cawangan pertamanya adalah di The Curve Shopping Centre Mutiara Damansara, Kedai ini difahamkan menjual pelbagai aksesori wanita dari jenis pakaian hinggalah barang perhiasan lainnya. Walaupun nampak mini kedai Scha ini, namun sambutannya amat mengalakkan, fan page Facebook kedai ini sahaja dah mencecah 60,000! Ini kedai yang pertama.. |
Posted: 20 Feb 2013 08:18 PM PST Siapa tak kenal dengan penyanyi yang mendendangkan lagu bertajuk 'Ku Intai CInta Dalam Rahsia', Jeslina Hashim. Difahamkan semalam melihat portal Murai, dia dengan suaminya, Dion Andrew Vercoe yang berasal dari New Zealand itu kini dalam prosiding mahkamah syariah Kuala Lumpur untuk kes penceraian mereka. Difahamkan mereka tidak sebumbung dah sejak beberapa bulan yang lalu. Rumahtangga mereka hanya bertahan 8 tahun yakni berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai 2 orang anak berusia 3 dan 6 tahun. Namun bila ditanya media ketika penagguhan kes penceraian itu, jawapan Jeslina adalah kerana masalah pribadi. "Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi. Apapun, saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah hari ini," -Jeslina. |
Natasha, Irma Hasmie Hiasi Majalah Lisa Posted: 20 Feb 2013 06:34 PM PST Majalah Lisa keluaran terbaru menampilkan dua selebriti bertudung iaitu Natasha Hudson dan Irma Hasmie sebagai penghias majalah hadapan mereka. Kombinasi dua selebriti ini menampilkan kelainan daripada edisi Majalah Lisa yang sebelumnya, yakni imej bertudung pada muka hadapan majalah berkenaan. Dan kedua-dua selebriti ini juga sedang sarat hamil/mengandung dan menunggu beberapa minggu untuk bersalin. -gambar facebook.com/LisaMalaysia |
Fizz Fairuz Putus Tunang! Kena Tipu! Posted: 20 Feb 2013 04:32 PM PST Aduhai sudah jatuh ditimpa tangga pula. Inilah yang terjadi kepada pelakon Fizz Fairuz yang dikhabarkan bertunang pada dua minggu yang lalu, kini sudah putus tunang. Difahamkan bekas tunangnya itu adalah isteri ke-2 kepada seorang ahli perniagaan dimana mereka bernikah di Thailand tidak lama dahulu. Dengar-dengar Fizz terkena buatan orang dan sebelum itu Almy juga telah menasihati Fizz supaya pergi berubat, namun nasi belum lagi menjadi bubur. Jadi sudah masa tibanya kembali kepada Almy Nadia lah pas ni. Yeah3. "Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang,Dan ini kata Almy Nadia yang dipetik di portal mStar semalam. "Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seserang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |