Jumaat, 8 Februari 2013

Juara rancangan realiti rogol teman wanita



Seorang penyanyi berusia 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah rancangan realiti televisyen popular pada tahun 2010 kini sedang ditahan reman oleh pihak polis kerana didakwa merogol teman wanitanya pada Ahad lalu.

Beberapa sumber menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku di sebuah rumah yang terletak di Ukay Perdana.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Pembantu Komisioner Amiruddin Jalaluddin, tempoh reman selama dua hari itu akan digunakan oleh pihak polis dalam membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Jelas si mangsa, kejadian tersebut berlaku pada 31 Januari lalu jam 12.40 tengah hari ketika dia berada di rumah suspek yang mana pada masa itu ahli keluarga suspek tidak berada di rumah. Kerana takut dicederakan, mangsa tidak melawan sebarang tindakan suspek.

Sekiranya didapati bersalah, penyanyi muda it boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun berserta dengan sebatan.



http://my.entertainment.yahoo.com/news/polis-tahan-reman-juara-rancangan-realiti-060500698.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines