Jumaat, 22 Februari 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Julia, Sakinah Gaduh Lagi?

Posted: 21 Feb 2013 09:55 PM PST

Laman sosial kadang kala boleh menjadi tempat pergaduhan cara halus mengikut teknologi masa kini. Tidak ketinggalan juga selebriti kita bergaduh di alternatif seperti ini.

Julia Ziegler dikatakan bergaduh dengan Sharifah Sakinah (adik kepada Sharifah Shahirah) dilaman Twitter. Tidak tahu isu apa yang mereka gaduhkan, namun mengikut sumber, mereka bergaduh kemungkinan kerana hal yang sudah berlalu 2 tahun lalu.

Hal itu adalah ketika tahun 2011 dahulu dimana Julia dikatakan menyerang Sharifah Shahira ketika di majlis resepsi Norman dan Memey kerana marah dengan tindakan Sakinah. Ketika majlis tersebut, Julia meninggikan suara kepada Shahira serta menyerang dengan kata-kata kurang enak di mana melibatkan agama dan keluarga.

Punca perbalahan itu meletus apabila Sakinah memberitahu yang Gambit mendesak atau menyuruh Sakinah mengorek prihal Julia, sehinggakan Gambit sendiri pula memberitahu kepada Julia. Dan Julia berang sampailah kepada Twitter yang dibawah ini.  Wallahualam.

Fesyen Tudung Siti Nurhaliza Terkini

Posted: 21 Feb 2013 09:26 PM PST

Datuk Siti Nurhaliza kalau dah bertudung memang banyak fashion tudung yang dia ingin pakai. Takpela kalau banyak duit beli lah tudung apa sekali pun asalkan menutup aurat.

Gambar terbaru Siti bertudung yang dimuat naik semalam melalui laman Fan Page Facebooknya dengan mengayakan tudung ala-ala seperti tudung hana tajima, memang ramai fan page yang suka memuji dan mengatakan Siti kelihatan cantik.


Gambar Fasha Sandha Anggun Pakai Habib Jewels

Posted: 21 Feb 2013 08:25 PM PST

Anggunnya melihat Fasha Sandha, apatah lagi berbadan dua. Gambar terbaru yang dimuatnaik oleh Fasha dalam laman Instagramnya ketika dia dalam shooting bersama Berita Harian dan Habib Jewel.

Memang tak dinafikan, perut pun dah besar, harap selamat la ketika bersalin nanti ye Fasha. Minta muatnaik gambar anak ke dalam Instagram pula. Hehe.

Fatwa Abby Abadi?

Posted: 21 Feb 2013 07:00 PM PST

Umum mengetahui yang Abby Abadi sememangnya selebriti yang bergiat aktif dalam bidang politik. Dan kadang kala ada juga segelintir orang tidak bersependapat dengan Abby Abadi, lebih-lebih lagi bila dia bertulis di laman sosial Twitter.

Ramai blog politik telah menyatakan yang Abby telah buat fatwa sendiri. Fatwa yang dimaksudkan Abby adalah menhentam dan menghukum parti politik tertentu sehingga memberi keyakinan dapat pahala jika menentangnya.

Aduihai.. Korang nilai lah sendiri penulisan Abby ni.




Azlyn Nafi Tuduhan Liar Fizz

Posted: 21 Feb 2013 05:05 PM PST

Mana satu yang benar dan salah ni? kata Fizz Fairuz semalam dia kena tipu kerana bertunang dengan isteri orang dan mengatakan yang dia diatur oleh bekas tunangnya itu, Azlyn Masiela.

Namun semalam memetik portal sisipan Berita Harian, Azlyn Masiela pula tampil dengan memberikan kenyataan yang mahu juga membela dirinya.

Azlyn Masiela yang merasa terkejut dan sedih kini menganggap dia dan keluarganya pula dibohongi oleh Fizz Fairuz.

Adakah ini salah faham?

Fizz meraikan hari lahir Azlyn di Bangsar, November lalu -foto Bharian
"Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga"

"Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya"

"Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam"

"Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz)," ujar Azlyn Massiel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines