Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Fizo Omar Tidak Terlintas Mahu 'Jaja' Kisah Cinta
- Izzue Islam Pernah Hidup Merempat Untuk Jadi Artis
- 'Bunohan' & 'Songlap' Terima Pencalonan Tertinggi FFM25
- Kamal Adli Belum Layak Dipanggil Pelakon Komedi
- Sharifah Sakinah Belum Sedia Jadi Penyanyi
- Konsert 3 dekad Anuar Zain memang hebat
- Lagi lagu untuk Sharnaaz?
- Amah dera bayi dipenjara 20 tahun
- Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat
- Alasan Awi cipta lagu ketuhanan
- Aznil bangga bergelar Datuk
- Kenal pasti dalang cerita negatif
- 102 pelarian Rohingya ditahan dalam kelesuan
- Kedai depan pondok polis dirompak
- Dua peragut pramugari diberkas
- Beruang, kuda mati di Zoo Melaka
- Banjir kilat terburuk landa Puchong
- Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang
- LG perkenal telefon pintar lebih 2 juta piksel
- Bayi mati selepas 'dipulau' 10 hospital
- Tyson dan Holyfield berdamai
- 4 hari duduk atas kren demi anak
- Lampu isyarat paling mengelirukan di dunia
- Khazanah Kebaya Kampung Cina
Fizo Omar Tidak Terlintas Mahu 'Jaja' Kisah Cinta Posted: 19 Feb 2013 03:05 AM PST Fizo, 28, bagaimanapun berkata, dalam masa yang sama langkahnya tidak menyembunyikan status kerana enggan menipu peminatnya yang bertanyakan perkara berkenaan ketika terserempaknya dengan Haas. "Saya kalau boleh tidak mahu terlalu terbuka mengenai hubungan ini kerana ia masih lagi di peringkat awal dan takut jika percintaan ini tidak berakhir dengan baik. "Apabila wartawan nampak saya dengan Haas di sebuah majlis baru-baru ini saya terpaksa berterus-terang kerana saya tidak mahu menipu. Lagipun itu bukan sikap saya (menipu)," jelasnya kepada mStar Online. Fizo ditemui pada sidang media percutian eksklusifnya bersama Ramli Sarip ke Istanbul, Turki anjuran Arlief Event Management di sini, pada Isnin. Hubungan Fizo dengan Haas mula mendapat perhatian apabila mereka dilihat muncul dengan wanita tersebut pada majlis resepsi persandingan Liyana Jasmay dengan Fathuddin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 2 Februari lalu. Tambah Fizo, dia bersyukur apabila berita mengenai percintaannya itu mendapat reaksi positif banyak pihak terutama peminat setianya. "Apabila saya fikir balik kalau saya terus berdiam diri tentang hubungan ini ia mungkin mengundang pelbagai perkara negatif kerana peminat hari ini lebih bijak dan kuasa media sosial tidak memungkinkan saya dapat sorok perkara ini," katanya. Dalam pada itu, Fizo berkata, dia merancang mahu berjumpa dengan keluarga Haas dalam masa terdekat untuk mengenali dengan ibu bapa teman wanitanya itu. Fizo memberitahu, walaupun telah mengenali ibu Haas, namun perjumpaan ini adalah lebih kepada rasa hormatnya kepada keluarga wanita berkenaan. "Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan bertemu keluarganya untuk berkenalan dengan lebih rapat," jelasnya. Bagaimanapun, Fizo berkata, perjumpaan itu bukanlah untuk merisik kerana ia masih terlalu awal. "Kami baru bercinta enam bulan dan masih di peringkat mengenali hati budi namun jika ada jodoh saya mahu menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai kekerapannya menerima pelawaan percutian bersama agensi pelancongan, Fizo berkata perkara itu dianggap sebagai rezeki. Katanya, selain dapat melancong dia juga dapat beramah mesra bersama peminat yang turut serta dalam program berkenaan. "Saya akui kebanyakan percutian yang disertai adalah percuma namun pada masa sama saya turut dapat meluangkan masa dengan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong karier saya," jelasnya. Fizo dan Ramli bakal menyertai percutian ke Istanbul, Turki pada Oktober depan bersama peminat selama tujuh hari enam malam dengan pelbagai aktiviti menarik. "Saya sangat teruja kerana selain bersama peminat, percutian ini istimewa kerana turut disertai oleh 'papa rock' negara. Ia bakal menjanjikan kenangan manis," ujarnya. Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh melayari laman www.arlief.com. | ||
Izzue Islam Pernah Hidup Merempat Untuk Jadi Artis Posted: 19 Feb 2013 03:04 AM PST Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, semasa berhijrah ke Kuala Lumpur sekitar tahun 2009, dia bersama rakan-rakannya sanggup tinggal di kedai 'bundle di Kelana Jaya, Selangor sebelum meneruskan hidup. "Memang empat tahun lalu, kehidupan saya tak semudah sekarang. Dari kampung saya di Kelantan, saya berhijrah ke ibu kita dan pernah merasai hidup di jalanan bagi mengejar cita-cita untuk bergelar anak seni. "Alhamdulillah, kesukaran itu telah memberi pengalaman buat saya untuk menjadi seorang insan yang lebih bagus dan tidak riak, Insya-Allah," katanya. Izzue ditemui pada pelancaran drama Bunga Merah Punya, terbitan Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dekat sini, Isnin. Bercerita mengenai kehidupannya sekarang, Tambah Izzue, walaupun hidupnya semakin teratur bersama kumpulan, Forteen, dia masih lagi mengamalkan cara hidup yang diamalkan sebelum ini iaitu tidur tanpa alas tilam. Dalam pada itu, pengalaman lampaunya itu turut dikongsi dalam lakonannya menerusi drama Bunga Merah Punya. Memegang peranan sebagai Merah, drama itu mengisahkan perjalanan hidupnya yang sering ponteng sekolah dan dimarahi datuknya, Tok Bain. Akibat ingin hidup bebas, Merah menjalani rutin harian di jalanan dan mencari rezeki menyanyi di kaki lima bersama rakan-rakan. "Menarik lagi tentang drama ini, ia berunsur muzikal sedikit. Sebanyak 15 buah lagu hasil ciptaan Zul Huzaimy terdapat dalam drama ini ," katanya. Bunga Merah Punya yang diarahkan oleh Zul Huzaimy ini disiarkan menerusi slot Aurora yang bersiaran setiap Khamis, pukul 8.30 malam di TV9. Ia akan disiarkan bermula Khamis ini. Selain Izzue, drama bersiri 13 episod turut menampilkan Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Shazwan Zulkifli, Nasir Bilal Khan dan Hasnul Rahmat. | ||
'Bunohan' & 'Songlap' Terima Pencalonan Tertinggi FFM25 Posted: 19 Feb 2013 03:03 AM PST Songlap menerima 14 pencalonan iaitu masing-masing enam pada anugerah Cipta manakala lapan untuk Anugerah Perdana. Filem Bunohan terbitan Apparat Sdn Bhd pula memperoleh 13 pencalonan iaitu lima bagi Anugerah Cipta manakala lapan bagi kategori dalam Anugerah Perdana. Malam Anugerah Cipta FFM25 yang menyenaraikan 11 kategori akan berlangsung pada 27 Februari ini di e@curve, Damansara dekat sini manakala acara kemuncak Anugerah Perdana (12 kategori) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 Mac depan. Filem tersebut juga turut tersenarai untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik masing-masing Dian Said (Bunohan) serta Effendee Mazlan & Fariza Azlina Ishak (Songlap). Pengumuman lima terbaik pencalonan FFM25 pada tahun ini dilakukan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Datuk Md Afendi Hamdan yang diadakan di agensi itu pada Selasa. Turut Hadir Ketua Pengarah Finas, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah. Sementara itu Md Afendi berkata, pada tahun ini pihaknya menerima penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 59 buah karya berbanding 47 pada tahun lalu bagi filem cereka termasuk kategori filem bukan bahasa Melayu. "Untuk memastikan ketelusan, kesemua keputusan akhir oleh pihak juri telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara untuk pengiraan skor dan pengesahan muktamad," katanya. FFM25 kali ini bertemakan Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas sempena 25 tahun sambutan jubli emas penganjurannya. Ia turut mencipta sejarah apabila acara kemuncaknya bakal disiarkan ke tiga saluran televisyen iaitu RTM2, Astro Ria (saluran 104) dan Mustika HD (saluran 134). FFM25 bakal membariskan pelakon Erra Fazira dan Fahrin Ahmad sebagai pengacara. CERITA ASAL TERBAIK 1. Bunohan (Dain Said) 2. Songlap (Fariza Azlina Ishak) 3. Misteri Jalan Lima (Afdlin Shauki) 4. Hantu Gangster (Namawee, Freed Chong & Vivi Wee) 5. 8 Jam (Loh Chung Tat) LAKON TV TERBAIK 1. Bunohan (Dain Said) 2. Songlap (Fariza Azlina Ishak) 3. 29 Februari (Edry Abdul Halim) 4. Seefood (Goh Aun Hoe) 5. Untuk Tiga Hari (Afdlin Shauki) SINEMATOGRAFI TERBAIK 1. Songlap (Haris Hue Abdullah) 2. 29 Februari (Mohd Noor Mohd Kassim) 3. Misteri Jalan Lama (Mohd Helmi Mohd Yusof) 4. Hoore! Hoore! (Mohd Noor Mohd Kassim 5. Ombak Rindu (Khalid Zakaria) PELAKON WANITA TERBAIK 1. Maya Karin - Ombak Rindu 2. Nadiya Nisaa - Jiwa Taiko 3. Vanidah Imran - Untuk Tiga Hari 4. Sara Ali - Songlap 5. Farah Nazirah - Hoore! Hoore! PELAKON LELAKI TERBAIK 1. Faizal Hussein - Bunohan 2. Shaheizy Sam - Songlap 3. Pekin Ibrahim - Bunohan 4. Shaheizy Sam - Sam 5. Zahiril Adzim - Bunohan PENGARAH FILEM TERBAIK 1. Dain Said - Bunohan 2. Effendee Mazlan & Fazira Azlina Ishak - Songlap 3. Osman Ali - Ombak Rindu 4. Syafiq Yusof - Sam 5. Saw Teong Hin - Hoore! Hoore! FILEM TERBAIK 1. Bunohan (Apparat Sdn Bhd) 2. Songlap (Grand Briliannce Sdn Bhd) 3. Ombak Rindu (Astro Shaw / Tarantella Pictures) 4. Sam (Skop Productions) 5. 29 Februari (KRU Studio) Berikut ini lima daripada 11 Anugerah Cipta FFM25 yang tersenarai dalam lima terbaik. Anugerah ini bakal diadakan pada 27 Februari 2013 di e@Curve Damansara, Petaling Jaya, Selangor. PELAKON HARAPAN WANITA 1. Farah Nazirah - Hoore! Hoore! 2. Jojo Goh - 29 Februari3. Neelofa - Azura 4. Shima Anuar - Sumpahan Kum Kum 5. Mon Ryanti - Keramat PELAKON HARAPAN LELAKI 1. Shahrizal Jaszle - Azura 2. Izzue Islam - 29 Februari 3. Hazami Azmi - Apa Celop Toq 4. Akim Ahmad - Hoore! Hoore! 5. Iedil Putera - Ngorat PELAKON PEMBANTU WANITA 1. Normah Damanhuri - Songlap 2. Fauziah Nawi - Hoore! Hoore! 3. Lisa Surihani - Ombak Rindu 4. Nabila Huda - Jalan Kembali 5. Lana Nordin - Chow Kit P PELAKON PEMBANTU LELAKI 1. Husyairi Husain - Bunohan 2. Syafie Naswip - Songlap 3. Amerul Affendi - Bunohan 4. Bront Palarea - Jiwa Taiko 5. Omar Abdullah - Songlap PENGARAH HARAPAN 1. Syafiq Yusof - Sam 2. Goh Aun Hoe - Seefood 3. Ghaz Abu Bakar - Hantu Kapcai 4. Nizam Zakaria - Cinta Kura-Kura 5. Tee Bee - Kepong Gangster | ||
Kamal Adli Belum Layak Dipanggil Pelakon Komedi Posted: 19 Feb 2013 03:02 AM PST Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 27, berkata, dia bukan malu jika di cop sedemikian sebaliknya merasakan sudah terlalu ramai pelawak yang lebih berkaliber berbanding dirinya untuk menggalas gelaran itu. "Saya tidak mahu dikenali hanya kerana sesuatu watak sahaja sebaliknya sebagai pelakon saya mahu mencuba pelbagai korektor supaya lakonan itu dapat berkembang. "Tambahan pula sudah terlalu banyak pelawak yang sememangnya benar-benar bagus dalam bidang mereka dan sejujurnya saya masih belum layak dilabel dengan gelaran tersebut," jelasnya kepada mStar Online. Kamal bakal muncul dengan filem terbaharunya, Gangster Celop arahan Ahmad Idham pada 21 Februari ini di samping pelakon seperti Azad Jazmin, Syamsul Yusof, Yus (Jambu) dan Hanis Zalikha. Dalam pada itu, Kamal berkata, dia tidak kisah dengan sesuatu watak diberikan sama ada ia dari genre komedi, drama atau aksi kerana baginya sebagai pelakon itu adalah tanggungjawabnya untuk melunaskan tugas yang diberikan. Jelas Kamal, dia bersyukur kerana penerbit dan pengarah banyak memberikannya peluang untuk mencuba pelbagai watak dan tidak terhad kepada sesuatu peranan sahaja. "Sebelum ini agak terhad peranan yang diberikan namun sekarang ia semakin terbuka dan sebagai pelakon ia dapat melatih saya dalam teknik lakonan," katanya. Sementara itu, Kamal berkata, selepas bekerjasama dengan Syamsul Yusof menerusi filem Gangster Celop, dia berhasrat untuk berlakon di bawah arahan pengarah muda itu pada masa hadapan. Menurut Kamal, dia sangat selesa dengan Syamsul dan kagum dengan cara kerja anak kepada Datuk Yusof Haslam itu ketika di set penggambaran. "Walaupun ketika penggambaran filem itu dia hanya sebagai pelakon tetapi saya selesa bekerja dan teringin untuk bekerja di bawah arahannya pula," katanya. | ||
Sharifah Sakinah Belum Sedia Jadi Penyanyi Posted: 19 Feb 2013 03:01 AM PST Pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 24, berkata, dia lebih senang menonjolkan bakat nyanyiannya itu menerusi drama atau filem-filem yang dilakonkannya kerana menganggap impak terhadap penonton lebih kuat. "Minat saya dalam nyanyian tidaklah sekuat lakonan dan saya lebih selesa untuk menyanyi tanpa diberi gelaran sebagai penyanyi. "Lagipun saya rasa ramai lagi bakat-bakat hebat di luar sana yang jauh lebih bagus nyanyiannya berbanding saya. "Mungkin, menyanyi dalam drama atau filem lebih menarik, seperti yang saya lakukan untuk drama terbaharu iaitu Bunga Merah Punya dan Hotel Mania (2010)," katanya. Sakinah ditemui pada pelancaran drama Bunga Merah Punya, terbitan Suhan Movies & Tradings Sdn Bhd di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dekat sini, Isnin. Tambah adik kepada pelakon Sharifah Norhaslinda (Lynn) dan Sharifah Shahira (Shira) ini, selepas mengukuhkan karier sebagai seorang pelakon, dia ingin mencuba di bidang pengacaraan pula memandangkan sikapnya yang suka bercakap. Sementara itu, menerusi drama arahan Zul Huzaimy itu, dia turut menonjolkan bakat nyanyiannya sebanyak tiga buah lagu yang berjudul Sampaikan Rindu, Oh Bulan dan Rajuk. "Nak menyanyi tiga lagu ini pun membuatkan saya takut dan risau sekiranya nyanyian saya tidak mencapai tahap yang diinginkan. Sampaikan satu lagu saya perlu merakam selama dua hingga tiga jam. "Lagu untuk drama pun mengambil masa lama, apatah lagi jika nak rakam lagu sebenar. Apa-apa pun, saya berasa seronok melakonkan drama ini, ia memberi cabaran yang tersendiri dalam melakonkan watak saya sebagai Bunga," selorohnya. Bunga Merah Punya yang diarahkan oleh Zul Huzaimy disiarkan menerusi slot Aurora di TV9 yang bersiaran setiap Khamis, pukul 8.30 malam bermula 21 Februari ini. Selain Izzue, drama bersiri 13 episod turut menampilkan Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Shazwan Zulkifli, Nasir Bilal Khan dan Hasnul Rahmat. | ||
Konsert 3 dekad Anuar Zain memang hebat Posted: 19 Feb 2013 03:00 AM PST Ternyata aura dan kekuatan penyanyi kacak, Anuar Zain terletak pada muzik dan vokalnya yang berupaya menggamit hati lebih kurang enam ribu penonton yang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu lalu. Sesuai dengan tema yang diangkat pada konsert itu, Anuar membuka tirai persembahan pada jam 8.30 malam dengan lagu I'm The Lucky One. Tidak hanya terpegun dengan kelantangan suara penyanyi itu, konsert turut dimeriahkan dengan iringan 26 pemuzik profesional bersama empat penyanyi latar. Lebih menarik apabila lagu kedua yang disampaikan Anuar, Bila Resah digubah dengan susunan muzik baharu yang lebih 'catchy' membuatkan penonton terpesona menyaksikan persembahannya. Bantuan paparan visual dan warna-warni pencahayaan pentas utama berjaya menarik tumpuan penonton untuk terus terhibur dengan persembahan lagu rancak Selamat Pagi Sang Suria. Selain bijak menarik perhatian peminat dengan usikan gurau senda dan cerita pengalaman bergelar anak seni, lemparan kuntuman ros merah kepada penonton juga beri impak yang luar biasa sepanjang konsert itu berlangsung. Bagaikan histeria apabila aktres popular, Nora Danish muncul di pentas tatkala Anuar sedang mendendangkan lagu hitnya, Ajari Aku, di mana muzik videonya turut menampilkan pelakon cantik itu. Antara lagu lain yang turut didendangkan adalah Perpisahan, Ku Hanya Milikmu dan Ketulusan Hati, Keabadian cinta, Cinta Harus Memiliki, Sesucinya Cintamu dan banyak lagi. Gimik demi gimik Konsert bertambah meriah apabila beberapa gimik telah dilakukan dengan baik. Seperti gimik kebiasaan mana-mana konsert yang lain, Anuar juga menggunakan teknik yang sama dengan mengucapkan penghargaannya dan selamat tinggal sebaik sahaja habis menyanyikan lagu Lelaki Ini. Biarpun lampu pentas sudah dipadamkan, namun peminat tetap tidak berganjak daripada tempat mereka. Tidak sampai lima minit membiarkan peminat menunggu, Anuar kembali muncul di pentas menyampaikan lagu Sedetik Lebih sebagai penutup. Melihat mutu persembahannya pada malam itu, tidak hairanlah mengapa peminat setianya dari Singapura, Brunei, Indonesia, Brazil dan Malaysia sendiri sanggup hadir memenuhi ruang stadium. Pastinya peluang menyaksikan persembahan Anuar selepas ini tidak harus dilepaskan jika dia kembali beraksi pada konsert solo seperti ini. Tenaga luar biasa Walaupun banyak liku yang terpaksa di hadapi semata-mata untuk merealisasikan konsert solo tersebut, Anuar akui dirinya sangat berpuas hati dengan sambutan dan perjalanan konsert tersebut. Menurutnya, konsert yang berlangsung pada malam itu begitu memberi makna buat dirinya sepajang 30 tahun melibatkan diri dalam industri muzik tempatan. "Tidak ada apa yang dapat saya katakan dan memang saya tidak sangka sambutan daripada peminat sangat hebat. Pada awalnya kami hanya anggarkan 4 ribu penonton sahaja yang akan hadir tapi hari ini di lebih dari jangkaan kami. "Apa yang mampu saya katakan hanyalah terima kasih yang tidak terhingga kerana sentiasa menyokong karier nyanyian saya sejak dahulu lagi," katanya pada sidang media yang diadakan selepas konsert berakhir. Apabila ditanya dari mana dirinya memperoleh tenaga menyampaikan 20 buah lagu, Anuar bagaimanapun mengatakan semangatnya datang dari penonton yang hadir. "Secara automatik, segala tenaga saya bertambah setelah melihat penonton yang hadir memenuhi ruang stadium dan itu juga beri saya kekuatan untuk menyanyi dengan baik. "Saya mahu buat yang terbaik untuk mereka kerana usaha mereka untuk hadir ke konsert ini memang sangat bernilai untuk diri saya," katanya. | ||
Posted: 19 Feb 2013 02:59 AM PST Kurang seminggu selepas menampilkan single, Masih Aku Cinta, Shila Amzah terus memperkenalkan lagi lagu terbarunya, Cinta Hati. Video single berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan kebolehan anak gadis ND Lala 'rapping' dan ditemani gitar kesayangannya. Jika diperhatikan dari segi bait lagu itu, kemungkinan ia dicipta sebelum kontroversi perpisahan bersama pelakon popular, Sharnaaz Ahmad. Mungkin bagi Shila, penghasilan lagu ini dapat menjadi pengubat dukanya tatkala bersendirian. Walaupun hubungan itu hebat dilanda badai, namun ternyata masih ada cinta di hati Shila buat Sharnaaz. Tambahan pula, Sharnaaz sebelum ini pernah menafikan cinta mereka sudah berakhir. LIRIK LAGU Senangnya dalam hati ku Lihat Kau disisi Dari kejauhan mata namun dekat dihati Kau memelukku indah Membisik nama ku Kau tanyakan ku soalan Yang buat ku terpaku Bila Kau kata Kau Cinta Ku juga cinta mu Bila Kau bilang Kau rindu Ku juga rindu mu Lama telah ku menyimpan Hasrat 'tuk hidup dengan mu Oh sayang, ku cinta mu.. Satu dunia tahu aku adalah milikmu Ku persembahkan cinta yang terbaik Hanya lah untuk mu Sudah berkali-kali ku terjatuh cinta Sudah berkali-kali juga ku kecewa Tapi ternyata segalanya berbeza Bila aku dengan kamu, Kamu dengan aku oh.. Tiada lelaki yang bisa jadi sehebatmu Muzik Dan jenaka mu mencuri hatiku Tak mungkin ku akan berpaling dirimu Cuz baby I LOVE YOU. | ||
Amah dera bayi dipenjara 20 tahun Posted: 19 Feb 2013 02:57 AM PST Yuliana yang berusia 23 tahun dari Sukarame Acheh itu bagaimanapun dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika diminta membuat rayuan sambil mengaku mempunyai dua anak selain tidak mampu membayar denda. Mahkamah terpaksa menunggu beberapa saat sebelum mendengar rayuan tertuduh yang akhirnya berkata 'Saya takut'. Hakim, Mohd Azhar Othman sebelum menjatuhkan hukuman menganggap perbuatan itu boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan mahkamah berpendapat hukuman setimpal perlu kerana kanak-kanak adalah pelapis generasi akan datang. "Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah," katanya. Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh ditangkap. Ketika sesi perbicaraan, satu tayangan rakaman kamera litar tertutup selama lebih tiga minit dipasang selain beberapa bukti bergambar yang ditunjukkan pihak pendakwaan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nor Azizah Mohamad yang meminta hukuman berat dijatuhkan kerana mempunyai unsur keganasan walaupun kesalahan itu kali pertama bagi tertuduh. "Hukuman berat kepada tertuduh juga boleh memberi pengajaran kepada orang awam supaya tidak mengasari kanak-kanak sewenang-wenangnya," katanya. Melalui pertuduhan pertama, Yuliana melakukan perbuatan menghempas dan melambung seorang bayi sebanyak sembilan kali dan dia mempunyai pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh menyebabkan kematian. Bayi terbabit, Mohamed Hareez Mohamed Zamri itu didapati mendapat kecederaan lengan kanan dan kaki kanan. Yuliana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Bagi pertuduhan kedua, Yuliana didapati melakukan menganiaya seorang bayi kira-kira jam 7.45 pagi di Lorong Bukit Setongkol sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada bayi itu. Dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(91) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa. Ibu bayi itu, Nina Suraya Sulaiman, 24, terus menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang dan mendapati bayi itu menangis Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi pada hari sama. | ||
Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat Posted: 18 Feb 2013 11:45 PM PST | ||
Alasan Awi cipta lagu ketuhanan Posted: 18 Feb 2013 11:41 PM PST SEJAK dua tahun kemunculan jejaka kelahiran Singapura ini dalam industri muzik tempatan, rezeki Awi Rafael tidak pernah putus. Hasil karyanya juga sentiasa diputarkan menerusi corong-corong radio sekali gus menjadikan namanya sentiasa berlegar dalam industri muzik. Pulanglah merupakan single pertama yang berjaya melonjakkan nama Awi. Setelah muncul dengan beberapa single menerusi album pertamanya, kini pemilik nama sebenar Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael ini muncul pula dengan sebuah lagi album yang telah dilancarkan pada 8 Februari lepas. Pelancaran yang bertempat di Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur tersebut sebenarnya dibuat sekali gus bersama showcase album keduanya. Walaupun sudah dua album dilancarkan, Awi masih menulis lirik dan menggubah lagu-lagu nyanyiannya sendiri. Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah Awi Rafael tidak mempercayai bakat komposer-komposer lain untuk terlibat sama dalam penghasilan lagu dalam albumnya. Namun, ia sama sekali disangkal oleh Awi kerana katanya, sebagai orang baharu, dia ingin mengetengahkan bakat yang ada. "Bukan saya tidak percaya pencipta lain, tetapi ini adalah peluang saya untuk mencipta nama dalam bidang penulisan selain nyanyian. Alhamdulillah, saya menerima pelbagai kritikan yang positif. Mungkin untuk album seterusnya, saya bakal bekerjasama dengan komposer lagu pujaan saya." "Menulis lagu sendiri dan menerima kritikan yang positif daripada orang ialah satu perkara yang membuatkan saya berasa puas. Inilah peluang saya dan syukur, lagu-lagu yang ditulis setakat ini diterima ramai," katanya yang pernah menerima respons positif daripada dua orang idolanya iaitu Edry Abd. Halim dan Ahmad Dhani. Pada showcase yang telah diadakan, Awi telah menyampaikan sebanyak enam buah lagu termasuk lagu-lagu popular dari album pertamanya seperti Bila Aku Jatuh Cinta dan Pulanglah dan selebihnya merupakan lagu daripada album baharunya yang berjudul Asalkan Aku OK! . "Saya memilih judul kali ini Asalkan Aku OK! kerana saya ingin ceritakan tentang diri saya sekarang yang mana saya sentiasa ingin bersikap positif. Dalam album kali ini, banyak juga lagu genre balada yang saya selitkan. "Ini kerana peminat gemar dengan lagu-lagu balada ciptaan saya. Kali ini, boleh katakan, saya menulis lagu untuk peminat dan ingin lebih berhubung dan dekat dengan mereka," tutur Awi yang ditemui selepas selesai showcase tersebut. Selain itu, bicara jejaka berusia 27 tahun ini, antara sembilan lagu yang diciptanya dalam album terbaharunya tersebut, single berjudul Dewa merupakan yang paling istimewa dan bermakna buat dirinya. Ini kerana sepanjang dua tahun bergelar penyanyi dan penulis lirik, ini merupakan percubaan sulung Awi menghasilkan lagu yang berunsur ketuhanan. "Dewa merupakan single yang paling bermakna buat diri saya kerana pertama kali saya menulis lagu tentang ketuhanan. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang dan ilham untuk menghasilkan lagu sedemikian rupa. "Apa yang boleh saya katakan, sebagai seorang insan, lagu ini banyak beri ketenangan kepada diri. Ia dihasilkan bukanlah ketika saya banyak dilanda kontroversi dan saya berterima kasih kepada Warner Music Malaysia kerana mempercayai bakat yang saya ada," jawab Awi ketika ditebak persoalan penghasilan lagu ketuhanan ini. Pada showcase tersebut juga, Awi telah melancarkan klip video single baharunya yang berjudul Hari-hariku dan apa yang menariknya iaitu dihasilkan oleh pelajar Aswara. "Saya suka bekerja dengan anak-anak muda yang ingin pertaruhkan bakat mereka. Di sini (Aswara) mereka telah melakukan yang terbaik dan memberikan seluruh tenaga mereka untuk menjayakan showcase ini. "Mengenai klip video lagu Hari-Hariku, kami berkongsi idea dan juga pada masa yang sama memberi peluang kepada mereka untuk mengekspresi bakat yang terpendam itu," ujarnya yang turut memberitahu klip video Hari-hariku berjaya disiapkan dalam tempoh sehari sahaja. | ||
Posted: 18 Feb 2013 11:41 PM PST
PENGACARA, penyanyi, pelakon dan penyampai radio popular Datuk Aznil Nawawi, 51, cukup berbangga apabila diberi penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk di Istana Negara sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari lalu. Aznil yang ditemui pada majlis memperkenalkan wajah baharu Astro baru-baru ini mengatakan usahanya selama 23 tahun dalam bidang penyiaran terbayar apabila diberi penghormatan daripada pihak tertinggi kerajaan Malaysia. Meskipun begitu Aznil yang sudah sinonim dengan gelaran Pak Nil dalam kalangan peminat dan teman media menegaskan jika orang sekeliling berbangga dengan pangkat Datuk yang diterimanya maka, kini mereka harus berbangga memanggilnya Datuk Aznil. Ikuti temu bual santai Kosmo! bersama Datuk Aznil. Selepas Aznil menerima gelaran Datuk masih ada pihak yang mempertikaikan anugerah yang diterima. Komen? Anugerah yang diterima diberi oleh Yang di-Pertuan Agong, jika saya tidak menggunakan gelaran Datuk itu seperti saya tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong. Siapa kita untuk mempersoalkan pilihan orang yang mempunyai kuasa untuk memilih. Sudah tentu mereka melakukan kajian terlebih dulu sebelum memberikan anugerah itu kepada saya. Adakah anda selesa dengan gelaran Datuk sedangkan sebelum ini anda cukup sinonim dengan gelaran Pak Nil? Saya tidak mahu hanya saya bergelar Datuk akan mewujudkan jurang yang besar antara saya dan orang sekeliling terutama orang yang menyayangi saya. Kalau mereka rasa bangga dengan anugerah yang saya terima, panggil saya Datuk. Saya sendiri cukup berbangga dengan apa yang dianugerah kepada saya, ini menunjukkan warga media seperti saya juga telah menyumbangkan sesuatu kepada negara. Mungkinkah wujud seberang tekanan untuk anda memikul gelaran Datuk itu? Tidak ada sebarang tekanan kerana selama bekerja dalam bidang media, saya cukup menjaga tingkah laku. Jika gelaran Datuk yang diterima mengubah keseluruhan hidup saya, mungkin saya akan tertekan tetapi saya masih menjalani kehidupan yang sama seperti dahulu, jadi tiada sebarang tekanan. Apakah misi anda selepas ini? Terus-terang saya katakan gelaran Datuk ini membuka lebih peluang kepada saya untuk membantu orang lain kerana orang sudah tidak mempertikaikan kredibiliti saya. Cita-cita saya adalah mahu membantu anak-anak Malaysia lebih pandai bercakap kerana dengan keberanian bercakap mereka boleh jadi macam-macam. Sebelum ini agak sukar untuk saya yakinkan pihak sekolah tentang projek ini, mungkin dengan gelaran Datuk ini akan memudahkan lagi laluan itu. Khabarnya anda juga ingin membantu anak seni. Komen? Gelaran Datuk yang saya terima bukan hanya untuk saya banggakan, tetapi ia datang dengan tanggungjawab dan amanah yang besar. Sebelum ini saya ada wujudkan projek amal yang dikenali sebagai Hero Malaya yang mendedahkan artis kita kepada tanggungjawab sosial. Selepas ini saya ingin kembangkan dengan mewujudkan sebuah yayasan amal. Apakah program dalam yayasan amal itu? Yayasan ini akan digunakan sepenuhnya untuk membantu artis Malaysia seperti kembangkan kerjaya ke luar negara dan menubuhkan rumah orang tua-tua. Saya sedih melihat kebanyakan artis tempatan di penghujung usia mereka yang hidup melarat. Mereka sakit kerana dipinggirkan. Jadi saya harus mulakan semua ini dan jika tidak ada aral melintang semua impian saya itu akan wujud dalam tahun ini juga. | ||
Kenal pasti dalang cerita negatif Posted: 18 Feb 2013 11:40 PM PST
SEJAK menjalinkan hubungan percintaan selama tiga tahun dan mendirikan rumah tangga pada 3 November lalu, sememangnya Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi antara pasangan selebriti yang sering diperkatakan ramai. Bermula dengan kisah percintaan mereka, majlis pertunangan secara senyap-senyap, membuat pengumuman tarikh perkahwinan secara mengejut sehinggalah pakaian semasa majlis resepsi, semuanya pernah menimbulkan kontroversi. Menurut Farid, sebagai seorang individu berstatus selebriti segala yang berlaku itu sememangnya sukar dielakkan, tetapi dia perlu tenang untuk berhadapan dengan setiap kontroversi yang melanda dirinya. Berkesempatan bertemu dengannya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Metrowealth Pictures (MIG) di bangunan MIG, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Farid menyatakan, dia menerima segala cerita negatif membabitkan dirinya dengan hati terbuka. Mengakui telah mengenal pasti individu yang selalu mereka-reka cerita buruk mengenai dirinya sejak belum berkahwin lagi, buat masa ini dia enggan mengambil sebarang tindakan atau bersemuka dengan individu tersebut. "Saya sudah lama tahu orang yang bertanggungjawab memburuk-burukkan nama saya selama ini dan sangat kenal dengannya. Cuma saya tidak mahu ambil kisah langsung dengan segala perbuatannya itu. "Bagi saya orang tersebut sebenarnya sangat tertekan dengan kehidupan yang dilaluinya dan saya cuma mendoakan yang terbaik buat dirinya," jelas Farid yang enggan mendedahkan dengan lebih lanjut tentang individu berkenaan. Biarpun selama ini dia masih dapat menahan kesabaran apabila sentiasa diaibkan dengan pelbagai cerita kontroversi, namun Farid meluahkan rasa kecewanya terhadap seorang blogger yang telah mempertikaikan tentang pakaian dalam salah sebuah majlis resepsi perkahwinannya dahulu. Ujarnya, dia berasa cukup terhina dengan pendedahan yang dibuat oleh blogger berkenaan menerusi blog peribadinya tanpa mengetahui apakah agenda di sebalik perbuatannya itu. "Tidak kira apa sahaja cerita kurang baik tentang diri saya yang diperkatakan, saya masih lagi boleh bersabar dan dapat menerimanya. Namun begitu, perbuatan yang dilakukan oleh blogger itu langsung tidak beretika. "Buat masa ini saya tidak mahu ambil apa-apa tindakan, tetapi pihak MIG sekarang sedang meneliti setiap tulisan blogger tersebut dalam blognya itu untuk tindakan seterusnya," jelasnya. Bagaimanapun, Farid telah meluahkan harapannya supaya mana-mana pihak yang gemar mengaibkannya itu supaya lebih bertimbang rasa memandangkan isterinya yang sedang mengandung ketika ini. "Kalau boleh saya memang cuba elakkan Diana yang kini sedang berada di Australia untuk ambil tahu tentang segala cerita mengenai diri saya di sini. "Sebagai suami saya tidak mahu emosi isteri saya yang kini sedang berbadan dua terganggu apabila masih timbul lagi cerita negatif yang membabitkan kami berdua," ujarnya. Berjauhan Baru mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu, Farid berkata, ketika ini dia terpaksa berjauhan dengan isterinya memandangkan Diana akan memulakan pengajiannya dalam bidang produksi dan penulisan skrip di National Institue of Dramatic Art (NIDA) di Sydney, Australia. Namun begitu, dia meluahkan rasa leganya kerana isterinya itu tidak terlalu mengalami alahan seperti kebanyakan wanita mengandung, meskipun usia kandungannya sudah memasuki tiga bulan. "Diana sudah berada di Australia sejak bulan lepas dan keadaannya di sana agak baik. Sehingga kini saya juga sudah dua kali berulang-alik ke sana untuk membantu dia mencari rumah sewa dan urusan pendaftaran pengajiannya di NIDA. "Walaupun sekarang kami terpaksa berjauhan, saya tidak berasa risau sangat kerana Diana merupakan seorang wanita yang mampu berdikari dan kini dia menetap di sebuah kawasan perumahan yang mempunyai ramai rakyat Malaysia," ujarnya. Ketika ditanya sama ada dia dan Diana sudah membuat persiapan menantikan kelahiran cahaya mata sulung, Farid menyatakan, masih belum ada sebarang persiapan yang dilakukan. "Persiapan untuk membeli barangan bayi masih lagi belum kerana usia kandungan isteri saya masih awal. Sekarang ini apa yang kami berdua lakukan adalah persiapan mental dan fizikal sebelum bergelar ibu dan ayah," jelasnya. Selain isterinya yang akan sibuk memulakan pengajian di luar negara, Farid menyatakan, jadual seninya pada tahun ini agak padat sehingga persiapan membeli barangan bayi tidak sempat dilakukan sekarang. Ujarnya, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Bencinta dan pada bulan hadapan dia akan mula mengarahkan filem terbaharunya iaitu Bodyguard Dari Kedah. Restu
Setelah 10 tahun Farid berkecimpung dalam dunia seni, kini tiba pula giliran adiknya iaitu Fadzil Zahari yang kini sudah mula berjinak-jinak menceburi dunia lakonan sejak tahun lalu. Menurut Farid, adiknya mula terbabit dalam industri hiburan sejak tiga tahun lalu apabila menghasilkan skrip filem arahannya sendiri iaitu Kongsi yang pernah mencatatkan kutipan sebanyak RM8.09 juta pada tahun 2011. "Saya mula mengesan bakat yang dimiliki adik saya itu menerusi satu nota yang ditulisnya beberapa tahun lalu. Apabila saya membaca nota tersebut, saya dapat rasa dia sebenarnya memiliki bakat yang besar dalam penulisan sehinggalah saya memintanya menulis skrip untuk filem Kongsi. "Sebagai seorang abang saya sentiasa menyokong pembabitannya dalam bidang seni, cuma saya ada berpesan kepadanya supaya perlu berdikari dan tidak menggunakan nama saya untuk naik dengan cepat," jelasnya. Sementara itu, apabila diminta komennya terhadap gosip yang melanda adiknya itu dengan pelakon Yana Samsudin, Farid menyatakan, dia akan merestui jika kedua-duanya sememangnya bercinta. "Saya langsung tiada masalah sekiranya Fadzil dan Yana sedang bercinta dan saya tiada hak untuk menghalang hubungan mereka. Kalau benar saya akan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua," ujarnya. | ||
102 pelarian Rohingya ditahan dalam kelesuan Posted: 18 Feb 2013 11:37 PM PST TELUK BAHANG - Hasrat kira-kira 120 pelarian Rohingya ke negara ini untuk mendapatkan perlindungan dan pekerjaan terbantut apabila 102 orang daripada mereka ditahan pihak berkuasa ketika cuba menyembunyikan diri di dalam hutan Taman Negara Teluk Bahang di sini semalam. Mereka yang terdiri daripada 64 lelaki, 20 wanita serta 18 kanak-kanak berusia dalam lingkungan setahun hingga 70-an ditemui berkeliaran di tiga lokasi berasingan iaitu di Pantai Teluk Kampi, Hutan Taman Negara Teluk Bahang dan Hutan Simpan Pantai Acheh, Balik Pulau di sini kira-kira pukul 3 petang dan 7 malam. Pelarian terbabit dikatakan mendarat di Pantai Teluk Kampi pada pukul 11 malam kelmarin setelah belayar dari Myanmar selama 13 hari dengan menaiki sebuah bot pukat tunda yang dipandu seorang rakyat tempatan. Bot yang mereka naiki dengan caj mencecah ratusan ringgit seorang itu dikatakan telah mengalami kebocoran sebelum tersadai di pantai berkenaan. Semasa ditahan, kesemua pelarian terbabit dilihat berada dalam keadaan keletihan memandangkan mereka dikatakan sudah tiga hari tidak menjamah makanan. | ||
Kedai depan pondok polis dirompak Posted: 18 Feb 2013 11:34 PM PST GOMBAK – Dua penjenayah bagaikan mencabar kewibawaan polis apabila mereka bertindak berani merompak dan melarikan tiga dulang berisi sejumlah rantai leher dianggarkan bernilai RM200,000 daripada sebuah kedai emas yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari Pondok Polis Selayang Baru di Jalan 11 B, Selayang Baru di sini semalam. Semasa kejadian pada pukul 10.15 pagi, seorang pemuda, Mohd. Zaki Alias, 23, nekad mengejar kedua-dua perompak itu sejauh 100 meter sebelum bergelut dengan suspek yang bersenjatakan parang selepas kejadian rompakan itu tidak disedari anggota polis yang bertugas di pondok polis itu. Mohd. Zaki, seorang saksi yang melihat rompakan itu berkata, sebelum kejadian dia yang berada di kedai emas milik abangnya yang terletak sebelah kedai emas yang dirompak terkejut apabila mendengar bunyi kaca pecah tiga kali sebelum diikuti jeritan meminta tolong. Curiga dengan bunyi tersebut, Mohd. Zaki menjenguk kedai emas sebelah sebelum ternampak dua lelaki bertopi keledar dengan seorang memegang parang cuba melarikan diri sambil membawa sebuah beg kecil dipercayai berisi rantai leher yang dirompak. | ||
Dua peragut pramugari diberkas Posted: 18 Feb 2013 11:33 PM PST
PETALING JAYA - Hasrat dua pemuda berjoli selepas berjaya meragut beg tangan seorang pramugari AirAsia X warga Jepun tidak kesampaian apabila mereka bukan saja dicekup tetapi turut cedera terlibat dalam kemalangan tidak jauh dari lokasi mereka melakukan jenayah di Jalan Persiaran Kewajipan dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebelum kejadian pukul 12 tengah hari, dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri mangsa yang berjalan kaki dari arah belakang sebelum menarik beg tangan wanita itu. "Selepas mendapat beg itu, dua penjenayah terbabit terus melarikan diri tetapi nasib mereka malang apabila motosikal yang dinaiki berlanggar dengan dua buah kereta iaitu Perodua Myvi dan Renault Kangoo hanya kira-kira 50 meter dari tempat mereka melakukan jenayah," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Menurut beliau, orang ramai yang mendengar jeritan mangsa yang kehilangan beg tangannya terus menangkap kedua-dua lelaki yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan. | ||
Beruang, kuda mati di Zoo Melaka Posted: 18 Feb 2013 11:32 PM PST MELAKA – Zoo Melaka dan Safari Malam Ayer Keroh yang selama ini menjadi tumpuan ramai digemparkan dengan kematian seekor beruang matahari betina dan seekor kuda jantan dipercayai akibat diracun. Ia dipercayai berpunca daripada perbuatan pihak luar yang memberi makanan yang dicampur racun kepada haiwan terbabit. Dalam kejadian pertama pukul 5 petang kelmarin, kematian beruang matahari betina berusia 14 tahun itu disedari seorang pelawat yang melihat haiwan itu duduk dalam keadaan telangkup dengan seekor beruang lain menindih badannya. Pegawai Veterinar Zoo Melaka, Dr. Zubaidah Kamarudin memberitahu, selepas pelik dengan kedudukan beruang tersebut, pelawat terbabit memberitahu seorang kakitangan zoo. "Selepas dimaklumkan kejadian tersebut, kakitangan zoo yang memeriksa beruang matahari berkenaan mendapati ia sudah mati," katanya ketika ditemui di Zoo Melaka dan Safari Malam Ayer Keroh di sini semalam. | ||
Banjir kilat terburuk landa Puchong Posted: 18 Feb 2013 11:31 PM PST PUCHONG - Beberapa buah kenderaan terperangkap selepas ditenggelami banjir kilat sedalam 1.5 meter berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di Bandar Puchong Jaya di sini semalam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang menyebabkan kawasan itu ditenggelami air. Bagaimanapun, menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. "Bomba menerima panggilan pada pukul 5.30 petang dan setibanya anggota ke lokasi mendapati beberapa buah kenderaan telah ditenggelami air. "Punca air naik begitu cepat adalah disebabkan banjir kilat dan hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi semalam. Menurut beliau, banjir di kawasan itu surut kira-kira pukul 6 petang. "Banjir kilat sedalam 1.5 meter itu merupakan pertama kali melanda kawasan Bandar Puchong Jaya sejak beberapa tahun lalu dan ia boleh dikatakan agak teruk kerana melibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan," katanya lagi. | ||
Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang Posted: 18 Feb 2013 11:29 PM PST
MOSCOW - Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan beribu-ribu buah rumah rosak. Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua. Tahi bintang tersebut meletup beberapa kilometer dari Bumi tetapi serpihan-serpihannya dipercayai bertaburan di serata rantau tersebut. Sebelum ini, sekumpulan petugas yang memeriksa sebuah tasik kecil di mana serpihan-serpihan tahi bintang itu dipercayai jatuh gagal membuat sebarang penemuan. Namun, sepasukan saintis Akademi Sains Rusia yang melakukan beberapa ujian kimia ke atas beberapa batu aneh kelmarin berkata, serpihan itu datang dari angkasa lepas. "Kami mengesahkan bahawa beberapa partikel yang ditemui oleh pasukan ekspedisi kami berhampiran Tasik Chebarkul benar-benar memiliki komposisi meteorit," kata saintis berkenaan, Viktor Grokhovsky menurut agensi berita RIA Novsosti. Universiti Persekutuan Ural tempat Grokhovsky bertugas turut menyiarkan gambar seorang lelaki memegang sebutir batu hitam kecil semalam. "Meteorit ini berasal daripada kondrit kelas biasa (angkasa lepas)," kata pihak universiti berkenaan dalam satu kenyataannya. Menurut Grokhovsky, batu itu mengandungi komposisi besi metalik selain krisalit dan sulfit. Kandungan besi dalam batu tersebut dianggarkan sebanyak 10 peratus. "Besar kemungkinan, batu ini akan dinamakan sebagai Meteorit Most Chebarkul," kata kenyataan. Gelombang kuat tahi bintang itu memecahkan tingkap-tingkap hampir 5,000 bangunan dan menyebabkan 40 orang termasuk tiga kanak-kanak dirawat di hospital kelmarin kerana mengalami luka dan kecederaan lebih serius. Sekitar 24,000 petugas kecemasan dan sukarelawan sibuk menggantikan tingkap-tingkap yang pecah pada hujung minggu lalu sebelum orang ramai mula bekerja. Serpihan-serpihan tahi bintang tersebut yang jatuh ke Bumi turut mencetuskan minat banyak pihak. Beberapa pengumpul serpihan angkasa lepas di Rusia telah menyiarkan iklan di internet yang menawarkan bayaran AS$10,000 (RM30,900) untuk serpihan batu tersebut. | ||
LG perkenal telefon pintar lebih 2 juta piksel Posted: 18 Feb 2013 11:27 PM PST SEOUL - Firma Korea Selatan, LG Electronics semalam memperkenalkan versi terbaharu telefon pintarnya yang menawarkan skrin beresolusi lebih tinggi bagi mengatasi saingannya termasuk Samsung. Dinamakan Optimus G Pro, gajet tersebut merupakan telefon pintar LG pertama yang menawarkan skrin resolusi tinggi (HD) penuh. Dalam satu kenyataannya, LG memberitahu, telefon pintar itu akan mula dijual di Korea Selatan esok dan berada di pasaran Jepun serta Amerika Utara pada suku kedua tahun ini. Telefon baharu itu dijana perisian Android dan berukuran 15.2 sentimeter (sm) panjang dengan lebar 7.6sm. Optimus G Pro menampilkan paparan 13.9sm (5.5 inci) dengan lebih dua juta piksel atau dua kali ganda melebihi piksel skrin HD telefon pintar biasa untuk imej lebih terang serta jelas. "Dengan saiz telefon pintar kini semakin besar, fungsi visualnya menjadi bertambah penting," kata LG dalam satu kenyataan. LG yang merupakan pengeluar televisyen skrin rata kedua terbesar di dunia dan pembuat telefon kelima terbesar telah bergelut selama beberapa tahun dalam pasaran telefon pintar untuk menyaingi iPhone dan Galaxy S. Namun, promosi beberapa model baharu menyaksikan jualan telefon pintar LG pada suku keempat 2012 melonjak 56 peratus berbanding tahun lalu untuk mencatat jualan mencecah 8.6 juta unit. | ||
Bayi mati selepas 'dipulau' 10 hospital Posted: 18 Feb 2013 11:26 PM PST
JAKARTA, Indonesia - Seorang bayi berusia seminggu meninggal dunia akibat masalah pernafasan selepas 10 buah hospital di sini enggan merawatnya, kata bapa bayi tersebut semalam. Elias Setya Nugroho yang bekerja sebagai penjaja berkata, dia tidak mampu membayar caj yang dikenakan oleh sebahagian hospital berkenaan untuk merawat bayinya. Bayi tersebut, Dera Nur Anggraini dilahirkan tidak cukup bulan bersama saudara kembarnya, Dara pada 10 Februari lalu. Dera turut mengalami kecacatan tekak yang menghalang pernafasannya. Menurut lelaki tersebut, keluarganya cuba mendapatkan rawatan tetapi ditolak oleh pihak pengurusan 10 buah hospital. Sebahagian mereka memberikan alasan tidak memiliki peralatan yang diperlukan manakala sebahagian lagi mendakwa hospital mereka penuh. "Dera dikebumikan kelmarin tidak jauh dari rumah kami," kata Elias. Menurutnya, bayi itu meninggal dunia selepas dibawa kembali ke Hospital Zahira tempat dia dilahirkan di sini. Menurut Elias, hospital-hospital swasta di sini meminta bayaran pendahuluan berjumlah 15 juta rupiah (RM4,795) walaupun keluarganya memiliki kad kesihatan yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah sepertinya mendapat perkhidmatan kesihatan percuma. | ||
Posted: 18 Feb 2013 11:25 PM PST CHICAGO - Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson dilaporkan memeluk bekas lawannya, petinju Evander Holyfield ketika mereka bertemu di sini, lapor akhbar The Sun semalam. Dia yang berusia 46 tahun muncul di sebuah pasar raya di Chicago di mana seteru lamanya mempromosikan produk sos jenama Holyfield's Real Deal. "Saya suka Holyfield. Saya akan sentiasa dikaitkan dengannya sepanjang hidup saya," kata Tyson. Tyson pernah menggigit telinga kanan Holyfield dalam satu perlawanan tinju di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) pada 28 Jun 1997. Petinju yang berasal dari New York, AS itu turut dihalang menyertai sebarang pertandingan tinju selepas kejadian tersebut. Sementara itu, Holyfield, 50, kelihatan gembira bertemu Tyson. "Dia menghargai bahawa saya memaafkannya," kata Holyfield. | ||
4 hari duduk atas kren demi anak Posted: 18 Feb 2013 11:24 PM PST NANTES - Seorang bapa di Perancis, Serge Charnay mengadakan protes di puncak sebuah kren untuk hari keempat semalam kerana menuntut hak melawat anak lelakinya. Lelaki itu berkata, dia akan turun dari kren setinggi 43 meter itu selepas Menteri Kehakiman Perancis, Christiane Taubira bersetuju bertemu dengan sebuah kumpulan aktivis pembela hak bapa. Taubira dijadualkan menemui pemimpin-pemimpin kumpulan tersebut SOS Papa tengah hari kelmarin. Lelaki tersebut yang mengadakan protes di atas sebuah kren di sini, timur Perancis, mahu pemerintah mengukuhkan undang-undang perkongsian penjagaan anak. Dia pernah didapati bersalah kerana membawa anak lelakinya bercuti tanpa kebenaran selama dua bulan pada 2011. Namun, lelaki itu memberitahu, dia tidak kesal melanggar undang-undang hak penjagaan tersebut. "Jika saya tidak berbuat demikian saya tidak akan dapat bertemu dengan anak saya," katanya. Seorang lagi bapa yang berdepan masalah serupa turut menaiki kren di bandar Strasbourg pada hujung minggu lalu tetapi turun selepas dipujuk pihak polis. | ||
Lampu isyarat paling mengelirukan di dunia Posted: 18 Feb 2013 11:23 PM PST CHONGQING, China - lebih 10,000 pelancong yang berkunjung ke Taman Tema Yangrenjie di sini keliru dengan sebuah lampu isyarat di simpang empat lokasi tersebut. Fasiliti tersebut yang memiliki 14 buah lampu dipasang di taman tema berkenaan sejak Mei tahun lalu. Lebih mengelirukan, lampu isyarat itu berkelipan dengan memaparkan nyalaan lampu berbeza pada sesuatu masa. Namun, seorang pegawai trafik di sini berkata, lampu isyarat tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan seni ekoran jalan ke simpang empat taman tema itu kelihatan kosong. Menurutnya, lampu isyarat tersebut juga kelihatan sangat cantik apabila berkelipan pada waktu malam, Katanya lagi, para pemandu sepatutnya tidak mempedulikan lampu isyarat itu. Hiasan seni itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai lampu isyarat paling mengelirukan di dunia Namun, ia akhirnya dibuang oleh pihak berkuasa kerana mengelirukan pemandu ke taman tema tersebut. | ||
Posted: 18 Feb 2013 11:22 PM PST
DALAM diari hidup wanita warga emas itu, tidak pernah terlintas perkataan cemas untuk menghasilkan pelbagai produk jahitan kepada pelanggan-pelanggannya. Sejak kecil, perasaan cintanya terhadap seni jahitan sudah tersulam rapi di hati Wee Beng Kim. Dalam kalangan penduduk di Kampung Cina, Kuala Terengganu, Terengganu, Beng Kim lebih mesra dengan panggilan auntie Kim. Seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 29 September 2012 akibat sakit tua, anak kelahiran Kuala Terengganu yang berusia 86 tahun itu sempat menyiapkan sehelai sapu tangan bersulam motif bunga untuk dijadikan kenangan. Beliau merupakan Cina peranakan generasi kelima yang cukup terkenal dalam penghasilan busana tradisional kebaya atau kebaya potong kot dalam kalangan peranakan Terengganu. Hasil jahitan busana tradisional Beng Kim yang kemas, penggunaan benang penuh gerawan dan bermutu tinggi menjadikan baju kebayanya diminati pada era 1950-an. Anak kedua mendiang, Tan Teng Hong, 65, memberitahu, ibunya mula berkecimpung dalam jahitan sulaman sejak berumur 11 tahun. Minat yang mendalam terhadap jahitan sulaman berputik semasa mendiang ke Singapura pada tahun 1936, tatkala melihat seorang penyulam kebaya menggunakan mesin jahit. Sejak itu, mendiang jatuh cinta pada seni sulaman sehingga bapanya, Wee Siau Suan menghadiahkan sebuah mesin jahit. "Ibu tidak menoleh ke belakang lagi dalam memenuhi cinta baharunya dalam seni jahitan sulaman," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Teng Hong memberitahu, ibunya bekerja dari siang hingga malam semata-mata ingin memastikan dapat menguasai jahitan sulaman. Pada mulanya, mendiang menyulam renda pada pakaian dalam, tetapi lama-kelamaan mula menunjukkan keyakinan sehingga menghasilkan baju kebaya. Semasa era 30-an dan 40-an, Beng Kim banyak melakukan eksperimentasi terhadap jahitan sulaman seperti menghasilkan alas meja, sapu tangan dan kebaya. Profesion sepenuh masa Hanya pada era 50-an, mendiang menjadikan seni jahitan sebagai profesion sepenuh masa. Ibu kepada lima cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Tan Eng Leong, 88, hanya mempelajari selok-belok jahitan melalui pemerhatian dan latihan sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Mengulas mengenai potong kot, Teng Hong menjelaskan, dahulu busana tradisional itu lebih panjang dan seolah-olah seperti kimono Jepun. "Orang ramai yang menempah akan memberitahu ingin potong kot. Lama-kelamaan mengikut peredaran masa busana tersebut semakin pendek sehingga menjadi kebaya. "Kebaya hanya mula diketahui umum sekitar tahun 1970-an apabila kebaya Bandung dari Indonesia dibawa masuk ke Terengganu," ujarnya. Bagaimanapun, ia tidak kekal lama kerana orang ramai lebih menggemari potong kot. Nama potong kot begitu sinonim sehingga hari ini dalam kalangan masyarakat Terengganu. "Busana tradisional potong kot cukup popular di Terengganu sekitar era 50-an sehingga 70-an. "Pada era 80-an, terdapat banyak fesyen baharu diperkenalkan sehingga menyebabkan busana potong kot agak ketinggalan dan tidak berapa digemari," katanya. Golongan muda juga lebih gemar memadankan pakaian fesyen terkini berbanding potong kot pada tahun itu. Busana potong kot mempunyai persamaan gaya tradisional yang boleh disesuaikan dalam cuaca lebih panas. Menurut Teng Hong, pemilihan kain kapas dalam penghasilan potong kot lebih nipis dan agak pendek berbanding kebaya Nyonya Melaka. "Disebabkan ukuran blaus lebih pendek, rekaan ikatan pinggang semula jadi yang menahan sarung dapat dilihat sekali gus menambahkan keanggunan pakaian tersebut," ujarnya. Dalam pada itu, anak keempat mendiang, Justin Tan Teng Tiong, 60, mencelah, terdapat tujuh bahagian yang membentuk sehelai blaus potong kot. "Ia terbahagi kepada dua lengan panjang, empat kepingan bahagian depan dan satu bahagian belakang dicantum untuk menghasilkan blaus potong kot.
"Lazimnya, hujung baju termasuk hujung lengan akan disulam melibatkan motif flora. Kadangkala ibu akan menyelit motif fauna dalam menambah kesenian kebaya berkenaan," ujarnya yang bermastautin di Australia. Sambil menunjukkan katalog rekaan tahun 1950-an, Justin menambah, sulaman burung layang-layang berwarna biru antara rekaan popular ibunya pada waktu itu. Selain itu, dia memberitahu, kemungkinan perbezaan ketara yang dapat dilihat pada potong kot berbanding kebaya lain ialah setiap cantuman blaus kebaya terdapat lubang-lubang kecil. Beli mesin jahit "Apabila setiap tujuh bahagian siap disulam dan jahit, ibu akan menggunakan mesin jahit yang mempunyai dua jarum mencantumkan kesemua bahagian tersebut. "Dahulu kena hantar menggunakan kapal. Memang sukar mencantum tujuh bahagian tersebut apatah lagi setiap bahagian terpaksa dihantar ke Singapura," ujarnya. Bagaimanapun, pada tahun 1952 bapanya telah membeli mesin jahit berkenaan secara terus dari Amerika Syarikat (AS) bagi memudahkan kerja-kerja ibu. Sambil menguntum senyuman, dia memberitahu, dahulu bapanya terpaksa menulis surat ke AS semata-mata ingin membeli mesin berkenaan kerana tidak ada orang menjual atau membelinya. Sehingga kini, mesin jahit jenama Singer merupakan satu-satunya yang terdapat di Terengganu masih berada di rumah mendiang. Teng Hong menambah, kesemua adik-beradiknya tidak mewarisi bakat yang dimiliki mendiang ibu mereka. Mendiang ibunya seorang yang begitu teliti dalam penghasilan potong kot malah kemahirannya ialah memotong kain tanpa renda. "Ibu juga sangat pantas melakukan sulaman untuk memastikan ia padat dan kemas sehingga mendapat permintaan tinggi," katanya. Bahkan, mendiang ibunya sama sekali tidak membenarkan kami adik-beradik memegang gunting cap mata yang didatangkan khas dari Jerman untuk memotong kain. Mendiang ibunya mempunyai pelbagai koleksi gunting dalam pembuatan potong kot. Sementara itu, Setiausaha Koperasi Kampung Cina Kuala Terengganu Berhad, Yap Chuan Bin, 62, memberitahu, pemergian Beng Kim merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti Kampung Cina. "Sehingga kini tidak ada orang yang mampu menghasilkan warisan potong kot di Kampung Cina sehebat Beng Kim. "Saya masih ingat sewaktu kecil, hampir semua penduduk setempat akan menempah potong kot dalam meraikan majlis seperti perkahwinan, Tahun Baru Cina dan majlis rasmi. "Mendiang akan bertungkus-lumus menghasilkan potong kot untuk memenuhi tempahan agar penduduk dapat memadankan busana baharu mereka," katanya. Justeru, Chuan Bin amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menjadikan rumah mendiang sebagai rumah warisan. Katanya, ia sedikit sebanyak dapat memperingati mendiang dan hasil kerjanya untuk didedahkan kepada generasi baharu. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |