Rabu, 13 Februari 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Akim kembali dengan Menunggu

Posted: 11 Feb 2013 07:51 PM PST

AKIM tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh dengan Stacy.


SELEPAS popular dengan lagu Bengang, Inikah Cinta, Janji dan Mesti Ada Cinta duet bersama Fiq, penyanyi Afiq Hakim Ahmad atau Akim kembali dengan lagu ciptaannya sendiri berjudul Menunggu.
Selain melancarkan lagu single, Akim turut melancarkan klip video lagu tersebut di Red Box, The Gardens baru-baru ini.
Menurut Akim, klip video itu cukup bermakna buat dirinya apabila telah diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Ghaz Abu Bakar.
"Saya tidak pernah bekerja dengan Ghaz tetapi saya tahu produk yang dihasilkannya cukup berkualiti dan kreatif. Memang agak teruja apabila mendapat tahu saya akan bekerja dengannya.
"Alhamdulillah, melihat hasil penuh klip video Menunggu, saya amat berpuas hati," kata Akim.
Ditanya, bagaimana pengalaman bekerja dengan Ghaz di samping pelakon Bront Palarae dan seorang model baharu pilihan Ghaz, Akim menjelaskan, dia mempunyai masa yang seronok sepanjang proses penggambaran dilakukan.
"Penggambaran mengambil masa sebanyak tiga hari, proses suntingan dan sehingga klip video disiapkan mengambil masa sehingga sebulan.
"Tiada tekanan dan saya cukup seronok bekerja dengan Ghaz. Jalan cerita klip video semuanya idea daripada Ghaz seperti menutup akaun Facebook dan segala laman sosial selepas putus cinta.
"Walaupun, kekasihnya telah berkahwin, dia tetap menunggunya. Itu jalan cerita daripada Ghaz," ujar Akim.
Ditebak mungkinkah, lagu Menunggu ini ditujukan khas buat penyanyi Stacy, Akim membalas, lagu itu dedikasi buat Rasulullah SAW.
"Lagu Menunggu bukan menggambarkan saya sedang tunggu Stacy. Saya cipta sepenuhnya lagu ini sebagai gambaran saya menunggu Rasulullah di akhirat kelak.
"Saya akui mesej yang saya sampaikan pun agak berat. Namun, saya dedikasikan lagu ini demi Rasul tercinta. Saya mohon bantuan Baginda di Padang Mahsyar nanti.
"Selain daripada itu, saya tidak kisah andai orang yang mendengar lagu ini memberi gambaran berbeza seperti berkenaan cinta dan perkara lain kerana judul Menunggu itu sangat umum. Saya dapat ilham buat lagu ini selepas saya mendapat petunjuk dari Allah," jelasnya.
Akim sebelum ini yang kerap digosip bercinta dengan penyanyi Stacy bakal muncul dengan lagu single terbaharu yang berjudul Kembali, duet bersama Stacy pada penghujung bulan ini selepas lagu Menunggu.
Jodoh
Kerjasamanya bersama Stacy bakal menghangatkan kembali gosip yang semakin hilang ditelan waktu. Bagaimanapun anak kelahiran Johor Bahru ini, mengakui sudah penat dan bosan cerita gosipnya bersama Stacy.
"Penat dan bosan jugalah untuk saya menjawab soalan yang sama. Memang kami rapat sebagai rakan dan untuk mengulas lebih lanjut belum tiba masanya kerana fokus saya hanya kerjaya buat masa ini," katanya.
Menguatkan lagi gosip cintanya itu, selepas lagu Menunggu, Akim bakal muncul dengan lagu single Kembali duet bersama Stacy.
Disoal mengapa memilih Stacy, sambil tersenyum, Akim mengatakan Stacy merupakan tiga penyanyi wanita terbaik yang pernah ditemuinya dari segi vokal dan penghayatan lagu.
"Saya pilih dia kerana kami serasi dan mudah untuk menyanyikan lagu duet bersama. Bagi saya Stacy seorang penyanyi yang hebat.
"Kualiti vokal serta penghayatannya dalam lagu cukup bagus. Jadi, tidak ada sebab lain saya berduet dengannya ditambah lagi dia merupakan rakan saya," kata Akim.
Disoal sejauh manakah hubungannya dengan Stacy dan tidak terfikirkah untuk menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat?
Jawab Akim: "Kami rakan yang rapat dan saya juga cukup selesa berkawan dengannya. Buat masa ini kami berdua fokus terhadap kerjaya sahaja, tidak ada agenda lain.
"Jika ditakdirkan jodoh bersama, itu takdir Allah, saya sebagai hambanya reda dengan ketentuan yang diberikan. Rasanya untuk menamatkan zaman bujang belum lagi kerana saya baru 22 tahun.
"Masih muda untuk berkahwin. Jika saya ingin berkahwin mungkin 25 tahun ke atas sebelum usia 30 tahun. Doakan yang terbaik buat saya."
Lagu Menunggu dan Kembali dimuatkan dalam album pertama Akim berjudul Akim Ahmad yang dilancarkan pada Jun tahun lalu bersama lapan buah lagu yang lain.

Ainan teruja diminati lelaki lembut

Posted: 11 Feb 2013 07:51 PM PST


BIARPUN sering dilanda kontroversi, Ainan menjadi semakin kuat dalam mengharungi perjalanan dunia seninya.


PENYANYI kelahiran YouTube, Ainan Tasneem tidak menduga, baru setahun menjadi artis dia sudah mempunyai ramai peminat bukan sahaja dalam kalangan remaja tetapi juga dewasa.
Malah, peminat penyanyi lagu Aku Suka Dia itu juga terdiri daripada lelaki lembut. Buktinya, baru-baru ini, bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, satu pelancaran kelab peminat Ainan Tasneem telah diadakan.
Seramai 40 orang peminat hadir. Pandangan Kosmo! lantas memfokus ke arah satu meja bulat yang diduduki oleh 10 lelaki lembut.
Ikuti temu bual bersama pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu mengenai perasaannya diminati oleh lelaki lembut, selain mengupas lebih lanjut mengenai single terbaharu dan ketiganya (selepas dua single iaitu Aku Suka Dia dan 150 juta) yang digarap oleh dirinya sendiri berdasarkan pengalaman lalunya.
Kosmo!: Apakah perasaan anda bila melihat kehadiran peminat pada majlis hari ini?
AINAN: Secara jujurnya saya tidak sangka mempunyai peminat yang ramai. Pada mulanya, saya ingat 10 orang sahaja yang hadir. Sebabnya, saya baru setahun berada dalam industri nyanyian.
Apakah perasaan anda bila peminat anda juga terdiri daripada lelaki lembut?
Saya teruja kerana diminati oleh peminat yang terdiri daripada pelbagai umur dan jantina.
Bagaimanakah penerimaan peminat terhadap Ainan dan lagu-lagu anda?
Saya sedar ada orang yang menyukai lagu Aku Suka Dia dan ada juga orang yang tidak menyukainya. Jadi, saya berharap dapat menghasilkan lagu yang lebih bagus pada masa-masa akan datang.
Apakah maksud anda, lagu Aku Suka Dia tidak bagus?
Lagu tersebut lebih kepada pendengar remaja. Selepas ini, saya akan hasilkan lagu yang lebih matang untuk meraih penerimaan lebih meluas dalam kalangan kesemua peminat muzik.
Selepas single pertama, Aku Suka Dia dan single kedua, 150 juta muncul, jadi apakah single ketiga anda?
Single ketiga saya yang akan muncul berjudul, Luka. Lagu ini sangat istimewa buat saya kerana ia menceritakan mengenai kontroversi yang membelenggu saya selama setahun dalam industri nyanyian.
Kontroversi apakah yang dimaksudkan anda itu?
Lagu itu ditulis berdasarkan pengalaman sedih saya yang difitnah mencuri lagu orang (single, 150 juta). Bukan itu sahaja, lagu itu juga ditulis selepas saya difitnah keluar dating dengan teman lelaki sehingga pagi.
Siapa sebenarnya yang memfitnah anda keluar dating dengan teman lelaki sehingga pagi?
Walaupun ada yang menyukai saya tetapi ramai juga yang tidak menyukai saya di UniMAP. Saya tidak pernah dating dengan teman lelaki sehingga pagi. Kolej kami juga tutup pukul 12 tengah malam, jadi mana mungkin saya boleh dating dengan dia sampai pagi.
Apakah perasaan anda apabila berdepan dengan kontroversi-kontroversi seperti itu?
Kontroversi-kontroversi itu tidak melemahkan saya sebaliknya menjadikan saya lebih kuat.
Apakah perkembangan terbaharu anda?
Lapan lagu ciptaan saya sudah dirakamkan. Syarikat rakaman saya iaitu MVM Production bercadang untuk terbitkan album sulung saya, berkemungkinan pada pertengahan bulan ini.

Shila Amzah Akan Adakan Sidang Media Khas Jawab Kontroversi

Posted: 11 Feb 2013 07:49 PM PST


ND Lala dan Shila akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi perjelaskan konflik yang berlaku.
PULAU PINANG: Kemelut antara penyanyi Shila Amzah, bapanya, ND Lala dan kekasih, Sharnaaz Ahmad bakal terjawab tidak lama lagi menerusi sidang media khas yang bakal diadakan.
Menurut laporan portal berita Utusan Online ND Lala yang melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina berkata, tarikh dan lokasi sidang media itu akan diumumkan nanti.
"Kamu hendak tanya apa? Macam inilah, saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan.
"Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak," kata ND Lala.
Majlis yang diadakan pada tengah hari Isnin merupakan anjuran parti Barisan Nasional (BN) di Sekolah Tinggi Han Chiang di Pulau Pinang.
Penyanyi itu membuka tirai dengan menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, dan lagu berbahasa Inggeris Adele, Set Fire To The Rain selain lagu Patah Seribu.
Selepas selesai persembahan, Shila, 23, dihampiri wartawan pada mulanya bersetuju untuk ditemu ramah namun dia yang dikawal ketat oleh sekumpulan pengawal peribadi serta pasukan keselamatan sepanjang majlis itu tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.
Ketika itu, Shila kelihatan terpinga-pinga dan hanya berdiam diri sebelum dibawa pergi.
Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.
Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.
Shila yang 'melarikan' diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.
Pada Jumaat lalu, Shila memuat naikkan rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu dalam YouTube.

Neelofa, Tasha berdamai

Posted: 11 Feb 2013 07:44 PM PST

NEELOFA teruja bersama ahli kelab peminatnya, Neelofa Team yang hadir memberikan sokongan moral pada majlis hari jadinya yang ke-24 ini.


SEPANJANG dua tahun bergelar anak seni, Noor Neelofa Mohd. Noor boleh dikatakan antara artis yang cukup bertuah apabila kerjaya seninya berkembang dalam tempoh yang agak singkat.
Kini, pada usianya yang baru sahaja mencecah 24 tahun, Neelofa pastinya boleh berbangga dengan pencapaian yang dimilikinya, terutama dari segi karier serta populariti yang diraihnya sekarang.
Selain bergelar pelakon yang semakin dikenali ramai menerusi beberapa buah filem dan drama lakonannya, kariernya dalam bidang seni turut berkembang dengan bergelar pengacara rancangan Nona dan Meletop, dua buah program yang sememangnya mendapat sambutan baik daripada penonton.
Pintu rezekinya semakin terbuka luas apabila menjadi pilihan pelbagai jenama produk popular yang telah memilihnya menjadi duta atau jurucakap.
Ketika ditanya sama ada dia puas dengan kejayaan yang diraihnya itu, Neelofa dengan rendah diri menyatakan bahawa dia sebenarnya masih belum berhasil menjadi seorang anak seni yang berjaya.
"Saya tidak menganggap diri saya sudah berjaya sekarang ini kerana perjalanan seni saya masih lagi panjang. Cuma saya memang menyasarkan untuk mencapai kejayaan dalam usia yang muda.
"Jadi, saya perlu berusaha dengan lebih keras lagi dan tidak boleh cepat berpuas hati dengan apa yang saya nikmati sekarang ini.
"Namun begitu, saya gembira kerana mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekeliling serta peminat," ujarnya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun ke-24 dirinya yang berlangsung di Sunway Giza, Kota Damansara pada minggu lalu.
Menurut Neelofa, selain mahu terus mengembangkan bakatnya dalam dunia seni sebagai pelakon dan pengacara, dia juga menyatakan mahu menjadi seorang ahli perniagaan wanita yang berjaya.
Ujarnya, buat masa ini dia sedang memberi fokus kepada perniagaan produk kesihatan BellaVita yang mula diusahakannya pada tahun lalu dan kini semakin berkembang baik.
Bagi memastikan perniagaannya itu membuahkan hasil yang lumayan dan memberangsangkan, Neelofa memberitahu dia terpaksa membuat pelaburan yang banyak.
"Saya telah melaburkan puluhan ribu ringgit semata-mata membeli sedikit slot dalam rancangan Wanita Hari Ini pada setiap hari Rabu untuk mempromosikan produk BellaVita ini.
"Boleh dikatakan sudah banyak wang yang dibelanjakan sehingga membuat pinjaman bank bagi memastikan produk yang saya usahakan ini berjaya di pasaran sekurang-kurangnya dalam tempoh dua atau tiga tahun yang akan datang," ujarnya.
Menurutnya, selain produk kesihatan BellaVita dia juga sudah merancang untuk menghasilkan lagi beberapa produk lain bagi meluaskan lagi perniagaan yang diusahakannya sekarang ini.
Perkahwinan
Pada usianya yang sudah mencecah 24 tahun, sudah tentu ramai yang beranggapan ia merupakan usia yang cukup sesuai buat seorang wanita untuk melangkah ke alam rumah tangga.
Bagaimanapun, Neelofa yang pernah digosipkan dengan penerbit dan pelakon Hans Isaac sebelum ini menganggap dirinya masih lagi muda untuk menuju ke gerbang perkahwinan.
"Buat masa ini saya tidak terfikir untuk berumah tangga kerana sasaran saya sekarang ini mahu mengecap kejayaan dalam bidang yang saya ceburi terlebih dahulu. Lagipun, kini saya sedang berusaha gigih agar segala usaha yang dilakukan berjaya.
"Apabila tiba masanya saya berkahwin nanti, kalau boleh saya mahu menjadi seorang isteri yang tidak terlalu berharap kepada suami dan menggunakan duit sendiri untuk membeli apa sahaja yang diingini," tegasnya.
Menurutnya, memandangkan jadualnya yang cukup padat sebagai seorang pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, dia akan memikirkan tentang perkahwinan kira-kira tiga atau empat tahun akan datang.
Konflik
Sebelum ini sudah ramai yang mengetahui mengenai sedikit konflik yang berlaku Neelofa dengan seorang lagi pelakon iaitu Tasha Shilla gara-gara komen yang dibuatnya terhadap pelakon tersebut mengenai kemenangan dalam Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu.
Namun begitu, Neelofa mendedahkan dia dan Tasha pernah terserempak baru-baru ini dan mereka telah bertegur sapa dengan mesra, seolah-olah seperti tiada masalah yang pernah berlaku sebelum ini.
"Selepas konflik yang berlaku itu agak lama juga kami tidak berjumpa, namun ketika terserempak kami sempat berbual bersama-sama dalam tempoh yang agak lama.
"Apa yang ingin saya katakan, secara jujurnya saya begitu hormati dengan sikap yang ditunjukkan oleh Tasha dan merasakan dia sebagai seorang pelakon yang sangat profesional," ujarnya yang menganggap hubungan mereka berdua kini kembali jernih.
Menurut Neelofa, dia juga berkesempatan meminta maaf kepada pelakon berkenaan atas apa yang telah berlaku dan gembira Tasha menerimanya dengan hati terbuka serta sudah melupakan semua yang telah berlaku antara mereka berdua.
"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu timbul lagi sebarang masalah dengan rakan-rakan pelakon lain. Mulai tahun ini saya berharap supaya perjalanan karier seni saya dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kisah kontroversi lagi," ujarnya.

Fouziah Gous Jadi Pengusaha Sarang Burung Walit

Posted: 11 Feb 2013 07:44 PM PST

Fouziah Gous kini pengusaha sarang burung Walet.
KUALA LUMPUR: Selepas kukuh dalam kerjaya lakonan, pelakon Fouziah Gous memberanikan diri mencuba bidang yang jarang dilakukan oleh golongan Melayu iaitu perusahaan industri sarang burung walit.
Fouziah berkata, dia telah mempelajari selok belok perniagaan sarang burung walit selama setahun dan ingin mengajar masyarakat Melayu tentang kebaikannya yang diterajui oleh golongan bangsa Cina sejak dahulu lagi.
"Perniagaan sarang burung walit antara perniagaan yang sangat menguntungkan. Bagi orang Cina, sarang burung ini adalah emas.
"Saya telah menjalani beberapa kursus dan mempelajari mengenai apakah burung Walit itu sehingga ia menghasilkan sarang.
"Kalau boleh, saya mahu mendidik golongan Melayu untuk mengenali perniagaan ini lebih-lebih lagi ia digunakan sebagai makanan kesihatan untuk mata, asma serta agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru," katanya.
Tambah Fouziah, sarang burung Walit juga adalah pemangkin pertumbuhan sel, kulit dan penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit.
Dalam pada itu, Fouziah yang menjadi pengedar di bawah nama My Walet Bird Nest, akan mengedarkan produknya itu ke beberapa farmasi dan setakat ini ia masih lagi dalam persiapan label sebelum ianya dilancarkan.
"Tidak sabar rasanya mahu memasarkan produk ini kerana ia benar-benar bagus. Memperkenalkan produk ini kepada orang Melayu juga merupakan satu cabaran buat saya, diharapkan ia berjaya," tuturnya bersemangat.
Sementara itu, Fouziah berharap drama bersiri terbaharu iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi yang mula bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3 akan memberikan impak tersendiri.
Fouziah yang menggalas watak Fatin Zahara berkata, sub-plot dan konflik yang berlainan pada setiap episod menjadikan jalan ceritanya menarik perhatian penonton kelak.
"Walaupun watak saya ini dilihat biasa, seorang gadis bertudung yang baik, tetapi sedikit berbeza kerana Fatin seorang wanita yang akan mendapatkan apa yang dihajatinya.
"Saya yakin kisah drama ini membuatkan penonton tertunggu-tunggu untu tayangan episod seterusnya," katanya.
Drama bersiri 28 episod itu merupakan terbitan Zeel Production.

Psy Janji Kembali Ke Malaysia

Posted: 11 Feb 2013 07:42 PM PST

Psy berjanji akan kembali ke Malaysia untuk bertemu dengan para peminatnya.
GEORGE TOWN: Penyanyi Park Jae-Sang atau Psy yang popular dengan lagu "Gangnam Style" berjanji akan kembali ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya di negara ini.
Psy berkata, perancangan itu dibuat bagi mempromosikan single terbarunya akan dilancarkan pada bulan April depan.
"Lagu terbaru saya akan dilancarkan pada April depan dan saya berjanji akan kembali lagi ke Malaysia," ujarnya.
Bagaimanapun, para peminat penyanyi yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia itu bakal kembali ke Malaysia untuk menjayakan Future Music Festival Asia 2013 (FMFA) di Litar Antarabangsa Sepang pada 16 Mac ini.
Sebelum itu, Psy telah memukau hampir 50,000 ribu pengunjung yang hadir pada sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Sekolah Tinggi Han Chiang di sini pada pagi Isnin dengan lagu popularnya itu.
Pengunjung yang tiba di lokasi berkenaan seawal pukul 5 pagi teruja apabila Psy membuat kemunculan pada pukul 12.15 tengah hari diiringi 12 penarinya.
Persembahan lagu Gangnam Style telah memukau hampir 100,000 pengunjung yang hadir pada sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan di Pulau Pinang pada Isnin.
Psy menyampaikan lagu "Gangnam Style" itu sebanyak dua kali khas buat peminat di Malaysia.
"Terima kasih Malaysia kerana menjemput saya. Saya terbang selama 20 jam dari Brazil untuk berada di sini dan saya tidak akan berganjak hanya selepas empat minit.
"Bersempena Tahun Baru Cina, saya akan menyanyikan lagu itu sekali lagi," ujarnya.
Tampil dengan baju berwarna putih, seluar hitam dan cermin mata hitam yang menjadi gayanya, Psy juga memberitahu beliau terharu dengan kehadiran masyarakat Malaysia pada persembahan itu.
Pengunjung yang hadir dilihat turut menyanyi dan menari bersama Psy sepanjang persembahan selama 15 minit itu.
Turut menyertai Psy pada persembahan itu adalah juara Asian Wave 2012, Shila Amzah yang tampil menyanyikan dua buah lagu berbahasa Mandarin.
Persembahan beliau turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Sementara itu, Psy turut dilaporkan telah menghabiskan masa di restoran Daorae Korean BBQ di Jalan Tanjung Tokong sebelum berangkat pulang dengan jet peribadi pada pukul 8 malam.

Fahrin Ahmad Elak Bercinta Dengan Artis

Posted: 11 Feb 2013 07:41 PM PST

Fahrin Ahmad semakin selesa hidup solo.
KUALA LUMPUR: Pengalaman putus cinta dengan Linda Onn dan Scha Al-Yahya membuatkan pelakon Fahrin Ahmad cuba mengelakkan diri daripada menjalinkan hubungan dengan wanita bekerjaya sebagai selebriti.
Fahrin, 34, berkata, dia serik untuk berhubungan cinta dengan wanita yang mempunyai kerjaya sama dengannya dan menganggap pengalaman lalu telah banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan sesebuah hubungan.
"Baik buruk pengalaman cinta lalu telah banyak mengajar saya dalam menjalinkan sesebuah hubungan dan kalau boleh saya tak mahu cari artis.
"Dan saya juga akan cuba elak untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mereka. Tetapi, kalau sudah jodoh nak buat macam mana. Perkara seperti ini, susah kita nak jangka, semua itu urusan Tuhan," katanya.
Tambah Fahrin, dia juga tidak menyangkal keadaannya yang masih lagi solo berkemungkinan besar kerana sudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang yang sentiasa hidup sendirian.
Fahrin bersama barisan pelakon Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.
"Risau juga apabila saya sudah mula tidak terlalu kisah tentang teman hidup memandangkan sudah biasa hidup berdikari.
"Mak saya pun risau tentang saya. Katanya, jika saya sakit nanti siapa yang nak jaga? Atau pastinya rasa sunyi akan terasa dalam hati apabila tua kelak.
"Jadi tidak mustahil sekiranya satu hari nanti mak saya yang cari jodoh buat saya," selorohnya.
Dalam perkembangan lain pula, lakonan Fahrin dapat disaksikan menerusi drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi bermula setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3.
Menariknya dalam drama ini, Fahrin turut menyumbangkan suaranya menyanyikan lagu tema drama 28 episod terbitan Zeel Production itu.
"Inilah kali pertama saya menyanyi dan merakamkan lagu dalam studio rakaman. Ternyata ia sebuah pengalaman yang begitu berbeza.
"Pengalaman merakamkan lagu juga mengajar saya bahawa menjadi penyanyi itu bukannya mudah. Saya kagum dengan penyanyi-penyanyi yang sanggup berhabis masa untuk menghasilkan lagu-lagu terbaik mereka," ujarnya.
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi turut menampilkan pelakon Shahrizal Jaszle, Tasha Shilla dan Fauziah Ghous.

Persembahan memukau Awi Rafael

Posted: 11 Feb 2013 07:39 PM PST


Awi Rafael
Awi Rafael
Awi Rafael
Persembahan memukau Awi Rafael
Awi Rafael
Showcase Awi Rafael di Dewan Orkestra Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Jumaat lalu.
MEMUKAU! Itulah perkataan tepat menggambarkan persembahan penyanyi dan penulis lagu dari Singapura ini ketika mengadakan Showcase di Dewan Orkestra Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Jumaat lalu.

Membuka tirai dengan single terbarunya berjudul Asalkan Aku ok!, pemilik nama Muhammad Nabawi Ewan Gunawan, 26 atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael ini nyata membuatkan dewan tersebut gamat dengan tepukan dan sorakan dari peminatnya yang hadir menyaksikan showcase malam itu.

Ia diikuti dengan diikuti dengan lagu Hari-Hariku, Siapa Yang Sempurna, Bila Aku Jatuh Cinta, Satu Peluang Saja dan Pulanglah.

Dalam pada itu, Awi yang tampil dengan gaya santai, kelihatan begitu bersahaja ketika menyampaikan keenam-enam lagu yang dipilihnya bagi showcase tersebut.

Suasana menjadi lebih meriah apabila, Awi muncul di atas pentas dan bermain piano bagi lagu hitsnya yang berjudul  Bila Aku Jatuh Cinta.

Nyata, alunan piano dan suara merdunya berjaya membangkitkan suasana dewan yang hanya dihiasi lilin sehingga memberi impak yang begitu romantis.

Dalam pada itu, ketika showcase ini diadakan, Awi sempat mengadakan sesi pengenalan kepada album Asalkan Aku Ok! dan pelancaran bagi muzik video single terbarunya, berjudul Hari-Hariku.

Syukur berjalan dengan lancar

Berkongsi sedikit mengenai showcase tersebut, jelas Awi, dia sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan peminat yang hadir pada hari itu.

Katanya, walaupun mengalami sedikit masalah teknikal, persembahan tetap diteruskan seperti yang dirancang.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

"Insya-Allah, showcase saya seterusnya kini dalam perancangan dan golongan sasaran saya adalah pelajar kerana muzik yang saya bawakan sesuai dengan jiwa muda mereka," tutur Awi tertarik dengan suara dan muzik yang disampaikan pelajar Aswara.

Lahir album kedua
Selepas menghasilkan album EP lima lagu Awi Rafael yang dikeluarkan sekitar tahun lalu, kini dia tampil dengan album kedua.

Sedikit mengenai album ini, bagi Awi ia disifatkan lebih matang, berunsurkan masyarakat dan ketuhanan.

Menariknya, ia juga lebih romantis yang mana turut menyelitkan kisah cintanya.

"Kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan karya saya sendiri. Buat masa sekarang, apa yang saya nampak, lagu Asalkan Aku Ok! sangat digemari peminat muzik tanah air dan sering dimainkan di stesen radio tempatan," katanya gembira lagu tersebut mendapat sambutan.

Selain itu, Awi turut mempertaruhkan single terbarunya, Hari-Hariku yang selari dengan imej dan penampilannya yang sentiasa ranggi.

"Lagu ini bagaikan sebahagian dari jiwa saya kerana ia disampaikan dalam rentak rock.

"Hari-hariku mengisahkan hari-hari yang dilalui dengan rasa cinta. Segala-galanya rasa indah dan lengkap dengan kehadiran cinta," kata Awi lagu tersebut menceritakan perasaan syukurnya terhadap seseorang.

Tidak percaya karya orang?

Berbicara mengenai pembikinan album keduanya itu, jelas Awi, ia merupakan seratus peratus hasil kerjanya termasuklah dari segi pembikinan lagu dan lirik.

Menolak tanggapan bahawa dia tidak mempercayai karya orang lain, sebaliknya Awi Rafael menjelaskan album keduanya telah memberikan kepuasan terhadap dirinya.

"Menulis lagu sendiri antara sebabnya kerana saya mahu menghubungkan diri dengan perasaan setiap pendengar dengan lebih mendalam.

"Malah lagu Siapa yang Sempurna ditulis dalam waktu yang singkat," kata Awi Rafael.

Ketika ditanya mengenai lagu yang paling menyentuh hatinya sebagai insan, Awi Rafael menyifatkan single Dewa paling bermakna dalam hidupnya kerana ia merupakan lagu pertama berunsurkan ketuhanan.

"Saya sangat bersyukur masih diberikan peluang dan ruang untuk menghasilkan album ini selama dua bulan disiapkan dan dilancarkan dalam waktu yang singkat selepas album pertama," tuturnya.

Impi album Inggeris

Dalam diam, anak kelahiran Kota Singa ini sebenarnya turut mengimpikan untuk mengeluarkan album Inggeris sendiri setelah lagu dalam albumnya yang bertajuk My Baby mendapat sambutan menggalakkan.
Ketika diusik mengenai kaitan lagu tersebut dengan pelakon Ruby, Hanez Suraya, Awi sambil tersenyum tidak menafikan usikan tersebut.

"Hanez sentiasa menyokong saya. Malah dia membawa 10 peminatnya untuk bersama menonton showcase saya.

"Kami saling sokong dan menghormati kerjaya masing-masing," beritahunya My Baby ditujukan kepada Hanez yang banyak memberikan sokongan dan semangat dalam perjuangan seninya.

Pakar: Shila Amzah perlu orang tengah

Posted: 11 Feb 2013 07:38 PM PST


 Shila Amzah
ND Lala, Shila Amzah , Sharnaaz
LAMAN sosial menjadi medan masyarakat masa kini melepaskan perasaan baik sedih mahupun sebaliknya.

Minggu lalu, penyanyi popular, Shila Amzah mencuri tumpuan umum selepas melahirkan perasaannya di laman mikro Twitter dan Youtube ekoran konflik cinta yang dihadapinya.

Pensyarah Sekolah Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaidzir Ismail berkata, perkara itu merupakan tindakan biasa ekoran berlaku perubahan zaman.

"Jika dahulu orang guna surat untuk menyatakan perasaan apabila tak nak melepaskannya secara berdepan. Ada yang guna orang tengah dan sekarang ini, orang guna laman sosial apabila tak dapat berterus terang atau berhadapan dengan orang yang disayangi.

"Itu yang menyebabkan mereka melepaskan perasaan dalam sumber lain contohnya Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian Online.
Namun, menurut beliau, jika melibatkan banyak pihak tindakan tersebut tidak matang berikutan perkara tersebut sewajarnya diperbincangkan.

"Kalau dilihat dari beberapa aspek... itu (guna laman sosial luah perasaan) tidak matang. Sepatutnya perkara itu dibawa berbincang, tetapi oleh kerana ketidakmatangan itu, ia berlaku. Kenapa orang tak matang? Sebab dalam keadaan tertekan, fikiran terganggu dan tidak stabil.

"Sebab itu dia tidak boleh memberi pertimbangan yang waras. Maka, dia fikir tindakan itu dapat menyelesaikan masalah. Dia beranggapan itu yang terbaik," katanya.

Menurutnya, jika konflik ini berterusan, pihak yang terlibat akan terluka daripada segi emosi.

"Andai perkara ini berterusan, individu terbabit akan terluka daripada segi emosi. Terguris hati. Dalam hal ini, perlu ada orang tengah.

"Cari orang tengah yang dapat menyelesaikan masalah ini. Kalau kita tengok sebenarnya kecil saja masalah itu tetapi kerana bermain dengan perasaan, ia jadi semakin besar," katanya.

Tambahnya, "orang yang memerhati jangan pula mengeruhkan lagi keadaan."

Shila dikatakan menghilangkan diri sehingga menyebabkan ayahnya, ND Lala membuat laporan polis.

Berhubung tindakan Shila melarikan diri untuk menenangkan perasaan, Khaidzir berkata, "ia bergantung pada individu."

"Terpulang. Ada sesetengah orang tak mahu mengeruhkan keadaan, dia tak akan buat tindakan begitu. Tetapi ada sesetengah orang yang buat juga sebab ada pendirian dia sendiri," kata beliau.

Dalam pada itu, Shila disifatkan tidak stabil ketika membuat keputusan.

"Apabila dilamun kemanisan cinta, maka dia tidak dapat memberi pertimbangan yang waras.

"Kalau dia matang atau waras, dia akan fikir kalau... aku buat  begini, bagaimana keluarga aku... bagaimana kerjaya aku dan bagaimana dengan peminat aku?

"Tetapi apabila dia sudah normal kembali, barulah dia akan nampak siapa ayahnya, siapa peminatnya, yang mana kerjayanya dan sebagainya," katanya.

Beliau juga meramalkan konflik ini akan berakhir dalam masa terdekat.

"Isu ini akan berakhir juga. Tak lama. Orang lain pun banyak yang menghadapi masalah seperti ini cuma tidak diberi perhatian seperti ini. Memandangkan dia 'public figure', ia menambah tekanan," katanya.

Dalam pada itu, seorang kaunselor dari pusat psikologi  juga berpendapat bahawa pasangan selebriti, Shila dan Sharnaaz Ahmad harus berbincang bagi menangani konflik kisah cinta mereka.

"Jalan terbaik adalah bawa berbincang. Berbincang antara keluarga bagi kedua-dua belah pihak. Mungkin nak letak syarat, berapa tahun perlu tunggu dan sebagainya.

"Dia sayangkan mak ayahnya, keluarganya dan pada masa yang sama dia sayang juga pada kekasihnya.

"Penyelesaiannya adalah berkahwin tetapi sekarang mungkin tak boleh. Jadi, kedua-dua belah pihak perlu fikir," katanya.

Mengulas soal tindakan penyanyi berusia 23 tahun ini yang menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan, beliau menjelaskan:

"Dia (Shila) tak ada orang nak diajak berbincang ketika itu... tak ada orang yang nak memberi dia pandangan atau sokongan yang lebih rasional, jadi dia terpaksa guna laman sosial.

"Apabila emosi terganggu, tak kira kita ini 'public figure' ke atau sesiapa saja, apa pun boleh berlaku terutama sekali jika dia 'public figure'," katanya.

Tambah beliau, "ada orang kata macam-macam... lagi berkecamuk fikiran dia. Mungkin ada orang yang kutuk atau marah dia...dia akan rasa kecewa."

Katanya, dari sudut kaunseling keluarga, perbincangan merupakan jalan terbaik bagi mencapai persetujuan bagi kedua-dua belah pihak.

"Mungkin ayahnya berpendapat, jangan kahwin sekarang adalah yang terbaik. Itu dari sudut pandangan ayahnya, tetapi dari sudut perasaan anak, kita tak tahu. Sama ada kecewa, tertekan atau patah hati.

"Sebagai ibu bapa, kita sayang anak tetapi kita kena hormati perasaan anak juga terutama sekali apabila anak sudah menjangkau usia 20-an. Ini adalah lumrah, apabila sampai satu masa mereka perlukan seseorang yang disayangi.

"Perkara ini dalaman... dalam psikologi kita sebut sebagai emosi. Jika, emosi dia terganggu kita tak tahu apa akan berlaku, kita tak nampak. Andai si anak bertindak melarikan diri dari rumah atau berkahwin di Thailand, ia mungkin menjadi masalah," katanya yang berharap
perkara negatif itu tidak berlaku.

Pandora perluas perniagaan

Posted: 11 Feb 2013 07:37 PM PST


Pandora perluas perniagaan
Zarida dan Presiden Perwakilan, Puan Seri Jazliza Jalaludin (dua, kiri) bersama selebriti tanah air selepas majlis pelancaran butik terbaru Pandora di Alamanda, baru-baru ini.
PENGELUAR barang kemas, Pandora Malaysia merancang membuka dua cawangan terbaru di luar Lembah Klang dengan pelaburan RM500 juta setiap satu menjelang hujung tahun ini.

Selain dua cawangan tersebut, Pandora Malaysia juga akan membuka cawangan pertamanya di luar negara iaitu di Brunei pada pertengahan tahun kedua, yang akan difokuskan di dalam pasar raya besar.

Pengarah Urusannya, Datin Zarida Noordin berkata, sehingga kini syarikat mempunyai 16 cawangan termasuk cawangan terbarunya di Alamanda, Putrajaya dan menguasai 40 peratus nilai penguasaan pasaran bagi segmen perak.

"Pemilihan Alamanda sebagai cawangan terbaru Pandora adalah strategik kerana ia mempunyai tarikan tersendiri, selain menerima kunjungan yang ramai bukan sahaja pada hujung minggu dan cuti umum tetapi juga pada hari bekerja.

"Pembukaan butik di sini juga beri lebih akses kepada komuniti di sekitar Putrajaya, Kajang, Semenyih, Nilai dan Seremban bagi mendapatkan koleksi terkini," katanya pada majlis pelancaran, di Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut Zarida, pelancaran ini sekali gus menjadi titik tanda untuk Pandora yang dianggap sebagai salah satu kumpulan jenama mewah terbesar di Asia Pasifik dan jenama barang kemas nombor dua di dunia.

Pandora yang berasal dari Denmark ini mempunyai lebih 670 kedai konsep di lebih 65 buah negara.

Cahaya misteri dari bukit

Posted: 11 Feb 2013 07:34 PM PST


Cahaya misteri dari bukit
Kawasan Bukit Ladang Kemuning di mana kelipan cahaya misteri dilihat sekumpulan lelaki yang turut mendengar suara sayu lelaki dan perempuan meminta tolong.
SUNGAI SIPUT – Cahaya misteri berkelip-kelip dari Bukit Ladang Kemuning, ditambah dengan suara mendayu meminta pertolongan menimbulkan tanda tanya kepada sekumpulan lelaki yang sedang bermain bola sepak di Taman Yakin Mesra, di sini, kelmarin.

Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 30-an berkata, cahaya berkenaan dilihat pada jam 9.20 malam dan ia telah mengejutkan sekumpulan lelaki berkenaan.

Menurutnya, cahaya itu juga seperti bertindak balas dengan isyarat lampu suluh daripada kumpulan lelaki berkenaan menyebabkan mereka mengesyaki ada individu sesat dalam hutan.

"Berikutan kejadian itu, kami mengambil inisiatif untuk menjejaki cahaya berkenaan dengan menaiki motosikal.

"Semasa naik ke atas (bukit) kami terdengar suara lelaki dan perempuan meminta tolong dalam nada sayu. Naluri kami kuat mengatakan mereka tersesat dalam hutan di bukit itu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut Ahmad, selepas mendengar suara berkenaan, dia serta rakan-rakannya telah menghubungi talian kecemasan 999 untuk melaporkan kejadian bagi membolehkan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesan dua individu yang mungkin tersesat.

Tambahnya, kejadian berkenaan merupakan kali pertama berlaku sepanjang lapan tahun tinggal di kawasan taman perumahan berkenaan yang terletak kira-kira 20 meter kawasan bukit itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Rajamurthy berkata, bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.23 malam dan lima anggota bomba beserta sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan penglihatan serta keterangan saksi, pasukan bomba memasuki hutan itu bersama beberapa penduduk kampung yang arif dengan kawasan hutan berkenaan untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat.

"Bagaimanapun kami gagal mengesan jejak individu yang sesat dan tidak mendengar sebarang suara seperti yang dinyatakan oleh saksi. Kami tetap meneruskan usaha mencari sebanyak dua kali.

"Selepas perbincangan bersama polis, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan sementara sehingga ada laporan mengenai kehilangan individu dibuat," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan bahawa kawasan Bukit Ladang Kemuning sememangnya menjadi tumpuan kerana mempunyai kawasan rekreasi dan pernah berlaku kejadian lemas di air terjun, sekitar kawasan bukit itu pada tahun lalu.

Kebas kain penutup jenazah

Posted: 11 Feb 2013 07:31 PM PST


Kebas kain penutup jenazah
Kain penutup jenazah yang dilakonkan semula ini menjadi sasaran penyamun berkenaan.
CHANIS – "Tak sangka, kain penutup jenazah pun dia kebas," itu luahan seorang mangsa pecah rumah, Nordin Ali, 40, selepas kediamannya di Felda Keratong 7, dimasuki pencuri.

Nordin berkata, tiga helai kain penutup jenazah mertuanya itu diletakkan dalam sebuah beg konvokesyen seorang anaknya di bilik utama rumah tersebut.

Malah menurutnya, penjenayah itu juga sanggup mencuri syiling yang diletakkan di ruang solat rumahnya.

"Saya tak tahu apa yang ada dalam fikiran pencuri itu hingga sanggup curi kain penutup jenazah walaupun ia tidak lagi bernilai kerana sudah digunakan bagi menutup mayat si mati.

"Lebih mengecewakan ruang solat yang menempatkan beberapa naskah al-Quran dan sejadah digeledah untuk mencari wang," katanya ketika  ditemui Sinar Harian.

Tiada di rumah ketika kejadian

Menurut Nordin, ketika kejadian itu, dia dan keluarganya tiada di rumah kerana berkunjung ke rumah seorang anaknya di Kuantan.

Katanya, sebaik pulang ke rumah, dia dapati tingkap dapur tidak ditutup rapat, selain pakaian dalam bilik berselerak atas lantai.

"Malah saya dapati kain batik dan pelekat yang akan digunakan ketika kenduri kahwin anak turut dicuri.

"Tapi saya tidak tahu pencuri pecah masuk pada Jumaat atau Sabtu, kerana tiada di rumah," katanya.

Menurutnya, dia percaya kecurian berlaku disebabkan tinggal beberapa hari saja lagi dia bakal menerima menantu iaitu pada 23 Februari depan.

"Mungkin pencuri ingat rumah kami banyak duit hingga sanggup pecah masuk.

"Sedangkan semua duit kami simpan dalam bank kerana kawasan ini tidak lagi selamat lagi disebabkan banyak kes kecurian," katanya.

Lima kali dipecah masuk

SEMENTARA itu, ibu tunggal, Siti Hamidah Jamal, 56, berkata, dia mengalami kerugian dianggarkan RM200 hingga RM500 setelah besi tingkap dapur rumahnya di Felda Keratong 7, diumpil sebelum beberapa barang dapur dicuri,

"Saya tiada rumah beberapa hari kerana melawat anak di Tanjung Sepat dan sebaik pulang mendapati rumah digeledah.

"Selain itu, barangan dapur seperti lima kilogram beras, dua botol minyak masak, RM30 syiling dan tong gas dikebas pencuri," katanya.

Menurutnya, rumahnya itu sering menjadi sasaran pencuri berikutan sudah sudah lima kali dipecah masuk ketika ketiadaannya.

"Saya hairan kenapa rumah saya sering dimasuki pencuri?

"Saya bukan orang kaya atau banyak duit, tambahan pula suami sudah lebih lima tahun meninggal dunia," katanya.

Siti Hamidah berkata, dia percaya kegiatan itu dilakukan penagih yang terdesak mencari wang bagi mendapatkan dadah.

"Bukan sebuah dua rumah dimasuki pencuri, malah lebih 10 kes dilaporkan di Felda Keratong 6 dan 7 tentang kejadian sama.

"Namun belum ada kes pencuri masuk dan mencederakan penghuni rumah," katanya.

Berhasrat pasang jeriji besi

BAGI Mohd Mukehlas Narwi, 58, yang turut mengalami situasi sama, ketika dia dan isteri menyelesaikan urusan di Seremban.

Dia hanya menyedari rumahnya dimasuki pencuri apabila tingkap ruang tamu terbuka sebaik tiba di rumahnya,

Menurutnya, dua telefon bimbit dan dua tabung dalam bilik dipercayai lesap selepas kejadian tersebut.

"Saya menganggarkan lebih RM200 hilang dalam kejadian ini .

"Pastinya saya akan lebih berhati-hati termasuk berhasrat memasang jeriji besi bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya.

Dalam pada itu, jirannya, Mohd Razali Putih Lamat, 63, berkata, dia beberapa kali meninjau rumah Mohd Mukehlas sewaktu jirannya itu tiada di rumah.

Namun terkejut apabila dia mendapati tingkap di rumah itu terbuka.

"Saya mengesyaki rumahnya itu dimasuki pencuri pada waktu malam atau awal pagi kerana pada malam sebelum kejadian saya dapati tingkap rumahnya tertutup rapat," katanya.

Dua remaja tangkap ikan pari gergasi

Posted: 11 Feb 2013 07:27 PM PST


MOHAMMAD AZRI (kiri) memegang pari gergasi yang berjaya ditangkapnya di Kampung Gong Datuk, Pasir Puteh semalam.


PASIR PUTEH - Penduduk di Kampung Gong Datuk, dekat sini gempar apabila dua remaja kampung berkenaan yang menahan pukat berhampiran pintu kawalan air Gong Kulim di Terusan Semerak membawa pulang seekor ikan pari seberat 150 kilogram yang terperangkap di pukat yang dipasang mereka petang semalam.
Pari daripada jenis pari batik dengan ukuran lebar 1.8 meter dan panjangnya tiga meter itu kini menjadi tumpuan seluruh penduduk kampung berkenaan yang sebelum ini tidak pernah melihat ikan pari besar yang dianggap bersaiz gergasi.
Remaja terbabit, Mohamad Azri Azmi, 20, berkata, ikan yang tersangkut pada pukat disedari ketika dia bersama rakan, Nik Mohd. Anaz Nik Mansor, 17, ke sungai berkenaan untuk memungut hasil tangkapan selepas pukat itu ditahan lewat petang kelmarin.
Menurutnya, sangkaan awal pukat yang tidak mampu ditarik dari dasar sungai ke atas bot mungkin disebabkan tersangkut pada akar kayu.
"Kami terpaksa berhempas pulas menarik pukat itu sehingga kelihatan bentuk badan ikan pari besar yang tersangkut pada pukat. Nasib kami baik dengan rezeki yang tidak diduga itu walaupun bot kami hampir tenggelam apabila ikan berkenaan cuba melepaskan diri ketika diangkat naik ke atas bot," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Datuk dekat sini petang semalam.
Mohammad Azri berkata, mereka berdua menggunakan pendekatan menarik pukat ke tebing sungai kerana tidak mahu ikan sebesar itu terlepas begitu sahaja.
"Ini kali pertama ikan sebesar itu tersangkut pada pukat saya dan yang peliknya ia berada di kawasan air tawar sedangkan spesies ikan ini hidupan air masin.
"Saya terpaksa menghubungi ayah supaya datang dengan kereta untuk membawa pulang ikan berkenaan. Saya anggap ini rezeki keluarga kerana sebelum ini pukat yang ditahan hanya memerangkap ikan kecil," katanya.
Jurucakap Jabatan Perikanan Kelantan ketika dihubungi berkata, ikan berkenaan hidup dalam habitat pantai dan air payau dan paling banyak ditemui di antara perairan Afrika Selatan hingga ke Australia.

PTPTN lupus hutang, mampu lahirkan pelajar cemerlang

Posted: 11 Feb 2013 07:25 PM PST

KUALA LUMPUR - Langkah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengecualikan seramai 14,492 graduan cemerlang daripada membayar balik hutang PTPTN diyakini mampu menyuntik semangat mahasiswa untuk memperoleh keputusan terbaik dalam pengajian masing-masing.
Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM), Izham Ismail berkata, langkah itu merupakan persaingan sihat kalangan mahasiswa supaya lebih fokus terhadap pelajaran untuk mendapat insentif itu.
"Saya mewakili mahasiswa cukup kagum dan menyambut baik dengan insentif yang disediakan oleh kerajaan. Saya percaya jika langkah ini diteruskan lebih ramai mahasiswa berlumba-lumba mencipta kejayaan.
"Pada masa sama negara akan melahirkan graduan berkualiti," katanya ketika dihubungi Kosmo!
Kosmo! semalam melaporkan PTPTN telah melupuskan hutang graduan yang memperoleh ijazah kelas pertama dan setaraf membabitkan nilai pinjaman keseluruhan berjumlah RM407.9 juta sejak tahun 2003.
Bagi YDP MPP Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Azaraful Azman, keputusan PTPTN melupuskan pinjaman tersebut amat dihargai tetapi perlu memberi pendedahan terperinci syarat permohonan.
"Masih ada mahasiswa yang tidak faham berhubung permohonan pengecualian ini terutama apabila permohonan itu ditolak.
"Bagaimanapun, pelupusan bayaran balik pinjaman sesuatu yang menggembirakan mahasiswa," jelasnya.
Sementara itu, YDP MPP Universiti Malaysia Sabah, Mohammad Juhar Harun berharap mahasiswa tidak lupa jasa kerajaan yang banyak membantu memberi kemudahan dalam bidang pendidikan.

Wang sumbangan RM140,000 lesap

Posted: 11 Feb 2013 07:24 PM PST


MUHAMAD HAIRUMAN menunjukkan laporan polis dan penyata akaun di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 24, kesal apabila wang sumbangan orang ramai berjumlah RM140,000 hilang daripada akaun bank peribadinya.
Dia mendakwa, wang tersebut dilesapkan oleh salah seorang ahli keluarganya sendiri melalui berpuluh-puluh pengeluaran secara tunai dalam tempoh setahun.
Menurutnya, perkara itu disedarinya apabila dia membuat semakan ke atas akaun berkenaan awal Jun tahun lalu dan mendapati bakinya hanya tinggal RM48.
"Sepanjang saya terlantar sakit akibat kejadian renjatan itu, ahli keluarga berkenaan menguruskan akaun bank tersebut serta beberapa lagi sumbangan yang diberikan pelbagai pihak.
"Saya kini membekukan akaun bank berkenaan awal Julai tahun lepas dan cuba untuk mendapatkan ahli keluarga berkenaan untuk penjelasan, tetapi dia gagal dihubungi dan ditemui hingga kini malah nombor telefonnya turut ditukar," dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Hairuman yang berasal dari Tanjung Karang, Selangor sebelum ini menggemparkan negara apabila mengalami kecederaan parah selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Kuala Selangor pada 26 November 2010.
Mengulas lanjut, menurutnya, dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Karang, Selangor pada bulan sama dia membekukan akaun bank miliknya.
Katanya, pihak polis memaklumkan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa walaupun dia memberikan penyata bank penuh sebagai bahan bukti.
"Menurut pegawai yang menerima laporan itu, siasatan tidak dapat diteruskan berdasarkan penyata tersebut semata-mata kerana mereka memerlukan bukti melalui rakaman video mesin pengeluaran automatik antara bulan April hingga Ogos 2011.
"Malangnya video berkenaan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan sebelum dilupuskan. Dalam tempoh tersebut, pengeluaran wang dalam jumlah besar telah dilakukan," ujarnya.
Menurut Hairuman, dia telah memohon bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk mendapatkan pekerjaan dan telah dipanggil untuk temu duga di Kuala Lumpur awal Julai tahun lalu.
"Sepanjang tempoh tersebut, saya hanya bergantung kepada wang simpanan dalam akaun lain hinggalah diambil bekerja sebagai operator panggilan di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya, Selangor pada Ogos," ujarnya.
Sejak temu duga itu, dia memberitahu, ibu angkatnya telah menjemputnya untuk tinggal bersamanya di Kayangan Heights di sini hingga sekarang.
Hairuman kini melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Sungai Merab, Kajang dalam bidang pengkomputeran sejak Januari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd. Taib Ahmad mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dikemukakan oleh Hairuman.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya meminta Hairuman membuat laporan baharu berhubung kes tersebut.
"Mungkin laporan sebelum ini tidak lengkap dan mengemukakan penyata pengeluaran keluar masuk wang," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ana Dahlia nyaris maut

Posted: 11 Feb 2013 07:23 PM PST


BEGINILAH keadaan kereta Toyota Vios milik Ana Dahlia yang rosak selepas dirempuh di Jalan Genting Klang semalam. Gambar kanan menunjukkan kecederaan yang dialami pelakon itu.


berita@kosmo.com.myKUALA LUMPUR - Pelakon Ana Dahlia yang juga bekas isteri Chef Riz nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Genting Klang di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Iswara dipandu A. Chandran Segaran, 30, Toyota Vios yang dipandu Ana Dahlia dan sebuah van dinaiki tiga lelaki.
Kereta Ana Dahlia tersadai di atas benteng pembahagi jalan akibat dirempuh dengan kuat.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku apabila kereta dipandu Chandran Segaran terbabas ketika dalam perjalanan dari Gombak ke pusat bandar lalu merempuh dua lagi kenderaan.
"Ketiga-tiga kenderaan itu rosak teruk namun pemandunya tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ana Dahlia memberitahu, dia masih trauma dengan kejadian yang mengakibatkan dia cedera ringan di kepala dan tulang rusuknya retak.
Mengimbau semula kejadian itu, pelakon filem Mantra itu memberitahu, kejadian berlaku begitu pantas hingga membuatkan dia tidak sempat hendak bertindak apa-apa.
"Saya cuma nampak cahaya lampu yang datang dari arah depan dan kemudian merempuh van yang berada lebih kurang 300 meter di hadapan saya.
"Kereta itu kemudian melanggar pula sebelah kanan kereta saya sebelum ia berpusing beberapa kali dan tersadai di atas pembahagi jalan," ceritanya ketika dihubungi.
Ujar Ana Dahlia, dia dimaklumkan kereta Proton Iswara yang melanggarnya itu tidak mempunyai cukai jalan sekali gus menyukarkan dia untuk membuat tuntutan insurans.
"Saya diarahkan oleh doktor supaya berehat dan tidak boleh banyak bergerak," katanya.

Aksi Psy memukau pengunjung

Posted: 11 Feb 2013 07:22 PM PST


CUACA panas tidak menghalang Psy memberikan persembahan terbaik kepada peminat dan penonton yang datang berhimpun di padang Kolej Han Chiang, George Town.


GEORGE TOWN – Persembahan bertenaga bintang ternama Korea Selatan, Psy menggegarkan sambutan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya di padang Kolej Han Chiang di sini semalam.
Kira-kira 80,000 pengunjung memenuhi kawasan kolej tersebut termasuk di hadapan pentas utama sejak pukul 7 pagi lagi.
Pengunjung termasuk kanak-kanak kecil melaung-laungkan nama Psy sebaik beliau muncul di pentas kira-kira pukul 12.15 tengah hari.
Psy yang mengenakan kot tanpa lengan dengan seluar serba putih memberitahu, dia teruja tiba di Malaysia dan mengucapkan selamat Tahun Baru Cina. Penyanyi itu berterima kasih kepada BN Pulau Pinang kerana menjemputnya membuat persembahan.
Sebaik muzik dimainkan, orang ramai menjerit-jerit nama Psy sebelum dia muncul diiringi 12 penari mempersembahkan lagu popularnya, Oppa Gangnam Style.
Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang mencipta nama apabila klip video Oppa Gangnam Style ditonton sebanyak 1.3 bilion kali dalam YouTube.
Sambil beraksi dengan muka bersahaja, Psy turut mengajak ribuan pengunjung menari tarian kuda bersamanya.
Selepas menamatkan persembahan, dia turun dari pentas tetapi sorakan para peminat memanggil-manggil namanya mendorong Psy kembali semula untuk nyanyian kali kedua lagu Oppa Gangnam Style.
Cuaca panas juga menyebabkan bintang berusia 35 tahun itu terpaksa menanggalkan cermin mata hitamnya untuk mengesat peluh beberapa kali ketika menyanyi.

PERSEMBAHAN Psy menerusi lagu Oppa Gangnam Style menghiburkan ribuan pengunjung pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di George Town semalam.


Dia sempat berceloteh dengan berkata: "Saya faham cuaca panas di sini menyebabkan anda (penonton) juga nampak letih."
Psy bersama rombongannya tiba dengan jet peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira pukul 6 pagi semalam selepas mengadakan persembahan di Rio de Janeiro, Brazil.
Difahamkan, beliau menginap di sebuah hotel mewah di bandar raya ini selama dua hari dan dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik sebelum pulang ke Korea Selatan.
Ini merupakan persembahan pertama Psy di Asia Tenggara yang didatangkan khas oleh sebuah syarikat pengurusan acara dari Kuala Lumpur, Mega Ultimate Sdn. Bhd. bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.
Turut mengadakan persembahan ialah juara Asian Wave 2012 di Shanghai, China, Shila Amzah yang menghiburkan pengunjung dengan lagu Patah Seribu, Set Fire to the Rain dan dua lagu Mandarin, Zheng Fu dan Forever Love.
Kemunculannya turut mendapat tepukan gemuruh pengunjung yang menyanyi bersama-samanya.

Buaya terbesar mati di Filipina

Posted: 11 Feb 2013 07:21 PM PST

SELEPAS diukur, Lolong yang sepanjang 6.17m diisytihar buaya terbesar dalam kurungan.


MANILA - Seekor buaya jantan air masin terbesar yang pernah dipelihara di dalam kurungan, Lolong mati selepas 17 bulan reptilia itu ditangkap.
Lolong yang berukuran 6.17 meter (m) panjang mati pada malam Ahad lalu akibat penyakit misteri di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, Pulau Mindanao.
Taman itu dibina oleh kakitangan perbandaran untuk mempamerkan buaya berkenaan.
Kehadiran haiwan tersebut menyebabkan ramai pelancong datang ke Bunawan sekali gus memberi pulangan ekonomi yang besar kepada bandar kecil itu.
"Ia merupakan hari yang paling sedih buat kami. Lolong telah membawa kemasyhuran kepada bandar kami," kata jurucakap bandar itu, Welinda Elorde kepada agensi berita AFP.
Reptilia itu ditangkap di sebatang anak sungai pada September 2011 selepas ia dipercayai membaham kepala seorang kanak-kanak perempuan.
Perangkap besi digunakan untuk menangkap haiwan itu.
Buaya itu juga dipercayai membaham seorang nelayan.
Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dengan menggunakan tali dari anak sungai kecil sebelum ia diangkut dengan kren ke atas sebuah trak.
Selepas ditangkap oleh sekumpulan penduduk tempatan dan pakar-pakar haiwan itu, ia diletakkan di dalam kurungan untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Akhbar The Philippine Star melaporkan semalam bahawa Lolong menelan tali pntal tiga minggu lalu.
"Kami telah memberikan haiwan itu daging, ayam dan itik.
"Tidak mungkin, ia makan makanan lain," kata Elorde.
Pada tahun lalu, Guinness Book of World Records secara rasminya mengisytiharkan Lolong sebagai buaya terbesar pernah hidup dalam kurungan.
Menurut Elorde, haiwan itu diberi nama Lolong sempena nama seorang pegawai alam sekitar yang mati disebabkan serangan jantung selepas dia pergi ke Bunawan untuk membantu menangkap buaya tersebut.
Satu majlis pengebumian khas akan diadakan untuk Lolong yang seberat hampir satu tan.
Badannya mungkin diawet untuk dipamerkan di sebuah muzium.
Penduduk Bunawan merancang untuk melakukan majlis ritual dengan menyembelih ayam bagi mengucapkan terima kasih kepada roh hutan kerana populariti yang dibawa haiwan berkenaan.
Sekumpulan penganut Kristian juga akan berdoa sebelum reptilia itu dibedah siasat.
Lolong menewaskan pemegang rekod sebelum in, Cassius yang sepanjang 5.48m.
Cassius dipamerkan di sebuah taman di Pulau Green di luar perairan Queensland, Australia.

Presiden Filipina lawat kubu kuat MILF

Posted: 11 Feb 2013 07:20 PM PST


AQUINO (kanan) dan Murad berbual di Sultan Kudarat, selatan Filipina semalam.


SULTAN KUDARAT, Manila - Presiden Filipina, Benigno Aquino membuat lawatan bersejarah ke kubu kuat Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di sini.
Lawatan itu dibuat empat bulan selepas pentadbirannya menandatangani pelan damai dengan MILF.
Menurut Aquino, perjanjian damai yang terakhir antara pemerintahannya dengan MILF akan ditandatangani pada bulan depan.
Turut hadir semasa lawatan Aquino itu ialah Ketua MILF, Murad Ebrahim.
Pihak MILF telah bertempur sejak tahun 1970-an untuk memperoleh kemerdekaan di Mindanao.
Seramai 150,000 orang telah mati akibat pertempuran itu.

Lapangan terbang khas pesawat A380 di Dubai

Posted: 11 Feb 2013 07:19 PM PST


SEBUAH pesawat Airbus A380 milik syarikat Emirates diletakkan di lapangan terbang khas itu kelmarin.


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu - Lapangan terbang khas untuk pesawat gergasi dua tingkat Airbus A380 telah dibuka sepenuhnya di sini.
Pesawat itu boleh membawa 525 orang penumpang menyebabkan beberapa lapangan terbang di dunia terpaksa melakukan pengubahsuaian bagi membolehkan ia mendarat.
Sebanyak 20 buah pintu disediakan di lapangan terbang itu.
Projek pembinaan lapangan terbang itu merupakan sebahagian daripada pelan pembesaran lapangan terbang antarabangsa Dubai menjelang tahun 2015 melibatkan kos AS$7.8 bilion (RM24.16 bilion).
Syarikat penerbangan Emirates yang berpangkalan di sini mempunyai 31 buah pesawat A380 yang telah digunakan.
Ia turut menempah 59 buah lagi pesawat itu daripada syarikat Airbus.

Masuk ular ke dalam hidung

Posted: 11 Feb 2013 07:18 PM PST


KOMBINASI gambar menunjukkan seorang lelaki memasukkan ular ke dalam hidung dan mulutnya di Kuil Ditan, Beijing semalam.


BEIJING - Seorang lelaki membuat persembahan unik bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Kuil Ditan di sini semalam.
Lelaki itu memasukkan seekor ular hidup yang kecil ke dalam hidung.
Mulut lelaki itu juga dilihat mengandungi ular semasa dia membuat persembahan tersebut.

Kerbau dikahwinkan dengan lembu

Posted: 11 Feb 2013 07:18 PM PST


KERBAU jantan (kanan) dan pasangannya yang merupakan seekor lembu betina (kiri) diletakkan di depan hantaran perkahwinan haiwan itu di Ayutthaya semalam.


AYUTTHAYA, Thailand - Seekor kerbau jantan berumur 21 tahun, Yai Chai-Yuen dikahwinkan dengan lembu betina berusia lapan tahun, Thong-Kwao di sini semalam.
Beberapa penduduk menganjurkan majlis perkahwinan untuk kerbau jantan yang dianggap paling cantik di sini.
Lembu betina itu dicari oleh penduduk di sini selepas menimbangkan beberapa 'calon' lain.
Haiwan yang dipilih untuk menjadi pasangan Chai-Yuen itu berasal dari Ubon Ratchathan, timur laut Thailand yang terletak 600 kilometer dari sini.

600 orang sertai pertandingan sauna

Posted: 11 Feb 2013 07:17 PM PST


SEBAHAGIAN peserta yang menyertai pertandingan maraton sauna.


OTEPAEAE, Estonia - Kira-kira 150 pasukan melibatkan 600 orang menyertai pertandingan maraton sauna di sini kelmarin.
Pertandingan unik itu mencari pasukan yang paling pantas menggunakan 22 sauna. Para peserta juga perlu terjun ke dalam sembilan lubang ais.
Sebahagian peserta lelaki itu hanya memakai seluar pendek manakala beberapa wanita dilihat berpakaian bikini semasa mereka menuju ke sauna.
Pertandingan itu diadakan semasa kawasan Otepaeas dipenuhi dengan timbunan salji.

Imej puting beliung landa Hattiesburg di AS

Posted: 11 Feb 2013 06:53 PM PST


GAMBAR yang dirakamkan Holliman menunjukkan angin puting beliung di Hattiesburg pada Ahad lalu.


HATTIESBURG, Mississippi - Gambar angin puting beliung di sini berjaya dirakamkan oleh jurugambar Jordan Holliman pada Ahad lalu.
Beberapa pegawai kecemasan berkata, puting beliung itu menyebabkan sejumlah bangunan mengalami kerosakan.
Kampus Universiti Southern Mississippi turut mengalami kerosakan.
Satu rakaman video yang menunjukkan pergerakan puting beliung itu juga berjaya dirakamkan oleh Rynal Grant.
Sebanyak tiga orang dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Tidak malu kerana kerja mulia

Posted: 11 Feb 2013 06:52 PM PST

SELEPAS lebih 15 tahun bergelar pekerja am Alam Flora, Latiff menyaksikan pelbagai ragam manusia termasuk membantu menggagalkan satu kes rompakan beberapa tahun lalu.


KETIKA ramai yang sedang nyenyak dan dibuai mimpi namun lain pula bagi Latiff Jaafar. Lelaki berusia 55 tahun itu bangun dari tidur seawal pukul 3 pagi untuk bersiap ke tempat kerja.
Dengan menyarungkan baju Alam Flora, seluar slek hitam, memakai topi dan kasut, dia memulakan perjalanan dari kediamannya di sebuah pangsapuri di Bangsar, Kuala Lumpur ke tempat kerja dengan menaiki basikal.
Kayuhan menuju ke Lorong Maarof, Bangsar selama 25 minit sudah biasa buatnya.
Sebaik tiba di pejabat Alam Flora cawangan Bangsar, cerita anak jati Muar, Johor itu lagi, perkara pertama yang dilakukannya ialah mendaftar masuk melalui alat perakam waktu sebelum pukul 4.30 pagi.
Dia kemudiannya mengayuh basikal itu semula menuju ke Jalan Telawi yang hanya mengambil masa lima minit untuk memulakan kerja-kerja pembersihan.
Sebelum itu, dia mengambil peralatan pembersihan seperti penyapu dan penyodok yang disimpan di sebuah kedai makan lalu menuju sekitar kawasan premis hiburan malam kerana pada kebiasaannya, kawasan parkir di situ dipenuhi sampah.
Seterusnya, Latiff membersihkan pula kawasan di sekitar tapak parkir di hadapan sebuah pusat gimnasium memandangkan pengunjung pusat itu akan tiba seawal pukul 7 pagi.
Jika tidak dilakukan segera, ia akan menimbulkan kesukaran untuk membersihkan sampah dari bawah kereta.
Tugasnya belum selesai. Latiff lazimnya akan berhenti berehat selama 20 minit sebelum memulakan kerja di zon lain sehingga pukul 11.30 pagi.
Latiff memberitahu, dia bekerja pada setiap hari kecuali mempunyai kes kecemasan. Begitulah rutin hariannya sejak 15 tahun yang lalu.
Bagi pekerja am Alam Flora itu, dia memahami bahawa tugasnya bukan untuk masuk ke pejabat berhawa dingin atau berpakaian kemeja dengan imej korporat.
'Pejabatnya' ialah di jalanan dan tempat awam. Begitupun, dia tidak pernah merungut dengan jadual kerjanya kerana menyedari menguruskan soal kebersihan itu sebagai tuntutan fardu kifayah.

WALAUPUN bergelumang dengan sampah serta kekotoran, tetapi wajah-wajah inilah yang sentiasa memastikan ibu kota sentiasa bersih dan cantik.


Pengalaman kerja
Berbicara lanjut mengenai kerjaya yang diceburinya sejak berusia 24 tahun itu, Latiff memberitahu bahawa dia pernah berkhidmat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama 15 tahun sebelum berpindah tugas ke Alam Flora pada tahun 1999.
Sebelum itu, Latiff pernah melakukan pelbagai kerja termasuk di kilang, berniaga dan pembantu kedai.
"Ketika memulakan tugas di DBKL dulu, saudara saya memberitahu jika saya tidak malu bekerja sebagai penyapu sampah, saya boleh mendapat pekerjaan itu dengan segera," ujarnya.
Mengimbas kembali pengalaman itu, bapa kepada tiga orang anak itu memberitahu, dia sekali lagi diduga sewaktu sesi temu duga sama ada dia benar-benar bersedia untuk berkecimpung dalam bidang kerja yang tidak diminati ramai itu.
Penemuduga turut mempersoalkan sama ada dia sanggup menyahut cabaran jika ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
"Jawapan saya ketika itu, saya tidak kisah dan sanggup bekerja di mana-mana sahaja. Lagipun, saya sedar kerana tidak mempunyai kemahiran lain dan tidak berpelajaran tinggi," ungkapnya yang menamatkan pendidikan sehingga tingkatan tiga sahaja.
Justeru, anak kedua daripada enam adik-beradik itu hanya mampu menguatkan semangat dan mengikis perasaan malu yang ada dalam diri semata-mata mahu mencari rezeki halal.
Walaupun bagi sesetengah pihak, kerja itu dilihat kotor tetapi Latiff tidak pernah mempedulikannya asalkan tidak menyusahkan orang lain.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mampu menggunakan tulang empat keratnya untuk meraih pendapatan tanpa menyalahi undang-undang.
Walau bagaimanapun, dia mengakui, sewaktu kali pertama kali menyapu sampah sememangnya timbul perasaan malu kerana orang yang lalu-lalang melihatnya.
"Ketika itu, saya muda. Jadi memang berasa segan sedikit. Namun, mujur saya seorang yang sabar, tabah dan tidak mengambil peduli dengan tanggapan orang ramai. Saya kini masih berkhidmat pada usia separuh abad.
"Biarpun segelintir orang memandang rendah pekerjaan ini, saya tidak peduli asalkan pendapatan yang diperoleh mampu menyara keluarga dan membesar serta menyekolahkan anak-anak," ungkapnya.
Enggan bekerjasama
Dalam pada itu, sepanjang sesi temu bual diadakan bersama Latiff, warga emas itu kelihatan tegas dan tidak putus-putus memberi nasihat kepada pemilik dan penyewa bangunan rumah kedai serta pekerja restoran agar tidak melonggok sampah di merata-rata tempat.
Selama tiga jam bersama Latiff, tinjauan mendapati segelintir pihak sesuka hati melonggok sampah di pangkal pokok dan kaki lima.
Ketika ditanya kepada Latiff, dia memberitahu itulah sikap kebanyakan individu yang bergantung kepada pekerja Alam Flora untuk mengutip longgokan sampah.
"Mereka tidak menggunakan penyodok sampah sebaliknya melonggok sampah dan menunggu kami membersihkan longgokan itu.
"Apa salahnya mereka kaut semua sampah itu dan masukkan ke dalam tong sampah? Memanglah tidak salah tetapi mereka melepaskan semua tanggungjawab pembersihan kepada kami," keluhnya sambil menyifatkan hal itu sepatutnya tanggungjawab bersama.
Warga emas yang pernah memenangi anugerah perkhidmatan sebanyak lima kali itu memberitahu, sikap masyarakat dahulu lebih baik berbanding sekarang.
Menurutnya, hari ini dia memerhatikan ramai orang yang gemar membuang sampah di merata-rata tempat.
Jika dahulu, dia jarang melihat longkang yang tersumbat dengan minyak pejal atau lemak, sebaliknya hanya terdapat plastik atau sisa makanan. Keadaan hari ini berbeza hinggakan pekerja pembersih terpaksa menggunakan water jet untuk memecahkan sisa makanan yang telah menjadi beku.
Jika hal tersebut tidak segera diatasi, ia boleh mengakibatkan sistem perparitan dan pembetungan tersumbat.
Namun, kesemua sampah sarap itu dibersihkan dengan sabar oleh kumpulan petugas Alam Flora kerana itulah tuntutan tugas mereka.
Jenayah pagi
Menyentuh mengenai cabaran dalam bidang itu, Latiff mengakui tiada sebarang masalah cuma berhadapan dengan risiko bahaya ketika menjalankan tugas pada awal pagi.
Sepanjang tempoh bekerja terutama pada awal pagi, dia telah menyaksikan pelbagai kejadian yang membabitkan kes kebakaran, ugut dan rompakan.
Menurutnya, dia pernah melihat sekumpulan lelaki yang bergaduh kerana seorang lelaki yang mabuk membuang air di kaki lima.
Berikutan itu, lelaki mabuk berkenaan dipukul sampai mati namun dia tidak berani meleraikan pergaduhan tersebut kerana khuatir menjadi mangsa. Dia sebaliknya hanya mendapatkan bantuan pihak polis.

ANANDAN menguruskan peralatan water jet untuk menyedut sampah dan lemak beku yang terkumpul dalam longkang.


Selain kejadian itu, dia juga pernah menyelamatkan seorang wanita yang diugut dan dirompak.
"Seingat saya, kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu yang membabitkan seorang wanita yang diugut sekumpulan samseng.
"Ketika itu, saya memberanikan diri untuk menyelamatkan wanita tersebut dengan menggunakan penyodok dan penyapu," katanya sambil menyifatkan banyak kejadian yang berlaku pada awal pagi lantas membuatkan dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
Selain Latiff, S. Anandan, 50, yang telah berkecimpung dalam bidang itu juga menyuarakan perkara yang sama.
Dia yang mempunyai empat orang anak mengakui, walaupun terpaksa bergelumang dengan sampah sarap dan bau busuk, ia tidak menjadi masalah untuknya asalkan dapat mencari rezeki yang baik.
Anandan yang bertugas dalam menguruskan kelengkapan water jet mengakui ia bukan satu tugas yang mudah.
Cerita anak jati Kuala Lumpur itu, kerja-kerja tersebut menuntut kesabaran, ketelitian dan komitmen yang tinggi.
Biarpun peralatan tersebut satu teknologi terkini yang mampu membersihkan longkang yang tertutup dengan berkesan namun terdapat risiko bahaya.
"Bayangkan, kumpulan lemak yang beku dalam longkang boleh dipecahkan dengan mudah, namun pengendalian jetter perlu dilakukan dengan berjaga-jaga kerana pancutan air tersebut yang kuat boleh menyebabkan maut jika terkena manusia," katanya sambil memberitahu telah menjalani kursus khas untuk mempelajari cara-cara mengawal peralatan tersebut selama tiga bulan.
Tambah Anandan, dalam menjalani tugasnya itu, dia juga berhadapan dengan risiko sakit belakang kerana sering mengangkat penutup longkang yang berat.
Sebelum kerja-kerja pembersihan dalam longkang tersumbat yang teruk dilakukan, kami terpaksa mengangkat kesemua penutup longkang untuk memudahkan kerja-kerja pecahan minyak yang beku.
"Ia sangat berat sehingga membuatkan rasa sakit di bahagian belakang terutamanya pinggang. Saya juga bukannya muda lagi," katanya berseloroh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines