Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Nelydia Senrose Perjelaskan Hubungan Dengan Qi Razali
- 'Ingat! Janganlah Abaikan Kekasih' - Almy Nadia
- Zahiril Adzim: Pelakon Lelaki Terbai k?
- Kesal Kesilapan Lalu, Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri
- Suami Rita Rudaini Nafi Bakal Berkahwin Baharu Julai Depan
- X-Factor Tidak Mungkin ‘Dihidupkan’ Semula
- Jagaan ala tentera Aznil
- Almy rimas dengan kontroversi Fizz
- Chae-young mohon UEE jangan kurus
- 'Si Tanggang' sepak ibu dijel 24 bulan
- Perniagaan dalam talian dipantau
- Jeslina tidak dicerai kerana datang bulan
- Dua pelesit rempit kekal dijel
- Pengawal keselamatan cuai
- Bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh lagi
- Persembahan World Drums memukau
- 12 peserta mara ke separuh akhir
- Askar AS minum darah ular tedung
- Kapal mewah Abramovich berlabuh di New York
- Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup
- Pusat kawalan penentang Syria diserang di Damsyik
- Berkarya bukan kerana duit
- Biografi P. Ramlee
- Timbunan tayar cemari Madrid
- Alumni untuk penerima Biasiswa Chevening
Nelydia Senrose Perjelaskan Hubungan Dengan Qi Razali Posted: 20 Feb 2013 07:35 PM PST Sebaliknya, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, berkata dia dan bekas kekasih kepada penyanyi Yuna itu hanya berkawan baik. Mereka mulai rapat kira-kira sebulan yang lalu. "Saya dan dia (Qi) hanya kawan baik sahaja pada waktu ini. Tiada hubungan istimewa seperti yang dikatakan. "Sebenarnya kami sudah kenal sejak tahun lalu sebab sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Friday I'm In Love tetapi tidak rapat. "Lagi pun dia berpunya (kekasih Yuna) ketika itu dan kami hanya rapat kebelakangan ini," katanya kepada mStar Online pada Rabu. Aktres berdarah kacukan ini berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai persahabatan mereka kerana tidak pasti hala tuju hubungan itu pada masa akan datang. "Buat masa ini belum ada apa-apa yang serius tapi pada masa akan datang kita tidak tahu," katanya. Ditanya mengenai populariti mendadak yang dikecapnya susulan populariti drama Setia Hujung Nyawa di TV3 pada Januari lalu, Nelydia berkata, ia adalah bonus atas kerja kerasnya selama ini. "Sudah tentu saya bersyukur atas perhatian yang mendadak ekoran kejayaan drama itu. "Ia adalah bonus atas usaha dan kerja keras saya sepanjang penggambaran selama lebih dua bulan," katanya yang berehat seketika daripada tawaran berlakon. | |||||
'Ingat! Janganlah Abaikan Kekasih' - Almy Nadia Posted: 20 Feb 2013 07:34 PM PST Almy atau atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, pertunangan sorok-sorok kekasihnya Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang wajar dijadikan pengajaran buat semua pihak. "Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seserang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya. "Jangan nanti apabila kita memerlukan orang itu, maka dah terlambat. Selebihnya saya tidak boleh komen dan enggan masuk campur," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun ketika heboh majlis pertunangan rahsia Fizz yang berlangsung pada 10 Februari lalu, pelakon tersebut sebenarnya telah bertunang dengan isteri orang. Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status "tunangnya" itu. Sementara itu, ditanya adakah dia ada menghubungi Fizz berhubung perkara itu Almy berkata, dia tidak mahu berbuat demikian kerana enggan mencampuri urusan pemuda itu. Malah pelakon drama Cermin Kasih Amira (RTM) ini juga tidak menyimpan dendam terhadap Fizz dan sentiasa mendoakan terbaik buat semua orang. "Saya hanya menerima takdir dengan reda," ujarnya. | |||||
Zahiril Adzim: Pelakon Lelaki Terbai k? Posted: 20 Feb 2013 07:33 PM PST Menerusi FFM25 yang bakal berlangsung pada 2 Mac ini, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Zahiril akan berentap bersama tiga finalis lain seperti Shaheizy Sam, Faizal Hussein dan Pekin Ibrahim. Mengakui setiap nama besar itu mempunyai kelebihan masing-masing, Zahiril tidak berhasrat memasang angan-angan bagi menjuarai kategori tersebut. "Saya tak tahu nak cakap apa. Pencabarnya sangat hebat dan saya tidak mengimpikan kemenangan. Berjaya menempatkan nama di tangga lima teratas, saya sudah cukup berbangga. "Lagipun, saya melihat sendiri lakonan mereka dan masing-masing memiliki kelebihan tersendiri. Lagipun, pengalaman mereka lebih luas. "Saya sangat mengagumi mereka dan tidak dapat mengagak siapa yang lebih layak," katanya. Bunoha n harus diiktiraf Walaupun filem Songlap mendominasi carta pencalonan tertinggi di FFM25, namun filem Bunohan tidak kurang hebatnya apabila filem terbitan Apparat Sdn Bhd itu memperoleh 13 pencalonan keseluruhannya. Bunohan mendapat lapan pencalonan daripada Anugerah Perdana dan lima daripadanya bagi kategori Anugerah Cipta. Bersyukur dengan pencalonan itu, suami kepada selebriti, Shera Aiyob ini berharap filem arahan Dain Said Iskandar itu diberi pengiktirafan sewajarnya. "Walaupun kutipan filem kurang memberangsangkan, namun fi lem ini banyak dimainkan di luar negara. Apatah lagi, ia turut merangkul Anugerah Golden Hanoman dalam Netpac Asian Film Festival (JAFF) ke-7 di Yogyakarta, Indonesia. "Inilah filem kita, keseluruhannya berkisarkan kehidupan masyarakat dan digarap pengarah tempatan. Jika negara luar boleh mengiktiraf filem kita, kenapa tidak kita sendiri? "Saya mengharapkan kemenangan untuk filem hebat ini, tidak kisahlah dari pada mana-mana pencalonan. Sekurang-kurangnya, ia mampu membawa perubahan kepada pengkarya filem lain untuk menghasilkan filem yang bermutu," katanya yang bakal muncul dalam filem terbaru, Rentap. Filem Bunohan juga pernah tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Akademi bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik, namun gagal berentap ke peringkat seterusnya. Tidak kisah jantina Dalam perkembangan lain, Zahiril yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi mengakui teruja menanti detik kelahiran bayi pertamanya. Menurutnya, usia kandungan isterinya, Shera kini mencecah enam bulan. Bakal menyambut kelahiran, Julai nanti, Zahiril tidak kisah jantina bayinya. "Sama juga macam Shera. Kami terima baik lelaki mahupun perempuan. Yang penting, bayi itu sihat. "Pun begitu, kami sudah melakukan ujian imbasan, namun baby masih tak nak tunjuk jantina dia. Kami pun tidak terdesak ingin tahu. Perempuan atau lelaki, sama sahaja. Masing-masing ada kelebihan tersendiri," katanya. | |||||
Kesal Kesilapan Lalu, Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri Posted: 20 Feb 2013 07:33 PM PST Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem. "Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga. "Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya. Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu. Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun. Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian. "Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya. "Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan," katanya. Hattan berkata, anak tunggal mereka Adam Eiman bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja mengenai perkara itu. "Adam okey sahaja bila saya kata nak berkahwin semula dengan ibunya. Dia tidak tunjuk reaksi teruja langsung," katanya dalam nada bergurau. Dalam perkembangan lain, Hattan yang dijemput menyaksikan rakaman konsert Led Zeppelin berkata, ia mengimbau semula kenangan di mana dia dan beberapa artis Warner Music pernah mengadakan persembahan tribute untuk kumpulan itu pada 1995. "Ketika itu saya, Amy (Search), Ramli Sarip dan Maman (Teacher's Pet) pernah terlibat dalam pertunjukan tribute untuk Led Zeppelin di Hard Rock Cafe. "Mungkin Led Zeppelin tidak begitu dekat dengan generasi sekarang tetapi mereka seperti godfather kepada penyanyi dan peminat muzik rock lama," katanya. Album Celebration Day yang dirakam ketika konsert "reunion" kumpulan itu pada 10 Disember 2007 di Arena O2, England kini berada di pasaran. Ia ditawarkan dalam empat set iaitu edisi standard - 1 DVD/2 CD, edisi deluxe (2 DVD/2 CD atau 1 Disk Blu Ray/1 DVD/2 CD), edisi audio versi Blu Ray dan edisi vinyl (3 piring hitam). | |||||
Suami Rita Rudaini Nafi Bakal Berkahwin Baharu Julai Depan Posted: 20 Feb 2013 07:31 PM PST Menurut Aidil, dia sememangnya mengenali Zarema sejak bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lagi. Ujarnya, pada ketika itu abang Zarema merupakan pengurus pasukan untuk kumpulan tersebut dan mengakui dia rapat dengan seluruh ahli keluarga Zarema. "Saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tak lama lagi? Memang kami berkawan, tetapi tidaklah sampai ke tahap mengenali hati budi. "Saya baik dengan Zarema disebabkan saya berkawan dengan abang dia. Tapi bukan Zarema seorang sahaja yang saya kenal, sebaliknya semua ahli keluarga yang lain. Saya mengaku pernah bertandang ke rumah keluarganya, tetapi tidaklah selalu seperti yang didakwa," katanya seperti dilaporkan dalam Berita Harian pada Khamis. Mengulas lanjut, Aidil turut menafikan wanita tersebut sering memandu keretanya seperti yang didakwa. "Saya tak faham kenapa pengirim itu mendakwa Zarema pandu kereta saya. Buat apalah dia nak pakai kereta saya sedangkan dia anak orang berada. "Dia mampu miliki apa saja jenis kenderaan yang dia mahu, takkanlah sampai hendak pakai kereta saya," ujarnya. Aidil bakal menghadiri kes perbicaraan konflik rumah tangganya dengan Rita di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan pada Isnin depan. | |||||
X-Factor Tidak Mungkin ‘Dihidupkan’ Semula Posted: 20 Feb 2013 07:30 PM PST Salah seorang anggotanya, Zachery Francis atau lebih dikenali sebagai Zach berkata, perkara itu tidak mungkin akan terjadi kerana kesibukan mereka dengan komitmen masing-masing. "Kami tidak pernah merancang ke arah itu kerana kami memang tiada masa kerana masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan karier yang lebih stabil. "Namun hubungan kami masih lagi baik dan sering bertemu jika mempunyai kelapangan cuma untuk kembali sebagai sebuah kumpulan ia agak mustahil," jelasnya kepada mStar Online. Tambah Zach, perasaan rindu untuk bersama-sama membuat persembahan pentas sentiasa ada namun mereka terpaksa akur dengan keadaan. Dalam pada itu, Zach yang kini lebih dikenali sebagai pelakon berkata, dia merancang untuk menghasilkan album solo ekoran permintaan daripada para peminatnya. Zach, 35, memberitahu, dia juga sedang mencari komposer yang sesuai untuk menerbitkan album tersebut yang turut mendapat sentuhannya sebagai penulis lirik. "Sebagai langkah permulaan saya akan muncul dengan single terlebih dahulu sebagai memenuhi permintaan peminat yang sering bertanya bila saya mahu kembali menyanyi dan lagu itu dijangka akan keluar dalam masa terdekat," jelasnya. Sementara itu, Zach berkata, sebagai seorang artis, dia mengakui masih belum puas dengan pencapaiannya sama ada dalam bidang lakonan dan nyanyian. Perkara itu telah menyebabkan dia tidak pernah berputus asa dalam mengejar matlamat yang telah diletakkan sejak mula-mula menceburi bidang seni. "Lebih 10 tahun saya berada dalam bidang seni namun masih banyak perkara yang belum saya capai dan itu membuatkan rasa jemu itu tidak pernah muncul," jelasnya. | |||||
Posted: 20 Feb 2013 06:34 PM PST
PROGRAM realiti televisyen pencarian bakat pengacaraan terbitan Astro, On Air telah berakhir enam bulan lalu dengan melahirkan pelapis dunia pengacaraan. Kini hasil tuaian program itu telah dilihat menghiasi beberapa rancangan televisyen Astro seperti Propaganza, Gala TV, Raikan Cinta dan Buletin Awani. Seperti yang dihajatkan oleh pelopor program realiti itu, Datuk Aznil Nawawi, dia melihat anak-anak didiknya sebagai pelapis legasi pengacara profesional tempatan suatu ketika dahulu seperti Normala Shamsuddin, Suhaimi Sulaiman termasuk dirinya sendiri. "Mereka masih menjalani kelas intensif selama enam bulan selepas tamat program On Air, merangkumi kelas vokal, lakonan dan pengacaraan selama dua jam sehari setiap Isnin hingga Khamis untuk melengkapkan diri sebagai personaliti televisyen. "On Air bukan rancangan glamor dan saya tidak mengharapkan hasilnya seperti satu letusan gunung berapi sebaliknya, rancangan ini sifatnya mendidik dan mencari potensi saja," katanya yang telah memilih 10 orang lulusan On Air untuk bernaung di bawah unit Pengurusan Bakat On Air. Aznil yang juga merangkap Naib Presiden dan Ketua Personaliti Astro menambah, dia akan terus memantau semua personaliti televisyen baharu Astro itu untuk memastikan kerja, imej, tatacara dan semua aspek berkaitan terpelihara. "Saya akan pantau mereka 24 jam selagi mereka menjadi personaliti televisyen. Pesan saya kepada mereka, kerja nombor satu, glamor akan datang kemudian. "Kadang-kadang saya meletakkan diri sebagai seorang komander tentera untuk tidak menghilangkan rasa hormat mereka dan kadang-kadang juga sebagai seorang bapa atau kawan tempat mereka berkongsi dan meluahkan masalah," jelas Aznil yang baru dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan baru-baru ini.
Merancang untuk memulakan program On Air musim kedua tidak lama lagi, kata Aznil dia bakal menggunakan pendekatan baharu yang lebih efisien. On Air yang mula disiarkan pada bulan Mei tahun lalu telah memilih 20 orang peserta dan menyaksikan Hafizul Kamal dinobatkan sebagai juara. Dalam pada itu, 10 orang personaliti baharu Astro yang turut dipilih daripada program itu adalah Hafizul Kamal, Dahlia Shazwan, Hefny Sahad, Syakirin Husna, Hans Yusoff, Malissa Sahari, Nurulhana Ismail, Hazeman Huzir, Hilal Azmi dan CK Faizal. Batu loncatan Hefny Menduduki tempat kedua rancangan On Air tidak mematahkan semangat anak jati Johor Bahru, Johor itu untuk terus belajar perkara baharu apatah lagi dia diserapkan ke program hiburan Propaganza. Kata Hefny atau nama sebenarnya Mohamed Hefny Sahad, 25, dia perlu banyak belajar terutama dunia hiburan memandangkan latar belakang kerjaya dan pendidikannya sebelum ini berbeza berbanding sekarang. "Saya langsung tiada pengalaman dalam dunia hiburan dan sebelum ini tidak berminat untuk tahu lebih lanjut pun berkenaan gosip artis dan cerita seumpamanya. Tapi setelah diserapkan menjadi wartawan penyiaran Propaganza, banyak yang telah saya belajar," ujar pelajar Teknologi Makmal Perubatan itu yang sebelum ini pernah menjadi penjual insurans.
Melihat On Air yang disertainya hasil galakan kawan-kawannya sebagai batu loncatan dalam kerjayanya, Hefny tidak memandang populariti sebagai asas untuk berjaya. "Sampai masanya orang akan kenal kita tapi biarlah atas usaha sendiri. Lagipun saya masih baharu dan banyak lagi pengalaman yang belum ditempuh dalam bidang pengacaraan ini," katanya yang akan muncul dalam sebuah drama berjudul Jodoh bersama Dazrin Kamarudin dan Scha Alyahya. Hana rindukan kerjaya guru Berbeza pula bagi Nurulhana Ismail atau mesra disapa Hana, 27, On Air membuka perspektif baharu dalam hidupnya terutama setelah diberi kepercayaan mengacarakan program perkahwinan, Raikan Cinta. "Konsistensi saya sepanjang bergelar pengacara tidak sempurna seperti peserta lain, ada turun naik terutama apabila berada dalam bilik berhawa dingin. Ketika itu tenaga saya akan turun mendadak dan sukar memberikan hasil terbaik. "Namun, saya sedang berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya. Sebelum ini saya mengendalikan Bisnes Alternatif untuk Astro Awani dan apabila diserapkan ke rancangan Raikan Cinta yang lebih santai, mood saya perlu ditukarkan secara total. "Saya membayangkan diri saya bersanding di depan orang ramai dan ketika itu perasaan berbunga-bunga itu datang," kata anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu. Bagaimanapun, Hana mengakui dia masih merindukan kerjaya guru yang sebelum ini pernah menjadi punca rezekinya. "Berjumpa ramai orang berbeza sekali gus mengubah landskap pemikiran saya dan suatu hari nanti saya teringin mempunyai sebuah rancangan bersifat biografi pemimpin. Namun, ada juga masa saya rindukan kerjaya sebagai seorang guru," kata pelajar lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL). Dahlia seperti dulu Tiada apa yang ingin disembunyikan anak kelahiran Kuala Lumpur, Dahlia Shazwan Mohd. Amin, 25, yang baginya berdepan kamera ibarat alah bisa tegal biasa. Katanya, latar belakang pendidikan dalam bidang komunikasi di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) sebelum ini mengajarnya untuk lebih berdikari dan pandai membawa diri.
"Jika ditanya dari sudut corak hidup rasanya tiada apa yang berubah melainkan kerjaya saja. Beginilah saya jika berada di belakang atau di depan kamera pun. "Pergaulan masih dari dahulu sampai sekarang dan saya selesa dengan situasi sekarang. Saya masih mempunyai privasi dan kebiasaan yang saya lakukan," ujarnya yang tidak terasa terkongkong dengan cara pengajaran Aznil. Melihat diri sebagai satu kelompok bertuah untuk berada di bawah jagaan Aznil, pengacara Gala TV Astro Awani itu bersedia untuk menerjah industri seni dan berdepan populariti suatu masa nanti. "Saya belum nampak populariti dalam diri saya buat masa sekarang, mungkin suatu hari nanti. Sejujurnya saya masih dalam proses belajar dan bersedia untuk terus menimba ilmu. "Sebagai anak didik Aznil, saya sangat bersyukur," katanya yang pernah bergandingan dengan Awal Ashaari mengacarakan acara karpet merah Anugerah Industri Muzik ke-19 tahun lalu. | |||||
Almy rimas dengan kontroversi Fizz Posted: 20 Feb 2013 06:33 PM PST NAMA pelakon Fizz Fairuz tidak dapat lari daripada dilanda kontroversi. Selepas isu putus cinta dan lamaran ditolak oleh bekas kekasihnya yang juga pelakon Almy Nadia, terbaharu, Fizz mengejutkan industri hiburan dengan isu putus tunang pula. Fizz yang telah bertunang senyap-senyap dengan wanita bernama Azlyn Massiela Mohd. Nazar di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang pada 10 Februari lepas telah memutuskan pertunangan hanya selepas seminggu bertunang. Semuanya berlaku selepas Fizz rasa tertipu selepas mengetahui tunangnya itu masih berstatus isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40-an. Disebabkan kontroversi terbaharu itu, Almy turut terkena tempiasnya apabila dia dihujani panggilan telefon berhubung isu putus tunang itu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Almy Nadia yang dihubungi semalam. Kosmo!: Apakah komen Almy berhubung isu putus tunang Fizz Fairuz? ALMY NADIA: Berdiam diri adalah jalan yang terbaik kerana saya sudah tiada ada kaitan dengan Fizz. Saya minta jasa baik semua memahami keadaan saya. Rasanya dalam dua atau tiga hari lagi Fizz akan muncul, ketika itu tanyalah apa sahaja kepada dia bukannya saya. Bagaimanakah anda tahu dia akan muncul beri kenyataan, adakah kalian masih berhubung?
Kami tidak berhubung lagi sejak putus. Disebabkan Fizz telah beri kenyataan pada sebuah akhbar, mahu tidak mahu dia akan muncul juga untuk membuat penjelasan. Saya yakin dia akan tampil untuk memberikan penjelasan sewajarnya. Fizz mendakwa dia terkena buatan orang. Andai dia ingin kembali kepada Almy semula, adakah anda bersedia memaafkan dia dan berbaik semula? Sejak kami putus cinta, saya tidak pernah jumpa atau berhubung dengan dia lagi. Antara kami sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa. Saya tidak pernah berdendam, apa yang telah terjadi saya tinggalkan di belakang. Sekarang saya hanya jalani hidup saya, begitu juga dengan dia. Nama Almy pasti akan diheret sama setiap kali Fizz muncul dengan kontroversi. Boleh komen? Saya sendiri tidak faham kenapa semua orang cari saya. Pada hari pertama dia bertunang, media cari saya. Begitu juga ketika dia putus tunang kerana dia tidak dapat dihubungi dan menghilangkan diri. Apakah anda rimas dengan keadaan itu? Jujurnya siapa yang tidak rimas tetapi itu mula-mula dahulu. Sekarang saya sudah boleh menerima keadaan ini kerana sudah kerja saya sebagai artis. Mahu tidak mahu, saya tetap kena hadapi juga perkara seperti ini.
Mungkinkah anda ada kata-kata akhir buat Fizz? Masa dia bertunang dahulu, ada media hubungi saya, saya ucapkan tahniah kepadanya menerusi media tersebut. Bagaimanapun, bila dia putus tunang, saya cuma harapkan dia sihat dan tampil ke hadapan beri penjelasan kerana itu yang terbaik untuk semua orang hentikan segala speklulasi. Saya juga doakan yang terbaik untuknya dalam menghadapi ujian ini. Selepas Fizz, adakah anda sudah menemui cinta baharu? Belum lagi kerana saya sedang fokus dengan kerja dan menguruskan anak angkat. Rasanya dua perkara itu lebih penting daripada perkara lain. Apakah perkembangan terbaharu kerjaya anda? Saya baru selesai penggambaran drama 13 episod untuk siaran RTM berjudul Cermin Kasih Amirah. Selain itu, sekarang saya sedang sibuk membuat perancangan perniagaan berkaitan dengan makanan. Doakan agar bisnes saya berjalan lancar dan maju. | |||||
Chae-young mohon UEE jangan kurus Posted: 20 Feb 2013 06:32 PM PST DALAM program Entertainment Relay baru-baru ini, aktres yang terkenal dengan kejelitaannya, Han Chae-young mendedahkan, dia telah menyarankan supaya penyanyi dan pelakon UEE dari kumpulan After School agar tidak berdiet. Aktres itu memberitahu perkara tersebut dalam segmen Guerilla Date program hiburan tersebut. Dia juga menunjukkan mesej yang ditulisnya kepada UEE.
Topik berkenaan dibincangkan apabila Chae-young yang dikenali sebagai 'Barbie Doll Korea Selatan' itu telah dibandingkan dengan UEE oleh pengacara segmen itu. Kata Chae-young: "Bentuk tubuh UEE lebih cantik daripada saya. Sebelum ini saya pernah menghantar mesej kepadanya meminta agar dia tidak menurunkan berat badannya. "Saya rasa daripada mempunyai tubuh badan yang terlalu kurus, lebih baik tampil dengan tubuh badan semula jadi. Saya nasihatkan dia untuk makan seperti biasa dan kekalkan berat badannya seperti sekarang," ujarnya. | |||||
'Si Tanggang' sepak ibu dijel 24 bulan Posted: 20 Feb 2013 06:31 PM PST
KOTA BHARU - Perbuatan biadab dan kurang ajar seorang penganggur yang tergamak menyepak, menumbuk kepala serta mengugut hendak menikam ibu kandungnya berbalas apabila dia dipenjara 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Muhamad Hafiz Mohd. Noor memerintahkan Mohd. Syaridan Awang Ahmad, 27, menjalani hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengugut dengan menggunakan sebilah pisau dan gunting selepas ibunya, Che Saniyah Che Soh, 56, enggan memberinya wang. Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Kedai Buloh Badang di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 13 Januari lalu. | |||||
Perniagaan dalam talian dipantau Posted: 20 Feb 2013 06:23 PM PST
PUTRAJAYA – Semua perniagaan dan perkhidmatan dalam talian diwajibkan mematuhi Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan menjaga kepentingan pelanggan dan mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan urus niaga secara elektronik. Jelasnya, peraturan tersebut mewajibkan peniaga menyediakan maklumat seperti nama, nombor pendaftaran perniagaan, nombor telefon, alamat, e-mel dan ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan kepada pelanggan. "Kerajaan juga tidak benarkan sebarang kos tersembunyi, jadi peniaga perlu meletakkan harga penuh barangan atau perkhidmatan termasuk kos sampingan. "Selain itu, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran pesanan pelanggan harus dinyatakan dengan jelas," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | |||||
Jeslina tidak dicerai kerana datang bulan Posted: 20 Feb 2013 06:21 PM PST
KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi Jeslina Hashim yang menyepikan diri daripada dunia hiburan selepas berkahwin dengan warga New Zealand lapan tahun lalu tiba-tiba muncul dengan isu keretakan rumah tangganya. Bagaimanapun, proses perceraian Jeslina, 35, dengan Dion Andrew Vercoe, 40, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam terbantut selepas pelakon filem Seri Dewi Malam itu memberitahu sedang didatangi haid (tidak suci). Terdahulu, peguam syarie Muhammad Hafiz Ab. Rashid, mewakili Dion selaku plaintif memaklumkan bahawa anak guamnya sudah memfailkan perceraian secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. "Kami memfailkan beberapa permohonan di Mahkamah Tinggi. Saya ada melampirkan perjanjian berhubung perkara-perkara selepas perceraian yang dipersetujui kedua-dua belah pihak. "Antaranya meliputi terma-terma hak penjagaan anak dan tuntutan nafkah mutaah lebih RM150,000," katanya yang turut memohon supaya isu perceraian dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk diselesaikan. | |||||
Dua pelesit rempit kekal dijel Posted: 20 Feb 2013 06:20 PM PST IPOH – Hasrat dua pelesit rempit untuk mengetepikan hukuman penjara 26 bulan yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan di sini setahun lalu kerana kesalahan menunggang motosikal sambil mengangkat tayar depan dan melakukan aksi ala superman tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalkan hukuman tersebut. Berikutan keputusan Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani itu, Lee Chee Fook, 24, dan L. Davandr, 22, diperintahkan menjalani hukuman penjara di Penjara Tapah selain masing-masing membayar denda RM6,000 berkuat kuasa semalam. Kedua-dua tertuduh membayar denda itu. Sebelum ini, dua pekerja swasta itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada 22 Februari tahun lalu menjatuhkan hukuman tersebut. Ketika keputusan itu dibacakan Zainal Adzam, Chee Fook dilihat menangis manakala Davandr kelihatan tenang. Kedua-dua tertuduh ditahan ketika mereka melakukan kesalahan itu pada pukul 1.40 pagi, 21 November 2010 di Kilometer 3, Jalan Changkat Jong berhadapan Hospital Teluk Intan. | |||||
Posted: 20 Feb 2013 06:20 PM PST PETALING JAYA – Tiga perompak bersenjatakan alat renjatan elektrik mengambil kesempatan melarikan RM2.2 juta daripada sebuah van keselamatan ketika tiga pengawal keselamatan syarikat itu singgah di sebuah medan selera semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian pada pukul 10 pagi di hadapan sebuah medan selera di Jalan 51A/227 menghala ke Jalan 222 di sini itu berlaku ketika van itu dalam perjalanan untuk menghantar wang ke sebuah bank di ibu negara. "Di pertengahan jalan, mereka telah singgah di sebuah medan selera. Dua pengawal kemudian pergi membeli makanan manakala pemandu van tersebut menunggu di luar kenderaan itu. "Tidak lama kemudian, tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan alat renjatan elektrik menyerang dan menumbuk muka pemandu van berkenaan sebelum mereka merampas beberapa karung wang di dalam van lalu melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard berwarna putih," katanya sambil memberitahu mangsa cedera ringan. | |||||
Bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin runtuh lagi Posted: 20 Feb 2013 06:19 PM PST KUALA TERENGGANU - Kerancakan kerja-kerja membaik pulih bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin di Gong Badak dekat sini yang runtuh pada 2 Jun 2009 dicemari insiden berdarah selepas tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan apabila struktur sebahagian lagi bumbung itu turut menyembah bumi semalam. Kejadian pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika ketiga-tiga mereka sedang melakukan kerja-kerja menanggalkan struktur bumbung bersama lapan lagi rakan. Kerja-kerja itu sudah 60 peratus siap sejak ia dimulakan tiga bulan lalu. Pekerja yang parah ialah Safian Abdul Manaf, 21, patah kaki dan paha kanan, Md. Nazirulnizam Marzuki, 25, cedera pada lutut kanan manakala Mohd. Saidi Ismail, 21, pula cedera di pinggang. Kesemua mangsa merupakan lelaki tempatan. Sementara itu, Mohd. Shukri Jusoh, 31, dan Wan Mohammad Fajrul Azmee, 26, pula cedera ringan. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Mohd. Jamil memberitahu, pihaknya menganggarkan 137 meter iaitu kira-kira dua pertiga daripada struktur asal bumbung telah runtuh dalam kejadian itu. "Kami menyiasat mengenai kecederaan pekerja manakala siasatan mengenai aspek teknikal diserahkan kepada pihak Jabatan Kerja Raya. Kerja-kerja baik pulih diarah dihentikan sehingga siasatan selesai," katanya. | |||||
Persembahan World Drums memukau Posted: 20 Feb 2013 06:18 PM PST LUMUT - Persembahan sulung Royal Belum World Drums Festival 2013 di Aeon Seri Manjung, Manjung di sini semalam berjaya memukau lebih 1,500 pengunjung pusat membeli-belah berkenaan. Lima pasukan termasuk wakil negara, Aswara Percussion Ensemble (APE) mempamerkan aksi bertenaga dan membuatkan penonton tidak berganjak daripada tempat duduk masing-masing. Seramai 11 anak muda yang merupakan penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) memulakan persembahan dengan gaya bersahaja sepanjang lebih 15 minit beraksi. Empat kumpulan dram antarabangsa lain yang turut membuat persembahan di Aeon Seri Manjung ialah Pancasura STSI Bandung (Indonesia), Natiq Rhythm Group (Azerbaijan), Harubee (Maldives) dan Nakhonsawan Rajabhat University and Absolutely Thai (Thailand). Bagi peminat khususnya penduduk tempatan, kelibat Natiq Rhythm Group sememangnya dinantikan memandangkan kumpulan berkenaan pernah mengadakan persembahan yang sama di sini pada edisi 2012 lalu. | |||||
12 peserta mara ke separuh akhir Posted: 20 Feb 2013 06:17 PM PST PUTRAJAYA - Seramai 12 peserta Kategori Antarabangsa bakal berentap pada peringkat separuh akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2013 hari ini bagi merebut tempat ke saingan akhir Piala Perdana Menteri yang dijadual esok. Mereka merupakan sebahagian daripada 26 peserta yang bertanding pada peringkat suku akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam. Peserta yang berjaya ke separuh akhir ialah Elena Melnikova dari Rusia, Courtney Saville (Australia), Miriam Balzano (Itali), Abdul Hamid Abdul Wahab (Ghana), Yang Tae-joong (Korea Selatan) dan Karen Takahashi (Jepun). Turut layak Zhang Yaqi dari China, Abdul Matin Mohammad Azeem (Afghanistan), Abdel Rahman Ibrahim Sulieman (Jordan), Derrick Fernando Jaramillo (Panama), Sara White (Amerika Syarikat) dan Daniel Krausse (Jerman). Sementara itu, bagi kategori Nusantara, seramai lima peserta mara ke peringkat separuh akhir setelah mengetepikan lima lagi peserta pada peringkat saringan yang berlangsung semalam. Mereka ialah dua peserta Malaysia, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli dan Muhammad Hamizi Shaharuddin serta dua peserta Indonesia, Ahmad Mulyadi dan Muhammad Zulfadhli Razali selain peserta Brunei, Adi Aismat Lamat | |||||
Askar AS minum darah ular tedung Posted: 20 Feb 2013 06:16 PM PST BANGKOK - Sejumlah anggota marin Amerika Syarikat (AS) meminum darah ular tedung dalam latihan ikhtiar hidup di sebuah pangkalan tentera laut di Sattahip, wilayah Chonburi, dekat Pattaya, selatan Thailand semalam. Mereka juga diajar cara untuk membunuh ayam dengan menggunakan gigi semasa menggigit leher haiwan tersebut. Askar-askar AS itu juga belajar cara untuk menangkap ular tedung. Latihan yang dikenali sebagai Cobra Gold itu turut disertai oleh askar-askar Thailand, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. | |||||
Kapal mewah Abramovich berlabuh di New York Posted: 20 Feb 2013 06:13 PM PST NEW YORK - Sebuah kapal mewah kepunyaan pemilik kelab bola sepak Chelsea di England, Roman Abramovich dari Rusia kelihatan berlabuh di sebuah pelabuhan di bandar raya New York kelmarin. Pada minggu lalu, kapal berkenaan berlabuh dekat Manhattan di negeri New York. Kapal mewah itu merupakan yang terbesar di dunia dengan panjangnya ialah 162.45 meter. Ia berlabuh di dermaga 90 yang dikendalikan oleh pihak New York Cruise. Kapal tersebut mempunyai dua buah kolam renang, dua buah tempat pendaratan helikopter dan sebuah kapal selam mini. Sistem pertahanan peluru berpandu, tingkap kalis peluru di bilik suite Abramovich juga terdapat pada kapal tersebut yang bernama Eclipse. Terdapat 24 buah kabin untuk tetamu dan kapal tersebut mempunyai 70 kru. Kapal tersebut dibina oleh syarikat pembuat kapal, Blohm + Voss di Jerman. Ia diserahkan kepada Abramovich pada Disember 2010 dengan harga hampir AS$1.5 bilion (RM4.64 bilion). Kapal tersebut berada di Pelabuhan St. George di Bermuda pada 29 Januari lalu. Ia tiba di New York pada 13 Februari lalu. | |||||
Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup Posted: 20 Feb 2013 06:11 PM PST SEVASTOPOL, Ukraine - Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu. Bagaimanapun, dia menggunting rambut dengan kedua-dua matanya ditutup dengan kain penutup mata berwarna gelap. Maksyuk membuat kerja-kerja itu dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke salunnya. | |||||
Pusat kawalan penentang Syria diserang di Damsyik Posted: 20 Feb 2013 06:11 PM PST DAMSYIK - Sebuah peluru berpandu mengenai pusat kawalan pihak penentang rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad dekat sini semalam dengan menyebabkan ketuanya cedera, kata beberapa aktivis. Mereka berkata, serangan peluru berpandu itu mengenai kumpulan penentang Briged Liwa Al-Islam sekali gus menjejaskan usaha untuk menjatuhkan rejim Bashar. Briged tersebut mengetuai serangan di sini sejak tiga minggu lalu. Serangan tersebut membolehkan pihak penentang bertapak di ibu kota Syria tersebut. Seorang jurucakap penentang memberitahu, pengasas briged berkenaan, Sheikh Zahran Alloush telah cedera tetapi enggan memberikan butiran lanjut. "Kami tidak dapat mendedahkan keadaan Sheikh Zahran," kata jurucakap berkenaan, Islam Alloush yang juga sepupunya. Dalam pada itu, beberapa aktivis dan media pemerintah Syria melaporkan sebutir bom mortar mengenai Stadium Tishreen di pusat bandar raya ini dengan menyebabkan seorang pemain kelab bola sepak tempatan, Al-Wathba terbunuh. Sementara itu, sebuah jet tentera Syria membedil sebuah kawasan perumahan al-Myassar, Aleppo semalam. Dalam kejadian itu, sebuah keluarga terpaksa diselamatkan oleh beberapa penduduk selepas bangunan kediaman mereka musnah. Penentangan antara penduduk tempatan terhadap tentera Bashar bermula sejak Mac 2011. Para penentang itu mahu menggulingkan Bashar yang dianggap gagal membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara. | |||||
Posted: 20 Feb 2013 06:09 PM PST
SEKIRANYA masih hidup, arwah Tan Sri P. Ramlee yang lahir pada 22 Mac 1929 kini sepatutnya sudah berusia 84 tahun - empat tahun lebih muda daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 88, yang masih kelihatan kacak dan sihat. Andai juga seniman agung itu masih hidup, sudah tentu Kosmo! berusaha bertemu dan menemu bual serta mendengar sendiri daripada mulutnya tentang kisah hidup dan bagaimana karya-karya hebatnya dihasilkan. Hakikatnya, itu hanyalah harapan dan impian yang tidak akan kesampaian kerana pada hakikatnya beliau sudah lama meninggal dunia iaitu sejak 29 Mei, 1973. P. Ramlee akan terus hidup dalam jiwa kita dan mereka yang tidak pernah kenal mahupun yang lahir selepas kematiannya juga boleh menjadi peminatnya menerusi filem-filem lakonannya. Sememangnya, P. Ramlee meninggalkan legasi seni yang tidak akan padam dan terus diperkatakan sampai bila-bila. Pujian terhadap karya P. Ramlee itu bukan sekadar retorik sebaliknya beliau adalah insan genius anugerah Allah dalam bidang seni dan budaya kepada rakyat Malaysia. Kehebatan dan karya-karya P. Ramlee akan sentiasa ditonton dan diperkatakan tanpa rasa jemu apatah lagi membuatkan penonton kering gusi menontonnya. Begitu juga dialog dan telatahnya dalam filem juga sering diajuk dan ditiru oleh peminatnya. Sehingga kini, filem-filemnya seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Labu Labi, Ibu Mertuaku, Do Re Mi, Anak Bapak, Tiga Abdul dan banyak lagi masih ditayang di kaca TV. Biarpun sudah 40 tahun P. Ramlee meninggal dunia, generasi baharu termasuk dalam kalangan kanak-kanak kecil mengenali P Ramlee. Mereka hanya mengenali fizikal serta gelagat P. Ramlee menerusi lakonan tetapi mungkin tidak mengetahui akan kisah hidup dan pemikiran seniman agung tersebut. Justeru, menerusi teman-teman seangkatan dengannya sahaja kisah hidup penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah dan penerbit filem yang tiada penggantinya itu dikupas buat bacaan para peminatnya. Dia seorang pemikir dan pemerhati - Sarimah Mengenalinya sebagai teman lakonan dan juga pengarah, menurut Datuk Sarimah Ahmad, 71, P. Ramlee adalah seorang yang ikhlas dalam bekerja dan melakukan sesuatu kerja bukan kerana duit tetapi kerana cintanya yang begitu kuat terhadap seni. "Dia ada banyak kelebihan yang Allah berikan dan paling penting, dia buat sesuatu benda seperti filem atau lagu kerana perasaan cintanya terhadap seni. "Dia ikhlas menghasilkan karya bukan semata-mata untuk mendapatkan duit, disebabkan itu karyanya bermutu dan kekal sehingga kini," jelas Sarimah mengenai rahsia di sebalik ingatan yang tidak pernah padam terhadap karya-karya ciptaan P. Ramlee. Mengulas lanjut, kata Sarimah, P. Ramlee adalah seorang pemikir dan pemerhati, malah seorang yang berfikiran melangkaui masa depan. Kata Sarimah, karya-karya P. Ramlee juga meliputi kisah benar yang berlaku terhadap masyarakat. "Dia banyak bergaul dan banyak melakukan kajian. Dia hasilkan filem melalui kisah masyarakat yang berlaku di sekelilingnya," ujarnya yang memberitahu, P. Ramlee juga pandai mengambil hati penonton melalui karya-karyanya. Memberi beberapa contoh, Sarimah memberitahu, filem-filem P. Ramlee juga banyak diselitkan dengan mesej-mesej berguna. Antara filem yang terselit mesej bagi Sarimah adalah Anakku Sazali. Katanya, filem yang menyaksikan P. Ramlee membawakan dua watak iaitu bapa dan anak derhaka itu mempunyai banyak mesej dan pengajaran. Begitu juga filem Antara Dua Darjat yang membawa mesej manusia dari dahulu sememangnya mementingkan darjat sedangkan budi bahasa sepatutnya diberi keutamaan dulu. "Semua filem-filem P. Ramlee dibuat ada mesej, bukan kosong. Dia juga bijak menggunakan dialog-dialog yang menarik sehingga menbuatkan orang ingat sehingga kini. "Contoh dialog filem yang masih orang cakap kepada saya sampai sekarang adalah yang terdapat dalam filem Tiga Abdul," jelasnya. Menurut Sarimah, P. Ramlee juga seorang pengarah yang lain daripada lain. "Dia seorang pengarah yang serius. Dia tidak suka pada pelakon yang tidak buat homework sebelum memulakan penggambaran," ujarnya. Begitupun, dedah pelakon filem Madu Tiga itu, di luar bidang pengarahannya, P. Ramlee merupakan seorang teman yang sangat merendah diri dan suka berjenaka. Ujar Sarimah, P. Ramlee juga tidak pernah merendah-rendahkan orang lain. "Jika ada pelakon yang lupa dialog berkali-kali dia tidak pernah memaki hamun pelakon tersebut, sebaliknya dia akan hentikan penggambaran dan menyambungnya pada keesokan harinya," jata Sarimah yang mengakui pernah menangis kerana usikan P. Ramlee. Sarimah mendedahkan lagi, P. Ramlee merupakan seorang yang suka mengusik tetapi usikannya terkandung kata-kata nasihat. Sarimah turut bercerita tentang pengalaman dirinya sendiri bersama P. Ramlee ketika mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. "Ketika mula berlakon pada usia 17 tahun saya masih lagi tidak pandai bergaya. Ketika itulah, P. Ramlee sering menggelarkan saya sebagai 'Sarimah Kayu' berdasarkan penampilan saya ini.
"Saya pula terasa hati dan menangis. S. Sudarmaji yang banyak memujuk dan memberitahu saya, sebenarnya usikan P. Ramlee itu untuk memberi kesedaran agar mengubah penampilan saya itu," ceritanya. P. Ramlee tidak tamak - Aziz Satar Menurut Datuk Aziz Satar, 88, pula, semasa zaman kegemilangan P. Ramlee, dia pernah menasihati sahabatnya itu agar mengambil peluang untuk membuat duit lebih banyak. Namun, P. Ramlee memberikan jawapan yang tersendiri. "Dia (P. Ramlee) cakap, 'Seni bukan untuk duit tetapi untuk masyarakat'," ujar Aziz mengenai kata-kata P. Ramlee yang diulang semula kepada dirinya sebelum seniman agung itu meninggal dunia. Mengulas lanjut, kata Aziz, walaupun P. Ramlee mendapat bayaran sedikit hasil lakonan atau arahannya, dia tidak mempedulikannya kerana apa yang penting baginya, karya yang terhasil adalah bermutu. Tambah Aziz, sifat diri P. Ramlee yang tidak ingin menjadi bagus seorang diri juga menjadikan dia istimewa dan lain daripada lain. "P. Ramlee kalau berlakon atau mengarah dia tidak mahu bagus seorang diri. Sebaliknya, dia mahu semua orang bagus. Walaupun ada sebilangan pelakon pada masa dulu yang sukar menghafal dialog tetapi P. Ramlee sanggup menunggu dan mendidik sehingga pelakon tersebut menjadi bagus. P. Ramlee juga tidak mengajar setiap pelakonnya separuh jalan tetapi memberi tunjuk ajar secara menyeluruh. "Disebabkan itu, pelakon-pelakon dahulu bagus daripada segi mutu lakonan," jelasnya ketika dihubungi Kosmo!. Mengulas mengenai karya P. Ramlee, kata Aziz, P. Ramlee adalah seorang yang sangat teliti dalam menghasilkan karya. Ujar Aziz, P. Ramlee akan menjaga daripada segala aspek sama ada dari segi skrip, jalan cerita termasuklah pakaian setiap pelakonnya. Ujarnya, P. Ramlee juga boleh berfikir sehingga ke 40 tahun akan datang melangkaui zamannya. "P. Ramlee menghasilkan karya yang tidak ditelan zaman. Walaupun sudah 40 atau 50 tahun, nilai karyanya masih dihargai. Buktinya, adalah menerusi filem-filem dan lagu-lagu ciptaannya yang masih ditonton dan didengar tanpa rasa jemu sehingga kini." "Dia menghasilkan karya yang dekat dengan masyarakat. Benda yang berlaku dan diamalkan oleh masyarakat sehingga kini diselitkan dalam karyanya. "Ceritanya juga mengandungi macam-macam. Hiburan ada. Sindiran ada. Mesej ada. Semuanya ada. Dengan segala ramuan tersebut filem-filemnya bermutu dan menarik," jelas Aziz. Tegas Aziz: "Jika generasi sekarang mahu menghasilkan karya bermutu seperti P. Ramlee, contohilah cara kerjanya. Dia begitu teliti dan mengambil kira semua aspek dalam menghasilkan karya." Bercerita mengenai pengalaman dirinya bekerja dengan P. Ramlee, akui Aziz, hanya kenangan manis yang terpahat dalam memori dirinya. "P. Ramlee merupakan seorang teman yang sangat merendah diri. Saya banyak belajar cara-cara mengarah, menyanyi dan menulis skrip daripada dia. Tetapi kalau dari segi membuat pertunjukan di pentas, dia hormat pada saya. "Sebabnya, saya lebih berpengalaman daripada dia. Kalau saya suruh dia buat apa sahaja, dia akan ikut, "jelasnya yang ketika dahulu mengadakan pertunjukan pentas di merata negeri bersama P. Ramlee, Saloma dan Norizan. Tidak sempat kenali P. Ramlee - Najua Tidak lengkap kalau tidak menemu bual individu yang mempunyai perkaitan darah dengan P. Ramlee. Cucu P. Ramlee, Najua Mohd. Nasir, 27, dikatakan antara yang paling mirip dengan seniman agung itu. Menurut Najua, walaupun dia tidak sempat mengenali P. Ramlee semasa hayatnya dan juga tidak pernah diberi apa-apa pendedahan mengenai datuknya itu oleh bapanya, Nasir P. Ramlee, dia bersyukur kerana mengenali karya-karya seniman agung itu. Ujarnya, melalui karya-karya P. Ramlee itu dia dapat mengetahui bahawa datuknya adalah seorang pengkarya yang sangat hebat. "Saya tidak diberi apa-apa pendedahan mengenai P. Ramlee oleh bapa saya tetapi kawan-kawannya seperti Datuk Aziz (Satar) dan nenek Mariani (Ismail) banyak bercerita tentang dia (P. Ramlee) kepada saya. Daripada situ, saya mengenalinya. "Saya juga bersyukur kerana berpeluang melihat karya-karyanya. Bagi saya, karya-karya yang dihasilkan dia sangat hebat," ujarnya. Jelasnya, filem-filem P. Ramlee juga banyak dihasilkan berkisar kisah hidupnya dan juga masyarakat di sekelilingnya. Itu menyebabkan karya-karyanya hebat dan masih diterima sehingga kini. Kata Najua lagi, lagu-lagu ciptaan P. Ramlee juga tidak hanya menjurus kepada cinta semata-mata sebaliknya menjurus tentang seluruh aspek. | |||||
Posted: 20 Feb 2013 06:09 PM PST
SIAPA yang tidak mengenali Tan Sri P. Ramlee. Beliau digelar seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem. Latar belakang Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Beliau dilahirkan di rumah neneknya di Pulau Pinang. P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya di Francis Light School. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua, P. Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School. P. Ramlee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Perkahwinan P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Junaidah Daeng Harris (1950), Noorizan Mohd. Noor (1955) dan Salmah Ismail atau Saloma (1961). Beliau hanya dikurniakan dua orang anak melalui hasil perkahwinannya bersama Junaidah iaitu Mohd. Nasir dan Arfan. P. Ramlee juga mempunyai anak tiri iaitu Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak Noorizan) dan Armali (anak Saloma dan A.R.Tompel). Bukan itu sahaja, P. Ramlee juga mempunyai anak angkat iaitu Sazali, Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan Dian. Filem dan lagu P. Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem. Bermula dengan filem pertama Chinta (1948) sehinggalah filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi (1972). Dalam dunia seni suara pula, P. Ramlee telah mendendangkan sebanyak 359 buah lagu termasuklah hit seperti Dendang Perantau, Azizah, Bunyi Gitar, Getaran Jiwa dan Madu Tiga.
Penghargaan Bagi mengenang jasa dan sumbangannya terhadap negara, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu, rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur telah diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P. Ramlee pada tahun 1986. Nama P. Ramlee turut diabadikan pada sebatang jalan di tengah ibu kota Kuala lumpur iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran Doktor. Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee. | |||||
Posted: 20 Feb 2013 06:08 PM PST KIRA-KIRA 40 hingga 60 juta kilogram tayar pelbagai saiz dilonggokkan di sebuah bandar yang terletak 80 kilometer dari selatan Madrid, Sepanyol. Kawasan lapang di bandar Sesena itu menjadi pusat buangan tayar kereta dan trak yang sebahagiannya masih dalam keadaan baik. "Ia amat menyakitkan mata dan memusnahkan keindahan alam sekitar. Kekotorannya dapat dilihat dengan jelas dari lebuh raya menghala ke Andalusia," ujar aktivis, Vicente Garcia de Paredes, yang berkhidmat untuk sebuah kumpulan pejuang alam sekitar di Sepanyol, Ecologists in Action. Menurut Datuk Bandar Sesena, Carlos Velazquez, timbunan tayar itu mula terjadi pada tahun 1990-an ketika sebuah syarikat menggunakan lokasi tersebut sebagai tapak longgokan sementara tayar sebelum dikitar semula. Bagaimanapun, jumlah tayar kemudiannya meningkat dari tahun ke tahun. Berjuta-juta tayar terkumpul di kawasan berkeluasan 10 hektar itu yang kini menjadi kediaman arnab liar. Kawasan itu juga masih diselia pengawal keselamatan. Golongan pencinta alam sekitar memberi amaran bahawa penyakit yang dibawa nyamuk mungkin tersebar ekoran air bertakung yang terbentuk di dalam ruang kosong tayar-tayar tersebut.
Penduduk bandar Sesena juga bimbang terhadap kemungkinan timbunan barangan getah itu untuk terbakar. Kata Velazquez: "Tayar yang dibuang ke sini akan kekal dan tiada satupun tayar dibawa keluar. Sekiranya ia terbakar, memang sukar untuk memadamkannya. "Barang buangan itu terkumpul sedikit demi sedikit. Syarikat yang bertanggungjawab itu pula tidak memiliki lesen meninggalkan tayar-tayar tersebut tetapi inilah kenyataannya." Abai pengurusan Selepas tapak buangan itu diharamkan pada tahun 2003, syarikat yang menyelia operasi buangan itu telah diheret ke mahkamah dan terus mengabaikan pengurusannya. Pada tahun 2010, hakim memutuskan bahawa tayar-tayar tersebut adalah bahan buangan terbiar dan tugas membersihkannya terletak pada bahu majlis perbandaran. "Kawasan tersebut hanya terletak 500 meter dari bandar yang mempunyai penduduk seramai 10,000 orang. Lebih menakutkan apabila mengetahui bahan buangan itu mudah terbakar," tutur Vicente Garcia. Garcia turut menunjukkan sebuah kawasan perumahan yang terletak di pinggir bandar. Jelasnya, pihak pemaju telah membina perumahan itu ketika industri pembangunan Sepanyol sedang berkembang pada penghujung tahun 1990-an. Ia bertujuan menarik ribuan orang bagi membeli rumah di situ. Namun hari ini, Sesena seperti bandar hantu yang melambangkan kejatuhan ekonomi Sepanyol bermula tahun 2008. Seperti yang diberitahu Velazquez, dewan perbandaran telah menandatangani perjanjian bersama sebuah syarikat berpangkalan di Senegal yang akan melakukan kerja-kerja pembersihan tayar selama tiga tahun. Syarikat tersebut akan menggunakan mesin bagi memecahkan tayar-tayar itu sebelum pecahan-pecahan kecilnya dihantar ke pusat kitar semula. Tayar terpakai itu berkemungkinan dijadikan bahan pembinaan untuk jalan raya, trek sukan dan taman permainan kanak-kanak. | |||||
Alumni untuk penerima Biasiswa Chevening Posted: 20 Feb 2013 06:07 PM PST
SHAZWAN MUSTAFA KAMAL, 26, sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana dalam bidang Diversity and The Media di Universiti Westminster, Harrow, London, United Kingdom (UK). Dia sudah pun berada di situ selama tiga bulan setengah. Kejadian rusuhan di London baru-baru ini diakui telah menyebabkan banyak harta awam rosak dan keselamatan ramai tergugat. "Ia merupakan masalah sosioekonomi masyarakat UK, tetapi sebagai pelajar di sini, saya tidak merasakan keselamatan saya terancam," katanya ketika dihubungi melalui e-mel. Namun, Shazwan mengakui dia perlu sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang mempunyai kadar jenayah tinggi terutamanya pada waktu malam. Tambahnya: "Keadaannya sama juga seperti di Malaysia." Bercerita mengenai bidang yang dipelajarinya sekarang, media boleh menjadi alat positif untuk setiap lapisan masyarakat dan skop pembelajarannya memberi fokus terhadap peranan media dalam memupuk kefahaman dalam kalangan masyarakat yang berbilang keturunan serta agama. "Bidang ini amat sesuai dengan saya," katanya ringkas sambil menambah, dia pernah bekerja sebagai wartawan selama tiga tahun sebelum ini. Sepanjang di sana, dia menerima Biasiswa Chevening yang merupakan program meliputi seluruh dunia oleh kerajaan UK dan dibiayai Pejabat Pejabat Luar Negara dan Komanwel (FCO) serta organisasi-organisasi lain. Program tersebut dimulakan pada tahun 1983 dan terus berkembang menjadi skim antarabangsa yang berprestij. Setakat ini, lebih 41,000 orang alumni Chevening di seluruh dunia dari lebih 100 buah negara. Mereka tanpa mengira umur menjadi satu rangkaian yang sering bekerjasama daripada pelbagai peringkat pengajian seperti perubahan iklim, pembangunan mapan, kewangan Islam dan banyak lagi. Alumni Chevening sangat dihormati pada tahap global. Saringan ketat Permohonan setiap tahun sangat ketat terutamanya pada peringkat temu duga bagi melihat tahap kesungguhan pemohon. Pengarah Perbankan Pelaburan, Ecmlibra Investment Bank, Sharifah Bakar Ali, 38, dari Kuala Lumpur masih jelas mengingati kepayahan memohon biasiswa itu. Sharifah memohon biasiswa Chevening sebanyak dua kali sebelum dianugerahkan biasiswa tersebut. Akuinya, permohonan kali pertama tidak berjaya kerana dia kurang persediaan pada peringkat permohonan. Sharifah menamatkan pengajian pada peringkat sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak pada tahun 1998. Selepas tamat pengajian, Sharifah bekerja di Arthur Andersen & Co (Ernst & Young) dalam bidang percukaian. Kali pertama Sharifah memohon biasiswa Chevening adalah pada tahun 2002. Selepas permohonan itu ditolak, dia menukar kerjaya daripada bidang percukaian ke perbankan pelaburan. Sharifah juga membuat keputusan untuk berpindah ke Bahrain pada tahun 2006 selama dua tahun untuk memperoleh pengalaman bekerja di sana. Sebaik pulang ke tanah air, Sharifah membuat keputusan untuk memohon biasiswa itu sekali lagi pada tahun 2010. "Pengalaman dan pendedahan yang ditimba ketika bekerja di Malaysia serta luar negara termasuk mendalami budaya asing dapat membentuk personaliti. "Saya berpendapat, pengalaman kerja itu menjadikan saya lebih bersedia sekali gus mempunyai misi yang lebih mantap untuk cuba memohon buat kali kedua," kata Sharifah yang ditemui di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur. Wanita yang gemar membaca terutamanya majalah Economist itu melanjutkan pelajaran di Universiti Cambridge dan memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Sebagai pelajar yang memegang biasiswa Chevening, prestasi sepanjang proses pembelajaran sentiasa dipantau. Semasa di Cambridge, Sharifah giat mendedahkan rakan-rakan sekelas kepada prinsip-prinsip perbankan Islam iaitu bidang yang sangat diminatinya. Sharifah yakin bidang tersebut mempunyai masa depan yang cerah terutamanya di Malaysia melalui usaha-usaha kerajaan memperkembangkan dan membangunkan lapangan itu. Pada Mei 2010, dia telah menganjurkan Persidangan Perbankan Islamik pertama di Universiti Cambridge yang mendapat sambutan menggalakkan daripada bank-bank Islam di UK. Persidangan itu ditaja sepenuhnya oleh KFH Research Ltd. yang beribu pejabat di Malaysia. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut menyokong persidangan tersebut dan telah menghantar seorang pakar yang bertindak sebagai ahli panel forum. Sharifah juga merupakan Setiausaha Kehormat Chevening Alumni of Malaysia iaitu persatuan alumni yang sangat aktif menganjurkan aktiviti bagi ahlinya seperti forum-forum awam dan sesi ramah mesra sesama ahli. Terdapat lebih kurang 1,250 orang ahli Alumni Chevening di Malaysia dan setiap aktiviti yang diadakan bertemakan Pembangunan Negara. Forum-forum yang setakat ini pernah diadakan menyentuh topik-topik ekonomi, kewangan, sosial, iklim, hak asasi dan sebagainya. "Setiap ahli alumni merupakan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing menjadikan peluang untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tidak terbatas," ujar Sharifah lagi. Masih berhubung Seorang lagi alumni Chevening, Jayaprakash Murulitharan, 31, yang kini menetap di Puchong, Selangor baru sahaja menamatkan pelajaran peringkat sarjana pada hujung September 2012 lalu. Dia menamatkan pelajaran dalam Pengajian Persekitaran dan Kelestarian di Universiti Strathclyde, Glosgow, UK. Jayaprakash kini bertugas sebagai penolong setiausaha bahagian tenaga lestari, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha). Ujarnya, Alumni Chevening sentiasa mengekalkan hubungan sesama ahli di seluruh dunia terutamanya pada era mobil. Akaun Twitter dan Facebooknya sentiasa dikemas kini mengenai perkembangan terbaharu alumni. "Akaun rasmi alumni diselenggara oleh pejabat FCO dan setiap tweet merupakan perkara serius dan bermanfaat seperti pemberitahuan pembukaan permohonan biasiswa. "Kami sentiasa mendapat kemas kini mengenai cabang kursus yang ditawarkan setiap tahun," terang lelaki yang berasal dari Ipoh, Perak itu ketika ditemui di Kelab Tasik Putrajaya, Selangor. Ikatan persaudaraan antara Alumni Chevening sebenarnya telah dipupuk sejak mereka masih lagi menuntut di UK. "Alumni Chevening ada menganjurkan majlis yang menjemput semua penerima biasiswa pada tahun tersebut dari semua negara terlibat. "Daripada acara tersebut kami bertemu dan beramah-mesra selain dapat membina rangkaian hubungan yang meliputi seluruh dunia," ceritanya lagi. Setahun di sana, Jayaprakash mempunyai rangkaian yang agak luas, malah mempunyai rakan dari negara Belize yang terletak di Amerika Tengah. Akuinya, dia tidak pernah mendengar nama negara tersebut sebelum mengenali rakannya. Sharifah juga mempunyai rakan dari Mexico dan kini, giat belajar bahasa Sepanyol kerana bakal mengembara ke negara itu pada tahun hadapan. Barangkali, mereka sudah pun mencapai tahap negara maju jadi, pengisian rohani lebih diutamakan, ungkap Jayaprakash. "Pintu dibuka untuk memberi laluan kepada wanita dan apabila mahu duduk, lelaki mereka menarik kerusi untuk kaum wanita," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |