Rabu, 13 Februari 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Zain, Rozita ke USS selama 2 Hari!

Posted: 12 Feb 2013 09:26 PM PST

gambar yang dimuatnaik Zain ke dalam Instagramnya
Pada hujung minggu lalu, dua merpati sejoli, Zain Saidin dan kekasihnya, Rozita Che Wan telah pergi menghabiskan masa 2 hari ke taman tema Universal Studios Singapura (USS) mengikut portal mStar semalam.

Dua hari pasti tempoh yang membolehkan anda berfikir mereka berdua tidur sehotel atau tidak, jangan salah faham dulu, mereka bukan berdua namun ramai yang mengikuti aktiviti masa lapang ini.
"Kami sengaja berjalan-jalan di USS sebab kebetulan sedang cuti. Kami pergi selama dua hari dengan Rozita, anak-anak dan adiknya Ayu Raudhah dan suami," kata Zain.

Gambar Majlis Hari Jadi Neelofa ke-24

Posted: 12 Feb 2013 08:29 PM PST

Tip Top usia Neelofa sudah menjangkau 24 tahun. Majlis sambutan hari jadinya yang ke-24 itu juga diadakan di Fullhouse Sunway Giza baru-baru ini.

Dan turut memeriahkan majlis berkenaan adalah peminat-peminat Neelofa serta ibunya sendiri. -gambar We Love Neelofa

Gambar Erin Malek Bertudung

Posted: 12 Feb 2013 07:00 PM PST

Pelakon Erin Malek sudah bertudung itu memang sudah pasti. Namun dikhabarkan dia bukanlah bertudung untuk jangka masa panjang, sebenarnya bertudung untuk mempromosikan tudung atau untuk sebuah drama telemovie dalam saluran TV al Hijrah (melalui tagline Instagramnya).

Beberapa keping gambar dia bertudung telah dimuatnaik dalam laman Instagramnya untuk tatapan peminat-peminat beliau.

Lupakan Segala-galanya! - Sharnaaz

Posted: 12 Feb 2013 05:29 PM PST

Panas dan sudah panas rasanya. Hubungan Sharnaaz dan Shila Amzah kini dikatakan telur berada dihujung tanduk, terbaru kenyataan Sharnaaz yang seolah-olah mahu berpisah dengan Shila kekasihnya itu atau memang sudah pon berpisah agaknya.

Kenyataan yang dipetik semalam melalui portal Utusan itu bukan sahaja menunjukkan hubungan dengan Shila semakin parah malah ayahanda Shila, Nd Lala juga turut dikaitkan bersama.
"Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala" kata Sharnaaz.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines