Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Fizz Fairuz Sarung Cincin, Sorok Pertunangan Tindakan Salah
- Yasmin Hani Mahu Zuriat Pandai Masak
- Siti Nurhaliza Berehat Hingga Hujung Mac Kerana Jaga Suami
- Arwah Ibu Minta Catriona Hantar Anak Ke Kelas Agama
- Fazley Yaakob Anggap April Bulan Bawa 'Tuah'
- Salwa Razak enggan layan kontroversi murahan
- Hot FM rai ulang tahun ketujuh
- Empat jiwa berkongsi rasa
- Aiman enggan ikut cakap orang lagi
- Persaingan dua remaja jadi manusia tertinggi
- Pemandu maut kereta terjunam
- Inspektor berdepan hukuman mati
- Kecewa anak diarah tukar sekolah
- Wanita paling hodoh di dunia dikebumikan
- Bank diurus seorang lelaki di Jerman
- Acara unik rai perkahwinan
- Penunjuk perasaan bakar diri di Tibet
- Nasi goreng paling berat di dunia
- Gegaran otak ancam nyawa
- Meneroka kehebatan cendekiawan Islam
- Sejuk melampau serang AS
- Zain Saidin Belum Tetapkan Tarikh Merisik Rozita
- Jalan Terbaik Hairul Azreen Dedah Putus Cinta
- Sharnaaz Nekad Putuskan Hubungan Dengan Shila Amzah
- Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas
Fizz Fairuz Sarung Cincin, Sorok Pertunangan Tindakan Salah Posted: 13 Feb 2013 04:21 PM PST Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah walaupun sudah bertunang. "Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh. "Hadis Nabi ada menyebut sesiapa yang berkahwin, ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya. Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu. Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan. Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan. Sebagai tanda 'diikat', wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul. Perlu Uarkan Pertunangan Dalam perkembangan berkaitan, Wan Akashah yang juga suami kepada penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum agar tunangnya itu tidak dirisik orang lain "Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua," ujarnya. Sementara itu usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Fizz berhubung majlis berkenaan tidak berhasil kerana pelakon itu enggan menjawab panggilan telefon dan juga tidak membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS). Fizz dikatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangan itu "bocor" selain mengejutkan pelakon Almy Nadia yang selama ini dikatakan kekasihnya walaupun pelbagai kontroversi dilalui mereka sebelum ini. | |||
Yasmin Hani Mahu Zuriat Pandai Masak Posted: 13 Feb 2013 04:20 PM PST Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Richardson, 32, berkata, sudah sampai masanya untuk mereka menerima kehadiran ahli keluarga baru setelah setahun "berbulan madu" sejak mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011. "Sebenarnya memang kami rancang untuk berbulan madu selama setahun. "Dan sekarang ini kami sudah bersedia untuk itu. Tahun ini adalah masa yang paling sesuai. Insya-Allah, ada," katanya. "Sekarang ini ramai dah buka mata di mana kanak-kanak juga perlu didedahkan dengan masakan, sekurang-kurangnya benda-benda asas. "Saya juga mahu bakal anak saya nanti tahu memasak. Bukannya apa, kita tak tahu sekiranya terjadi apa-apa kepada kita, mereka boleh berdikari," ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Yasmin turut berhasrat mengembangkan bakat seninya untuk bergelar seorang pengarah pula. "Benar, saya kini mula berjinak-jinak tentang kerja-kerja produksi di belakang tabir. "Malah setakat ini saya telah menerbitkan telefilem Laksam Girl (TV9) di bawah syarikat suami, BlueBlack Production. "Semua ini berpunca daripada suami yang banyak memberi sokongan dan galakan kepada saya mencuba sesuatu yang baru di bidang seni ini," katanya. | |||
Siti Nurhaliza Berehat Hingga Hujung Mac Kerana Jaga Suami Posted: 13 Feb 2013 04:17 PM PST Siti, 34, berkata, beliau akan kembali aktif dalam bidang seni pada April depan selepas keadaan suaminya benar-benar pulih daripada kecederaan yang dialami. "Keutamaan kini adalah kepada suami yang masih menjalani sesi fisioterapi dan sebagai isteri saya perlu sentiasa berada di sampingnya untuk membantu dan memberi sokongan. "Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar saya akan kembali aktif pada April depan," jelasnya. Siti ditemui pada sidang media :Memori Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza" di Hotel Royale Chulan di sini pada Rabu. Dalam pada itu, Siti berkata, Khalid atau lebih mesra dengan sapaan Datuk K menunjukkan peningkatan selain bersemangat dalam proses pemulihannya. Siti berkata, sebagai isteri beliau berbesar hati dapat menjaga suaminya itu sendiri tanpa mengharapkan bantuan pihak lain. "Syukur keadaan suami bertambah baik namun masih perlu berhati-hati dalam pergerakan tangannya dan rawatan fisioterapi masih dilakukan. "Rutin saya kini lebih kepada menemaninya membuat rawatan tersebut selain membantunya dalam melakukan sesuatu yang melibatkan tangan kanan dan keperluan sehariannya. "Baru tahu betapa susahnya menjadi seorang suri rumah dan menjaga keperluan suami sepenuh masa. "Bagaimanapun saya berbesar hati kerana dapat menjaga sendiri suami dalam keadaannya yang memerlukan sokongan daripada isterinya," jelasnya. Sementara itu, mengulas mengenai persembahan Minggu Setiausaha di Hotel Royale Bintang, Siti berkata, beliau amat berbesar hati dipelawa menjayakan acara berkenaan. "Boleh dikatakan ia adalah persembahan kemunculan semula saya selepas beberapa bulan berehat dan ia perlu dirancang dengan rapi," jelasnya. Siti bagaimanapun masih belum memikirkan konsep persembahan namun berjanji akan memberikan kelainan kepada tetamu yang hadir. "Aubrey Suwito akan bertindak sebagai pengarah muzik dan saya akan berbincang mengenai konsep persembahan namun yang pasti lagu-lagu hit akan dipersembahkan," jelasnya. Siti juga memberitahu beliau akan menghadiahkan barangan koleksi peribadinya kepada penonton bertuah selain beberapa acara selingan lain. Artis baru, Lokman Aslam turut dijemput sebagai penyanyi jemputan pada acara itu nanti. Tiket dijual pada harga RM3500 hingga RM5500 untuk sebuah meja dan RM350 hingga RM550 untuk seorang. Untuk keterangan lanjut dan tempahan tiket boleh menghubungi Farah Halim di 03-26889688 (sambungan 500) atau Rizal Van Geyzel di 03-26889688 (sambungan 253). | |||
Arwah Ibu Minta Catriona Hantar Anak Ke Kelas Agama Posted: 13 Feb 2013 04:16 PM PST Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, pesanan itu dibuat kerana ibunya, Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, mahu dua anak Catriona iaitu Sephia Rani Ross'iddin, 3, dan Jammal Raess Ross'iddin yang baru berusia enam bulan dapat mendoakan ibu bapa selepas mereka meninggal dunia. "Ibu tidak bersikap pelik cuma saya sering terkenangkan kata-katanya supaya menghantar anak-anak saya ke kelas agama supaya mereka nanti boleh mendoakan saya apabila saya meninggal dunia kelak. "Kami menghabiskan masa bersama seperti biasa semasa saya pulang ke Kota Baharu (Kelantan) dua minggu lalu. Saya tidak menyangka ia adalah pertemuan kami yang terakhir," katanya ketika dihubungi mStar Online, petang Rabu. Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43. Ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping. Kesemua 29 penumpang bas tidak cedera. Dalam pada itu, Catriona memberitahu, ibu dan tiga rakannya itu sedang dalam perjalanan ke Kedah kerana mempunyai urusan sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut. "Arwah telah selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan berdekatan dengan rumahnya selepas solat Maghrib (pada Rabu)," katanya. Sementara itu, Catriona mengakui pada mulanya dia sukar menerima berita tersebut namun reda dengan kehilangan orang tersayang. "Saya pada mulanya tidak percaya dan menganggap berita yang disampaikan hanya diperbesar-besarkan. "Namun apabila tiba di hospital barulah saya sedar bahawa ibu benar-benar telah tiada dan wajahnya cukup tenang. Saya akan sentiasa merinduinya selepas ini," jelasnya. Tambah Cat, dia juga bersyukur keadaan fizikal ibunya juga tidak teruk cuma mengalami lebam pada bahagian telinga dan leher. | |||
Fazley Yaakob Anggap April Bulan Bawa 'Tuah' Posted: 13 Feb 2013 04:15 PM PST Fazley yang juga juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 berkata, kerana tuah itu juga, Fazley mengambil kesempatan itu melakukan apa-apa sahaja perkara termasuklah pelancaran album terbaharunya tidak lama lagi. "Bagi saya April adalah bulan bertuah buat saya. Kebanyakan kejadian bermakna berlaku pada bulan itu. "Antaranya seperti saya lahir, kenal isteri dan hari graduasi saya semuanya pada bulan April," katanya. Tambah Fazley, album terbaharunya juga bakal dilancarkan pada April ini serta pelancaran buku resipi masakan kesihatan yang dihasilkannya. Dalam perkembangan lain, Fazley juga menjadi juri bagi program memasak Dumex Chef Cilik 5 Power Nutri musim kedua yang bakal ke udara di Astro Ria setiap hari Rabu pukul 9 malam mulai 20 Februari ini. Fazley dipertanggungjawabkan sebagai juri bersama dengan Chef Andri dan pakar pemakanan Dumex iaitu Nor'azah Mohd Sidi. "Rasa seronok pula apabila sering ditawarkan kerja-kerja yang melibatkan hal masakan. "Selain itu ia juga mencabar untuk saya menyusun jadual, tetapi menjadi pakar motivasi, penyanyi serta membuat demo masakan dalam satu masa sangat menarik. "Ia membuatkan kehidupan kerjaya saya penuh variasi," tuturnya. | |||
Salwa Razak enggan layan kontroversi murahan Posted: 13 Feb 2013 04:12 PM PST Dia juga di tuduh bersekedudukan dan bertindak biadab terhadap keluarga bekas teman lelakinya, iaitu bekas anggota kumpulan Max:247, Mohd Fairuz Shaari (Alloi). Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan, Salwa mengambil pendekatan berdiam diri sehinggalah segalanya kini kembali reda. Ketika ditemui media baru-baru ini, Salwa menjelaskan, dia enggan melayan sebarang cerita atau kontroversi murahan berkaitan dirinya dan mahu memberi perhatian terhadap karier seninya dengan nama yang baru. "Saya akui, ketika mula-mula diterjah dengan pelbagai tuduhan, bohonglah saya sebagai manusia biasa tidak merasa tertekan. Tetapi apabila saya keluarkan kenyataan, mereka bagi kenyataan lain dan saya tidak mahu terus-terusan melawan kenyataan. "Tapi saya bersyukur kerana pengalaman itu menjadikan saya lebih matang dan tahun ini saya mahu membuka lembaran baru dan mahu memberi perhatian terhadap bidang seni sahaja," katanya. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ahmad ini berkata, sebagai permulaan, dia menukar namanya bagi memperkenalkan semula dirinya dalam bidang seni. "Saya kini sedang giat menyiapkan klip video dan single terbaru saya, Hidup Baru yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Saya harap, tuah menyebelahi saya dan single kali ini popular seperti single terdahulu," katanya. Ceburi pelbagai bidang Tidak terhad dalam bidang nyanyian sahaja, Salwa berkata, dia turut menerima tawaran lakonan dan berharap kedua-dua kariernya itu akan berjalan seiring. "Bagi saya, peluang itu tidak datang banyak kali dan tidak salah untuk saya mencuba dalam bidang lakonan pula. Penyertaan saya dalam bidang lakonan bukan kerana saya kurang popular dalam bidang nyanyian, tetapi lebih kepada minat dan percubaan. "Insya Allah selepas ini, jika di beri peluang, saya teringin mencuba bidang pengacaraan pula," katanya. Dalam pada itu, Salwa berkata, dia berdebar menanti reaksi penonton terhadap lakonan dalam filem pertamanya, Kerat 14. "Menerusi filem ini, saya menjayakan watak sebagai pegawai polis dan saya rasa seperti kembali bertugas. Saya rasa penonton akan menyukai lakonan saya dalam filem ini," katanya. | |||
Hot FM rai ulang tahun ketujuh Posted: 13 Feb 2013 04:04 PM PST SELEPAS tujuh tahun bersiaran, radio swasta Hot FM terus menongkah arus dalam memberikan apa yang diinginkan pendengar mereka. Selari dengan tujuh tahun pencapaian dalam bidang penyiaran radio, Hot FM terus berusaha mencetuskan variasi idea menarik untuk mewarnai industri. Bagi meraikan ulang tahun ketujuh Hot FM, baru-baru ini telah diadakan majlis doa selamat di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur membabitkan kesemua warga penyampai dan kakitangan Hot FM. Antara kejayaan yang diraih Hot FM adalah siaran Hot FM telah diperluaskan ke Pantai Timur bermula Januari tahun lalu dengan jenama Hot FM Klate dan Hot FM Tganu. Bermatlamat ingin merapatkan lagi antara pendengar dan penyampai, Hot FM kini mula bersiaran di TV9 selama 15 minit dari pukul 11.30 malam hingga 11.45 malam, Isnin hingga Rabu menerusi slot Hot TV. Bertemakan program santai dan komedi, Hot TV dibintangi oleh penyampai Hot FM sendiri iaitu Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Kieran, Leya, Ikhwan, Chad, Deen dan Suraya. Setakat ini, setelah seminggu bersiaran, Hot TV telah berjaya memikat hampir 250,000 penonton. Pengurus Besar Rangkaian Program Hot FM, Anida Mohd. Tahrim berkata, Hot FM sentiasa memberi yang terbaik dan selalu berada dekat dengan pendengar apabila sering bertemu peminat secara langsung. "Kami selalu memerah idea untuk beri yang terbaik dan sering bersiaran secara langsung di lokasi acara berlangsung untuk lebih dekat dengan pendengar. "Tidak hanya menghiburkan, tugas kami di radio Hot FM juga mendidik dan memberi info terkini yang tepat. Selama tujuh tahun kami berharap Hot FM telah memenuhi segala selera dan permintaan pendengar," kata Anida. Bagi tahun 2013, kalendar Hot FM program kemanusiaan membantu mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu menerusi dua program anjuran Hot FM iaitu Busking Amal Hot FM dan Hot FM Bersama Anda. Hot FM cukup sinonim dengan acara Hot FM Big Jam, tetapi sebagai usaha memberikan kelainan, Hot FM bakal hadir dengan Liga Juara Hot FM pada April ini. Program ini akan menampilkan barisan penyampai radio Hot FM, selebriti pilihan, pemain bola sepak Malaysia dan pendengar setia Hot FM bergabung dan menentang satu sama lain dalam sukan futsal. Tidak terhenti di situ, Hot FM akan terus menampilkan pelbagai program menarik sepanjang tahun 2013. | |||
Posted: 13 Feb 2013 04:03 PM PST
FOTOGRAFI saat akhir bersama empat bintang drama Setia Hujung Nyawa yang kini menjadi buah mulut ramai iaitu Nelydia Senrose, Amar Asyraf, Talha Harith dan Hairul Azreen berjalan lancar pada petang hari Rabu lalu. Berkongsi cerita pahit manis di sebalik kejayaan drama rantaian yang meraih tontonan tiga juta penonton menerusi saluran TV3 itu, keempat-empatnya tidak menolak bahawa Setia Hujung Nyawa meninggalkan kenangan terindah dalam kerjaya lakonan mereka. Tidak menafikan tawaran yang bertandang bagai mencurah-curah impak kemunculan dalam drama tersebut, mereka bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu lekas tamak tanpa menghiraukan sisi eksklusif masing-masing. Di sebalik impak positif yang diterima, ada antara mereka yang turut terkena tempias dicaci dan dimaki di luar set penggambaran kerana bencikan karakter antagonis yang dibawakan mereka dengan amat berkesan. Romantika pertama Amar Ketika mengadakan sesi bergambar dan temu ramah di studio Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, tidak dinafikan, Amar kelihatan sedikit pemalu pada mulanya. Perkara itu juga diakui oleh tuan punya badan sendiri ketika ditanya tentang dirinya. Walaupun dalam Setia Hujung Nyawa, Amar kelihatan selesa melakonkan watak seorang suami romantik bernama Zain, namun hakikatnya, itu merupakan cabaran terbesar buat diri jejaka berusia 26 tahun ini. "Sejujurnya, ini kali pertama saya melakonkan watak lelaki romantik seperti Zain dan bagi saya, ia sangat sukar. Ini kerana mungkin sebelum ini saya jarang mendapat tawaran untuk bawa watak sebegini. "Zain merupakan seorang lelaki yang lemah lembut dan baik, jadi susah mahu lakonkan watak itu. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa berlakon dengan perempuan. Namun Alhamdulillah, saya dapat pasangan yang senang bekerjasama dan kami terus punya keserasian dalam set, begitu juga dengan pelakon lain," tutur Amar yang tidak menyangka impak besar drama tersebut terhadap masa depan karier lakonannya. Tambah Amar, pada mulanya dia memang ingin menolak tawaran berlakon drama ini - salah satu faktornya kerana dia perlu memotong rambut panjang yang disayanginya. Selain itu juga, tutur Amar, dia mungkin belum bersedia untuk memegang watak utama dalam drama rantaian 28 episod itu. Namun akui Amar, atas sokongan dan mengikut kata hati tunangnya, dia akhirnya menerima watak Zain dalam drama yang telah mencetuskan fenomena ini sekali gus menaikkan namanya dalam industri seni. Amar mengakui menghabiskan lebih RM7,000 untuk membeli pakaian dan menukar imejnya untuk Setia Hujung Nyawa. Tambahnya, setiap kali penggambaran dia mengambil masa lebih sejam untuk mendandan rambutnya. Selain lakonan, Amar bakal menerbitkan sebuah teater di bawah syarikat miliknya sendiri iaitu AVA Stage yang berjudul, Lelaki Dari Gua bermula 28 Februari ini di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi urusan pembelian tiket, boleh hubungi 013-697 0786. Diri sebenar Nelydia Tidak menjangka drama lakonannya kali ini mencipta magis tersendiri sehingga sering menjadi bahan 'panas' (trending) di Twitter, kata pemilik nama Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen atau mesra disapa Nely, dia percaya kekuatan drama ini adalah pada jalan cerita dan pengarahannya. "Cerita yang sudah mempunyai peminat sendiri menerusi populariti novel ditambah sentuhan pengarah yang sangat unik memberikan nyawa kepada drama kali ini. "Secara tidak langsung orang sekeliling makin kenal saya, malah penuntut dari luar negara di kolej saya pun selalu memanggil saya dengan nama El sempena watak lakonannya, Elsalina. "Memang berbaloi mengorbankan masa siang malam untuk penggambaran Setia Hujung Nyawa kerana akhirnya ia membuahkan hasil. Alhamdulillah, watak manis dan manja kali ini menarik tumpuan penonton," ujarnya. Nely mengakui karakter Ersalina dalam drama itu merupakan dirinya yang sebenar di rumah. Talha diiugut Bagi Talha Harith pula, Juvana adalah drama yang mula membantu dirinya membina nama dalam industri lakonan. Sejak itu, apa sahaja watak yang dilakonkannya, pasti akan diingati oleh peminat yang mengikuti perkembangannya. Menerusi Setia Hujung Nyawa, watak Hadi lakonannya pula menjadi sebutan ramai. Namun, berlainan dengan apa yang dialami Amar yang diingati kerana watak baik lakonannya, Talha sebaliknya pula. "Sejak berlakon watak Hadi, ramai yang membenci dengan watak tersebut terbawa-bawa hingga ke kehidupan sebenar saya. Pernah sekali, kepala saya diketuk oleh seorang wanita di dalam lif dan wanita tersebut mula meluahkan kata-kata benci. "Tidak cukup dengan itu, dalam laman Twitter dan Instagram, mereka yang tidak puas hati dengan Hadi, memaki hamun saya dan mengugut ingin membunuh serta menyimbah asid jika berjumpa dengan saya. Risau juga jika ia benar-benar terjadi," cerita Talha yang kini sering keluar bersama teman kerana khuatir perkara buruk berlaku. Bicara Talha mengenai watak Hadi, ia agak mencabar dirinya. Ini kerana Hadi bukan watak antagonis yang biasa ditampilkan dalam kebanyakan drama. Talha perlu memberikan dua sisi berbeza iaitu nampak baik dari segi luaran namun, pada hakikatnya, Hadi seorang yang jahat serta ingin menghancurkan kehidupan rakan baiknya sendiri. Walaupun mungkin dia dibenci ramai, akui Talha, itu tidak membuatkan dirinya untuk mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima watak antagonis. "Sebenarnya ia bagus untuk saya kerana, melalui respons yang diberikan oleh masyarakat sebegitu, saya tahu bahawa watak yang dibawa itu menjadi dan berkesan. Namun, pelik juga saya kerana selama ini saya fikir orang sudah boleh menerima ini semua lakonan semata-mata," jelas Talha. Dialog Hairul jadi ikutan Menariknya drama Setia Hujung Nyawa bagi Hairul Azreen Idris atau lebih dikenali dengan panggilan Hairul, penangannya terasa ketika pertengahan hingga akhir penggambaran drama itu. "Kali pertama sebenarnya ,saya melakonkan watak 'comel-comel' sebegini. Susah nak mencari formula untuk membuatkan penonton suka tetapi Alhamdulillah resipi kali ini menjadi. "Drama ini memerlukan saya memotong rambut saya menjadi pendek. Sebenarnya saya enggan menerima tawaran drama ini tetapi apabila dijanjikan watak saya cuma untuk 30 babak, jadi saya terima. Tidak sangka pula karakter Ikram dipanjangkan hingga ke episod akhir. "Saya anggap watak saya penting kerana saya adalah pencetus cerita dan menyatukan El dan Zain semula. Perkara lebih menarik apabila dialog saya seperti 'Kak Bedah hok aloh' dan 'omey angat' menjadi ikutan dan jenaka kawan-kawan," katanya yang pernah disapa sebagai Ikram Kak Bedah. Tambahnya, dialog yang sering ditokok tambahnya sendiri menggunakan bahasa perbualan sehari-harian mencorakkan watak itu yang dirasakan berjaya mencabar kemampuannya. | |||
Aiman enggan ikut cakap orang lagi Posted: 13 Feb 2013 04:02 PM PST
KERJAYA seni Aiman Hakim Ridza atau dikenali sebagai Aiman kelihatan kini lebih terarah ke bidang lakonan meskipun bakatnya terlebih dulu dicungkil daripada program realiti TV, Mentor 5. Aiman lebih popular sebagai pelakon berbanding penyanyi selepas drama bersiri Vanilla Coklat mendapat sambutan hangat. Hakikatnya, dia sudah muncul dengan single duetnya bersama penyanyi Ernie berjudul, Kalimah Janji. Tidak kecewa lagu tersebut kurang mendapat sambutan, Aiman, 24, yang kini muncul dengan drama terbaharu lakonannya, Rindu di Abu Dhabi mempunyai perancangan tersendiri untuk kerjaya nyanyiannya. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Aiman yang ditemui pada majlis pelancaran drama tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kosmo!: Aiman kini lebih menyerlah sebagai penyanyi berbanding pelakon. Komen Aiman? AIMAN: Memang benar, kerjaya lakonan saya lebih menyerlah daripada nyanyian. Namun, tidak ada sebarang kesan negatif dan saya tidak kisah kerana bagi saya kedua-dua bidang merupakan peluang yang bagus untuk diri saya. Adakah Aiman kecewa lagu Kalimah Janji duet bersama Ernie tidak mendapat sambutan? Saya tidak kecewa lagu Kalimah Janji kurang diputarkan menerusi radio walaupun ia telah diterbitkan pada bulan Julai tahun lalu. Mungkin ada silap di sana sini ataupun belum tiba tuah untuk saya dalam bidang nyanyian. Di manakah silapnya sehingga lagu itu tenggelam begitu sahaja? Sebelum ini mungkin saya terlalu ikut kata orang lain sebab itu jadi begitu. Selepas ini, saya harus buat semuanya sendiri. Bagi single yang seterusnya, sekurang-kurangnya saya mahu lagu itu diketahui pendengar radio. Anda ada sebarang rancangan untuk meningkatkan semula kerjaya nyanyian? Buat masa ini belum ada lagi kerana jadual terikat dengan penggambaran drama. Sebenarnya untuk mendapatkan sebuah lagu yang baik perlukan masa bukan boleh diperolehi dengan kadar segera. Selepas ini, segala hala tuju kerjaya muzik terletak di tangan saya sendiri kerana hanya saya tahu apa yang saya inginkan. Apa yang Aiman inginkan dalam bidang muzik? Saya ingin menghasilkan muzik yang bagus dan lagu nyanyian saya boleh diterima semua lapisan umur. Mungkin saya tidak boleh terlalu tamak kerana buat masa ini, fokus saya lebih ke bidang lakonan. Jika lakukan kedua-dua serentak dengan jadual yang padat, agak sukar untuk saya tetapi kalau diberi peluang untuk membikin lagu dan album, jiwa saya lebih ke arah genre muzik R&B dan pop rock. | |||
Persaingan dua remaja jadi manusia tertinggi Posted: 13 Feb 2013 04:02 PM PST
GUA MUSANG – Rekod manusia tertinggi di negara ini semakin tercabar apabila remaja dari Kampung Paloh di sini, Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar yakin dia kini lebih tinggi berbanding ukuran 2.05 meter yang dicatat pada November tahun lalu. Ukuran ketinggiannya itu sudah melebihi rekod manusia tertinggi di Malaysia yang kini dipegang oleh Sheikh Akmal Sheikh Imam, 17, dari Seremban, Negeri Sembilan. "Saya dapat rasakan tubuh semakin tinggi. Kali terakhir saya ukur pada tahun lalu ialah 2.05 meter sedangkan tahun sebelumnya ketinggian saya cuma 1.97 meter. "Sekarang pun, saya rasa badan sudah semakin tinggi," katanya kepada wartawan Kosmo! ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Kosmo! semalam melaporkan ketinggian Azli secara tidak rasmi sudah mengatasi rekod Akmal dengan ketinggian 2.04 meter yang diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) tahun lalu. Anak ketujuh daripada lapan beradik itu kini bercuti dan akan kembali ke kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang pada Sabtu ini. Azli yang mengikuti pengajian semester pertama Diploma Sains memberitahu, dia tidak risau dengan ketinggian yang luar biasa itu walaupun kerap menarik perhatian orang ramai. "Saya tidak risau, orang lain yang selalunya risau," katanya sambil tersenyum. Dia juga tidak keberatan untuk dinilai oleh MBOR bagi tujuan pengiktirafan rekod. "Seandainya MBOR mahu membuat ukuran ketinggian, saya sedia melakukannya. Kalau benarlah saya manusia tertinggi di Malaysia, saya bersyukur dan gembira," katanya. Di Seremban, Sheikh Akmal terkejut apabila ada individu lain mempunyai ketinggian yang boleh mencabar rekodnya. "Saya sebenarnya tidak kisah jika rekod saya itu berjaya dipecahkan kerana bagi saya, apa yang berlaku adalah rezeki dan kurniaan Allah," katanya yang kini menuntut dalam bidang masakan di Kolej East West di Seremban. Akmal berkata, kali terakhir dia mengukur ketinggiannya ialah pada November 2011 ketika mendapatkan pengesahan MBOR sebagai manusia tertinggi di Malaysia. Anak bongsu daripada tiga beradik itu bagaimanapun mengaku tahap ketinggian tubuhnya tidak berubah sejak itu. Dia turut menyarankan Mohd. Azli supaya berkunjung ke MBOR untuk mendapatkan pengesahan ukuran ketinggian yang sebenar. Pada masa yang sama, Akmal mengakui hidup sebagai manusia dengan ketinggian luar biasa adakalanya memang menyusahkan. Antara kesukaran yang dialaminya ialah mencari pakaian, kasut serta ketika menaiki kenderaan seperti bas atau kereta. Kedua-dua remaja luar biasa itu turut berkongsi kasut saiz 14. | |||
Posted: 13 Feb 2013 03:59 PM PST KUCHING - Seorang anggota Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak maut apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam saluran loji rawatan kumbahan yang dalam pembinaan di Jalan Datuk Ajibah Abol di sini semalam. Kejadian pukul 3.30 pagi itu mengakibatkan P. Paul, 25, mati di tempat kejadian akibat lemas apabila kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandunya merempuh penghadang besi di atas saluran yang mempunyai kedalaman 10 meter. Sebelum kemalangan, mangsa yang berasal dari Johor Bahru dalam perjalanan dari Jalan Haji Taha ke pusat bandar. Kejadian berlaku apabila Paul dikatakan gagal mengawal kereta lalu melanggar tebing jalan sebelum melambung dan terjunam ke dalam saluran tersebut. Seorang pekerja warung, Effiz Kamil, 24, berkata, dia yang sedang bersiap hendak pulang terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat dari arah saluran tersebut sebelum bergegas ke tempat kejadian. "Sebaik tiba, saya lihat sebuah kereta telah terjunam ke dalam saluran itu," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi memberitahu, bomba mengambil masa selama tiga jam untuk menyedut air bagi mengeluarkan mangsa bersama keretanya. Katanya, siasatan awal mendapati kereta itu terjunam selepas pemandunya gagal mengawal ketika melalui selekoh tajam. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. | |||
Inspektor berdepan hukuman mati Posted: 13 Feb 2013 03:58 PM PST KUCHING - Dua pegawai polis berpangkat Inspektor berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa membelasah seorang tahanan hingga menyebabkan kematiannya pada tahun lalu. Bagaimanapun, Mohd. Hazril Mohamed Yusof, 32, dan Mohd. Ezri Azmar Pavel, 31, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didakwa membelasah Kamarul Zamrizal Kamaruzaman, 30. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bangunan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Jalan Nager di sini pada pukul 7 malam, 4 November 2012. Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga Peguam Kanan Persekutuan, Yaacub Chik dan Timbalan Pendakwa Raya, Noorfadzila Ishak. Kedua-dua tertuduh pula diwakili peguam Shankar Ram Asnani. Hakim Datuk Rhodzariah Bujang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 hingga 17 Mei ini untuk perbicaraan. Kosmo! sebelum ini melaporkan Kamarul Zamrizal dan seorang rakannya yang berusia 18 tahun ditahan di Kampung Surabaya Hilir di sini bagi membantu siasatan berhubung kes menyerang dan mencuri dompet dua pegawai polis berkenaan di sebuah premis hiburan di sini pada 2 November lalu. Mangsa juga dikatakan telah mengeluarkan wang RM6,000 milik salah seorang tertuduh menggunakan kad bank. Suspek dipercayai telah dibelasah hingga koma ketika ditahan dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak. | |||
Kecewa anak diarah tukar sekolah Posted: 13 Feb 2013 03:57 PM PST KEPALA BATAS - Seorang bapa kecewa anaknya yang berusia 12 tahun bukan sahaja dirotan oleh seorang guru malah diarah keluar dari kelas dan bertukar sekolah lain gara-gara gagal menyiapkan kerja sekolah. Shahrul Asmawi Rashid, 35, mendakwa, kejadian itu berlaku ketika anak sulungnya, Nur Emilia sedang mengikuti mata pelajaran muzik yang diajar guru berkenaan di Sekolah Kebangsaan Permatang Binjai di sini pada pukul 8.30 pagi Jumaat lalu. Katanya, guru perempuan tersebut yang juga mengajar mata pelajaran Sains telah bertanyakan tentang kerja sekolah bagi mata pelajaran Sains yang diberikan beberapa hari sebelum itu. Jelasnya, disebabkan anaknya bersama empat lagi rakannya gagal menyiapkan tugasan tersebut, guru berkenaan didakwa telah bertindak merotan mereka sebelum menyuruh empat rakan anaknya duduk. "Selepas itu, guru berkenaan didakwa terus memarahi anak saya dan bertindak menarik tudungnya hingga tercabut selain menolak anak saya dan melempar buku ke lantai sebelum mengarahkan anak saya balik ke rumah. "Disebabkan rasa malu, anak saya terus keluar dari kelas dan menunggu di tempat letak basikal sebelum didatangi seorang rakan kelasnya yang memberitahu guru berkenaan telah mengarahkan anak saya bertukar ke sekolah lain," katanya. Menurut Shahrul Asmawi lagi, kira-kira pukul 9.30 pagi pada hari yang sama, dia menerima panggilan telefon daripada guru tersebut yang bertanyakan sama ada anaknya sudah sampai di rumah atau belum. Katanya, dia yang terkejut dengan perkara itu kemudiannya terus bertindak mencari anaknya di sekitar kawasan sekolah sebelum menemui anaknya di tepi jalan di belakang sekolah tersebut. "Bila sampai di rumah, anak saya terus menangis dan menceritakan kejadian yang berlaku di sekolah sebelum memberitahu, dia kini berasa malu untuk ke sekolah lagi. "Saya tak kisah kalau guru berkenaan pukul anak saya kerana tak siapkan kerja sekolah tetapi dia (guru berkenaan) tiada hak untuk halau anak saya keluar daripada sekolah ataupun arahkan anak saya pindah sekolah," jelasnya. Disebabkan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan, dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara kelmarin. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, guru terbabit tidak boleh mengarahkan murid tersebut keluar dan bertukar sekolah dengan sewenang-wenangnya serta pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut. | |||
Wanita paling hodoh di dunia dikebumikan Posted: 13 Feb 2013 03:54 PM PST
BANDAR RAYA MEXICO - Seorang wanita paling hodoh di dunia dikebumikan di kampung halamannya di utara Mexico kelmarin. Rangka tulangnya dikebumikan selepas lebih 150 tahun kematiannya selepas dia dijadikan bahan pameran di kebanyakan negara. Dilahirkan di Mexico pada tahun 1834, wanita itu, Julia Pastrana menghidap penyakit hypertrichosis dan hyperplasia. Penyakit itu menyebabkan dia mempunyai banyak bulu dan mempunyai rahang yang tebal. Wajahnya itu menyebabkan dia digelar sebagai wanita monyet dan beruang. Dia yang setinggi 1.34 meter berkahwin dengan seorang penganjur persembahan, Theodore Lent dari Amerika Syarikat (AS). Wanita itu menari dan menyanyi pada pertunjukan orang pelik di AS dan Eropah. Pada tahun 1860, dia mati di Moscow, Rusia semasa melahirkan seorang anak lelaki Lent yang mewarisi kon disinya. Anak lelakinya itu kemudian meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan. Seorang promoter Norway berjaya memperoleh mumia Pastrana pada tahun 1921 dan dipamerkan pada pertunjukan orang pelik. Mayatnya itu kemudian diserahkan kepada Universiti Oslo pada tahun 1996. Pihak berkuasa Sinaloa de Lyva iaitu negeri kelahiran Pastrana di barat laut Mexico kemudian menuntut mayatnya itu untuk dikembalikan bagi tujuan pengebumian. | |||
Bank diurus seorang lelaki di Jerman Posted: 13 Feb 2013 03:53 PM PST GAMMESFELD, Jerman - Seorang lelaki yang menguruskan sebuah bank koperasi di sini telah memastikan pengurusan kewangan penduduk sebuah kampung berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dengan cara yang tersendiri. Lelaki itu, Peter Breiter, 41, merupakan seorang pengurus bank yang luar biasa kerana dia tidak mengharapkan sebarang bonus yang besar, instrumen kewangan yang canggih dan tawaran kewangan berjuta ringgit. Dia yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif bank itu berasa cukup bahagia dengan hanya menulis setiap transaksi keluar masuk kewangan dengan tangannya sendiri untuk 500 orang penyimpan di Gammesfeld, Jerman. "Mengapakah saya perlu gunakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik? "Mesin wang itu menelan belanja yang tinggi" kata seorang pelanggan, Friedrich Feldman. Felman berkata demikian ketika ditemui di sebuah bilik menunggu bersaiz kecil di bank tersebut. Dia hanya datang ke bank itu seminggu sekali untuk mengeluarkan wang. Bank koperasi Raiffeisen Gammesfeld eG yang terletak di selatan Jerman itu merupakan salah sebuah daripada 10 buah bank terkecil. Ia merupakan satu-satunya bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja. | |||
Posted: 13 Feb 2013 03:52 PM PST BANGKOK - Tiga pasangan pengantin Thailand meraikan perkahwinan mereka pada satu majlis yang unik di wilayah Prachin Buri, timur Bangkok semalam. Majlis perkahwinan itu dianjurkan sebuah resort yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara suami dan isteri. Pasangan yang menyertai acara itu ialah Sopon Sapaotong, 41, dan isterinya, Chutima Imsuntear, 37, selain Prasit Rangsiyawong 29, yang berkahwin dengan Varuttaon Rangsiyawong, 27. Satu lagi pasangan ialah Sornwich Changtor, 28, dan isterinya, Rungnapa Changtor, 30. Antara acara unik yang disertai para pengantin tersebut ialah berlari di atas permukaan tasik bagi mengelak mereka ditangkap seorang kakitangan yang berpakaian seperti lanun. Pasangan itu juga menyertai acara terbang keluang dan terjun ke dalam tasik. | |||
Penunjuk perasaan bakar diri di Tibet Posted: 13 Feb 2013 03:49 PM PST KATHMANDU, Nepal - Seorang penunjuk perasaan Tibet mencurahkan petrol pada tubuhnya sebelum dia membakar dirinya di sini semalam. Menurut beberapa saksi, lelaki itu memakai pakaian seperti sami memasuki sebuah kafe dan meminta kebenaran untuk menggunakan bilik air. Dia kemudian keluar ke jalan raya dan membakar dirinya. Lelaki tersebut berlari beberapa langkah ketika tubuhnya terbakar dan menjerit slogan menentang China sebelum pengsan. Seorang pegawai polis, Keshav Adhikari berkata, anggota-anggota polis dan orang ramai berjaya memadamkan kebakaran sebelum dia dihantar ke sebuah hospital. Menurutnya, lelaki berkenaan berada dalam keadaan kritikal. Adhikari berkata, identiti lelaki tersebut masih belum diketahui tetapi dia kelihatan berumur 21 tahun. Hampir 100 orang telah membakar diri bagi menentang pemerintahan China di Tibet sejak tahun 2009. Tentera komunis China menduduki Tibet pada tahun 1951. Menurut China, wilayah itu merupakan sebahagian daripada China sejak berabad-abad lalu. Bagaimanapun, penduduk Tibet menafikan dakwaan pemerintah China itu. | |||
Nasi goreng paling berat di dunia Posted: 13 Feb 2013 03:48 PM PST SAN JOSE, Costa Rica - Seramai 52 tukang masak dari beberapa buah restoran Cina di sini memasak nasi goreng Kantonis seberat 1,345 kilogram untuk dihidangkan kepada 7,000 orang, kata Presiden Persatuan Cina San Jose, Isabel Yung. Nasi goreng itu dimasak di dalam sebuah kuali yang besar. Seorang juri Guinness Book of World Records menghadiri acara itu dan mengiktiraf ia sebagai nasi goreng 'terbesar' di dunia. | |||
Posted: 13 Feb 2013 03:47 PM PST Sindrom Goncang Bayi atau dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome (SBS) boleh diatasi jika ibu bapa atau pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak tahu mengendalikan bayi yang meragam dengan cara yang betul.
PADA bulan September tahun lalu, pasangan suami isteri, Mohd. Suhaimi Mamat, 31, dan Effa Roziana Mohd. Zin, 27, seperti biasa pulang dari kerja dan mengambil anak kedua mereka, Mohd. Danisy Darusy Mohd. Suhaimi, tujuh bulan, di rumah pengasuh di Shah Alam, Selangor. Sejak melahirkan Danisy pertengahan tahun lalu, pasangan tersebut membuat keputusan meletakkan Danisy di bawah jagaan pengasuh yang tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Ia bukanlah taska berdaftar tetapi pemiliknya memang dikenali sebagai penjaga kanak-kanak dalam kalangan penduduk kawasan tersebut. Setiba di rumah, Danisy muntah-muntah lebih lima kali. Setiap kali disusukan, bayi itu muntah dan enggan menerima sebarang makanan. Resah dengan keadaan tersebut, Suhaimi dan Effa membawa Danisy ke sebuah hospital di Klang, Selangor bagi menjalani pemeriksaan. "Hasil pemeriksaan doktor mendapati, suhu badannya normal tetapi tiba-tiba Danisy diserang sawan. Doktor gagal mengesan punca sebenar dan Danisy ditahan di wad bagi menjalani imbasan otak. "Keputusan imbasan mendapati Danisy mengalami pendarahan otak dan dia terus ditahan selama empat hari di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor juga memberitahu, matanya mengalami pendarahan serius jadi pembedahan terpaksa dilakukan. "Danisy selamat menjalani pembedahan mata kanan pada bulan Oktober lalu dan kini dia kembali aktif. Sebelum ini, kalau orang panggil dia tidak boleh respons dan menangkap arah suara yang memanggilnya," kongsi Effa ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bercerita mengenai pengasuh anaknya, ujar Effa, selepas kejadian itu, dia dan suami ada bertanya kepada pengasuh tersebut sama ada Danisy pernah terjatuh tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Malah, pengasuh itu menambah Danisy pernah beberapa kali menggigil dan dilihat dalam keadaan mata terbeliak yang dianggap normal pengasuh tersebut. "Kami kecewa kerana dia tidak pernah menceritakan hal tersebut dan doktor yang memeriksa Danisy di Klang memberitahu, kemungkinan anak kami digoncang dengan kuat. Kami tidak berlengah dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam," imbas Effa dalam nada sebak. Keadaan sama turut menimpa anak pasangan Zaihasliza Abd. Rahim, 28, Arissa Eryna Mohd. Fairuz Iskandar, tujuh bulan, pada pertengahan bulan Oktober tahun lalu. Ketika diambil dari taska kawasan rumah Zaihasliza yang terletak di Shah Alam, anak keduanya itu mula meragam. Gejala SBS Menurut Zaihasliza, setiap kali diletakkan, Arissa menangis dengan kuat dan ingin didukung sepanjang masa. Apabila diberi susu, Arissa muntah dan hal itu berlarutan sehingga pukul 4 pagi. "Pada mulanya, saya ingat perut dia masuk angin. Tapi bila asyik muntah dan lepas mulut dia berbuih-buih dan badan menggigil, saya panik lalu bawa dia ke klinik. "Menurut doktor, Arissa tak demam dan tidak lama kemudian dia diserang sawan. Doktor minta saya rujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sampai situ, Arissa diserang sawan yang teruk dan doktor syak ia ada kaitan dengan otak. "Lepas melakukan ujian imbasan otak, doktor mengesahkan memang ada pendarahan di otak dan di bahagian belakang mata Arissa yang serius. Saya memang terkejut dan pihak hospital terus buat laporan polis. "Saya ada hubungi pihak taska tetapi jawapannya mengecewakan kerana pihak pengurusan langsung tidak ambil serius perkara yang menimpa Arissa. Bahkan, mereka menafikan Arissa pernah jatuh dan mengambil lewa perbincangan tersebut," cerita Zaihasliza kesal. Arissa menjalani pembedahan mata kiri bagi membuang ketulan darah beku yang terperangkap. Sekiranya dibiarkan, risiko untuk Arissa hilang penglihatan sangat tinggi. Kenali SBS Difahamkan, kira-kira 30 kematian kanak-kanak dilaporkan di Putrajaya dalam tempoh dua tahun lalu dipercayai ada kaitan dengan SBS. Namun ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh pihak berkuasa. Menurut Ketua Unit Neonatal Institut Pediatrik HKL, Dr. Irene Cheah, kesan negatif kekal akibat SBS boleh mengakibatkan kebutaan, sawan, gangguan mental dan palsi serebrum. "Tiada kajian terperinci dijalankan tahap kekuatan goncangan yang boleh mengakibatkan SBS tetapi goncangan yang kuat selama empat saat mampu mendatangkan kecederaan. "Saiz kepala yang besar berbanding badan, otot leher yang masih lemah, kandungan air yang tinggi dalam otak dan ruang subaraknoid yang besar mengelilingi otak merupakan antara punca bayi dan kanak-kanak mudah mengalami SBS. "Ibu bapa yang mempunyai anak SBS memberitahu, anak mereka cepat letih dan mengantuk, muntah dan tidak selera makan, tangisan tidak terkawal, sukar ditenteramkan atau kesukaran bernafas dan diserang sawan," jelas Irene. Tambah beliau, punca sebenar SBS sebenarnya bermula daripada sikap ibu bapa sendiri terutama golongan bapa yang kurang sifat sabar. Apabila anak menangis, mereka tidak tahu cara yang betul bagi menghentikan tangisan tersebut. Akibatnya, anak yang masih kecil itu cuba ditenteramkan dengan cara lambungan, dibuai dengan laju dan tidak kurang ada yang menggoncang anak dengan kuat. | |||
Meneroka kehebatan cendekiawan Islam Posted: 13 Feb 2013 03:46 PM PST
SAINTIS barat, William Harvey sering diberi pengiktirafan rentetan penerangan yang diberikan tentang pulmonari iaitu bagaimana darah mengalir antara jantung dan paru-paru pada kurun ke-16. Namun, tahukah kita bahawa apa yang diperkatakan Harvey telah pun digambarkan dengan tepat oleh Ibn Nafis 300 tahun lebih awal. Merupakan seorang doktor terulung Islam pada zamannya, Ibn Nafis banyak menulis buku mengenai ilmu perubatan dan karyanya yang paling terkenal ialah buku tentang fungsi jantung dan paru-paru. Dilahirkan pada tahun 1210 Masihi dan meninggal dunia pada 1288 Masihi, beliau merupakan individu pertama yang menerangkan struktur dan fungsi paru-paru serta peredaran darah dengan tepat. Malah, beliau juga memberitahu tentang fungsi injap jantung dan kapilari iaitu pembuluh kecil yang menghubungkan arteri dan salur darah. Keagungan saintis Islam Pencapaian dan kehebatan Ibn Nafis itu merupakan sebahagian daripada input yang boleh diterokai pada Pameran Sultans Of Science (SOS) yang sedang berlangsung di Petrosains, Kuala Lumpur. Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim berkata, SOS ialah satu pameran bergerak terbaharu yang bertemakan Penerokaan Semula Sains Islam bertarikh 700 hingga 1700 Masihi. "Ia bertujuan untuk meraikan sumbangan cendekiawan Muslim dalam bidang sains dan teknologi terhadap kehidupan masyarakat moden hari ini. "Pameran ini menampilkan tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Al-Jazari, Ibnu Haytham, Ibnu Firnas, Al-Kindi, Banu Musa, Ibnu Khaldun, Al-Zahrawi, Al-Razi, Al-Kindi dan ramai lagi. Ia merangkumi sembilan bidang utama saintifik Islam iaitu matematik dan navigasi, astronomi, perubatan, pembuatan peralatan, ciptaan dan teknologi halus, optik, kejuruteraan, seni bina serta penerbangan," ujar Tengku Nasariah kepada Kosmo!. Berlangsung selama enam bulan bermula 15 Disember 2012 hingga 15 Jun 2013, pameran itu sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat terutama para pengunjung yang berkeluarga. Sempena pameran itu juga, Petrosains turut mengadakan aktiviti-aktiviti menarik seperti pertunjukan sains Stand Up iaitu fasilitator membuat persembahan dengan menggunakan anggota badan tanpa perlu sebarang alatan tambahan.
Selain itu, terdapat pertunjukan sains mini seperti Sun Dial untuk belajar mengenai jam berdasarkan cahaya matahari, Defying Gravity yang membolehkan pengunjung mengetahui tentang sifon atau hos, manakala Spicy Perfume pula memberi maklumat tentang haruman yang diperbuat daripada rempah-ratus. Tidak ketinggalan, turut diadakan bengkel Automata Cardboard dan The Tales of Tangram & Tesselation yang menerangkan tentang kejuruteraan dan matematik. Pada setiap hujung minggu pula, Petrosains akan menganjurkan aktiviti istimewa iaitu seni tulisan kaligrafi dan lukisan henna. Apa yang pasti, semua peralatan yang dipamerkan pada pameran itu bersifat interaktif dan boleh dicuba oleh pengunjung sekali gus merasai keseronokan terhadap ciptaan hebat cendekiawan Islam. Menurut Tengku Nasariah, pameran bertaraf antarabangsa itu direka serta dihasilkan oleh MTE Studios, satu syarikat konsultasi yang memfokus kepada rekaan dan hiburan. "Pameran ini berasal dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan ia telah dipamerkan di beberapa negara lain seperti Afrika Selatan, Kanada, Amerika Syarikat, Singapura dan Thailand sebelum diadakan di Petrosains, Suria KLCC, Kuala Lumpur," tambah beliau. Apabila menerokai keseluruhan pameran itu, pengunjung akan dapati banyak penemuan, pencapaian dan penciptaan tokoh-tokoh ilmuan Islam yang mengagumkan. Boleh dikatakan usaha mereka itu membuka dan merintis laluan buat pengkaji dan saintis Barat yang secara tidak langsung memberi inspirasi kepada tercetusnya penghasilan produk berteknologi tinggi. Ia sekali gus mengangkat dan membina ketamadunan manusia yang lebih sempurna seperti yang telah kita kecapi pada zaman ini. Tambah ilmu Profesor Madya Faridah Adnan mengakui, teruja apabila berpeluang mengunjungi pameran tersebut bersama anaknya baru-baru ini. "Segala maklumat dan contoh-contoh peralatan yang dipamerkan sangat menakjubkan. Ia mampu membuka mata dan minda kita tentang kehebatan para saintis dan cendekiawan Islam dahulu kala sekali gus boleh dicontohi generasi muda masa kini. "Kita perlu membuat perubahan dan menjalankan lebih banyak penyelidikan terutama dalam bidang sains kerana ilmu Allah ini terlalu luas untuk diterokai. "Hakikatnya, lebih banyak kita kaji, lebih banyak yang kita tidak ketahui kerana apa yang ada di bumi dan alam cakerawala diibaratkan hanyalah setitis daripada lautan ilmu Allah," terang Faridah yang merupakan pensyarah di Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor. | |||
Posted: 13 Feb 2013 03:45 PM PST Suhu yang jatuh sehingga 50 di bawah takat beku menyebabkan ratusan ribu penduduk AS diancam maut kerana kesejukan melampau. PIHAK polis Chicago, Amerika Syarikat (AS) sedang dalam penyiasatan terhadap kebakaran yang berlaku di sebuah gudang Bridgeport awal minggu lalu. Siasatan awal oleh pihak bomba mendapati ia disebabkan oleh pembakaran terbuka yang kemudian mencetuskan letupan akibat bahan mudah terbakar dalam bangunan itu. Menurut para penduduk tempatan, penghuni setinggan yang telah menghuni bangunan itu selama bertahun-tahun menjadi masalah utama di situ. Penduduk setinggan didakwa menyalakan api untuk memanaskan badan sekali gus menyebabkan kebakaran itu. Kebakaran terjadi pada larut malam Isnin minggu lalu di 3757 S. Ashland Av. dan api marak dalam masa beberapa jam sahaja sebelum pihak bomba datang bagi mengawal kebakaran. Apa yang pasti, punca sebenar penduduk setinggan terpaksa menyalakan api adalah disebabkan cuaca sejuk yang melampau di beberapa kawasan di AS. Tiupan angin kencang Artik mencengkam kawasan barat dan timur laut AS dengan tiga kematian setakat ini berkaitan cuaca sejuk bersama angin kuat. Di beberapa lokasi sehingga suhu mencecah negatif 46 darjah Celsius. "Kami melihat suhu yang mengancam nyawa di Minnesota dan utara Wisconsin. Tempat-tempat itu berdekatan dengan sumber udara sejuk iaitu dari Artik dan Kanada," kata ahli kaji cuaca Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Mike Sowko. Angin kencang bergerak melintasi Great Lakes dalam tempoh beberapa hari dan mengakibatkan timbunan salji setebal 46 sentimeter di timur laut Ohio, timur laut Pennsylvania dan bahagian utara New York. Keadaan jalan raya yang licin dan membeku juga dikatakan menjadi punca apabila berlaku kemalangan melibatkan 76 buah kenderaan di Interstate, Cincinnati. Maut kesejukan Ia menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun terbunuh dan berdozen-dozen lain mengalami kecederaan, kata pihak berkuasa. Di tempat lain, dua kematian berlaku selepas terdedah pada cuaca sejuk melampau, lapor media tempatan. Dalam laporan akhbar Bemidji Pioneer, bedah siasat awal mendapati mayat yang dijumpai di sebuah gudang penyimpanan meninggal dunia kerana hipotermia di barat laut Minnesota. Di Des Plaines, Illinois, seorang lelaki mati kerana hipotermia, manakala tujuh kematian berkaitan dengan kesejukan pada musim ini turut dilaporkan oleh Chicago Tribune. Sekolah-sekolah dijangka dibuka pada hari Selasa selepas cuti umum kebangsaan sempena penghormatan Dr. Martin Luther King. Keadaan angin dingin diramal terus berlaku di seluruh kawasan barat dan timur laut AS menjadikan cuaca bulan Januari dan Februari sejuk melampau. Kesannya, suhu menjunam sehingga 50 darjah bawah paras beku di beberapa bahagian di tengah barat dan mencecah negatif 30 di Maine, Vermont, New Hampshire dan New York. Pada keadaan sebegitu, gigitan fros boleh terjadi pada bahagian kulit yang terdedah dalam masa kira-kira 20 minit, kata jurucakap Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, Jon Hitchcock. Di Bandar Buffalo, New York pihak berkuasa terpaksa menyediakan 200 buah katil untuk orang gelandangan, selain menggunakan van dalam mencari mereka yang tidur di bawah jambatan, taman atau di stesen kereta api. Kawasan terbabit kekal dalam keadaan sejuk yang mencengkam sehingga akhir minggu lalu. Ribut salji dijangka bergerak ke Lembah Ohio dan melalui timur laut. Ia membawa suhu yang sedikit panas dan salji ke New York, Boston dan kemungkinan di Washington D.C. | |||
Zain Saidin Belum Tetapkan Tarikh Merisik Rozita Posted: 13 Feb 2013 06:23 AM PST Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, perancangan ke arah perkahwinan masih belum difikirkan pada waktu ini biarpun dia mengakui hubungan dengan Rozita berada pada tahap yang lebih stabil. "Hubungan kami macam itu juga. Saya akui kami semakin stabil dan baik tetapi belum ada perancangan untuk merisik atau apa-apa pun pada waktu ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa. Zain berkata demikian sebagai respons kepada gambar-gambar percutiannya bersama Rozita dan keluarganya di Singapura pada hujung minggu lalu yang dimuat naik di laman Instgram milik aktor itu. Ditanya mengenai percutian itu, Zain berkata, dia mengambil peluang bersempena cuti Tahun Baru Cina dengan menghabiskan masa selama dua hari di taman tema Universal Studios Singapura (USS) di samping Rozita dan keluarganya. "Kami sengaja berjalan-jalan di USS sebab kebetulan sedang cuti. Kami pergi selama dua hari dengan Rozita, anak-anak dan adiknya Ayu Raudhah dan suami," katanya. Mengenai kerjaya, Zain berkata, dia bakal menyambung semula penggambaran drama bersiri Oh My English! musim kedua selepas cuti perayaan ini. "Selain Oh My English!, saya juga akan terlibat dalam program realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim terbaharu pada Mac depan," katanya. | |||
Jalan Terbaik Hairul Azreen Dedah Putus Cinta Posted: 13 Feb 2013 06:22 AM PST Pemilik nama sebenar Hairul Azreen Idris, 25, berkata, dia berharap pengakuan itu akan memberikan lebih ruang privasi untuk mereka meneruskan kehidupan dan kerjaya masing-masing selepas ini tanpa terus dihujani persoalan yang sama berulang-kali. "Saya akui hubungan kami sudah berakhir pada hujung bulan lepas atas persefahaman kedua belah pihak kerana kesilapan saya. "Perpisahan ini bagus untuk Faralyna juga kerana dia lebih bebas bekerja tanpa terus ditanya mengenai status sebenar hubungan kami," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Selasa. Aktor yang sedang meningkat naik itu mengakui hubungan yang terjalin selama empat tahun itu terlerai kerana konflik dalaman yang berpunca daripada kesilapannya. Ditanya mengenai punca sebenar, Hairul berkata, dia tidak dapat berkongsi berkenaan perkara itu kerana ia terlalu peribadi antara dirinya dan Faralyna. "Minta maaf saya tidak dapat kongsi sebab sebenar, cukuplah saya dan Fara sahaja tahu ceritanya. Saya akui ia kesilapan saya. "Buat masa ini, biarlah kami hidup dalam ruang sendiri dan fokus pada kerjaya masing-masing. Saya hanya mahu kumpul duit," katanya. Hairul berkata, dia juga tidak berani meletakkan sebarang harapan sejauh mana peluang mereka berbaik semula dan hanya menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. "Ketika berbincang dengan Fara sebelum ini, kami akui harapannya 50-50 untuk kami. "Kalau ada jodoh, kami akan bersatu dan jika tidak, biarlah kami jalani kehidupan masing-masing. "Namun, atas segala kebaikannya pada saya selama ini, saya sentiasa ada untuk membantu jika dia kesusahan," katanya yang bakal menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Misiku Kuza untuk Astro Ria dalam waktu terdekat. | |||
Sharnaaz Nekad Putuskan Hubungan Dengan Shila Amzah Posted: 13 Feb 2013 06:22 AM PST Akhbar Utusan Malaysia melaporkan pelakon filem Juvana itu turut enggan dikaitkan lagi dengan keluarga bekas kekasihnya "Saya memilih untuk melupakan segala-galanya. Keputusan ini saya buat kerana saya rasa semakin hilang hormat kepada bapanya, ND Lala" katanya. Menurut Sharnaaz, apa yang berlaku kepada penyanyi itu mahupun keluarganya ketika ini, bukan lagi menjadi urusan penting buat dirinya. Tambah Sharnaaz, sikap yang diambil ND Lala seolah-olah menunjukkan beliau terlalu ego sehingga tidak memberi ruang pada Shila membuat keputusan dalam menentukan masa depannya sendiri. "Biarkanlah kalau dia mahu terus begitu. Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang perkara ini," tegasnya. Isnin lalu, ND Lala telah melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang dan bakal mengadakan sidang akhbar khas tidak lama lagi. Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit. Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut. Shila yang 'melarikan' diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu. Pada Jumaat lalu, Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube. | |||
Ibu Catriona Ross Maut Nahas Kereta - Bas Posted: 13 Feb 2013 06:21 AM PST Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu dan akan sentiasa merindui Allahyarham. "Pemergian seorang ibu tidak akan ada galang gantinya. Walaupun pemergian Allahyarham kerana nahas jalan raya tetapi arwah kelihatan seperti insan yang lena dibuai mimpi. Catriona turut meminta semua umat Islam agar menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh ibunya itu. Dalam status Facebook miliknya itu juga Catriona turut memaklumkan jenazah ibunya dikebumikan di kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada Rabu. Pihak mStar Online gagal mendapatkan Catriona kerana panggilan telefon tidak dijawab mungkin kerana masih sibuk dengan urusan pengebumian jenazah. Sementara itu Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Manab Baharum berkata, Siti Zawiyah merupakan antara tiga mangsa yang maut dalam kemalangan berkenaan. Dua lagi mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada kira-kira 1 pagi itu ialah Sitah Abdullah, 53, dan Norini Abdul Ghani, 43. Abdul Manab berkata ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Mustapa Che Su, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping. "Kereta Proton Saga yang dinaiki mangsa cuba memotong deretan kereta dan bertembung dengan bas yang datang dari arah bertentangan sebelum terbabas ke dalam longkang berhampiran," katanya seperti dipetik Bernama. Beliau berkata kereta berkenaan dalam perjalanan dari Jeli ke arah Gerik manakala kesemua 29 penumpang bas tidak cedera. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |