Rabu, 27 Februari 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Perkahwinan Zain Saidin & Rozita Dapat Restu Keluarga

Posted: 25 Feb 2013 10:17 PM PST

Zain dan Rozita kini secara terbuka mengakui mereka sedang bercinta.
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin bersyukur kerana hasratnya untuk memperisterikan aktres Rozita Che Wan mendapat restu ibunya, Siti Aishah Abdullah serta ahli keluarga yang lain.
Zain, 29, berkata, walaupun dia tidak memperkenalkan Rozita, 40, secara rasmi kepada ibunya itu tetapi kedua-dua mereka pernah berjumpa dalam sebuah majlis dan telah saling kenal mengenali.
"Kakak saya iaitu Sasha (Elite) juga kenal dengan Rozita dan ada berjumpa ketika majlis resepsi pernikahan Azza dan suaminya tahun lalu selain di beberapa majlis lain. Ahli keluarga semua tiada masalah dengan hubungan kami," jelasnya kepada mStar Online pada Selasa.
Hubungan Zain dan Rozita sudah diperkatakan sejak sekian lama sehinggalah Zain menerusi sebuah akhbar membuka mulut untuk menikahi wanita yang berusia 11 tahun lebih tua daripadanya itu.
Bagaimanapun Zain menepis laporan akhbar Harian Metro pada Selasa yang mendedahkan dia dan Rozita mahu bernikah pada Julai depan kerana pada ketika itu umat Islam sibuk dengan persiapan bulan Ramadan.
Pelakon itu berkata, dia tetap bertegas dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga sekurang-kurangnya hujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan walaupun kedua-dua mereka masih tidak berbincang mengenainya.
"Seperti yang saya cakap sebelum ini perancangan untuk berkahwin insya-Allah pada penghujung tahun ini namun itu pun terletak kepada keadaan.
"Laporan mengatakan kami bakal berkahwin pada Julai ini tidak benar kerana ketika itu umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan dan agak sukar untuk mengadakan majlis perkahwinan" jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai hadiah istimewa yang pernah diberikan kepada Rozita, Zain berkata dia pernah memberikan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu bersempena hari jadi Rozita baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Zain berkata dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran Oh! My English musim kedua selain beberapa projek lain.

Julia Ziegler Bertegas Enggan Berbaik Dengan Sharifah Sakinah

Posted: 25 Feb 2013 10:16 PM PST

Julia Ziegler
PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler mengambil pendirian tidak mahu berbaik dengan pelakon Sharifah Sakinah sekalipun aktres tersebut meminta maaf kerana dikatakan menjadi punca tercetusnya fitnah terhadap Julia beberapa tahun lalu.
Menurut Julia,29, kejadian tersebut merupakan pengalaman paling buruk buatnya selama bergelar artis sehingga membuatkan dia untuk lebih berhati-hati dalam berkawan.
"Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini.
"Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus," ujarnya kepada mStar Online,di sini, Isnin.
Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan dingin antara dia dan aktres Sharifah Sakinah, 24, sejak beberapa tahun lalu yang kembali diperkatakan orang.
Tambah Julia, pertemuannya sehingga membuatkan dia bersalaman dengan Sharifah Sakinah sebelum ini terjadi secara tidak sengaja di sebuah majlis tetapi ia bukan bererti hubungan mereka sudah kembali jernih.
"Ya, kami ada bersalaman tahun lalu di sebuah majlis, itu pun kerana saya tidak perasan individu tersebut adalah dia (Sharifah Sakinah) kerana dia memakai kostum dan solekan yang mengubah penampilannya.
"Dia tidak perlu beri kenyataan kepada media bahawa kami sudah berbaik, walhal dia yang memulakan perkara ini dan tidak pernah mengakui kesilapannya," ujar Julia.
Sementara itu, Julia yang kini sibuk dengan latihan teater Asmara Songsang yang bakal ditayangkan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini menganggap kehidupan sekarang lebih tenang.
"Alhamdulillah sekarang kerjaya dan bisnes berjalan lancar, kehidupan peribadi juga lebih tenang selepas menunaikan umrah tahun lalu dan saya nampak apa yang saya inginkan dalam hidup," katanya.

FFM25: 3,000 Bakal Tonton Tayangan Filem Percuma

Posted: 25 Feb 2013 10:16 PM PST

Ombak Rindu antara filem yang akan ditayangkan.
PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menyasarkan lebih 3,000 penonton bakal memenuhi pawagam bagi menyaksikan tayangan filem perdana dan percuma sempena Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) bermula Rabu sehingga hingga 2 Mac depan.
Sebanyak 29 buah filem terbaik tahun lalu akan ditayangkan semula melalui tiga buah pawagam terpilih iaitu di Cathay Cineplax, Damansara, GSC Alamanda, Putrajaya dan TGV Cinemas, KLCC.
Pengarah Penyelidikan Jawatankuasa Tayangan Umum dan Tayangan Perdana FFM25, Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya yakin sambutan kali ini lebih baik berbanding penganjuran pada tahun lalu.
"Kita sasarkan lebih 3,000 orang akan datang menyaksikan tayangan percuma kali ini kerana filem-filem yang dipilih adalah antara filem terbaik yang berjaya mendapat kutipan tinggi.
"Lebih menarik kali ini kita akan membuat lebih banyak tayangan di setiap pawagam," katanya ketika dihubungi mStar Onlinedi sini pada Isnin.
Jadual tayangan perdana dan tayangan percuma FFM25.
Dalam pada itu, filem terbaharu Rock OO terbitan Grand Briliance dan Naga AVXS Sdn Bhd akan ditayangkan pada tayangan perdana Majlis Perasmian FFM25 yang akan berlangsung pada Rabu.
Sementara itu, Zulkifli berkata ramai artis popular dalam beberapa filem yang akan ditayangkan turut terlibat dalam memberi sokongan terhadap tayangan filem percuma ini.
"Beberapa orang artis dari filem-filem yang akan ditayangkan akan datang pada tayangan perdana termasuk pelakon filem Rock OO.
"Kita juga dalam usaha untuk mendapatkan mereka untuk sama-sama hadir dalam beberapa tayangan filem percuma di beberapa pawagam yang mengambil bahagian," katanya.
Tiket-tiket untuk menyaksikan tayangan percuma sudah diedarkan pada Isnin di kaunter tiga pawagam tersebut atau boleh mendapatkannya sendiri di Finas.

Rozita Che Wan Pilih Julai Kahwin Zain Saidin

Posted: 25 Feb 2013 10:15 PM PST


Zain dan Rozita ketika bercuti di Universal Studios Singapura baru-baru ini.
PETALING JAYA: Aktres Rozita Che Wan menjelaskan merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, pelakon, Zain Saidin pada penghujung Julai depan.
Harian Metro pada Selasa melaporkan, Rozita, 42, juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggap tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.
"Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan," kata Rozita ketika dihubungi, semalam.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan lagi rahsia dan sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.
Dalam pada itu, Rozita berkata, hubungan itu mendapat restu daripada ibunya walaupun jarak usia mereka 13 tahun.
"Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya," katanya.
Tambah Rozita, Zain seorang yang berani mengambil langkah mahu mengahwininya berbanding lelaki lain yang sekadar meluahkan rasa cinta.
"Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa sahaja boleh meluahkan perasaan cinta tapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Zain memberitahu terkejut dengan keputusan kekasihnya itu untuk mengakhiri kisah cinta mereka lebih awal.
Zain memberiahu masih belum berbincang mengenai tarikh perkahwinan mereka kerana sibuk dengan tugas masing-masing.
"Memang sebelum ini saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam jangkamasa terdekat tetapi apa pun kami akan berbincang mengenai tarikh yang sesuai," jelasnya.

Fazura sedia berkahwin

Posted: 25 Feb 2013 10:11 PM PST


 Fazura
Fazura
Fazura
Fazura sedia berkahwin
Fazura
Fazura di majlis pelancaran sebagai duta terbaru Colgate
BERTEMU bintang Gol dan Gincu ini di majlis pelancaran sebagai duta terbaru Colgate adalah satu kesempatan untuk mencungkil rahsia hatinya yang sering dipendam.
Lebih-lebih lagi model jelita ini mengakui tidak suka berkongsi kisah peribadinya dengan umum.

Namun, apabila diaju pertanyaan, benarkah dia sudah berkahwin secara diam-diam, lantas empunya diri tersenyum dan tergelak.

Jelas pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura ini, sememangnya sudah berniat untuk mengakhiri zaman solo apabila usianya mencecah 30 tahun.

"Ia bukan bermakna saya sudah berkahwin tetapi memang saya berazam untuk kahwin ketika berumur 30 tahun dan tahun ini genaplah angka tersebut," katanya.

Pun begitu, kata Fazura, dia berharap ianya menjadi kenyataan dan peminat juga mendoakan impiannya itu tercapai.

"Doakan yang terbaik untuk saya," kata pelakon filem Pisau Cukur ini.

Ditanya adakah dia akan terus aktif sekiranya sudah memegang status isteri, kata Fazura, dia harus mengotakan janji yang dibuat kepada ibunya sebelum ini iaitu akan meninggalkan dunia lakonan jika berkahwin nanti.

"Saya sudah berjanji dengan ibu akan berhenti berlakon jika berkahwin. Bagi saya inilah pengorbanan seorang isteri kepada suami," katanya.

Dalam pada itu jelas Fazura, sekiranya bakal suaminya seorang pelakon, lelaki itu juga perlu berhenti daripada bidang tersebut.

"Kami sama-sama perlu fokus kepada rumah tangga dan saya juga percaya bahawa ini adalah salah satu cara saya hormati dia," katanya yang tetap berhenti berlakon meskipun bakal suaminya itu ahli perniagaan atau sesiapa sahaja.

Elak bersentuhan

Meskipun agak sunyi di layar perak dan skrin, bukan bererti aktres ini sudah menamatkan kariernya dalam bidang seni, sebaliknya dia masih berminat meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.
Bagaimana pun, ujarnya, dia perlu memastikan setiap tawaran yang diterima tidak mempunyai babak romantis yang memerlukan dia berpegangan tangan bersama lelaki, babak di atas katil mahu pun yang boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada keluarganya.

"Saya memang mahu mengelakkan adegan begini, bagaimana pun, jika ia tidak melampau saya masih boleh menerimanya.

"Misalnya, dalam drama terbaru saya, Kisah Cinta, ada adegan pegang tangan bersama Shahiezy Sam tetapi tidaklah terlalu lama.
"Lagi pun, dalam drama itu ianya perlu kerana mahu wujudkan suasana romantis antara kami," katanya hanya berlakon jika karakter yang ditawarkan sesuai dengannya.

Buat 'comeback'?

Berkongsi perkembangan kariernya, Fazura berkata, tahun 2013 bakal menyaksikan dia kembali aktif dalam industri seni.

Menjelaskan mengenai perkara itu, katanya, ia bukanlah kerana dia mahu membuat comeback, sebaliknya, rezekinya tiba-tiba mencurah tahun ini.

"Nak kata saya buat comeback tu, tidaklah, cuma rezeki saya sangat murah tahun ni. Mungkin sebelum ni banyak tawaran ditolak sebab watak yang kurang sesuai, tetapi tahun ini rata-rata tawaran yang diterima memang kena dengan saya," katanya mahu buat yang terbaik tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Fazura juga bakal muncul dalam filem Kami Histeria, September nanti dan sedang sibuk menjalani penggambaran Manisnya Cinta bergandingan bersama Nazim Othman dan Shahiezy Sam.

Mengulas mengenai pelantikannya sebagai duta Colgate pula, tuturnya, dia bersyukur kerana syarikat gergasi itu memberi kepercayaan kepadanya menjadi juru cakap.
"Saya sudah lama menggunakan produk ini dan tidak salah saya menerimanya.

"Lagi pun, saya mahu memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan gigi," katanya yang akan bertemu doktor gigi enam bulan sekali bagi membuat pemeriksaan.

Aidil: 'Saya tak sayang Rita lagi'

Posted: 25 Feb 2013 10:10 PM PST


Rita Rudaini
Rita ketika ditemu bual di luar Mahkamah Rendah Syariah Seremban
 Aidil Zafuan
Aidil Zafuan
SEREMBAN - Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, gagal dalam sebutan permohonan cerai isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dekat sini, semalam.

Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor memerintahkan jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan yang diwakili seorang keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik dan menetapkan 8 Mac depan sebagai tarikh  baru sebutan kes yang turut dihadiri pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS).

Mohd Aidil 26, dan Rita 37, hadir di mahkamah untuk mendengar sebutan permohonan cerai yang dikemukakan Aidil selaku plaintif.

Hamizan dalam penghakimannya berkata, memandangkan seorang bersetuju dan seorang lagi tidak bersetuju, maka jawatankuasa khas pendamai perlu ditubuhkan.

"Ini mungkin boleh mewujudkan rasa sayang semula. Sekiranya jawatankuasa khas pendamai tersebut gagal menemui jalan penyelesaian juga, barulah proses cerai dilakukan," katanya.

Terdahulu, dalam prosiding, Rita diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, menuntut jawatankuasa khas pendamai ditubuh mengikut Seksyen 47 kerana tidak bersetuju dengan permohonan cerai kali kedua difailkan Aidil pada 31 Januari lalu.

"Ini kerana tiada perbincangan pernah dilakukan sebelum ini dan beranggapan dengan perbincangan secara formal menerusi jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan akan membolehkan perbincangan dibuat secara menyeluruh.

Bagaimanapun, peguam syarie, Noor Ariff Delia Ramli yang mewakili Aidil memberitahu mahkamah bahawa penubuhan jawatankuasa khas mahkamah tidak perlu kerana kes ini sudah lama berlarutan.

"Daripada perbincangan dengan anak guam saya, tiada jalan penyelesaian didapati dan memohon penceraian secara baik dapat dilakukan di sini," katanya.

Hamizan kemudiannya bertanya kepada Rita dan Aidil, sama ada kedua-dua mereka masih mempunyai rasa sayang di antara satu sama lain.

Hakim syarie: Sayang lagi tak kat isteri?

Aidil: Tak (merujuk kepada Rita). Saya dah tak sayangkan dia lagi dan saya dah tak inginkan dia.

Hakim syarie: Sayang tak kat suami?

Rita: Saya sayang keluarga saya. Selagi bergelar suami, saya sayang.

Hakim syarie : Nak cerai dah?

Aidil: Ya (angguk)

Dalam pada itu, Rita turut mahu mengetahui apakah kesalahannya sehinggakan plaintif mahu menceraikannya.

"Apa salah saya. Tiada perbincangan dibuat. Tiada alasan dia (Aidil) keluar dari rumah dan tinggalkan anak macam itu sahaja. Sebagai seorang isteri saya mempunyai hak untuk mengetahui sebab saya diceraikan," katanya.

Sementara itu, Aidil berkata, sekiranya dia (Rita) masih sayangkan keluarga, maruah suami perlu dijaga.

"Saya anggap kes ini berlarutan. Sudah dua kali dia minta diceraikan, tetapi masa itu saya masih boleh bersabar. Ada tak dia pernah menjaga maruah saya sebagai suami selama ini," katanya.

Rita berkata, dia tidak terkejut dengan permohonan cerai kali kedua yang difailkan Aidil.

"Kalau boleh, siapa nak cerai. Buat perbincangan dulu, ikut 'step' sekiranya tidak boleh barulah cerai. Nanti menyesal tidak guna. Kena fikir panjang, jangan fikir pendek," katanya.

Rita juga menafikan dakwaan beliau dua kali meminta cerai.

Syamsul mohon maaf kepada Yusof Haslam

Posted: 25 Feb 2013 10:09 PM PST


Syamsul Yusof
Syamsul Yusof
PENGARAH filem terkenal, Syamsul Yusof bertindak memohon maaf kepada ayahnya, Datuk Yusof Haslam di sebalik khabar angin bahawa kedua-dua beranak itu mengalami hubungan tegang baru-baru ini.

Namun, sebelum ini Yusof Haslam telah menafikan dakwaan yang mengatakan hubungan dengan anak lelakinya itu tidak baik.

Hal itu dikatakan berkaitan dengan filem KL Gangster 2 yang lebih setahun tertangguh.

Melalui laman blog miliknya, Syamsul menulis dalam artikel bertajuk Deklarasi Pada Spekulasi Maafkan Aku yang menceritakan serba sedikit apa yang berlaku.

"Semalam aku bersemuka dengan papa setelah sekian lama aku berdiam diri dan menjauhkan diri daripadanya.

"Entah mengapa, apabila aku berdepan dengannya, kali ini rasa seperti sudah terlalu lama aku tidak tatapi wajahnya yang kulihat semakin dimamah usia dan kerja kerasnya dari muda," tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Gangster Celop ini turut menangis akibat terlalu sedih ketika berdepan dengan ayahnya.

"Belum sempat aku mulakan bait pertama, air mata sudah mencurah-curah. Aku capai tangan kanan papa dan ku cium berkali-kali sebelum kurangkul tubuhnya erat-erat.

"Saat itu, apabila kehangatan tubuhnya ku rasa, aku lemah... selemah-lemahnya. Lumpuh seketika," tulisnya lagi.

Pengarah berusia 29 tahun ini juga memberitahu telah menerangkan segala rasa yang terbuku dalam dada kepada bapanya yang juga penerbit Skop Productions.

"Habis berterabur bait-bait kata yang kususun pada awalnya untuk ku katakan pada papa. Aku jadi sebak tak terkata.

"Aku terangkan pada papa apa yang terbuku di dada, apa yang ku simpan sekian lama iaitu berkenaan tekanan kerja. Papa senyap seribu bahasa. Namun dalam senyap, dia mendengar dan aku sedar air matanya bertakung," katanya.

Tambahnya: "Papa memberikan kata-kata semangat, sekali gus memberi jawapan pada setiap soalan yang kuajukan."

Sementara itu, Syamsul juga sempat memohon maaf kepada pihak media kerana mengambil sikap berdiam diri selama ini.

"Buat semua rakan media, aku memohon maaf kerana ketika isu ini sedang hangat, aku tidak berdaya menjawab panggilan dan tidak memberi komentar lanjut.

"Aku tidak bermaksud untuk mengetepikan kalian, jauh sekali jadi pengecut kerana lazimnya aku berdepan dan bersemuka dengan sebarang isu berbangkit tentang diriku dan karierku," katanya.

Syamsul juga berharap kisahnya itu dapat dijadikan iktibar kepada pembaca.

Hubungan Najwa Latif dengan bapa semakin baik

Posted: 25 Feb 2013 10:07 PM PST


Najwa Latif
Najwa Latif
SELEPAS pelbagai kontroversi mengenai kisah hubungan dingin bersama bapa kandungnya tersebar, penyanyi remaja, Najwa Latif akui kini masalah itu telah pun selesai.

Tidak pernah melatah dengan dugaan yang menimpa dirinya, Najwa memberitahu apa yang berlaku sebelum ini dianggap sebagai satu dugaan hidup buat dirinya.

"Saya bersyukur, perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan hubungan kami sekeluarga kini sudah pulih. Semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya.

"Walau ianya kisah peribadi saya, namun saya gembira kerana masyarakat dapat memahami situasi saya dan kerana itu ia tidak menjejaskan karier saya," jelasnya yang kini dikatakan semakin banyak menerima tawaran nyanyian.

Dibelasah rakan asrama

Posted: 25 Feb 2013 10:04 PM PST


Dibelasah rakan asrama
Amrul melakonkan semula bagaimana mukanya ditekup dengan kain pelikat sebelum dibelasah sekumpulan pelajar asrama ketika dia sedang tidur di asrama kolej penginapannya.
SURA – Gara-gara salah faham, seorang pelajar tingkatan lima cedera di mata, kepala dan anggota badan setelah menjadi mangsa belasahan sekumpulan rakan asramanya.

Kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 11.00 malam, awal minggu lalu, ketika pelajar berkenaan sedang tidur atas katil dalam blok asrama di sekolahnya.

Menurut mangsa, Ahmad Amirul Hakim Ahmad Rahidan, 17, petang sebelum kejadian, berlaku salah faham antara dia dan suspek dipercayai berpunca daripada kerosakan pada laci dalam blok asrama.

Ahmad Amirul berkata, selepas pertengkaran tersebut, dia anggap kes berkenaan berakhir di situ, namun dia terkejut apabila dia tiba-tiba dibelasah suspek ketika tidur.

"Ketika sedang tidur lena, tiba-tiba saya dikejutkan dengan tendangan yang kuat mengenai bahu dan badan.

"Muka saya kemudiannya ditutup dengan kain sebelum dibelasah di bahagian kepala dan anggota badan lain. Saya tidak dapat meminta tolong kerana muka saya ditekup oleh mereka," katanya.

Trauma kembali ke asrama

Menurut Amirul, sebaik melihat dia dipukul bertubi-tubi, seorang rakan asramanya cuba menghalang suspek daripada terus memukulnya, namun rakannya itu turut dibelasah suspek dan rakan-rakannya.

Amirul berkata, selepas dibelasah, suspek dan beberapa rakannya kemudian beredar lalu rakannya yang turut dibelasah itu memberikan bantuan dengan mengesat lukanya di bahagian mulut.

Kata Amirul, dia kemudiannya tidur dalam keadaan cedera dan masih lagi merasai kesakitan sebaik bangun dari tidur keesokan paginya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, dia tidak pergi ke kelas dan rakannya itu cuba membantunya dengan memindahkan ke blok lain kerana bimbang akan terus menjadi mangsa belasah suspek yang juga rakan sekolejnya.

Jelas Amirul, dia tidak memaklumkan kepada pihak kolej tentang kejadian kerana bimbang akan dipukul lagi oleh suspek, sebelum meminta pertolongan seorang abang angkatnya yang tinggal tidak jauh dari asrama berkenaan, untuk mendapatkan rawatan.

Akhirnya, abang angkat Amirul menasihatkan mangsa agar pulang ke rumah datuknya di Dungun untuk menceritakan hal sebenarnya kepada ahli keluarga.

Amirul yang juga seorang anak yatim berkata, dia kemudiannya pulang dengan menaiki bas dan menceritakan kejadian itu kepada datuknya sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Dungun kira-kira jam 11.00 malam, selain turut mendapatkan rawatan di Hospital Dungun atas kecederaan dialami.

"Sehingga kini saya masih trauma dengan kejadian berkenaan. Saya masih takut untuk kembali ke asrama, bimbang dipukul lagi," katanya.

Ambil tindakan sewajarnya

Sementara itu, neneknya, Dolha Mohd, 63, berkata, dia tidak menyebelahi sesiapa dalam hal ini cuma berharap agar pihak sekolah dapat mengambil tindakan kepada pelajar terlibat dan menjatuhkan hukuman sewajarnya kepada mereka terlibat.

"Saya besarkannya sejak kecil, dia sudah kematian bapa, jadi kejadian ini sedikit sebanyak pastinya menyedihkan saya.

"Saya berharap agar pesalah akan dihukum seadilnya," katanya yang tinggal di kampung Sura, Dungun.

Dalam pada itu, Pengetua Kolej Vokasional Kemaman, Mat Yusof Yeop Darus ketika diminta mengulas kes terbabit memaklumkan, pihaknya terus menjalankan siasatan sebaik mendapat laporan berkaitan kes pukul melibatkan pelajar asrama itu.

"Jika ada bukti menunjukkan pelajar berkenaan bersalah melakukan kes pukul itu, pihak sekolah tidak akan teragak-agak mengambil tindakan disiplin.

"Antara hukumannya pelajar tersebut boleh disingkirkan dari asrama atau dibuang dari kolej," katanya.

Sanggup datang dari jauh, lepas rindu

Posted: 25 Feb 2013 10:02 PM PST


Sanggup datang dari jauh, lepas rindu
Pasangan kekasih yang ditangkap berkhalwat di sebuah hotel bajet, di sini, awal pagi kelmarin.
KLUANG -  Tidak serik-serik. Wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat, sekali lagi dicekup ketika sedang memadu kasih selepas meraikan majlis hari jadi di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, di sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, wanita berkenaan  sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang.

Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 1.15 pagi pasukan penguat kuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel.

"Apabila pintu dibuka hanya lelaki sahaja yang ada manakala si wanita menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain," katanya.

Anuar berkata, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat.

"Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Operasi bersepadu itu berakhir sekitar jam 5 pagi dan  melibatkan lima daerah Jabatan Agama Islam Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, disertai tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang.

Muda, jelita, seksi, terbaik

Posted: 25 Feb 2013 10:01 PM PST



CANTIK, muda, seksi dan berbakat. Itu kriteria paling sesuai ditujukan kepada pelakon yang mencipta nama menerusi filem-filem pecah panggung seperti The Hunger Games dan X-men: First Class, Jennifer Lawrence yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada acara Anugerah Academy ke-85 semalam.
Lebih menarik lagi, kejayaan pelakon kelahiran Kentucky, Amerika Syarikat yang baru berusia 22 tahun itu diraih selepas menewaskan pelakon yang lebih senior seperti Jessica Chastain (Zero Dark Thirty) Emmanuelle Riva (Amour) dan Naomi Watts (The Impossible).
Tidak ketinggalan, Jennifer turut mendapat saingan daripada seorang pelakon kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun iaitu Quvenzhane Wallis menerusi filem Beasts Of The Southern Wild.
Namun berlaku sedikit insiden memalukan ketika Jennifer sedang melangkah ke pentas majis anugerah sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang oleh aktor Jean Dujardin. Dia tiba-tiba terjatuh di tangga ekoran gaun yang dipakainya terlalu labuh dan berat.
Meskipun mengalami insiden yang cukup memalukan, Jennifer tetap berbangga apabila para tetamu memberikan penghormatan dengan standing ovation (berdiri dan memberikan tepukan gemuruh) kepadanya.
KETERUJAAN jelas terpancar pada wajah Jennifer Lawrence (kiri) dan Anne Hathaway dengan kemenangan masing-masing.


"Kamu semua berdiri kerana berasa sesuatu yang agak melucukan apabila saya terjatuh, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih atas penghormatan yang diberikan.
"Semua ini memang gila dan sudah tentu saya tidak percaya dengan kemenangan yang diraih ini," ungkapnya sambil mengucup trofi Oscar yang dimenanginya hasil lakonannya sebagai Tiffany dalam filem Silver Linings Playbook itu ketika berucap di atas pentas.
Filem tersebut mengisahkan tentang kehidupan yang dilalui Tiffany Maxwell, seorang janda muda yang mengalami masalah ketagih seks setelah kematian suami.
Dalam filem itu juga, Jennifer turut bergandingan dengan aktor Bradley Cooper yang membawakan watak sebagai Patrizio Solitano, seorang bekas guru yang mengidap penyakit bipolar.
Meskipun Jennifer berhasil meraih kejayaan untuk kategori Aktres Terbaik, lain pula ceritanya buat Bradley yang gagal memenangi Aktor Terbaik setelah tumpas di tangan Daniel Day Lewis yang membawakan watak Abraham Lincoln dalam filem Lincoln.
Mengulas mengenai kejayaan tersebut, ternyata lakonan Jennifer sebagai Tiffany Maxwell dalam filem romantik komedi itu memberikan impak yang besar buat dirinya.
Buktinya, sebelum ini aktres itu turut berjaya memenangi kategori Aktres Terbaik (Komedi) pada acara Anugerah Golden Globe ke-70 yang berlangsung pada bulan lalu.
Bagaimanapun, ia bukan merupakan kali pertama aktres berkenaan pernah tercalon merebut trofi Oscar. Dua tahun lalu dia pernah tercalon dalam kategori yang sama menerusi filem Winter's Bone.
Bersaing dengan beberapa pelakon hebat seperti Natalie Portman, Annette Bening, Nicole Kidman dan Michelle William, akhirnya dia terpaksa akur apabila tewas di tangan Natalie yang menampilkan lakonan mantap dalam filem Black Swan.



Ternyata permulaan awal tahun 2013 pastinya memberikan kejayaan tersendiri buat pelakon yang memulakan kerjaya sebagai pelakon tujuh tahun lalu setelah menggondol dua anugerah utama dalam tempoh dua bulan.
Menang besar
Pada majlis Anugerah Academy ke-85 juga menyaksikan filem Lincoln mendapat pencalonan terbanyak iaitu 12 kategori dan diikuti dengan Life Of Pi dengan 11 kategori.
Meskipun mendapat pencalonan terbanyak, ternyata penguasaan filem berkenaan dalam memenangi trofi Oscar kali agak mengecewakan apabila ia sekadar membawa pulang dua trofi iaitu menerusi kategori Aktor Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik.
Sebaliknya, filem Life Of Pi yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang terdampar di lautan bersama seekor harimau telah menang besar apabila meraih empat trofi.
Life of Pi menang Anugerah Skor Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Kesan Visual Terbaik dan Pengarah Terbaik yang diraih oleh Ang Lee.
Selain itu, filem muzikal Les Miserables yang tercalon dalam lapan kategori pula berbangga apabila Anne Hathaway berjaya meraih trofi untuk kategori Aktres Pembantu Terbaik, meskipun pelakon utamanya iaitu Hugh Jackman gagal memenangi Anugerah Aktor Terbaik.

BEN AFFLECK (depan, tengah) sedang berucap penuh emosi bersempena kemenangan filem arahannya, Argo merangkul Anugerah Filem Terbaik.


Sebuah lagi filem iaitu Argo lakonan dan arahan Ben Affleck yang tercalon dalam tujuh kategori telah mencipta kejayaan tersendiri apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik.
"Ada sembilan buah filem yang tercalon untuk kategori Filem Terbaik, jadi saya anggap kesemua filem yang tercalon ini memang sangat hebat dan persaingan memang agak sengit," ulas Affleck tentang kemenangan Argo itu.
Selain Argo, antara filem lain yang turut tercalon seperti Amour, Beasts Of The Southern Wild, Django Unchained, Les Miserables, Life of Pi, Lincoln, Silver Linings Playbook dan Zero Dark Thirty.
Menariknya, Argo merupakan filem yang dipilih sebagai Filem Terbaik, namun Affleck selaku pengarahnya langsung tidak tercalon untuk kategori Pengarah Terbaik.
Situasi yang sama kali terakhir pernah berlaku menerusi filem Driving Miss Daisy pada majlis Academy Awards ke-62 pada tahun 1989.

Apo Kono Eh Jang idea Stellar

Posted: 25 Feb 2013 10:00 PM PST


STELLAR kini dalam proses merakam semula lagu popular Wings, Peronda Jaket Biru.


MENJANGKAU jumlah tontonan terkini 2.79 juta di laman sosial YouTube, lagu Apo Kono Eh Jang ternyata mencipta fenomena sendiri di Malaysia.
Kelainan lagu yang telah mengungguli carta di beberapa stesen radio tempatan selain menampilkan irama moden yang berbeza daripada versi asal dendangan Ally Noor dan Mastura, lagu itu sebenarnya mengambil masa lebih setahun untuk disiapkan sepenuhnya.
"Nampak mudah tapi sebenarnya untuk mengadunkan bunyi-bunyi moden bersifat urban rock dan diselarikan dengan citarasa semasa bukan senang. Lagu itu mula melalui proses prarakaman pada tahun 2010 lagi hingga akhirnya disiapkan pada tahun lalu sebelum meletus," kata pengasas kumpulan Stellar, Badrul Hisham Abdullah (gitaris) atau mesra dipanggil Bad.
Hakikat bahawa populariti kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda antara lainnya Mohd. Helmi Abdul Rahim (vokalis), Mohd. Herwan Sairon (bass) dan Mohd. Azrul Hayat Ismail (drum) tidak sehebat kejayaan lagu Apo Kono Eh Jang diakui mereka.
Tumpang populariti
Menurut Bad, dia percaya akan kekuatan lagu itu yang ternyata menarik didengari dan senang masuk ke dalam jiwa peminat, namun populariti kumpulannya bukan prioriti sementelah kemasyhuran itu datang sepantas kilat.
"Keutamaan kami adalah lagu bukannya latar belakang kami. Apabila orang mengenali lagu dan muzik itu popular, dengan sendirinya orang akan mula mengenali kami.
"Formula ini kami akan praktikkan untuk lagu-lagu seterusnya dan berani mencuba sesuatu yang baharu," katanya yang juga muncul dengan lagu rakyat negeri Perak, Wan Lebur bersama Usop Wilcha.
Ditanya adakah mereka menumpang populariti Datuk AC Mizal dan Fida apabila lagu Apo Kono Eh Jang turut melibatkan kolaborasi kedua-dua selebriti itu, kata Badrul, mereka mempunyai agenda sendiri.
"Masing-masing ada perancangan karier termasuk AC Mizal dan Fida. Mereka pun ada strategi tersendiri selepas lagu ini popular begitu juga kami.
"Lagipun, lagu ini pada mulanya kami yang gubah dan idea asal datang daripada Stellar. Kami setuju untuk membuang rasa ego untuk berkolaborasi dengan AC Mizal dan Fida, malah kami juga pernah membuat persembahan tanpa mereka berdua, jadi tiada isu tumpang populariti sesiapa," ujarnya.
Kolaborasi bersama AC dan Fida adalah cetusan idea oleh Sheikh Qalam Records Sdn. Bhd. dan ledakan populariti lagu Apo Kono Eh Jang menjadi bonus apabila kedua-dua penyanyi itu berasal dari Negeri Sembilan.
Rap minang
Antara faktor Apo Kono Eh Jang menjadi popular kerana keunikan lirik rap dialek Minang oleh AC. Kata Bad lagi, selain lirik yang menyampaikan mesej mendalam dan bermakna, rap minang itu juga merupakan pembaharuan dalam dunia seni suara.
"Lagu itu jadi sedap kerana rap Minang, tidak dinafikan kolaborasi bersama AC Mizal menjadi. Biarpun lirik dialek Minang itu sukar difahami, ia tidak menjadi halangan untuk lagu itu terus berkembang," jelasnya.
Sementara itu, Bad turut menjawab dakwaan bahawa lagu itu mengandungi lirik berbaur lucah dan kasar sekali gus dilihat suatu percubaan untuk melacurkan bahasa serta menyampaikan mesej tidak sihat.
"Memang pada mulanya kami khuatir lagu ini akan diharamkan tapi itulah yang dikatakan lagu rakyat dan kerisauan sentimen bahasa itu memang tidak diragui.
"Saya rasa populariti telah mengatasi masalah itu dan perkataan yang digunakan bukan bahasa yang kasar dan lucah. Telanjang contohnya lebih sopan berbanding bogel.
"Bahasa negeri yang dirapkan bukan menjadi satu isu untuk diperdebatkan kerana itu keunikan dan promosi tidak langsung Negeri Sembilan kepada orang luar," hurainya.
Stellar ditubuhkan selepas kumpulan The Muffins terkubur pada tahun 2008. Kumpulan itu pernah menerbitkan sebuah album EP berjudul Cinta Hingga Ke Hujung Galaksi pada tahun 2009 dan sebuah album penuh Kisah Bintang Pecinta (2010).
Kini, mereka dalam proses untuk merakamkan semula lagu hit Wings, Peronda Jaket Biru serta sebuah single daripada album EP, Cinta Hingga Hujung Galaksi.

Aizat bermisai bukan sebab kekasih hati

Posted: 25 Feb 2013 09:59 PM PST


PELANTUN lagu hit, Hanya Kau Yang Mampu ini mempunyai sebab tersendiri kenapa dia kini bermisai.


SELEPAS penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna memilih Aizat Amdan untuk menyanyikan lagu miliknya, Terukir Di Bintang di pentas Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), rupa-rupanya dalam diam-diam Aizat menaruh hati untuk menyunting Yuna.
Kejayaan Aizat membawakan lagu tersebut sehingga dinobatkan sebagai juara AJL27 menjadi penguat semangat kepada penyanyi dan komposer muda itu menyatakan hasrat untuk menyunting dan melamar Yuna.
Aizat akhirnya berkesempatan menyatakan hasratnya itu kepada Yuna tetapi bekas kekasih kepada Qi Razali itu begitu sibuk dengan kerjaya nyanyiannya di Amerika Syarikat dan meminta Aizat menunggunya.
Apakah ikatan sebenar yang terjalin antara Yuna dan Aizat? Ikuti temu bual Kosmo! bersama Aizat.
Kosmo!: Apakah maksud anda ingin menyunting dan melamar Yuna?
AIZAT: Sebenarnya saya berhasrat untuk menyuntingnya untuk berkolaborasi bersama dalam sebuah album.
Adakah Yuna sudah menyatakan persetujuan untuk berkolaborasi bersama Aizat?
Susah hendak bekerjasama dengan Yuna sebab dia sangat sibuk. Namun, saya sudah beritahu dia mengenai hasrat saya ini. Dia bersetuju cuma belum ada masa yang sesuai. Saya kena tunggu dia pulang ke Malaysia dan kemudian baru boleh masuk studio.
Adakah anda kecewa kerana perlu menunggu Yuna?
Tidak mengapa. Sementara menunggu dia, saya boleh fokus kepada penghasilan album ketiga saya termasuk projek kumpulan Go Gerila serta menghasilkan album untuk penyanyi di bawah syarikat milik saya, Kasi Gegar Entertainment, Amir Jahari.
Berapa buah lagu yang bakal terkandung dalam album ketiga anda nanti dan bilakah ia akan dilancarkan?
Insya-Allah, album ketiga saya nanti mengandungi 12 lagu - enam lagu Inggeris dan enam lagu Melayu. Ia dijadualkan berada di pasaran menjelang bulan Mei ini.
Apakah kelainan album ketiga Aizat itu?
Ia bakal menonjolkan sisi kematangan diri saya. Album itu juga akan menjadi produk pertama yang dihasilkan di studio milik saya sendiri. Selain itu, peminat juga dapat lihat kelainan dari segi muzik kerana saya juga akan bekerjasama dengan beberapa penyanyi terkenal tempatan termasuk penyanyi antarabangsa.
Siapakah penyanyi-penyanyi tempatan dan antarabangsa yang Aizat maksudkan itu?
Saya terpaksa rahsiakan dulu sebagai kejutan kepada peminat.
Album terakhir Aizat diterbitkan tiga tahun lepas. Kenapakah ambil masa yang lama untuk hasilkan album baharu?
Saya rasa inilah masanya untuk saya muncul dengan album baharu selepas tiga tahun. Sebabnya, studio syarikat saya juga sudah siap dan memudahkan untuk kerja-kerja rakaman dan saya juga baru selesai mengikuti pengajian dalam bidang Logic Pro Course selama empat bulan di Garnish School Of Sound (SOS), Hackney, London.
Imej Aizat kini sudah berubah, sudah bermisai. Adakah ia disebabkan oleh seseorang? Teman wanita barangkali?
Hati saya belum milik sesiapa dan saya masih mencari (ketawa). Bukan kerana sudah ada kekasih menyebabkan imej saya berubah tetapi saya lakukan imej ini secara spontan.
Umur Aizat sudah 24 tahun, masih belum mempunyai sesiapakah yang istimewa di hati?
Saya bukan menolak atau tidak ada keinginan untuk bercinta, tetapi biarlah saya fokus pada kerjaya dulu.

Rita dakwa masih sayang Aidil

Posted: 25 Feb 2013 09:59 PM PST

RITA RUDAINI di Mahkamah Rendah Syariah Seremban semalam.


SEREMBAN - Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak meminta isterinya, Rita Rudaini Mokhtar supaya hentikan sandiwara dan segera menamatkan krisis rumah tangga mereka yang berlanjutan sejak lebih setahun lalu.
Desakan itu dibuat selepas Rita Rudaini, 37, yang merupakan seorang pelakon membantah permohonan cerai yang difailkan Aidil Zafuan, 26, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, dengan alasan masih sayangkan suaminya itu.
"Kalau dia masih sayangkan saya, kenapa dia tidak mengikut arahan saya sebagai seorang suami. Saya bukan meminta dia membuat perkara yang tidak baik.
"Saya harap dia berhenti 'berlakon' seolah-olah masih sayangkan saya, kerana banyak kenyataannya di dalam akhbar sebelum ini mengaibkan saya sebagai seorang suami," tegas pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim itu kepada media sejurus prosiding.

Pecah ATM, RM297,000 kena kebas

Posted: 25 Feb 2013 09:57 PM PST


KEADAAN ATM yang dibakar selepas perompak melarikan wang hampir RM300,000 di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Sekumpulan perompak berjoli sakan apabila melarikan wang hampir RM297,000 selepas memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Jalan Kota di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya berkata, kejadian itu disedari oleh salah seorang pekerja bank pada pukul 7.50 pagi yang datang untuk memulakan tugas sebelum dia memaklumkan kepada penyelianya dan polis.
Difahamkan, kejadian ini merupakan rompakan ATM yang melibatkan kerugian terbesar tahun ini di negeri ini.
"Berdasarkan keterangan pihak bank, kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 pagi berdasarkan alat penggera yang berbunyi pada waktu tersebut.
"Kita percaya perompak lebih daripada seorang dan modus operandi mereka ialah menggunakan sejenis bahan kimia yang sering dipakai dalam industri pembinaan sebagai bahan api untuk memecahkan ATM," katanya.

Paten bisnesikut musim

Posted: 25 Feb 2013 09:54 PM PST



SEBAGAI seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam, kereta menjadi mod pengangkutan yang penting kepada Noor Aizad Ibrahim, 25.
Memandangkan dia tidak memiliki kereta sendiri, pelajar tahun akhir kejuruteraan kimia dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu lebih selesa menyewa kereta.
Anak kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu menyewa kereta sejak dia dalam pengajian tahun dua. Bagi tujuan tersebut, dia perlu berbelanja sekitar RM800 sebulan.
Bagaimanapun, Aizad menyewa kereta bukan untuk urusan berulang-alik ke kelas semata-mata, sebaliknya kemudahan tersebut adalah untuk menghantar barang.
"Saya bekerja sambilan. Upah yang saya peroleh itu saya gunakan untuk membayar sewa kereta. Jika tidak ada kerja atau pendapatan saya jarang menyewa kecuali terdesak atas urusan pengajian," ujar Aizad yang ketika itu membantu perniagaan kakaknya.
Menetap dan belajar di Seksyen 7, Shah Alam, Aizad menyewa kereta daripada sebuah syarikat sejak tahun 2009.
"Saya selesa menyewa daripada syarikat tersebut kerana mereka sangat profesional. Jika ada masalah pada kereta, mereka akan datang membantu," katanya yang tidak meminjam kereta daripada rakan-rakan.
Menceritakan kecekapan perkhidmatan syarikat terbabit, kereta yang dipandunya kehabisan bateri semasa dia sampai di Ipoh, Perak.
Pada awalnya dia buntu lantaran tidak tahu tindakan yang harus dilakukannya. Aizad terus menghubungi syarikat Kumpulan Kereta Sewa SACR yang berpangkalan di Shah Alam itu. Mujur masalah tersebut diberi perhatian dan dalam masa dua jam, petugas syarikat terbabit tiba memberi bantuan kepada Aizad.
Bantuan rakan

PENYEWA perlu memberi butiran peribadi seperti salinan kad pengenalan, kad pelajar (bagi penuntut), lesen, slip gaji dan sebagainya bagi mengelakkan kereta sewa disalah guna.


Walaupun menyedari menyewa kereta daripada rakan kolej atau universiti tidak seperti meminjam daripada syarikat penyewa, P. Magaenthiran, 30, lebih gemar menyewa kereta daripada rakan-rakan.
Namun, dia hanya menyewa kereta semasa menuntut di kolej dan ketika mencari kerja sekitar kira-kira enam tahun dahulu. Magaenthiran yang memiliki kereta sendiri mengakui menyewa daripada rakan lebih jimat, selesa dan murah.
"Lazimnya apabila menyewa daripada rakan, kita tidak terikat dengan banyak syarat. Jika berurusan dengan ejen penyewa, ia agak melecehkan," kata Magaenthiran.
Sepanjang dia menyewa kereta daripada kenalan rapat, dia pernah berdepan dengan beberapa masalah seperti tayar pancit, tingkap automatik yang tersekat atau bilah pengelap cermin yang rosak. Selalunya, kerosakan kecil sebegitu adalah di bawah tanggungannya.
"Saya tidak pernah berdepan masalah besar, tetapi kalau kecil dan mampu ditangani, saya uruskan sendiri.
"Bagi saya, kadar sewa kereta yang murah yang dimiliki kenalan lebih mudah dikendalikan," katanya yang pernah meminjam kereta Kancil rakannya pada kadar sewa kurang daripada RM40 sehari.
Rata-rata penyewa kereta yang ditemui mempunyai pilihan masing-masing, sama ada menyewa daripada syarikat penyewa kereta atau rakan-rakan seperti yang banyak dilakukan oleh pelajar institusi pengajian tinggi.
Pendapatan sampingan
Lazimnya, penyewa kereta terdiri daripada para pelajar. Bagi Azrin Abdullah, 28, permintaan tersebut membuka matanya tentang peluang bisnes.
"Kami mula berniaga kereta, ini ketika menjadi pelajar," katanya sewaktu ditemui di pejabat SACR di Seksyen 7, Shah Alam.
Seperti kebanyakan pelajar lain yang menyewa kereta peribadi, pengusaha kereta sewa itu mengakui ia satu trend yang menjanjikan pendapatan sambilan yang menguntungkan.
"Kini saya menjalankan perniagaan sewa, kereta sewa bersama rakan-rakan. Secara keseluruhannya, kami membekalkan lebih 200 buah kereta," kata Azrin yang memiliki lebih 50 buah kereta sewa.
AZRIN (kanan) dan Kairul akan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum digunakan pelanggan.


Pengusaha itu dan rakannya, Kairul Hisham, 26, kelihatan mewah dan berjaya, tetapi menurut mereka, menguruskan perniagaan itu tidak semudah yang disangka.
Azrin yang berpengalaman berdepan dengan jatuh bangun operasi dalam beberapa perniagaan lain sebelum ini memberitahu, lebih banyak keuntungan yang diperoleh dalam sesebuah perniagaan, lebih tinggi risikonya.
Dia memulakan bisnes kereta sewa dengan kereta Perodua model Kancil sejak tahun 2008. Secara berperingkat, Azrin menyasar untuk menambah bilangan kereta setiap tahun.
Bagaimanapun, selepas memiliki 51 buah kereta, Azrin beranggapan bahawa jumlah itu sudah memadai.
Pada peringkat awalnya, Azrin mengakui agak sukar untuk mengendalikan perniagaan tersebut kerana tiada pengalaman dalam membuat pinjaman dan pembelian kereta. Namun, lama-kelamaan proses pinjaman dan pembelian kereta menjadi lancar.
Azrin juga sedia membantu rakan-rakan lain di bawah rangkaian perniagaan kereta sewa. Menurut Kairul, selain bantuan rakan, kenalan luar turut membantunya mengembangkan perniagaan.
Kerjasama dengan polis
"Menyewa kereta mempunyai banyak risiko. Tanpa kenalan dan hubungan baik dengan pihak tertentu mungkin sukar untuk kita menguruskan waktu kecemasan," kata Kairul.
Pihak SACR juga menjalinkan kerjasama baik dengan pihak polis. Hal itu penting kerana mereka pernah melalui pengalaman kereta yang disewakan itu digunakan untuk tujuan jenayah.
Begitupun, Kairul mengakui dapat membuktikan pihak syarikatnya tidak bersalah dengan memnunjukkan rekod pinjaman yang kukuh dan data-data peminjam yang lengkap.
Menurut Kairul, proses menyewa kereta akan dilakukan secara profesional. Peminjam perlu memberi salinan kad pengenalan, kad pelajar (bagi penuntut), lesen, slip gaji dan sebagainya.
Semua data itu didokumentasi dengan cermat selain disalin ke dalam satu aplikasi khusus telefon pintar.
"Melalui aplikasi ini, saya lebih mudah mengesan masa dan penyewa, sekiranya kami berdepan dengan saman dan sebagainya," katanya yang turut memasang sistem sistem pengesan kedudukan global (GPS) dalam semua kereta sewa mereka.
Kairul berpendapat, ada beberapa punca yang menyebabkan bisnes kereta sewa menemui kegagalan.
Pertama ialah mendapatkan pinjaman, kelulusan dan urusan membeli kereta. Selain itu, pemilik kereta perlu tegas dan berdisiplin.
AZRIN menunjukkan data penyewa yang didokumentasi dan disalin ke dalam satu aplikasi khusus telefon pintar.


"Hati kena kuat, jangan cepat mengasihani sesiapa. Itu sebabnya kita melihat ramai yang kena tipu, kereta dibawa lari, hilang dan pelbagai masalah lain," ujarnya.
Selain itu, pemberi sewa perlu bergerak secara berkumpulan jika berdepan dengan penyewa yang bermasalah seperti enggan membayar sewa atau melarikan kereta.
Di samping itu, Azrin menambah, risiko lain ialah berdepan dengan kereta yang terlibat dengan kemalangan, saman, dicalar, hilang atau ditinggalkan di sesebuah tempat dengan sengaja atau dan digunakan untuk jenayah.
Paten perniagaan kereta sewa juga bermusim. Menurut Kairul, apabila musim semester bermula dan wang pinjaman masuk, maka perniagaan agak baik.
"Kami banyak bergantung kepada pelajar universiti berhampiran," kata Kairul yang mempunyai penyewa yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta.
Bagi penyewa yang bekerja pula, lazimnya mereka mempunyai akaun sewa selama berbulan-bulan.
"Ada syarikat persendirian yang menyewa kereta untuk satu tempoh lama dengan membayar RM3,000 setiap bulan sebagai sewa kereta," jelasnya.
Lazimnya, setiap kali kereta disewa, bayaran penuh akan dilakukan kecuali mereka yang mahu melanjutkan tempoh pada saat-saat akhir.

Nilai estetika rumah kayu

Posted: 25 Feb 2013 09:53 PM PST



S UASANA Kampung Sijangkang yang terletak di Kuala Langat, Selangor pada pagi itu agak dingin dan lembap gara-gara hujan lebat. Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam dari ibu kota itu terbantut seketika setelah memasuki laluan kecil di kampung itu.
Meskipun percubaan mencari Jalan Seri Tanjung gagal, akhirnya menemukan kami dengan pemilik rumah kayu yang popular di kampung tersebut iaitu bekas seorang usahawan, Ahmad Ali, 50.
Bergerak 50 meter ke kawasan rumah tersebut, kelihatan sebuah binaan kayu berwarna coklat gelap yang tersergam indah di atas hamparan rumput yang menghijau.
Kehadiran kami disambut mesra oleh seorang lelaki yang tampil ringkas berkemeja rona biru, seluar panjang dan bersongkok. Sambil mengukir senyuman dan menundukkan kepala tanda hormat, dia memperkenalkan diri lalu mempelawa masuk ke dalam rumah.

RUMAH ini seringkali menjadi tumpuan orang ramai kerana sarat dengan elemen tradisional.


Ketika melangkah masuk hawa sejuk dan nyaman menyapa kami. Perasaan kagum menyelubungi tatkala melihat keunikan jubin lantai yang berwarna-warni diselangi kepingan papan dan batu sungai.
Setiap inci dalam rumah tersebut pasti mengingatkan seseorang pada ciri sebuah rumah kampung kerana selain reka bentuk, ia siap dengan kelengkapan dan barangan antik seperti kipas, suis lampu, penghias dinding dan lampu.
Selain itu, keunikan ukiran dan bentuk kayu di bahagian dinding, atap, tingkap dan tangga nyata menyerlahkan keaslian rumah berkenaan. Kediaman yang diperbuat daripada kayu mempunyai keistimewaan dan nilai estetika yang tersendiri.
TANGGA belakang untuk memudahkan anak dara naik ke atas rumah.


Apatah lagi dikelilingi pohon-pohon yang menghijau di halaman rumah dan dihiburkan dengan kokokan ayam. Kedamaiannya meresap ke dalam hati. Diajak bercerita mengenai rumah itu, Ahmad memberitahu, dia terpanggil untuk mendirikan rumah tradisional itu kerana tidak mahu unsur-unsur Melayu lenyap begitu sahaja.
Hasrat untuk membina rumah kayu itu bermula selepas salah seorang rakannya yang berasal dari Perancis mengunjungi Malaysia. Warga Perancis itu meluahkan perasaan janggal kepada Ahmad selepas melihat sebuah lukisan rumah kayu tradisional yang tergantung di dinding.
HASIL ukiran kayu membangkitkan nostalgia.


"Dia bertanya kepada saya, kenapa sukar untuk melihat rumah kayu di ibu kota sedangkan ia melambangkan identiti orang Melayu," ujarnya yang terkesima dengan pandangan tersebut.
Anak sulung daripada tujuh adik-beradik itu mula merancang untuk membina rumah kampung tradisional lalu membuat keputusan menjual kondominiumnya yang terletak di Shah Alam.
Daripada maklumat yang diperoleh daripada seorang rakannya, Ahmad kemudian membeli sebuah rumah kayu yang berusia 70 tahun di Teluk Intan, Perak yang bernilai RM2,000. Menurut Ahmad, rumah lama yang dibeli itu dirobohkan untuk dibina semula di Sijangkang menggunakan kayu sedia ada.

SEBAHAGIAN dinding di ruang tamu dihiasi dengan kelarai.


"Saya kitar semula kayu lama itu kerana ia lebih kering, tahan lama dan lebih keras kerana kayu baharu memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk kering," tutur bapa kepada tiga anak itu.
Bagaimanapun, hanya sebahagian kayu lama boleh digunakan, selebihnya menggunakan kayu baharu. Bagi membina istana idamannya, hampir 20 tan metrik kayu digunakan.
Antara jenis kayu yang digunakan ialah cengal dan resak kerana kualitinya yang tinggi. Menurut anak jati Tanjong Karang, Selangor itu pembinaan rumah tersebut mengambil masa selama empat tahun. Pembinaan rumah yang didirikan di atas tanah yang berkeluasan satu ekar (0.4 hektar) itu mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan kerja-kerja yang rumit selain memerlukan ketelitian yang tinggi.
Malah, sebahagian rumah tersebut didirikan tanpa paku selain sambungan tanggam iaitu kayu kecil untuk menampung binaan dan pasak.
Ilham kembara
Ahmad yang gemar melancong sentiasa mengambil kesempatan itu untuk mencari idea-idea baharu dengan mengunjungi kedai-kedai kayu.
"Saya akan berbincang dengan tukang kayu dan berkongsi idea-idea yang diperoleh sepanjang pengembaraan. Jika tiada masalah mereka akan membina mengikut cita rasa saya," katanya.
Menyentuh mengenai ukiran yang menjadi penyeri kediamannya, kayu ukiran itu terdiri daripada kayu-kayu yang terpakai. Selain untuk tujuan hiasan, ia juga menggalakkan aliran udara dan cahaya ke dalam rumah.
Memetik kata-kata Penolong Pengurus Projek, Badan Warisan Malaysia, Intan Syaheeda Abu Bakar, ukiran penuh kerawang bukan sahaja dipandang sebagai aksesori tetapi turut menunjukkan status pemilik rumah. "Itu mungkin dulu," pintas Ahmad.

UKIRAN Asma Ul Husna menghiasi hiasan dalaman rumah Ahmad menjadi ciri-ciri yang menarik.


Tatkala melangkah masuk ke ruang tetamu yang terletak di atas tingkat itu kedengaran bunyi keriut papan lantai yang bergesel antara satu sama lain.
"Bunyi itu biasa bagi lantai kayu tetapi jangan khuatir kerana rumah ini mampu menampung lebih 100 orang," katanya sambil tersenyum.
Kepingan papan segi empat panjang yang berwarna merah dan hijau yang terletak di ruang tamu menarik perhatian mata yang memandang. Sangkaan penulis ia tulisan kaligrafi Cina tetapi ia sebenarnya ukiran nama-nama Allah.
"Saya beli ukiran ini pada harga RM12,000 di Changlun, Kedah kerana pembeli asalnya menghadapi masalah kewangan," jelasnya yang menyifatkan hiasan itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang bertandang ke rumahnya. Ghairah bercerita tentang kepingan tulisan Asma Ul Husna itu, dia memberitahu 'istananya' itu turut mempunyai tiga tangga.
Berasa agak janggal dengan jumlah tangga itu, Ahmad menjelaskan, ia memudahkan anak dara naik ke atas rumah itu melalui laluan belakang.
"Seorang saudara terdekat menasihatkan supaya mendirikan tangga yang berselindung untuk memudahkan kaum wanita masuk ke rumah jika tetamu bertandang ke rumah," ungkapnya sambil memberitahu terdapat empat buah bilik di rumah tersebut.
Antara cabaran memiliki rumah kayu ialah serangan anai-anai dan haiwan pemusnah lain. Namun, Ahmad tidak menganggap ia sebagai satu cabaran sebaliknya menganggap ia merupakan fitrah alam.
PERALATAN elektrik lama seperti suis lampu ini menambah rasa nostalgia pada rumah kayu ini.


Kaedah semburan
"Manusia mempunyai otak dan teknologi, jadi kita perlu mencari ikhtiar untuk menyelesaikan sebarang masalah yang datang dalam kehidupan. Begitu juga dengan masalah anai ini," sambung Ahmad penuh falsafah.
Beliau hanya menggunakan kaedah semburan bagi menghapuskan perosak kayu itu selain melakukan pemerhatian berkala di kesemua sudut rumah. Selain masalah itu, jelas Ahmad, terdapat kesan kayu reput akibat hujan lebat.
Begitupun, tidak banyak kesan kebocoran. Dalam pada itu, dia memberitahu rumahnya juga sering kali menjadi pilihan ramai pengarah untuk penggambaran drama yang melibatkan suasana kampung dan sambutan hari raya.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka tahu tentang rumah saya ini. Namun, saya tidak pernah menolak permintaan mereka kerana memang sukar untuk mendapatkan rumah tradisional Melayu," katanya yang percaya setiap tetamu membawa rezeki yang berbeza-beza.
Walaupun telah menghabiskan ratusan ribu ringgit, dia mengakui puas memiliki rumah itu kerana beranggapan ia khazanah berharga yang tiada tolok bandingan.
Menyentuh tentang perancangan masa depan, beliau bercadang mendirikan chalet di kawasan kediamannya kepada sesiapa yang ingin meraikan majlis perkahwinan di rumahnya.

Pemulihan Sungai Pasig

Posted: 25 Feb 2013 09:52 PM PST

Kerajaan pusat Filipina mengambil langkah drastik mengubah imej sungai utama Manila, Sungai Pasig yang tercemar teruk. Namun, ia dikhuatiri mengambil masa yang lama kerana kerajaan perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah setinggan yang membanjiri sepanjang Sungai Pasig.

PELBAGAI jenis sampah sarap memenuhi Sungai Pasig menyebabkan air sungai itu tidak mengalir sekali gus mengeluarkan bau busuk.



KERJA-KERJA pembersihan Sungai Pasig telah mula dijalankan sejak dua tahun lalu.



SEORANG kanak-kanak berdiri di sebuah jambatan sambil menunjukkan air Sungai Pasig yang hitam.


BEBERAPA orang budak lelaki menjerit dalam kegembiraan sambil melompat dari atas jambatan ke dalam sungai. Tidak jauh dari situ, nelayan tetap setia dengan mata kail masing-masing mencari rezeki di sungai berkenaan.
Ia merupakan gambaran suasana kehidupan penuh gembira penduduk suatu ketika dahulu, sebelum Sungai Pasig di Filipina bertukar menjadi toksik.
Namun, semua itu sudah lenyap di Sungai Pasig.
"Cuaca sangat panas. Kami tidak mempunyai tempat lain untuk berenang dan melarikan diri daripada haba panas ini," kata Christian Ivanes yang berusia 16 tahun.
Ivanes merupakan antara ratusan penduduk setinggan haram yang membina kediaman daripada kayu dan plastik di bawah jambatan serta tepi Sungai Pasig.
Mereka adalah tanda komuniti terdesak di mana-mana bandar besar Asia yang terkenal kerana kemiskinan melampau.
Tanpa pilihan, mereka terpaksa hidup di tepi Sungai Pasig, seolah-olah sungai itu masih bersih seperti dahulu.
Adakalanya mereka terpaksa meredah plastik dan sampah sarap yang terapung di dalam air hitam untuk bergerak dari satu rumah ke satu rumah.
Tidak terkecuali bau busuk yang kuat membuktikan betapa limpahan air kumbahan dan sisa perindustrian tidak dirawat di sungai itu.
"Pernah juga terjadi, ada orang yang mempunyai luka yang belum bertaut meredah masuk ke dalam sungai ini. Tidak lama kemudian dia sakit kerana mendapat jangkitan teruk lalu meninggal dunia," kata Gina Lopez, seorang penggerak kempen alam sekitar yang memacu usaha terbaharu kerajaan untuk membersihkan Sungai Pasig.
Sistem perairan
Pihak pemerintah membelanjakan 10 bilion peso (RM743 juta) setahun untuk mentransformasi sistem perairan dan kesemua 47 anak sungainya, ujar Gina.
Separuh daripada wang tersebut sedang diusahakan untuk memindahkan kira-kira 300,000 penduduk setinggan yang tinggal di sepanjang tebing dan anak sungai, yang dikenali penduduk tempatan sebagai esteros.
"Selagi terdapat penduduk haram yang hidup di sepanjang esteros, menggunakan tempat itu sebagai tandas dan membuang sampah sarap, usaha pembersihan tidak dapat dilakukan. Jadi kami perlu bermula dari situ," tegas Gina.
Suruhanjaya tersebut telah membersih dan memulihkan empat esteros sejak 2010, apabila Presiden, Benigno Aquino mengambil alih kuasa dan melaksanakan program itu, terangnya.
Suruhanjaya itu berhasrat untuk memulakan tugas yang sama di lebih 16 anak sungai lagi tahun ini.
Di Estero de Paco, sebatang anak sungai sepanjang 2.9 kilometer yang merupakan sungai paling dicemari beberapa tahun dahulu di bandar Manila, rumah-rumah pondok telah diganti dengan laluan pejalan kaki dan dipenuhi pokok-pokok, manakala mesin rawatan air kini dipasang di tengah-tengah tumbuh-tumbuhan.
Lebih daripada 1,300 keluarga atau kira-kira 6,500 setinggan, yang tinggal dalam jarak kira-kira tiga meter daripada saluran itu telah dipindahkan, manakala penjual di pasar berhampiran telah berhenti membuang sampah ke dalam air.
Berpindah
Program dengan syarikat-syarikat air tempatan demi meningkatkan kemudahan kumbahan juga telah dilaksanakan.
"Kami kini boleh berjoging di sepanjang laluan ini dan anak-anak kami tidak perlu pergi ke tempat lain untuk bermain," kata Evelyn Quitala, 51, yang menggelarkan Estero de Paco sebagai rumahnya sepanjang hayat.
Walau pun esteros kelihatan jauh lebih baik hari ini namun, airnya masih teruk tercemar, kata Javier Coloma Brotons, seorang pakar pembangunan bandar di Bank Pembangunan Asia.
Beliau menambah, transformasi seluruh sistem air itu boleh mengambil masa beberapa dekad untuk diselesaikan.
Antara pelbagai masalah yang diutarakan beliau ialah kekurangan loji rawatan kumbahan dan pekerja-pekerja terlatih untuk mengendalikan loji, gerai-gerai niaga kecil yang bertindak membuang sisa ke dalam air dan pencemaran daripada industri.
Coloma Brotons juga memberitahu bahawa Sungai Pasig sepanjang 27 kilometer yang menghubungkan Laguna de Bay, tasik terbesar di Filipina, dengan Teluk Manila mengalami pasang surut.
Ini bermakna pencemaran dari Teluk Manila yang luas, termasuk sisa dari pelabuhan urut memberi kesan kepada sungai itu.

Beriani asli katering SKDP

Posted: 25 Feb 2013 09:50 PM PST


ABDULLAH (kiri) dan Mohamad Saiful menunjukkan nasi beriani asli daripada dapur Selera Kampung Daun Pisang.


PERNIAGAAN katering bukan terjadi dalam masa sehari, ia memerlukan masa yang lama daripada menu yang sudah pasti sedap dan menepati kehendak semua lapisan masyarakat sehinggalah layanan terbaik untuk pelanggan.
Semua itu telah ditempuhi oleh Abdullah Mail, 57, yang berasal dari Sungai Besar, Selangor. Pengalamannya bermula dengan perniagaan kecil-kecilan menjual soto, laksa dan lontong di sebuah gerai.
Selain tiga jenis hidangan tersebut, nasi lemak yang dimasak oleh isterinya juga menjadi makanan yang begitu terkenal pada waktu itu.
"Kami perlu menanak nasi lebih kurang 16 gantang dalam sehari dan pasti kesemuanya habis dijual. Nasi lemak kami beralas daun pisang. Nama katering kami bersempena dengan alas pisang itu," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.
Nama syarikat katering milik keluarga Abdullah ialah Selera Kampung Daun Pisang (SKDP) yang kini diuruskan oleh pasangan itu dan tiga orang anak mereka.
Selepas mendapat maklum balas yang positif dan saranan daripada rakan-rakan, dia membuka sebuah restoran. Namun, hari tidak selalunya indah, restorannya di Padang Jawa, Selangor dirobohkan demi memberi laluan pembinaan jalan raya.
Tidak berputus asa, Abdullah dan isteri, Umi Kalsum Suratman, 56, berniaga di kafeterina, kilang CCM Fertilizer selama 11 tahun. Ketika itu muncul idea dalam diri bapa tujuh orang anak itu untuk memulakan perniagaan katering.
"CCM Fertilizer kerap mengadakan acara makan-makan dan meminta kami menyediakan hidangan. Melihat peluang yang ada saya perlahan-lahan menceburi dunia katering," katanya ketika ditemui di pejabat Kosmo! baru-baru ini.
Menurutnya, rasa makanan yang sedap merupakan inti pati sesebuah perniagaan yang melibatkan makanan sama ada restoran, katering mahu pun gerai kecil-kecilan.
Ujarnya: "Saya sentiasa berasa iri hati dan mahukan masakan saya sentiasa sedap."
Lantaran itu, rasa iri hati tersebut diambil secara positif olehnya dengan mengembara sehingga ke Batu Pahat, Johor untuk mempelajari sendiri masakan nasi beriani asli dari negeri itu.
Anaknya yang juga pengurus operasi SKDP, Mohamad Saiful Apandi Abdullah, 31, berkata, nasi beriani mereka menggunakan resipi asli dan dalam masa yang sama diberikan penambahbaikkan.
"Kami tidak menanak nasi seperti resipi asal, tetapi nasi dikukus menghasilkan butiran nasi lebih muai dan berderai," ujar Mohamad Saiful.
Tambahnya, nasi beriani yang dikukus bukan tugas mudah kerana nasi dan rempah-ratus perlu diasing terlebih dulu serta tempoh mengukus yang lama iaitu kira-kira empat jam.
Selain nasi beriani, masakan kampung seperti ikan keli berlada, sambal goreng Jawa dan nasi ambeng turut menjadi identiti SKDP.
Kambing golek barbeku SKDP juga merupakan keistimewaan katering milik keluarga Abdullah itu dengan gaya masakan yang dapat mengekalkan rasa dan aroma kambing.
Kerja-kerja penyediaan makanan seperti memotong daging dan menanak nasi sehingga mengaul dilakukan oleh ramai individu kerana kuantiti yang besar memerlukan banyak tenaga.
Namun, ibu Mohamad Saiful menjadi satu-satunya individu yang mengawal rasa setiap hidangan yang dimasak termasuk sewaktu menumis rempah-ratus.
Katering SKDP turut menyediakan perkhidmatan lain seperti majlis keraian, seminar dan majlis perkahwinan yang terdiri daripada kad jemputan, pelamin, andaman serta kompang.
Daripada bajet, Mohamad Saiful dapat memberi cadangan yang bersesuaian untuk bilangan tetamu, menu atau memerlukan penambahan modal.
"Bajet paling ideal buat masa sekarang lebih kurang RM12,000 untuk 1,000 tetamu," ujarnya. Khidmat nasihatnya tidak dikenakan sebarang caj.

Promosi Festival Hantu Lapar

Posted: 25 Feb 2013 09:49 PM PST

PULAU PINANG kaya dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya masyarakat Cina.


DENGAN status destinasi pelancongan yang popular, Pulau Pinang tidak pernah ketandusan daya tarikannya malah negeri tersebut kerap meneroka segmen pelancongan baharu.
Kepelbagaian budaya dan warisan etnik yang masih diamalkan di Pulau Pinang sememangnya berpotensi untuk diketengahkan, seterusnya dikomersialkan dalam pakej pelancongan.
Justeru, Tourism Malaysia mengenal pasti tiga tarikan baharu bagi melonjakkan lagi tarikan pelancongan sedia ada di destinasi dengan jolokan nama Pulau Mutiara itu. Tarikan tersebut adalah Festival Hantu Lapar, berbasikal dalam bandar dan musim durian.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, ketiga-tiga program tersebut bukan sahaja mempunyai nilai komersial yang tinggi, malah mempunyai keistimewaan tersendiri.
Menurut beliau, pendekatan pihaknya ketika ini adalah meneroka segmen pelancongan kreatif dan inovatif di Pulau Pinang yang selama ini dikenali sebagai pusat makanan, beli-belah dan pelancongan warisan.
"Festival Hantu Lapar yang disambut masyarakat Cina di sini sepanjang bulan Ogos hingga September cukup meriah dan keunikannya berpotensi menarik pelancong dari luar serta boleh dipelbagaikan.
"Persembahan opera Cina, permainan patung tradisi serta upacara sembahyang yang diadakan sepanjang bulan itu adalah nilai kebudayaan yang mampu menarik kunjungan pelancong," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar Majlis Taklimat Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) kepada pengusaha dan pengendali pelancongan di Pulau Pinang di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Pulau Pinang menjadi destinasi pertama sesi penerangan oleh Tourism Malaysia itu selepas pelancaran TMM 2014 disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya pada 19 Januari lalu.
Tourism Malaysia Pulau Pinang juga cuba menjadikan negeri itu sebagai hab durian (kepada pelancong) dan percubaan kali pertama tahun lalu berjaya menarik 700 pelancong Taiwan dan Hong Kong.

BANYAK lokasi menarik di Pulau Pinang boleh diterokai bersama keluarga dan teman-teman. - Gambar hiasan


Sasaran tahun ini untuk menarik kira-kira 1,000 pelancong menerusi kerjasama dengan syarikat penerbangan Cathay Pacific terutamanya dalam kalangan penggemar durian Musang King dari negara tersebut.
Tarikan eksotik
"Walaupun semua negeri ada durian terbaik masing-masing, tetapi kelainan di Pulau Pinang ialah tarikan eksotiknya selain kebanyakan kebun-kebun duriannya terletak tidak jauh dari bandar.
"George Town yang merupakan bandar terbesar didiami masyarakat Cina di luar Tanah Besar China juga memberi kelebihan untuk menarik pelancong dari Hong Kong, Taiwan dan China ke sini," jelasnya.
Bercakap lebih lanjut, Mirza memberitahu, segmen berbasikal dalam bandar pula menepati dengan kehendak semasa sama ada pelancong luar ataupun domestik yang menjadikan aktiviti berbasikal sebagai gaya hidup baharu.
Katanya, pengiktirafan George Town sebagai bandar warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) menawarkan kelebihan bagi segmen tersebut.
"Tourism Malaysia akan menganjurkan program Jelajah Berbasikal Pulau Pinang di Balik Pulau pada April nanti serta Berbasikal Menyusuri Tapak Warisan Dunia George Town.
"Buat pertama kali juga, kita akan anjurkan Bicycle Heritage Hunt iaitu program mencari harta karun dengan para pesertanya mesti berbasikal. Ia adalah program yang pertama seumpamanya di negara ini," ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines