Rabu, 3 April 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Yana Samsudin Mengaku Adik Farid Kamil Jumpa Keluarganya

Posted: 01 Apr 2013 08:42 PM PDT

Yana Samsudin
KUALA LUMPUR:Desas-desus percintaan pelakon Yana Samsudin dengan adik kepada pelakon dan pengarah filem Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari mungkin benar apabila wanita itu mengesahkan bintang baru tersebut telah mengunjungi keluarganya di Johor.
Yana, 29, berkata Fadzil juga antara individu yang rajin untuk menemaninya ke mana-mana sahaja jika tiada halangan.
"Boleh dikatakan dia adalah lelaki yang rapat dengan saya selepas saya putus cinta dulu iaitu sejak tiga tahun lalu.
"Kami kenal sudah lama, saya rapat dengan keluarga dia dan dia juga beberapa kali ke singgah ke rumah saya di Johor jika ada kerja di sana," katanya ketika ditemui di majlis Pesta Berlian Habib Jewel, di sini, Isnin.
Yana diminta mengulas khabar angin hubungan cintanya dengan pelakon Fadzil Zahari yang semakin heboh diperkatakan orang.
Fadzil Zahari
Bagaimanapun, jelas Yana, hubungan tersebut hanya sekadar teman rapat dan tidak lebih dari itu.
"Kami hanya kawan dan dia memang rajin menemani saya ke majlis-majlis jika tiada apa-apa halangan. Saya ajak dia teman kerana saya tidak suka jalan sendiri sejak dari dahulu," ujarnya.
Sementara itu, Yana berkata, dia mula rapat dengan Fadzil sejak dikenalkan oleh Farid. Malah Yana mengakui dia turut rapat dengan keluarga pelakon tersebut.
Dalam perkembangan lain, pelakon filem Aku Ada Kau Ada ini bakal keluar dengan filem terbaharunya berjudul Dua Kalimah dan Adnan Sempit 3 pada pertengahan tahun ini.

Rumah Erra Fazira Dipecah Masuk

Posted: 01 Apr 2013 08:41 PM PDT


Erra Fazira dilanda trauma selepas rumah hampir dirompak.
KUALA LUMPUR: Rumah pelakon dan penyanyi Erra Fazira di Damansara telah dipecah masuk oleh dua lelaki yang tidak dikenali dipercayai mahu mencuri kereta pada tengah hari Isnin.
Menurut Erra menerusi laporan akhbar Harian Metro, kejadian berlaku apabila Erra, anaknya, Engku Aleesya dan pembantu rumahnya tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah.
"Kami keluar dari rumah pada pukul 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.
"Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan.
"Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu," katanya.
Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.
"Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian berlaku ketika kami tiada di rumah, kalau tidak entah apa yang mungkin terjadi," ujarnya

Watak Penggoda Popularkan Syatilla Melvin

Posted: 01 Apr 2013 08:39 PM PDT

Syatilla Melvin
PETALING JAYA: Pelakon Syatilla Melvin menganggap watak wanita penggoda dan kaki kelab malam yang sering diterimanya adalah satu cabaran besar yang tidak perlu ditolak begitu sahaja.
Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirul Melvinn, 22, ini berkata, tidak semua individu boleh membawa watak berkenaan kerana seseorang itu perlu melakonkannya sebaik mungkin agar ia benar-benar menjadi.
"Watak wanita jahat dan penggoda menerusi drama bersiri BFF (Teman Tapi Mesra) yang disiarkan di TV3 pada tahun lalu benar-benar mengangkat nama saya. Disebabkan watak itulah kebanyakan pengarah percaya dengan kemampuan saya menggalas peranan tersebut," katanya kepada .
Dalam pada itu anak kelahiran Parit Buntar, Perak ini berkata dia tidak mahu bersandarkan kepada paras rupa untuk popular tetapi ingin dikenali dengan bakat yang hebat kerana ia akan membuatkan seseorang itu kekal lebih lama dalam dunia seni.
Ujarnya ketika ini ramai artis baru muncul dengan pakej wajah yang menarik dan ia merupakan satu persaingan jika setiap pelakon itu tidak meningkatkan kemahiran ilmu lakonan mereka.
"Orang yang cantik di luar sana memang ramai tetapi berapa banyakkan pelakon kita yang benar-benar berbakat? Ada orang memuji saya ni cantik tetapi saya kata kalau sekadar hanya harapkan cantik, kita tidak boleh ke mana," ujarnya. Ditanya mengenai statusnya sekarang Syatilla berkata, buat masa ini dia masih solo dan tidak cerewet dalam bab mencari kekasih.
"Saya adalah wanita biasa yang akan tergoda kepada lelaki yang boleh berkorban demi saya selain mempunyai sikap yang ikhlas, setia, jujur, kelakar dan manja," katanya.
Pelakon telefilem Wasilah Cinta dan Zombie Anak Mamu yang bersiaran di RTM ini juga mula bosan menjawab pertanyaan tentang hubungannya dengan pelakon popular Shaheizy Sam.
Mereka dikatakan bercinta selepas Shaheizy hadir di majlis perkahwinan kakak Syatilla iaitu Syafiqa yang juga juara Gadis Melayu musim kedua pada Julai tahun lepas.
"Kami hanya berkawan baik sahaja dan saya tidak menafikan memang pernah keluar dengan dia. Hubungan kami sekadar kawan sebab saya mengenali dia sebelum saya menyertai bidang seni lagi," katanya.

'Harga' Izzue Islam Belum Naik Walaupun Menang FFM25

Posted: 01 Apr 2013 08:38 PM PDT

Jadual Izzue padat sehingga penghujung Julai dengan pelbagai projek drama dan filem.
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Izzue Islam tidak pernah menaikkan bayaran kepada mana-mana syarikat produksi yang ingin mengambilnya berlakon selepas dia dipilih sebagai Pelakon Harapan Lelaki, Festival Filem Malaysia 25 (FFM 25) pda 2 Mac lalu.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, dia sangat terbuka mengenai perkara itu dan menyerahkan soal bayaran kepada pihak produksi mengikut bajet mereka.
"Memenangi anugerah adalah satu pencapaian tetapi harus saya akui pembabitan saya masih baru dalam industri lakonan dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari.
"Saya tidak meletakkan sebarang harga tertentu selepas memenangi anugerah di FFM dan membiarkan pihak produksi membuat sebut harga mengikut bajet mereka dan setakat ini saya berpuas hati dengan bayaran yang diberikan," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Izzue mengakui kerjaya lakonannya semakin meningkat dari segi tawaran berlakon untuk filem dan drama sejak memenangi anugerah berkenaan menerusi filem 29 Februari.
Jelas Izzue, sehingga penghujung bulan Julai depan jadualnya sudah penuh dengan pelbagai projek dan bersyukur dengan rezeki yang diperolehnya.
"Syukur tahun ini rezeki cukup murah dan sebagai pelakon baru saya mengambil peluang yang diberikan untuk terus memperbaiki diri dan mendalami selok-belok dunia lakonan," katanya.
Sementara itu, Izzue memberitahu komitmennya dengan kumpulan Forteen masih berjalan seperti biasa dan tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan kumpulan tersebut.
Izzue dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM 25) menerusi lakonan mantapnya dalam filem 29 Februari.
Malah kata Izzue, ahli kumpulan lain sentiasa menyokongnya dan tidak pernah wujud sebarang masalah di antara mereka ekoran dia lebih menonjol sebagai pelakon.
"Kami sentiasa menyokong di antara satu sama lain cuma ada segelintir pihak yang sering mengatakan kami mempunyai masalah dan aktiviti nyanyian akan berjalan seperti biasa bersama Forteen walaupun saya sibuk sebagai pelakon," ujarnya.
Tambah Izzue, Forteen bakal melancarkan single terbaharu mereka berjudul Kita dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan lain, Izzue sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri adaptasi daripada sebuah novel berjudul Sebenarnya Saya Isteri Dia untuk siaran TV3.
Manakala drama Bunga Merah Punya yang diarahkan oleh Zul Huzaimy lakonannya sedang disiarkan menerusi slot Aurora pada setiap Khamis, pukul 8.30 malam di TV9.
Selain Izzue, drama bersiri 13 episod turut menampilkan Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Syazwan Zulkifli, Nasir Bilal Khan dan Hasnul Rahmat.

Ryzal Jaafar bakal tampil single pertama

Posted: 01 Apr 2013 08:37 PM PDT


Ryzal Jaafar
Ryzal Jaafar.
MUNGKIN ramai yang tidak tahu, pelakon Ryzal Jaafar sebenarnya memiliki bakat dalam bidang nyanyian dan berhasrat untuk bergerak serius sebagai penyanyi.

Menurut Ryzal, minat sebenarnya bukanlah terletak pada bidang lakonan tetapi bidang nyanyian, namun tidak menyangka rezeki sebagai seorang pelakon lebih menyebelahi dirinya.

"Bagaimanapun, saya masih menyimpan hasrat untuk bergelar seorang penyanyi dan sekarang saya dalam perancangan untuk ke arah itu dengan menghasilkan sebuah single.

"Mungkin single itu menampilkan muzik pop balada dan diselitkan sedikit elemen k-pop," katanya yang kini sedang membintangi drama bersiri Bangkitnya Seorang Perempuan dalam slot Samarinda di saluran TV3.

Mencari teman istimewa

Menyentuh mengenai perjalanan kehidupannya, pelakon yang kini mencecah usia 31 tahun ini memberitahu dirinya masih belum memiliki teman istimewa.
"Secara jujurnya, sekarang saya memang ada keinginan untuk memiliki cahaya mata. Tapi jodoh masih belum ada dan sekarang saya masih mencari pasangan yang sesuai.

"Saya sedar usia semakin meningkat dan ada kalanya agak cemburu melihat pasangan suami isteri lain," katanya.
Bertanyakan ciri-ciri wanita pilihannya, Ryzal memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.

"Saya sendiri tidak meletakkan ciri-ciri tertentu terhadap wanita yang akan saya pilih. Bab itu saya tidak kisah, yang penting dia seorang yang memahami," katanya.

Nangka madu 'dukung anak'

Posted: 01 Apr 2013 08:33 PM PDT


Nangka madu 'dukung anak'
Abdul Hamid menunjukkan nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong berbentuk seakan ibu yang mendukung anak.
PONTIAN - Seorang pekebun terkejut apabila nangka madu yang ditanam berhampiran rumahnya di Pekan Kayu Ara Pasong, dekat sini, berbentuk seakan-akan ibu yang sedang mendukung anak.

Abdul Hamid Sargidon, 70, berkata, dia menanam benih nangka madu itu beberapa tahun lalu dan hanya menyedari pokok itu mula mengeluarkan buah pada minggu lalu.

"Saya nampak pokok nangka madu itu mula berbuah dan buahnya hanya sebiji di batang pokok.

"Saya dan isteri kemudiannya membersihkan kawasan sekitar pokok yang dipenuhi dengan lalang dan dahan pokok pelam yang terletak di sebelahnya beberapa hari lalu," katanya.

Jelasnya, selepas dibersihkan, dia dan isteri amat terkejut apabila mendapati nangka madu itu mempunyai bentuk seakan seorang ibu yang mendukung anaknya.

"Saya dan isteri terfikir bentuk nangka seolah-olah melambangkan kami yang mempunyai sebuah keluarga besar iaitu anak seramai enam orang dengan 17 cucu serta seorang cicit yang masih kecil," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.

"Saya akan terus biarkannya membesar dan jaga pokok nangka madu ini dengan sebaiknya," katanya.

Kewujudan nangka pelik itu turut menyebabkan rumahnya menjadi tumpuan penduduk sekitar yang mahu melihat sendiri buah tersebut.

Sembunyi atas siling bilik, disyaki berkhalwat dua gadis

Posted: 01 Apr 2013 08:28 PM PDT


Sembunyi atas siling bilik, disyaki berkhalwat dengan dua gadis
Dua gadis kolej yang disyaki berkhalwat dengan juruteknik hawa dingin dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut.
Sembunyi atas siling bilik, disyaki berkhalwat dengan dua gadis
Juruteknik hawa dingin dipercayai bersembunyi atas siling bilik hotel apabila diserbu pihak berkuasa ketika berada dengan dua gadis kolej yang bukan muhrimnya.
SURA – Tindakan seorang juruteknik bersembunyi di atas siling untuk mengelak dihidu pihak berkuasa, setelah disyaki berkhalwat dengan dua gadis bukan muhrim tidak berhasil, apabila taktiknya berjaya dikesan.

Suspek dikatakan naik ke atas siling bilik penginapan sebaik menyedari kehadiran sepasukan polis dan penguat kuasa syariah.

Bagaimanapun, dia berjaya ditangkap sebelum soal siasat dilakukan yang akhirnya membongkar rahsia hubungan sulitnya dengan dua gadis, masing-masing merupakan pelajar institut pengajian tingi awam (IPTA).

Suspek lelaki yang merupakan seorang juruteknik di sebuah pusat pengajian tinggi itu difahamkan sudah berkahwin, manakala dua gadis berasal dari Pahang dan Kuala Lumpur itu masing-masing berusia 20.

Kesemua suspek bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 atas kesalahan khalwat.

Kes mereka bakal disebutkan di Mahkamah Rendah Syariah Dungun 24 April nanti dan sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Nilai Cinta Jangan Pergi

Posted: 01 Apr 2013 08:26 PM PDT


BARISAN pelakon Cinta Jangan Pergi menanti respons daripada penonton sebaik ia ditayangkan di TV9 pada 6 April ini.


MENGGANDINGKAN semula pelakon popular Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam sebuah drama berjudul Cinta Jangan Pergi, pengarahnya, Kabir Bhatia berharap drama 26 episod itu bakal memberi fenomena baharu seperti drama hebat garapannya sebelum ini, Nur Kasih.
Menurut Kabir, drama yang menjalani sebahagian besar penggambaran di London dan Paris itu mempunyai kekuatan tersendiri berbanding drama Nur Kasih. Dia juga percaya ia mampu menarik orang ramai menontonnya.
Selain kekuatannya terletak pada jalan cerita, tarikan Cinta Jangan Pergi sebenarnya ada kepada dua tunjang utama drama tersebut iaitu Remy dan Tiz. Lebih menarik, ia merupakan gandingan pertama mereka selepas putus cinta, namun di dalam drama terbitan TV9 tersebut, mereka perlu menjadi sepasang kekasih.
"Memang terasa sedikit janggal, namun atas dasar profesionalisme, saya tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama Remy. Alhamdulillah, saya rasa kami telah melakukannya dengan baik," ujar Tiz.
Remy pula memberitahu, dia membuang semua emosi duka kerana percintaan mereka dalam dunia realiti tidak kesampaian, demi merealisasikan watak yang diberi dengan baik. Malah katanya, pada masa hadapan, dia tidak mempunyai masalah jika diberi peluang untuk kembali berganding dengan bekas kekasihnya itu.
Sementara itu, atas kekuatan barisan tunjang utama dan jalan cerita drama Cinta Jangan Pergi, Pengurus Pengurus Besar saluran TV9, Zurina Othman, mengakui berbaloi menerbitkan drama tersebut biarpun terpaksa membelanjakan sejumlah besar wang.
"Saya tidak nafikan drama ini antara yang paling mahal pernah kami (pihak TV9) terbitkan. Tetapi ia berbaloi berdasarkan kualiti drama dan barisan pelakon yang ditampilkan, ujarnya yang enggan mendedahkan jumlah sebenar nilai terbitan drama Cinta Jangan Pergi.
Mengulas lanjut, kata Zurina, drama itu terhasil melalui perbincangan pihak TV9 dengan syarikat milik Kabir iaitu Filmscape Sdn. Bhd.
Ujarnya, pihak Filmscape datang berbincang dan memberi idea serta skrip, manakala pihak mereka hanya mengeluarkan bajet untuk menjayakan drama tersebut.
Selain Remy dan Tiz, Cinta Jangan Pergi membariskan ramai pelakon terkenal seperti Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Esma Daniel, Ramona Zam Zam dan Kartina Ayoob.
Cinta Jangan Pergi mengisahkan tentang Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) yang bertemu di kota Paris. Pada mulanya Lea tidak menyukai Kalil kerana berasakan lelaki itu menjengkelkan. Tetapi, akhirnya Lea mula jatuh cinta dengan Kalil kerana sikap lelaki itu seorang yang budiman.
Mereka berjanji setia sehingga ke akhir hayat namun takdir menentukan segalanya apabila hubungan cinta mereka putus dek kerana satu insiden. Jangan lupa saksikan ia di TV9 bermula 6 April ini, setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam.

Aliff Aziz nafi 'lalok'

Posted: 01 Apr 2013 08:25 PM PDT

ALIFF AZIZ ada jawapan terhadap segala tohmahan negatif yang kini dilemparkan kepada dirinya.


SEPANJANG bergelar artis dan mengembangkan kerjaya di Malaysia, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sememangnya tidak sudah-sudah dilanda dengan pelbagai kontroversi.
Siapa yang boleh lupa kontroversi membabitkan gambar Aliff bercium mulut dengan seorang gadis yang tersebar di internet
Ditambah pula isu pergaduhan Aliff dengan pelakon kontroversi Zarina Anjoulie, percintaannya bersama pelakon Anne Ngasri yang kemudian putus dan hubungan mesranya bersama penyanyi Adira.
Terkini, Aliff sekali lagi disambar kontroversi apabila dalam ruangan gosip sebuah akhbar baru-baru ini menampilkan cerita kurang enak mengenai masalah disiplin artis kelahiran Singapura itu.
Aliff dikatakan selalu berada dalam khayal atau 'lalok', menghilangkan diri dari lokasi penggambaran, datang lambat ketika membuat persembahan nyanyian dan enggan menghadiri sesi fotografi yang diaturkan.
Bagi mendapatkan penjelasan sebenar mengenai perkara tersebut, Kosmo! telah menghubungi Aliff yang menjawab dengan profesional terhadap segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya itu.
Dia juga turut memberikan komen tentang status terkini hubungannya dengan Adira.
Kosmo!: Adakah benar dakwaan yang mengatakan Aliff kini selalu khayal atau lalok?
ALIFF: Tentang tuduhan yang mengatakan saya khayal atau lalok itu, saya anggap itu semua berpunca daripada salah sangka. Mungkin orang yang melihat saya berkeadaan sebegitu tidak tahu bahawa saya berada dalam keadaan yang terlalu letih. Sejak awal tahun ini tawaran yang saya terima sama ada membuat persembahan nyanyian dan berlakon memang tidak putus-putus dan sekarang saya terlalu sibuk dengan kerja.
Bolehkah komen tentang ada pihak yang tidak berpuas hati apabila Aliff dikatakan sering hilang daripada lokasi penggambaran?
Sebenarnya perkara itu merupakan salah faham kerana sekiranya hendak pergi ke mana-mana, saya akan minta izin terlebih dulu kepada penolong pengarah. Lagipun saya menghilangkan diri bukanlah semasa waktu bekerja. Misalnya, kalau saya berada di lokasi penggambaran pukul 3 petang, tetapi babak penggambaran yang membabitkan diri saya ditangguhkan kepada pukul 6 petang, saya akan minta izin untuk pergi ke mana-mana dan akan kembali semula ke lokasi tepat pada masanya.

ANTARA foto-foto kemesraan Aliff dan Adira yang tersebar di internet baru-baru ini.


Cuma berkenaan dengan datang lambat semasa membuat persembahan nyanyian, perkara itu memang berlaku dan bukanlah selalu terjadi. Namun begitu, ia terjadi kerana saya terlajak tidur akibat terlalu penat bekerja dan saya ingin meminta maaf atas segala kejadian yang berlaku sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak.
Apakah yang membuatkan Aliff bersetuju menerima setiap tawaran dalam kerjaya seni?
Pada tahun ini seboleh-bolehnya saya mahu memberi fokus yang lebih banyak kepada kerjaya seni. Mungkin orang akan melihat saya tamak, tetapi ia merupakan salah satu cara untuk saya melupakan segala kontroversi yang berlaku dahulu.
Adakah Aliff kini mahu melupakan bidang nyanyian setelah sering berlakon?
Sudah tentu nyanyian masih lagi menjadi keutamaan buat diri saya, cuma saya kini berasa semakin seronok berlakon. Pada tahun ini, saya bakal melahirkan album keempat dan ia sedang dalam proses pembikinan.
Ceritakan sedikit tentang perkembangan terkini kerjaya lakonan Aliff?
Saya baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Epilog Cinta Kirana bersama beberapa pelakon lain seperti Nazim Othman dan Tasha Shilla. Drama berkenaan bakal disiarkan bermula 10 April ini di TV3. Selain itu, saya juga memegang watak utama dalam telefilem bertajuk Nurul Kasih bergandingan dengan Aida Aris dan kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Gerhana untuk RTM.
Bagaimanakah pula status terkini hubungan Aliff dengan Adira khususnya apabila Adira baru-baru ini digosip keluar dating dengan seorang lelaki sambil diiringi dua pengawal peribadi?
Apa yang saya boleh katakan saya dan Adira masih lagi berkawan seperti biasa dan tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin antara kami setakat ini.

Sunyi, faktor kembali aktif

Posted: 01 Apr 2013 08:24 PM PDT

FIGURA yang pernah mencipta nama menerusi filem Sejati ini mengakui dia tidak berkebolehan menyanyikan lagu yang bernada tinggi.


KALI terakhir Raja Ema muncul dengan album lagu-lagu dendangannya adalah pada tahun 1989, menerusi judul, Tidakkah Aku Menyintaimu.
Kini, setelah 24 tahun, Raja Ema, 44, kembali menyanyi dan bakal mengeluarkan sebuah single baharu.
Jika dahulu, pelantun lagu Jejaka Idaman itu sering kali membawakan lagu berkisar tentang percintaan, namun kini, sesuai dengan kematangan usianya, lagu terbaharu Raja Ema itu nanti akan menceritakan tentang perjalanan hidupnya.
Menurut wanita tersebut, single yang masih belum mempunyai judul itu adalah hasil ciptaan Nik Nizam Jaafar dan ditulis oleh Ennie Sulastri.
Mengulas mengenai single tersebut, jelas Raja Ema, dia lebih selesa membuat kemunculan semula (menyanyi) dengan caranya tersendiri tanpa mengikut mana-mana penyanyi.
"Biarlah kemunculan saya nanti ada kelainan. Setiap penyanyi ada cara masing-masing untuk membuat comeback. Saya lebih selesa lagu itu nanti bercerita tentang perjalanan hidup saya bergelar anak seni. Tetapi, ia masih dalam peringkat perbincangan dan mungkin akan diselit juga dengan kisah percintaan," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran slot drama TV3 iaitu Lestary, Akasia dan Samarinda di Cathay Cineplex, Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Masih mengekalkan rentak lagu rancak dan mudah seperti dahulu, ujar Raja Ema, dia tidak boleh lari daripada rentak lagu yang lain kerana sedar akan kemampuan vokalnya.
Katanya: "Saya daripada dahulu tidak boleh menyanyi lagu-lagu yang berentak tinggi. Jadi, saya masih mengekalkan konsep dan rentak lagu mudah dan rancak."
Tidak hanya mengeluarkan single baharu, ulas Raja Ema, dia juga bakal mengeluarkan sebuah album.
Ceritanya, album baharunya itu nanti akan memuatkan lagu-lagu popularnya dahulu termasuk single terbaharunya itu.
RAJA EMA menolak dengan baik daripada bercerita tentang kisah peribadinya.


Kunci mulut
Masih tidak putus-putus menerima tawaran berlakon sehingga kini, Raja Ema mengakui, ingin kembali berlakon kerana berasa sunyi dan rindu terhadap dunia lakonan.
Menyatakan hasratnya itu kepada pengarah terkenal, Erma Fatima, Raja Ema kemudiannya ditawarkan watak sebagai Puan Sri Atilia (isteri kepada pelakon Ridzuan Hashim) dalam drama terbaharunya berjudul Bukan Untuk Aku.
Selepas itu, pelakon yang popular menerusi filem Sejati itu menerima banyak lagi tawaran dan bakal muncul dalam slot Samarinda bermula 10 April ini menerusi drama berjudul Epilog Cinta Khirana bersama pelakon Tasha Shilla, Nazim Othman dan Aliff Aziz.
Drama arahan Azmi Hatta itu menceritakan tentang Khirana (Tasha Shilla) yang cedera parah dan koma selama dua tahun akibat kemalangan. Dalam kemalangan tersebut, Khirana bersama seorang lelaki bergelar Datuk bernama Shamsul Ariffin. Selepas sedar daripada kemalangan, dia hilang ingatan.
Shahrul Azman (Nazim Othman) dan Sharqir Ikhwan (Aliff Aziz) yang merupakan adik kepada Datuk Shamsul terkejut dengan penglibatan Khirana dalam kemalangan yang meragut nyawa abang mereka. Sejak itu, Shahrul cuba merapati Khirana untuk memulihkan ingatan gadis itu sekali gus ingin mencari kebenaran.
Ditebak soalan kenapa dia berasa sunyi dan mengambil keputusan untuk kembali berlakon, dedah Raja Ema, kedua-dua anak lelakinya iaitu Putera Amar, 19, dan Putera Alqasha, 17, sudah meningkat remaja dan mereka kini mempunyai kehidupan sendiri.
"Budak-budak lelaki bila sudah besar, bukan mahu pedulikan kita sangat. Mereka ada kehidupan sendiri. Jadi, saya berasa sunyi dan rindu pula pada lakonan," luahnya.
Disoal pula mengenai statusnya kini yang dikhabarkan menjadi isteri kedua kepada seseorang yang dirahsiakan identitinya selepas bercerai dengan penyanyi lagu Nusantara, Sheqal, Raja Ema, mengambil langkah mengunci mulut untuk tidak bercerita tentang perkara tersebut.
"Kalau tanya saya pasal karier boleh, tetapi jika tanya pasal peribadi saya tidak mahu komen," jawabnya dengan manja tetapi terselit sedikit nada serius.

COMEL dan manja. Penampilan Raja Ema yang popular pada era hujung 1980-an.


Lebih yakin
Menolak bercerita lanjut mengenai hal peribadinya, Raja Ema mengakui lebih berasa yakin dengan kemunculannya di persada seni kali ini.
Ujarnya, dia tidak berasa diri berumur untuk membuat kemunculan semula dan berasakan pengalaman dalam bidang lakonan dan nyanyian yang diperoleh sebelum ini membuatkannya lebih matang dan yakin.
"Mungkin ada yang beranggapan, tidak tua ke umur 44 tahun menyanyi dan berlakon semula. Tetapi, sebenarnya saya lebih berasa berkeyakinan sekarang. Mungkin sebab pengalaman dan kematangan kita dalam industri seni," jelasnya.
Seiring dengan kemunculannya dalam bidang lakonan, Raja Ema turut disoal sama ada dia akan selektif memilih watak-watak tertentu sahaja memandangkan statusnya sebagai pelakon dan penyanyi popular satu ketika dahulu.
Jelasnya, sememangnya dia kena memilih watak yang diberikan kepadanya dan berharap setiap kelainan watak yang diperoleh.
Begitupun, ulasnya, dia tidak mempunyai sebarang watak yang diidamkan asalkan watak yang diberi kepadanya kuat dan mampu memberi kesan kepada penonton.

Muhammad Ridhwan nafi kenal Jamalul Kiram III

Posted: 01 Apr 2013 08:23 PM PDT

MUHAMMAD RIDHWAN ketika tiba di IPD Ampang Jaya semalam bagi memberi keterangan kepada polis berhubung penyaluran dana kepada pengganas Sulu.


AMPANG JAYA - Individu yang dicari bagi membantu siasatan polis berhubung kes pencerobohan pengganas Sulu di Sabah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini semalam.
Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman yang merupakan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia tiba di IPD Ampang Jaya pukul 11.05 pagi dengan menaiki Nissan Sorento diiringi beberapa lelaki dipercayai pengikutnya.
Muhammad Ridhwan, 47, ketika ditemui sebelum masuk ke balai polis berkata, dia hadir untuk memberi kerjasama kepada polis selepas gambarnya disiarkan oleh akhbar-akhbar semalam.
Bagaimanapun, beliau menafikan terlibat dengan kumpulan pengganas dan mendakwa tidak pernah memberi dana kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.
"Saya tidak mengenali Jamalul dan tidak pernah bertemu dengan Jamalul kerana dia berada di Tawi-Tawi, Filipina.
"Saya hanya mengenali Muedzul Lail Tan Kiram dan hanya memberi bantuan kewangan kepada Muedzul," katanya.

Remaja dikhuatiri maut dibaham buaya

Posted: 01 Apr 2013 08:21 PM PDT


ORANG ramai melihat penduduk membelah perut bangkai buaya selepas dijumpai di Batang Samarahan, Kampung Niup, Samarahan semalam.


SAMARAHAN – Seorang remaja berusia 15 tahun dikhuatiri maut dibaham buaya sepanjang kira-kira empat meter ketika sedang memancing bersama dua sepupunya di Batang Samarahan di Kampung Niup di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 12.45 tengah hari itu, Mohd. Iswandi Dollia dari Kampung Niup di sini dipercayai disambar reptilia itu ketika menyelam ke dasar sungai untuk membuka mata kail pancing yang dikatakan tersangkut.
Menurut sepupunya yang juga saksi kejadian, Mohd. Iwan Majid, 15, berkata, kejadian berlaku dengan pantas dan dia sekadar sempat melihat kocakan air sungai di tempat kejadian.
Katanya, dia bersama seorang lagi sepupunya, Yusof Nuri, 15, tergamam dengan situasi itu dan menyangka Iswandi bergurau dengan mereka namun mangsa terus tidak timbul-timbul.
"Pada mulanya saya ternampak objek hitam tetapi tidak sangka ia adalah buaya.
"Selepas kelibat Iswandi hilang, saya cuba mengejar jejak buaya dari atas tebing sungai berdasarkan kocakan air dari tebing sungai tetapi tidak berhasil sebelum pulang memaklumkan kejadian kepada keluarga mangsa," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Rugi RM500,000 kerana terpedaya

Posted: 01 Apr 2013 08:19 PM PDT


FIRDUS menunjukkan bunting peringatan mengenai sindiket penipuan gores dan menang di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Sebanyak 50 pengguna mengalami kerugian mencecah hampir RM500,000 sejak Disember tahun lalu akibat terpedaya dengan sindiket gores dan menang di sekitar bandar ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Firdus Zakaria berkata, kebanyakan mangsa yang terpedaya berusia antara 40 hingga 60 tahun serta seorang remaja berusia 21 tahun.
"Kesemua mangsa didekati ejen gores dan menang dengan menggunakan modus operandi yang hampir sama di sekitar kawasan tumpuan ramai, khususnya di pasar raya.
"Sindiket ini dipercayai mendekati mangsa secara berseorangan sebelum memujuk mereka menggores kad yang menjanjikan hadiah lumayan dan menarik seperti kereta serta pakej menunaikan umrah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Buku haram, percuma di online

Posted: 01 Apr 2013 08:18 PM PDT


ADA sesetengah laman web memudahkan pengguna memuat turun buku percuma secara online.


KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, beberapa penerbitan yang telah diharamkan penjualannya di Malaysia begitu mudah didapati dengan cara muat turun melalui internet.
Contohnya buku berjudul Allah, Liberty and Love karya Irshad Manji yang diharamkan kerana memesongkan akidah umat Islam kini mudah didapati percuma secara dalam talian.
Irshad, seorang warganegara Kanada merupakan seorang wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
Tinjauan Kosmo! mendapati beberapa laman sesawang boleh diakses untuk mendapatkan maklumat berkaitan buku yang dihalang cetakannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu seterusnya memuat turun salinan lengkap naskhah haram tersebut.
Mengulas perkembangan itu, ahli akademik yang juga perunding bebas dalam bidang komunikasi, Dr. Narimah Ismail (gambar kecil) menggambarkan betapa bahaya senario bahan bacaan online yang mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan agama dan sosiobudaya tetapi boleh diakses tanpa sebarang sekatan.

Tentera AS hantar jet kalis radar

Posted: 01 Apr 2013 08:16 PM PDT

GAMBAR fail menunjukkan dua buah jet F-22 Raptor milik tentera Amerika Syarikat terbang dekat Pangkalan Tentera Udara Andersen di Guam pada 4 Ogos 2010.


SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan, pihaknya telah menghantar beberapa buah jet kalis radar, F-22 Raptor ke Korea Selatan.
Tindakan itu merupakan sebahagian daripada latihan ketenteraan yang melibatkan kedua-dua buah negara.
Seorang jurucakap tentera AS di Korea Selatan berkata, kepada agensi berita AFP, sebanyak dua buah jet F-22 Raptor tiba di Korea Selatan kelmarin bagi menyertai latihan ketenteraan yang akan berakhir pada 30 April depan.
Jet-jet pejuang itu berlepas dari pangkalan udara AS di Okinawa, Jepun.
Walaupun ia bukan kali pertama F-22 Raptor telah digunakan di dalam latihan tahunan ketenteraan namun kehadiran jet tersebut meningkatkan kemarahan Korea Utara.
Korea Utara telah mengancam untuk menyerang pangkalan tentera AS di rantau Pasifik sebagai reaksi balas terhadap penyertaan AS dalam latihan ketenteraan Foal Eagle.
Sebelum ini, tentera AS menghantar sebanyak dua buah pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth terbang di ruang udara Korea Selatan.
Penghantaran pesawat itu pada minggu lalu itu adalah bagi memberi mesej kepada Korea Utara bahawa AS komited untuk mempertahankan Korea Selatan daripada sebarang serangan.
Pesawat-pesawat yang tidak boleh dikesan dengan radar itu dibuat selepas Korea Utara memutuskan talian komunikasinya dengan Korea Selatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebelum ini turut melakukan sekatan barang mewah ke negara itu selepas rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.
Korea Utara kini dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas bapanya, Kim Jong-il meninggal dunia pada April tahun lalu.

Aceh mahu bendera baharu

Posted: 01 Apr 2013 08:15 PM PDT


SEBAHAGIAN penduduk mengibarkan bendera kumpulan pemisah di depan Masjid Baiturrahman di Banda Aceh semalam.


BANDA ACEH, Indonesia - Beribu-ribu penduduk Aceh berarak semalam bagi menuntut supaya bendera kumpulan pejuang pemisah dijadikan bendera rasmi wilayah itu, kata polis.
Jurucakap polis tempatan, Kolonel Gustav Leo berkata, kira-kira 3,000 orang menyertai tunjuk perasaan yang bermula di Masjid Baiturrahman di bandar ini sebelum mereka berarak ke bangunan Dewan Perwakilan Rakyat.
Para penunjuk perasaan itu mengibarkan bendera kumpulan pejuang pemisah tersebut yang berwarna merah.
Mereka turut mengarak sebuah bendera gergasi kumpulan berkenaan.
Pada minggu lalu, Majlis Perundangan Aceh telah meluluskan undang-undang kecil mengenai penggunaan bendera tersebut yang sebelum ini merupakan simbol Gerakan Kebebasan Aceh.
"Bendera ini kebanggaan kami, kami tidak boleh menunggu lagi untuk menyaksikan ia berkibar di bumi kami," kata penganjur perhimpunan tersebut yang hanya dikenali sebagai Indra.
Undang-undang Indonesia melarang penggunaan bendera dan simbol fahaman kumpulan pemisah.
Aceh yang merupakan sebuah negara yang diduduki empat juta penduduk pernah dilanda peperangan dengan tentera Indonesia sejak tahun 1976.
Lebih 15,000 orang telah mati dalam peperangan itu sebelum perjanjian damai dimeterai antara pemerintah Indonesia dengan kumpulan Gerakan Aceh Merdeka pada tahun 2005.

Pekerja baharu kilat kasut staf kanan

Posted: 01 Apr 2013 08:14 PM PDT


KASUT yang dipakai seorang staf kanan dikilatkan oleh seorang pekerja baharu.


TOKYO - Lima pekerja baharu mengilat kasut yang dipakai oleh staf kanan pada majlis meraikan kemasukan mereka di ibu pejabat menjual produk pengilat kasut Columbus di sini semalam.
Staf-staf kanan itu terlebih dulu mengilat kasut yang dipakai oleh lima kakitangan baharu itu.
Pekerja-pekerja baharu itu diajar oleh staf-staf kanan cara untuk mengilat kasut tersebut.
Para pekerja itu kemudian mengilat kasut yang dipakai staf kanan selepas mereka diberi tunjuk ajar cara kasut dikilatkan.

Filem G.I. Joe laris di Amerika Utara

Posted: 01 Apr 2013 08:13 PM PDT


SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem G.I. Joe: Retaliation.


LOS ANGELES - Filem aksi G.I. Joe: Retaliation mengungguli carta filem pecah panggung di Amerika Utara hujung minggu lalu sekali gus mengenepikan filem animasi The Croods.
Menurut industri perfileman, filem itu yang dibintangi Channing Tatum, Dwayne Johnson dan Bruce Willis memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$41.2 juta (RM127.6 juta).
Filem The Croods yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga pada zaman prasejarah pula jatuh di tempat kedua dengan kutipan berjumlah AS$26.5 juta (RM82.1 juta).
Berada di tempat ketiga adalah filem Temptation yang memperoleh AS$22.3 juta (RM69.1 juta).
Filem G.I. Joe dan The Croods masing-masing diterbitkan oleh syarikat penerbitan filem, Paramount Pictures dan Dreamworks Animation.
Syarikat Lion Gate Entertainment menerbitkan filem Temptation.

Ais krim coklat lima tan dibuat di Iran

Posted: 01 Apr 2013 08:12 PM PDT


SEBUAH bekas besar yang mengandungi lima tan ais krim coklat dipamerkan di Tochal, utara Teheran semalam.


TOCHAL - Sebuah syarikat produk tenusu, Choopan, menghasilkan ais krim coklat seberat lima tan di sini semalam.
Bekas yang mengandungi coklat itu setinggi 1.60 meter dan berdiameter dua meter.
Syarikat tersebut berharap ais krim coklat itu akan disenaraikan di dalam Guinness Book of Records.
Rekod ais krim paling berat ketika ini dipegang oleh syarikat Baskin-Robbins.
Syarikat itu menghasilkan ais krim vanila seberat 4.02 tan pada September 2005.

Pembantu matador ditanduk lembu jantan

Posted: 01 Apr 2013 08:10 PM PDT

LUIS terjatuh semasa dia ditanduk seekor lembu jantan di Arena Mastranza di Sevilla kelmarin.- REUTERS


SEVILLA, Sepanyol - Seorang pembantu matador, Luis Garcia 'Nino de Leganes' cedera selepas seekor lembu jantan menanduk tubuhnya beberapa kali di sini kelmarin.
Luis cedera di paha kanan dan kaki kiri semasa dia berlawan dengan haiwan itu di Arena Mastranza.
Lelaki itu juga cuba mengelak tubuhnya daripada ditanduk selepas dia terjatuh.
Beberapa orang pembantu lain kemudian mengusung Luis ke luar gelanggang pertarungan itu.
Dia kemudian dirawat oleh doktor ekoran kecederaannya itu.

Bebas bernafas ketika tidur

Posted: 01 Apr 2013 08:09 PM PDT

TIDUR yang tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan seseorang.


JARAK pemanduan dari Kuala Lumpur ke Seremban di Negeri Sembilan sejauh 76 kilometer (km) biasanya hanya mengambil masa selama satu jam.
Namun kepada seorang pesara kerajaan, Mustafa Yusof, 59, dia terpaksa berhenti tidur di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Nilai bagi menghilangkan rasa mengantuk walaupun baki perjalanan ke Seremban cuma tinggal 30 km.
Kekerapan berhenti di kawasan RnR bagi perjalanan jarak dekat mahupun jauh untuk untuk tidur bukan sesuatu yang luar biasa bagi Mustafa.
Bahkan, dia melalui amalan tersebut sejak 15 tahun lalu.
Mustafa mengakui berdepan dengan masalah tidur pada waktu malam dan mudah mengantuk ketika memandu.
Pada awalnya dia menyangka apa yang dilaluinya sama seperti orang lain sehinggalah Mustafa diminta menjalani ujian tidur.
Sering terjaga setiap jam pada waktu malam untuk membuang air kecil, Mustafa hanya mengetahui tentang penyakit kecelaruan tidur yang dialaminya selepas menjalani ujian tidur di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
"Keputusan ujian tidur mendedahkan saya mengalami masalah nafas terhenti beberapa kali iaitu selama 10 saat pada satu-satu masa sepanjang tempoh tidur.
"Masalah tersebut boleh mengakibatkan oksigen gagal sampai ke otak jika tidak menjalani rawatan segera," katanya yang juga menghidap hipertensi, jantung dan kencing manis.
Selepas menjalani rawatan berhubung masalah tidurnya dua tahun lalu, dia mengakui masalah tersebut semakin pulih dan sudah boleh memandu jarak jauh.

PESAKIT menggunakan alat tekanan saluran pernafasan positif berterusan (CPAP) untuk mengelakkan masalah nafas terhenti ketika tidur.– Gambar hiasan


Jalani ujian
Untuk rawatan masalah kecelaruan tidur atau sering dirujuk sebagai obstructive sleep apnea, Mustafa menggunakan mesin khas dinamakan alat tekanan saluran pernafasan positif berterusan (CPAP).
Peralatan itu diperoleh Mustafa secara percuma kerana dia seorang pesara kerajaan.
Sementara itu, isterinya, Siti Zaleha Daud, 52, juga disahkan mengalami masalah yang sama selepas menjalani ujian.
"Suami perasan saya mengalami gejala sama seperti dirinya, kerap letih dan mudah demam.
"Dia nasihatkan saya pergi menjalani ujian tidur bagi memastikan status kesihatan saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Difahamkan, kos alat CPAP menelan belanja kira-kira RM5,000 ke RM8,000 sebuah bergantung kepada jenama.
"Selepas menggunakan alat tersebut di rumah, ia membantu saya untuk mendapat waktu tidur secukupnya iaitu sekitar enam hingga tujuh jam sehari," jelas Siti Zaleha yang turut memiliki mesin CPAP sendiri.
Menurut Mustafa, anak keduanya, Mohd. Anuar, 29, mula menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah sama.
Kekurangan waktu tidur yang berkualiti boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti hipertensi, penyakit jantung, angin ahmar dan kencing manis.
Selain itu, masalah tidur juga boleh menyebabkan berlaku gangguan terhadap tahap kepekaan seseorang, daya tumpuan perhatian dan menyumbang kepada kemalangan jalan raya.
Presiden Persatuan Gangguan Tidur Malaysia (SDSM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, kajian yang dijalankan tiga tahun lalu mendapati 44 peratus daripada pemandu bas di Malaysia mengalami masalah kecelaruan tidur.
"Pesakit yang mengalami masalah kecelaruan tidur berisiko tujuh kali ganda untuk terlibat dalam kemalangan berbanding orang yang tidak menghidapinya.
"Walaupun masalah berkaitan gangguan tidur boleh dirawat, hanya 30 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit pergi mendapatkan bantuan pakar," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan Tidur 2013 di ibu negara baru-baru ini.
Kajian rawak yang dijalankan oleh pasukan perubatan Amerika Syarikat menunjukkan 46 peratus daripada pesakit kecelaruan tidur gagal mempamerkan prestasi kerja sempurna berbanding cuma 15 peratus daripada kalangan individu sihat.
Tambah Muhammad Muhsin, jumlah makmal tidur di negara ini perlu ditingkatkan bagi membantu lebih ramai pesakit kecelaruan tidur mendapatkan rawatan sewajarnya.
Selain itu, pakar dalam pengendalian makmal tidur juga perlu seiring dengan nisbah pesakit bagi menjalankan beberapa siri ujian rawatan ke atas pesakit.
"Melihat kepada senario ini, SDSM merancang untuk menyediakan siri latihan meliputi pelbagai peringkat kepakaran bagi tujuan penambahbaikan penyelidikan dan pendidikan yang berterusan.
"Usaha tersebut dilaksanakan bagi memenuhi piawaian rawatan perubatan dalam hal berkaitan tidur," jelas Muhammad Muhsin.
Bagaimanapun, Malaysia masih belum memiliki sebarang kajian secara menyeluruh berhubung masalah kecelaruan tidur.

PEKERJA yang terikat dengan perubahan jadual kerja mengikut syif seperti pemandu bas mudah mengalami kecelaruan tidur dan terdedah kepada bahaya kemalangan jalan raya. – Gambar hiasan


Hari Tidur Sedunia
Sementara itu, Hari Tidur Sedunia (HTS) yang disambut pada 15 Mac lalu diraikan bagi mendidik masyarakat dan pesakit untuk lebih peka dengan kepentingan mendapatkan waktu tidur berkualiti yang mencukupi.
Tidur yang baik, jalani tempoh penuaan yang sihat dipilih menjadi tema HTS bagi mempromosikan tidur yang sihat untuk semua masyarakat daripada segenap lapisan umur.
Tidur yang tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan seseorang.
Pesakit yang mengalami masalah kecelaruan tidur akan mengalami masalah pernafasan terhenti secara berulang kali disebabkan berlaku penutupan bahagian atas saluran pernafasan pesakit ketika sedang tidur.
Kebiasaannya, keadaan nafas terhenti selama 10 saat akan berlaku lebih daripada lima hingga seratus kali dalam masa sejam.
Buat masa ini, salah satu kaedah rawatan utama yang biasa digunakan oleh pesakit kecelaruan tidur ialah dengan CPAP yang membantu pesakit bernafas secara bebas semasa tidur.
Tekanan udara yang dihasilkan oleh CPAP bertindak menghalang saluran pernafasan pesakit menjadi sempit atau tertutup ketika bernafas.

Mimpi buruk gangguan syaitan

Posted: 01 Apr 2013 08:08 PM PDT


KANAK-KANAK juga tidak terkecuali mengalami masalah kecelaruan tidur. - Gambar hiasan


TIDUR merupakan perkara penting yang selalu dibincangkan dalam cara hidup seorang muslim. Malah al-Quran dan hadis menggariskan amalan tidur dan kepentingannya untuk dijadikan panduan.
Al-Quran dan hadis menyentuh beberapa garis panduan dan jenis tidur yang diperlukan oleh setiap makhluk yang bernyawa.
Pelbagai kajian sains moden telah dijalankan dan mendapati kandungan al-Quran selari dengan peringkat tidur yang dibuktikan melalui penyelidikan sains.
Selain itu, al-Quran turut membincangkan tentang manfaat yang diperoleh daripada tidur dan menekankan kepentingan mengekalkan corak cahaya ketika tidur.
Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat sering mengalami gangguan tidur sehingga menyebabkan prestasi kerja dan kehidupan seharian turut terjejas.
Jenis gangguan tidur
Presiden Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam, Mohd. Fauzi Mustaffa berkata, terdapat tiga bentuk gangguan tidur yang biasa dialami oleh manusia.
"Jenis gangguan tidur boleh dikategorikan kepada penyakit fizikal, mengigau disebabkan aktiviti yang dilakukan sebelum tidur contohnya menonton filem seram dan ketiga gangguan daripada syaitan.
"Mereka yang mengalami mimpi buruk seperti terjun bangunan atau terperangkap dalam situasi mencemaskan dinasihatkan agar lekas bangun daripada tidur dan membuat isyarat seakan-akan ingin meludah ke kiri sebanyak tiga kali," jelasnya.
Isyarat meludah itu merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda mengalami mimpi buruk.
Menurutnya, mimpi buruk datang daripada syaitan dan kita ditegah untuk menceritakan perihal mimpi buruk tersebut kepada orang lain kerana bimbang ia mendatangkan fitnah seperti dituduh memiliki saka.
"Apabila seseorang tidur, dia telah masuk ke alam roh dan ketika itulah rohnya dikejar oleh syaitan. Jika mimpi buruk dibiarkan berterusan tanpa dirawat boleh memudaratkan dan menghilangkan keyakinan diri seseorang.
"Oleh itu, orang Islam dinasihatkan agar membaca doa sebelum tidur dan ayat Kursi bagi mengelakkan gangguan syaitan," ujar Mohd. Fauzi.
Bagi meningkatkan kecerdasan badan selepas bangun daripada tidur, setiap individu perlu mengamalkan bacaan doa bangun tidur, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.
Usai membaca ayat suci tersebut, pengamal dikehendaki menghembus kepada tapak tangan kemudian disapu pada keseluruhan anggota badan dan disusuli dengan solat Subuh atau sunat.
Tambah Mohd. Fauzi, tubuh dan roh manusia diikat sebanyak tiga ikatan oleh syaitan pada setiap kali hendak tidur untuk menghalang mereka melaksanakan amalan kebajikan.
Setiap ikatan tersebut akan terputus selepas individu itu membaca doa bangun tidur, mengambil wuduk dan solat Subuh.
"Ketiga-tiga amalan tersebut mesti dilakukan bagi memutuskan tiga ikatan syaitan yang membuatkan badan kita lemah. Jika salah satu amalan itu ditinggalkan, badan kita mudah lesu.
"Petua untuk mendapatkan tidur lena pula adalah dengan membaca doa tidur, surah tiga Kul, ayat Kursi, minum susu kambing, cuka epal yang dicampur dengan segelas air suam dan madu serta basuh kaki sebelum tidur," ujarnya yang berkongsi tip tidur kepada orang yang mengalami masalah imsonia.
Dalam pada itu, masyarakat beragama Islam juga digalakkan agar tidur sejenak sebelum waktu Zuhur bagi mengecas tenaga yang diperlukan badan untuk kekal cergas.

Empayar fabrik Euro Moda Gulati's

Posted: 01 Apr 2013 08:06 PM PDT


RUANGAN dalaman butik dengan dekorasi indah membuatkan pengunjung berasa selesa.


GEDUNG tekstil Euro Moda Gulatis's cukup sinonim dengan fabrik yang elegan dan eksklusif. Sehubungan itu, para pelanggan dan pereka fesyen menjadikan gedung fabrik ini sebagai sasaran utama untuk pemilihan fabrik yang bermutu tinggi, eksklusif dan terkini.
Setiap tahun Euro Moda Gulati's berjaya memikat hati para pelanggan dengan koleksi terkini pada harga istimewa.
Pelbagai promosi diuar-uarkan untuk kepuasan membeli kepada pelanggan. Euro Moda Gulati's juga mengutamakan persekitaran yang selesa dan suasana tenang untuk membeli-belah.
Antara prasarana yang disediakan untuk keselesaan pelanggan termasuklah penyaman udara, lif, eskalator, muzik, sofa dan televisyen di setiap cawangan seluruh Malaysia. Sebagai pengedar utama fabrik berjenama yang terkenal di Eropah, Euro Moda Gulati's boleh mendapatkan pelbagai variasi fabrik yang eksklusif.
Khidmat jahitan
Gedung yang mempunyai 18 cawangan ini dibuka berhampiran kediaman penduduk untuk memberi kemudahan kepada pelangan membeli-belah.
Perkhidmatan menjahit juga turut ditawarkan pada musim perayaan. Gedung itu juga mengambil tempahan untuk busana perkahwinan dan pakaian seisi keluarga termasuklah pakaian kanak-kanak.
Euro Moda Gulati's juga menawarkan pakej perkahwinan pada harga RM128 setiap set dengan pemberian percuma sepasang fabrik baju Melayu dengan setiap pembelian pakej fabrik sifon bermanik atau fabrik renda polos.
Pelengkapnya, sepersalinan fabrik warna sedondon untuk pasangan raja sehari diberi percuma.
Setiap fabrik yang ditawarkan amat mementingkan kualiti dan mempunyai pelbagai pilihan fabrik yang berbeza dari segi jenis, corak dan warnanya.
Kini, selepas hampir 28 tahun berdiri megah, Euro Moda Gulati's mengorak langkah dengan membuka cawangannya yang ke-18 di seksyen 9 Bandar Baru Bangi.
Ruang perniagaan yang membabitkan 50,000 meter persegi atau setinggi tiga tingkat dengan jumlah 40 pekerja sebagai bukti komitmen gedung ini untuk memberi layanan istimewa kepada pelanggan.
Pengarah Eksekutif gedung tekstil Euro Moda Jasleen Kaur berkata, pihaknya amat mementingkan kualiti setiap fabrik dan sentiasa memastikan pelanggan mendapat fabrik terkini pada harga yang berpatutan.
"Kami menawarkan lebih daripada 2,000 variasi fabrik rekaan terkini yang terdiri daripada fabrik sutera jacquard, sifon, crepe dan kapas.
"Fabrik kapas amat popular pada masa kini dan sangat sesuai untuk cuaca di Asia. Sentuhan rekaan corak bunga paisley, abstrak dan corak leopard dengan pilihan warna terang atau pastel menjadi pilihan ramai kerana cirinya yang mewah dan elegan," katanya dalam satu kenyataan.

TERDAPAT lebih daripada 2,000 fabrik ditawarkan di butik yang telah bertapak hampir 28 tahun ini.


Pakaian sedia pakai
Kepada penggemar koleksi fabrik eksklusif dan berkualiti tinggi, Euro Moda Gulati's juga menyediakan sutera dari Itali dan renda Perancis dengan sentuhan jenama Eropah seperti Valentino, Ungaro, Roberto Cavalli, Solstiss dan Sophie Hallete.
Pengunjung boleh memilih corak dan warna mengikut cita rasa dan kesesuaian masing-masing.
Sementara itu, pakaian sedia pakai untuk golongan lelaki juga boleh didapati di Euro Moda Gulati's daripada koleksi UOMO.
Pelanggan juga berpeluang memiliki sut, tuxedo, vest, kemeja dan tali leher yang diimport dari Eropah daripada koleksi tersebut.
Kepada para muslimah, dapatkan tudung dan selendang koleksi terkini dari Butik Aalia. Butik Aalia menawarkan lebih 200 jenis tudung dan selendang terkini seperti Qaseh Eksklusif, Qaleesya, Iris Syria, Azzara Brooch, Dya Anggun dwi warna dan banyak lagi.
Butik Aalia juga menawarkan baju kurung sedia pakai.
Pengunjung yang kesuntukan masa menghantar fabrik untuk dijahit boleh berkunjung ke Euro Moda Gulati's untuk pemilihan baju kurung, baju Melayu dan pakaian kanak-kanak.
Keterangan lanjut, sila layari laman facebook kami di facebook.com/euromodagulatisfanpage untuk promosi terkini.

Lamb Ribs dapur Tony Roma's

Posted: 01 Apr 2013 08:04 PM PDT

LAMB Ribs merupakan inovasi yang dicipta oleh anak tempatan.


KREATIVITI mencipta menu baharu, Lamb Ribs (tulang rusuk kambing) telah menobatkan restoran Tony Roma's Malaysia sebagai penerima Brand Innovation daripada pihak ibu pejabat restoran itu yang beroperasi di Florida, Amerika Syarikat. Kemenangan itu lebih bermakna apabila ciptaan tersebut bakal dimasukkan ke dalam menu Tony Roma's di seluruh dunia.
Anugerah itu merupakan hasil usaha bahagian Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang diketuai oleh Pengurus Operasi Tony Roma's Malaysia, Muhammad Adam Mah. Ia disampaikan melalui Ketua Pegawai Operasi Revenue Valley, Dickson Low ketika acara memperkenalkan menu itu kepada media di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor.
Pengenalan menu baharu itu menunjukkan komitmen Tony Roma's Malaysia dalam memberi pengalaman berharga kepada penggemar restoran tersebut untuk merasai hidangan bertaraf antarabangsa.
Penciptaan hidangan itu merupakan lanjutan daripada kajian dijalankan oleh pihak pengurusan yang berpendapat tidak semua masyarakat di Malaysia dapat merasai keenakan menu terkenal mereka iaitu Beef Ribs (tulang rusuk lembu) atas dasar faktor agama.
Oleh kerana itu, resipi Lamb Ribs boleh dijadikan alternatif kepada pengunjung untuk memilih hidangan kambing dengan rasa signatur Tony Roma's.
Penciptaan Lamb Ribs melalui proses pembuatan yang panjang dan berliku memandang pihak pengurusan tidak mempunyai panduan daripada pihak atasan.
Sebagai pengemudi kumpulan tersebut, Adam melakukan kajian mendalam mengenai ramuan yang bersesuaian dan menepati cita rasa masyarakat Malaysia di samping masih mengekalkan ciri-ciri Tony Roma's.
"Kami melalui beberapa kesukaran ketika proses penciptaan. Ia merangkumi pemilihan konsep hingga menyesuaikan rasa yang boleh dihidangkan kepada semua kelompok masyarakat.

DICKSON (kiri) dan Muhammad Adam menunjukkan dua menu istimewa yang menjadi kegemaran pengunjung restoran Tony Roma's.


"Kami tidak mahu sekadar mencipta menu tambahan tetapi hidangan yang mampu mendapat perhatian daripada pengunjung tetap," ujar Muhammad Adam.
Pengiktirafan tersebut merupakan anugerah terbaharu diterima Tony Roma's Malaysia selepas membawa pulang Anugerah Operator Terbaik pada tahun 2008. Selain itu, mereka turut menerima Jenama Terbaik untuk Hidangan Kasual Amerika 2009 oleh Brand Laureate.
"Kemenangan yang diraih memberikan keyakinan bahawa kami berada di landasan yang betul.
"Tony Roma's Malaysia mempunyai kumpulan sokongan yang sangat berdedikasi dalam memastikan servis terbaik kepada setiap pelanggan di restoran," ujar Dickson.
Sebelum ini, Lamb Ribs merupakan antara hidangan mendapat undian tinggi ketika kempen The Best Ribs Election Showdown yang diadakan baru-baru ini.
"Keputusan yang diperoleh melalui kempen tersebut telah membuka ruang kepada kami untuk mengembangkan lagi pasaran melalui pengenalan menu Lamb Ribs," jelas Dickson.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines