LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
- Final pasti sengit
- Rozaimi lepas geram
- Harga tiket tonton Pestabola diturunkan
- Rombak jumpa gajah
- Perlawanan Persahabatan: China vs Malaysia (2-0) 10 September 2013
- Pestabola Merdeka: Malaysia tewaskan Myanmar 2-1
- Junior tak angkuh
- Kelab gantung pemain tanpa alasan
- Amaran China!
- PESTABOLA MERDEKA 2013: Malaysia U23 vs Singapore U23 (1-0)
- PIALA PRESIDEN: SUKU AKHIR P4 (5 SEPTEMBER 2013)
- FAM gantung Zamri dua tahun
- Bahana nyala suar
- Tiada makna menang besar
- Presiden MAFA enggan kekal lama
- Undian Juara Piala Malaysia 2013
- MALAYSIA WON AFF U16 AYA BANK CHAMPIONSHIP 2013
- T-Team jinakkan Johor DT
- P4: Piala Malaysia 2013 - 31 OGOS 2013
Posted: 11 Sep 2013 06:06 PM PDT Sumber; Harian Metro Kuantan: Pertembungan dengan skuad bawah 23 tahun Myanmar (B-23) di perlawanan akhir Pestabola Merdeka, Sabtu ini bakal menjanjikan aksi lebih sengit namun jurulatih Malaysia B-23 Ong Kim Swee yakin mereka sudah cukup bersedia. Keyakinan pengendali Harimau Muda itu terserlah selepas menyaksikan anak buahnya mudah mengalahkan Thailand 3-0 pada perlawanan ketiga di Stadium Darul Makmur malam tadi meskipun tanpa lima tonggak utama yang direhatkan. "Saya jangkakan perlawanan dengan Myanmar pasti sengit kerana mereka menurunkan pasukan utama dan mahu membalas dendam atas kekalahan pusingan awal. "Kita akan bersedia dengan strategi tertentu dan apa yang penting pemain perlu kekal fokus," kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan itu. Kemenangan ke atas Thailand itu yang ketiga berturut-turut apabila menewaskan Singapura 1-0 pada aksi pembukaan sebelum mengalahkan Myanmar 2-1 selepas itu. Namun Myanmar B-23 mara ke final apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Singapura B-23 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Mini Temerloh malam tadi. Tanpa tonggak utama, antaranya kapten Mohd Irfan Fazail, Junior Eldstal dan Wan Zack Haikal Wan Noor bukan satu masalah buat Malaysia menundukkan skuad kendalian Kairung Threejagsang yang memerlukan kemenangan untuk layak ke final edisi ke-41 itu. Dua gol daripada penyerang Mohd Rozaimi Abdul Rahman dan satu gol Mohd Nasif Basharuddin yang pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada skuad negara. Kim Swee mengakui strateginya merombak barisan pemainnya mengundang masalah kepada Thailand yang kepenatan beraksi tiga perlawanan dalam tempoh lima hari. "Pemain Thailand kepenatan dan saya menukar enam pemain dalam kesebelasan utama dan itu memberikan masalah kepada mereka. "Walaupun pemain ini bermain pertama kali dalam kesebelasan utama, mereka membuktikan mampu untuk diturunkan pada bila-bila masa. "Ini satu tanda positif buat pasukan," katanya yang menjadikan kejohanan ini sebagai pemanas badan skuadnya sebelum membawa misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar Disember nanti. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 11 Sep 2013 06:04 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuantan: Penyerang Mohd Rozaimi Abd Rahman memberikan aksi 'lepas geram' apabila meledak dua gol untuk membantu skuad bawah 23 tahun negara (B-23) membenam Thailand 3-0 pada perlawanan terakhir pusingan awal Pestabola Merdeka di Stadium Darul makmur, Kuantan malam tadi. Rozaimi, 21, hanya beraksi selama tiga minit ketika Malaysia menewaskan Singapura 1-0 pada perlawanan pertama Sabtu lalu dan hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan ketika mencatat kemenangan 2-1 dengan Myanmar Isnin lalu. Ternyata peluang yang diberikan jurulatih Ong Kim Swee menurunkan Rozaimi bagi menggantikan A Thamil Arasu yang digantung perlawanan digunakan sepenuhnya pemain kelahiran Bogawan, Sabah itu yang menyumbat gol pada minit ke-27 dan 80. Malaysia yang sudah menempah tiket awal ke final menentang Myanmar, Sabtu ini memperoleh gol pertama menerusi Mohd Nasif Basharuddin pada minit ke-11. "Saya tidak sangka dapat menjaringkan gol malam ini (semalam), saya hanya ingin membantu pasukan menang. Saya berharap dapat diturunkan pada perlawanan akhir nanti," katanya yang muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada pusingan kelayakan Piala Asia B-22 tahun lalu. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Harga tiket tonton Pestabola diturunkan Posted: 10 Sep 2013 05:58 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuantan: Harga tiket bagi menyaksikan kejohanan Pestabola Merdeka akan diturunkan bermula perlawanan ketiga hari ini. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, keputusan itu dibuat pihaknya selepas berbincang dengan penganjur kejohanan, ProEvents International (M) Sdn Bhd. Sehubungan itu harga tiket bagi tempat duduk bebas dan utama di Stadium Darul Makmur diturunkan kepada RM20 dan RM50 berbanding RM38 dan RM68 sebelum ini. Bagi perlawanan antara Singapura dan Myanmar di Stadium Mini Temerloh hari ini, tiket bagi tempat duduk bebas berharga RM20 dan tempat duduk utama berharga RM25 berbanding RM28 dan RM38 sebelum ini. "Saya harap penurunan harga membolehkan peminat di Pahang, khususnya Kuantan dapat hadir bagi menyaksikan perlawanan," katanya. Hamidin berkata harga tiket yang mahal yang ditetapkan sebelum ini tidak dapat dielakkan disebabkan kos perbelanjaan kejohanan tinggi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Sep 2013 05:56 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuantan: Tiada istilah skuad kedua bagi jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Ong Kim Swee apabila beliau bakal merombak barisan pemainnya untuk perlawanan ketiga menentang Thailand di Stadium Darul Makmur malam ini. Selepas tiket ke final Pestabola Merdeka sudah berada dalam genggaman, pengendali negara itu mengakui akan memberi peluang kepada pemain lain untuk beraksi namun itu tidak bermakna mereka 'hilang selera' untuk mencipta kemenangan. Ini kerana setiap pemain yang beraksi perlu membuktikan kemampuan sekiranya mahu merebut tempat dalam skuad ke Sukan SEA Myanmar, pada Disember nanti. "Jika pemain beraksi baik di Pestabola Merdeka ini, mereka berpeluang disenaraikan dalam skuad Sukan SEA, jika tidak mereka mungkin digugurkan. "Pemain harus faham, mereka perlu berusaha keras kerana kita mempunyai ramai pilihan pemain. "Masih ada pemain yang tidak beraksi di sini kerana cedera dan akan sembuh selepas ini seperti Fandi Othman, Ahmad Hazwan (Bakri), Izzaq (Faris Ramlan), Wan Zaharulnizam (Zakaria) dan Gary Steven Robbart. "Kepada pemain yang bermain esok (hari ini), mereka perlu membuktikan sesuatu dan saya percaya semua pemain layak beraksi dalam kesebelasan utama," katanya pada sidang media semalam. Kim Swee berkata, keputusan merombak pasukan diambil bagi memberi rehat kepada beberapa pemain utama yang tampak keletihan mengharungi dua perlawanan dalam tempoh tiga hari serta ada di antara mereka mengalami kecederaan ringan. Malaysia mara ke final dan berpeluang merebut kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2008 selepas meraih kemenangan kedua dengan mengalahkan Myanmar 2-1 kelmarin. Aksi dengan Thailand malam ini dianggap sebagai pelengkap jadual namun Kim Swee tetap menuntut peningkatan daripada anak buahnya. "Kami mencipta banyak peluang dalam perlawanan semalam (kelmarin) tapi hanya berjaya menjaringkan dua gol saja, saya harap kami dapat mempamerkan peningkatan khusus pada perlawanan akhir nanti. "Bagi saya Thailand pasukan yang bagus, walaupun sebahagian besar pemain dari kelab, mereka mempunyai kualiti dan saya menjangkakan saingan sengit," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perlawanan Persahabatan: China vs Malaysia (2-0) 10 September 2013 Posted: 10 Sep 2013 08:28 AM PDT Keputusan: CHINA 2 - 0 MALAYSIA | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pestabola Merdeka: Malaysia tewaskan Myanmar 2-1 Posted: 09 Sep 2013 08:31 AM PDT Sumber: Utusan & Bernama KUALA LUMPUR 9 Sept. - Malaysia mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka selepas menewaskan Myanmar 2-1 pada aksi kedua di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang malam ini. Skuad Harimau Muda A meraih enam mata daripada dua perlawanan selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Singapura pada perlawanan pertama kelmarin. Sementara itu, Thailand yang mengumpul empat mata hasil kemenangan ke atas Singapura dan seri 1-1 dengan Myanmar kelmarin, berpeluang cerah untuk bertemu tuan rumah di pentas final. - UTUSAN ONLINE Penjaring: Malaysia: Mohd Irfan Fazail (m-64), Wan Zack Haikal Wan Nor (m-78) Myanmar: Nay Lin Tun (m-38) Barisan Pemain: Malaysia: Mohd Izham Tarmizi Roslan, Md Fadhli Mohd Shas, Nik Mohd Shahrul Azim Abd Halim, Mohd Zubir Mohd Azmi, Putera Nadher Amarhan, Mohd Irfan Fazail (kapten), D. Saarvindran (Syahrul Azwari Ibrahim), Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Saiful Ridzuwan Selamat), Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (K. Reuben), A. Thamil Arasu. Myanmar: Pyaye Phyo Aung, Zaw Min Tun, Aung Hein Kyaw, Kyaw Zayar Win(kapten)(David Htan), Kyi Lin, Kyaw Ko Ko, Ye Lin Aung, Thein Than Win, Phyo Ko Ko Thein (Htoo Htoo Aung), Thet Naing, Nay Lin Tun (Kaung Sithu). Pengadil: Abdul Malik Abdul Bashir (Singapura) - Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 08 Sep 2013 06:08 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuantan: Pemain tengah skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Junior Eldstal mengingatkan rakan sepasukan usah terlalu cepat mendabik dada sebaliknya berwaspada dengan ancaman skuad B-23 Myanmar yang bakal memberikan mereka ujian sebenar di Kejohanan Pestabola Merdeka. Biarpun memulakan kempen kejohanan edisi ke-41 di Kuantan, Pahang dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura kelmarin, Malaysia gagal mempamerkan kemampuan sebenar dengan aksi di atas padang becak di Stadium Darul Makmur dijadikan alasan. Pemain kelahiran Malaysia-Sweden itu yang juga dikenali sebagai Putera Nadher Amarham antara yang menerima pujian jurulatih Ong Kim Swee dalam perlawanan menentang Singapura itu sedar Myanmar boleh menyekat hajat mereka untuk menempah tiket ke final lebih awal jika pemain negara mengambil sikap ambil mudah. "Sukar bermain dalam keadaan begitu (padang becak) tapi kami berjaya buktikan dapat mengawal permainan walaupun dalam situasi sukar. "Berdasarkan perlawanan Myanmar dan Thailand malam tadi (kelmarin), lawan kita esok (hari ini) kuat dan pantas serta bagus dalam serangan balas. Tapi kita juga pasukan yang kuat dan saya harap kita dapat tunjukkan kemampuan untuk menandingi mereka dan memperoleh keputusan baik," kata Junior yang mencipta gerakan gol untuk A Thamil Arasu kelmarin. Junior pemain Sarawak yang dipanggil menyertai skuad muda negara buat kali pertama tampil dengan aksi menyerlah ketika menentang Singapura namun pemain berusia 21 tahun itu enggan menerima pujian itu. "Bola sepak sukan berpasukan dan kami perlu bekerja sama untuk mendapat keputusan baik. Saya boleh beraksi lebih baik berbanding semalam (kelmarin) dan saya harap keadaan padang akan lebih baik selepas ini," katanya. Sementara itu tonggak pertahanan tengah Mohd Fadli Shas tidak sabar untuk beraksi menentang Myanmar yang mengecewakan mereka pada pusingan kelayakan Piala Asia B-22 Julai tahun lalu. Pemain kebangsaan itu bertekad untuk memberikan aksi terbaik bagi menebus kekalahan 1-2 kepada Myanmar kendalian Park Sung Hwa pada perlawanan terakhir kelayakan sekali gus menyaksikan mereka gagal mara ke pusingan seterusnya. "Bagi saya, perlawanan dengan Myanmar ini ibarat ulangan tahun lalu, saya berharap kami dapat menebus kekecewaan itu. Kami tahu Myanmar mempunyai pemain yang bagus, bermain dengan corak permainan pantas tapi saya yakin kami lebih bersedia kali ini," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelab gantung pemain tanpa alasan Posted: 08 Sep 2013 06:06 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: Tindakan pengurusan sebuah pasukan Liga Super mencetuskan tanda-tanya apabila menggantung seorang pemainnya sejak dua bulan lalu tanpa sebarang makluman rasmi terhadap masa depannya. Malah difahamkan hingga kini bekas pemain kebangsaan itu tidak lagi dibenarkan mewakili pasukan dalam kancah Piala Malaysia. "Pemain itu tidak tahu berapa lama akan digantung tidak bertali. Tiada makluman diberikan pengurusan dan punca sebenar juga masih belum dijelaskan kepada pemain itu walaupun difahamkan pengurusan mahu membuat siasatan dalaman atas alasan tidak menunjukkan semangat kesukanan," menurut sumber yang enggan dikenali. Selain tidak dibenarkan beraksi mewakili pasukan, pemain itu turut tidak dibenarkan menjalani latihan bersama rakan sepasukan lain. Menurut sumber itu lagi, hingga kini tiada surat rasmi mengenai tempoh penggantungan dan jenis kesalahan dilakukan pemain terbabit. Sementara itu Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain yang dimaksudkan itu boleh memanjangkan tindakan persatuan kepada badan induk itu bagi membolehkan siasatan atau tindakan lanjut dijalankan. Insiden membabitkan pemain tidak mempamerkan semangat kesukanan mendapat tumpuan sejak kebelakangan ini selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan Datuk Taufek Abd Razak pada Rabu lalu buat kali pertama menggunakan akta Perkara 35.1 Kod Tatatertib untuk mensabitkan pemain yang didakwa tidak mempunyai semangat kesukanan. Pertahanan Kuala Lumpur Hafizie Roslee menjadi mangsa pertama apabila digantung enam bulan, denda RM2,000 serta amaran keras selain tidak boleh membuat rayuan selepas didapati bersalah tidak mempunyai semangat kesukanan apabila sengaja menendang bola ke arah pemain lawan sehingga menyebabkan gawang pasukannya dibolosi. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 08 Sep 2013 06:05 PM PDT Sumber: harian Metro Kuala Lumpur: China seolah-olah memberikan amaran awal kepada skuad negara kendalian Datuk K Rajagobal dengan kejayaan besar membelasah Singapura 6-1 pada perlawanan persahabatan di Pusat Sukan Olimpik Tianjin, Jumaat lalu. Kini giliran Harimau Malaya turun mencabar skuad Tembok Besar itu dalam aksi persahabatan kategori A yang dijadual berlangsung esok sebagai persiapan aksi kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain, Oktober ini. "Kami menyaksikan perlawanan itu, sememangnya mereka berada dalam prestasi terbaik ketika ini terutamanya apabila beraksi di tempat sendiri. Corak permainan mereka nyta pelbagai dengan hantaran jauh dan pendek serta berbahaya apabila menyerang di bahagian sayap terutama kiri," kata pemain negara Mohd Amri Yahyah yang kini bersama skuad kebangsaan di republik itu. China mendominasi perlawanan itu apabila mendahului 4-1 pada separuh masa pertama dengan Yu Dabao dan Zheng Long masing-masing menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan selesa buat tuan rumah yang turut dalam rangka persiapan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2015. "Walaupun mereka mencatatkan kemenangan besar, ia tidak melunturkan semangat kami mempamerkan tahap permainan tertinggi. Kami bukan seperti Singapura yang boleh diperkotak-katikkan. Sesi latihan yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyusun strategi terbaik menentang mereka," kata pemain paling senior skuad negara itu. Walaupun skuad negara hadir di China tanpa beberapa tonggak utama yang turut mempunyai tugasan bersama skuad bawah 23 tahun negara di Pestabola Merdeka selain masalah kecederaan namun barisan kendalian Rajagobal itu dilihat tetap mantap dengan kehadiran barisan pemain berpengalaman di pentas antarabangsa. "Sesi latihan banyak menumpukan kepada bahagian pertahanan dan tengah supaya kita mampu memenangi lebih banyak bola untuk melancarkan serangan," katanya. Menurut laman web FIFA, kali terakhir skuad negara bertemu China pada Ogos 2009 di Stadium Shah Alam dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PESTABOLA MERDEKA 2013: Malaysia U23 vs Singapore U23 (1-0) Posted: 07 Sep 2013 07:49 AM PDT MALAYSIA mengalahkan Singapura, 1-0 pada perlawanan pembukaan Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, hari ini. Separuh Masa: 0-0 Penjaring: Malaysia: A Thamil Arasu (minit ke-46) Barisan Pemain: Malaysia: Mohd Izham Tarmizi Roslan, K. Reuben, Md Fadhli Mohd Shas, Nik Mohd Shahrul Azim Abd Halim, Mohd Zubir Mohd Azmi, Putera Nadher Amarhan, Mohd Irfan Fazail (kapten), D. Saarvindran, S. Sivanesan (Muhammad Nazmi Faiz Mansor), Wan Zack Haikal Wan Nor (Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham), A. Thamil Arasu (Md Rozaimi Ab Rahman). Singapura: Muhammad Syazwan Buhari, Muhammad Afiq Yunos, Madhu Mohanna, Gabriel Quek Jun Yi (Muhammad Raihan Abdul Rahim), Muhammad Fazli Ayob (Md Al-Qaasimy Abdul Rahman), Muhammad Hafiz Abu Sujad, Sheikh Abdul Hadi SH Othman, Muhammad Syafiq Md Zainal (Muhammad Khairul Nizam), Muhammad Zulfahmi Md Ariffin, Muhammad Aqhari Abdullah, Muhd Izzdin Shafiq Yaacob (kapten). Pengadil: Teetichai Nualjan (Thailand) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PIALA PRESIDEN: SUKU AKHIR P4 (5 SEPTEMBER 2013) Posted: 05 Sep 2013 09:27 PM PDT 05 SEPTEMBER 2013 (KHAMIS)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Sep 2013 06:44 PM PDT Sumber: Harian Metro Kelana Jaya: Pemain pertahanan Kelantan Zamri Ramli dikenakan penggantungan dua tahun kerana positif menggunakan bahan terlarang. Insiden berkenaan berlaku ketika perlawanan akhir Piala FA pada 29 Jun lalu membabitkan Kelantan menentang Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil. "Laporan yang kami peroleh daripada makmal Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) di India menunjukkan sampel air kencing pemain berkenaan adalah positif menggunakan dadah jenis 'methamphetamine'. "Selepas membuat segala pertimbangan kami berpuas hati dan menjatuhkan hukuman gantung dua tahun menyebabkan dia tidak boleh terbabit dalam aktiviti bola sepak," kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Taufek Abd Razak. Bagaimanapun hukuman berkenaan ditangguhkan sementara bagi memberi ruang kepada Zamri dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membuat rayuan terhadap hukuman itu dalam tempoh 14 hari. Pemain pertahanan berusia 23 tahun itu mengaku bersalah dan tidak meminta untuk diambil sampel B. Ditanya sama ada terdapat ramai lagi pemain yang terbabit, Taufek enggan mengulasnya. "Saya ingin mengingatkan semua pemain, kami memandang serius perkara ini dan tidak mahu ia menular dalam kalangan pemain lain, terutamanya pemain di peringkat bawahan seperti sekolah dan sebagainya," katanya. Sementara itu pemain pertahanan Kuala Lumpur, Hafizie Roslee dikenakan penggantungan enam bulan, denda RM2,000 serta amaran keras selain tidak boleh membuat rayuan. "Pemain ini didapati dengan sengaja menendang bola kepada pemain lawan (Sime Darby FC) dalam kotak penalti sedangkan mempunyai pilihan lain seperti menendang keluar bola itu dan sebagainya," jelas Taufek. Perlawanan Liga Perdana itu berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 17 Mei lalu yang menyaksikan Sime Darby menang 5-0. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Sep 2013 06:42 PM PDT
Sumber: Harian Metro Kelana Jaya: Johor Darul Takzim (DT) bernasib malang apabila didenda RM40,000 kerana melakukan kesalahan membabitkan aspek keselamatan stadium. Penyokong Harimau Selatan didakwa melakukan kesalahan dengan membakar suar dan membaling resit ke dalam padang. "Johor DT mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Mereka gagal menyediakan anggota keselamatan mencukupi dan difahamkan oleh pegawai pertandingan betapa mudahnya barangan itu dibawa masuk. "Kami sememangnya memandang serius soal keselamatan terutamanya membabitkan jumlah kehadiran yang ramai," kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Taufek Abd Razak. Insiden berkenaan berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada perlawanan Liga Super antara Johor DT menentang Selangor pada 6 Julai lalu. "Saya ingin mengingatkan kepada mereka supaya tidak terlalu kerap mengulangi kes seperti ini kerana mereka boleh diarah untuk bermain di stadium kosong (tanpa penonton)". "Dua kesalahan seperti ini boleh dikategorikan serius. Bagaimanapun Johor DT dibenarkan membuat rayuan," ujarnya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Sep 2013 07:43 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: Kemenangan besar ke atas pasukan Liga Perdana UiTM FC 5-0 dalam aksi persahabatan semalam seakan-akan tidak memberi sebarang makna buat jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Ong Kim Swee yang tidak berpuas hati dengan corak permainan agak perlahan anak buahnya. Menurut pengendali Harimau Muda A itu, pasukannya gagal mengatur permainan lebih tersusun khususnya di bahagian tengah dan mahu pemain segera memperbaiki kelemahan itu jika tidak mahu dihukum ketika menyertai Kejohanan Pestabola Merdeka bermula Sabtu ini. "Kemenangan 5-0 ini keputusan yang bagus tapi saya kurang berpuas hati dengan pergerakan bola agak perlahan. Pemain seperti bermain sambil lewa terutama apabila mendahului pasukan lawan. Saya mengingatkan pemain mereka akan berdepan dengan cabaran lebih hebat, jadi mereka perlu lebih berhati-hati, harus beraksi lebih pantas," katanya kepada Arena Metro semalam. Skuad B-23 kini berada di Kuantan sebagai persediaan sebelum turun menentang skuad B-23 Singapura di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada aksi pembukaan Pestabola Merdeka yang turut membabitkan pasukan Thailand dan Myanmar. Dalam perlawanan semalam, UiTM FC menurunkan lima pemain import yang dipanggil untuk menjalani ujian pemilihan pasukan itu, tetapi mereka gagal menyekat penguasaan skuad muda negara yang menjaringkan tiga gol pada babak pertama menerusi dua pemain luar Junior Eldstal (Sarawak) dan Wan Zack Haikal Wan Noor (FC Ryukyu) serta penyerang Harimau Muda A, A Thamil Arasu. Thamil Arasu kemudian menambah gol keempat sebelum Rozaimi Abd Rahman melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 anak buah Kim Swee. Ini perlawanan pertama Kim Swee dapat menurunkan lapan pemain luar yang dipanggil kali ini antaranya pemain tengah Junior, pemain sayap Wan Zack Haikal, Mohamad Nasif Basharuddin (Perak) dan pemain pertahanan Kelantan Nik Shahrul Azim Abd Halim. "Saya berpuas hati dengan komitmen pemain, sikap dan persefahaman pemain lama dan baru dalam pasukan ini. Walaupun mereka hanya baru sekali menjalani latihan namun sudah boleh mengikuti corak permainan yang saya mahukan," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Presiden MAFA enggan kekal lama Posted: 03 Sep 2013 07:41 PM PDT Sumber: Harian Metro Melaka: Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Idris Haron hanya akan memegang tampuk Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) dalam tempoh tiga ke empat tahun sebelum tugas itu diserahkan kepada presiden baru. Menurutnya, beliau tidak berhajat menerajui persatuan itu untuk tempoh panjang sambil mengharapkan pasukan ketika di bawah pentadbirannya mampu mencipta kejayaan memberangsangkan selepas terbenam tiga musim di Liga FAM. Katanya, skuad Melaka perlukan perubahan drastik termasuk keperluan ditunjangi pemain muda berkaliber tambahan selepas skuad bawah 15 tahun mereka muncul juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia di Johor Bahru, baru-baru ini. Kejayaan muncul naib juara bagi skuad bawah 18 tahun pada kejohanan sama jelas memperlihatkan Melaka memiliki ramai bakat besar yang mampu diberi tanggungjawab menggalas cabaran skuad negeri itu pada masa depan. Menurutnya, selaras dengan itu MAFA akan menerima penjenamaan semula dengan kemungkinan menukar nama ke Melaka United (MU) menerusi corak pentadbiran berbeza. "Saya harap penstrukturan semula itu mampu mengubah wajah suram Melaka di persada bola sepak tempatan," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Undian Juara Piala Malaysia 2013 Posted: 05 Sep 2013 09:33 PM PDT | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MALAYSIA WON AFF U16 AYA BANK CHAMPIONSHIP 2013 Posted: 03 Sep 2013 01:04 AM PDT Sumber: Website FAM NAYPYITAW – Malaysia lifted their first ever crown in the AFF AYA Bank Under-16 Championship on Monday (2 Sept) when they edged Indonesia 3-2 after sudden death penalties. The score at the end of regulation was 1-1. "I have to thank Lim Kim Chon (the former FA of Malaysia Technical Director) for hiring me for this position," said Malaysian coach S. Balachandran. "But the win was really the effort of the boys as they played real hard for the win. "They have stuck to the system which has been set and they play attractive attacking football." The game between Indonesia and Malaysia was always going to be very close given the history of the two sides. But while the game started strongly, the slight drizzle affected the quality of the passes and then the pace of the game. Relying more on counter-attacks as the Malaysians pressed hard at the start, it was Indonesia who went ahead in the 28th minute when striker Gatot Wahyudi ran in off a pass from Reksa Maulana to beat two Malaysian defenders as he slipped the ball past keeper Mohd Haziq Nazli. Malaysia finished the first half with a rifling shot from Muhammad Syazwan Salihin which rocked the crossbar. Into the second half, Indonesia did not change their formation much as they were hell bent on just defending and making sure that their opponents do not get into their box. The game became more of a midfield battle as Malaysia attempted to cross in from either flanks. In the 88th minute, Reksa should have finished the game for Indonesia but following a cross from Dimas Ahmad and in front of a yawning goalmouth, he blasted the ball wide instead. Barely a minute later, Malaysia got a penalty off the hard work from Muhammad Najmuddin Samat which was duly converted by Muhammad Shahrul Adnan, to force the game into penalties. The usually reliable Mahir Djamoeddin missed the first kick for Indonesia but the Malaysians fared even worse when their first three kickes – Muhammd Hafiy Haikal Ismail, Muhammad Ghaffar Abdull Rahman and Ali Imran Alimi – all failed to beat Panggih Sembodho. But while Indonesia managed to score the second and third kicks from Samuel Christianson and Anang Kustiawan, they gave the Malaysians the initiative when Reksa Maulana and Asnawi Bahar failed miserably. Malaysia forced the penalties into sudden death when they tied they tied it at 2-2 off R. Dinesh and Muhammad Shahrul Mohd Adnan. With striker Gatot Wahyudi failing from the spot, it was up to Malaysian keeper Mohd Haziq to convert his and he certainly did not disappoint when he chip the ball into goal as he led Panggih to dive to the right first. "It was always 50-50 in penalties, but there is no shame in the loss today," said Indonesian coach Mundari Karya. "The boys raised the level of their game in this championship and they can do only better in the AFC qualifiers." In the meantime, Australia emerged third in the competition when they beat Vietnam 7-6 on penalties. The score at the end of regulation was 0-0. The scorers for Australia were Jamie Dimitroff, Kosta Petratos, Jackson Bandiera, Joe Caletti, Daniel Maskins, Nicholas Panetta and Perikles Fotakopoulos. The only miss came from Christian Verbi. The scorers for Vietnam were Le Thanh Phong, Pham Trong Hoa, Le Tien Anh, Bach Hong Han, Dang Van Danh and Nguyen Van Huy. Those who missed were Hoang The Tai and Bui Tien Dung.-AFF- | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 31 Aug 2013 06:32 PM PDT
Sumber: Utusan Malaysia KUALA LUMPUR - Pusingan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia mencatatkan pelbagai keputusan mengejut dengan banyak pasukan gergasi tumbang antaranya T-Team yang menewaskan skuad berstatus bintang, Johor Darul Takzim 2-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos. Walaupun penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya menembusi pertahanan kubu pertahanan The Titans dengan menggelecek dua pemain untuk gol Johor DT pada minit ke-44, cerita sebaliknya berlaku pada separuh masa kedua. Selepas jaringan penyamaan daripada Abdul Latif Suhaimi pada minit ke-80, bekas pemain Hull City, George Boateng membuktikan pengalamannya begitu berharga buat T-Team dengan tandukan jaringan kemenangan pada masa kecederaan sekali gus memastikan persaingan dalam Kumpulan B kembali terbuka. Di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Felda United merencatkan perjalanan gemilang PKNS dengan kemenangan 1-0 menerusi jaringan pemain dari Congo, Nsumbu Mazuwa pada minit ke-40 yang juga tiga mata pertama buat skuad The Settlers. Juara 32 kali, Selangor semakin hampir mengucapkan selamat tinggal buat saingan Piala Malaysia apabila sekadar seri 1-1 dengan Sime Darby di Stadium Shah Alam. Walaupun Francis Forkey Doe meletakkan Red Giants di hadapan pada minit ke-45, Karlo Primorac memberikan satu mata berharga buat Sime Darby dengan jaringan penyamaan pada minit ke-79. Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meraih kemenangan kedua apabila membenam pasukan dari Liga Perdana, Johor 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Gol daripada Bruno Martelotto meletakkan ATM di hadapan 1-0 pada minit ke-41 dan penjaring terbanyak Liga Super, Marlon Alex James menambah gol kedua dan Johor merapatkan kedudukan melalui Muhd. Alif Mohd. Yusof. Namun, dua jaringan dalam tempoh tiga minit pada masa terakhir permainan oleh Christie Jayaseelan dan Venice Elphi Danny Kaya memberikan kemenangan selesa kepada ATM untuk menjadi pendahulu baru Kumpulan A. Sarawak mengutip tiga mata dengan penuh bergaya selepas membenam Kedah 4-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching melalui jaringan Zamri Morshidi pada minit ke-55 manakala Muamer Salibasic menyumbang gol kedua minit ke-62. Kerapuhan pertahanan Kedah membolehkan pasukan tuan rumah terus berpesta gol pada minit ke-74 dan 78 melalui penyerang berbisa, Bobby Gonzales. Negeri Sembilan muncul pendahulu baharu Kumpulan C apabila mengejutkan juara bertahan Kelantan, 3-2 di kubu kuat The Red Warriors, Stadium Sultan Muhammad IV dengan kemenangan 3-2 apabila penyerang import Brazil, Fabio Leandro Barbosa, meledak dua gol pada minit ke-58 dan 78 buat Negeri Sembilan. S. Sivanesan mengejutkan puluhan ribu penyokong setia Kelantan dengan gol pada minit ke-13, namun Indra Putra Mahayuddin menyamakan kedudukan pada minit ke-37 dan Ahmad Fakri Saarani memberi kelebihan sementara buat tuan rumah pada minit ke-48 sebelum Fabio Leandrao muncul wira skuad Hoben Jang Hoben. Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Mohd. Khairul Ramadan muncul wira skuad Penyu dengan jaringan pada masa kecederaan bagi membolehkan Terengganu terus bernyawa dalam saingan Piala Malaysia dengan kemenangan 2-1 ke atas Pahang dengan Emmanuel Effa Owona meletakkan tuan rumah di hadapan terlebih dahulu pada minit ke-62 sebelum disamakan pemain Pahang, Azamuddin Mohd.Akil pada minit ke-68. Lions XII kembali menghidupkan peluang mereka untuk ke suku akhir apabila mengecapi kemenangan pertama dengan menewaskan pendahulu Kumpulan D, Perak, 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura dengan keputusan kontroversi pengadil membatalkan jaringan penyamaan penyerang Perak, Paulo Rangel. Ketua pasukan Lions XII, Hariss Harun membuka tirai jaringan pada minit ke-61, namun dapat disamakan oleh Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa lima minit kemudian sebelum Safuwan Baharudin memastikan tiga mata penuh menjadi milik tuan rumah dengan gol kemenangan pada minit ke-84. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
P4: Piala Malaysia 2013 - 31 OGOS 2013 Posted: 02 Sep 2013 08:32 PM PDT 31 OGOS 2013 (SABTU) KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
KUMPULAN D
|
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |