Rabu, 11 September 2013

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Super WTF: Bobo Malaysia lari ke Keek untuk video terbaru?

Posted: 10 Sep 2013 08:22 AM PDT

Bagi penggemar Bobo Malaysia, sudah pasti mereka tahu namun bagi yang tidak mengetahui perkara ini, Bobo kini telah beralih arah ke laman sesawang Keek untuk video-video muntah terbaru-nye. Kami sebulat suara merasakan Bobo kini aktif di Keek kerana di sana tiada butang Dislike seperti di Laman Official miliknya di Youtube. Hampir 90% video-video milik Bobo di Youtube mempunyai purata Dislike yang tinggi. Apa pun, video terbaru-nye di Keek buat kami menaip sambil muntah. Video selepas ini, boleh buatkan peminat kelab bola sepak JDT mengamuk.

Original article: Super WTF: Bobo Malaysia lari ke Keek untuk video terbaru?

©2013 Media Malaya. All Rights Reserved.

Erra Fazira tunggu masa untuk jawab isu rumahtangganya

Posted: 09 Sep 2013 10:03 PM PDT

Gosip hubungan suami isteri Erra Fazira dan Engku Emran yang berantakan ini telah berlarutan hampir setahun. Kedua-dua pasangan bertindak playsafe dengan berdiam diri dan tidak memberi apa-apa kenyataan.

Namun semakin lama ia dirahsiakan, semakin ramai berminat dengan cerita hubungan perkahwinan mereka kerana Erra Fazira kerap memuat naik gambar bersama anaknya sahaja di laman Insta dan secara tidak langsung menimbulkan rasa ingin tahu dimanakah suami Erra iaitu Engku Emran di saat gambar bersama anak mereka, Engku Aleesya itu diambil.

Dipetik Erra Fazira berkata

“Saya percaya apabila sampai masanya nanti, semua persoalan tentang spekulasi rumahtangga saya akan terjawab. Dan Apabila semuanya jelas, saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini,” tambahnya penuh rahsia.

Original article: Erra Fazira tunggu masa untuk jawab isu rumahtangganya

©2013 Media Malaya. All Rights Reserved.

Majlis Pertunangan Safiq Rahim Dan Zandra Aziela (6 Gambar)

Posted: 09 Sep 2013 09:04 PM PDT

Zandra Aziela, menerusi akaun Insta miliknya telah berkongsi beberapa gambar hari pertuangannya dengan pemain bola sepak, Safiq Rahim. Majlis pertunangan tersebut berlangsng di Kajang, Selangor.

Menurut Zandra, keputusan bertunang itu dibuat tiga minggu lalu dan persiapan pertunangan mereka banyak dilakukan oleh ahli keluarga dan sahabat handai memandangkan mereka berdua masing-masing di luar negara.

Tahniah buat pasangan ini & buat Safiq Rahim, jangan drop performance anda selepas berkahwin! Hehe.

Original article: Majlis Pertunangan Safiq Rahim Dan Zandra Aziela (6 Gambar)

©2013 Media Malaya. All Rights Reserved.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines