Isnin, 9 September 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Selebriti Popular Meriahkan Pelancaran Butik Bianco Mimosa

Posted: 07 Sep 2013 11:56 PM PDT

Antara selebriti yang hadir bagi memeriahkan pelancaran butik Bianca Mimosa.
KUALA LUMPUR: Seramai 10 selebriti popular tempatan memeriahkan acara pertunjukan fesyen Bianco Mimosa yang telah berlangsung pada malam Sabtu di Hotel Royale Chulan di sini.
Antara selebriti yang hadir termasuklah Fouziah Gous, Zahida Rafik, Nurul Wahab, Fazli Zainal, Dafi, Kaka Azraff dan Ainul Aishah.
Pertunjukan fesyen ini juga merupakan pelancaran sulung Bianco Mimosa yang baharu saja beroperasi pada awal tahun ini yang dikendalikan oleh jurusolek popular Deq Sha atau nama sebenarnya Mohamad Shahrul Azlan Abdul Rauf dengan kerjasama Mohd Faizal Abdullah (Faizal) dan Jasmi Rejab (Jasmi).
Manakala Datuk Ida Suraya Mustapha sebagai penyumbang pada label tersebut.
"Walaupun Bianco Mimosa masih baharu, pengalaman kami yang sudah lama dalam dunia fesyen ini memudahkan kami untuk perkenalkan pelbagai rekaan yang direka.
Majlis diserikan dengan pertunjukan fesyen koleksi daripada butik berkenaan.
"Alhamdulillah, para selebriti tempatan memberi sokongan yang sangat menggalakkan dan juga amat berpuas hati dengan rekaan yang kami sediakan.
"Dan untuk hari ini, sebanyak 30 rekaan dipersembahkan dimana rekaan kami tertumpu kepada gaya kasual selain rekaan baju kahwin," kata Deq Sha selepas pertunjukan fesyen tersebut.
Tambah Deq Sha, dengan bantuan Ida juga, Bianco Mimosa turut merancang untuk memperkenalkan jenama di negara Eropah dimana pihaknya turut mereka pakaian memgikut musim-musim tertentu.
"Alhamdulillah kami bukan sahaja merancang untuk menembusi pasaran Asia tetapi juga Eropah.
"Dan setakat ini kami bakal mendapat kerjasama dengan jenama terkenal Versace," beritahu jasmi pula.
Antara koleksi yang ditampilkan oleh butik Bianco Mimosa.
Sementara itu, selain pertunjukan fesyen, Bianco Mimosa memberi kelainan apabila majlis perkahwinan Ida dengan pasangannya Kapten Johari Jumadi turut diadakan serentak.
Dengan suasana yang cukup glamor persembahan penyanyi Dayang Nufaizah, Anuar Zain, Fazli Zainal, Bandi (Amuk), Mus (May) dan Amy Search turut memeriahkan lagi acara yang berlangsung bermula pukul 9 malam sehingga lewat malam.
Dalam pada itu turut hadir wakil dari jenama Versace dan Louis Vuitton Paris serta jurusolek artis Hollywood Kim Kardashian dan Jennifer Lopez iaitu Mario Dedivanovic.
Ida turut mendapat solekan khas daripada Mario.
Dalam pada itu, seramai 90 daripada 900 tetamu yang hadir turut diberi penghargaan menerusi cabutan bertuah.
Majlis yang penuh gemilang itu dikensalikan oleh pengacara Awal Ashaari dan Dee.

AF 2013 Perkenal 12 Peserta, Zizan Sebagai Pengacara

Posted: 07 Sep 2013 07:36 PM PDT

Seramai 12 pelajar Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) yang terpilih diperkenalkan melalui Konsert Prelude AF 2013 yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) daripada Padang MPK 4 di Kuantan, Sabtu.
KUANTAN: Dua peserta terakhir iaitu Mohd Faizul Sani, 28, daripada Sabah dan Nadia Amira Othman, 20 (Johor) layak dengan undian melalui aplikasi Samsung Galaxy Entri melengkapkan dua belas peserta yang terpilih sebagai pelajar Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).
Kedua belas pelajar yang terpilih diperkenalkan melalui Konsert Prelude AF 2013 yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) daripada Padang MPK 4, di sini, Sabtu.
Sepuluh peserta terawal diumum pada Konsert Top 24 pada Jumaat lalu terdiri daripada empat peserta perempuan iaitu Nur Nabila Razali (Nabila), 21, dari Kuala Lumpur, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, dari Singapura, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, dari Johor dan Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dari Sabah.
Manakala empat peserta lelaki iaitu Chin Teik Meng (Darren), 21, dari Pulau Pinang, Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, dari Kedah, Kamsani Jumahat (Sani), 23, dari Singapura dan Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dari Sabah.
Sementara itu, peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa) (Sabah) dan duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) dari Kuala Lumpur.
Pada malam konsert tersebut turut memperkenalkan pengacara yang mengendalikan AF 2013 iaitu pelawak Zizan Razak.
Manakala tiga pengkritik tetap terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU.
Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.
AF 2013 turut menampilkan tiga tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai Inspirer iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir.
Konsert pertama akan disiarkan secara langsung pada 14 September depan pada pukul 9 malam.

'Lemak Kampung Santan' Kini Di Tonton

Posted: 07 Sep 2013 07:35 PM PDT


PETALING JAYA: Buat penggemar filem yang terlepas menyaksikan Lemak Kampung Santan di layar perak, filem itu ditayangkan secara ekslusif menerusi portal video Tonton (www.tonton.com.my).
Filem yang akan ditayangkan bermula Isnin, 9 September 2013 pukul 12 tengah hari itu hanya dikenakan bayaran sebanyak RM8 dan ia boleh ditonton pad bila-bila masa sahaja saluran Tonton Premium.
Menampilkan pelakon Khir Rahman, Natasha Hudson, Harun Salim Bachik, Awie, Adlin Aman Ramli, Afdlin Shauki dan Ashraff Fahmy, filem arahan Hans Isaac itu mengisahkan suka-duka percintaan antara lelaki kaya dengan seorang gadis kampung.
Ridzuan (Hans Isaac) yang merupakan ketua projek pembinaan bakal membangunkan sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk kampung itu untuk berpindah.
Bagaimanapun Ridzuan telah jatuh cinta dengan seorang gadis kampung tersebut bernama Tiqa (Neelofa) dimana pertemuan pertama mereka berlaku secara tidak sengaja ketika Ridzuan sedang menuju ke Kampung Santan untuk perbincangan projeknya itu.
Namun, sepanjang perkenalan mereka Ridzuan cuba menyembunyikan kenyataan perit ini demi menjaga hati Tiqa serta penduduk lain disebabkan perasaan cinta yang mulai mekar di dalam dirinya terhadap Tiqa.
Dalam masa yang sama, Tiqa tidak mengetahui akan kewujudan Sofia (Natasha Hudson), kekasih Ridzuan yang turut terlibat dalam projek pembangunan Kampung Santan.
Filem yang menjalani penggambaran pada tahun 2011 ini turut mengguna-pakai teknik CG (Computer Generated).
Bagi yang terlepas menyaksikan Lemak Kampung Santan, daftar akaun secara percuma menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton
Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.

Semangat Nam Ron-Nani

Posted: 07 Sep 2013 07:30 PM PDT


NAM RON menamakan para pelakon termasuk Nani sebagai penulis lakon layar bersama untuk filem Psiko Pencuri Hati.


TINGGALKAN seketika sensasi pernikahan senyap-senyap salah seorang regu Psiko Pencuri Hati, Bront Palarae yang sudah sah bergelar suami kepada seorang kenalan lamanya pada 31 Ogos lalu. Walaupun perkhabaran itu tidak dianggap penting untuk dikongsi Bront, ia tetap mencuri perhatian ketika filem lakonannya yang disebut-sebut sebagai kelainan dalam industri sedang ditayangkan di pawagam.
Justeru, hanya pengarah filem itu, Shahili Abdan dan aktres Sharifah Amani yang diajak ke sesi fotografi tanpa melibatkan Bront. Lebih intim rasanya jika Shahili yang mengarah filem buat kali pertama itu disatukan dengan Amani yang merupakan heroin pilihannya. Mereka berkongsi huruf pangkal nama yang sama iaitu 'S' dan 'A'. Kedua-dua pelakon itu juga berkongsi huruf 'N' yang menjadi pangkal nama panggilan masing-masing iaitu Nam Ron dan Nani.
Tidak banyak juga kerja yang menyatukan mereka tetapi hubungan secara tidak langsung, keberadaan dalam satu kelompok pengkaryaan yang sealiran pemikiran dan jiwa menjadikan mereka intim. Mereka diibaratkan sebagai saudara sejiwa.
"Pertama kali saya nampak Nam Ron (Shahili) ketika sama-sama berlakon dalam filem Gubra (2006). Tapi, kami tiada babak lakonan bersama. Dari situ, saya perhatikan dan ambil tahu tentang siapa Nam Ron. Persembahannya halus, orangnya unik, tegas, lembut, garang, baik hati dan gila-gila. Orang macam Nam Ron ini seronok diperhatikan, rasanya, kami boleh geng," ujar Nani sebagai gambaran perasaannya yang kuat terhadap filem berkenaan.
"Saya pun kenal Nani tak lama sangat, Sein yang bawa watak Dr. Khai pun begitu. Tapi, yang penting adalah keserasian. Bila sudah serasi, kita boleh letak kepercayaan antara satu sama lain. Bukan kata saya tak percaya pelakon lain, tapi untuk filem yang saya anggap sebagai anak pertama ini, saya kena begitu. Sebabnya, saya kena beri kebebasan untuk mereka bermain karakter masing-masing. Cuma dalam set, saya kena jaga pergerakan supaya bahasa pengarahan dan visual yang saya mahukan itu diperoleh," sampuk Nam Ron.
Kuasa memikat Nam Ron
Pelakon yang juga penggiat teater yang cukup terkenal dalam kelompok pembikin filem bebas itu ternyata menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan sealirannya.
"Ramai yang terkejut termasuklah pengarah Bikin Filem dan Kil, Nik Amir. Ada juga yang lebih gemarkan filem pendek saya, Jalan Pintas dan kenapakah naskhah itu tidak dibawa ke layar perak. Saya fikir, kalau alang-alang masuk aliran perdana, biarlah naskhah yang bersesuaian. Kebetulan, penerbit yang mahu sebuah filem genre suspen. Filem Psiko Pencuri Hati semacam nafsu juga, kemahuan saya juga nak cuba benda yang baharu.
"Saya cuba beri jamuan ini. Selama ini orang bersangka khalayak mahukan filem aksi atau komedi. Macam Bunohan yang perlahan sambutannya di pawagam tapi bila masuk TV, orang suka. Saya nak beri khalayak rasa momen itu, suka atau tidak, cuba dahulu. Rasanya pembikin tak boleh hakimi penonton sekadar lihat pasaran sahaja. Filem Psiko Pencuri Hati sendiri ada banyak elemen, romantis dan cinta. Ia bukannya filem berat yang perlu difikirkan dalam-dalam untuk dihadam. Saya memang buat filem ini untuk umum. Kalau saya buat untuk saya, baik buat Jalan Pintas atau filem seni berat. Tapi, masalahnya boleh atau tidak ia dikongsikan dengan khalayak. Saya mahu penonton terhibur dengan karakter dan jalan cerita," ulas lelaki berusia 40 tahun ini bersahaja.
Membikin Psiko Pencuri Hati sebagai filem suspen thriller, Nam Ron cuba untuk tidak spesifik mengambil mana-mana filem sebagai rujukan. Namun, temanya pun suspens thriller, dia mengaku. pengaruh pengarah filem Hollywood, Quentin Tarantino boleh dikesan di hujung-hujung filem itu terutamanya apabila konflik sudah berubah menjadi ganas.
"Bahaya kalau kita buat rujukan spesifik, takut terpengaruh. Biarlah ia mengalir secara semula jadi. Memang struktur, stail dan gaya penyampaian filem psiko dan suspens begitu. Saya suka dengan proses ini. Memang ia perkara baharu dalam kerja saya. Tapi, selain nak menyampaikan, adakalanya saya juga mahu memikat perhatian penonton. Macam lukisan juga, ada yang suka gaya realis atau juga yang suka surealis," kongsi Nam Ron yang melihat industri perfileman tempatan juga ada sisi psiko tersendiri.
Katanya, karyawan seperti tahu apa yang dimahukan oleh khalayak itu sebenarnya tidak semuanya betul. Kesenian di Malaysia juga dikatakan seni untuk masyarakat.
"Persoalannya, apakah sangkaan itu betul?. Apa yang saya fahami, seni untuk masyarakat ialah seni yang bawa refleksi supaya masyarakat faham sekeliling dan nampak diri dari dalam skrin. Sekarang, seperti ada putar belit, itu psikonya industri kita dan secara tak langsung semua itu diterima sebagai budaya," beritahu Nam Ron yang pernah menjadi hero filem Paloh lebih 10 tahun lalu.
Feminisme Amani
Nani merupakan pelakon bertubuh kecil. Namun, dia memiliki cinta dan aspirasi kuat terhadap filem serta naskhah yang meneguk titik peluhnya. Nani ternyata semakin dewasa. Dia bukan gadis sunti seperti yang diperkenalkan dalam filem Sepet dahulu.
Lantas filem Psiko Pencuri Hati, merupakan kerja pertama Nani di bawah arahan Nam Ron. Sebelum ini, dia dan Nam Ron hanya berlakon bersama sebagai anak dan bapa dalam telemovie, Lembut Bukan Lelaki yang disiarkan menerusi Astro pada tahun lepas.
"Sekarang, saya sedang sibuk dengan latihan sebuah teater kompilasi arahan Nam Ron. Ya, kami tak banyak bekerjasama. Tapi, kerja untuk Psiko Pencuri Hati memang seronok. Nam Ron sayangkan pelakon-pelakonnya, sampai kami diajak berbincang dan membuat olahan skrip asal yang ditulis oleh Ayam Fared. Dia hargai pelakon-pelakonnya dengan memberi kredit kepada kami sebagai penulis lakon layar bersama. Itu juga antara yang diburu oleh pelakon," puji Nani untuk Nam Ron.
Nam Ron merupakan pengarah filem yang berjaya membawa Amani kembali semula ke lokasi layar perak selepas dia berlakon dalam filem Mualaf.
Menceritakan pengalamannya di lokasi, kata Nani, Nam Ron dan penulis skrip filem itu membawa mereka ke Pulau Pemanggil, Mersing untuk bersatu dengan alam dan berpuisi dengan laut.
"Syukurlah, saya dapat peluang yang bagus untuk bekerja dengan orang-orang yang bagus. Saya memang seorang pelakon yang memilih. Itu cara saya menghargai penonton. Caranya adalah mempersembahkan sebuah kerja yang bagus. Pandang kiri dan kanan, mereka semua ibarat abang-abang," ujar Nani yang melakonkan watak isteri bernama Wani yang mengalami keguguran sebanyak tiga kali.
Berlakon dan menjadikan karakter sebagai dirinya sendiri, Psiko Pencuri Hati turut memberi ruang penghayatan yang berlapis-lapis. Watak Wani sendiri bukannya perempuan yang lemah.
"Nampak kecil tapi perjuangan feminisme yang nak disampaikan ada. Sebenarnya, tak banyak filem yang tunjuk kekuatan karakter wanita dalam filem. Dalam filem ini juga, semua watak ada kejahatan masing-masing. Lebih seronok juga sampai ada yang buat telahan bahawa semua yang berlaku dalam plot itu adalah apa yang tertulis dalam novel tulisan Sidi (Bront). Sampai ke tahap itu," ujar Nani yang dalam waktu yang sama nekad menulis skrip yang memperjuangkan wanita untuk karya arahannya sendiri.
Berbicara bahasa filem, semangat dan aliran yang menjadi wacana dalam darah seniman yang masih segar dalam tubuh mereka, sempat juga Nani mencelah:
"Saya juga seorang yang ada angin dan suka ikut kepala sendiri. Benar, kami semua ada sisi psiko."

Jadual padat Heliza Helmi

Posted: 07 Sep 2013 07:28 PM PDT


PENYANYI ini keluar dengan dua buah single baharu iaitu Jom Zikir dan La Tahzan.


WANITA yang bertubuh kecil molek, putih melepak dan memiliki bibir yang cantik ini kerap melemparkan senyuman. Dia nampak seperti seorang yang pendiam. Namun dalam kehidupan sehariannya, dia sentiasa dilanda kesibukan.
Sedang merancang untuk keluar dengan sebuah album baharu, wanita itu yang popular dengan panggilan Heliza Helmi itu membawakan dua buah single untuk pendengaran khalayak. Selain itu, dia sibuk dengan bisnes busananya, Falah Abiyana yang diusahakan secara online serta dijual di Butik Women Of Jannah (WOJ) Tingkat 1, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor.
Wanita yang sentiasa dijadikan rujukan dengan gaya berjubah dan berhijab ini turut sibuk menjual telekung yang dinamakan Heliza Instant Telekung yang mendapat sambutan ramai.
"Saya terlibat secara keseluruhan dalam bisnes saya. Daripada proses mencari kain, mereka bentuk sehinggalah kepada penjualan. Semua itu membuatkan saya berdikari," ujarnya yang merupakan graduan lulusan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
"Saya juga memberikan motivasi dan forum kepada umum. Saya juga bergerak sebagai perunding imej sesudah mendapat sijil dalam bidang itu," jelasnya yang bersungguh-sungguh dengan perniagaan yang sedang dijalankan sekarang.

Yusry bangga terbit filem Vikingdom

Posted: 07 Sep 2013 07:27 PM PDT



LATAR zaman Viking dihidupkan menggunakan imej janaan komputer.


SELEPAS menghasilkan sebuah epik terkenal dalam sejarah Raja-Raja Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim bakal melakar satu lagi sejarah peribadi apabila filem epik keduanya, Vikingdom sudah bersiap siaga untuk ditayangkan.
Kelainannya, Vikingdom membawa pertembungan antara epik dan fantasi, antara wira Viking iaitu Eirick dari Jomberg dengan Thor, Dewa Guruh yang mahu menakluk dunia.
Sejak awal lagi, pembikinan filem Inggeris khususnya epik oleh Yusry telah dipersoalkan. Mitos dan kisah Melayu sendiri pun banyak yang belum diterokai, inikan pula legenda Barat yang hendak diangkat. Berbicara tentang filem yang bakal menemui penonton bermula 12 September nanti, Yusry tidak pernah hilang prinsip.
Seiring angin patriotik yang masih berhembus segar sepanjang bulan kemerdekaan ini, sengaja isu patriotik diselitkan dalam pertemuan bersama Yusry dan heroinnya, Natassia Malthe, baru-baru ini.
Kata Yury, benarlah Vikingdom filem berbahasa Inggeris yang dihasilkan oleh karyawan Melayu. Ia merupakan filem legenda dan fantasi yang sering wujud dalam filem-filem Hollywood. Namun, katanya, di peta dunia perfileman antarabangsa, Vikingdom ialah filem Malaysia.
"Vikingdom ialah filem tempatan, cuma pengisiannya dari luar. Kalau hendak bercakap tentang patriotik, KRU Studio's pernah menghasilkan 29 Februari. Kisah asal-usul Raja Kedah pun kita sudah buat menerusi Hikayat Merong Mahawangsa. Jadi, Vikingdom cuba lari daripada apa yang telah ada dalam pasaran filem tanah air.
"Sebelum ini, dalam industri filem tempatan sudah ada filem berbahasa Inggeris tapi kandungannya masih tempatan dengan pasarannya tidak besar. Skrip Vikingdom itu sendiri sudah ada pasaran di luar negara. Saya percaya, pasaran filem Inggeris di Malaysia sendiri sangat bagus. Itu yang cuba saya lakukan," kata Yusry sambil mengaku memang tiada elemen Melayu yang dipaparkan dalam filem itu.
Tambahnya: "Kami mahu masuk dalam peta dan pasaran filem global. Itu fokus kami. Memang tiada elemen Melayu di depan kamera kecuali wajah Eurasian sebagai karakter utama dan watak-watak tambahan. Tapi, filem ini menggunakan 100 peratus tenaga anak tempatan."
Yusry bebas berimaginasi
Mengambil mitos dan legenda Barat juga memberi kebebasan kepada Yusry bermain fantasi dan menokok tambah di sana sini mengikut pemahamannya sendiri.
"Saya tidak membesar dengan legenda Barat. Jadi, kena baca banyak buku dan buat rujukan. Walaupun ada sejarah dan mitos, tapi ia juga sebuah fiksyen," jelas Yusry.
Jika selama ini Thor selalu divisualkan sebagai Dewa Petir yang baik namun menerusi Vikingdom, dewa yang mempunyai tukul sakti tidak boleh disamakan dengan karakter Thor yang sering dilihat dan dibaca menerusi komik Marvel.
"Setiap watak dalam filem itu diubah suai mengikut imaginasi saya. Orang selalu lihat Thor sebagai adiwira yang berambut kuning keemasan tapi dalam Vikingdom, Thor jadi watak antagonis dan berambut merah. Saya cuba tidak terikat dengan mitos dan sejarah Barat," tegas Yusry banyak menambah-nambah elemen epik dan fantasi dalam naskhah tersebut.
Dia paling banyak berdepan masalah untuk menzahirkan visual fantasi ke dalam filem berlatarkan zaman Viking itu.
"Contohnya, dalam skrip ada bercerita tentang pertarungan antara Dominic Purcell (Eirick) dengan beruang. Bagaimana hendak bawa beruang ke lokasi, jadi kami menggunakan set beruang animaltronik yang kemudiannya menjalani proses imej janaan komputer (CGI). Kami juga menggunakan 50 ekor kuda untuk babak perang dan pengembaraan. Kuda pun susah untuk dikendalikan," kata Yusry.
Filem Vikingdom dibarisi bintang antarabangsa iaitu Dominic Purcell yang pernah terkenal menerusi Prison Break, Mission: Impossible II dan Blade.
Aktres dari Kanada kelahiran Norway, Natassia Malthe turut membintangi filem itu. Dia pernah berlakon dalam filem Elektra. Seorang lagi bintang antarabangsa, Conan Stevens yang pernah berlakon dalam filem The Hobbit: An Unexpected Journey turut berlakon dalam filem tersebut.

NATASSIA MALTHE dan Yusry membuat pengakuan sepanjang berada di lokasi mereka tidak banyak berkomunikasi tetapi sangat menghormati kerja masing-masing.


Yusry mengaku bahagian paling sukar dalam pembikinan Vikingdom ialah proses penggambaran. Pembikinannya juga memiliki persamaan dengan filem 300 kerana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan penggunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana surreal bagi filem aksi.
"Memanglah proses CGI dan suntingan mengambil masa lebih setahun tapi bahagian paling susah adalah pra produksi dan penggambaran filem itu.
"Kami tidak punya bajet besar untuk menerbangkan warga produksi ke luar negara. Jadi, kami memutuskan penggambaran dilakukan 100 peratus di Malaysia dan cabaran utama adalah mencari kawasan yang hampir sama dengan keadaan di luar negara.
"Bagaimanapun, akhirnya kami menjumpai kawasan bukit di Puncak Alam, Selangor. Sepanjang 10 hari penggambaran dilakukan di situ, suasana panas terik sedangkan kami kena beraksi konon-kononnya macam ada salji. Benda-benda begitu sedikit sebanyak mengganggu sedikit mental dan fizikal pelakon kami termasuk juga warga produksi. Tapi, hasilnya, kita boleh buat.
"Selain itu, kami juga melakukan penggambaran di Gua Tempurung, Kellie's Castle di Perak serta di Filem Negara. Bayangkan kita boleh buat penggambaran filem legenda Barat di Puncak Alam," ujar Yusry sedikit sebanyak mengagumi cara kerja pelakon luar yang terlibat termasuklah Natassia, satu-satunya kesatria wanita yang membelasah lelaki dalam filem itu.
Natassia separuh Malaysia
Pujian layak diberikan kepada Natassia Malthe, satu-satunya pelakon Vikingdom yang turun ke Kuala Lumpur untuk promosi filem berkenaan. Kebetulan berada di Phuket, Thailand untuk menjayakan sebuah produksi sekitar Julai lalu, Natassia tidak keberatan kembali ke Malaysia untuk berkongsi cerita.
"Terlibat dalam Vikingdom beri pengalaman unik kepada saya. Filem ini membawa saya ke negara kelahiran ibu saya. Selama ini saya hanya dengar, rasa dan kenal nama Malaysia daripada ibu saya. Dia berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan berkahwin dengan bapa saya yang berasal dari Norway. Separuhnya daripada diri saya ialah Malaysia.
"Banyak persamaan dapat saya rasakan terutamanya tentang orang-orang Timur dan masakan yang selalu disediakan oleh ibu," cerita Natassia tentang ibunya, 71, yang berpindah ke Kanada sejak berusia 26 tahun.
Menjadi satu-satunya kesatria wanita dalam fiksyen yang penuh babak pengembaraan dan aksi itu, faktor itu juga merupakan dorongan kuat untuk wanita yang memiliki asas tarian balet dan seni mempertahankan diri itu terlibat dalam filem arahan anak Melayu.
"Asalnya cita-cita saya mahu jadi penari balet nampaknya banyak membantu saya untuk berlakon filem aksi. Saya memang sukakan filem aksi begitu juga dengan genre mistikal dan epik," katanya yang pernah berlatih seni mempertahankan diri bersama aktor Jackie Chan satu ketika dahulu.
Melakonkan watak Brynna, Natassia satu-satu bunga di antara duri-duri yang digeruni. Dia juga seorang penggoda tetapi tidak hanya dengan senyuman dan memiliki bentuk badan yang mengiurkan.
"Brynna seorang yang berprinsip dan punya kredibiliti untuk dihormati. Dia melambangkan wanita yang kuat, mampu membelasah ramai Viking yang berbadan besar. Itu yang membuatkan karakter itu menjadi sangat menarik," ujar Natassia, 37, yang melakonkan semua aksi lagak ngeri untuk watak Brynna.

Suka duka Aweera

Posted: 07 Sep 2013 07:26 PM PDT


SELAIN bergelar penyanyi, Aweera turut menyimpan impian untuk menjadi pelakon.


PERJALANAN hidup vokalis grup MOJO ini tidak mudah. Biarpun tampak senang dan popular, namun pelbagai ranjau yang dilalui oleh figura bernama Nasharul Aweera Noriyissham atau lebih dikenali sebagai Aweera itu.
Pada usia 22 tahun, Aweera sudah diuji dengan cabaran besar apabila dia diisytiharkan muflis sejak 11 Julai lalu.
Biarpun hal itu meruntun jiwa Aweera, namun jauh di sudut hatinya dia melihat tindakan itu sebagai pengajaran buat dirinya.
"Memang isu itu (muflis) memberi tekanan kepada saya. Tetapi, ia telah pun berlaku dan saya akui kesilapan yang pernah saya lakukan dahulu.
"Tidak ada gunanya saya berfikiran negatif tentang perkara itu selain menjadikannya sebagai pengajaran untuk diri saya dan masyarakat terutamanya generasi muda," katanya yang menyatakan ia disebabkan pinjaman yang dibuatnya ketika berusia 19 tahun.
Namun begitu, Aweera tidak mahu para peminat memperbesar-besarkan isu tersebut. Dia meminta agar diberi sedikit ruang untuk dia menyelesaikan masalah itu.
"Saya tahu bahawa hal itu (muflis) sudah diketahui umum. Namun, saya berharap agar masyarakat memberi peluang untuk saya segera menyelesaikannya.
"Apabila ia selesai kelak, saya akan mengumumkan perkhabaran gembira kepada semua," ulas bekas peserta rancangan realiti televisyen One In A Million musim ketiga itu.

Kotak jadi duta tayar

Posted: 07 Sep 2013 07:25 PM PDT



GRUP ini diberi tugasan menyanyikan lagu Rise and Fall yang berkolaborasi bersama penyanyi rap, JFlow untuk kelab bola sepak Manchester United.


FORMASI bertiga ini lebih nampak kompak selepas Posan meninggalkan Kotak. Tantri, Cella dan Chua yang sering bertandang ke Malaysia datang lagi untuk mempersembahkan album baharu mereka yang berjudul Kotak Terbaik.
Mengandungi 17 buah lagu, album edaran Warner Music Malaysia ini turut mengandungi empat buah lagu baharu iaitu Aku Yang Tersakiti (feat Judika), Hijaukan Bumi, I Love You dan Kecuali Kamu.
Kerap datang ke Malaysia selari dengan populariti yang mereka lakukan di sini, Chua (pemain bes) dan Tantri (vokalis) masih kelihatan sama. Dua wanita aktif ini bergelak ketawa dan pantas menjawab soalan-soalan media sewaktu ditemuramah di Hotel The Zone, Kuala Lumpur baru-baru ini. Cella yang merupakan pemain gitaris sebaliknya hanya melemparkan wajah serius tanpa senyum dan menjawab hanya sepatah kata pada setiap soalan. Mungkin dia berasa penat dengan jadual yang padat dan tidak dapat menipu keperibadian sebenar yang sedikit sombongnya itu.
"Album dengan judul Kotak Terbaik ini sudah setahun dilancarkan di Indonesia. Sekarang ia dilancarkan di Malaysia tetapi mempunyai sedikit perbezaan pada kulit album. Melalui album ini, single pertama kami ialah Aku Yang Tersakiti diikuti I Love You. Jika di Indonesia, kami mempromosikan lagu Menembus Cahaya," ujar Chua yang manis.
Menurut Kotak, jadual persembahan dan promosi mereka cukup padat tambahan lagi mereka baru sahaja dipilih sebagai duta kepada produk tayar Achilles.
"Pemilihan kami dibuat kerana dianggap mampu menarik perhatian golongan remaja,"tambah Tantri yang mempunyai vokal suara yang cukup mantap.
Sudah mengeluarkan empat buah album, ruang evolusi dan pendedahan, mereka kini semakin terbuka apabila dipilih untuk menyanyikan lagu tema buat kelab Manchester United yang berjudul Rise and Fall.
"Kami berkolaborasi dengan JFlow untuk lagu Rise and Fall. Kami juga akan berangkat ke Manchester untuk menggarap klip video lagu tersebut. Malah, pemain bola sepak kelab terkenal itu juga akan terlibat dalam klip tersebut. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan JFlow yang memang diminta oleh sebuah perusahaan produk automotif," terang Chua. Dia gembira tentang kolaborasi bersama JFlow yang merupakan penyanyi rap yang dikenali di Indonesia dalam penghasilan lagu itu.
Anggota-anggota Kotak mempunyai resipi sendiri untuk hidup harmoni.
"Kalau tidak atas urusan kerja, kami mengelak untuk berjumpa. Kami tidak mahu bosan, asyik melihat wajah masing-masing. Selain itu juga, kami menerapkan ingatan untuk terus menjadi diri sendiri. Sebagai sebuah grup, memang ada bergaduh, bersedih dan gembira," ujar Chua yang mempunyai nama berdaftar Swasti Sabdastantri.
Menurut Chua lagi, keputusan untuk mengadakan latihan nyanyian, pengumpulan material atau merakamkan lagu akan dilakukan oleh Cella yang mempunyai studio di rumahnya.
"Kalau ada jelajah dari kota ke kota, kami mempunyai pasukan kerja yang ramai. Kami sering ketawa dan bergaul sesama kami. Lebih lucu kerana dalam grup ini ada yang melatah, jadi suasana tambah meriah," akhiri Tantri mewakili grup mereka.

Alibi Music masih wujud

Posted: 07 Sep 2013 07:23 PM PDT


MU'ADZ bertuah kerana mendapat bimbingan Noe, vokalis Letto dalam penghasilan lagu-lagu baharunya.


SEBUT sahaja Alibi Music, ramai yang menyangkakan bahawa label rakaman dan pengurusan artis ini sudah tidak wujud. Sebaliknya, masih terdapat cerita-cerita negatif yang tampil tentang label itu berkumandang.
Cerita-cerita itu telah meninggalkan impak yang tidak baik terhadap label rakaman tersbeut yang diketuai oleh Ferhard Ahmad sebagai Pengarah Urusan.
Baru-baru ini, Pegawai Perhubungan Alibi Music telah datang ke studio Utusan untuk menunjukkan bahawa label tersebut masih bernyawa dan mempunyai beberapa artis naungannya. Ketiga-tiga artis yang dibawa itu ialah Mafa, Jesselton dan Mu'adz mengaku sudah menandatangani kontrak bersama Alibi sejak awal tahun dan kini menjalani proses promosi produk terbaru mereka.
Mafa pertaruh Derhaka
Nama Mafa sudah dikenali menerusi program realiti televisyen Vokal Bukan Sekadar Rupa. Mendapat tempat kedua, dia merasakan program itu ialah pengenalan awal terhadap dunia industri hiburan sebenar.
Mafarika atau lebih gemar dikenali sebagai Mafa, awalnya mengasah bakat sebagai penyanyi sejak berumur 10 tahun. Ketika itu, pertandingan karaoke merupakan tempat dia beradu kekuatan jiwa dan vokalnya.
Bagaimanapun, ketika usianya menginjak 16 tahun, minat Mafa tiba-tiba lebih terarah ke dunia seni reka dan grafik. Berehat seketika dan tidak lagi aktif menyanyi, Mafa menumpukan perhatian terhadap minat baharunya itu.
Ketika mencecah usia 19 tahun, dia memberanikan diri kembali mengacah kembali bakatnya dalam Vokal Bukan Sekadar Rupa.
Kini, dia kembali dengan single bertajuk Derhaka yang ditulisnya sendiri. Single ini merupakan single ketiga selepas Tiba dan Pintu Hati.
"Saya cuba tulis lagu dan lirik ini sendiri. Manalah tahu, jika berpeluang masuk drama atau telefilem," jujurnya bercerita.
"Saya berduet dengan Roni vokalis Hyper Act melalui single Pintu Hati yang dimuatkan dalam drama Seindah Sakura yang pernah disiarkan di slot Samarinda," ujar Mafa yang berusia 21 tahun.
Sibuk menimba ilmu di Universiti Multimedia, Cyberjaya, Mafa juga turut mengalirkan idea kreatifnya dengan mengubah sebuah lagu buat Sharifah Zarina yang bertajuk Mengharap Cinta.
Ditanyakan tentang penyertaannya di bawah bumbung Alibi, Mafa memberitahu, dia mula menandatangani kontrak sejak April tahun ini.
"Saya mengetahui tentang Alibi apabila seorang teman mencadangkan supaya saya menghantar demo kepada mereka. Akhirnya saya menjadi artis di bawah label ini. Alibi mahu mempromosikan lagu-lagu saya di Singapura dan Brunei. Malah, sudah ada respons daripada para peminat di Singapura," ujarnya yang yakin dengan teraju Alibi.
JESSELTON yang asalnya grup projek Zimi Sofarz akhirnya bergerak tanpa Zimi dan kini mempertaruhkan genre rock.


Jesselton
Penubuhan awal grup yang diberikan nama Jesselton ini pada awalnya bertunjang beberapa ahli kumpulan Sofazr iaitu Zimi, Fairouz dan Rodie.
Mengambil nama grup sempena tempat di Sabah, Redzuan Zahari memberitahu, grup itu pada asalnya merupakan grup projek Zimi Sofarz.
Setelah beberapa kali mengalami perubahan anggota kumpulan, Jesselton kini dibarisi Suhaila Saadon, 23, (vokal); Zabidi Mohd. Dris, 32, (gitar utama); Azhar Ismail, 23, (bes); Redzuan Zahari, 32, (gitar kedua); dan Mukhsal Ismail, 32, (dram).
"Pergerakan grup ini bermula pada tahun lepas dan lagu kami bertajuk Patung pernah masuk dalam program Muzik Muzik. Terbaharu, kami mempersembahkan lagu bertajuk Pergi yang ditulis oleh Zimi dan lirik oleh Jesselton sendiri," ujar Redzuan seraya memberitahu mereka berusaha menonjolkan kelainan dengan membawakan genre rock yang sentiasa diterima baik oleh semua.
"Kami mahu memperkenalkan dan mengukuhkan nama Jesselton dalam industri muzik. Kami merangka untuk mengeluarkan tiga single berjudul Pergi, Kamu Yang Terbaik dan Penunggu pada tahun ini. selepas itu Jesselton akan muncul dengan album penuh dan perancangannya itu adalah pada tahun ini juga," ujar Redzuan atau dikenali sebagai Wan.
Bercakap tentang hubungan antara grup yang sebelum ini mempunyai latar belakang yang berlainan, Jesselton mengaku kekok pada fasa awal.
"Pada awalnya memang janggal. namun, kemudian kami jalani latihan muzik secara berkumpulan. Latar belakang dan pengaruh muzik yang berlainan membuatkan kita berusaha untuk menyatukan pada satu titik. Syukur selepas beberapa kali latihan, kami dapat berkomunikasi dengan baik," ujar Suhaila.
"Kami menjadi artis di bawah naungan Alibi pada tahun lepas. Pihak Alibi banyak membantu daripada segi promosi dan memperkenalkan lagu kami," ujar Wan lagi.
Buat para peminat muzik tempatan yang meminati genre moden rock, bolehlah memberi sokongan kepada grup tersebut dengan mengikuti perkembangan semasa mereka di laman sosial Facebook dengan menggunakan carian Jesselton Band.
MAFA muncul melalui program Vokal Bukan Sekadar Rupa.


Mu'adz tampilkan kelainan
Nama Mu'adz Dzulkifly sebenarnya tidak asing dalam kalangan para penggiat lagu nasyid dan dakwah tempatan.
Dia giat bergerak sebagai pengacara televisyen dan majlis, motivator serta tutor.
Kini, Mu'adz bernaung di bawah label Alibi Music dan merupakan penyanyi lagu-lagu kerohanian yang pertama yang diuruskan oleh label berkenaan.
Tuah berganda turut menyebelahi Mu'adz apabila dia bukan sahaja dapat menghasilkan single pertama malahan berpeluang untuk digandingkan dengan komposer dan vokalis terkenal dari seberang iaitu Noe dari kumpulan Letto. Malahan, latihan vokal, pembikinan dan proses rakaman suara juga diadakan di Yogyakarta, Indonesia.
"Bagi saya, ia merupakan peluang yang baik. Dapat merakamkan lagu di sana, saya akui suasananya berlainan. Saya diajar teknik suara bisikan oleh Noe. Tidak salah rasanya saya mempelajari teknik dan semangat yang diberikan oleh Noe. Teknik berbisik yang diajarkan itu saya rasakan sebagai salah satu pendekatan baharu yang membuatkan nyanyian saya lebih dekat kepada pendengar. Idea yang menarik dan sesuatu yang baharu," ujar Mu'adz yang tinggal lapan hari di Yogyakarta untuk menyiapkan lagunya.
"Single perdana saya bertajuk Rindukan Cahaya dan diikuti Sambutlah. Kedua-dua single ini digubah dan disusun oleh Noe dan Widi daripada kumpulan Letto. Lirik juga disumbangkan oleh Letto," tambah Mu'adz
Ditanya tentang cara kerja bersama komposer dari Indonesia, Mu'adz memberitahu, dia diberikan penekanan daripada segi penghayatan.
"Mereka melatih saya menyebut perkataan demi perkataan dengan betul. Memang banyak diajar tentang penumpuan bukan sahaja nyanyian tetapi juga instrumentasi," tambah jejaka berusia 34 tahun ini yang menganggap pengalaman itu sebagai sangat berharga.
Menyentuh soal imejnya yang santai walaupun membawakan lagu-lagu kerohanian, Mu'adz mengaku memang mahu menonjolkan sisi kasual dan tanpa kopiah. Perkara penting baginya ialah tanggungjawab membawakan mesej dalam lagu-lagunya.

Momen bersejarah Yunalis Zarai

Posted: 07 Sep 2013 07:22 PM PDT



PERTAMA kali dijemput menjayakan persembahan di Istana Budaya, Yuna menjadi artis termuda menjayakan konsert solo dan mencatatkan jualan tiket ketiga paling laris di situ selepas Siti Nurhaliza dan Anuar Zain.



WANITA muda itu membuka Panggung Sari dengan persalinan merah jambu lengkap berturban. Tanpa diperkenalkan, imej itu sahaja sudah cukup untuk memperkenalkan figura muzik yang sedang meluaskan empayar pengaruhnya di persada antarabangsa, Amerika Syarikat (AS) itu.
Pemilik nama Yunalis Zarai ini yang tidak memerlukan banyak permainan pentas untuk menimbulkan kekaguman para penonton. Cukup dengan lontaran vokal yang tersendiri yang dialunkan dalam nada-nada yang melantun serta membuai-buai, Yuna mengunci tempat duduk penonton untuk hanyut selama dua jam menghayati dan menikmati melodi indah bersamanya.
Kemunculan Yuna bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) menerusi konsert sulungnya yang bermula pada Khamis lalu itu juga cukup untuk mengubat kerinduan peminat yang selama ini mengikuti perkembangan seninya sejak tujuh tahun lalu.
Khalayak yang pernah menyaksikan gig-gignya, melihatnya berulang-alik dari Kuala Lumpur ke AS, melompat dari sebuah syarikat rakaman di New York kemudian ke Los Angeles, rentetan itu dianggap sebagai sesuatu yang luar biasa.
"Syukur dan saya sangat gembira kerana diberi peluang untuk merealisasikan salah satu daripada kemuncak impian saya iaitu beraksi di Istana Budaya. Walaupun saya sering berada di luar negara, konsert begini menjadi penghubung saya dengan peminat di tanah air," luahnya yang bersiram kepuasan.
Memilih Decorate, Favourite Thing dan Young yang barangkali masih kurang mesra pada pendengaran telinga sesetengah penonton sebagai introduksi, namun, tepukan kegembiraan tetap bergema. Menghidupkan ruang yang selesa, lagu Gadis Semasa menutup segmen pertama dengan sebuah rasa yang tidak cukup melegakan.
Berada di tengah-tengah penonton dan peminat di Istana Budaya mungkin berbeza dengan permintaan peminat Yuna di luar negara. Lantas, lagu Gelora Jiwa, Dan Sebenarnya serta Terukir Di Bintang dipersembahkan dalam komposisi dan susunan muzik bawah iringan OSK yang memberikan keharmonian halwa telinga yang begitu sempurna.
Dalam durasi dua jam itu, lagu-lagu lain yang dipersembahkan kebanyakkannya adalah daripada album Inggeris Yuna. Lagu-lagu daripada album terbaharunya Sixth Street iaitu I Wanna Go, Musician dan Right Again mudah melekat walaupun baru kali pertama ia diperdengarkan.
Selain itu, Live Your Life, Remember My Name, Stay, Lullabies dan dua lagu No Diggity (nyanyian asal Blackstreet) dan Let Love Come Through menjadi antara 20 buah lagu yang dipersembahkan Yuna dalam suasana yang manis.

PERSEMBAHAN kumpulan No Noise Percussion semasa sesi rehat memberi momentum untuk penonton terus menantikan kemunculan Yuna.


Tanpa melupakan Penakut, Lelaki dan membawakan sekali lagi single baharunya, I Wanna Go, secara jujurnya, walaupun di pentas Istana Budaya, Yuna punya keyakinan yang cukup untuk membuang segala gemuruh ketika beraksi kali pertama. Di hadapan lebih 1,000 penonton, Yuna seperti dalam khalayak yang yang kecil. Dalam santai dan santun, dia menawan tanpa sedar.
Membelah momen indah konsert itu juga, Yuna merakamkan detik paling mengujakan untuk dikongsikan dengan peminat apabila membawa masuk komposer dan pemain gitar kumpulan rock terkenal AS, Mike Einzige daripada kumpulan Incubus sebagai pemuzik undangannya.
"Saya hampir tidak sabar untuk mengumumkan kejutan itu kepada peminat. Kemunculan Einzige menjadi momen terindah untuk konsert ini. Paling membuatkan saya seronok, Einzige sendiri yang menawarkan dirinya untuk terlibat dalam konsert ini," jelas Yuna yang kali pertama melihat Einzige dan Incubus di depan matanya sewaktu kumpulan itu menjayakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2007.
Sebagai tanda penghargaan, selepas kolaborasi terbaharu mereka berdua iaitu Deeper Conversation, I Miss You menjadi pilihan untuk diiringi petikan gitar Einzige. Ia menyaksikan gabungan Yuna bersama pemuzik itu yang buat pertama kalinya disaksikan secara langsung oleh para peminatnya.
Dalam perkembangan terbaharu, Yuna akan membuat dua lagi persembahan iaitu di Singapura dan Australia sebelum kembali ke Los Angeles untuk persiapan akhir bagi melancarkan album pertamanya di bawah naungan Verve Records.
Ditanya tentang impiannya jika berpeluang lagi kembali berkonsert di Istana Budaya, Yuna mengimpikan konsep teaterikal. Selepas konsertnya berakhir, Yuna menjadi artis ketiga yang mencatat jualan tiket paling laris selepas Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain. Yuna juga mencatat sejarah menjadi karyawan dan penyanyi paling muda beraksi solo di pentas yang menjadi impian ramai karyawan muzik itu.

Saham luar negara Aeril Zafrel

Posted: 07 Sep 2013 07:22 PM PDT




NAMA Aeril Zafrel sebagai pelakon yang biasa-biasa tiba-tiba menjadi mahal apabila berita serta gambar-gambar lakonannya bersama aktres Hollywood, Christina Ricci mula diperkatakan sejak Mei lalu. Ramai yang terkejut bercampur bangga apabila jejaka berusia 26 tahun itu mampu memikat produksi antarabangsa. Bukan sekadar terselit dalam produksi luar negara, sebaliknya dia dipilih sebagai pelakon utama filem yang masih dirahsiakan judulnya itu.
"Itu rezeki yang tidak disangka-sangka. Kebetulan mereka mahukan pelakon lelaki berwajah Asia. Filem itu mengisahkan seorang wanita Inggeris yang jatuh cinta dengan lelaki Asia. Namun, percintaan mereka dihalang oleh keluarga wanita itu. Rupa-rupanya, ibu wanita berkenaan mempunyai sejarah hitam bersama lelaki dari Asia. Ceritanya semacam Romeo dan Juliet," getus Aeril merendah diri.
Selesai penggambaran filem berkenaan pada hujung Ramadan lalu, kata Aeril, pengalamannya berlakon produk luar negara sangat berbeza.
"Mereka ada masa dan bajet untuk dapatkan visual yang dimahukan. Selepas penggambaran fasa pertama, saya diberi waktu untuk kuruskan badan. Sebab itulah, boleh terlibat untuk penggambaran lain di Malaysia. Selesai drama Cinta Jannah, saya ke London semula pada hujung Ramadan lalu dan terpaksa berhari raya di sana untuk menyambung penggambaran," katanya yang kini sedang memperkemaskan persediaan fizikal dengan seni mempertahankan diri demi penggambaran sebuah filem aksi tidak lama lagi.
Tambah Aeril: "Sebenarnya, ada dua buah filem, satu genre aksi dan satu lagi bercorak seram. Pada awal tahun depan, saya akan ke Indonesia untuk penggambaran sebuah filem bersama produksi di sana berjudul Sabda Kekasih. Ia merupakan sebuah filem islamik."
Bercakap tentang islamik, pelakon yang menjadikan pembelajaran agama sebagai rutin mingguannya itu tidak pernah menjadikan agama sebagai halangan untuk berlakon.
"Asalkan, pihak produksi boleh bertolenrasi, saya okey. Pada setiap Jumaat, kalau boleh, saya tidak mahu ambil sebarang komitmen kerja kerana itu merupakan waktu saya bertemu guru agama saya. Tapi, kalau ada hal penting yang tidak dapat dielakkan, ia masih boleh dibawa berunding. Begitu juga soal sensitiviti," katanya yang kini hangat menerusi drama bersiri Cinta Jannah di TV3.
Melakonkan watak Izaryl, Aeril cuba untuk membuat graf lakonan agar penonton dapat melihat turun naik emosi watak berkenaan.
"Saya suka dengan permainan dan skrip drama berkenaan. Watak Izaryl juga tidak tipikal," katanya yang dilihat semakin matang dari segi pengurusan kariernya.
Tidak lagi berada di bawah pengurusan MIG, Aeril menganggap apa yang berlaku di antara dirinya dengan pengurusan MIG khususnya David Teo telah selesai dan sudah tiada isu untuk dibangkitkan.
Dia yang baru-baru ini dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon MIG, Wawa Zainal juga tidak mahu memberikan jawapan konkrit berhubung angin cinta yang sudah dihidu ramai itu.
"Saya dan Wawa memang berkawan baik. Kami berkawan sejak terlibat dalam drama Klik beberapa tahun lalu hinggalah sekarang. Soal Wawa meninggalkan kereta di rumah saya juga bukan isu yang besar. Wawa pulang ke rumah keluarga di Sabah dan saya diamanahkan untuk menjaga kereta dia. Saya tidak mahu cakap tentang soal cinta, tapi itu semua terserah kepada kepada jodoh yang ditentukan Allah," tutup Aeril bersopan seraya tertawa kecil.

Michelle lancar kempen Street Watch IM4u

Posted: 07 Sep 2013 07:19 PM PDT


MICHELLE (kanan) mengagihkan kit keselamatan dan wisel kepada penumpang wanita yang menaiki LRT di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon filem antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh semalam, muncul di khalayak ramai untuk mengedarkan kit keselamatan dan wisel kepada penumpang wanita yang menaiki transit aliran ringan (LRT) sempena kempen Street Watch IM4u di sini.
Kempen tersebut yang merupakan cetusan idea Michelle bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan wanita semasa menaiki pengangkutan awam.
Beliau yang dilantik sebagai mentor 1Malaysia For Youth (IM4U) pada Jun lalu berkata, kempen tersebut akan dijayakan dengan kerjasama dengan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) selama satu bulan.
"IM4U menyediakan lima ikrar dan lima tips keselamatan yang akan dikongsikan melalui platform media sosial IM4U kepada orang awam dan dipromosikan bersama pihak RapidKL," katanya selepas melancarkan kempen itu di Stesen KL Sentral di sini semalam.

Fiesta Riuh Sakan capai matlamat

Posted: 07 Sep 2013 07:16 PM PDT


AYU RAUDAH (kiri), Nur Fathia (dua dari kiri) dan Aiman Hakim (tiga dari kiri) beramah mesra dengan peminat pada Fiesta Riuh Sakan di Jitra, Kedah semalam.


JITRA - Fiesta Riuh Sakan Utusan di Taman Tasik Darulaman di sini mencatatkan kejayaan apabila berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung sepanjang tiga hari program itu yang berakhir semalam.
Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, kemeriahan fiesta dirasai dari hari pertama apabila pengunjung dari Kedah dan negeri-negeri berjiran tidak putus-putus berkunjung ke tapak fiesta seterusnya mengambil kesempatan menyertai setiap aktiviti dianjurkan.
"Sambutan yang diterima memberangsangkan dan tujuan fiesta itu diadakan iaitu mendekati masyarakat terutama pembaca setia akhbar Kumpulan Utusan termasuk Kosmo! dan Kosmo! Ahad adalah berjaya," katanya ketika ditemui di tapak fiesta di sini semalam.

MOHD. NASIR (KIRI) melepaskan peserta pertandingan meniup belon pada acara sukaneka.


Beliau berkata, penganjuran fiesta itu juga adalah tanda terima kasih kepada pembaca setia akhbar-akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu di negeri-negeri di Utara Semenanjung.
"Berdasarkan sambutan yang diterima, Fiesta Riuh Sakan ini akan diteruskan dan kita rancang untuk mengadakannya di sebelah timur pula," ujarnya.
Fiesta itu dirasmikan pada malam kelmarin oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Penerangan negeri, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah yang mewakili Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
Usai perasmian, majlis diambil alih dengan persembahan artis-artis tempatan popular seperti Nassier Wahab, Farawahida, Lan Kristal, Awi Rafael dan One Nation Emcees.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah, merakamkan gambar kenangan di studio mini Utusan, pemeriksaan kesihatan percuma dan membeli-belah di gerai jualan.
Acara penutup fiesta itu dimeriahkan dengan sesi bersama artis yang dijayakan oleh pelakon Nur Fathia, Aiman Hakim dan Ayu Raudah.

Portal jual bawang 45 sen sekilogram

Posted: 07 Sep 2013 07:13 PM PDT




SEORANG pekerja menyusun guni-guni berisi bawang di dalam sebuah lori kelmarin.


NEW DELHI - Sebuah portal beli-belah utama mendapat sambutan hangat di India kerana menawarkan bawang pada harga jauh lebih murah berbanding harga pasaran.
Portal berkenaan, Groupon menawarkan barangan itu pada harga runtuh iaitu hanya 14 sen (45 sen) sekilogram (kg), Khamis lalu.
Tawaran tersebut dibuat ketika harga sayuran dan bawang meningkat dengan mendadak di India.
Setakat kelmarin, seramai 8,057 pelanggan telah membeli bawang tersebut secara dalam talian. Bawang merupakan antara ramuan paling penting dalam masakan di India.
Pihak Groupon juga telah menjual sebanyak 5,000 kg bawang di laman webnya sejak tawaran tersebut disiarkan.
"Pada hari pertama ia ditawarkan, sebanyak 5,000 kg telah dijual. Hari ini (kelmarin) laman web kami tergendala selama 10 minit kerana terlalu banyak permintaan yang diterima," kata Ketua Eksekutif Groupon India, Ankur Warikoo.
"Sambutan yang kami terima benar-benar hebat," tambahnya.
Menurut Ankur, ini kali pertama portal beli-belah berkenaan menjual bawang di internet pada harga runtuh.
Firma internet antarabangsa tersebut beribu pejabat di Amerika Syarikat.

Virus MERS ragut dua lagi nyawa di Arab Saudi

Posted: 07 Sep 2013 07:11 PM PDT




SAINTIS menemui petunjuk bahawa unta boleh menyebabkan jangkitan virus MERS kepada penduduk di Asia Barat.


RIYADH - Dua wanita meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus penyebab penyakit Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Arab Saudi, kata Kementerian Kesihatan kelmarin.
Perkembangan itu menjadikan angka kematian wabak MERS di Arab Saudi meningkat kepada 44 orang.
Mangsa pertama yang berusia 41 tahun merupakan warga asing yang bekerja di sektor perubatan di sini manakala pesakit kedua seorang rakyat tempatan berumur 79 tahun.
Warga emas berkenaan pernah bersentuh dengan seorang pesakit MERS di bandar Hafr Al-Baten, timur Arab Saudi.
Arab Saudi merupakan negara paling teruk dilanda MERS yang telah meragut 50 nyawa di seluruh dunia setakat ini.
Sehingga kini, pakar-pakar perubatan masih samar tentang MERS yang boleh membawa maut dan tiada vaksin untuk mencegah wabak tersebut.
MERS berada dalam keluarga virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meledak di Asia pada tahun 2003 dan menjangkiti 8,273 orang dengan sembilan peratus mangsa meninggal dunia.
Virus SARS membawa maut dengan menyerang sistem pernafasan manusia tetapi MERS boleh menyebabkan kegagalan fungsi ginjal.
Virus berkenaan dipercayai disebarkan oleh beberapa jenis haiwan termasuk unta dan kelawar.

Khazanah sampah

Posted: 07 Sep 2013 07:09 PM PDT


BERJUTA-juta tan sampah di buang penduduk di seluruh dunia pada setiap hari.


KOTOR, menjijikkan malah geli pasti bermain dalam fikiran seseorang apabila ditanya tentang sampah.
Namun, ada individu yang memperolehi manfaat dan keuntungan hasil daripada menjual 'sampah' seperti besi, surat khabar, botol dan plastik.
Salah seorang daripada individu itu ialah S. Senthil Kumaar, 43, yang mengendalikan Perniagaan Logam Darishini di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Menurutnya, dia mampu menjana pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan dengan menjual barangan yang dianggap tidak bernilai itu.
Namun, sampah yang dibuang itu jika dikumpulkan, boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan domestik.
Tidak cukup sekadar itu, sampah mampu ditransformasikan untuk menggosok baju menggunakan seterika, alat pemanas badan selain gas untuk memasak.
Jauh di Conpenhagen, Denmark yang merupakan antara kota raya terbesar di dunia, sebuah loji jana kuasa elektrik hasil proses sampah sedang giat dibina.
Uniknya, loji The Amager Bakke itu bukan sekadar menjana elektrik semata-mata tetapi ia turut dijadikan lokasi untuk bermain ski semasa musim sejuk.
Pembinaannya sedang giat dijalankan dan loji itu dijangka siap sepenuhnya empat tahun lagi.
Menelan belanja sebanyak 500 juta euro (RM2.19 bilion), loji tersebut mampu menjana 60 megawatt tenaga elektrik yang mampu menyalurkan bekalan elektrik kepada 62,500 penduduk di bandar raya itu.
Jiran negara kita iaitu Filipina mempunyai pusat pelupusan yang menukarkan gas metana kepada tenaga elektrik di Manila.
Gas metana diperangkap dengan menggunakan paip yang ditanam di bawah tapak pelupusan sampah itu yang berperanan sama seperti terowong yang mengekstrak gas dari tanah atau laut.
Gas tersebut diuraikan dengan menggunakan teknologi moden sebelum ia menjadi tenaga elektrik.
PUSAT pengurusan sisa industri milik Kualiti Alam Sdn. Bhd yang terletak di Bukit Nanas, Negeri Sembilan boleh menjana elektrik pada skala yang kecil.


Alam sekitar
Negara kita sebenarnya tidak ketinggalan terlibat dalam teknologi seperti itu.
Syarikat Recycle Energy Sdn. Bhd. pada tahun 2006 telah berjaya memproses sampah untuk menjadi tenaga elektrik di pusat pelupusan syarikat itu di Hulu Semenyih, Selangor.
Ia memproses 1,000 tan sampah sehari untuk dijadikan tenaga elektrik sembilan megawatt yang kemudian menjualnya kepada Tenaga Nasional Berhad.
Sebuah lagi syarikat, SWM Environment Sdn. Bhd. ( SWM) pula giat menyelaraskan penggunaan sistem panel solar untuk menjana tenaga elektrik di 20 tapak pelupusan sampah seliaannya di seluruh negara.
Syarikat UEM Enviro Sdn. Bhd menerusi anak syarikatnya Kualiti Alam Sdn. Bhd mampu menjana 0.8 megawatt elektrik di pusat pengurusan sisa industri di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.
Menurut Pengarah Urusannya, Azmanuddin Haq Ahmad, sisa industri seperti minyak terpakai, bateri dan alat semburan serangga akan dilupuskan tanpa menjejaskan alam sekitar.
"Setakat ini tenaga elektrik yang terhasil daripada proses pelupusan ini ialah 0.8 megawatt.
"Tetapi, Insya-Allah kami ingin memaksimumkannya kepada dua megawatt yang mampu menjana bekalan elektrik untuk lebih 200 buah rumah," katanya.
Kenderaan
Jelasnya, idea untuk menjana tenaga elektrik dengan menggunakan sampah agak praktikal.
Azmanuddin berkata, selain sampah, pilihan lain ialah arang batu dan empangan hidro.
"Sampah hanya satu pilihan alternatif yang memerlukan penyelidikan yang teliti.
"Pelbagai faktor perlu diambil kira seperti jarak pusat pelupusan sampah dengan kawasan perumahan, alam sekitar dan pentingnya kesedaran rakyat tentang kepentingannya.
"Teknologi memproses sampah seperti itu telah lama digunakan di negara-negara maju seperti di Denmark, Jepun dan Korea Selatan," ujarnya.
Bukan sekadar sebagai sumber elektrik, sampah juga boleh digunakan untuk kenderaan.
Sebuah kereta Beetle yang dikenali sebagai Bio-Bug menggunakan biogas yang dihasilkan daripada sisa kumbahan manusia telah dilancarkan di Britain tiga tahun yang lalu.
Menurut penciptanya, Mohamed Saddiq dari firma tenaga GENeco, keupayaan Bio-Bug adalah setanding seperti kereta jenama lain.
"Bio-Bug telah dimodifikasi dengan menggunakan sumber petroleum selain gas metana hasil daripada sisa kumbahan manusia," katanya.

KAWASAN loji menjana elektrik The Amager Bakke di Copenhagen, Denmark turut dijadikan lokasi untuk bermain ski.


Enjin dua liter kereta Beetle itu boleh mencapai kelajuan sehingga 183.46 kilometer sejam.
Selain itu, plastik sampah juga boleh digunakan sebagai gas untuk memasak.
Pakar alam sekitar dari Institut Teknologi Kebangsaan, Calicut, India, Prof. Madya Lisa Sreejith telah mencipta teknologi yang menukarkan plastik sampah kepada gas untuk memasak.
Jelasnya, sebanyak 750 liter gas itu boleh dihasilkan daripada empat kilogram sampah.
"Sekarang plastik tidak mendapat tempat untuk dijual semula.
"Justeru, penggunaan sampah merupakan satu penyelesaian alam sekitar yang baik.
"Kami juga bercadang untuk membina pusat pelupusan plastik yang memproses 100 tan plastik pada setiap hari," katanya baru-baru ini.
Namun, Presiden pertubuhan bukan kerajaan EcoKnights, Yasmin Rasyid berkata, mewujudkan kesedaran masyarakat untuk mengurangkan pembuangan sampah melalui amalan kitar semula sepatutnya menjadi topik perbincangan yang utama.
"Tahap kitar semula di negara kita masih rendah iaitu 17 peratus sedangkan seharusnya melebihi 50 peratus.
"Namun, kerajaan telah banyak melakukan promosi (kitar semula) melalui media cetak dan elektronik dan tujuan itu perlu dipergiatkan lagi," ujarnya.
Pendapat Yasmin turut dipersetujui seorang pakar alam sekitar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor iaitu Profesor Madya Dr. Latifah Abd. Manaf.
"Kebanyakan tapak pelupusan di negara ini beroperasi secara pembuangan terbuka yang mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan kesihatan awam.
"Amalan pengurusan sampah kini hanya dengan mengutip sisa pepejal sebelum ia dihantar ke tapak pelupusan untuk dilupuskan," katanya.
Tambahnya, jika inserator menjadi pilihan utama, ia memerlukan penyelidikan penuh daripada pelbagai aspek seperti komposisi sisa, kandungan nilai kalori, kos pengurusan dan penerimaan masyarakat.

Rantau Asia Barat kian tegang

Posted: 07 Sep 2013 07:08 PM PDT



BEBERAPA mangsa serangan gas sarin di Ghouta, Syria pada 21 Ogos lalu.


SITUASI di Asia Barat kini kian tegang apabila Amerika Syarikat (AS) kelihatan semakin hampir untuk melancarkan serangan ke atas Syria yang kini dilanda peperangan saudara sejak tahun 2011.
Pada Jumaat lalu, Jabatan Negara AS mengarahkan kakitangan-kakitangan tidak penting di kedutaan negara itu di Beirut, Lebanon dan di Pejabat Konsulat AS di Adana, Turki supaya berpindah.
Harga minyak turut naik kepada AS$110 (RM365.99) setong pada hari yang sama selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan negaranya akan membantu Syria jika AS melakukan serangan.
Rusia mempunyai hubungan akrab dengan Syria sejak tahun 1950-an lagi.
Syria juga kelihatan sudah bersedia untuk berdepan dengan serangan AS.
Persediaan itu digambarkan menerusi kenyataan timbalan menteri luar negara itu, Faisal Muqdad yang membuat kenyataan pada 5 September lalu bahawa negaranya akan menyerang balas sebarang serangan dari negara asing.
Menurut Majlis Perikatan Kebangsaan Syria yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad, sejumlah roket pelancar, artileri dan senjata berat milik tentera telah dipindahkan ke dalam kawasan kediaman di bandar-bandar seluruh negara pada minggu lalu.
Menurut laporan Press TV semalam, Tentera Laut Rusia telah menghantar empat buah lagi kapal perang ke timur Mediterranean.
Beberapa media Barat melaporkan rancangan serangan yang mahu dilancarkan oleh Presiden AS, Barack Obama itu turut menyebabkan sejumlah orang percaya bahawa kiamat semakin hampir.
Kepercayaan itu adalah berdasarkan Damsyik, ibu kota Syria bakal mengalami kehancuran akibat serangan itu.
Percaturan taktikal tentera AS juga dibincangkan dengan panjang lebar di internet dan akhbar-akhbar Barat.
Pada Jumaat lalu, akhbar The Guardian melaporkan peluru-peluru berpandu AS tidak akan menyasarkan askar-askar Bashar.
Sebaliknya, peluru berpandu AS itu akan menyasarkan lapangan terbang, bangunan-bangunan yang dijadikan pusat pemerintah tentera dan kedudukan artileri di kawasan berbukit.
Sasaran serangan itu bertujuan untuk melemahkan kekuatan tentera Syria supaya ia tidak lagi menggunakan senjata kimia pada masa depan.
Ramalan itu sesuai dengan kenyataan Setiausaha Negara AS, John Kerry yang meyakinkan Jawatankuasa Hubungan Luar Dewan Senat pada Selasa lalu bahawa Obama tidak berniat untuk menghantar askar-askar negaranya ke Syria untuk bertempur dengan rejim Bashar.

GAMBAR fail menunjukkan kapal pengangkut pesawat milik tentera Amerika Syarikat, USS Nimitz yang dipercayai akan digunakan sebagai pangkalan untuk menyerang Syria.


Menurut laporan akhbar The Guardian lagi, seorang askar Syria menyatakan, tentera AS mungkin membedil kawasan pergunungan tetapi askar-askar Syria dan peralatan penting peperangan telah ditempatkan di dalam sebuah kawasan pergunungan yang gagal ditembusi peluru berpandu.
Menurut akhbar Daily Mail pada 29 Ogos lalu, tentera Syria dilaporkan mempunyai 8,000 pengebom berani mati yang sanggup mengorbankan diri untuk menjatuhkan jet-jet pejuang negara asing.
Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Israel yang berjumlah lima juta orang dilaporkan telah menyimpan topeng gas bagi menghadapi serangan balas tentera Syria.
Alasan yang dikemukakan oleh Obama untuk menyerang Syria adalah bagi menghukum rejim Bashar yang didakwa telah melancarkan serangan gas sarin pada bulan lalu sehingga terdapat laporan lebih 1,400 orang terbunuh termasuk kanak-kanak.
Bashar menafikan mengarahkan serangan itu tetapi media Barat melaporkan sebelum ini persediaan serangan gas tersebut sudah diketahui lebih awal oleh pihak perisikan AS.
Ketika ini serangan ke atas Syria telah ditangguhkan Obama bagi menunggu persetujuan daripada Kongres AS.
Jika serangan itu dilancarkan, kumpulan Hezbollah dan Iran akan turut membantu rejim Bashar manakala para penentang Presiden Syria tersebut akan mendapat bantuan AS untuk menggulingkannya seperti yang diidamkan kumpulan anti-Bashar sejak tahun 2011 lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines