Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Maimon Mutalib Meninggal Dunia
- Pirana gemar kemaluan lelaki
- ND Lala Tidak Sekat Shila Pilih Teman Lelaki
- Antara emosi dan memori Yuna
- Rogol Anak Tiri: Artis Hip Hop Di Penjara 20 Tahun, 10 Sebatan
- Kematian Bekas Suami Buat Atilia Terasa
- Afgan Bangga Album Terjual Lebih 500,000 Unit
- Terkejut topi keledar dihempas
Maimon Mutalib Meninggal Dunia Posted: 07 Sep 2013 04:16 AM PDT Berita itu telah disahkan oleh anak kedua pelakon tersebut iaitu Surayatul Nadia Keristifa, 32. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir ketika beliau tiba di rumah selepas dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini sekitar pukul 12 tengah hari Sabtu. "Sudah empat hari lalu ibu dimasukkan wad dan dia sudah mula tenat sejak semalam (Jumaat). "Kemudian pada tengah hari tadi (Sabtu), doktor meminta pihak keluarga untuk membawanya pulang," kata Nadia yang dihubungi mStar Online di sini pada Sabtu. Tambah Nadia, dia turut memohon maaf sekiranya tidak menjawab panggilan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan pemergian ibunya itu kerana sibuk menguruskan jenazah. Jenazah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Kg. Sialang, Tangkak, Johor. Maimon atau nama sebenarnya Maimon Abdul Mutalib merupakan ibu tunggal kepada lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16. Antara filem-filem popular lakonannya ialah Qabil Khushry Qabil Igam, Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan Kum Kum, Chantek, dan Budak Pailang. Allahyarham juga cukup popular dengan penampilan watak yang pelbagai menerusi ratusan drama di televisyen. | |
Posted: 06 Sep 2013 08:50 PM PDT Muzium Sejarah Denmark memberi amaran kepada orang ramai supaya mengenakan pakaian mandi ketika berada di Perairan Nordic bagi mengelakkan menjadi mangsa serangan ikan pirana yang tiba-tiba muncul di kawasan perairan tersebut sejak minggu lalu. Ikan Pirana spesies Pacu itu dikatakan hanya menyerang mangsa di bahagian kemaluan terutama golongan lelaki. Menurut pengkaji muzium, spesies ikan itu banyak ditemui di kawasan Oresund Sound, di luar pantai selatan Sweden. "Ramai mangsa ditemui mengalami kecederaan serius di bahagian kemaluan selepas digigit ikan berkenaan berbanding anggota badan lain," katanya. Beliau berkata, ikan itu mempunyai saiz gigi mendatar sama seperti gigi manusia yang mempunyai elemen menggigit dan mengunyah. "Kebanyakan ikan itu bersaiz 21 sentimeter (sm) panjang. Minggu lalu, dua nelayan maut selepas digigit ikan berkenaan. Selepas bedah siasat, kami mendapati kemaluan mangsa cedera digigit ikan tersebut," katanya. Menurut kajian, ikan tersebut boleh mencecah saiz 90sm panjang dan berat sehingga 25 kilogram. | |
ND Lala Tidak Sekat Shila Pilih Teman Lelaki Posted: 06 Sep 2013 05:17 PM PDT ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, 52, berkata, dia tidak akan mengongkong Shila asalkan wanita itu membuat pilihan yang baik. "Sebagai manusia kita menerima siapa sahaja yang datang dengan cara yang baik, kalau bukan Johan sekalipun kita terima. "Bukan Johan seorang sahaja yang rapat dengan Shila sebaliknya Fizo dan Dafi pun baik dengannya. Mungkin gosip Johan dan Shila timbul kerana gambar mereka bersama tersebar," katanya ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran Kaisar ND Lala Sdn Bhd, di sini, Jumaat. ND Lala diminta mengulas tentang khabar angin hubungan rapat anaknya dengan pelakon drama bersiri Juvana iaitu Johan As'ari. ND Lala berkata dia gembira dengan perkembangan anaknya yang lebih fokus terhadap kerjaya selepas pulang dari menunaikan umrah pada awal tahun lalu. "Alhamdulillah, selepas menunaikan umrah saya nampak Shila lebih tahu matlamat dia dalam industri ini iaitu untuk menjadi bintang antarabangsa. "Dia berkawan dengan ramai lelaki dan soal jodoh itu biarlah ia datang dengan sendiri kerana ia rahsia Allah," jelasnya. Dalam perkembangan lain, ND Lala berkata, dia mempunyai perancangan untuk membuat album keluarga bersama anak-anaknya. "Anak-anak saya semua sudah terlibat dalam industri seni, Insya-Allah kami ada perancangan untuk membuat satu album keluarga, namun belum berkesempatan lagi," ujarnya. Sementara itu bercakap mengenai syarikat berkenaan ND Lala berkata, ia berfungsi sebagai ejen menjual produk kesihatan dan diusahakan bersama kenalannya iaitu Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim yang bertindak sebagai Pengarah Urusan. | |
Posted: 06 Sep 2013 05:16 PM PDT
AUDIENS disajikan montaj lima minit sekitar perjalanan Yuna bersama label antarabangsa Verve Records dan persiapan menjelang konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang telah membuka tirainya kelmarin. Berdiri ampuh menyarung persalinan merah jambu telus rekaan Hatta Dolmat, Yuna membuka langkah dengan single hits Decorate bersama susunan muzik segar sentuhan Mustafa Fuzer Nawi. Bagi yang kurang serasi dengan balada muzik pop indie yang diperjuangkan pemilik nama penuh Yunalis Zarai, ada antara lagu-lagu yang ditampilkan dalam segmen pertama belum cukup ranum. Bagaimanapun, Gadis Semasa, Dan Sebenarnya serta Terukir Di Bintang berjaya menyelamatkan penonton daripada terus tenggelam dibawa arus leka dalam mood dua buah lagu awal - Favourite Thing dan Young yang jarang mengisi corong radio sebelum ini. Berlalu dalam format persembahan ala teater bermain siluet bulan mengambang, Yuna meneruskan persembahan dengan lagu Coffee yang dipetik daripada album EP Decorate tiga tahun lalu. Yuna memecahkan empat segmen konsert solonya kali ini, bermula dengan Boardwalk disusuli Classic Cinema yang menyelitkan sebuah lagu cover Allahyarham P. Ramlee berjudul Gelora Jiwa, seterusnya Dusk dan disimpul kemas dengan segmen Night Lights. Antara lagu lain yang melengkapi konsert itu adalah tiga buah lagu yang pertama kali diperdengarkan kepada peminatnya di Malaysia daripada album terbaharu, Sixth Street iaitu I Wanna Go, Musician dan Right Again. Selain itu, Live Your Life, Remember My Name, Stay, Lullabies dan mash up dua buah lagu No Diggity (nyanyian Blackstreet) dan Let Love Come Through antara 20 buah lagu yang dipersembahkan Yuna penuh bergaya. Mike Einziger Memendam kejutan luar biasa kepada peminatnya di Malaysia, Yuna menghadiahkan gitaris band Incubus, Mike Einziger beraksi di pentas bersamanya dalam rendisi beberapa buah lagu gubahan baharu antaranya Deeper Conversation dan sebuah lagu band terkenal Amerika Syarikat itu, I Miss You. Kata Yuna, kejutan itu dirancang pada saat-saat akhir dan hakikatnya Mike sendiri yang menawarkan diri untuk berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya. "Masih saya ingat pada tahun 2007 ketika itu hanya mampu melihat gitaris ini mempersembahkan bakatnya di pentas dan kali ini dia berada di sebelah saya. "Menariknya, idea untuk berkolaborasi ini muncul ketika saya memperkenalkan anggota kumpulan saya The Palauans kepada Mike ketika di Los Angeles. "Sedang kami rancang bersembang mengenai konsert yang bakal berlangsung, Mike dengan sukarela menawarkan diri untuk membuat persembahan. "Rancangan itu terhenti seketika apabila tiada susulan dibuat dan tiba-tiba Mike menghantar e-mel yang mengesahkan dia bakal datang ke Malaysia baru-baru ini," tambah Yuna. Latihan jarak jauh Berada di Los Angeles, Amerika Syarikat tapi pada masa sama perlu menguruskan perihal penting sebelum berlangsungnya konsert, Yuna meluahkan rasa lega. "Ketika berita gembira ini dikhabarkan, saya segera memanggil kru Yuna Room Records dan mungkin kerana pengalaman mengadakan persembahan serta gigs lebih tujuh tahun, mereka mampu melaksanakan tugas ini dengan sempurna. "Di LA (Los Angeles) tugas saya memberikan kelulusan, memilih senarai lagu dan berlatih bersendirian. Selepas hari raya Aidilfitri barulah saya memulakan raptai bersama band dan empat malam lepas bersama orkestra," jelas Yuna mengakui berdepan sedikit kesukaran. Kata Yuna, seandainya dia dijemput untuk mengadakan persembahan di pentas Istana Budaya tiga tahun lalu, dia tidak mampu untuk melakukannya seperti sekarang. "Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya, sejak 10 tahun lalu inilah cita-cita saya terbesar dan akhirnya telah menjadi realiti. "Pengalaman saya mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat sebenarnya banyak membantu menaikkan keyakinan saya," katanya yang bakal mengadakan persembahan di Australia dan Singapura sebelum berangkat pulang ke Amerika Syarikat tidak lama lagi. Yuna mengakhiri konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan menerusi lagu yang pernah melakar sensasi tahun lalu iaitu Penakut sebelum menamatkan kembaranya dengan single hit terbaharu, Lelaki. Tiada tersirat sebarang makna kata Yuna, bukan ditujukan kepada sesiapa sebaliknya konsert, memori dan emosi hanyalah buat peminat. Konsert Yuna & Orkestra Simfoni Kebangsaan masih akan bergema di Istana Budaya pada malam ini dan esok. Bagaimanapun, bagaimana penangan sewaktu dia mula membadai dunia hiburan tempatan dengan kemunculannya pada awal pembabitan lalu, fenomena di Istana Budaya menyaksikan sebanyak 4,000 tiket habis dijual tanpa sisa. Ya, Yuna, gadis kurus tinggi lampai yang punya kuasa luar biasa hanya dengan sentuhan karya dan lunak merdu suaranya. | |
Rogol Anak Tiri: Artis Hip Hop Di Penjara 20 Tahun, 10 Sebatan Posted: 06 Sep 2013 05:14 PM PDT Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman. Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012. Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai. Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa. "Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa," katanya. Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya 'menyokong' pihak pendakwaan. Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman. "Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri. "Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang," kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan. Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi. Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas. Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000. Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. | |
Kematian Bekas Suami Buat Atilia Terasa Posted: 06 Sep 2013 05:12 PM PDT Atilia atau nama sebenar Raja Puteri Atilia Raja Haron, 39, berkata, dia sempat menjaga bekas suaminya itu pada empat bulan terakhir sebelum pemergiannya. "Ia berlalu dengan cepat. Dia dapat tahu penyakit itu empat bulan sebelum meninggal dunia iaitu sewaktu penyakitnya berada dalam keadaan serius. "Saya orang pertama yang mengetahui perkara itu kerana," katanya kepada mStar Online. Kata Atilia, biarpun sudah berpisah hampir empat tahun lalu, dia masih berkawan rapat dengan Allahyarham. "Kami berpisah secara baik dan dia tetap menjadi kawan baik saya, apa juga masalah atau ketika saya berada dalam kesusahan dialah orang pertama yang saya akan hubungi. "Ketika dapat tahu dia sakit, saya banyak habiskan masa menemani dia dan menjaga dia di hospital terutama pada saat-saat akhirnya," ujar Atilia. Tambah Atilia, pesanan terakhir arwah supaya dia tidak meninggalkan solat. "Ketika saat-saat akhir dia dah tidak banyak bercakap, memang sangat sedih ketika itu, tapi apa yang saya ingat pesanan terakhir dia ialah jangan tinggal sembahyang," ujarnya. Katanya, sambutan Aidilfitri kali ini adalah paling pilu kerana Allahyarham meninggal dunia sehari sebelum Hari Raya. Sementara itu mengenai perancangan masa depannya Atilia mengakui akan menamatkan zaman jandanya dengan seorang jurutera bunyi hujung tahun ini selepas bercinta selama empat tahun. "Kami ada rancang untuk berkahwin, Insya-Allah penghujung tahun ini tapi belum ada tarikh sebenar lagi. "Majlis tersebut akan dibuat secara kecil kecilan sahaja, hanya untuk keluarga. Kalau tidak jemput pihak media saya akan muat naik gambar dan informasi di laman sosial untuk semua," katanya. | |
Afgan Bangga Album Terjual Lebih 500,000 Unit Posted: 06 Sep 2013 05:10 PM PDT Ia dijual di seluruh restoran makanan segera KFC di Indonesia. Afgan mengakui turut bangga dengan pencapaian tersebut kerana ketika proses pembikinan, dia sedang sibuk dengan pengajiannya di Universiti Monash cawangan Malaysia. "Saya sangat bangga kerana perjuangan saya untuk album kali ini sangat luar biasa. Dua tahun lebih pembikinan dilakukan ketika itu saya sedang sibuk belajar di Malaysia. "Saya terpaksa ulang alik daripada Jakarta ke Malaysia hampir setiap minggu," ujarnya seperti dipetik kapanlagi.com. Tambahnya, penghargaan tersebut merupakan hadiah kepada hasil titik peluh dan kerja kerasnya serta pencapaian terbesar dalam kerjaya sebagai penyanyi. | |
Terkejut topi keledar dihempas Posted: 06 Sep 2013 05:08 PM PDT
Penolong Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Selangor, Yusof Hashim berkata, demonstrasi itu untuk membuktikan bahawa topi keledar yang mereka pakai itu tidak memenuhi ciri-ciri keselamatan dan piawaian yang ditetapkan. Menurutnya, tindakan menghempas topi keledar di atas jalan adalah untuk membuktikan kepada penunggang motosikal bahawa topi keledar itu tidak mampu melindungi penunggang motosikal ketika berlaku kemalangan. "Dalam demonstrasi itu, tidak dinafikan terdapat penunggang motosikal yang terkejut apabila melihat topi keledar mereka retak dan rosak. itu membuktikan bahawa topi keledar yang mereka gunakan itu tidak berlualiti dan tidak selamat," katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan, semalam. Beliau yakin setiap penunggang motosikal yang menyaksikan demonstrasi itu menyedari bahawa tindakan memakai topi keledar yang tidak berkualiti boleh mengundang padah. "Apa yang penting, penunggang motosikal faham dengan tahap keselamatan yang dikuatkuasakan. "Ini tak, sudahlah tak pakai topi keledar semasa bawa motosikal, peraturan keselamatan lain seperti langgar lampu isyarat turut dilakukan pengguna," katanya. Yusof berkata, pada operasi itu MKJR turut mengagihkan topi keledar yang berkualiti kepada penunggang terbabit bagi menggantikan topi keledar yang rosak itu. Yusof berkata, pengeluar topi keledar yang semakin aktif mengeluarkan pelbagai bentuk topi keledar kini bukan sahaja dipantau malah akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mengikut spesifikasi dibenarkan. Katanya, pihaknya bersama jabatan terlibat tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |