Ahad, 29 September 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Malam panas!

Posted: 27 Sep 2013 05:50 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Johor Bahru: Ada dendam yang ingin dilangsaikan Johor Darul Takzim (DT) apabila berdepan Kelantan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Larkin, malam ini.

Apa tidaknya kekecewaan gagal menjulang Piala FA selepas kecundang 0-1 kepada The Red Warriors masih terpendam dan pastinya kemenangan amat diharapkan bagi menebus kekalahan itu ketika di bawah bimbingan Fandi Ahmad.



Kini skuad Harimau Selatan yang dibimbing Azmi Mohamed amat memerlukan kemenangan selesa di laman sendiri sebelum bertandang ke Kota Bharu bagi aksi timbal balik dan pastinya kesebelasan utama yang bakal diturunkan dituntut untuk memberi persembahan melebihi 100 peratus dan menyekat setiap gerakan anak didik Bojan Hodak.

"Rombakan di benteng pertahanan terpaksa dibuat selepas Ahmad Tharmimi (Saiban) (gambar) masih belum pulih dan saya akan menyenaraikan Muhd Nazri (Ahmad) untuk mengisi kekosongan pertahanan tengah, bergandingan dengan Aidil Zafuan (Abd Radzak). "Saya juga lega dengan barisan tengah yang sudah menunjukkan keserasian apabila Safiq Rahim dan Ahmad Ezrine (Shafize) berjaya membentuk persefahaman mantap dengan kombinasi bersama barisan serangan juga dilihat positif.


"Apa yang saya tekankan adalah beri motivasi kepada pemain untuk menebus kehampaan final Piala FA lalu dan ini masa terbaik membalas dendam bagi mencari kemenangan selesa di laman sendiri," katanya.


Ketika aksi final Piala FA, 22 Jun lalu, Johor DT terpaksa pulang hampa selepas gagal dalam misi menjulang kejuaraan itu buat pertama kali dan pertembungan dengan skuad The Red Warriors ibarat ulangan final dan semestinya Azmi mengharapkan ia berakhir dengan kemenangan buat Harimau Selatan.

Apapun, Azmi tidak menolak betapa kekuatan skuad bimbingan Hodak itu terletak kepada pemain import Dickson Nwakaeme yang sukar disekat dan sehubungan itu menuntut barisan pertahanan memberi sepenuh tumpuan bagi menyekat pergerakan pemain dari Nigeria itu.


"Bukan saja Dickson, malah kelibat Indra Putra (Mahayuddin), Nor Farhan (Muhammad) dan kapten Badhri (Radzi) juga perlu dikawal ketat kerana mereka mampu mencipta jaringan," katanya.

Impak Conti

Posted: 27 Sep 2013 05:48 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kuantan: Penyerang import Pahang Matias Conti membuktikan sentuhan berbisanya apabila mencatat hatrik ketika membantu pasukannya menang 3-2 ke atas PKNS FC pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darulmakmur malam tadi.

Namun, kemenangan itu belum menjamin skuad kendalian Dollah Salleh untuk mara ke separuh akhir apabila kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada suku akhir kedua 4 Oktober ini.



Pada perlawanan di Kuantan itu, tuan rumah tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pendahuluan menerusi Conti yang menewaskan penjaga gol PKNS, Mohd Remezey Che Ros seawal minit pertama perlawanan.

Gol itu berpunca daripada lorongan R Gopinathan dalam keadaan kelam kabut di kotak penalti yang menyaksikan Conti meletakkan skuad Tok Gajah di depan.


Pada minit ke -20, sepakan percuma pemain tengah Pahang, Azidan Sarudin hampir menerjah gawang lawan tetapi Remezey berjaya menepis bola keluar.


Tujuh minit kemudian, Damion Stewart berjaya membolosi gawang lawan tetapi jaringan itu tidak disahkan kerana pemain import itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Namun, PKNS yang jarang melakukan asakan ke kubu tuan rumah menyamakan kedudukan 1-1 apabila Patrick Wleh Ronaldinho menanduk kemas sepakan percuma Mohd Fauzan Dzulkifli pada minit ke-36.


Belum sempat Pahang mengatur gerak, pemain tengah PKNS, Mohd Lot Abu Hassan meletakkan mendahului 2-1 apabila menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid yang menyaksikan keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Sebaik selepas rehat, Pahang tidak menunggu lama menyamakan kedudukan 2-2 apabila tandukan Conti yang menerima hantaran R Surendran, menerjah ke jaring pada minit ke-51.


Minit ke-57, kegagalan Remezey menangkap kemas tendangan Mohd Amirul Hadi Zainal membolehkan Conti, penyerang berasal dari Argentina, menjaringkan gol ketiga peribadinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines