Khamis, 5 September 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


MyKifayah urus jenazah tanpa tunai

Posted: 04 Sep 2013 03:37 PM PDT



SEBAGAI anak tunggal, Muhammad Azlan Nasir Ali, 38, menggalas tanggungjawab besar terhadap kedua-dua ibu bapanya. Dua tahun lalu, bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung.
"Ketika itu, saya rasa tertekan kerana tidak tahu bagaimana untuk menguruskan jenazah. Tambahan pula, arwah meninggal dunia di rumah.
"Saya dan ibu tidak tahu di mana untuk membeli kelengkapan dan cara-cara menguruskan jenazah," katanya ketika ditemui di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Menurut anak jati Ipoh, Perak itu mujurlah jiran-jiran yang dihubunginya banyak membantu menguruskan jenazah arwah bapanya.
Bertitik tolak daripada episod hitam itu, kakitangan swasta berkenaan mula mencari maklumat mengenai perkhidmatan pengurusan jenazah.
"Saya dapati banyak maklumat mengenai pengurusan jenazah tetapi saya tertarik dengan tawaran syarikat telekomunikasi, Clixster Mobile Sdn. Bhd. (Clixster) melalui pakej MyKifayah.
"Dengan potongan kredit RM2.50 sebulan, apabila meninggal kelak, saya tidak bimbang kerana segala urusan pengurusan jenazah akan diuruskan oleh Clixster," katanya yang sanggup menukar talian telefonnya kepada Cilxster.
MyKifayah merupakan pakej perkhidmatan pengurusan jenazah bersepadu tanpa tunai pertama di dunia. Ia bukan sahaja terbuka kepada umat Islam malah membabitkan semua kaum.
Pengerusi Eksekutif Clixster, Datuk Megat Radzman Megat Khairuddin berkata, orang ramai yang berminat dengan perkhidmatan itu hanya perlu membeli kad SIM berharga RM8.90.

MENGURUSKAN jenazah adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan, malah ia merupakan fardu kifayah kepada umat Islam. - Gambar hiasan


"Selepas itu, langgan perkhidmatan MyKifayah dengan menaip ON MYK dan hantar ke nombor 7766. Pengguna akan mendapat mesej Saya dengan ini bersetuju menyertai program MyKifayah yang ditawarkan mengikut terma dan syarat. Taip YA dan hantar ke 7766," katanya selepas melancarkan pakej MyKifayah di ibu negara baru-baru ini.
Jelasnya, jika berjaya melanggan perkhidmatan itu, pengguna perlu menaip MYK WARIS
"Buat langganan pertama, kredit akan ditolak sebanyak RM3.50 tetapi pada setiap bulan, hanya RM2.50 akan dipotong," jelasnya lagi.
Clixster merupakan jenama talian telefon mudah alih 3G dan 4G terbaharu di Malaysia yang berada di pasaran sejak Julai 2012.
Kembangkan operasi
Syarikat telekomunikasi itu turut menjalin kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) manakala bagi pakej MyKifayah, ia mendapat sokongan daripada Islamic Risk Holdings Sdn. Bhd.
Menurut Megat Radzman lagi, sejak diperkenalkan, seramai 20,000 pelanggan berminat untuk menyertai pakej tersebut.
Ekoran sambutan yang menggalakkan, pihaknya bakal menggembangkan operasi ke luar negara seperti United Kingdom pada hujung tahun ini dan Indonesia pada suku kedua tahun depan.
Menurut Pengasas MyKifayah, Mohd. Yusni Ismail, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan pengangkutan jenazah dari hospital, surau, rumah dan tanah perkuburan.
Jasri (kanan) mengusahakan perniagaan pengurusan jenazah.


"Kami mempunyai van jenazah yang beroperasi 24 jam sehari untuk menghantar jenazah, namun ia hanya untuk Semenanjung Malaysia," katanya.
Lain-lain perkhidmatan termasuk memandi dan mengkafankan jenayah yang diurus oleh golongan profesional, namun ahli keluarga digalakkan untuk memandikan serta mengkafankan waris mereka.
Turut disediakan perkhidmatan imam bagi menunaikan solat jenazah dan pembayaran lot tanah perkuburan termasuk upah menggali kubur.
"Pihak pengurusan juga membantu pihak waris untuk mendapatkan sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara selain bacaan talkin dan bacaan 30 juzuk al-Quran ke atas nama si mati.
"Khidmat pengurusan jenazah ini berlandaskan syariah Islam dan dilakukan lebih 3,000 ahli masjid yang bertauliah di seluruh negara," katanya.
Bagi bukan Islam, pihaknya tidak melakukan pengurusan kematian namun diganti dengan bayaran saguhati.
Mohd. Yusni berkata, pihaknya juga turut menawarkan perkhidmatan mengeksport jenazah melalui kargo udara ke Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, pengguna perlu membuat pembayaran tambahan untuk menampung tambang kargo.
Malah, MyKifayah juga menyediakan pembinaan batu nisan mengikut hukum syarak.
Sistematik
"Kami juga menjalankan ibadah badal bagi jenazah yang belum sempat melaksanakan rukun haji. Namun demikian, waris yang berminat akan dikenakan bayaran tambahan," ujarnya.
Urusan ibadah badal itu dilaksanakan oleh ejen yang dilantik pihak Tabung Haji.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web MyKifayah di www.clixster.net/mykifayah.
Sementara itu, Pengurus Besar Dunia Kifayah, Jasri Jamil, berkata, pihaknya membangunkan kit lengkap pengurusan jenazah untuk memudahkan umat Islam menguruskan jenazah dengan sistematik.
"Kit ini mengandungi kira-kira 22 peralatan yang mengandungi bahan asas seperti kain kapan, kain kemban, tudung, baju, sarung bantal, tali, kapas, air mawar, akar sintok, putik kapas dan kapur barus.
"Selain itu, terdapat juga minyak atar, sabun, serbuk cendana, apron plastik, plastik sampah, sarung tangan getah dan topeng muka," katanya ia dijual antara RM150 hingga RM170.
Tambahnya, dengan adanya kit tersebut, ia membantu sesiapa sahaja untuk menguruskan jenazah di mana saja mereka berada.
Syarikat Dunia Kifayah ditubuhkan pada September 2009. Syarikat berkenaan membangunkan produk kit jenazah yang mengandungi kesemua bahan dan peralatan untuk menguruskan jenazah. Sehubungan itu, bagi yang berminat untuk membeli kit berkenaan boleh menghubungi Jasri di 013-720 4050.

Orang cacat penglihatan boleh mengaji al-Quran

Posted: 04 Sep 2013 03:35 PM PDT




SEPULUH jarinya diseret secara perlahan-lahan dari kiri ke kanan sambil menyentuh titik-titik yang timbul pada helaian kertas putih tanpa dakwat itu sambil mulutnya terkumat-kamit.
Sebaik selesai membaca tiga muka surat kitab berwarna hijau itu, lantas Muhammad Lee Abdullah, 46, menutpnya perlahan-lahan. Rupa-rupanya, dia baru selesai membaca al-Quran Braille.
Melihat kefasihan saudara baharu itu membaca al-Quran dengan sistem tulisan titik-titik, timbul persoalan bagaimanakah dia boleh menguasai bacaannya?
"Walaupun terdapat enam titik pada kotak Braille, namun ia memerlukan tumpuan dan kepekaan yang tinggi di hujung jari bagi mengenali huruf alif hingga ke ya.
"Ia bukan mudah, namun saya tidak putus asa sebaliknya berusaha mengaji secara perlahan-lahan termasuk melagukan bacaan ayat al-Quran, tajwid dan sebagainya," katanya sambil memberitahu dia mempelajari al-Quran daripada seorang ustaz di Johor.
Muhammad Lee mengakui sejak berusia sembilan tahun beliau telah mengambil mata pelajaran Pengetahuan Islam kerana gemar mendengar ayat-ayat al-Quran di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bharu, Johor.
Belajar al-Quran
Dalam subjek itu, beliau diajar mengenai mengenali huruf di peringkat asas. Sekitar tahun 1987, Muhammad Lee memeluk Islam dan mula mempelajari al-Quran Braille di Darul Kifayah yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Beliau hanya mengambil masa sebulan untuk mempelajari al-Quran dan pernah menjadi johan qari istimewa pada Majlis Tilawah Al-Quran Saudara Kita tujuh tahun lalu.
"Ketika itu, saya menyertai pertandingan berkenaan bukan untuk memenangi sebarang hadiah tetapi ingin mengetahui kemampuan saya mengaji al-Quran," ujarnya yang mempunyai seorang adik yang memeluk agama Islam.
Sebaik menamatkan pendidikan di tingkatan enam, Muhammad Lee pernah menjadi Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), jurukomputer Braille sebelum menjadi penyelia penerbitan al-Quran Braille. Bagaimanapun, dia meninggalkan semua pekerjaan tersebut kerana mendapat peluang yang lebih baik.
Lelaki yang tidak lekang dengan senyuman itu kini berkhidmat sebagai Penyelia Penerbitan al-Quran Braille di Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM), sekitar tahun 1994 sebelum beliau mendapat idea untuk menyalin sendiri al-Quran Braille.
Segala-galanya bermula selepas adiknya, Muhammad Adam Lee Abdullah, 41, mengikuti kursus komputer di Felicia, Amerika Syarikat selama sembilan bulan.
Di situ, terdapat sebuah alat Braille, Eureka Au yang menggunakan perisian JAWS yang mengeluarkan suara. Dengan sokongan kewangan daripada sebuah keluarga dari Pulau Pinang, Muhammad Lee membeli alat berkenaan yang dijual pada harga RM8,000.

KAEDAH membuat lubang pada al-Quran Braille.


Menerusi alat itu, beliau mula menyalin tulisan al-Quran Braille milik seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bharu, Sulaiman Syafie.
Sekolah tersebut merupakan sekolah pertama yang ditubuhkan pada tahun 1954 untuk kanak-kanak cacat penglihatan di negara ini. Menyentuh proses persalinan, Muhammad Lee menjelaskan al-Quran asal diimbas terlebih dahulu di atas mesin imbasan yang dimulakan daripada muka surat pertama.
Kemudian, segala butiran yang diimbas akan tertera di komputer menerusi perisian text document dalam huruf rumi. Ketika proses ini berjalan, perisian JAWS boleh mengeluarkan suara dan membaca satu persatu ayat yang diimbas daripada al-Quran tersebut.
Sehubungan itu, kerja-kerja penyuntingan dan mengenal pasti kesalahan ejaan dapat dilakukan oleh golongan cacat penglihatan sendiri tanpa bantuan sukarelawan.
"Seingat saya, hampir 24 jam saya menumpukan kerja-kerja penyalinan Braille dalam bentuk ayat al-Quran. Alhamdullillah, ia hanya mengambil masa setahun untuk menyiapkan 30 juzuk al-Quran.
Bagi senaskhah lengkap al-Quran Braille, ia memiliki enam jilid mewakili 30 juzuk. Sekitar tahun 1995, beliau menghantar al-Quran itu kepada pelbagai pihak agama termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas tujuan semakan untuk menentukan sama ada ayat al-Quran yang disalin itu betul atau sebaliknya.
Diiktiraf
Tindakan itu perlu sebelum ia dicetak kerana khuatir mempunyai kesalahan bacaan. Begitupun, selepas menjalani proses semakan yang panjang, akhirnya pada tahun 1998, al-Quran Braille yang dihasilkan itu telah diberi pengesahan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Setelah mendapat kelulusan, beliau menyerahkan al-Quran itu kepada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (Pertis) supaya golongan itu mendapat manfaat daripadanya.
"Saya bersyukur kerana hasil itu diiktiraf dan apa yang lebih penting, golongan senasib seperti saya kini boleh membaca al-Quran," ujarnya sambil mengakui bahan-bahan agama dan ilmiah dalam bentuk tulisan Braille dilihat masih kurang di negara ini.
Pendapat Muhammad Lee turut disokong oleh Anuar Biden, 41. Menurut pekerja swasta itu, dia gemar membaca buku, malangnya ia sukar didapati di pasaran.
Selain buku-buku ilmiah, al-Quran Braille juga sukar didapati.
"Saya berminat mengikuti perkembangan yang berlaku di negara ini baik dari segi ekonomi, sosial mahupun politik tetapi saya tidak tahu di mana saya boleh mendapatkan bahan-bahan bacaan itu," katanya.
Ditanya mengenai al-Quran Braille, Anuar menyambut baik keluaran al-Quran dalam bentuk Braille.
"Pada mulanya, ia agak sukar untuk dibaca tetapi setelah membiasakan diri, lama-kelamaan ia boleh dikuasai," katanya ketika ditemui di PPOBM yang terletak di Brickfields, Kuala Lumpur.

MEREKA yang cacat penglihatan harus diberi peluang menguasai pembacaan al-Quran menerusi al-Quran Braille.


Proses berbeza
Menyentuh mengenai percetakan tulisan Braille, Abd. Munaaim Abd. Hakim, 56, mengakui mencetak buku mahupun al-Quran dalam bentuk tulisan itu bukan satu kerja yang mudah.
Walaupun berpengalaman dalam bidang percetakan hampir sedekad, anak jati Sekinchan, Selangor itu menjelaskan, proses tersebut menuntut kesabaran dan ketelitian yang tinggi kerana ia berbeza berbanding percetakan biasa.
Bercerita mengenai cabaran dalam pekerjaan itu, Abd. Munaaim yang pernah bekerja sebagai kerani di sebuah bank sebelum bersara kemudiannya memohon bekerja di PPOBM sebagai pencetak.
Menurut bapa kepada lapan orang anak itu, dia pernah membuang hampir 10 jilid al-Quran gara-gara kurang mahir mengendalikan percetakan Braille.
"Tulisan Braille ini timbul, jadi apabila dicetak di kedua-dua belah muka surat kesemua tulisan itu terhimpit sekali gus hurufnya tidak dapat difahami," katanya.
Menyedari masalah tersebut, Pengerusi PPOBM, Jaafar Md. Isa menghantar Abd. Munaaim mengikuti kursus percetakan Braille selama beberapa minggu.
Setelah mempelajari dalam proses percetakan, timbul masalah lain pula apabila setiap helai muka surat yang digam menyebabkan tulisan Braille bertindih.
"Kami terpaksa mencari jalan bagi mengelakkan masalah itu berulang. Hasil idea kesemua kakitangan, kami berjaya mencipta peruang yang diperbuat daripada karbon supaya tulisan itu tidak bertindih.
Dapat kelulusan
Setiap lima helai muka surat, peruang diletakkan termasuk menjahit setiap jilid itu dengan benang biasa.
Sambil menunjukkan proses memotong peruang, Abd. Munaaim berkata, daripada proses menggam, memotong karbon, menjahit dan mengepil, ia perlu dilakukan secara teliti.
Abd. Munaaim juga mengambil imisiatif mempelajari tulisan Braille daripada huruf A hingga Z dan tulisan Jawi, daripada Muhammad Lee.
Menurutnya, dia mengambil tindakan itu kerana tidak mahu berlaku kesilapan apabila mencetak al-Quran Braille.
"Saya menggalas tanggungjawab yang besar, jadi saya perlu mempelajari tulisan itu," tuturnya yang hanya mengambil masa tiga bulan untuk menguasai tulisan itu dengan cara menutup mata.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis), Zakaria Yahya berkata, pihaknya merupakan persatuan pertama yang mendapat kelulusan daripada bahagian Teks Kawalan al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.
Kelulusan itu diperoleh selepas pensyarah kanan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mustaqim Mohd. Zafri membuat kajian terhadap al-Quran termasuk panel-panel lain dari Jakim.
Sejak tahun 2010 hingga tahun kini, pihaknya telah mencetak lebih 500 naskhah al-Quran Braille yang berharga RM200 sahaja.
"Kami juga mengimportnya ke Bangladesh, Indonesia, Thailand termasuk Afrika dan Kazakhstan," jelasnya.
Bagaimanapun, pihaknya hanya menjual al-Quran itu apabila ada permintaan dan tidak dijual di kedai-kedai buku.

Rahsia Qayyim cepat membaca al-Quran

Posted: 04 Sep 2013 03:35 PM PDT

QAYYIM merupakan pelajar terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah kategori Keperluan Khas peringkat negeri Kelantan dua tahun lalu.


VISUAL matanya kabur dan kelam kerana penyakit hipoplastik tahap tiga yang dihidapi sejak lahir. Namun, pendengarannya barangkali lebih tajam, sentuhan jarinya lebih peka dan hatinya lebih terang berbanding insan lain yang sempurna.
Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, murid tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor, Kelantan ini istimewa.
Bukan sahaja kerana dia seorang kelainan upaya tapi juga kerana kemampuannya menjadi johan qari tilawah al-Quran yang menewaskan peserta-peserta normal di negara ini sejak di bangku sekolah rendah.
Ketika sesetengah kanak-kanak, remaja atau dewasa lain masih merangkak-rangkak membaca al-Quran dengan batang lidi sebagai penunjuk, Qayyim melarikan jarinya di atas timbulan-timbulan bintik pada kertas kitab al-Quran Braille dan mengalun bacaan penuh fasih dihiasi bunga taranum.
Demam kuning
Qayyim, 14, semasa bayinya pernah mendiami inkubator selama hampir sebulan ekoran demam kuning bukan sahaja bergelar Johan Tilawah al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan 2012 dan 2013 bahkan naib johan program televisyen, Adik-Adikku dan pelajar terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah kategori Keperluan Khas peringkat negeri Kelantan pada tahun 2011 dengan 3A 2B.
Malah, dia diberi penghormatan memperdengarkan bacaan pada majlis akad nikah mempelai diraja, adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'ishah Putri dengan anak saudara Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Qawi tempoh hari.
Anak kepada bekas pemain bola sepak Kelantan skuad Semi Pro 1989, Sarimi Yusoff, 48 dan guru bahasa Inggeris, Rozan Mohamed, 40, ini juga pandai bermain alat muzik dan mampu memainkan lagu yang didengarinya dengan keyboard hanya dengan intuisi sendiri, tanpa dilatih.
Sarimi berkata, anaknya itu mempunyai telinga yang cepat menangkap. Sebelum memasuki sekolah dia membaca al-Quran melalui pendengaran dan hafazan.
"Minatnya untuk membaca al-Quran tercetus sendiri apabila mendengar bacaan ayat suci itu di televisyen atau cakera padat yang dipasang di rumah atau kereta. Dia mendengar dan menghafalnya.
"Hanya selepas masuk darjah satu di sekolah rendah barulah dia belajar membaca al-Quran secara Braille. Dia belajar mengenal huruf al-Quran dengan seorang guru yang cacat penglihatan," katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi baru-baru ini.
Sarimi memberitahu, menjadi rutin anaknya setiap malam sebelum tidur untuk mendengar bacaan al-Quran imam-imam terkenal yang dipasang pada komputernya sehingga matanya terlelap.
Pada bulan Ramadan, dia akan tidur awal dan minta dikejutkan sekitar pukul 2.30 pagi untuk mendengar bacaan imam tarawih di Masjidilharam, Mekah yang disiarkan secara langsung di televisyen. Kemudian, dia terus bersahur. Sarimi memberitahu ada imam dari Mesir yang mengenali anak sulung daripada lima beradik itu seperti Sheikh Hisyam Abdul Bari yang dijemput menjadi imam solat tarawih di Kelantan.

QAYYIM (dua dari kanan) bersama kedua-dua ibu bapa dan adik-beradiknya.


Qayyim juga boleh memainkan pelbagai alat muzik seperti gendang dan bongo. Dia meminati keyboard dan boleh memainkannya untuk sesuatu lagu selepas hanya dua atau tiga jam mendengarnya.
Seorang yang tidak banyak bercakap, Qayyim seorang yang berhati-hati ketika bertutur. Hakikatnya, Qayyim bukanlah tidak nampak langsung tetapi dia melihat pada jarak yang terlalu dekat.
Kesempatan menemui Qayyim di sekolahnya baru-baru ini menggambarkan betapa dia seorang yang tegar dengan kekurangan yang dimilikinya. Dia selesa berjalan tanpa dipimpin, bergaul dengan murid normal dan menaip di mesin braille.
Suara lunak
Remaja berkulit cerah itu agak malu-malu untuk diwawancara namun apabila dia memperdengarkan bacaan surah Luqman menggunakan al-Quran Braille yang terdapat di dalam bilik Kelab Braille al-Quran sekolah tersebut, suara lunaknya yang berkumandang dan kefasihannya membaca al-Quran amat mempesonakan.
"Saya suka baca al-Quran, bila baca al-Quran hati saya tenang. Tidak kira bagaimanapun kita, kita kena memuliakan al-Quran," katanya yang memberitahu dia sudah menghafal dua juzuk al-Quran.
Qayyim berkata, dia belajar mengaji al-Quran Braille semasa darjah satu dan mengambil masa setahun untuk mahir membaca. Taranum pula dipelajari daripada seorang ustaz di sekolah rendahnya.
Meskipun dia dilihat cenderung pada bidang agama, apabila ditanya akan cita-citanya, Qayyim menjawab dengan menguntum senyum: "Saya mahu menjadi guru Bahasa Inggeris."
Guru pendidikan khas yang bertanggungjawab menjadi pengantara antara Qayyim dan guru-guru yang mengajarnya, Nor Safarin Shamshudden berkata, Qayyim seorang yang sangat memanfaatkan pendengaran dan ingatannya.
"Dia cekap dalam hal-hal yang menggunakan deria dengar dan mengingat. Sebab itu, dia bagus dalam subjek-subjek bahasa. Guru Bahasa Arabnya berkata, Qayyim lebih mudah dan cepat menerima pelajaran Bahasa Arab berbanding murid-murid lain (normal). Bila dia sebut, siap dengan lahjah (bunyi loghat) Arab," katanya.
Nor Safarin memberitahu, SMKA Melor merupakan sekolah pertama atau perintis bagi penubuhan Kelab Braille Al-Quran di negara ini iaitu pada tahun 2007 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dan Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengetua sekolahnya, Ahmad Sulaiman berpendapat, Qayyim murid yang berpotensi tinggi, berkeyakinan, popular dan disenangi semua.
"Dia berbakat. Apa yang ada padanya ialah anugerah Tuhan," katanya.

Cinta maya belia Teluk Arab

Posted: 04 Sep 2013 03:34 PM PDT



RATA-RATA belia di Teluk Arab berkomunikasi dengan kekasih hati mereka dengan Skype sebelum dapat bersemuka.


JABER dan teman wanitanya saling melayan perasaan cinta sepanjang masa dan meluahkan kata-kata manis tentang impian masa depan mereka. Namun, seperti kebanyakan golongan belia di Teluk Arab, mereka hanya boleh melakukannya secara maya.
Di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan di semua negara teluk yang konservatif, amalan berpacaran tidak boleh diterima dalam kalangan rakyat mereka. Sebaliknya, perkahwinan yang diatur oleh keluarga merupakan satu perkara biasa.
Dalam usaha untuk mengatasi pengasingan masyarakat, lelaki dan wanita muda akan bersemuka melalui aplikasi-aplikasi perbualan yang disediakan di telefon-telefon pintar masa kini.
Dilamun cinta
Duduk di sebuah kedai kopi, lelaki yang sedang dilamun cinta itu sibuk menaip mesej di papan kekunci BlackBerrynya, pada masa yang sama menghirup secawan teh panas.
"Kali pertama saya bertemu dengannya ialah ketika di sebuah panggung wayang. Terpesona, saya terus meminta seorang pekerja di situ untuk menyerahkan kod nombor pengenalan peribadi (PIN) BlackBerry saya kepadanya.
"Saya tidak menyangka dia akan memasukkan nama saya ke dalam senarai orang-orang yang dihubunginya, apatah lagi kisah cinta yang terjalin antara kami berdua," katanya tersenyum lebar mengimbau hari pertemuan penuh bersejarah itu.
Pertemuan dua insan itu di alam siber berlangsung dua bulan kemudian apabila wanita muda itu memberanikan diri untuk menghubungi Jaber melalui aplikasi perbualan Skype.
"Ia satu pertemuan yang singkat. Namun ia sudah cukup untuk kami meluahkan rasa cinta kami," kata Jaber yang berkeras enggan mendedahkan nama teman wanitanya atas alasan ia boleh mencetuskan skandal dalam masyarakat di negaranya itu.
Akhirnya dia telah berjaya memujuk cinta hatinya bertemu secara rahsia. Kini pasangan itu sedang mempertimbangkan langkah seterusnya iaitu Jaber perlu mengatur pertemuan dengan bapa wanita itu dan meminta kebenaran untuk berkahwin.
Nilai tradisi
Penasihat Penyelidikan dan Kajian Yayasan Pembangunan Keluarga di Abu Dhabi, Jamila Khanji berkata, sungguhpun merupakan sebuah negara moden, keluarga-keluarga di UAE masih berpegang kepada nilai-nilai tradisional.
"Kaum keluarga masih mengatur perkahwinan anak-anak mereka. Namun, kini mereka lebih fleksibel dengan membenarkan pasangan yang telah bertunang untuk bertemu atau membenarkan tempoh pertunangan yang lebih lama untuk memberi peluang kepada pasangan mengenali antara satu sama lain," ujarnya.
Itu merupakan keadaan di UAE yang dianggap sebagai salah satu negara Teluk yang paling liberal. Senario yang berbeza dilihat di Arab Saudi kerana adalah mustahil pasangan yang bercinta dapat bertemu kerana kerajaan negara tersebut melarang pergaulan antara jantina.

DI Arab Saudi, hampir mustahil untuk lelaki mendekati seorang wanita secara terbuka.


Di pintu masuk sebuah kafeteria sebuah pusat beli-belah yang terletak di Jalan Al-Tahliya, salah satu daerah Riyadh yang paling sibuk, berpuluh-puluh lelaki muda melihat gadis berpurdah yang memakai kasut tumit tinggi dan beg tangan berjenama berjalan dan menuju ke kawasan tempat duduk yang dikhaskan untuk wanita dan keluarga.
Di Arab Saudi, hampir mustahil untuk lelaki mendekati seorang wanita secara terbuka. Kehadiran teknologi-teknologi terkini, termasuk aplikasi telefon mudah alih, telah membuka ruang kepada halangan tersebut.
Dengan mengaktifkan aplikasi telefon pintar yang popular di negara itu, WhosHere, seorang lelaki muda yang duduk di bahagian lelaki di kafeteria yang sama boleh menghubungi gadis yang duduk di bahagian keluarga.
"Saya mengesan 16 orang gadis muncul di aplikasi ini dan saya boleh berhubung dengan sesiapa yang saya suka daripada mereka," kata Ahmed, yang seperti Jaber, enggan memberikan nama keluarga beliau.
Baling kertas
Sebelum ini, lelaki-lelaki di negara yang kaya dengan minyak itu akan membaling sekeping kertas yang tertulis nombor telefon mereka kepada gadis-gadis yang mereka sukai.
Menurut satu sumber industri, pihak berkuasa Saudi telah memberi amaran pada bulan Mac lalu bahawa ia akan mengharamkan aplikasi seperti Skype dan WhatsApp jika pembekal gagal untuk membenarkan pihak berkuasa menapis kandungan aplikasi berkenaan.
Aplikasi internet, Viber, misalnya telah disekat buat sementara waktu di Arab Saudi pada bulan Jun lalu, sementara BlackBerry hampir diharamkan pada tahun 2010. Pihak berkuasa mewajarkan tindakan itu dengan alasan kebimbangan terhadap keselamatan.
Walaupun telefon pintar telah menjadi sebahagian daripada gajet temu janji di negara itu, hubungan yang terjalin tidak dibawa sehingga ke alam perkahwinan, kata pengguna.
"Tiada seorang pun daripada rakan-rakan saya telah berkahwin dengan gadis yang ditemui melalui kaedah ini," kata Ahmed.
Qatar Alanood telah jatuh cinta dengan seorang rakan abangnya, tetapi tidak boleh mendedahkan isi hati beliau kerana takut dimalukan.
"Saya berkomunikasi dengan beliau di Skype. Ia adalah satu kisah cinta yang sia-sia," katanya.

Kamera kompak langsing

Posted: 04 Sep 2013 03:33 PM PDT



KAMERA NX2000 mampu menghasilkan gambar setanding rakaman yang dilakukan jurugambar profesional.


SAMSUNG memperkenalkan kamera terbaharunya, NX2000, yang dilengkapi dengan teknologi kamera pintar terkini.
Model yang direka langsing itu turut memiliki penderia 20.3MP APS-C CMOS binaan dalam yang mampu menghasilkan imej terang serta lebih jelas pada tahap tinggi.
Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kebolehan merakam lapan rangka sesaat (fps) sekali gus memastikan pengguna tidak terlepas saat-saat penting.
Selain itu, kamera kompak itu turut dimuatkan dengan kebolehan merakam video serta imej tiga dimensi (3D) yang perlu digandingkan bersama lensa Samsung 45 milimeter (mm).
Ciri Mod SMART pula menyediakan 14 mod rakaman yang memudahkan pengguna merakamkan gambar-gambar menarik.
Kamera terbaharu itu kini boleh didapati di semua pengedar sah Samsung di seluruh negara.

Fungsi pintar televisyen android

Posted: 04 Sep 2013 03:32 PM PDT


TELEVISYEN generasi kini sudah boleh digunakan untuk melayari internet.


PERKEMBANGAN internet pada hari ini membolehkan jalinan komunikasi dilakukan dengan lebih berkesan. Jika dahulu, internet hanya digunakan menerusi komputer, hari ini ia boleh disambungkan dengan mana-mana gajet.
Antaranya adalah tablet, telefon pintar, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), televisyen dan terbaharu, televisyen pintar.
Televisyen pintar mempunyai capaian internet dan dilengkapi pelbagai aplikasi termasuk hiburan, berita dan pendidikan.
Lazimnya, ia mempunyai perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar WiFi atau sekurang-kurangnya Local Area Network (LAN) untuk disambungkan kepada internet.
Bagaimanapun, terdapat sesetengah model yang menawarkan ciri tambahan seperti kamera web yang membolehkan pengguna membuat panggilan video menerusi aplikasi seperti Skype.
Aplikasi pada televisyen pintar juga membolehkan pengguna menonton siaran tambahan menerusi teknologi streaming yang mungkin tidak terdapat pada siaran televisyen percuma.
Antara siaran yang boleh ditonton secara streaming ialah program berita agensi berita antarabangsa, dokumentari dan drama bersiri.

PENGGUNAAN internet dan gajet pintar membolehkan bahan dicapai pada apa sahaja peralatan.


Walau bagaimanapun, bagi yang mempunyai bajet yang terhad, kini terdapat alternatif gajet yang mempunyai ciri-ciri televisyen pintar.
Ia merupakan televisyen android atau lebih dikenali sebagai kotak televisyen android. Produk itu dilihat menjadi pilihan buat pengguna yang mempunyai TV tanpa ciri pintar.
Ia hanya perlu disambungkan kepada kotak televisyen android menggunakan sambungan Antaramuka Multimedia Definisi Tinggi (HDMI) manakala akses internetnya sama ada melalui sambungan WiFi atau kabel LAN.
Satu lagi ciri tambahan ialah ia menyokong modem USB 3G yang membolehkan akses internet secara terus tanpa memerlukan WiFi atau sambungan rangkaian kawasan setempat.
Jenama android
Geniatech merupakan salah satu jenama kotak televisyen android yang mendapat perhatian pengguna di seluruh dunia pada masa kini.

JIKA tidak berpuas hati dengan melayari internet pada skrin telefon pintar yang kecil, kini terdapat pilihan untuk mendapatkan skrin yang lebih lebar.


Ia dilengkapi dengan unit pemproses termaju ARM Cortex A9 dengan kombinasi unit pemproses grafik Open GL 3D dan digandingkan dengan RAM DDR3 berkapisiti 1GB (gigabit) sekali gus menjanjikan tontonan yang lancar.
Malah, ia juga dilengkapi dengan unit kawalan jauh QWERTY. Set Android TV ini dilengkapi dengan capaian WiFi dan juga RJ45 untuk sambungan ke modem internet.
Selain itu, ia juga menyokong cakera keras mudah alih atau thumbdrive disambungkan pada sambungan USB bagi memainkan fail media seperti video dan muzik. Lebih menarik, ia turut mempunyai slot untuk cakera keras SATA yang boleh dipasangkan secara terus.
Ciri-ciri lain ialah sokongan Adobe Flash, HTML5, aplikasi Digital Living Network Alliance (DLNA) serta perkongsian fail melalui aplikasi.
Ia khusus bagi membolehkan perkongsian fail media dengan telefon pintar, komputer tablet dan gajet yang bersambung pada rangkaian kawasan setempat.
Berharga dalam lingkungan antara RM200 hingga RM400 bagi satu set, televisyen android merupakan alternatif terbaik bagi mereka yang inginkan fungsi pintar pada televisyen dengan pelaburan minimum.

Seleksi 7 Keajaiban Piza Italiannies

Posted: 04 Sep 2013 03:31 PM PDT


PIZA Roman Vegetarian sesuai bagi penggemar piza vegetarian.


TIDAKKAH anda teringin mencuba piza asli istimewa yang resipinya didatangkan khas dari Itali? Pasti anda tertanya-tanya apakah perbezaannya dengan piza yang pernah dimakan sebelum ini.
Pelancaran seleksi piza baharu dari restoran Italiannies ternyata mempamerkan kelainan dari segi persembahan dan rasa piza melalui promosi 7 Keajaiban Piza yang telah diadakan di cawangan restoran tersebut di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, Subang Jaya baru-baru ini.
Seleksi baharu itu menampilkan tujuh pilihan piza dengan kombinasi kerak atas yang unik dan ramuan segar. Pelanggan pasti berpuas hati dengan pilihan piza Sicilian, seafood pesto, itik barbeku salai, itik rempah salai, daging kerbau berkeju, udang, ayam panggang dan vegetarian Roman.
Pengurus Serantau Restoran Italiannies, Andrea Rossi berkata, pihaknya berharap penggemar piza di seluruh Malaysia teruja untuk mencuba seleksi piza istimewa tersebut kerana ia ditawarkan untuk tempoh terhad.
"Promosi 7 Keajaiban Piza ditawarkan pada harga RM24.90 hingga RM39.90 dari 27 Ogos hingga 31 Oktober ini di semua cawangan restoran Italiannies.
ROSSI menunjukkan satu daripada tujuh seleksi 7 Keajaiban Piza di Restoran Italiannies di Empire Shopping Gallery baru-baru ini.


"Sepanjang tempoh promosi itu juga nanti, semua pelanggan akan ditawarkan pemanis mulut klasik berkrim dari Itali iaitu sejenis puding panna cotta dan minuman berperisa anggur percuma, Mountain Dew Pitch Black," katanya.
Rossi menambah, seiring dengan pelancaran promosi piza tersebut, Italiannies akan menganjurkan pertandingan makan piza melalui pertandingan The Pizza-lympics di beberapa lokasi terpilih.
Pemenang di setiap lokasi akan memenangi baucar makan bernilai RM200 dan dijemput untuk berentap bersama pemenang lain di pertandingan akhir yang dijadualkan pada 13 Oktober ini.
"Hadiah utama berupa wang tunai RM1,000 dan baucar bernilai RM300 menanti pemenang utama pertandingan berkenaan," jelasnya.
Keterangan lanjut mengenai pertandingan tersebut boleh layari laman web www.italiannies.com.my.

Aiskrim ikonik kapiti

Posted: 04 Sep 2013 03:30 PM PDT



SETIAP pek pelbagai aiskrim Kapiti mengandungi enam batang aiskrim berlainan perisa.


PENGGEMAR aiskrim pasti dapat membezakan kenikmatan aiskrim berlainan jenama biarpun mata mereka ditutup seketika.
Menambah kepelbagaian dalam pasaran tempatan dan tentunya memenuhi segenap cita rasa penggemar pencuci mulut manis dan sejuk ini ialah kehadiran jenama aiskrim Kapiti dari New Zealand.
Dilihat mampu memberi saingan kepada jenama-jenama aiskrim antarabangsa lain di pasaran, aiskrim premium baharu itu didatangi dalam varian tab plastik besar, kecil dan pek pelbagai yang mempunyai enam batang aiskrim.
Sering memenangi Anugerah Aiskrim New Zealand, perisa-perisa yang ditawarkan ialah Vanilla bean, Triple Chocolate, White Chocolate dan Raspberry yang boleh didapati di beberapa pasar raya-pasar raya utama di Malaysia.
Antaranya adalah Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Tesco, Ben's Independent Grocer, Mydin, Hero Supermarket dan Quick & Covenience Stores.
Aiskrim tersebut dijual pada harga RM38.80 bagi bekas bersaiz 1 liter, pek pelbagai (RM22.90) dan aiskrim coklat bekas kecil bersaiz 130 mililiter (RM7.90).
Bukan itu sahaja, penumpang syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines, berpeluang menikmati kelazatan aiskrim Kapiti secara eksklusif di ketinggian sembilan kilometer di udara.
Tawaran itu diberikan secara percuma kepada penumpang kelas pertama, bisnes dan ekonomi yang terpilih bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong dan Melbourne, Brisbane, Sydney di Australia.
Destinasi lain yang terlibat ialah Auckland di New Zealand, Narita di Jepun, London di England dan Shanghai, China.

Halim Othman Mungkin Kahwin Tahun Depan

Posted: 03 Sep 2013 08:16 PM PDT

Halim Othman.
KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Suria FM, Halim Othman enggan berbicara tentang teman istimewa ataupun mencanangkan perkahwinannya kepada umum kerana bimbang ia akan berakhir dengan kegagalan.
Bagaimanapun Halim, 49, berkata, hatinya kuat mengatakan akan menamatkan zaman bujang tahun depan.
"Saya dikelilingi oleh orang-orang bujang, Adibah Noor, Kudsia Kahar, Linda Onn semua masih belum berkahwin, mungkin itu sudah menjadi trend orang-orang dalam dunia penyiaran.
"Tapi hati saya kuat mengatakan, saya akan mendirikan berumah tangga tahun depan, tapi jangan tanya dengan siapa sebab setiap kali saya beritahu kepada umum ia selalunya gagal," katanya kepada mStar Online.
Tambah Halim, wanita istimewa tersebut merupakan seorang yang menepati kriteria idamannya.
"Wanita tersebut tentulah seorang yang sentiasa memberi inspirasi kepada kehidupan kita, tidak kira dalam bentuk apa, kadang kala penampilah dan rupa paras pun mampu memberi inspirasi kepada kehidupan seharian," katanya.

Kaka Bimbang Buat Keputusan Salah Hasilkan Album

Posted: 03 Sep 2013 08:15 PM PDT

Kaka memberitahu ingin memberi fokus kepada penghasilan single berbanding album penuh.
PETALING JAYA: Penyanyi Kaka masih belum bersedia untuk merakamkan album penuh seperti mana artis lain kerana bimbang ia satu keputusan yang salah apabila tidak mendapat sambutan peminat.
Pemilik nama penuh Nor Atiqa Azraff, 24, berkata, dia hanya bersedia berbuat demikian selepas muzik yang ingin diperkenalkan kepada pendengar benar-benar mendapat perhatian mereka sebelum muncul dengan album sulungnya.
"Saya muncul dalam industri ini hanya berbekalkan dengan lagu Bawaku Pergi. Walaupun lagu itu mendapat sambutan hebat daripada peminat ia bukan kayu pengukur untuk saya tampil dengan album penuh.
"Masih terlalu awal saya berbuat demikian kerana merasakan pendengar masih belum cukup mengenali saya sebagai penyanyi dan muzik yang ingin saya bawa," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Kaka berkata, dia kini lebih selesa tampil dengan lagu single bagi menguatkan namanya sebagai penyanyi ditambah pula dengan keadaan semasa industri muzik yang tidak menentu.
Jelas Kaka, cara itu lebih memudahkannya untuk memberi fokus terhadap kerja-kerja mempromosikan lagu yang dilancarkan berbanding album.
"Mungkin lepas melancarkan beberapa album saya akan kumpulkan untuk dimuatkan dalam sebuah album dengan menampilkan beberapa buah lagu baru.
"Dengan cara itu mungkin dapat menarik minat peminat membeli album," katanya yang bakal melancarkan single solonya berjudul Terpulanglah dalam masa terdekat.
Sementara itu, Kaka berkata, dia bersyukur dapat bernaung di bawah syarikat WireFame Entertainment Sdn Bhd yang dimiliki oleh Zizan Razak dan yakin pihak pengurusannya itu dapat membawa kerjaya seni ke tahap lebih baik.
"Setakat ini saya berpuas hati dengan pengurusan WireFame dalam mempromosikan kerjaya saya sehingga dikenali seperti sekarang malah kami semua sangat rapat di antara satu sama lain dan bekerja seperti keluarga," jelasnya yang ingin mencuba bidang pengacaraan jika diberi peluang.
Selain Kaka dan Zizann sendiri, syarikat pengurusan tersebut turut menguruskan kerjaya seni pelakon Emma Maembong, Cha Cha Maembong dan Johan As'ari.
Dalam perkembangan lain, Kaka berkata, dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya bersama Zizan Razak berjudul Infiniti Cinta.

Diisytiharkan Muflis, Aweera Mahu Peminat Ambil Iktibar

Posted: 03 Sep 2013 08:13 PM PDT

Aweera
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Mojo iaitu Aweera, meminta orang ramai terutamanya golongan muda mengambil iktibar berhubung isu dia diisytiharkan muflis.
Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 22, berkata, kejadian itu memberi pengajaran yang besar buatnya di mana dia tidak akan terpedaya dengan tawaran-tawaran melibatkan pinjaman bank lagi pada masa akan datang.
"Apa yang telah berlaku ini memberikan pengajaran sangat besar buat diri saya. Walaupun ia berkaitan hutang lama, kesannya sampai bila-bila.
"Selepas berita mengenai pengisytiharan saya muflis dipaparkan di media, saya harap orang ramai terutamanya golongan muda jangan mudah terpedaya dengan pelbagai skim pinjaman bank tanpa usul periksa.
"Lebih-lebih lagi apabila kita tidak memiliki kewangan yang stabil atau rasa tidak yakin untuk membayar semula hutang," katanya.
Mojo
Aweera ditemui pada majlis pelancaran lagu tema filem Vikingdom dan penyerahan anugerah platinum yang diterimanya sebanyak lima kali dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Nama Aweera hangat diperkatakan apabila dia diisytiharkan muflis sejak 11 Julai lalu dan dilaporkan dalam sebuah akhbar pada 4 Ogos lalu.
Bekas peserta finalis One In A Million 3 (OIAM3) itu bagaimanapun enggan mengulas panjang berkenaan isu tersebut dan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Insolvensi mengenai hutang berkenaan.
Tambah Aweera, berita dirinya muflis juga sedikit sebanyak membuatkan dia segan untuk berdepan dengan orang ramai namun akur dengan keadaan tersebut.
"Perkara ini memang sangat peribadi. Apabila ia dihebohkan, rasa segan itu memang ada. tetapi nak buat macam mana? Saya hanya mampu berfikiran positif dan pandang ke hadapan serta berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.

Awi Rafael Minta Tidak Dikaitkan Dengan Sasha Saidin

Posted: 03 Sep 2013 08:12 PM PDT

Awi Rafael
KUALA LUMPUR: Penyanyi Awi Rafael menganggap hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Sasha Saidin, 36, hanya sebagai rakan artis dan meminta tidak dikaitkan dengan pelakon itu sebagai pasangan kekasih.
Awi, 27, berkata, dia hanya menjadikan wanita tersebut sebagai individu untuk bertukar pandangan khususnya bagaimanakah Sasha menubuhkan kumpulan Elite yang pernah dianggotainya suatu ketika dahulu.
"Saya dan Sasha hanya kawan sahaja, memang kami ada keluar bersama kerana saya ingin minta pendapat dia tentang projek menubuhkan kumpulan wanita seperti kumpulan Elite dulu.
"Lagi pula saya belum bersedia untuk bercinta lagi. Saya pun baru putus cinta dengan Hanez Suraya sebab tidak mampu beri komitmen dengan cinta," katanya kepada mStar Online.
Sasha Saidin
Awi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan cintanya dengan pelakon Sasha Saidin yang juga bekas anggota kumpulan Elite.
Tambah Awi, Sasha banyak memberi pandangannya tentang projek bagaimana dia terlibat menubuhkan kumpulan berkenaan
"Sasha banyak pengalaman bagaimana kumpulan artis wanita dapat berperanan dalam memeriahkan dunia hiburan.
"Sekarang ini kita tiada kumpulan wanita macam Elite dan Feminin dan saya lihat di Korea trend itu sudah kembali," katanya.
Ditanya tentang kenyataan Sasha dalam sebuah akhbar tempatan yang mengiakan hubungan mereka, Awi berkata, ia mungkin disilap tafsir.
"Dia ada beritahu saya tentang kenyataannya di dalam akhbar baru-baru ini, dia menjelaskan perkara tersebut.
"Mungkin ianya disilap tafsir. Secara jujurnya siapalah saya ini, dia boleh bercinta dengan orang yang lebih kaya dan lebih bagus dari saya," katanya.

Halim Othman: Saya minta maaf!

Posted: 03 Sep 2013 08:11 PM PDT


  • Halim Othman
NAMA Halim Othman bersama seorang wanita, Dania Danisha, pernah menjadi bualan hangat di blog-blog hiburan tempatan sejak beberapa minggu lalu.

Bermula dengan penyebaran sekeping gambar mesra mereka, penyampai radio Suria FM yang hampir mencecah usia separuh abad ini, dihimpit kontroversi hebat.

"Biarlah ia berlalu. Lagipun, hal ini adalah satu perkara yang membuang masa. Saya tiada apa-apa lagi kenyataan yang hendak dibuat mengenai hal itu," tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Rumah Terbuka Suria FM.

Siapa sangka, reaksinya terhadap gambar mesra yang tersebar itu hanya mengundang kemarahan empunya diri yang bernama Dania Danisha.

Menerusi akaun Facebook miliknya, wanita itu menyelar kenyataan Halim dan mendakwa hubungan mereka lebih dari seorang peminat.

Selain kerap kali keluar bersama, wanita itu turut mendakwa pernah dilamar Halim. Bagaimanapun atas faktor jarak usia, dia terpaksa menolaknya.

Enggan lagi memperbesarkan isu tersebut, Halim berkata, dia tidak menyimpan sebarang perasaan negatif mahupun dendam terhadap wanita tersebut dan dia turut berhasrat agar wanita itu juga punya pendirian sama sepertinya.

"Di hari raya ini, saya ingin meminta maaf kepada semua sekiranya saya pernah melakukan kesilapan," katanya ringkas.

Ditanya, sampai bila lagi dia akan hidup membujang, kata Halim, buat masa ini dia masih belum mempunyai teman istimewa, namun jauh di sudut hatinya dapat merasakan ia bakal berakhir tidak lama lagi.

"Saya berharap dan saya dapat merasakan di dalam lubuk hati, masa bujang saya dah tak lama. Mungkin sehingga tahun depan. Sekitar hari jadi saya tahun depan.

"Apa yang penting, ciri-ciri bakal calon itu haruslah seorang yang berinspirasi, tidak terlalu memaksa dan mempunyai personaliti tersendiri," katanya.

Noraniza Idris ingin hamil lagi!

Posted: 03 Sep 2013 08:09 PM PDT


  • Noraniza Idris Noraniza Idris bersama suami.
PADA usia 45 tahun, penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris, masih mengidamkan cahaya mata bersama suami tercinta,  Jeffri Hudi, 54. Malah pelantun Awallah Dondang ini mengakui, mereka teringin memiliki anak perempuan sebagai penyeri rumah tangga.

"Suami memang sukakan anak perempuan tambahan pula empat anaknya sebelum ini semua lelaki. Kami hanya mampu merancang tapi Tuhan menentukan segalanya.

"Apa pun kami tidak mahu terlalu berharap kerana saya pun dah berusia. Pastinya ramai tahu wanita berusia macam saya ini, begitu sukar untuk mengandung dan akan mendatangkan risiko tinggi.

"Tapi tidak mustahil dengan kuasa ALLAH. Ada rezeki, kami terima," katanya yang berkahwin dengan Jeffri sejak dua tahun lalu.

Pernah dikatakan hamil sebelum ini, Noraniza atau lebih mesra dipanggil Kak Ani berkata, dia sebenarnya mengalami pertambahan berat badan ketara.

"Semua orang tegur badan saya berisi. Jadi saya kini berusaha untuk turunkan berat badan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Seniman, kelmarin.

Kak Ani yang pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum ini, kini bersyukur kerana dipertemukan dengan insan yang benar-benar mampu membimbingnya.

"Alhamdulillah, dijodohkan bersama  Jeffri membuatkan saya begitu gembira berada di sampingnya. Dia banyak beri semangat dan galakkan untuk saya terus mengorak langkah dalam karier seni dan sangat memahami diri saya.

"Dia juga seorang lemah-lembut, susah hendak melihatnya marah. Malah layanan terhadap anak-anak juga diberikan sama rata sehingga mereka menghormatinya seperti ayah sendiri," katanya.


Bakal lancar single baru

Setelah hampir lapan tahun tidak muncul dengan lagu baru, Kak Ani bakal tampil dengan single terbaru tidak lama lagi.

Masih mengekalkan, irama tradisional yang selama ini cukup serasi dengan dirinya, single tersebut telah diberi kelainan untuk tatapan peminatnya.

"Kali terakhir saya mengeluarkan single pada 2006, menerusi lagu Enjut yang berentak etnik fusion berunsurkan jawa dan kuda kepang.

"Kali ini saya pilih irama zapin dengan menggabungkan artis baru dan lama. Siapa orangnya, saya tak boleh umumkan lagi. Tunggulah masa sesuai nanti," katanya.

Ditanya mengenai album baru, Kak Ani memberitahu, dia sememangnya ada perancangan untuk ke arah itu, namun buat masa sekarang, ia masih belum dapat dilaksanakan.

"Siapa tak teringin nak keluarkan album, tapi bila fikir soal kos yang tinggi, saya perlu tangguhkan niat itu. Ditambah pula dengan pasaran yang semakin suram," kata pengasas Akademi Tatihseni ini.

BSN Kelantan catat rekod tertinggi RM30 juta

Posted: 03 Sep 2013 08:07 PM PDT


  • BSN Kelantan catat rekod tertinggi RM30 juta Mohd Sofi (tiga, kiri) menyerahkan replika kunci kepada wakil pemenang cabutan Tempatan SS P untuk bulan Ogos Ahmad Mohd Noor yang membawa pulang kereta Perodua Viva.
BANK Simpanan Nasional (BSN) Kelantan mencatatkan keuntungan jualan bulanan paling tinggi melebihi RM30 juta, sejak 35 tahun cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) diperkenalkan.

Naib Presiden Kanan Jabatan Perbankan Islam BSN Mohd Sofi Mat Jahaya berkata, jumlah kutipan Ogos itu menjadikan Kelantan berada di tangga teratas berbanding negeri lain sepanjang karnival Cabutan SSP diadakan di Malaysia.

"Keuntungan Kelantan dianggarkan pada tahap RM25 juta dan sehingga (kelmarin) jumlah jualan melebihi RM30 juta. Sasaran ditetapkan untuk karnival ini sangat menggalakkan dan ia telah melepasi unjuran sebelum melancarkan karnival SSP untuk Kelantan," katanya sempena karnival Cabutan SSP Bulan Ogos BSN Kelantan,
Berhubung karnival itu, Mohd Sofi berkata, sepanjang tahun ini 44,000 hadiah disediakan berbanding tahun sebelumnya iaitu 37,000 dengan nilai RM1.3 juta.

"BSN juga memperkenalkan cabutan istimewa dengan menawarkan SSP bernilai RM1,000,000 bagi pemegang simpanan minimum RM3,000 dan akan diumumkan Disember nanti di Johor," katanya.

Sempena karnival itu BSN turut merasmikan kempen "Beli SSP-Percuma Keahlian AAM" iaitu pemegang SSP Edisi Khas dengan simpanan RM3,000 ke atas layak untuk menerima keahlian secara percuma selama setahun.

Mohd Sofi (tiga, kiri) menyerahkan replika kunci kepada wakil pemenang cabutan Tempatan SSP untuk bulan Ogos Ahmad Mohd Noor yang membawa pulang kereta
Perodua Viva.

Pembantu Syariah Jais nafi rasuah

Posted: 03 Sep 2013 08:05 PM PDT


  • Pembantu Syariah Jais nafi rasuah Mohd Khairul Nizam dibawa keluar oleh anggota polis selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima suapan RM3,000 di mahkamah sesyen di sini, semalam.
SHAH ALAM - Pembantu Syariah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen di sini atas tuduhan memperoleh suapan RM3,000 pada Julai lalu.

Mohd Khairol Nizam Mohd Asari, 27, didakwa memperoleh suapan tersebut sebagai dorongan untuk melupuskan fail siasatan Jais supaya Putu Suciani tidak didakwa di mahkamah syariah atas tuduhan berkhalwat.

Perbuatan dilakukan di Pavilion Cafe, Hotel Concorde, di sini jam 6.10 petang pada 11 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2019 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Sabit kesalahan membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Hakim M Bakri Abd Majid membenarkan Mohd Khairol Nizam dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000.

Kes akan disebut semula 3 Oktober depan.

Wanita ditangkap bersama bekas suami

Posted: 03 Sep 2013 08:02 PM PDT


  • Wanita ditangkap bersama bekas suami Pasangan ini telah berpisah sejak Januari lalu, tetapi ditangkap penguat kuasa Jaij kerana masih tinggal sebumbung.
BATU PAHAT – Memang pelik dan mengejutkan. Seorang wanita baru berkahwin sanggup memilih 'bekas' suaminya dan bukan suami yang baru dinikahi untuk melayari 'malam pertama'.

Bekas suami wanita berusia 55 tahun itu mengaku, mereka berpisah sejak Januari lalu, tetapi masih bermalam di rumah sama, malah perbuatan mereka mendapat restu suami baru bekas isteri.

Sinar Harian difahamkan, wanita itu melangsungkan pernikahan dengan suami barunya pagi kelmarin, sebelum memilih untuk pulang ke rumah bekas suaminya dan bermalam di situ pada hari sama.

Bagaimanapun, perkara terbabit terbongkar apabila Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat menjalankan serbuan di rumah lelaki itu di Sungai Suloh di sini, jam 3 pagi.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya melakukan serbuan selepas menerima maklumat awam dan membuat risikan beberapa minggu sebelum itu.

Menurutnya, wanita terbabit telah bercerai dengan suami lamanya sejak Januari lalu dan mereka tidak mempunyai anak hasil perkahwinan itu, tetapi masih berhubung.

"Pada pagi hari berkenaan, wanita terbabit mendakwa telah bernikah dengan lelaki lain dan ketika serbuan dilakukan, wanita itu berada dalam keadaan berkurung di rumah milik bekas suaminya itu.

"Wanita terbabit mendakwa hanya datang pada malam itu kerana ingin mengemas barangnya untuk dibawa pulang," katanya.

Saiful berkata, alasan itu tidak dapat diterima kerana aduan dan risikan telah lama dijalankan sebelum serbuan.

Katanya, sebarang alasan diberikan wanita itu, dia tetap melakukan kesalahan kerana berkurung berdua-duaan di dalam sebuah rumah.

"Dia sepatutnya sedar kesalahan dilakukan, lebih menghairankan suami baru dinikahi seolah-olah merestui perbuatan terbabit yang sememangnya menyalahi hukum agama

"Kedua-duanya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

"Mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan dilakukan selesai," katanya.

Bawa pistol mainan ke bank

Posted: 03 Sep 2013 08:00 PM PDT


  • Bawa pistol mainan ke bank Bawa pistol mainan ke bank
ALOR SETAR - Gerak-geri mencurigakan seorang lelaki di sebuah bank di Jalan Gangsa, dekat sini, membawa kepada penemuan sepucuk pistol mainan selepas ditahan pengawal bank berkenaan, semalam

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, lelaki dalam lingkungan umur awal 40-an itu berada dalam premis bank berkenaan sebelum melarikan diri apabila ditegur oleh pengawal keselamatan.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan itu berjaya menangkapnya kira-kira 50 meter dari bank tersebut dan selepas diperiksa beg dibawa lelaki itu mengandungi sepucuk pistol mainan.

Difahamkan, sebuah kereta MPV polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan menahan lelaki itu untuk tindakan lanjut.

Pekerja am di bank tersebut, Yom Jusuh, 55, berkata, dia menyedari lelaki berusia 30-an itu telah beberapa hari datang ke bank tersebut tanpa membuat apa-apa urusan di situ.

"Sudah dua tiga hari lelaki itu datang ke sini (bank) dalam jam 11.45 tengah hari. Dia hanya minum dan memerhati keadaan sekeliling.

"Hari ini dia datang lagi dan sebaik ditegur oleh seorang pengawal keselamatan dia nampak gelisah dan terus keluar melarikan diri sebelum berjaya ditahan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner, Mohd Nashir Ya berkata, selain pistol mainan, lelaki berkenaan juga memiliki sebilah pisau.

"Kita tidak mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan merompak bank, tetapi suspek ditahan kerana mencurigakan dan apabila diperiksa mendapati memiliki pistol palsu dan sebilah pisau.

"Kita juga merampas sebuah motosikal yang digunakan suspek dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Nashir berkata, kes disiasat bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 7 (1) akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Caj pengangkutan meningkat sehingga 5 peratus

Posted: 03 Sep 2013 07:57 PM PDT


  • Datuk Yusoff Ismail Datuk Yusoff Ismail
ALOR SETAR - Kenaikan harga minyak jenis RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa semalam akan meningkatkan caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan antara empat hingga lima peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu memberi impak besar kepada syarikat pengangkutan perdagangan termasuklah pengusaha bas ekspres.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pengusahanya menaikkan tambang atau sewa perkhidmatan pengangkutan bagi mengelakkan kerugian kerana terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api.

"Pengusaha pengangkutan perdagangan terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api yang lebih membebankan dan mereka berkemungkinan menaikkan tambang atau kadar sewa kos perkhidmatan pengangkutan.

"Saya terima laporan daripada pengusaha syarikat pengangkutan perdagangan, bahawa mereka jangka caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan akan naik sebanyak 4 hingga 5 peratus," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Yusoff berkata, kenaikan harga minyak itu juga sekali gus akan meningkatkan harga barangan lain.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata, barangan lain secara langsung membabitkan kebergantungan kepada kos pengangkutan untuk proses pengedaran dan penghantaran.

Menara di London punca kereta Jaguar cair?

Posted: 03 Sep 2013 07:54 PM PDT


  • Menara di London punca kereta Jaguar cair? Cermin sisi kereta Jaguar ini didakwa mencair selepas ditinggalkan di luar Menara Walkie Talkie (gambar kecil) pada minggu lalu.
LONDON - ENGLAND . Sebuah bangunan pencakar langit di London didakwa telah menyebabkan sebuah kereta Jaguar yang diparkir di luar premis terbabit mencair.

Pemiliknya, Martin Lindsay memberitahu cermin sisi dan beberapa panel kereta mewahnya itu mencair selepas sejam ia ditinggalkan berhampiran menara Walkie Talkie yang masih lagi dalam pembinaan.

Dalam satu kenyataan, pemaju bangunan setinggi 37 tingkat itu memaklumkan mereka kini sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut kerana ia dipercayai berpunca daripada kedudukan matahari yang berubah pada waktu tertentu.

"Perkara ini mungkin akan berterusan selama dua hingga tiga minggu lagi," jelas jurucakap Land Securities and Canary Wharf menerusi Reuters.

Susulan daripada insiden terbabit, tiga kawasan parkir kenderaan telah ditutup majlis perbandaran.

Difahamkan, pemaju terbabit juga telah memohon maaf kepada Lindsay dan bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah 946 pound (RM5,000) kepada beliau.

Kongsi gelap berebut mahu jadi taikun

Posted: 03 Sep 2013 07:52 PM PDT


  • kongsi gelap Logo-logo dan lambang kumpulan kongsi gelap di Malaysia 
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan kumpulan kongsi gelap di negara ini kini bersaing hebat sesama sendiri bagi menjadi taikun dadah di sesebuah kawasan.
Beliau berkata `perang' di antara kongsi-kongsi gelap itu, yang kini mencetuskan kegusaran orang ramai ekoran penggunaan senjata api secara berleluasa, berlaku kerana mereka mahu menakluk sesebuah kawasan bagi tujuan pengedaran dadah selain menjadi pusat operasi mereka.
"Geng-geng ini berperang sekarang kerana mereka nak merebut kawasan, nak jadi 'gabenor' dadah...jadi mereka akan menghapuskan musuh-musuh mereka yang cuba memasuki kawasan mereka dengan senjata api," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurutnya kebanyakan kongsi gelap yang aktif di negara ini telah dibekalkan dengan senjata api oleh sindiket dadah antarabangsa, yang dipercayai turut membekalkan pistol dan bom tangan kepada kumpulan itu.
Ditanya mengapa polis sukar membanteras kongsi-kongsi gelap itu,  Zaman Khan berkata sejak dahulu lagi, kekangan yang dihadapi polis ialah keengganan saksi tampil memberikan maklumat kepada polis kerana bimbangkan keselamatan mereka.
Beliau berkata ada sesetengah kes, orang awam menjadi mangsa kekerasan senjata api oleh  kongsi gelap kerana mungkin dipercayai cuba menjadi 'hantu polis' (pemberi maklumat polis).
"Semasa saya jadi pengarah dahulu, perkara ini yang menjadi kekangan polis untuk memerangi  kongsi gelap kerana keengganan saksi untuk memberikan maklumat. Jadi, polis perlu memikirkan kaedah untuk mendapatkan maklumat dengan melindungi saksi-saksi ini," katanya.
Beliau turut mendedahkan kegiatan kongsi gelap bukan sahaja tertumpu kepada pengedaran dadah, malah mereka  meminta wang perlindungan daripada setiap premis perniagaan yang dijalankan di `kawasan' mereka.
Zaman Khan tidak menafikan bahawa selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat dimansuhkan, bekas-bekas tahanan jenayah berat dipercayai  menubuhkan geng mereka dan bergerak aktif meneruskan kegiatan lama selain membalas dendam terhadap musuh-musuh mereka.
"Perkara ini perlu diperangi habis-habisan oleh pihak polis...ini untuk mengelakkan rasa takut dalam kalangan rakyat," katanya.
Minggu  lepas, Kementerian Dalam Negeri  mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.
Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, PDRM menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.
Zaman Khan secara sinis juga menempelak sesetengah pihak yang mengkritik tindakan polis menembak mati lima anggota kongsi gelap Geng '04' di Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 19 Ogos lepas.
Sambil mempertahankan tindakan Polis Pulau Pinang itu, beliau berkata pihak berkuasa berbuat demikian setelah diancam dengan senjata api.

Cerita Farhan, Fizo, Fahrin, Fizz

Posted: 03 Sep 2013 07:48 PM PDT




FIZO OMAR, Fizz Fairuz, Fahrin Ahmad dan Farhan Azizan atau lebih dikenali sebagai Farhan AF4 bukan sahaja berkongsi huruf awalan nama masing-masing.
Namun, mereka juga berkongsi pendapat yang sama bahawa sebagai artis mereka harus mempunyai variasi dalam dunia hiburan dan bukan bergantung kepada satu cabang sahaja.
Keempat-empat mereka berjaya disatukan ketika sama-sama menghadiri majlis Aidilfitri yang dianjurkan Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan baru-baru ini.
Ternyata, keempat-empat mereka mempunyai satu sisi berbeza daripada kegiatan seni masing-masing bagi memastikan kepelbagaian dalam meneruskan kelangsungan pendapatan dalam kehidupan.
Farhan Cookies
Bagi satu-satunya bunga dalam kalangan kumbang, Farhan memberitahu, selain daripada memenuhi undangan nyanyian pada majlis-majlis rasmi dan korporat, dia mempunyai syarikatnya sendiri yang menguruskan acara dan juga menghasilkan beberapa jenis produk di atas namanya.
"Saya mengeluarkan beberapa produk di atas nama saya antaranya adalah biskut yang diberi nama Farhan Cookies. Farhan Cookies ini bukanlah perniagaan yang bermusim kerana saya menghasilkannya sepanjang tahun.
"Tempahan meningkat terutama pada musim perayaan dan selepas musim perayaan saya menerima tempahan untuk majlis-majlis rasmi, hamper dan sebagainya," katanya.
Ujar Farhan lagi, walaupun dia kini sudah terjun dalam bidang perniagaan, namun tidak bermakna dirinya sudah tidak aktif dalam dunia hiburan.
GELAGAT lucu dan ceria Fizz, Farhan, Fizo dan Fahrin yang diundang ke Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


Walaupun ramai yang menyangka kehadirannya dalam industri hiburan sudah suam-suam kuku, namun, undangan yang diterimanya menunjukkan sebaliknya.
"Saya banyak mendapat undangan korporat, majlis makan malam, majlis rasmi dan juga majlis diraja.
"Memang saya agak kurang tampil di televisyen atau menyanyi dalam khalayak audiens yang lebih terbuka tetapi itu tidak bermakna saya sudah tidak aktif dalam industri hiburan tanah air.
"Mungkin rezeki saya di sini dan saya bersyukur. Undangan nanyian saya lebih kepada majlis tertutup dan saya terima dengan hati terbuka. Saya bersyukur kepada Tuhan di atas rezeki yang diberi," ujarnya yang juga memberitahu, dia kini dalam proses menghasilkan single terbaharunya yang akan muncul tidak lama lagi.
Fizo bantu wanita Kelantan
Beralih kepada Fizo Omar pula, kisah dia menceburkan diri dalam dunia perniagaan bukan sesuatu cerita yang baharu. Malah, baru-baru ini, Fizo menjalankan perniagaan serunding ketika bulan Ramadan yang lalu.
Terbaharu, Fizo sedang dalam perancangan untuk membuka 20 gerai francais burger miliknya iaitu Hot Burger di Kota Bharu.
"Saya sedang dalam perancangan untuk membawa Hot Burger ke Kelantan dan membuka 20 gerai di negeri ini.
"Saya menetapkan kuota 10 peserta lelaki dan juga 10 peserta wanita untuk menyertai francais ini. Saya akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk mencari peserta wanita.
"Saya ingin membantu wanita di negeri ini dan juga membuka peluang kepada mereka yang berminat.
"Saya juga ingin menukar persepsi orang ramai terhadap perniagaan burger yang menganggap ia tidak boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan," tegasnya.

DARI KIRI: Fizz, Iqram, Fizo, Farhan dan Fahrin memeriahkan majlis Aidilfitri anjuran Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


Perjalanan seni Fizo pula kini lebih dalam bidang pengacaraan dan terkini, dia sedang dalam penggambaran travelog masakan yang merupakan rancangan masakan berasaskan koko.
Rancangan tersebut akan disiarkan di saluran TV9 akan menampilkan Fizo mengembara sambil memasak. Dia juga muncul dengan sebuah buku masakan yang mempunyai 50 resipi berjudul, Air Tangan Fizo.
"Buat masa ini, penggambaran filem atau drama sudah saya kurangkan. Lagi pun, ada lagi empat buah filem lakonan saya yang masih belum ditayangkan, jadi saya rasa cukup sehingga awal tahun depan.
"Saya juga sibuk dengan bisnes pengiklanan yang lebih menumpu kepada pengiklanan di media sosial. Perniagaan itu perlu ada sebagai jaminan dalam kerjaya," katanya.
Kredibiliti Fizz dipertikai
Perjalanan seninya memasuki satu fasa yang berbeza apabila dia ditawarkan sebagai tenaga pengajar untuk Akademi Fantasia musim terbaharu sebagai guru lakonan.
Menganggap ia adalah rezeki kurniaan Tuhan, Fizz Fairuz mengakui banyak pihak mempertikaikan kredibilitinya untuk menjadi guru di dalam Akademi Fantasia dan membandingkannya dengan nama-nama yang pernah mendukung posisi tersebut sebelum ini.
"Sebelum ini tenaga pengajar bagi lakonan di Akademi Fantasia menampilkan nama-nama besar seperti Fatimah Abu Bakar, Fauziah Nawi dan sebagainya.
"Pada awalnya, saya juga tidak percaya tetapi setelah berkali-kali Astro membuat tawaran tersebut akhirnya saya terima. Soalan mengapa Astro memilih saya bukanlah satu soalan yang saya boleh jawab. Kenalah tanya Astro sendiri.
"Tawaran datang daripada pihak sana, bukannya saya merayu kepada mereka untuk memilih saya. Jadi saya anggap ini adalah rezeki kepada saya yang tuhan berikan. Saya akan lakukan yang terbaik dan berkongsi segala ilmu yang saya ada dengan semua pelajar," katanya.
Kisah percintaan Fizz yang sebelum ini bertunang dengan seorang wanita yang memegang status isteri orang menggemparkan peminat seni tanah air semakin hilang daripada bualan mulut ramai. Malah bagi Fizz juga, kesan akibat kejadian itu juga sudah dilupakan.
"Dua minggu selepas kejadian itu memang saya akui saya jadi tak tentu arah tetapi sekarang saya sudah tak rasa apa-apa pun.
"Seperti tak ada apa yang berlaku dan saya meneruskan kehidupan saya seperti biasa. Mungkin nanti saya akan ada pengganti," tuturnya sambil melemparkan senyuman nakal.
Fahrin ke Bangkok
Bagi jejaka sasa Fahrin Ahmad pula, dia kini aktif dalam bidang pengacaraan dan banyak memenuhi undangan pengacara daripada syarikat-syarikat luar dan juga majlis-majlis peribadi. Malah, dia juga mendapat undangan pengacaraan bagi majlis perkahwinan.
Dia juga sibuk dengan aktivitinya sebagai duta bagi beberapa produk yang menggunakan khidmatnya sebagai jurucakap.
"Bulan depan saya akan ke Bangkok, Thailand untuk penggambaran iklan terbaharu bagi produk Garnier Man.
"Saya akan terlibat dalam siri jelajah produk Ali Café dan juga sebagai duta Shell Fuel Safe. Saya juga akan ke Terengganu bagi menjayakan Futsal Amal Hari AIDS Sedunia yang mana saya juga dipilih sebagai duta," tuturnya.
Menukar tajuk kepada jodoh dirinya yang dilihat agak lewat tiba, Fahrin memberitahu, perkataan lewat itu tidak patut dipertikaikan. Dia juga sudah lali dengan persoalan jodoh dan persoalan itu sudah tidak lagi mengguris hatinya.
"Saya sudah berusaha ke arah itu tetapi jodoh belum sampai dan ini adalah kerja Tuhan. Saya menganggap pengalaman yang dilalui sebagai mematangkan saya dalam menempuh hari muka," luahnya.

Orang salah anggap mengenai kami - Awi Rafael

Posted: 03 Sep 2013 07:46 PM PDT

AWI hanya menganggap Sasha sebagai seorang teman yang baik.


MUNGKIN kini ramai peminat telah sedia maklum bahawa hubungan cinta Awi Rafael dan aktres Hanez Suraya sudah terputus di tengah jalan. Setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan, akhirnya hajat untuk bercinta hingga ke jenjang pelamin tidak kesampaian.
Kedua-duanya mengakui hubungan mereka putus bukan disebabkan oleh pihak ketiga namun, kerana masing-masing ingin berikan fokus terhadap karier yang sedang dibina.
Namun, setelah tidak bersama, wujud pula kisah ikatan cinta baharu Awi.
Awi kini dikatakan sedang bercinta dengan aktres tinggi lampai iaitu Sasha Saidin. Baru-baru ini juga, menerusi temu ramah pihak media bersama Sasha, wanita tersebut seperti tidak menolak jika bertemu jodoh dengan Awi.
Bagi Awi pula ketika dihubungi Kosmo!, dia menafikan gosip yang sedang panas berlegar dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan.
Ikuti jawapan penyanyi kelahiran Singapura tentang kontroversi baharu tentang dirinya.
Kosmo!: Bolehkah anda ceritakan tentang perkembangan karier anda kini?
AWI: Sekarang, saya masih sibuk mempromosi single yang berjudul Kalau Aku Kaya. Alhamdulillah, lagu tersebut diterima ramai dan di laman YouTube pula telah pun mencapai sebanyak satu juta penonton.
SASHA SAIDIN sebelum ini tidak menolak jodohnya bersama Awi Rafael jika ia berlaku kelak.


Selain promosi single ini, apa lagi perancangan anda?
Memang banyak sebenarnya perancangan bagi karier saya. Saya juga ingin meluaskan karier saya ke Indonesia kelak, Insya-Allah. Lagu Pulanglah saya telah pun menjadi hit di sana dan ia dinyanyikan oleh kumpulan Mikheila dan diubah sedikit mengikut cara wanita menyanyi.
Selepas putus dengan Hanez, kini anda digosipkan bercinta dengan Sasha Saidin. Boleh komen?
Tidak benar gosip tersebut kerana kami hanya kawan biasa sahaja. Bagaimanapun, dia ada telefon Awi dan terangkan tentang kenyataan tentang jodoh yang dibuat olehnya sebelum ini. Tapi sejujurnya saya akui, sebagai kawan, dia memang seorang yang baik. Jadi, saya tidak mahu terlalu memberi komen tentang perkara ini.
Jadi, kini memang anda ingin memberi fokus terhadap karier sahaja atau memang sudah ada pengganti?
Saya memang ingin memberi fokus lebih terhadap karier kini. Kami berdua (bersama Hanez) juga sebelum ini sibuk dengan kerja, kerana itu kami tiada masa bersama. Saya tidak terfikir untuk bercinta buat masa ini.
Jika sebelum ini, anda terbuka berbicara tentang kisah cinta, adakah selepas ini akan kurang berbuat demikian?
Sebenarnya, jika ikutkan hati saya memang tidak terlalu ingin berbicara tentang kisah cinta. Tapi kerana ingin menjaga hati beberapa pihak, saya tidak kisah untuk cerita. Saya tidak ingin orang fikir bicara saya tentang kisah cinta adalah untuk mengejar populariti serta untuk dikenali. Jadi, sejujurnya, saya dan Sasha tidak bercinta dan harap orang yang membaca jangan salah anggap kerana tiada apa-apa yang berlaku antara kami.

RON 92 mungkin kembali dijual

Posted: 03 Sep 2013 07:45 PM PDT

KERAJAAN mungkin memperkenal kembali petrol RON92 bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan kembali minyak petrol RON92 bagi menawarkan alternatif sumber bahan api yang jauh lebih murah kepada para pengguna.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar), bagaimanapun berkata, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan pengumuman selanjutnya akan dilakukan selepas menerima maklum balas daripada pelbagai pihak.
"Kita akan mengambil kira pendapat daripada semua pihak terutamanya rakyat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.
"Oleh itu, orang ramai boleh menyuarakan pendapat dan cadangan mereka kepada kerajaan bagi membantu menghadapi kenaikan harga petrol RON95 dan diesel," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penilai Harta Intelek kepada tujuh penerima di sini semalam.

Bapa tetap enggan kebumi anak

Posted: 03 Sep 2013 07:44 PM PDT



MOHD. DAMANHURI bersama isterinya, Zaiton Hassan semasa hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak semalam.


IPOH – Mayat pemuda yang mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur sebuah rumah di Taman Saz di sini 20 Julai lalu tidak akan dikebumikan dan dijangka terus berada di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
Semalam, bapa kepada Allahyarham Sherul Aizam (gambar kecil), Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, kekal dengan pendiriannya untuk tidak mengebumikan jenazah anaknya selagi bedah siasat kedua tidak dilakukan.
Katanya, dia sedar tindakannya itu kurang disenangi banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan masyarakat yang mahu jenazah Sherul Aizam segera dikebumikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines