Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Harimau Muda juara
- Nikah 21 September, Fouziah Gous Enggan Majlis Dipertikaikan
- Black Hanafiah Impikan Punyai Ramai Anak
- Zaidi Omar Berwaspada Jadi Duta Produk
- Kereta Syazwan Terlibat Kemalangan Masih Di Mentakab
- ND Lala lega gosip Shila-Johan
- Pertembungan epik & fantasi
- Neutra bakal eksport minyak kelapa dara
- Tujuh cedera terlibat nahas
- Jagoan di negara asing
- Sorok nikah, Bront jemput media ke resepsi di Hatyai
- 2 didakwa bunuh penjaga cicak
- Wanita dituduh bunuh suami dengan minyak panas
- Minta tambang bas sekolah naik
- Wanita berang diminta pendekkan nama
- Mesin layan diri jual ketam hidup di China
- Rentas Lautan Atlantik guna belon gas helium
- Bayar seringgit untuk menunggang kuda
- Tarian tanduk 1,000 tahun
- Pengenalan Earth Dreams Technology Honda
- Bertemu tokoh ternama dunia
- Karnival kumpul dana RM200,000
Posted: 14 Sep 2013 03:57 PM PDT
SKUAD Harimau Muda muncul juara Pestabola Merdeka 2013 selepas menang bergaya 2-0 ke atas Myanmar pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang malam tadi. Skuad Harimau Muda ternyata mendominasi permainan pada separuh masa pertama perlawanan dengan melancarkan serang bertali-arus ke kubu Myanmar. Seawal minit kedua, penyerang, Md. Rozaimi Abdul Rahman gagal menyambar bola muntah yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Myanmar, Pyaye Phyo Aung. Selepas itu, peluang Harimau Muda menghasilkan gol pada minit kelapan turut gagal apabila seorang lagi penyerang negara, A. Thamil Arasu melepaskan rembatan padu ke arah gawang lawan namun, penjaga gol lawan, Phyo Aung bijak menafikannya. Pada minit ke-11, peluang tiba lagi, kali ini menerusi sepakan percuma yang diambil oleh kapten Harimau Muda, Mohd. Irfan Fazail. Mohd. Irfan melepaskan sepakan lencong menarik dan penjaga gol Myanmar hanya mampu menumbuk bola keluar namun Syahrul Azwari Ibrahim yang membuat susulan sekadar melepaskan rembatan liar. Selepas itu, pada minit ke-17, Harimau Muda terus bernafsu mencari gol pendahuluan menerusi Putera Nadher Amarhan, namun rembatannya sedikit tersasar. Memasuki minit ke-19, giliran Myanmar pula mendapat peluang namun asakan mereka mudah dibaca benteng pertahanan Harimau Muda. Pada minit ke-28, Myanmar mendapat satu lagi peluang, kali ini menerusi satu sepakan percuma dan ketua pasukannya, Kyaw Zayar Win yang mengambil sepakan tersebut gagal menyempurnakannya. Gol yang dicari-cari skuad Harimau Muda akhirnya muncul berpunca daripada larian pantas pemain sayap kanan, Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-29. Wan Zack yang berjaya melepasi dua pertahanan Myanmar kemudian melepaskan rembatan padu ke arah gol Myanmar yang gagal ditangkap kemas penjaga golnya. Rozaimi yang berada di depan gol tidak mensia-siakan peluang dan penyerang berasal dari Sabah mudah menyempurnakannya untuk membolehkan Harimau Muda mendahului 1-0. Bersambung babak kedua, Harimau Muda sekali lagi menampilkan aksi garang dan pada minit ke-54, Wan Zack sekali lagi membuat larian menarik daripada sebelah kanan dan dia berjaya menggelecek tiga pertahanan Myanmar bagaimanapun rembatannya sedikit tersasar. Pada minit ke-57, Thamil Arasu turut mendapat satu peluang di depan gol Myanmar namun penjaga golnya berjaya menepis keluar. Penyerang Myanmar, Kyaw Ko Ko mendapat peluang terbaik pada minit ke-59 namun rembatannya berjaya ditepis penjaga gol negara, Mohd. Izham Tarmizi. Pada minit ke-61, Ko Ko sekali lagi menguji Mohd. Izham menerusi rembatan padu namun penjaga gol utama Harimau Muda itu sekali lagi menampilkan kecekapannya dengan melayangkan badan untuk menyelamatkan keadaan. Memasuki minit ke-71, skuad negara hampir menambah jaringan berpunca daripada hantaran lintang Mohd. Irfan namun tandukan Mohd. Fadhli Shas sekadar menggegar palang gol. Mohd. Izham sekali lagi tampil sebagai watak penyelamat dan kali ini pada minit ke-74 dia sekali lagi melayangkan badannya untuk menepis tandukan padu Kyi Lin. Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Junior Eldstal yang menerima umpanan cantik daripada D. Saarvindran tidak mensia-siakan peluang untuk gol kedua Harimau Muda bagi menghadiahkan kejayaan gemilang dengan menjuarai Pestabola Merdeka 2013 kepada seluruh rakyat Malaysia. | |||
Nikah 21 September, Fouziah Gous Enggan Majlis Dipertikaikan Posted: 13 Sep 2013 08:30 PM PDT Fouziah berkata, majlis tersebut dilakukan hasil bajet daripada wang simpanan daripada titik peluhnya selama ini sebagai pelakon. "Sebagai anak tunggal perempuan dan bongsu dalam keluarga semestinya mereka ingin meraikan perkahwinan ini dalam keadaan yang meriah dan terbaik. "Pada saya setiap majlis perkahwinan adalah mengikut kemampuan masing-masing, jika ia dibuat dengan meriah atau besar-besaran ia adalah rezeki mereka, begitu juga kami," katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, di sini, Jumaat. Fouziah dan tunangnya dan Md Zhafran Md Yusof, 30, melantik Nas Great Idea Sdn. Bhd. di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini sebagai perunding majlis perkahwinan mereka. Tambah Fouziah, dia enggan melayan pandangan orang yang sering berfikiran negatif terhadap rezeki orang lain. Sementara itu, bercerita tentang majlis perkahwinan, Fouziah berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pihak yang ingin menaja perkahwinan tersebut. "Jika mereka taja nanti mereka akan buat apa yang mereka suka untuk majlis saya, Namun ada beberapa tajaan sahaja seperti barang kemas dan daripada pihak yang saya kenali sahaja," katanya. Dalam pada itu, Fouziah dan Md Zhafran akan melangsungkan pernikahan pada 21 September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam. Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah perempuan pada 29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Majlis menyambut menantu pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam. Bagaimanapun, pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu ini enggan mendedahkan jumlah hantaran, mas kahwin dan butiran lain kerana ia hanya akan dikongsi pada hari pernikahan mereka. "Kami sepakat memilih tarikh 21 September kerana hanya tarikh itu semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak dapat berhimpun. Lagi pula bakal adik ipar saya yang belajar di London ada di sini sebelum kembali semula menyambung pengajian sehari selepas kami bernikah. "Ikatan perkahwinan yang bakal dibina ini lebih bermakna dengan kehadiran insan-insan terdekat," katanya. Fouziah bertunang dengan Md Zhafran yang merupakan ahli perniagaan itu selepas hampir tiga bulan mengenali hati budi masing-masing. | |||
Black Hanafiah Impikan Punyai Ramai Anak Posted: 13 Sep 2013 08:29 PM PDT Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, 26, berkata, hasrat itu ditanamnya kerana dia dan Naquia Yasirah, 28, dilahirkan dalam keluarga yang kecil iaitu masing-masing mempunyai tiga beradik. "Keluarga kami kecil iaitu masing-masing ada tiga beradik. Melihat kepada jumlah kecil itu, saya, kalau boleh mahu sebuah keluarga yang besar, Insya-Allah," katanya. Black berkata demikian selepas majlis akad nikahnya dengan Naquia Yasirah di Zebra Square, Kampung Pandan di sini, Jumaat. Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Mohamad Khairi Abu Hassan, 55. Black yang popular dengan lagu Teman Pengganti berkata, dia dan isterinya tidak merancang mengenai bilangan anak sebaliknya mahu mendapat zuriat secepat mungkin. "Anak itu rezeki bagi kami. Bukan senang nak dapat anak. Bagi saya, lagi cepat, lagilah bagus," ujarnya. Mengenai lokasi berbulan madu Black memberitahu mereka memilih untuk mengerjakan Umrah di Tanah Suci, Mekah yang dijadualkan pada awal tahun hadapan.. Dalam pada itu bercerita apakah penyebab dia jatuh hati terhadap Naquia Yasirah, pemuda itu berkata, selama ini dia mencari wanita yang tidak mengenalinya sebagai seorang artis. "Saya masih ingat lagi pada tarikh 18 Oktober 2012 pukul 6.56 petang, saya bersalaman dengan dia (isteri) dan saya lihat reaksinya, dia tidak kenal saya (penyanyi). Saya pun terkejut. Bermula dari situlah saya berusaha untuk mendapatkannya," ujar Black. Sementara itu Naquia Yasirah pula berkata, dia menyukai Black kerana sifatnya yang jujur, penyayang selain merupakan lelaki terbaik dalam hidupnya. Dia yang pernah bekerja dan menuntut di Melbourne, Australia kini bekerja dengan sebuah syarikat milik keluarga. Naquia Yasirah juga merupakan anak saudara kepada Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan iaitu suami kepada pelakon Datin Umie Aida. | |||
Zaidi Omar Berwaspada Jadi Duta Produk Posted: 13 Sep 2013 08:28 PM PDT Zaidi, 56, berkata, dia tidak mahu pengguna tertipu atau mendapat kesan sampingan daripada produk tersebut yang mana secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasinya sebagai pelakon. "Banyak produk kesihatan yang menawarkan saya untuk menjadi duta dan jurucakap tapi saya tolak kerana saya sendiri tidak yakin dengan keselamatan produk itu. "Saya tidak mahu menerima tawaran tersebut hanya semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi akhirnya memberi kesan buruk kepada pengguna," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun, Zaidi yang baru sahaja menerima tawaran sebagai duta produk kesihatan Kaisar Herba Plus berkata, dia telah mencuba produk tersebut terlebih dahulu dan terbukti ia berkesan. "Saya bukan seorang yang mengamalkan makanan tambahan untuk tenaga tapi atas nasihat kawan baik saya ND Lala yang menjalankan perniagaan ini, saya mencubanya terlebih dahulu. "Alhamdulillah saya rasa lebih bertenaga dengan minuman herba ini sejak mengambilnya tiga bulan lalu," katanya yang yakin ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada pengguna. Sementara itu, Zaidi yang mengakui tidak mempunyai sebarang penyakit berkata, dia mengamalkan petua tidak mengambil minuman bergula sejak berpuluh tahun lalu. Dia juga mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan sering menghabiskan waktu terluang di gim. "Di rumah saya tiada gula kerana kami sekeluarga memang tidak minum air bergula sejak saya muda lagi. "Selain itu, saya juga tidak merokok dan amalkan gaya hidup dengan bersenam, paling tidak pun sehari saya perlu keluarkan peluh juga," katanya. Dia juga bersyukur di kurniakan kesihatan yang baik bagi membolehkannya menerima tawaran melakukan aksi-aksi lasak. Dalam perkembangan lain, Zaidi bakal muncul dengan empat filem berjudul Laga, Pilot Cafe, Rentap dan Paku. "Alhamdulillah, rezeki saya juga tidak putus-putus walaupun sudah berusia, walaupun watak yang diberikan lebih kurang sama sahaja namun pengarah masih beri kepercayaan untuk beri watak aksi dan berlawan," katanya. | |||
Kereta Syazwan Terlibat Kemalangan Masih Di Mentakab Posted: 13 Sep 2013 08:27 PM PDT Syazwan, 26, berkata, dia masih mencari bengkel yang sesuai dan menilai kos yang bakal ditanggung jika kenderaan jenis Mitsubishi Triton itu di bawa pulang. "Buat masa sekarang kereta itu masih belum dibetulkan dan masih berada di bengkel di Mentakab. Kerosakan yang dialami agak teruk juga. "Saya tengah mencari bengkel yang sesuai. Kalau ingin dibaiki di sini, saya nak tengok kosnya dulu. Kalau mahal lebih baik saya baiki Mentakab sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat. Pada Ahad lalu, kenderaan yang dinaiki Syazwan dipercayai terbabas di Kilometer 71 Lebuh Raya Pantai Timur arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur. Kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan, Pahang. Kemalangan itu menyebabkan Keisha Laila mengalami retak pada bahagian tangan kiri. Sementara itu, Syazwan berkata, dia tidak pernah membuat apa-apa pengubahsuaian terhadap kenderaan tersebut sejak dibelinya setahun lalu. "Kereta itu berada dalam keadaan yang standard, sejak saya beli setahun lalu saya hanya tukar lampu sahaja," katanya. Buat masa ini, dia menggunakan kereta keduanya Gen2 untuk bergerak dan ke lokasi penggambaran. | |||
ND Lala lega gosip Shila-Johan Posted: 13 Sep 2013 08:26 PM PDT SUATU ketika dahulu penyanyi Amir Hamzah Salleh atau lebih sinonim dengan panggilan ND Lala pernah aktif dalam bidang nyanyian, malah lagunya seperti Diari YB juga pernah menjadi siulan ramai. Bagaimanapun, kini bapa kepada penyanyi popular Shila Amzah itu lebih bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan dikenali sebagai seorang usahawan yang terbabit dalam perniagaan E-Dagang. Terbaharu, dia muncul pula dengan sebuah lagi perniagaan yang menggunakan konsep 'trading network' menerusi syarikat Kaisar Venus (M) Sdn. Bhd. yang berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Ketika ditemui semasa majlis pelancaran perniagaan berkenaan baru-baru ini, ND Lala diajukan pertanyaan sama ada dia masih lagi aktif dalam bidang nyanyian atau sebaliknya. "Sehingga kini saya masih lagi menyanyi dan tawaran membuat persembahan pun agak banyak. Mungkin orang menyangka saya tidak aktif kerana amat jarang tampil di kaca televisyen. "Selalunya saya memang menolak tawaran untuk program televisyen kerana ia memerlukan komitmen yang lebih, berbanding kalau saya sekadar membuat persembahan di tempat umum," jelasnya. Menurut ND Lala, kalau diundang menjadi panel atau ceramah dalam sebarang program keusahawanan, dia akan mengambil kesempatan untuk menyampaikan satu atau dua buah lagu. "Ketika ini saya banyak menerima undangan memberi ceramah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang perniagaan. Biasanya pihak penganjur akan meminta saya menyanyi dan permintaan tersebut ditunaikan," ujarnya. Bercerita lebih lanjut tentang karier nyanyiannya, ND Lala memberitahu, dia mungkin bakal muncul dengan sebuah single baharu pada tahun hadapan.
Ungkapnya, buat masa ini dia mahu membuka ruang terlebih dahulu kepada seorang lagi anaknya iaitu Shada yang turut mengikut jejak langkah Shila sebagai penyanyi dan bakal muncul dengan sebuah single baharu. "Sekarang saya mahu Shada fokus dulu kepada pelajarannya kerana dia akan menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Selepas tamat PMR nanti barulah dia akan masuk studio untuk proses rakaman," jelasnya. Melihat kepada kecenderungan Shila dan Shada dalam bidang nyanyian, penyanyi berkenaan memberitahu, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sebuah album yang mengandingkan dirinya dan kedua-dua anaknya itu. Sekadar gosip Setelah kisah percintaan mengenai Shila dan pelakon Sharnaaz Ahmad sudah menjadi sejarah, baru-baru ini timbul pula gosip yang menyatakan tentang hubungan istimewa penyanyi itu dengan Johan As'ari. Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, ND Lala secara terbuka mengakui dia sebenarnya tidak pernah menghalang untuk anaknya itu berkawan dengan sesiapa sahaja. "Kalau ditanya tentang komen terhadap hubungan Shila dan Johan, saya sebenarnya cukup lega kerana ia sekadar gosip semata-mata. Lagipun gosip itu sudah menjadi sebahagian daripada dunia hiburan. "Sebagai bapa saya memberi kebebasan untuk Shila berkawan dengan mana-mana lelaki, tetapi biarlah dengan cara yang baik dan sopan. Tentang jodoh pula semua itu adalah rahsia Allah," jelasnya. Menurutnya, dia gembira kerana sejak Shila pulang daripada mengerjakan umrah dahulu, dia sudah menjadi semakin matang dan lebih fokus dalam kerjayanya untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa. | |||
Posted: 13 Sep 2013 08:26 PM PDT KRU Studios terus melakar satu sejarah baru dalam industri perfileman menerusi naskhah terbaru mereka, Vikingdom: The Blood Eclipse. Menariknya, filem ini mempertaruhkan sepenuhnya pelakon Hollywood seperti Dominic Purcell (Prison Break dan Mission Imposibble II), Natassia Malthe (Elektra), Conan Stevens (The Hobbit), Jon Foo (Takken) dan Craig Fairbrass (House Of The Rising Sun). Vikingdom juga memperlihatkan Yusry Abdul Halim sekali lagi melakar satu sejarah peribadi buatnya dalam menghasilkan filem epik selepas Hikayat Merong Mahawangsa pada tahun 2011. Menggunakan hampir 90 peratus Imej Janaan Komputer (CGI), Yusry telah berjaya menjimatkan banyak kos dengan menghasilkan filem ini 100 peratus di Malaysia bersama tenaga tempatan. Penerbit KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, pihaknya gembira apabila dapat menghasilkan filem bertaraf antarabangsa dengan kos yang lebih rendah. "Jika mengikut kajian kami, untuk menghasilkan filem sebegini di luar negara, ia akan menelan belanja sehingga USD 60 juta. Jadi kami amat bangga kerana dapat menghasilkan Vikingdom dengan kos 10 peratus sahaja dari kos yang biasanya di tanggung oleh produksi luar," ujarnya yang mengakui kos filem ini banyak dilaburkan ketika babak akhir di Puncak Alam, Selangor. Selain Puncak Alam, penggambaran filem ini turut dijalankan di beberapa lokasi lain seperti di Gua Tempurung, Kellie'd Castle di Perak serta di Filem Negara, Vikingdom membawa pertembungan antara epik dan fantasi, antara wira Viking iaitu Eirick dari Jomberg dengan Thor, Dewa Guruh yang mahu menakluki dunia. Misi Thor ialah mengumpul semua kunci artifak purba - "Mjolnir" - tukul Thor dari Valhalla, "Necklace of Mary Magdalene" dari Mitgard dan "Horn" dari Helheim. Semua artifak harus dikumpulkan sebelum Blood Eclipse, yang berlaku sekali setiap 800 tahun. Jika gagal, para Dewa Viking tidak boleh memerintah manusia lagi. Cuma satu orang boleh menghentikannya, Eirick, si mayat hidup. Pengembaraan menakjubkan Pada pandangan penulis, letakkan ke tepi rasa takjub dengan filem kelas A seperti The Lord of The Ring, Hobbit, Pirates of the Caribbean atau mana-mana filem epik, pengembaraan, fantasi dan sebagainya. Sebaliknya anda sebagai anak Malaysia perlu berbangga kerana ada Yusry berjaya menghidupkan sebuah jalan cerita menarik yang pembikinannya dilakukan di Malaysia bersama krew tempatan. Malah, anda juga pasti tidak akan percaya bahawa kebanyakan tempat dalam filem ini dihasilkan di Malaysia, biarpun 100 peratus penggambaran telah dilakukan di sini. Ia secara tidak langsung melihat betapa anak Malaysia juga mampu untuk mengarahkan sebuah filem bertaraf Hollywood di sini. Apatah lagi, dengan menggunakan CGI, anda akan disajikan dengan sebuah pengembaraan menakjubkan dengan prop setanding di luar negara. Bahkan penulis sendiri juga, juga beberapa kali rasa tertipu dan terfikir sinematografi tersebut berlaku di luar negara dengan kesan-kesan khas yang telah dilakukan oleh Yusry. Pertarungan hebat Tidak hanya bersandarkan kepada sinematografi semata-mata, penonton juga harus fokus bagi memahami setiap watak yang saling berkaitan di dalam filem ini. Namun ia bukan bermakna filem ini mengelirukan, tetapi dalam masa kurang tiga jam, anda perlu mengenali setiap watak dan kaitannya dengan misi Eirick. Apatah lagi, 50 peratus babak pertarungan di dalam filem ini membuatkan ada watak yang datang dan pergi dalam masa yang singkat sahaja. Justeru, bagi tidak terlalu memberatkan jalan cerita, Yusry bijak meletakkan Foo sebagai penyeri yang ada ketikanya akan berbahasa Mandarin di dalam filem ini. Oleh itu, dalam kesesakan pertarungan-pertarungan hebat yang berlaku, Foo akan akan hadir untuk meringankan mata anda dengan aksinya yang bersahaja. Selain itu, kehandalan berlawan setiap pelakon juga harus di puji kerana merekalah sebenarnya yang banyak menghidupkan lakonan dan membuatkan sesebuah aksi itu nampak benar-benar berlaku. Begitu juga dengan babak akhir di dalam filem ini di mana, hanya separuh daripada apa yang anda lihat sebenarnya terlibat dengan penggambaran dan selebihnya dihidupkan daripada CGI. Lakonan mantap Meletakkan barisan pelakon yang sememangnya sudah terbukti kemampuannya barangkali memudahkan dan memberi kelebihan buat Yusry. Ini kerana, setiap pelakon yang terlibat memberikan lakonan yang cukup mantap, sama ada dari tunjang utamanya, hinggalah ke watak antagonis. Di dalam filem ini juga, anda akan melihat kelainan apabila Thor yang selama ini dianggap sebagai wira, 'diubah' oleh Yusry yang menjadikan dia sebagai watak antagonis di dalam filem ini. Ia tentu sekali memberi kelainan kerana kita tidak disajikan dengan sebuah kisah atau cerita yang sama sahaja. Justeru, bagi melihat hasil karya anak tempatan dan misi Eirick untuk menyelamatkan dunia dari kemusnahan Dewa Petir, jangan lupa saksikan Vikingdom : The Blood Eclipse, di pawagam. | |||
Neutra bakal eksport minyak kelapa dara Posted: 13 Sep 2013 08:22 PM PDT
Pengarah Urusan Neutrapheutics Healthcare, Norazman Jais berkata, syarikat itu akan mengeksport minyak kepala dara keluarannya ke Filipina, Timur Tengah dan Jepun selepas menembusi pasaran tempatan. "Bagi mengukuhkan jenama Neutra di pasaran tempatan, kami akan meluaskan rangkaian pengedar dengan melantik pengedar di setiap negeri," katanya berhubung rancangan terbaru syarikat itu. Menurutnya, syarikat itu menyasarkan untuk menjual 10,000 hingga 30,000 botol minyak kelapa dara keluarannya sebulan dengan purata pendapatan bulanan RM250,000 hingga RM500,000. Norazman berkata, Neutrapheutics telah pun memperkenalkan lima produk baru yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu dengan pelaburan mencecah RM200,000. "Sejak pelancaran, 2,000 unit produk telah terjual sebulan dan kami optimis untuk meningkatkan sasaran jualan sehingga 10,000 botol melalui kerjasama rakan pengedar. "Produk kami berharga antara RM35 dan RM58 sebotol dan harga ini jauh lebih rendah berbanding jenama lain dalam pasaran," katanya. | |||
Posted: 13 Sep 2013 08:17 PM PDT
Turut terlibat dalam kejadian itu Pegawai Staf Logistik Gred (1) Markas 4 Divisyen Kem WARDIEBURN, Kuala Lumpur, Leftenan Kolonel Abu Hurairah Talib. Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki sepasang suami isteri sedang dalam perjalanan dari arah Benta menuju ke Kuala Lipis. "Sampai di tempat kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 54 tahun itu gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan. "Dalam masa yang sama sebuah lori dengan membawa muatan kayu sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke Benta gagal mengelak pacuan empat roda terbabit lalu bertembung," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Abdul Razak berkata, setelah melanggar bahagian hadapan lori berkenaan, pacuan empat roda terbabit berpusing beberapa kali di atas jalan raya. "Pacuan empat roda itu kemudian bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dinaiki oleh Abu Hurairah bersama isteri, Kamariah Husin, 54, seorang anak perempuan berusia 15 tahun dan seorang anggota tentera yang juga pemandu kereta pemandu berkenaan. "Kesemua mereka mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lipis. Saksi yang melihat kejadian itu diminta berhubung dengan Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis di talian 09-3122222 untuk membantu siasatan," katanya. | |||
Posted: 13 Sep 2013 08:12 PM PDT
PUKUL 2 pagi, lensa kamera jurufoto Kosmo!, Wahidin Salim masih membidik sasaran di sebuah kamar merah bercirikan hiasan kayu di Philea Resort & Spa, Melaka. Shae dan Mark masih mampu mengukir senyum walaupun masing-masing kepenatan menghiburkan 20,000 audiens di Konsert Eravaganza yang berlangsung lewat petang hari sama di Stadium Hang Jebat. Tenaga energetik yang disalurkan Shae diserap Mark yang lebih banyak menguntum senyum manis pada mulanya. Ia sehingga masing-masing secara santai memulakan bicara. "Shae ini seorang penyanyi yang bagus, ada suara yang unik dan berbakat besar. Kamu contoh artis yang mampu menyesuaikan diri untuk pasaran antarabangsa sebenarnya," puji Mark sambil membetulkan kusyen. Shae mengatur langkah berhati-hati sambil meletakkan secangkir teh pudina panas buat Mark di meja sisi. Balas Shae: "Mark seorang yang sangat serius. "Kehidupan dirinya sebagai artis sudah sempurna tapi dia masih sedar diri." Lantai pasir Mungkin ramai yang salah anggap Mark penyanyi luar negara yang berjaya mencuri perhatian peminat di Malaysia sama seperti Shae. Tapi tekaan itu meleset kerana Mark atau nama penuhnya Fikri Mark Adam, 34, sudah memiliki status warganegara tetap dan kad pengenalan sah sejak tahun lalu selepas lebih 12 tahun menetap di Malaysia. Membuka cerita pada awal kedatangan Mark ke Malaysia sekitar tahun 2000, kerjaya sebagai penyanyi di sebuah hotel di Sabah hanya sekadar cukup makan. Mahu untuk dia menyertai pelbagai rancangan realiti nyanyian namun halangan utama kata Mark kerana status kewarganegaraannya. "Saya mula menyanyi pada umur 8 tahun lagi dan mula diperhatikan apabila memenangi Battle of Champion di Cebu City, Filipina pada usia 12 tahun. "Sejak daripada itu saya tidak berhenti menyanyi kerana ini mata pencarian menyara kehidupan keluarga saya yang sangat susah. "Selepas dua tahun di Malaysia, saya berkahwin dan memohon warganegara tetap selama enam tahun. Syukur akhirnya saya berjaya memiliki status yang sah kini," cerita Mark.
Mark dalam nada sebak berkongsi kehidupan keluarganya di Filipina. Pernah suatu ketika dahulu dia sekeluarga terpaksa menetap di kawasan setinggan yang rumahnya berlantaikan pasir di Cebu City. Oleh kerana itu, Mark memanjatkan kesyukuran setelah kompas hidupnya berubah 360 darjah kini. Tidak pernah dia menyesali akan kehidupan lampau tapi tutur Mark dia mahu jadi yang terbaik buat keluarganya. Negara satu dunia Kenapa berpindah ke Malaysia? Mark terdiam seketika sebelum menyambung bicara. Kata guru vokal di The Singing Shop, Petaling Jaya itu kecintaan terhadap Malaysia telah mengatasi segalanya. "Budaya di sini (Malaysia) terlalu berharga buat saya. Seolah-olah satu dunia berhimpun di negara ini dan segala-galanya sudah tersedia," ujarnya yang pasti akan pulang ke Filipina setahun sekali. Mark yang bernaung di bawah label Mixology Music mula mencuri perhatian peminat menerusi single dwibahasa berjudul Pencuri atau versi asalnya dalam bahasa Inggeris, Thief. "Apabila mencipta lagu, saya membayangkan mengenai seseorang yang boleh dihubungkan menerusi lagu itu. Pencuri adalah sebuah lagu cinta dan tiada pengertian spesifik. "Begitu juga lirik akhir lagu ini yang saya biarkan tergantung dan kisah ini tiada penghujung," katanya yang pernah muncul menerusi single Sampai Nanti tahun lalu.
Duet dengan Ella Sambil Shae mengemaskini jadual perjalanannya sepanjang lima hari di Malaysia, satu soalan singgah kepada penyanyi kacukan Australia-Riau itu; pernahkah terfikir untuk berpindah ke Malaysia suatu hari nanti seperti Mark? "Saya tidak merancang lagi untuk berpindah ke Malaysia kerana keluarga saya masih di sana dan karier saya juga baru bermula. Lagipun, untuk berpindah bukan mudah dan memerlukan satu proses yang panjang," jelasnya. Masuk kali ini sudah lapan kali Shae berkunjung ke Malaysia belum sampai tempoh setahun, katanya kesempatan yang diberikan itu perlu digunakan sebaik mungkin. "Saya tidak sangka sebenarnya populariti boleh naik secepat ini. Jujurnya, kalau diberikan peluang saya tidak boleh pandang rendah kerana ini masa depan saya. "Saya rasa seronok apabila sibuk ke sana ke sini dan masih ada banyak perkara untuk diselesaikan di Malaysia mahu pun Indonesia. Apabila usaha lebih baru dapat melihat hasil bukan?" ujarnya. Shae yang telah merakamkan single Sayang bersama ratu rock negara Ella kini sedang sibuk mengadakan siri jelajah sekitar Indonesia mengakui industri hiburan sangat berdaya saing. "Tidak pernah saya terfikir saya sudah berjaya dan saya tidak boleh berkata 'ya, saya kini telah berjaya'. Jauh lagi perjalanan saya dan banyak lagi perkara yang saya belum terokai," getus empunya nama Sheryl Gething. Cinta & Shac Pernah suatu ketika dahulu kisah Shae dikatakan bercinta dengan penyampai radio Era FM, Shac menjadi bahan bualan apabila kedua-duanya kelihatan semakin intim. Bagaimanapun, tegas Shae, hubungannya bersama Shac tidak lebih sekadar berkawan dan lebih selesa untuk meneruskan hubungan seperti mana sekarang. "Pertama kali kami berjumpa ketika di konti radio Era FM dan kami terus rapat sampaikan kami tidak sedar sudah bersedia ke udara ketika sedang rancak bersembang. "Memang kami kerap berjumpa tapi kami tiada sebarang hubungan serius. Saya tidak gemar orang gosipkan perkara yang tidak tepat," tegas Shae. Sibuk menguruskan kerjaya mana mungkin Shae punyai masa untuk mencari cinta. Tapi di 'bule kampung' itu menetapkan satu falsafah dalam dirinya. "Buka mata, buka hati. Tidak perlu pilih-pilih kawan dan apa saja yang terjadi biar terjadi kerana reaksi emosi. "Cinta itu jangan dicari sebaliknya biarkan datang sendiri, setiap manusia dicipta untuk melakukan kesilapan dan belajar daripada kesilapan itu," katanya. | |||
Sorok nikah, Bront jemput media ke resepsi di Hatyai Posted: 13 Sep 2013 08:11 PM PDT
SEPANJANG bergelar seorang anak seni, nama pelakon Bront Palarae atau pemilik nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, jarang dikaitkan dengan cerita-cerita sensasi. Namun begitu, baru-baru ini Bront menjadi sebutan ramai apabila merahsiakan tentang perkahwinannya yang dilangsungkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 31 Ogos lalu. Mengambil pendekatan untuk mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi sebelum ini, akhirnya pelakon filem Psiko Mencuri Hati itu telah membuat pengakuan. Ketika membuat kemunculan dalam pratonton telefilem NY Cinta kelmarin, Bront lantas diserbu oleh pihak media untuk bertanyakan lebih lanjut berhubung perkahwinannya. Kosmo!: Apakah yang membuatkan Bront begitu rahsia apabila mendirikan rumah tangga? Bront: Saya tidaklah berniat untuk merahsiakannya kerana beranggapan diri ini tidak popular. Kalaulah saya ini popular tentu setiap filem lakonan saya akan mendapat sambutan di pawagam. Jadi, saya merasakan perkahwinan saya ini tidak mempunyai nilai berita kepada orang ramai. Upacara pernikahan yang berlangsung juga hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Setelah cerita perkahwinan tersebut tersebar, anda memberi alasan mahu menjaga hati ramai pihak apabila bertindak merahsiakannya. Bagaimanapun ada desas-desus yang mengatakan anda pernah berkahwin dahulu. Boleh komen mengenai perkara berkenaan? Ini merupakan perkahwinan saya yang pertama dan cerita saya pernah berkahwin sebelum ini memang tidak benar. Kalau tidak percaya boleh sahaja periksa di pejabat agama. Bagaimanakah pula dengan majlis resepsi perkahwinan anda? Pada mulanya kami memang sudah merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, tetapi dengan apa yang berlaku sekarang ini rasanya ia tidak akan direalisasikan. Majlis resepsi saya nanti hanya akan berlangsung sekali iaitu di Hatyai, Thailand sekitar hujung tahun ini. Kalau ada rakan-rakan media yang ingin buat liputan, saya sangat mengalu-alukan kehadiran anda semua. Adakah anda sudah sedia memperkenalkan isteri di khalayak umum atau membawanya ke acara-acara hiburan? Saya tidak keberatan kalau dia ingin ikut saya ke acara hiburan, cuma isteri saya ini memang tidak mahu dikenali ramai dan lebih suka 'low profile'. Kalau dia menolak ajakan saya untuk membawanya, sudah tentu saya menghormati permintaannya itu. Kalau tidak keberatan boleh beritahu nama dan identiti sebenar isteri anda? Saya minta maaf kerana belum masanya untuk mendedahkan kepada umum lagi. Apa yang boleh dijelaskan, kami memang sudah lama kenal antara satu sama lain sejak tahun 1999 dan dia bekerja di sebuah agensi pengiklanan. Bagaimanakah kehidupan anda setelah berumah tangga? Rasanya tiada sebarang perubahan yang terlalu ketara, kecuali kehidupan yang lebih terurus sekarang. Apabila sudah bergelar suami pastinya tanggungjawab akan menjadi lebih besar. Kalau ditanya tentang zuriat pula, saya dan isteri tidak merancang apa-apa dan semuanya terserah kepada Allah untuk memberi kami anak sama ada cepat atau lambat. | |||
Posted: 13 Sep 2013 08:08 PM PDT KUALA SELANGOR – Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh penjaga cicak tokek yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini pada 30 Ogos lalu. Kedua-dua tertuduh warga tempatan itu ialah Rosmady Rosman berasal dari Kuang, Rawang dekat sini dan Azman Ismail berasal dari Jeram di sini. Mereka masing-masing berusia 38 tahun. Mengikut kertas pertuduhan, Rosmady dan Azman telah membunuh Syairul Helmy Azhar, 24, di hadapan rumah Lot 4225 Jalan Rezab Zazuli, Kampung Bukit Hijau, Jeram pada pukul 7 pagi, 30 Ogos lalu. | |||
Wanita dituduh bunuh suami dengan minyak panas Posted: 13 Sep 2013 08:07 PM PDT SUNGAI SIPUT – Seorang wanita warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh suaminya dengan cara menyimbah minyak panas ke atas mangsa dalam satu pergaduhan di Kampung Baru Rimba Panjang di sini pada bulan lalu. Dalam kejadian pada 20 Ogos lalu, tertuduh didakwa bertindak demikian selepas berang dengan sikap suaminya yang dikatakan mencuri wang berjumlah RM36 milik tertuduh. Tertuduh Wong Lan @ Wong Yit Kwai, 65, dilihat tenang sambil matanya memandang ke lantai mahkamah ketika pertuduhan bunuh ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid. | |||
Minta tambang bas sekolah naik Posted: 13 Sep 2013 08:04 PM PDT
MELAKA – Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) meminta kerajaan supaya menaikkan tambang bas sekolah sebanyak 40 peratus ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter sejak 2 September lalu. Timbalan Presidennya, Amali Munif Rahmat (gambar kecil) berkata, kenaikan itu wajar dilakukan berikutan kenaikan kos operasi termasuk alat ganti kenderaan. "Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi semakin meningkat sehingga menjejaskan pendapatan pengusaha bas sekolah di negara ini. "Ia amat membebankan kerana diesel adalah keperluan utama kira-kira 17,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara berbanding perniagaan lain," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | |||
Wanita berang diminta pendekkan nama Posted: 13 Sep 2013 08:00 PM PDT
HONOLULU, Hawaii - Seorang wanita di sini mendakwa dibuli oleh pihak berkuasa apabila dia diminta menggunakan nama pendek dalam kad pengenalannya. Nama wanita berkenaan, Jenice Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele memiliki 35 abjad. Sejak 20 tahun lalu, hanya nama akhir wanita itu dicatat pada lesen memandunya manakala pihak berkuasa meluluskan penggunaan nama penuh tersebut dalam kad pengenalannya. Masalah Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele bermula apabila kad pengenalan diri tersebut telah tamat tempoh dan perlu diperbaharui. "Saya diminta untuk memendekkan nama saya semasa memperbaharui kad pengenalan," kata Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele. Dia kini berusaha untuk memastikan agar nama penuhnya digunakan dalam lesen memandu dan kad pengenalan. Namun, usahanya itu agak sukar kerana tiada ruang mencukupi untuk menempatkan 35 abjad dalam kedua-dua dokumen tersebut. | |||
Mesin layan diri jual ketam hidup di China Posted: 13 Sep 2013 07:58 PM PDT HANGZHOU, China - Sebuah mesin layan diri di China diberi nafas baharu dengan menjual makanan laut yang masih hidup kepada pelanggan di wilayah Zhejiang di sini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Mesin itu diperkenalkan oleh seorang usahawan di China yang dikenali sebagai Liu. Ia beroperasi di Hangzhou, China dengan menjual ketam hidup. Lebih pelik lagi, mesin itu menjual ketam yang telah disejukkan tetapi masih hidup. Suhu dan kelembapan di dalam mesin layan diri itu ditetapkan pada tahap yang sesuai bagi memastikan ketam yang dijual terus hidup. Justeru, para pelanggan tidak perlu bimbang untuk membeli makanan segar yang dijual di dalam mesin layan diri yang dicipta oleh usahawan di China itu. Para pembeli boleh mendapatkan makanan laut itu pada harga 20 hingga 60 yuan (RM10.60 hingga RM31.80) berdasarkan saiz ketam yang dibeli. Liu berharap dapat mempromosikan jualan ketam hidup menggunakan mesin layan diri itu di beberapa stesen kereta api bawah tanah dan semua pusat beli-belah di China. | |||
Rentas Lautan Atlantik guna belon gas helium Posted: 13 Sep 2013 07:57 PM PDT CARIBOU, Maine - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS), Jonathan Trappe melakukan penerbangan merentasi Lautan Atlantik menggunakan 300 belon yang diisi gas helium, lapor sebuah akhbar semalam. Dia yang memulakan penerbangannya kelmarin telah mendarat di satu kawasan terpencil dan akan bermalam di situ. Trappe yang berlepas pada Khamis lalu menggunakan beratus-ratus belon berisi gas helium. Lelaki itu menerusi laman Facebooknya pada pukul 8.30 malam waktu tempatan menyatakan bahawa dia telah selamat mendarat. Dia akan bermalam di kawasan itu dan tidak mengetahui dengan jelas kedudukannya yang sebenar. Trappe yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta berazam untuk merentasi Lautan Atlantik dengan cara yang berbeza. "Laut Atlantik telah direntasi banyak kali dan ia dilakukan dalam pelbagai cara, namun bukan seperti ini," kata lelaki berasal dari Carolina Utara yang mencari kelainan dengan menggunakan belon pelbagai warna berbanding belon udara panas. Seramai 150 sukarelawan terlibat membantu mengisi belon itu dengan gas helium sejak malam Rabu lalu dekat Maine, Kanada. | |||
Bayar seringgit untuk menunggang kuda Posted: 13 Sep 2013 07:54 PM PDT
TATKALA kanak-kanak lain masih berselubung dengan selimut menikmati cuti hujung minggu, ada satu susuk tubuh kecil sedang leka membersihkan kandang kuda seawal pukul 7 pagi. Begitulah rutin yang dilakukan Ahmad Muzaffar Abd. Razak, 11, setiap kali tiba hari cuti persekolahan. Cinta pandang pertamanya terhadap kuda berputik di kandang. Bau 'harum' yang memenuhi segenap ruang kandang berkenaan seolah-olah tidak menjadi masalah kepada dirinya. Beberapa bulan kemudian, Ahmad Muzaffar memberanikan diri untuk menunggang kuda. Ketika itu dia baru berumur 10 tahun. Barangkali kuda-kuda yang ada di situ juga sudah mengenali Ahmad Muzaffar membuatkan dia kelihatan sangat cekap mengendalikan haiwan yang lima kali ganda lebih besar daripada tubuhnya. "Saya rasa lebih berani selepas belajar menunggang kuda dan tidak mudah berasa takut jika terlibat dengan situasi mendebarkan. "Jika sebelum ini saya akan lari sebaik nampak kelibat anjing, sekarang rasanya saya tidak terlalu takut dengan haiwan tersebut," katanya yang gemar menunggang kuda bernama Saqaf kerana lebih jinak dan mudah diuruskan. Ahmad Muzaffar juga gemar menghabiskan masa lapangnya di kandang kuda berbanding bermain gajet terkini yang menjadi peneman setia segelintir remaja hari ini. Secara tidak langsung, minatnya itu memupuk rasa bertanggungjawab terhadap haiwan dan barangan yang dimilikinya. Hal tersebut diakui Jurulatih Sunnah Berkuda di Pusat Sukan Sunnah iaitu Nur Syuhada Kamaruddin, 32, yang melihat berlaku perubahan pada sikap kepimpinan Ahmad Muzaffar sewaktu dia menunggang kuda. Tenaga pengajar "Kebiasaannya, Ahmad Muzaffar dilihat sama sahaja seperti kanak-kanak lain yang suka bergurau dan menyakat orang. Namun dia boleh berubah menjadi lebih tegas ketika menunggang kuda," jelasnya ketika ditemui di kandang kuda yang terletak di Kampung Changkat, Gombak, Selangor. Menariknya, mereka yang sudah mahir menunggang kuda hanya dikenakan bayaran serendah RM1 untuk mengelilingi padang seluas 0.4 hektar sebanyak tiga kali. Mahir yang dimaksudkan ialah kebolehan menunggang kuda tanpa diiringi oleh tenaga pengajar. Aktiviti riadah yang tergolong dalam kategori sunah ialah seperti menunggang kuda, memanah dan berenang kerana banyak mendatangkan manfaat. Antara kelebihan berkuda ialah meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan menguatkan otot si penunggang. Pelajar Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Sulaim Ashikin Mohamad Tarmizi, 21, mula tertarik untuk belajar menunggang kuda kerana ia merupakan satu daripada sunah Rasulullah. "Saya mengetahui tentang program sunah berkuda ini melalui pautan dalam talian yang dipromosikan di laman web UIAM. "Aktiviti ini berjaya mengajar saya mengenali karakter kuda yang berbeza yang tidak ubah seperti manusia yang memiliki pelbagai karakter. Secara tidak langsung, program ini memupuk sikap sabar dalam diri saya," jelas gadis yang kerap ke Pusat Sukan Sunnah itu bagi mengurangkan tekanan ketika belajar. Beliau mula menyertai kelas menunggang kuda di pusat sukan tersebut selama sebulan sejak Februari hingga Mac lalu. Bayaran yang rendah iaitu RM70 bagi lima sesi latihan (bergantung kepada pakej disediakan) dianggap amat berpatutan bagi pelajar sepertinya. Sepanjang meluangkan masa di sana, Nur Sulaim Ashikin yang mesra disapa Su sempat berkongsi kuda kegemarannya yang bernama Ruhil, seekor kuda betina yang mempunyai sifat lembut persis seorang wanita. Bagi Su, Ruhil mudah dikendalikan dan lebih jinak berbanding kuda jantan yang bernama Adam. Pendekatan yang lebih tegas perlu digunakan ke atasnya. Kempen "Adam akan patuh pada arahan apabila kita berkeras dengannya," ujarnya ringkas. Tambah Su, program yang berteraskan sunah seperti berkuda wajar disertai kerana setiap apa yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala. Nur Syuhada berkata, Pusat Sukan Sunnah juga sedang giat mempromosikan kempen Sejuta Pendokong H4G (Help for Gaza) menerusi penganjuran kelas berkuda bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada umat Islam di beberapa negara bergolak. Selain Gaza, negara yang turut menerima manfaat daripada kempen itu ialah Syria, Palestin dan Mesir. Sumbangan juga diperoleh melalui derma yang turut disalurkan menerusi internet. "Sumbangan akan disampaikan kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sebelum disalurkan kepada golongan sasaran. "Orang ramai yang berminat menyertai program sunah berkuda diberikan pilihan sebanyak lima pakej latihan mengikut peringkat masing-masing," jelas ibu kepada empat orang anak itu. Mereka yang ingin menunggang kuda hendaklah duduk dengan tegak secara mendada dan memegang tali kekang mengikut teknik yang betul. Tali kekang yang dipegang tidak boleh terlalu tegang mahupun kendur bagi mengelakkan mulut kuda daripada tercedera. Tugas Nur Syuhada turut melibatkan penyampaian taklimat mengenai keselamatan, peraturan, pengenalan susuk badan kuda dan struktur kandang kepada peserta program. Beliau turut bertanggungjawab dalam memastikan tahap kesihatan kuda-kuda yang terdapat di pusat sukan tersebut berada dalam keadaan baik. Semua pengunjung diberi peringatan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan. "Kami amat mengutamakan amalan sunah di sini. Jadi, pengunjung hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dan mengenakan kasut but demi menjaga keselamatan mereka," tegasnya. Peserta program berpeluang menghayati sunah dan hikmah disebaliknya sepanjang menyertai kelas pendedahan tersebut. Keistimewaan lain yang diperoleh selepas mengikuti kelas tersebut ialah meningkatkan tahap stamina tubuh dan membentuk sikap menghormati orang lain. | |||
Posted: 13 Sep 2013 07:53 PM PDT KEUNIKAN sambutan tarian tanduk yang berlangsung di Abbots Bromley, England pada 9 September lalu berjaya menarik kehadiran pelancong dari serata dunia. Tarian tanduk yang menggunakan tanduk rusa itu diadakan secara berarak mengikut alunan muzik tradisional England. Tanduk-tanduk yang digunakan dipercayai berusia lebih 1,000 tahun. Ia mula diperkenalkan di pesta Barthelmy kira-kira 787 tahun lalu dan dianggap sebagai tarian tradisional paling lama bertahan di negara tersebut. Dahulu, sambutan tarian tanduk rusa diadakan selama tiga hari tetapi kini dipendekkan kepada sehari dan biasanya diadakan pada hari Isnin pertama selepas tarikh 4 September. Kini, tarian tersebut diadakan serentak sempena cuti sambutan Wakes Monday yang disambut oleh rakyat England dan Scotland. Tarian tanduk berkenaan merupakan acara tahunan masyarakat di Abbots Bromley. Selepas menghimpunkan tanduk yang diperlukan untuk pesta tersebut seawal pukul 8 pagi, penari-penari yang terdiri daripada enam orang lelaki, seorang pemuzik dan pemanah, akan berarak di sepanjang kampung dan ladang sejauh 16 kilometer. Selain penari, para pengunjung turut berarak bagi meraikan perayaan tersebut sehingga pukul 8 malam. Uniknya, tanduk yang berwarna putih dipanggil Putih manakala tanduk berwarna perang dipanggil Biru. Tanduk Putih terbesar akan dibawa oleh ketua pasukan tarian tersebut. Berat purata bagi tanduk rusa yang digunakan pada perarakan tersebut adalah sekitar 7 hingga 11 kilogram. Selepas penat seharian menari di sepanjang perarakan tersebut, tanduk-tanduk yang digunakan akan dipulangkan ke gereja. Tarikan lain yang ditawarkan kepada pengunjung adalah gerai jualan barangan kraftangan dan pameran lukisan kesenian. | |||
Pengenalan Earth Dreams Technology Honda Posted: 13 Sep 2013 07:52 PM PDT
HONDA boleh dikatakan sebagai jenama yang bernasib baik di Malaysia. Walaupun sering berhadapan dengan cabaran sengit daripada para pesaingnya, kebanyakan model Honda yang ditawarkan tetap mendapat sambutan hangat. Sejak kebelakangan ini, Honda sering hadir dengan berita gembira untuk pengguna tempatan. Sebagai satu pasaran yang amat sensitif dengan harga, tawaran harga berpatutan untuk produk keluarannya memang disambut baik. Harus tahu bahawa inisiatif pengurangan harga itu dilakukan sendiri oleh Honda atau lebih spesifik lagi Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB). Tiada kena mengena dengan sebarang insentif daripada kerajaan. Kesan penurunan harga dapat dilihat dengan pantas. Contoh terbaharu, apabila model kompak Honda Jazz versi petrol ditawarkan pada harga RM74,800 seunit, HMSB mencatat jualan tertinggi pada Julai lalu iaitu sebanyak 6,038 unit. Sebelum ini, jualan tertinggi yang dicatatkan ialah 5,045 unit pada Julai 2012. Penawaran harga yang kompetitif dibuat menerusi usaha meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan memaksimumkan komponen tempatan. Alangkah bagusnya jika semua pengeluar ada kesungguhan sebegitu. Minggu lalu HMSB sekali lagi menggunakan formula hampir sama. Kali ini, harga yang ditawarkan cukup kompetitif bersama barisan ciri baharu yang nilainya mencecah belasan ribu ringgit. Generasi kesembilan Honda Accord sememangnya ditunggu-tunggu kerana pesaingnya seperti Toyota Camry dan Mazda6 sudahpun tampil dengan model baharu. Menurut HMSB, sedan itu menerima pelbagai penambahbaikan yang signifikan untuk bersaing dalam segmen D yang sangat kompetitif. Accord kini sudah berusia 37 tahun. Menerusi lapan generasi, Accord menjadi antara model utama Honda. Di peringkat global, sebanyak 19 juta Accord telah terjual di 160 buah negara sejak generasi pertamanya menemui pengguna pada tahun 1976. Pada tahun 1982, Accord menjadi model CKD pertama yang dihasilkan di Amerika Syarikat. Sedan itu juga menjadi kenderaan terlaris di Jepun selama 15 tahun berturut-turut. Untuk pasaran Malaysia, Accord tampil pada tahun 2001 apabila generasi ketujuhnya diperkenalkan. Sejak itu, ia mencatatkan jumlah jualan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 51,500 unit sehingga 31 Ogos 2013. Accord generasi kelapan sahaja terjual lebih 29,000 unit. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HMSB, Yoichiro Ueno menyatakan Accord baharu menetapkan satu penanda aras baru dalam segmen D. Ia dibina berdasarkan kemahuan pengguna, di samping menggabungkan aspek kemewahan, prestasi, sistem keselamatan inovatif dan teknologi canggih. Nadi Accord adalah 'Honda DNA'. Nilai-nilai dan DNA Accord seperti gaya yang tidak ditelan zaman, keselesaan dan kesenyapan terbaik dalam kelasnya dikekalkan. Bukan itu sahaja, Accord juga menjanjikan peningkatan tahap penjimatan bahan api, seronok untuk dipandu serta bernilai untuk wang. Dengan penambahan teknologi termaju, sofistikasi, kemewahan dan kualiti, Accord serba baharu dikonsepkan agar menjadi 'Pakej paling efisien pada sebuah Sedan Premium Pintar.' Accord serba baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0VTi, 2.0VTi-L dan 2.4VTi-L. Varian paling premium dikuasakan oleh enjin Earth Dreams Technology Honda yang revolusionari. Earth Dreams Technology merupakan satu set inovasi teknologi generasi akan datang yang dicipta untuk menawarkan kualiti pemanduan berprestasi tinggi dan jimat bahan api. Jentera ini merupakan model pertama HMSB yang menggunakan rangkaian kuasa Earth Dreams Technology. Enjin-enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik lima kelajuan. Ketiga-tiga varian ini dilengkapi ECON Mode. Apabila diaktifkan, ECON Mode akan menggabung dan mengoperasikan satu siri fungsi ECO Assist. Kombinasi pintar ini mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api kenderaan dengan hanya menekan satu butang sahaja. Kabin luas Satu fakta menarik tentang Accord ialah jentera itu lebih kecil dan ringan berbanding model terdahulu. Ruang kabin Accord dibina berasaskan kepada falsafah kejuruteraan dan reka bentuk Honda iaitu 'Man Maximum, Machine Minimum' (Manusia Maksimum, Mesin Minimum), Honda berjaya meningkatkan ruang dalaman untuk menjadikannya lebih luas dan selesa buat para penumpangnya. Ruang kaki penumpang belakang telah ditingkatkan sebanyak 35.5mm, manakala bahagian butnya pula 23 liter lebih besar. Secara keseluruhannya, ruang dalamannya mengutamakan kemewahan dan berkualiti tinggi bersama rekaan yang bersih untuk meningkatkan lagi keselesaan. Perkakasan penyerapan bunyi bising yang efisien, Kawalan Bunyi Bising Aktif (Active Noise Control, ANC) dan Kawalan Suara Aktif (Active Sound Control) berfungsi untuk menawarkan kesenyapan di dalam kabin yang terbaik dalam kelasnya. Aspek kebisingan, getaran dan kekasaran (Noise, Vibration, Harshness atau NVH) ditingkatkan secara signifikan melalui pakej pemasangan pad penyerapan. Ini membolehkan pemandu dan penumpang menikmati pemanduan menyeronokkan di dalam kabin Accord serba baharu yang luas dan selesa. Accord dibina berdasarkan kepada kemahuan para pelanggan Honda terhadap ciri-ciri keselamatan pintar dan maju, di samping teknologi bantuan penglihatan yang sememangnya membantu pemandu. Salah satu contohnya ialah LaneWatch Camera yang ada pada varian 2.4VTi-L dan menjadi model pertama Honda Malaysia yang menerima ciri keselamatan tersebut. Visual titik buta akan dipaparkan pada Paparan Multi Maklumat pintar (i-MID) VGA LED sepenuhnya bersaiz lapan inci. Accord (2.0VTi-L and 2.4VTi-L) juga menampilkan Kamera Pandang Belakang Pelbagai Sudut (Multi-Angle Rearview Camera) yang mampu memaparkan ruang sehingga 180 darjah untuk pandangan lebih jelas ketika mengundur kenderaan. Ciri isyarat berhenti kecemasan (Emergency Stop Signal) dan One Touch Lane Change nyata meningkatkan lagi aspek keselamatan inovatif Accord. Varian 2.4VTi-L turut dilengkapi sistem Active Cornering Lights (ACL) yang menawarkan pencahayaan tambahan secara automatik apabila pemandu mengaktifkan indikator atau memusingkan stereng melebihi 90 darjah. Ini adalah satu ciri baharu buat Honda. Lampu utama LED pada varian 2.4VTi-L juga merupakan yang pertama ditawarkan pada model keluaran HMSB. Sehingga 31 Ogos lalu, HMSB telah menerima lebih 330 tempahan untuk Accord. "Kami menyasarkan untuk menjual 2,800 unit Accord sehingga hujung tahun ini dengan purata jualan sebanyak 700 unit sebulan," tambah Ueno. Ini bermakna Accord dijangka mampu menguasai 30 peratus perkongsian pasaran untuk kenderaan segmen D eksekutif bukan nasional. Dalam usaha memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik, HMSB telah melanjutkan selang servis kenderaannya kepada 10,000 kilometer. Accord juga hadir dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Accord didatangkan dalam lima warna menarik iaitu kelabu, emas, hitam, putih dan perak. Kalau berminat, anda boleh menempah Accord di salah satu daripada 64 pengedar Honda di seluruh negara. Bagi membolehkan kenderaan Honda lebih mudah diakses dan menambah baik perkhidmatannya, HMSB mengumumkan bahawa jumlah pengedar akan ditambah menjadi 80 menjelang akhir tahun ini. | |||
Posted: 13 Sep 2013 07:46 PM PDT
MELIHAT iklan-iklan di dada akhbar dan internet mengenai pembukaan muzium patung lilin di i-City, Shah Alam, Ogos lalu ternyata mengimbau kenangan Radziah Abdullah, 44, ketika bercuti bersama keluarga di Universal Studios, Resort World Sentosa, Singapura tahun lalu. Apa yang tersimpan dalam memorinya ketika kunjungannya itu ialah rupa paras dan bentuk fizikal ukiran patung-patung lilin tokoh, selebriti dan ahli sukan ternama dunia yang dipamerkan itu sama seperti yang ditontonnya menerusi kaca televisyen dan internet. Sehubungan itu, pembukaan Red Carpet iaitu sebuah muzium yang menempatkan patung-patung lilin interaktif di i-City, Shah Alam pada pertengahan Ogos lalu amat ditunggu-tunggu oleh ibu kepada empat cahaya mata itu. "Anak lelaki saya ingin melihat patung lilin legenda seni bela diri dan pelakon aksi Hong Kong, Bruce Lee. Ia merupakan matlamat asal saya dan keluarga datang ke sini. Dia (anak lelaki) juga terpegun melihat tekstur lilin rupa paras pelakon itu kerana ukirannya amat terperinci. "Kami berpeluang menyentuh dan mengambil gambar bersama patung-patung lilin yang dipamerkan tanpa halangan daripada pihak pengurusan. Sebagai pengunjung, saya juga bertanggungjawab untuk mengawasi anak-anak agar tidak merosakkan patung-patung yang dipamerkan itu," ujar guru yang bertugas di sebuah sekolah di Shah Alam itu.
Suasana eksklusif I-City telah dimajukan oleh I-Berhad di kawasan seluas 29 hektar di Seksyen 7, Shah Alam. Antara daya tarikan pelancongan di i-City ialah Bandar Lampu Digital yang mempunyai kira-kira 1 juta lampu diod pemancar cahaya (LED), Snowalk, WaterWorld dan FunWorld . Kini, Red Carpet merupakan produk pelancongan baharu milik i-City di dalam kategori FunWorld selain daripada Muzium Seni Silap Mata. Red Carpet menempatkan kira-kira 100 patung lilin tokoh-tokoh, pemimpin, selebriti dan ahli sukan terkenal dari dalam dan luar negara dan ia merupakan muzium lilin yang pertama di Malaysia. Dengan tema berkonsepkan Anugerah Oscar, bangunan tiga tingkat di dalam kawasan seluas 2.7 meter persegi itu menampilkan suasana eksklusif untuk pengunjung berjalan di atas karpet merah sambil melihat patung-patung lilin yang dipamerkan. Radziah juga berpendapat, muzium tersebut memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia melihat patung-patung lilin seperti di Universal Studios, Singapura dan Disneyland, Hong Kong tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk ke luar negara. "Ia merupakan satu strategi yang baik untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara ke i-City. Bagi saya yang tinggal di sekitar Shah Alam, lokasi muzium ini tidak menjadi halangan untuk kembali berkunjung ke sini pada bila-bila masa," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Tambahnya, patung lilin Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri Pertama Malaysia turut menarik minat generasi muda untuk lebih mengetahui ciri-ciri fizikal bapa kemerdekaan itu walaupun tidak sempat menatap wajahnya ketika beliau mentadbir negara. Red Carpet merupakan salah satu produk pelancongan di bawah Kementerian Pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014). Sejak mula dibuka kepada umum pada bulan Ogos lalu, muzium tersebut berpotensi menambah bilangan pengunjung sebanyak 30,000 sebulan ke i-City. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Red Carpet merupakan salah satu produk pelancongan terbaharu yang telah diperkenalkan oleh kerajaan di Selangor bersempena dengan TMM 2014. "Kewujudan muzium ini juga akan menarik pelancong berkunjung ke ibu negeri Selangor dan menerokai produk pelancongan yang terdapat di sini terutamanya di i-City. Kerajaan akan memberi komitmen dan kerjasama dalam mempromosikan muzium lilin ini. "Saya sendiri amat kagum dengan rekaan patung-patung lilin yang dipamerkan di muzium ini. Ia merupakan satu idea bernas dan salah satu produk pelancongan terbaik yang ada di Malaysia," ujarnya pada satu sidang akhbar selepas merasmikan muzium tersebut Ogos lalu. Konsep muzium Pengasas Microsoft Corporation, Bill Gates, aktres legenda Amerika Syarikat (AS), Marilyn Monroe, saintis terkemuka, Albert Einstein dan pemain badminton nombor satu di dunia, Datuk Lee Chong Wei merupakan karakter patung lilin yang dipamerkan di muzium itu. Sebanyak 100 patung lilin itu mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan di sebuah kilang di China. Pengarah Reka Bentuk Kreatif dari AS, Bernardo Munoz merupakan individu penting yang merancang konsep muzium tersebut. Idea dan pengalaman Munoz yang pernah bekerjasama dengan produksi filem animasi studio Pixar, The Walt Disney dan Universal Studio ternyata memberi nilai eksklusif dalam segenap perincian bangunan dan patung-patung lilin yang dipamerkan. Kafe Bellagio yang menjual aneka kek cawan dan air minuman menjadi tumpuan para pengunjung berehat sambil ditemani oleh beberapa patung lilin yang duduk di kerusi kafe tersebut. Antaranya, pelakon legenda British yang terkenal sekitar tahun 1950-an, Audrey Hepburn. Pengurus Perkhidmatan Korporat i-City, Tang Soke Cheng memberitahu, menerusi setiap patung lilin yang dipamerkan, pengunjung dapat merasai suasana sebenar ketika berada di majlis rasmi yang membabitkan tokoh-tokoh patung lilin itu. Sebagai contoh, postur badan patung lilin tokoh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan pakaian yang dipakainya ketika melaungkan perkataan keramat, Merdeka di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957 digambarkan dengan jelas untuk tatapan para pengunjung. Selain itu, momen perkahwinan pewaris takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton dapat dilihat dan difahami dengan jelas walaupun tiada papan maklumat yang disediakan oleh pihak i-City. "Pihak kami juga menyediakan kostum dan pakaian yang sesuai dengan karakter patung lilin untuk dipakai oleh pengunjung bagi sesi fotografi. "Ia merupakan satu idea baharu untuk pengunjung lebih merasai detik dan suasana ketika bersama dengan idola mereka," ujarnya yang turut memberitahu muzium tersebut mengambil masa selama setahun bermula daripada perancangan sehingga dibuka kepada pengunjung. Menurutnya, Red Carpet menjadi destinasi pilihan untuk pengunjung yang rata-rata terdiri daripada keluarga untuk merasai pengalaman baharu ketika berkunjung ke i-City. "Pihak pengurusan juga dalam perancangan untuk menambah bilangan patung-patung lilin dari semasa ke semasa. Setakat ini, sambutan pengunjung amat menggalakkan. Mereka juga menghargai patung-patung lilin itu yang kebanyakannya masih elok tanpa sebarang cacat cela," ujarnya. Selain itu, pihak pengurusan juga merancang untuk menambah karakter patung-patung lilin dari semasa ke semasa dalam usaha untuk menarik pengunjung sempena TMM 2014 pada tahun hadapan. Seorang selebriti kanak-kanak yang popular menerusi rancangan realiti televisyen Idola Kecil 3, Abdul Hadi Abdul Mazlan, 14, memberitahu, kunjungannya ke Red Carpet memberi peluang kepadanya untuk melihat idola yang dipuja seluruh dunia secara lebih dekat walaupun hanya menerusi ukiran patung lilin. "Sememangnya mustahil untuk saya berjumpa dengan Presiden AS, Barrack Obama. Tetapi saya dapat mengambil gambar bersama patung lilinnya di sini. Saya juga tertarik dengan patung warga Angola, Francisco Domingo Joaquim yang mempunyai keluasan mulut terbesar di dunia. Patung lilin dengan setin minuman Coca-Cola di dalam mulutnya itu ternyata amat melucukan," ujarnya ketika ditemui selepas tamat sesi penggambaran rancangan televisyen di Red Carpet baru-baru ini. | |||
Karnival kumpul dana RM200,000 Posted: 13 Sep 2013 07:37 PM PDT
PROGRAM Fun Fair At The Park anjuran Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (Nasam) berlangsung penuh meriah di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Acara tahunan yang telah memasuki tahun ke-16 penganjurannya itu berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit strok selain mengumpul dana yang diperlukan persatuan tersebut. Pengurus Besar Nasam, Ng Wye Wye berkata, sehingga kini, pihaknya mempunyai lapan pusat di seluruh negara dan menyediakan perkhidmatan pemulihan dan kaunseling kepada lebih 400 survivor penyakit berbahaya itu. "Kami bergantung hampir secara eksklusif kepada kerelaan sukarelawan dan kemurahan hati penaja serta penderma untuk memberi sokongan kepada pesakit strok. "Kami percaya, ada kehidupan selepas diserang strok dan ia merupakan misi kami untuk membantu pesakit agar pulih dan kembali menjalani kehidupan normal," jelas Wye Wye sambil memberitahu, kos tahunan operasi Nasam mencecah RM2 juta. Program yang bermula dari pukul 7 pagi hingga 2 petang itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti mewarna muka, sudut haiwan peliharaan, menunggang kuda padi, gerai permainan, persembahan nyanyian dan banyak lagi. Kelibat beberapa orang badut yang berkeliaran di sekitar taman untuk menghiburkan orang ramai, membuatkan kanak-kanak teruja untuk mendekati mereka. Selain itu, kehadiran maskot watak animasi Smurf turut menarik perhatian para peminatnya untuk bergambar bersama. Tidak ketinggalan, gerai jualan makanan yang menawarkan variasi menu berbeza memberi peluang kepada pengunjung menikmatinya. Semua pembelian di gerai atau untuk menyertai aktiviti yang ada perlu menggunakan kupon khas yang bertujuan memudahkan proses pengiraan dana yang berjaya dikumpul. Tampung kos Secara keseluruhan, program Fun Fair At The Park berjaya mencapai matlamat untuk mengumpul dana berjumlah RM200,000 yang akan digunakan bagi menampung kos perbelanjaan operasi Nasam di seluruh negara. Menurut Wye Wye, salah satu misi Nasam tahun ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit strok kepada semua lapisan masyarakat. "Setiap tahun, lebih 50,000 kes baharu dilaporkan di Malaysia. Justeru, amat penting untuk setiap individu mengetahui tanda-tanda awal strok dan kesan yang membuatkan badan lemah untuk membolehkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga di peringkat awal. "Lantaran itu, kami turut membuka kaunter informasi berkaitan strok untuk menyebarkan maklumat ini kepada masyarakat di luar sana," terang Wye Wye yang gembira dengan sambutan luar biasa terhadap program Fun Fair At The Park tahun ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.nasam.org atau melalui laman sosial Facebok/National Stroke Association of Malaysia |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |