Rabu, 4 September 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Ada Pihak Hasut Zain Saidin Tinggalkan Rozita Che Wan

Posted: 02 Sep 2013 09:49 PM PDT

Zain Saidin dan Rozita sentiasa tampil dengan imej sedondon.
PETALING JAYA: Ketika Zain Saidin sedang berkira-kira tentang hari pernikahannya dengan Rozita Che Wan, aktor kacak itu berhadapan dengan ujian getir apabila ada pihak cuba memburuk-burukkan kekasihnya dengan tujuan untuk menggagalkan perkahwinan mereka.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, pihak berkenaan menghasutnya agar membenci Rozita, 40, dengan membuka aib termasuklah bercerita kisah-kisah buruk zaman silam wanita itu.
"Ada seseorang datang kepada saya dengan bercerita macam-macam kisah buruk Cik Ta agar saya menarik balik keputusan saya untuk berumah tangga dengannya termasuklah bercerita kisah dia yang lepas-lepas," katanya kepada mStar Online.
Zain diminta komen dugaan yang diterimanya selepas dia dan Rozita membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.
Sehubungan itu kata Zain, dia sudah berjumpa dengan Rozita bagi membincangkan tuduhan itu dan berpuas hati selepas wanita berkenaan memberikan penjelasan.
Ujar Zain, pada mulanya fikiran dia benar-benar terganggu tetapi mempercayai bakal isterinya itu selepas Rozita menjelaskan tohmahan berkenaan adalah fitnah sama sekali.
"Saya tanya Cik Ta sendiri kisah-kisah yang saya dengar itu dan selepas penjelasan dibuat, saya tidak ragu-ragu untuk mengambilnya sebagai isteri," ujar Zain.
Ditanya bagaimanakah persiapan perkahwinan mereka itu Zain berkata, ia diserahkan kepada Rozita untuk menguruskannya selepas melantik seorang perunding perkahwinan bagi hal berkenaan.
Dalam pada itu Zain berkata, hasrat untuk berumah tangga seolah-olahlah dipermudahkan Allah selepas dia memohon doa ketika menyertai misi ke Gaza, Palestin pada Disember tahun lalu.
Katanya, semasa di negara itu dia banyak berdoa, melakukan zikir selain banyak menghiburkan hati kanak-kanak yang berhadapan dengan peperangan.
"Saya berdoa agar jodoh saya dipermudahkan kerana hati saya benar-benar terbuka untuk berkahwin. Selepas balik dari Palestin itu, saya bersyukur kerana rezeki saya tidak putus-putus mungkin kerana niat baik saya itu," katanya.
Zain berkata, dia merancang untuk menunaikan umrah di Mekah bersama Rozita selepas kedua-dua mereka bergelar suami-isteri nanti.

Keluarga Terima Bakal Isteri Syamsul Yusof

Posted: 02 Sep 2013 09:48 PM PDT

Datin Fatimah dan Suami Datuk Yusof Haslam
PETALING JAYA: keluarga kepada Syamsul Yusof menerima siapa sahaja bakal isteri pengarah muda itu selepas Syamsul membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai calon menantu mereka tetapi masih belum berkesempatan untuk bertentang mata.
"Dia (Syamsul) ada beritahu perkara ini melalui bapanya (Datuk Yusof Haslam) dan kami sudah tahu siapakah wanita pilihannya. Kami menerima calonnya itu dengan hati terbuka.
"Dia menyatakan hasrat ingin berkahwin dalam tahun ini juga tapi belum beritahu tarikh yang tepat dan belum bawa wanita itu berjumpa kami," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Syamsul meluahkan hasrat untuk menamatkan zamna bujang dengan wanita pilihannya tahun ini.
Patimah diminta mengulas kenyataan Syamsul yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga selepas filem terbaharu arahannya itu KL Gangster 2 ditayangkan di pawagam.
Filem itu yang menelan belanja RM4.5 juta akan menemui penonton pada 3 Oktober depan.
Ditanya adakah wanita itu pelakon Puteri Sarah seperti yang digosipkan sebelum ini, Patimah enggan mengulas mengenainya dan mahu perkara tersebut diumumkan sendiri Syamsul.
"Kami pun hanya diberitahu tentang hasratnya sahaja dan kami tidak pula tanya dia lebih-lebih. Keinginannya nak kahwin pun dah cukup buat kami gembira," katanya sambil memberitahu belum ada sebarang persiapan yang dilakukan untuk majlis tersebut.
Sementara itu, berikutan kes cetak rompak filem KL Gangstar 2 sehingga disiarkan di Internet, Patimah berkata, perkara tersebut mempunyai hikmah buat keluarga mereka apabila hubungan Syamsul dengan keluarga semakin rapat.
Katanya, ramai artis memberi sokongan moral kepada Syamsul malah mereka juga turut mengadakan solat hajat.
"Alhamdulillah kami baru sahaja buat solat hajat dan ramai rakan artis yang datang ke rumah beri sokongan moral pada Syamsul.
"Saya lihat ada hikmah di sebalik kejadian ini di mana hubungan bapa dan anak sangat rapat. Syamsul juga lebih rapat dengan adik-adik dia yang lain berbanding sebelum ini," katanya.

Shila Amzah Kongsi Kisah Cinta Dengan Sharnaaz Dalam Lagu

Posted: 02 Sep 2013 09:47 PM PDT

Shila mengakui ada menulis beberapa buah lagu yang berkisarkan tentang hubungannya dengan aktor Sharnaaz Ahmad menerusi album terbaharunya.
PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kisah cinta lalunya dengan Sharnaaz Ahmad apabila menghasilkan lagu mengenai hubungan mereka itu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, perjalanan dalam dirinya diibaratkan seperti sebuah diari dan tidak salah untuk dia berkongsi kisah tersebut dengan peminat.
"Saya akui ada beberapa lagu saya tulis tentang hubungan saya dengan Sharnaaz dan rasanya tidak salah jika saya bersikap terbuka mengenai perkara itu untuk dikongsi bersama para peminat tentang apa yang saya lalui ketika itu," katanya kepada mStar Online.
Album yang diberi nama Shila Amzah itu bakal memuatkan sembilan buah lagu termasuk dua buah lagu bonus iaitu Patah Seribu versi Bahasa Malaysia dan Mandarin.
Ia akan dipasarkan penghujung September ini.
Dalam perkembangan sama, Shila berkata, kesemua lagu dalam album tersebut bukanlah melambangkan perasaannya ketika ini selain mengakui telah melupakan semua kejadian buruk yang pernah berlaku dalam dirinya.
Tambah Shila, album berkenaan tidak sahaja berkisar mengenai dunia percintaan tetapi juga kisah gembiranya sebagai seorang wanita yang sedang berusaha mengejar kejayaan.
Sharnaaz Ahmad
"Apa yang terkandung dalam album tersebut tidak melambangkan situasi dan perasaan saya sekarang dan ia hanya sebagai luahan dan ekspresi tentang perjalanan hidup saya," jelasnya yang mempertaruhkan 'single' berjudul Masih Aku Cinta dari album terbaharunya itu.
Sementara itu, Shila berkata dia kini lebih matang dalam menguruskan hidup dan bersyukur sentiasa dikelilingi oleh individu-individu yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.
Malah pemergiannya ke Shanghai, China mempunyai hikmah yang besar kerana dia banyak bermuhasabah diri dalam memperbaiki masalah yang melanda hidupnya.
"Sebelum ini saya terlalu mengehadkan terhadap sesuatu perkara yang ingin saya lakukan tetapi kini saya membuka ruang kepada diri dengan lebih luas dan saya gembira dengan hala tuju hidup saya sekarang," ujar Shila.
Dalam perkembangan lain, Shila bakal kembali ke Shanghai pada Sabtu ini untuk menyiapkan album berbahasa Mandarinnya selain beberapa projek lain yang telah diaturkan oleh pihak pengurusan di negara itu.
Bagaimanapun kata Shila, dia akan pulang ke tanah air pada penghujung September ini untuk melancarkan album terbaharunya selain bakal mengadakan sebuah persembahan pada hari yang sama.

Suria FM Raih Tumpuan Pendengar Digital

Posted: 02 Sep 2013 09:46 PM PDT

Deejay-deejay Suria FM mengamatkan suasana rumah terbuka dengan gelagat masing-masing.
KUALA LUMPUR: Stesen Radio Suria FM akan memberi fokus kepada pendengar secara digital dalam strategi menarik lebih ramai pendengar stesen tersebut.
Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Radio Star, Kudsia Kahar berkata, peningkatan pendengar amat memberangsangkan melalui Internet dan telefon pintar.
"Kami dapati peningkatan pendengar secara mendadak secara digital iaitu daripada pelayar Internet dan pengguna telefon pintar.
"Oleh itu, strategi dan program promosi kami akan lebih memberi tumpuan kepada pendengar-pendengar tersebut yang mana bukan sahaja di Malaysia, malah di luar negara," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Star Radio Group, di Hotel Impiana KLCC, di sini, Isnin.
Kudsia Kahar
Turut hadir Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications (M) Berhad, Tan Sri Vincent Lee.
Tambah Kudsia, kajian juga mendapati golongan muda lebih banyak mendengar melalui dalam talian berbanding di radio.
"Bukan Suria FM sahaja, malah peningkatan ini terjadi di semua stesen radio, dengan itu kami ubah strategi untuk lebih banyak interaksi bersama pendengar digital pula," ujarnya.
Sementara itu, Kudsia berkata, pihaknya akan menjadikan aktiviti amal A Bit Charity (ABC) sebagai acara tahunan bagi mengumpul dana kepada pertubuhan kebajikan.
"Sambutan pada aktiviti A Bit Charity yang kami buat pada Sabtu lalu di The Square, Publika Solaris Dutamas mendapat sambutan baik.
"Kami berjaya mengumpul sebanyak RM27,000 untuk disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha dan Angels Children's Home. Kami akan jadikan acara amal ini sebagai aktiviti tahunan," katanya.
Dalam pada itu, selain Suria FM, majlis rumah terbuka berkenaan turut melibatkan stesen Red FM, 988 dan Capital FM.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa artis seperti Amy Mastura, Awi Rafael, Farawahida, Ning Baizura, Asmidar dan Suki Low.

Spring kembali dengan album baru

Posted: 02 Sep 2013 09:44 PM PDT


  • Spring Spring
KUMPULAN Spring yang telah sembilan tahun menyepi kini kembali dengan pelancaran single album terbaharu, 'Spring-Slavemaster', di bawah naungan syarikat Bayintera Network Sdn Bhd.

Majlis pelancaran album yang memuatkan dua buah lagu bertajuk 'Pengemis' dan 'Titipan' itu disempurnakan Exco kerajaan Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar di Kuala Pilah, malam kelmarin.

Ia sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Pegawai Eksekutif Bayintera Network Sdn Bhd, Datuk Baharin Abdullah di Jalan Bahau, Juasseh di Kuala Pilah.

Bercakap kepada media, ketua kumpulan, Zaha Mohd berkata, album berkenaan adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih buat penyokong, peminat yang tidak jemu memberi sokongan serta galakan untuk Spring terus bertapak dalam industri muzik tanah air.

"Kita menghasilkan sebuah konsep lagu dan susunan muzik yang lebih segar dan moden agar kehadiran kumpulan kami dapat memberikan satu transformasi dalam menelusuri arus ritma muzik tanah air," katanya.

Selain Zaha (gitar utama) sebagai anggota lama, Spring turut dianggotai muka baharu iaitu Mizal (bass), Fayzaid (keybord) dan Adeen (drum) serta  penyanyi Jai.

Sementara itu, Baharin berkata sebanyak RM100,000 diperuntukkan bagi menghasilkan dan mempromosikan album single kumpulan itu.

Fizo bakal buka 20 gerai burger!

Posted: 02 Sep 2013 09:44 PM PDT


  • Fizo Omar Fizo Omar
SETELAH berjaya mencipta rekod tersendiri di sebalik 30 gerai 'Hot Burger' miliknya, pelakon dan pengacara popular, Fizo Omar kini dalam proses mengembangkan perniagaan itu di Kelantan, yang dijadualkan September ini.

Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar yang juga anak kelahiran negeri ini berkata, gerai Hot Burger miliknya sebelum ini hanya terdapat di sekitar Lembah Klang dan mempunyai penggemarnya sendiri.

"Di Kelantan, saya mendapat kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Kelantan, dan sudah menandatangani MoU dengan Kementerian Pembangunan Wanita,  kerana perniagaan ini turut melibatkan usahawan burger wanita," katanya ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Hotel Perdana, kelmarin.

Fizo berkata, program yang juga mendapat kerjasama Giat Mara Kelantan ini turut akan memberi kelebihan kepada pelatih pusat pengajian berkenaan untuk menjadi usahawan burger dan menjana pendapatan melalui perniagaan itu.

"Peringkat permulaan sebanyak 20 gerai akan dibuka di sekitar Kota Bharu dengan 10 penyertaan pertama daripada golongan ibu tunggal dan orang miskin, kerana hasrat saya Hot Burger ini akan memberi sumber pendapatan kepada mereka," katanya.

Mengakui perkara itu (membuka gerai di Kelantan) belum diumumkan secara rasmi, Fizo berkata, permintaan yang tinggi daripada penduduk negeri ini mendorong beliau membuka gerai Hot Burger di sini kerana yakin ia turut berpotensi untuk dikembangkan.

Afdlin: Bukan kerja cincai!

Posted: 02 Sep 2013 09:43 PM PDT


  • Afdlin Shauki Afdlin Shauki
"Memang setimpal! Kalau nak datang periksa keseluruhan bajet yang digunakan pun tak ada masalah. Silakan... ," ujar pengarah dan penerbit terkenal, Afdlin Shauki, mengenai isu pertikaian kos iklan pendek Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan yang dihasilkannya.

Minggu lalu, rakan seangkatannya, Ahmad Idham mempersoalkan langkah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang melaburkan sebanyak RM450 ribu hanya untuk menghasilkan promo berdurasi 2 minit 40 saat bagi tayangan pawagam.

Tidak mudah melatah, Adflin berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan kerajaan dengan sebaik mungkin.

"Saya bukan jenis yang buat kerja cincai. Saya sudah biasa menghasilkan filem dan iklan, malah pernah terlibat untuk iklan Petronas bersama Allahyarham Yasmin Ahmad.

"Pada saya kos itu (RM450 ribu) sudah dikira murah. Seperti iklan-iklan di akhbar dan TV, promo ini juga mempunyai jenis dan kualitinya tersendiri.

"Jadi apa salahnya kalau saya buat promo yang berkualiti dan terbaik demi menghargai perwira yang bertarung nyawa ketika mempertahankan Lahad Datu?," tegas Afdlin.

Turut kesal dengan tindakan rakan seninya sendiri, Afdlin bagaimanapun enggan mengeruhkan lagi keadaan dan berharap isu itu tidak lagi diperbesarkan.

"Dia (Idham) buat kenyataan itu sebelum menonton promo itu lagi. Sepatutnya dia menonton dulu dan nilaikan sendiri kualiti yang saya hasilkan.

"Hayati juga teks di akhir treler 'dari Rakyat Malaysia'... yang menunjukkan iklan ini datangnya dari seluruh rakyat Malaysia. Jadi apalah sangat dengan kos yang dikeluarkan itu berbanding penghormatan yang kita berikan kepada pejuang negara," katanya yang menjalani penggambaran selama lima hari untuk promo khas tersebut.

Takut buat filem

Menyedari kutipan filem tempatan semakin merosot sejak akhir-akhir ini, pengarah Papadom ini mengakui takut untuk menghasilkan filem lagi.

"Saya sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Filem tempatan susah nak jual dan kalau dah tak laku ia memberikan kesan yang cukup hebat buat pembikin filem seperti saya.

"Apa yang berlaku kepada Syamsul Yusof (filem bocor di Internet) juga buat saya takut. Malah ia merupakan satu penghinaan yang besar dalam industri perfileman.
"Orang dah tak hormat karya kita dan boleh rompak sesuka hati," tegasnya.

Dalam pada itu, Afdlin turut mengulas mengenai pengurusan baru dalam Finas yang menjadi pertikaian segelintir penggiat seni.

"Dulu saya pernah lantang bersuara. Tapi apa yang saya nampak kita sebenarnya perlu duduk berbincang untuk mengatasi apa jua masalah yang berlaku.

"Jika kita tak jaga industri, tak mustahil kelak kita semua akan lingkup," tegas Afdlin.

Siti Nurhaliza bakal gegar IB September ini

Posted: 02 Sep 2013 09:42 PM PDT


  • Siti Nurhaliza bakal gegar IB September ini Siti Nurhaliza bakal gegar IB September ini
"Sudah sekian lama saya pendam hasrat ini, akhirnya ia akan terlaksana nanti," begitulah kata-kata penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang akan mengadakan konsert tradisional pertama, Lentera Timur pada 20 hingga 22 September ini.

Konsert solo itu akan menampilkan 35 buah lagu tradisional bersama Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di Panggung Sari, Istana Budaya.

"Alhamdulillah, saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar," ujar Siti.

Jelasnya, persembahan kali ini agak berbeza berbanding konsertnya yang lalu kerana beliau akan menyampaikan lagu-lagu bercorak tradisional keseluruhannya.

"Saya bukan sahaja menyanyikan lagu-lagu asli seperti Joget, Inang, Zapin, Keroncong dan Masri.

"Tetapi juga lagu-lagu yang belum pernah saya bawakan dalam mana-mana persembahan seperti lagu berentak Dikir Barat dan Makyong," katanya.

Buat julung kalinya, Siti berkata konsert yang mengangkat irama tradisional itu menjadi tanda perjalanan seninya yang telah memasuki usia 18 tahun dalam industri hiburan.

Ubati kerinduan peminat

Diterbitkan oleh Istana Budaya dan Siti Nurhaliza Production (SNP) Sdn Bhd, konsert yang dijangkakan berlangsung selama dua jam itu bakal mengubat kerinduan peminat Siti setelah sekian lama menantikannya.

"Besar kemungkinan ia akan mengambil masa seperti yang dijadualkan, Insya-ALLAH namun segalanya bergantung kepada proses akhir.

"Pilihan lagu untuk tiga hari pada konsert ini adalah sama tetapi jika ada perubahan di saat-saat akhir, kami akan maklumkan," ujarnya.

Tambahnya, pihak Istana Budaya dan SNP merancang untuk merakamkan konsert tersebut dalam bentuk video kerana tiada lagi konser seumpamanya diadakan setakat ini.

"Semuanya masih lagi dalam perbincangan, namun kami akan mempertimbangkannya kerana ia merupakan perkara yang sangat menarik.

"Lagipun konsert ini menampilkan lagu-lagu berentak tradisional dan jarang dipersembahkan dalam satu persembahan pada skala agak besar," katanya.

Lebih menarik, konsert itu mendapat sentuhan dua pengarah muzik terkenal iaitu Aubrey Suwito dan Mohd Yazid Zakaria dari OTM.

Ia turut menampilkan penggiat seni berpengalaman, Lokman Ghani selaku pengarah konsert tersebut.

Menurut Siti, konsert yang dinamakan 'Lentera Timur' itu menggambarkan muzik akar umbi negara ini akan terus bersinar dan berkekalan hingga akhir nanti.

Dikir Barat vs Dikir Pahang

Bercerita mengenai pemilihan lagu dalam konsert itu nanti, Siti berkata terdapat beberapa segmen menarik yang akan dipersembahkan seperti makyung  dan dikir barat.

Menariknya, dalam segmen dikir barat Siti akan menggabungkan nyanyian dengan lagu dikir Pahang iaitu lagu tradisional negeri kelahirannya.

"Bagi makyung pula, penggiat seni terkenal tarian ini akan mengiringi persembahan saya selama lima minit.

"Konsert ini akan menjadi satu peristiwa yang tidak akan dilupakan oleh peminat kerana ia belum pernah dilakukan dalam mana-mana persembahan Siti sebelum ini," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut bermain alat muzik percussion sebagai salah satu keunikan konsert itu nanti.

Katanya, pelbagai segmen dilakukan adalah untuk mewarnai corak persembahan sebagai salah satu cara untuk menghargai jasa peminat terhadap kerjaya seninya selama ini.

'Psiko Pencuri Hari' bakal cetus fenomena

Posted: 02 Sep 2013 09:41 PM PDT


  • 'Psiko Pencuri Hari' bakal cetus fenomena Antara pelakon yang menjayakan filem 'Psiko Pencuri Hari'
"PSIKO Pencuri Hati adalah sebuah nukilan istimewa yang berlatarbelakangkan jalan cerita menarik dan tidak klise. Ia juga bukan sekadar tampil berbeza malah, tertumpu pada aspek penghayatan dan jiwa di dalam setiap watak yang ada,"

Itu antara gambaran yang diberikan pelakon dan pengarah hebat Shahili Abdan atau Nam Ron mengenai filem pertamanya di arus perdana 'Psiko Pencuri Hati' yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 September ini.

Mengetengahkan genre thriller, Nam Ron berkata, filem terbitan Filmmecca Studio itu mengisahkan tentang perjalanan tiga watak iaitu O.Sidi (Bront Palare), Wani (Sharifah Amani) dan Syed Hussein (Dr Khai).

"Setiap karakter ini memiliki jalan ceritanya yang tersendiri dan akhirnya berkait menjadi satu dan dari situlah segala konflik bermula.

"Selain genre thriller, filem ini turut diselitkan dengan beberapa elemen yang menarik seperti romantik dan komedi supaya ia lebih menarik," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai filem itu, Nam Ron berkata, Psiko Pencuri Hati bukanlah sebuah filem yang memaparkan kisah yang terlalu rumit ataupun jalan cerita yang berat, sebaliknya ia mudah untuk difahami penonton.

"Boleh dikatakan, filem ini mudah untuk diterima penonton memandangkan garapan dan jalan cerita yang ditampilkan lebih ringkas.

"Cuma dari segi sudut persembahan pelakon ia mungkin berbeza dan lebih mendalam dan selebihnya agak ringkas dan mudah untuk difahami," katanya.

Selain tiga pelakon yang memegang watak utama, barisan pelakon lain yang terlibat adalah seperti Amerul Affendi, Suhaimi Yusof, Shera Ayob, Julia Ziegler, dan ramai lagi.

Selain itu, tidak dinafikan dalam setiap pembikinan filem pasti memiliki cabarannya yang tersendiri, namun dengan pengalaman yang ada, Nam Ron akui tidaklah sukar baginya menghasilkan filem arus perdana.

"Dari segi proses kerja saya tidak lihat sebarang cabaran tambahan pula untuk projek ini kami memiliki bajet yang banyak dan memudahkan setiap proses yang ada berbeza dengan filem 'indie' yang saya hasilkan sebelum ini.

"Cuma cabarannya adalah untuk menembusi pasaran arus perdana adalah cabaran yang besar buat kami," katanya.

Pilih pelakon sendiri

Selain daripada itu, Nam Ron memberitahu pemilihan barisan pelakon filem itu dilakukan sendiri olehnya.

"Ketika pertama kali saya di tawarkan untuk mengarah filem ini oleh pihak penerbit, saya letakkan dua syarat di mana saya mahu diberi kebebasan untuk mengolah semula skrip dan pemilihan pelakon.

"Setelah mendapat kata sepakat, pelakon pertama yang saya terfikir adalah Sein. Bagi saya dia adalah seorang yang berbakat besar dan memiliki pakej yang lengkap cuma sebelum ini bakatnya tidak dicungkil dengan baik.

"Begitu juga dengan Bront dan Amani. Saya mengenali bakat mereka dan kami sudah biasa bekerja bersama," katanya.

Amani angkat martabat wanita

Tidak menafikan cabaran karakter yang di bawa dalam filem ini, Amani akui memainkan watak Wani banyak memberinya pengalaman baru.

Menurutnya, alasan utama dia menerima tawaran berlakon dalam filem ini adalah disebabkan kelainan watak tersebut.

"Boleh dikatakan ini kali pertama saya bawa watak seorang wanita yang mengalami tekanan jiwa. Walaupun fizikalnya nampak lemah, namun Wani seorang yang kuat dan itu membuatkan saya tertarik untuk melakonkannya.

"Saya tidak mahu lakonkan watak yang menampakkan seseorang wanita itu lemah kerana realitinya wanita sekarang tidak lagi seperti itu. Saya mahu angkat martabat wanita dalam setiap lakonan saya," katanya.

Menyentuh mengenai keserasiannya bersama Sein, pelakon kecil molek ini memberitahu sikap profesional aktor itu lebih memudahkan mereka untuk saling bekerjasama.
"Sein seorang yang berbakat, dan bekerja dengannya bukanlah sesuatu yang sukar. Saya selesa dengannya.

"Sepanjang menjalani penggambaran bersamanya, tidak timbul sebarang masalah antara kami malah Sein banyak bantu saya," katanya.

Sisi berbeza Suhaimi

Demi mencabar kebolehan dalam bidang lakonannya, pelawak, Suhaimi Yusof menyahut cabaran untuk turut sama terlibat dalam pembikinan filem ini.

Menurutnya, biarpun pada awalnya watak yang dipegang sebagai Pak Abu tidaklah mudah memandangkan dia perlu bermain dengan emosi.

"Pada awal cerita, ia tidaklah beri mencabar buat saya memandangkan karakter Pak Abu yang happy go lucky tetapi pada pertengahan cerita, sesuatu yang besar berlaku padanya sehingga mengubah karakter menjadi sebaliknya.

"Ketika itu saya berdepan dengan cabaran. Mujur saya ada buat sedikit rujukan sebelum memulakan penggambaran dan ia juga sedikit sebanyak membantu saya untuk kuasai watak ini," katanya.

Tambah Suhaimi, dia turut kagum dengan kebolehan pengarah, yang sememangnya seorang yang sangat teliti dalam setiap proses pembikinan filem itu.

"Pengarah banyak beri tunjuk ajar sepanjang penggambaran berjalan. Melihatkan cara kerjanya, membuatkan saya lebih kagum dengan dirinya.

"Dia seorang yang profesional dan sebagai pelakon saya berpuas hati dengan kerjasama ini," katanya.

Amerul jadi psiko

Bukan mudah memainkan watak yang tidak wujud, namun itu bukanlah alasan buat pelakon, Amerul Affendi menolak tawaran berlakon dalam filem ini.

"Saya memegang watak sebagai Man yang merupakan teman imaginasi O.Sidi yang mana dia mengalami penyakit OCD dan ia bukanlah sesuatu yang mudah.

"Disebabkan itu, sebelum menjalani penggambaran, saya ada buat kajian berkaitan psikologi di Tanjung Rambutan untuk mendapatkan gambaran tentang halusinasi.

"Alhamdulillah, dengan usaha itu dan tunjuk ajar pengarah, saya dapat melakukannya dengan baik," ujarnya.

Bukan kali pertama bekerja di bawah arahan Nam Ron, Amerul akui dia senang dengan lakonan kali ini tambahan pula dia juga bekas pelajar pengarah itu ketika menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

"Sebelum ini saya banyak berlakon dengannya terutama pada pementasan teater. Bagi saya dia seorang pengarah yang tahu bagaimana bekerja dengan pelakon yang terlibat.

"Pada masa yang  sama dia juga mengharapkan pelakon dapat beri pilihan karakter dan itu sedikit sebanyak membantu untuk saya menjadi seorang pelakon yang lebih baik," katanya.

Kereta terpakai tak laku?

Posted: 02 Sep 2013 09:38 PM PDT


  • Kereta terpakai tak laku? Jualan kereta terpakai dijangka tidak terjejas dengan dasar baru kerajaan menurunkan harga kereta baru.
DASAR baru kerajaan untuk mengurangkan harga kereta yang dijual di negara ini secara berperingkat menjelang 2016 menggembirakan pembeli.

Ramai berpendapat penurunan itu memberi faedah terutama kepada golongan muda yang baru mula bekerja untuk memiliki kereta.

Tetapi adakah dasar ini akan menyebabkan penjual kereta terpakai gulung tikar dan seterusnya menjejaskan industri dengan tenaga kerja lebih 100,000 orang itu?

Ini kerana jika harga kereta baru sudah cukup rendah untuk dibeli, mungkin ramai orang memilih kereta baru berbanding kereta terpakai.

Namun, bagi mereka yang terlibat dalam industri kereta terpakai, penurunan harga kereta baru dijangka tidak memberi kesan buruk.

Kamarulzaman Zainal, penjual kereta terpakai di Gombak, Selangor berkata, walaupun harga kereta baru diturunkan, kereta terpakai masih diperlukan orang berpendapatan rendah kerana beza harga antara kereta baru dan terpakai masih tinggi.

"Ada harga kereta terpakai hanya separuh daripada harga kereta baru, jadi kereta terpakai masih jadi pilihan mereka yang bergaji kecil," katanya.

Beliau yang bekerja sebagai jurujual kereta selama 11 tahun berkata, dasar kerajaan mengurangkan harga kereta memberi peluang pada golongan muda untuk memiliki kereta sendiri.

"Jumlah pelanggan kereta terpakai buat masa ini juga makin bertambah kerana pinjaman serta bayaran bulanan rendah," tambahnya.

Sementara itu, jurujual kereta terpakai di Bangsar, Shareeta Majid berkata, keuntungan daripada jualan kereta terpakai mungkin sedikit menurun kerana ramai pelanggan akan memilih kereta baru yang berharga rendah.

"Ramai orang di bandar akan pilih untuk beli kereta baru, tapi di luar bandar atau kampung kereta terpakai masih jadi pilihan kerana ramai  pelanggan di kawasan itu lebih suka beli tunai daripada berhutang bank," katanya.

Bagi Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM), penurunan harga kereta yang dilakukan secara berperingkat boleh melindungi industri kereta terpakai di Malaysia.

Presiden FMCCAM, Datuk Tony Khor berkata, persatuan itu telah bersedia lebih awal dengan melakukan sedikit perubahan pada harga kereta terpakai dengan melihat tiga faktor penting iaitu harga kereta baru mengikut masa, keadaan kereta terpakai dan permintaan dan bekalan.

Beliau mengakui akan ada kesan penurunan harga kereta baru kepada industri kereta terpakai tetapi ianya tidak begitu besar.

"Antara kesannya, mungkin kereta terpakai tak dapat dijual dengan keuntungan agresif.

"Apa pun, majoriti ahli kami boleh menerima penurunan harga kereta baru secara berperingkat kerana kesannya minimum," katanya.

Nasib baik jiran prihatin

Posted: 02 Sep 2013 09:35 PM PDT


  • Nasib baik jiran prihatin Dua lelaki ditahan selepas menyelinap masuk rumah penduduk dipercayai untuk melakukan jenayah pecah rumah di Taman Murni Perdana, Paka.
DUNGUN – Dua penjenayah bukan sahaja tidak sempat menikmati habuan hasil kerja jahat, malah turut kantoi apabila ditahan orang awam selepas menceroboh masuk rumah seorang penduduk dekat sini, kelmarin.

Kejadian disedari seorang jiran selepas melihat kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan, menyelinap masuk ke dalam rumah yang ketika itu difahamkan tidak berpenghuni.

Jiran yang prihatin dengan situasi itu kemudiannya bertindak menghubungi polis dan penduduk sekitar sebelum rumah tersebut dikepung orang ramai.

Suspek yang menyedari perbuatannya dihidu, cuba menyembunyikan diri masing-masing atas siling rumah dan almari dalam bilik tidur.

Dalam usaha menangkap penjenayah itu, polis dan orang awam terpaksa bertarung nyawa berikutan berlaku sedikit pergelutan antara suspek yang cuba untuk meloloskan diri.

Turut dirampas, beberapa peralatan seperti pemutar skru dan pemotong dawai dipercayai alat digunakan suspek untuk memecah rumah penduduk.

Siasatan awal mendapati, dua suspek tersebut dipercayai terlibat dengan beberapa siri kes pecah rumah yang dilaporkan di kawasan sekitar.

Seorang daripada suspek yang berusia 28 tahun dikatakan turut mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah pecah rumah dan dadah.

Mereka ditahan reman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob mengesahkan kes terbabit.

Orang ramai sensitif kenaikan harga minyak

Posted: 02 Sep 2013 09:33 PM PDT


  • minyak Kelihatan orang ramai beratur panjang untuk membuat bayaran di Stesen Petronas Kampung Baru berikutan kenaikan harga minyak RON 95 dan Diesel sebanyak 20 sen.
Dalam mana-mana kerajaan di dunia, kenaikan harga barangan asas mempunyai hubungan rapat dengan populariti kerajaan.

Semakin naik harga dan kos hidup, semakin tidak popular sesebuah kerajaan.

Dan dalam banyak-banyak keperluan asas, harga makanan dan petrol antara yang paling sensitif kepada pengguna.

Buktinya, di negara seperti Indonesia dan Greece, kenaikan harga barangan menyebabkan rakyat yang berasa hidup mereka terhimpit memprotes dan bertindak hingga menjejaskan imej negara dan populariti kerajaan.

Namun, kerajaan Malaysia semalam mengejutkan rakyat apabila menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak RM0.20 seliter bermula hari ini.

Mengapa harga petrol yang perlu dinaikkan, atau dikurangkan subsidinya?

Kesan kenaikan harga petrol terlalu besar, jika dibandingkan dengan barangan lain. Bukan sahaja kos perjalanan harian meningkat, tetapi akan menyebabkan kenaikan harga makanan, bahan binaan dan kos kesihatan.

Sebabnya? Semua barangan memerlukan petrol untuk pengangkutan.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia tahun lalu menunjukkan kenaikan lima peratus harga petrol dan diesel akan sebabkan kesan negatif semua faktor ekonomi seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK), inflasi, perbelanjaan isi rumah, pengambilan pekerja, import dan eksport. Kenaikan hari ini adalah 10 peratus.


Kesan keputusan tidak popular

Ramai masih ingat, pada 5 Jun 2008, kerajaan di bawah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi naikkan harga petrol 41 peratus daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter.

Harga diesel pula naik daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter, iaitu kenaikan sehingga 63 peratus kerana krisis ekonomi yang melanda dunia pada masa itu dikatakan menyebabkan kerajaan tidak mampu menanggung subsidi petrol.

Walaupun harga petrol kemudiannya kembali diturunkan, reputasi Abdullah sebagai pemimpin tidak berjaya dipulihkan. Abdullah meletak jawatan pada 2009 selepas memegang jawatan nombor satu itu selama enam tahun.

Jadi, semalam, semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umumkan kenaikan itu, ramai bertanya: Kenapa harga petrol yang perlu dinaikkan?

Dilihat pula pada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menggambarkan kerajaan boleh terus memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM1,000, menimbulkan kekeliruan mengenai kewangan negara.

Tentu rakyat musykil bagaimana kerajaan akan mampu memberi BR1M hingga RM1,000 setiap tahun sedangkan subsidi petrol dan diesel yang melibatkan hampir seluruh 28.5 juta rakyat tidak dapat dipertahankan.

Tetapi menurut Najib, semalam, kenaikan harga minyak adalah proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya akan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.


Rakyat perlu bijak uruskan perbelanjaan

Dalam buku bertajuk 'Subsidi dan Bantuan Kerajaan: Memakmur Negara' diterbitkan Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia Februari lalu, kerajaan menjelaskan jenis dan jumlah subsidi yang ditanggung bagi barangan untuk kegunaan rakyat seperti petrol, gas, tepung, gula dan minyak masak.

Menurut buku penerangan itu, kerajaan berusaha memastikan perbelanjaan hidup rakyat tidak terjejas dengan kenaikan harga produk petroleum dan barangan keperluan di Malaysia, jadi subsidi diberikan bagi barangan-barangan tersebut.

"Namun begitu, jumlah subsidi dan bantuan kepada rakyat perlu dihadkan pada tahap yang munasabah agar perbelanjaan kerajaan dapat dimanfaatkan secara lebih adil dan digunakan untuk pelbagai tujuan demi kebaikan rakyat secara keseluruhan.

"Subsidi dan bantuan lain yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat. Pada masa yang sama, rakyat sendiri perlu mengurus perbelanjaan mereka dengan bijak selaras dengan kemampuan masing-masing," menurut buku tersebut.

Jadi, bagi yang menyokong kenaikan ini, mereka percaya pengguna perlu lebih bijak mengurus perbelanjaan dan menerima penarikan subsidi sebagai tidak dapat dielakkan dalam proses Malaysia menjadi negara maju.

Tetapi bagi yang tidak gembira dengan kenaikan ini, mereka akan berpendapat kerajaan perlu lebih bijak mengurus kewangan negara.


Harga minyak: Pesta di stesen minyak

Posted: 02 Sep 2013 09:26 PM PDT


  • Harga minyak
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sebaik sahaja pengumuman kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini, kebanyakan stesen minyak mula diserbu pemilik kenderaan.
 
Keadaan di stesen minyak bagaikan suasana di rumah terbuka Aidilfitri namun masing-masing cuba memenuhkan tangki kenderaan sebelum harga baru berkuat kuasa.
Seorang pemilik kenderaan persendirian, Khairul Anwar Abdullah Sani berkata, sebaik sahaja pengumuman harga minyak, beliau mengambil kesempatan memenuhkan tangki kenderaannya.

Menurutnya, suasana di setiap stesen minyak ketika ini seperti pesta dan seolah-olah seperti perjalanan pulang ke kampung sempena cuti perayaan.

"Mula-mula harga minyak ini naik hanya dikatakan sebagai khabar angin, tetapi sebaik ia disahkan pihak kerajaan saya terus ke sini untuk penuhkan tangki kereta," katanya kepada Sinar Harian Online.

Lewat petang tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman tersebut.
Bagaimanapun kata Najib, bagi meringankan beban rakyat berpendapatan rendah, menaikan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) akan dibuat dalam Bajet2014 tidak lama lagi.

Dalam pada itu, seorang penunggang motorsikal, Ridwan Malek turut mengakui mengambil kesempatan mengisi petrol.

"Saya memang telah agak, kawasan stesen minyak mesti akan penuh sebaik perdana menteri membuat pengumuman. 
"Saya pun tak lepaskan peluang kali terakhir untuk penuh tangki minyak motorsikal saya," katanya

Johan sedar diri, Shila sedia disunting

Posted: 02 Sep 2013 09:24 PM PDT




SEBENARNYA hubungan persahabatan antara pelakon Juvana, Johan Ariff Datuk As'ari atau Johan As'ari dengan penyanyi hebat, Shila Amzah sudah terjalin sejak tahun 2010 lagi.
Bagaimanapun, kedua-duanya tidak pernah digosipkan bercinta kerana Johan sebelum ini dikatakan bercinta dengan pelakon Nabila Huda.
Sebaliknya Shila pula bercinta dengan pelakon Shahnaaz Ahmad.
Begitupun, baru-baru ini ramai yang membuat andaian mengatakan Johan dan Shila sedang bercinta apabila gambar kedua-duanya bersama ibu masing-masing keluhatan mesra di laman sosial Instagram milik Shila.
Gambar itu dirakamkan tatkala Shila menghadirkan diri ke rumah terbuka Johan.
Tiada salah jika pasangan itu bercinta memandangkan kedua-duanya sudah solo selepas putus dengan pasangan masing-masing namun, baik Shila mahupun Johan sudah memberi jawapan mengatakan mereka tidak bercinta.
Kosmo! yang bersua dengan Johan dan Shila di rumah terbuka syarikat milik Zizan Razak, Wirefame Entertainment Sdn. Bhd. di Subang Jaya, Selangor, turut diberikan jawapan yang sama.
Tetapi dalam kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Johan mahupun Shila, ada cantuman silang kata yang mengatakan mereka rela andai jodoh sudah tertulis untuk mereka berdua.
Bapa Johan sedia meminang Shila
Jika ada yang menganggap Shila sebagai perampas kerana Johan bakal bertunang pada penghujung tahun ini adalah tidak benar.
Ini kerana wanita yang dimaksudkan oleh Johan sebagai bakal tunangnya itu belum lagi ada sebenarnya.
Akui pelakon berasal dari Pulau Pinang itu, ia sekadar perancangannya untuk bertunang pada usianya mencecah 27 tahun iaitu pada 3 Disember ini.
Luah Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih tetapi masih berharap dapat merealisasikan hasrat untuk bertunang pada Disember ini.
"Memang saya berhasrat untuk bertunang pada hujung tahun ini sempena usia saya yang sudah menginjak 27 tahun tetapi siapakah gerangannya, saya sendiri masih belum tahu.
"Jangan salahkan Shila dengan mengatakan dia perampas hanya kerana gosip mengatakan kami sedang bercinta.
JOHAN mengatakan, dia tidak terkejut andai kata Shila disunting anak raja kelak.


"Sedangkan wanita yang selama ini dimaksudkan hanya rakan biasa yang sentiasa menghubungi dan mengingatkan saya tentang solat," jelas Johan yang turut mengakui hubungannya dengan Shila hanya sebagai teman rapat.
Begitupun, Johan mengakui, Shila memiliki empat kriteria wanita yang patut dijadikan isteri iaitu rupa paras yang cantik, berketurunan baik, memiliki harta dan juga pendidikan agama.
Bahkan, ulas Johan, ibu bapanya juga merestui dan pernah meluahkan hasrat untuk meminang Shila andai wanita itu merupakan pilihan hatinya.
"Ayah ada cakap kalau betul dengan Shila, dia akan cuba meminang. Mungkin pandangan orang tua melihat Shila sebagai wanita Muslimah yang baik, bertudung malah ke mana sahaja bersama orang tuanya," ujarnya.
Mengulas lanjut, seraya merendah diri Johan memberitahu, dia tidak terkejut jika Shila disunting oleh anak raja kerana dia merupakan ikon negara yang berjaya membawa Malaysia ke mata dunia.
"Saya tidak meletakkan dia (Shila)sebagai calon jodoh, kerana siapalah saya ini jika mahu dibandingkan dia yang berjaya mencipta nama dan mengorak kerjayanya ke peringkat antarabangsa," ungkap Johan.
Shila terima khabar baik tentang Johan
Sementara itu, dedah Shila, Johan bukan seorang sahaja lelaki yang rapat dengan dirinya sekarang ini.
Sejak putus cinta dengan Shahnaaz, dia mulai memiliki ramai kawan lelaki.
"Semasa kita bercinta dahulu, kita tidak sedar orang di sekeliling. Sebagai public figure perkara tersebut tidak menolong kita dalam industri.
"Sekarang baru saya sedar dan mulai rapat kembali dengan teman-teman dan keluarga," ungkap Shila penuh makna.
Ujar Shila lanjut, pengalamannya di Shanghai juga banyak memberinya pendedahan dan kematangan dalam hidup.
Bicaranya: "Dalam usia saya yang sudah mencecah 23 tahun ini, saya harus kerja keras untuk mencapai cita-cita. Saya bersyukur dengan penubuhan syarikat saya, Shila Entertainment Berhad pada usia saya yang baru mencecah 23 tahun. Kalau boleh, saya mahu kejar cita-cita menjadi seperti mana yang Datuk Siti Nurhaliza ada sekarang."

JOHAN dan Shila ditemani ibu masing-masing.


Mengulas mengenai Johan, ungkap Shila, dia dan pemuda itu sekadar teman rapat memandangkan mereka juga dalam lapangan seni yang sama.
Apa yang menjadikan mereka lebih rapat kerana kedua-dua keluarga mengenali antara satu sama lain.
"Ibu kami memang berkawan baik dan sudah lama mengenali. Kami juga sering berjumpa di majlis-majlis hiburan," jelasnya.
Disoal sejauh mana hubungan rapatnya dengan Johan, kata Shila, dia tidak terlalu mengenali Johan dan tidak tahu sikap sebenar pelakon yang terkenal dengan panggilan Botak itu.
Begitupun, Shila akui, sering menerima khabar baik mengenai Johan melalui teman-temannya.
Ujarnya, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang memberitahu, Johan seorang yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.
Meletakkan sasaran tiga tahun lagi untuk berkahwin, bagaimanapun Shila tidak menolak andai jodohnya ditakdirkan cepat.
"Saya serahkan jodoh kepada Allah. Jika ada sesiapa dalam kalangan teman-teman rapat saya yang masuk meminang dan ibu bapa saya merestuinya, saya menerimanya," dedah Shila yang kini dilihat lebih bersikap terbuka dalam melontarkan kata-katanya.

Misha nafi mahu saman penganjur

Posted: 02 Sep 2013 09:24 PM PDT

MISHA tidak pernah mengeluarkan kenyataan mahu saman pihak penganjur Konsert Konsert Jelajah Tiga Permata di Malaysia yang dibatalkan pada saat-saat akhir.


AHAD lalu, dalam sebuah akhbar tempatan ada menulis gosip mendakwa penyanyi bersuara gemersik, Misha Omar berasa teraniaya dengan penganjur Konsert Jelajah Tiga Permata yang membatalkan konsert tersebut di saat-saat akhir.
Sepatutnya konsert yang membabitkan tiga penyanyi hebat iaitu Misha Omar, Adibah Noor dan Jaclyn Victor itu berlangsung pada bulan September ini di enam buah negeri iaitu Sarawak (21 September), Sabah (28 September), Johor (12 Oktober), Pahang (19 Oktober), Kedah (26 Oktober) dan Kuala Lumpur (2 November).
Begitupun, tiba-tiba ia dibatalkan sebab penganjur ada masalah. Dakwa akhbar itu lagi, Misha juga berhasrat untuk menyaman penganjur konsert terbabit kerana banyak projek terpaksa ditolak semata-mata untuk memberi komitmen dengan konsert terbabit.
Kosmo! segera menghubungi kakak Misha Omar yang juga merangkap pengurus penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu, Mimi Omar mengenai dakwaan tersebut.
Kosmo!: Benarkah Misha berasa teraniaya dengan penganjur Konsert Jelajah Tiga Permata kerana membatalkan konsert di saat-saat akhir?
MIMI: Saya sebagai pengurus Misha tidak tahu langsung mengenai berita ini. Misha tidak pernah ditemu bual dan mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini (pembatalan konsert).
Bagaimana pula dengan dakwaan mengatakan Misha ingin menyaman pihak penganjur kerana membatalkan konsert pada saat-saat akhir sedangkan banyak projek yang terpaksa ditolak kerana ingin memberikan komitmen pada konsert Jelajah Tiga Permata itu?
Saya terkejut bagaimana penulis itu boleh menulis tentang perkara itu kerana Misha tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut (saman pihak penganjur). Saya rasa dicabuli. Pihak Misha tidak pernah menandatangani apa-apa kontrak untuk konsert tersebut. Tidak ada hitam dan putih jadi kenapa perlu Misha menolak apa-apa projek yang datang padanya.
Apakah perasaan anda mengenai dakwaan tersebut?
Sudah tentu berasa kecewa sebab nama Misha juga yang akan terpalit. Orang membaca dan akan membuat pelbagai penilaian buruk terhadap dirinya. Tidak adil buat Misha. Kenapa menyebut nama Misha seorang, tetapi bukan dua lagi penyanyi? Saya juga tidak mahu memberi komen lanjut mengenai perkara ini. Bimbang jadi salah faham dan gaduh. Kesimpulannya, dari mana dia (penulis) dapat maklumat tersebut (mengenai Misha rasa dianiaya dan ingin saman penganjur).
Apakah perasaan Misha mengenai pembatalan konsert tersebut?
Misha sudah merasakan daripada awal lagi bahawa konsert tersebut tidak akan berlangsung.
Kenapa Misha beranggapan begitu?
Sebab nampak pihak pengurusan konsert terumbang-ambing.
TIADA rezeki. Misha, Adibah dan Jaclyn pernah menjayakan Konsert Tiga Permata di Esplanade Singapura pada tahun lalu.


Adakah pihak Misha diberitahu mengenai pembatalan konsert tersebut?
Pihak penganjur tidak cakap apa-apa. Mereka hanya mendiamkan diri.
Khabarnya Misha tidak dapat menghadirkan diri mengadakan persembahan sempena ulang tahun Kosmo! yang ke-9 pada Jumaat, 30 Ogos lalu disebabkan bapa, Omar Ismail mengalami serangan jantung? Bagaimanakah keadaan bapa Misha dan Mimi sekarang ini?
Ini adalah pertama kali ayah terkena serangan jantung. Alhamdulillah, keadaan dia sekarang sudah stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 29 Ogos lalu. Selasa ini, dia akan menjalani rawatan angiogram (Pewarna akan disuntik melalui kateter dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran yang jelas untuk bahagian yang tersumbat).
Apakah projek terbaharu Misha?
Misha bakal muncul dengan album baharu pada Disember ini. Buat masa ini single terbaharunya iaitu Untuk Bermimpi akan berada di pasaran.
Dalam pada itu, Kosmo! juga cuba menghubungi pihak penganjur, Dangerous Events mengenai pembatalan konsert Jelajah Tiga Permata itu. Wakilnya, Faizul Zakaria mempunyai jawapannya.
Kosmo!: Apakah masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan Konsert Jelajah Tiga Permata dibatalkan pada saat-saat akhir?
FAIZUL: Ketika merancang untuk buat konsert dan memilih tarikh September hingga November ini, tidak sangka pula tarikh tersebut bertembung dengan banyak konsert-konsert luar negara seperti Linkin Park, Metallica dan CN Blue.
Terdapat enam tempat konsert jelajah. Adakah semuanya anda fikir tidak mendapat sambutan?
Semasa penjualan tiket secara talian dibuat dan hanya konsert di Kuala Lumpur sahaja yang mendapat sambutan. Justeru, kami mengambil keputusan untuk tidak terus menjayakannya sebab ingin menjaga nama baik artis dan juga pihak penaja utama kami.
Adakah ini kali pertama pengurusan anda melakukan konsert?
Pihak kami pernah menjayakan Konsert Tiga Permata bersama ketiga-tiga artis tersebut di Esplanade, Singapura, akhir tahun lalu dan ia mendapat sambutan. Ketiga-tiga mereka juga sangat profesional disebabkan itu pihak kami merancang untuk mengadakan konsert jelajah di Malaysia pula.
Kosmo! diberitahu bahawa pihak penganjur tidak memberitahu mengenai pembatalan konsert tersebut kepada artis. Anda dikatakan hanya berdiam diri. Benarkah?
Kami ada berjumpa tiga artis tersebut dan telah memaklumkan perkembangan mengenai konsert tersebut.
Bagaimanakah pula dengan pembatalan konsert?
Mereka tidak diberitahu. Sebabnya, pihak kami masih ingin melangsungkan konsert tersebut. Mungkin kalau keadaan kembali okey kami mahu melakukannya tahun hadapan. Apa yang penting, peminat Malaysia kena tahu setiap konsert itu mempunyai keistimewaannya.

KL Zombi tampil solekan setaraf Hollywood

Posted: 02 Sep 2013 09:22 PM PDT

ANTARA babak menarik di dalam KL Zombi yang kini berada di pagawam seluruh Malaysia.


FILEM yang menampilkan watak zombi (mayat hidup) bukan sesuatu yang baharu. Hollywood misalnya terlalu banyak yang menghasilkan filem-filem zombi.
Antaranya Zombie Virus, Zombieland, Awaken The Dead, Curse of The Zombie dan yang terbaharu ditayangkan di Astro Best (saluran 481), Warm Bodies.
Jalan cerita yang ditampilkan juga mempunyai banyak persamaan iaitu sekumpulan mayat hidup yang memburu daging dan darah manusia untuk melampiaskan nafsu mereka.
Pengarah Woo Ming Jin turut menghidangkan filem terbaharunya iaitu KL Zombi.
Secara tidak langsung, Kosmo! sudah dapat meneka jalan cerita yang ingin disampaikan iaitu Kuala Lumpur diserang oleh zombi!
Biarpun sedar akan hakikat tersebut (lambakan filem zombi) namun Woo Ming Jin mempunyai alasannya mengapa dia memilih tema tersebut.
"Ini adalah pertama kali Malaysia menghasilkan filem zombi. Memang saya akui mengambil sumber inspirasi melalui filem Hollywood, Zombieland, tetapi KL Zombi mempunyai sisi lain yang saya rasakan adalah unik.
"Saya memang teringin untuk mengarahkan filem komersial untuk pasaran yang lebih luas. Sebelum ini, saya banyak menghasilkan filem pendek dan bebas.
"Jadi, saya fikir tidak salah saya hasilkan filem komersial untuk menepati selera penonton Malaysia pula," ungkapnya ketika ditemui pada majlis pratonton filem KL Zombi di Cathay Cineplex Cineleisure, Mutiara Damansara, Selangor, minggu lalu.
ZIZAN membawa watak Nipis di dalam filem KL Zombi ini.


Menjadi penggiat filem bebas hampir sedekad lamanya, dedah Ming Jin, biarpun pertama kali menghasilkan filem komersial, dia tetap memastikan ketelitian dan mutu karyanya itu.
Disebabkan itu, akuinya, tata rias, efek dan seni solekan zombi yang digunakan adalah setanding dengan taraf filem antarabangsa.
Mengulas lanjut, kata Ming Jin, filem yang diadaptasi daripada novel Fixi berjudul Zombijaya karya Adib Zaini itu juga diolah sebanyak 50 peratus agar ia sesuai ditonton seisi keluarga.
"Idea asal novel itu juga sebenarnya datang daripada saya. Jadi, saya berbincang dengan Adib agar ia dapat diolah untuk ditayangkan di layar perak," jelasnya.
Sementara itu, menurut Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin, filem KL Zombi menampilkan pelakon dan juga pengacara popular Zizan Razak di samping tiga pelakon jelita iaitu Siti Saleha, Izara Aishah dan Faezah Elai.
Ulasnya, secara tidak langsung filem yang menelan bajet sebanyak RM1.3 juta itu mampu menyuntik minat penonton untuk menonton filem ini.
KL Zombi menceritakan tentang lima kawan yang mempunyai impian dan cita-cita masing-masing. Bagaimanapun, keadaan di Kuala Lumpur menjadi huru-hara apabila diserang dengan virus yang dibawa oleh seekor anjing.
Zain Hamid yang terkena gigitan anjing tersebut mula bertukar menjadi zombi keesokan harinya dan selepas itu orang-orang di sekelilingnya juga bertukar menjadi zombi selepas digigit oleh Zain. Nipis lakonan Zizan, terpaksa memberanikan diri untuk menyelamatkan kawan-kawannya yang sudah menjadi zombi.
KL Zombi mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 29 Ogos 2013.

Ray, Haniff lebih sensitif

Posted: 02 Sep 2013 09:21 PM PDT


RAY dan Haniff kini mengendalikan rancangan Super Spontan menggantikan Adibah Noor.


PERTAMA kali membuka mulut eksklusif kepada Kosmo! selepas kontroversi ancaman bunuh gara-gara mengkritik pasukan bola sepak negeri Sarawak, deejay radio Era FM, Ray dan Haniff Hamzah memilih untuk tidak mengulas panjang.
Kata Ray atau nama sebenarnya Shah Reza Mohd. Shah yang mengendalikan segmen JoHaRa Pagi Era, dia memohon agar isu itu tidak diperbesarkan oleh mana-mana pihak selepas pihaknya membuat permohonan maaf secara terbuka pada 26 Ogos lalu.
"Kami seboleh-bolehnya tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan balas selepas membuat permohonan maaf terbuka tempoh hari.
"Lagipun, perkara ini sudah reda. Kami bimbang jika terlalu banyak bercakap mengenai kontroversi itu, ada kenyataan dimanipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," ujar Ray yang ditemui semasa Fiesta Muzik dan Bola Eravaganza di Stadium Hang Jebat, Melaka baru-baru ini.
Sebelum ini Ray, Haniff dan Johan telah menimbulkan kemarahan penyokong bola sepak Sarawak menerusi kenyataan yang dibuat apabila menggelarkan pasukan itu bermain dalam liga 'cap ayam' serta tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Premier.
Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan hingga mengundang ancaman bunuh daripada penyokong Sarawak FA.
Katanya, tidak mudah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan tindakan itu bukan sahaja dibuat menerusi siaran radio bahkan ketiga-tiga penyampai radio Era FM itu menggunakan pendekatan secara personal menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter masing-masing.
"Membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang diminta sukar untuk kami lakukan, tapi kami telah laksanakan demi tidak mengeruhkan keadaan.
"Selain siaran radio secara langsung, kami turut membuat permohonan maaf menerusi akaun Facebook, Instagram dan Twitter seandainya ada pihak yang mahukan penjelasan secara personal.
JOHARA yang terdiri daripada (dari kiri) Ray, Haniff dan Johan berharap agar isu yang telah ditimbulkan sebelum ini tidak dipanjangkan selepas mereka membuat permohonan maaf.


"Kami sudah tutup buku kontroversi itu dan enggan menambah komen untuk memanaskan kembali perkara yang telah berlaku," tambah Haniff.
Tegas Haniff, stesen radio Era FM sentiasa menyokong pasukan bola sepak tempatan dan tidak pernah berniat untuk menjatuhkan reputasi mana-mana pasukan bola sepak negeri.
"Era FM tidak putus-putus menyokong pasukan bola sepak tempatan. Kami cintakan bola sepak Malaysia dan acara Fiesta Muzik dan Bola Eravaganza ini bukan dijalankan untuk membeli jiwa mana-mana pihak.
"Perlawanan bola sepak ini telah lama dirancangkan sejak awal tahun lagi tapi terpaksa ditunda atas beberapa masalah sehinggalah ke tarikh 31 Ogos," tegasnya.
Sempena Fiesta Muzik dan Bola Eravaganza, pasukan bola sepak Era FC telah berjaya menumpaskan pasukan Arena All Stars dengan kemenangan 3-2.
Melihat kontroversi dari sisi positif dan pengajaran untuk lebih berhati-hati apabila melontarkan pandangan pada masa akan datang, ujar Haniff, setiap deejay perlu bertanggungjawab apabila bercakap.
"Segala apa yang kita cakap adalah tanggungjawab kita sendiri dan sebagai deejay, kami perlu betulkan perkara yang tidak betul.
"Selepas ini kami akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dalam memberikan pendapat. Kami membawa nama stesen radio Era FM dan perlu menjaga imej syarikat kami," katanya yang baru pertama kali berdepan dengan kontroversi hingga melibatkan ancaman bunuh.
Ray dan Haniff dalam pada itu terbabit sebagai pengacara secara langsung Super Spontan menggantikan Adibah Noor yang mengendalikan rancangan itu pada musim lalu.
"Kami diberikan tanggungjawab mengadili dan menjadi hos rancangan Super Spontan dan selepas minggu pertama, masih banyak yang perlu diperbaiki.
"Memang tertekan untuk menggantikan hos yang sudah mempunyai nama besar dalam industri seperti Adibah Noor tapi kami sahut tugas ini sebagai cabaran," jelas Haniff.

Harga RON95, diesel naik 20 sen

Posted: 02 Sep 2013 09:20 PM PDT


NAJIB ketika mengumumkan kenaikan harga minyak di Putrajaya semalam. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi.
Menurut beliau, kenaikan itu merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.
"Pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi minyak sebanyak 83 sen seliter bagi minyak petrol RON95 dan RM1 seliter bagi diesel," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam sidang akhbar di sini semalam.
Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion.
Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Tahanan lolos

Posted: 02 Sep 2013 09:16 PM PDT


LOKASI seorang tahanan lelaki lolos selepas mengadu sakit perut di Hentian Rehat dan Rawat Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Lekas dekat Seremban kelmarin.


SEREMBAN - Seorang tahanan kes dadah meloloskan diri selepas berpura-pura mahu membuang air besar di Hentian Rehat dan Rawat Plaza Tol Setul, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 8.10 pagi itu berlaku ketika dua anggota polis pengiring dalam perjalanan menghantar suspek, B. Kishminderjit Singh, 39, ke Penjara Simpang Renggam, Johor dengan sebuah van polis.
Satu sumber berkata, ketika dalam perjalanan, Kishminderjit mengadu sakit perut menyebabkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai memberhentikan kenderaan di kawasan rehat berkenaan.

Lanun Vietnam tunjuk samseng

Posted: 02 Sep 2013 09:15 PM PDT


SEBAHAGIAN daripada 3,500 nelayan tempatan berkumpul untuk mendesak pihak berkuasa memantau perairan negara daripada diceroboh lanun Vietnam di Jeti Tanjung Lumpur, Kuantan semalam.


KUANTAN – Sekumpulan lanun Vietnam yang menaiki 26 buah bot berlagak ala samseng apabila mengacukan pistol ketika cuba merempuh bot nelayan tempatan sebelum melarikan pukat yang mengandungi hasil tangkapan bernilai ribuan ringgit semalam.
Kejadian di 44 batu nautika dari Tanjung Api di sini pada pukul 10 pagi itu menyebabkan lebih 3,500 nelayan kini risau untuk turun ke laut kerana bimbang keselamatan diri mereka terancam.
Lebih mengecewakan mereka apabila Maritim Malaysia (APMM) didakwa lambat bertindak dan tidak bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan melalui radio.

Kerajaan sasar PATI sifar

Posted: 02 Sep 2013 09:14 PM PDT



BEBERAPA pegawai Jabatan Imigresen memeriksa warga asing di sebuah penempatan di George Town, Pulau Pinang semalam.


PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen telah menahan 2,433 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan dalam Ops 6P Bersepadu di seluruh negara kelmarin, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sepanjang tempoh 24 jam itu, beliau memberitahu, seramai 8,105 orang telah diperiksa dalam 40 operasi di seluruh negara melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, PATI warganegara Indonesia merupakan paling banyak ditahan iaitu 717 orang diikuti Myanmar sebanyak 555 orang, Bangladesh (387) dan Nepal (229).

Puting beliung landa timur Jepun

Posted: 02 Sep 2013 09:12 PM PDT



SEBUAH kereta terbalik dan beberapa buah rumah musnah kesan daripada puting beliung yang melanda Koshigaya, utara Tokyo, Jepun semalam.


TOKYO - Puting beliung yang melanda timur Jepun semalam menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera dan sekurang-kurangnya seorang cedera parah, selain memusnahkan sejumlah bangunan.
Polis di wilayah Saitama dekat Tokyo menyatakan bahawa seramai 63 orang dilaporkan cedera.
Butiran lanjut berhubung kecederaan mereka tidak diketahui.
Agensi berita Kyodo melaporkan, puting beliung menjejaskan bekalan elektrik, menerbangkan bumbung sejumlah rumah serta merosakkan tingkap-tingkap di sebuah sekolah rendah.
Menurut polis, enam rumah musnah di Saitama sementara 83 buah rumah lagi rosak sebahagian.
Puting beliung turut membadai sebahagian kawasan berdekatan termasuk wilayah Chiba.

Filem One Direction ungguli carta

Posted: 02 Sep 2013 09:11 PM PDT



KUMPULAN One Direction bergambar di Anugerah Video Muzik MTV pada 25 Ogos lalu di New York.


LOS ANGELES - Filem mengenai kumpulan terkenal dari Britain, One Direction mengungguli carta pecah panggung Amerika Utara hujung minggu lalu, menurut firma pengumpulan data.
Filem One Direction, This Is Us yang diarahkan oleh pembuat filem dokumentari Amerika, Morgan Spurlock berjaya membuat kutipan tiket sebanyak AS$17 juta (RM55.6 juta) pada hujung minggu lalu.
Spurlock sebelum ini dikenali dengan dokumentari tentang pendedahan makanan segera Super Size Me pada 2004.
Filem dokumentari konsert berkenaan hanya menerima ulasan yang sederhana di AS. Tetapi dengan bajet dianggarkan kira-kira AS$10 juta (RM32 juta), filem tersebut dianggap tetap memberikan keuntungan kepada syarikat penerbitannya, Sony.
This Is Us merebut tempat pertama yang sebelum ini dimiliki oleh The Butler, filem yang berkisar mengenai kehidupan sebenar seorang pelayan orang kulit hitam yang bekerja di bawah presiden-presiden AS di White House.
The Butler berjaya menambah nilai kutipan tiket sebanyak AS$14 juta (RM45 juta) dengan jumlah keseluruhan mencecah AS$74 juta (RM242 juta) dalam tempoh tiga minggu tayangan.
Sementara filem We're The Millers, lakonan Jennifer Aniston pula menduduki tempat ketiga dengan jumlah kutipan tiket sebanyak AS$12.6 juta (RM41.2 juta), diikuti oleh filem animasi Plane sebanyak AS$7.7 juta (RM25 juta).
Tempat kelima diduduki oleh filem drama komedi Instructions Not Included lakonan Eugenio Derbez dengan jumlah kutipan tiket AS$7.5 juta (RM24.5 juta).

Pecahkan kaca untuk lepaskan geram

Posted: 02 Sep 2013 09:09 PM PDT




SEBAIK pinggan yang dibaling tepat mengenai sasaran, ia pecah dan jatuh berderai. Seakan-akan suatu perasaan yang menakjubkan terbit di dalam hati. Lantas senyuman terukir di bibir. Barangkali, rasa tekanan atau benci yang tidak terluah dan terpendam dalam hati serta-merta hilang daripada tubuh. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada kepuasan itu kekal atau bersifat sementara.
Menjalani kehidupan di bandar-bandar besar diakui memang sukar. Bekerja keras untuk menepati tarikh akhir tugasan, kekecewaan hidup dan tuntutan kewangan antara alasan lazim yang dijadikan sebagai punca tekanan.
Maka, pusat karaoke, pawagam, gimnasium dan restoran-restoran mamak penuh dengan manusia yang berkumpul pada waktu malam untuk berbual kosong bagi meredakan tekanan yang dialami.
Kepada yang bukan Muslim, mereka mempunyai pilihan lain untuk meredakan tekanan iaitu dengan mengunjungi bar-bar atau kelab malam. Namun, ia bukanlah penyelesaian terbaik.
Kadangkala, kaedah sebegitu langsung tidak membantu mengurangkan tekanan selepas melepasi suatu tempoh. Rasa stres yang tidak terkawal dalam diri adakalanya mendorong seseorang bertindak ganas seperti mahu menghempas barang atau memecah barang-barang kaca.
Dengan keluasan 278.7 meter persegi, sebuah premis di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur memperkenalkan cara terbaharu dalam mengurangkan stres hidup di bandar dengan cara yang berbeza.
Dikenali sebagai Smash House, ia membolehkan individu atau kumpulan bertindak ganas, tetapi dalam keadaan perasaan yang terkawal dan gembira.
SEBELUM kaca dibaling ke dinding pelanggan boleh menulis sesuatu di atas kaca tersebut.


Tiga permainan
Ditubuhkan oleh sekumpulan anak muda seramai 12 orang, mereka berkongsi modal lebih kurang RM150,000. untuk memberi satu lagi alternatif baharu kepada penduduk bandar dalam meredakan tekanan.
"Minuman keras boleh membahayakan kesihatan dan lebih parah kalau memandu, sudah pasti ia memberi risiko kepada pengguna jalan raya lain," ujar salah seorang yang menubuhkan tempat itu, Max Poon, 31, ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dibuka dari pukul 12 tengah hari sehingga 11 malam setiap hari, ia menyediakan tiga jenis permainan iaitu bilik terang, bilik gelap dan bilik komputer.
Menurut Sam Lee, 28, yang menguruskan Smash House, bilik terang adalah untuk permainan Magic Box yang memerlukan pemain membeli sebuah kotak mengandungi pelbagai jenis set peralatan makanan seperti teko, cawan dan pinggan yang dimasukkan secara rawak.
Sebelum membaling ke arah dinding, sasaran dibuat dengan meletakkan wajah individu yang dibenci di dinding atau tulis apa sahaja perkataan pada pinggan, lalu lempar ke sasaran.
"Bilik gelap pula, untuk permainan baling botol. Cecair berwarna glow in the dark dimasukkan ke dalam botol-botol minuman berkaca.
"Dalam gelap, apabila botol dibaling dan pecah, maka cecair yang keluar akan bersinar buat seketika memberi rangsang cahaya kepada pembaling," terang Sam.
Permainan ketiga ialah pemain diberikan satu set komputer lengkap dengan monitor, unit pemprosesan pusat (CPU), tetikus dan papan kekunci untuk menjadi tempat melepaskan geram.
Bekalan barang-barang yang dirosakkan didapati daripada pembekal-pembekal bergantung kepada jenis-jenis barang an seperti dari Pulau Pinang dan Johor.
Beroperasi pada 1 Julai lalu, kaedah ini sudah menjadi budaya untuk melepaskan tekanan lebih kurang dua tahun lalu di luar negara seperti di Jepun, Amerika Syarikat, China dan Filipina.
Setiap pengunjung yang melangkah ke dalam premis Smash House di tingkat dua deretan rumah kedai pasti berasa berada dalam suasana nyaman seperti di rumah sendiri.
"Lampu menggunakan cahaya kuning dengan lantai berkarpet bagi mewujudkan suasana selesa kepada pengunjung seperti berada di rumah," kata Max lagi.

PEMAIN perlu membeli sebuah kotak yang mengandungi pelbagai jenis set peralatan makanan seperti teko, cawan dan pinggan.


Jenis bilik
Setiap bilik direka kedap bunyi dengan tiada bunyi bising kedengaran di luar bilik permainan. Di dinding pula, ditampal bekas-bekas simpanan telur supaya permukaan tidak keras melainkan tempat sasaran.
Suasana di dalam bilik pula bergantung kepada jenis bilik sama ada gelap atau terang dengan muzik kegemaran pengunjung di pasang kuat. Justeru, bunyi bising kerana kaca pecah atau pekikan pengunjung dapat ditindih.
Pengunjung boleh datang berseorangan, berpasangan mahu pun berkumpulan untuk mengadakan sebarang acara dengan maksimum seramai 15 orang.
Smash House turut mengadakan parti hari lahir, majlis korporat, sambutan ulang tahun dan acara bersama rakan-rakan atau pun apa sahaja yang boleh difikirkan pengunjung.
"Kami dapati pengunjung paling ramai datang ke sini terdiri daripada golongan wanita iaitu kira-kira 70 peratus. Permainan yang paling mereka minati ialah membaling botol.
"Setakat ini, mereka yang datang disebabkan tekanan kerja dan ada juga yang hanya mahu bersantai," kata Max lagi.
Dari segi keselamatan, pihak Smash House begitu berhati-hati terhadap aspek itu selain bersifat teliti supaya tiada sebarang kecederaan berlaku.
Tata cara pengendalian piawai sebelum permainan berlangsung, setiap peserta mesti memakai baju pelindung, but keselamatan dan topi keledar penuh.
Ia bagi memastikan tiada serpihan kaca mengenai tubuh. Bagi peralatan untuk dipecahkan pula, setiap botol minuman dan peralatan makanan dicuci terlebih dulu dengan menggunakan cecair antiseptik, Dettol.
Cawangan lain
"Ia supaya tidak ada sebarang kuman pada barang-barang dan paling penting tiada bau yang kurang menyenangkan," kata Eddy Lee, 35, salah seorang pemegang syer.
Max, Sam, Eddy dan Lucas Liew, 26, yang terlibat dalam bidang kreatif dam banyak membuat kerja-kerja dekorasi Smash House selain lapan orang lain bertemu dua tahun lalu dalam sebuah kursus pemasaran sebelum membuat keputusan membuka perniagaan itu.

PAKAIAN keselamatan wajib dipakai sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan.


Dalam memperkenalkan aktiviti terbaharu itu di seluruh Malaysia, mereka akan membuka cawangan baharu di bandar-bandar utama seperti di Johor Bahru, Johor pada akhir bulan September, manakala Pulau Pinang dijangka pada akhir tahun ini.
Selain itu, mereka turut dalam perancangan untuk mengadakan sebuah acara yang bersifat kebajikan dikenali sebagai Smash Car.
Terang Max, acara Smash Car boleh diadakan dengan syarikat-syarikat besar berkaitan automotif sebagai sebahagian daripada aktiviti.
Max berkata, tujuan utama mereka menubuhkan Smash House adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang bebas tekanan dalam kalangan komuniti bandar sekali gus membina sebuah masyarakat yang kurang melakukan keganasan dan vandalisme.
"Sekarang, sudah ada sebuah tempat selamat yang membolehkan orang ramai melegakan stres tanpa membahayakan orang lain," katanya.
Setiap dua minggu, mereka akan membersihkan bilik-bilik dan kaca-kaca pecah dijual di pusat kitar semula. Hasil jualan barang-barang lusuh tersebut didermakan kepada rumah-rumah anak yatim.
"Tetapi, kami tidak akan membersihkan semuanya. Mesti ada sedikit kaca pecah bagi menaikkan mood kepada pengunjung semasa membaling kaca," ujar Max sambil tersenyum.

Stres sebagai ujian hidup

Posted: 02 Sep 2013 09:09 PM PDT


STRES yang tidak terkawal boleh menyumbang kepada penyakit jantung, hipertensi dan kemurungan.


SAMA seperti orang lain, Jamilah Jamil, 33, yang bekerja sebagai jurutera di Johor mengalami tekanan pekerjaan.
Tekanan bukan sahaja datang daripada pihak atasan, tetapi turut berpunca daripada orang yang lebih rendah pangkatnya.
Ia berlaku kerana terdapat pekerja yang lebih senior daripadanya. Apabila Jamilah mahu bertanya soalan pasti dijawab dengan nada acuh tak acuh atau jawapan yang tidak sepatutnya.
Justeru, apabila memikirkan masalah kerja akibat pekikan para senior, dia berasa stres.
"Apabila itu berlaku, saya pasti keluar bersama rakan-rakan untuk beriadah, mengikuti kelas senaman dan berbual-bual.
"Jika tiada rakan-rakan dan malas memikirkan masalah yang terjadi, saya pulang dan tidur supaya dapat memulakan hari esok dengan mood yang lebih baik," katanya ketika dihubungi Kosmo!
Bercerita mengenai perbezaan zaman belajar dengan bekerja, Jamilah mengakui lebih tertekan menjadi pekerja berbanding pelajar.
"Barangkali, ketika itu rakan-rakan masih ramai, jadi dapat berkumpul dan melupakan masalah dengan mudah. Kerja pula bersifat tanggungjawab yang perlu dibuat dengan penuh dedikasi," luahnya sambil menghela nafas.
Punca tekanan boleh berlaku atas beberapa sebab. Antaranya, hati kurang bergantung kepada Allah, rasa was-was akibat hasutan syaitan, banyak berfikir negatif dan mengambil serius perkara atau nasib yang bakal berlaku.

SOLAT adalah cara terbaik untuk menenangkan diri. - Gambar hiasan


Menurut Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya, Dr. Muhammad Lukman Ibrahim, tekanan juga boleh terjadi apabila mudah berputus asa dan lupa mengenai khazanah Allah yang maha luas selain bimbang dengan kekurangan harta.
Sementara itu, Pengamal Perubatan Moden dan Pakar Motivasi dalam dan luar negara, Dr. Danial Zainal Abidin, 58, menjelaskan, terdapat dua bentuk stres.
Tekanan yang melahirkan kesan positif dipanggil eustress atau tekanan yang baik. Contohnya, seorang pelajar akan mengalami tekanan terutamanya apabila tarikh peperiksaan semakin hampir.
Cara melihat tekanan
Tekanan bahaya adalah tekanan yang gagal dikawal sehingga membuatkan seseorang itu sugul, putus harapan, mahu membunuh diri dan seumpamannya.
Ia dikenali sebagai distress atau tekanan yang memudaratkan. Kesannya boleh dilihat pada fizikal dengan mengalami pening-pening pada peringkat pertama.
Kemudian, jantung berdegup laju, tekanan darah tinggi, kemurungan dan boleh mengalami histeria.
"Keadaan dan sikap seseorang menentukan sama ada sesuatu tekanan itu baik atau memudaratkan.
"Jika sikap negatif keterlaluan, ia membawa kepada distress. Pendekatan yang betul ialah berpandukan agama," terang Danial.
Contohnya, jika seseorang itu mengalami kemalangan, dia akan melihat secara positif dan menerima ketetapan yang telah terjadi.
Namun, apabila mangsa merungut dan mempersoalkan diri mengalami kecelakaan, ia sukar dijawab lalu stres menjadi semakin teruk.
Setiap kali mengalami ujian, kita perlu meyakini setiap yang berlaku datang daripada Allah dan pasti ada hikmah. Justeru, Islam menganjurkan umatnya bertawakal atau berserah kepada-Nya.
LUAHKAN setiap masalah kepada Allah kerana Dia sebaik-baik pendengar.- Gambar hiasan


Kata Danial, ia bermaksud tidak merungut dan mengamuk sebaliknya bersangka baik kepada Allah.
Cara kedua ialah dengan bersolat dan bersabar. Sabar dan solat yang dibuat secara khusyuk boleh mendamaikan jiwa seperti yang difirmankan dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 153 bermaksud:
"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar."
Kaedah ketiga adalah sentiasa berzikir seperti firman Allah pada surah ar-Ra'd ayat 28: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
"Dengan mengamalkan kaedah itu, individu tidak mengalami panik atau histeria, minda dan otak boleh fokus bagi menentukan tindakan yang sesuai dalam menyelesaikan masalah.
"Pada masa yang sama seseorang itu dapat mengawal stres," ungkap Danial.
Dalam pada itu, Muhammad Lukman berkata, tekanan sememangnya ujian yang diturunkan Allah seperti hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim: "Tiada suatu pun yang menimpa orang mukmin daripada kesusahan, penyakit, kegelisahan, kesedihan sehingga satu duri yang mencucuk melainkan Allah mengampunkan dosanya."
Tambahnya lagi, ayat 155, surah al-Baqarah menegaskan bahawa semua masalah yang berlaku adalah ujian dan pasti ada ganjaran kepada mereka yang bersabar.
Terjemahan ayat tersebut berbunyi: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Berilah khabar gembira kepada orang yang sabar."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines