Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Isu baju dalam merah Rozita Che Wan
- Mahu ikut jejak ibu bapa
- Rita Rudaini Belum Sedia Cari pengganti Aidil
- Anuar Zain Pernah Boros Beli Barang Berjenama
- Gusti pikat Sherry Ibrahim
- Memori Malam Melayu Klasik
- Kereta berbentuk pesawat makhluk asing dilelong
- Fon telinga bersalut emas pertama di dunia
- Kusyen pengguna tablet diperkenalkan di Jepun
Isu baju dalam merah Rozita Che Wan Posted: 22 Sep 2013 06:31 PM PDT
SELEPAS kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet. Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut. Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya baru-baru ini. Kosmo!: Adakah Che Ta tahu tentang isu baju dalam berwarna merah yang kononnya milik Che Ta dijual di internet? CHE TA: Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu. Apakah reaksi Che Ta apabila mendapat tahu ada orang menggunakan nama Che Ta untuk menjual baju dalam tersebut? Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa. Che Ta malu atau tidak dengan isu ini? Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.
Adakah kejadian seperti ini pernah berlaku? Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya guna korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya, jika ada lagi yang ingin lariskan produk dengan memetik nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini. Bagaimanakah reaksi peminat Che Ta pula? Peminat sekarang semuanya bijak, mereka mampu bezakan mana cerita benar atau tidak. Saya tidaklah terjejas sangat, begitu juga dengan peminat. Mereka faham, bermacam perkara yang orang tidak bertanggungjawab boleh lakukan untuk menjatuhkan seseorang, tidak kiralah artis atau orang biasa. Selagi saya mampu tersenyum, ketawa dan bekerja seperti biasa, perkara seperti ini bukan masalah besar. Nampaknya nama Che Ta cukup popular sehingga ramai yang mempergunakan nama Che Ta untuk lariskan produk. Tidak terfikir untuk hasilkan produksi sendiri? Bagus juga idea itu, selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain. Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan yang dijangka bakal berlangsung pada Disember depan? Sekarang saya perlahankan kerjaya lakonan untuk memberi fokus kepada kedua-dua anak saya yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Saya hanya memberi fokus kepada program Ratu Rania dan juga Primadona. Saya belum buat sebarang persiapan perkahwinan, mungkin bulan Oktober barulah akan mula merancang dan mempersiapkan apa yang patut. | |||
Posted: 22 Sep 2013 06:30 PM PDT
BIARPUN pembabitan Miera Liyana sepanjang berlakon pernah dipalit dengan beberapa kontroversi negatif, dia dilihat antara pelakon muda yang begitu berbakat besar. Bermula dengan bakat lakonannya dikesan menerusi drama bersiri Luna Fantasiku, sehingga kini dia sudah berlakon lebih daripada 20 buah drama bersiri seperti Kamelia Katrina, Psikik dan Nora Elena. Cuma, kontroversi yang dilaluinya apabila berpenampilan terlalu seksi dalam sebuah majlis serta kisah percintaannya dengan pelakon Shahrizal Jaszle dahulu sedikit merencatkan pemerhatian peminat terhadap perkembangan kerjaya lakonannya. Bertemu dengan pelakon berkenaan pada majlis pertunjukan fesyen Oriental Rhapsody di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini, Miera mengakui cukup gembira dengan apa yang dikecapinya sekarang ini. "Setelah tiga tahun bergelumang dalam bidang lakonan, saya bersyukur kerana mutu lakonan saya bertambah baik, malah tawaran yang diterima tidak putus-putus. "Saya berterima kasih kepada pihak yang telah memberi peluang dan kepercayaan. Ternyata bidang lakonan ini memberi banyak pengalaman yang berguna kepada diri saya," luahnya. Pada saat karier seninya yang semakin berkembang baik serta peluang yang lebih terbuka untuk mencipta nama sebagai pelakon, Miera menyatakan bahawa dia sebenarnya mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seninya. Menegaskan yang dirinya bukanlah merajuk sehingga tidak mahu lagi terbabit dalam bidang hiburan, dia menjelaskan puncanya disebabkan mahu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. "Kalau boleh saya mahu ikut jejak ibu bapa saya yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sebenarnya mereka langsung tidak pernah memaksa kerana ia pilihan saya sendiri. "Sekarang ini saya sudah mula mempelajari selok-belok perniagaan, tetapi tidak tahu lagi untuk memilih bidang yang sesuai. Namun begitu, saya merancang menceburi perniagaan permotoran," ujarnya. Ketika ditanya sama ada dia tidak berasa rugi dengan keputusan yang dibuat memandangkan namanya sebagai pelakon semakin mantap, dia seperti sukar untuk menjawab pertanyaan yang diajukan. "Sejujurnya saya tidak merasakan sebarang kerugian kerana apa yang ingin dilakukan itu adalah untuk jangka masa panjang. Pada usia muda inilah merupakan waktu yang paling sesuai untuk memulakannya. "Lagipun sampai bila saya hendak berlakon dan saya tidak mungkin akan menceburi dunia lakonan buat selamanya. Bukannya bidang ini tidak menjamin masa depan cerah, tetapi persediaan yang awal harus dilakukan," tegasnya.
Selain itu, Miera juga menyatakan dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengharapkan sebarang bantuan daripada ibu bapanya, meskipun dia boleh menyertai mana-mana perniagaan yang dijalankan oleh keluarganya. "Ada yang bertanya kenapa saya tidak meneruskan sahaja salah satu perniagaan yang diusahakan oleh ibu bapa saya. Jawapannya mudah, sudah tentu saya mahu berjaya dengan hasil usaha sendiri. "Apa yang saya mahukan daripada mereka hanya sekadar bimbingan dan tunjuk ajar mereka memandangkan saya pun tidak belajar tinggi. Biarpun mahu terlibat dalam perniagaan, tetapi dunia lakonan tidak dilupakan dan saya masih sedia menerima sebarang tawaran yang sesuai," jelasnya. Rezeki bertambah Jika sebelum ini Miera pernah dilanda beberapa kontroversi yang telah meninggalkan impak kurang baik terhadap dirinya, kini dia berasa lega kerana keadaan dirinya kini sudah terkawal. Biarpun ada sesetengah pihak yang beranggapan kontroversi kadangkala mampu memberi kelebihan, dia berpendapat bahawa tanpa dikaitkan dengan sebarang cerita sensasi, seseorang artis itu masih boleh berjaya. "Mungkin sekarang ini nama saya sudah kurang menjadi sebutan, berbanding semasa dikaitkan dengan beberapa kontroversi dahulu. Namun begitu, saya melihatnya daripada sudut yang positif. "Antaranya, tawaran berlakon yang diterima sekarang lebih banyak, meskipun tanpa dikaitkan dengan sebarang cerita sensasi. Ia membuktikan penerbit dan pengarah lebih melihat kemampuan seseorang pelakon itu," ujarnya. Berasa lebih selesa dengan keadaan yang dilaluinya kini, Miera berharap agar dirinya tidak lagi dipandang sinis oleh peminat agar dia lebih fokus dengan aktiviti yang dilakukannya sekarang. "Saya tidak kisah kalau nama sudah kurang menjadi sebutan, asalkan terus diberi kepercayaan untuk berlakon. Lagipun sebagai artis yang dilantik menjadi duta produk, pastinya saya perlu menjaga nama baik," tuturnya.
Mengacara Selain aktif dalam dunia lakonan, Miera pernah diberi peluang untuk bergelar seorang pengacara apabila bergandingan dengan pelakon Kamal Adli untuk mengacarakan rancangan hiburan Hip TV. Bagaimanapun, jodoh mereka bersama rancangan tersebut tidak bertahan lama, sehingga ada yang beranggapan bahawa dia dan Kamal telah disingkirkan dan digantikan oleh pengacara lain. "Perkara ini sudah jelas dan saya tidak pernah disingkirkan daripada Hip TV. Saya tidak lagi mengacara kerana kontrak bersama mereka selama enam bulan sudah tamat. "Tidak dinafikan ia merupakan satu tempoh yang agak singkat, tetapi terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar pengacara rancangan tersebut," jelasnya. Menurutnya, selepas tidak lagi bersama Hip TV, belum ada sebarang tawaran yang diterima untuk menjadi pengacara. Namun begitu, dia masih berminat mengacara dan sedia menerima sekiranya ada tawaran sesuai. "Memang jiwa saya lebih terarah kepada bidang lakonan, tetapi saya sudah mula rasa seronok dalam dunia pengacaraan. Kalau ada tawaran lagi saya akan terima, cuma tidaklah terlalu berharap sangat," ujarnya menutup perbualan. | |||
Rita Rudaini Belum Sedia Cari pengganti Aidil Posted: 22 Sep 2013 06:29 PM PDT PETALING JAYA: Sejak bercerai pada 5 September lalu dengan pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, pelakon Rita Rudaini mengakui belum bersedia untuk mencari pengganti bekas suaminya itu. Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 37, berkata, dia ingin memberi fokus kepada perniagaan produk kecantikan miliknya bersama rakan kongsi, Siti Saleha Idris iaitu RS Collagen dan RS Magic Slym yang baharu ditubuhkan Mac lalu selain sibuk dengan kerja-kerja lakonan. "Selepas bercerai, saya tidak pula mencari pengganti dan tak ada pun lelaki yang nak datang risik dekat saya. Mereka takut kot (ketawa). "Tetapi buat masa ini biarlah saya fokus kepada kerja, perniagaan dan anak-anak terutamanya kerana mereka masih kecil dan perlu diberi perhatian lebih," katanya. Hasil perkahwinan Aidil, 26, dan Rita, pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. Tambah Rita, kegagalan rumah tangganya itu juga tidak membuatkan dia serik untuk memiliki suami buat kali kedua namun akan memastikan lelaki yang dipilih itu akan menyayangi kedua-dua anak lelakinya. Ditanya adakah cita rasanya masih lagi kepada lelaki muda, Rita berkata, dia percaya kekuatan sesebuah pasangan suami isteri bukan terletak pada usia dan tidak pernah meletakkan had umur lelaki yang ingin mendekatinya. "Lelaki muda atau tua, sama sahaja. Sekiranya ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahu lelaki itu kuat pendirian dan menyayangi anak-anak lebih daripada saya sayang mereka. "Saya pun tak berani nak cakap suka yang muda atau tua. Sekali dapat umur 30 tahun lebih muda macam mana? Macam dulu, saya sukakan lelaki yang matang dan aleh-aleh dapat lelaki muda (Aidil)," selorohnya. Sementara itu, Rita berkata, pergolakan rumah tangganya yang mengambil masa beberapa tahun sehinggalah bergelar janda telah mematangkan dirinya dan pada masa sama mengajar dia untuk menangani masalah dengan lebih bijak. "Jika dulu, setiap kali ada masalah, mulalah fikiran saya serabut. Alhamdulillah, selepas bercerai, saya dapat rasa yang diri ini lebih senang menguruskan masalah. "Mana yang tak penting kita abaikan sahaja, baru fikiran tak kusut," tuturnya. | |||
Anuar Zain Pernah Boros Beli Barang Berjenama Posted: 22 Sep 2013 06:28 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain mendedahkan sikapnya yang sebelum ini seorang lelaki boros yang gemar menghabiskan wang membeli barang-barang berjenama. Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, berkata, dia gemar mengumpul barangan berjenama terutamanya jenis kemeja-T Polo namun tabiat itu sudah lama itu kini sudah boleh dikawal. "Benar, saya seorang yang gemar membeli barangan berjenama, tetapi tabiat itu sudah sembilan tahun lalu saya tinggalkan dan kini ia boleh dikawal. "Sekarang ini boleh dikatakan saya seorang yang sangat berhemah dalam berbelanja, tidak macam dulu. Saya tidak lagi terlalu kerap membeli dan hanya pakai apa sahaja yang selesa dan sesuai," katanya. Tambah Anuar, dia juga tidak lagi terlalu memilih jenis pakaian berjenama yang digayakan, namun masih lagi mengekalkan imejnya yang sering tampil kemas dan elegan. Sementara itu, ditanya pula mengenai penjagaan kesihatan, Anuar berkata, sebagai penyanyi dia perlu sentiasa cergas agar dapat memberikan persembahan yang baik dan di usia 40-an dan kerana itu dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan. "Pengambilan makanan tambahan amat penting kerana ia dapat menambahkan zat-zat yang kita tidak ada dalam badan. Selain itu, saya juga mengamalkan pengambilan vitamin C dan E," ujarnya. Sementara itu, Anuar bakal muncul dengan sebuah persembahan konsert Eksklusif Bersama Anuar Zain sempena Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia yang bakal berlangsung pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baharu di sini Tujuan utama majlis itu bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan menerusi tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB). Tiket bagi majlis yang turut mendapat kerjasama Sutera Qaseh Resources itu dijual dengan dari harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja. Ia boleh ditempah menerusi talian 017-3577537 (Didi) , 016-4040001 (Imazara) atau 03-62064756 (pejabat). | |||
Posted: 22 Sep 2013 06:14 PM PDT
BERCERITA tentang latar belakang Gusti Arya, dia merupakan seorang jejaka berusia 24 tahun yang sangat meminati bidang muzik. Minatnya itu telah mendorong Gusti bermain alat muzik seawal usia 11 tahun. Jika dibicara tentang jejaka kelahiran Indonesia ini, pasti peminat industri muzik tempatan tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki itu. Gusti Arya atau nama sebenarnya Gusti Nyoman Arya Yudistira merupakan seorang deejay yang aktif bermain muzik di kelab-kelab malam di Indonesia. Bidang nyanyian merupakan cabang seni yang sememangnya baharu diceburi hasil dorongan semangat ingin mencuba. Single pertama pemuda yang lebih mesra disapa sebagai Gusti ini bakal disempurnakan pada bulan hadapan. Apa yang menariknya, Gusti akan berkolaborasi dengan pelakon tempatan, Sherry Ibrahim. "Ketika itu saya membuat persembahan di Bali, Indonesia. Kemudian Bambang yang merupakan jurusolek kepada Sherry datang bertemu saya dan memberitahu ada seorang teman pelakon di Malaysia yang ingin menjadi penyanyi. Kami berbincang dan ketika itu saya memperdengarkan dia kesemua lagu saya yang telah disiapkan. "Kemudian, dia telah membawa lagu tersebut untuk diperdengarkan kepada Sherry dan menyukainya. Setelah itu, saya berjumpa Sherry dan LOL Entertainment untuk berbincang dan mereka setuju untuk bekerjasama. Mungkin kami juga akan melancarkan album mini termasuk bersama kesemua artis di bawah naungan LOL Entertainment," ujarnya. Menjelaskan lebih lanjut, dia memberitahu single pertama mereka diberi judul Flirting.
Katanya: "Sejujurnya, saya suka bekerjasama dengannya. Ini kali pertama Sherry rakam lagu, jadi apa yang saya dapat lihat, dia memang sangat bersungguh-sungguh ingin lakukannya," tuturnya yang juga akan berduet bersama Dafi. Bercerita tentang perjalanan karier muziknya, kata Gusti, dia sering bekerjasama dengan abangnya dalam menggubah dan menulis lirik lagu. Bercerita tentang genre Flirting pula, Gusti telah memilih untuk digubah dalam genre elektro pop yang kedengaran sedikit moden. "Pengarah muzik bagi lagu-lagu saya ialah abang saya sendiri, Gusti Bayu, yang menggubah dan menyusun kesemuanya. Saya dan abang saya seperti tidak dapat dipisahkan kerana kami sering bermain muzik bersama-sama. "Dahulu, kami ada sebuah kumpulan yang dipanggil Maniac namun kini semuanya telah berpecah kerana mempunyai komitmen masing-masing. "Sekarang hanya tinggal saya dan abang dan kami masih meneruskan perjuangan muzik kami dengan menjadi deejay di kelab-kelab," ceritanya tentang perjalanan karier muziknya dahulu dan kini. Ditanya tentang mengapa ingin meluaskan cabang kariernya, tutur Gusti, dia sememangnya menggemari bidang muzik. Justeru, sebagai seorang yang masih muda, tidak salah untuk dirinya mencuba dalam pelbagai bidang. Tambah Gusti, dia akan sentiasa positif diri dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan muziknya bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia. Selain bidang nyanyian, bicara Gusti, dia juga pernah ditawarkan berlakon di Indonesia. Bagaimanapun, jelasnya, jika ingin melibatkan diri dalam bidang lakonan, dia memerlukan tunjuk ajar daripada pakar. "Saya juga banyak terima tawaran berlakon di Indonesia namun saya rasa ia belum lagi menjadi bidang saya. Saya berani bercakap dan yakin jika ia tentang muzik namun, jika lakonan, saya mungkin perlu dilatih oleh profesional jika benar-benar mahu berlakon," katanya yang juga seorang model iklan di Indonesia. | |||
Posted: 22 Sep 2013 06:12 PM PDT
TIDAK perlu deretan ensemble mengiringi persembahan selama sejam setengah Malam Melayu Klasik di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam Isnin lalu. Cukup sekadar beberapa pemain instrumen tradisional termasuk akordion, gambus dan rebana di bawah pimpinan konduktor Badan Kesenian Yayasan Warisan Johor, Omar Taib sudah memberikan cukup rencah sepanjang persembahan. Pentas dibuka menampilkan Elly Mazlein sebagai penyanyi jemputan. Elly menyampaikan lagu Tanjung Puteri yang sebelum ini dipopularkan oleh Rosiah Chik serta sebuah lagu nyanyian Elly Kasim, Kaparinyo. Bersahaja, namun suara lunaknya berjaya mencuri hati penonton untuk setia di kerusi masing-masing. Bintang kelahiran Akademi Fantasia, Haziq meneruskan persembahan menerusi rangkaian lagu-lagu Ahmad Jais dan Tan Sri SM Salim antaranya Umpan Jinak Di Air Tenang, Di Ambang Sore, Tak Seindah Wajah dan Mohon Kasih. Haziq dalam pada itu turut menyanyikan sebuah lagu duet bersama Rosma berjudul Joget Cinta Sakti. Muzium Kemunculan Datuk Andre Goh, satu-satunya penyanyi lagu Melayu asli bukan Melayu sudah pasti dinanti-nantikan oleh penggemar irama tradisional itu. Andre membuai penonton dengan beberapa buah lagu yang memperkenalkan dirinya dalam industri seni seperti Wak Daeng, Makan Sireh, Joget Penghibur dan Mas Merah. Selain itu, Andre turut menyampaikan dua buah lagu nyanyian asal Neng Yatimah dan Datuk Sharifah Aini berjudul Asmara Terkenang dan Hiburkanlah Hatiku.
Berseloroh tapi dalam masa sama menyampaikan mesej tersirat, kata Andre, dia tidak menjangkakan sambutan hangat penonton yang hadir menyaksikan Malam Melayu Klasik, tambahan pada hari cuti umum sempena Hari Malaysia. "Saya ingatkan penonton yang datang mungkin cuma 10 orang, tapi syukur rupa-rupanya masih ramai lagi peminat lagu-lagu Melayu asli. Buktinya kehadiran pada malam ini," ujarnya. Tambah Andre menyambung bicara bersama penonton: "Sebenarnya saya takut suatu masa nanti kita hanya mampu menyuruh anak-anak ke Muzium Negara saja untuk mendengar lagu-lagu Melayu asli, walhal acara begini sebenarnya lebih praktikal untuk mendidik." Daripada 700 orang penonton yang hadir memenuhi Dewan Filharmonik Petronas, turut kelihatan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan beberapa artis terkenal tanah air antaranya Ella dan suami, Farhan, Fazli Zainal dan Datuk Shah Rezza. Konsert yang diiringi penari Badan Kesenian Yayasan Warisan Johor itu melantik Onn Jaafar sebagai pengarah artistik. Turut membuat kejutan ialah kemunculan vokalis kumpulan Ilusi, Ayai menyanyikan lagu Inang Bujang dan Dara selepas memperdengarkan serangkap lagu popular, Puisi Cinta. Pujian Sedikit reaksi penonton yang menyaksikan persembahan kali ini, kebanyakannya kurang berpuas hati dengan kelicinan transisi persembahan. Apabila Elly, Haziq dan Andre sering bertukar posisi dan keluar masuk terlalu kerap, perkara itu sedikit sebanyak menjejaskan fokus penonton yang sudah asyik dibuat nostalgia lagu-lagu klasik. Durasi satu jam tiga puluh minit sejujurnya belum cukup untuk mencuri hati orang ramai terutama pelancong asing mengenai lagu Melayu asli, bagaimanapun sekurang-kurangnya dapat memperkenalkan keunikan yang ada di Malaysia. Apapun, pujian harus diberikan atas kredibiliti Andre yang masih ampuh memperjuangkan lagu-lagu Melayu asli hingga kini. Pujian juga perlu diberikan kepada Dewan Filharmonik Petronas atas usaha mengangkat martabat warisan seni yang hampir dilupai generasi kini. | |||
Kereta berbentuk pesawat makhluk asing dilelong Posted: 22 Sep 2013 06:04 PM PDT TALLAHASSEE, Florida - Seorang lelaki, Michael Vetter melelong sebuah kereta yang memiliki bentuk luar biasa (ETV) miliknya di laman web lelong eBay pada harga AS$100,000 (RM315,337). Kereta yang diubah suai secara ekstrem dan kelihatan seperti kenderaan makhluk asing itu menyebabkan sesiapa sahaja terpegun apabila melihatnya. Tindakan Vetter menjual kereta yang dibelinya pada tahun 2012 di eBay itu menarik perhatian ramai peminat kereta. "Anda melihat sebuah kereta yang ramai orang suka bergambar dengannya pada setiap hari, lebih banyak daripada mana-mana kereta Lamborghini atau Ferrari. "Pemanduannya sangat lancar, padu dan boleh dipercayai. Berdasarkan rupa bentuknya, semakin laju dipandu, ia akan menjadi semakin senyap," katanya yang memasang enjin Chevy 2.2 liter dalam kereta berkenaan. Tambahnya, ia juga kelihatan lebih menarik pada waktu malam. "Saya telah memasang satu sistem lampu LED pada bahagian bawah kereta. Ia menghasilkan kesan cahaya yang menarik," kata Vetter. | |||
Fon telinga bersalut emas pertama di dunia Posted: 22 Sep 2013 06:00 PM PDT BERLIN - Sebuah fon telinga bersalut emas seberat 18 karat yang pertama seumpamanya di dunia telah diperkenalkan di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin. Fon telinga jenama Happy Plugs dari Sweden itu dipertontonkan pada pameran elektronik IFA di Berlin, Jerman Khamis lalu. Fon telinga buatan tangan itu ditawarkan pada harga AS$14,000 (RM46,900). Ia menyamai harga sebuah kereta, dua buah jam Rolex atau sebentuk cincin berlian jenama barang kemas terkemuka, Tiffany & Co. di New York. Gajet itu dihasilkan oleh sebuah syarikat emas, Goldsmith dekat wilayah Old Town, Stockholm. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Happy Plugs, Andreas Vural menjelaskan, "Kami hasilkan sebuah fon telinga bersalut emas 18 karat yang boleh dimiliki pada harga AS$14,000." Kedua-dua belah fon telinga itu disalut emas termasuk pada wayarnya. Happy Plugs turut mengeluarkan fon telinga berwarna metalik versi emas, perak dan pelbagai warna lain. | |||
Kusyen pengguna tablet diperkenalkan di Jepun Posted: 22 Sep 2013 05:58 PM PDT TOKYO - Sebuah kusyen baharu untuk pengguna tablet bermain permainan video yang dipanggil Goron diperkenalkan dalam Pameran Permainan Video Tokyo 2013 kelmarin. Kusyen itu dikatakan sesuai untuk remaja yang malas bangun dari katil dan suka bermain permainan video sambil berbaring. Gajet terbaharu itu tidak akan menyebabkan penggunanya mengalami sakit leher atau tulang belakang apabila bermain permainan video pada gajet mudah alih mereka. Pelapik kusyen tersebut kelihatan seperti kerusi kereta yang diubah suai. Ia membenarkan pemain video berbaring dalam keadaan yang lebih selesa. Walaupun baharu diperkenalkan, produk buatan Jepun itu telah menerima sambutan menggalakkan. Namun, orang ramai masih tidak yakin dengan kegunaannya. Seorang pengguna, Yuki Rinkya kelihatan begitu teruja dengan prospek kusyen itu yang membolehkannya berbaring dan bermain video dengan lebih mudah. Tulis Rinkya di Twitternya: "Ia merupakan kusyen paling hebat di dunia untuk orang yang malas di Jepun." Seorang lagi pengguna, Lyn Zeng kurang teruja dan menyatakan gajet terbaharu itu hanya untuk orang yang malas. "Ia untuk mereka yang misi dalam hidupnya hanya berbaring," kata Zeng. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |