Khamis, 19 September 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Mawar sukar didekati

Posted: 18 Sep 2013 12:02 AM PDT




STATUS sebagai selebriti bukan platform mudah bagi pelakon Fizo Omar untuk mencairkan hati anak kepada pemilik tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim.
Akui Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, Mawar seorang yang sangat komited pada kerja dan dia juga tidak seperti kebanyakan wanita yang senang didekati.
"Susah sebenarnya hendak dekat dengan dia (Mawar). Walaupun status saya sebagai artis. Dia sangat tegas dan komited pada kerjanya," ungkapnya tatkala disoal bagaimana hubungan mereka terjalin.
Bicara Fizo lanjut, pada dasarnya mereka berjumpa atas dasar kerja tanpa melibatkan perasaan, namun akhirnya hati lelaki Fizo mulai terpaut pada Mawar selepas melihat kesungguhan dan kebijaksanaan wanita itu menguruskan perniagaan ibunya.
Fizo juga mengakui, dia yang memulakan langkah pertama mendapatkan nombor telefon Mawar dan menghubungi wanita itu.
"Saya kagum melihat dia menguruskan perniagaan ibunya. Dia bukan jual mahal masa mula-mula saya ingin mendekatinya tetapi dia terlalu komited terhadap kerjanya," ujar Fizo ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 80 koleksi eksklusif tudung Fareeda pelbagai warna, corak dan kerongsang di ibu pejabat Fareeda di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.
FIGURA kacak ini berazam tidak akan meninggalkan dunia lakonan meskipun sibuk dengan urusan bisnes.


Bersedia mental & fizikal
Selepas mengenali Mawar pada tahun lalu dan mendapat restu daripada ibunya, Hasnah Jidin, dia tidak menunggu lama dan terus merisik wanita itu pada 28 Ogos lalu.
Pada usianya yang sudah mencecah 28 tahun Fizo juga mendedahkan, dia sudah mencapai sasarannya dalam membuka perniagaan dan juga melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga.
Dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan.
"Sasaran saya sudah tercapai pada usia 28 tahun. Kini, saya bersedia pula dari segi mental dan fizikal mencari calon yang sesuai untuk dijadikan isteri. Pada masa yang sama, saya berjumpa dengan Mawar. Saya terpikat padanya," luah Fizo yang bakal mengikat tali pertunangan dengan Mawar pada Oktober depan.
Tidak mahu bertunang lama dan merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini, ujar Fizo, kalau ikutkan, dia tidak mahu bertunang dan terus melangsungkan perkahwinan.
Begitupun, dia sekadar mengikut adat dan syarat untuk mengikat tali pertunangan biarpun hanya sekejap.
Terbit drama
Berkongsi mengenai perniagaan Hot Burger miliknya, kata Fizo, setakat ini dia mempunyai hampir 30 cawangan Hot Burger di sekitar Lembah Klang dan merancang untuk menambah 20 cawangan di Kelantan dan juga 30 cawangan di Johor Bahru.
Disoal sama ada dia bakal meninggalkan dunia lakonan kerana sibuk menguruskan perniagaan, akui Fizo, dia masih lagi berlakon, cuma mengurangkan aktiviti lakonannya demi memberi tumpuan pada perniagaan dan penerbitan drama yang baru diceburinya.
"Saya tidak akan tinggalkan bidang lakonan tetapi terpaksa memilih tawaran dan watak yang datang. Bukan apa, penghujung tahun ini buat pertama kalinya saya akan menerbit sebuah drama bersiri untuk RTM. Sebelum ini, saya pernah menerbitkan video korporat untuk kerajaan," jelasnya.
Mengulas lanjut, kata Fizo, dia juga masih menjadi pengacara untuk program Nasi Lemak Kopi O di TV9 dan juga memberi taklimat kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti.
MAWAR menolak dengan baik daripada dirakam berdua-duaan dengan Fizo.


Ibu punca Mawar terima Fizo
PERTEMUAN dengan anak pemilik tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim, 24, dan bakal tunangnya Fizo di majlis memperkenalkan 80 koleksi eksklusif tudung Fareeda di ibu pejabat Fareeda di Bangi, Selangor membuatkan Kosmo! ingin menyatukannya mereka untuk hiasan muka depan Hab-Hib.
Bagaimanapun, Mawar menolak secara baik gambarnya dan Fizo dirakam secara berdua.
Katanya, tidak manis gambarnya dirakam sebelum dia dan Fizo mempunyai ikatan yang sah.
Akur dengan permintaannya itu, Mawar diajukan soalan apakah kriteria Fizo yang membuatkan hatinya terpaut.
Ungkap Mawar, kesungguhan Fizo pada kerja dan juga restu keluarganya membuatkan hatinya dibuka untuk pelakon itu.
"Saya tidak memandangnya sebagai artis tetapi melihat pada cara dia berniaga. Dia bersungguh dalam kerjanya. Pada masa yang sama, ibu merestui hubungan kami," ujarnya yang malu-malu mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Fizo.
Akui Mawar, secara jujur dia pada mulanya agak takut mendekati Fizo kerana statusnya sebagai selebriti tetapi ibunya, Faridah Zakaria melembutkan hatinya untuk menerima Fizo.
Jelas Mawar, ibu memintanya jangan terlalu garang dan tegas terhadap Fizo kerana dia berasakan lelaki itu bersungguh ingin mengenalinya lebih dekat.
"Saya tidak pernah ada hubungan yang serius sebelum ini. Mama yang banyak nasihat saya supaya tidak terlalu garang dan dia juga melembutkan hati saya untuk menerima Fizo," dedah Mawar.

Rozita Che Wan Gemar Berbaju Ketat Untuk Kesan Gemuk

Posted: 18 Sep 2013 12:01 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui langkahnya memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan adalah salah satu cara untuk memudahkan dia menjaga berat badan.
Rozita atau lebih senang disapa Che Ta, 40, berkata, memakai pakaian sedemikian dapat membantunya mengekalkan berat badan di mana lebih mudah untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak muat.
"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.
"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," katanya kepada mStar Online.
Tambah Rozita, walaupun dia dilihat sebagai seorang yang begitu peka dalam soal pemakanan, namun dia tidak pernah mengehadkan jenis makanan yang boleh dimakan, cuma amaun yang dimakan sahaja yang dikurangkan.
Sementara itu, Rozita memberitahu, walaupun ramai yang melihatnya sebagai wanita yang rajin berhias, namun dia bukanlah seorang yang gemar mengikut trend fesyen terkini.
"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.
"Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis 'peplum' tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.
"Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri," tuturnya.

Muat Naik Gambar Anjing Balasan Untuk Peminat - Ika Nabila

Posted: 18 Sep 2013 12:00 AM PDT

Ika Nabila
KUALA LUMPUR: Pelakon Ika Nabila menganggap tindakannya membalas komen pengikut laman sosial Instagram miliknya dengan cara yang kasar bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap biadab.
Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 24, berkata, dia memuat naik gambar seekor anjing yang ditujukan kepada pengikut laman sosial itu sebagai satu pengajaran agar mereka tidak mengulangi perbuatan memberi komen-komen negatif.
"Saya rasa tindakan itu tidak biadab kerana mereka yang memulakan dulu dengan menyuruh saya melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
"Mereka yang terlalu biadab bagi saya dan perbuatan itu memang seharusnya dibalas dengan tindakan kasar (memuat naik gambar anjing)," katanya kepada mStar Online.
Ika ditemui pada majlis peragaan busana ceongsam The Weld Oriental Rhapsody melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Raflessia di The Weld di sini pada Selasa.
Dia diminta mengulas tentang perbalahannya dengan pengikut Instagram miliknya yang meminta beliau memuat naik gambar bogel.
Perbalahan tercetus selepas pelakon tersebut memuat naik gambar percutiannya di Pulau Krabi, Thailand bulan lalu.
Namun begitu Ika membalas dengan memuat naik gambar anjing yang mana mencetuskan kemarahan segelintir pengikut lain.
Tambah Ika, dia kecewa dengan tindakan segelintir pengikutnya di laman sosial tersebut yang hanya ingin membuat provokasi.
Jelasnya, sebagai selebriti dia hanya ingin berkongsi gambar-gambar aktiviti bersama peminat dan pengikut sahaja.
"Pada saya, apa yang saya muat turun di laman sosial tidak melampau, saya selalu fikir dahulu sebelum memuat turun gambar di mana-mana laman sosial.
"Saya tidak pernah memuat turun gambar seksi atau berbikini serta yang boleh menimbulkan kontroversi," katanya.

Anuar Zain Fobia Bergambar Kerana Bimbang Dikutuk

Posted: 18 Sep 2013 12:00 AM PDT

Anuar Zain (tengah) bersama penaja konsert amal melibatkannya.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain berasa fobia apabila melihat mana-mana individu termasuk peminat merakam foto wajahnya tanpa meminta izin kerana risau dirinya akan menjadi bahan kutukan di laman-laman sosial Internet.
Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, berkata, keadaan itu sering terjadi apabila ada pihak mengambil pendekatan mengutuknya selepas gambar-gambar yang dirakamkan dimuat naik menerusi laman sosial masing-masing seperti Twitter, Instagram dan Facebook.
"Memandangkan saya tidak mempunyai sebarang laman sosial, saya sering mendapat tahu daripada rakan-rakan bahawa ada beberapa individu yang tidak puas hati mengutuk saya di Twitter.
"Mereka mengambil foto saya apabila melihat saya berada di sesebuah lokasi kemudian mengutuk tanpa sebab. Sehinggakan ia buat saya berasa fobia apabila ada pihak yang mengambil foto tanpa izin saya. Sedangkan sebelum ini saya tidak kisah pun jika ada yang mahu bergambar," katanya.
Anuar ditemui pada majlis sidang media Eksklusif Bersama Anuar Zain sempena Malam Jalinan Mesra 2013 Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia di Restoran Rebung di sini, Selasa.
Tambah Anuar keadaan itu juga membuatkan dia enggan memiliki sebarang akaun laman sosial peribadi kerana ia akan menjadi perkara negatif bagi sesetengah pihak.
Malah kutukan yang dilemparkan boleh mengganggu emosinya kerana Anuar beranggapan dia tidak pernah melukai hati sesiapapun, maka pihak lain tidak ada hak untuk memberi persepsi negatif terhadapnya.
"Bagaimanapun saya ada akaun Facebook iaitu 'Anuar Zain Network' yang diselia oleh pengurusan saya agar memudahkan untuk membuat sebarang pemberitahuan isu terbaharu mengenai kerjaya saya," ujarnya.
Sementara itu, mengenai acara Malam Jalinan Mesra 2013, ia bakal berlangsung pada 19 Oktober depan di Dewan Kristal 1 & 2, Pusat Konvensyen TM (TMCC), Jalan Pantai Baharu di sini.
Tujuan utama majlis itu bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada beberapa rumah kebajikan menerusi tabung Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB).
"Ini merupakan pertama kali saya bekerjasama dengan pihak jabatan tersebut dan saya bersyukur kerana sedikit sebanyak hasil kumpulan tiket akan disalurkan ke rumah- rumah kebajikan.
"Saya bakal mempersembahkan lebih kurang lima buah lagu selama 30 minit pada acara itu nanti," tuturnya.
Tiket bagi majlis yang turut mendapat kerjasama Sutera Qaseh Resources itu dijual dengan dari harga RM3,000 hingga RM 30,000 semeja.
Ia boleh ditempah menerusi talian 017-3577537 (Didi) , 016-4040001 (Imazara) atau 03-62064756 (pejabat).

Orang Muda lebih Matang Kalau Berniaga - Dafi

Posted: 17 Sep 2013 11:59 PM PDT

Dafi
PETALING JAYA: Penyanyi Dafi menasihati golongan remaja agar memulakan perniagaan pada usia muda bagi menjana pendapatan lebih.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 25, berkata, golongan muda tidak perlu takut untuk terlibat dalam bisnes kerana tempoh untuk bangkit semula akan lebih cepat sekiranya mengalami kegagalan.
"Apabila berniaga pada usia muda, kalau gagal kita masih ada masa lagi untuk bangun dan kembali kukuhkan perniagaan.
"Bagaimanapun saya tidak bermaksud menjalankan perniagaan pada usia tua sudah tidak boleh. Ia semua terpulang kepada kesungguhan masing-masing," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, tambah Dafi yang kini memiliki syarikat pengurusan sendiri iaitu Laugh Out Loud Entertainment, dia juga menyifatkan golongan muda yang terlibat dalam aktiviti seumpama itu dapat mematangkan fikiran kerana mereka akan berdepan dengan pelbagai ragam manusia dalam membincangkan sesuatu perkara.
"Bagi saya berniagalah mengikut minat masing-masing kerana ia buat kita lebih seronok dalam menjana pendapatan walaupun terpaksa bekerja siang dan malam.
"Dan bagi yang masih belajar, berniaga secara sambilan juga amat bagus. Sekurang-kurangnya dapat membantu keluarga berkaitan dengan kewangan. Dan pada masa sama boleh mematangkan fikiran kita.."Apa-apa pun semangat dan kerajinan mesti ada," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, penyanyi ini merancang untuk kembali ke Indonesia bagi mengembangkan bakatnya di bidang nyanyian selepas kegagalannya dalam bidang pengacaraan di negara tersebut.

Lelaki Peluk Hanez Suraya Sekadar Kawan Rapat

Posted: 17 Sep 2013 11:58 PM PDT

Hanez Suraya
KUALA LUMPUR: Pelakon Hanez Suraya menjelaskan lelaki bersamanya di dalam gambar ketika bercuti di sebuah pulau merupakan kawan lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, hubungan mereka masih baru dan kedua-duanya dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.
"Ya, buat masa ini dia adalah lelaki paling rapat dengan saya, namun masih terlalu awal untuk mengatakan kami bercinta.
"Dia merupakan kawan kepada kawan saya dan kami masih mengenali hati budi, kalau betul saya bercinta, saya akan beritahu secara umum di laman sosial," katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.
Hanez berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar mesranya dipeluk seorang lelaki yang tersebar di Internet baru-baru ini.
Gabar Hanez dengan pemuda ini yang tersebar menjadi kontroversi.
Jelasnya, gambar itu diambil ketika dia sedang menjalani penggambaran sebuah program sukan di Pulau Tioman, Pahang.
"Saya ada penggambaran program Sukan Ekstrem terbitan RTM di Pulau Tioman dan dia datang untuk berjumpa saya.
"Saya tidak tahu bagaimana gambar tersebut tersebar kerana bukan saya yang muat naik di laman sosial, tapi saya percaya orang-orang terdekat yang turut sama berada di sana yang melakukannya," kata Hanez
Sementara itu, bercakap tentang lelaki itu, Hanez berkata pemuda itu seorang yang menyenangkan, bertanggungjawab dan romantik.
"Bagi saya dia seorang yang bertanggung jawab dan penyayang. Mahu cakap lebih-lebih pun tak boleh kerana hubungan ni masih baru lagi, saya takut bulan depan sudah tiada apa-apa," katanya.
Tambah Hanez, dia memerlukan masa untuk mengenali lelaki berkenaandengan lebih mendalam sebelum menerimanya sebagai kekasih selepas hubungan cintanya dengan penyanyi Awi Rafael terputus.

Sherry kini bergelar penyanyi

Posted: 17 Sep 2013 11:57 PM PDT


  • Sherry Ibrahim Sherry Ibrahim
Kehadiran Sherry Ibrahim dalam bidang lakonan sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Biarpun pernah 'menghilang' seketika daripada pentas lakonan, namun setelah muncul semula, nama Sherry terus melonjak tinggi.

Tidak mahu berada dalam satu bidang sahaja, kini Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, beralih arah ke bidang seni suara pula.

Menurut Sherry sebagai permulaan, dia baru sahaja merakamkan tiga buah lagu bersama artis baru Indonesia, Gusti Aria.

"Dalam single terbaru ini, saya merakamkan dua lagu duet bersama dengan Gusti dan sebuah lagi saya nyanyikan secara solo.

"Sekiranya lagu tersebut mendapat sambutan tinggi, saya ingin mengetengahkan lagu tersebut untuk dijadikan lagu tema sebuah drama," katanya kepada Zass.

Bernaung di bawah syarikat pengurusan Laugh Out Loud Entertainment milik Dafi, Sherry berkata buat masa ini dia belum dapat memberikan tajuk lagu tersebut.

"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya akan merakamkan dua buah lagu lagi di Indonesia dalam hujung tahun ini," katanya yang kini mengikuti kelas vokal.

Berkongsi perkembangan karier lakonannya pula, bekas pramugari berusia 30 tahun ini berkata, impak dari lakonannya dalam drama Teduhan Kasih, dia mula menerima banyak tawaran lakonan sehingga kini.

"Alhamdulillah saya kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama, tajuk drama tersebut buat masa ini masih dirahsiakan.

"Saya bersyukur, kepada ALLAH SWT rezeki dalam bidang seni ini tidak pernah putus," katanya yang baru sahaja pulang dari bercuti di Abu Dhabi.

Ditanya mengenai tawaran berlakon filem, Sherry berkata, dia tidak akan menolak jika diberi tawaran berlakon filem.

"Siapa yang tidak teringin untuk berlakon filem, tapi buat masa ini belum ada rezeki, saya tidak menolak jika diberi tawaran tersebut," katanya.


Bahagia bersama si dia

Dalam pada itu, ketika ditebak mengenai hubungannya dengan seorang jejaka dari Mauritius, Sherry berkata, mereka masih dalam proses mengenali hati budi dan hubungan tersebut baru setahun terjalin.

"Sepanjang setahun bersama, saya cukup senang dengan kehadirannya, dia baik, bertanggungjawab, penyayang dan apa yang paling penting saya selesa dan bahagia bersama si dia.

"Dengan usia yang semakin meningkat, bohonglah saya kata saya tidak pernah memikirkan soal perkahwinan. Namun saya serahkan segalanya kepada Allah SWT, jika jodoh saya sudah sampai, saya terima.

"Namun buat masa ini, tumpuan utama saya adalah kepada karier. Apatah lagi, pengalaman percintaan sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup," ujarnya yang enggan dikaitkan dengan Ashraf Muslim.

Amy Search nafi muflis

Posted: 17 Sep 2013 11:55 PM PDT


  • Amy Search Amy Search
"Tak, tak," ujar Amy sebelum segera meletakkan panggilan telefon ketika ditanya mengenai khabar bahawa dia  sudah diisytihar muflis.

Khabar itu ternyata mengejutkan ramai apabila sebelum ini, dua penyanyi- Aweera dan Farah Diana Anuar turut dikatakan muflis, namun Farah sehingga kini masih belum memberi sebarang penjelasan.

Perkara tersebut didedahkan oleh sebuah portal hiburan yang difahamkan mendapat salinan surat pengisytiharan muflis penyanyi berusia 55 tahun itu.

Apatah lagi, ia turut dilengkapi nama penuh Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.

Menurut beberapa sumber, vokalis kumpulan Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.

Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis. Namun sejauh mana kebenaran berita ini, hanya dapat disahkan oleh Amy sendiri.

PNB umum agihan pendapatan 6.70 sen seunit

Posted: 17 Sep 2013 11:52 PM PDT


  • PNB PNB
KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.70 sen seunit bagi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) untuk tahun kewangan berakhir 30 September, 2013.
Pengagihan pendapatan keempat itu merupakan peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding 6.60 sen seunit yang diumumkan tahun lepas.
Pengerusinya Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM593.06 juta, peningkatan 30.9 peratus berbanding pembayaran jumlah tahun sebelumnya sebanyak RM453.03
"Jumlah pembayaran tersebut memanfaatkan seramai 365,355 pemegang unit yang telah melanggan sejumlah 9.28 bilion unit AS1M," katanya semasa mengumumkan agihan pendapatan itu.
Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Hamad Kama Piah.
Ahmad Sarji berkata sehingga 16 Sept, AS1M mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM723.93 juta, dengan keuntungan daripada penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM405.99 juta atau 56.1 peratus manakala baki RM128.15 juta atau 17.7 peratus lagi diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan.
"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat pula menyumbang sebanyak RM189.79 juta atau 26.2 peratus daripada pendapatan kasar," katanya.
Beliau berkata semua pengagihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 Oktober.
Pengiraan pengagihan pendapatan AS1M adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana, katanya.
Ahmad Sarji berkata bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan, semua urus niaga AS1M di pejabat-pejabat dan ejen-ejen ASNB akan ditangguhkan mulai 24 September sehingga 30 September.
"Para pemegang unit boleh mengemas kini buku pelaburan AS1M masing-masing di pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Okt apabila urus niaga dibuka seperti biasa," katanya.
AS1M merupakan dana harga tetap dengan saiz 10 bilion unit dengan 50 peratus saiz yang diluluskan dibuka untuk pelabur Bumiputera, 30 peratus diperuntukkan kepada kaum Cina, 15 peratus untuk kaum India dan selebihnya untuk rakyat Malaysia yang lain.

Peroleh RM1,000 seminggu

Posted: 17 Sep 2013 11:45 PM PDT


  • Peroleh RM1,000 seminggu Madu yang siap dibotolkan untuk dijual menarik perhatian Ahmad (dua, kanan).
PASIR MAS - Setiap graduan yang tamat pengajian pasti mengimpikan untuk bekerja dengan sesebuah organisasi dan mendapat upah setimpal dengan usaha selama ini.

Namun tidak bagi anak jati Kampung Jintan, Chetok, iaitu Azeman Jaya, 22, atau lebih dikenali sebagai Tok Cik apabila dia memilih untuk mengusahakan ternakan lebah kelulut bagi mencari rezeki yang halal.

Walaupun pada peringkat awal pilihannya itu sering diragui namun, berkat usaha dan keyakinan diri, Azeman mengorak langkah cuba membuktikan kelainan yang dilakukannya itu.

Cabar diri sendiri

Berbekalkan pengalaman yang diperoleh sepanjang pengajian di Institusi Vaterina, Kluang, Johor, Azeman mencabar dirinya dengan memulakan ternakan lebah kelulut secara kecil-kecilan.

"Ramai graduan sekarang yang memasang angan-angan untuk makan gaji tetapi tidak bagi saya kerana dengan bekerja sendiri juga kita mampu berjaya dalam hidup.

"Bermula dengan modal RM10,000 hasil bantuan adik-beradik, saya hanya menggunakan kawasan halaman rumah untuk ternakan ini," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, yang juga anak bongsu daripada lapan beradik itu, halaman rumah yang dipenuhi dengan pokok buah-buahan memberi kelebihan kepada usahanya itu kerana ia dapat menarik minat lebah kelulut.

Katanya, selepas enam bulan bersusah payah berusaha akhirnya dia berjaya menghasilkan 350 koloni kelulut yang diletakkan di sekitar kawasan rumahnya.

"Daripada jumlah itu, 30 koloni sudah berjaya menghasilkan madu," katanya.

Pendapatan lumayan

Azeman berkata, madu yang dikumpulkan dijual dengan harga serendah RM50 bagi 200 gram, manakala RM140 untuk sekilogram.

"Oleh kerana madu lebah kelulut mempunyai banyak khasiat, terutama sebagai penawar penyakit kencing manis, darah tinggi, asma dan sebagainya, ia sering mendapat permintaan yang tinggi daripada pembeli.

"Kadang-kadang permintaan yang diterima lebih tinggi daripada hasil pengeluaran," katanya yang memperoleh pendapatan RM1,000 seminggu hasil ternakan itu.

Azeman berkata, melihat kepada sambutan yang diterima, dia bercadang untuk membuka sebuah ladang kelulut di tanah peninggalan keluarga untuk mendapatkan bekalan madu yang lebih banyak pada masa akan datang.

"Ia masih lagi di peringkat perancangan dan saya berharap dengan sokongan ramai impian ini akan menjadi kenyataan," katanya.

Galak anak muda

Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Datuk Ahmad Ishak berkata, beliau menggalakkan petani atau pengusaha muda yang ingin berkecimpung dalam bidang ternakan lebah kelulut tersebut.

"Kami bersedia untuk membantu dari segi mempromosikan madu ini kerana dengan adanya penghasilan madu lebah kelulut ia dapat menambahkan koleksi madu yang ada di Fama, selain madu lebah dan tualang," katanya semasa mengadakan lawatan
khas ke ladang ternakan kelulut Sungai Lombong Agro Farm milik Azeman, di sini.

Hadir sama, Pengarah Fama Wilayah Timur 1, Mohd Ariffin Awang.

Menurutnya, usaha yang dipraktikkan Azeman cukup kreatif terutama penggunaan sumbar asli dalam menghasilkan madu tersebut.

Beliau berharap Azeman dapat melakukan lebih banyak pengeluaran madu agar ia dapat dipasarkan dengan lebih meluas lagi.

Warga asing sebab bisnes warga tempatan terjejas

Posted: 17 Sep 2013 11:43 PM PDT


  • Warga asing sebabkan bisnes warga tempatan terjejas Warga asing lebih senang mengunjungi kedai yang dibuka oleh rakan senegara mereka.
KAMPUNG Baru Sungai Buloh turut tidak terlepas daripada dimonopoli oleh warga asing yang kebanyakannya berasal dari Bangladesh dan Indonesia.

Berasa agak terganggu dengan situasi itu, salah seorang penduduk, A Thomas, 60, berkata, kampung itu bukan sekadar dibanjiri oleh mereka, malah ada yang berani membuka premis perniagaan sendiri.

"Ternyata tindakan mereka itu memang menjejaskan periuk nasi peniaga tempatan. Apa tidaknya, rakan senegara akan membeli di kedai mereka dan tak akan datang ke kedai kita. Ada orang kita yang sampai gulung tikar dikerjakannya," katanya.

Menurut Thomas, kebanyakan warga Bangladesh di situ dilihat menjalankan perniagaan menjual barangan basah seperti ikan dan sayur selain barangan runcit yang dibawa khas dari negara asal mereka.

"Tapi kami percaya kebanyakan stok bekalan makanan yang mereka perolehi adalah daripada pembekal di ibu kota," katanya.

Namun apa yang tidak menyenangkan apabila peniaga warga asing ini bertindak mempamerkan papan tanda premis perniagaan dengan menggunakan bahasa ibunda mereka.

Hal ini diakui oleh seorang penduduk, Kumaran Devan Marimuthoo, 33, yang melihat mereka bagaikan tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini.

"Sudahlah berniaga di negara orang, suka-suka hati pula guna bahasa ibunda bagi menarik pelanggan warga asing di sini," katanya.

Menurut Kumaran, bilangan warga asing di kawasan kampung tersebut dilihat melebihi tiga kali ganda jumlah penduduk asal yang dianggarkan seramai kira-kira 50,000.

"Makin lama, jumlah penduduk di sini makin bertambah dan ia seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada pihak bertanggungjawab," katanya.

Selain itu, Kumaran juga memaklumkan, warga asing di kawasan ini langsung tidak menitikberatkan kebersihan.

"Mereka boleh buang sampah sesuka hati di lokasi haram dan ia harus diberi perhatian serius," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Sungai Buloh, Hoo Sook Wan memaklumkan bahawa pihaknya pernah beberapa kali memanjangkan permasalahan tersebut kepada MBSA.

Menurut Sook Wan, bilangan warga asing yang bertambah saban hari dilihat membimbangkan dan golongan ini dikhuatiri mengambil alih peniagaan penduduk di sini.

"Ramai peniaga tempatan yang gulung tikar dan kesempatan ini digunakan oleh warga asing untuk memonopoli kawasan ini," katanya.

Booker T benci Chris Jericho

Posted: 17 Sep 2013 11:41 PM PDT


AHLI gusti tersohor ini sebenarnya merupakan seorang yang peramah.


JIKA dilihat di kaca televisyen melalui program World Wrestling Entertainment (WWE), Booker T dilihat sebagai seorang lelaki sasa yang ganas dan garang.
Ketika bertemu pemilik nama sebenar Booker Tio Huffman pada sidang akhbar di Royale Bintang, The Curve, ternyata lelaki yang mempunyai ketinggian 191 sentimeter ini sangat peramah orangnya.
Bagi yang mengenali Booker T, namanya bukanlah asing dalam arena sukan gusti World Wrestling Entertainment (WWE).
Ini kerana kariernya telah bermula sejak 22 tahun lalu dan mula popular ketika masih di zaman World Championship Wrestling (WCW) lagi.
Apa yang menariknya, ketika ditemu bual media Malaysia, Booker T atau nama lainnya, King Booker menyebut satu nama yang merupakan musuh bagi dirinya sepanjang dia bergelar seorang ahli gusti.
"Saya tidak pernah suka pada Chris Jericho sepanjang penglibatan saya dalam arena WWE.
"Saya rasa dia bukan seorang yang baik, namun apabila di luar arena WWE, saya dapat lihat perbezaan pada dirinya.
"Mungkin dia tidaklah seteruk mana seperti yang disangka. Bagaimanapun, saya memang tidak akan mempunyai perasaan sayang padanya walaupun sebagai kawan," akui Booker diselangi dengan ketawa sinis ketika membuat pengakuan tersebut.
Impian
Menurut Booker, menjadi seorang ahli gusti merupakan impiannya sejak dari zaman remaja lagi.
Selain itu, berhadapan dengan puluhan ribu peminat membuatkan dia berasa puas hati dengan apa yang dilakukan selama ini.
"Apa yang saya boleh katakan, sebagai seorang ahli gusti, berlawan di hadapan puluhan ribu penonton merupakan suatu impian, bukan sahaja bagi saya, namun kami semua (ahli gusti).

CHRIS JERICHO dianggap oleh Booker T sebagai musuh ketatnya di gelanggang WWE.


"Saya telah temui kejayaan tersebut dengan penat lelah dan usaha yang saya lakukan untuk sampai ke tahap yang saya berada kini.
"Selain itu juga, komen-komen negatif yang pernah dilemparkan telah menjadikan saya seorang yang kuat berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam arena WWE ini.
"Pada mulanya orang pernah memandang sinis terhadap karier menjadi ahli gusti.
"Namun kini, lihat di mana saya berada dan saya boleh berbangga dengan pencapaian saya," ungkap Booker yang membuat penampilan pertama dalam arena ini pada tahun 1989.
Rendah diri
Melihat kejayaan yang dikecapi oleh lelaki berbadan sasa ini, pasti ramai yang fikir Booker memiliki segala jenis kemewahan yang diinginkan seperti kediaman dan kenderaan mewah.
Bagaimanapun menurut Booker, walaupun mampu untuk berbuat demikian, dia tidak terlalu ingin hidup membangga diri.
"Saya tidak pernah lihat diri saya dalam cermin sebagai Booker T kerana untuk pengetahuan peminat, keluarga memanggil saya dengan panggilan Junior.
"Apabila saya pandang cermin, saya lihat Junior dan itu membuatkan saya sentiasa sedar diri dan tidak terlalu bermegah.
"Di luar WWE, saya juga seperti manusia lain, yang membuat kerja-kerja rumah yang biasa dilakukan.
"Saya juga menggunakan kenderaan yang memang mampu dipakai oleh semua. Saya lebih gemar hidup begitu," ujar anak didik ahli gusti dan bina badan, Ivan Putski ini.

Izzue sedia jadi bapa

Posted: 17 Sep 2013 11:40 PM PDT


IZZUE mengakui dia mempunyai adik tiri seramai enam orang.


"PADA saat saya bersedia menjadi seorang suami, maka saya juga telah bersedia menjadi seorang bapa." Begitulah ungkapan ringkas tetapi tegas yang terpacul dari mulut pelakon dan penyanyi, Izzue Islam ketika ditebak persoalan tentang persediaan dirinya menjadi seorang bapa.
Bagaimanapun, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan belum lagi punya rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.
Ketika bersua dengan pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini pada majlis sidang akhbar Safirgotravel.com anjuran syarikat pelancongan Safirfotravel, Izzue mengakui bahawa dia dan isteri yang juga merupakan pengurusnya itu, tidak pernah menolak jika diberi rezeki awal untuk menambah bilangan ahli keluarga.
"Belum lagi ada tanda-tanda untuk menambah bilangan ahli keluarga. Bagaimanapun, kami tidak membuat apa-apa perancangan dan biarkan rezeki menentukan serta tidak kisah cepat atau lambat. Saya juga tidak kisah jika dikurniakan anak yang ramai.
"Insya-Allah semuanya terpulang kepada rezeki Allah. Mungkin kini kami terlalu sibuk kerja. Saya juga memang sukakan kanak-kanak kerana kebetulan saya anak bongsu bersama ibu pertama.
"Namun, saya punya adik tiri seramai enam orang. Saya memang sangat rapat dengan mereka," bicara Izzue yang sudah hampir dua bulan berkahwin dengan Awin Nurin.
Selain itu, menurutnya, tidak dinafikan hidupnya lebih teratur dan mudah kerana sudah punya isteri yang dapat menguruskan jadualnya dan perbincangan tentang kerja juga dapat dilakukan di rumah sahaja.
Akuinya juga, setelah bergelar seorang suami, dirinya semakin matang terutama tentang disiplin diri.
USIA perkahwinan Izzue dan Awin kini mencecah hampir dua bulan.


Tidak pernah ke luar negara
Mengungkap tentang pengalaman melancong ke luar negara, bicara Izzue jujur, sebelum berkahwin, dia memang tidak pernah ke luar negara.
"Kali pertama saya ke luar negara pada Julai lepas iaitu ketika mengadakan persembahan bersama Forteen di Singapura.
Selepas berkahwin, rezeki datang lagi dan saya pergi bersama isteri ke Bangkok untuk program Romantika. Kini, dia bakal ke Disneyland, Hong Kong dan Macau.
"Saya orang susah bukan orang kaya. Jadi, untuk pergi ke luar negara itu perlu usaha lebih sedikit kerana saya tahu untuk ke luar negara memerlukan wang yang banyak. Oleh tu, saya hanya pergi ke luar negeri sahaja," tutur Izzue tentang pengalamannya.
Bercerita tentang tawarannya ke Disneyland, Hong Kong dan Macau, Izzue telah dipilih untuk melancong bersama peminat oleh agensi pelancongan Safirgotravel.com pada tarikh 15 hingga 20 Disember depan.
Jelas Izzue, dia memang teruja ingin melancong ke luar negara memandangkan ini kali pertama juga dia ke destinasi tersebut, tambahan pula apabila bersama peminat.
"Pada mulanya saya ditawarkan pakej ini saya sangat teruja kerana ini merupakan kali pertama saya ke Hong Kong dan Macau.
"Maklumlah, sebelum ini hanya sering dengar cerita orang. Bila dengar, pernah juga rasa teringin dan simpan impian untuk merasa semua itu.
"Alhamdulillah, saya dapat rezeki pergi melancong dan pakej yang ditawarkan itu juga hampir penuh kerana tempat yang ditawarkan hanya sebanyak 40 sahaja," bicara Izzue.
Antara artis lain yang turut sama terpilih untuk menyertai pakej pelancongan bersama peminat oleh Safirgotravel ini ialah Zizan Razak dan Johan As'ari (Abu Dhabi dan Dubai) Imam Muda Asyraf (Jawa Tengah, Timur dan Barat) serta Jaafar Onn (Hyderabad, India).
Menurut Pengarah Pemasaran dan Jualan, Muhamad Abd. Latif, selain dapat melancong, orang ramai juga dapat beramah mesra dan bercuti bersama artis kegemaran mereka.
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pakej boleh hubungi 03-89204090, 03-89203040 atau layari laman web www.safirgotravel.com.

Lawak Ke Der 3 tampil wajah baharu

Posted: 17 Sep 2013 11:39 PM PDT


BARISAN pelawak (dari kiri), Yus, Nabil, Douglas, Harith dan Tauke yang bakal menghidupkan pementasan Lawak Ker Der 3 yang dijadualkan berlangsung di Istana Budaya dari 3 hingga 6 Oktober depan.


SETELAH pementasan Lawak Ke Der 1 dan Lawak Ke Der 2 mencipta kejayaan luar biasa dengan sambutan yang cukup menggalakkan, syarikat Tall Order Productions Sdn. Bhd. mengambil keputusan untuk mementaskan teater Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya pada 3 hingga 6 Oktober depan.
Penerbit dan pengarah Hans Isaac berkata, pementasan tersebut dibuat setelah ramai pihak yang tertanya-tanya tentang pementasan seterusnya, rentetan kepada kejayaan dua pementasan sebelum ini.
Namun begitu, dalam satu sidang akhbar memperkenalkan barisan pelawak yang bakal menjayakan Lawak Ke Der 3 baru-baru ini, timbul persoalan apabila tiada penglibatan Jozan dan Boboi.
"Saya akui memang ramai yang tertanya-tanya kerana tiadanya kelibat Jozan dan Boboi dalam pementasan ini nanti. Namun begitu, saya percaya ketiadaan mereka, pementasan ini masih mampu mendapat sambutan ramai.
"Sebenarnya, untuk Lawak Ke Der 3 ini saya ingin tampilkan beberapa kelainan, termasuk memperkenalkan barisan pelawak baharu. Malah, saya percaya kesemua pelawak yang akan membuat persembahan yang menghiburkan," jelasnya.
Masih mengekalkan khidmat Nabil dan Harith Iskander untuk teater berkenaan, kali ini dua muka baharu telah diperkenalkan oleh Hans iaitu kumpulan Jambu dan Douglas Lim.
Mengenai pemilihan Jambu sebagai pelawak terbaharu yang menyertai Lawak Ke Der 3, Hans menyatakan, dia sudah mula tertarik dengan kumpulan tersebut sejak bersaing dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega sebelum ini.
"Saya pernah menonton persembahan kumpulan Jambu dalam pertandingan berkenaan dalam beberapa episod dan aksi mereka itu telah berhasil membuat saya ketawa.
"Sejak itu saya telah berhasrat untuk mengambil mereka sebagai salah satu pelawak yang menjayakan Lawak Ke Der 3. Apabila saya tawar kepada mereka, ternyata ia diterima dengan hati terbuka," jelasnya.
Mengenai pemilihan Douglas Lim pula, ia dibuat atas permintaan beberapa peminat yang pernah melihat aksinya ketika menggantikan Nabil untuk satu persembahan Lawak Ke Der 2 dahulu.

HANS tetap berkeyakinan pementasan Lawak Ke Der 3 masih mampu meraih sambutan biarpun tanpa Boboi dan Jozan.


"Ketika itu ramai yang suka dan terpegun dengan aksinya yang cukup menghiburkan.
"Jadi, saya ambil keputusan menampilkannya dalam Lawak Ke Der 3," ujarnya yang mengakui cukup selektif memilih pelawak untuk menyertai teaternya itu.
Berkenaan dengan aksi para pelawak pula, Hans selaku pengarah telah menetapkan bahawa persembahan akan berlangsung selama dua jam dan setiap pelawak akan diberi masa selama 30 minit untuk beraksi.
"Apa yang ingin saya nyatakan, setiap aksi mereka ini hanya eksklusif untuk Lawak Ke Der 3 sahaja. Ini bermakna mereka tidak boleh menampilkan lawak yang sama sekiranya membuat persembahan di luar.
"Selain itu, mereka tidak boleh tampil dengan lawak yang pernah dipersembahkan sebelum ini.
"Perkara tersebut amat saya titikberatkan kerana mahu apa yang dipersembahkan kepada penonton nanti akan berbaloi buat mereka yang telah mengeluarkan wang membeli tiket," tegasnya.
Cabaran
Bagi pelawak Douglas Lim, dia sendiri tidak menyangka apabila menjadi pilihan Hans Isaac dalam menjayakan persembahan Lawak Ke Der 3 yang akan berlangsung selama empat hari.
Akui Douglas, dia terpaksa membuat latihan yang lebih kerap untuk pementasan tersebut, termasuk melatih lagi penggunaan bahasa Melayu agar lebih fasih.
"Beraksi selama 30 minit dengan pementasan yang dibuat dengan menggunakan bahasa Melayu belum pernah lagi dilakukan. Sudah tentu ini merupakan satu cabaran yang cukup hebat dan getir.
"Namun begitu, dalam pementasan Lawak Ke Der 3 ini saya akan cuba tampil dengan idea-idea baharu yang lebih unik. Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada Hans kerana memberi saya peluang ini," ujarnya yang terkenal menerusi drama bersiri komedi Kopitiam.
Tiket-tiket untuk menyaksikan pementasan berkenaan sudah mula dijual menerusi www.ticket2u.biz atau di kaunter tiket Boxoffice Istana Budaya yang berharga RM193, RM173, RM123, RM93 dan RM43.

Bapa setuju semadi anak selepas 60 hari

Posted: 17 Sep 2013 11:35 PM PDT


DAMANHURI


IPOH - Selepas dua bulan tersimpan di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, jenazah Sherul Aizam Mohd. Damanhuri akhirnya akan dikebumikan hari ini.
Keputusan Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, untuk menguruskan jenazah anaknya yang meninggal dunia pada 20 Julai lalu itu dibuat seminggu selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonannya untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas jenazah anaknya itu.
Mohd. Damanhuri berkata, sebagai bapa dia telah membuat pertimbangan yang wajar dan keputusan mengebumikan jenazah Sherul Aizam, 27, bukan atas desakan mana-mana pihak.
"Memang pakar patalogi HRPB memberi nasihat beberapa hari lalu malahan saya juga baru selesai mengadakan perbincangan bersama peguam serta doktor pakar peribadi kami pada petang ini (semalam) dan saya ambil kesemua pandangan mereka.

Maut diseret van

Posted: 17 Sep 2013 11:34 PM PDT


ORANG ramai melihat keadaan skuter Natasha yang diseret selepas dirempuh sebuah van di Santubong, Sarawak semalam.


SANTUBONG – Seorang gadis menemui ajal dalam keadaan tragis apabila diseret sejauh kira-kira 10 meter selepas skuter yang ditunggangnya dirempuh sebuah van di Jalan Sungai Gaong, di sini semalam.
Kejadian pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Natasha Jamil, 18, dari Kampung Sungai Lumut mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Menurut sepupu mangsa yang enggan dikenali, Natasha keluar dari rumah kerana mahu mengambil adik lelakinya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong.

Pasukan khas jejak Tailong Man

Posted: 17 Sep 2013 11:33 PM PDT



RAJA SHAHROM (kanan) menunjukkan gambar dua lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap polis pada sidang akhbar di Melaka semalam.


MELAKA - Polis negeri ini semalam mengedarkan gambar dua lelaki bagi membantu pihak berkuasa itu menjejaki pemilik akaun Facebook bergelar Tailong Man yang diburu kerana kenyataannya di laman sosial itu hendak melancarkan gerakan balas dendam ke atas pasukan polis.
Sehubungan itu, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk menjejaki dua individu terbabit bagi mengetahui dalang sebenar yang mengemaskini status berbaur ancaman pada Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, penelitian pihaknya mendapati, gambar dua lelaki itu digunakan sebagai pemilik akaun Tailong Man tersebut.
"Dua lelaki itu diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Raja Swaziland bakal berkahwin buat kali ke-14

Posted: 17 Sep 2013 11:28 PM PDT



Mswati III


MBABANE - Raja Swaziland, Mswati III memilih seorang peserta pertandingan ratu cantik berusia 18 tahun sebagai isterinya yang ke-14, kata seorang jurucakap istana semalam.
"Saya boleh mengesahkan raja (Mswati III) memperkenalkan tunang diraja baharu kepada rakyat jelata," kata jurucakap Istana Ludzidzini, Timothy Mtetwa.
Menurutnya, Mswati III yang berusia 45 tahun memperkenalkan bakal isterinya, Sindiswa Dlamini dalam satu acara kebudayaan tempatan dikenali sebagai Tarian Reed hujung minggu lalu.
Gadis cantik berkenaan menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi St.Francis di ibu negara Swaziland di sini pada tahun lalu.
Dia juga merupakan peserta pertandingan ratu cantik Miss Cultural Heritage. Pemenang pertandingan itu akan diumumkan pada 28 September ini.
Pemerintah Swaziland itu dikritik kerana mengamalkan cara hidup mewah, sedangkan penduduk negara itu rata-rata hidup dalam kemiskinan.
Mswati III dilaporkan memiliki kekayaan peribadi mencecah AS$200 juta manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 70 peratus daripada 1.2 juta rakyat Swaziland hidup di bawah paras kemiskinan.
Beliau sebelum ini menolak untuk mengadakan pembaharuan.
Mereka akan berkahwin hanya selepas tunang Mswati III hamil anak pemerintah berkenaan. Ketika itu, barulah Dlamini diisytihar sebagai isteri ke-14 Mswati III.
Setakat ini, tiga isterinya telah meninggalkan istana. Terbaharu, Permaisuri LaGija lari dari istana pada 2012 selepas mendakwa beliau menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental selama bertahun-tahun.

Buaya sembunyi bawah katil

Posted: 17 Sep 2013 11:27 PM PDT



SEEKOR buaya seberat 136kg yang bersembunyi di bawah katil bilik penginapan pengarah Rumah Tumpangan Humani di Zimbabwe.- AGENSI


HARARE, Zimbabwe - Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya.
Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini.
Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam.
"Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya," kata Whittall.
Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.
Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya.
Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya.

Bill Gates kekal individu terkaya di AS

Posted: 17 Sep 2013 11:26 PM PDT



GAMBAR bertarikh 23 Mac 2011 menunjukkan Bill Gates dan isterinya, Melinda melayan seorang kanak-kanak di Kampung Jamsot dekat Patna, India.


NEW YORK - Pengasas syarikat teknologi Microsoft, Bill Gates kekal individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) dengan nilai kekayaannya mencecah AS$72 bilion (RM234 bilion).
Jumlah itu merupakan kenaikan sebanyak AS$6 bilion (RM19 bilion) berbanding tahun lalu. Gates mengungguli senarai terbaharu 400 individu paling kaya di Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan oleh majalah Forbes kelmarin.
Menurut Forbes, gabungan kekayaan golongan paling kaya di AS mencecah AS$2 trilion (RM6.48 trilion), meningkat daripada AS$1.7 trilion (RM5.51 trilion) pada tahun 2012.
Purata nilai bersih kekayaan mereka yang berada dalam senarai tersebut adalah sebanyak AS$5 bilion (RM16.1 bilion), angka tertinggi setakat ini.
Pelabur terkenal, Warren Buffett menduduki tempat kedua dengan kekayaan sebanyak AS$58.5 bilion (RM190 bilion), naik $12.5 bilion (RM40.6 bilion) dari tahun lalu.
Berada di tempat ketiga ialah pengasas Oracle, Larry Ellison dengan kekayaan sebanyak AS$41 bilion (RM133 bilion).
Selain menjadi antara bilionair paling muda, pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg juga mencatat pertambahan kedua paling tinggi dengan kekayaan sebanyak AS$9.6 bilion (RM31 bilion). Zuckerberg yang baru berusia 29 tahun kini kembali berada dalam senarai 20 teratas selepas jatuh ke tangga 36 pada tahun lalu.

Keberanian bersaing dengan peserta luar negara

Posted: 17 Sep 2013 11:24 PM PDT




KEADAAN cuaca yang hujan sejak tengah hari memberi petanda bahawa cabaran perlumbaan Malaysia Merdeka Endurance Race (MMER) tahun ini sedikit mencabar kerana permukaan litar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi licin. Ia agak berbahaya jika pemandunya tidak mempunyai skil pemanduan yang mantap.
Namun, semua itu tidak mematahkan semangat pelumba-pelumba daripada 35 pasukan yang menyertai pertandingan tahunan itu.
"Faktor cuaca memainkan peranan penting dalam mana-mana perlumbaan. Selain litar licin, pemandu juga berdepan dengan penglihatan yang terhad memandangkan kemuncak perlumbaan bermula tengah malam 31 Ogos lalu," ujar pemandu pasukan Fawster Motorsport, Mohd. Nazir Nor Mohamed, 36, ketika ditemui sebelum bermulanya MMER 2013. Acara yang berlangsung selama dua hari itu berakhir pada 1 September lalu.
Dalam keterujaan untuk mempamerkan bakat dan pengalaman hampir sedekad dalam dunia permotoran, perasaan bimbang dan gusar bersarang dalam dirinya.
"Kegusaran tetap ada dalam setiap hati seorang pelumba. Tetapi ia lebih kepada soal keselamatan dan perkara-perkara yang membabitkan soal teknikal.
"Dalam acara besar begini, masalah teknikal memang tidak dapat dielakkan. Walaupun sudah membuat persediaan lama, jika sudah ketentuan ia mengalami kerosakan, kami tidak dapat berbuat apa-apa," jelas bapa kepada tiga orang anak itu.

FAKTOR keselamatan menjadi keutaman kepada setiap pasukan.


Masalah-masalah teknikal seperti enjin, brek kereta, tayar sehingga perkara-perkara kecil perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan kelancaran pemanduan secara keseluruhan.
Bersaing dengan pasukan-pasukan antarabangsa tidak membuatkan mereka gentar kerana percaya mampu memberi saingan sengit dalam setiap perlumbaan.
Ia diakui oleh oleh seorang lagi pemandu pasukan tempatan itu, Mohd. Rizuan, 32, yang juga adik kepada Mohd. Nazir. Katanya, setiap pasukan mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.
"Perlumbaan kereta lumba tidak hanya terletak pada teknologi semata-mata, ia perlu diselarikan dengan teknik pemanduan dan pasukan kerja yang baik. Pengalaman seseorang pemandu memberi kelebihan ketika berada di atas litar," ujar graduan Kewangan di Universiti Portsmouth, England itu.
Fawster Motorsports merupakan salah satu pasukan tempatan yang menyertai perlumbaan tahunan tersebut dengan menghantar dua buah kereta yang dipandu oleh tujuh orang pelumba kelahiran Malaysia yang mempunyai pengalaman luas dan telah menyertai puluhan perlumbaan kereta.
Kereta jenis Nissan Fairlady 380RS-C dipandu oleh Mohd. Nazir bersama dua adiknya iaitu Rizuan, 32, dan Khairul Anwar, 27. Selain itu, ia turut disertai oleh pemandu senior, Faidzil Alang, 42, Kenvin Low, Muhamad Arif Abdullah dan Syafiq Ali memandu kereta jenis Honda DC5.
Gabungan dua pasukan iaitu Brothers in Racing dan FA Racing menubuhkan Fawster Motorsports yang secara rasminya menjadi satu jenama baharu bermula akhir tahun lalu. MMER 2013 adalah penyertaan pertama mereka di bawah satu pasukan.
Dalam tempoh 12 jam perlumbaan, pasukan Fawster Motorsport berada di tempat kedua bagi kategori Sport Production.
Pelumba Singapura, Mok Weng Sun, muncul pasukan pertama menamatkan perlumbaan tersebut. Dia bersama dua rakannya, Craig Baird dan Hiroshi Hamaguchi di bawah pasukan Clearwater Racing Team menggunakan kereta Ferrari 458 Italia GT3.
Mereka mencipta rekod baharu, 323 lap berbanding 321 pusingan pada tahun lalu. Ia merupakan kali kedua Weng Sun menjuarai MMER, kali terakhir adalah pada tahun 2008.
Tahun ini, MMER disertai pasukan dari beberapa negara antaranya, Australia, China, Jerman, Hong Kong, Itali, Jepun, Singapura, Slovakia dan Thailand.
Mohd. Nazir berkata, mereka sepakat menubuhkan Brothers in Racing pada tahun 2005.
Penyertaan MMER pertama ialah pada tahun 2006 dengan hanya lima orang pekerja termasuk pelumba dan dua orang mekanik.
"Kami bergilir-gilir melakukan tugas penyelenggaraan ketika perlumbaan berlangsung. Saya masih ingat lagi, tayar kereta Honda Civic (EG6) yang kami gunakan pecah. Walaupun mengambil masa lama untuk dibaiki, kami tetap menghabiskan pusingan perlumbaan," imbas Mohd. Rizuan.

KECEKAPAN dan pengalaman luas dalam dunia permotoran menjadikan Faidzil sebagai contoh kepada pelumba-pelumba baharu.


Bengkel pemanduan
Pertemuan dengan Faidzil Alang membawa sinar baharu kepada pasukan mereka melalui beberapa kerjasama antara syarikat milik jaguh litar lumba itu, FA Racing.
"Faidzil merupakan mentor kepada kami bertiga kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar dari segi pemanduan dan penyelenggaraan kereta.
"Usahasama tersebut tidak terhenti setakat di litar sahaja, malah kami turut mengadakan beberapa program bersama seperti bengkel pemanduan kereta kepada pelumba-pelumba amatur," kata Mohd. Nazir yang merupakan graduan Universiti Middlesex, London, England.
Kehebatan Faidzil di litar lumba tidak perlu disangkal lagi. Penyandang Pelumba Litar Terbaik 2003 ini mempunyai pengalaman selama lebih 15 tahun dengan menyertai pertandingan di dalam dan luar negara.
Bekerja bersama syarikat kereta nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) membuka minatnya dalam bidang automotif walaupun pada awalnya dia aktif dalam sukan sepak takraw sehingga pernah mewakili negeri.
"Ketika di Proton, saya bekerja sebagai pemandu percubaan. Dari situ, saya mula mengenali beberapa individu yang aktif dalam lumba kereta. Melihat kesungguhan dan keinginan mahu mencuba, pada tahun 1995 saya menyertai Kejohanan Kebangsaan Silverstone Proton," imbas Faidzil.
Menurut beliau, bekas majikannya iaitu Tengku Azizan Tengku Ahmad, pernah menyandang portfolio sebagai Pengurus Besar Homologasi, Ujian dan Prototaip, Bahagian Kejuruteraan Proton merupakan individu yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepadanya untuk terus bergiat aktif.
"Saya pernah berputus asa sehingga tidak menyertai mana-mana pertandingan dalam masa beberapa tahun. Tetapi beliau terus meniup semangat saya untuk mencuba," tambahnya.
Kini, dia mampu berbangga dengan deretan kejayaan dan anugerah yang diterima. Menubuhkan Fawster Motorsports bersama pasukan Brother in Racing meluaskan lagi pengaruhnya dalam industri permotoran dalam negara.
"Selain bengkel dan latihan untuk pelumba baharu dan profesional, kami turut mengadakan program bersama pelajar-pelajar bidang kejuruteraan automotif.
"Antaranya, Fawster Motorsport menjadi antara Penasihat Lembaga Automatif untuk Taj International College (TIC), Perak. Modul yang kami berikan menjurus kepada bahagian-bahagian teknikal," ujarnya.
Bagi meneruskan kelangsungan dunia permotoran negara, Fawster Motorsports membuka ruang dan peluang kepada bakat-bakat baharu untuk menceburi bidang ini melalui penglibatan secara terus kepada industri.
Langkah pertama mereka adalah melatih seorang pelumba muda berumur 18 tahun, Muhamad Arif Abdullah untuk menyertai pasukan Fawster Motorsports di MMER.

TENAGA kerja Fawster Motorsport yang menyertai MMER 2013.


Bakat muda
"Ia merupakan salah satu tanggungjawab sosial kami untuk melihat lebih ramai anak tempatan menyertai dunia permotoran secara profesional," ujar Mohamad Nazir yang juga merupakan salah seorang Pengarah Fawster Motorsports.
Kata Faidzil, Malaysia mempunyai ramai bakat muda tetapi mereka tidak diberi peluang dan pendedahan.
Pertama kali menyertai perlumbaan besar seperti MMER, Muhamad Arif tidak menyangka mendapat kepercayaan daripada pasukan Fawster Motorsport.
"Saya sangat teruja kerana mendapat bimbingan daripada pelumba-pelumba berpengalaman dalam pasukan ini.
"Mereka banyak memberikan tunjuk ajar dan semangat sepanjang perlumbaan. Ia pengalaman paling berharga dalam karier saya," ujar pelajar peringkat asas perniagaan di Kolej Help, Kuala Lumpur.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines