Ahad, 8 September 2013

Adi Putra bertukar gambar bogel dengan isteri orang?



Seorang ahli perniagaan dari Johor telah membuat laporan polis mendakwa pelakon popular Adi Putra telah bertukar gambar lucah dan berbalas mesej dengan isterinya yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Dipetik daripada laporan Berita Harian, satu sumber memberitahu ahli perniagaan berusia 56 tahun itu telah terbaca mesej mereka serta mendapati isterinya yang merupakan peminat kepada pelakon "KL Gangster" itu turut menghantar gambar lucah sehingga menyebabkan diri tertekan.

"Pelakon terbabit dikatakan berkenalan dengan wanita itu melalu laman sosial Instagram sebelum hubungan menjadi erat sehingga mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu," katanya.

Tambah sumber itu lagi, pelakon dan wanita itu mengaku berbalas mesej dan menghantar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos lalu dengan alasan 'suka-suka' dan tidak pernah bertemu sebelum ini.

Sementara itu, Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim turut membuat laporan polis mendakwa dia telah diugut oleh seorang lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya.

Pelakon berusia 32 tahun itu berkata dia telah menerima panggilan kira-kira jam 11 pagi pada 7 Ogos lalu dan dimarahi oleh lelaki tersebut kerana dikatakan mengganggu isterinya.

Lelaki itu turut mengugut akan menghancurkan kariernya serta memastikan Adi Putra dihalau dari Malaysia.

Bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga, Adi Putra telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Adi Putra telah berkahwin dengan Aida Yusof sejak 14 April 2006 dan mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan, Zara Adelia Haadi.

Mengikut laporan polis yang dibuat, ahli perniagaan tersebut menyatakan pada 7 ogos lalu beliau telah menyemak telefon bimbit milik isterinya dan terdapat SMS, WhatsApp dan Instagram dengan artis berkenaan yang mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan.

Menurut sumber dari Adi Putra dan wanita itu mengaku berbalas mesej selain bertukar tukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos yang lalu dengan alasan untuk suka suka & mereka tidak pernah berjumpa selama ini.

Dilaporkan juga Adi Putra dan wanita itu difahamkan baru sahaja berkenalan seminggu.

Bagaimanapun, Adi putra juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju yang beliau telah diancam oleh lelaki yang mengaku suami kepada wanita tersebut.

Pelakon itu juga mendakwa telah menerima panggilan dari lelaki itu pada 7 Ogos yang lalu dan menerima ugutan akan menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon, selain mahu memastikan Adi Putra dihalau keluar dari Malaysia.

Ini adalah satu salinan laporan polis yang didakwa merupakan laporan yang dibuat Adi Putra kerana bimbang akan keselamatan diri dan juga keluarganya.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines