Selasa, 24 September 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Jangan abai tanggungjawab

Posted: 22 Sep 2013 06:06 PM PDT

Sumber: Utusan Malaysia

PUTRAJAYA - Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua pemain The Red Warriors (TRW) agar memberi sepenuh hati dan tumpuan kepada pasukan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia 2013, biarpun sebahagian besar daripada mereka bakal berhijrah, musim depan.

Annuar sebelum ini mengakui, majoriti tonggak utamanya mahu beralih angin musim depan, malah ada beberapa pemain yang sudah menemuinya sendiri untuk menyuarakan mengenai hasrat meninggalkan pasukan.



Beliau tetap dengan pendirian untuk tidak menghalang pemain daripada pergi, namun itu tidak bermakna kesemua pemain tersebut boleh bersikap sambil lewa dalam kempen Piala Malaysia yang bakal memasuki peringkat suku akhir, minggu ini.

Kelantan, juara treblemusim lalu akan menentang Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (Johor DT) pada suku akhir pertama, Sabtu ini.

"Pada masa ini, semua pemain terlibat sedang mengadakan rundingan sama ada secara terang atau sembunyi.

"Pesanan saya kepada pemain berkenaan, walaupun mereka akan menerima tawaran tersebut, tetapi sekarang ini saya minta mereka menumpukan terlebih dahulu sehingga saingan Piala Malaysia tamat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Ke-10 UniKL di sini, semalam.

Kelmarin, Kelantan mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia selaku juara Kumpulan C selepas membelasah Pahang 4-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Biarpun bakal kehilangan ramai tonggak penting, Annuar tetap melahirkan rasa bangga kerana banyak pasukan lawan yang mahu memancing pemain TRW untuk saingan musim depan.

Beliau berkata, senario itu menunjukkan keberkesanan pelan pembangunan pemain yang digunapakai oleh KAFA selama ini.

''Pemain yang saya ambil dahulunya bernilai sekitar RM3,000 hingga RM4,000 tetapi sekarang ini, nilai mereka sudah melebih RM30,000 hingga RM40,000.

''Sudah tentu, kita galakan mereka menerima tawaran itu dan KAFA sendiri sudah bersedia untuk terima situasi tersebut," katanya lagi.

‘Tiada guna halang pemain berhijrah’

Posted: 22 Sep 2013 06:04 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak mengekang penghijrahan barisan pemain bintangnya seandainya peruntukan sekitar RM8 juta seperti yang dibelanjakan musim ini terus dikekalkan untuk saingan tahun depan.

Suntikan kewangan jelas diperlukan Merah Kuning apabila hampir semua pemain utamanya kini sudah mendapat tawaran lumayan meninggalkan gergasi Merah Kuning dengan Mohd Amri Yahyah, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar dan Norazlan Razali difahamkan sudah bersedia untuk 'mengangkat kaki' ke selatan tanah air bersama Johor Darul Takzim (DT).



Malah beberapa pemain lain seperti S Kunanlan, Solehin Kanasian, Mohd Nasriq Baharom dan Adib Aizuddin turut mendapat tawaran FELDA United.

"Tiada guna untuk menghalang mereka seperti Amri yang ditawarkan RM1 juta setahun. Ia harga yang terlalu tinggi untuk pemain yang agak veteran sedangkan ketika ini pemain tertinggi yang dibayar Selangor adalah RM32,000," menurut sumber.


Bagaimanapun Selangor hampir pasti mengekalkan sejumlah pemain seperti Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Shukor Jusoh, Raimi Md Noor, Fitri Shazwan Raduwan, Afiq Azmi dan Mohd Fairuz Abdul Aziz.


Malah difahamkan walaupun bakal kehilangan sejumlah besar tonggak utama berstatus kebangsaan, Merah Kuning sudah mendapatkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan untuk membimbing mereka pada musim depan.

Ia akan disusuli dengan kehadiran beberapa pemain ternama dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan selain dua tonggak import yang sudah lama beraksi di Liga Malaysia.


Sementara itu Selangor melengkapkan saingan peringkat Kumpulan A malam kelmarin dengan menewaskan Johor 2-1 di Stadium Shah Alam menerusi jaringan Kunanlan dan Amri pada babak kedua.

"Mungkin kali ini tiada tekanan daripada mana-mana pihak. Semua pemain memberikan komitmen tinggi dalam perlawanan ini," kata Amri.

FAM lega tiada laporan insiden

Posted: 22 Sep 2013 06:02 PM PDT

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menarik nafas lega semua aksi getir lapan perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia malam kelmarin berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini walaupun kebanyakan stadium dipenuhi puluhan ribu penyokong.

"Sehingga kini tiada sebarang laporan yang saya terima...semuanya berjalan lancar, syabas saya ucapkan kepada semua pasukan yang bertanding," kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) semalam.



Tujuh pasukan -ATM, Sime Darby FC, Johor Darul Takzim, Kelantan, Pahang, Sarawak dan LionsXII mengesahkan kemaraan ke suku akhir untuk mengiringi PKNS FC yang sudah mengesahkan tempat sebelum ini.

"Bagaimanapun kita sedar aksi suku akhir lebih getir. Jadi saya berharap semua pasukan terutamanya tuan rumah mampu meningkatkan tahap keselamatan. FAM melihat empat perlawanan suku akhir adalah berisiko tinggi tanpa mengira pasukan mana yang bertanding.


"Jadi seperti kebiasaannya kami akan melakukan pemantauan agar semua pasukan dapat memenuhi prosedur yang ditetapkan dan tidak mengambil ringan," katanya.


Namun tumpuan suku akhir pastinya terarah kepada pertemuan juara bertahan Kelantan menentang Johor DT yang dijangka panas manakala LionsXII akan menentang ATM, Pahang menentang PKNS dan Sime Darby menanti kunjungan Sarawak.

Sementara itu menurut Hamidin terdapat perubahan jadual untuk saingan suku akhir pertama apabila Pahang menentang PKNS akan berlangsung pada Jumaat manakala tiga lagi perlawanan pada Sabtu.

Patut jejak dari dulu

Posted: 22 Sep 2013 04:47 AM PDT

Sumber: Harian Metro

Kuala Lumpur: Pengambilan pemain berdarah kacukan untuk mewakili pasukan kebangsaan sepatutnya sudah lama dilakukan.

Begitulah pandangan diberikan bekas jurulatih Harimau Muda A Mohd Azraai Khor Abdullah berhubung usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membawa masuk pemain beraksi di Eropah dan Australia mewakili skuad kebangsaan. 

"Usaha ini sepatutnya sudah dibuat sejak dulu lagi. Ambil saja contoh pendekatan dilaksana Perancis dan Jerman yang menggunakan pemain berdarah campuran sama ada ibu atau bapa mereka beraksi mewakili kelab dan skuad kebangsaan negara itu. 



"Bagi saya genetik berlainan memberikan kesan dan impak berbeza kepada sesebuah pasukan. Paling ketara perlu diberikan penekanan adalah dorongan memiliki mentaliti dan sikap yang betul untuk menjadi pemain profesional sebenar," katanya.

Azraai mengendali Harimau Muda pada 2010 memiliki rekod cemerlang selaku jurulatih menjulang Piala Malaysia bersama Kedah dan Negeri Sembilan berkata: "Gaji untuk membayar pemain berdarah campuran tidak menjadi isu. Jika mampu membayar ratusan ribu untuk liga sekarang, mengapa tidak?

"Paling penting mendatangkan pulangan. Isu hanya timbul apabila gaji dibayar tinggi tetapi peminat 'naik angin' dengan prestasi pasukan malah lebih teruk orang 'menyumpah! 

Beliau menyatakan proses mengukuhkan pasukan kebangsaan dengan pendekatan pemain kacukan sewajarnya membawa skuad bola sepak negara ke tahap lebih tinggi. 

"Jika membawa balik pemain jenis ini (genetik campuran), memang langkah baik berbanding memberi kerakyatan dan kemudian berharap kualiti bola sepak kita meningkat sekelip mata," katanya.

PIALA MALAYSIA 2013: P6 Peringkat Kumpulan 21 Sept 2013

Posted: 22 Sep 2013 04:34 AM PDT

21 SEPTEMBER 2013 (SABTU)
KUMPULAN A
Stadium Shah Alam
8:45pm
SELANGOR FA
2
1
JOHOR FA
S Kunalan
Mohd Amri Yahyah
Farid Ideris
Stadium MP Selayang
8:45pm
KL SIME DARBY FC
1
1
ATM FA
Fahrul Razi Kamarudin
Amiridzwan Taj

KUMPULAN B
Stadium TSHHY
8:45pm
JOHOR DARUL TAKZIM FC
0
2
SELANGOR PKNS FC
-
Reeshafiq Alwi
Roman Chamelo
Stadium SINS KT
8:45pm
T-TEAM FC
2
1
KL FELDA UNITED FC
Ahmad Syamin Yahya (2)
Mohd Kamal

KUMPULAN C
Stadium SMIV KB
8:45pm
KELANTAN FA
4
0
PAHANG FA
Indra Putra Mahayuddin
Dickson Nwakaeme (3)
-
Stadium TAR Paroi
8:45pm
NEGERI SEMBILA FA
2
2
TERENGGANU FA
Leandro Barbosa Fabio
Nazrin Nawi
Effa Owona
Ashaari Shamsuddin

KUMPULAN D
Stadium Negeri
8:15pm
SARAWAK FA
6
1
PERAK FA
Khairi Kiman (Gs)
Bobby Gonzales
Muamer Salibasic (3)
Zamri Morshidi
Yong Kuong Yong
Stadium DarulAman
8:45pm
KEDAH FA
1
3
LIONS XII FC
Alan Guc
Harris Harun
Baihakki Khaizan
Hafiz Sujad





PASUKAN
P
M
S
K
J
B
Bj
Mata
A1
ATM FA
6
2
3
1
15
12
3
9
A2
KL SIME DARBY FC
6
2
3
1
12
9
3
9
A3
JOHOR FA
6
1
3
2
9
11
-2
6
A4
SELANGOR FA
6
1
3
2
6
9
-3
6
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
Bj
Mata
B1
SELANGOR PKNS FC
6
5
0
1
12
1
11
15
B2
JOHOR DARUL TAKZIM FC
6
3
0
3
10
10
0
9
B3
T-TEAM FC
6
3
0
3
7
11
-4
9
B4
KL FELDA UNITED FC
6
1
0
5
4
11
-7
3
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
Bj
Mata
C1
KELANTAN FA
6
3
2
1
13
6
7
11
C2
PAHANG FA
6
2
2
2
11
11
0
8
C3
NEGERI SEMBILAN FA
6
2
2
2
11
12
-1
8
C4
TERENGGANU FA
6
1
2
3
6
11
-5
5
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
Bj
Mata
D1
SARAWAK FA
6
3
1
2
13
5
8
10
D2
LIONS XII FC
6
3
1
2
9
7
2
10
D3
PERAK FA
6
2
1
3
6
11
-5
7
D4
KEDAH FA
6
1
3
2
5
10
-5
6

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines