Khamis, 12 September 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Sakinah mengandung?

Posted: 10 Sep 2013 10:03 PM PDT


  • Ashraf Muslim Ashraf Muslim
NAMA Ashraf Muslim, 29, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, sekali lagi menjadi perhatian apabila isteri kedua pelakon itu dipercayai sudah hamil tiga bulan.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya.

Paling ketara apabila ubat jenis 'asid folik' yang sememangnya diperlukan oleh ibu hamil turut dimuat naik menerusi Instagramnya.

Malah gambar itu telah menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Bagaimanapun, Ashraf sebelum ini menerusi kenyataan di sebuah portal menafikannya dan usaha Zass untuk mendapat komen Ashraf berhubung berita gembira ini tidak berhasil apabila Ashraf tidak menjawab panggilan telefon dan juga sistem pesanan ringkas (SMS).

Syamsul mahu bersara?

Posted: 10 Sep 2013 10:01 PM PDT


  • Syamsul dan Datuk Yusof Haslam Syamsul dan Datuk Yusof Haslam
PENERBIT dan pengarah prolifik, Datuk Yusof Haslam mendedahkan, anaknya, Syamsul meluahkan hasrat untuk berhenti mengarah filem akibat terlalu kecewa selepas filem kelapan arahannya, KL Gangster 2, bocor sebelum ditayangkan.

Jelasnya, ketidakhadiran Syamsul pada malam gala tayangan filem itu juga kerana terlalu kecewa dengan insiden yang berlaku.

"Sehingga kini Syamsul masih kecewa dan tidak boleh terima apa yang berlaku. Saya faham, sebagai anak muda, dia belum cukup kuat berdepan dengan situasi sukar sebegini.

"Malah sebelum datang ke sini, saya sempat usap kepalanya, memujuknya dan menyatakan rasa sokongan kepadanya. Begitu juga adiknya, Syafiq yang turut sama memberi sokongan kepada Syamsul," ujarnya.

 Yusof berkata, sekiranya benar Syamsul berundur daripada industri pembikinan filem, dia merasa amat kecewa apatah lagi Syamsul kini antara pengarah muda yang berpotensi tinggi.

"Pengundurannya bukan satu kehilangan buat Skop Production, bahkan kehilangan besar buat industri perfileman. Apatah lagi sebelum ini ramai yang berjumpa saya dan berkata betapa bertuahnya saya mempunyai Syamsul untuk meneruskan empayar perniagaan.

"Jadi saya perlukan sokongan semua dan diharapkan ia akan dapat mengembalikan semula semangatnya," katanya.

Berjuang Hingga Mati!

Di tanya mengenai perkembangan siasatan setakat ini, Yusof berkata siasatan masih sedang dijalankan dan beliau menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa.

Namun beliau mengharapkan pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap penjenayah-penjenayah siber dan cetak rompak terbabit.

"Sekarang ni saya serahkan siasatan kepada pihak berkuasa. Dalam masa sama pihak kami juga jalankan siasatan. Saya cuma berharap pihak berkuasa tak ambil masa lama untuk menyiasat kalau ambil masa lama, bermakna kita biarkan penjenayah ini berleluasa.

"Kita redha dengan ujian ALLAH ini, yang mana dah bocor, bocorlah tapi saya percaya penonton yang cintakan filem Melayu dan kualiti, mereka akan datang menonton di pawagam.

"Tapi saya tak akan berhenti dan akan terus berjuang habis-habisan! Saya akan berjuang hingga saya mati!" katanya dalam nada tegas.

KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor.

Filem ini juga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura.

Kemalangan Maut: Anak Ahmad Dhani Sudah Sedar

Posted: 10 Sep 2013 10:00 PM PDT


Ahmad Dhani mengakui rasa bersalah menghadiahkan kereta kepada Dul bersempena dengan hari jadinya yang ke 13 pada 23 Ogos lalu.
JAKARTA: Setelah menjalani beberapa pembedahan, anak Ahmad Dhani, iaitu Abdul Qodir Jaelani, 13, atau Dul sudah sedarkan diri tetapi masih berasa sakit pada bahagian perutnya.
Anggota kumpulan Dewa itu memberitahu, anaknya mengalami pendarahan dalam perut dan dia bercadang menghantar Dul ke sebuah hospital di Singapura sekiranya keadaan memerlukan.
"Dia mengeluh mengenai perutnya masih sakit," ujar Dhani kepada portal detikhot.com di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan pada Selasa.
Dalam kejadian Sabtu lalu, kereta Mitsubishi Lancer yang dipandu anak sulung Ahmad Dhani itu terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima orang meninggal dunia dan 11 yang lain cedera.
Dul yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah panggul, pendarahan di otak dan usus.
Kejadian di Tol Jagorawi Bogor itu terjadi apabila Dul dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.
Dul yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah panggul, pendarahan di otak dan usus.
Dalam pada itu Dhani berkata, dia bersyukur kerana keadaan anaknya beransur pulih dan berasa bersalah kerana menghadiahkan kereta tersebut kepada Dul bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.

Shamsul Ghau Ghau Dalami Islam Selepas Tunai Haji

Posted: 10 Sep 2013 09:59 PM PDT

Shamsul berkata faktor usia juga mendorong untuk dia melakukan penghijrahan selain bersyukur kerana diberi kesempatan berbuat demikian.
PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau semakin berubah ke arah yang lebih baik dengan mendalami ilmu Islam sejak pulang mengerjakan ibadah Haji pada tahun lalu.
Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 44, berkata, faktor usianya juga mendorong untuk dia melakukan penghijrahan selain amat bersyukur kerana diberi kesempatan berbuat demikian.
"Alhamdulillah sejak balik mengerjakan Haji pada tahun lalu pintu hati saya terbuka untuk memperbetulkan kesilapan dan kelalaian yang pernah saya buat dulu.
"Malah sejak berpindah rumah dan tinggal di Bangi yang terletak di hadapan masjid, perubahan itu semakin terasa. Saya bersyukur doa saya kepada Allah dimakbulkan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Tambah Shamsul, perubahan itu bukan bererti dia akan meninggalkan dunia hiburan sebaliknya akan terus menerima tawaran berlakon dan nyanyian jika bersesuaian.
Shamsul memberikan nama Megat Ammar Azahar kepada bayi ketiganya yang dilahirkan secara pembedahan pada malam Isnin lalu.
Bagaimanapun kata Shamsul berkata, dia kini lebih selesa dengan program berbentuk keagamaan dan bakal muncul dengan sebuah program terbitan TV Al-Hijrah berjudul Hijrah Munarawah.
"Program berkenaan adalah mengenai individu yang mendapat tiupan hidayah daripada Allah tidak kira artis atau pun orang biasa dan saya dipilih mungkin kerana ingin memberikan keceriaan dan santai kepada program itu.
"Saya bukan terus melupakan dunia hiburan tetapi pada usia sekarang kita perlu ada perubahan dan peningkatan dalam hidup," katanya.
Dalam pada itu, isteri Shamsul iaitu Syarifah Azrinah Syed Ibrahim selamat melahirkan anak ketiga mereka pada pukul 10 malam Isnin lalu bernama Megat Ammar Azahar.
Jelas Shamsul, Megat Ammar dilahirkan secara pembedahan di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi dan isterinya masih ditahan untuk pemerhatian lanjut.
"Pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini banyak membantu malah doktor yang menyambut kelahiran anak kami iaitu Dr Kamsiah banyak memberi tip dan nasihat tentang penjagaan isteri yang dibedah dan nasihat-nasihat lain yang cukup berguna," ujarnya.
Shamsul bersama isterinya sebelum pembedahan dilakukan di Hospital An-Nur Bandar Baru Bangi.
Selain Megat Ammar, Shamsul dan isteri mempunyai dua lagi orang anak hasil perkongsian hidup mereka iaitu Megat Ummar Azhar, 8 dan Puteri Qaseh Batrysha, 3.
Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Shamsul berkata, selain menjadi duta untuk produk Walid Gold sejak beberapa tahun lalu dia kini bertindak sebagai jurucakap untuk Tabung Haji Travel bagi membawa artis dan peminat untuk mengerjakan Umrah di Mekah.
Selain itu kata Shamsul, menerusi agensi pelancongan itu juga dia akan mempromosikan pakej percutian ke negara-negara Islam bagi yang berminat.
Dalam perkembangan lain, Shamsul memberitahu dia telah menjual restoran yang diusahakan bersama keluarga mertuanya di Kajang, sejak tiga tahun lalu selepas salah seorang daripada mereka meninggal dunia pada 2012.
"Bagaimanapun ibu mertua saya ada membuka sebuah kedai makanan yang diberi nama Warung Resepi Bonda di Sungai Ramal, Ramal Junction di Kajang yang lebih kecil dan senang diuruskan," katanya.

Yusof Haslam Bimbang Syamsul Merajuk

Posted: 10 Sep 2013 09:58 PM PDT

Syamsul Yusof
PETALING JAYA: Insiden filem KL Gangster 2 yang dicetak rompak sebelum tayangan membuatkan pengarahnya, Syamsul Yusof berputus asa sehingga membuatkan dia ingin berhenti daripada bidang pengarahan.
Bapanya yang juga merupakan penerbit filem itu, Datuk Yusof Haslam berkata, perkara itu benar-benar membimbangkannya kerana beliau risau jika Syamsul nekad membuat keputusan itu.
"Emosi Syamsul masih terganggu sehinggakan dia cakap tak nak buat filem lagi. Dia benar-benar kecewa dengan apa yang dah berlaku.
"Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya dan takut jika dia benar-benar bermaksud begitu," katanya.
Yusof ditemui pada majlis pratonton filem KL Gangster 2 di GSC One Utama di sini pada malam Isnin. Bagaimanapun Syamsul tidak menghadiri majlis tersebut.
Minggu lalu, Yusof dan Syamsul melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan sehingga ia boleh dimuat naik oleh peminat.
Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.
Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.
Yusof Haslam (dua dari kiri) bersama barisan pelakon pada majlis pratonton KL Gangster 2.
Tambah Yusof, Syamsul tidak boleh berhenti mengarah kerana dia satu-satunya pengarah muda yang berjaya di mana dia perlu memajukan kembali perfileman tempatan yang semakin 'nazak'.
"Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahawa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya. Tak semua anak ahli perniagaan yang mahu ikut jejak langkah ayahnya.
"Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap filem ini ia dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan dan tidak putus asa," ujar Yusof.
KL Gangster 2 bakal ditayangkan pada 3 Oktober depan yang mengisahkan tentang dua orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gengster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu.
Kehidupan mereka di samping ibu (Ku Faridah) sering dihimpit ketakutan apabila sekumpulan gengster datang mengugut untuk meminta hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya.

DFP Longgarkan Etika Pakaian Kerana Konsert Rock

Posted: 10 Sep 2013 09:57 PM PDT

Barisan artis dan pemuzik yang akan terlibat dalam konsert MPO Rock yang bakal diadakan pada 21 September ini pada pukul 8 malam. Dari kiri Pengarah Muzik, Ahmad Muriz Che Rose, Man Kidal, Mus dan Datuk Ramli MS yang turut bertindak sebagai Pengarah Artistik persembahan itu.
KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) memberikan kelonggaran terhadap etika pemakaian kepada penonton yang bakal hadir bagi menyaksikan konsert Malaysian Philharmonic Orchestra Rock (MPO Rock) pada 21 September ini.
Pengarah konsert berkenaan, Ahmad Muriz Che Rose berkata, kelonggaran itu diberikan agar bersesuaian dengan tema acara itu namun masih mengekalkan beberapa etika berpakaian tertentu supaya dapat menjaga imej DFP yang berprestij.
"Ini adalah kali pertama DFP mengadakan sebuah persembahan rock bagi memberi kelainan kepada penonton dan selain menepis tanggapan dewan berprestij itu bukan untuk acara tertentu sahaja.
"Kelonggaran itu dibuat bagi menyesuaikan dengan tema konsert itu namun masih mengekalkan konsep kemas bersesuaian dengan imej DFP itu sendiri," jelasnya kepada pemberita ketika sidang media mengumumkan konsert berkenaan di Hotel Traders di sini, Selasa.
Persembahan itu bersempena dengan Festival Seni DFP iaitu sebuah pesta keraian yang menyajikan muzik ekstravaganza dalam perayaan seni dan budaya selama seminggu.
Mus memberitahu teruja dengan konsert tersebut dan ia sebagai satu penghormatan besar buat mereka bertiga.
Tiga nama besar dalam muzik rock iaitu Ella, Man Kidal dan Mus akan ditampilkan dalam konsert berkenaan yang turut diiringi oleh pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.
Syarat berpakaian untuk menyaksikan persembahan di DFP memerlukan penonton hadir dengan imej seluar dan berkemeja kemas tetapi untuk acara rock ini, penonton dibenarkan memakai jean hitam.
Dalam pada itu, Ahmad Muriz berkata, pemilihan ketiga-tiga artis tersebut adalah berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian mereka selain gabungan itu dilihat dapat memberikan warna kepada konsert itu nanti.
Jelas Ahmad Muriz lagi, seramai 75 pemuzik orkestra MPO dan lima pemuzik jemputan untuk gitar, dram, bes dan keyboard akan mengiringi persembahan berkenaan.
"Sebanyak 15 buah lagu akan disampaikan dalam persembahan itu nanti dan menjadi cabaran buat kami untuk memilih senarai lagu kerana banyak lagu yang bagus daripada ketiga-tiga artis itu.
Ramli memberitahu kelonggaran etika pemakaian pada konsert MPO Rock wajar dilakukan bersesuaian dengan genre muzik itu.
"Malah kita akan melakukan susunan baru kepada semua lagu dan pada masa sama mengekalkan keaslian setiap karya yang menjadi siulan peminat," jelasnya.
Antara lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu nanti adalah Standing In The Eyes Of The World, Layar Impian, Dua Insan Bercinta, Srikandi Cintaku, Sendiri, Seruan, Pelayaran dan Stairways To Heaven.
Sementara itu, Mus berkata, dia sangat teruja dengan konsert tersebut dan ia sebagai satu penghormatan besar buat mereka bertiga.
"Ia akan memberikan pengalaman berbeza kepada penonton dan sudah tentu kami akan memberikan persembahan terbaik buat semua yang bakal hadir nanti," katanya.
Tiket bagi menyaksikan persembahan berkenaan dijual pada harga RM300 (Premium), RM250(A Reserve), RM200(B Reserve) dan RM150(C Reserve) .
Tempahan juga boleh dibuat menerusi talian 03-2051 7007 atau e-mel dfp_boxoffice@petronas.com.my atau melayari laman web www.mpo.com.my.
Konsert berkenaan akan bermula pukul 8.30 malam.

Aril tidak tolak rawatan laser

Posted: 10 Sep 2013 09:55 PM PDT


ARIL kini kelihatan berbeza dengan kulit badan yang cengkung dan warna kulit yang lebih putih.


PENYAMPAI baharu radio Era FM, Aril ketika ditemui pada Fiesta Bola dan Eravaganza Era FM baru-baru ini kelihatan susut berat badan berbanding pada pertengahan bulan Ramadan lalu.
Mungkin kerana perubahan berat badannya, raut wajah bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh itu tampak berbeza daripada sebelum ini, lebih cengkung dan putih.
Enggan mencetuskan sebarang syak wasangka, Kosmo! mendapatkan maklum balas lanjut daripada penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu. Ikuti temu bual tersebut.
Kosmo!: Aril tampak berbeza daripada sebelum ini, lebih kurus. Kenapa?
ARIL: Jujur saya akui memang berat badan saya semakin merosot kerana waktu tidur dan jadual makan saya terganggu. Malah, saya tidak menolak yang badan saya masih cuba menyesuaikan keadaan dengan cara kerja begini.
Bagaimanakah jadual kerja Aril sehingga menyebabkan berat badan turun?
Saya mengendalikan konti radio dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali hujung minggu. Tambahan saya susah untuk tidur, biasanya selepas habis kerja saya akan keluar lepak bersama kawan-kawan sampai pukul 3 pagi kemudian apabila balik rumah pun belum tentu dapat lelap. Biasanya waktu tidur saya selepas subuh sampai tengah hari tapi saya masih mengamalkan pengambilan vitamin dan air suam.
Berapakah perbezaan berat badan Aril sebelum ini?
Sebelum saya ke Eropah beberapa bulan lalu, berat badan saya 68 kilogram dan selepas dua minggu di sana, saya turun empat kilogram. Sekarang, berat saya 64 kilogram.
ARIL tidak kisah ada pihak yang melabelkan dirinya sebagai 'jambu' (comel).


Adakah Aril menjalani sebarang rawatan pada bahagian muka memandangkan kini nampak lebih putih berbanding awal-awal menjadi artis?
Saya tidak cucuk botoks (ketawa). Sebelum ini saya menggunakan pencuci muka biasa tapi biasalah kulit bermasalah dan saya bertukar-tukar beberapa produk rawatan wajah termasuk menggunakan Tabitha.
Tidak salah rasanya untuk berbelanja lebih untuk pengambilan pil dan ubat-ubatan tapi apabila sudah beransur baik, saya berhenti makan.
Adakah sekarang Aril sudah berhenti mengambil produk tersebut?
Saya sekarang ada berjumpa pakar kulit dan berbelanja lebih kurang RM400 sebulan.
Sepatutnya selepas tiga bulan saya perlu menjalani rawatan laser kalau masalah masih berlanjutan, cuma sekarang saya tidak berkesempatan.
Maksudnya Aril akan melakukan rawatan laser?
Tidak salah rasanya untuk berbelanja lebih demi diri sendiri. Kalau perlu buat demi kerjaya, saya tidak menolak. Orang mungkin tak suka dengan gelaran 'jambu' (comel) tapi saya terima saja, jadi jambu pun mesti ada gaya.
Aril kini sibuk menjadi deejay radio, adakah kerjaya sebagai penyanyi ditolak ke tepi?
Saya telah menandatangani kontrak dengan radio Astro dan pada masa sama sedang mempromosikan single terbaharu berjudul Tulus bersama penyanyi dari seberang, Terry di bawah label Sony Music.
Selain itu, saya sedang menyiapkan rakaman untuk album saya.
Sebagai deejay radio, adakah Aril akan memutarkan lagu sendiri kelak?
Keputusan airplay tidak terletak di tangan saya sebagai deejay, sebaliknya Eksekutif Muzik di setiap stesen radio. Kalau lagu saya diletakkan untuk diputarkan itu adalah rezeki saya.

Kisah skandal tersebar

Posted: 10 Sep 2013 09:54 PM PDT


  • Kisah skandal tersebar Adi bawa isteri bercuti
SEJAK seminggu lalu, nama Adi Putra, 32, menjadi perhatian ramai apabila dia didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

Usaha media mendapatkan penjelasan Adi tidak berhasil apabila Adi enggan menjawab sebarang panggilan dan SMS daripada pihak media. Sebaliknya, hanya isterinya, Aida Yusof, 37, sahaja yang tampil memberi kenyataan kepada media.

Bagaimanapun, kehadiran Adi dan isterinya ke Malam Gala Tayangan Filem KL Gangster 2, memberi peluang buat Adi menjelaskan dengan lebih lanjut kepada pihak media.

"Ramai yang bertanya kenapa saya mengapa mendiamkan diri. Mendiamkan diri bukan bermakna saya melarikan diri. Saya tetap muncul dalam aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang.

"Saya diamkan diri kerana kes ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Jika saya buka mulut, saya akan mengganggu siasatan dan kerja pihak berkuasa.

"Satu hari nanti bila tiba masanya saya akan leraikan semuanya dari mula hingga akhir. Saya akan keluarkan kenyataan media nanti. Sebagai manusia, kita tak sempurna. Biarlah siasatan dijalankan agar kita akan mendapat jawapan yang lagi jelas dan benar," jelasnya sambil ditemani isteri di sisi.

Menurut Adi, segala dakwaan mengatakan rumah tangganya goyah selepas isu ini timbul ternyata tidak benar. Malah dia dan Aida kini sedang merancang untuk bercuti ke luar negara.

"Dulu memang ya, kami mempunyai masalah rumah tangga. Tapi kini bukan masalah rumah tangga, malah emosi kami sedikit pun terganggu.

"Kami juga kini sedang merancang percutian ke luar negara dan anda semua boleh nilai sendiri sama ada rumah tangga kami goyah atau tidak," ujarnya.

Adi berkata, apa yang amat dikesalkan apabila ada pihak bertindak mencemuh isterinya dengan kata-kata yang kurang enak.

"Sejak isu ini timbul, ramai yang melemparkan tohmahan terhadap isteri saya. Ada yang kata isteri saya gemuklah, hodohlah dan sebagainya.

"Cakaplah apa saja, kerana saya tetap sayang isteri saya. Dia tanggungjawab saya dan saya harus lindungi maruah dia. Isu ini sikit pun tidak menggugat kebahagiaan rumah tangga kami," katanya.

Buang rasa malu

Menegaskan karier seninya tidak terjejas dengan isu skandal ini, Adi berkata, dia juga terpaksa mengetepikan rasa malu kerana memahami ini adalah situasi yang perlu dilalui sebagai anak seni.

"Bohong jika saya katakan tidak ada rasa malu atau segan dengan situasi yang berlaku. Tetapi bagi saya sebagai anak seni, ini adalah lumrah yang perlu dilalui.

"Biarlah orang mahu berkata apa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri dan selepas segalanya selesai, saya janji untuk leraikan segala persoalan," katanya.

Aida tidak terkejut

Sementara itu, Aida yang begitu setia di sisi Adi mengakui tidak terkejut dengan kontroversi yang mengaitkan suaminya kini.

"Saya memang tak terkejut sebab saya tahu Adi ramai peminat. Jadi macam-macam perkara boleh terjadi. Lagipun perkara ini masih dalam siasatan, biarlah pihak polis yang jalankan siasatan mereka.

"Saya seperti biasa (tenang) saja. Kita pun tak tahu pihak yang mana betul yang mana salah. Seperti yang suami saya katakan, hal ini akan dileraikan apabila siasatan selesai dijalankan dan keputusan akan diketahui secepat mungkin," katanya.

Di tebak adakah dia ingin bertemu dengan wanita yang dikaitkan dengan suaminya itu, Aida berkata : "Saya rasa tak perlu nak berjumpa wanita itu. Saya tak ada sebab apa-apa dan saya tak kenal siapa dia," akhirinya.

Linda ingat pesan arwah bapa

Posted: 10 Sep 2013 09:53 PM PDT


  • Linda ingat pesan arwah bapa
DI SAAT usia sudah mencecah 35 tahun, penyampai radio jelita ini bukannya tidak pernah memikirkan soal berumah tangga dan memiliki keluarga bahagia seperti rakan-rakan seangkatannya, namun bagi pemilik nama Rozlinda Onn atau lebih popular dengan gelaran Linda Onn, masih belum tiba jodoh yang terbaik untuknya.

Menyerahkan urusan itu kepada Ilahi, penyampai radio Suria FM ini, tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu.

Mengakui  semakin selesa dengan kehidupan dan karier yang diceburinya kini, bagi Linda dia sudah kalis dengan persoalan seperti itu. "Saya selalu ditanya bila lagi nak kahwin? Sebagai hamba-Nya kita hanya merancang selebihnya
ALLAH SWT menentukan. Jika ada jodoh saya tidak menolaknya.

"Ada juga yang menganggap saya serik untuk bercinta. Ia sememangnya tidak benar, namun pengalaman sebelum ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam memilih pasangan," kata Linda yang pernah menjalinkan hubungan cinta bersama aktor kacak, Fahrin Ahmad.

Jika diukur dari segi karier, populariti mahupun aset yang dimilikinya, tidak mustahil ramai jejaka di luar sana ingin mendampinginya. Akui sering berdepan dengan situasi itu, artis kelahiran Singapura ini bagaimanapun tidak menafikan ada juga jejaka yang 'takut' untuk mendampingi wanita sepertinya.

Bagi Linda, tiada istilah memilih pasangan, jauh sekali meletakkan kriteria-kriteria tertentu yang menjadi halangan untuknya mendampingi mana-mana jejaka.

"Saya bukannya terlalu memilih. Kali ini, saya pegang pesan arwah ayah, 'carilah calon yang pandai menghormati orang lain'.

"Namun dalam hubungan, saya impikan suami yang memahami dan boleh dijadikan sebagai kawan serta kekasih dalam masa sama," katanya. 

Kembali berlakon

Rindu dengan dunia lakonan, Linda akhirnya mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam bidang itu. Menurut Linda, sudah empat tahun dia tidak berlakon. Bukannya tidak pernah menerima tawaran, sebaliknya dia ingin fokus dalam bidang perniagaannya.

"Kali terakhir saya berlakon dalam menerusi filem Biar Betul. Saya tidak pernah melupakan dunia lakonan dan sentiasa mengikuti perkembangan industri dari jauh.

"Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, baru-baru ini saya diberi tawaran untuk berlakon. Walaupun agak lama tidak berlakon tapi saya yakin dapat lakukan yang terbaik," katanya yang pernah membintangi filem Gila Bola dan Cicak Man.

Turut aktif sebagai pengacara dan baru selesai menjalani penggambaran program 'Belaian Jiwa' (TV3) yang memfokuskan dunia kecantikan, Linda juga semakin rancak menerokai bidang perniagaan.

Selain memiliki dua restoran, My Mom Chicken Rice", Myasampedas Shop" serta kedai jamu, Mykaki Jamu Shop , Linda juga bakal membuka sebuah homestay.

Terletak di pusat peranginan terkenal Port Dickson, Linda berkata, homestay  tersebut masih dalam pembinaan dan hiasan.

"Saya percaya homestay yang bersuasana perkampungan ini akan memberi tarikan tersendiri kepada pelancong.

"Insya-ALLAH ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan dan saya berharap Allah akan mempermudah segala urusan," katanya.

Anne selamat bersalin anak keempat

Posted: 10 Sep 2013 09:51 PM PDT


  • Anne selamat bersalin anak keempat
PELAKON Anne Ngasri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 9 September lalu, dan berita gembira tersebut dikongsi Anne sendiri menerusi akaun Twitternya, semalam.

Bayi seberat 3.4 kilogram ini merupakan anak keempat Anne Ngasri dan yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan suaminya, Mohd Sumali Reduan pada bulan Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4, dan Nazharah Afrozah, 3, manakala Sumali pula mempunyai seorang anak lelaki, Sufian Hakim, 8.

Dalam pada itu, Anne juga dikatakan berjaya menyandang jawatan sebagai Ketua Puteri UMNO bahagian Dataran Merdeka selepas dia dilantik dalam satu mesyuarat cawangan itu baru baru ini.

Konsert Jamal Abdillah meriahkan TMT 2013

Posted: 10 Sep 2013 09:49 PM PDT


  • Jamal Abdillah Jamal Abdillah
DALAM  usaha memeriahkan lagi Tahun Melawat Terengganu (TMT 2013), Hotel Permai Inn, milik kerajaan negeri di bawah Terengganu Incorporated (TI) di Jalan Sultan Mahmud di sini akan menganjurkan sebuah konsert dengan menampilkan artis terkenal, Jamal Abdillah pada 4 Oktober ini.
  
Pengurus besarnya Azman Ali berkata ia adalah antara usaha pengurusan hotel bagi mewarnai sambutan TMT 2013 kerana gandingan Jamal bersama penyanyi kelahiran Terengganu, Saleem serta Nas Adila dan Elias Shah dijangka mampu menarik 800 peminat hiburan di Pantai Timur ke konsert itu.
  
"Ia juga sebagai mengisi kekosongan dari aspek hiburan dalam sektor perhotelan di Terengganu dan Hotel Permai berharap konsert ini mampu memberi kepuasan kepada peminat hiburan di negeri ini," katanya kepada pemberita dalam sidang media konsert itu di Terengganu yang turut dihadiri Jamal.
  
Pengunjung ke konsert itu juga akan diberi sedikit snek dan minuman sebagai tanda penghargaan pihak hotel. 
  
Mengulas mengenai prestasi perniagaan hotel itu, Azman berkata kadar tempahan bilik meningkat kira-kira 20 peratus berbanding tahun lepas berikutan penyertaan hotel itu dalam beberapa penganjuran program pelancongan berskala besar pada tahun ini.

"Pada 15 September ini, kami terlibat dengan Terengganu Century Ride yang menyasarkan penyertaan 650 peminat basikal dari seluruh negara dan pada 4 Oktober pula konsert Jamal bakal menyusul.
  
"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan banyak program pelancongan dan ini kerana secara tidak langsung memberi impak positif terhadap tempahan bilik serta restoran," katanya.
  
Hotel bertaraf tiga bintang itu adalah satu daripada destinasi penginapan ternama pilihan pengunjung dari dalam dan luar negeri yang menawarkan pelbagai pakej istimewa di negeri ini dan pernah memenangi anugerah kecemerlangan dalam perkhidmatan hotel dua penggal berturut-turut di bawah kategori 3-Bintang bagi 1996/1997 dan 1998/1999.

Guru hentak kepala pelajar

Posted: 10 Sep 2013 09:41 PM PDT



  • Guru hentak kepala pelajar Ibu Najwa, Norhayati Md Yusof, 44, menunjukkan bagaimana kepala anaknya dihentak dengan buku teks.
ALOR GAJAH - Ibu bapa kepada dua pelajar sebuah sekolah menengah di sini, kesal dengan tindakan seorang guru lelaki menampar dan menghentak kepada anaknya dengan buku teks, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, Izzul Fahmi Zainal, 15, dan Nur Najwa Najihah Mohd Shah, 13, masing-masing pelajar tingkatan tiga dan satu, juga dihukum guru pendidikan jasmani itu hanya disebabkan tidak menegur guru berkenaan ketika bertemu di Dataran Keris di sini, 1 September lalu.

Ibu Izzul, Zurina Ibrahim, 40, berkata, sebelum kejadian, anaknya bersama tiga rakan sedang duduk atas pentas Dataran Keris sebelum dilihat guru berkenaan yang kebetulan berada di situ.

Surirumah itu mendakwa, anak keempat dari enam beradik itu bagaimanapun ditampar dan dipukul beberapa kali menggunakan tangan dan buku teks kira-kira 9.30 pagi pada sesi sekolah ganti, Sabtu lalu.

"Izzul terus tidur sebaik balik dari sekolah dan saya hanya menetahui kejadian selepas dihubungi ibu Najwa memaklumkan hal berkenaan.

"Saya terus mengejutkan Izzul dan terkejut melihat mata kanannya merah dan bengkak. Apabila ditanya, dia beritahu dipukul guru di dalam kelas yang terdapat lebih 30 pelajar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jelatang, di sini, semalam.

Zurina berkata, berikutan kejadian itu, dia bimbang kesihatan terutama bahagian otak dan mata terjejas kerana selepas dua hari, anaknya masih mengadu pandangannya kabur.

Sementara itu, menurut Izzul, sebelum dipukul dia yang kebetulan melalui kelas Najwa dipanggil guru berkenaan sebelum dimarahi dan berkata sesuatu berbaur ugutan.

"Dia tanya saya 'kau pergi dataran kan? Kau nampak aku, kau buat bodoh je, siap baring-baring pula'. Saya hanya mengaku memang nampak dia sebelum dipukul dengan tangan sebanyak enam kali mengenai telinga dan kepala sebelah kanan, selain kepala dihentak dengan buku teks.

"Dia beri amaran jangan buat lagi. Dia juga kata berkata tidak takut sekiranya saya beritahu keluarga, malah akan terus pukul saya sekiranya nampak saya di dataran lagi," katanya.
Najwa pula berkata, ketika kejadian, guru itu masuk ke kelas Pendidikan Jasmani sebelum bertindak memanggilnya dan bertanya.

"Kemudian saya diarah berdiri dan duduk di kerusi beberapa kali sebelum kepala dihentak buku teks sebanyak dua kali dengan kuat. Dia turut menghambur kata-kata kesat," katanya.

Bapa Najwa, Mohd Shah Hasim, 49, pula turut melahirkan rasa marah apabila perempuannya yang kini trauma dan takut untuk ke sekolah dihukum dan dicemuh sedemikian di hadapan rakan-rakannya.

"Jika Najwa melanggar disiplin sekolah, saya faham tindakan guru itu. Tetapi Najwa dihukum selepas seminggu kejadian atas kesalahan dilakukan di luar waktu sekolah pada hujung minggu," katanya.

Atas tindakan tidak wajar guru berkenaan, ibu bapa Izzul dan Najwa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, kira-kira 10.30 pagi kelmarin.

Dalam pada itu, Pengarah Pelajaran negeri, Kasim Mohamad ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pihaknya belum menerima laporan sama ada menerusi lisan atau bertulis daripada Pengetua sekolah berkenaan.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan sejurus laporan kejadian diterima.

Habuan RM70,100 menanti kaki pancing

Posted: 10 Sep 2013 09:33 PM PDT


  • Habuan RM70,100 menanti kaki pancing Ikan patin yang dilepaskan ke Tasik Kota Puteri semasa penganjuran tahun lalu.
IJOK  - Hadiah wang tunai RM70,100 menanti peserta pertandingan memancing GP Selangor 2013 Siri Keenam anjuran  kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang yang dikendalikan Wakjali Event Management selaku pengurus acara di Tasik Kota Puteri, Ahad ini.

Penganjur, Md Zali Kasran berkata, kaunter pendaftaran 24 jam akan mula dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 12 tengah hari Sabtu ini.

"Ini kali kedua berturut-turut Tasik Kota Puteri dipilih sebagai venue pertandingan memancing GP Selangor.

"Tasik ini kaya dengan ikan patin, toman, tilapia, rohu, haruan dan lain-lain spesis. Malah penganjur akan melepaskan satu tan ikan ke dalam tasik yang akan digunakan dalam pertandingan, Sabtu ini," katanya.

Yuran penyertaan RM90 untuk satu joran dan penganjur menyediakan 20 hadiah cabutan bertuah serta empat cabutan bonanza microwave oven dan 500  kemeja-T percuma  untuk pendaftaran awal.

GP Selangor 2013 menawarkan 12 siri namun penganjur terpaksa mengehadkan pertandingan kepada 11 pusingan.

Juara Grand Slam akan membawa pulang sebuah Proton Exora bernilai RM70,000, kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000 manakala pemenang saguhati keempat hingga 10  menerima RM1,000.

Pertanyaan lanjut hubungi 013-3588206, 012-6823479 dan 013-3838655 atau layari www.wakjali.com.

Persefahaman kekuatan Jambu

Posted: 10 Sep 2013 09:23 PM PDT




DUO Jambu barangkali tidak mendapat liputan berlebihan seperti mana duo humor popular, Jozan. Bagaimanapun, Jambu yang dianggotai oleh Yusri Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Tauke), tidak dinafikan mempunyai aura tersendiri.
Jenaka mereka menggeletek hati secara spontan. Malah, tanpa wajah yang 'jambu', mereka mengumpul peminat tersendiri yang sering menanti bahan-bahan humor daripada mereka berdua.
Paling ketara, keserasian dan 'sambut-menyambut' jenaka mereka itulah yang membuatkan Jambu kuat.
Bagi Tauke, dia mengakui sangat terharu dengan penerimaan peminat terhadap dirinya dan Yus sekarang ini serta tidak menyangka Jambu mampu memberikan saingan kepada pelawak sedia ada.
"Saya dan Yus menganggap Jambu ini merupakan sebuah produk yang telah mengangkat nama kami. Lagipun kami mula dikenali ramai apabila bergabung bersama untuk bertanding dalam Maharaja Lawak.
"Kalau melihat dari segi tawaran pula, biasanya lapan daripada 10 tawaran yang diterima pastinya membabitkan Jambu. Ramai yang melihat kemampuan gandingan kami berdua berbanding secara solo," ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran Lawak Ke Der 3 baru-baru ini.
Menurut Tauke, dia sendiri lebih selesa untuk bergerak bersama-sama Yus kerana melihat kepada kekuatan yang dimiliki masing-masing apabila menghiburkan peminat dalam sesebuah acara.
Ujarnya, biarpun tidak menafikan terdapat tawaran solo yang diterima oleh mereka berdua, namun keutamaan pastinya akan lebih diberikan kepada Jambu.
"Sebenarnya kami sudah mencapai kata sepakat untuk tidak menghalang karier solo masing-masing kerana ia merupakan rezeki. Asalkan ia tidak bertembung dengan jadual Jambu.

KESERASIAN antara Yus dan Tauke merupakan antara faktor penting yang menjamin keutuhan Jambu.


"Andai kata kalau tawaran solo dan Jambu datang serentak, kami akan terima tawaran yang membabitkan Jambu. Mungkin tawaran solo itu lebih lumayan bayarannya tetapi kami lebih selesa kalau beraksi bersama-sama," jelasnya.
Memandangkan kini Jambu dilihat sebagai sebuah kumpulan pelawak yang semakin meningkat naik, Tauke menyatakan bahawa persefahaman merupakan kriteria utama untuk mereka terus kekal bersama.
Ujarnya, untuk terus kekal dalam industri hiburan bagi jangka masa panjang, persefahaman itu sangat penting sekiranya timbul sebarang perkara yang berbangkit.
"Tidak dinafikan memang ada sesekali timbul krisis antara kami berdua. Namun begitu, ia langsung tidak menggugat kami kerana percaya setiap permasalahan yang timbul itu ada jalan keluar untuk diselesaikan.
"Kalau wujud sebarang permasalahan, kami akan selalu berbincang dan segera menyelesaikannya. Kami tidak mahu masalah yang kecil sekalipun menggugat gandingan kami ini," ujarnya.
Peribadi
Biarpun dirinya bersama Jambu menjadi sebutan peminat tetapi Tauke turut tidak terlepas daripada dilanda cerita-cerita hangat yang membabitkan dirinya.
Antaranya, dia telah dikaitkan kerap bertukar-tukar teman wanita apabila sering muncul dengan wanita berlainan ketika hadir dalam sesebuah acara hiburan sehingga digelar playboy.
Ketika ditanya sama ada kontroversi terhadap dirinya itu menjejaskan nama Jambu, Tauke berkata, ia langsung tidak memberi sebarang impak dan tawaran yang diterima masih lagi banyak.
"Sebarang cerita yang timbul itu lebih kepada membabitkan perkara peribadi saya dan tidak berkaitan dengan Jambu. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu masyarakat mengaitkan perkara peribadi dengan kerjaya.
"Bagaimanapun, saya percaya peminat sekarang ini sudah lebih profesional dan tahu membezakan antara kerja dan cerita peribadi. Apa sahaja cerita kurang baik tentang diri saya, jangan kaitkan pula dengan Jambu," tegasnya.
Apabila diajukan pertanyaan mengenai sikapnya yang dilihat gemar berdampingan dengan wanita yang berbeza, Tauke memberitahu, ketika ini dia masih lagi sedang dalam proses untuk memilih wanita paling sesuai buat dirinya.

YUS (kiri) dan Tauke sudah mengenali antara satu sama lain sejak 13 tahun lalu.


Kembali popular
Dalam pada itu, menurut Yus, dia sendiri tidak menyangka keputusannya untuk bergandingan dengan Tauke akhirnya telah membuahkan hasil.
Mengakui terpaksa pulang ke kampung halamannya di Perlis setelah muncul juara Raja Lawak musim pertama dahulu, hasratnya untuk terus mencipta nama sebagai seorang pelawak tidak pernah padam.
"Dahulu saya pulang ke kampung kerana keadaan memaksa memandangkan tawaran yang diterima agak kurang sehingga menjejaskan sumber kewangan saya termasuk perbelanjaan harian.
"Sepanjang berada di kampung saya melakukan kerja asal iaitu sebagai guru tarian. Namun begitu, saya tetap bertekad untuk kembali ke Kuala Lumpur dan mengembangkan bakat sebagai pelawak," ujarnya.
Menurut Yus, ternyata tuah akhirnya memihak kepada dirinya apabila dihubungi oleh pihak Astro yang menawarkannya menyertai Maharaja Lawak dan bergandingan dengan Tauke.
"Sebenarnya saya sudah 13 tahun mengenali Tauke dan ketika berbincang dengannya untuk menyertai Maharaja Lawak, dia terus memberikan persetujuan dan akhirnya wujudlah Jambu.
"Kemudian, kami tidak sangka pula wujudnya keserasian antara kami sehinggalah Jambu semakin popular dan diminati ramai.
"Ini semua merupakan rezeki yang tidak dijangka sama sekali," ungkapnya yang turut terharu dengan sokongan peminat.

KL Gangster 2 sedia masuk pawagam

Posted: 10 Sep 2013 09:21 PM PDT


KL GANGSTER 2 akan menjengah pawagam pada 3 Oktober depan.


SEWAKTU Kosmo! menantikan sutradara terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk sesi temu bual, beliau mendapat panggilan telefon daripada seorang kenalan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Panggilan itu ekoran penayangan filem KL Gangster 2 secara haram di sebuah pusat beli-belah di sana dan atas sebab itu Yusof meminta agar tindakan segera diambil terhadap premis tersebut untuk mengelakkan perkara menjadi lebih serius.
"Apabila diminta untuk menghentikan tayangan, kenalan saya didatangi sekumpulan gengster pula sampai melarat ke balai polis.
"Ingin saya ingatkan, jangan mengambil tindakan tidak bijak untuk menayangkan filem KL Gangster 2 secara haram. Jangan berkompromi atau menjual DVD atau VCD cetak rompak!" tegas Yusof yang ditemui usai tayangan perdana filem KL Gangster 2 di One Utama, Petaling Jaya, Selangor kelmarin.
Yusof menjelaskan, sejak isu ketirisan filem arahan anaknya, Shamsul Yusof itu beberapa minggu sebelum ini, dia tidak putus-putus dihujani panggilan telefon bertanyakan situasi sebenar.
Kontroversi berantai
Untuk memujuk hati kata Yusof, filem KL Gangster 2 yang telah tersebar lebih awal itu baru 50 peratus sempurna dari segi pasca produksi termasuk skala warna dan kesan visual khas.
"Perkara yang telah berlaku merupakan satu ujian dan hidup ini tidak mudah. Sepanjang dua tahun filem ini menjalani pembikinan, pelbagai krisis timbul dan saya fikir tempoh suntingan lebih lapan bulan memang berbaloi dan memuaskan hati," ujarnya.
Krisis anak bapa (antara Yusof dan Shamsul), ketirisan filem dan terbaharu, kontroversi skandal Adi Putra, bagi Yusof merupakan cabaran terbesar sepanjang pembabitannya dalam industri perfileman.
"Hidup ini perlu cekal dan inilah cabaran. Sukar untuk menduga sambutan filem apabila masuk panggung, mungkin ada filem yang dirasakan laku tapi akhirnya tak jalan. Saya terima ketentuan Allah," katanya yang menjelaskan siasatan mencari dalang terbabit kes ketirisan filem KL Gangster 2 masih berlanjutan.
DATUK YUSOF HASLAM mewakili anaknya, Syamsul Yusof selaku pengarah KL Gangster 2. Yusof turut menasihati anaknya, Syamsul yang merancang untuk berhenti mengarah kerana kecewa filemnya dibocorkan di internet.


Syamsul berhenti mengarah
Dalam pada itu, Yusof turut memberikan respons terhadap tindakan Shamsul yang enggan menghadiri tayangan perdana KL Gangster 2 mahupun mengulas mengenai isu yang berlaku.
"Saya nampak usaha seorang anak muda yang bertungkus lumus dan sangat ghairah menghasilkan filem, namun apabila filemnya dirompak sebegini dia patah hati dan saya faham dia sukar menerimanya.
"Dia pernah menyatakan dia merajuk dan saya khuatir dia enggan menghasilkan filem lagi selepas ini. Saya menjadi tidak keruan tapi saya sebagai bapa perlu tunjukkan keberanian di hadapan anak-anak saya.
"Adalah suatu kehilangan besar industri dan saya orang paling kecewa jika betul dia mahu tarik diri dari dunia seni. Saya harap dia tidak silap perhitungan dan jangan kecewa kerana industri ini sentiasa menyokongnya," kata Yusof.
Yusof menjanjikan kepuasan luar biasa kepada penonton yang memilih untuk menyokong KL Gangster 2 di pawagam.
Katanya, filem ini menjanjikan kualiti dan kesan khas yang tidak pernah ditampilkan filem-filem tempatan sebelum ini.
Beliau menjelaskan sebab filem KL Gangster 2 mengadakan tayangan perdana tiga minggu lebih awal daripada tarikh tayangan (3 Oktober 2013) berikutan mahu memberikan ruang untuk malam gala sebuah filem tempatan yang membabitkan pelakon sama iaitu Aaron Aziz.
"Sepatutnya tayangan perdana KL Gangster 2 diadakan pada hari Khamis (12 September) tapi tarikh itu bertindih dengan malam gala sebuah filem lakonan Aaron Aziz.
"Lagipun, mengikut tradisi filem-filem saya sebelum ini, tayangan perdana memang dilaksanakan sebulan atau tiga minggu lebih awal daripada tarikh tayangan," katanya.

Adi Putra nafi gambar lucah miliknya

Posted: 10 Sep 2013 09:18 PM PDT


ADI PUTRA


KUALA LUMPUR - Selepas hampir seminggu berdolak-dalik berhubung dakwaan skandal dengan isteri orang, pelakon terkenal Adi Putra (gambar) semalam menegaskan dia langsung tidak mengenali wanita bernama Aida dari Johor yang dikaitkan dengannya.
Kenyataan itu sekali gus menafikan mesej dan gambar-gambar lucah yang dikatakan dihantar menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu lalu kepada Aida adalah miliknya.
Menurut Adi Putra, 32, pada awal Ogos lalu dia masih berada di Mekah kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan tersebut.
"Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci," ujarnya pada majlis sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Hilang nyawa angkara cicak tokek

Posted: 10 Sep 2013 09:16 PM PDT


MOHD. SHUKRI (tengah) menunjukkan senjata buatan sendiri yang dirampas daripada salah seorang suspek kes bunuh pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Misteri kematian seorang pemuda yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 30 Ogos lalu terjawab apabila dia dipercayai menjadi mangsa bunuh angkara cicak tokek yang dikatakan bernilai RM1 juta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, mangsa Syairul Helmy Azhar, 24, dibunuh dalam satu komplot yang disyaki turut melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun yang didakwa pemilik cicak itu.
Mangsa mati dengan mempunyai kesan tembakan di bahagian rusuk kanan.
Menurut beliau, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dikatakan orang yang diamanahkan oleh wanita itu untuk memelihara cicak tokek tersebut dan mencari pembeli yang berpotensi.
Bagaimanapun, mangsa kemudian didapati cuba melarikan diri bersama cicak tokek itu. Ini menyebabkan, wanita itu mengupah orang lain untuk mencari mangsa sebelum mangsa kemudian ditemui sudah mati dibunuh.
"Susulan kejadian itu, polis menahan 16 lelaki berusia antara 21 hingga 48 tahun secara berperingkat di sekitar Selangor dan Hilir Perak antara 1 September sehingga hari ini (semalam).
"Polis kemudian menahan pemilik cicak tokek tersebut iaitu seorang wanita berusia 60 tahun di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi tadi (semalam)," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Semarakkan budaya intelek

Posted: 10 Sep 2013 09:14 PM PDT


ENAM graduan cemerlang bersama anugerah masing-masing, dari kiri, Izza Hasrina, Ai Ling, Muhd. Muzakkir Afiq, Sarah Shafeera, Mei Kin dan Pei Tjin pada Istiadat Konvokesyen UPSI ke-15 di Tanjung Malim, Perak semalam.


TANJUNG MALIM - Bakal pendidik wajar menyemai hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah lanjutan sekali gus menyemarakkan budaya intelek dalam diri mereka.
Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim bertitah, sebagai seorang pendidik, golongan berkenaan tidak boleh memisahkan diri daripada rasa cinta kepada ilmu.
Baginda yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertitah, graduan harus menjadi seorang pendidik yang dihormati kerana sifat mengamalkan budaya intelek serta kejayaan, mencerminkan diri sebagai insan berilmu, bertenaga dan berupaya mengharungi cabaran.
"Negara telah memperkenalkan dasar dan sedang meneroka serta melaksanakan pelbagai program pendidikan bagi mengangkat martabat pendidikan negara.
"Graduan berperanan penting merealisasikan kejayaan pelan-pelan tersebut. Justeru, terapkan idealisme yang diimpikan semasa berada di kampus dan ketika melaksanakan tugas di luar kampus," titah baginda pada majlis pembukaan Istiadat Konvokesyen UPSI ke-15 di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini semalam.

Roda Ferris terbesar di dunia dibina di Las Vegas

Posted: 10 Sep 2013 09:11 PM PDT



RODA Ferris terbesar di dunia kelihatan separuh siap terletak di tengah-tengah bandar Las Vegas di sini kelmarin.



LAS VEGAS, Amerika Syrikat - Sebuah roda Ferris terbesar di dunia akan mula dipasang di tempatnya di sini pada Isnin depan.
Menurut jurucakap syarikat Caesars Entertainment Corp. Christina Karas, projek raksasa setinggi 55 tingkat itu kini dapat dilihat dari seluruh bandar termasuk lapangan terbang.
"Roda Ferris Las Vegas ini akan mengambil masa 30 minit untuk melakukan satu pusingan.
"Harga tiket roda ini juga akan berbeza daripada roda Ferris di London. Harga tiketnya adalah AS$30 (RM98)," katanya.
Pada awal tahun depan, roda gergasi tersebut akan dilengkapi 1,500 lampu LED dan mula berpusing perlahan-lahan.
Roda itu bakal mempunyai ketinggian 30 meter lebih tinggi berbanding buaian gergasi London Eye yang dibuka pada tahun 2000, sembilan meter lebih tinggi daripada Bintang Nanchang di China yang dibuka pada tahun 2006 dan 2.7 meter lebih tinggi daripada Singapore Flyer yang dibuka pada 2008.
"Ia bakal menjadi sebuah ikon. Ia juga bakal menjadi satu lokasi kunjungan anda ke Las Vegas sama ada anda menaikinya atau tidak," kata Pengarah Projek, David Codiga.

Empat didapati bersalah kes rogol beramai-ramai di India

Posted: 10 Sep 2013 09:07 PM PDT



SEKUMPULAN remaja mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kompleks Mahkamah Saket di New Delhi, India semalam. Mereka mendesak tertuduh dihukum gantung.



NEW DELHI - Empat lelaki yang dituduh merogol seorang pelajar perubatan di dalam sebuah bas sehingga menyebabkan kematiannya didapati bersalah oleh sebuah mahkamah India semalam.
Hakim Yogesh Khanna berkata, tertuduh yang kini boleh berhadapan hukuman mati didapati bersalah merogol, membunuh dan mencuri.
Hukuman terhadap mereka dijangka dijatuhkan hari ini.
"Mereka didapati bersalah merogol secara berkumpulan, memusnahkan bukti dan membunuh mangsa tidak berdaya," ujar Khanna.
Bagaimanapun, keempat-empat tertuduh itu, Mukesh Singh, Akshay Thakur, Pawan Gupta dan Vinay Sharma mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan- dakwaan tersebut.
Wajah kesemua tertuduh didedahkan kepada umum buat pertama kali semalam sejak perbicaraan bermula tujuh bulan lalu.
Mangsa yang berusia 23 tahun meninggal dunia pada 29 Disember 2012 setelah menjalani rawa- tan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.
Pelajar perempuan itu diserang semasa dia bersama seorang rakan lelakinya menaiki sebuah bas sekolah yang dicuri enam lelaki mabuk pada 16 Disember 2012.
Seorang suspek utama kes terbabit, Ram Singh membunuh diri dengan menggantung diri di penjara Tihar pada Mac lalu manakala suspek keenam, remaja berusia 17 tahun dihukum penjara selama tiga tahun.

Kayuh basikal 10km untuk belajar silat

Posted: 10 Sep 2013 08:58 PM PDT




KAWASAN padang berhampiran Pusat Sukan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak pada petang itu agak riuh-rendah.
Kebetulan, terdapat satu perlawanan bola sepak persahabatan yang sedang berlangsung, justeru, tidak hairanlah kawasan sekitarnya meriah dengan kehadiran penonton yang menyokong pasukan pilihan masing-masing.
Kelihatan seorang wanita berada di padang itu. Bagaimanapun tumpuannya bukan terarah perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung, sebaliknya kepada sekumpulan anak muda berpakaian serba hitam yang berada di satu sudut padang itu.
"Cuba perbaiki kekuda masing-masing. Pastikan ia selari dengan kedudukan kaki dan postur tubuh. Barulah pergerakan menjadi lancar dan seimbang," kedengaran suaranya lantang memberi arahan.
Sebagai peneraju Kelab Pencak Silat UPSI, Datin Wan Nurul Hidayu Wan Abdul Razak, 29, sememangnya tegas ketika mengajar.
Baginya, tidak kira apa jenis seni silat sekali pun, teknik memasang kekuda merupakan aspek asas yang perlu dikuasai oleh setiap pesilat sebelum diajar pergerakan lain yang lebih rumit dan kompleks.
"Sekali imbas ia tampak mudah, namun kekuda penting bagi membolehkan mereka berada dalam keadaan bersedia dan stabil ketika menyerang atau menghadap serangan lawan.
"Itu baru bab kekuda, belum lagi bab bunga (seni silat) dan buah (pukulan atau buah pukul) yang menggabungkan pelbagai gerakan kaki dan tangan secara sistematik," jelas wanita yang mesra disapa dengan panggilan Ayu itu.
Bercerita lanjut, wanita yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia mula mendalami silat pada usia 13 tahun ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyiddin, Pasir Pekan, Tumpat.
Kebetulan, bapa saudaranya, Wan Abdul Halim Wan Mamat merupakan guru silat terkenal dari Pertubuhan Seni Silat Gayung Pusaka Malaysia di negeri itu.
"Saya bertuah kerana mendapat bimbingan beliau. Tidak cukup latihan di sekolah, saya juga menjalani latihan tambahan di gelanggang silat yang dikendalikannya di Wakaf Bharu.

PENGALAMAN hampir 16 tahun dalam arena persilatan kini dicurahkan untuk melatih pesilat-pesilat muda UPSI.


Kayuh basikal
"Jika diikutkan memang penat hendak pergi latihan yang memerlukan saya mengayuh basikal sejauh lebih 10 kilometer. Pulang pula dalam keadaan badan lebam dan terseliuh di sana sini tetapi disebabkan mahu menuntut ilmu saya reda.
"Lagi pun, silat bukan sekadar mengajar pengamalnya mempertahankan diri, malah ia juga menerapkan pelbagai nilai positif seperti disiplin dan keyakinan diri," kata anak kedua daripada tujuh beradik itu.
Usaha itu tampak berbaloi kerana Ayu bukan sahaja cemerlang di peringkat sekolah malah turut berpeluang bertanding di peringkat kebangsaan mewakili pasukan pencak silat negeri kelahirannya itu.
Pada masa yang sama, dia yang dikurniakan tali pinggang hijau calit lima turut menimba ilmu kejurulatihan silat. Menariknya, dia mula bergelar jurulatih pada usia 15 tahun.
"Saya mengajar silat di sekolah-sekolah di sekitar Kelantan di samping terlibat melatih atlet-atlet pencak silat negeri. Di samping itu, saya juga terlibat dalam pelbagai pertandingan pencak silat dan seni tempur bela diri yang diadakan di seluruh negara, antaranya Sukan Malaysia (Sukma) dan Kejohanan Silat Kebangsaan," jelasnya.
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Ayu menyambung pengajian di UPSI dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Kejurulatihan pada 2007. Kesibukan sebagai penuntut di universiti itu bagaimanapun tidak menghalangnya untuk aktif dalam seni silat dengan melibatkan diri dalam Kelab Pencak Silat UPSI
Ujarnya, dia bertuah kerana mendapat tunjuk ajar pengasas Silat Seni Gayong Malaysia cawangan UPSI, Nor Azman Abdul Aziz, yang juga salah seorang pensyarah di universiti berkenaan.
Melalui bimbingan dan latihan sistematik yang diberikan Nor Azman, saya semakin tangkas di gelanggang persilatan.
Kecemerlangannya menyebabkan namanya tersenarai dalam pasukan pencak silat kebangsaan ke pertandingan Sukan SEA ke-24 di Korat, Thailand pada 2007.
SIFAT lasak sejak dari zaman kanak-kanak membuatkan Ayu tidak kekok mengabdikan diri dengan seni silat.


Kejayaan
Lebih manis, penyertaan pertama di pertandingan sukan tertinggi di Asia Tenggara itu berjaya meletakkan namanya sebagai salah seorang penyumbang pingat kontinjen negara melalui pingat gangsa. Kejayaan itu tidak terhenti setakat itu, setahun kemudian dia berjaya memperoleh pingat emas di Sukan Universiti ASEAN (SUA) ke-14 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Kata Ayu, pada pertandingan akhir, dia yang bertanding bagi kategori wanita Kelas C ditentang sengit oleh pesilat dari Vietnam.
"Ia merupakan satu perlawanan yang mendebarkan. Bagaimanapun, saya berjaya melakukan tiga kali jatuhan, tendangan tepat, tangkapan luar dan teknik sapuan depan, sekali gus diberi kemenangan oleh juri dengan kiraan mata 5-0.
"Kejayaan itu amat bermakna, selain merupakan pencapaian tertinggi saya di peringkat antarabangsa ia juga berjaya melonjakkan nama pasukan pencak silat UPSI," katanya yang turut mencatatkan prestasi cemerlang dalam beberapa pertandingan pencak silat seperti Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) dan ASEAN Indoor Games.
Pihak fakulti dan universiti telah menobatkannya Olahragawati Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2009 dan 2010, Jurulatih Terbaik Malam Anugerah Sukan Pelajar (2010), Malam Anugerah Sukan Pelajar (2010) di atas pencapaian cemerlang beliau.
Bercerita mengenai kehidupan peribadinya, Ayu berkata, dia kini hidup bahagia selepas bergelar isteri kepada Penyelaras Sukan Silat Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia dan Majlis Sukan Negara, Datuk Osman Nok pada tahun 2011.
"Saya mengenali suami sejak tahun 2007 ketika berada dalam pasukan pencak silat kebangsaan. Bermula daripada persahabatan, timbul perasaan kasih sayang sehingga membawa ke jenjang pelamin. Lagipun, kami mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memartabatkan seni silat di Malaysia," ujarnya.
Menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Belia dan Sukan di Pusat Sukan UPSI sejak setahun lalu, Ayu melahirkan perasaan bangga kerana berpeluang menabur bakti di universiti kesayangannya itu.

PASUKAN pencak silat UPSI yang dilatih Ayu sering mencatatkan pelbagai kejayaan yang membanggakan.


Selain menguruskan kemudahan dan peralatan sukan di pusat itu, dia juga bertanggungjawab menyelaras program pembangunan atlet-atlet pencak silat UPSI termasuk menjadi jurulatih sambilan Kelab Pencak Silat UPSI.
"Latihan dijalankan tiga kali seminggu meliputi teori, fizikal dan latihan bertinju (sparring). Setakat ini ada beberapa pesilat UPSI yang menonjol dan cemerlang di arena persilatan sama ada di peringkat universiti dan kebangsaan seperti Zaiton A. Koang, Nor Farhana Ismail dan Mohd. Saiful Sazman Rahmat.
"Sebolehnya saya mahu bakat mereka terus digilap bagi memastikan mereka mampu mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa," katanya menutup bicara.

Generasi muda pertahankan silat

Posted: 10 Sep 2013 08:56 PM PDT



SILAT bukan sekadar untuk mempertahankan diri tetapi juga mampu membentuk disiplin dan peribadi pengamal-pengamalnya. - Gambar hiasan


SILAT merupakan seni mempertahankan diri yang begitu unik. Di sebalik gerakan silat yang lemah-lembut itu tersirat pukulan-pukulan maut bertujuan mengekang dan mengunci pergerakan musuh.
Sebagai salah satu seni yang lengkap pada zahir dan batinnya, tidak hairanlah silat dilihat sebagai seni tempur bela diri yang cukup sempurna.
Biarpun demikian, perubahan zaman menyaksikan warisan silat yang sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu semakin terpinggir.
Generasi muda pada hari ini tidak lagi meminati silat yang disifatkan agak kekampungan. Mereka cenderung untuk memilih seni tempur bela diri yang diimport dari luar seperti taekwondo, karate, judo dan sebagainya.
Bagi Muhammad Fauzan Hashim, 18, silat merupakan seni warisan bangsa yang sewajarnya dipertahankan sampai bila-bila.
Disebabkan itu, dia tidak teragak-agak untuk menyertai Kelab Pencak Silat UPSI itu sebaik sahaja melanjutkan pengajian ke UPSI dalam jurusan diploma muzik sedikit masa lalu.
"Jika kita tidak mempelajari atau mewarisi seni ini siapa lagi yang akan memartabatkannya untuk generasi yang datang.
"Lagipun, aktiviti ini tidak pernah mengganggu rutin saya sebagai pelajar, malah menjadikan saya lebih berdisiplin dalam merancang jadual harian," katanya.
Biarpun mempunyai asas persilatan seni Silat Harimau ketika bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai, Sungai Rambai, Melaka dahulu, Muhammad Fauzan berkata, dia tetap gigih berlatih untuk menguasai seni pencak silat yang banyak menekankan kepada aspek kemahiran dan taktikal.
"Ilmu seni silat sangat luas dan pelbagai, terpulang kepada kita untuk mendalaminya kerana setiap satunya mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri," ujarnya.
Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, ilmu yang dipelajari bukan digunakan untuk bermegah atau bertelingkah sesama sendiri kerana ia bertentangan dengan prinsip sebenar seni mempertahankan diri tersebut.
"Silat merupakan disiplin yang baik kerana tidak ada cabang perguruan seni mempertahankan diri mengajar perkara tidak berfaedah kepada pengikutnya.
"Ilmu persilatan itu perlu dihayati dan diterjemahkan dengan penuh taat untuk membentuk semangat demi membela tanah air daripada ancaman musuh," katanya.

KEISTIMEWAAN silat menyebabkan ia sering dipersembahkan di majlis-majlis keraian. - Gambar hiasan


Membudayakan masyarakat
Rakannya, Muhammad Khairul Hadi Ismail, 20, berkata, silat mempunyai elemen penting dalam melatih dan membudayakan masyarakat terutama para pelajar dalam membentuk jati diri serta berdisiplin.
Katanya, seni silat juga mampu menonjolkan satu budaya hidup yang sihat yang sewajarnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
"Berlatih silat bukan sekadar untuk mempertahankan diri atau mengisi masa lapang, tetapi silat juga mampu membentuk, memperkasa dan mendisiplinkan sesebuah masyarakat.
"Ahli silat diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua, disiplin dan jati diri. Sebab itulah, ilmu persilatan mesti terus dipelajari dan dikembangkan agar tidak hilang ditelan zaman," ujarnya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat itu berkata, jika dikaji secara terperinci, setiap gerak seni, buah pukulan dan amalan seni silat Melayu terbina daripada modul pembelajaran yang dicipta beratus tahun lamanya.
"Jika diamalkan ia mampu membentuk keperibadian dan jati diri individu yang tinggi, di samping berkemampuan melahirkan pemimpin pelapis pada masa hadapan," katanya
Sementara itu, Nur Syafidah Johan, 21, mengakui banyak perkara atau ilmu boleh dipelajari menerusi seni silat kerana setiap gerakan silat dikaitkan dengan ibadat yang dilakukan seharian.
"Ia bukan saja aktiviti yang lasak tetapi dapat mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta.
"Pada masa sama, ia menerapkan nilai-nilai murni dengan mendidik diri untuk mengatur waktu, taat kepada ketua dan menghormati orang yang lebih tua," katanya yang merupakan pelajar semester ketiga Diploma Sains UPSI.
Mula mempelajari asas persilatan ketika bersekolah SMK Tengku Syed Idrus, Tampin, Negeri Sembilan, Nur Syafidah berkata, tidak ada salahnya wanita menyertai aktiviti itu.
Katanya, walaupun dilihat agak kasar, namun ia masih lagi sesuai untuk diamalkan dan tidak mengubah sifat-sifat kewanitaan seseorang pengamalnya.
"Sebagai seorang perempuan, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak seni mempertahankan diri terutama dengan peningkatan kadar jenayah sejak akhir-akhir ini.
"Sekurang-kurangnya, ilmu yang dipelajari boleh dijadikan benteng keselamatan diri dan menghindari sebarang gangguan yang tidak diduga," katanya.

Nasib musang di kota London

Posted: 10 Sep 2013 08:56 PM PDT


MUSANG yang agresif akan ditangkap atau dibunuh oleh skuad penembak.


SESETENGAH orang berpendapat ia suka menimbulkan kekacauan dan merbahaya kepada penduduk.
Bagi sesetengah pihak lain, kempen 10,000 musang di London merupakan satu usaha dalam menjadikan hutan konkrit itu sebagai syurga kepada hidupan liar.
Haiwan berwarna perang kemerahan itu sering dilihat berkeliaran di jalan raya sekitar ibu negara Britain itu.
Kini, populasinya semakin bertambah dan mudah dilihat di mana-mana sahaja. Menurut satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini, lebih 70 peratus penduduk London berjaya menemui haiwan itu hanya dalam tempoh seminggu.
Bagaimanapun, tidak semua warga London mengalu-alukan kehadirannya. Bagi mereka yang tinggal di bandar, musang dianggap sebagai satu igauan ngeri.
Ancaman
Ramai mendakwa tidur mereka sering terganggu disebabkan lolongan haiwan itu, tidak kurang juga yang terpaksa bangun semata-mata mahu membetulkan semula tong sampah yang terbalik diselongkar musang.
Lebih menyakitkan hati, haiwan itu turut meninggalkan cecair bau busuk yang mengambil masa panjang untuk hilang.
Mempunyai mata bersinar-sinar dan gigi yang tajam, musang dlihat sebagai ancaman utama kepada manusia.
Beberapa tahun kebelakangan ini terdapat sejumlah kes serangan musang terhadap bayi dan kanak-kanak. Namun perkara itu dinafikan pejuang hak asasi haiwan yang mendakwa kes-kes itu sengaja dibesar-besarkan.
Pada bulan Jun lalu, Datuk Bandar London, Boris Johnson telah mengadakan perdebatan panjang bagi menentukan nasib haiwan itu. Beliau telah mencadangkan agar sukan tradisi memburu musang yang diharamkan di Britain sejak 2005 dihidupkan semula.
"Ia bukan satu keputusan yang popular tetapi saya tidak peduli.
"Sekiranya orang ramai mahu haiwan ini dipindahkan ke Islington, sebuah daerah kecil di utara London, saya bersedia membantu," katanya, yang terpanggil untuk menyatakan pendapatnya selepas beberapa ekor kucing peliharaannya diserang musang yang berkeliaran di bandar raya itu.
Menurut kajian yang dilakukan Universiti Bristol, terdapat lebih 33,000 ekor musang menghuni di sekitar kawasan bandar-bandar utama di Britain. London mencatat kedudukan yang ketiga. Lebih 250,000 ekor lagi dipercayai berada di kawasan-kawasan luar bandar.
"Haiwan ini mudah menyesuaikan diri dan boleh makan apa sahaja jenis makanan yang ditawarkan di sekelilingnya. Justeru, tidak mengejutkan sekirannya ia mudah ditemui di sekitar kawasan bandar," kata Calie Rydings dari pertubuhan amal haiwan Pertubuhan Diraja Pencegahan Kekejaman Haiwan (RSCPA).
DIANGGARKAN terdapat kira-kira 33,000 ekor musang menghuni beberapa bandar utama di Britain.


Mempunyai taman-taman yang luas di samping ribuan kediaman yang lengkap dengan landskap, tidak hairanlah London merupakan syurga bagi haiwan tersebut.
Ia telah menjadi sebahagian daripada landskap bandar raya itu sejak tahun 1930-an, apabila pembangunan pesat memusnahkan kawasan habital asalnya.
Biarpun terdapat pelbagai aduan yang dilakukan, musang-musang yang berkeliaran itu seakan selesa hidup bersama manusia.
Undian yang dilakukan stesen televisyen, Channel 4 mendapati lebih 86 penduduk London menyukai haiwan itu. Sementara itu, kajian yang dilakukan Universiti Bristol melaporkan kira-kira 10 peratus penduduk di bandar raya itu kerap memberinya makan.
Ketika ini, Britain mempunyai kadar populasi musang tertinggi di dunia, menurut Stephen Harris, professor sains alam sekitar di Universiti Bristol.
Konflik
"Biarpun ia kerap menimbulkan masalah kepada penduduk, namun majoriti suka melihat kehadiran haiwan ini bermain-main di sekitar kediaman mereka," katanya kepada AFP.
Bagaimanapun konflik musang dengan manusia sejak beberapa tahun lalu, turut menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan menyebabkan wujudnya gesaan agar musang-musang ini dibunuh atau dipindahkan ke kawasan luar bandar.
Pada tahun 2010, di timur London, seorang ibu menceritakan kesan trauma yang dialami selepas anak perempuan kembarnya yang berusia sembilan bulan dibaham haiwan itu ketika tidur. Pada bulan Februari lalu, seorang bayi berusia sebulan putus jari tangan akibat digigit musang.
Walau bagaimanapun, pelbagai pertubuhan haiwan berpendapat, ia merupakan kes terpencil dan dalam sesetengah kes, tiada bukti kukuh mengaitkan musang dengan serangan yang dilakukan.
Trevor Williams, pengarah badan kebajikan Fox Project berkata, jumlah serangan yang melibatkan musang adalah terlalu kecil berbanding lebih 250,000 orang yang menjadi mangsa gigitan anjing setiap tahun di Britain.
Ancaman terbesar, menurut RSPCA, adalah musang-musang berkenaan.
Purata jangka hayat seekor musang yang hidup di kawasan bandar ialah dua tahun, berbanding empat tahun yang ditempatkan dalam kurungan.
Kenderaan juga menjadi punca lebih 60 peratus kematian musang. Selebihnya mati akibat penyakit atau dibunuh oleh skuad penembak khas yang diarah untuk menembak musang di London.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines