Jumaat, 3 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Latest, Apek dan Leauniey

Posted: 02 May 2013 11:31 PM PDT


Inilah gambar terbaharu daripada pasangan selebriti sukan bola sepak, Apek atau Khairul Fahmi dengan isterinya, Leauniey. Takde cerita apa-apa mengenai Leauniey yang dikhabarkan mengandung walaupun sudah 4 bulan mendirikan rumahtangga. Apa-apa pun semoga berbahagia ok.



Gambar anak Irma, Redza Seusia Sebulan

Posted: 02 May 2013 10:00 PM PDT


Perkembangan anak Irma setelah hampir sebulan melahirkannya, kini Redza Syah Irfhan semakin membesar. Dan sudah menjadi kebiasaan bayi normal membesar mengikut usianya.

Ayahnya, Redza Syah Azmeer tidak putus-putus untuk memuatnaik gambar anak kesayangan mereka itu ke dalam laman sosial Instagram sebagai tatapan untuk peminat Irma Hasmie dan Redza sendiri. instagram.com/RedzaSyahAzmeer






Gambar Lawak Dari Johan

Posted: 02 May 2013 09:00 PM PDT


Johan ni memang kelakar dan kadang kala agak sempoi juga dibuatnya. Dengan poster iklan yang terletak di shopping complex pun boleh dijadikan bahan lawak jenaka. Apa macam rampingkan.. hehe


8 Diva Popular Hiasi Intrend

Posted: 02 May 2013 08:00 PM PDT


Buat pertama kalinya majalah Intrend telah membuat dua cover majalah mereka dalam versi yang berlainan dengan dibarisi 8 selebriti terkenal dengan 4 daripadanya untuk satu majalah bersempena ulang tahun majalah Intrend yang ke-8.

Mereka adalah Ella, Liyana Jasmay, Ziana Zain, Fazura, Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Erra Fazira dan Nurul Wahab. Wah semuanya diva dan sudah berumahtangga kecuali Fazura. Namun kelihatan sekali wajah Fazura yang tercantik sekali di antara semua. Hehe. Bagi anda?



A. Aida Sah Bercerai Talak Dua

Posted: 02 May 2013 06:21 PM PDT

Artis kalau tak sah bercerai tak kan kemana punya. Itu yang menjadi igauan dan mimpi ngeri bagi sesetengah pasangan selebriti nak berumah tangga namun itu semua terserah kepada ketentuan Allah yang menentukan segala-galanya.

Akhirnya pergolakan rumahtangga penerbit A. Aida dan suaminya Suffian diberitakan telah bercerai semalam dengan cerai talak dua. Sebelum itu Suffian ingin menceraikan Aida dengan talak tiga, namun menurut portal mStar, mahkamah menolak permohonan Suffian.
"Saya tidak mahu lagi kembali kepadanya (Aida). Cukup sampai di sini sahaja dan sebab itu saya mahu cerai talak tiga tetapi mahkamah tidak membenarkan saya berbuat demikian.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana semuanya telah selesai dengan baik pada hari ini (Khamis) dan fokus utama sekarang adalah untuk sama-sama membesarkan anak kami," -Suffian.
"Apa yang lebih penting kini sudah tidak ada apa-apa lagi bebanan yang perlu saya pikul dan urusan selepas ini akan lebih mudah. Alhamdulillah segala-galanya telah selesai," -Aida.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines