Ahad, 20 Disember 2015
Penjaga Zoo Rogol Orang Utan hingga Hamil
SURABAYA: Seorang penjaga zoo ditangkap dan didakwa melakukan serangan seksual terhadap beberapa haiwan, termasuk membuntingkan seekor orang utan betina.
Akhbar Kalimantan Press melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu dirakam melakukan perbuatan terkutuk itu dengan kamera yang disorokkan oleh pegawai keselamatan zoo selepas timbul kesangsian mengenai tingkah laku tidak bermoral beliau terhadap haiwan. "Sebahagian haiwan seolah-olah terangsang apabila tiba masa memberi mereka makan.
Apa yang lebih mencurigakan kami adalah apabila kami mendapati orang utan paling tua di sini, Marilyn, bunting tiga bulan lalu. "Ia tidak pernah berhubungan dengan mana-mana orang utan lain kerana bersifat agresif, ia memang tidak masuk akal," kata seorang pekerja di zoo itu, Akhiroel Yahya. Mereka mengaku mengambil masa sebelum dapat menjelaskan apa sebenarnya berlaku.
"Pada awalnya, kami bingung dengan apa yang berlaku. Marilyn tidak bercampur dengan haiwan lain sejak 10 tahun lalu, ia memang misteri. "Cuma apabila kami memasang kamera keselamatan baru kami menyedari kebenarannya," katanya.
Apabila disoal pihak berkuasa, lelaki berkenaan menafikan sebarang salah laku sebaliknya menegaskan ia berlaku secara sukarela
______________________________________________________________
Surabaya - Pemerkosaan terhadap Orang Utan di Kebun Binatang Surabaya mengejutkan sejumlah orang. Apalagi Orang Utan tersebut sampai mengandung atau hamil.
Menurut seorang pakar Paleobiologi, Bachtiar Pado Panghulu dari Universitas Jakarta menjelaskan bagaimana Orang Utan bisa hamil bila diperkosa manusia.
Menurut dia, DNA orang utan dengan DNA manusia hampir sama.
"Bertentangan dengan kepercayaan umumnya, spesies Orang Utan DNA-nya adalah hampir menyerupai spesis manusia yang hampir sama dengan simpanse."
"Kami bekerja sama praktikal memeriksa kode DNA yang sama, hanya perbedaan sedikit saja DNA nya dengan lelaki itu," ujar dia.
Kebun binatang Surabaya merupakan kebun binatang terbesar di Indonesia. Sebelumnya juga terjadi peristiwa menggemparkan seorang pekerja telah membunuh 50 hewan di kebun binatang itu dalam tempo tiga bulan.
Rabu, 16 Disember 2015
Paksa Anak Sedara Seks
KOTA BHARU - Seorang pemandu jentolak bertindak melampau apabila tergamak merakam aksi bogel dua anak saudaranya yang sedang mandi dan memakai pakaian, sebelum memaksa dua beradik itu mengadakan hubungan seks dengannya.
Kejadian rogol itu beberapa kali berlaku terhadap dua remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun itu di rumah nenek mereka di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, antara Ogos dan November lalu.
Kejadian berlaku jam 7 pagi sekitar Ogos lalu, ketika pengadu yang berusia 16 tahun berada di dalam bilik didatangi bapa saudaranya berusia 42 tahun dan memaksa dia melakukan hubungan seks.
Sekiranya enggan, suspek mengugut akan menyebarkan gambar bogel berkenaan.
Takut dengan ugutan itu, mangsa mengikut kehendak lelaki terbabit dan kejadian berulang dua kali pada November. Suspek menggunakan modus operandi sama dengan masuk ke dalam bilik mangsa ketika semua penghuni rumah sedang tidur.
Kejadian sama turut berlaku terhadap adik perempuan mangsa yang dirogol, masing-masing tiga kali dalam kejadian pada Ogos, September dan Oktober oleh lelaki sama. Sebelum kejadian rogol itu, mereka kerap kali diganggu secara seksual oleh suspek yang bertindak meraba payudara mereka.
Dua adik-beradik kandung itu tinggal bersama datuk dan nenek sejak kematian bapa pada Julai akibat kencing manis, manakala ibu mereka bekerja kilang dan tinggal di Pulau Pinang. Turut menghuni rumah berkenaan, suspek bersama isteri dan anak mereka.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad berkata, suspek ditahan penduduk kampung pada jam 1 pagi, semalam, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, sejurus laporan dibuat dua beradik itu, suspek bertindak melarikan diri dan usaha pihak berkuasa menjejakinya berhasil dengan bantuan orang awam.
“Sebelum ini, suspek yang dikehendaki itu sukar dikesan kerana kerap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.
“Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman selama seminggu hingga 20 Disember depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Rabu, 25 November 2015
Sabtu, 21 November 2015
Kerani sekolah agama dirogol sebelum dibunuh
MUAR – Seorang ibu kepada bayi lelaki berusia 11 bulan bukan sahaja dirompak malah dibunuh di rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kerani Sekolah Agama Sungai Raya, Nurul Syahira Mohamed Yatim, 29, ditemui mati terbaring di depan pintu bilik dipercayai akibat dijerut menggunakan tali pengikat langsir.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, sejurus menerima aduan jiran sebelah rumah yang mengesyaki sesuatu apabila mendapati pintu pemandu kereta jenis Honda Civic milik mangsa dan pintu depan rumah berkenaan terbuka, polis bergegas ke tempat kejadian.
“Siasatan awal tidak menemukan sebarang senjata lain dan hanya tali pengikat langsir ditemukan yang dipercayai digunakan untuk menjerut leher mangsa.
"Tiada sebarang kesan pecah rumah. Malah keadaan rumah seperti biasa atau tiada tanda-tanda rumah itu digeledah.
“Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri, dompet, telefon bimbit dan barang kemas mangsa semuanya hilang dipercayai dilarikan perompak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini, hari ini.
Buat masa ini, katanya siasatan menjurus kepada rompakan yang bertukar menjadi pembunuhan manakala motif dan punca kematian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Difahamkan suami mangsa tiada di rumah kerana bekerja di Ulu Tiram manakala anak tunggal mereka dijaga pengasuh di kawasan berhampiran.
Polis tangkap suspek bunuh kerani sekolah
JOHOR BAHRU - Seorang pegawai kerajaan ditahan pihak polis, semalam bagi membantu siasatan bersabit kes pembunuhan kejam seorang kerani wanita sebuah sekolah agama di Muar berumur 29 tahun pada 16 November lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asistan Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, tangkapan dibuat pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan JSJ Muar kira-kira jam 6 petang, semalam.
Menurutnya, suspek yang berumur 30 tahun ditahan di rumahnya yang merupakan jiran terdekat kepada mangsa yang ditemui mati dijerut Isnin lalu.
"Suspek menjadi orang yang disyaki ditahan kerana gagal memberi keterangan yang memuaskan kepada pihak polis semasa siasatan dijalankan.
"Terima Kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada pihak polis dalam membanteras kegiatan jenayah kejam Ini," katanya.
Kamarul berkata, hasil ujian saringan air kencing suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata itu adalah positif dadah jenis amphetamine.
"Hasil semakan juga turut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit kesalahan jenayah kekerasan dan memiliki dadah," katanya.
Media 17 November lalu melaporkan seorang wanita ditemui mati dijerut dengan pengikat langsir ketika pulang seketika untuk mengambil barang di kediamannya di Taman Setia Kasih, Muar.
Mangsa ditemui jirannya, Aminah Syukur, 34, dalam keadaan terbaring dengan leher dijerut menggunakan tali pengikat langsir di depan pintu sebuah bilik, dipercayai dirompak dan dibunuh.
Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-tangkap-suspek-bunuh-kerani-sekolah-1.453925
Khamis, 22 Oktober 2015
Rabu, 21 Oktober 2015
Perogol Tersengih Dituduh Rogol Kanak
Kuala Pilah: Seorang pemandu lori sempat melemparkan senyuman selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, November tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Affifuddin Ismail, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Dia dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Kikir, Bahau.
Perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa melahirkan bayi lelaki secara songsang di sebuah klinik kesihatan di Bahau pada jam 9 pagi, 8 Ogos lalu.
Bayi seberat lebih satu kilogram selamat dilahirkan dan mangsa dibawa ke Hospital Jempol sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah.
Bagaimanapun, bayi terbabit meninggal dunia di HTAN akibat radang usus jam 4.40 pagi.
Selepas lebih sebulan menyembunyikan diri, tertuduh akhirnya ditahan polis di rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan, Khamis lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Kaiyisah Shukri memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes berkenaan sangat serius membabitkan kanak-kanak berusia 11 tahun, selain mengambil tempoh lama membolehkannya ditahan.
Bagaimanapun, tertuduh diwakili Abdul Aziz Hamzah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Seremban memohon mahkamah menggunakan budi bicara bagi membenarkan dia diikat jamin.
Sazlina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 daripada seorang penjamin.
Pada masa sama, mahkamah turut mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan, selain melarangnya mendekati mangsa atau keluarga hingga kes selesai.
Sazlina menetapkan 26 November untuk sebutan semula kes berkenaan.
Rabu, 30 September 2015
Rogol Adik Ipar Kerana Marah
Nilai: Akibat gagal membayar tunggakan bil utiliti dan sewa rumah didiaminya bersama suami dan anak-anak, seorang wanita mendakwa menjadi mangsa rogol oleh abang iparnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Gebok, Mantin di sini, dua bulan lalu.
Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa kejadian pertama berlaku pada 17 Julai lalu dan kejadian terakhir pada awal bulan lalu apabila abang iparnya itu dikatakan berang selepas dia dan suami didakwa tidak pernah membayar sewa serta melangsaikan bil utiliti sejak menetap di rumah berkenaan, kira-kira dua tahun lalu.
Sumber berkata, sebelum kejadian itu, suspek dikatakan sudah lama berang dengan mangsa dan suami apabila semua perbelanjaan harian dikatakan ditanggung keluarga suspek dan nenek mangsa.
Menurutnya, rumah yang didiami itu dikatakan milik nenek mangsa yang kemudian dibahagikan kepada dua iaitu satu bahagian didiami kakak mangsa yang juga isteri suspek, anak serta neneknya manakala mangsa, suami serta tiga anak mereka menetap di bahagian yang satu lagi.
“Selepas dua tahun tinggal di rumah itu, suspek mendakwa mangsa sekeluarga tidak pernah membantu menjelaskan bil air, bil elektrik serta bayaran sewa.
“Berang dengan tindakan keluarga wanita berkenaan, suspek yang berusia 40-an dikatakan bertindak memanjat bumbung rumah mangsa kira-kira jam 12 tengah malam, 17 Julai lalu sebelum merogol mangsa,” katanya.
Selasa, 29 September 2015
5 Hari Dirogol Bergilir-gilir
SEGAMAT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerima nasib malang apabila menjadi mangsa rogol dan dikurung selama lima hari oleh dua lelaki yang baharu dikenalinya selama sebulan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersama keluarganya pada 25 September lalu.
"Mengikut keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genuang selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada 21 September lalu.
"Mangsa melarikan diri semasa suspek tidur sebelum pulang ke rumah keluarganya. Pada awalnya, keluarga mangsa menyangkakan anaknya itu pergi ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah dan tidak menyangka suspek dikurung dan menjadi mangsa rogol," katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun dan mempunyai ikatan kekeluargaan itu kemudiannya ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap, di sini, sejurus laporan polis dibuat.
Katanya, siasatan awal juga mendapati suspek menyewa sebuah rumah tumpangan sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir supaya mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.
"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan sama ada mangsa telah dirogol di tempat lain sebelum itu dan mangsa juga turut diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).
"Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hasil pemeriksaan air kencing turut mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Amphetamine," katanya.
Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Rabu, 23 September 2015
Geram Bini Sepupu
Seorang lelaki warga Pakistan yang berhijrah ke negara ini dua bulan lalu untuk mencari pekerjaan sebaliknya diberkas polis selepas cuba merogol isteri sepupunya di Kajang.
Dalam kejadian jam 10 pagi Khamis lalu, mangsa berusia 44 tahun dikatakan menghantar kenderaan mereka untuk dibaiki di sebuah bengkel di Jalan Reko di sini,
Difahamkan, kejadian berlaku apabila suami mangsa pergi ke belakang bengkel sebelum suspek memeluknya dari belakang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohammad Ji berkata, suspek memegang payudara mangsa menyebabkan wanita itu melawan dan berlaku pergelutan.
“Kejadian itu bagaimanapun disedari suami mangsa lalu meminta pejelasan atas tindakan biadab sepupunya itu,” katanya.
Menurutnya, khuatir perkara lebih buruk berlaku, mangsa dan suami beredar dan membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini.
Abdul Ghani berkata, susulan laporan yang diterima, pihaknya menahan suspek di kediamannya di Jalan Reko di sini.
Selasa, 22 September 2015
Isnin, 21 September 2015
Makanan Untuk Membesarkan Zakar
Ramai lelaki di seluruh dunia ingin mempunyai zakar yang lebih besar dan panjang. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana kebanyakan wanita lebih suka lelaki dengan zakar yang lebih besar dan panjang.
Makanan apakah yang boleh membesarkan zakar?
Pembesaran zakar boleh menjadi masalah yang serius, namun kebanyakan lelaki tidak tahu di mana memulakan ketika mereka ingin mendapatkan tambahan inci. Ada beberapa kaedah yang biasa digunakan untuk meningkatkan saiz zakar dari pembedahan pembesaran zakar, pam pembesaran zakar, senaman pembesaran zakar, dan penggunaan pil herba.
Berikut tiga jenis makanan yang boleh membantu lelaki memperbesar zakar.
1. Pisang
Kajian menunjukkan lelaki yang berjaya memperbesar kelaminnya biasanya mempunyai jantung yang sihat. Kalium yang ditemui dalam pisang boleh membantu kesihatan jantung dan juga membantu peredaran darah dengan tepat. Dengan peredaran darah yang baik dan hati yang sihat, boleh membuat pertumbuhan zakar tercapai. Makan pisang boleh juga membantu menjaga natrium di dalam tubuh dengan kadar yang rendah yang membantu mencegah penyakit jantung dan masalah jantung yang lain.
2. Ikan Salmon
Ikan ini kaya akan lemak esensial seperti Omega 3. Lemak yang sihat ini membantu dalam penipisan darah (kelikatan rendah), yang pada gilirannya membantu dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. Kajian telah menunjukkan, mempunyai aliran darah yang sihat adalah salah satu faktor utama dalam kekuatan, dan ereksi yang lebih keras.
3. Bawang
Banyak yang tidak tahu bahawa bawang merupakan makanan yang penting untuk peredaran darah yang sihat. Ini juga membantu mencegah penggumpalan darah. Ini juga memberikan keuntungan besar meningkatkan peredaran darah ke jantung serta ke zakar.
Selain mengambil tiga makanan utama, kita mengambil banyak buah, sayur-sayuran, daging tanpa lemak, serta bijirin boleh anda masukkan dalam diet anda. Pada masa yang sama, anda juga harus menghilangkan pengambilan makanan ringan dalam diet anda.
Dalam masa 1 minit, upgrade zakar anda dengan QLIMAX EXTREME GRIP
Herba membantu pembesaran zakar - VIMAX CANADA
Rabu, 16 September 2015
Jumaat, 4 September 2015
Wanita Mengandung Diikat Dipukul (Video & Gambar)
ZHENJIANG - CHINA. Seorang wanita mengandung diikat dan dipukul oleh sekumpulan penduduk kampung di wilayah Zhejiang minggu lalu selepas dikatakan mencuri wang salah seorang penduduk kampung tersebut.
Menurut laporan SCMP, wanita yang tidak dikenali berusia 28 tahun itu dicekup ketika mencuri 900 Yuan (RM 596) di sebuah rumah di Hengshanqian.
Walaubagaimanapun, wanita berkenaan memulangkan semula wang yang dicurinya dan penduduk kampung mengambil keputusan untuk tidak menghukumnya dan tidak melaporkan perbuatannya itu kepada polis.
Namun, 10 hari kemudian, ketika wanita itu kembali semula ke kampung berkenaan, penduduk kampung berubah fikiran dan menjatuhkan hukuman ke atas wanita berkenaan.
Rakaman video menunjukan wanita itu diikat di sebatang tiang.
Dia turut ditendang, ditampar dan rambutnya ditarik oleh beberapa penduduk kampung sehingga tidak sedarkan diri.
Sementara itu, polis Taizhou berkata, individu yang memukul wanita berkenaan ditahan lapan hari dan diarahkan untuk membayar denda sebanyak 300 yuan (RM198).
VIDEO
Wanita Mengandung Diikat Dipukul
Wanita Mengandung Diikat Dipukul
Rabu, 19 Ogos 2015
Pelajar kolej terjatuh dari flat
Kuala Lumpur: Seorang pelajar perempuan kolej swasta berusia 18 tahun maut apabila terjatuh dari tingkat 14 Flat Pelangi Magna, Kepong, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy berkata, dalam kejadian 3.12 petang itu, pelajar berkenaan dikatakan pergi ke bangunan itu selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarganya.
"Mangsa masih hidup selepas jatuh dari bangunan itu dan dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas tiba di hospital itu akibat cedera parah di kepala," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Isnin, 17 Ogos 2015
Posisi Seks Ketika Hamil
KEHAMILAN bukannya penghalang bagi pasangan suami isteri melakukan hubungan seks. Kebanyakan wanita mengandung takut melakukan hubungan intim bersama suami berikutan bimbang berlaku kontraksi yang tidak diingini, padahal secara tidak langsung aktiviti seks memberi nutrisi bagi pertumbuhan ibu dan bayi.
Panduan posisi terbaik untuk wanita hamil;
1) Posisi wanita di atas
Posisi seks yang banyak digunakan dan yang paling selesa untuk wanita hamil. Posisi ini memungkinkan isteri lebih selesa untuk melakukan hubungan intim.
2) Posisi wanita menonggeng
Hubungan dengan posisi ini tidak memberi tekanan pada perut isteri yang semakin membesar. Oleh itu, isteri akan berasa lebih selesa.
3) Posisi duduk
Sesuai dilakukan pada peringkat pertengahan hingga akhir kehamilan. Posisi ini dilakukan dengan cara suami duduk dan isteri duduk di atas pangkuan suami dan kedua-duanya saing berhadapan atau isteri membelakangkan suami apabila perut semakin membesar.
4) Posisi berlutut atau berdiri.
5) Posisi suami berbaring di atas, tetapi hanya separuh badan.
Ahad, 9 Ogos 2015
Dirogol Kawan Adik
KODIANG - Seorang remaja dirogol oleh adik rakannya yang baru mencecah usia 15 tahun ketika berkunjung ke rumah rakannya itu bulan lalu.
Mangsa yang berusia 17 tahun, dari sebuah kampung dekat sini, mengaku dirogol dalam bilik adik rakannya, Salsabila (bukan nama sebenar).
Ketika kejadian bulan lalu, mangsa ke rumah Salsabila di kampung berdekatan, kedua-duanya kemudian keluar untuk mengutip daun ketum di kawasan berhampiran.
Selesai mengutip daun ketum sekitar jam 4 petang, mangsa mengikut Salsabila pulang ke rumahnya untuk berehat dan minum air dalam bilik tidur adik rakannya.
Bagaimanapun, adik lelaki Salsabila, dikenali sebagai Megat (bukan nama sebenar) masuk ke dalam bilik itu dan pada ketika itu, Salsabila keluar sebentar.
Difahamkan, Megat terus memegang tangan mangsa yang ketika itu cuba untuk keluar dari bilik berkenaan, namun ditarik oleh Megat dan menolaknya ke atas katil.
Berdasarkan laporan polis, Megat memasukkan kemaluannya dalam kemaluan dan dubur mangsa.
Ketika kejadian, mangsa tidak melawan kerana bimbang dipersalahkan berikutan mangsa sendiri yang datang ke rumah itu.
Sebaik Salsabila masuk ke dalam bilik itu, Megat terus melepaskan mangsa. Bagaimanapun mangsa sempat berbual dengan Salsabila sekitar tiga minit sebelum pulang ke rumahnya.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, suspek berusia 15 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.
“Berdasarkan siasatan, ini adalah kejadian kali kedua, di mana kali pertama mangsa melakukan hubungan seks dengan suspek Jun lalu. Ketika itu, mangsa menceritakan kejadian yang berlaku pada rakan dan guru di sekolahnya,” katanya.
Menurutnya, polis merakamkan percakapan saksi iaitu rakan dan guru mangsa bagi mengesahkan dakwaannya.
“Mangsa sendiri mengadu dirogol oleh seorang remaja dikenali Megat ketika pergi ke rumah rakannya. Guru terbabit turut mengesahkan mangsa berjumpa dengannya di sekolah pada 5 Julai lalu, dan memberitahu dirogol,” katanya.
Khamis, 6 Ogos 2015
Pelajar 11 Tahun Mengandung
Bahau : Budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan bayi lelaki di klinik swasta di Bahau, 8 pagi tadi.
Sumber berkata, budak perempuan itu tinggal bersama neneknya mengadu sakit perut sebelum dibawa ke klinik di Bahau.
"Sebaik tiba, doktor memakluman budak itu hendak bersalin. Pada masa sama, air ketubannya sudah pecah.
"Belum sempat dibawa ke Hospital Jempol, dia melahirkan bayi lelaki dalam keadaan songsang.
"Bayi seberat lebih satu kilogram dilahirkan dalam keadaan sihat dan dua beranak itu dibawa ke Hospital Jempol sebelum dirujuk ke Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini, tetapi kita sudah mengenal pasti teman lelaki budak perempuan itu," katanya.
Selasa, 4 Ogos 2015
Bekas pemain bola dicekup Khalwat
ALOR SETAR - Seorang bekas pemain bola sepak dicekup bersama seorang wanita dalam satu serbuan di bilik hotel sekitar Bandaraya Alor Setar, kelmarin.
Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, lelaki berusia 52 tahun yang juga dipercayai suami orang ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan wanita berusia 27 tahun.
Pada peringkat awalnya, pasangan berkenaan memaklumkan kepada penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bahawa mereka adalah suami isteri.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan kemudiannya mendakwa pasangannya itu merupakan anak saudaranya selepas disoal disiasat lebih lanjut .
Namun ketika penguatkuasa Jaik menghubungi ibu wanita berkenaan, dia mengesahkan bekas pemain bola sepak itu dan anaknya hanyalah kenalan lama.
Pasangan berkenaan antara enam pasangan ditahan dalam operasi selama lima jam sekitar Alor Setar dan Pokok Sena disertai kira-kira 28 penguatkuasa Jaik.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, ketika diserbu lelaki berkenaan hanya bertuala manakala pasangannya memakai baju terbalik. Menurutnya, mereka juga didapati mengambil masa lama untuk membuka pintu bilik hotel berkenaan.
"Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta berkenaan dikatakan menghuni hotel tersebut selepas menyelesaikan urusan kerja mereka.
"Mereka akan disiasat di bawah Sekyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara," katanya.
Dalam perkembangan sama katanya, dia menasihatkan pasangan suami isteri membawa dokumen berkaitan pernikahan mereka untuk memudahkan urusan pemeriksaan.
"Ada kes pasangan tertentu mendakwa berkahwin di sempadan, bagaimanapun mereka langsung tidak membawa dokumen berkaitan.
"Perbuatan tidak membawa dokumen penting sebegini tidak hanya menimbulkan syak, malah menimbulkan masalah untuk melakukan pemeriksaan," katanya. : Sumber
Sabtu, 25 Julai 2015
Bayi tiga bulan dicabul
Marang: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan lapan hari disyaki menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Rhu Muda, di sini, pada Ahad lalu.
Kejadian berlaku ketika bayi terbabit ditinggalkan keluarga di rumah milik saudara keluarga mangsa ketika berhari raya, sebelum masing-masing keluar bermain di pantai berhampiran, pada jam 5 petang.
Menurut sumber, ibu mangsa menyedari kejadian menimpa anaknya apabila mahu memandikan bayi terbabit ketika berada di rumahnya di Kampung Binjai, Kemaman pada jam 8.30 pagi keesokannya.
“Ketika memandikan bayi berkenaan, wanita terbabit mendapati ada kesan kemasukan objek pada kemaluan anaknya sebelum membawa ke klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.
“Mengesyaki sesuatu berlaku terhadap bayi itu menyebabkan hospital menghubungi polis bagi siasatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai.
Katanya, siasatan yang dijalankan susulan .laporan itu membantu pihaknya menahan seorang lelaki.
“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul.
“Lelaki terbabit yang baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ditahan di rumahnya di Kampung Rhu Muda, kelmarin.
“Sehingga kini, kami masih menjalankan siasatan termasuk menunggu laporan lengkap pemeriksaan daripada hospital,” katanya.
Sabtu, 4 Julai 2015
20 Tanda Anda Mengalami Ketagihan Internet
20 Tanda Anda Mengalami Ketagihan Internet (Menarik!) | Internet memang merupakan satu medium penyebaran maklumat yang sangat penting ketika ini, tapi tahukah anda penggunaan internet dalam jangka masa yang panjang dan berterusan boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami ketagihan internet. Apabila sudah ketagihan internet kadang kala tidur pun pasti tidak cukup, jika tidur tak sempurna, tubuh akan terasa lenguh ketika bangun pagi. Mata juga terasa berat. Kepala terasa berat. Namun, apabila bangun,berdepan dengan komputer untuk beberapa ketika, mengantuk dan lenguh-lenguh hilang secara tiba-tiba. Betul tak?
Sedar atau tidak, ia adalah gejala ketagihan internet. Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda kini sudah ketagih internet yang dipetik daripada Facebook.
(1) Online melebihi keperluan. Mata tertumpu ke monitor, tangan di keyboard. Tapi tak tahu nak tulis apa.
( 2) Urusan harian tertangguh. Gelas dan pinggan yang belum dibasuh tersusun rapi di samping meja komputer. Bila nak guna baru basuh. Bukan basuh selepas guna.
( 3) Mengutamakan keseronokkan Internet berbanding bergembira dengan kawan-kawan. “Mana yang lebih seronok; berkumpul dengan kawan-kawan, pasang cerita, hidang air dan kacang, bergelak tawa bersama-sama, atau online?” Jawabnya, “Online.”
( 4) Anda terima sesiapa sahaja dalam akaun Twitter, Facebook, MySpace, Friendster, Hi5, Yahoo Messenger dsb. Pada anda, jika anda ada 200 followers pada akaun Twitter anda, maka itu menandakan bahawa anda popular. Padahal seorang pun anda tak kenal!
( 5) Keluarga dan kawan anda mula menegur jumlah penggunaan Internet anda. Pada mereka, ia membazir masa dan elektrik. Pada anda, mereka sedang cuba untuk ambil alih tempat duduk anda!
( 6) Keputusan peperiksaan anda terjejas kerana pelajaran terabai. Anda kata ada sebab lain. Padahal semua orang tahu Internet adalah penyebabnya!
( 7) Periksa e-mel sebelum mulakan sebarang kerja. Apabila ada e-mel yang perlu dibalas, anda akan mula melekat di meja komputer. Bila tengok jam, “Ah! Aku dah lewat!”
( 8) Anda tidak produktif lagi kerana masa banyak terbuang di depan komputer. Bila disuakan dengan kerja, anda katakan bahawa anda sibuk. “Nak check e-mel lagi, nak update blog lagi, nak baca blog orang lagi, nak tengok wall kawan-kawan lagi.. Mana cukup masa!”
( 9) Bila orang tanya, “Awak lama-lama kat Internet, awak buat apa?” Anda jawab, “Ada la..” Anda mula merahsiakan apa yang anda lakukan di Internet setiap hari. Anda bimbang orang akan lekehkan apa yang anda lakukan. “Kutuk Internet bererti kutuk aku!”
( 10) Bila anda hadapi tekanan kerja atau belajar, anda berkata, “Indahnya jika ada Internet.”
( 11) Anda tertunggu-tunggu bila agaknya anda boleh online lagi. “Bila la aku boleh online.” “Lama mana dah kamu tak online?” “Baru je tadi. Line tengah terputus sekarang ni.”
( 12) Arahan: Cuba anda bayangkan dunia tanpa Internet. Reaksi: Tidaaaaaak! (sambil berguling-guling atas lantai).
( 13) Anda terasa geram dan marah apabila ada orang ganggu anda online. Anda pamerkan tanda ‘Jangan Ganggu’ ketika anda online. Bila ada yang mendekati dengan wajah yang garang anda jengilkan mata sambil memberi isyarat supaya dia mematuhi tanda tersebut.
( 14) Tidur terganggu kerana online.
( 15) Apabila anda sendirian dan tidak lakukan apa-apa, anda bayangkan anda sedang online dan menikmati keasyikannya.
( 16) Bila ada yang memanggil ketika anda online anda akan jawab, “Sekejap!”
( 17) Anda cuba untuk kurangkan waktu online beberapa kali tetapi tidak berjaya.
( 18) Bila orang tanya, “Berapa jam anda online setiap hari?” Anda akan buat-buat lupa.
( 19) Anda memilih untuk online berbanding keluar bersiar-siar. “Buat apa keluar bersiar-siar bila saya boleh lakukan hal yang sama dengan Google Earth?”
( 20) Anda terasa bosan dan tertekan apabila tidak boleh online dan perasaan itu hilang sebaik sahaja anda berada di depan komputer. “Bosaaaaa… [Internet yang terputus tiba-tiba tersambung kembali]”
.
Rabu, 1 Julai 2015
Petua Hilangkan Jerawat
Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat
# Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an.# Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
# Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
# Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
# Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
# Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
# Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.# Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
# Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
# Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
# Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk.
# Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
# Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
# Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
# Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
# Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
# Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
# Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
# Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Rawatan Untuk Jerawat.
Liang yang tersumbat harus dibuka.Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.
Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik "oral" seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik "oral".Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.
Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin..
Isnin, 22 Jun 2015
Tanda-tanda Isteri Ingin Berasmara
Jangan biarkan Isteri anda GERSANG |
Lumrah kejadian makhluk secara berpasangan. Bulan dan matahari, langit dan bumi, malam dan siang, lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk saling melengkapi kerana makhluk itu bersifat dengan ketidaksempurnaan. Sebab itu juga selalu berlaku salah faham di dalam hubungan. Ramai wanita yang beranggapan bahawa lelakilah yang paling sukar untuk difahami, namun hakikatnya wanitalah yang sukar untuk difahami!
Jadi, tidak hairanlah jika lelaki menganggap wanita adalah makhluk paling sukar untuk difahami dan sering membuatkan mereka berasa bingung. Ini adalah kerana, biasanya apa yang terlahir daripada mulut wanita, belum tentu sama apa yang diinginkan oleh hatinya! Wanita seringkali menggunakan komunikasi ‘non verbal’ untuk melahirkan apa yang terlintas di fikiran mereka.
Sikap tersebut ternyata turut terjadi di saat mereka inginkan hubungan intim dengan pasangannya. Sekalipun dengan suaminya sendiri, wanita seringkali sukar untuk mengatakannya secara langsung. Mereka seolah-olah malu untuk melahirkan apa yang tersirat di hati sedangkan kaum suami pula sering kurang peka terhadap bahasa tubuh yang cuba ditunjukkan oleh isteri.
Seperti yang dikupas daripada sumber Times of India, ada beberapa perkara yang perlu para suami ambil perhatian apabila si isteri mula memberikan signal ‘nak seks’, antaranya:
1. Lengannya erat memeluk lengan anda
Ketika berada dekat dengan anda, si isteri akan menggerakkan lengannya untuk memeluk anda. Mungkin juga kepalanya berada di atas dada anda. Itu merupakan salah satu caranya untuk mengatakan bahawa dia menginginkan sesuatu yang lebih daripada anda.
2. Nafas kencang
Ketika wanita mula ghairah, bunyi nafasnya akan kedengaran semakin cepat. Ada sebahagian wanita yang mengeluarkan dengusan-dengusan halus. Selain itu, denyutan jantungnya juga menjadi bertambah cepat, dan pada ketika itu mungkin tubuhnya sudah mula menginginkan orgasme. Pada ketika wanita mula terangsang, organ tubuhnya akan memerlukan lebih banyak oksigen. Jadi, sebab itulah denyutan jantungnya menjadi semakin cepat dan nafas mula tercungap-cungap.
3. Bahasa tubuh
Belajar fahami bahasa tubuh. Biasanya ketika dia nak seks, secara automatik tubuhnya akan merespons apabila anda mendekatinya.Tanpa diminta, dia akan mendekati dan cuba memeluk anda. Selain itu, anda boleh lihat jari pasangan anda. Jika melengkung, itu merupakan signal dia sudah bersedia untuk berada dalam dakapan anda.
Namun, jika pasangan anda hanya terdiam kaku, dan hanya anda yang terpaksa bekerja sendirian tentu ada sesuatu yang tidak kena. Kemungkinan anda perlu mengubah posisi atau fokus pada zon sensitif seksualnya supaya detik itu berakhir dengan kemanisan.
Kesimpulan
Setiap wanita berbeza-beza dalam menunjukkan signal rangsangannya. Jadi sebagai pasangan, anda perlu tetap peka dalam menerima semua bahasa tubuh yang diperlihatkan oleh isteri anda. Wanita juga boleh berasa bosan. Tak ada salahnya jika anda melakukan pancingan-pancingan yang berbeza dengan sebelumnya untuk lebih menarik perhatiannya.
Ahad, 14 Jun 2015
Senaman Ketatkan V
Senaman Ketatkan Bahagian Intim Wanita. Semakin meningkat usia semakin banyak bahagian yang mula mengendur. Ini adalah lumrah kehidupan bagi semua manusia. Dari kulit hinggalah kepada bahagian intim wanita. Wanita pasti ingin kekal remaja sepanjang usia.
Beberapa senaman yang sesuai boleh dibuat diamalkan bagi wanita yang ingin mengetatkan kembali bahagian yang longgar. Antara senaman yang boleh anda lakukan adalah senaman Kagel , berjengket , naikkan kaki dan otot punggung.
Bagaimana caranya senaman ketatkan ini?
Lakukan senaman naikkan kaki.
Caranya adalah dengan berbaring telentang dan angkat kedua belah kaki ke atas. Angkat keduanya dan turunkan, angkat dan turunkan kembali. Seiring dengan menguatkan otot-otot kaki, senaman kaki ini juga mampu mengetatkan bahagian intim anda.
Senaman Berjengket adalah senaman yang terbaik untuk mengetatkan alat sulit anda. Berdiri dengan kaki selebar bahu dan jaga pinggang agar tetap lurus. Bengkokkan lutut dan turunkan tubuh secara perlahan-lahan. Depakan tangan untuk hasil yang lebih baik.
Bagaimana hendak membuat senaman otot dasar punggung? Tahan dan lepaskan otot-otot dasar punggung berulang-ulang. Percepatkan dan lakukan kira-kira 10 set. Pastikan senaman ini hanya dilakukan dengan otot-otot dasar punggung. Hindari menegangkan perut, belakang , pinggang dan otot paha.
Lakukan senaman kagel walau dimana anda berada. Tidak kira apa aktiviti anda. Sebab senaman ini tidak memerlukan senaman fizikal yang memerlukan pergerakan. Caranya adalah dengan kemut secara perlahan-lahan, ia akan menguatkan otot punggung di bawah saluran kencing. Tahan selama 10 saat, kemudian relaks. Ulangkan kembali selama lima minit dan lakukan pada setiap hari.
Isnin, 8 Jun 2015
Kecurangan Suami Sharifah Shahora
KISAH kecurangan pasangan yang sudah berkahwin sememangnya bukan kisah baharu dalam masyarakat hari ini.
Ada rumah tangga yang berakhir kerana kehadiran orang ketiga dan ada yang bangkit daripada kesilapan pasangan masing-masing.
Begitulah juga yang berlaku kepada pelakon dan penerbit, Sharifah Shahora yang mengejutkan ramai apabila mendedahkan kecurangan suaminya, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Yanie.
Pelakon Sharifah Shahora menganggap pendedahan mengenai kecurangan jurukamera Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, 43, di media sosial baru-baru ini bukan bertujuan untuk mengaibkan suaminya itu.
Shahora, atau nama sebenarnya Sharifah Shahora Syed Akil, 40, berkata, tindakannya yang dianggap tidak waras itu berikutan rasa tertekan dan kecewa selepas mengetahui dipermainkan oleh suami sendiri bersama wanita yang tidak dikenali.
"Saya bukan nak aibkan suami sendiri, tapi saya sudah tidak tahan dan tertekan kerana berasa ditipu. Bayangkan, saya tengah tidur mereka bermesej-mesej.
"Saya ada terbaca mesej perempuan itu bertanya, "manager mana?" suami saya balas, "dia tidur" dan perkara itu membuatkan saya rasa geram dan terlalu marah sehingga memuat naik perkara tersebut di laman sosial," katanya
Menggunakan medium laman sosial, Twitter untuk meluahkan perasaan, Shahora berkata, dia menjadi seberani itu kerana sudah tertekan dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas dirinya disebabkan 'adegan drama' selama tiga bulan antara wanita tersebut dan suaminya.
“Setiap manusia ada tahap kesabarannya dan apabila perkara ini seperti tidak dapat lagi dihentikan, maka dengan cara inilah (uar-uarkan kepada umum) jalan terbaik untuk menghentikannya.
“Memang perkara ini memalukan diri saya, tetapi saya terpaksa kerana saya sendirian. Saya tiada niat mahu mengaibkan suami, namun ini sahaja cara saya boleh gunakan, tambahan saya lakukan secara sendiri, saya seorang,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program Ramadan TV3 dan TV9, baru-baru ini.
Bukan sahaja menjejaskan emosinya, akui Shahora, hubungannya dengan suami juga sudah terjejas sejak wanita tersebut hadir dalam hidup mereka.
“Saya dengan suami memang sekarang agak panas, sangat panas dan saya tidak boleh terima benda ini kerana anggap telah ditipu selama ini.
“Nasib baik saya merasa ada sesuatu tidak kena pada reaksi suami pada mula-mula kejadian ini berlaku, jika tidak masih beranggapan suami masih sayangkan saya.
“Sejak saya mengetahui perkara ini tiga bulan lalu, saya sering menasihati suami agar jangan ulanginya lagi, namun ia tetap berpanjangan,” jelasnya.
Dalam tempoh tiga bulan tersebut, Shahora juga ada menyarankan agar suaminya berkahwin dengan wanita tersebut sekiranya memang wujud cinta antara mereka dan mungkin sudah tidak mencintai dirinya.
“Tetapi suami saya tak mahu kahwin, saya pun tak tahu kenapa. Kini memang kami masih tinggal sebumbung tetapi tidak bercakap kerana masing-masing mahu mengelak.
“Saya pernah fikir mahu keluar rumah, tetapi nanti dikatakan nusyuz. Kami hanya bermesej andai mahu berkata tentang sesuatu perkara.
“Tetapi selepas membuat pendedahan ini, suami ada meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi, namun susah bagi saya menerimanya kerana merasakan dia akan mengulanginya lagi,” ujarnya.
Suami berubah
Ditanya bagaimana dia dapat menghidu kecurangan suami, Shahora berkata, aktiviti dan gerak geri suami yang berlainan dari kebiasaan mula menimbulkan curiga padanya.
"Memang menjadi kebiasaan saya dan suami bermain telefon di rumah. Tetapi apabila dia lebih kerap bersama telefon bimbit, saya jadi pelik.
"Malah saya pernah terlihat dia leka berbalas mesej dengan seseorang ketika saya terjaga dari telefon.
"Lebih menyakitkan hati apabila saya terbaca wanita itu bertanya di mana pengurus? Dan suami membalas saya sudah tidur. Pengurus dia panggil saya!" ujarnya kesal.
Meskipun cuba untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2008, akui Shahora, hatinya kini masih terluka dengan apa yang berlaku.
"Saya rasa nak gila bila dedahkan semua ini. Apatah lagi saya bukan jenis yang berkongsi hal rumah tangga di laman sosial.
"Malah sehingga kini saya belum bersedia memaafkan dia (suami). Saya tak tahu nak berpisah atau bagaimana, jadi tunggu,” katanya.
Orang ketiga mohon maaf
Tambah Shahora, wanita yang dipercayai berasal dari Singapura ini, sudah pun memohon maaf secara terbuka menerusi laman sosial, Twitter, apabila diminta berbuat demikian.
“Alhamdulillah, budak itu telah memohon maaf dalam Twitter saya dan memohon memadam semua logo keluarganya di media sosial yang telah dimuat naik oleh saya.
“Nampak dia benar-benar memohon maaf dan mengatakan dirinya bodoh kerana melakukan perkara itu.
“Walaupun kini saya dan dia sudah selesai tetapi saya belum sedia memaafkannya lagi, kerana mungkin ia hanya perancangan untuk menipu saya lagi,” akhirinya.
Ahad, 7 Jun 2015
Dicabul Ustaz
SUBANG JAYA – Hasrat seorang eksekutif mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit misteri yang dialaminya berakhir malang apabila dia dicabul seorang ustaz muda di Subang Jaya, baru-baru ini.
Mangsa berusia 23 tahun bertemu dengan ustaz berkenaan selepas ibunya membawa lelaki terbabit dari sebuah kawasan rumah kedai di Kampung Medan ke rumahnya di SS19, di sini.
Suspek dikenali sebagai Ustaz F itu menyuruh ibu mangsa menyediakan barang-barang diperlukan dan memulakan upacara bacaan jampi selepas meminta mangsa berbaring di depannya, kira-kira jam 11 malam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata suspek pada mulanya dilihat merawat mangsa secara normal namun tiba-tiba kemudian melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa.
“Suspek meraba anggota sulit mangsa dan menyuruh semua ahli keluarga yang berada di dalam bilik meninggalkannya berdua bersama mangsa.
“Melihat gelagat Ustaz F yang tidak menyenangkan, ibu mangsa meminta rawatan dihentikan dan menghantar Ustaz F pulang,” katanya.
Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.
Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki pada malam Rabu lalu di sebuah pangsapuri di Taman Datuk Harun.
Suspek berusia 24 tahun ketika ditahan sedang berehat sambil menonton televisyen di ruang tamu.
Hasil siasatan mendapati suspek mempelajari cara rawatan Islam daripada bapa saudaranya menggunakan ayat al-Quran selepas tamat belajar tingkatan 5.
Pemeriksaan selanjutnya mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan lain dan hanya menjalankan rawatan perubatan secara Islam sepenuh masa tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Rabu, 3 Jun 2015
Pendaki Bogel di Puncak Kinabalu
Sekeping foto yang menunjukkan beberapa pendaki dipercayai pelancong warga asing berbogel di puncak Gunung Kinabalu mengundang kecaman di laman sosial Facebook.
Salah seorang pelayar, Hairi menyifatkan tindakan tersebut 'mencemari' mercu tanda kebanggaan negeri Sabah tersebut.
"Aki Nabalu dicemari kumpulan manusia ini," katanya di sebuah perkongsian.
"Tunggu bala yang akan dapat kerana buat begitu di puncak gunung," kata Li.
"Saya yang merupakan penduduk tempatan pun tak berani cakap yang bukan-bukan masa naik gunung, apa lagi buat perkara seperti ini," luahnya.
Foto tersebut yang tersebar seawal 30 Mei lepas kini viral di laman Facebook.
Sementara itu, sebuah portal berita tempatan melaporkan, foto tersebut menunjukkan lima lelaki berbaris dan bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.
Memetik kenyataan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS), Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka.
Selasa, 2 Jun 2015
Setiap Malam Mereka Dirogol
Wanita-wanita Rohingya yang ditahan di kem transit sindiket pemerdagangan manusia di Padang Besar, Thailand diperlakukan persis hamba seks.
Mereka menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh pengawal kem berkenaan.
Pendedahan itu dibuat oleh seorang wanita Rohingya, Nur Khaidha Abdul Shukur, 24, yang ditahan selama lapan hari bersama anaknya yang baru berusia beberapa bulan di kem transit itu.
"Setiap malam, dua atau tiga wanita muda Rohingya yang agak cantik, akan dibawa keluar dari kandang tahanan dan dibawa ke tempat tersembunyi oleh pengawal-pengawal kem itu."
"Wanita itu dirogol beramai-ramai oleh mereka (pengawal kem), malah di dalam kem itu, ada dua wanita muda yang telah mengandung dipercayai akibat perbuatan pengawal itu," katanya kepada wartawan Bernama menerusi penterjemah di sini Isnin.
Menurut Nur Khaidha, ada juga di antara wanita-wanita itu yang "dibawa" oleh pengawal-pengawal kem berkenaan selama beberapa hari bagi memenuhi nafsu serakah mereka.
"Mereka (wanita) akan 'hilang' selama dua hingga tiga hari selepas dibawa oleh pengawal itu. Selepas mereka dikembalikan ke kandang, saya tidak bertanya tetapi saya tahu apa yang telah terjadi kepada mereka."
"Dari raut wajah mereka, kita tahu," katanya dan menambah, wanita-wanita yang ditahan dalam kandang itu tidak dibenarkan bercakap di antara satu sama lain, atau akan dipukul.
Kedua-dua wanita Rohingya yang mengandung dipercayai akibat dirogol pengawal itu, kata Nur Khaidha, telah ditahan di kem transit itu lebih daripada enam bulan.
Katanya, di dalam kem transit itu di mana beliau ditahan pada tahun lepas, terdapat 15 wanita Rohingya mangsa sindiket itu, dengan lima daripada mereka mempunyai anak kecil.
Kelima-lima yang mempunyai anak itu turut ditahan di dalam kandang bersama-sama anak mereka, tetapi tidak diapa-apakan oleh pengawal terbabit.
"Mungkin kerana kami mempunyai anak-anak kecil, maka pengawal-pengawal tidak bertindak merogol kami. Tetapi walau apapun, saya berdoa setiap hari agar tidak menjadi mangsa rogol mereka," katanya.
Nur Khaidha, yang berasal daripada Maungdaw, Myanmar memberanikan diri menyeberangi Laut Andaman menaiki bot ke Malaysia bersama-sama anak kecilnya untuk menjejaki suaminya.
Beberapa bulan sebelum itu, suaminya, Nurul Amin Nobi Hussein, 25, telah menaiki bot dari Maungdaw ke Ranong, Thailand, dalam usahanya untuk menjejakkan kaki di Malaysia.
Tanpa diketahui oleh isterinya, beliau turut ditahan oleh sindiket pemerdagangan manusia di kem transit mereka di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.
Berbanding Nur Khaidha yang ditahan selama lapan hari di kem transit di Padang Besar, suaminya pula telah ditahan di kem di utara tanah air itu selama 22 hari, sebelum nekad melarikan diri.
Nurul Amin yang kini bekerja di sebuah bengkel di Alor Setar berkata, keinginan mencari kehidupan yang lebih baik membuat beliau, isteri serta anak lelaki mereka bertaruh nyawa menaiki "bot-bot maut" ke Malaysia.
Sama seperti yang didedahkan oleh isterinya, Nurul Amin turut menceritakan kisah wanita Rohingya itu dirogol.
"Pada waktu malam, beberapa pengawal akan datang ke kandang-kandang yang menempatkan wanita itu dan menarik keluar mereka ke suatu tempat berdekatan."
"Kami mendengar teriakan dan tangisan wanita-wanita itu kerana tempat di mana mereka dirogol amat hampir dengan kandang kami...cuma kami tidak dapat melihat," katanya.
Kini hampir setahun berlalu, Nurul Amin dan isterinya, bersyukur kerana telah bebas dari azab dan sengsara di kem-kem pemerdagangan manusia.
Mereka tekad memulakan hidup baru.
Langgan:
Catatan (Atom)