Ahad, 6 Oktober 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Izzue Islam Risau Diserang Asma Ketika Rakaman Fear Factor

Posted: 05 Oct 2013 05:13 AM PDT


Izzue bimbang akan menyusahkan pihak produksi sekiranya diserang penyakit Asma ketika menjalani penggambaran Fear Factor.
PETALING JAYA: Pelakon dan ahli kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam risau diserang penyakit asma ketika menjalani penggambaran program Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan bermula 9 Oktober ini.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, jika penyakit itu menyerang dia bimbang akan menyusahkan pihak produksi selain mengganggu penggambaran yang dijangka selesai dalam masa dua minggu.
"Insya-Allah untuk menghadapi cabaran seperti berada di tempat tinggi atau dikurung bersama binatang berbisa mungkin tiada masalah tetapi saya cuma bimbang akan diserang asma.
"Bagaimanapun saya harap penggambaran itu nanti akan berjalan lancar dan dapat menyelesaikan semua cabaran dengan baik," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Izzue berkata, walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni dia tetap mencuri masa untuk melakukan senaman sebagai persediaan menyertai program tersebut.
Jelas Izzue, dia banyak melakukan senaman di pusat kecergasan dan berjoging bagi patkan stamina sebelum menyertai Fear Factor.
"Ini adalah satu cabaran untuk saya dan walaupun sedikit gementar ia tidak mematahkan semangat untuk menyertai program tersebut dan persediaan fizikal amat penting," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai tuduhan kononnya dia menipu wang peminat dengan menjual telefon bimbit sebelum ini, Izzue menjelaskan dia tidak teragak-agak membuat laporan polis kepada pihak yang menggunakan namanya atas tujuan berkenaan.
"Saya masih boleh bersabar dan telah menjelaskan kepada peminat keadaan sebenar supaya mereka tidak tertipu dengan penjualan telefon bimbit yang menggunakan nama saya itu.
"Setakat ini tiada mangsa terbaharu yang tampil membuat aduan selepas tiga orang berbuat demikian sebelum ini dan jika ada saya sendiri akan membuat laporan polis," katanya.
Dalam perkembangan lain, Izzue akan kembali sibuk dengan aktiviti seninya dan selepas pulang dari Cape Town nanti.

Suria FM Langsaikan 7,562 Bil Pendengar RM50 Ribu

Posted: 05 Oct 2013 05:12 AM PDT


Penyampai Suria FM turut memeriahkan acara bersama pendengar di Sungai Petani Kedah yang diadakan pada 28 September lalu.
PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM menerima sebanyak 7,562 bil daripada pendengar sepanjang kempen Suria Bayarkan yang berlangsung dari 2 September hingga 27 September lalu.
Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, pihaknya tidak menyangka dengan sambutan pendengar selain menganggap kempen tersebut sebagai satu kejayaan.
"Pihak Suria FM telah membelanjakan RM50,000 untuk menjelaskan bil-bil pendengar kami dan sambutan yang diterima di luar jangkaan iaitu sepanjang kempen itu berlangsung," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini pada Jumaat.
Kempen Suria Bayarkan memberi ruang kepada stesen radio itu memilih bil yang dihantar oleh para pendengar menerusi laman web rasmi dengan kaedah tertentu sebelum peserta terpilih perlu menghubungi stesen radio itu dalam masa 15 minit sebaik sahaja nama diumumkan.
Dalam pada itu, Adiwati memberitahu program Zon Ceria Suria FM yang berlangsung di Sungai Petani, Kedah pada 28 September lalu telah menarik hampir 1,200 pendengar yang memeriahkan kempen Zon Ceria Suria FM yang diadakan di D'King Mee Udang dan Ikan Bakar Sungai Petani.
Hampir 1,200 peminat hadir pada acara program Zon Ceria Suria FM yang diadakan di D'King Mee Udang dan Ikan Bakar Sungai Petani.
Jelas Adiwati, peminat mula berkumpul di restoran berkenaan sejak pukul 7 malam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
"Bilangan yang hadir cukup menggalakkan daripada peminat yang bukan sahaja datang dari Kedah tetapi juga Perlis dan Pulau Pinang," katanya.
Pada majlis tersebut pihak Suria FM telah menaja sebanyak 1,200 pinggan mi udang kepada peminat dalam acara yang turut disertai penyampai Halim Othman, Linda Onn, Reza Mohamed, Seri Nordin, DJ Lin dan JJ.
"Pada asalnya kami menganggarkan hanya 600 pendengar akan tampil dan tidak menyangka jumlah itu bertambah sekali ganda daripada telahan awal.
"Namun pihak kami amat terharu dengan sokongan para pendengar Suria FM dan berharap acara ini akan diadakan lagi pada masa hadapan," jelasnya.

Hairi Safwan Mangsa Dengki Pelakon Di Lokasi

Posted: 05 Oct 2013 05:11 AM PDT


Hairi Safwan
PETALING JAYA: Pelakon Hairi (Anak Wayang) mendedahkan populariti yang diterimanya ketika ini membuatkan segelintir pelakon mula menaruh perasaan dengki terhadapnya.
Hairi atau nama sebenarnya Mohd Hairi Safwan Aznan, 25, berkata, keadaan itu sering berlaku ketika di set penggambaran namun dia mengambil sikap positif dengan tidak mengendahkan perkara-perkara kecil berkenaan.
"Biasalah, menjadi pelakon banyak dugaan. Antaranya, ada juga beberapa artis yang suka dengki dengan orang, dan saya salah seorang mangsanya.
"Ada sahaja yang tak kena. Ada yang bersikap nak tunjuk hebat dan ada juga yang sengaja cari fasal di set penggambaran. Bagaimanapun saya anggap ia sebagai asam garam sebagai pelakon yang ingin berjaya," katanya kepada mStar online.
Tambah Hairi, dia bersyukur, sejak bergelar juara program Anak Wayang pada tahun 2009, rezekinya dalam bidang lakonan tidak pernah berhenti.
Walaupun kurang popular, Hairi tetap menjaga kualiti kerja lakonannya agar disenangi pengarah dan penerbit.
Sementara itu, Hairi menyifatkan perubahan status sebagai suami selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang guru pada tahun hadapan tidak akan menjejaskan kariernya.
Hairi telah bertunang dengan Fara Afiza Azman, 23, iaitu anak kepada Editor Majalah Kuntum, Asma Saad pada Ogos lalu.
Dalam perkembangan lain, Hairi bakal muncul dengan drama bersiri Aku menerusi slot Aksi bermula 9 Oktober ini.
Selain itu Hairi juga turut akan muncul menerusi drama Sumbu Pelita pada sambutan Hari Raya Aidiladha.

'Pergi' Bawa Jesselton Ke Muzik Arus Perdana

Posted: 05 Oct 2013 05:11 AM PDT


Kumpulan Jesselton melancarkan single terbaharu mereka berjudul Pergi.
PETALING JAYA: Kumpulan muzik baharu iaitu Jesselton berharap pertaruhan single pertama berjudul Pergi mampu membawa mereka ke pasaran arus perdana selepas lapan tahun berada dalam industri muzik indie.
Ketua kumpulan yang merangkap pemain gitar, Redzuan Zahari, 32, berkata, lagu ciptaan Zimi (Sofaz) itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan mengekalkan genre moden pop rock yang diperjuangkan.
"Jesselton ditubuhkan sejak 2006 lagi namun kami bergerak secara persendirian sahaja namun selepas bertemu dengan Alibi Music barulah kami berpeluang untuk berada di industri muzik arus perdana ini.
"Biarpun banyak menyertai pelbagai pertandingan nyanyian serta mempunyai pengikut tersendiri namun kini baru ada rezeki untuk kami berada di sini," katanya kepada mStar Online ketika pelancaran single berkenaan.
Turut hadir Pengurus Urusan Alibi Music, Ferhard Ahmad.
Tambah Redzuan, kumpulan ini mempertaruhkan vokalis wanita bagi memberi kelainan terutamanya ketika industri muzik tempatan dibanjiri band penyanyi lelaki.
"Kami berazam untuk memberi kelainan dalam industri muzik dengan irama pop rock yang lebih segar dan diterima peminat muzik tempatan.
"Lebih istimewa kumpulan kami menggunakan vokalis wanita iaitu Suhaila yang membezakan daripada kebanyakan kumpulan muzik yang kebiasaannya dimonopoli lelaki," katanya sambil memberitahu nama Jesselton yang diambil daripada nama sebuah tempat di Sabah.
Ia dianggotai oleh Suhaila Saadon (vokalis), Zabidi Mohd Idris (gitar utama), Azhar Ismail (bass) dan Mukhsal Ismail (drum).
Tambah Redzuan, mereka dalam proses merakamkan tiga single lain yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Lagu Pergi sudah dimainkan di radio-radio tempatan sejak April lalu.

Arnold Schwarzenegger masih hebat di layar perak

Posted: 05 Oct 2013 05:09 AM PDT

  • Arnold Schwarzenegger masih hebat di layar perak

DARI seorang ahli bina badan, beliau menjadi Mr. Universe. Dari aktor biasa, beliau dipilih sebagai hero utama Hollywood. Malah dengan mudahnya beliau mendapat status warganegara Amerika Syarikat (AS) serta menyandang gelaran seorang gabenor di California, negeri yang dikatakan terbesar dan terkaya di AS. Kini, beliau dipilih pula menjadi editor untuk sebuah majalah kesihatan, Muscle & Fitness and Flex.

Melihat rentetan perjalanan hidupnya, tak ubah seperti naskhah di layar perak. Namun realitinya, Arnold Schwarzenegger atau lebih mesra disapa sebagai Arnie berjaya mengukir sejarah kegemilangan tersendiri di layar perak.

Sebelum bergelar bintang filem, aktor kelahiran Austria ini mencipta nama dalam arena bina badan sejak usianya 14 tahun dan berjaya mengumpul pelbagai gelaran iaitu Mr. Universe sebanyak lima kali, Mr. Olympia (7) dan Mr. World sekali.

Selepas kariernya sebagai ahli bina badan berakhir, Arnie mula menceburi dunia lakonan dengan filem pertamanya, Hercules In New York (1970). Namun, hasil lakonannya menerusi Conan The Barbarian (1982) telah meletakkan namanya di peta global, yang kemudian membuatkan dirinya menjadi pilihan utama watak bagi menerajui filem Terminator (1984).

Hero perkasa ini kemudiannya mula berjinak-jinak dalam dunia politik pada 1990 setelah namanya meniti di bibir George Bush ketika dia menjadi Pengerusi Majlis Sukan dan Kecergasan Fizikal Presiden.

Dia cuba mengintai peluang menceburi politik secara serius pada penghujung 1990-an di saat filem-filemnya dikatakan semakin malap.

Bintang filem ini kemudian dipilih menjadi gabenor baru California setelah memenangi pilihan raya negeri itu.

Kemenangannya itu membuatkan dia berikrar untuk bersara daripada dunia seni bagi membolehkannya memberikan tumpuan kepada politik.

"Kesibukan tugas sebagai Gabenor akan membuatkan saya tidak ada lagi masa untuk filem atau aktiviti seni lain, " kata Arnie pada sidang media pertamanya sebagai gabenor.

The Last Stand, Terminator

Arnie kemudiannya membuat kemunculan semula dalam bidang seni apabila membintangi filem The Last Stand dengan memegang watak sebagai Sheriff Ray Owens yang  ditayangkan pada Januari lalu.

Filem ini adalah sebuah filem aksi yang menjadi filem Hollywood sulung arahan sutradara Korea Selatan, Kim Ji-Woon yang terkenal dengan filem The Good, The Bad, The Weird (2008) dan I Saw the Devil (2010).

Bagaimanapun, pengaruh dan aura Arnie  masih lagi utuh apabila bekas gabenor itu akan membawa kembali watak popularnya, Terminator.

Walaupun sebelum ini, terdapat ura-ura mengatakan watak itu akan dijayakan oleh Vin Diesel. Namun segala khabar angin itu nampaknya tidak benar.

Awal tahun lalu, Arnie mengumumkan dia akan kembali membintangi Terminator 5 dan akan memulakan penggambaran awal tahun depan dan dijangka ditayangkan pada 2015.

Bintang filem aksi ini kembali membawa watak ikonik sebagai robot 'Cyborg' buat kali keempat.

"Saya gembira apabila pihak studio mahu saya berada dalam Terminator 5. Saya akan membawakan watak sebagai Terminator, dan akan memulakan penggambarannya mulai Januari depan," katanya.

Dalam pada itu, Arnie juga akan kembali menerajui dua karakter ikonik yang pernah dibawakannya apabila dia bakal membawakan semula watak Conan The Barbarian dan Julius Benedict dalam sekuel Twins berjudul Triplets.

Gandingan dua 'otai'

Selepas The Expendables 2, Arnie sekali lagi digandingkan dengan aktor berbadan sasa yang juga rakan baiknya, Sylvester Stallone menerusi filem Escape Plan yang akan mula ditayangkan pada 10 Oktober depan.

Filem aksi ngeri arahan Mikael Hafstrom ini menyusuri kisah seorang jurutera struktur, Ray Breslin (Sylvester Stallone) yang terpaksa menjalani hukuman penjara atas kesalahan jenayah yang tidak dilakukannya.

Breslin dihantar ke penjara unik yang mempunyai kawalan keselamatan maksimum hasil rekaannya sendiri. Ketika berada dalam penjara, Breslin berusaha menganalisis setiap penjara yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi yang membantunya meneruskan kelangsungan hidup sepanjang menjalani hukuman itu.

Bagaimanapun, Breslin berdepan cabaran terbesar  melarikan diri dari penjara rekaannya kerana bangunan itu dibina dengan teknologi kalis bolos.

Pada waktu sama, dia juga perlu menghadapi warden penjara yang kejam Hobbs (Jim Caviezel) dan pengawal keselamatan yang korup (Vinnie Jones).

Namun Breslin bertuah apabila usaha untuk melarikan diri dari pusat tahanan itu mendapat bantuan daripada teman penjara, Emil Rottmayer (Arnold Schwarzenegger) yang bijak, rumit dan berjiwa besar.

Harith Iskander timang anak kedua

Posted: 05 Oct 2013 05:08 AM PDT

  • Harith IskanderHarith bersama anak keduanya. Foto ihsan twitter Harith

HARITH Iskander menerusi laman mikro Twitternya petang semalam berkongsi berita gembira buat semua peminat atas kehadiran orang baru dalam keluarganya bersama isteri, Jezamine Lim.

Isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 11.26 pagi semalam.

Setakat ini tiada maklumat lanjut berkaitan kehadiran cahaya mata kedua pasangan tersebut.

"This little girl arrived at 11:26am. My wife is a champion," tulis Harith Iskander bersama sekeping gambar pertama anak keduanya itu.

Apakah Pak Menteri sedar?

Posted: 05 Oct 2013 05:02 AM PDT

SEBAGAI rakyat Malaysia saya pernah menghadapi ;

1. Kereta kena tarik sebab kehabisan minyak

2. Beli minyak RON95 dengan duit syiling

3. Beli susu anak dengan berhutang

4. Tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan

5. Terpaksa makan makanan hampir basi kerana kelaparan.

6. Berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak

7. Tidak dapat pulang berhari-raya kerana  kekurangan wang dalam perjalanan

8. Bekalan air kena potong sebab bil tertangguh…

9. Pinjam telepon kawan kerana tiada top-up

Apakah pak-pak menteri sedar?

Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang saya hadapi kerana kekurangan sumber kewangan walaupun kerja macam mahu mati, saya kira pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.

Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiapkali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka… Menteri boleh kata "tiada pembaziran berlaku"…

Saya sangat kesal dengan apa yang berlaku, apakah pak-pak menteri sedar?

Saya tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa…



Coretan oleh:

Ahmad Nazri Khamis

Batu Pahat. 4 Oktober 2013

Polis dicekup bersama kekasih di hotel

Posted: 05 Oct 2013 04:59 AM PDT

  • Polis dicekup bersama kekasih di hotelPasangan yang ditahan penguat kuasa Jaij setelah didapati berdua-duaan di dalam bilik yang berkurung.

BATU PAHAT – Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasih terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam.

Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

"Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.

"Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka.

"Pemeriksaan menyeluruh dilakukan mendapati, lelaki dan pasangannya yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai hubungan sah," katanya.

Saiful berkata, pasangan terbabit kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Katanya, pasangan terbabit juga akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan itu selesai.

Menurutnya lagi, operasi bersepadu ini bertujuan membendung kegiatan sumbang seperti judi dan maksiat yang semakin menular di kalangan umat Islam terutama anak muda sejak akhir-akhir ini.

"Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan lebih kerap dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini," katanya.

Saiful berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan enam individu kerana melakukan kesalahan berjudi yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

"Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada dalam kedai judi.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tam tolak watak budak sekolah

Posted: 05 Oct 2013 04:50 AM PDT

TAM menegaskan, dia tidak pernah terfikir untuk menamatkan karier lakonannya.


SINONIM dengan filem Pak Tam Duda serta drama bersiri Cili Padi yang pernah dibintanginya sewaktu kecil dahulu, pelakon Tam Suhaimi yang memulakan karier sejak zaman kanak-kanak masih mampu bertahan sebagai pelakon sehingga sekarang.
Sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 27 tahun, pemilik nama sebenar Nor Azemi Suhaimi itu masih lagi berlakon, meskipun memiliki kelulusan dalam bidang Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun itu mengakui kini dia agak jarang tampil di kaca televisyen, sebaliknya lebih menumpukan kepada kerja-kerja belakang tabir.
Bukan disebabkan kecenderungannya untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon semakin berkurangan, tetapi ia lebih kepada faktor tentang tawaran yang diterimanya.
Ikuti luahan Tam sewaktu ditemu bual Kosmo! baru-baru ini.
Kosmo!: Sekarang ini Tam kelihatan sudah agak jarang berlakon. Adakah anda sudah memperlahankan karier sebagai pelakon?
TAM SUHAIMI: Saya masih lagi meneruskan kerjaya dalam bidang seni dan kali terakhir saya muncul dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan pada bulan puasa lalu.
Tawaran berlakon masih lagi banyak yang diperolehi, cuma saya terlalu kerap mendapat watak budak sekolah. Tidak dinafikan fizikal saya bersesuaian dengan watak sebegitu, namun saya sudah tidak mampu lagi pada usia sekarang.
Sebagai seorang pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, adakah anda bersikap selektif?
Pada peringkat sekarang ini saya perlu selektif kerana adakalanya bosan apabila ditawarkan watak yang hampir sama sahaja. Kalau boleh, saya inginkan kelainan supaya dapat mempelbagaikan lagi setiap karakter yang dilakonkan.
Tidak dinafikan pembabitan saya dalam bidang lakonan sudah cukup lama, tetapi saya merasakan diri ini masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang pelakon yang baik.
Kalau tiada sebarang aktiviti lakonan, apakah aktiviti yang anda lakukan?
Sebenarnya saya banyak terbabit dengan kerja-kerja belakang tabir seperti menulis skrip dan menjadi penolong pengarah.
Setakat ini, saya pernah bekerja dengan beberapa pengarah hebat seperti Erma Fatima, Bade Haji Azmi dan Melissa Saila.
Buat peringkat awal ini saya memberi tumpuan kepada drama bersiri dan telemovie. Lagipun saya mempunyai sasaran sendiri iaitu mahu bergelar seorang pengarah.
Sekiranya anda sudah bergelar pengarah nanti, adakah anda mahu meneruskan aktiviti lakonan?
Saya berlakon sejak kanak-kanak lagi dan lakonan itu sudah sebati dalam jiwa saya. Jadi, tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti berlakon.
Baru-baru ini anda bersama tiga rakan pelakon lain iaitu Sari Yanti, Intan Ladyana dan Farish Aziz bertindak sebagai penerbit untuk menghasilkan telemovie Pengancam Perkahwinan. Bagaimanakah idea berkenaan boleh timbul?
Hubungan kami berempat sudah mula akrab sejak tiga tahun lalu setelah terbabit dalam sebuah program televisyen. Kemudian masing-masing memasang impian untuk bergelar penerbit dan akhirnya ia direalisasikan menerusi telemovie ini.
Selain itu, kami telah menghantar tujuh kertas cadangan kepada sebuah stesen TV untuk penerbitan drama dan telemovie.
Sudah tentu kami berharap kesemua kertas cadangan tersebut akan mendapat kelulusan.


Siti Saleha bercinta dengan jejaka Eropah

Posted: 05 Oct 2013 04:49 AM PDT

FIGURA jelita ini baru-baru ini bercuti di Eropah selama sebulan.


SETELAH hubungan cinta dengan bekas penjaga gol bola sepak Malaysia, Syed Adney Syed Hussein, kisah yang mengaitkan pelakon Siti Saleha Mohd. Baharom, 23, dengan lelaki tidak lagi kedengaran.
Setiap kali bertemu dengan pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nora Elena itu dalam mana-mana acara hiburan, dia lebih suka mengunci mulut apabila ditanya tentang lelaki.
Bagaimanapun, dalam sesi fotografi yang diaturkan bersama-sama Kosmo! untuk mempromosikan filem Balada Pencinta kelmarin, Saleha telah mengakui hatinya kini telah ditawan oleh seseorang.
"Ya, saya tidak nafikan kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang dikenali kira-kira tiga bulan lalu. Dia merupakan lelaki yang berasal dari Eropah, tetapi bekerja di Malaysia.
"Detik perkenalan bermula ketika kami sama-sama menghadiri acara makan malam yang dianjurkan oleh seorang rakan," ujar adik kepada vokalis utama kumpulan Bunkface, Shamsul Anuar atau lebih dikenali sebagai Sam.
Apabila diminta menceritakan dengan lanjut mengenai hubungan yang terjalin itu, Saleha mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita kerana hubungan yang terjalin masih lagi terlalu awal.
Memberitahu bahawa ikatan cinta antara dia dan jejaka tersebut mula terjalin selepas sebulan perkenalan, Saleha menyatakan, mereka kini sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Kalau boleh saya tidak mahu mendedahkan identiti jejaka berkenaan memandangkan hubungan kami masih awal dan setakat ini saya cukup selesa bersama dengannya," jelasnya.
Biarpun sudah menemui cinta yang baharu, pelakon berkenaan menjelaskan dia masih lagi belum terfikir ke arah hubungan yang lebih serius memandangkan usianya yang masih lagi muda.
Menurutnya, dengan karier lakonan yang semakin berkembang, dia merasakan bahawa langkah terbaik yang perlu dilakukan adalah memberi sepenuh tumpuan dalam bidang kerjaya yang diceburi.
Sementara itu, ketika ditanya tentang perkembangan terbaharu sekarang ini, Saleha menyatakan dia bakal tampil dengan filem berjudul Balada Pencinta arahan Khir Rahman yang bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Oktober ini.
"Dalam filem berkenaan saya membawakan watak bernama Aisah, seorang gadis yang jatuh cinta dengan penyanyi jalanan, Amir yang dilakonkan oleh Johan As'ari.
"Ia kali pertama saya bergandingan dengan Johan dan antara sebab utama saya menerima tawaran berlakon filem ini kerana ia memaparkan kisah cinta yang unik dan berbeza dengan filem-filem cinta lain," ujarnya yang muncul dalam filem KL Zombie dua bulan lalu.
Bercuti
Selain mendedahkan tentang kisah cinta dan kerjaya lakonannya, pelakon jelita tersebut turut bercerita tentang percutiannya selama sebulan di Eropah baru-baru ini.
Meskipun tujuan utamanya mahu melawat ahli keluarga di sebelah ibunya pada Hari Raya Aidilfitri lalu, kesempatan tersebut digunakan untuk melawat ke beberapa buah negara Eropah lain.
"Selain melawat saudara-mara di England saya berkesempatan berkunjung ke Sepanyol dan Portugal. Tujuan saya ke sana kerana mahu melawat tempat-tempat bersejarah seperti bangunan peninggalan Islam.
"Biasanya kalau kebanyakan orang suka membeli-belah kalau pergi melancong ke Eropah, tetapi saya lebih suka mengunjungi tempat-tempat sedemikian kerana saya memang individu yang minat dengan sejarah," jelasnya yang merancang untuk bercuti Greece dan Turki.


Transformasi kartun di Malaysia

Posted: 05 Oct 2013 04:48 AM PDT


KARTUN Upin & Ipin masih mempunyai pengaruh kuat dalam jiwa kanak-kanak di negara ini hingga sekarang.


SEBUT sahaja kartun, tentu ramai daripada kita terkenang zaman kegemilangan sebuah majalah kartun sejak tahun 1970-an iaitu Gila-Gila yang kemudian diikuti oleh pelbagai lagi majalah kartun selepas itu yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Tiada siapa dapat nafikan kehebatan majalah kartun ketika era Gila-Gila meledakkan pasaran pada 1 April 1978 sehingga kemudiannya pasaran menerima lambakan majalah kartun.
Pada masa itu hingga tahun 1990-an, bukan sahaja kanak-kanak, malahan orang dewasa turut terpikat untuk melanggan majalah kartun setiap bulan sebagai hiburan ringan untuk ditatap dan dibaca pada masa lapang.
Bagaimanapun, selepas era 1990-an, populariti kartun menerusi bahan bercetak seperti majalah semakin merudum dan tidak sehebat seperti tahun 1970-an, 80-an dan 90-an.
Ada yang menyatakan kemasukan komik Hong Kong dan manga dari Jepun telah membunuh industri komik dan kartun tanah air. Itu ada benar juga tetapi persoalannya, mengapa kita gagal bersaing?

WATAK Teletubbies satu ketika dahulu menjadi kegilaan kanak-kanak di Malaysia.


Mungkin ada juga yang menuding jari kepada pembikinan kartun keluaran syarikat tempatan telah mengambil alih tempat majalah berkenaan, namun sejauh mana kebenarannya tiada siapa yang yang dapat memberikan jawapannya.
Apa pun, pengaruh kartun yang disiarkan di kaca televisyen memang kuat terutamanya kepada kanak-kanak yang sanggup bersengkang mata sampai ke malam semata-mata ingin menonton karakter kegemaran mereka.
Minggu ini, dipaparkan laman blog yang bercerita mengenai kartun terutamanya keluaran syarikat di Malaysia pada era 1990-an untuk mengimbau kenangan mereka yang masih mengingatinya.
Menerusi http://penpatah.blogspot.com/2013/07/cool-kartun-malaysia-era-90-6-gambar.html, dipaparkan antara rancangan kartun yang paling dinantikan oleh kanak-kanak di negara ini ialah Anak-anak Sidek.

BLOG http://penpatah.blogspot.com turut mengetengahkan watak kartun yang popular era 1990-an dan masih diminati masa ini.


Apabila tiba sahaja bulan puasa, rancangan inilah yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak hinggakan ada sesetengah mereka tidak menghiraukan makan minum asalkan dapat menonton cerita kartun itu dengan khusyuk di depan televisyen.
Kartun lain yang mencuit hati kanak-kanak ialah Keluang Man yang menjadi adi wira Melayu pertama pada masa itu. Watak Keluang Man menjadi kebanggaan setiap kanak-kanak memandangkan watak yang diberikan mampu menghalang penjenayah daripada terus bermaharajalela melakukan aktiviti jahat mereka.
Kartun yang mungkin boleh dikategorikan yang terbaik pada era 1990-an ialah Usop Sontorian yang memaparkan kisah budak kampung yang menjalani kehidupan dengan penuh suka duka bersama rakan-rakan.
Rancangan kartun sama ada menerusi bahan cetak seperti majalah atau paparan di kaca televisyen sebenarnya banyak mencorak kehidupan kanak-kanak di negara ini.
Biarpun ia hanya karakter kartun tetapi mempunyai penuh dengan pengajaran berguna untuk diambil dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


Norish hanya dapat 30 peratus

Posted: 05 Oct 2013 04:44 AM PDT


NORISH ketika hadir bagi mendengar keputusan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Selepas empat tahun menuntut hak selepas perceraian, pelakon Norish Karman terpaksa berpuas hati apabila menerima 30 peratus daripada RM1.2 juta, nilai anggaran tiga buah kenderaan mewah selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengisytiharkan aset berkenaan sebagai harta sepencarian.
Kenderaan yang dimaksudkan ialah Nissan Murano, Nissan Elgrand, dan Mercedes CLK manakala dua buah lagi kereta yang turut dituntut, SsangYong Stavic dan Toyota Caldina telah dilupuskan.
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain bagaimanapun menolak tuntutan lain iaitu sebuah banglo bernilai RM2 juta di Bangi, Selangor dan dua buah kondominium di Danau Permai dan Abadi Indah masing-masing bernilai RM300,000.
Beliau turut menolak tuntutan Norish bagi dua pegangan saham syarikat milik bekas suaminya, Datuk Hashimudin Abdul Kadir sebanyak 70 peratus di Perspec Prime (M) Sdn. Bhd. dan syarikat Virtual
Peak (M) Sdn. Bhd. selain saham sendiri sebanyak 60 peratus dalam syarikat Bintang Syurga (M) Sdn. Bhd.
Pada 2009, Norish atau nama sebenarnya, Nor'Asikin Karman, 37, membuat tuntutan harta sepencarian terhadap Hashimudin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Seri Menanti, Negeri Sembilan yang dinamakan sebagai defendan selepas bercerai pada 15 Julai 2008 di Mahkamah Syariah Petaling Jaya.
Beliau dalam penghakimannya memutuskan bahawa kesemua tuntutan yang dikemukakan Norish tidak sempurna, rosak dan tidak memenuhi hukum syarak.
Norish selaku plaintif gagal mengemukakan maklumat yang tepat dan tidak cukup untuk membuktikan hak pemilikan kepada harta-harta itu.


Kos produksi filem The Hobbit cecah AS$561j

Posted: 05 Oct 2013 04:40 AM PDT

FILEM The Hobbit: An 
Unexpected Journey berjaya mencatat kutipan berjumlah AS$1 bilion (RM3.2 bilion).
- Agensi


WELLINGTON - Kos pembikinan filem trilogi, The Hobbit kini dianggarkan berjumlah AS$561 juta (RM1.78 billion). Jumlah itu adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding pembikinan filem trilogi, The Lord of the Rings.
Kos itu termasuklah penggambaran adegan utama bersama para pelakon dan perbelanjaan pasca produksi.
Pengedar filem tersebut, Warner Bros dan pengarah filem, Peter Jackson bagaimanapun menyifatkan wang tersebut dibelanjakan secara berhemah.
Jumlah itu diketahui menerusi satu dokumen kewangan yang difailkan oleh Pejabat Syarikat New Zealand baru-baru ini.
Sehingga kini, hanya satu filem dalam trilogi itu yang telah ditayangkan.
Filem The Hobbit: An Unexpected Journey berjaya mencatat kutipan berjumlah AS$1 bilion (RM3.2 bilion).
Ketika menghasilkan The Hobbit, Jackson memilih untuk merakamkannya dalam format 3D dan 28 bingkai sesaat. Ini bagi menawarkan gambar yang lebih jelas dan pengalaman berbeza kepada penonton.
Filem trilogi itu berdasarkan kepada novel karya J.R.R. Tolkien yang mengisahkan seorang Hobbit, Bilbo Baggins cuba membantu sekumpulan manusia kerdil untuk mendapatkan semula kekayaan mereka daripada naga Smoug.
The Hobbit ialah prekuel kepada filem trilogi The Lord of the Rings yang juga diarahkan oleh Jackson.


Gabung seni kulinari dan teknologi makanan

Posted: 05 Oct 2013 04:38 AM PDT


PARA pelajar sedang memasak resipi masing-masing menggunakan dapur dan peralatan yang disediakan pihak unversiti.


LIMA kumpulan pelajar yang berada di dalam sebuah makmal kelihatan sedang asyik berbincang berkaitan satu topik. Mereka begitu serius melontarkan pandangan masing-masing agar tugasan yang diberikan pensyarah itu dapat diselesaikan dengan jayanya.
Kesemua 25 pelajar itu merupakan pelajar jurusan kulinologi Universiti Taylor, Subang Jaya dan mereka diberikan tugasan menghasilkan makanan berasaskan ayam.
Bagaimanapun, cabaran utama mereka ialah menyediakan makanan yang berkhasiat dengan menitikberatkan jumlah kandungan nutrien dan persembahan makanan agar dapat menarik perhatian pelanggan.
Selain itu, mereka dikehendaki menyediakan makanan pembuka selera yang dapat bertahan lama iaitu sehinggan enam bulan tanpa menjejaskan kualiti makanan itu.
Salah seorang pelajar yang terbabit ialah Muhd. Khairulnizam Shah Md. Ramli, 26. Dia dan empat ahli kumpulannya berjaya mencipta resipi baharu yang mudah dihasilkan dan menepati syarat-syarat yang diletakkan oleh pensyarahnya.
"Resipi ini sememangnya menepati syarat-syarat pensyarah memandangkan ia hanya menggunakan cincangan isi ayam, cendawan, lobak merah, cili, serbuk lada hitam, garam dan serbuk xhantan gum iaitu sejenis tepung untuk memelihara kelembutan makanan setelah digoreng.
"Selain itu, resipi ini turut menggunakan bahan-bahan seperti daun bawang, tepung soya, serbuk roti dan kentang putar," ujar yang merupakan pelajar Ijazah Sains Kulinologi.

CHICKONE ini merupakan resipi yang dihasilkan kumpulan Muhd. Khairulnizam.


Rujukan
Kumpulan Muhd. Khairulnizam juga memutuskan penggunaan kesemua bahan itu setelah membuat rujukan menggunakan perisian khas bagi mengetahui kandungan nutriennya.
"Kami mengkaji jumlah penggunaan bahan seperti ayam, lobak merah dan cendawan dalam resipi itu supaya tidak berlaku lebihan penggunaan lemak, karbohidrat dan protein," tutur anak jati Kuala Lumpur itu.
Bagi menyedapkan lagi resipi yang dikenali sebagai chikone itu, kumpulan Muhd. Khairulnizam turut menyediakan sos.
Setelah bertungkus-lumus selama tiga hari memerah otak mencipta resipi baharu, kesemua ahli kumpulan Muhd. Khairulnizam tidak dapat menyembunyikan perasaan bangga apabila mendapat pujian daripada pensyarah.
"Berdasarkan fakta, chikone ini mempunyai kandungan fakta makanan iaitu dua peratus lemak, kolesterol, sodium, protein dan satu peratus fiber," jelas Muhd. Khairulnizam.
Keunikan
Bagi Jarrell Lim Wen-Chieh, 24, yang kini berada di semester empat pula berkata, dia memilih bidang kulinologi kerana keunikannya yang menggabungkan tiga jurusan berbeza dalam satu bidang.
Ia merangkumi seni kulinari, sains makanan dan teknologi makanan.
Jelas anak jati Ipoh, Perak itu, ia berbeza dengan kebanyakan universiti yang hanya membenarkan pelajar mengambil satu jurusan misalnya, seni kulinari atau jurusan sains makanan.
"Ketika dalam kelas, kami didedahkan tentang cara-cara memasak dan menjalankan penyelidikan terlebih dulu sebelum mencipta makanan.
"Misalnya, jika ingin membuat mayonis, kami perlu mengkaji bahan-bahan yang digunakan.
"Pendek kata, sebelum memasak anda perlu mengambil kira dari sudut sains terlebih dulu," ujarnya.
Dalam pada itu, dia mengakui sukar mengikuti jurusan itu apatah lagi ia bukan sahaja mengajar mengenai sains dan teknologi makanan malah melibatkan penyelidikan.
"Ia agak mencabar kerana saya tidak mempunyai pengetahuan asas dalam bidang sains jadi, saya mengambil masa yang agak lama untuk memahaminya," jelasnya.

WONG TZIAK ZE membawa pelajar-pelajar memasuki makmal untuk menjalankan kajian bahan-bahan sebelum menyediakan makanan.


Kesukaran
Sementara itu, Pensyarah Kimia Pusat Pengajian Layanan, Pelancongan & Seni Kulinari Universiti Taylor's (TCHT), Benjamin Wong Tziak Ze memberitahu, para pelajar turut diajar menyediakan makanan sejuk beku, makanan dalam tin, kering dan sos.
Menurutnya, para pelajar kulinologi juga diajar menggunakan pendekatan menyediakan makanan berkhasiat dengan menilai jumlah kandungan nutrium.
"Biarpun, segelintir pelajar berdepan kesukaran dan mengambil masa yang agak lama untuk memahami subjek yang diajar, namun mereka akhirnya berjaya menguasai ilmu ini.
"Para pelajar juga perlu berhadapan dengan dua situasi yang berlainan terutama dari segi bahasa kerana terma-terma dalam bidang masakan dan sains mempunyai banyak perbezaan. Ini menyukarkan mereka.
"Apabila mereka memasuki ruang dapur, chef akan menggunakan bahasa dan caranya tersendiri ketika mengajar berbeza ketika di dalam kelas sains yang pelajar perlu menghafal atau mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
"Justeru, para pelajar perlu banyak bertanya, memahami teori dan melakukan aktiviti memasak untuk memudahkan mereka memahami apa yang diajar oleh pensyarah," jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, pengorbanan para pelajar tersebut pasti berbaloi kerana kemahiran yang diperoleh itu pasti diburu majikan apabila tamat belajar kelak.


Pemuja Metallica mahu jadi Presiden Indonesia

Posted: 05 Oct 2013 04:37 AM PDT



DENGAN memakai kemeja-T hitam dan jaket kulit rona coklat, Gabenor Jakarta itu mengangkat kedua-dua tangannya ke udara di celah-celah ribuan penonton yang sedang asyik melakukan headbanging sewaktu konsert Metallica baru-baru ini.
Sememangnya cara sedemikian amat jarang dilakukan oleh ahli politik Indonesia. Namun, bagi Joko Widodo, 52, berkelakuan begitu di konsert tersebut telah meningkatkan populariti dirinya.
Malah, dalam satu undian pendapat, beliau diundi sebagai seorang tokoh yang paling diminati di luar kerajaan.
"Saya mendengar muzik metal daripada kumpulan Metallica ke Led Zeppelin hingga ke Napalm Death kerana rock merupakan minat dan inspirasi saya," kata lelaki kurus yang terkenal dengan gelaran Jokowi itu kepada AFP selepas menyaksikan konsert tersebut di Jakarta.
Sikap santai pemimpin bandar tersebut berjaya menyembunyikan kuasa politiknya. Selain itu, sifat merendah diri yang dimiliki Jokowi telah berjaya menawan rakyat negara jiran itu sekali gus menggoncang arena politik Indonesia yang dikuasai tokoh-tokoh yang gemar menyendiri sejak dari era Presiden Suharto.
Selepas setahun dipilih sebagai Gabenor Jakarta, lelaki yang dilahirkan di kawasan setinggan tebing sungai wilayah Surakarta itu berhasrat menjadi Presiden Indonesia pada pilihan raya 2014 meskipun belum mengumumkan perkara itu secara rasmi.
"Beliau sangat berbeza daripada figura lain yang tidak mempedulikan orang biasa," kata salah seorang pengunjung konsert Metallica, Rizqi Widyasari, 32, sambil menyatakan rakyat memerlukan pemimpin yang mempunyai cara kepimpinan yang tulus.
Namun di sebalik situasi itu, beberapa persoalan timbul sama ada lelaki yang tidak pernah bekecimpung dalam dunia politik kebangsaan itu bersedia untuk menggalas cabaran besar memerintah negara yang mempunyai 17,000 buah pulau dengan populasi lebih daripada 240 juta penduduk berkenaan.

PENDEKATAN Jokowi yang sederhana, mudah didekati dan mesra rakyat menjadi faktor populariti beliau meningkat.


Jokowi yang tidak kisah sama ada beliau akan bertanding jawatan presiden menegaskan bahawa keputusan itu terpulang pada parti dan fokusnya tetap kekal untuk menyelesaikan masalah trafik, longkang tersumbat dan banjir yang sering melanda Jakarta.
Bagaimanapun, tekanan semakin meningkat kepada Jokowi yang begitu menonjol sewaktu bertugas sebagai Datuk Bandar Solo di wilayah Jawa Tengah dan sifat berdikarinya telah menarik hati rakyat di negara yang dibelenggu rasuah dalam kalangan ahli politik elit itu.
Ketika menjelajah ke seluruh Jakarta baru-baru ini, beliau tidak ragu-ragu untuk melompat keluar dari keretanya dan menaiki teksi motosikal selepas terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, tidak seperti ahli politik elit Indonesia yang tidak mahu menaiki kenderaan tersebut.
Sewaktu kunjungan rutinnya ke kawasan setinggan dan lorong-lorong yang dipenuhi tikus, Jokowi sentiasa mendengar keluhan dan aduan orang ramai. Beliau juga bertindak memeriksa sama ada pegawai kerajaan melakukan kerja mereka atau tidak dengan membuat pemeriksaan mengejut sambil ditemani para wartawan.
Beliau memulakan tugas sebagai Datuk Bandar baharu di daerah timur Jakarta itu dengan melawat tempat pembuangan sampah. Semua itu dilakukan semata-mata bagi menunjukkan bahawa pemimpin tempatan tidak harus gentar untuk mengotorkan tangan dan membersihkan kota raya tersebut.
"Masalah yang dihadapi sangat jelas. Kami hanya perlu menyelesaikannya dan melaksanakan polisi yang kami janjikan," kata Jokowi ketika ditemui di pejabatnya yang terdapat monitor dilekatkan di dinding untuk memaparkan keadaan lalu lintas bandar raya tersebut.
Sejak dilantik menjawat jawatan berkenaan pada 15 Oktober 2012, beliau telah menyelesaikan beberapa masalah yang melanda Jakarta. Ini termasuklah mengawal pasaran tekstil terbesar di Asia Tenggara yang dikuasai oleh pihak tertentu dan memulakan projek pengangkutan awam.
Di samping itu, beliau turut mencari jalan untuk memperbaiki sistem pendidikan dan perkhidmatan kesihatan di sana.

JOKOWI menjelajah ke seluruh Jakarta dengan menaiki van untuk memeriksa sama ada para pegawai kerajaan melakukan tugas mereka dengan baik atau tidak.


Ironinya, perwatakan yang merendah diri dan berimej bersih menjadikan anak tukang kayu itu sangat berbeza dengan kebanyakan ahli politik yang ada di Indonesia.
Berbanding Jokowi, mereka lebih cenderung menjadi taikun wang, bekas jeneral tentera seperti Presiden Susilo Bambang Yudhoyono atau mewarisi keturunan dinasti yang berharta.
Kebanyakan mereka mempunyai latar belakang dalam pemerintahan tiga dekad Suharto yang dipenuhi rasuah dan digulingkan pada tahun 1998. Mereka termasuklah Prabowo Subianto dan Aburizal Bakrie.
Prabowo ialah bekas ketua pasukan khas Indonesia yang dituduh mencabul hak asasi di Timor Leste manakala Aburizal adalah seorang ahli perniagaan yang sering terlibat dalam pelbagai kontroversi.
Menurut undian tersebut, mereka tidak tampil untuk merebut peluang dalam menghadapi fenomena 'Jokowimania' yang melanda negara itu.
Tinjauan yang dilakukan oleh akhbar Kompas pada Mei dan Jun lalu menunjukkan Jokowi mampu memenangi pilihan raya presiden dengan undian sebanyak 32.5 peratus, meningkat daripada 17.7 peratus pada Disember.
Sementara itu, pada tinjauan September lalu, Jokowi memperoleh sekurang-kurangnya 10 peratus mata lebih daripada pencabar terdekatnya.
"Gelombang sokongan kepada Jokowi begitu kuat dan sukar untuk sesiapa menghalangnya daripada menjadi seorang presiden," ujar pakar politik dari Institut Sains Indonesia, Syamsuddin Haris.
Parti Jokowi, Parti Demokratik Perjuangan Indonesia (PDI-P) masih belum mencalonkan beliau sebagai calon walaupun penganalisis mengatakan mereka tidak mahu berbuat demikian kerana masih terlalu awal sebelum pilihan raya pada Julai 2014.
Dalam pada itu, ketika Jokowi mendapat banyak publisiti, terdapat petanda mengatakan usahanya untuk menyelesaikan banyak masalah yang melanda Jakarta akan berdepan dengan cabaran.
Antaranya beliau menerima kritikan mengenai rancangan untuk memindahkan penduduk yang tinggal di kawasan setinggan sekitar empangan di utara Jakarta dan masalah trafik di tengah-tengah bandar bertambah buruk sekali gus mengganggu projek pengangkutan awam.

MASALAH kawasan setinggan yang dicemari sampah sarap mahu diselesaikan Jokowi.


Malah, terdapat juga kebimbangan yang serius terhadap era pemerintahan berpotensi Jokowi dengan ketidakyakinan bahawa perjalanan sepanjang setahun menguruskan bandar yang didiami 10 juta penduduk itu mencukupi sebagai persediaan beliau.
Tidak ketinggalan, untuk memenangi persaingan dengan ahli politik veteran yang berpengalaman luas dalam sebuah negara yang tinggi amalan rasuahnya sememangnya amat mencabar, kata sesetengah penganalisis di negara itu.
Ada juga petanda mengatakan Jokowi sebenarnya tidak mahu menjadi presiden dan enggan meluangkan hari-harinya dengan dikelilingi oleh orang-orang berkuasa.
Justeru, tidak hairanlah pada konsert Metallica di Jakarta bulan lalu, Widodo kelihatan tidak selesa apabila penganjur memisahkan pihak kaya dan berkuasa di tempat orang kenamaan. Sebaliknya beliau menekankan lebih selesa berada di tengah-tengah penonton.


Perubahan ketara luar dan dalam

Posted: 05 Oct 2013 04:35 AM PDT

MODEL TRD turut ditawarkan kepada mereka yang mahu sebuah jentera sporty.


DENGAN tagline "Nilai Melangkaui Kebiasaan", sedan segmen B ini dilihat cuba untuk tampil berbeza. Selepas sukses selama sepuluh tahun, Toyota Vios kini sekali lagi mengujakan pengguna Malaysia menerusi generasi ketiganya.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, Vios sememangnya berjaya mencipta gelombang populariti sehingga sekarang.
Walaupun menerima kritikan keras kerana perkadaran rekaan luaran yang secara pandangan kasarnya nampak seperti tidak seimbang, Vios tetap mampu mencatat jualan beribu-ribu unit sebulan tanpa sebarang masalah.

ISMET (dua dari kiri) bersama barisan pengurusan atasan Toyota Motor Corporation, Jepun dan UMW Toyota Motor pada majlis pelancaran Toyota Vios di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kejayaan itu nampaknya mula hendak diulangi oleh model terbaharu ini. Sejak dibuka pada 1 Julai lalu, UMW Toyota Motor telah menerima sebanyak 8,000 unit tempahan.
Justeru, tidak hairanlah jika UMW Toyota Motor optimis dan meletakkan sasaran jualan Vios baharu sekitar 36,000 unit pada tahun depan.
Purata jualan Vios sebelum ini cukup konsisten, hampir 30,000 unit setahun. Kenapa Vios boleh jadi begitu popular? Selain kekuatan jenama Toyota, nilai-nilai yang dibawa oleh Vios seperti penjimatan bahan api dan boleh dipercayai menjadi antara faktor utama pengguna Malaysia cukup berminat untuk memilikinya.
"Vios menjadi model Toyota paling laris bagi segmen kenderaan penumpang kecil bukan nasional. Enam daripada sepuluh pembeli di Malaysia bagi segmen berkenaan memilih Vios. Sehingga Ogos tahun ini, jumlah jualan Vios mencecah angka hampir 265,000 unit," jelas Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.
Vios dipasang di kilang milik UMW Toyota Motor iaitu Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB) di Shah Alam, Selangor sejak 2003. Ini model yang amat penting. Buktinya sehingga kini, UMW Toyota Motor telah melabur sebanyak RM600 juta melibatkan pembelian peralatan berteknologi tinggi. Selain melaksanakan penambahbaikan terhadap proses pengeluaran kilang secara keseluruhannya.
Untuk makluman, UMW Toyota Motor merupakan satu-satunya pengeluar kenderaan bukan nasional yang memiliki kemudahan cetak badan kenderaan (body stamping) yang lengkap di Malaysia.
Malah, kandungan alat ganti tempatan bagi Vios juga telah ditingkatkan menjadi 50 peratus. Langkah peningkatan itu dibuat sebagai sokongan UMW Toyota Motor terhadap usaha kerajaan mempromosikan penggunaan sumber tempatan dalam industri pembuatan kereta.

SISTEM penentu kedudukan global membantu anda sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih tepat.


Ismet turut menyatakan bahawa pihaknya sentiasa mendengar maklum balas para pelanggan Toyota. Selain cuba sedaya upaya untuk memenuhi ekspektasi mereka. Usaha itu nyata berbaloi apabole Toyota menduduki tempat pertama dalam Indeks Kepuasan Pelanggan dalam kaji selidik JD Power baru-baru ini.
Vios ditawarkan dalam lima varian iaitu 1.5J (MT), 1.5 J (AT), 1.5E, 1.5G dan 1.5 TRD Sportivo. Menurut UMW Toyota Motor, Vios 1.5J tidak mengalami sebarang kenaikan harga. Sementara varian-varian lain hanya menerima penyelarasan harga minimum. Harga Vios bermula dari RM73,200 hingga RM93,200 seunit.
Perubahan paling ketara pada Vios pastinya penampilan luaran yang kini kelihatan lebih dinamik dan berani. Bahagian hadapannya memiliki reka bentuk tiga dimensi (3D) dengan gril berbentuk trapezoidal. Rupa itu disempurnakan dengan sepasang lampu utama yang nipis. Ia seolah-seolah bersambung dengan gril bar berwarna krom.
Anda pasti gembira kerana lampu belakang Vios kini sudah ditukar. Ia lebih lebar dan bentuknya dapat diselarikan dengan bampar belakang dengan harmoni. Bagi meningkatkan aspek aerodinamik, Vios menggunakan bumbung berbentuk Catamaran yang membantu melancarkan aliran udara.

SUSUN atur ruangan dalaman telah ditingkatkan agar kelihatan lebih mewah.


Selain rekaan cermin sisi yang lebih aerodinamik, sirip penstabil aero turut dipasang bagi menghasilkan voltis (pusaran) udara di bahagian tepi kenderaan. Pusaran udara itu berfungsi menstabilkan postur kereta ketika dipandu pada kelajuan tinggi.
Kestabilan Vios juga banyak dibantu oleh suspensi topang MacPherson L-arm bebas pada roda hadapan dan jenis torsion beam untuk roda belakang.
Ruang kabin Vios telah direka sepenuhnya bagi menawarkan rasa mewah kepada pemiliknya. Walaupun tapak rodanya tidak berubah, tetapi ruang bahagian kepala, bahu dan kaki telah ditingkatkan.
Sesiapa sahaja pasti menghargai rekaan konsol tengah yang kini lebih menyerlah. Terdapat dua versi sistem audio yang ditawarkan, bergantung kepada varian yang anda pilih. Varian juga dibezakan oleh warna ruang kabin iaitu beige, hitam dan kelabu. Vios mencipta sedikit kelainan pada kabinnya apabila panel instrumen, kemasan pintu dan sterengnya dibalut dengan rekaan jahitan.
Perubahan paling besar adalah apabila meter klusternya yang sebelum ini diletakkan di bahagian tengah kini kembali berada di hadapan pemandu. Menurut Timbalan Ketua Jurutera Vios baharu, Takatomo Suzuki, perubahan posisi itu dibuat bagi menjadikan pemanduan Vios lebih sporty.

VIOS masih mengekalkan rangkaian kuasa bersesaran 1.5 liter.


Biarpun semua nampak seperti baharu, Vios sebenarnya masih kekal menggunakan enjin lama yang dipasang pada model sebelum ini. Toyota mendakwa enjin empat silinder 16 injap, DOHC dengan VVT-I bersesaran 1.5 liter itu masih mampu memenuhi keperluan penggunanya.
Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan Super ECT yang menjanjikan perjalanan lancar, atau transmisi manual lima kelajuan.
Tidak seperti dahulu, Vios kini terpaksa bersaing dengan banyak produk yang tidak kurang hebatnya dari segi nilai. Jadi, adakah Vios mampu berjaya seperti dua generasi sebelum ini, sama-sama kita lihat nanti.


Rumah bot pilihan si kaki pancing

Posted: 05 Oct 2013 04:32 AM PDT



BERPELUANG bermalam di rumah bot Raflesia Cruze di Tasik Temenggor, Gerik, Perak merupakan pengalaman pertama yang manis bagi David Ong Yeoh, 48.
Bagi penggemar aktiviti menyelam skuba itu, rumah bot mempunyai kemudahan yang seakan-akan sama seperti menginap di calet yang menempatkan penyelam-penyelam sebelum turun ke laut.
Kemudahan asas seperti tandas, penyediaan makanan dan tempat tidur yang ringkas ternyata sudah memadai untuk Ong Yeoh sepanjang penginapan tiga hari dua malam di rumah bot itu.
Namun baginya, bermalam di rumah bot ternyata memberi perspektif berbeza mengenai penginapan untuk pelancongan di negara ini.
Perjalanan rumah bot selama satu jam setengah ke lokasi berdekatan hutan Taman Negeri Royal Belum merupakan antara pengalaman menarik yang dilalui oleh setiap pelancong.
Dengan kadar kelajuan 10 kilometer sejam, pergerakan rumah bot dari Pulau Banding ke kawasan berdekatan hutan itu memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati keindahan alam semula jadi di darat.
"Sebelum ini, saya tidak pernah tahu ada penginapan yang membawa pelancong bergerak ke satu destinasi. Rumah bot akan diletakkan di satu kawasan dan pelancong akan dibawa dengan menaiki bot untuk meneroka kawasan sekitar Taman Negeri Royal Belum," ujar perunding perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di ibu kota.
Sungguhpun Raflesia Cruze menyediakan lima bilik tidur yang menempatkan tiga orang di setiap bilik dan tambahan 20 tilam untuk para tetamu, Ong Yeoh memilih untuk tidur di pelantar di tingkat dua dengan beralaskan beg tidur.

SELAIN katil, Raflesia Cruze turut menyediakan 20 tilam untuk keselesaan tetamu.


Suasana
Rumah bot yang diletakkan bersebelahan hutan Royal Belum memberikan suasana dingin dan nyaman terutama pada waktu pagi.
Berbeza dengan penginapan di calet tepi laut yang berombak, rumah bot tidak banyak bergerak dan beralun kerana ia diikat dengan tali di kawasan tebing tasik.
"Saya merupakan penggemar aktiviti eko pelancongan. Pakej yang ditawarkan oleh rumah bot Raflesia Cruze bukan sekadar bermalam semata-mata. Aktiviti merentas hutan Royal Belum dan melihat ikan kelah di Kawasan Perlindungan Sungai Ruok merupakan antara pengalaman menarik sepanjang saya berada di sini.
"Sebelum ke sini, saya tidak mendapat pendedahan mengenai penginapan rumah bot. Bagi saya, ia amat sesuai untuk mereka yang datang secara berkumpulan untuk meneroka alam semula jadi yang terdapat di daerah Grik ini," ujarnya yang berpeluang ke Tasik Temenggor baru-baru ini atas urusan kerja.
Kaki pancing
Raflesia Cruze merupakan salah satu penginapan rumah bot yang dikendalikan oleh syarikat Banding Crew Nine di Tasik Banding yang membawa pelancong bermalam di sekitar tasik kedua terbesar di Malaysia itu.
Pemilik Raflesia Cruze, Solaudin Ali Othman, 46, memberitahu, warga tempatan dan pelancong asing yang datang secara berkumpulan merupakan antara pelanggan utamanya.
Menurutnya, kebanyakan pelancong terdiri daripada kaki pancing yang datang untuk memancing ikan toman, sebarau dan baung yang hanya boleh dipancing di muara Tasik Temenggor.
"Kaki pancing hanya akan bermalam di rumah bot kerana bilik yang disediakan menepati cita rasa mereka. Saya juga menyediakan bot laju untuk membawa mereka ke bahagian muara tasik," ujarnya yang merupakan salah seorang ahli Persatuan Pengusaha Pelancongan Tasik Temenggor.

PENGUSAHA rumah bot juga membawa pelancong ke santuari ikan kelah Sungai Ruok untuk aktiviti riadah.


Rumah bot dibina dengan kos sebanyak RM130,000 itu mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pelancong sepanjang tahun terutama pada musim cuti persekolahan.
Krew rumah bot Raflesia Cruze terdiri daripada dua tukang masak, dua orang yang mengendalikan rumah bot dan tiga orang yang membawa pelancong menaiki bot laju untuk aktiviti di sekitar Tasik Temenggor dan hutan Royal Belum.
Selain menawarkan penginapan dan aktiviti memancing, Raflesia Cruze juga menyediakan pakej-pakej seperti melawat perkampungan Orang Asli Jahai di Sungai Tiang, merentas hutan Royal Belum, berakit di Tasik Temenggor dan beriadah di santuari ikan kelah Sungai Ruok.
Selain itu, pelancong juga akan dibawa untuk melihat tiga jenis bunga pakma iaitu Azlanii, Cantleyi dan Kerii yang tumbuh segar di kawasan lereng bukit berdekatan dengan air terjun di Taman Negeri Royal Belum
Dua pakej penginapan di rumah bot Raflesia Cruze iaitu dua hari satu malam berharga RM350 seorang. Pakej tiga hari dua malam pula berharga RM430 seorang.
"Pakej yang ditawarkan hanya untuk penginapan. Setiap tempahan merangkumi 10 hingga 25 tetamu bagi satu rumah bot dua tingkat ini. Namun demikian, harga aktiviti lain tidak termasuk dalam pakej yang dinyatakan," ujarnya yang berasal dari Kampung Kerunai, Gerik.
Keselamatan
Bagi bapa kepada lapan orang cahaya mata itu, pengalamannya menangkap ikan di sekitar Tasik Temenggor sejak 27 tahun lalu memberikan pengetahuan yang luas mengenai selok-belok dan pasang surut air di kawasan tasik seluas 37,560 ekar itu.
Pihak pengurusan Raflesia Cruze menjaga keselamatan pelancong dengan sebaik mungkin sepanjang mereka menginap di rumah bot.
"Keseluruhan kawasan tasik ini tiada liputan telekomunikasi. Pengusaha-pengusaha rumah bot di sini menggunakan walkie-talkie untuk berkomunikasi dengan krew kami di Pulau Banding. 
PELANCONG boleh memancing ikan dari atas rumah bot di muara Tasik Temenggor.


Sekiranya ada pelancong yang sakit atau kecemasan, kami akan segera menghantar mereka ke Pulau Banding untuk rawatan lanjut.
"Pelancong juga tidak perlu khuatir mengenai struktur binaan rumah bot. Tiada kejadian seperti rumah bot tenggelam atau karam di tasik ini kerana pembuatannya amat kukuh," jelasnya.
Sementara itu, pengusaha rumah bot Sahabat Alam, Zulkarnain Harith, 48, memberitahu jadual tempahan pelancong untuk menginap di rumah bot miliknya sudah penuh sehingga ke penghujung tahun ini.
"Pelancong terutamanya kaki pancing datang menginap di sini berulang kali. Badan bukan kerajaan dan pelajar-pelajar universiti juga gemar mengadakan aktiviti di sini," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai penentuan arah kiblat di rumah bot, Zulkarnain memberitahu, pihak Sahabat Alam mempunyai Sistem Penentu Kedudukan Global dan kompas di rumah bot untuk kemudahan para pelancong.
"Sekiranya hari masih siang, pelancong dapat melihat arah matahari terbenam dengan jelas di Tasik Temenggor. Itu merupakan salah satu kaedah untuk menentukan arah kiblat sepanjang berada di tasik ini," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


Kraf Malaysia dapat sambutan antarabangsa

Posted: 05 Oct 2013 04:31 AM PDT


SAPIE JUSOH menunjukkan koleksi kraf wau yang dihasilkannya.


PENGGEMAR barangan kraf tempatan masih berkesempatan untuk mendapatkan pelbagai barangan menarik dan unik pada harga berpatutan sempena Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman yang akan berakhir esok.
Program tersebut bermula sejak 27 September lalu di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur dan ia dibuka seawal pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Antara produk kraf paling mendapat sambutan ialah barangan tekstil seperti batik sutera, tenunan dan songket.
Pemilik Batik Blok MJ, Siti Nureza Mohd. Razali, 28, berkata, sambutan orang ramai terhadap batik yang dijualnya amat menggalakkan.
"Sepanjang menyertai Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman ini, memang ramai pengunjung yang datang dan membeli batik. Saya gembira dengan peluang yang disediakan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).
"Batik yang saya jual dicetak di Kota Bharu, Kelantan dan berharga RM25 hingga RM380 sepasang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Lebih tinggi
Dalam pada itu, pengusaha produk berasaskan herba, Goh Kok Keong menjual barangan sabun tanpa pengawet buatan sendiri.
Sabun herba itu mampu menyembuhkan alahan kulit, kedutan dan mencerahkan wajah serta menghilangkan jerawat. Ia dijual pada harga RM50 ke RM60 sebuku.
Baginya, hasil jualan yang diperoleh di program tersebut lebih tinggi berbanding di premisnya di Bazar Kejiranan, Subang Jaya, Selangor.
"Sepanjang menyertai program ini selama hampir 10 hari, saya berjaya menjual sabun herba hingga mencecah RM1,000 sehari.
"Saya harap program seperti ini diadakan lebih kerap bagi membantu usahawan kraf tempatan seperti saya memasarkan produk kepada orang ramai," katanya yang sudah tiga tahun menyertai program anjuran Kraftangan Malaysia itu.

KAIN tenun yang dijual di tapak lokasi Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Hiasan ini mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan.


Promosi tersebut merupakan gabungan aktiviti yang mengetengahkan produk kraf bagi hiasan dalaman, dekorasi dan seni taman seperti seni bina landskap.
Peraduan
Produk berkenaan boleh disesuaikan untuk kediaman, ruang pejabat, hotel mahupun pusat peranginan.
Promosi yang masuk kali ketujuh dianjurkan itu menggunakan elemen kraf tempatan seperti tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam, komponen arkitek dan aneka barangan kraf.
Seramai 28 usahawan kraf menyertai aktiviti demonstrasi produk kraf membuat ukiran batu, patung, sangkar burung, gambus dan terompah Melayu di Aras B kompleks tersebut.
Bagi terus menarik minat pengunjung, pihak penganjur turut mengadakan beberapa peraduan menarik sepanjang tempoh promosi.
Antaranya, pertandingan ukiran buah, hiasan sarung kusyen, Craft Chef of The Day (yang berlangsung hari ini) dan congkak pada hari esok.
Promosi tersebut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Beliau berkata, potensi pasaran bagi produk berasaskan kraf tempatan amat luas untuk diterokai.
"Nilai jualan kraf tempatan di dalam dan luar negara meningkat dari RM143.5 juta pada tahun 2011 kepada RM341.9 juta pada tahun lalu.
"Nilai jualan yang direkodkan sehingga Ogos lalu sudah mencatatkan sebanyak RM293.5 juta," katanya semasa berucap pada majlis perasmian promosi tersebut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines