Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Aeril Zafrel Enggan Ulas Soal Nikah Wawa Zainal
- Iqwal Tidak Tumpang Populariti Saya - Chacha Maembong
- Johan As'ari Bangga Jadi Anak Ahli Politik
- Evolusi makanan berasaskan beras
- Gofocus sasar produk ke Timur Tengah
- Dibelasah kekasih ibu
- Gagal jawab soalan, dirotan hingga tisu koyak
- Pengantin tunjuk skil 'roti canai terbang'
- Dua butir bom mortar ditemui
- Rumah RM7.2juta!, hadiah Nadim untuk Nora Danish?
- Aeril, Wawa sudah berkahwin?
- Enam beradik ditinggal kelaparan
- Diana Rafar selalu sendiri, tapi masih bahagia
- Que Haidar cari bakat anak Felda
- Peniaga mengaku pukul isteri
- Zombi serang peserta rentas desa di Britain
- Keunikan corak berunsur motif etnik
- Southern Right bangunkan Hermanus
- BookXcess tawar harga buku termurah
Aeril Zafrel Enggan Ulas Soal Nikah Wawa Zainal Posted: 06 Oct 2013 07:18 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel, 25, enggan membuat sebarang komen terhadap berita tentang hubungan perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal. Pembantu peribadinya Aman, berkata, buat masa ini pelakon tersebut sedang sibuk dengan penggambaran drama namun ada memberitahu akan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menyebarkan berita itu. "Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tentang status pernikahan Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari yang didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada 4 Februari lalu. Hasil perkahwinan tersebut juga dikatakan telah memperolehi seorang cahaya mata pada 24 Ogos 2013 yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar. Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata. Sementara itu, melalui laman sosial Twitter milik pelakon ini menulis, dia akan mendedahkan perkara tersebut jika tiba masanya. "Alhamdulillah...'mereka' telah keluarkan 'senjata terakhir' seperti yg dijangkakan...terlalu naif 'mereka' yang melontar batu sembunyi tangan ini "Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu," tulisnya pada Ahad. | ||
Iqwal Tidak Tumpang Populariti Saya - Chacha Maembong Posted: 06 Oct 2013 07:18 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong menganggap hubungan rapatnya dengan penyanyi Iqwal Hafiz, 20, bukan kerana untuk meraih publisiti murahan di laman sosial. Chacha atau nama sebenar Siti Aisyah Maembong, 17, turut menolak dakwaan lelaki tersebut mendekatinya kerana ingin menumpang populariti sebagai seorang pelakon. "Kami masih diperingkat mengenali hati budi masing-masing dan baru sahaja berkenalan dan jika keluar bersama pun, kami keluar ditemani rakan yang lain. "Pada saya ia bukan kerana untuk meraih publisiti atau dia (Iqwal) ingin menumpang populariti saya, dia lebih berbakat dan lebih lama dalam industri cuma belum popular sahaja," katanya kepada mStar Online. Tambah Chacha, buat masa ini dia selesa berkawan rapat dengan lelaki itu, sementara fokus utama adalah memberi perhatian kepada bidang lakonan terlebih dahulu. "Saya terpaksa korbankan bidang pelajaran demi menjadi pelakon, jadi saya mahu betul-betul fokus pada kerjaya terlebih dahulu kerana ini pilihan saya," katanya. Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hubungannya dengan pelakon berasal daripada Singapura, Shah Iskandar, Chacha bekata, mereka hanya rapat sebagai rakan artis. Jelas Chacha, hubungan akrab tersebut hanya di lokasi penggambaran sebuah drama sahaja. "Saya dan Shah rapat masa penggambaran drama sahaja selepas itu kami tidak berhubung lagi, mungkin gambar mesra di Instagram membuatkan orang ramai tertanya-tanya. "Ia bukan perkara baru kerana setiap kali saya muat naik gambar lelaki pasti ada sahaja gosip percintaan yang timbul," katanya. Tambah Chacha dia tidak mahu hubungannya dengan gambar-gambar lelaki akan memberi persepsi buruk terhadapnya sehingga dilabel playgirl. Dalam perkembangan lain, Chacha bakal muncul menerusi telemovie terbaharu berjudulDesigner Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1. | ||
Johan As'ari Bangga Jadi Anak Ahli Politik Posted: 06 Oct 2013 07:17 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari tidak berhasrat untuk mengikut jejak langkah bapanya iaitu Datuk As'ari Ibrahim yang bergiat aktif dalam dunia politik. Sebaliknya, Johan, 27, berkata, dia lebih memilih bidang seni sebagai laluan untuknya menjadi ikon kepada masyarakat dan negara. "Saya bangga dengan pencapaian bapa saya dalam bidang politik di mana saya membesar dengan dunia itu dan nampak bagaimana dia berjuang untuk masyarakat dan bangsa. "Namun saya lebih selesa memilih kerjaya dalam bidang seni dan bagi saya melalui industri ini juga kita boleh jadi ikon dalam masyarakat," katanya kepada mStar Online. Terbaharu, bapanya bakal bertanding sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno, Bukit Katil, Melaka pada pemilihan Umno yang bakal berlangsung 11 Oktober ini. Sebelum ini, Datuk As'ari merupakan Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Jelas Johan, sebagai seorang anak, dia sentiasa menyokong perjuangan bapanya dengan terlibat dengan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatan Kuasa Dewan Undangan Negeri Bukit Kecil Melaka. "Saya sentiasa memberi sokongan kepada ayah dan berharap dia berjaya dalam pemilihan tersebut kerana bagi saya dia adalah perjuang bangsa. "Sebagai selebriti saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan parti itu di kawasan saya dan baru-baru ini juga syaa ditawarkan untuk menjadi wakil belia negeri Melaka, namun ia masih lagi diperingkat perbincangan," jelasnya. Walau Bagaimanapun, Johan berkata, dia tidak pernah menggunakan tiket bapanya sebagai orang berpengaruh untuk mendapatkan jalan mudah tanpa perlu berusaha. "Bapa saya memang berpengaruh tapi sejak kecil saya lebih suka melakukan apa juga dengan sendiri tanpa menggunakan nama bapa. "Seperti dalam bidang seni ini juga, saya perlu berkerja keras sendiri untuk berjaya tanpa menggunakan laluan mudah atau atas tiket VIP," katanya. | ||
Evolusi makanan berasaskan beras Posted: 06 Oct 2013 07:15 PM PDT
Di Malaysia, nasi adalah makanan ruji pilihan utama, tetapi kekangan masa dan kepenatan selepas seharian bekerja membuatkan ramai orang memilih makanan segera yang kurang sihat. Apatah lagi jika berada di luar negara, di mana agak sukar untuk mendapatkan makanan itu yang serupa rasanya seperti di Malaysia. Menyedari khasiat nasi dan keperluannya dalam kehidupan seharian, Masdar Safi Sdn Bhd mengorak langkah menghasilkan produk inovatif nasi segera atau singkatannya, Nasgera yang diharap dapat memudahkan pengguna. Istimewanya produk ini begitu mudah disediakan dengan hanya menambah air didih dan selepas lima minit, nasi itu sedia dimakan. Nasgera lalui penyelidikan Sejarah Nasgera bermula pada Julai 2007, ketika salah seorang pengasasnya yang kini bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Safi, Dr Khalid Mohd Salim, berada di Eropah. Ketika itu, beliau mencuba beberapa produk yang dilabel sebagai nasi segera, namun kecewa kerana makanan itu tidak menepati ciri-ciri dan rasa sebenar nasi. "Di situ tercetusnya idea untuk menghasilkan produk berasaskan nasi tanpa menghilangkan rasa serta tekstur sebenar makanan itu sendiri. Ia perlu mudah disediakan seperti konsep mi segera. "Saya mula melakukan kajian termasuk mendapatkan maklumat bagi pasaran tempatan dan antarabangsa," katanya. Menariknya, kesungguhan Dr Khalid untuk menghasilkan nasi segera yang berkualiti menyebabkan beliau mencipta sendiri mesin khas untuk menghasilkan produk itu yang dilakukan sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Kegagalan bawa kejayaan Seperti usahawan lain, Dr Khalid juga tidak terlepas daripada kegagalan demi kegagalan semasa proses pembuatan nasi itu, namun beliau meneruskan usahanya dan membelanjakan hampir setengah juta ringgit untuk mendapatkan hasil paling optimum. Menurutnya, kerja keras selama empat tahun akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mencipta produk beras segera yang benar-benar menepati ciri nasi. Lebih membanggakan, Nasgera adalah produk beras segera halal pertama di dunia. "Sebagai permulaan, Nasgera menghasilkan tiga kategori produk, iaitu Bubur Opah yang didatangkan dengan tiga pilihan perisa, ikan bilis, ayam dan sayuran. Ia juga merupakan produk terlaris syarikat kami. "Selain itu, Nasgera juga memperkenalkan Nasgera Nasi Lemak, Nasi Goreng dan Nasi Asam Pedas. Ini didatangkan dalam dua bungkusan iaitu dalam mangkuk dan juga dalam bentuk kotak. Kami juga dalam proses mengeluarkan produk sama dalam bentuk isian semula," katanya. Terokai pasaran Eropah Menurut Khalid, beliau yakin keupayaan produk itu mendapat tempat sama ada di pasaran global atau tempatan amat cerah. Nasgera telah berada di pasaran sejak 2011 di lebih 600 outlet di seluruh negara dan di pasar raya besar seperti Tesco dan Mydin. "Malah Nasgera sudah menembusi pasaran antarabangsa dan Singapura adalah pasaran luar pertama sejak 2012. "Kini, kami cuba menembusi pasaran Eropah dan penyertaan dalam Program Food & Sampling yang akan berlangsung di London pada bulan ini adalah landasan terbaik untuk kami menerokai pasaran di sana. "Sehingga kini kami berjaya mencatat jualan melebihi RM160,000 setahun dan dijangka angka ini akan terus meningkat sehingga RM300,000 tahun depan dengan kapasiti pengeluaran produk melebihi sembilan tan sebulan," katanya. Bagi menambah kapasiti pengeluaran produk, Dr Khalid berkata, syarikat itu kini dalam perancangan membesarkan kilang dan menambah mesin baru. "Dengan perubahan dan penambahbaikan yang dilakukan ini, kami jangka mampu menghasilkan setengah tan produk sehari," katanya. Menurutnya, matlamat utama syarikat itu kini adalah mempelbagai jenis produk dalam tempoh lima tahun serta mengangkat Malaysia sebagai pengeluar nasi segera bermutu dalam jangka masa panjang. | ||
Gofocus sasar produk ke Timur Tengah Posted: 06 Oct 2013 07:13 PM PDT
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Gofocus, Rumawi Kasolan berkata, komitmen itu didorong permintaan dari beberapa negara di rantau itu yang amat berminat dengan produk keluaran syarikat tersebut. "Kami yakin untuk memasarkan BioDelima bermula di Qatar kerana kami telah mula dapat permintaan daripada rakan-rakan di sana. "Mungkin pada Mac depan kami akan buat pelancaran besar-besaran di Qatar," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran dua produk terbaru Gofocus iaitu BioDelima Stem Cell serta BioDelima Gold di Shah Alam, baru-baru ini. Menurut Rumawi, syarikat itu menyasarkan jualan 30,000 botol atau RM6 juta bagi dua produk tersebut dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini. Katanya, syarikat itu kini mempunyai 500 pengedar di seluruh negara dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 1,000 orang menjelang akhir tahun ini. Menurut Rumawi, produk syarikat itu juga disahkan melalui proses amalan pengilangan Islam bersandarkan keperluan umat Islam terhadap pemakanan yang suci dan halal dari aspek rohani dan jasmani. | ||
Posted: 06 Oct 2013 07:11 PM PDT
Kanak-kanak perempuan berusia 10 dan 11 tahun yang kematian bapa dua tahun lalu, selain tidak bersekolah dipercayai tinggal serumah dengan suspek berusia 33 tahun itu. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, ibu mangsa berusia 32 tahun yang tidak tahan dengan perangai suspek kemudian menghubungi keluarganya di Cheras bagi mendapatkan bantuan. "Ibu mangsa yang telah lama memendam perasaan dengan sikap keji suspek mengadu kepada bapanya supaya datang mengambil mereka kerana sudah tidak sanggup melihat anaknya didera lelaki berkenaan," katanya kepada Sinar Harian. Noor Mushar berkata, sebaik menerima panggilan jam 8 pagi itu, bapa wanita yang tiba kira-kira jam 4 petang terus membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam terlebih dahulu sebelum menuju ke rumah suspek. "Datuk kanak-kanan itu bersama seorang lagi menantunya yang tiba di rumah sewa suspek terkejut apabila mendapati dua cucunya ditinggalkan dalam rumah itu, sementara anak perempuannya dan suspek tiada di rumah. "Datuk mangsa yang berasa curiga atas perbuatan suspek terus membuat pemeriksaan pada badan kedua-dua cucunya itu dan mendapati terdapat tanda-tanda kanak-kanak itu didera berdasarkan kesan parut," katanya. Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek kira-kira jam 5 petang sewaktu lelaki itu bersama teman wanitanya itu pulang ke rumah sewa tersebut. "Suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan dera tersebut, sementara kedua-dua mangsa dibawa menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut sebelum mereka dibenarkan pulang," katanya. Menurutnya, hasil semakan polis mendapati suspek sebelum ini mempunyai tujuh rekod lampau iaitu empat daripadanya kes jenayah manakala tiga daripada kes itu melibatkan penyalahgunaan dadah. Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 'Pantang salah cakap dia naik tangan' "Walaupun hati masih sayangkan dia, tapi demi anak-anak saya sanggup korbankan cinta kami, asalkan saya dan anak-anak tak lagi didera," demikian kata ibu kepada dua kanak-kanak mangsa dera, Aishah (bukan nama sebenar), 32. Aishah berkata, dia tidak lagi boleh terima Razif (bukan nama sebenar), 33, atas perbuatan yang dilakukannya itu, apatah lagi sudah banyak kali dia ditipu lelaki durjana itu. Menurutnya, meskipun perasaan sayang terhadap Razif sukar dilupakan, tetapi fikiran warasnya tekad untuk tidak terus hidup dalam kesengsaraan apabila dia dan anak-anak sering menjadi mangsa dera teman lelakinya itu. "Saya mengaku dia memang panas baran dan kadang-kadang kalau tersalah cakap pun tangan dia akan naik ke muka saya. "Sampai bila saya boleh bertahan dengan keadaan ini, saya bukan sampah yang boleh dipukul dengan sesuka hati, sebab saya pun manusia biasa ada hati dan perasaan," katanya kepada Sinar Harian. Menurut Aishah, dia berkenalan dengan Razif ketika di Cheras sewaktu lelaki itu kerap ke kedai makan ibunya. "Atas dasar cinta, saya sanggup meninggalkan keluarga dan mengikut dia ke Kota Tinggi sebelum kami berpindah ke Sabak Bernam. "Pada mulanya, semuanya indah, tapi setelah empat bulan, Razif mula buat perangai apabila sering memarahi saya dan anak-anak dan sudah mula naik tangan dan memukul kami," katanya. Menurutnya, dia dipukul lelaki itu jika tidak mendengar kata dan tidak mengikut apa yang diinginkan, selain sering bersikap cemburu jika ada lelaki yang ingin berborak dengannya. "Saya tak sanggup lagi hidup dengan dia, itu sebab saya dan anak-anak berpakat untuk meminta pertolongan keluarga bagi memisahkan kami. "Jika dia terlepas sekali pun, saya sudah tak mahu hidup bersamanya lagi, saya sudah serik, cukuplah apa yang dilakukannya atas kami selama ini. "Saya boleh anggap dia sebagai abang, tapi tak boleh terima kalau dia suami saya," katanya. 'Saya takut, tak mahu tinggal dengan papa' Sementara itu menurut Hawa (bukan nama sebenar), 10, 'papa'nya sering memukul mereka dua beradik jika gagal menghafaz doa Qunut, tidak solat dan tidak hafal sifir Matematik. "Papa memang selalu pukul kami berdua, kami memang takut dengan dia, hendak nangis (menangis) kuat-kuat (sekuat hati) pun tak boleh, takut akan dibelasah dengan lebih teruk lagi," katanya. Hawa berkata, teman lelaki ibunya itu tidak pernah memikirkan perasaan mereka sekeluarga. "Saya tak nak tinggal dengan papa, saya takut, saya tak mahu lagi dirotan, dipukul dengan teruk sampai badan rasa sakit. "Kalau boleh, saya ingin hidup macam dulu, nak ke sekolah macam kawan-kawan lain dan tak sanggup lagi didera dan dipukul oleh papa lagi," katanya. | ||
Gagal jawab soalan, dirotan hingga tisu koyak Posted: 06 Oct 2013 07:10 PM PDT
Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang. Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama. Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah. Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras. Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit. Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit. Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan. "Nasib baik ibu saya yang tinggal berhampiran madrasah datang menjenguknya selepas seminggu kejadian, kalau tidak mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan," katanya. Katanya, anaknya kini trauma dengan apa yang berlaku dan sejak itu dia terus mengeluarkan kedua-duanya anak dari madrasah terbabit. Katanya, anaknya yang mula menuntut ilmu agama di madrasah terbabit sejak Mac lalu masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya. "Sebelum ini mungkin dia pernah dirotan tetapi tidak pernah mengadu kerana mungkin tidak serius. Bagaimanapun, kali ini saya anggap ia teruk dan akan menuntut ganti rugi kos perbelanjaan perubatannya," katanya. Pengadu turut sedih kerana anaknya mempunyai keinginan tinggi menuntut ilmu agama tetapi diperlakukan sedemikian rupa. Menurutnya, Jika pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu. Turut mengecewakannya apabila pihak madrasah yang berjanji datang menjenguk anaknya tidak berbuat demikian meski sudah hampir dua minggu kejadian berlaku. | ||
Pengantin tunjuk skil 'roti canai terbang' Posted: 06 Oct 2013 07:07 PM PDT
Aksi dilakukan Muhammad Fauzi Mohd Nor, 31, yang buat pertama kali disaksikan isterinya, Hafizah Hanis Mohd Mokhtar, 25, walaupun sudah berkenalan hampir setahun sebelum diijabkabulkan, kelmarin. Muhammad Fauzi berkata, dia melakukan perkara itu sekadar hiburan untuk tetamu yang hadir pada majlisnya, selain menjadi hadiah kepada isterinya untuk menyaksikan sendiri kemahirannya melakukan pelbagai skil sebagai penebar roti canai terbang profesional yang berpengalaman lebih 15 tahun. Anak ketiga daripada tujuh adik beradik itu menebar tiga keping roti canai dengan melakukan tebaran, kombinasi melambung dan terbang, pusaran serta memusingkan tebaran menggunakan dua tangan dalam masa hampir 10 minit. Mengenang detik perkenalan mereka, Muhammad Fauzi berkata, dia menjalin hubungan dengan isterinya yang berasal dari Jembatan Duyong, di sini selepas diperkenalkan rakannya. Dia kini bertugas di sebuah restoran makanan Timur di Sydney, Australia dan bakal bekerja di tempat baru iaitu di Melbourne selepas cuti kahwinnya tamat. "Insya-ALLAH, selepas ini saya akan membawa isteri saya berhijrah ke sana (Australia) kerana saya mempunyai kerjaya di sana," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Muhamad Fauzi berkata, sepanjang melakukan kerja sebagai penebar roti canai berkemahiran, dia melakukan pelbagai aksi dan sudah beberapa kali menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan. | ||
Posted: 06 Oct 2013 07:02 PM PDT
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan mendapati bom berukuran 66 milimeter (mm) itu dipercayai digunakan semasa perang di Tanah Melayu. Menurutnya, bom itu bagaimanapun dimusnahkan unit pemusnah bom (UPB) diketuai Sarjan Mejar Abas Sadikun di Jeti Nelayan Telok Kemang yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi ditemui. "Bom ini dimusnahkan pada jam 2.45 petang. Gerak kerja memindah dan memusnahkan bom berjalan dengan lancar," katanya. Abd Wahab turut mengingatkan orang ramai supaya menghubungi pihak polis jika terjumpa objek yang ganjil atau menyerupai bom. "Jangan bertindak untuk mengendalikan sendiri objek berkenaan kerana sedikit kesilapan akan membawa padah," katanya. | ||
Rumah RM7.2juta!, hadiah Nadim untuk Nora Danish? Posted: 06 Oct 2013 07:01 PM PDT Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya. Pelakon itu mengaku Nadim adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta. "Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadim, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri. Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya. "Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora. Pelakon berstatus ibu tunggal itu juga menjelaskan mengapa dia memilih Nadim sedangkan terdapat khabar kurang enak sebelum ini mengenai lelaki itu, Nora mengatakan beliau sudah mengenali lelaki itu. "Saya tahu sebelum ini dia dikenali dengan kisah peribadi, tetapi selama saya kenal dia sudah tujuh tahun, Nadim sebenarnya seorang lelaki yang baik dan suka menderma. "Malah dia sebenarnya amat mengutamakan keluarga serta pandai melayan anaknya dan anak saya," ujar Nora. Biarpun bersikap terbuka dengan hubungannya kali ini, Nora berkata, dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan mereka, meskipun Nadim dilihat sudah mengakui bahawa Nora cukup istimewa buat dirinya. "Saya tak mahu bercerita lebih lanjut, melainkan apabila sudah berkahwin. Tetapi itu tidak bermaksud saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini. "Jika dia (Nadim) mahu mengaku, itu terpulang pada dia kerana itu haknya. Tetapi bagi saya, bila sudah berkahwin barulah saya boleh bercerita segalanya," katanya mengenai tulisan Nadim yang kerap memanggilnya 'My Boo' dan 'My Love'. Keluarga & kerjaya Status ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, tidak menghalang Nora untuk terus aktif dalam bidang seni apatah lagi ia menjadi sumber pendapatannya selama ini. Nora berkata, dia benar-benar bersyukur kerana syarikat pengurusan, Metrowealth International Group (MIG) banyak membantunya menguruskan jadual dengan baik. "Biasanya kalau saya terlibat dengan penggambaran selama 20 hari, MIG akan beri saya cuti selama dua minggu untuk bersama keluarga. "Saya akui menjadi ibu tunggal agak susah juga untuk saya membahagi masa antara keluarga dan kerjaya tetapi Alhamdulillah kerana MIG banyak mempermudah jadual saya. "Malah jika saya sibuk, ibu saya juga banyak tolong menjaga Rayqal dan adakalanya bekas suami dan bekas keluarga mertua juga bantu menjaganya," katanya. Bukan sahaja sukses dalam kerjaya seni, aktres itu juga sebenarnya sudah mempunyai perancangan hidup dalam tempoh lima tahun akan datang dengan berhasrat memperluas perniagaan bedak sejuk 'Tanaka' selain berharap sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sempurna. "Buat masa ini perniagaan bedak sejuk itu saya jalankan secara kecil-kecilan melalui laman sosial Instagram dan Alhamdulillah sambutan memang bagus. "Jadi saya rancang untuk melancarkannya tidak lama lagi secara besar-besaran dan pada saya bila produk itu bagus, tidak salah untuk saya kongsi dengan semua orang. "Selain itu, tentu sekali saya berharap untuk membina sebuah keluarga sempurna apatah lagi lima tahun akan datang, usia saya dah 35 tahun, jadi saya berharap mempunyai anak lagi," katanya. Anak emas MIG? Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Nora memberitahu, dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem Pengantin Malam, sebuah filem seram arahan Eyra Rahman. Katanya, filem tersebut memperlihat gandingan ketiganya bersama aktor kacak, Farid Kamil. "Sudah seminggu saya jalani penggambaran filem ini dan sebagai pelakon apa yang boleh saya katakan, filem ini amat seram dan ia akan ditayangkan tahun depan," katanya. Melihat kepada limpahan tawaran dari syarikat pengurusannya, ada yang berbisik mengatakan Nora kini menjadi anak emas MIG kerana sering menjadi pilihan untuk membintangi filem terbitan syarikat itu. "Eh tidaklah! Tidak adil mengatakan saya anak emas MIG sedangkan artis lain seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam turut mendapat peluang sama rata dan David Teo sendiri tidak pernah bersikap pilih kasih. "Biasanya MIG akan lihat pada kemampuan artis, jadi jika sesuai dia akan tawarkan pada artis tersebut itu dulu, cuma bezanya adalah dari segi liputan diterima," jelas Nora. Duta Fruitale Sementara itu, Nora ketika ditemui pada pertandingan pencarian Bintang Fruitale Pertama di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya, kelmarin menjelaskan dilantik menjadi duta Fruitale selama setahun. Selain mempromosi produk tersebut, dia juga menjadi mentor bagi peserta serta bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan itu. "Saya buat keputusan memilih Fatin Atiqah sebagai pemenang kerana sejak awal lagi dia paling menyerlah dan memiliki gaya persembahan yang baik. "Selain itu dia juga amat berbakat dan kami sebulat suara menobatkan dia sebagai juara," jelasnya. Nora berkata, Fruitale kini sudah memperbaiki produk mereka dengan lebih wangi dan berkualiti. "Saya suka pertandingan Transformasi Bintang Fruitale ini kerana ia beri peluang kepada semua gadis memperbaiki penampilan dan keyakinan diri, sekalgius menerima nasihat profesional mengenai apa yang sesuai untuk mereka. "Saya gembira dapat berkongsi tips dan nasihat berguna kepada mereka, terutamanya mengenai Fruitale dan manfaatnya," katanya yang juga menjadi duta Mamee dan Uniqlo. | ||
Posted: 06 Oct 2013 07:00 PM PDT
KONTROVERSI mengenai dua pelakon popular Wawa Zainal dan aktor drama bersiri Cinta Jannah, Aeril Zafrel berhubung tentang pernikahan mereka masih menjadi tanda tanya. Walaupun khabar angin sudah bertiup kencang di dalam laman sosial dan portal berita hiburan, Aeril hari ini cuba menafikan perkara tersebut. Menerusi laman Twitter, Aeril berkata, jika mahu mendapat kepastian mengenai perkara tersebut perlu menghubungi penulis artikel berkenaan kontroversi perkahwinan itu. "Yang rasa mahu mendapatkan kepastian atau tidak, rasanya boleh hubungi penulis artikel berkenaan rajamawar@bh.com.my. Terima Kasih kak Raja. Sayang akak. "Sampai masanya nanti saya akan dedahkan siapa dan tujuan sebenar 'mereka' itu. Hasbunallah Wani'malwaqil," tulisnya. Bagaimanapun, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan pennjelasan daripada empunya badan melalui panggilan telefon tidak berjaya, apabila Aeril tidak menyambut panggilan tersebut. Sebelum ini, pasangan tersebut pernah menafikan hubungan cinta mereka dan hanya mengeluarkan kenyataan "kami hanya berkawan sejak 2011". Isu ini menjadi panas apabila, pasangan ini dikatakan telah mempunyai cahaya mata lelaki yang kini berusia 6 minggu seperti yang dilaporkan Berita Harian, hari ini. Mereka juga, dikatakan telah mendaftar pernikahan di Pejabat Agama Daerah Petaling pada 4 Februari lalu. | ||
Enam beradik ditinggal kelaparan Posted: 06 Oct 2013 06:59 PM PDT
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan. Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ. "Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'. "Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah. "Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu. "Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya. Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang. Terkenal sikap suka 'perang besar' Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka. "Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati. "Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya. Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar. "Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya. Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka. "Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan. "Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya. Anak-anak tak banyak karenah Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar. "Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka. "Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam. "Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak. Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut. "Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini. "Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini," katanya. | ||
Diana Rafar selalu sendiri, tapi masih bahagia Posted: 06 Oct 2013 06:55 PM PDT
HUJUNG minggu lalu dalam sebuah akhbar mingguan terdapat khabar angin yang mengatakan rumah tangga pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang dibina pada tahun 2009 itu sedang bergolak. Semuanya gara-gara Diana yang dilihat sering bersendirian apabila menghadiri acara hiburan termasuklah persandingan pelakon Fouziah Gous baru-baru ini. Bukan itu sahaja, menurut khabar angin yang bertebaran, Zamarul dikatakan terlalu sibuk dan sudah lama tidak pulang ke rumah menjenguk isteri dan anaknya, Kashfi Haiqal, 3 tahun. Diana pula sering lihat berada di rumah ibunya di Shah Alam, Selangor. Bagi mendapatkan pengesahan mengenai khabar angin ini, Kosmo! menghubungi Diana semalam dan ternyata dia cukup terkejut dengan khabar angin terbaharu itu. Bagaimanapun, Diana tidak menafikan dia sering bersendirian sejak kebelakangan ini. Kosmo!: Benarkah rumah tangga Diana dan Zamarul sedang bergolak? DIANA: Perkara itu tidak betul dan saya nafikan khabar angin tersebut. Kami masih bahagia dan rumah tangga saya berada dalam keadaan baik. Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba sahaja keluar berita seperti ini. Sejauh manakah kebenaran yang mendakwa anda sering dilihat bersendirian tanpa suami menghadiri majlis-majlis hiburan? Saya tidak nafikan memang saya selalu bersendirian ke mana-mana majlis hiburan dan majlis rasmi. Saya tidak boleh elak untuk keluar rumah sendirian kerana saya juga ada kerja yang harus diselesaikan, takkan kerana suami saya sibuk saya tidak boleh keluar rumah. Khabar angin mendakwa, Zamarul sudah lama tidak pulang ke rumah manakala anda pula sering berada di rumah ibu di Shah Alam, Selangor. Benarkah? Walaupun sibuk sehingga 3 pagi, suami saya tetap pulang ke rumah setiap hari. Kalau orang selalu lihat saya di rumah ibu, sebenarnya rumah saya, ibu serta kakak-kakak saya semuanya berdekatan. Kebetulan anak saya bersekolah dekat dengan rumah ibu, apa salahnya saya melawat ibu setiap hari.
Jika kalian bahagia, bagaimanakah isu pergolakan rumah tangga ini boleh timbul? Mungkin sebab memang orang selalu lihat saya sendirian dan kemuncaknya apabila saya hadir ke majlis persandingan Fouziah Gous seorang diri. Ramai rakan artis dan media bertanya di mana suami saya? Memanglah waktu itu, kami bercadang untuk hadir bersama tetapi terpaksa dibatalkan kerana dia terikat dengan penggambaran. Mahu tidak mahu saya hadir seorang diri, memenuhi jemputan rakan saya. Adakah kalian sudah berbincang mengenai khabar angin ini? Setakat ini kami belum sempat berbincang lagi kerana cerita ini keluar secara tiba-tiba. Suami saya juga sibuk dengan kerja, cuma keluarga ada bertanya hal ini kepada saya, mereka juga terkejut tetapi selepas diterangkan keadaan sebenarnya mereka faham. Isu rumah tangga bukan perkara yang remeh. Adakah anda tertekan dengan khabar angin ini? Saya akui memang agak tertekan sebab saya tahu cerita ini pun daripada orang. Bila saya keluar tiba-tiba banyak mata yang memandang serong dan bertanyakan hal rumah tangga kepada saya. Sekarang saya masih kuat, saya takut jika khabar angin ini berlarutan, saya jadi tidak kuat. Apakah perkembangan terbaharu kerjaya seni anda? Sekarang memang saya perlahankan kerjaya seni untuk beri tumpuan kepada keluarga tetapi saya masih berlakon dalam banyak telefilem. Jika tidak ada aral melintang, selepas ini saya akan terlibat dalam penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda. Selebihnya saya sibuk dengan urusan perniagaan dan tugas sebagai duta produk kecantikan Sumber Ayu dan Maixara. | ||
Que Haidar cari bakat anak Felda Posted: 06 Oct 2013 06:54 PM PDT
AKTOR Que Haidar anak kelahiran Felda Taib Andak, Johor, cukup berjaya sebagai aktor yang disegani manakala rakan sekampungnya, Mawi pula berjaya sebagai penyanyi. Rentetan daripada kejayaan mereka berdua, Ikatan Seni Kebudayaan Anak Felda kini sedang menjelajah Felda di seluruh Malaysia untuk mencari bakat baharu dalam bidang lakonan. Que yang ditemui pada majlis memperkenalkan pakaian Girza 87 di butik Lord's Tailor, Bangsar, Kuala Lumpur bertindak sebagai panel uji bakat dalam siri jelajah itu. "Saya anak Felda, jadi saya tahu apa yang dilalui anak-anak Felda. Bagi saya, program pencarian bakat ini satu perkara yang cukup bagus kerana berdasarkan pengalaman saya bukan mudah untuk bergelar seorang pelakon. "Dulu, saya datang ke Kuala Lumpur seorang diri demi mengejar cita-cita sebagai pelakon. Banyak kesusahan dan cabaran yang terpaksa dilalui. Sekarang peluang itu ada di depan mata, cukup mudah untuk mereka sebagai anak Felda menunjukkan bakat yang ada," jelasnya. Tambahnya lagi, peluang keemasan itu tidak patut dilepaskan kerana jika terpilih, mereka akan terus berlakon dalam filem yang berkisar tentang kehidupan di Felda dan ditaja oleh pihak Felda. "Memang nampak mudah kerana pihak kami yang cari bakat mereka di Felda tetapi saya tahu kebanyakan remaja Felda mereka takut untuk mencuba kerana bimbang dikutuk rakan walaupun dalam diri minat terhadap seni lakonan cukup tinggi.
"Cara saya cukup mudah, jika saya nampak mereka berminat, saya terus tarik mereka hadiri uji bakat. Bagi saya peluang datang sekali. Sayang jika hanya kerana malu dan bimbang dikutuk rakan, mereka melepaskan peluang yang ada. Siapa tahu masa depan mereka cukup cerah selepas itu?" balasnya. Setakat hari ini, Que telah menjalankan uji bakat di Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang manakala tidak lama lagi di Johor. "Syarat utamanya, peserta mesti anak Felda. Jika tidak, mereka tidak layak. Sebenarnya saya sendiri terkejut, ramai anak Felda yang mempunyai bakat terpendam. "Jika tidak ada aral melintang, selepas filem, mungkin pihak Felda ingin menubuhkan Institusi Kesenian Felda," katanya. Bercakap tentang perkembangan terbaharunya, Que memberitahu, selain filem Rock 3, dia juga ditawarkan berlakon dalam dua filem lain. Bagaimanapun, dia masih mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut ataupun tidak kerana pada usia 34 tahun, Que lebih bersikap selektif. "Sekarang saya lebih matang, bukan semua filem sesuai dengan saya. Kalau boleh saya tidak mahu filem yang membuatkan saya kelihatan bodoh. "Drama pula, bukan saya tidak mahu tetapi tempoh penggambaran terlalu panjang terutama drama bersiri. Komitmen saya terhadap keluarga dan kerja lain akan terganggu. Jika bertemu dengan skrip yang sesuai dan kena dengan masanya, saya tidak keberatan untuk terima tawaran tersebut," jawabnya. | ||
Posted: 06 Oct 2013 06:51 PM PDT
KOTA BHARU – Seorang peniaga kecil-kecilan kini menghitung hari apabila Mahkamah Majistret di sini semalam menetapkan Rabu ini sebagai hari untuk menjatuhkan hukuman terhadapnya atas tuduhan membelasah isterinya hingga cedera dua bulan lalu. Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Norida Mohd. Husin menetapkan tarikh tersebut selepas menerima pengakuan bersalah Mahadi Dolah, 33, atas tuduhan membelasah isterinya, Zaiton Muda, 32. Mengikut pertuduhan, Mahadi telah mencederakan Zaiton dengan memukul wanita itu dengan tangan dan kaki hingga mendatangkan kecederaan di sebuah rumah di Kampung Jejulok di sini pada pukul 7.30 malam 10 Ogos 2013. | ||
Zombi serang peserta rentas desa di Britain Posted: 06 Oct 2013 06:45 PM PDT LONDON - Sejumlah sukarelawan yang memakai kostum dan mekap menyerupai mayat hidup menggamatkan pertandingan larian seram terbesar di Britain kelmarin. Acara Zombie Evacuation Race itu berlangsung di Carver Barracks dekat Saffron Walden, England dan disertai oleh ribuan peserta. Kejohanan merentas desa itu melibatkan jarak sejauh lima kilometer. Ia merupakan acara sulung yang berlangsung di negara itu. Para peserta dikira berjaya menamatkan larian jika tiga talian hayat yang tergantung di pinggang mereka gagal diragut oleh zombi-zombi di sepanjang larian. | ||
Keunikan corak berunsur motif etnik Posted: 06 Oct 2013 06:43 PM PDT
DUNIA batik kini semakin meluas di seluruh dunia dengan sajian pelbagai motif yang khas dan unik. Melengkapkan keunikan itu apabila batik yang dahulu hanya menghiasi kehidupan masyarakat desa, kini telah diterima pakai sebagai antara corak berkelas dunia. Hakikatnya, apabila berbicara soal batik ia secara tidak langsung membawa minda ke negeri Pantai Timur. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa Terengganu dan Kelantan adalah pelopor utama kepada batik di negara ini. Berbeza dengan Sabah, perkembangan batik di negeri ini mungkin agak asing. Ia lebih dikenali sebagai pengeluar barang kraf berasaskan laut dan rotan selain seni pembuatan peralatan muzik tradisional. "Setiap negeri ada keunikannya sendiri. Begitu juga Sabah yang mempunyai pelbagai motif corak dan ukiran lebih 30 suku kaum. "Bagi saya apa sahaja dari dasar laut sehingga ke langit di bumi Sabah ini sebenarnya merupakan motif dan kelainan yang patut ditonjolkan dalam memastikan identiti batik dari Sabah terus gemilang," demikian pendapat peribadi pemilik perusahaan Rothman Batik, Rothman A. Buntar. Berpengalaman selama 32 tahun, Rothman menjelaskan setiap corak dihasilkan oleh penggiat seni ini akan sentiasa berulang dalam beberapa tahun. Ujar beliau, kebiasaannya reka corak dan motif-motif batik diinspirasikan dari alam semula jadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan corak-corak geometri atau abstrak. "Sebab itu, elemen pelancongan seperti Orang Utan di Sepilok, pulau-pulau dan bencana ombak tsunami selain unsur paku-pakis merupakan trademark dalam setiap batik yang saya hasilkan. "Kemudian ia digarap dan disesuaikan dengan corak-corak unik Sabah sebagai nilai tambah berbanding batik dari negeri-negeri lain," tegasnya yang mempunyai koleksi 5,000 corak eksklusif sepanjang pembabitannya dalam seni batik. Berkelana ke Pantai Timur Bapa kepada tujuh anak ini mengakui, penglibatannya dalam dunia batik sejak 1981 sebenarnya penuh berliku memandangkan dia tidak mempunyai sebarang kelayakan akademik. Justeru dia belajar berdasarkan pengamatan dan kerajinan sendiri. Malah, beliau tanpa segan silu mengakui terpaksa membuat sijil dan surat perakuan palsu daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi membolehkannya memahami selok-belok penghasilan batik secara mendalam. Tambah Rothman, semuanya bermula apabila permohonan untuk mempelajari seni tersebut ditolak mentah-mentah oleh beberapa perusahaan batik di Kelantan dan Terengganu yang merupakan lubuk kepada industri batik tanah air. "Minat terhadap batik ini mula timbul apabila saya yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik kereta di Greenwood, Gombak melihat keunikan batik di Pasar Seni. "Kemudian saya berkelana hingga ke dua negeri di Pantai Timur itu untuk memohon bekerja di sana tetapi ditolak. Tindakan itu menyebabkan saya membuat surat palsu dengan menyatakan bahawa saya merupakan pelajar di sebuah IPTA dan ingin melakukan praktikal," ulasnya yang mengagumi karya Khalid Shamsuddin Arshad. Selama tiga tahun mendalami teknik dan jenis-jenis batik seperti batik blok, canting dan skrin, akhirnya Rothman memberanikan diri membuka mulakan perniagaan nya sendiri. Rothman memberitahu, batik yang dihasilkan pada awalnya mendapat ulasan dan pandangan negatif ramai penggiat seni kerana lebih menekankan warna jingga berbanding unsur warna lain seperti biru, merah, kuning dan putih. Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa warna pilihannya itu merupakan satu seni dan sesiapa sahaja ada hak untuk menentukan corak pilihan sendiri. Kombinasi warna Kepulangannya ke Sabah pada 1989 bagaikan satu rahmat kepada golongan belia apabila beliau memperluaskan ilmu yang diperoleh secara berterusan dengan percuma. Ini termasuklah kepada pekerja di hampir 18 buah resort dari Tuaran ke Weston, Beaufort. "Mula-mula, memang dapat cacian dan makian apabila ada pihak yang memerli dengan mengatakan batik ciptaan saya lebih sesuai dijadikan pelapik meja. "Ia mungkin disebabkan corak dan batik ciptaan saya tidak mempunyai sebarang konsep, namun mereka perlu tahu setiap batik yang saya hasilkan perlu ada elemen-elemen Sabah. "Hasil kajian dan penyelidikan saya sendiri mendapati masyarakat luar negara seperti di Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang datang ke sini bukan mahu melihat batik etnik sahaja, tetapi keseluruhan yang ada di Sabah diasimilasi di dalam corak tersebut," jelasnya. Rothman yang pernah memenangi Anugerah Emas pertandingan Myskills 2010 anjuran Jabatan Pembangunan Keusahawanan, Kementerian Sumber Manusia di Selangor memberitahu, aspek tona warna memainkan peranan penting selain bentuk corak itu sendiri seperti dilakukan oleh penggiat di Kelantan dan Terengganu yang lebih kepada flora dan fauna. "Apabila kita bermain dengan warna, ia dapat memastikan sesuatu baju atau kain batik dihasilkan sesuai dengan pemakainya. "Cara bagi melihat dan menilai hasil batik dilakukan adalah mudah dengan melipat sehingga kecil kain batik yang diperagakan atau dijual peniaga bagi membolehkan kita melihat bahagian tepi dan kanan kain tersebut dari segi corak dihasilkan. "Ini kerana, bahagian tepi sesuatu kain batik adalah kawasan 'hot spot' setiap corak dihasilkan berbanding di bahagian tengah yang lebih banyak kosong," terangnya yang juga pengumpul barangan antik. Disanjung orang luar Berbeza dengan Rothman, seorang lagi penggiat seni batik di Sabah, Mustapa Laba Ibrahim, 50, cukup mengagumi keunikan batik dari negeri di bawah bayu ini. Beliau yang berasal dari Setiawan, Perak berkata, setiap corak dalam suku kaum di Sabah sebenarnya membawa maksud tersendiri seperti corak yang amat disukainya iaitu Nantuapan dari bangsa Murut. Beliau memberitahu Nantuapan membawa maksud pertemuan dan motif itu menggambarkan dua lelaki dan dua wanita yang sedang tidur dengan hanya satu bantal atau sedang minum tapai dari tajau secara serentak. "Begitu juga kaum lain seperti Bajau dari ukiran parang, Brunei melalui tudung saji serta Rungus dari ukiran pakaian dan kraftangannya yang berwarna-warni. "Antara warna yang lebih banyak ditonjolkan adalah biru dan kuning selain merah yang kemudiannya diadunkan menjadi lebih berkilat," katanya yang menerima purata tempahan sehingga 15,000 unit sebulan. Mustapa yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Hiasan Dalaman dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam itu, kini mengusahakan perniagaannya dengan nama Batik Sabah. Ujarnya lagi, penekanan dalam aspek warna terang juga merupakan identiti kerana kebanyakan masyarakat Sabah lebih menyukai warna terang. "Dahulu ramai yang bercakap-cakap dan membuat persepsi bahawa adakah seni batik terdapat di Sabah? Persoalan ini diajukan lantaran tidak ramai penggiat seni yang serius mengembangkannya. "Namun tidak dinafikan, lebih ramai peminat dan pengguna batik dari Semenanjung kini mencari kelainan dengan memiliki dan memakai batik Sabah dalam urusan harian sebagai kelainan daripada batik-batik yang ada di Semenanjung," jelasnya yang pernah menjual sepasang kain batik dengan harga lebih RM1,000. | ||
Southern Right bangunkan Hermanus Posted: 06 Oct 2013 06:42 PM PDT TERPINGGIR jauh dari dunia luar di hujung selatan kawasan berbatu Afrika, bandar Hermanus menjadi terkenal secara drastik sebagai pusat menonton ikan paus. Setelah Afrika Selatan keluar dari pengasingan aparteid sejak dua dekad lalu, seorang pakar zoologi, Mark Carwardine telah datang ke Hermanus. Dalam usahanya menjalankan penyelidikan tentang tempat-tempat terbaik menonton ikan paus, Carwardine sememangnya mengetahui bahawa ikan paus hidup di dalam lautan dingin di selatan perairan Atlantik. Beliau juga berpendapat kedatangannya di Hermanus adalah kerja gila dan merupakan keputusan yang paling tidak wajar. Bagaimanapun, ketika memandang ke luar jendela bilik sewanya, beliau ternampak aksi ikan paus Southern Right yang sedang bermain-main di permukaan laut. Carwardine telah menceritakan kekagumannya terhadap bandar Hermanus dalam bukunya berjudul Breach from the Bed dan menyifatkan pekan itu sebagai daratan meninjau ikan paus terbaik dunia. Gelaran itu kemudiannya telah diagungkan dan menjadi kebanggaan penduduk Hermanus sejak sekian lama. Pekan Hermanus telah diterokai dan ditubuhkan pada tahun 1800 oleh seorang pengembala, Hermanus Pieters. Namun, aktiviti menonton ikan paus hanya bermula pada lewat 1990-an. "Rasa ingin tahu orang ramai semakin meningkat hari ini," kata seorang bekas ahli perniagaan Ken Moore. Perayaan ikan paus Moore telah meninggalkan kerjayanya untuk menjadi pemberi panduan piagam ikan paus Southern Right selepas bandar itu menjadi terkenal. "Terdapat beberapa tempat yang bagus untuk menonton ikan paus seperti di Baja California, Mexico dan Argentina, tetapi kami telah membina infrastruktur yang hebat di sini," katanya. Cetacean kini merupakan nadi yang menghidupkan Hermanus dan ia turut dinamakan sebagai Whale Coast. Selain itu, pekan Cetacean mempunyai keunikannya tersendiri apabila penduduk menyambut perayaan ikan paus. Perayaan itu diraikan sebanyak dua kali setahun. Sambutan itu diraikan dengan sebuah kisah legenda tentang seorang gadis bernama Bientanga dari etnik Khoikhoi. Dia mampu berkomunikasi dengan ikan-ikan paus dengan mengeluarkan runut bunyi dan membawa haiwan mamalia itu ke kawasan pekan. Gadis itu juga didakwa merupakan satu-satunya 'penyeru paus' di dunia. Teruja Sejak penemuan Carwardine itu, kini ikan paus Southern Right berjaya menarik perhatian beribu-ribu pengunjung di Hermanus. "Saya sangat teruja kerana tidak menyangka ikan paus akan datang begitu dekat dengan kawasan pantai," kata seorang pelancong Austria yang datang melancong bersama teman lelakinya, Desiree Neubauer. Southern Right adalah antara spesies ikan paus yang jarang ditemui. Terdapat kira-kira 12,000 ekor spesies Southern Right berbanding sejumlah 100,000 ekor ikan paus Bryde yang terdapat di sepanjang pantai di Western Cape. Nama Southern Right diberikan oleh penangkap ikan paus yang berpendapat mereka mempunyai hak untuk menangkap spesies itu kerana jumlahnya yang banyak. Harga ikan paus sangat mahal kerana haiwan mamalia itu mengandungi minyak yang bernilai dan digunakan sebagai bahan asas barang solekan. Southern Right boleh membesar sehingga 15 meter dengan berat mencapai sehingga 50,000 kilogram. "Untuk meletakkannya dalam konteks semasa, ia bersamaan dengan berat 10 ekor gajah Afrika," kata Moore. Setiap bulan Jun beratus-ratus ekor ikan paus akan membuat perjalanan ke pinggir Antartika sehingga November untuk mengawan dan melahirkan anak. | ||
BookXcess tawar harga buku termurah Posted: 06 Oct 2013 06:41 PM PDT
TIDAK mementingkan keuntungan semata-mata, Syarikat BookXcess menetapkan matlamat yang berbeza berbanding pesaing apabila menawarkan harga serendah RM10 untuk sebuah buku. Bermula pada 2006 dengan hanya menjual 500 buah buku, kini BookXcess menawarkan lebih 10,000 tajuk cerita dan mempunyai kira-kira 45,000 pengikut di laman sosial Facebook. Pengarah Urusan BookXcess, Andrew Yap berkata, pihaknya tidak menetapkan matlamat perniagaan untuk mengaut keuntungan sahaja, tetapi mengambil tanggungjawab dalam membentuk amalan membaca yang didakwa semakin merosot dalam kalangan rakyat Malaysia. "Saya hanya ingin membina dan memupuk semangat membaca dalam kalangan anak muda di Malaysia, terutamanya kanak-kanak dengan cara memberikan tawaran hebat yang mampu dibeli oleh ibu bapa mereka. "Salah satu faktor yang menjadikan masyarakat di negara kita jarang atau langsung tidak membaca adalah kerana tiada bahan bacaan ekoran harga buku yang mahal," katanya ketika ditemui di BookXcess di kompleks beli-belah Amcorpmall, Petaling Jaya baru-baru ini. BookXcess menawarkan potongan harga bermula dari 70 hingga 95 peratus termasuk buku hasil karya penulis-penulis dan tokoh-tokoh terkenal. Menurut Pengarah Eksekutif BookXcess, Jacqueline Ng, antara sebab BookXcess boleh menjual buku berharga murah adalah kerana mereka mendapatkan bekalan buku terus daripada pembekal luar negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). "Kami akan ke AS dan UK untuk berjumpa dengan pembekal dan membeli beratus-ratus ribu buah buku dengan tawaran harga yang murah.
"Ini kerana pembekal di sana sebenarnya turut menyokong dan membantu usaha kami untuk membina semangat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia," ujarnya. Bagaimanapun, menurut Jacqueline, buku-buku yang tidak terjual tidak boleh ditolak semula kepada pembekal dan ia risiko yang perlu mereka tanggung. Jualan tahunan Dalam pada itu, selain menjual buku-buku murah, BookXcess turut mengadakan aktiviti jualan tahunan yang dipanggil Big Bad Wolf Goes On The Road (BBW). Aktiviti tersebut mula dijalankan pada 2009 dengan menyediakan lebih 120,000 buah buku. Pada BBW 2011 yang berlangsung di kompleks beli-belah The Mines, Sri Kembangan, BookXcess telah membawa masuk sejumlah 1.5 juta buah buku dari luar negara dengan 90 peratus daripadanya habis dijual. Kira-kira 300,000 pengunjung merebut peluang membeli pelbagai buku yang diingini dengan harga serendah RM5 hingga RM10 untuk setiap buku. Selain memberi peluang untuk rakyat Malaysia memiliki koleksi buku dengan harga berpatutan, BookXcess turut melakukan aktiviti tanggungjawab sosial korporat. Jacqueline memberitahu, BookXcess telah mendermakan sebanyak 12,000 buah buku kepada lapan rumah kanak-kanak angkat mereka. "Kami akan membalut setiap buku itu dan diberikan kepada mereka sebagai hadiah. Dengan cara itu, kanak-kanak akan berasa lebih gembira dan menghargai buku tersebut dengan cara membacanya," katanya. Dalam pada itu, BookXcess, BBW yang akan diadakan pada bulan Disember depan menawarkan beratus-ratus ribu buah buku dan tawaran harga terendah. Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi BookXcess menerusi laman sosial www.facebook.com/BookXcess. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |