LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
- LATIHAN DAN PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN UNTUK PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA DAN PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2015
- Padang tak rata: Alberts
- Hodak berang TRW longlai
- PIALA MALAYSIA 2013: SUKU AKHIR PERTAMA (28 Sept 2013)
Posted: 30 Sep 2013 03:26 AM PDT Sumber: FAM Pemain – pemain dikehendaki melapor diri pada hari Selasa, 01 Oktober 2013 kepada Ketua Jurulatih Pasukan Bolasepak Kebangsaan, YBhg Datuk K. Rajagobal di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor sebelum 3.00 Petang. Manakala empat belas (14) orang pemain dibawah diminta bersedia untuk menjalani latihan dan pemilihan sekiranya dipanggil untuk menggantikan mana-mana pemain sekiranya terdapat pemain-pemain yang disahkan oleh Doktor Pasukan mengalami kecederaan. | |||||||||||||||||||||
Posted: 29 Sep 2013 06:43 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuching: Jurulatih Sarawak, Robert Alberts menyalahkan permukaan padang tidak rata menjadi punca skuad bimbingan gagal menjaringkan gol sekali gus menyaksikan mereka terikat tanpa jaringan dengan Sime Darby pada suku akhir pertama Piala Malaysia, di Stadium Selayang, malam kelmarin. Katanya keadaan rumput panjang menyebabkan pergerakan bola agak lambat, sekali gus menyukar pemain bergerak pantas. "Keadaan padang menjadi punca pemain tidak dapat mempamerkan mutu permainan sebenar. Bagaimanapun, kami berpuas hati walaupun seri pada perlawanan ini. "Keputusan seri ini adalah baik untuk pasukan kerana berjaya menyekat Sime Darby daripada menjaringkan sebarang gol. "Sebelum ini mereka berjaya menewaskan pasukan lain dengan jaringan besar tapi mereka gagal menembusi gawang kami dan ini adalah peluang terbaik untuk menewaskan mereka di Kuching nanti," katanya. Menurut Alberts, pasukan menguasai separuh masa pertama sementara Sime Darby mempamerkan prestasi lebih baik pada separuh kedua. "Bagaimanapun kami mempunyai beberapa peluang jaringan tetapi gagal mengambil kesempatan itu. Kami terlalu perlahan dalam serangan. "Justeru, pemain perlu mengambil kesempatan sepenuhnya dalam perlawanan di tempat sendiri dan saya memberi jaminan akan mempamerkan corak menyerang," katanya. | |||||||||||||||||||||
Posted: 29 Sep 2013 06:42 PM PDT Sumber: Harian Metro Kota Bharu: Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tidak berpuas hati apabila menyifatkan kekalahan 2-4 kepada Johor Darul Takzim pada suku akhir pertama Piala Malaysia kelmarin berpunca daripada aksi paling teruk pemainnya sepanjang dua tahun membimbing pasukan itu. Kekalahan juara bertahan itu bakal memberi tekanan pada aksi kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini. Hodak berkata, pemain banyak memberi ruang kepada Harimau Selatan untuk membolosi gawang. Katanya, selepas membuat pertukaran pemain dan mengubah percaturan, The Red Warriors (TRW) kembali bangkit pada babak kedua dan berjaya mengekang asakan tuan rumah selain terpaksa akur dengan dua jaringan sebagai bekalan perlawanan timbal balik. "Saya tidak melihat mereka bermain seteruk ini pada babak pertama," katanya. Selain itu Hodak berkata, persembahan mantap tiga pemain tonggak lawan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali dan Nurul Azwan Roya banyak memberi kelebihan kepada tuan rumah. Bagaimanapun, Hodak berjanji Kelantan akan bangkit di hadapan penyokong sendiri nanti. "Sebenarnya pasukan lawan tidak memberi tekanan, tapi kami sendiri yang melakukan kesilapan dan membenarkan mereka menguasai perlawanan. "Saya harap keadaan ini tidak berulang dan berharap penyokong memenuhi stadium memberikan sokongan," katanya. | |||||||||||||||||||||
PIALA MALAYSIA 2013: SUKU AKHIR PERTAMA (28 Sept 2013) Posted: 29 Sep 2013 06:36 PM PDT 28 SEPTEMBER 2013 (SABTU)
|
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |