Isnin, 3 Jun 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Fouziah Gous Selamat Bertunang, Nikah Pada September

Posted: 01 Jun 2013 08:47 PM PDT

Fouziah Gous (kanan) dan tunangnya, Zhafran. 
KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Nor Fouziah Mohd Gous, 30, mengikat tali pertunangan dengan Md Zhafran Md Yusof, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Restoran Asmara Penchala, Kuala Lumpur, malam Sabtu.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili pihak lelaki, Datuk Kamal Ismail.
Sementara itu, pihak Fouziah diwakili oleh Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Ali.
Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sireh, manisan coklat, sepersalinan kain, set alat kosmetik dan wangian dan kamera.
Manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, sepersalinan baju Melayu, kain songket, beg tangan, senaskah Al-Quran, set wangian dan manisan.
Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Zhafran, Normah Ali.
Pada majlis tersebut, Fouziah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Zery Zamry.
Sementara itu, Fouziah yang ditemui selepas majlis selesai bersyukur dan lega semuanya berjalan lancar.
Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Fouziah yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.
"Kami berkenalan pada Mac dan baru tiga bulan kami bercinta namun Zhafran banyak memberi keyakinan kepada saya dalam segala hal.
"Memang pada awalnya kami hanya berbincang tentang bisnes sahaja namun rasa cinta itu datang secara tidak langsung," katanya.
Manakala Zhafran memberitahu Faouziah merupakan seorang wanita yang periang dan mampu memikat hatinya.
Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada September.

Siti Saleha, Nad Zainal, kena kutuk?

Posted: 01 Jun 2013 08:46 PM PDT


Siti Saleha dan Nad Zainal
Siti Saleha dan Nad Zainal
SIAPA sangka keberanian dua pelakon remaja popular ini menjadi model iklan yang juga duta tuala wanita Kotex mendapat respons kurang baik dari segelintir peminat dan masyarakat sekeliling.

Ianya diakui Siti Saleha apabila dia berkongsi pengalaman tersebut di laman sosial Instagram miliknya sehingga menjadi mangsa kutukan.

"Ketika itu saya memuat turun gambar bersama pelakon lain yang sedang melakonkan aksi untuk iklan berkenaan. Bagaimanapun selepas itu, mereka mula menyindir dan mengkritik saya," katanya dilabel sebagai perempuan tidak tahu malu.

Jelas pelakon Nora Elena ini, rata-rata yang melemparkan cemuhan itu adalah lelaki.

"Saya tidak kisah dengan tanggapan mereka, saya berkongsi mengenainya kerana ia adalah tugas saya sebagai perempuan. Apapun, saya sifatkan mereka ini golongan yang berfikiran sempit," katanya di majlis pelancaran drama Memberku Hawa Musim Ke-2.

Tambah Saleha, perkara itu sewajarnya tidak timbul di zaman ini.

"Masing-masing mempunyai keluarga perempuan, akan mempunyai isteri dan anak. Jadi ia sesuatu yang normal perlu diambil tahu oleh mereka.

"Mereka harus didedahkan dengan perkara ini kerana mungkin akan diminta oleh isteri atau anak membelinya suatu masa nanti," katanya ia bukan perkara yang memalukan.

Dalam pada itu, berkongsi cerita empunya nama Farah Nadia Zainal Abidin ini pula, katanya, dia juga pernah melalui pengalaman berkenaan.

"Ini adalah tahun kedua saya menjadi duta Kotex dan perkara ini sudah sebati dalam diri saya. Apapun, kami hanya menjalankan tanggungjawab dan rasanya sebagai perempuan tidak salah berkongsi pengetahuan serta ilmu yang kami dapat menerusi penggunaan produk ini," katanya tidak hirau dengan pandangan serong masyarakat mengenai pembabitannya bersama Kotex.

Saleha teruja

Dalam pada itu, berbicara mengenai Memberku Hawa musim ke 2 pula, akui Saleha dia gembira kerana terpilih melakonkan watak Nur Hawa.

"Menjadi Hawa sangat berbeza bagi saya kerana ini kali pertama saya menjadi gadis kampung yang sederhana, namun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah untuk diselesaikan.

"Lebih menarik, saya juga akan memakai tudung dalam drama ini," ujar pelakon berusia 23 tahun ini.

Diaju mengenai penggunaan tudung sewaktu lakonan dan sebaliknya ketika menjalankan promosi untuk produk ini, kata Saleha, ia tidak menjadi masalah kepadanya.

"Apa yang penting adalah peranan saya sebagai duta dan jurucakap produk ini. Isu bertudung di dalam dan luar lakonan adalah tidak penting dan ia tidak pernah dibincangkan bersama produksi.

"Bagaimanapun, jujur saya katakan saya selesa berlakon bertudung dan tidak pernah rasa janggal," katanya teruja menunggu respons penonton.

Kekal watak Kay

Sementara bagi Nad pula, menjadi Kay sekali lagi dalam drama bersiri ini adalah satu pengalaman baru baginya.

"Dahulu watak saya mungkin kurang matang, tetapi untuk musim ke-2 ini lebih menampakkan kedewasaan saya. Selain itu, saya juga mendapat teman baru iaitu Saleha dan bermula juga cabaran baru bagi saya," jelasnya.

Berkongsi perasaan berlakon dengan Saleha katanya, tidak sukar mencari keserasian antara mereka.

"Kami sama-sama 'enjoy' berlakon dalam drama ini dan dalam masa yang singkat kami sudah serasi," katanya drama ini menaikkan namanya dalam industri seni.

Sedikit mengenai Memberku Hawa Musim ke-2, ia akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun ini pada jam 10 malam di Astro Ria. Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.

Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, antara pelakon lain yang membintangi drama ini termasuklah  Ezlynn, Bella Dally, Nur Zaireen Mohd Zait, Nor Nadia Nor Mahazan, Sharifah Sofea dan Christina Suzane.

Izzue Islam Nikah Pengurus Dengan Sekali Lafaz

Posted: 01 Jun 2013 08:45 PM PDT

Izzue dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit. 
Izzue menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang.
SHAH ALAM: Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam di sini pada Ahad.
Acara sebelum itu dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Izzue menyerahkan mas kahwin kepada isterinya
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Awin dan Izzue kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan busana songket dari rona putih tajaan 'Classic Bridal'.
Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan pada hari sama sejurus selepas majlis akad nikah berlangsung.
Majlis akad nikah dan perkahwinan tersebut dikendalikan oleh N'dah Catering & Weeding Planner itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan berkonsepkan 'Indoor Garden'.
Sebelum ini pasangan itu telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Izzue dan Awin berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun.

Isteri Cemburu Jika Tonton lakonan Josiah Di TV

Posted: 01 Jun 2013 08:44 PM PDT

Josiah Hogan
PETALING JAYA: Pelakon Josiah Hogan yang baharu mendirikan rumah tangga pada 25 Mei lalu mengakui isterinya tidak mahu melihat lakonan dia di televisyen.
Josiah, 27, berkata, ia berikutan sifat cemburu isterinya yang sukar menerima kenyataan setiap kali melihat dia melakonkan babak romantik dengan wanita lain.
"Dia memang tak mahu tengok hasil lakonan saya di televisyen. Saya faham cemburu tandanya sayang.
"Tapi kalau watak-watak kelakar dia ada tengok sebab dia suka nak kutuk saya semula," ujarnya ketika ditemui pada previu drama What If, di sini, Jumaat.
Josiah mendirikan rumah tangga kali kedua pada 25 Mei lalu dengan Nurul Hidayu Noordin di Kuantan, Pahang.
Sementara itu, Josiah yang baru dikenali melalui drama Cinta Jangan Pergi tidak merasakan perkahwinannya menjadi penghalang untuk dia mencipta nama dalam industri seni.
"Saya percaya kepada rezeki, kita lihat pelakon-pelakon yang berjaya seperti Aaron Aziz dan Adi Putra pun sudah berkahwin tapi mereka masih diterima.
"Bagi saya ia bukan menjadi halangan untuk kerjaya ini," ujarnya yang menganggap hidup lebih sempurna selepas berumah tangga.
Tambahnya, buat masa ini, dia terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang kerana isterinya menetap dan bekerja di negeri itu/
Bercerita tentang dirinya, pelakon berasal dari Amerika Latin ini berkata, dia mula menetap di Malaysia ketika berusia enam tahun.
"Ketika ibu saya berkahwin dengan ayah tiri, kami pulang ke Malaysia pada 1993 dan saya bersekolah di sekolah kerajaan.
"Disebabkan itu juga saya fasih berbahasa Malaysia, malah saya boleh bercakap dialek Kelantan kerana dibesarkan di negeri itu," ujarnya.
Josiah berkata, dia dan ibunya memeluk Islam sebelum ibunya itu berkahwin dengan bapa tirinya.
"Ramai yang keliru dengan nama saya, saya memeluk Islam ketika berusia empat tahun bersama ibu. Setelah itu jumpa bapa tiri yang merupakan antara orang kuat yang memperjuangkan agama Islam di sana.
"Selepas itu kami ikut dia pulang di Malaysia, saya pun sebenarnya tidak tahu bahasa Latin kerana tidak diajar oleh ibu," ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang drama What If, Josiah yang memegang watak utama berkata, ia merupakan sebuah karya yang mencabar.
"Watak saya sebagai seorang lelaki psiko dan gila, agak sukar kerana ia agak berat. Namun ia berlainan dengan watak-watak yang saya terima sebelum ini," ujarnya.
Drama rantaian arahan Jehan Miskin itu akan ditayangkan setiap Rabu, pukul 10 malam bermula 5 Jun ini di 8TV.
Antara pelakon lain yang turut membintanginya ialah Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Yasmin Yusoff, Vanidah Imran, Elaine Daly dan Nas T.

'Terkukur Tidak Berbunyi Lagi' Papar Konflik Hubungan Keluarga

Posted: 01 Jun 2013 08:43 PM PDT


Diddy Hirdy dan Memey dalam salah satu babak drama ini.
PETALING JAYA: Drama masyarakat membawa penonton menyelami erti kesedaran daya usaha, kesungguhan dan semangat bakal di siarkan dalam Terkukur Tidak Berbunyi Lagi bermula 26 Mei lalu di TV2, pukul 9 malam.
Drama ini bakal dibintangi oleh pelakon hebat Arash Muhammad, Lisdawati, Diddy Hirdy, Amirul Aiman Lasi, Memey Suhaiza, Zed Zaidi, Ramasundran dan Angeline Tan.
Drama mewarnai slot Seleta Prima ini mengisahkan hubungan Ghafar, Faridah dan anak-anak mereka.
Ketika syarikat yang diusahakan oleh Ghafar dan rakan kongsinya, Roslin semakin maju, Roslin mula mendapatkan tender melalui pintu belakang hingga kemudiannya kegiatan Roslin telah dihidu SPRM.
Salah satu babak dalam drama ini.
Sementara itu pegawai SPRM datang ke mencari Roslin. Ghafar menasihatkan Roslin supaya menyerah diri. Ghafar telah membeli sebuah rumah di atas sebidang tanah di sebuah kampung yang terpencil untuk persediaan hari tuanya.
Roslin terlepas dari siasat kes pegawai SPRM dan masih berjoli.
Roslin mula meminjam wang dari Along sementara, Ghafar meletakan jawatan sebagai pengarah syarikat.
Kewangan keluarga Ghafar semakin tersepit dan mereka mula berhutang di kedai runcit Kee Hong. Bagi menghilangkan kerunsingannya, Ghafar berjinak-jinak menjalankan aktiviti memikat burung tekukur.
Faridah begitu tertekan dengan keadaan hidup mereka sekeluarga, Faridah menghubungi Halil untuk bercadang untuk menjual tanah sebahagian dari tanahnya, Halil memujuk Faridah menyanyi semula di sebuah restoran ekslusif milik rakannya.
Ghafar sekeluarga bekerjasama menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan. Along dan kuncunya telah tiba dan bertindak ganas terhadap keluarga Ghafar, Anggota polis tiba dan Ah Long dan kuncunya berjaya ditangkap.

Shila terima penghargaan

Posted: 01 Jun 2013 08:42 PM PDT


Shila Amzah
Shila Amzah bersama Atilia
Shila Amzah
Shila Amzah terima penghargaan.
SHILA Amzah terus mengharumkan nama negara setelah memenangi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, September tahun lalu.

Terbaru, Shila Amzah menerima anugerah Country Branding Award dari negara China yang ternyata amat mengagumi dan menghargai bakat yang dimiliki penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu ini.

Kejayaannya itu turut mendapat respons positif daripada peminat tempatan rata-ratanya mendoakan agar kerjaya Shila terus berkembang ke peringkat lebih tinggi

Liyana, Amani dan Wincci bukti kemampuan

Posted: 01 Jun 2013 08:41 PM PDT


Liyana, Amani dan Wincci bukti kemampuan
Liyana, Amani dan Wincci
PERKEMBANGAN era dunia semakin berkembang maju namun tidak dinafikan kisah perdagangan manusia terutamanya pada kaum wanita masih lagi berlaku di serata dunia.

Perkara seperti ini tidak seharusnya dipandang remah kerana ianya bakal mengundang pelbagai masalah terhadap kehidupan masyarakat tidak kira di mana jua.

Selepas filem Lari arahan Sutradara Ahmad Idham, kes perdagangan manusia sekali lagi bakal diangkat oleh pengarah hebat, Bade Azmi dalam naskah terbarunya berjudul 'Sindiket' terbitan Loyal Studios Sdn Bhd yang akan menjalani sesi penggambaran bermula 6 Jun ini di Sabah.

Apa menariknya, filem ini bakal menampilkan sisi berbeza tiga pelakon wanita seperti Liyana Jasmay, Sharifah Amani dan Soo Wincci yang pastinya bakal memberi kelainan kepada filem ini.

Tekad ketiga-tiga pelakon yang sama cantik ini, mereka mahu membuktikan kemampuan masing-masing menerusi watak yang akan dijayakan kelak.

Berkesempatan mengunjungi majlis pelancaran filem 'Sindiket' yang dijalankan di Restoran Rebung, Bangsar, Zass tidak melepaskan peluang menemu ramah pelakon yang terlibat.


Hasrat Liyana tercapai

Bukan kali pertama bekerja di bawah arahan Bade Azmi, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay mengakui tetap teruja untuk berlakon dalam filem tersebut.

Menurutnya, setelah meneliti skrip daripada pengarah, dia dapat merasakan filem kali ini akan memberi impak yang berkesan terhadap lakonannya.

"Dulu saya pernah menonton filem dari Indonesia berjudul, Jamila And The President yang turut mengangkat isu perdagangan manusia, dan sejak itulah saya mula tertarik untuk berlakon dalam filem seperti ini.

"Tidak sangka saya diberi kepercayaan daripada pengarah untuk turut serta menjayakan filem Sindiket ini," katanya.

Bertanyakan mengenai persiapannya untuk menghidupkan watak yang dibawa, Liyana memberitahu sebelum terlibat dalam sesi penggambaran, dia akan membuat rujukan dan kajian terhadap karakternya terlebih dahulu.

"Saya mula berlakon pada usia 16 tahun di bawah arahan pengarah yang sama. Sejak itu, saya telah diajar untuk cara-cara untuk menghidupkan watak dengan baik.

"Seperti biasa saya akan membuat rujukan dan kajian mengenai karakter saya. Memandangkan filem ini bukanlah filem sembarangan, saya akan cuba lakukan yang terbaik," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Liyana kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Sahabat untuk siaran Astro.

Letak syarat

Bakal memberikan komitmen sepenuhnya dalam lakonan filem ini, Liyana Jasmay bagaimanapun akui agak khuatir wataknya kali ini yang melibatkan babak dia dirogol dan memakai pakaian yang seksi.

Menurutnya, selepas bergelar isteri dia merasakan perkara seperti itu amat perlu diberi perhatian untuk kebaikan kerjaya dan menjaga hati suaminya.

"Saya meletakkan syarat untuk mengelakkan daripada bersentuhan dan pakaian yang terlalu menjolok mata. Saya bersyukur pengarah amat memahami situasi saya.

"Sebenarnya masa sebelum kahwin pun, saya tak pernah bawa watak yang terlalu 'gelap' macam ni. Kalau ada pun masa berlakon dalam Castello, tapi yang itu pun biasa-biasa sahaja," jelasnya.

Perkembangan lain, Liyana juga sedang menantikan filem lakonannya, Tokan yang akan ditayangkan dalam tahun ini.


Amani percayakan Bade

Sibuk dengan bidang penulisan skrip dan pengarahan bukanlah penghalang buat pelakon, Sharifah Amani bersetuju menerima tawaran beraksi menerusi filem ini.

Menurutnya, isu yang diangkat dan kredibiliti pengarah adalah antara faktor utama dia tidak melepaskan peluang untuk menjayakan filem tersebut.

"Sudah tentu saya teruja dapat menjadi sebahagian daripada krew yang terlibat dan pada masa yang sama menjayakan filem 'comeback' dari Bade.

"Sudah lama saya impikan tawaran seperti ini tambahan pula kali ini saya hanya perlu berlakon dan tiada bebanan untuk mengarah mahupun sebagai penulis skrip. Oleh itu, buat masa ini saya akan lebih fokus dalam lakonan," katanya.

Atas rasa tanggungjawab terhadap isu yang dibawa menerusi filem ini pelakon yang mesra di sapa Nani ini turut berkongsi pendapat bahawa perdagangan manusia perlu diberi perhatian kerana ia masih berlaku walaupun pembangunan negara semakin berkembang.

"Isu ini adalah satu benda yang menakutkan dan percaya atau tidak ia masih berlaku di seluruh dunia. Apa yang sedihnya kebanyakan kes ini berlaku di negara Asia termasuklah di Malaysia sendiri.

"Secara jujurnya saya agak kagum dan gembira pengarah memandang perkara ini dan mengetengahkannya sebagai satu filem dan mungkin ianya akan memberi kesedaran terhadap bahayanya isu ini," ujarnya.


Puas hati

Menyentuh mengenai perkembangan semasanya, pelakon genit ini memberitahu dia baru sahaja pulang dari Jepun bersama pengarah, Din Said bagi menghadiri Festival Filem Malaysia, CineMalaysia 2013.

"Di sana, beberapa filem tempatan telah ditayangkan termasuklah filem pendek arahan saya sendiri 'Sangkar' dan pada masa yang sama, filem lakonan saya, Redemtion Night turut mengadakan tayangan perdana di sana.

"Kami berada seminggu di sana dan saya amat berpuas hati dan gembira dengan penghargaan dan respons yang diberikan oleh masyarakat di sana.

"Lebih menggembirakan, ada di kalangan mereka yang tahu dan mengikuti filem-filem di Malaysia. Walaupun berlainan budaya dan bahasa, namun sikap keterbukaan mereka amat saya kagumi," katanya teruja.


Sisi berbeza Wincci

Pertama kali melibatkan diri dalam lakonan filem Berbahasa Malaysia, Ratu Malaysia Dunia 2008/2009, Soo Wincci turut melahirkan rasa gembiranya kerana diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dalam pembikinan 'Sindiket'.

Berbeza dengan personalitinya yang lembut, kali ini Wincci dipertanggungjawabkan memegang watak sebagai seorang pelacur dan pasti bakal memberi cabaran hebat buat dirinya.

"Kali pertama baca skrip saya agak terkejut kerana karakter itu memang berbeza daripada imej dan sikap sebenar saya. Tambahan pula inilah filem pertama saya dalam Bahasa Malaysia.

"Tapi saya ambil perkara itu sebagai satu cabaran dalam bidang lakonan. Kalau boleh saya mahu belajar lebih banyak daripada pengarah memandangkan dia banyak pengalaman dalam bidang ini," katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai lakonannya ini, Wincci mengatakan lakonan kali bakal memberi kesan yang positif terhadap karier lakonannya.

"Saya bersyukur kerana ditemukan dengan pengarah yang benar-benar berbakat sepertinya. Saya akan gunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan memperbaiki lakonan saya pada tahap yang lebih baik.

"Walaupun ini kali pertama bawa watak seperti itu, tapi secara jujurnya saya amat teruja untuk lakukannya dan mengharapkan masyarakat dapat menerima lakonan saya," katanya.


Fokus karier nyanyian di Taiwan

Dalam pada itu, Wincci turut memberitahu dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya di Taiwan dan akan tampil dengan album keduanya di sana.

"Setelah promosi album pertama tamat, kami terus ketengahkan single baru di sana. Memandangkan pasaran Taiwan begitu pantas, kami juga terpaksa lakukan semuanya dengan pantas.

"Walaupun terpaksa beri fokus di sana, tapi saya tidak mahu lupakan karier saya di Malaysia. Saya tidak mahu menghampakan peminat di sini," katanya.

Tambah Wincci, setelah single pertamanya, Musim Asmara mendapat perhatian peminat tempatan, dia juga bakal tampil dengan album penuh Ogos ini.

Zahid kahwin 8 Jun ini

Posted: 01 Jun 2013 08:40 PM PDT


Zahid
Zahid
NAMPAKNYA penyampai radio Era, Zahid atau Zahid Baharuddin, 32, akan menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang dikenalinya sejak setahun lalu, pada Jun ini.

Menerusi laman portal, Zahid menceritakan bahawa tidak menyangka jodohnya bersama Sarah Julifa, 25, kekal apatah lagi mereka hanya berkenalan melalui Twitter.

Menurutnya, majlis pernikahan dan resepsi akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Teluk Intan, Perak pada 8 Jun.

"Majlis resepsi sebelah lelaki akan diadakan pada 15 Jun," kata Zahid.

Katanya, antara faktor Julia berjaya menawan hatinya adalah seorang yang memahami dan bijak menyesuaikan diri.

Ada apa Elfira dan Zoey?

Posted: 01 Jun 2013 08:39 PM PDT


Elfira dan Zoey
Zoey dan Elfira Loy
SELEPAS tamat penggambaran di Terengganu, aktres remaja Elfira Loy terbang pula ke Munich, Jerman dan kali ini berpasangan pula dengan Zoey.

Menerusi Instagram, mereka sempat memuat naik beberapa gambar sepanjang berada di sana dan tergambar kemesraan ibarat pasangan kekasih.

Difahamkan, pemergian mereka ke sana pada 27 Mei lalu bagi menjalani penggambaran drama terbaru mereka berjudul Demi Dia.

Malah peminat turut mendoakan agar keduanya mempunyai hubungan istimewa sebagai pasangan kekasih.

Tahniah Yasmin-Shaarin

Posted: 01 Jun 2013 08:38 PM PDT


Yasmin Hani
Yasmin Hani
HAMPIR dua tahun bergelar suami isteri, akhirnya pasangan selebriti Yasmin Hani dan Khairul Anuar Hussin atau Shamrin, bakal menimang cahaya mata pertama sedikit masa lagi.

Berita gembira tersebut dikongsi Yasmin menerusi akaun Instagramnya dan memohon agar peminat mendoakan segalanya berjalan lancar.

Menurut Yasmin, sudah tiba masanya untuk dia mengumumkan usia kandungannya yang sudah menjangkau 16 minggu.

"Helo semua! Hari ini adalah hari istimewa kerana kami merasakan sudah tiba masa untuk berkongsi berita gembira ini bersama anda semua.

"Syukur Alhamdulillah, kami bakal menyambut ahli keluarga baru dalam keluarga kami," kata Yasmin.

Raja Ilya yang lurus

Posted: 01 Jun 2013 08:37 PM PDT




NAMA Raja Ilya naik dalam industri ekoran kontroversi demi kontroversi yang melanda dirinya. Hasil kerjanya belum lagi mengatasi cerita-cerita panas yang diterbangkan mulut ke mulut.
"Mana ada artis yang tidak pernah dilanda kontroversi. Kontroversi juga salah satu daripada cara orang ramai mengenali artis tersebut. Mungkin juga ada peminat yang suka artis disebabkan kontroversi yang melanda diri artis tersebut," ujarnya yang menganggap dirinya naif dalam menjawab soalan media.
Lantaran sifat naif dan lurus bendulnya itu, dia banyak tidak berselindung. Sebaliknya segala pertanyaan dijawab jujur, tanpa berlapik dan ini menjadi ratahan berita untuk bahagian gosip tempatan.
"Saya jenis gadis yang lurus bendul. Apabila disoal media, semua perkara ingin dikongsikan. Ini termasuklah mengaku saya hampir membunuh diri dahulu," ujarnya yang pernah didesak rasa itu kerana kecewa putus tali pertunangan selepas gambar kontroversinya bersama seorang lelaki tersebar.
Sedar akan kenaifan membawa padah dalam dirinya, Raja Ilya atau nama sebenar Raja Ramilah Raja Muhammad mengambil sikap lebih berhati-hati dalam pertuturan. Malah dia berharap tahun ini bakatnya lebih terserlah berbanding cerita peribadi dirinya.
Sebagai langkah mula yang betul untuk bergelar aktres, dua naskhah lakonannya sekarang sedang ditayangkan di dua saluran berbeza.
Wajah cantik pelakon berusia 28 tahun ini boleh dilihat dan bakatnya boleh diukur melalui drama untuk slot Samarinda iaitu Episod Cinta Khirana yang kini ditayangkan di saluran TV3 pada setiap hari Selasa hingga Khamis pada pukul 10 malam.
Lakonannya sebagai Haliza dalam drama Dahlia yang kini ditayangkan di saluran Astro Mustika HD (saluran 134) pada pukul 10 malam mendapat respons ramai. Walaupun dibenci lantaran membawakan watak hitam berdampingan bersama Dira Abu Zahar, Faizal Hussein dan Hans Isaac namun reaksi ini sekurang-kurangnya merupakan penjelasan kepada watak pembawaannya.
Menurutnya, dalam drama Dahlia, watak antagonis yang dibawa memaparkan dirinya dari sudut yang elegan dan bergaya manakala dalam drama Episod Cinta Khirana dia membawa peranan sebagai model yang seksi.
Kerap menerima peranan antagonis, Raja Ilya mengakui berasa tidak selesa, tetapi akhirnya sedar sebagai seorang pelakon dia harus menerima apa jua tawaran yang diberikan.
"Tidak sangka juga lakonan saya menerusi drama-drama memberi kesan kepada penonton sehingga ada yang melemparkan kata-kata negatif. Tapi saya tidak risau kerana mereka mengutuk Haliza, bukan saya.
"Tidak mudah untuk membawa watak antagonis tetapi bila terima respons sebegini, maknanya watak Haliza tu berjaya," ulasnya jujur.

Elyana tunai umrah

Posted: 01 Jun 2013 08:37 PM PDT


Elyana
Elyana menunaikan umrah bersama suaminya.
SEJAK mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak, nama Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana mula sepi.

Namun ia tidak bermakna tidak ada pihak yang tidak mengambil tahu mengenai penyanyi yang terkenal dengan lagu Tapak Sulaiman ini.

Terbaru, Elyana sempat berkongsi gambar melalui laman Instagram semasa dia menunaikan umrah bersama suaminya, Khairul Anuar Hussin.

Difahamkan, pemergian mereka ke tanah suci itu bukan sekadar melaksanakan ibadah semata-mata, tetapi juga menjalani penggambaran bagi program Romantika yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Saya memang gila-gila – Sakinah

Posted: 01 Jun 2013 08:36 PM PDT




SEJAK dari hari pertama hendak memperkenalkan dirinya sebagai pelakon, mulut Sharifah Sakinah pantas secara terang-terangan mengisytiharkan dirinya sebagai pelakon komedi. Katanya, tidak ramai pelakon yang mahu dikenali sebagai pelakon komedi kerana beranggapan komedi akan mengehadkan tawaran seseorang pelakon. Sementelah, dia secara natural suka berlawak dan mengusik rakan-rakan dan keluarga.
Ketika semakin dikenali dan semakin banyak tawaran lakonan yang diterima, hari ini adik kepada pelakon dan pengacara popular Sharifah Shahirah itu semakin sedar, kecenderungan kariernya bukan untuk komedi semata-mata.
Drama bersiri Bunga Merah Punya yang baru habis siaran di kaca TV membuktikan pelakon yang membahasakan dirinya Sakinah itu mampu melakonkan watak serius.
Masalah besar kepada penerimaan khalayak terhadap Sakinah sekarang ialah kegilaannya memuat turun video-video kelakar menerusi laman sosial Keek miliknya.
Video-video yang dianggapnya sebagai bahan hiburan untuk tatapan kawan-kawannya dicop sebagai aksi bodoh, lawak lucah dan memperbodohkan diri sendiri.
Tidak serik dengan kecaman yang diterima gara-gara video yang menyebut tentang pakaian dalam, Selasa lalu Sakinah diselar dan dicaci lagi akibat sengaja membiarkan zip seluarnya terbuka dalam satu video ucapan sempena hari lahirnya.
"Masalahnya, saya tidak rasa video Keek itu hendak memalukan diri atau sengaja buat lawak bodoh. Saya cuma hendak berhibur dengan kawan-kawan saya. Itu cara saya berhibur," katanya kepada Sensasi Bintang.
Beritahu Sakinah, dia juga tidak berniat untuk mencipta kontroversi atau mencari publisiti murahan dengan cara sebegitu.
"Saya juga ada masalah tidak sedar bahawa saya ini seorang artis atau selebriti. Saya cuma bekerja sebagai pelakon. Setiap hari kerja saya ialah berlakon dan ke lokasi penggambaran. Jarang pergi acara hiburan dan saya ingat saya bukan artis.
"Kalau ada masa santai, saya habiskan dengan keluarga dan kawan-kawan. Buat lawak dan mengusik orang," katanya tidak menyangka aktivitinya dalam laman sosial Keek akan mendapat perhatian ramai.
Tambah Sakinah juga: "Kalau orang kata saya melampau batas, tidak fikir panjang dan tak fikir maruah dengan video-video yang dianggap bodoh dan tidak senonoh itu, itu memang cara saya berhibur. Setahu saya saya tidak maki hamun orang lain kerana politik atau burukkan sesiapa, saya cuma buat lawak untuk kawan-kawan.
"Orang kata saya buat lawak bodoh, sekali fikir mana ada orang buat lawak intelektual dengan kawan-kawan. Lagipun saya fikir, takkan saya nak muat naik video baca buku dalam Keek. Saya cuma bergembira.
"Apabila orang lain yang hidupnya tidak seperti saya melihat video berkenaan, mereka mencerca kerana terkejut dengan keselambaan saya padahal, selama ini kegilaan saya lebih teruk daripada apa yang dimuat naik itu," ujarnya.
Di sebalik perangai yang gila-gila bahkan dianggap 'ting-tong' itu, Sakinah sedar kerja sebagai pelakon membuatkan dirinya diperhatikan. Apa sahaja keburukan akan diperbesar-besarkan dan setiap kesalahan cepat dihukum dengan pandangan serong.
"Saya juga bukan seorang yang mudah dibuli. Ada yang kata saya memberontak, lagi dikecam lagi saya akan buat. Saya bukan begitu, Keek itu tempat saya berhibur.
"Kalau orang lain jadikan kelab malam, parti atau keluar melancong sebagai cara mereka berhibur, saya cuma guna Keek. Selagi benda-benda ini tidak mengganggu tawaran lakonan dan kerja saya sewaktu penggambaran, saya okey.
"Selagi tiada ahli keluarga yang hulurkan saya penampar kerana buat kerja yang dianggap bodoh itu, saya okey. Biarlah orang hendak mengata," katanya.
"Saya hanya jadi diri sendiri. Saya buat kelakar dengan zip seluar terbuka. Saya sengaja biarkan ia sebab saya tahu ia masih tertutup dengan baju saya.
"Apa yang saya nampak, orang Malaysia lebih suka pedulikan benda bodoh berbanding banyak lagi perkara baik-baik yang ada dalam YouTube dan internet," katanya lagi.
Gara-gara video zip seluar terbuka yang diperkatakan ramai, perilaku tidak sopan Sakinah itu turut mendapat reaksi daripada kakaknya Shahira. Dalam nada kecewa Shahira dalam tweetnya meminta agar kelakuan bodoh adik bongsunya itu tidak dilayan.
"Saya okey dengan kakak saya dan saya tahu dia seorang yang sarkastik," tutup Sakinah.

Sharnaaz temui pengganti?

Posted: 01 Jun 2013 08:35 PM PDT

Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad
SEJAK mengambil keputusan untuk melepaskan 'cinta'nya pergi, nama Sharnaaz seakan-akan sepi dari dada media. Malah aktor yang terkenal dengan watak sebagai Lan Todak ini dilihat lebih senang menumpukan diri dalam kerjaya. Tiada lagi sebarang komen yang mahu diberikan.

Apatah lagi Sharnaaz juga dilihat seolah-olah lari dari media apabila gagal hadir ke beberapa lokasi majlis melibatkan dirinya. Namun Khamis lalu, Sharnaaz akhirnya muncul di majlis pelancaran filem terbarunya, Sindiket. Peluang itu juga digunakan media untuk bertanyakan khabar terbarunya.

Lantaran baru-baru ini timbul pula cerita  kononnya anak kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini sedang mengenali hati seorang pelakon kelahiran Singapura yang sedang rancak membina nama di sini iaitu Elfaeza Ul Haq. Persoalannya, benarkah Sharnaaz sudah temui pengganti Shila Amzah?

"Hah? Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia. Saya kenal dia pun kita penggambaran drama Mukhliz yang akan ditayangkan di TV1 tak lama lagi. Rasanya semua orang kenal saya. Saya ni jenis, kalau ada saya cakap ada. Kalau tak ada, saya cakap tak ada. Dan jawapan saya... tak!," tegasnya.

Menyentuh mengenai kehidupannya kini, Sharnaaz berkata dia mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya dan diri sendiri serta menyerahkan segalanya kepada takdir.

Ditebak mengenai hubungannya dengan Shila, Sharnaaz berkata dia tidak pernah memusuhi bekas kekasihnya itu.

"Tak ada apa yang nak saya komen lagi kat sini. Saya sibuk dengan kerja saya, dia (Shila) sibuk dengan kerja dia. Bagi saya, saya nak nikmati hidup saya yang sekarang ni. Umur saya pun dah 28. Saya nak buat yang terbaik untuk diri saya. Biarlah apa yang saya rasa dalam diri saya ni menjadi satu rahsia dan biarlah saya simpan rasa itu.

"Apa yang saya belajar ialah kalau seseorang itu bukan jodoh kita, apa-apa perkara pun yang kita rancang dan buat, tidak akan menjadi," jelasnya tenang.

Mahu bersihkan nama

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata peluangnya untuk berlakon dalam filem Sindiket sebagai Inspektor Rudy akan digunakan sepenuhnya untuk membersihkan namanya. Ini ekoran pengaruh seorang remaja yang meniru perwatakannya sebagai Lan Todak dalam filem Juvana.

"Satu benda yang tak baik dan saya minta maaf serta simpati pada nasib yang menimpa budak yang kena buli itu. Kalau perlu, saya sanggup turun padang dan beri kerjasama betulkan pemikiran terpesong budak-budak kaki buli berkenaan. Sebenarnya Lan Todak ni adalah sebagai pengajaran tapi tak sangka mereka terikut-ikut.

"Diharap watak saya sebagai Inspektor Rudy dalam filem Sindiket pula nanti, dapatlah memberi contoh yang baik. Saya akan ambil tanggungjawab ini sebaik mungkin. Saya harap orang boleh terima watak ni ke arah kebaikan dan pembaikan," katanya.

Tidak sekadar menjadi ikutan, ada pula dakwaan mengatakan Sharnaaz menggunakan nama Lan Todak menerusi laman sosial Twitter, dan menulis kata-kata makian serta berlagak seperti seorang gengster.

"Saya tak tahu tentang hal ini. Saya tak tulis apa-apa. Ia fitnah! Saya harap sebelum orang nak hentam saya, sila pastikan betul-betul. Sekarang ni sesiapa yang hentam dan fitnah saya, saya akan ambil tindakan mahkamah. Kalau ada pihak yang cuba-cuba nak fitnah saya dan maki saya, kalau terima surat peguam tu, faham-faham sahaja ya," katanya.

Ditanya mengenai perkembangan kes saman antara dia dan penerbit filem Darah Panas, S Baldev ekoran dia didakwa 'buat perangai' di set penggambaran filem arahan Arjin Uppal awal tahun lalu, Sharnaaz menjelaskan, Alhamdulillah selesai luar mahkamah.

"Apa yang saya perjuangkan, saya dapat. Apa yang dia perjuangkan, dia dapat. Dua-dua puas hati tanpa menggunakan pisau, parang dan lembing," ujarnya dalam nada bergurau.

Tawaran makin mencurah

Berkongsi perkembangan terkininya, Sharnaaz berkata, dia bersyukur selepas kontroversi tersebut rezekinya sebagai pelakon semakin melimpah ruah.

"Alhamdulillah, selepas kontroversi tersebut semakin banyak tawaran filem dan drama untuk saya. Mereka melihat saya sebagai seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan ia memang perangai saya sejak dulu," jelasnya.

Dalam filem sindiket arahan Bade Hj Azmi ini, Sharnaaz memainkan watak sebagai Inspektor Rudy iaitu anggota polis yang ditugaskan menyelesaikan kes memperdagangkan manusia.
Antara barisan pelakon lain ialah Daphne Iking, Rashidi Ishak, Liyana Jasmay, Sharifah Amani dan Soo Wincci.

Dalang serangan warga Malaysia diburu

Posted: 01 Jun 2013 08:33 PM PDT


Dalang serangan warga Malaysia diburu
Suspek dipercayai terlibat dalam serangan rombongan kerabat diraja di Phuket.
ALOR SETAR - Polis Thailand sudah menyoal siasat lima suspek termasuk seorang wanita warga Thailand, dalam usaha memburu dalang utama dipercayai warga Malaysia, yang mengarahkan serangan terhadap rombongan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah, di Phuket, Thailand, Rabu lalu.

Berdasarkan laporan portal Phuket Wan, hasil siasatan awal mendapati seorang lelaki Malaysia mengupah lelaki Malaysia lain bersama isterinya yang juga warga Thailand  untuk merancang serangan terhadap rombongan kerabat diraja itu, yang menginap di Patong's Millennium Resort.

Komander Polis Phuket, Mejar Jeneral Chote Chawanwiwat berkata, polis Thailand kini melancarkan operasi memburu dalang utama termasuk dua lagi warga Malaysia yang terlibat dalam serangan itu.

"Bagaimanapun motif serangan masih belum dikenal pasti, polis masih mendapatkan maklumat daripada suspek yang ditahan. Polis juga belum putuskan kemungkinan untuk dakwaan percubaan membunuh," katanya, yang dipetik daripada Phuket Wan.

Dalam kejadian itu, Pembantu Khas, Mohd Sobri Said cedera berlumuran darah apabila diserang dalam bilik hotel apabila empat lelaki memecah masuk lalu menyerang mangsa.

Bilik yang pada mulanya dikhaskan untuk Tunku Annuar, ditukar di saat akhir dengan Mohd Sobri, berikutan mangsa berasa tidak sedap hati seolah akan berlaku perkara buruk.

Kelmarin, dua suspek, Prakong Lisopa, 31, dan Sakorn Lisopa, 30, ditahan bagi membantu siasatan. Sakorn ditahan di daerah Sadao ketika cuba melarikan diri ke Malaysia manakala Prakong ditahan di daerah Sikao di Wilayah Trang, di rumah sewanya selepas meninggalkan Phuket.

Buntu anak hilangkan diri

Posted: 01 Jun 2013 08:32 PM PDT


Buntu anak hilangkan diri
Sarimah menunjukkan laporan polis dibuatnya.
PADANG TERAP - "Baliklah sayang, kami semua rindu dan risaukan keselamatan Minah," demikian rintihan seorang ibu yang hidup dalam keadaan tidak tenteram berikutan anak gadisnya yang dipanggil Minah menghilangkan diri dari rumah kira-kira sebulan lalu.

Sarimah Mat Daud, 45, berkata, anak gadisnya Nur Alia Aqila Yusof, 15, tidak pulang ke kediaman mereka semenjak keluar meninggalkan rumah di Kampung Rambutan, Kuala Nerang, dekat sini, pada 8 Mei lepas.

"Pada hari kejadian, saya tiada di rumah sebab perlu bekerja syif malam dari jam 8 malam hingga 8 pagi. Hanya ayah dan adik beradiknya berada di rumah. Namun, dia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk keluar rumah.

"Malahan, sebelum saya pi kerja kira-kira 7.30 malam, Minah seperti biasa akan memeluk dan membancuh kopi. Dia langsung tidak tunjukkan sebarang tingkah lalu pelik, sehinggalah kehilangannya disedari apabila pulang ke rumah," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, Minah dipercayai keluar sehelai sepinggang dengan membawa telefon bimbit semata-mata bagi berjumpa dengan kenalan lelakinya, namun apabila dihubungi nombor telefonnya panggilan berkenaan seolah-olah sengaja tidak dijawab.

Menurutnya, mereka langsung tidak berselisihan faham pada hari kejadian mahupun sebelumnya, malahan hubungan mesra seperti biasa menyebabkan punca kehilangan Minah menjadi tanda tanya hingga menimbulkan ketakutan dan kerisauan pada dirinya mengenai keadaan Minah kini.

"Pulanglah, kalau Minah takut mak marah. Mak janji tak marah, tapi tolonglah balik sebab kami semua bimbangkan Minah. Angkatlah telefon bagitau Minah kat mana, mak nak pastikan Minah selamat," katanya.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki anak gadisnya itu termasuklah mencari sendiri, meminta saudara dan kenalan menjejakinya, bertanya kepada orang ramai dan membuat laporan polis, bagaimanapun sehingga kini masih belum menerima sebarang berita.

Menurutnya, beberapa kenalan di sekitar Kuala Nerang ada memaklumkan kepadanya bahawa mereka pernah melihat Minah bersama dengan beberapa lelaki selepas kehilangannya, namun apabila dicari anak gadisnya tidak ditemui.

"Tiap-tiap malam, saya, ahli keluarga bersama sahabat handai pasti keluar mencarinya di merata tempat. Namun, kami tak jumpa hingga membuatkan saya buntu berikutan bimbang anak menjadi mangsa perkara tidak elok," katanya sayu.

Sarimah berkata, dia memohon kepada orang ramai yang mengetahui mahupun pernah melihat anak keenam dari sembilan beradik itu supaya menghubunginya di talian 019-5694815 ataupun mana-mana polis berdekatan.

Lima minit berkas penyamun

Posted: 01 Jun 2013 08:31 PM PDT


Lima minit berkas penyamun
Suspek pertama berjaya diberkas di kawasan kebun getah.
Lima minit berkas penyamun
Suspek kedua diberkas di Kampung Sri Parit.
Lima minit berkas penyamun
Unit K9 juga dipanggil untuk mengesan suspek.
Lima minit berkas penyamun
Anggota Forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Lima minit berkas penyamun
Penduduk Kampung Sri Parit memuji ketangkasan polis dalam menangani kes jenayah tersebut.
PORT DICKSON – Polis Port Dickson hanya mengambil masa kira-kira lima minit sebelum berjaya memberkas salah seorang daripada empat suspek yang terlibat dengan kejadian samun di sebuah kedai emas di Lukut, semalam.

Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.35 pagi dan polis bertindak serta-merta apabila menerima maklumat daripada orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, suspek, seorang lelaki berjaya diberkas polis lima minit selepas kejadian.

"Suspek ditahan di kawasan kebun getah di Kampung Sri Parit iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Hasil maklumat tepat dan pantas orang ramai, polis terus bertindak mengekori suspek yang menunggang motosikal ke arah Kampung Sri Parit sebelum bertindak memintas motosikal berkenaan dan salah seorang daripada mereka berjaya ditahan polis," katanya.

Abd Wahab berkata, sebanyak 20 utas rantai emas turut ditemui bersama suspek pertama.

"Hasil siasatan polis selanjutnya berjaya menahan seorang lagi suspek lelaki kira-kira jam 10 pagi di sekitar Kampung Sri Parit. Sementara dua lagi suspek lelaki masih bebas dan sedang diburu polis," katanya.

Guna motosikal curi

Abd Wahab berkata, dalam kejadian tersebut, ada suspek yang membawa pistol, tukul besi dan sebilah kapak.

"Salah seorang suspek juga didapati melepaskan satu das tembakan ke atas siling kedai, " katanya.

Menurutnya, motosikal yang digunakan dua suspek yang berjaya ditahan dilaporkan hilang di Kelana Jaya.

"Siasatan polis juga mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah lampau di Kedah. Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPA) 1971.

"Jumlah sebenar kerugian yang dialami pemilik kedai emas itu masih belum dapat ditentukan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian rompakan itu menghubungi Balai Polis Port Dickson di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Dengar bunyi letupan

Sementara itu, orang awam, Hoo Keng Foo, 60, berkata, ketika kejadian dia sedang minum di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian.

"Tadi (semalam) masa minum memang ada ternampak dua motosikal yang ditunggang empat orang lengkap bertopi keledar lalu depan kedai ini. Tapi saya tak perasan dia datang dari arah Port Dickson ataupun Lukut.

"Beberapa minit lepas tu ada dengar bunyi letupan kuat, mungkin bunyi pistol. Lepas tu bunyi kaca pecah dan ada orang jerit ketakutan.

"Saya dan beberapa pelanggan kedai ini kemudian bergegas ke tempat itu, rupanya ada rompakan kedai emas," katanya.

Manakala seorang penduduk Kampung Sri Parit, Kim Kok Weng, 45, berkata, dia gembira kerana polis berjaya memberkas suspek rompakan itu.

"Sekejap sahaja polis dah berjaya tangkap orang jahat tu. Polis bagus, cekap buat kerja. Lepas ini jangan ada orang berani merompak atau samun, sebab polis di sini sangat bagus," katanya.

Sinar Harian turut cuba mendapatkan pemilik kedai emas berkenaan, namun beliau enggan ditemu bual.

Difahamkan kedai tersebut baru hendak dibuka sebelum dirompak dan hasil tinjauan mendapati, perompak yang melarikan diri meninggalkan sebilah kapak dan tukul besi dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin meja pameran barang kemas kedai itu.

16 ditahan Jais

Posted: 01 Jun 2013 08:29 PM PDT


16 ditahan Jais
Pegawai Jais Kuala Langat, Md Razali Hassanusi (kanan) bersama Marzuki (tengah) melihat antara barangan digunakan untuk proses mengajar berkenaan.
SUNGAI MANGGIS - Tiga sekeluarga termasuk empat guru antara 16 ditahan dalam serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) selepas dipercayai mengajar kuliah agama tanpa tauliah kira-kira jam 10 malam di sebuah premis di Bandar Sungai Emas di sini, kelmarin.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin berkata, ketua kumpulan dipercayai seorang guru sebuah sekolah menengah di sini turut ditahan dan siasatan teliti terhadapnya masih dilakukan.
Menurutnya, kumpulan dipercayai ditubuhkan pada 2008 itu bergerak aktif dengan keahlian seramai 30 orang.

Menurutnya, pihaknya yang menerima maklumat orang awam sejak bulan lalu itu mendapati premis itu dijadikan lokasi kelas mengajar agama tanpa tauliah dan memperkenalkan doktrin palsu.

"Kesemua suspek boleh ditahan di bawah Seksyen 12 (C) Melanggar Fatwa, Seksyen 7 Doktrin Palsu, Sek 13 Penerbitan dan Seksyen 119 Enekmen Pentadbiran (mengajar tanpa tauliah) di mana kesemuanya di bawah Enakmen Jenayah Syariah.

"Siasatan masih dilakukan dan pihak kami tidak menolak kemungkinan sekiranya bersalah ajaran kumpulan itu bertentangan dengan Islam," katanya ketika ditemui di kawasan kedai sewa dalam operasi berkenaan di sini, malam kelmarin.

Marzuki berkata, serbuan mendapat kerjasama polis, penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang memaklumkan bahawa  kumpulan itu mengadakan kegiatan mereka setiap malam Selasa dan Sabtu di sini.

Sementara itu, seorang pengusaha kedai berhampiran yang ditemui Sinar Harian memaklumkan bahawa kumpulan itu menyewa di tingkat dua bangunan sejak beberapa tahun lalu.

3 termasuk wanita ditahan

Posted: 01 Jun 2013 08:28 PM PDT


3 termasuk wanita ditahan
Suspek utama kes pecah rumah ditahan reman sehingga 2 Jun sebelum dihadapkan ke mahkamah.
3 termasuk wanita ditahan
Sepasukan polis dari bahagian siasatan jenayah daerah diketuai Zubir menunjukkan sebahagian daripada barang kes milik pengadu yang dirampas bersama suspek.
BALAI BESAR – Kebimbangan penduduk setempat terhadap kes pecah rumah yang berlaku, berakhir apabila Polis Dungun menangkap dalang utama yang disyaki terbabit dengan jenayah berkaitan.

Segalanya terbongkar hasil serbuan sepasukan polis diketuai Inspektor Zubir Ismail yang berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita di sebuah rumah yang dijadikan lokasi persembunyian mereka di Jalan Tengku Intan Zaharah dekat sini, kira-kira jam 11 tengah malam kelmarin.

Pemeriksaan lanjut menemui pelbagai barangan disyaki barang curi antaranya termasuk sembilan telefon bimbit pelbagai jenama, jam tangan, Ipad, cermin mata dan televisyen.

Polis juga turut menemui sejumlah dadah yang disimpan dalam almari dipercayai milik suspek. Tiga suspek terbabit masing-masing berasal dari Alor Tembesu itu juga didapati positif dadah jenis methampethamine.

Berikutan soal siasat dilakukan, seorang lagi suspek berjaya ditahan dalam serbuan di lokasi berasingan.

Suspek berusia 25 tahun dan turut didapati positif dadah itu dipercayai menjadi dalang utama kejadian pecah masuk rumah penduduk.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengesahkan tangkapan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Suspek direman sehingga 2 Jun dan mereka juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah.

"Dengan tertangkapnya suspek terbabit, ia satu kejayaan bagi kita kerana berjaya menyelesaikan kes dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis dibuat pengadu," ujarnya.

Budak hilang dilarikan 'tomboy'

Posted: 01 Jun 2013 08:27 PM PDT


Budak hilang dilarikan 'tomboy'
Rokiah menangis setiap kali melihat foto anak bongsunya, Nur Zazila yang didakwa dilarikan 'tomboy' dikenali sebagai Along.
TUMPAT – Gerak hati seorang ibu yakin anak perempuannya, Nur Zazila Ibrahim, 10, yang hilang sejak seminggu lalu dilarikan seorang 'tomboy' yang menumpang tinggal di rumahnya di Kampung Jejulok, di sini.

Rokiah Awang, 41, berkata kehilangan anaknya disedari pada jam 11 malam pada 27 Mei lalu apabila Nur Zazila tidak pulang selepas keluar membeli gam (alat tulis) di kedai runcit berhampiran.

"Saya syak dia dilarikan oleh 'tomboy' tersebut dikenali Along kerana pada malam itu saya nampak kelibat Along membawa keluar motosikal milik anak saya.

"Mereka hilang serentak dari rumah ini dan sehingga ke hari ini tiada khabar berita dari mereka," katanya.

Along yang berasal dari Pengkalan Kubor di sini merupakan kenalan kakak mangsa, Nurul Huda, 18 dan menumpang tinggal di rumah keluarga ini sejak dua minggu lalu.

Sepanjang dua minggu tersebut, Along begitu mesra dengan Nur Zazila.

Sementara itu, Nurul Huda berkata, dia ada menghubungi telefon bimbit Along untuk bertanyakan di mana adiknya berada tetapi tidak diangkatnya.

"Saya juga ada mencari adik saya di rumah Kak Nor merupakan pengasuh anak along di Kampung Tujoh.

"Kak Nor tidak tahu apa-apa pasal adik saya, dia juga tidak mengetahui di mana Along berada," katanya.

Sehubungan dengan itu Nurul Huda memberitahu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Simpangan pada Selasa lepas mengenai kehilangan adik bongsu daripada lima beradik itu.

Nurul Huda merayu sesiapa yang ternampak adiknya bersama motosikal jenis EX5 berwarna merah nombor pendaftaran DBV 5347 miliknya diminta menghubungi 0139157986.

"Kami sekeluarga bimbang keselamatan Nur Zalila dan merayu Along pulangkan kembali adik saya itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superitendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit.

Izzue Islam bergelar suami

Posted: 01 Jun 2013 08:26 PM PDT


AKTOR Izzue Islam mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Awin pada Jun tahun lalu dan akan disatukan pagi ini.


TANPA terkait kontroversi besar-besaran mengenai percintaan, penyanyi dan pelakon Izzue Islam pada hari ini akan menjadi suami kepada pengurus peribadinya sendiri, Awin Nurin. Biarpun sering dilihat berkepit sebagai artis dan pengurus sejak lima tahun lalu, kedua-duanya bijak mengunci kisah cinta itu apabila ramai yang melihat mereka rapat atas kapasiti bekerja.
Dalam diam juga, ahli kumpulan Fourteen yang berusia 23 tahun itu telah mengikat tali pertunangan dengan Awin pada Jun tahun lalu sehinggalah membuat pengumuman untuk bernikah dan mengedarkan kad kahwin beberapa minggu lalu.
Diadakan dalam majlis tertutup yang dihadiri saudara-mara, rakan terdekat dan wakil media di lokasi rahsia di Shah Alam, Selangor, kedua-dua mempelai dijadualkan dinikahkan pada pukul 9 pagi ini.
"Seperti lelaki lain yang mahu melangkah ke alam berumah tangga pastinya perasaan berdebar-debar itu ada. Tetapi perasaan tidak sabar dan gembira lebih lagi," kata Izzue kepada Sensasi Bintang.
Majlis resepsi turut diadakan di Shah Alam pukul 1 petang hari ini yang dihadiri oleh tetamu-tetamu jemputan.
Dalam majlis itu, pihak pengantin lelaki memberi lima dulang hantaran berbalas tujuh. Izzue bagaimanapun belum memutuskan untuk berbulan madu.
"Lokasi berbulan madu masih difikirkan kerana saya akan kembali meneruskan penggambaran drama bersiri Sahabat pada Selasa ini.
"Mungkin memikirkannya selepas hari raya nanti kerana jadual sedikit lapang pada ketika itu. Pada Aidilfitri nanti juga akan diadakan majlis kecil-kecilan di kampung saya di Kelantan sempena semua sanak saudara balik kampung," kata anak kelahiran Kota Bharu itu.
Menyingkap semula kisah cintanya bersama Awin, pemilik nama penuh Muhammad Izzul Islam Mazlan itu menjelaskan, dia mula rapat sejak mengenali wanita itu lima tahun lalu.
"Sejak mengenali dia, hubungan kami semakin rapat tetapi tidak pernah terfikir untuk menamatkan zaman bujang.
"Namun, apabila jodoh sudah ditentukan bersama, saya memilih Awin sebagai isteri," kata pelakon drama Sebenarnya Saya Isteri Dia itu.
Walaupun sudah bergelar suami, perjalanan karier nyanyian dan lakonan pelakon filem 29 Februari dan Chikaro itu dijadualkan berjalan seperti biasa.

Rimbun semangat Sang Pencinta

Posted: 01 Jun 2013 08:25 PM PDT



IRAMA dan lagu bagaikan sumpah sakti. Ia hadir menyatu pantang terpisah. Ia meresap menjadi akar, berbunga menjadi benih, digubah ia menjadi muzik. Maka terhasillah muzik itu menjadi sejambak khazanah yang tidak canggung sebaliknya santapan pendengaran kita selama ini.
Seniman muzik yang sebenar akan kenal bentuk, untuk siapa muzik mereka dipersembahkan dan bagaimana ia harus berdendang. Lagunya bukan sekadar sebuah puisi yang memuja bulan. Muzik yang hebat ialah muzik yang mencerminkan budaya, tamadun dan rumpun yang diwakili sang pemuzik itu dan khalayak pencintanya sendiri.
Melihat muzik sebagai penyembuh bahkan penyubur kecintaan menerusi lagu, sengaja perbualan sebegitu yang diheret masuk dalam penyatuan dua nama, seorang sifu bernama Datuk M. Nasir dan seorang lagi, sang gitaris handalan, Aznan Alias.
"Saya tidak tahu apa yang M. Nasir rasa tetapi bagi saya, dialah orang yang paling layak untuk menerajui muzik Melayu. Bila muzik M. Nasir berbunyi, kita tahu itu muzik Melayu.
"Saya fikir seruling Mohar satu benda wajib dalam muzik M. Nasir. Bunyi tiupannya sahaja sudah membentuk bahawa muzik M. Nasir itu muzik Melayu. Kalau tanpa bunyi seruling Mohar, muzik M. Nasir boleh jadi seakan-akan sama dengan soul atau R&B. Ia semangat kepada muzik itu sendiri.
"Kalau dengar minus one sahaja pun orang tahu itu lagu Melayu. Ritma dan skil yang dipraktikkan itu Melayu dan kemelayuan M. Nasir itu tidak ada langsung menjurus ke arah Indonesia. Tapi macam Jaipong dalam lagu Dah Lagu Tu, itu memang sengaja dimasukkan unsur Indonesia.
"Pendek kata semua lagu dalam album M. Nasir bernuansakan muzik Melayu, bahkan lagu Bukalah Hatimu yang disuntik elemen moden pun, kalau dipersembahkan secara langsung, kemelayuannya tetap menyerlah," lentur Aznan Alias bercakap tentang rimbunnya muzik yang dijalani dalam rumpun Melayu muzik M. Nasir.
Sering bersuara melalui petikan gitarnya, sesekali melontarkan pandangan dalam perbualan secara lisan, Aznan yang juga dikenali sebagai Nan Saturnine atau Nan itu seorang yang lantang dan sarat perkongsian.
Pertama kali berkolaborasi, irama dan lagu mereka bergabung dalam rakaman album solo pertama M. Nasir, Solo pada 1988. Sebelum itu, Nan menyumbang khidmatnya dalam pembikinan album artis-artis baharu yang mempertaruhkan karya M. Nasir seperti Roy dan Ruhil.
Sekali lagi diberi mandat menjadi pengarah muzik untuk konsert besar M. Nasir yang berjudul Sang Pencinta, hujung Jun nanti, Aznan tidak mentafsir satu lagi sisi yang berbeza.

M.NASIR bakal membawakan lagu-lagu yang jarang dipentaskan.


Katanya, lagu-lagu M. Nasir membenarkan pemuzik bercerita dan menjadikan melodi itu hak kita semua.
"Seperti lagu Kepadamu Kekasih dan Andalusia. Lagu-lagu itu menjurus ke satu jalan yang betul dan tidak pula menyesatkan. Perantaraan bahasa yang digunakan sungguh dalam. Muzik cuma rasa, yang kena betul ialah cara. Semuanya berdasarkan bahasa.
"Menjelang konsert yang semakin dekat, kami juga semakin merasai kehilangan Loloq. Siapa lagi penulis lirik yang boleh cipta ayat-ayat seperti Loloq," katanya yang menganggap pembikinan konsert berkenaan tidak ubah seperti sebuah reunion. Layaknya seperti sebuah kenduri buat mereka, kata Nan.
Mereka berkobar-kobar kembali bersatu dan meraikan sebuah persembahan untuk dinikmati bukannya untuk bersorak atau terkinja-kinja sekadar berhibur.
Buat Nan selaku pemerhati khalayak peminat, rata-rata peminat berat sifu bukan hanya berhibur kosong. Mereka ini faham dan meletakkan apresiasi tinggi dalam persembahan yang diberikan pasukan M. Nasir di atas pentas.
"50 peratus perancangan di atas kertas sudah cantik. Selebihnya ialah momen magik yang akan berlaku," tambah Aznan.
Kemelayuan
Jika Nan melihat Konsert Pencinta yang dibawakan oleh Bombay Worldwide dan dipromosikan oleh Mewah Events tersebut sebagai kenduri, begitu juga M. Nasir.
Jawabnya terhenti-henti mengembalikan momen empat tahun lepas di mana mereka bersatu di atas pentas yang sama.
"Pemuzik-pemuzik yang terlibat dalam konsert ini juga adalah mereka yang terlibat dalam album-album saya. Mereka ini bagus dan serasi.
"Mereka mengikuti perkembangan muzik yang saya ikuti. Mereka cepat faham dan menjiwainya," jelasnya tentang 20 pemuzik yang bakal mengiringinya kelak.
Membuka topik kemelayuan yang bukan tabu sebaliknya mempamerkan jati diri, M. Nasir menjelaskan suntikan kemelayuan itu hadir sudah lama dalam lagu-lagunya.
"Bila buat lagu dan muzik, semangat kemelayuan itu yang kita ketengahkan. Semangat itu memang menyerlah pada beberapa lagu. Daripada rakaman kita bawa kepada persembahan. Itu yang kita cuba paparkan dan manifestokan.
"Muzik itu bukan hanya didengar tetapi juga dilihat. Itu juga perlu dan apa yang kita cuba pamerkan adalah semangat kemelayuan itu.
"Walaupun saya sendiri secara peribadi gemarkan karya avant garde dan moden, tetapi karya itu perlu ada identiti diri. Itu penting," ulasnya.
Beberapa untaian lagu-lagu jarang dipentaskan seperti Wadi, Dalam, Gurindam Gunung Tahan dan Hijab Kekasih bakal dialunkan dengan jiwa dan rasa yang berangkaian.
"Saya suka buat lagu-lagu yang tidak janggal untuk dibawakan secara langsung. Ada orang rakam lagu tetapi lagu-lagu itu tidak boleh dinyanyikan live.
"Saya pula suka buat lagu yang senang untuk persembahan langsung. Nyanyian live ini satu suasana yang menarik," ujarnya yang memilih repoirtoire lagu-lagu kali ini mengikut tema konsert.
Sesuai dengan gandingan untuk muka depan kali ini, M. Nasir selaku rakan seni melihat pengarah muzik konsertnya, Aznan sebagai seorang yang banyak tahu dalam bidang muzik.
"Mulanya saya tidak tahu betapa hebat kemahirannya. Dia ada pengalaman kelakar dan muzik yang serius. Jadi saya boleh bekerjasama dengan baik," ulas M. Nasir yang juga bakal diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Anum Arjuna ditaja

Posted: 01 Jun 2013 08:24 PM PDT


CERITA Anum Arjuna, sewaktu pembikinan single ini dibuat, adik lelakinya sakit tenat.


SEJURUS terkeluar pada minggu ketiga konsert rancangan realiti televisyen Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) pada 2010, nama Anum Arjuna mungkin tidak sempat untuk diingati peminat. Sementelah ramai penyanyi baharu berlumba-lumba mengintai peluang.
Sempat merakam single berjudul Berakhir Sebelum Bercinta, hala tuju sebenar penyanyi itu tidak kelihatan bahkan menjauh daripada arus muzik. Dia menyepi daripada sebarang publisiti.
Merungkai segala persoalan, Anum yang nama sebenarnya Dayang Nor Anum Arjuna Aharun itu bertemu muka dengan media. Dia bercerita bagaimana kisahnya berhenti menyanyi bagi memberi tumpuan kepada pelajaran.
"Benar, saya tidak aktif menyanyi selepas merakamkan lagu itu. Bukan kerana berkecil hati atau terus menerima kekalahan kerana penyingkiran tersebut, tetapi saya sedang menyambung pelajaran di sebuah universiti swasta.
"Setelah keluar daripada AF8, saya menyambung pelajaran peringkat diploma kerana meminati bidang pengurusan hotel," kata gadis genit berusia 21 tahun ini.
Tanpa memberi sebarang perkhabaran awal untuk kembali aktif, Anum tiba-tiba muncul semula di pentas nyanyian.
Di samping melancarkan single berjudul Tak Faham di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur minggu lalu, Anum turut diumumkan sebagai duta sebuah syarikat perisian telefon pintar, Cell.Ads.
"Cell.Ads menjadi penaja untuk promosi single terbaharu ini. Memang seperti tidak percaya peluang itu tiba, tetapi saya akan berusaha untuk bangkit dalam bidang ini," katanya.
Anum berperanan dalam memperkenalkan perisian baharu tersebut yang berkonsepkan wallpaper dan iklan pada telefon pintar. Untuk maklumat lanjut layari www.cellads.net.my.
Biarpun rezekinya dalam dunia nyanyian hadir secara tiba-tiba, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini tetap berdepan halangan untuk terus bergelar penyanyi popular.
"Saya benar-benar gembira atas pelancaran single itu, tetapi jauh di sudut hati saya ada rasa dilema dan bercampur baur. Semasa saya bertungkus-lumus mempromosikan single terbaharu ini, adik lelaki saya pula sakit tenat.
"Justeru saya terpaksa berulang alik ke Sabah bagi melawat adik saya itu yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.
"Namun, saya harus membuat keputusan yang profesional dengan meneruskan usaha ini apatah lagi terikat dengan pihak penaja.
"Justeru, inilah masa yang paling sesuai untuk melancarkan lagu terbaharu," kata anak ketiga daripada 10 adik-beradik ini.
Lagu Tak Faham pada asalnya dicipta khas buat penyanyi lelaki. Namun apabila Aldianor Webb selaku penulis lirik dan pencipta lagu itu berkenalan dengan penyanyi tersebut, tanpa berfikir panjang lagu diserahkan kepada Anum dengan beberapa sentuhan semula.

Meraikan inspirasi dan semangat P. Ramlee

Posted: 01 Jun 2013 08:23 PM PDT


BARISAN pelakon dan tenaga penting yang menjayakan penganjuran Anugerah Tribute P. Ramlee yang julung kalinya diwujudkan oleh Suhan Movies dengan kerjasama RTM selaku penyiar manakala Utusan Melayu sebagai akhbar rasmi.


PERENGGAN akhir tulisan seorang pelakon yang juga penulis Mohd. Kamarulzaman atau lebih sebagai Che Kem menerusi blognya ngadapseni.blogspot.com berbunyi begini: "Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pergi dalam miskin, dihina dan tidak dipeduli. Namun beliau meninggalkan kita kemewahan ilham dan pengajaran dalam 360 buah lagunya dan 66 buah filemnya.
"Kita putar, kita dengar, kita hanyut, kita happy, kita ubah dan olah, kita adaptasi, kita kutip dan petik, kita ulang dan ulang karyanya, kita tak bosan walau seribu kali mengulangnya."
Membaca sepintas lalu kemudian mengalirkan pandangan itu kepada sebuah acara seni, Anugerah Tribute P. Ramlee (ATP) yang akan berlangsung pada 7 Jun ini, barangkali ada banyak konotasi yang boleh kita temui. Satu daripadanya sudah tentu tarikh itu mengheret semula ingatan khalayak terhadap kehilangan besar yang berlaku pada 29 Mei 40 tahun lalu. Tahun ini genap empat dekad P. Ramlee meninggal dunia. Ketika menghembuskan nafas terakhir, beliau baru berusia 44 tahun.
Seniman agung P. Ramlee telah meninggalkan karya beliau sebagai khazanah seni untuk anak bangsa. Ia melangkau zaman dan kekal relevan untuk diterjemahkan walaupun berubah bentuk dan bahasa karya itu sendiri.
Beberapa hari sebelum berlangsungnya ATP yang buat julung kalinya diadakan nanti, Panggung Sari, Istana Budaya terlebih dahulu bergema indah dalam nada dan melodi lagu-lagu P. Ramlee yang digubah ke dalam Konsert Ekstravaganza P. Ramlee Jamal Abdillah yang bermula 30 Mei hingga 2 Jun.
Seperti pandangan Che Kem, bahawa P. Ramlee itu meninggalkan kita kemewahan ilham dan pengajaran dalam 360 buah lagunya dan 66 buah filem beliau. Hari ini, setiap karya P. Ramlee itu mampu berkembang dan membiakkan sejuta warna. Ia bahkan masih membuka ruang untuk anak-anak seni hari ini mencorakkan keseniman mereka mengikut kreativiti dan kehendak masing-masing.
Anugerah Tribute P. Ramlee yang diperkenalkan Suhan Movies dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) memilih 10 buah telefilem yang diadaptasi daripada 10 buah lagu P. Ramlee. Telefilem yang dibikin oleh antara 10 orang pengarah terbaik Malaysia itu dipertandingkan dalam sebanyak sembilan kategori.
Antara kategori yang dipertandingkan termasuk Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Skrip Terbaik, Telefilem Terbaik, Videografi Terbaik serta Penampilan Istimewa Terbaik.
Antara 10 telefilem yang dicalonkan menerusi slot Tribute P. Ramlee yang mula disiarkan sejak 4 November 2012 hingga 6 Januari 2013 ialah Tunggu Sekejap arahan Along Kamaluddin, Getaran Jiwa (Michael Ang), Miang Buluh Keladi Birah (Bade Azmi), Di Mana Ku Cari Ganti (Osman Ali) dan Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman).
Tidak ketinggalan telefilem bertajuk Jodoh Kita (Ismail Yaakob), Titisan Kasih (Rashid Sibir), Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah), Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima).
"Anugerah julung kali diadakan ini berbeza dengan majlis anugerah sebelum ini. Ia bukan sekadar majlis hiburan tapi wadah penerbitan yang akan digarap dengan cara luar biasa.
"Telefilem yang diarahkan oleh pengarah hebat tanah air ini sudah ditayangkan pada slot Tribute P. Ramlee. Tajuk filem ini diambil dari lagu-lagu P. Ramlee," katanya pada sidang media Anugerah Tribute P. Ramlee, Selasa lalu.
Bertemakan Sinema Classic, malam Pasca Glamor dimulakan dengan acara karpet merah yang dikendalikan Muaz dan Sazzy Falak. Pemenang setiap kategori pada malam itu akan membawa pulang trofi serta hadiah wang tunai bernilai RM5,000. Antara karya yang dipertandingkan:
Telefilem Tunggu Sekejap
Pengarah: Along Kamaluddin
Pelakon: Fizo Omar, Eira Syazira, Nasil Bilal Khan dan Hasnol Rahmat
Komen pengarah: "Rasanya ini satu penganjuran yang bagus yang berlaku dalam industri penerbitan drama tanah air. Pertama sekali ia bagus kerana satu tribute buat legenda seni tanah air tetapi mengikut kaedah yang dimodenkan seiring dengan suasana semasa.
"Untuk drama saya yang bertajuk Tunggu Sekejap, saya bercerita tentang pesanan seorang jejaka untuk kekasihnya. Dia mahu membuktikan kepada bapa kekasihnya bahawa dia juga mampu menjadi manusia yang berjaya dan kaya-raya.
"Jadi Tunggu Sekejap itu adalah pesanan si jejaka tadi kepada kekasih dan bapa kekasihnya, ceritanya banyak konflik namun saya tidak menaruh harapan tinggi untuk menang memandangkan sembilan pengarah lain semuanya cukup besar bahkan pemenang anugerah pengarah terbaik sebelum ini. Tunggulah sekejap, 7 Jun nanti barulah kita tahu siapa pemenang yang layak. Bagi saya, diberi peluang untuk tribute ini pun sudah cukup bernilai."
Telefilem Getaran Jiwa
Pengarah: Micheal Ang
Pelakon: Izzue Islam, Amar Asyraf, Amar Bahrin, Marsha Milan Londoh dan Seniwati Mariani
Komen pengarah: "Apa yang diusahakan oleh RTM dan Suhan Movies luar biasa berbanding penganjuran majlis anugerah lain. Ia membuka peluang kepada karyawan untuk menonjolkan kebolehan dengan sepenuh kreativiti. Sebagai pengarah, peluang itu harus disahut sepenuhnya kerana ia juga satu sumbangan kepada legenda negara. Bukan tahun ini sahaja, mungkin acara ini boleh dikembangkan lagi menjelang tahun-tahun akan datang.
"P. Ramlee berkarya untuk semua bangsa itu yang saya cuba buat tapi masih tak dapat. Dalam Getaran Jiwa, saya seboleh-bolehnya cuba lari daripada konflik kekeluargaan tapi memilih tema persahabatan. Ia memaparkan empat sahabat yang bercita-cita menjadi pemuzik di kota. Setibanya di kota, mereka berpecah kerana mengikut haluan masing-masing. Saya wujudkan watak perempuan tua lakonan Seniwati Mariani sebagai pemuzik jalanan. Wanita itu yang akan menyatukan empat sahabat tadi.
"Memandangkan saya orang baharu dalam industri, saya tidak perlu menyimpan hasrat untuk menang besar. Tapi dalam hati saya, saya berharap lakonan Marsha dan Mariani akan mendapat perhatian juri. Watak Mariani bukan sekadar pengisi ruang kosong tapi beri impak kepada keseluruhan cerita."
Telefilem
Hanya Dikau
Pengarah: Amie Maziah
Pelakon: Seniwati Mariani, Melissa Saila, Datuk Rahim Razali, Maimon Mutalib, Kamal Adli dan Elly Mazlein
Komen pengarah: Bagi saya tribute yang sebenar-benarnya untuk budayawan dan seniman agung itu tidak sekadar menggubah sesebuah lirik lagu beliau menjadi drama atau filem. Semangat cerita, pelakon dan visual yang dipaparkan juga perlu disempurnakan. Itu bayangan tribute dan pendekatan yang saya gunakan sebagai inspirasi untuk Hanya Dikau. Saya memperincikan konsep tribute itu dalam banyak aspek seperti pemilihan pelakon, lokasi, penceritaan dan kostum.
"Hanya Dikau masih bergolak tentang cinta antara dua darjat. Sengaja saya pilih penceritaan yang sebegitu kerana itu juga antara persoalan yang sangat dekat dengan P. Ramlee. Sama ada ia boleh dikesan oleh penonton atau juri, itu terpulang. Bagi saya, nilai trofi untuk anugerah ini cukup mahal. Mahalnya kerana kami menjadi menjadi pengkarya yang terpilih dan diberi kepercayaan untuk menyumbang penghargaan mengikut kreativiti tanpa had untuk Anugerah Tribute P. Ramlee ini sendiri."

Versi ketiga Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman

Posted: 01 Jun 2013 08:22 PM PDT


TENAGA penting Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, Sabri Yunus (kiri) dan Wan Hanafi Su (kanan).


SEBUAH naskhah besar yang pernah mencandukan pembacanya, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (HHTSS) sejujurnya telah berada di tangan karyawan yang selayaknya. Skrip adaptasi novel nukilan Sasterawan Negara ke-10, Dr. Anwar Ridhwan itu sudah 20 kali dipentaskan dalam versi teater sejak awal tahun 1984.
Dahulu, di tangan Datuk Johan Jaaffar yang ketika itu masih muda, pementasan HHTSS pernah dianggap antara pementasan teater terbaik sekitar tahun 1980-an. Ketika itu pemeran watak utama sebagai Pak Hassan dilakonkan oleh Wan Hanafi Su manakala Sabri Yunus diberikan watak Pak Hassan semasa muda.
Tahun 2013, di bawah arahan bekas pelakon teater itu sendiri Sabri Yunus, HHTSS diadaptasikan pula daripada skrip drama pentas ke versi supertelefilem.
Novel HHTSS merupakan pemenang Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Yayasan Sabah-Gapena 1979.
"Sebelum ini ada ura-ura naskhah itu hendak diangkat menjadi filem digital tapi beberapa kekangan tak dapat dielakkan. Saya cukup gembira apabila pihak Astro memasukkan HHTSS ke saluran Astro Best.
"Jika selama ini pembikin lain membuat adaptasi daripada novel ke drama atau filem, saya pula lebih selesa menganggap supertelefilem HHTSS ini sebuah karya yang diadaptasi daripada skrip teater ke drama TV," jelas Sabri yang sengaja kembali ke negeri asal Pak Hassan dan tanah kelahirannya sendiri di Kelantan untuk penggambaran drama itu dua tahun lalu.
Mengekalkan kisah Pak Hassan, sang penglipurlara pada hujung usia, di tangan pengarah Sanggul Beracun dan Parut Asyikin itu, HHTSS turut diberi terjemahan peribadi oleh Sabri.
"Saya tidak mahu menjadi sekejam penulis novel berkenaan," jelas Sabri saat disoal tentang penghujung cerita yang memberi sedikit kejernihan kepada kehidupan keluarga Pak Hassan, Senah dan Mat Junuh yang cukup tragis itu.
Diterbitkan oleh Balang Rimbun Sdn. Bhd., drama yang diberi taraf supertelefilem tersebut masih mengekalkan dua pemegang watak asal versi teater iaitu Wan Hanafi Su sebagai Pak Hassan dan Bohari Ibrahim sebagai Paman Bahari.
"Sebenarnya saya ada satu rahsia. Saya tidak membuat banyak persediaan untuk watak Pak Hassan kali ini. Alasan saya, Pak Hassan itu sendiri sudah sebati dalam diri saya.
"Dulu saya masih muda, berusia sekitar 30-an untuk menjadi Pak Hassan yang telah tua, sekarang saya tidak perlu membuat perubahan terhadap bentuk karakter itu," beritahu Wan Hanafi Su yang dipuji Johan Jaaffar dalam satu diskusi usai pratonton HHTSS di Finas, Isnin lalu.
"Saya menikmati buah tangan Sabri Yunus ini dengan rasa bahagia, saya menghormati kerja Sabri dan saya juga kagum dengan lakonan yang ditunjukkan oleh setiap pelakon HHTSS. Kegilaan Wan Hanafi Su nampaknya semakin bertambah," ujar Johan.
Mencelah dari kerusi panel diskusi di Auditorium P. Ramlee, Finas itu, Sabri pula menyahut:
"Saya tidak banyak mengarahkan pelakon-pelakon saya. Mereka mengalir bersama karakter. Kepada Wan Hanafi, saya kata saya mahu dia jadi Pak Hassan Sabri Yunus, bukan Pak Hassan Johan Jaaffar."
Turut dibintangi Zulhuzaimy Marzuki, Mardiana Alwi, Nam Ron, Amerul Affendi dan Hushairy Hussain, HHTSS boleh ditonton menerusi saluran Astro Best bermula 1 Jun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines