Isnin, 17 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Shajiry Cium Pipi Yusnita

Posted: 16 Jun 2013 11:15 PM PDT

Wah bukan lagi main cium di pipi oleh pelakon Shajiry Damery, keatas wanita bernama Yusnita Yusof. Tapi jangan salah anggap, kepada anda yang masih tidak tahu, mereka sebenarnya dah jadi suami isteri yang sah dan dinikahkan pada 1 Jun yang lalu. Selisih umur mereka adalah setahun, Shajiry 39, Yusnita 38. Sekarang hidup bahagia lah, cium pipi yang halal gitu. :)



Cinta Fazura dan Anak Sultan Berputik Semula?

Posted: 16 Jun 2013 11:13 PM PDT


Memetik sumber portal Murai semalam, yang Fazura dahulu sudah putus cinta dengan seorang anak Sultan yang dikenali ramai, tak mahu disebut namanya nanti korang tahu-tahu lah sendiri ok.

gambar lama di antara Fazura dengan T** di Singapura

Tapi itu kisah dahulu, kini dengar cerita yang mereka berdua sudah bertaut kembali. Auch romantik sungguh. Dengarnya lagi, kisah mereka bersama semula setelah diadakan satu perlawanan bola sepak diantara team 'mana' dengan team 'tak tahu' pada awal bulan Jun ini. Ha teka jangan tidak teka.. Gambar dah ada buat klue.

Lagi Gambar Anak Ning Baizura

Posted: 16 Jun 2013 09:00 PM PDT

Lihat anak kacukan memang tak boleh tahan sebab lain dari yang lain, kacukan memang ada satu istimewa sedikit, campuran antara berdarah melayu dan orang putih.

Anak Ning Baizura memang salah satu anak kacukan yang paling comel sekali. Kiranya setiap bulan ada sahaja post mengenai anak Ning, Ryan Sky Dalton. Apa-apa pun layan. -Instagram NingDalton



Marsha Londoh Rela Jadi Mangsa Rogol!

Posted: 16 Jun 2013 08:00 PM PDT

Memang agak sukar menerima satu babak lakonan kena rogol oleh sebilangan selebriti tempatan. Sebab ianya akan dipandang serong oleh masyarakat tempatan.

Namun bagi set lakonan, babak itu mestilah menjadi dan seakan-akan real tanpa memberikan kesan kepada pelakon yang mewatakkannya.

Memetik sisipan BeritaHarian semalam, Marsha Londoh adalah selebriti yang dikira berani memegang watak kena rogol. Katanya adalah satu cabaran untuk sanggup memegang watak sedemikian.

Ini adalah satu babak penting kena rogol dalam filem terbaru yang dibintangi Marsha sendiri, Tujuh.
"Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak terbabit kerana, ia adalah lakonan semata-mata.

"Sebelum penggambaran pengarah ada bertanyakan sama ada saya selesa atau tidak untuk membawa watak terbabit.

"Bagi saya ia adalah lakonan semata-mata untuk menjayakan watak yang diberikan. Itu adalah amanah yang diberikan dan saya harus memberi komitmen yang baik untuk watak terbabit.

"Sekiranya wujud sebarang kontroversi ataupun ada yang berkata-kata terhadap babak yang saya lakonan selepas filem ini ditayangkan kelak, itu adalah sekadar penilaian penonton namun saya beranggapan yang saya sudah berjaya untuk melakonkan watak itu dengan baik," katanya.

Johan Asari Bakal Bertunang

Posted: 16 Jun 2013 06:33 PM PDT

Mengikut portal SinarHarian semalam, individu yang pernah dikaitkan dengan Fasha Sandha serta Nabila Huda dan juga pelakon drama popular Juvana, Johan Asari akan dan bakal bertunang dengan calon pilihan hatinya yang dirahsiakan namanya pada hujung tahun ini jika tiada halangan.
"Dia adalah seorang gadis biasa yang bekerja di sebuah stesen televisyen. Saya dah berjanji dengan keluarganya untuk tidak mendedahkannya lagi.

"Saya jangka kami akan bertunang pada hujung tahun ini," -Johan Asari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines