Jumaat, 21 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Scha, Awal Umrah, Doa Minta Anak

Posted: 20 Jun 2013 10:54 PM PDT

Menurut laporan Kosmo! semalam, Scha al Yahya dan suaminya, Awal Ashaari akan mengerjakan umrah buat pertama kali setelah setahun bergelar suami isteri. Awal sudah mengerjakan umrah dahulu, namun ini kali pertama buat Scha.

Mereka berdua dan beberapa ahli keluarga akan dijadualkan pergi menunaikan umrah pada minggu awal bulan Ramadan nanti. Dengan hanya tempoh sepuluh hari di Tanah Suci, niat sebenar Scha dan Awal adalah untuk berdoa mendapatkan zuriat/cahaya mata serta dimurahkan rezeki.

Buat masa kini, Scha sedang sibuk membaca buku mengenai ibadah umrah dan juga kursus berkaitan dengannya. Harap-harap lepas ni tak seksi lagi kan. Hehe.



Gambar Kris Dayanti di Perkahwinan Qabil Ambak, Ayla

Posted: 20 Jun 2013 10:00 PM PDT

Gambar dibawah adalah gambar ketika penyanyi tersohor Indonesia di import untuk memriahkan majlis perkahwinan ekuestrian Negara, Qabil Ambak dengan pasangannya, Ayla Goh pada 15 Jun yang lalu. Kelibat Kris tidak disangka-sangka kerana mungkin diantara Qabil ataiu Ayla salah seorang diantara mereka meminati selebriti ini dan sekaligus membawanya ke majlis yang penuh makna. Selain daripada peminat nombor satu sukan ini, Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin - gambar REDPhotography.


Gambar Anak Angkat Almy Nadia

Posted: 20 Jun 2013 09:08 PM PDT

Dah besar panjang dah anak angkat kepada pelakon, Almy Nadia, Nur Afrina Darwisya. Kalau tidak silap usianya tahun ini sudah masuk 4 tahun. Almy pula dalam perancangan nak buat business memasarkan produk makanan hasil kerja emaknya sendiri, karipap dan cucur. -Instagram AlmyNadia

Pierre Andrea Nikah Ahad Ini

Posted: 20 Jun 2013 07:40 PM PDT

Pengarah filem, Pierre Andre dikhabarkan akan bernikah dengan tunangnya, Siti Nurhidayah Hashim pada 23 Jun ini, sekaligus menjadi suami isteri yang sah setelah mengikat tali pertunangan selama 4 bulan lebih.

Mereka akan dinikahkan di Masjid al Ikhlas, Taman Melawati, Selayang jam 1 tengahari bersamaan sebelum waktu Dzohor.
"Untuk bergelar seorang suami merupakan impian saya selama ini dan saya bagaikan tidak sabar untuk menantikan detik-detik tersebut.

"Namun, perasaan berdebar tetap ada dan setiap malam saya akan menghafal lafaz akad nikah sebelum tidur,

"Majlis resepsi sebelah perempuan mungkin akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti manakala sebelah saya pula tidak dapat dipastikan. Yang pasti ia akan dibuat secara tertutup untuk keluarga sahaja,

"Insya-Allah kita akan jemput (Yana Samsudin - mantan kekasih) tapi saya serah kepada pihak keluarga tentang urusan jemputan. Lagipun saya kena juga ambil pandangan dan jaga hati bakal isteri saya," -Pierre. mStar

Shahrizal, Redzwani Putus Tunang! Eh, Belum Lagi!

Posted: 20 Jun 2013 06:00 PM PDT

Pertunangan antara Shahrizal Jaszle dengan Redzwani Puteri Ismail sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu. Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan oleh Shah sendiri.

Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan. Wanita misteri ini mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga Shah pada 10 Jun lalu.

Ketika perbincangan berkenaan, hanya ibu bapa kedua-dua belah pihak yang hadir, sementara Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle tiada di rumah manakala Redzwani pula tidak ikut serta.

Ibu bapa Redzwani difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu.
"Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah.

"Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir minggu lalu. Hubungan itu diputuskan setelah keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas dia ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei lalu" -sumber wanita terbabit. Bharian.
________________

dop2. ini kenyataan dari ibu Shahrizal, Zaleha menjelaskan status pertunangan Shahz dan Redzwani adalah bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan.
"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan," kata Zaleha. -mStar
PS: lain kali kahwin/nikah terus, tak payah dok nak bertunang-tunang, Nabi pun takde main tunang-tunang, @_@

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines