Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Fokus kerjaya, buang cinta
- Coklat dari tulang ikan
- Kenangan getir di Lahad Datu
- Kudung dek jerangkap samar
- Najwa Latif mahu jadi pensyarah
- Seorang penumpang selamat
- Nekad saman polis, kerajaan
- 'Disko mini' resort kena serbu
- 22 PATI Indonesia ditahan dalam bot
- Wartakan makam Datuk Jenaton
- Lagi tunjuk perasaan anti-Erdogan
- Bekas petani cipta peralatan menggembur tanah
- Muka Madonna bengkak cetus kontroversi
- Menagih rawatan di Klinik Berhenti Merokok
- Simptom sebagai pembersihan tubuh
- Tradisi minum teh negara Matahari Terbit
- Buku sifat solat Nabi
- Populariti batik Indera Kayangan
Posted: 02 Jun 2013 06:38 PM PDT
BAGI yang mengikuti kisah percintaan antara Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah, mungkin ramai yang beranggapan bahawa ia seperti perjalanan cerita sebuah drama atau telemovie. Tambahan pula dengan rentetan kontroversi yang membelenggu hubungan kedua-duanya, tetapi akhirnya takdir telah menentukan ikatan cinta yang terjalin antara Sharnaaz dan Shila menemui titik noktahnya. Berkesempatan bertemu Sharnaaz ketika pelancaran filem terbaharu arahan Bade Haji Azmi iaitu Sindiket minggu lalu, dia meminta supaya kisah cintanya yang lepas tidak perlu diungkitkan lagi. Bagaimanapun, sesuatu yang wajar dipuji apabila pelakon itu tetap tenang dan ceria menjawab setiap soalan yang diajukan serta sanggup meluangkan sedikit masa untuk ditemu bual wartawan, meskipun terpaksa bergegas kerana mempunyai urusan lain. "Biarlah apa yang berlaku dahulu menjadi satu pengajaran yang paling bermakna buat diri saya. Kalau boleh saya tidak mahu lagi bercerita tentang kisah cinta saya yang sudah berlalu. "Sekarang ini saya mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan sahaja. Saya bersyukur kerana tawaran berlakon yang diterima makin banyak dan perlu menghargai peluang yang telah diberikan ini," ujarnya yang mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengulas panjang. Menurut pelakon kelahiran Pulau Pinang itu, segala kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini langsung tidak menjejaskan kariernya sebagai seorang pelakon. Ujarnya, dia percaya dengan menunjukkan kesungguhan dan komitmen terhadap tanggungjawab yang diberikan, ia menjadi bukti kepada penerbit dan pengarah yang dia sememangnya bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang lakonan. "Sudah tentu saya tidak perlu fikir lagi dan lupakan sahaja semua masalah yang pernah berlaku. Lagipun dengan peluang yang diberikan ia tidak seharusnya disia-siakan dan kini lebih gembira dengan kehidupan sekarang," ujarnya. Ketika ditanya sama ada dia masih lagi berhubung dengan bekas kekasihnya itu atau tidak, Sharnaaz menyatakan mereka tidak lagi berhubung kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Menurutnya, biarpun sudah tidak lagi mempunyai sebarang ikatan percintaan, tetapi ia tidak bermakna mereka perlu bermusuhan kerana sudah ditakdirkan memang tiada jodoh antara mereka berdua. Terus berkisar tentang cinta, pelakon tersebut juga diminta mengulas desas-desus yang mengaitkannya dengan seorang pelakon wanita kelahiran Singapura iaitu Elfaeza Ul Haq. Ujar Sharnaaz, dia agak terkejut kerana memang tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin bersama Elfaeza. Sebaliknya, mereka berdua bergandingan bersama-sama dalam drama bersiri Mukhlis baru-baru ini. "Demi Allah saya dan Elfaeza tidak menjalinkan hubungan cinta seperti yang diperkatakan. Rasanya semua orang tahu yang saya ini bukanlah jenis individu yang suka berahsia. "Sebelum ini pun saya tidak pernah merahsiakan kisah percintaan dengan Shila dahulu. Kalau betul kami ini bercinta, saya akan berterus terang kepada semua orang," jelasnya yang kini masih belum menemui pengganti. Ujarnya, biarpun kini tidak lagi mempunyai kekasih, ia tidak bermakna dia sudah menutup pintu hatinya kepada wanita lain, namun dia merasakan lebih baik sekiranya dia fokus kepada kerjaya terlebih dahulu. Masalah selesai Selain kisah cintanya yang menjadi tumpuan ramai, Sharnaaz turut terpalit dengan sebuah lagi kontroversi tentang persengketaannya dengan penerbit filem Darah Panas iaitu S. Baldev. Persengketaan tersebut terjadi apabila dia dikatakan telah meninggalkan lokasi penggambaran dan bergaduh dengan salah seorang kru produksi sehingga dikenakan tindakan saman. Mengulas mengenai perkara berkenaan, pelakon itu menjelaskan bahawa persengketaan yang terjadi sudah pun selesai dan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk menyelesaikannya di luar mahkamah. "Menerusi perbincangan yang dilakukan kami mengambil keputusan menerusi win-win situation (situasi menang-menang) dan berpuas hati dengan apa yang telah diputuskan. "Jadi, saya anggap perkara ini sudah selesai dan berakhir dengan cara baik dan pada bulan Julai ini saya akan terbabit dengan proses dubbing untuk filem itu," jelasnya. Selain itu, Sharnaaz telah meluahkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkan dirinya dengan penggunaan nama Lan Todak di laman Twitter yang dikatakan telah memaki keluarga Shila Amzah. Tegas Sharnaaz, dia langsung tidak ada kena-mengena dengan nama itu dan beranggapan ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menjejaskan namanya. "Ia merupakan satu fitnah kalau ada yang beranggapan nama Lan Todak dalam Twitter itu adalah saya. Sudah tentu saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab itu," ujarnya. Turun padang Berkenaan dengan kes buli yang telah berlaku baru-baru ini, Sharnaaz meluahkan rasa kesalnya apabila ada pelajar yang terpengaruh dengan wataknya sebagai Lan Todak dalam filem Juvana The Movie yang ditayangkan pada awal tahun lalu. Ujarnya, dia sangat terkejut dan tidak sangka watak Lan Todak itu telah memberi impak negatif terhadap segelintir pelajar sehingga dikaitkan dengan kes buli. "Saya melihat penayangan filem-filem yang berkaitan dengan kenakalan pelajar-pelajar sekolah ini dapat memberikan pengajaran yang berguna kepada masyarakat. "Sebaliknya, masalah lain pula yang berlaku dan secara peribadi saya ingin meminta maaf kepada semua pihak sekiranya watak yang saya bawa itu memberi kesan buruk," ujarnya. Menyedari bahawa kes buli yang berlaku itu merupakan satu masalah yang cukup besar, Sharnaaz menyatakan kesudiannya untuk turun padang memberi ceramah dan motovasi kepada pelajar-pelajar sekolah tentang buli. "Kalau ada mana-mana pihak yang berminat mahu memanggil saya memberikan ceramah, saya tidak kisah sekiranya ada kelapangan dan berharap supaya tidak ada lagi pelajar sekolah yang terpangaruh dengan filem tersebut," ujarnya. | ||
Posted: 02 Jun 2013 06:35 PM PDT Penemuan terbaru oleh sekumpulan penyelidik dari Pusat Pembangunan Sosio Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu menyaksikan sisa yang sebelum ini hanya dianggap sebagai buangan sebenarnya boleh bertukar kepada produk yang memberikan pulangan membanggakan. Tujuan penyelidikan itu adalah bagi membantu komuniti setempat terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai mencari pendapatan tambahan, di samping memanfaatkan sepenuhnya kegunaan ikan termasuk tulang untuk menghasilkan produk bermutu tinggi. Menurut Dr Dara Aishah Mohammad Ali Puteh, kumpulan penyelidiknya berjaya menjadikan tulang ikan yang dibuang itu kepada tepung yang kaya dengan kalsium sejak lebih dua tahun lalu. "Melalui penyelidikan yang dilakukan, kita dapati tulang ikan yang selesai diproses sebenarnya mampu menggantikan kalsium sintetik yang digunakan untuk membuat pelbagai produk di pasaran. "Tepung yang mampu menghasilkan produk makanan halal dan selamat itu boleh dijadikan sebagai karbon aktif, protein, gelatin dan kolagen, malah pihak kami juga berjaya menggunakan bahan berkenaan sebagai penapis air," katanya. Mengulas lanjut mengenai penyelidikan itu, beliau memberitahu, tulang yang dikumpulkan perlu direbus sebanyak dua kali dalam tempoh tiga hingga empat jam sebelum direndam dalam air suling dan aseton, kemudian dikeringkan serta dihancurkan bagi menjadikannya dalam bentuk serbuk. "Lebih menarik lagi, kalsium yang terkandung dalam tulang ikan yang diperoleh menerusi penyelidikan itu juga adalah asli dan tidak mempunyai perisa tambahan, sebaliknya masih kekal dengan keaslian rasanya," katanya. Menurut Dr Dara Aishah, menerusi penyelidikan yang dibuat itu juga, kumpulan yang diterajuinya juga berjaya memperoleh pelbagai pengiktirafan daripada pelbagai pihak termasuk di peringkat kebangsaan. | ||
Posted: 02 Jun 2013 06:34 PM PDT Penolong Ketua Kompeni Bantuan, Kapten Shahril Surifin, 34, berkata, antara yang tidak dapat dilupakannya ialah pada hari pertama tiba di sana. "Masih segar dalam ingatan saya pada waktu itu jam menunjukkan kira-kira 3.42 petang dan pada waktu itu kami baru sahaja sampai di tempat kejadian. "Belum sempat turunkan apa-apa peralatan mahupun senjata, pihak musuh sudah cuba menyerang kami," katanya. Menurutnya, satu tembakan secara rambang dilepaskan oleh musuh namun tidak melibatkan sebarang kecederaan di kalangan anggota yang ada. Shahril berkata, selepas melalui saat-saat getir tersebut perkara yang bermain di fikirannya pada hanya antara hidup dan mati. "Inilah kali pertama saya dan rakan-rakan bertempur dengan musuh dan berada dalam medan perang. Kerana sebelum ini kami hanya terlibat dengan pengawasan sempadan dan perkara-perkara biasa sahaja," katanya. Beliau yang berkhidmat selama 13 tahun berkata, walau bagaimanapun kejadian tersebut sedikit pun tidak melemahkan semangat untuk terus berbakti kepada negara. Sementara itu, Mejar Zaki Kadir berkata, pengalaman bertugas di Tendua, Sabah merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. "Dalam keadaan yang tegang tersebut perasaan kami sentiasa bercampur antara mati dan hidup. "Kami serahkan pada Allah SWT untuk tentukan semuanya dan berkhidmat kepada negara seperti biasa walaupun di kepala hanya memikirkan tentang kematian yang sedang menanti," katanya. Menurutnya, pengalaman bertempur dengan musuh beberapa kali dan melihat ada di antara mereka yang tercedera dan maut membuatkan beliau sedikit pun tidak gentar malahan lebih bersemangat untuk menjaga keamanan negara. Zaki berkata, walaupun semua itu semakin berakhir namun mereka akan sentiasa bersiap sedia dan berdoa ianya tidak akan berulang lagi di masa akan datang. | ||
Posted: 02 Jun 2013 06:30 PM PDT Sinar Harian kongsikan kisah seorang pejuang negara yang menentang komunis di sempadan negara sehingga takdirnya, kudung kaki kanan akibat terkena ledakan jerangkap samar musuh. Orang yang dimaksudkan ialah Staf Sarjan (B) Md Rafizi Salleh, 70. Beliau mula berkhidmat dalam Batalion Ke 5, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada April 1966. Beliau mula bertugas di Sarawak ketika Persatuan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) menentang penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, termasuk tindakan Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia. Beliau sertai siri operasi termasuk misi keamanan ketika berlakunya peristiwa Hartal pada awal 1967 di Pulau Pinang sebelum kembali semula ke Sarawak pada 1968 di akhir konfrontasi, dan detik 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Setelah bersara, beliau menganggotai Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Cawangan Hulu Selangor dan menjadi Pengerusi Biro Perladangan. Tragedi berdarah Peristiwa 10 Mac 1978, menjadi titik sejarah kelam dalam hidup Md Rafizi, ketika beliau menyertai Ops Sedar di Kedah, di persempadanan Malaysia - Thailand. Kejadian berlaku detik jam 12 tengah hari apabila ledakan jerangkap samar di puncak Bukit Perenggan, Sungai Seraya, Sik, Kedah, mengejutkan 29 anggota yang bersiap untuk beredar ke kawasan lebih selamat. Beliau yang mengetuai sebahagian anggota pasukan itu melakukan tinjauan kawalan keselamatan seluruh tempat mereka berehat. "Kami kena berwaspada kerana bimbang jerangkap samar. Kawasan itu banyak pokok lobak hutan, jadi untuk keselamatan kami pijak daun lobak itu untuk kembali ke tempat rehat. "Tapi masa pijak satu daun, terasa objek keras macam batu. Saya terus angkat kaki dan mendapati tin susu kosong dalam plastik dengan serpihan serbuk peledak," katanya. Setelah maklumkan kepada OC, semua anggota diarahkan beredar dari kawasan itu. Walaupun ada yang sedang memasak ketika itu untuk makan tengah hari, semua bahan masak yang dah dikeluarkan disimpan semula termasuk beras yang berisi air," katanya. Ketika semua sibuk bersiap, Md Rafizi menyuarakan hasrat kepada OC untuk menghisap rokok sebentar. "Saya nak pekena sedapu la tuan, saya kata. OC kata, lagi 10 minit kita bergerak, semua bersiap. Saya pun ambil rokok paip, letak mulut. Tapi terfikir, kalau komunis nampak saya sedang leka merokok boleh kena tembak. "Jadi saya nak pergi ke arah seorang anggota yang memegang senjata automatik, untuk bantu backup jika diserang. Saya langkah dua langkah je, 'duummm'!" Katanya sambil menunjukkan kaki kanannya yang hancur terkena ledakan jerangkap samar tersebut. Operasi menyelamat Beliau menyambung cerita berkata, suasana ketika itu begitu mencemaskan dan segera diberikan rawatan oleh anggota perubatan dalam kumpulannya. "Serpihan bom kena celah kangkang, isi dan kulit kaki betis dan paha 'bergelayut'. Tapi masa kena tu tidak rasa sakit. Saya fikir mungkin sebab kita tak rehat lagi lepas penat berjalan mengharungi sungai, bukit dan sebagainya. Jadi tak sakit. "Masa tu tapak kaki hingga buku lali dah hancur. Selepas dua jam direhatkan sementara menunggu helikopter sampai, masa tu lah saya rasa sakit. "Rupanya, masa rawatan tadi anggota perubatan dah beri suntikan morfin untuk menahan kesakitan. Jadi lepas dua jam baru terasa sakit. Darah banyak keluar, balutan kaki pun penuh dengan darah sampai kering kerongkong sebab dah hilang banyak darah," katanya. Md Rafizi berkata, beliau tidak dapat menahan dahaga ketika itu dan meminta OC yang berada di sisinya memberikan air segera. "Saya minta nak minum sikit. OC kata, tak boleh minum lagi. Saya kata macam mana tuan saya dahaga sangat. "Jadi, dia tebuk tin nenas di situ dan beri saya seteguk dua saja kemudian OC kata cukup tak boleh banyak. Dia tahulah kenapa tak boleh minum masa tu. Jadi saya tunggulah helikopter penyelamat sampai," katanya. Cerita beliau lagi, ketika dibawa naik menggunakan tali dan pengusung, sebatang pokok tiba-tiba patah terkena kibasan angin helikopter lalu menimpa kepala seorang komando yang turun menyelamatkan beliau sebelum menghempap pengusung dan nyaris terkena badannya. Bagaimanapun, mereka berdua selamat dan dibawa ke Hospital Alor Setar untuk rawatan sepenuhnya. Tambah Md Rafizi lagi, ketika insiden itu menimpanya, isterinya, Kasmariah Baki, sedang sarat mengandung anak ketiga mereka dan alangkah terkejut isteri beliau sebaik dimaklumkan mengenai kejadian malang itu. Segalanya takdir ALLAH SWT, Md Rafizi selamat menjalani pembedahan dan rawatan selama enam bulan. Sepanjang dua bulan pertama rawatan, beliau terpaksa memikirkan isterinya yang akan bersalin, sebab itu beliau mengambil keputusan untuk membawa isterinya pulang ke rumah bapa mertuanya di Kalumpang, Hulu Bernam, Selangor. Di sana, beliau menjalani rawatan susulan di sebuah hospital di Kinrara, Puchong. Setelah sembuh, Md Rafizi mula menggunakan kaki palsu hinggalah sekarang. | ||
Najwa Latif mahu jadi pensyarah Posted: 02 Jun 2013 06:09 PM PDT SETELAH mengambil keputusan untuk berehat selama beberapa bulan kerana menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, kini penyanyi Najwa Latif semakin ligat membuat persembahan. Menerusi laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Cinta Muka Buku itu kerap mengemaskini tentang aktiviti seninya termasuk lokasi dia mengadakan persembahan. Ketika ditemui semasa majlis penutup Program IP Summer Camp 2013 di Sekolah Sri Puteri, Cyberjaya minggu lalu, Najwa menyatakan jadual nyanyiannya sekarang cukup padat dengan pelbagai tawaran yang diterima. Menariknya, penyanyi yang telah mendapat keputusan 4A dalam peperiksaan SPM beberapa bulan lalu mendedahkan dia baru sahaja mendapat tawaran belajar dalam bidang muzik. Kosmo!: Bagaimanakah dengan perkembangan terbaharu kerjaya Najwa sekarang? Najwa: Selepas berehat panjang pada tahun lalu, kali ini barulah saya berpeluang untuk aktif menyanyi semula dan sekarang ini saya sibuk mengadakan siri jelajah showcase di beberapa buah negeri seperti Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Selangor. Selain itu, saya sedang mempromosikan single terbaharu saya iaitu I Love You dan ia merupakan lagu kelima dalam album saya yang pertama. Saya juga sudah memuat naik teaser lagu tersebut di laman YouTube untuk tatapan peminat. Boleh ceritakan sedikit tentang lagu I Love You itu? Lagu berkenaan merupakan ciptaan saya sendiri dan liriknya pula dihasilkan oleh kakak saya iaitu Ika Latif. Ia menceritakan tentang kisah seorang wanita yang memendam perasaan terhadap seorang lelaki, tetapi takut untuk meluahkannya. Sepanjang bergelar penyanyi, Najwa dilihat selalu berkolaborasi dengan kakak dalam penciptaan lagu. Adakah Najwa tidak berminat menyanyikan lagu daripada komposer yang lain? Buat masa ini saya memang lebih selesa bekerjasama dengan kakak memandangkan kami agak rapat dan selalu bersama. Lagipun pada usia kami yang tidak jauh berbeza, dia lebih memahami cita rasa dalam menghasilkan lirik yang sesuai. Namun begitu, saya tidak menolak menyanyikan lagu daripada komposer lain sekiranya bersesuaian dengan saya, malah sudah ada beberapa komposer yang berjumpa dengan saya dan memberikan lagu mereka. Memandangkan kemasukan pelajar baharu ke institut pengajian tinggi (IPT) akan bermula, adakah Najwa tidak mendapat sebarang tawaran melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPT? Kira-kira dua minggu lalu saya sudah membuat semakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan saya mendapat tawaran dalam jurusan Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), tetapi masih belum buat keputusan sama ada mahu menerima tawaran tersebut atau sebaliknya. Mengapakah tidak terima sahaja tawaran itu memandangkan sekarang Najwa memang terbabit dalam bidang muzik? Sebenarnya saya lebih berminat mengikuti pengajian dalam bidang Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) kerana bercita-cita mahu menjadi seorang guru atau pensyarah Bahasa Inggeris. Lagipun bidang nyanyian ini sebenarnya lebih kepada hobi sahaja dan rasanya lebih baik saya menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati untuk kebaikan masa hadapan. | ||
Posted: 02 Jun 2013 06:06 PM PDT BELAGA – Dua lagi mangsa bot karam di Giam Bungan, Sungai Rajang di sini masih hilang manakala seorang penumpang disahkan selamat dan sudah berada di pangkuan keluarga. Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, penumpang itu, Paulus Ungkang terselamat selepas berjaya keluar daripada bot berkenaan pada hari kejadian. "Paulus telah menghubungi seorang saudaranya di Belaga pagi tadi (semalam) dan mengesahkan dia kini berada di Sibu. "Saudaranya telah menasihati mangsa supaya membuat laporan polis di sana," katanya ketika ditemui di pusat operasi berhampiran lokasi kejadian di sini semalam. Bakar berkata, sehingga petang semalam mangsa yang masih hilang ialah Maurice Ajan, 22, dan Roslin Jati, 34. Kelmarin, pasukan penyelamat menemui beg galas milik Maurice di rumah panjang Uma Tevok, Long Buyun kira-kira dua kilometer dari lokasi kemalangan. "Pemeriksaan terhadap beg tersebut mendapati ia milik mangsa yang hilang. "Kita juga menemui barangan peribadi seperti telefon bimbit, dompet serta kad pengenalan," katanya. Ujarnya, setakat ini jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang. Tujok Lah merupakan mangsa tunggal yang ditemui maut. | ||
Posted: 02 Jun 2013 06:04 PM PDT ALOR SETAR - Seorang bekas penyampai radio memfailkan saman terhadap lima pegawai polis dan kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lalu kerana mendakwa ditahan dan digari tanpa perintah reman mahkamah di lokap Balai Polis Kota Setar awal tahun lalu. Saadon Awang, 47, menamakan Inspektor Aida, Inspektor Amirul, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Ketua Polis Daerah Kota Setar dan Ketua Polis Kedah masing-masing sebagai defendan pertama hingga kelima. Saadon selaku plaintif turut menamakan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Kesemua defendan didakwa melanggar Artikel 5(4) Perlembagaan Persekutuan. | ||
'Disko mini' resort kena serbu Posted: 02 Jun 2013 06:03 PM PDT PORT DICKSON – Tindakan 50 pengunjung yang menjadikan apartmen di sebuah resort di sini sebagai 'disko mini' untuk berhibur sambil mengambil dadah beramai-ramai dalam satu pesta liar mengundang padah apabila 27 daripadanya diberkas selepas didapati positif ekstasi semalam. Serbuan pukul 3 pagi itu dilakukan selepas polis menerima maklumat dari penyewa lain yang tidak tahan apabila diganggu dengan bunyi muzik yang kuat selain mendapati kumpulan itu menari dalam keadaan khayal tanpa mempedulikan orang lain. Difahamkan, kesemua pengunjung berusia antara 17 hingga 27 tahun terdiri daripada 38 lelaki dan 12 wanita itu datang dari negeri ini, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka telah menyewa apartmen tersebut sejak kelmarin. | ||
22 PATI Indonesia ditahan dalam bot Posted: 02 Jun 2013 06:02 PM PDT JOHOR BAHRU - Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia selepas menahan mereka di perairan Teluk Ramunia dekat Kota Tinggi kelmarin. Pengarah Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili, Komander Mustapa Kamal Abas berkata, kesemua mereka termasuk seorang tekong dan dua pembantu bot ditahan kira-kira pukul 10.55 malam selepas anggota penguat kuasa yang melakukan rondaan di perairan itu terserempak dengan sebuah bot. Beliau berkata, empat anggota APMM ternampak bot itu dalam keadaan mencurigakan dari perairan negara jiran memasuki perairan negara ini. "Anggota APMM itu kemudian cuba menghampiri bot gentian kaca itu sebelum pemandu bot terbabit bertindak memecut laju menuju ke pantai Kampung Teluk Ramunia apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. | ||
Posted: 02 Jun 2013 06:01 PM PDT GEORGE TOWN – Keluarga Datuk Jenaton Raju Labu iaitu antara individu terawal yang meneroka Pulau Pinang sekitar tahun 1749 memohon Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mewartakan makam tokoh itu di Persiaran Changkat Minden dekat sini sebagai tapak warisan sejarah. Warisnya, Profesor Ahmad Murad Merican (gambar kecil) memberitahu permohonan rasmi telah dikemukakan para waris pembesar yang berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera itu melalui Jawatankuasa Keluarga Datuk Jenaton. Beliau yang juga pensyarah Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas berkata, pihaknya berharap permintaan tersebut dapat diluluskan oleh MAIPP dalam tempoh terdekat. "Para waris mahu mengekalkan makam Datuk Jenaton yang terletak berhampiran kampus Universiti Sains Malaysia sebagai tapak warisan dengan meletakkan papan tanda sebagai tatapan generasi muda. "Penerokaan orang Melayu di sini pada seawal abad ke-18 menerusi kawasan pertanian yang seterusnya membentuk institusi sosial iaitu lebih awal sebelum Francis Light tiba," ujarnya. | ||
Lagi tunjuk perasaan anti-Erdogan Posted: 02 Jun 2013 05:59 PM PDT
ANKARA - Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air semalam ke arah sekumpulan penunjuk perasaan di Ankara. Tunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan itu telah memasuki hari ketiga. Anggota-anggota pihak berkuasa turut mengambil beberapa langkah untuk menghentikan kira-kira 1,000 orang penunjuk perasaan yang mahu berarak ke pejabat Erdogan. Rangkaian televisyen swasta, NTV menyiarkan beberapa imej tunjuk perasaan itu di Dataran Kizilay. Tunjuk perasaan yang merebak ke seluruh negara itu bermula selepas sekumpulan penduduk tempatan membantah rancangan untuk membangunkan semula sebuah taman dekat Dataran Taksim di Istanbul. Rancangan yang diatur oleh Erdogan itu adalah untuk membangunkan semula dataran tersebut yang melibatkan 600 buah pokok ditebang. Rancangan itu juga melibatkan pembinaan sebuah replika berek tentera pada era zaman Empayar Ottoman dengan tujuan untuk menempatkan sebuah pusat kebudayaan. Bagaimanapun, penduduk yang tinggal berdekatan di kawasan itu bimbang ia akan menjadi sebuah kawasan beli-belah. Pihak berkuasa perbandaran Istanbul yang dikuasai oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah memerintah Turki sejak tahun 2002. Sejumlah kenderaan dan terbalik dalam tunjuk perasaan itu yang kemudian bertukar menjadi antipentadbiran Erdogan. Menteri Dalam Negeri, Muammer Guler menyatakan, lebih 1,700 orang telah ditahan dalam tunjuk perasaan antipemerintah itu. Tunjuk perasaan itu telah merebak ke 67 buah bandar. "Sejumlah besar tahanan telah dibebaskan selepas disoal siasat dan identiti mereka dikenal pasti," katanya. Menurutnya, negara ini berdepan dengan 235 tunjuk perasaan sejak Selasa lalu. | ||
Bekas petani cipta peralatan menggembur tanah Posted: 02 Jun 2013 05:57 PM PDT ZHANGDIAN - Seorang petani, Li Chengsuo yang berusia 63 tahun mencipta peralatan menggemburkan tanah di kawasan tanaman pokok tomato miliknya di sini. Chengsuo menghasilkan peralatan itu dengan menggunakan sebuah basikal buruk. Dia boleh menggembur tanah dengan menggunakan peralatan itu di kawasan seluas 0.27 hingga 0.33 hektar dalam tempoh setengah hari. | ||
Muka Madonna bengkak cetus kontroversi Posted: 02 Jun 2013 05:56 PM PDT LONDON - Beberapa peminat memberikan komen di Twitter kelmarin berhubung muka Madonna yang kelihatan bengkak semasa dia menjadi pengacara konsert The Sound of Change di Stadium Twickenham di sini, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam. Konsert itu diadakan bagi memperjuangkan hak-hak wanita di seluruh dunia. Bagaimanapun, beberapa peminat berjaya mengesan perubahan wajah Madonna itu yang kelihatan bengkak. "Madonna, tolonglah jangan mengotorkan muka anda. Ia sepatutnya menjadi muka yang cantik dan ia kini kelihatan ganjil," kata seorang peminatnya. Seorang lagi peminat menyatakan, wajahnya kelihatan pelik sejak akhir-akhir ini. Salah seorang peminat Madonna turut memberi komen dengan meminta penyanyi tersebut tidak melakukan sebarang perubahan. Sebelum ini, penyanyi itu kelihatan anggun dan mukannya tidak bengkak semasa dia menghadiri Anugerah Muzik Billboard di Arena Grand MGM, Las Vegas pada 19 Mei lalu. | ||
Menagih rawatan di Klinik Berhenti Merokok Posted: 02 Jun 2013 05:54 PM PDT
SAAT melangkah masuk ke sebuah klinik, kelihatan beberapa orang lelaki dewasa sedang duduk menunggu giliran. Ada yang membaca akhbar dan risalah tersedia dengan penuh khusyuk sementara menunggu nama masing-masing dipanggil. Seorang demi seorang daripada mereka diminta menghembuskan nafas menggunakan alat ujian tahap karbon monoksida, COPPM sementara jururawat bertugas mencatat sesuatu dalam buku rekod mereka. Beberapa minit kemudian mereka dipanggil masuk ke dalam sebuah bilik seorang demi seorang. Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, kelihatan seorang jururawat merangkap kaunselor Klinik Berhenti Merokok sedang duduk menanti kliennya. "Awak serius nak berhenti merokok? Berapa peratus? Pernah cuba berhenti merokok sebelum ini? Tahu mengenai klinik ini daripada mana?" Demikian soalan-soalan mukadimah yang dizahirkan oleh jururawat Swinder Jit Jag Singh kepada setiap klien yang datang menemuinya. Salah seorang perokok iaitu, Mohd. Ilham Mohd. Said, 26, tidak terkecuali menerima soalan yang sama. "Saya serius nak berhenti merokok, mungkin dalam 85 peratus. Saya tahu mengenai klinik ini melalui kawan-kawan yang sudah berhenti merokok. "Dahulu, mereka sama seperti saya, hisap dua kotak rokok sehari tetapi kini, mereka tidak merokok lagi," kata anak keempat daripada enam beradik yang berasal dari Rawang, Selangor itu menjawab semua soalan dengan tenang. Swinder memberitahu Mohd. Ilham bahawa bacaan COPPM yang dilakukannya menunjukkan bacaan 10 yang disifatkan sebagai 'lampu merah'. COPPM merupakan pemeriksaan untuk mengesan tahap karbon monoksida dalam badan pesakit. Selepas beberapa minit sesi soal jawab berlangsung, jururawat berusia 58 tahun itu menunjukkan kepadanya carta tubuh seorang perokok. Dalaman tubuh rosak Menurutnya, apabila seseorang itu merokok, badannya mengandungi banyak karbon monoksida. Saluran darah kecil dan halus di hujung kaki hanya memperoleh darah yang mengandungi karbon monoksida dan bukannya darah beroksigen. "Apabila tidak dapat darah beroksigen, saraf tersebut akan mati menyebabkan kaki terpaksa dipotong bagi mengelakkannya merebak. "Mungkin tiada orang yang memaklumkan bahawa merokok boleh menyebabkan kebinasaan pada badan. Secara zahirnya mereka nampak biasa, tetapi dalaman mereka tidak," ujar Swinder sambil memberitahu Mohd. Ilham bahawa perokok umpama kereta yang cantik tetapi enjinnya rosak. Swinder memberitahu, paru-paru seorang perokok seperti 'daging busuk' kerana setiap sedutan yang diambil mengandungi 7,000 bahan kimia dan salah satu daripadanya adalah tar yang menyebabkan paru-paru menjadi hitam. Tambahnya, perokok juga akan mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti keguguran rambut, katarak, kulit berkedut, pekak, kanser kulit, pereputan gigi, emfisema dan osteoporosis. Tidak ketinggalan sakit jantung, ulser perut, kekuningan di jari, kanser uterus, keguguran, kecacatan sperma, psoriasis, penyakit buerger dan kanser yang menyebabkan paru-paru bernanah. "Ada rokok sekarang? Keluarkan cepat. Sekarang rokok ini 'kastam' sudah rampas," katanya kepada Mohd. Ilham sejurus dua kotak rokok sudah bertukar tangan. Seperti seorang ibu menasihatkan anaknya, Swinder dengan nada lembut tetapi tegas mengingatkan Ilham supaya tidak lagi membeli, meminta rokok dan katakan tidak andai ada rakan yang menghulurkannya. "Apabila nampak kawan hisap rokok dan rasa gian datang, kena ingat bahawa rasa gian itu berlaku dalam tempoh tiga minit. "Dalam tempoh itu, kamu perlu lawan rasa gian tersebut, tarik nafas, sibukkan diri dan lama-kelamaan rasa gian itu akan menurun," ujarnya sambil memberitahu, bacaan karbon monoksida menjadi kosong jika seseorang itu tidak merokok dalam masa seminggu. Sibukkan diri Dalam tempoh 72 jam berhenti merokok dan meminum air kosong dengan banyak, ia mampu menyingkirkan banyak bahan tidak baik daripada badan. Jika ada rasa ketagihan untuk merokok, apa yang perlu dilakukan adalah basuh muka, lap muka dan biarkan tangan dalam keadaan basah kerana apabila tangan basah, tak boleh nak pegang rokok. "Tempoh dua hingga tiga minggu pertama, seseorang perokok yang mahu berhenti perlu 'menyibukkan' mulutnya dengan makan gula-gula, asam, gula-gula getah, kuaci, biskut, emping jagung dan epal hijau. "Sibukkan diri, dua-dua tangan perlu sentiasa bergerak. Alihkan pemikiran kepada perkara lain dan apa yang penting ialah gunakan kekuatan semangat bagi melawan keinginan tersebut," katanya kepada Mohd. Ilham. Kelihatan Mohd. Ilham mengangguk faham bait-bait nasihat Swinder kepadanya. "Saya, Mohd. Ilham Mohd. Mohd Said berikrar dengan sesungguhnya bahawa saya akan berhenti merokok untuk selama-lamanya. "Tarikh saya berhenti merokok ialah 23 Februari 2013," ikrar Mohd. Ilham yang membuka lembaran baharu dalam kehidupan bebas rokok. Sebaik ikrar dilafazkan, Swinder yang menjadi saksi mengucapkan tahniah sambil memaklumkan tarikh perjumpaan seterusnya. Posmen muda itu mula mengenali dan jatuh cinta dengan rokok sejak tingkatan dua. Mohd. Ilham mencuri-curi hisap rokok di luar pengetahuan ibu bapa. Bermula secara suka-suka atas pengaruh rakan, Ilham semakin hanyut. "Memang ada azam untuk berhenti merokok tetapi ada dalam kalangan rakan-rakan yang memperlekehkan hasrat saya, kerana itu hasrat tersebut mati begitu sahaja. "Kini, saya nekad untuk berhenti kerana rasa sakit dada ketika membuat kerja," katanya yang menghisap 38 hingga 40 batang rokok sehari dan membelanjakan lebih RM300 sebulan untuk rokok sahaja. Ia menjadi tabiat yang sebati dalam dirinya sehingga jika tidak dapat rokok, ia mengundang rasa kurang selesa dalam dirinya. Lepas makan sahaja automatik Ilham akan cari rokok. Selepas Mohd. Ilham, ramai lagi klien lain keluar masuk bertemu Swinder. Penulis berpeluang melihat dan mendengar sendiri sesi kaunseling yang diadakan. Rata-rata menzahirkan rasa seronok mereka kerana berjaya berhenti merokok. Selera makan bertambah kerana mereka dapat merasai keenakan makanan. Bukan itu sahaja, mereka tidak lagi gemar akan bau rokok yang dahulunya menjadi 'haruman wajib' melekat di pakaian. Setiap daripada mereka dibekalkan gula-gula getah nikotin, patch, alat sedut (inhaler), vitamin C dan balsam bibir mengikut tahap ketagihan.
Antara ubat yang diberikan adalah Nicotine Replacement Therapy (NRT) yang terdiri daripada Nicotine Gum, Nicotine Transdermal Patch dan Nicotine Inhaler. "Kunyah gula-gula getah ini perlahan-lahan. Apabila rasa pudina semakin kuat simpan gula-gula getah itu di tepi pipi. Jangan kunyah laju-laju. Jika tidak, semua nikotin akan keluar dan serbu ke otak. Ia akan membuatkan anda rasa pening, loya dan muntah," terangnya kepada klien sambil memberitahu, apabila rasa pudina hilang, gula-gula getah tersebut perlu dikunyah semula. Rutin tersebut dilakukan secara berterusan sehingga 30 minit apabila gula-gula getah tersebut tidak mempunyai rasa lagi. Ujarnya, gula-gula getah itu dikunyah apabila rasa gian menyerang seseorang perokok. Selain itu, pesakit dinasihatkan mengambil vitamin C dan balsam bibir untuk mengelakkan bibir mereka kering. Enam tahun bebas rokok Dalam pada itu, seorang bekas pegawai kanan polis, Shubly Zainal Abidin, 60, memberitahu, dirinya tekad berhenti merokok pada tahun 2007 selepas 38 tahun menjadi perokok tegar. Bapa kepada enam orang anak yang berasal dari Malim Nawar, Perak itu berkata, tindakan untuk berhenti datang sendiri selepas memikirkan sudah begitu lama dirinya terikat dan bergelumang dengan rokok. "Ketika mula-mula datang ke Klinik Berhenti Merokok Tanglin, bacaan ujian tahap karbon monoksida adalah antara 17 hingga 18. Setelah dua minggu berhenti merokok, bacaannya turun kepada dua," katanya yang sudah enam tahun tidak merokok. Pada peringkat awal iaitu dalam tempoh tiga bulan pertama, rasa gian untuk merokok memang kuat, namun itu semua berjaya diatasinya. "Apabila sudah berhenti merokok berat badan saya naik mendadak daripada 70 kilogram (kg) meningkat kepada 110kg berikutan penambahan selera makan. Kini berat saya, 95kg. "Tiada alasan bahawa, saya sudah merokok lama, mana boleh berhenti. Kalau ada keazaman yang tinggi, walaupun merokok selama 50 tahun, akan berhenti juga. Ini semua permainan mental," ujarnya sambil mengingatkan perokok supaya menjaga pemakanan dan melakukan senaman bagi mengelakkan berat badan meningkat. | ||
Simptom sebagai pembersihan tubuh Posted: 02 Jun 2013 05:53 PM PDT MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa seseorang yang berhenti merokok berdepan dengan beberapa simptom seperti selesema dan batuk. Namun, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Selesema dan batuk misalnya, merupakan antara proses pembersihan oleh tubuh. "Kalau seseorang mengalami batuk dan selesema, tidak perlu makan ubat terlebih dulu. Dahulu, ketika merokok banyak bahan kimia masuk ke dalam badan dan kini apabila sudah berhenti, badan melakukan proses pembersihan. "Batuk kahak berfungsi untuk bersihkan paru-paru, seseorang itu hanya perlu minum banyak air kosong. Selesema pula adalah proses membersihkan kekotoran di hidung, lama-kelamaan deria bau akan menjadi lebih tajam," jelas Kaunselor Klinik Berhenti Merokok, Klinik Kesihatan Tanglin, Kuala Lumpur, Swinder Jit Jag Singh. Tambahnya, kulit bibir juga akanmengelupas untuk memberi laluan kepada pertumbuhan kulit baharu memandangkan sebelum ini ia menjadi tempat letak rokok yang mengandungi pelbagai bahan kimia. Menurut Swinder, lima daripada 100 orang akan mengalami simptom gusi berdarah. Apa yang boleh dilakukan ialah berkumur dengan air suam dan garam selain menggunakan ubat gigi kanak-kanak untuk memberus gigi dengan berus gigi lembut. "Vitamin C yang dibekalkan pula bertujuan memulihkan sel-sel yang rosak. Selera makan seseorang juga akan bertambah kerana sebelum ini nikotin bertindak untuk mengekang selera mereka," ujarnya yang kerap menasihatkan pesakit mengawal pemakanan selain kerap bersenam. Jelas beliau, mereka yang datang untuk merawat ketagihan merokok terdiri daripada kelompok yang berumur antara 20 hingga 72 tahun. Setiap bulan, Swinder berdepan dengan 10 hingga 15 kes baharu dan 120 hingga 130 kes berulang. "Ada yang datang ke sini sekadar cuba-cuba sahaja dan ada juga yang serius mahu berhenti merokok. "Kesemua ubat-ubatan ini mahal, tetapi di klinik ini kita berikan secara percuma. Jadi mereka harus memanfaatkan dengan baik," jelasnya yang turut mengadakan kempen ke sekolah-sekolah.
Melawan gian Gula-gula getah nikotin merupakan nikotin bersih yang diberikan menggantikan nikotin di dalam rokok yang mengandungi 7,000 bahan kimia. Semakin lama, mereka tidak bergantung kepada gula-gula getah nikotin kerana rasa gian telah hilang. "Konsepnya ialah sebaik sahaja seseorang masuk ke dalam bilik ini, dia harus berhenti merokok dan tidak akan merokok lagi apabila keluar dari klinik ini. "Ia kedengaran agak mustahil, tetapi ramai yang berjaya melakukannya dengan berbekalkan keazaman yang kuat dan bantuan ubat-ubatan yang diberikan," katanya sambil memberitahu setiap klien yang hadir akan dipantau. Kesungguhannya untuk membantu para perokok tegar berhenti merokok apabila Swinder tidak kisah memberikan nombor telefon bimbitnya andai mereka berdepan dengan masalah. "Tidak dinafikan ada yang kecundang di tengah jalan. Mereka kembali menghisap rokok kerana tidak kuat melawan rasa gian selain terpengaruh dengan rakan. "Saya akan nasihat, berikan motivasi dan sokongan. Mereka boleh menghantar mesej atau hubungi saya jika ada apa-apa masalah," ujarnya yang memulakan perkhidmatan di klinik berhenti merokok tersebut pada tahun 2005. Klinik berhenti merokok dibuka sejak 10 Mei 2004 oleh Dr. Sallehuddin Abu Bakar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dikendalikan oleh jururawat terlatih atau kaunselor yang berdaftar, klinik berhenti merokok tersebut pernah mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Klinik Berhenti Merokok di Wilayah Persekutuan pada tahun 2005 dan 2006 sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia. | ||
Tradisi minum teh negara Matahari Terbit Posted: 02 Jun 2013 05:53 PM PDT DI sebalik kemegahan budaya teh Cina yang tersohor seantero dunia, siapa sangka teh turut sinonim dalam budaya masyarakat di Jepun. Malah, setiap tiga tahun sekali ribuan peminat teh di negara itu akan berkumpul bagi meraikan Festival Teh Dunia yang disambut pada setiap bulan Mei. Sepanjang festival itu, pengunjung bukan sahaja berpeluang mengetahui pelbagai sejarah mengenai teh, malah berpeluang melihat sendiri keunikan tradisi dan teknik menghidangkan teh dari seluruh dunia. Sebut apa sahaja, daripada teknik menghidangkan teh menggunakan cerek tembikar seperti di Jepun atau teh ala Inggeris yang dihidangkan menggunakan cawan atau piring porselin kepada penggunaan bekas aluminium yang dikenali sebagai 'samovar' di Rusia. Tidak ketinggalan teh Turki yang dihidangkan di dalam gelas kecil unik, semuanya boleh dilihat sepanjang festival tersebut. Di samping itu, pengunjung boleh merasai sendiri aneka rasa teh ketika menyertai lawatan berpandu yang diketuai pakar-pakar teh ke kawasan ladang teh yang terdapat di sekitar lereng bukit di Shizuoka, Jepun. Jangan terkejut, ada teh yang mempunyai rasa manis, kelat serta seakan-akan citrus dan harganya pula mampu mencecah 300,000 yen sekilogram (RM8,812). Walaupun, kebanyakan harga runcit teh lebih rendah, namun harga yang ditetapkan oleh Kesatuan Industri Teh Kakegawa Jonan merupakan satu insentif kepada golongan pekerja. Ini kerana untuk mendapatkan kira-kira empat kilogram daun teh terpilih, ia memerlukan seramai 50 pekerja yang terpaksa bekerja sepanjang hari. Terdapat juga upacara yang menggunakan serbuk teh Jepun yang berwarna hijau yang dikacau dengan menggunakan sudu khas yang dibuat daripada buluh. Dikenali sebagai 'sado', teknik menghidangkan teh yang unik itu sarat dengan pelbagai simbolik. Paling penting adalah pergerakan tangan yang mengacau debu-debu halus teh di dalam cawan selain kek gula berwarna-warni yang dihidangkan bersama. Menjadi hidangan wajib setiap hari sama ada dalam bentuk teh asli atau teh hijau yang jernih, teh menjadi pilihan jutaan masyarakat di Jepun. Ia dinikmati di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat atau di dalam botol yang dijual di kedai-kedai runcit. Teh satu budaya Mitsuru Shirai yang mengetuai kilang pertanian dan pengeluaran teh Shizuoka berkata, di sesetengah tempat di Jepun, teh merupakan satu perniagaan yang dijalankan secara serius. "Teh sudah menjadi sebahagian daripada masyarakat di negara ini," katanya, sambil menyatakan festival tiga tahun sekali itu merupakan gabungan antara budaya dan industri. Penanaman teh telah bermula di negara itu sejak 800 tahun lalu. Pada hari ini, industri itu disokong kira-kira 15,000 petani dan 800 kilang. Ia menawarkan lebih 100,000 peluang pekerjaan dalam industri yang bernilai lebih RM1.32 bilion. Shizuoka merupakan antara pengeluar teh terbesar di Jepun dengan mengeluarkan kira-kira 40 peratus teh kepada 128 juta penduduknya. Seperti petani, penanam-penanam teh juga tidak dapat lari daripada berkongsi masalah mereka. Pakar teh, Hidehiro Inagaki berkata, sejak tiga tahun yang lalu kira-kira 60 peratus ladang teh di Shizuoka terjejas teruk akibat musim sejuk yang melampau. "Sekiranya cuaca terlalu sejuk, pucuk daun teh tidak akan tumbuh kerana tumbuhan itu lazimnya menyimpan tenaga untuk memanaskan diri," katanya Disebabkan itu, penanam-penanam teh sanggup meletakkan kipas-kipas elektrik yang besar bagi menyalurkan udara panas ke ladang mereka. Ia nyata mencacatkan pemandangan, bagaimanapun dalam kalangan penanam teh, ia terpaksa dilakukan. Penyelidikan Beberapa minggu selepas tragedi di Fukushima pada 2011, apabila reaktor nuklear di situ mula mencair selepas dilanda tsunami, kepulan awan radiasi berselerakan di seluruh Jepun. Sebahagian kawasan ladang teh di sini dikatakan turut terkena tempiasnya. Satu kes membabitkan kira-kira 162 kilogram daun teh kering yang dibawa ke Paris, Perancis ditahan di lapangan terbang negara itu kerana dikesan mempunyai paras radiasi yang tinggi. Dua tahun selepas tragedi itu, Institut Penyelidikan Teh berterusan membuat analisis sampel tanah bagi mengesan tanda-tanda pencemaran. "Pada tahun ini kerajaan persekutuan tidak lagi melakukan ujian, tetapi kami tetap melakukannya untuk memastikan ia berada pada tahap terbaik," kata Kazuo Mochizuki, ketua institut berkenaan yang ditubuhkan pada 1908 bagi melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai variasi teh secara berterusan. Biarpun teknologi yang digunakan pada hari ini memudahkan proses tuaian daun teh di samping baka teh yang tahan lasak dan mengeluarkan hasil yang tinggi, tetapi bagi penanam teh veteran, Toshiharu Suguira, sifat semula jadi teh adalah seperti yang berada di depan matanya. Selepas 40 tahun mengusahakan ladang teh seluas 1.2 hektar itu yang diwarisi daripada bapanya, kawasan lereng bukit yang subur dengan daun teh masih kekal seperti sebelumnya. | ||
Posted: 02 Jun 2013 05:51 PM PDT
APABILA memperkatakan tentang sifat solat Rasulullah SAW, terdapat banyak pendapat yang mungkin bercanggah antara satu sama lain memandangkan wujudnya perbezaan mazhab dalam Islam. Justeru, bagi mengelakkan salah faham berlaku dalam kalangan umat Islam di Malaysia, pendakwah bebas, Muhammad Abdullah tampil dengan buku bertajuk Sifat Solat Nabi Mengikut Mazhab As-Syafie. Muhammad berkata, buku itu merupakan hasil rangkuman daripada kursus-kursus solat yang pernah diadakan sebelum ini. "Ia diterbitkan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai salah satu usaha memupuk kefahaman yang jitu mengenai kesempurnaan ibadah solat yang merupakan Rukun Islam kedua. "Buku ini ditulis bagi menjelaskan mengenai cara solat dan perkara-perkara yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad mengikut mazhab Imam Syafie yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Ia turut disertakan dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis sebagai hujahnya," ujar beliau yang turut dikenali sebagai Ustaz Amin. Menurut beliau, sebagai seorang Muslim, kita harus memahami bahawa solat itu merupakan tiang agama. Ia adalah satu ibadah yang dianugerah oleh Allah SWT terus kepada Rasulullah tanpa perantaraan Jibril a.s. "Nabi sendiri menyatakan bahawa sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agama. "Malah, baginda juga pernah bersabda bahawa sesungguhnya sempadan antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat. Ini menunjukkan betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita sehari-hari," terang Muhammad ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Tambahnya, dengan memperbaiki solat bermakna kita akan menyempurnakan ibadah tersebut seterusnya menggapai reda Ilahi. "Keberhasilan daripada kesempurnaan solat itu akan menyelamatkan kita daripada dua perkara. Pertama solat menjadi penghalang melakukan kemungkaran di dunia dan kedua terhindar daripada azab api neraka di akhirat kelak. "Justeru, saya berharap para pembaca termasuk saya sendiri dapat menunaikan solat dengan sempurna melalui panduan yang diberikan dalam buku ini," ujar beliau. Buku itu juga dilengkapi dengan teori yang secukupnya berasaskan nas-nas serta dalil mengikut pandangan mazhab Syafie di samping contoh-contoh gambar yang tepat dan padat. Panduan bergambar turut disertakan dalam contoh-contoh pelaksanaan solat yang betul, salah dan kurang tepat sebagai rujukan kepada masyarakat Islam melaksanakan ibadah ini. Terdapat lapan bab yang disusun mengikut tertib bagi memudahkan pembaca. Ia dimulai dengan pengenalan umum mengenai solat, tujuh kesempurnaan solat, rukun solat serta sifat solat Nabi dari takbir sehingga salam meliputi perkara rukun, sunat dan makruh. Tidak ketinggalan menjaga 10 perkara yang berkaitan dengan sembahyang, lain-lain berkaitan, khusyuk dalam sembahyang dan perbahasan kesalahan dalam solat. "Solat yang baik apabila dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Bagi orang yang beriman, solat merupakan penyejuk hati dan antara sumber ketenangan serta kebahagiaan. "Ini kerana solat yang disempurnakan dengan jiwa tauhid yang mendalam akan menjadikan rasa kehambaan melekat kuat di hati. Kecintaan pada Allah itu disulami dengan perasaan takut dan harap kepada-Nya. "Oleh itu, orang yang beriman akan menjaga solat wajibnya dan memperbanyakkan solat sunat, bahkan rindu serta terhibur dengan ibadah ini," ungkap Muhammad mengakhiri bicara. | ||
Populariti batik Indera Kayangan Posted: 02 Jun 2013 05:50 PM PDT
SENI batik amat sinonim dan terkenal di kawasan Pantai Timur. Kebanyakan jenama batik yang popular di Malaysia juga, biasanya diusahakan oleh anak jati Kelantan dan Terengganu. Begitu juga, bagi pengusaha batik jenama Sensasi Batik Asfa, Fauzi Mamat yang berasal dari Kelantan namun lebih selesa menjalankan perniagaan tersebut di Perlis. Ujar Fauzi, 46, alasannya amat mudah iaitu kurangnya persaingan di negeri paling hujung di utara tanah air itu selain isterinya, Yasmoon Hamad Musa, 44, berasal dari sana. "Saya memulakan perniagaan menghasilkan batik pada tahun 2005 dengan modal sebanyak RM5,000. Itu pun selepas mempunyai pengalaman selama lebih 13 tahun bekerja bersama pengusaha batik di Kelantan. "Sebelum itu pada tahun 1990 hingga 1991, saya menimba ilmu dalam bidang kraf tangan di Institut Kraf Negara (IKN) cawangan Kelantan. Di sana juga, saya mula mengenali isteri yang kemudian dinikahi pada tahun 1992," ujar Fauzi ketika ditemui Kosmo! dalam program Media Turun Padang ke Perlis dan Kedah anjuran Kraftangan Malaysia baru-baru ini. Menampilkan rekaan beridentiti kayangan sempena mengambil nama Perlis Indera Kayangan, Sensasi Batik Asfa kini semakin dikenali ramai. Menurut anak kelahiran Pasir Puteh itu, jenama batik mereka mengambil masa dua hingga tiga tahun sebelum dikenali ramai. Walaupun pada awalnya, sukar untuk meraih kepercayaan pelanggan terhadap produk mereka, tetapi usaha yang gigih akhirnya membuahkan hasil. "Kini, pelanggan yang datang untuk membuat tempahan semakin ramai terutama daripada jabatan dan agensi kerajaan, pihak sekolah serta politeknik. "Alhamdulillah, walaupun terdapat juga persaingan dengan produk batik cetak dari Thailand dan Indonesia yang lebih murah harganya, namun rezeki kami sentiasa ada. "Tambahan pula, bantuan yang diberikan oleh pihak Kraftangan Malaysia seperti menyediakan bengkel, secara tidak langsung membantu melancarkan operasi kami," jelas Fauzi yang kini mempunyai lima orang pekerja. Sementara itu, Yasmoon memberitahu, antara keistimewaan Sensasi Batik Asfa ialah pelanggan boleh memberi cadangan dan idea berkaitan rekaan atau corak batik yang diinginkan. "Biasanya, jika rekaan bersifat eksklusif, kami boleh menyiapkan dua helai setiap hari manakala rekaan ringkas seperti baju batik sekolah pula sekitar sembilan hingga 10 helai. "Kebanyakan rekaan kami berunsur flora dan fauna selain motif padi dan variasi dedaunan. Setiap tahun, pereka kraf tangan juga ada menyediakan tema untuk pengusaha batik. Contohnya tahun ini temanya kubisme manakala tahun 2012 seni pop," kata Yasmoon sambil menunjukkan satu rekaan yang berjaya disiapkan dalam tempoh kurang lima minit. Sebagai pasangan suami isteri, Fauzi dan Yasmoon bertuah kerana boleh bertukar-tukar pendapat memandangkan mereka berada dalam satu bidang yang sama. "Boleh dikatakan, kami saling melengkapi antara satu sama lain. Masing-masing boleh memberi idea dan kritikan membina," ungkapnya sambil tersenyum. Antara produk batik yang dihasilkan ialah blouse, kemeja, lukisan dan kain pasang. Harganya bermula daripada RM250 mengikut rekaan dan corak batik itu sendiri. Harga lukisan pula bermula daripada RM20 sehingga RM500. Fabrik yang digunakan ialah satin, sutera creep, jacquard dan polyester. Setiap bulan, Fauzi akan menempah kain putih sebanyak dua kali. Setiap pembelian untuk 10 gulung kain putih menelan belanja antara RM5,000 hingga RM6,000. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |