Selasa, 25 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Mesra Nabila Huda, Amy Search

Posted: 24 Jun 2013 11:12 PM PDT

Jarang sekali melihat keriangan anak dengan ayahnya terutama sekali kelibat Nabila Huda dengan ayahnya, Amy Search untuk bersama-sama bergambar. Kali ini berkesempatan untuk memperlihatkan kedua-duanya dalam sesi photoshoot. Mereka berdua digandingkan bersama, dan aksi-aksi mesra dua beranak ini dapat dilihat melalui lensa photo dibawah.

Gambar Isteri dan Anak Juara Imam Muda 1, 2, 3

Posted: 24 Jun 2013 10:00 PM PDT


Gambar dibawah adalah isteri dan juga anak kepada Juara Imam Muda 1, 2 dan 3. Mereka adalah Nur Husna Yusoff adalah isteri kepada Juara Imam Muda musim 1 2010, Ustaz Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan. Manakala Fardatul Ulfah Jamali pula adalah isteri kepada Juara Imam Muda 2 2011, Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya. Nurul Atikah Shahrudin pula adalah isteri kepada Juara Imam Muda 3 2012, Ustaz Abdul Jabbar A. Kahar.

Mungkin ada yang sudah mengenalinya dan ada yang belum, mari lihat.-Majalah Nur



Perkahwinan Rozita, Zain Saidin Terima Tajaan Sepenuhnya

Posted: 24 Jun 2013 09:00 PM PDT

Untunglah menjadi selebriti yang terkenal, asal sahaja nak kahwin, mesti ada yang sponser. Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang tidak lama lagi mahu berkahwin sudah mendapat sponsor perkahwinan mereka. Kiranya sponsor kali ini agak menyeluruh.

Ianya termasuklah dari segi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya sudah pun disediakan untuk majlis pernikahannya yang dijangka berlangsung penghujung tahun ini yang masih menjadi rahsia. Dan yang belum mendapat sponsor lagi adalah cenderamata untuk tetamu.

Difahamkan ramai berduyun-duyun nak jadi sponsor untuk majlis perkahwinan mereka, namun kata Rozita dan Zain mereka akan pilih mana satu sponsor yang terbaik untuk majlis itu nanti. -sumber Utusan

Gambar Fazura Bertudung Labuh

Posted: 24 Jun 2013 08:00 PM PDT


Ini adalah foto minggu lepas dimana Nur Fazura kelihatan bertudung/berhijab dan berjubah ketika menghadiri satu majlis yang tidak dapat dipastikan majlis apa kemungkinan majlis ilmu dengan turut bersama bergambar dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Muhamad. 

Kelihatan Nur Fazura kelihatan ayu dan anggun bila memakai tudung/hijab kan.
 

Awi Rafael, Hanez Suraya Putus Cinta!

Posted: 24 Jun 2013 06:00 PM PDT

Dalam tak disangka hubungan cinta diantara pasangan kekasih, Awi Rafael dan Hanez Suraya kini sudah terkubur. Mereka berpisah pada 22 Jun 2013 yang lalu.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh kedua-dua pihak melalui laman sosial Twitter masing-masing.

Punca dan sebab perpisahan masih lagi tidak diketahui. Apa-apa pun terserahlah kepada jodoh diantara mereka berdua.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines