Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Malisa J Tinggalkan Kerjaya Di Kelab Untuk Jadi Artis
- Hanya Artis Ada Nama Diberi Keutamaan Berlakon Siaran TV
- Malam Amal 3 Diva Ditunda Ke 3 September
- Hafiz minum kicap pekat!
- Debaran Anugerah Blockbuster 2!
- Bukan sebab bisnes tak laku!
- Zara pelengkap hidup Adi & Aida
- Daphne Iking jadi polis
- Tunjuk mewah, punca artis kena samun?
- Scha cabar diri!
- Pecah, dari novel ke filem
- Wanita dalam CCTV dicari
- Aliff mahu kuburkan kontroversi
- Siti Nurhaliza mahu ke Gaza
- Ikan bengalan digilai walaupun harga mencecah RM130 sekilogram
- Proton tawar kereta harga mampu milik esok
- Wang lesap, guru tanggung rugi
- Basikal lama jadi aksesori fesyen
- Helikopter didakwa terkecil di dunia
- Masak bersama blogger makanan
- Merungkai misteri sains di Kiddo Sains
- Terseliuh kaki ketika berfutsal
- Budaya kerja selamat elak kecelakaan
- Raikan bapa dengan hidangan istimewa
Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia Posted: 14 Jun 2013 02:08 AM PDT Zzati atau Nur Izzati Mohd. Rashid berkata, sebagai teman wanita penyerang Harimau Malaya itu, dia juga mahu melihat kerjaya Wan Zack berkembang pada peringkat antarabangsa. "Perkara ini belum sahih lagi sama ada di pulang atau tidak kerana belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak lagi. "Jika peminat kecewa dia pulang, saya sudah tentu lebih kecewa kerana saya juga ingin lihat dia bina kerjaya dan berjaya pada peringkat antarabangsa. "Saya faham dengan kerjayanya sebagai pemain bola sepak malah sentiasa beri semangat untuk dia terus bertahan di negara Matahari Terbit itu," katanya ketika dihubungi mStar Oline, di sini Khamis. Wan Zack menyertai kelab Ryukyu FC sejak Mac lalu. Selain diumpan dengan tawaran kemewahan Liga Malaysia, masalah teman wanita dikatakan turut menjadi punca pemain berusia 22 tahun itu ingin pulang ke tanah air. Kata Zzati, biarpun berjauhan, mereka sentiasa berhubung dengan pelbagai cara dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk berkomunikasi. "Saya rasa tidak ada sebarang masalah komunikasi antara kami sebab teknologi perhubungan sudah semakin canggih. "Kalau ingin melepaskan rindu kami boleh buat panggilan video sahaja, tidak seperti zaman dahulu yang tiada kemudahan seperti sekarang ini," katanya. Dalam pada itu, Zzati juga berkata dia akan ke Jepun jika diperlukan bagi memberi semangat kepada pemain tersebut. "Sekarang dia cedera dan tidak boleh beraksi, saya harap dia bersabar dan teruskan perjuangan di sana kerana semua masyarakat dan peminat bola sepak ingin melihat dia mengharumkan nama negara. "Insya-Allah, saya akan ke Jepun kalau diperlukan untuk beri semangat kepada dia," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Zzati kini sedang sibuk mempromosi 'single' terbaharunya berjudul Malu-Malu Mahu terbitan MVM Production Sdn. Bhd. | |||
Malisa J Tinggalkan Kerjaya Di Kelab Untuk Jadi Artis Posted: 14 Jun 2013 02:06 AM PDT Malisa, 29, yang terkenal bersama kumpulan muzik NRG sejak tahun 2006 menganggap masih belum terlambat untuk dia mencapai impian menjadi penyanyi di pentas muzik sebenar. "Kalau diikutkan memang sayang saya tinggalkan kerjaya tetap sebagai penyanyi pusat hiburan terkenal selain sudah lama bekerja bersama kumpulan NRG tapi ini adalah impian saya. "Saya mahu jadi penyanyi yang ada lagu sendiri dan karya itu dimainkan di radio dan televisyen," katanya selepas majlis pelancaran 'single' pertamanya berjudul Curiga, di sini, Khamis. Tambah Malisa, dia sudah mencuba pelbagai cara dan usaha untuk memasuki industri seni suara sebelum ini tetapi gagal. "Mungkin rezeki saya baru tiba, sebelum ini terlalu banyak sertai acara pertandingan menyanyi. Tambah Malisa, dalam usaha tersebut juga pelbagai cabaran terpaksa dilaluinya. "Saya tidak tahu mana langkah awal untuk buat lagu, dalam pada mencari-cari tapak itu juga saya sering ditipu. "Namun itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan usaha menjadi penyanyi," katanya. Ujar Malisa, dia sedia berhadapan dengan apa juga risiko dalam dunia hiburan dan tetap meneruskan usaha walaupun jika single pertama ini gagal. "Saya tahu risikonya dan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Saya akan teruskan kerja ini kerana saya memang betul-betul mahu berada dalam industri muzik bukan sekadar suka-suka," katanya. Malisa berharap percubaan kali ini berjaya memikat hati pendengar muzik tempatan.Single Curiga ciptaan Damian Mikhail dan lirik oleh Altimet ini mengetengahkan rentak progresif RNB pop. | |||
Hanya Artis Ada Nama Diberi Keutamaan Berlakon Siaran TV Posted: 14 Jun 2013 02:06 AM PDT Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, walaupun hal itu sering menjadi keluhan, pemilihan berdasarkan populariti pelakon oleh stesen penyiaran itu menjadi salah satu faktor penting dalam menentukan keupayaan sesebuah saluran untuk mendapat rating tinggi. "Saya akui pemilihan pelakon popular menjadi penanda aras sama ada drama atau telefilem itu akan mencapai jumlah tontonan tinggi atau tidak. "Pihak kami mahu memberikan yang terbaik mengikut kehendak penonton. Sebab itu stesen televisyen perlu memilih sendiri pelakon yang diinginkan dalam sesebuah penerbitan agar ia tidak gagal "Memang ramai yang mengeluh tentang hal ini apabila stesen televisyen yang menentukan pemilihan pelakon tetapi kami juga cuba membantu pelakon-pelakon yang kurang mendapat tawaran lakonan untuk membintangi watak-watak tertentu," katanya. Ahmad Izham ditemui pada majlis tayangan drama-drama untuk siaran Ramadan dan Aidilfitri di Alof Hotel di sini, pada Khamis. Tambah Ahmad Izham, walaupun sering memilih nama-nama popular, pihaknya tidak pernah mengabaikan bakat-bakat baru sebagai cara perkenalan kepada penonton. "Walaupun kami memilih hanya yang popular, tetapi bakat pelakon itu juga mesti bagus kerana penonton sekarang sudah bijak menilai yang mana berkualiti dan yang mana tidak. "Pada masa sama, kami tetap menampilkan pelakon-pelakon baru dalam drama dan telefilem yang diterbitkan. "Apa-apa pun, populariti tetap diutamakan dalam memilih pelakon untuk disiarkan kepada penonton," ujarnya. Sementara itu, menjelang sambutan Ramadan dan Aidilfitri masing-masing pada Julai dan Ogos depan, Media Prima meneruskan tradisi menyediakan pelbagai program 'Seindah Ramadan' dan 'Anugerah Syawal'. Kata Izham, pihaknya menghimpunkan pelbagai genre program seperti persembahan muzikal, dokumentari terbaik, filem, drama popular serta animasi sebagai sasaran penonton bagi saluran TV3, TV9, ntv7 dan 8TV. Sementara itu sempena Ramadan nanti, TV3 dan TV9 akan menyiarkan program-program khas seperti Qari Junior 2, Jejak Rasul 19, Bersamamu... Penuhi Impian, Madrasah 2, Sarapan Ramadan, Sembang Sahur dan Tanyalah Ustaz Edisi Ramadan. Bagi sambutan Aidilfitri pula, TV3 akan menyiarkan drama-drama menarik seperti Karlos Raya, Adnan Sempit Raya, Setia Hujung Nyawa Raya, Melodi raya 2013, Dikir Stail, Kisah Mualah dan FC Barcelona Asia Tour 2013. ntv7 pula tidak ketinggalan untuk membawakan variasi rancangan bertemakan 'Rasa Raya Rasa ceria' yang antaranya seperti konsert Westlife: The Farewell Concert, Big Bang Big Show Concert 2011 serta edisi suntingan khas anugerah Bella Awards 2013. Tidak ketinggalan filem-filem hebat seperti Little Fockers, How To Train Your Dragon, Crouching Tiger dan Hidden Dragon. Manakala 8TV pula bakal menyiarkan program Muslim In China 2013, The 8TV Quickie Raya Special-The Will, Kpop Music Fest In Sydney dan M Countdown: Hello Japan pada Aidilfitri nanti. | |||
Malam Amal 3 Diva Ditunda Ke 3 September Posted: 14 Jun 2013 02:05 AM PDT Pengarah Eksekutif, Kaizen Cosmetic, Sulaiman Ngah Dimin selaku penganjur persembahan itu berkata, penundaan tersebut dibuat disebabkan orang kenamaan (VVIP) yang dijemput melancarkan produk keluaran syarikat itu mempunyai aktiviti lain. "Pihak VVIP yang ingin melancarkan produk keluaran Kaizen Cosmetic sempena malam amal itu tidak dapat memberi komitmen kerana beliau mempunyai sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. "Sehubungan itu pihak kami terpaksa menundanya kepada 3 September depan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang Khamis. Dalam pada itu Sulaiman berkata, artis yang terlibat tidak menghadapi masalah dengan penundaan berkenaan sebaliknya mereka bersetuju untuk terus menghiburkan orang ramai pada tarikh baharu. Katanya, orang ramai yang sudah membeli tiket tidak perlu khuatir kerana tiket asal masih sah dan boleh digunakan. Tambahnya, lokasi acara berkenaan tetap tidak berubah iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Selain ketiga-tiga diva berkenaan, persembahan tersebut akan turut diserikan dengan kehadiran Didie Alias, Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak) sebagai pengacara bersama. Maklumat dan keterangan lanjut berhubung penundaan itu boleh dilakukan dengan menghubungi Rahimi di talian 03-62425104 atau 010-2454923. | |||
Posted: 14 Jun 2013 02:03 AM PDT Kemerduan dan kelantangan suara yang dimiliki penyanyi remaja, Hafiz Suip nyata mampu membawa karier nyanyiannya sehingga ke tahap yang membanggakan. Bagi meneruskan kejayaan itu, Hafiz kini tampil dengan buah tangan terbarunya berjudul Luahan Hati Anak Seni, yang merupakan album ketiganya. Album yang berkonsep 'mini magazine' ini mempertaruhkan sembilan buah lagu ciptaan komposer dan penulis lirik hebat Malaysia dan Indonesia seperti Ajai, LY dan Baiduri, Kuncidemak, serta Satriyaa Anggun. "Secara keseluruhannya, genre lagu-lagu yang terkandung dalam album ini adalah balada. Penghasilan album ini adalah khas buat peminat yang tidak pernah jemu menyokong karier saya. "Selain peminat, saya turut menghargai sokongan keluarga yang sentiasa membantu saya sejak awal. Oleh itu, dengan penghasilan album ini saya mahu dikenali sebagai Hafiz Suip kerana mahu berkongsi kejayaan ini bersama mereka," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran albumnya, kelmarin. Tambah Hafiz, banyak pengalaman dan cabaran baru yang ditimba sepanjang proses penghasilan album tersebut dijalankan. "Gara-gara demam dan tiada suara semasa proses rakaman di Indonesia, atas cadangan krew di sana saya terpaksa minum kicap pekat yang dicampur dengan perahan limau nipis. "Alhamdulillah, petua itu berkesan dan saya dapat sempurnakan proses rakaman dengan baik," katanya tersenyum gembira. Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Bahagiamu Deritaku, Mungkinkah, Hanya Ingin Kau Cinta, Deklamasiku, Kesimpulan, Patah Hati, Satu Cerita, Muara Hati dan Matahari. Walaupun telah berjaya menghasilkan dua album sebelumnya, nyata kemunculan Luahan Hati Anak Seni kali ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri apabila Hafiz telah menyumbang dua buah lagu ciptaannya sendiri. "Dalam album ini saya ada cipta dua buah lagu iaitu Deklamasiku dan Mungkinkah. Saya akui penghasilan dua lagu ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri. "Boleh dikatakan semua lagu yang ada dalam album ini adalah luahan hati saya sendiri tentang pengalaman hidup dan pengalaman pahit saya dalam bercinta," jelasnya. | |||
Debaran Anugerah Blockbuster 2! Posted: 14 Jun 2013 02:00 AM PDT Bertemakan gaya vintage kontemporari atau hipster, dua selebriti popular, Scha Al Yahya dan Datuk AC Mizal diberi peranan mengemudikan acara berprestij itu di samping beberapa selebriti, Hanis Zalikha, Hefny, Tasha Shila serta Hafizul sebagai pengacara karpet merah. Merupakan penganjuran kali kedua, majlis anugerah yang dianjurkan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) diharapkan membawa beberapa pembaharuan positif untuk memperbaiki kelemahan lalu. Tahun lalu, anugerah ini turut tidak terkecuali berhadapan dengan pelbagai kontroversi, cemuhan dan kritikan ekoran keberanian artis dalam berfesyen. Tidak kurang juga yang mempersoalkan nama kategori yang dipertandingkan kerana ianya hanyalah program anugerah yang memberi kuasa undian kepada penonton sahaja. Anugerah tahun ini menyaksikan pembaharuan apabila 16 kategori termasuk tiga anugerah khas, Anugerah PFM, Anugerah Astro First dan Anugerah Gempak WeChat turut dipertandingkan dan diadili oleh juri yang dilantik PFM. Jika tahun lalu, filem arahan pengarah hebat, Syamsul Yusof, KL Gangster berjaya dinobatkan sebagai Anugerah Filem Terhebat, pada tahun ini, sebanyak 10 filem bakal berentap meraih gelaran itu. Antaranya, termasuk filem 29 Februari, Aku Terima Nikahnya, Jiwa Taiko, Mael Lambong, Bujang Terlajak, Istanbul Aku Datang, Adik Manja Returns, Adnan Sempit 2, Aku Ada Kau Ada??? dan Hantu Kapcai. Kutipan Hantu Kapcai paling tinggi Berdasarkan ramalan awal pembaca Zass, ramai yang memilih filem arahan Ghaz Abu Bakar, Hantu Kapcai sebagai pemenang. Filem aksi komedi lakonan Zizan Razak dan Remy Ishak yang ditayangkan pada 27 September lalu berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM3.9 Juta sepanjang proses tayangan di pawagam. Namun, tidak kurang juga dengan filem gandingan pelakon hebat, Adi Putra dan Nora Danish, Aku Terima Nikahnya dan Istanbul Aku Datang, yang memberi saingan hebat kepada filem terbitan KRU Studios itu. Ditayangkan pada 8 November lalu, Istanbul Aku Datang arahan pengarah popular, Bernard Chauly berjaya dengan kutipan kasar RM3.58 juta. Mempertaruhkan pelakon cantik, Lisa Surihani dan pelakon lelaki hebat, Beto Kusyairy, Bernard juga memberanikan diri untuk menampilkan penyanyi, Tomok. Walaupun ia merupakan filem pertama lakonan Tomok, penyanyi itu berjaya menunjukkan lakonan mantap dan berkesan. Menerusi filem romantis arahan Eyra Rahman, Aku Terima Nikahnya pula berjaya mengutip RM2.75 juta sepanjang proses tayangan yang bermula 11 Oktober lalu. Giliran Adi Putra? Namun, sekiranya Anugerah Filem Terhebat bukan milik Aku Terima Nikahnya, filem ini masih mempunyai peluang untuk memenangi kategori Anugerah Hero Terhebat menerusi pencalonan pelakon hebat kelahiran Singapura, Adi Putra. Sering dipilih untuk menggalas watak antagonis, namun Adi membuktikan kemampuannya untuk menjayakan watak romantis bersama pelakon comel, Nora Danish. Namun, kehebatan Adi tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sebelum ini, Adi pernah diberi peranan watak seumpama ini menerusi drama bersiri, Sehangat Asmara, Teduhan Kasih, Tentang Dhia, Cinta Qaseh, Maharku Untukmu dan Mencintaimu. Mula menceburi bidang seni pada 2004, sehingga kini, Adi membintangi lebih daripada 10 filem dan 20 drama televisyen. Pun begitu, kehebatan, populariti dan profil yang dimiliki pelawak, Zizan Razak juga perlu diambil kira menerusi kategori ini. Malah, kemenangan itu mungkin menjadi miliknya kerana Zizan turut mempunyai kelompok peminat yang ramai dan disokong dengan kelab peminat, Zizan Razak FC. Beberapa perkara harus diambil kira apabila Zizan sering muncul sebagai pemenang di anugerah sebelum ini dan sekali gus mematahkan impian pelakon lain. Pernah menjulang trofi di majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) menerusi beberapa kategori termasuk, Pengacara TV Lelaki Popular (ABP 2011), Artis Komedi Lelaki Popular di (ABP 2012), dan empat kategori online termasuk Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial, Artis Lelaki Stailo, dan Artis Asia Paling Popular. Malah, menerusi kategori ini, Zizan mempunyai dua pencalonan termasuk menerusi filem Mael Lambong. Tetapi, jangan lupa pula pada nama besar seperti, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, Remy Ishak, Johan Raja Lawak dan Beto Kushairy kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan kelompok peminat tersendiri. Lisa Surihani vs Nora Danish Bagi kategori Anugerah Heroin Terhebat pula, kemungkinan besar, Lisa Surihani mempunyai harapan untuk menang, malah namanya turut mengungguli dua pencalonan termasuk bagi filem Saya Amat Mencintaimu (SAM). Menerusi filem, Istanbul Aku Datang, watak Lisa sebagai Dian sememangnya tidak menghampakan penonton. Jika diselak profil seni Lisa, pelakon cantik ini pernah memenangi Anugerah Pelakon Harapan Wanita menerusi filem I'm Not Single di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) pada 2008 dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan di FFM23 pada 2010. Selain itu, Lisa juga pernah menjulang trofi, Pelakon Filem Wanita Popular di ABP dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Ombak Rindu di Anugerah Skrin 2012. Namun, pemilik nama, Nora Danish juga tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak pernah memenangi anugerah besar di sepanjang penglibatannya, aura yang ada pada Nora Danish tidak boleh dinafikan. Malah, gandingannya bersama Adi Putra begitu serasi apatah lagi mereka pernah digandingkan bersama menerusi drama bersiri, Tentang Dhia. Pernah mendapat lebih 20 pencalonan di anugerah berprestij, selain daripada filem Aku Terima Nikahnya, Nora berjaya membawa watak Myra bersama Rusdi Ramli menerusi filem Mencari Cinta. Namun, perhatian harus juga diberi kepada selebriti popular yang dicalonkan termasuk Tiz Zaqyah, Yana Shamsudin, Nadiya Nisaa dan Intan Ladyana. | |||
Posted: 14 Jun 2013 01:59 AM PDT "Kali terakhir saya membintangi filem My Spy arahan Afdlin Shauki. Itu pun tiga tahun lalu. Kini tiba masanya saya muncul semula dengan filem sendiri," kata AC yang memiliki dua syarikat produksi iaitu Syarikat DNF Pictures Sdn Bhd (drama) dan MBI Movie (filem). Masih merahsiakan judul filem tersebut, kata AC, dia memilih untuk menghasilkan filem seram komedi yang kini dilihat semakin mendapat sambutan baik di kalangan penonton. "Filem ini akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat ini dan saya turut menggunakan khidmat pengarah tempatan untuk membantu tugas saya. "Memandangkan saya turut membintangi watak utama dalam filem ini, maka khidmat seorang lagi pengarah sangat diperlukan," ujar AC yang teruja menantikan hasil pertama filem terbitannya sendiri. Sekembalinya dalam dunia seni, tidak bererti bekas kumpulan 4U2C ini sudah melupakan bidang perniagaan. Menurut AC, dia masih meneruskan minatnya dalam bidang itu dan akan tetap bekerja keras untuk terus bergelar ahli perniagaan yang berjaya. "Perniagaan saya semakin berkembang kerana itulah saya kembali fokus pada karier seni. "Namun buat masa ini, saya kerap ke luar negara untuk menguruskan perniagaan dan saya harus membahagikan masa dengan baik antara dua bidang yang sangat saya minati ini," katanya yang baru-baru ini ke Korea bagi menguruskan kerjasama dengan negara tersebut. Dalam pada itu, AC bakal menjayakan Anugerah Blockbuster yang akan diadakan 14 hingga 15 Jun ini. | |||
Zara pelengkap hidup Adi & Aida Posted: 14 Jun 2013 01:57 AM PDT Malah, sekiranya sebelum ini hubungan itu pernah berantakan, kehadiran zuriat pastinya mampu mengubah segala-gala. Begitu juga dengan pasangan suami isteri, Adi Putra dan Aida Yusof, yang baru sahaja merasai pengalaman membesarkan cahaya mata mereka, Zara Adelia, lapan bulan. Walaupun kehadiran si kecil itu bukanlah daripada darah dagingnya, namun ia merupakan detik bermakna buat pasangan ini. Menurut Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera, 32, kehidupannya nyata berubah setelah bergelar bapa. "Setiap kehidupan kita mempunyai fasa yang berbeza dan berubah mengikut keadaan. Kehidupan bujang, berkahwin dan sehinggalah memiliki anak, ia memang berbeza. "Alhamdulillah, sejak kehadiran Zara, saya sentiasa dibuai keseronokan dan ia adalah pengalaman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. "Zara memberi inspirasi kepada saya, tidak kira dalam kehidupan peribadi mahupun kerjaya," kata pelakon kelahiran Singapura ini. Adi dan isteri, Zuhaida Yusof, 38, berkahwin pada 14 April 2006. Namun, sepanjang perkahwinan itu, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sendiri. Selepas berakhirnya pergolakan dalam rumah tangga pada Oktober tahun lalu, Adi dan isteri nekad mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkat. Sedia bantu isteri Walaupun sibuk dengan kerjaya seninya, namun Adi tidak melepaskan tanggungjawab membesarkan anak di bahu isterinya sahaja. Katanya, jika ada kelapangan, dia turut membantu dan memenuhi kelengkapan puteri kesayangannya itu. "Tugas menjaga anak memang banyak diuruskan oleh isteri, namun jika dia memerlukan bantuan, saya akan tolong. "Sebagai ibu bapa, kami sama-sama menguruskan Zara. Lagipun, Zara adalah anak yang baik dan tidak suka merengek. "Sepanjang usianya yang kini mencecah lapan bulan, saya perhatikan, Zara seorang yang suka memerhati dan perkembangan tumbesarannya sangat positif," kata pelakon filem Langgar ini. Ingin zuriat sendiri Masih berharap untuk memiliki anak sendiri, akui Adi, kehadiran cahaya mata pastinya dapat mengeratkan lagi ikatan rumah tangga. Menurutnya, dia juga tidak keberatan untuk mengambil anak angkat lagi sekiranya gagal memperoleh anak sendiri. "Insya-ALLAH, ada perancangan untuk mengambil anak angkat lagi di masa akan datang. "Namun, buat masa terdekat ini, kami akan membesarkan Zara terlebih dahulu. "Kami akan tetap berusaha untuk memiliki anak sendiri, namun ia bergantung kepada rezeki dan ketentuan dari-Nya," katanya yang mengakui lebih selektif dalam pemilihan watak setelah bergelar bapa. Filem arahan pertama Dalam kesibukan menguruskan karier lakonan, Adi bersama pengarah, Ghaz Abu Bakar akan bekerjasama dalam tugas pengarahan filem sulungnya, Suami Aku Ustaz. Mengakui pengalaman mengarahkan filem bukan semudah yang disangka, filem lakonan Adi, Nora Danish dan Izzue Islam, ini bakal ditayangkan pada tahun depan. "Alhamdulillah, penggambaran filem ini telah pun selesai. Kini, filem ini sedang melalui proses 'editing'. "Saya memang risau dan tak sabar menantikan reaksi daripada penonton kerana ia adalah filem pertama saya. "Dalam filem ini, Ghaz banyak membantu saya untuk memperkemaskan lagi jalan cerita dan tugas-tugas yang berkaitan. Saya suka naskhah ini kerana ia mengangkat konsep Islamik," katanya dan bersyukur dengan penerimaan penonton menerusi drama bersiri slot Akasia, Teduhan Kasih, yang sedang ditayangkan di TV3. Berehat sementara Sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, Adi membuat keputusan untuk berehat sementara waktu daripada menerima apa-apa tawaran lakonan. Katanya, selepas Aidilfitri nanti, barulah dia kembali berlakon dan memenuhi tawaran yang ada. "Sekarang ni dah bulan Rejab. Tak lama lagi kita bakal menyambut bulan puasa. "Jadi, peluang yang ada akan saya gunakan untuk berehat dan menghadiri majlis amal sahaja. "Lagipun, dalam masa setahun ni, jarang nak dapat cuti panjang," katanya mengakhiri perbualan. | |||
Posted: 14 Jun 2013 01:56 AM PDT Menurut Daphne, ini adalah kali pertama dia bekerja di bawah pengarah berbakat, Bade Azmi dan juga bergandingan dengan hero filem tersebut, Sharnaaz Ahmad. "Dalam filem ini saya memegang watak sebagai seorang polis bernama Sabrina. "Saya memang teruja memandangkan karakter yang saya bawa berlainan daripada lakonan saya sebelum ini. Tambahan pula saya menggunakan dialek orang Sabah, yang mana saya memang cukup selesa lakukannya. Mengulas lanjut mengenai karakternya, Daphne memberitahu, ia juga merupakan kali pertama dia terlibat dalam lakonan filem aksi. "Mujur ayah saya merupakan seorang bekas anggota polis. Untuk jayakan karakter ini saya ambil inspirasi daripada ayah saya sendiri. Ini sudah cukup membantu saya. "Filem kali ini bagi saya, memang mencabar dan sebagai seorang pelakon, saya akan cuba lakukan yang terbaik dan mengharapkan peminat akan berpuas hati dengan hasilnya nanti," jelasnya. Amal diet ketat? Melihat keadaan beberapa teman dan ahli keluarga yang menghidap penyakit kronik, sudah cukup memberi kesedaran buat Daphne untuk tidak mengabaikan kesihatan dirinya. "Sebenarnya, sejak tahun lalu lagi saya telah amalkan diet di mana saya tidak mengambil pemakanan yang bergula tapi setakat ini ianya belum konsisten. Memang orang nampak saya kurus, tapi sebenarnya tidak," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Sindiket, baru-baru ini. Menurutnya, selain mengamalkan pengambilan makanan yang tidak bergula, dia juga sering melakukan pelbagai aktiviti sihat supaya dietnya seimbang. "Dari segi pemakanan pula, ada kawan yang beri cadangan supaya mengambil beras perang tapi masalahnya tekak saya tidak berselera dengan rasanya. "Bagi saya, untuk menjaga kesihatan ia bukan hanya dari segi pemakanan, namun ia juga memerlukan aktiviti senaman. Kalau ada masa lapang saya akan buat yoga," katanya. | |||
Tunjuk mewah, punca artis kena samun? Posted: 14 Jun 2013 01:55 AM PDT Selain bintang terkenal, Nasha Aziz yang kerugian hampir RM40,000 apabila disamun dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat tidak lama dahulu, beberapa artis lain seperti Mizz Nina dan ND Lala turut mengalami nasib yang sama ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing. Malah juara Akademi Fantasia musim ketiga, Mawi atau Asmawi Ani turut kerugian RM10,000 apabila banglonya yang terletak di Bangi dimasuki perompak. Kes jenayah seperti ini haruslah dipandang serius oleh semua pihak, termasuklah golongan selebriti. Kehidupan mereka yang mewah membuatkan mereka mudah menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab. Bagi mengelak kes ini berulang lagi, maka mereka harus sentiasa berwaspada! Pandangan artis mengenai isu ini Kejadian samun boleh berlaku di mana-mana. Dalam perkara ini banyak yang perlu kita titik beratkan. Harus lebih berhati-hati bagi mengelak daripada menjadi mangsa. Sebagai artis, jangan terlalu menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang ada kerana ia akan mendorong berlakunya jenayah seperti ini. Selain itu, lengkapkanlah diri dengan ilmu mempertahankan diri seperti silat atau sebagainya." - Awie Saya pernah mengalami kejadian sebegini pada tahun lalu apabila rumah saya dipecah masuk dan mengalami kerugianhampir RM2,000. Kejadian ini membuatkan saya lebih berhati-hati dalam melakukan setiap perkara. Saya akui, walaupun kita terlalu berhati-hati tapi ia tetap berlaku. Nasihat saya, kalau boleh sediakan alatan untuk keselamatan diri kerana kejadian sebegini boleh berlaku di mana sahaja." - Sharifah Shahira Kita sebenarnya tidak dapat mengelakkan kes jenayah sebegini kerana ia sering berlaku di mana-mana. Paling ketara bagi mereka yang baru membuat pengeluaran wang yang banyak dari bank. Faktor itu membuatkan mereka mudah menjadi mangsa. Bagi kes sebegini, mereka harus ada peneman atau bodyguard bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya terjadi. Dan jangan pandang mudah terhadap kes sebegini." - Nash Saya pernah mengalami kejadian kena samun, ketika berjalan seorang diri tiba-tiba dua lelaki yang menaiki motosikal cuba menarik beg tangan saya. Namun Alhamdulillah ketika itu mereka tidak sempat mengambil beg tersebut kerana saya cepat-cepat duduk ketika kejadian berlaku. Sekiranya anda berdepan dengan situasi ini, jangan mudah panik. Kalau boleh elakkan jalan seorang diri di waktu malam kerana ketika itulah jenayah sering menghampiri kita. Saya juga berharap pihak berkuasa beri kelonggaran untuk artis menggunakan cermin gelap pada kenderaan atas faktor keselamatan." - Fouziah Gous Bagi mengelakkan kes pecah kenderaan dan samun, jangan simpan barangan berharga dalam kenderaan kerana ia merupakan antara penyebab yang mengundangnya kes sebegini berlaku. Artis juga jangan terlalu menunjuk-nunjuk kemewahan yang mereka ada. Selain itu, cuba elakkan keluar seorang diri pada waktu malam terutamanya wanita." - Ako Mustapa Saya bersyukur kerana tidak pernah berdepan kes sebegini. Biasanya, sebelum keluar rumah saya banyakkan berdoa dan bertawakal kepada ALLAH supaya sentiasa melindungi saya daripada sebarang kecelakaan yang tidak diingini. Selain itu, kita juga harus sentiasa berwaspada. Saya juga menyokong cadangan cermin gelap pada kenderaan bagi keselamatan artis." | |||
Posted: 14 Jun 2013 01:54 AM PDT Menurut Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 30, dia juga akhirnya mengalah dan menerima tawaran dari Astro setelah beberapa kali menolak untuk mengacarakan majlis berskala besar. "Sebelum ini, Astro memang ada tawarkan saya untuk mengacara majlis anugerah seperti ini, tetapi saya tolak kerana merasakan belum bersedia untuk mengacarakan program berskala besar. "Tetapi seorang individu yang rapat dengan saya pernah berkata, selagi saya tidak mencuba, bagaimana saya tahu perkara itu susah atau senang. Jadi akhirnya saya cabar diri untuk mengacarakan Anugerah Blockbuster 2 ini dan harapnya segalanya berjalan lancar," katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Blockbuster 2, baru-baru ini. Menyentuh mengenai gandingannya bersama Datuk AC Mizal, Scha berkata, biarpun gementar, namun dia bertuah kerana pernah bekerja dengan AC sebelum ini. "Tidak susah bekerja bersama beliau dan dia juga ada berkata akan berbincang mengenai cara pengacaraan kami nanti. "Bagusnya AC kerana walaupun dia berlawak, tapi dia masih ada input-input yang diberikan kepada penonton. Bagaimanapun rasa gementar masih ada sebab ini adalah program terbesar saya," katanya. Scha berkata, biarpun dia pernah mengacarakan program Sehati Berdansa sebelum ini, namun masih banyak persediaan persediaan yang perlu dilakukan. "Saya akui masih lemah dan banyak lagi ilmu pengacaraan yang perlu saya pelajari. Dari segi teknik pernafasan dan ada ketika saya 'blank', tiba-tiba tak tahu nak cakap apa. Frasa kata saya dalam Bahasa Melayu pun masih tak banyak lagi. Mengacara ni sebenarnya kena petah bercakap. "Masa mengacara Muzik-Muzik dengan AG, dia banyak juga bantu saya. Awal pun ada bagi nasihat dan tip pada saya," katanya. Jadi artis berdisiplin Berkongsi mengenai sikapnya dalam bekerja, Scha berkata, dia melatih dirinya agar sentiasa berdisiplin dalam setiap kerja yang dilakukan supaya prestasi kerjanya sentiasa berada dalam keadaan baik. Malah, Scha turut menyifatkan individu yang mempunyai disiplin kerja yang baik mampu memberikan kejayaan tidak kiralah apa sahaja bidang yang diceburi. "Sejak mula-mula berkecimpung dalam bidang seni lagi saya sudah melatih diri menjadi seorang yang berdisiplin. "Ada kalanya, saya terlewat juga ke set, tapi kita ambil hati pengarah dan pastikan kita hafal skrip dan sentiasa beri yang terbaik dalam lakonan," jelasnya. Berkongsi perkembangan terkininya, Scha berkata, dia baru saja selesai menjalani penggambaran Bila Hati Perempuan Menjerit. Drama 24 episod itu turut dibarisi seperti pelakon Kamal Adli dan Noorkhiriah itu akan disiarkan di Astro Prima. Scha juga bakal menjalani penggambaran telemovie berjudul Baran. Hadiah vespa Dalam pada itu, Scha sempat berkongsi kegembiraannya apabila menerima sebuah vespa daripada suami tercinta, Awal Ashaari sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini. Scha berkata, dia tidak sangka Awal masih mengingati permintaannya itu, kerana ia dibuat sebelum mereka berkahwin. "Saya pernah cakap dengan dia yang saya teringin nak vespa setelah berlakon dalam sebuah drama. Tapi dah lama saya cakap dengan dia, setahun setengah lalu. Tak sangka pula yang dia masih ingat. "Saya memang ada lesen, B2. Bila dah ada vespa senanglah untuk berulang-alik, nak hantar barang ke butik. Malah kadang-kadang saya yang bawa dia. Dia pun pandai bawa motor cuma dia memang lagi suka kalau saya yang bawa dia," katanya yang turut menerima sebiji kek yang turut diubah suai mengikut permintaannya. | |||
Posted: 14 Jun 2013 01:53 AM PDT Terbaru, sebuah lagi novel diangkat dan digarap oleh pengarah berbakat, Asrulhisyam Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black. Boleh dikatakan perkara ini sebagai khabar gembira buat peminat Bukufixi karya Nizam Bakeri yang berjudul Pecah bakal menemui mereka dalam bentuk visual di pawagam. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Izreen Azminda dan Sofi Jikan, Pecah digarap 90 peratus sama dengan karya sebenar. Menurut Black, tugas mengarah Pecah disifatkan mencabar ekoran dirinya perlu memastikan karyanya itu setanding dengan karya asal bagi memuaskan hati pembaca novel tersebut. "Paling mencabar buat saya adalah untuk memuaskan hati semua pembaca novel itu. Saya memang tak akan dapat memuaskan hati semua orang sebab ia subjektif. "Mesti ada yang tak puas hati dengan babak-babak. Saya hasilkan mengikut imaginasi saya, yang pasti imaginasi kita tak sama antara satu sama lain," katanya ketika ditemui pada Malam Pratonton Filem Pecah, malam kelmarin. Pecah merupakan filem kedua Black selepas Sesuatu Yang Tertinggal yang dihasilkan pada tahun 2010. Bercakap tentang penamat cerita itu yang tidak sama seperti dalam novel, penulis novel tersebut menjelaskan. "Ada babak dalam filem ini yang tak ada dalam novel tapi ada dalam manuskrip asal. "Kalau boleh saya ambil contoh, pada penamat cerita ini, wang dicampak ke dalam pagar rumah polis itu, ia tidak ada dalam novel kerana ia sudah diedit keluar dari novel atas persetujuan saya," kata Nizam. Berkisar tentang rompakan yang dijadikan sebagai satu perangkap untuk membalas dendam, pelakon yang pernah memenangi Watak Jahat dalam Filem atau Drama Anugerah Bintang Popular 2013, Sofi Jikan bergandingan dengan Tony Eusoff berjaya menghidupkan watak Alan serta Herman. Pelakon wanita yang terkenal dengan watak antagonis, Izreen sebagai Lydia bijak membawakan watak tersebut yang disembunyikan di sebalik watak protagonis yang dibawanya daripada awal cerita. Pecah mula ditayangkan hari ini di pawagam di seluruh Malaysia. | |||
Posted: 14 Jun 2013 01:40 AM PDT Berdasarkan rakaman terbabit, wanita berkenaan yang memakai baju, tudung dan seluar berwarna hitam, masuk ke dalam bank semata-mata untuk mengambil telefon bimbit tersebut. Wanita dianggarkan berusia lewat 20-an itu dilihat keluar dan masuk semula ke dalam bank untuk melakukan transaksi di mesin sama selang seminit kemudian. Pemilik telefon, Rosli Mustafa, 38, berkata, dia tertinggal telefonnya di mesin terbabit dan hanya menyedarinya sejam kemudian. "Saya terus membuat beberapa panggilan, tetapi telefon saya ditutup. "Apabila saya kembali semula ke bank, saya dapati telefon bimbit saya sudah tiada," katanya. Rosli berkata, dia kemudiannya meminta kebenaran pihak bank untuk melihat CCTV dipasang di tempat kejadian bagi menjejaki individu yang mengambil telefonnya. Katanya, berdasarkan rakaman tersebut, terdapat dua individu yang masuk ke bank berkenaan selepasnya. "Individu pertama seorang lelaki menggunakan mesin sama, tetapi tidak mengambil telefon saya. Selang beberapa minit kemudian, masuk wanita terbabit. "Saya tidak mahu berprasangka buruk, mungkin dia mengambil telefon itu untuk diserahkan kepada pihak lebih dipercayai agar dapat dikembalikan kepada saya semula," katanya. Bagaimanapun katanya, setelah lebih seminggu kejadian itu berlaku, tiada sesiapa tampil untuk memulangkan semula telefon tersebut kepadanya. "Telefon itu dibeli pada harga lebih RM2,500. Tambahan pula banyak kenangan saya dalam telefon itu. Saya harap wanita dalam rakaman CCTV ini dapat tampil dan berjumpa dengan saya. "Kini saya sedang mendapatkan kerjasama daripada pihak bank untuk mengesan transaksi dilakukan wanita berkenaan. Jika tiada sebarang pemulangan, kemungkinan saya akan membuat laporan polis berdasarkan bukti yang ada ini," katanya. Pemilik kedai cermin mata Optik Jengka itu berkata, kejadian yang menimpanya itu boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya bersikap lebih jujur. "Kalau terjumpa sesuatu yang bukan milik kita, tidak salah jika mengambilnya untuk diserahkan kepada pihak yang boleh memulangkannya kepada pemilik asal. "Kebetulan kejadian sebegini dirakam CCTV. Kalau tidak kerana CCTV sekali pun, ingatlah ALLAH SWT itu Maha Melihat," katanya. | |||
Aliff mahu kuburkan kontroversi Posted: 14 Jun 2013 01:35 AM PDT
BAD BOY! Gelaran itu melingkari perjalanan seni pemilik nama lengkap Mohamad Aliff Aziz. Pelantun lagu Jangan Ganggu Pacarku itu ibaratnya tidak putus-putus diancam kontroversi yang sama sekali menjejaskan imejnya. Fasa perubahan hidup daripada seorang remaja menjadi seorang lelaki matang barangkali dikaitkan dengan gelaran budak jahat itu. Baik Aliff mahupun keluarganya di Singapura, gelaran itu pasti menjejaskan reputasi sebagai artis yang kerjayanya sudah menjengah enam tahun. "Hal yang harus diakui, masyarakat menilai atas tindakan kita dan adakalanya hukuman itu diletakkan terlalu mudah sebelum tahu pucuk pangkalnya. "Terlalu banyak kontroversi membabitkan saya sejak tahun lalu dan untuk menukarkan imej budak jahat itu sangat mustahil. "Orang boleh bercakap apa jua tetapi jika boleh saya mahu memanipulasi imej budak jahat itu untuk kerjaya yang lebih baik. Walau apa pun, saya tidak boleh puaskan hati semua pihak. "Bukan tak kisah apabila ada yang menilai saya sebagai budak jahat tapi inilah kehidupan saya. Percakapan, perbuatan, pakaian dan adab saya sentiasa diperhatikan tapi apabila timbul label itu saya tidak suka. "Saya tidak boleh berubah secara drastik kerana kalau perubahan itu saya buat untuk puaskan hati orang ia tidak akan kekal. "Setiap manusia ada hak untuk hipokrit tapi secara individunya saya mahu jujur dengan diri saya," katanya yang ditemui pada Konsert Pencarian Penyampai Pi Mai FM di Prangin Mall, Pulau Pinang, baru-baru ini. Kejutan budaya Aliff menafikan dakwaan tindakannya yang mencetuskan kontroversi tanpa henti itu impak kejutan budaya sebagai artis yang sedang meniti fasa perubahan ke alam dewasa. Dia sebaliknya mahu tetap berusaha membuktikan kredibiliti dan bakatnya kepada peminat serta keluarga. "Saya boleh rasakan keluarga saya sangat kecewa dengan kisah-kisah hitam yang melanda saya akhir-akhir ini. Jadi saya mahu tangkis segala tohmahan itu dengan membuktikan bahawa saya ada sisi positif.
"Saya tidak fikir saya terkena kejutan budaya sebab lebih ramai lagi artis lain yang lebih teruk daripada saya. Hanya kerana satu sebab orang terus menghukum saya tanpa henti. Ini diri saya dan manusia tidak dapat lari daripada kesilapan," ujarnya. Dalam pada itu, Aliff mengulas tuduhan terbaharu mengenai dirinya yang dikatakan 'lalok' (khayal) ketika penggambaran sebuah telefilem baru-baru ini. Katanya, dia kelihatan seperti seorang yang sedang khayal akibat terlalu penat dan ekoran itu dia tidak mampu melayan individu di sekelilingnya. "Saya tahu apa yang saya lakukan dan Allah tahu setiap tindakan saya. Saya tidak boleh terima apabila timbul dakwaan saya terbabit dengan dadah. "Saya tidak mengambil dadah dan saya tidak mahu ada kaitan dengannya. Muka saya nampak khayal kerana terlalu penat. Bayangkan saya kena ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur hampir setiap hari untuk penggambaran," tegasnya. Hos biadap Minggu lalu, sebuah program hiburan yang bersiaran secara langsung telah memetik nama Aliff dan menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang berperangai keanak-anakan. Ia ekoran gambar Instagram milik penyanyi itu menanam dua bentuk cincin yang pernah dimilikinya bersama bekas kekasihnya, Adira. Menerusi program itu juga, Adira dijemput sebagai artis undangan untuk mengulas hubung kaitnya dengan tindakan Aliff menanam cincin terbabit. Susulan tuduhan Aliff bersifat kebudak-budakan, penyanyi berusia 22 tahun itu meluahkan perasaan geramnya menerusi laman Twitter miliknya dan membidas tindakan pengacara itu yang tidak profesional.
"Jadi pengacara jangan biadap. Jangan babitkan perkara yang tiada kena-mengena, sedangkan Adira pun tidak memberikan sebarang komen kenapa pula dia boleh sesuka hati menyifatkan saya berperangai seperti budak-budak? "Kenapa perlu sebut kata-kata begitu? Orang boleh bergurau kasar dengan saya tapi biarlah bertempat. Saya tidak kisah kalau dia kenalan lama saya tapi kami tidak pernah bersua dan dia boleh pula suka-suka cakap begitu. "Tindakan saya menanam cincin adalah ekspresi peribadi saya. Dia sebagai pengacara tidak berhak mempersoalkan tindak-tanduk saya," tegas Aliff. Menanam cincin itu bagi Aliff sebagai tanda penamat hubungan cintanya yang terdahulu. Aliff menyifatkan dia seorang lelaki yang sentimental dan tindakan itu sangat bermakna baginya. "Instagram dan Twitter tempat meluahkan perasaan. Tindakan itu bukan syirik, tidak mengaibkan sesiapa atau melibatkan sesiapa. "Menjadi seorang selebriti boleh jadi gila-gila tapi adab kena jaga," katanya. Keek Sakinah Selain itu, kisah video Keek pelakon Sharifah Sakinah yang membabitkan nama Aliff turut menjadi kontroversi memanaskan suhu industri hiburan baru-baru ini. Menjelaskan perkara itu, dia sudah memaafkan Sakinah selepas pelakon drama Bunga Merah Punya itu menghubungi ibu Aliff untuk memohon maaf. "Ketika video itu dirakam memang saya berada bersebelahan dengan Sakinah dan kerana terlalu penat saya tertidur. "Sakinah ada menyebut saya sebagai 'arwah' dan apabila video itu tersebar, keluarga saya yang paling banyak menerima tempias. "Bagaimanapun, Sakinah telah menghubungi ibu saya dan memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya. Saya rasa tidak timbul isu berbangkit kerana perkara ini sudah lama berlalu," kata Aliff. | |||
Posted: 14 Jun 2013 01:34 AM PDT SEBELUM ini penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin pernah berhasrat untuk bercuti ke Jerman bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bagi merehatkan diri. Selain bercuti, kemungkinan Datuk K akan menjalani rawatan fisioterapi di sana. Begitupun, perkara itu tidak menjadi dan terkini, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu menyimpan hasrat untuk ke wilayah Gaza di Palestin. Hasrat itu sudah lama diimpikan penyanyi berusia 34 tahun itu selepas tersentuh melihat rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak yang hidup menderita akibat kezaliman rejim Zionis. Siti juga berharap impiannya itu tertunai dengan segera. Kepada Kosmo! Siti melanjutkan perbualannya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Rebuild Gaza For A Nation di Hotel De Palma, Ampang, Selangor baru-baru ini. Kosmo!: Kenapakah Siti tidak jadi ke Jerman bersama suami? Sebelum ini memang Siti pernah berhasrat untuk ke Jerman. Bercuti dan dalam masa yang sama suami boleh menjalani fisioterapi di sana. Namun selepas mendapati fasiliti di Malaysia juga bagus, maka kami tidak jadi ke sana (Jerman). Khabarnya Siti berhasrat untuk ke Gaza? Sudah lama sebenarnya Siti mahu ke Gaza bagi melihat sendiri penderitaan rakyat di sana dan pada masa sama ingin memberikan bantuan yang diperlukan. (Pelakon) Afdlin Shauki sebelum ini pernah mengajak Siti ke sana tetapi malangnya masa dan keadaan tidak mengizinkan. Jadi, bilakah hasrat Siti ke Gaza itu akan terlaksana?
Siti perlu berbincang dengan suami terlebih dahulu untuk meminta izin daripadanya. Lagipun suami masih lagi menjalani proses rawatan susulan (akibat ditimpa kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada 13 Disember tahun lalu). Tidakkah Siti berasa gentar untuk ke Gaza? Kepada Allah Siti berserah segalanya. Apa yang Siti lihat rakan artis lain yang ke Gaza tidak mengalami sebarang kesulitan. Kalau hendak meninggal dunia sekali pun tidak sahaja di Gaza, di Malaysia juga boleh meninggal. Apakah persediaan Siti untuk ke Gaza? Ibarat kita ke sana untuk berjihad, jadi Siti kena sentiasa bersiap sedia. Buat masa ini Siti turut membantu sebanyak yang boleh untuk rakyat di sana. Apakah bentuk bantuan yang bakal disalurkan? Sebagai langkah membantu rakyat Gaza, Siti bersama-sama kumpulan nasyid Rabbani bakal mengadakan persembahan majlis minum petang Rebuild Gaza For A Nation yang bakal berlangsung di Hotel De Palma, Ampang pada 29 Jun ini. Bolehkah cerita lebih lanjut mengenai majlis tersebut? Majlis tersebut adalah usaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Rabbani Production Sdn. Bhd. bagi mengumpul dan membangunkan semula Gaza, daerah yang musnah teruk angkara serangan Zionis Israel. | |||
Ikan bengalan digilai walaupun harga mencecah RM130 sekilogram Posted: 14 Jun 2013 01:33 AM PDT BELAGA – Ikan air tawar, bengalan kini menjadi kegilaan ramai ekoran rasa isinya yang enak walaupun harga ikan liar itu dijual sehingga mencecah RM130 sekilogram. Bengalan atau nama saintifiknya, Puntioplites Bulu atau turut dipanggil tenggalan, merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai nilai pasaran tinggi. Menurut seorang nelayan, Rudis Tugang, 44, walaupun harga ikan itu tidak setanding dengan harga ikan empurau yang dianggap raja Sungai Sarawak dan ikan semah, keenakan isi bengalan dianggap antara yang terbaik. "Isinya lembut, padat dan lazat, manakala proses memburunya yang sukar telah membuatkan harga ikan ini sangat mahal sehingga mencecah RM130 sekilogram. "Bengalan hidup di air bersih dan sungai besar seperti Sungai Rajang," katanya ketika ditemui di sini kelmarin. | |||
Proton tawar kereta harga mampu milik esok Posted: 14 Jun 2013 01:31 AM PDT
JAKARTA – Proton akan menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah dan mampu dimiliki oleh semua esok. Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil berkata, pembeli dapat menjimatkan lebih daripada 10 peratus harga untuk kereta varian itu yang akan dilancarkan jualannya di bilik pameran Proton di Mutiara, Damansara. "Proton menawarkan harga yang lebih rendah, bukan harga yang lebih murah kepada para pembeli, tanpa sebarang kompromi terhadap aspek kualiti malah aspek keselamatannya dipertingkatkan," katanya kepada wartawan Malaysia pada acara pelancaran kereta Proton Preve di Hotel Indonesia Kempinski di sini semalam. Pelancaran itu dilakukan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan. Mohd. Khamil bagaimanapun enggan memberitahu jenis kereta yang akan ditawarkan itu dan meminta rakyat Malaysia menunggu pelancaran jualannya esok | |||
Wang lesap, guru tanggung rugi Posted: 14 Jun 2013 01:30 AM PDT
MELAKA – Harapan menggunung seorang guru untuk mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan melaburkan wang milik keluarganya berjumlah RM19 juta ke dalam akaun simpanan tetap berkecai apabila didakwa ditipu pegawai sebuah bank di sini yang juga merupakan rakan baiknya. Penipuan berlaku apabila wanita berusia 47 tahun tersebut mengambil keputusan untuk melabur selepas termakan dengan janji manis suspek mengatakan mangsa akan memperoleh lebih banyak faedah jika menyimpan ke dalam simpanan tetap bank tersebut pada penghujung 2010. Kesemua wang itu dilesapkan suspek dengan cara memasukkannya ke dalam akaun yang diciptanya sendiri menggunakan nama wanita itu sebelum memberi resit palsu untuk meyakinkan mangsa. Sepanjang tempoh itu, dia telah memindahkan RM8.2 juta daripada RM19 juta daripada akaun ciptaannya ke dalam tiga buah akaun rakan subahatnya secara atas talian setiap hari. Sementara baki wang itu tidak sempat dipindahkan kerana telah disekat oleh polis yang dapat menjejaki akaun ciptaan suspek tersebut selepas membuat siasatan. Mangsa dikatakan mahu memeriksa penyata akaun simpanan tetapnya pada awal tahun ini namun dihalang suspek dengan memberikan pelbagai alasan. | |||
Basikal lama jadi aksesori fesyen Posted: 14 Jun 2013 01:22 AM PDT DELFT - Dua usahawan Belanda menemui cara unik meraih keuntungan daripada beribu-ribu basikal lama yang ditinggalkan di Belanda dengan menukarnya menjadi barangan fesyen dan perabut. Pelajar seni reka industri, Lodewijk Bosman, 25, dan Hidde van der Straaten, 28, menubuhkan jenama The Upcycle di bandar universiti Delft di sini pada Januari 2012. Belanda mempunyai lebih banyak basikal iaitu 18 juta berbanding penduduk negara itu seramai 17 juta orang. Sekitar sejuta basikal baharu dibeli setiap tahun. Mereka membeli basikal terpakai untuk ditukarkan menjadi pelbagai barangan seperti lampu tidur, gelang tangan, tali pinggang dan bangku. Lampu tidur itu yang diperbuat daripada lampu basikal lama dijual pada harga 88 euro (RM370), sekali gus mendatangkan keuntungan lumayan. Rantai tangan yang diperbuat daripada rantai basikal berharga 10 euro (RM42) manakala tali pinggang getah tayar basikal dijual 30 euro (RM126). Produk tersebut mula dijual melalui laman web firma berkenaan pada Februari lalu dengan barangan tersebut kini mempunyai permintaan meluas di seluruh dunia. "Separuh daripada pelanggan kami merupakan orang tempatan dengan sebahagian lagi terdiri daripada pelanggan dari luar negara," kata Straaten. Mereka kini berharap untuk menjual produk The Upcycle di kedai-kedai cenderamata di seluruh negara tersebut. | |||
Helikopter didakwa terkecil di dunia Posted: 14 Jun 2013 01:21 AM PDT TOKYO - Sebuah syarikat pengeluar alat permainan Jepun membina helikopter yang didakwa terkecil di dunia. Dinamakan NANO-FALCON, pesawat mini tersebut dibina oleh firma CCP Co. NANO-FALCON dikawal menggunakan alat kawalan jauh inframerah. Panjang helikopter itu hanya 65 milimeter dengan berat 11 gram. Barangan permainan tersebut dijual pada harga sekitar AS$46. NANO-FALCON boleh diterbangkan untuk lima minit selepas dicaj selama setengah jam. Helikopter tersebut yang diperkenalkan pada Pameran Alat Permainan Antarabangsa di sini semalam boleh juga dicaj menggunakan portal USB. | |||
Posted: 14 Jun 2013 01:19 AM PDT
WALAUPUN terpaksa memandu dari Tanjung Malim, Perak ke ibu negara, Asliza Yusoff, 38, tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk menyertai pertandingan memasak buat pertama kali. Uniknya, pertandingan dikenali sebagai Anugerah Simplot - Blogger Makanan Terbaik itu hanya melibatkan tujuh peserta yang kesemuanya merupakan pengendali blog makanan. Asliza yang merupakan seorang pensyarah berdebar-debar untuk memulakan saingan. Tambahan pula, peserta-peserta lain yang ditemui di lokasi pertandingan iaitu di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur kelihatan hebat dan berbakat. Ibu kepada tiga orang anak itu hanya mampu berdoa dan pada masa sama mengharapkan sokongan padu suami dan anak-anak. "Sokongan mereka menaikkan semangat saya untuk membuat yang terbaik. Sebelum itu, saya telah mempelbagaikan kemahiran memasak agar dapat menghasilkan hidangan yang sedap," ujar Asliza yang ketika ditemui sedang bersedia untuk membeli-belah barangan keperluan bagi menyertai pertandingan di pasar raya Ben's Independent Brocer di Publika. Wang saku Setiap peserta diberikan wang saku sebanyak RM88 untuk membeli-belah barangan yang akan digunakan untuk memasak dengan syarat mereka harus membeli serta menggunakan produk hashbrown Simplot yang juga penaja utama pertandingan tersebut. Semua peserta diberikan masa selama 30 minit untuk membeli-belah dan satu jam untuk memasak sebelum dinilai panel hakim. Para hakim terdiri daripada pakar kulinari daripada Simplot, Chef Poobalan, Presiden Persatuan Kulinari Malaysia, Dr. Sidney Kan dan pemenang MasterChef Selebriti Malaysia, Datuk Fazley Yaakob. Kesemua masakan mereka dinilai menerusi enam kriteria utama iaitu rasa, kreativiti, teknik, kebersihan dan juga kemudahan penyediaan. Keenam-enam kriteria tersebut membuatkan semua peserta memberikan tumpuan sepenuhnya kepada masakan termasuk soal kebersihan dapur dan hiasan. Pengurus Pemasaran Komersial Serantau Simplot Asia Tenggara, Ong E-Laine turut turun padang untuk memberi semangat kepada peserta. E-Laine berjanji untuk terus menawarkan lebih banyak platform untuk blogger menunjukkan bakat serta daya kreativiti. Dalam pada itu, Asliza yang telah membelanjakan RM87.90 sudah bersedia dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan masakan sosej ayam kaserol mini bersama hashbrown Simplot. Dalam masa kurang sejam, Asliza berjaya menyediakan masakannya yang dipamer dalam dua pinggan berbeza. Pinggan pertama untuk diadili oleh para hakim dan satu lagi untuk sesi fotografi. Asliza dengan tenang menempatkan kaserol di atas pinggan bersegi sambil menghias menggunakan daun parsli Inggeris, telur hancur serta tomato ceri. "Saya selalu melayari laman masakan bagi tujuan mempelbagaikan masakan selain mencuba resipi-resipi baharu. Lagipun suami dan anak-anak saya menggemari masakan yang saya masak," ujar Asliza yang turut belajar memasak daripada ibu serta mertuanya. Selain memasak, Asliza juga banyak membuat kek dan pastri. Tatkala para juri mengumumkan nama barisan pemenang, Asliza kelihatan tersenyum lebar apabila namanya diumumkan di tempat ketiga. "Saya tidak percaya dengan kemenangan ini. Ia satu pengiktirafan kepada saya," kata Asliza. Suami Asliza, Mohd. Zaimiruddin Mohamed, 39, dan anak-anaknya, Nurul Adnin Aqilah, 13, serta Ibtisam Hulwani yang hadir di Publika turut gembira dengan kemenangan itu. "Suatu hari nanti, mungkin selepas bersara, saya mahu membuka kafe sendiri. Makanan signatur saya dan kegemaran suami ialah nasi Arab yang menggunakan arang bakar untuk memasak nasi," katanya yang berblog menggunakan alamat mothercooks.blogspot.com. Resipi mudah Bagi pemenang yang memenangi hadiah tempat kedua, Kelly Chin dari Kuala Lumpur, beliau menyediakan makanan telur bakar bersama hashbrown mini. Dia mengakui resipi tersebut antara resipi paling mudah, tetapi sangat enak dimakan. Kelly menggunakan laman blog kellysiewcooks.com. Dalam pada itu, pemenang utama, Jennifer Khoo, 38, seorang penganalisis sistem dari Kepong, Kuala Lumpur menampilkan masakan yang dilabel paling sempurna oleh hakim iaitu quiche salmon salai hashbrown Simplot. Jennifer mendapat inspirasi daripada ibunya yang mahir memasak masakan Baba Nyonya. Resipi yang dipertaruhkannya dalam pertandingan itu diperoleh daripada kakaknya. "Saya ubah sedikit resipi tersebut dengan menggunakan hashbrown dan ternyata ia berjaya. Sebelum aktif berblog, saya gemar berkongsi ilmu dalam rangkaian sosial Facebook," katanya yang baru mula berblog dua tahun lalu menggunakan alamat chasingfooddreams.blogspot.com. Jennifer membawa pulang trofi anugerah Simplot, wang tunai RM5,000, peralatan dapur Philips bernilai RM2,000 dan produk Simplot. Kelly pula memenangi wang tunai RM3,000, peralatan dapur Philips bernilai RM1,000 dan produk Simplot. Asliza memenangi wang tunai RM2,000, peralatan dapur Philips bernilai RM600 serta produk Simplot. | |||
Merungkai misteri sains di Kiddo Sains Posted: 14 Jun 2013 01:18 AM PDT KANAK-KANAK sememangnya berminat mempelajari apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kepada mereka, alam dan dunia ini penuh dengan peristiwa dan perkara menarik yang perlu diterokai. Didorong atas rasa minat, hal-hal mengenai bagaimana bayi dilahirkan dan kenapa air laut berwarna biru, mahu diketahui sebaik mungkin. Mereka bukan sahaja berminat dengan alam semula jadi, bahkan teknologi seharian seperti televisyen, komputer dan telefon. Minat kanak-kanak kepada hal-hal sedemikian menunjukkan betapa pentingnya pengajaran sains dalam bentuk mudah dan menyeronokkan. Menyedari hakikat itu, pakar sains, Prof. John Ooi Chin Sun berkongsi pengalamannya dengan membina Kiddo Sains di The Peak, Cheras. Ia sebuah pusat pembelajaran sains yang mementingkan uji kaji secara seronok, tetapi masih mengikut bab-bab mata pelajaran Sains di sekolah. Menariknya di Kiddo Sains, mereka menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan Mandarin sebagai bahasa perantaraan. "Kanak-kanak memiliki keinginan untuk menyelidik, mengetahui dan memahami. Sifat mereka memang suka bertanya itu dan ini. Jadi, jawapan kita kepada semua soalan mereka, misalnya apa warna langit, kenapa sabut timbul dan batu tenggelam, perlu dalam bentuk yang mudah dan menyeronokkan," kata Chin Sun. Menurut Chin Sun, Kiddo Sains dibangunkannya kerana beliau mendapati mata pelajaran Sains tidak diajar secara menyeronokkan di sekolah. Kesannya, ia memberi persepsi seolah-olah Sains itu sukar. Berpengalaman luas dalam mata pelajaran Sains, Chin Sun berkata, Kiddo Sains pada asalnya ialah sebuah pusat penjagaan kanak-kanak. Uji kaji Di pusat itu, pelajar diajar dan diterapkan kefahaman tentang sesuatu perkara berkaitan sains. Mereka juga melakukan uji kaji dan menggunakan produk tertentu untuk melihat kesannya. Sebagai contoh, jika topik pembelajaran ialah mengenai organ manusia dan haiwan, mereka akan membedah haiwan bagi melihat organ-organnya. "Mereka melakukan pembedahan ke atas haiwan seperti katak dan tikus. Ini merupakan silibus untuk pelajar tingkatan lima tetapi di Kiddo Sains, mereka tahu lebih awal tentang perkara ini," kata seorang tenaga pengajar yang juga pengasas bersama Kiddo Sains, Markus Ooi Swee Keong. Kiddo Sains The Peak mempunyai empat orang tenaga pengajar tetap dan dua orang guru bekerja secara sambilan. Kesemua mereka berpengalaman dalam subjek Sains dan mengajar lebih 80 pelajar Kiddo Sains daripada berbagai-bagai peringkat umur bermula dari empat hingga 12 tahun. Pelajar dibahagikan kepada tiga tahap pembelajaran iaitu Introducing Science untuk pelajar yang berumur seawal lima tahun hingga tujuh tahun, Discovery Science dari umur lapan hingga sembilan tahun dan Experimental Science dari umur 10 hingga 12 tahun. Pada akhir pembelajaran, pelajar dibenarkan membawa bahan-bahan kajian mereka untuk dijelaskan kepada ibu bapa masing-masing tentang apa yang telah dipelajari. Dengan erti kata lain, mereka mempelajari sains secara seronok dan mudah. Alam kehidupan "Sains bagi kanak-kanak bermula apabila mereka dapat berhubung dengan alam kehidupan melalui tindakan dan perlakuan sendiri seperti meniup belon atau sabun. "Peluang mempelajari sains ini terdapat di pelbagai tempat dan keadaan. Antaranya di dapur, sekolah, tepi kolam, sungai dan laut serta zoo. "Di Kiddo Sains, kami gabungkan semuanya supaya mereka tahu bahawa mempelajari sains itu seolah-olah berada di padang permainan. Kami bawa pelajar ke kolam dan zoo untuk aktiviti luar. "Mereka melakukan aktiviti amali sekali gus menghayati nilai-nilai murni yang relevan dalam sains," kata seorang lagi pengajar Kiddo Sains, Azizah Abdul Aziz. Sementara itu, di Kiddo Sains, terdapat tema tertentu yang digunakan setiap minggu, misalnya tema kitaran hidup serangga. Menerusi topik itu, pelajar akan diberi pendedahan bukan sahaja tentang kehidupan serangga bahkan bagaimana ia membiak dengan membuat pemerhatian langsung. Kiddo Sains The Peak yang beroperasi sejak dua tahun lalu turut mempunyai lima pusat lain seumpamanya. Ia menggunakan kombinasi pembelajaran sains dari Taiwan dan Singapura yang disesuaikan dengan kehendak pelajar tempatan. | |||
Terseliuh kaki ketika berfutsal Posted: 14 Jun 2013 01:17 AM PDT
BAGI penggemar permainan futsal khususnya anak-anak muda, mereka perlu berwaspada terhadap risiko kaki terseliuh. Kecederaan ligamen buku lali adalah perkara biasa semasa bersukan seperti bermain bola sepak. Hampir 25,000 orang di seluruh dunia direkodkan mengalami masalah tersebut setiap hari. Kaki terseliuh sering dikaitkan sebagai akibat pemakaian kasut yang tidak sesuai, tersilap langkah atau kurang bernasib baik semasa melakukan gerakan. Bukan itu sahaja, ia juga berlaku apabila kaki terpulas, terpusing atau terlipat melebihi had lazim. Ligamen buku lali merupakan penahan efektif, tetapi disebabkan asakan yang keterlaluan, sebahagian atau keseluruhan ligamen boleh terkoyak. Kebiasaannya, kedudukan kaki yang tidak selesa semasa berlari, memanjat atau menuruni bukit curam adalah punca biasa kaki terseliuh. Begitu juga jika anda tersilap langkah ketika turun dari katil. Kecederaan juga boleh terjadi apabila memijak permukaan tidak rata terutamanya yang berlaku secara tiba-tiba seperti terjerumus ke dalam lubang. Sesetengah acara olahraga, misalnya bola keranjang dan bola jaring yang memerlukan pergerakan meloncat, mungkin mencederakan buku lali iaitu semasa kaki kembali berpijak secara tidak sempurna di atas tanah. Bagaimana anda tahu kaki terseliuh? Pergerakan luar biasa boleh menjadi penyebab kaki terseliuh. Insiden terseliuh yang paling lazim ialah kaki dalam kedudukan fleksi plantar yang berpijak secara tidak selesa berikutan pergerakan kaki yang berterusan. Kalau buku lali anda bengkak, kemungkinan besar anda telah terseliuh atau mengalami kecederaan yang lebih teruk daripada itu, sehinggakan pergerakan sedikit pun akan mengundang kesakitan. Bila anda harus bimbang? Kebanyakan kes terseliuh pergelangan kaki yang sederhana tidak memerlukan rawatan di hospital. Anda perlu berjaga-jaga tetapi jangan panik sekiranya: * Kesakitan tidak dirawat sebaiknya di hospital. * Anda tidak berupaya berjalan dengan selesa walaupun pergerakan melebihi empat langkah atau anda mengalami kesakitan yang teruk apabila menekan maleolus medial atau maleolus lateral iaitu benjol bertulang di setiap sisi buku lali. Ia memerlukan pemeriksaan radiograf bagi mengetahui sama ada berlaku keretakan tulang atau tidak. *Anda tidak boleh menggerakkan buku lali yang tercedera itu dengan selesa. *Kaki atau buku lali membengkak secara luar biasa. *Kaki atau jari anda kebas. *Keadaan anda tidak beransur pulih selepas beberapa hari. Apa yang harus dibimbangkan? Kebanyakan kaki terseliuh boleh dirawat secara konservatif tetapi ia perlu dilakukan pada peringkat awal. Terseliuh yang lebih teruk mungkin memerlukan penggunaan pendakap gelang kaki bagi menyembuhkan ligamen yang tercedera. | |||
Budaya kerja selamat elak kecelakaan Posted: 14 Jun 2013 01:16 AM PDT
SETIAP kali kita menaiki kenderaan untuk ke tempat kerja, kita selalu melihat pekerja pemotong rumput di tepi jalan bekerja tanpa meletakkan sebarang papan tanda amaran. Begitu juga ada pekerja di tapak binaan yang tidak memakai topi keselamatan atau pakaian yang sepatutnya. Malah, ada yang menolak kampit simen dengan berkaki ayam. Apakah yang boleh kita tafsirkan daripada semua keadaan tersebut? Itulah hakikat budaya kerja selamat di kebanyakan tempat kerja di negara ini. Kita tidak pernah berasa bahawa semua tindakan boleh mengundang risiko kepada diri dan juga orang awam lain. Ia mungkin tidak menjadi isu sekiranya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Bagaimanapun, cara kerja selamat wajar diberi perhatian sepanjang masa. Dalam bulan-bulan terakhir ini, beberapa tragedi wajar membuka mata semua pihak mengenai budaya kerja selamat. Terbaharu, kejadian penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh dan meragut nyawa orang awam. Ia berlaku tidak lama setelah kita dikejutkan dengan berita sebuah bot ekspres penumpang karam di Belaga, Sarawak yang mengorbankan beberapa orang penumpang. Kesalahan manusia Sejak sekian lama orang percaya bahawa apabila sesuatu kemalangan berlaku, ia disebabkan oleh kesilapan teknikal atau sebab-sebab yang di luar kawalan manusia. Hakikatnya, kajian psikologi pada akhirnya merumuskan bahawa kecuaian manusia adalah punca kepada kebanyakan tragedi besar yang berlaku. Tragedi letupan reaktor nuklear Chernobyl di Ukraine pada tahun 1986 merupakan sejarah malang bagi umat manusia. Ia bukan sekadar mengorbankan nyawa, malah radiasi nuklear terus mengancam nyawa penduduk sekitarnya sehingga hari ini. Pengkaji merumuskan bahawa letupan nuklear itu diibaratkan sebagai pemandu nakal yang gagal mengendalikan kenderaannya. Dunia juga menyaksikan bahawa pengabaian terhadap budaya selamat ini telah mengorbankan banyak nyawa. Pada tahun 2003, kapal angkasa Columbia telah meletup ketika cuba memasuki semula atmosfera bumi. Kesemua tujuh orang angkasawan yang berada dalam kapal angkasa tersebut terkorban. Walaupun diandaikan terdapat kerosakan teknikal, pasukan panel penyiasat kemudian mendapati banyak isu mengenai budaya kerja selamat yang diabaikan oleh pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat. Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama tragedi kapal angkasa meragut nyawa manusia. Pada tahun 1986, kapal angkasa Challenger meletup dan musnah selepas beberapa saat dilancarkan. Kajian-kajian selepas itu mendapati mereka yang terlibat dalam projek berkenaan telah mengabaikan peraturan keselamatan. Antara lainnya disebabkan oleh kekangan kewangan dan faktor ekonomi. Peraturan Begitulah juga yang selalu terjadi dalam banyak kes kemalangan di tempat kerja yang lain. Sikap dan kelakuan manusia itulah yang telah mencetuskan banyak tragedi sehingga mengancam nyawa dan keselamatan orang ramai. Dalam budaya kerja kita, aspek keselamatan ini masih lagi terkebelakang. Budaya kerja selamat ini pula perlu dimulai oleh pihak pengurusan atau majikan kerana merekalah yang mampu melaksanakan peraturan dan mengawal pekerjanya. Peraturan yang ditetapkan oleh pihak pemerintah tidak akan membantu sekiranya majikan tidak memberikan perhatian. Peraturan yang ada juga tidak dapat mengubah apa-apa sekiranya keuntungan wang ringgit menjadi keutamaan, sekalipun mengabaikan keselamatan pekerja. Mutakhir ini, dengan kebanjiran pekerja asing yang mungkin datang daripada pelbagai latar belakang dan budaya, perhatian terhadap budaya kerja selamat sepatutnya diperketatkan lagi. Mereka yang datang dari negara miskin misalnya, mungkin tidak menghiraukan aspek keselamatan kerana apa yang utama bagi mereka adalah untuk mendapatkan upah bagi menyara keluarga mereka. Mereka juga mungkin berhadapan dengan masalah bagi membaca Prosedur Operasi Standard tertentu yang mungkin ditulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Sebab itu, hanya dengan pelaksanaan peraturan yang tegas kita mampu membina budaya kerja selamat. | |||
Raikan bapa dengan hidangan istimewa Posted: 14 Jun 2013 01:15 AM PDT
MASIH mencari-cari lokasi menarik untuk meraikan bapa tercinta sempena Hari Bapa tahun ini? Apa kata anda membawa insan teristimewa itu dan ahli keluarga lain ke Restoran Kembali Kitchen di Hotel Best Western yang terletak di Dua Sentral, Kuala Lumpur. Hotel tersebut menawarkan hidangan minum petang yang lazat. Suasana santai dengan hiasan dalaman mewah di Kembali Kitchen pasti membuatkan bapa anda berasa gembira. Tawaran istimewa pada hari Ahad ini yang bermula pukul 12 tengah hari hingga 4 petang menyediakan pilihan hidangan bercita rasa tempatan dan antarabangsa. Antara hidangan tersebut termasuk pelbagai jenis pilihan salad segar, kambing panggang dengan sos cendawan, rendang tok, ayam lemon, ketam cili Singapura dan stik ikan salmon selain pemanis mulut. Pengurus Komunikasi Korporatnya, M. Pugeneswary memberitahu, setiap bapa akan diberikan hadiah menarik sebagai cenderamata sebaik sahaja melangkah masuk ke Kembali Kitchen. "Ia merupakan peluang terbaik buat anak-anak memanjakan bapa masing-masing sebagai salah satu cara menghargai jasa dan pengorbanan mereka," katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan menu istimewa Hari Bapa di hotel tersebut baru-baru ini. Kembali Kitchen beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 6 pagi hingga 10.30 malam merangkumi sarapan, tengah hari dan makan malam. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |