LIGA BOLASEPAK MALAYSIA |
- Penyokong Kelantan mengamuk
- Kecoh di Stadium Perak
- FAM tolak rayuan Aidil
- Keputusan 25 Jun 2013 - LIGA SUPER 2013
- Keputusan 22 Jun 2013 - LIGA SUPER
- Thaore wira Sabah
- Keputusan Perlawanan 21 Jun 2013: Liga Super & Liga Premier
- Baddrol kebanggaan Hijau Kuning
- Rozabil ganti Shahidan
- Liga-M diswasta 2015
- Bergabung usul EGM!
- Bobby Gonzales permata Borneo
- ‘Moga-moga selamat’
- Shakir tekad selamat maruah Jang
- ‘Buat malu saja...’
- Harimau Malaya tewas tipis
- Kehilangan besar ATM
- Naik ke Liga Perdana, FAP terima insentif RM250,000
- Singa Utara puji komitmen Mukhriz
- Transkrip lengkap mesyuarat FAM ke 24
- PIALA FA 2013 - Separuk Akhir Ke 2 Pahang FA vs Johor Darul Takzim FC
- ‘Buang masa!’
- LIGA SUPER 2013: Keputusan Perlawanan 22 Mei 2013
- LIGA PREMIER 2013 - Keputusan Perlawanan 21 Mei 2013
- LIGA SUPER - Keputusan 17 & 18 Mei 2013
Posted: 25 Jun 2013 10:33 PM PDT Sumber: Utusan Malaysia
KOTA BHARU - Ribuan penyokong The Red Warriors yang berang merempuh pintu utama stadium selepas tiket perlawanan akhir Piala FA habis dijual dalam tempoh lima minit sejurus kaunter jualan mula dibuka 9.30 pagi, semalam. Situasi tersebut menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong The Red Warriors yang kebanyakan mula beratur di kaunter jualan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini seawal pukul 6.30 pagi untuk membeli tiket tersebut. Mereka yang ditemui meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang disifatkan tidak berlaku adil dengan tindakan tersebut. Seorang penyokong, Mohd. Hamdan Abdul Mutalib, 37, mempersoalkan bagaimana tiket tersebut boleh habis dijual dalam tempoh lima minit sebaik sahaja kaunter jualan dibuka. Menurutnya, dia hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan tiket mula dijual kepada penyokong mulai semalam. "Ini bukan kali pertama masalah ini berlaku. Setiap kali Kelantan beraksi pada perlawanan akhir kejadian ini pasti berulang dan saya teramat kecewa dengan tindakan KAFA ini. "Selaku penyokong saya rasa tertipu dengan tindakan ini. Saya beratur seawal pukul 7 pagi semata-mata untuk mendapatkan tiket final, namun apa yang ada hanyalah tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang. "Tindakan KAFA berbuat demikian bukanlah sesuatu yang bijak. Tiket final sepatutnya dijual secara berasingan dengan perlawanan biasa, ini bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter jualan," katanya di sini, semalam. Mohd. Hamdan mendesak KAFA memberikan penjelasan kepada penyokong berhubung insiden tersebut. Seorang lagi penyokong, Nurul Azuan Zulkifli, 23, memberitahu apa yang mengejutkannya, ada beberapa individu yang bertindak sebagai ulat menjual tiket final dengan harga tinggi daripada harga asal. "Saya terkejut, bagaimana ulat boleh mendapat tiket-tiket final, sedangkan pengumuman yang dibuat pada pukul 10.30 pagi memberitahu tiket telah habis terjual. "Bukan itu sahaja, tiket tersebut dijual dengan harga antara RM45 hingga RM80 untuk sekeping," ujarnya. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lebih 1,000 penyokong Kelantan beratur panjang untuk membeli tiket final, bagaimanapun gagal selepas tiket berkenaan habis dalam tempoh lima minit. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 25 Jun 2013 10:29 PM PDT Sumber: Harian Metro
Ipoh: Pasukan dari Singapura, LionsXII FC semakin menghampiri kejuaraan Liga Super buat kali pertama walaupun terikat 1-1 pada perlawanan menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi. Keputusan seri itu meletakkan anak didik V Sundramoorthy terus unggul di persada Liga Super dengan kutipan 40 mata, kelebihan empat mata ke atas Selangor yang merampas tangga kedua dari Johor Darul Takzim (DT), dengan saingan liga berbaki dua perlawanan. Bagaimanapun kekecohan berlaku apabila pemain Perak Khairi Kiman diarah keluar padang oleh pengadil kerana mengutip kad kuning kedua pada masa kecederaan separuh masa kedua. Situasi itu menyebabkan kem Perak yang tidak berpuas hati menyerbu masuk ke padang dan cuba berdepan dengan pengadil sehingga berlaku kekecohan apabila pemain LionsXII turut bertindak balas sehingga memaksa pegawai keselamatan dan pegawai kedua-dua pasukan meleraikan mereka. Pada perlawanan di Ipoh itu, skuad Seladang berada di depan menerusi jaringan Paulo Rangel pada minit ke-58 sebelum Shahfiq Ghani menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada minit ke-75. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 25 Jun 2013 10:27 PM PDT Sumber: Sinar Harian PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan pemain pertahanan Johor Darul Takzim (Johor DT), Aidil Zafuan yang dilayangkan kad merah ketika berdepan dengan Lions XII, Sabtu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Ab Razak menjelaskan penolakan rayuan Aidil berdasarkan kesalahan di bawah Perkara 35.3(2) mengenai penggantungan secara automatik pemain yang dilayangkan dua kad kuning mahupun merah. "Layangan kad kuning dan kad merah adalah keputusan pengadil. Mana-mana pemain dilayangkan dua kad kuning digantung satu perlawanan, namun bagi kad merah yang dilayangkan secara terus digantung dua perlawanan. "Peraturan ini diguna pakai di mana-mana liga seluruh dunia, cuma masalah yang berlaku ada sesetengah liga penggantungan dua perlawanan tidak melibatkan perlawanan kalah mati. "Namun dalam Kod Tatatertib FAM menjelaskan, mana-mana pemain yang bermain dalam Liga Malaysia seandainya dilayangkan dua kad kuning dan kad merah tidak boleh beraksi dalam saingan liga dan juga perlawanan kalah mati. "Bagi kes Aidil ini ia jelas di mana keputusan diambil tertakluk di bawah Perkara 35.3(2) dan FAM mengambil keputusan menolak rayuan tersebut serta hukuman gantung dua perlawanan kekal," katanya. Keputusan FAM tersebut menyebabkan Aidil bakal terlepas aksi akhir menentang Kelantan, Sabtu ini selepas dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan ke atas pemain Lions XII, Irwan Shah dalam perlawanan yang berkesudahan 1-1. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan 25 Jun 2013 - LIGA SUPER 2013 Posted: 25 Jun 2013 09:43 PM PDT
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan 22 Jun 2013 - LIGA SUPER Posted: 22 Jun 2013 10:28 PM PDT 22 JUN 2013 (SABTU)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 22 Jun 2013 01:06 AM PDT Sumber: Harian Metro Kota Kinabalu: Pemain import Sabah, Koh Thaore dijulang sebagai wira apabila menjaringkan lima gol untuk membantu tuan rumah menewaskan PDRM, 5-3 pada saingan Liga Perdana di Stadium Likas, petang semalam. Thaore memulakan aksi dengan gol pertama pada minit ke-10 sebaik menerima lorongan Zainizam Marjam dan terus merembat menerjah gawang pasukan pelawat. Kelekaan pertahanan tuan rumah membuka peluang buat Kaye Edrisar menyamakan kedudukan apabila berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol, Shahril Sa'ari pada minit ke-21. Traore mengambil peluang menambah jaringan pada minit ke-32 hasil hantaran Alto Linus di dalam kotak penalti. Empat minit selepas itu, Traore mencipta hatrik apabila merembat kencang bola ke gawang lawan pada minit ke-36 bagi membolehkan Sabah mendahului 3-1. Kegagalan penjaga gol tuan rumah, Shahril Sa'ari menampan bola memberi peluang buat Khairul Izuan Abdullah menjaringkan gol kedua PDRM pada minit ke-41. Pada babak kedua, Sabahawks menambah jaringan keempat hasil percubaan Thaore pada minit ke-57 yang menerima hantaran lintang Alto Linus dalam kotak penalti pelawat. Tiga minit kemudian, kealpaan pertahanan Sabah memberi peluang buat PDRM menambah gol ketiga hasil percubaan Khairul Amar Kasim dari dalam kotak penalti. Kesilapan penjaga gol lawan yang terlepas bola percubaan Alto Linus membuka peluang buat Traore menambah gol kelima pada minit ke-80. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keputusan Perlawanan 21 Jun 2013: Liga Super & Liga Premier Posted: 21 Jun 2013 08:16 PM PDT LIGA SUPER
LIGA PREMIER
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Baddrol kebanggaan Hijau Kuning Posted: 18 Jun 2013 06:25 PM PDT Sumber: SInar Harian NAMA Baddrol Bakhtiar rasanya tidak perlu lagi perkenalkan kerana sudah dikenali hampir sebahagian besar peminat bola sepak tempatan. Beliau yang bermain untuk pasukan Kedah di posisi penyerang dan mesra di sapa Badd merupakan pemain tonggak dalam skuad Hijau Kuning musim ini. Dilantik sebagai kapten pasukan, Baddrol bersama rakan sepasukan bertungkus-lumus membantu Kedah kembali ke saingan Liga Super apabila terpaksa beraksi pada kempen Liga Perdana tahun ini. Sukma medan cungkil bakat Beliau memulakan permainan bola sepak dengan menyertai pasukan Piala Presiden Kedah pada 2005. Ketika Kedah mengendalikan Sukan Malaysia (Sukma) 2006, Badd antara pemain diserapkan dalam kesebelasan utama dan meraih pingat perak. Kecemerlangan dipamerkan beliau membuatkan pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengikat kontraknyapada November 2006. Dalam kem Kedah,beliau bertemu K Soley dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri yang memacu kejayaan Kenari pada tahun berikutnya. Jalani latihan percubaan di Chelsea Pengerusi Gifted Group, Jonathan Price mengotakan janjinya membawa Baddrol dan bekas rakan sepelatih, Bunyamin Umar menjalani latiahn dua minggu bersama kelab Chelsea FC di Stamford Bridge pada 2008. Di sana, beliau menimba ilmu dengan bakat muda The Blues dan juga sempat berlatih bersama pemain senior iaitu Shaun Wright-Phillips, Tal Ben Haim, Steve Sidwell dan Nicolas Anelka. Pada Ogos 2011, timbul laporan mengatakan kelab Liga Perdana Inggeris, Wigan Athletic menawarkan kontrak latian kepadanya namun dinafikan Baddrol. Kemudiannya, disahkan berita berkenaan hanyalah bersifat khabar angin. Julang emas Sukan SEA 2011 Paling diingati apabila Baddrol dipilih jurulatih, Ong Kim Swee bagi mengepalai pasukan Malaysia bawah 23 tahun pada cabaran Sukan SEA Jakarta di Indonesia, dua tahun lalu. Badd membalas kepercayaan diberikan Kim Swee apabila memimpin rakan-rakan menghadiahkan pingat emas kepada negara sekali gus mempertahankan gela-ran yang dimenangi di Laos pada 2009. Pada kejohanan itu, Badd sempat meyumbangkan tiga gol yang turut disertai Khairul Fahmi Che Mat, Mahalli Jasuli dan Syahrul Azwari Ibrahim. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 17 Jun 2013 05:47 PM PDT Sumber: Utusan Malaysia KANGAR - Seorang tokoh korporat, Datuk Rozabil Abdul Rahman dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) bagi penggal 2013-2016 selepas berakhir Mesyuarat Agung PFA Ke-20 di sebuah hotel di sini semalam. Rozabil dipilih menerajui persatuan berkenaan bagi menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang masih digantung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana tindakannya sebelum ini mengkritik badan induk tersebut. Mesyuarat tersebut juga memilih Azahar Ahmad (Timbalan Presiden), Ir. Shaharuddin Ismail (Naib Presiden 1), Rosli Mat (Naib Presiden 2), Hamunir Hamzah (Naib Presiden 3) serta 10 Ahli Majlis. Sementara itu, Azahar memberitahu, Rozabil yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut dipilih kerana keyakinan PFA dengan komitmennya untuk membantu PFA khususnya bagi mengatasi masalah kewangan. "Kami (PFA) percaya presiden baru boleh membantu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi persatuan supaya pembangunan bola sepak Perlis dapat diteruskan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan. Sebelum itu, kata Azahar, Rozabil sendiri menyatakan persetujuan setelah diberitahu tentang cadangan untuk memilihnya sebagai Presiden PFA. Selain itu, katanya, mesyuarat semalam membincangkan tentang usul untuk mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara khususnya berkaitan dengan kemelut antara FAM dengan Shahidan, Tan Sri Anuar Musa dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 17 Jun 2013 05:45 PM PDT Sumber: Utusan Malaysia KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih membuat kajian menyeluruh sebelum menjalankan penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) bermula tahun 2015. Naib Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata, cadangan itu masih dalam peringkat kajian sebelum bersedia menswastakan Liga-M dibuat. Menurutnya, hanya Liga Super dan Premier sahaja terlibat dalam dasar penswastaan tersebut pada tahun 2015, sementara saingan Liga FAM dan Piala Presiden kekal di bawah kendalian badan induk bola sepak negara itu. "Bermula tahun 2015 semua pasukan yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Premier akan diurus tadbir oleh syarikat sendiri dan bukan lagi di bawah persatuan bola sepak negeri masing-masing. Ia merupakan kriteria utama yang ditetapkan oleh FAM bagi tujuan penswastaan liga domestik ini. "Ketika ini sebuah jawatankuasa sedang melakukan kajian lebih terperinci dan segala butiran lanjut mengenai ketetapan dalam melaksanakan dasar ini akan diberitahu secara rasmi kepada semua persatuan bola sepak negeri," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Ke-58 dan Ke-59 di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) di sini, semalam. Yang turut hadir, Naib Presiden KAFA, Datuk Ismail Md. Noor dan Datuk Rosmadi Ismail, Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim serta Penolong Bendahari, Mohd. Nasir Hamzah. Sehubungan itu, beliau menggesa persatuan bola sepak negeri supaya berganding bahu dengan FAM bagi memastikan transformasi tersebut berjalan dengan lancar. Afandi memberitahu, setakat ini Kelantan dilihat satu-satunya pasukan negeri yang melaksanakan dasar penswastaan apabila dikendalikan Theredwarriors.com Sdn. Bhd., sebuah entiti di bawah KAFA, bermula tahun ini. Beliau yang juga Timbalan Presiden KAFA berkata, pihaknya akan mengemukakan usul yang dibangkitkan oleh ahli gabungan mereka pada mesyuarat tersebut untuk dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FAM pada 17 Ogos nanti. "Empat agenda yang kita akan usulkan ialah pindaan terhadap Statut 88 FAM, prestasi semasa pasukan kebangsaan, punca Malaysia Super League (MSL) Sdn. Bhd. ditutup serta hala tuju Liga M selepas 10 tahun dilaksanakan," ujarnya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 17 Jun 2013 05:41 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: Desakan demi desakan dari pelbagai pihak menuntut pembaharuan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semakin kuat dirasai badan induk bola sepak tanah air itu dan terbaru dua ahli gabungannya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) membuat usul agar Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) FAM diadakan dalam tempoh terdekat. Kedua-dua ahli gabungan FAM itu tampil dengan usul itu selepas mengadakan mesyuarat agung masing-masing minggu lalu dan EGM itu boleh diadakan jika mendapat dua lagi persetujuan ahli daripada 19 ahli gabungan kesemuanya. Menurut Setiausaha Agung KAFA Azman Ibrahim, pihaknya akan menghantar surat kepada FAM untuk memaklumkan mengenai usul itu selepas Mesyuarat Agung KAFA menerima usul yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Jajahan (PBJ) Bachok. "Kita boleh baca menerusi laporan akhbar banyak komen pelbagai pihak terhadap FAM, jadi dengan EGM ini kita boleh berbincang dan menyelesaikan apa saja isu yang dibangkitkan. "Sekarang kita hanya perlu dua lagi persetujuan daripada ahli gabungan (untuk mengadakan EGM) namun prosedur selepas itu saya tidak begitu pasti sama ada keempat-keempat ahli gabungan ini perlu menulis surat kepada FAM ataupun tidak," katanya. Langkah KAFA itu turut dituruti PFA yang mahu FAM mengadakan EGM bagi mengembalikan semula badan induk itu ke landasan sebenar. Menerusi laporan Arena Metro semalam, PFA mahu EGM itu diadakan dengan kehadiran bekas Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa yang digantung kerana melanggar Artikel 88. Ketika ditanya kemungkinan hasrat itu mungkin tidak kesampaian jika gagal mendapat sokongan ahli gabungan lain, Azman berkata: "Itu terpulang kepada persatuan bola sepak negeri masing-masing. Kita hanya melakukan perkara ini mengikut prosedur yang betul." FAM kini diasak dengan pelbagai isu termasuk yang terbaru ditimbulkan oleh Annuar mengenai perbelanjaan wang tajaan Astro sebanyak RM30 juta selama empat tahun oleh badan induk itu yang masih belum ada sebarang penjelasan. Sebelum ini isu kegagalan pembayaran hak penyiaran setiap pasukan berjumlah RM15,000 bagi setiap perlawanan turut mendapat perhatian dan FAM hanya mula bertindak selepas perkara itu dibangkitkan oleh Tunku Ismail. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jun 2013 05:45 PM PDT Sumber: Sinar Harian RASANYA nama Bobby Gonzales mungkin asing bagi segelintir peminat bola sepak tanah air, namun tidak bagi masyarakat di Borneo. Barangkali, ada yang tidak mengenali langsung dan mengecam pemuda yang berasal daripada Kunak, Sabah ini. Beliau sebenarnya pernah menganggotai pasukan Malaysia peringkat belia ketika Kejohanan Sekolah Asia pada 2001 dan terlibat dalam kempen Kejohanan Remaja Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Sabah, permulaan karier Bobby memulakan langkah sebagai pemain bola sepak profesional bersama negeri kelahiran, Sabah dan melakukan kemunculan sulung (debut) menentang Terengganu pada saingan Liga Malaysia 2003. Pada 2007 dan 2008, permainan Bobby kian meningkat dan muncul penjaring terbanyak bersama rakan sepasukan dari Brazil, Andre Scotti Ossemer dengan ledakan 13 gol. Penampilan unggulnya pada tahun itu menyebabkan namanya dipilih untuk menjalani latihan dengan pasukan bawah 23 tahun kebangsaan. Malangnya, nasib tidak menyebelahi beliau apabila gagal dalam merebut tempat utama dalam skuad berkenaan. Bobby mula mengorak langkah dengan menyertai kelab yang berpangkalan di Brunei, Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) FC pada 2009. Namun, hasratnya terbantut gara-gara DPMM FC digantung penyertaan dalam Liga M kerana tidak mematuhi peraturan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Berikutan peristiwa itu, Bobby kemudiannya mengambil keputusan sertai kelab KL Plus. Cipta nama di Sarawak Bersama Sarawak, Bobby mula menggilap kembali sinarnya yang semakin malap. Beliau bantu pasukan bergelar Ngap Sayot itu duduki tangga kedua Liga Perdana dan layak mara ke Liga Super 2012 serta menggegar 16 jaringan. Ibarat sirih pulang ke gagang, Bobby kembali semula ke Sabah setahun selepas itu sebelum pulang semula ke Kuching tahun ini. Beliau dianggap penyerang berbahaya apabila menghasilkan lima gol dalam lima penampilan. Bobby tetap merendah diri meskipun muncul penjaring terbanyak pasukan dengan 19 gol yang diledak sepanjang musim ini. Bukan itu sahaja, Bobby menceriakan penyokong setia Ngap Sayot apabila meletakkan pasukannya kembali beraksi di kancah Liga Super 2014. "Semua kejayaan ini adalah hasil kerjasama berpasukan. Seluruh pemain Sarawak wajar terima pujian dan kami berjaya bentuk persefahaman hingga membolehkan saya menggegar jaring lawan. "Peminat jadi tulang belakang dan beri inspirasi kepada saya untuk lakukan yang lebih baik berbanding tahun lalu," katanya. Idam jersi Harimau Malaya Sementara itu, Bobby tidak terkejut namanya tiba-tiba dikaitkan berada dalam skuad Harimau Malaya yang kini dipimpin Datuk K Rajagobal. "Saya tidak terfikir layak terima segala pujian. Saya akan buat terbaik jika terpilih sarung jersi pasukan negara pada masa depan dan ia satu kebanggaan," katanya. Bobby pernah mewakili pasukan Malaysia Bawah 19 pada tahun 2003 dan 2004. Profil : Nama: Bobby Gonzales Tarikh lahir: 15 Januari 1984 Tempat lahir: Kunak, Sabah Tinggi: 1.70 m Posisi: Penyerang Kelab semasa: Sarawak Karier remaja 2002–2003 - Sabah FA Pasukan diwakili 2003–2008 - Sabah 2009 - DPMM FC 2009 - KL PLUS 2009–2010 - Sabah 2011 - Sarawak 2012 - Sabah 2013 - Sarawak Pasukan kebangsaan 2003–2004 - Malaysia B-19 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 10 Jun 2013 05:41 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: Irfan Bakti Abu Salim berharap tiada kecederaan menimpa enam pemain utama Merah Kuning yang bersama skuad kebangsaan di Australia menjelang misi penting memastikan sasaran berada di kelompok tiga terbaik Liga Super tercapai. Pengendali Selangor itu berkata, penting bagi mereka tidak lagi kehilangan pemain selepas penyerang import dari Liberia, Francis Forkey Doe sudah pasti tersisih kerana penggantungan satu perlawanan selain kecederaan dialami Mohd Bunyamin Umar dan Mohd Nasriq Baharom. "Paling membimbangkan ketika ini kecederaan pemain bersama skuad kebangsaan. Saya harap mereka tidak cedera kerana kami mempunyai baki empat perlawanan yang wajib dimenangi untuk sekurang-kurangnya menjadi tiga pasukan terbaik. "Malah sebaik saja liga bersambung, kami akan menentang ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan memerlukan pemain terbaik untuk perlawanan itu," kata Irfan Bakti. Enam tonggak Selangor bersama skuad kebangsaan adalah Norazlan Razali, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, K Gurusamy, S Kunanlan dan Mohd Amri Yahyah kini berada di Sydney bagi mengharungi baki dua aksi persahabatan menentang kelab tempatan negara itu. Selangor kini di kedudukan keempat Liga Super dengan 30 mata hasil tujuh kemenangan, sembilan seri dan dua kalah, ketinggalan tiga mata kepada ATM dan berpeluang mengatasi lawan andai mencatatkan kemenangan dengan jumlah jaringan besar. Tempoh rehat panjang digunakan sebaik mungkin oleh Irfan Bakti dengan mengatur dua aksi persahabatan menentang seteru Liga Super dengan Merah Kuning dijadual menentang FELDA United, hari ini dan Negeri Sembilan, Sabtu. "Tidak banyak dapat dilakukan tanpa sebahagian besar pemain utama namun saya memberi penekanan untuk membaiki kelemahan seperti mempertingkatkan semangat berpasukan dan tahap kecergasan terutamanya pada babak akhir perlawanan yang sering menyebabkan kami meraih keputusan seri." Selangor dijadual menentang ATM di Stadium Shah Alam, Jumaat depan disusuli pertemuan dengan PKNS FC, T-Team dan Johor Darul Takzim. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Shakir tekad selamat maruah Jang Posted: 10 Jun 2013 05:38 PM PDT Sumber: Harian Metro Seremban: Sekalipun berdepan tugas berat menyelamatkan maruah pasukan, penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md Ali, membulat tekad mahu membantu skuad Jang mencapai kemenangan dalam baki empat perlawanan Liga Super apabila saingan bersambung 22 Jun ini. Pemain berusia 23 tahun itu berkata, sasarannya mahu memastikan Negeri Sembilan dapat kekal dalam saingan liga utama musim depan dan tidak rela tersingkir ke Liga Perdana meskipun misi itu bukan mudah dicapai. Katanya, ini kerana empat pasukan yang bakal ditentang, PKNS FC, T-Team, FELDA United FC dan Johor Darul Takzim (JDT) memiliki kekuatan tersendiri serta rekod baik. "Memang saya akui keempat-empat pasukan itu memiliki keistimewaan tapi kami akan hadapinya dengan keyakinan tinggi bagi memastikan mengutip mata penuh sekurang-kurangnya dalam dua perlawanan bagi membolehkan kami keluar daripada kedudukan tercorot. "Saya bersama rakan sepasukan akan memberikan persembahan terbaik kerana ini peluang yang perlu kami gunakan sepenuhnya untuk mengubah nasib kami. Saya yakin corak latihan dan strategi baru diketengahkan jurulatih (Ridzuan Abu Shah) mampu membantu kami menamatkan prestasi buruk awal saingan," katanya semalam. Bekas pemain Kedah itu yang dahagakan jaringan juga berharap dapat kembali kepada prestasi terbaiknya kerana sedar sandaran diberikan Ridzuan untuk mengembalikan maruah tercalar. "Saya sedar harapan tinggi diletakkan dan tidak akan berputus asa mencari kemenangan," katanya yang menaruh harapan dapat membentuk gandingan mantap bersama Mohd Nazrin Mohd Nawi, Eddy Helmi dan Leandro Barbosa Fabio di barisan depan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 06 Jun 2013 06:21 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengarahkan padang Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup selama enam bulan mulai Oktober dengan kos dijangka mencecah jutaan ringgit. Langkah itu bagi membolehkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjalankan kerja membina semula keseluruhan padang stadium yang sudah tidak menepati tahap dan keperluan peringkat antarabangsa. "Keadaan padang memalukan kita apabila menerima kunjungan kelab ternama dunia seperti Barcelona dan Chelsea. Ini bukan padang kedua atau ketiga tapi padang utama. "Saya mahu ia ditutup selepas saingan Piala Malaysia dan semua acara yang sudah dijadualkan," katanya selepas meninjau keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Jelas Khairy, beliau menerima banyak maklum balas daripada peminat bolasepak negara mengenai keadaan padang yang digunakan untuk aksi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang menentang Johor Darul Takzim (DT) pada awal bulan ini. "Ia bukan saja membabitkan reputasi kita di pentas antarabangsa namun kecederaan yang mungkin menimpa pemain yang menggunakannya." Beliau turut menegaskan akan mengkaji semula kriteria dan syarat untuk acara yang tidak berkaitan dengan acara sukan apabila proses pembinaan padang yang dijangka siap pada April tahun depan kerana ia bakal merosakkan padang. Mengulas lebih lanjut, Pengerusi PSM Datuk Jamil Salleh berkata, terdapat program sebelum ini yang menutup rumput selama lima hari menyebabkan kawasan rumput berkenaan mati. "PSM akan berbincang selepas ini bagi memastikan Stadium Nasional hanya dibenarkan untuk aktiviti sukan yang berkaitan dengan kemudahan disediakan seperti bolasepak dan olahraga," katanya yang menjelaskan pihaknya masih belum menentukan jenis rumput yang akan digunakan namun mereka tidak akan menggunakan rumput sintetik. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 06 Jun 2013 06:20 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: Penalti pada minit akhir masa kecederaan menyebabkan skuad Harimau Malaya tewas tipis 2-3 kepada Canberra FC dalam aksi persahabatan pertama pada siri lawatan ke Australia, semalam. Sepakan penalti Philippe Bernabo gagal dihalang memastikan kemenangan dimiliki tuan rumah pada perlawanan yang berlangsung dalam keadaan berangin dan sejuk di Stadium Deakin. Terdahulu barisan pemain negara dikejutkan dua gol lawan pada babak pertama yang turut menurunkan beberapa pemain jemputan dalam tempoh tujuh minit menerusi tandukan Alex Oloriegbe pada minit ke-28 dan Ryan Keir ke-34. Tersentak dengan ledakan lawan berstatus kelab divisyen dua Australia itu, Raja gobal bertindak mengeluarkan 10 pemain yang beraksi di babak pertama dengan hanya pertahanan Johor Darul Takzim (DT), Mohd Aidil Zafuan Adha Abd Radzak meneruskan saingan. Hasilnya pemain gantian, Safee Sali mencetuskan kebangkitan skuad negara dengan meledak gol pertama selepas menyempurnakan hantaran pemain tengah PKNS FC, Mohd Nazmi Faiz Mansor bagi merapatkan kedudukan m-61. Penyerang Johor DT itu kemudiannya menjadi wira buat seketika apabila menjaringkan gol penyamaan ketika saingan berbaki lima minit namun ia tidak bertahan lama apabila lawan dihadiahkan sepakan penalti. Skuad negara akan meneruskan perlawanan persahabatan menentang Sydney Olympic pada Selasa depan diikuti aksi Sydney United dua hari selepas itu bagi melengkapkan program latihan dan persahabatan yang dirancang Rajagobal. Sementara itu ranking skuad negara kini di kedudukan ke-159 dunia, naik dua anak tangga dalam kedudukan terbaru yang diumum FIFA semalam. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 05 Jun 2013 06:23 PM PDT Sumber: Harian Metro Kota Bharu: Jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan menganggap pemergian penolong jurulatih ATM Kamaruddin Mohd Nor, 57, yang meninggal dunia akibat serangan jantung kelmarin satu kehilangan besar kepada dunia bolasepak negara, khususnya pasukan ATM. Sathianathan berkata, beliau akan berusaha merealisasikan harapan Kamaruddin yang sebelum ini mahu menjadikan ATM pasukan terbaik di negara ini. "Beliau banyak memberi sumbangan dan membantu saya mengendalikan ATM. Dia bukan saja penolong jurulatih malah kawan karib dan saya banyak merujuk kepadanya untuk mengenali permainan lawan terutama pasukan Kelantan. "Arwah seorang penolong jurulatih yang berdedikasi dan banyak memberi nasihat kepada pemain dengan menggunakan pengalaman yang luas dalam bola sepak. "Kehilangannya satu kehilangan besar. Kita perlukan sedikit masa untuk mencari pengganti beliau," katanya selepas majlis pengebumian Kamaruddin di Tanah Perkuburan Islam Panchor, semalam. Kamaruddin meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 6.30 petang kelmarin dan jenazahnya tiba di kediamannya di Kampung Panji, jam 8 pagi semalam. Jenazah Kamaruddin selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Panchor kira-kira jam 9 pagi semalam dan majlis pengebumian itu turut dihadiri Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Azman Ibrahim dan legenda bolasepak negara, Dali Omar. Beliau meninggalkan seorang balu, Fatimah Mohd Zaman, 52 dan empat anak, Mohd Kahirul Fitri, 28, Mohd Fakhrul Fariz, 24, Mohd Fakhrul Faiz, 22 dan Fatin Amani,17. Allahyarham Kamaruddin pernah menyarung jersi kebangsaan dan Kelantan pada tahun 1970-an dan pernah menjadi jurulatih Kelantan pada 1998. Sementara itu, Fatimah berkata, sehari sebelum meninggal dunia, suaminya menyatakan hasrat untuk berehat di hospital selepas berasa tidak sihat. "Suami saya tidak sempat memesan apa-apa sebelum menghembuskan nafas terakhir. Saya hanya sempat berjumpanya semalam (kelmarin) di hospital dan ketika itu beliau separuh sedar. "Saya tidak tahu beliau mengidap sakit jantung sebelum ini. Saya hanya mengetahuinya selepas doktor mengesahkan suami menghadapi masalah jantung yang kritikal ketika menerima rawatan di PPUM, semalam (kelmarin)," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Naik ke Liga Perdana, FAP terima insentif RM250,000 Posted: 05 Jun 2013 06:05 AM PDT Sumber: Utusan Malaysia PULAU PINANG - Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) semalam menerima insentif sebanyak RM250,000 di atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan pasukan berkenaan dalam Liga FAM musim ini. Insentif berkenaan disampaikan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai 'hadiah' selepas pasukan berkenaan berjaya mengungguli liga berkenaan sekali gus melayakkan diri ke Liga Perdana musim depan. Setiausaha Kehormat FAP, Ramathula Haja Mydin berkata, pihaknya akan terus memastikan prestasi cemerlang yang ditunjukkan para pemain dapat dikekal dan ditingkatkan demi membawa Pulau Pinang kembali ke Liga Super. "Kita akan teruskan kejayaan ini dan menjanjikan aksi terbaik untuk Liga Perdana musim depan. "Insentif ini pasti akan membakar semangat kami untuk terus memberikan yang terbaik bagi mengharumkan nama Pulau Pinang sekali gus memburu tempat di Liga Super," katanya kepada pemberita di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak, di sini semalam. Pulau Pinang mengesahkan kejuaraan Liga FAM setelah menundukkan pasukan Perak YBU FC 1-0 dalam perlawanan di Stadium Bandar Raya di sini pada 26 Mei lalu dan menjadikan skuad bimbingan Merzagua Abderrazak itu terus selesa dengan 45 mata, jauh meninggalkan pasukan lain. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Singa Utara puji komitmen Mukhriz Posted: 05 Jun 2013 06:01 AM PDT Sumber: Harian Metro Kangar: Pengurusan skuad Singa Utara melahirkan rasa kagum dengan komitmen kepemimpinan baru kerajaan negeri Kedah diketuai Datuk Mukhriz Mahathir apabila mengikuti perkembangan sukan di negeri Jelapang Padi termasuk pasukan Kenari dalam saingan Liga Malaysia. Penolong Pengurus Perlis Hamunir Hamzah berkata, perkara sama perlu dicontohi kerajaan negeri Perlis bagi merealisasikan kemajuan bidang sukan termasuk bola sepak. "Apa yang dilakukan Datuk Mukhriz apabila sanggup bertemu dengan pengurusan persatuan bolasepak negeri Kedah, baru-baru ini satu tindakan positif menjayakan misi memajukan bidang sukan. "Lebih membanggakan, sikap prihatin dan komitmen tinggi beliau yang turun padang menemui pemain untuk mengetahui lebih dekat masalah dihadapi amat bijak demi kemajuan sukan bolasepak di negeri itu," katanya. Hamunir memberikan reaksi demikian mengulas hasil pertemuan pengurusan skuad Singa Utara dengan Menteri Besar, Azlan Man pada minggu lalu bagi mendapat bantuan menangani masalah kewangan dihadapi. Pertemuan itu didakwa tidak membawa hasil positif apabila Menteri Besar menyatakan tidak berminat dengan sukan termasuk bolasepak. Lebih malang apabila beliau turut menyatakan tidak dapat berbuat apa-apa bagi membantu menangani masalah kewangan dihadapi skuad Singa Utara. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Transkrip lengkap mesyuarat FAM ke 24 Posted: 29 May 2013 06:36 PM PDT Sumber: FoxSports.my Datuk Hamidin Mohd Amin telah bercakap di sidang media pada hari Rabu, jam 6 petang di Wisma FAM, Kelana Jaya: "Setelah kejadian malam tadi saya telah mengambil inisiatif, saya telah maklumkan kepada setiausaha Datuk Haji Ahmad Fuad untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa pertandingan tempatan kali ke 24 pada hari ini jam 2 petang untuk membincangkan atau menyelesaikan perlawanan yang tertangguh semalam yang mendapat sensasi dari pihak media hari ini dan semalam." "Perkara ini bagi saya perlu diselesaikan secepat mungkin untuk keterangan kepada kedua-dua pasukan, penyokong dan juga semua pihak media." "Setelah mesyuarat hampir lima jam tadi yang telah memanggil referee assessor, semua pengadil yang terlibat semalam, Encik Syed Azhar Bin Syed Kamal dan empat lagi pegawai perlawanan bersama Datuk haji ahmad fuad selaku match comissioner pada malam tersebut dan juga telah memanggil kedua-dua pegawai dan setiausaha, wakil-wakil mereka hadir daripada Pahang yaitu Encik Fuzzemi dan juga Datuk Omar hadir selaku naib presiden Pahang FA. Encik Fahmi dari persatuan bola sepak Johor dan juga wakilnya pun hadir dengan pegawai-pegawainya telah memberi penerangan." "Jawatankuasa pertandingan telah berpuas hati setelah semua yang hadir membincangkan semua dengan terperinci dan mengikut peraturan pertandingan di dalam Liga Malaysia yaitu peraturan pertandingan liga Malaysia buku satu dan juga organisasi teknikal perlawanan dan melihat secara keseluruhan kejadian pada malam tersebut di mana saya perlu menyatakan ke bawah duli yang maha mulia Tuanku Presiden Sultan Haji Ahmad Shah Presiden FAM yang telah berangkat semalam dan menunjukkan sportmanship Tuanku untuk turun berjumpa dengan para penyokong semalam untuk cuba menyelesaikan masalah semalam." "Berikut adalah keputusannya. Di dalam kejadian ini, ada beberapa kesahalan dan sudah tentu perlawanan tersebut tidak dijalankan. Pertama pasukan tuan rumah pahang didapati bersalah. Saya ingin menerangkan dalam buku pertama yaitu peraturan pertandingan dan organisasi teknikal perlawanan yang melibatkan statute berikut: perkara 1.11, perkara 2.1, perkara 38, 38.1, 38.2 dan juga tanggungjawab pasukan tuan rumah perkara 49.2 dan akhir sekali apa jua keputusan jawatankuasa pertandingan tempatan adalah murtamad, yaitu perkara 8.1." "Saya ingin maklumkan kepada pihak media bahawa beberapa penyokong yang didapati dari Johor telah cedera, dari laporan yang menyatakan mereka kene batu dan juga kami ingin maklumkan pasukan Johor telah balik yaitu tidak menunggu atau meninggalkan stadium sebelum 90 minit masa menunggu dan pasukan ini telah balik pada masa 9:50 malam masa menunggu adalah 10:15 masa terakhir tetapi ada beberapa perkara yang baik yaitu tiada pergaduhan di luar atau di dalam pun mungkin daripada awal keadaan itu dan dijangka penyokong Johor daripada laporan adalah seramai 2,000 orang. Kekuatan Polis pada malam itu adalah 320 orang termasuk dengan 2 troop FRU yaitu seramai 120 orang." "Pihak jawatankuasa telah mendapati, dan mendapat laporan dari kedua-dua pasukan dan pegawai-pegawai perlawanan sebanyak empat pintu telah pecah sebelum perlawanan dimulakan, dijangka dalam jam 8:30 atau 8:35 malam yaitu pintu 7, pintu 5, pintu 11 dan pintu 14 dimana mangga pintu telah dirosakkan dan banyak penyokong telah masuk kedalam tanpa tiket dan kelambatan daripada pasukan tuan rumah dan juga untuk menghubungi pegawai keselamatan terlambat, inilah yang mengakibatkan pertandingan tersebut ditunda dan penyokong kedua-dua pasukan itu masuk dan melimpah ke trek di kawasan perlawanan. Pintu perlawanan telah dibuka pada pukul 6 petang dan kita telah melihat dengan semua laporan dari kedua-dua pasukan dan jawatankuasa tadi telah menghantar surat yang mengarahkan Persatuan Bola Sepak Pahang untuk melihat kalau ada apa-apa unsur lain yang menyebabkan penyokong melimpah begitu ramai tetapi setakat apa yang kita dapat dari laporan inilah keputusannya." "Oleh demikian jawatankuasa pertandingan berperihatin kerana ini nampak fenomena baru di dalam bola sepak kita ini. Hari itu kita hampir terjadi di Johor perlawanan tersebut lewat tetapi dapat dijalankan, lewat 25 minit tetapi kali ini langsung tidak dapat dijalankan. Ini tidak pernah jadi dan begitu lama kerana alasan ini." "Kalau alasan hujan lebat dan yang serupa kita memahami tetapi ini tidak boleh. Kita telah memikirkan apa perkara yang kita boleh mempertingkatkan untuk masa akan datang." "Keputusannya begini, jawatankuasa pertandingan telah menilai daripada semua aspek telah membuat keputusan based daripada saya katakan tadi ada empat atau lima para yaitu 1.11, 2.1, 38, 38.1, 38.2, 49.2 dan 8.1, telah bersetuju untuk memainkan semula perlawanan tersebut." "Perlawanan tersebut akan diadakan yaitu pada 1 haribulan Jun yaitu hari Sabtu pada pukul 4:15 petang di mana pasukan Pahang masih lagi menjadi tuan rumah tetapi pengeluaran keselamatan dan juga pengeluaran tiket di bawah pengeluaran FAM yaitu pengerusi jawatankuasa tiket yait Datuk S. Sivasundram." "Tiket yang lama yang telah dibeli boleh ditebus semula di pejabat Persatuan Bola Sepak Pahang dan tiket baru akan kita keluarkan pada hari Sabtu ini. Tiket akan mula dijualkan pada 9 pagi di Stadium Bukit Jalil dan diteruskan sehingga hari Sabtu." "Yang kedua, esok Datuk S. Sivasundram dengan jawatankuasa tiket dan polis dan pegawai yang terlibat dengan stadium akan bermesyuarat untuk melincinkan dari segi penyelarasan." "Tiket berharga RM$15 all round semua sama dan Pahang FA akan menanggung untuk dua malam kepada pasukan Johor untuk hotel pengangkutan dan juga makanan untuk 9 double room 7 single room seperti dalam peraturan pertandingan." "Kita buat pertandingan tersebut petang kerana kita telah dapat confirmation bahawa Bukit Jalil malam tidak dapat dikeluarkan kerana lampu sedang diperkaiki untuk prepare for the final. Jadi mungkin untuk hari Sabtu ini tidak ada kesempatan, hanya awal baru sempat dan Shah Alam telah dibooking." "Kita kira Bukit Jalil adalah tempat yang sesuai dimana para peminat dapat hadir untuk menyaksikan perlawanan ini. Kita berharap, dan saya telah maklumkan kepada kedua-dua pasukan untuk menghasilkan demi peminat-peminat perlawanan yang berkualiti tinggi dan saya kira Stadium Bukit Jalil adalah yang terbaik yang kita boleh buatkan pada 1 Jun." "Pemain pasukan kebangsaan dilepaskan untuk serta-merta untuk pasukan Pahang dan juga pasukan Johor pada hari ini dan akan kembali untuk membuat latihan pada hari Ahad selepas perlawanan untuk mereka berada dengan pasukan masing-masing." "Kepada Johor Darul Takzim, jawatankuasa pertandingan tempatan telah meneliti ada dua kesalahan telah dibuat yaitu pasukan meninggalkan stadium 90 minit sebelum masa menunggu yaitu jam 9:50 malam." "Kedua, penonton berada di dalam trek sebelum perlawanan. Denda sebanyak $20,000 dikenakan kepada pasukan Johor." "Pasukan Pahang, keselamatan, game tertangguh, penonton di atas trek sebelum perlawanan, sebahagian penyokong telah menyerbu masuk untuk meluru ke arah penyokong Johor tetapi dapat dikawal oleh pihak berkuasa - telah dikenakan maksimum oleh jawatankuasa pertandingan, maksimum $100,000 kepada Pahang FA di samping perlawanan ini dimain di tempat yang berkecuali." "Saya mohon penyokong pada hari Sabtu ini dapat hadir dan boleh bekerjasama untuk memberikan sokongan dengan baik." Apabila ditanya, apa yang mungkin menyebabkan insiden ini, Datuk Hamidin menjawab: "Berdasarkan laporan, tiket habis dijual, habis dalam setengah hari. Jumlah stadium tersebut telah dibaiki, telah diubahsuai baru-baru ini untuk SUKMA di Pahang dan boleh dibenarkan sebanyak 32,500 para penyokong. Jualan tiket persatuan bola sepak Pahang telah mengeluarkan tiket grandstand RM$22 sebanyak 1,100. Untuk tiket biasa RM$12 sebanyak 32,222. Tetapi mungkin banyak penyokong di luar yang tidak dapat tiket dan masih mengharapkan masuk dan mungkin itu yang menyebabkan kekangan pintu tersebut, mungkin hingga dipecahkan untuk mereka masuk. Tetapi yang baik tiada provokasi." | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PIALA FA 2013 - Separuk Akhir Ke 2 Pahang FA vs Johor Darul Takzim FC Posted: 29 May 2013 03:09 AM PDT Separuh Akhir Ke-2 - Pahang v Johor Darul Takzim Tarikh: 1 Jun 2013 Waktu: 4:15 ptg Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 26 May 2013 08:00 PM PDT Sumber: Harian Metro Kuala Lumpur: "Saya tidak nampak sebarang faedah kalau pergi ke Australia dan menentang pasukan liga bawahan. "Jadi sebagai seorang pemerhati bolasepak, saya minta pihak yang bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan akan kepentingan kem latihan skuad negara ke Canberra dan Sydney bulan depan," kata bekas pemain negara Khalid Ali. Skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang berada dalam misi memperkukuhkan pasukan bagi melayakkan diri ke Piala Asia 2015 di Australia terus menjadi tumpuan apabila dua aksi persahabatan menentang juara Piala AFF 2012, Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 7 Jun ini dibatalkan walaupun kedua-dua pihak sudah lama mencapai persetujuan. Singapura yang mendapat jurulatih baru dari Jerman, Bernd Stange sebaliknya bertindak mengadakan aksi persahabatan menentang Myanmar dan Laos sebagai ganti dengan FAM pula dengan pantas merancang kem latihan di Australia bermula 3 hingga 15 Jun ini dengan tiga aksi persahabatan menentang Canberra All Stars pada 6 Jun selain dua pasukan liga negeri, Marconi Stallions FC (11 Jun) dan Sydney United FC (13 Jun). "Pada pandangan saya tidak perlu membazir sehingga perlu ke Australia untuk menentang pasukan seperti ini. Ini bukan skuad yang dikumpulkan untuk mencari pengalaman dengan lawan jelas bukan pasukan yang beraksi di A-League (liga utama Australia), lebih baik jurulatih mengadakan aksi persahabatan dengan pasukan tempatan yang berkualiti seperti Angkatan Tentera Malaysia," katanya. Perkembangan terbaru itu pastinya merugikan skuad kebangsaan terutamanya dalam membaiki ranking ketika negara lain sibuk merencanakan aksi persahabatan antarabangsa berstatus A. Ini secara tidak langsung memberi pandangan bahawa destinasi ke Australia itu lebih kepada rombongan melancong. "Sekalipun jika kita tidak dapat menentang Singapura, mereka boleh mengatur aksi persahabatan dengan pasukan lain seperti Bangladesh, India dan sebagainya," katanya. Seramai 26 pemain dipilih Rajagobal untuk sesi latihan kali ini dengan pemain perlu melaporkan diri Rabu ini, sehari selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA yang membabitkan sebahagian besar pemain dalam skuad. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LIGA SUPER 2013: Keputusan Perlawanan 22 Mei 2013 Posted: 23 May 2013 12:32 AM PDT 12 MEI 2013 (RABU)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LIGA PREMIER 2013 - Keputusan Perlawanan 21 Mei 2013 Posted: 21 May 2013 11:12 PM PDT 21 MEI 2013 (SELASA)
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
LIGA SUPER - Keputusan 17 & 18 Mei 2013 Posted: 19 May 2013 01:14 AM PDT 17 MEI 2013 (JUMAAT)
18 MEI 2013 (SABTU)
|
You are subscribed to email updates from LIGA BOLASEPAK MALAYSIA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |