Rabu, 12 Jun 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Baby Shima Selebrti Baru Yang Manis

Posted: 11 Jun 2013 11:00 PM PDT

Baby Shima? siapa ni. Pastinya ada ramai orang yang masih tak mengenali siapa kelibat nama ini. Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli yang kini berusia 21 tahun ada lah penyanyi yang lahir dari laman video, YouTube.

Dan kini sudah setahun bertapak sebagai anak seni, banyak tawaran buatnya yang kini boleh dikatakan menyaingi selebriti lain. Sehinggakan tercalon dalam kategori ABPBH yang lalu. Dan terbaharu, Baby Shima mendapat tawaran berlakon untuk slot TV3, telemovie 'Ayam Ribut Syawal' yang ditayangkan dalam tahun ini kemungkinan besar.

Tengok orangnya memang comel dan cute juga. -gambar portal GUA | FB Baby Shima


Gambar Anak Faizal Hussein

Posted: 11 Jun 2013 10:00 PM PDT

Dalam diam-diam, pelakon, Faizal Hussein dah mempunyai dua cahaya mata yang dah besar-besar belaka. Faizal bernikah dengan Suhaila Sulaiman pada tahun 2004 dan dikurniakan sepasang cahaya mata putera dan puteri, bernama Fazryn yang kini berusia 8 tahun dan Fazrick yang sudah berusia 5 tahun.



Nabila Huda, Nast-T Putus Cinta?

Posted: 11 Jun 2013 09:00 PM PDT

Aksi ciuman bersahaja tahap manja Nabila Huda kepada Nash-T yang dimuatnaik oleh Nabil menerusi Instagramnya semalam telah menimbulkan tanda tanya. Dengan dilengkapi ayat yang sepertinya bermaksud yang mereka sudah putus cinta, dan ini meletakkan lagi suasana dingin dan pilu kepada gambar itu.

Tidak dipastikan apa sebab yang menjadi punca sekiranya benar mereka putus cinta, yang disulam pada bulan April 2013 lalu. Nabila menegaskan yang dia dan Nash sesuai jadi sahabat berbanding kekasih.

Ini adalah komen Nash-T yang dipetik melalui portal Kosmo!.
Rasanya saya tidak perlu memberi komen tentang hal ini kerana sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku, mungkin apa yang ditulis Nabila di Instagram disebabkan faktor emosi.

Biasalah, pasangan bercinta pasti akan bergaduh. Begitu juga dengan kami berdua tetapi kami masih lagi berhubung dan bercakap seperti biasa. Biarlah keadaan reda dahulu, baru saya akan duduk berbincang dengannya. Sekarang ini kami berdua sibuk dengan kerja masing-masing, sebab itulah terjadinya hal seperti ini.

Saya faham perangai dia, perempuan biasalah, bila tengah emosi, itulah yang akan berlaku. Jadi, saya tidak kisah, saya terima sahaja. Apapun saya masih sayangkan dia sama seperti dahulu. - Nash-T

Ac Mizal Beli Pesawat Komersial

Posted: 11 Jun 2013 08:00 PM PDT

Menurut portal Murai, difahamkan yang Dato' Ac Mizal bakal memiliki pesawat komersialnya sendiri. Tidak dipastikan ianya jet ataupun kapal jenis ringan.

Tambahan lagi, pesawat komersial berbeza dengan pesawat pribadi, kerana jika ianya pribadi mungkin tahap kekayaan Dato' Ac Mizal dah bergelar billionaire. Kalau komersial setidak-tidaknya dia dapat memberikan sewaan kepada mereka yang memerlukan dan untung dapat disana, besalah Ac kan ahli perniagaan yang dikenali ramai.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja jawapan dari Ac Mizal. Tapi kalau helikopter best juga, slow-slow boleh ambil gambar dari atas. Pesawat macamana ek.

Razali Hussain Dah Berkahwin 7 Jun Lalu

Posted: 11 Jun 2013 06:37 PM PDT

Tahniah walaupun lambat, rupanya pelakon, Razali Hussain juga telah selamat menjadi suami kepada pasangannya, Nik Nor Azlina pada tarikh 7 Jun lalu. Mereka dinikahkan di Masjid Az Zubair, Cheras

Razali memberikan mas kahwin berjumlah RM120 manakala wang hantaran pula sebanyak RM13,000.-mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines