Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Rezeki Berlakon Sharnaaz Mencurah-Curah Selepas Putus Cinta
- Fizo Omar Tegur Afiq Muiz, Kongsi Kisah Hidup Susah
- Tempoh hayat Search
- Linda Hashim Lakukan Solat Sunat Sebelum Kahwin
- Tawaran Filem Berbajet Rendah Punca Bade Azmi ‘Hilang’
- Sakit mata lihat pelajar berpelukan
- Pelacur tunggu dalam cermin
- Misi terakhir Versus 2 rebut RM200,000
- Bella Bundle of Joy raikan para ibu
Rezeki Berlakon Sharnaaz Mencurah-Curah Selepas Putus Cinta Posted: 31 May 2013 05:00 AM PDT Sharnaaz, 27, berkata, kesungguhannya mempertahankan hubungan cinta tersebut dilihat sebagai satu sikap yang positif pada dirinya dalam melakukan sesuatu perkara termasuk bidang lakonan. "Alhamdulillah, selepas kontroversi tersebut semakin banyak tawaran filem dan drama untuk saya. "Mereka melihat saya sebagai seorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan ia memang perangai saya sejak dulu," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran filem Sindiket, di sini, Khamis. Sharnaaz diminta mengulas ketika ditanya tentang perkembangan terbaharunya selepas kontroversi putus cinta dan kemelutnya dengan bapa Shila iaitu penyanyi ND Lala. Kata Sharnaaz, dia menjalani kehidupan seperti biasa dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya tanpa memikirkan soal tersebut lagi. "Saya sibuk dengan kerja saya dan dia pula sibuk dengan kerja dia sekarang. "Apa yang saya belajar ialah kalau seseorang itu bukan jodoh kita, apa-apa perkara pun yang kita rancang dan buat, tidak akan menjadi. "Buat masa ini kami tidak berhubung, bagaimanapun saya tidak pernah angap dia sebagai musuh," katanya. Ditanya tentang khabar angin percintaan dengan pelakon baru, Elfaeza Ul Haq, Sharnaaz berkata dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon wanita tersebut. "Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia, saya jenis berterus terang, kalau memang bercinta saya tidak pernah menafikan. "Buat masa ini saya tidak bercinta dengan sesiapa pun," ujarnya yang turut menafikan bahawa dia sudah melupakan Shila Amzah. Sementara itu, mengulas isu video buli yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar sekolah dengan mengaitkan wataknya sebagai Lan Todak dalam filem Juvana, Sharnaaz bersedia untuk melakukan kerja amal memberi kesedaran tentang gejala tersebut kepada remaja. "Saya minta maaf kepada budak yang kena pukul tu, kesian juga dekat dia kerana menjadi mangsa pukul. "Saya sanggup untuk sertai apa-apa kerja amal untuk beri kesedaran kepada golongan remaja dan belia tentang masalah buli ini jika diberi peluang," katanya. Berhubung filem Sindiket arahan Bade Haji Azmi, Sharnaaz mengakui tawaran tersebut sebagai sebuah penghormatan dan kepercayaan yang diberi kepadanya. "Ini kali pertama saya akan bekerja dengan abang Bade, dan saya anggap ia adalah satu peluang keemasan kepada saya. "Saya akan buat yang terbaik dan mengalas tanggungjawab yang diberikan oleh pengarah dengan bersungguh-sungguh," katanya. Sharnaaz memainkan watak Inspektor Rudy iaitu anggota polis yang ditugaskan menyelesaikan kes memperdagangkan manusia. Antara barisan pelakon lain ialah Daphne Iking, Rashidi Ishak, Liyana Jasmay, Sharifah Amani dan Soo Wincci. | |
Fizo Omar Tegur Afiq Muiz, Kongsi Kisah Hidup Susah Posted: 31 May 2013 04:59 AM PDT Fizo, 28, berpendapat, walaupun seteruk mana seseorang ibu itu, seseorang anak itu wajib memohon maaf terhadap kesilapan melukai hati ibu masing-masing. "Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa. "Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu," tegas Fizo kepada mStar Online pada Khamis. Afiq juga didakwa berubah sikap selepas berkawan rapat dan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon baru Eina Azman, 18. Tambah Fizo, status Afiq sebagai selebriti yang menjadi idola masyarakat juga sedikit sebanyak boleh merosakkan pemikiran anak muda yang mungkin akan mengikut kelakuannya itu. Dalam pada itu, Fizo berkata, Afiq perlu ingat bahawa dia masih belum berjaya sebagai pelakon dan kerjayanya mungkin tertutup jika dia tidak menjaga hati ibunya semula kerana perbuatannya itu turut membuatkan hati masyarakat tersinggung. "Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang," jelas Fizo. Sementara itu, ditanya bagaimana Fizo melayan ibunya Hasnah Jidin, 53, ujar Fizo, dia akan mencium dan bersalaman dengan wanita itu setiap kali untuk keluar rumah bagi mencari rezeki. Malah Fizo juga akan meluangkan masa bersama ibu yang tinggal bersamanya di Kuala Lumpur walaupun sibuk dengan kerja-kerja lakonan dan perniagaan. "Saya bukannya nak tunjuk baik kerana saya pun mempunyai sikap nakal juga. Cuma sebagai anak, kita perlu meletakkan ibu di tempat paling atas melebihi segala-galanya. "Nilai wang yang kita beri kepada mereka tiada tandingnya berbanding apa yang telah dilakukan sejak mengandungkan kita lagi," ujarnya. Fizo juga mengakui pernah berlaku perselisihan faham di antara dia dan ibunya tetapi dia akan bertindak meminta maaf agar masalah yang berlaku dapat selesai dengan baik. Dalam pada itu, kata Fizo, jika diberi pilihan antara ibu atau kekasih, dia sanggup mengetepikan kekasih demi seorang ibu. "Agama Islam sendiri sudah menetapkan jika kita sudah beristeri, ibu tetap menjadi keutamaan, barulah isteri kita. Maka, kalau diberi pilihan sama ada kekasih atau ibu, saya sanggup meninggalkan kekasih demi ibu. Jika ibu tidak menyukai kekasih kita pasti ada sebab-sebabnya, kerana mereka lebih tahu. "Lagi satu saya nak kongsi, mungkin orang tidak sedar, doa ibu kepada anak akan dimakbulkan Allah walau seteruk mana sekalipun perangan ibu itu. "Dahulu saya pernah susah, gaji pun tidak seberapa, tetapi masih mampu memberikan sedikit wang kepada ibu. Dan selepas itu semestinya ibu akan mendoakan buat anaknya agar berjaya pada masa akan datang. "Alhamdulillah, berkat doa ibu, saya masih kukuh sebagai pelakon dan pada masa sama sudah memiliki 30 buah francais perniagaan burger (Hot Burger) di bawah syarikat saya F120 Enterprise. Tidak lama lagi saya akan membuka syarikat produksi menerbitkan drama pula, Insya-Allah," katanya. Dalam pada itu Fizo juga membuat perniagaan serunding bersempena sambutan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi dan kini sedang mencari pengedar di seluruh Malaysia. Bagi sesiapa yang berminat, hubungi Yana di talian 010-9099191. | |
Posted: 31 May 2013 04:59 AM PDT
DALAM belantika muzik Malaysia, nama grup Search merupakan nama yang paling dominan dalam genre muzik rock.Menyebut nama Search, apa yang turut ligat dalam pemikiran peminat mereka adalah katalog untaian lagu yang sentiasa malar segar. Antara yang paling melekat dalam pemikiran hampir semua generasi yang membesar sekitar tahun 80-an ialah lagu Isabella atau Fantasia Bulan Madu. Itu belum diambil kira jika anda merupakan peminat tegar Search, maka lagu-lagu seperti Pawana, Isi Atau Kulit, Langit Dan Bumi mahupun Gothic Malam Edan adalah untaian lagu biasa yang menjadi 'perhiasan' bibir setiap kali grup tersebut mengadakan persembahan. Selain begitu terkenal dengan lagu-lagu malar segarnya, Search pada ironinya menjadi ikutan kerana karakter fesyen dan karisma setiap anggotanya. Vokalisnya, Amy sentiasa tampil dengan fesyen yang menjadi ikutan. Permainan gitar yang konsisten serta nilai fesyen yang tinggi dalam diri dua pemain gitar adik-beradik mereka, Din dan Kid juga tidak boleh disangkal. Nasir, si pemain bass yang sentiasa kelihatan serius, biar hakikatnya seorang yang begitu ramah juga tidak mahu kalah dengan permainan kemas dan penampilannya. Terakhir, pemain drum mereka, Yazit turut mempunyai karisma tersendiri. Maka apabila muzik dan fesyen yang selari bergabung, tidak hairan apabila Search masih konsisten dan relevan sehingga kini. Malah, selepas lebih tiga dekad menyusuri sepak terajang dunia hiburan, Search menjadi grup yang tidak pernah kering jemputan persembahan biar banyak grup-grup seangkatan serta grup baharu hampir 'mati' tanpa diberi peluang untuk beraksi di atas sebuah panggung yang besar. Terkini, 1 Jun (esok) akan menjadi sejarah penting buat Search apabila diberi penghormatan sebagai grup pertama dari Malaysia bermain di dalam The Star Performing Art Centre di Singapura menerusi Konsert Acoustica Malam Edan Search. Konsert tersebut juga menyaksikan konsert akustik pertama mereka selepas 16 tahun mengadakan persembahan dalam bentuk tersebut. 32 tahun Search Bercakap mengenai konsert tersebut, Amy yang ditemui baru-baru ini melahirkan keterujaannya. Ujarnya Acoustica Malam Edan Search bukan sekadar sebuah konsert biasa, tetapi bakal menjadi kayu ukur kepada kredibiliti mereka sebagai pemuzik yang telah meledani fasa turun naik dunia hiburan. "Saya kira, untuk usia 32 tahun Search, konsep seumpama ini amat dinantikan oleh kami. Beraksi di atas sebuah pentas yang berprestij dan konsep akustik yang bakal dipertontonkan akan menguji kredibiliti Search sebagai sebuah grup yang kompak," ujarnya penuh teruja. Dengan penuh bersemangat, Amy memberitahu, kali terakhir mereka bermain secara akustik adalah dalam persembahan Gema Di Timur Jauh Unplugged sekitar tahun 1996 dahulu. "Jadi, apabila penganjur Sound Check Pte. Ltd. datang membawa idea seumpama ini, Search tidak mengambil masa yang lama untuk bersetuju," katanya tersenyum sebelum menyambung: "Bermain secara akustik bermakna banyak perkara yang perlu diperincikan saat kami membuat persembahan kerana bunyinya yang dilantunkan satu persatu secara halus." Sudah bersiap sepenuhnya untuk sekali lagi menakluk hati para peminatnya pada malam esok menerusi konsert tersebut, Search menyediakan untaian 20 buah lagu terhebat yang dipilih daripada album pertama mereka, sehingga terakhir iaitu Gothic Malam Edan. Selain Acoustica Malam Edan Search, Search juga bakal menghiburkan peminatnya dalam sebuah lagi konsert mega yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kali ini, mereka akan bergabung dengan tiga grup legenda dari Asia iaitu Loudness yang berasal dari Jepun dan Slank dari Indonesia serta Rusty Blade dari Singapura menerusi konsert yang diberi nama Thunder In The East 2013. Melihat kepada larisnya Search, Amy yang ditebak persoalan tentang kedudukan grupnya yang kukuh hanya tersenyum. Terdiam lama berfikir, vokalis tersebut akhirnya mula melontarkan buah fikiran tentang Search yang masih laris. Ujarnya: "Mungkin kerana Search masih mampu menjual tiket. Daripada segi bisnes, ini yang dipentingkan oleh penganjur, dan daripada Search sendiri, kami juga mengharapkan peminat terus menyokong dan hadir menyaksikan setiap persembahan kami." Walau bagaimanapun, ujar Amy, itu bukan bermakna mereka semberono mengambil semua tawaran yang datang. Kudrat dan kesihatan Sebagai sebuah grup yang cukup berpengaruh, mereka selektif dan menolak banyak permintaan jika konsep yang diusul tidak menarik. Malah, ujar Amy lagi, paling penting, mereka juga tidak mahu mengadakan konsert terlalu kerap kerana bimbang momentum persembahan dan keghairahan peminat pudar. "Jika dilihat, kami memang masih banyak mengadakan konsert, tetapi ia bukan terlalu kerap. Semua konsert yang dilakukan, ia berlainan konsep. Misalnya untuk konsert di Singapura, kami terima kerana ia dibikin dalam bentuk akustik. "Untuk konsert pada 30 Jun ini pula, ia umpama pertempuran empat penjuru otai rock yang mempunyai tarikan tersendiri." Ditanya bagaimana beliau melihat masa depan Search, Amy hanya tersenyum. Saat ditanya tentang jangka hayat Search, sambil tersenyum, beliau menjawab persoalan tersebut bersama hujah-hujahnya. Ujar Amy, khalayak dan peminat barangkali akan dihidangkan dengan sebuah album studio selepas lebih enam tahun tidak menghasilkan album. Bagaimanapun, beliau tidak berani untuk berjanji bila ia akan dikeluarkan. "Kami memang punya perancangan untuk mengeluarkan album studio, namun secara jujur, buat masa ini, Search belum mempunyai sebarang material untuk ke arah itu," ujarnya tenang. Menjawab persoalan tentang kelangsungan Seacrh, Amy bagaimanapun menetapkan kemungkinan tempoh hayat Search akan berakhir dalam tempoh lima tahun akan datang. Ini bermakna Search barangkali hanya akan wujud sehingga tahun 2018, sebelum setiap anggotanya membawa haluan masing-masing. Bagaimanapun, Amy pantas mematahkan pemikiran saya dengan mengatakan: "Saya sekadar menyebut tempoh lima tahun bukan kerana berasa sudah letih bermain muzik. "Sebaliknya, saya perlu realistik terhadap faktor usia dan tahap kesihatan setiap anggota Search. "Jika dalam tempoh lima tahun ini kami diberi kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus menghiburkan khalayak dan masih relevan, Search akan terus hidup," ujarnya yang barangkali mampu menutup rasa gusar peminat setia mereka terhadap pembubaran grup tersebut. | |
Linda Hashim Lakukan Solat Sunat Sebelum Kahwin Posted: 31 May 2013 04:58 AM PDT Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 29, berkata, dia mendoakan agar majlis itu nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah mengikut perancangan. "Sebagai persiapan diri, saya banyak buat solat sunat taubat dan hajat. Sebagai manusia biasa kita banyak melakukan kesilapan dan kalau boleh perkara baik ini Allah akan memudahkannya ," kata Linda kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis. Majlis akad nikah Linda dengan Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah, 33, akan diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 7 Jun ini selepas solat Isyak. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012. Dalam pada itu Linda berkata, dia banyak menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga kesihatannya menjelang majlis tersebut. "Saya takut kalau demam atau sakit pada hari itu nanti, jadi saya jaga pemakanan dan ambil vitamin tambahan untuk tambah tenaga. "Selain itu, saya juga lebih berhati-hati kerana orang tua-tua kata nak jadi pengantin baru, 'darah manis' tapi terpaksa jugalah keluar buat apa yang patut," ujarnya. Tambah Linda, penyanyi veteran Indonesia iaitu Endang S.Taurina telah mengesahkan untuk hadir pada majlis resepsi persandingan mereka selain bersedia untuk membuat persembahan menghiburkan tetamu. | |
Tawaran Filem Berbajet Rendah Punca Bade Azmi ‘Hilang’ Posted: 31 May 2013 04:57 AM PDT Bade yang terkenal dengan filem aksi ini berkata, dia enggan mengambil risiko dalam menghasilkan sebuah karya yang tidak berkualiti terutamanya dalam menghasilkan filem genre tersebut. "Bukan tiada tawaran untuk mengarah filem atau buat filem tetapi saya lihat trend dan pasaran filem sekarang yang lebih kepada cerita seram dan komedi. "Ada juga yang tawarkan saya filem aksi tetapi bajet pula tidak mencukupi kerana bagi saya sebuah filem aksi yang baik perlu belanja yang agak besar kerana perlu dibuat dengan teliti," katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Sindiket, di sini, Khamis. Bagaimanapun, pelawaan yang dibuat oleh sebuah produksi baru iaitu Loyal Studio Sdn Bhd berjaya meyakinkannya untuk menghasilkan sebuah filem yang bakal mengangkat isu pemerdagangan manusia. "Sebenarnya ia adalah takdir yang tidak dirancang, apabila saya dipanggil dan dipelawa untuk membuat sebuah filem aksi dengan bajet yang agak besar oleh produksi ini. "Semuanya berjalan dengan pantas, saya kata pada mereka, saya tak percaya pada filem aksi yang bajetnya murah dan jika mereka serius untuk buat filem aksi, pelaburannya bukan sedikit. "Tapi mereka dengan yakin dan bersungguh mahu Sindiket difilemkan. Akhirnya kami mendapat persetujuan", katanya. Filem Sindiket yang memperuntukkan kos sebanyak RM3 juta ini bakal memulakan penggambaran itu di Kundasang, Sabah dan juga Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia. Bagaimanapun, beliau menolak karya yang disimpan hampir 11 tahun ini berinspirasi kepada filem Hollywood, Taken. "Sindiket tidak berinspirasi filem Taken. Pada saya filem yang mengangkat isu pemerdagangan manusia ini sudah banyak dibuat dan ia merupakan isu dunia cuma filem Taken sahaja yang dan popular. "Apa yang membezakannya ialah Sindiket ini membawa penonton untuk mengetahui isu ini turut berlaku di Malaysia berdasarkan kisah benar, bagaimanapun ia turut komersil seperti percintaan dan kekeluargaan," katanya. Filem ini membariskan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci. | |
Sakit mata lihat pelajar berpelukan Posted: 31 May 2013 04:53 AM PDT Tinjauan Sinar Harian pagi kelmarin mendapati beberapa pelajar perempuan berpakaian sekolah bersama teman lelaki masing-masing keluar dari bahagian tingkat atas air terjun kira-kira jam 1 petang. Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Rusli berkata, dia sakit mata dan kecewa melihat tingkah laku pelajar-pelajar perempuan berpeluk-pelukan bersama pasangan masing-masing. Gejala berkenaan semakin menjadi-jadi terutamanya di bahagian tingkat atas air terjun memandangkan ia dikelilingi hutan dan jauh dari pandangan orang ramai. "Mereka akan masuk di tingkat atas dan akan turun pada waktu sekolah tamat. "Pada waktu cuti sekolah sekarang kebanyakan pelajar perempuan berpakaian sekolah akan datang ke sini, mungkin mereka ponteng kelas tambahan atau tuisyen yang dianjurkan pihak sekolah. Dan seperti biasa pasangan mereka awal-awal lagi sudah menanti di sini," katanya. Menurutnya, dia pernah menegur perlakuan pelajar-pelajar berkenaan, namun respons negatif yang diterimanya. "Mereka marah saya, marah sebab saya campur urusan mereka. "Saya sedih melihat perangai anak-anak muda sekarang. Terlalu leka dengan cinta hingga lupa semuanya," katanya. Rusli berkata, pekerja di situ tidak mampu berbuat apa-apa, dan dia berharap pihak bertanggungjawab mengambil tindakan serius menangani gejala berkenaan. Seorang lagi pekerja yang dikenali sebagai Bibah berkata, semua pekerja jarang naik ke air terjun bahagian atas kerana malu dengan perlakuan pelajar-pelajar berkenaan. "Saya berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan serius kerana gejala ini saya lihat boleh merosakkan imej tempat ini," katanya. | |
Posted: 31 May 2013 04:50 AM PDT Kegiatan itu berjaya dihidu Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops Rumah Pelacuran di sebuah premis di Bandar Baru Permas Jaya, di sini kelmarin. Dalam serbuan itu, seramai tujuh wanita warga Thailand ditahan melibatkan 15 anggota dan pegawai diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Khairulanuar Abu Bakar sekitar jam 5.15 petang. "Setibanya di lokasi, pintu berkunci secara automatik. Anggota operasi terpaksa memanggil berkali-kali sebelum premis dibuka. "Ketika pemeriksaan dijalankan, di dalam bilik premis terbabit terdapat empat pelanggan bersama pasangan masing-masing. "Seorang wanita cuba menyembunyikan kondom meskipun pada mulanya tidak mengaku memiliki kondom. "Akhirnya selepas didesak, beliau mengaku menyimpan beberapa keping kondom di dalam saluran paip air di tandas," katanya, di sini semalam. Ketika serbuan, kesemua wanita terbabit dipamerkan di dalam cermin dipercayai dan dijadikan umpan dalam kegiatan pelacuran. Khairulanuar berkata, wanita berasal dari negara jiran itu berusia antara 27 hingga 34 tahun dan meraih kadar bayaran antara RM150 bagi setiap perkhidmatan. Menurutnya, kesemua wanita terbabit ditahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan selain bekerja tanpa pas dan permit. "Turut ditahan seorang warga tempatan yang merupakan penjaga premis kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. "Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut jabatan," katanya. Sementara itu, dalam serbuan lain, lima wanita warga asing ditahan dalam Ops Sayang di sebuah premis refleksologi Taman Daya. Dalam serbuan ke atas premis yang sudah beroperasi sejak lebih tiga tahun lalu, tiga wanita Indonesia dan dua warga Vietnam ditahan. Menurut Khairulanuar, kesemua wanita terbabit bekerja sebagai tukang urut dengan kadar bayaran RM60 dan menawarkan khidmat tambahan sambil mengenakan caj sebanyak RM150. "Wanita yang ditahan ini berusia antara 27 hingga 34 tahun dan kita mengesyaki premis ini ada melakukan kegiatan tidak bermoral. "Dalam pemeriksaan di dalam bilik di premis ini, terdapat dua pelanggan bersama pasangan masing-masing. Seorang wanita cuba lari melalui tingkap belakang premis di tingkat dua, namun berjaya ditahan dan keadaan terkawal," katanya. Wanita terbabit ditahan kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 17(a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan dan bekerja tanpa pas serta permit. "Ada juga antara mereka yang ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas dan permit. "Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk tindakan lanjut," katanya. | |
Misi terakhir Versus 2 rebut RM200,000 Posted: 31 May 2013 04:47 AM PDT SETELAH lapan minggu bersaing sesama sendiri, program pertandingan Versus 2 yang membabitkan persaingan lima buah band, akhirnya menuju kemuncak menerusi Konsert Konfrontasi Terakhir yang akan berlangsung pada malam ini. Menampilkan antara band tempatan terhebat seperti Manifesto, Estranged, Oh Chentaku, Kyoto Protocol dan Kristal, salah sebuah band yang berjaya bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000. Tomok yang mewakili band Manifesto ketika ditemui berkata, sepanjang lapan minggu beraksi di pentas pertandingan Versus, kesemua band yang bertanding telah mempersembahkan kehebatan masing-masing. "Secara jujurnya, saya bersama ahli kumpulan Manifesto yang lain tidak pernah meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk muncul juara memandangkan persaingan yang cukup sengit. "Kalau ditanya tentang peluang untuk muncul juara pula, keyakinan itu memang ada dan paling penting kami perlu cuba lakukan yang terbaik untuk menewaskan empat band yang lain," ujarnya ketika ditemui semasa saingan minggu kelapan yang berlangsung Jumaat lalu. Meskipun Manifesto merupakan band yang paling banyak memenangi saingan battle iaitu sebanyak tiga kali, Tomok menegaskan bahawa mereka tidak boleh memandang rendah saingan band yang lain. Ujarnya, kejayaan memenangi saingan battle paling banyak juga bukanlah jaminan buat Manifesto untuk dipilih sebagai juara kerana apa sahaja boleh berlaku semasa konsert terakhir nanti. "Kami anggap kemenangan sebanyak tiga kali sebelum ini merupakan satu rezeki dan sudah tentu ia mampu menjadi pembakar semangat supaya misi meraih gelaran juara akan tercapai," jelasnya yang menganggap kelima-lima band mempunyai peluang yang sama rata untuk menang. Bagi sebuah lagi band iaitu Kristal pula berpendapat bahawa setiap band sudah melakukan yang terbaik untuk memenangi hati penonton serta dua orang juri tetap, Jennifer Thompson dan Loque. Roslan atau lebih sinonim dengan panggilan Lan yang mewakili Kristal menyatakan mereka begitu bersungguh-sungguh setiap minggu kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk bergelar juara. "Kalau ditanya tentang persiapan untuk saingan akhir, kami perlu bersedia lebih awal kerana cabaran yang akan ditempuhi pastinya lebih sukar dan kehebatan band yang bertanding juga perlu diberi perhatian serius. "Namun begitu, kami ada mempunyai strategi tersendiri untuk memberikan cabaran kepada pesaing yang lain, termasuk melakukan kejutan yang pastinya tidak disangka oleh para peminat yang menonton rancagan ini nanti," ujarnya. Sementara itu, band Estranged yang pernah muncul sebagai juara di Anugerah Juara Lagu 2007 menerusi lagu Itu Kamu sudah menyiapkan lebih awal lagu baharu yang akan dipersembahkan ketika konsert penutup. Diwakili oleh Richael L. Gimbang atau Rich yang juga selaku vokalis utama, dia menegaskan, kejayaan yang pernah diraih mereka sebelum ini tidak boleh dijadikan ukuran kerana Versus 2 merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang berbeza. "Saya yakin lagu baharu yang kami cipta itu pastinya akan digemari ramai, manakala untuk bergelar juara, kami tidak mahu terlalu berharap kerana ingin lebih fokus kepada persembahan nanti," ujarnya. Laman sosial Sebuah lagi band yang bersaing dalam Versus 2 iaitu Oh Chentaku pula sememangnya antara band yang perlu diberi perhatian berdasarkan persembahan yang ditampilkan sepanjang lapan minggu. Salah seorang wakilnya iaitu Mior Luqman Hakim atau Mior berkata, mereka berasa kerdil berbanding band-band yang lain kerana kurang dikenali ramai kerana mereka lebih banyak bergerak secara underground. "Pada mulanya kami berasa agak gugup untuk bersaing dengan empat buah band lagi yang lebih dikenali ramai, tetapi lama-kelamaan kami sudah dapat membiasakan diri. "Memandangkan Oh Chentaku kurang dikenali, beberapa strategi telah diaturkan seperti menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter untuk menarik lebih ramai peminat dan ternyata cara sedemikian cukup berkesan," jelasnya. Bagi band Kyoto Protocol yang sentiasa mencuri perhatian peminat setiap minggu sehingga dilabel band pilihan, mereka menganggap masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi terakhir. Wakil band tersebut iaitu Fuad Alhabshi berkata, mereka akan menjadikan semua komen yang diberikan oleh juri tetap setiap minggu sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan. "Sudah tentu kami mengambil serius setiap yang diperkatakan oleh kedua-dua juri. Kami sedar persembahan yang ditampilan belum cukup mantap, tetapi ia tidak melemahkan semangat kami untuk muncul sebagai juara," ujarnya. Saingan terakhir rancangan Versus 2 yang diadakan di Space U8, Shah Alam, Selangor akan turut disiarkan secara langsung menerusi TV9 dan saluran radio Hot FM pada pukul 9.30 malam. | |
Bella Bundle of Joy raikan para ibu Posted: 31 May 2013 04:45 AM PDT BIARPUN Hari Ibu diraikan pada tanggal 12 Mei lalu, namun stesen televisyen ntv7 pula menganggap pengorbanan seorang ibu bukan sahaja harus diingati pada hari-hari tertentu sahaja, sebaliknya mereka selayaknya diraikan setiap hari. Ini kerana pengorbanan para ibu dalam melahirkan, membesarkan dan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tidak ternilai. Atas dasar itu, ntv7 mengambil inisiatif menganjurkan sebuah acara istimewa buat kaum wanita yang bakal bergelar ibu iaitu Bella Bundle of Joy. Menurut Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul, acara mirip baby shower itu sebenarnya diilhamkan daripada rancangan temu bual wanita popular stesen itu iaitu Bella, sempena kempen Will & Kate and The Royal Baby. "Acara Bella Bundle of Joy akan diadakan pada hari Ahad ini (2 Jun) bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, dari pukul 2 hingga 7 petang. Menariknya, penyertaan untuk menghadiri majlis ini adalah percuma," ujarnya. Mengulas mengenai objektif acara itu diadakan, kata Airin, para ibu akan diberi pelbagai maklumat berkaitan bayi yang bakal dilahirkan dan sebagai persiapan buat diri mereka yang bakal bergelar ibu. Ungkapnya lanjut, acara itu bakal menyediakan ruang buat para ibu untuk bertanya lebih lanjut kepada pakar-pakar dalam bidang berkaitan. Lebih menarik, acara Bella Bundle of Joy itu juga merupakan percubaan terbesar dalam menghimpunkan wanita hamil tanpa mengira usia. Ia akan direkodkan dalam Malaysia Book of Records. Beberapa selebriti seperti Dynas Mokhtar dan Daphne Iking akan membuat kemunculan khas pada acara tersebut. Kepada para ibu hamil yang berminat menyertainya boleh hadir terus ke acara tersebut atau anda juga digalakkan mendaftar menerusi borang ringkas yang terdapat di laman web www.ntv7.com.my dan menghantarkan borang menerusi e-mel bellashower@ntv7.com.my atau hubungi talian 03-7726 877 sambungan 7040/7009. Bagi para ibu yang hadir awal ke acara tersebut akan diberikan cenderahati menarik dan eksklusif daripada ntv7. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |