Rabu, 27 Mei 2015

Rogol Kanak-Kanak 10 Tahun


KOTA BHARU - Padah buat seorang buruh kerana kesalahan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, pada tahun lalu, dia dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini.

Tertuduh, Ahmad Bur Rahim Md Sluji, 23, mengaku salah pada tuduhan pindaan merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun sembilan bulan di sebuah rumah di Kampung Mentuan, Kubang Kerian, di sini, pada jam 12 tengah malam, 10 April tahun lalu.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Ilyas Mohd memohon hukuman terhadap anak guamnya itu diringankan kerana ketika kejadian tertuduh masih muda dan hanya berusia 21 tahun.

Katanya, kejadian berlaku tanpa perancangan atau paksaan, malah tertuduh sudah memujuk mangsa untuk dihantar ke rumah ibu bapanya, namun ditolak kanak-kanak itu.

“Kejadian berlaku juga ketika mangsa sendiri yang datang ke rumah tertuduh. Tertuduh pula hanya tamat persekolahan di tingkatan dua dan hanya bekerja sebagai buruh. Tertuduh juga kerap kali diserang migran akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya sebelum ini,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun mendapat bantahan pihak pendakwaan yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan serius yang dilakukan terhadap kanak-kanak terbabit.

Berpuas hati dengan hujahan kedua-dua pihak, Hakim Mohd Yusoff Yunus kemudian memutuskan hukuman tersebut dan mengarahkannya berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan.

Kes berkenaan melalui perbicaraan sehingga memasuki fasa membela diri, namun belum dipanggil mahkamah untuk pembelaan, tertuduh kemudian menukar pengakuan dan mengaku salah merogol mangsa. -SH



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan