Jumaat, 31 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Aida, Saiful Nizam Pergi Umrah

Posted: 30 May 2013 10:38 PM PDT


Baru-baru ni Aida yang juga finalis Gadis Melayu yang juga isteri kepada penyampai berita TV3, Saiful Nizam serta anaknya pergi menunaikan ibadah umrah. Mereka sekeluarga buat pertama kalinya pergi menunaikan umrah setelah mendirikan rumahtangga hampir 3 tahun iaitu pada bulan Julai 2010.






Fizo Omar Marah Afiq Muiz, Mahu Tegur!

Posted: 30 May 2013 09:19 PM PDT


Semalam, Fizo Omar melahirkan rasa terkilan dan menegur sikap pendatang baru Afiq Muiz dengan ibunya kerana krisis keluarga yang melanda mereka.

Fizo berpendapat, walaupun seteruk mana seseorang ibu itu, seseorang anak itu wajib memohon maaf terhadap kesilapan melukai hati ibu masing-masing.

"Saya kurang senang dengan sikap Afiq. Adakah ibunya berkelakuan buruk dan terlalu jahat? Jika ya sekalipun, dia tidak boleh menghina wanita yang melahirkan dan membesarkannya sebegitu rupa.

"Jujurnya, andai kata saya dapat bersemuka dengan dia (Afiq), saya akan menegur sikapnya itu. Saya benar-benar marah dan kecewa dengan sikapnya itu,

"Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang," jelas Fizo. -mStar

Gambar Lisa Surihani Untuk Peragakan Baju Jovian

Posted: 30 May 2013 08:16 PM PDT

Baru-baru ini Lisa Surihani dijemput untuk menghadiri satu sidang media dengan diberikan kepercayaan untuk memperagakan lebih 20 baju fesyen terbaharu yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie untuk menghasilkan koleksi 'Lisa Surihani for Jovian' khas bersempena hari Raya Aidilfitri 2013 nanti. Lisa kelihatan agak cantik dan anggun dengan fesyen yang dianggap serba mewah itu. -Instagram Lisa Surihani








Raja Azmi Ditampar, Disamun lalu Terjatuh...

Posted: 30 May 2013 06:28 PM PDT

Raja Azmi Raja Sulaiman yang kini berusia 54 tahun yang juga seorang pengarah filem terkenal diberitakan yang dia disamun oleh 2 orang lelaki yang menunggang motosikal berhampiran Hotel Istana di Jalan Nagasari pada lusa yang lalu. Hari malang itu berlaku pada pukul 12.30 tengah malam, Selasa ketika Raja Azmi sedang berjalan seorang diri menuju ke arah keretanya yang diletakkan di luar bangunan hotel berkenaan.
"Pada jarak 20 meter dari kereta tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri saya.

"Salah seorang suspek kemudian menolak saya menyebabkan saya terjatuh ke dinding di kaki lima hotel dengan beg tangan di bahu kiri manakala tangan kanan memegang telefon pintar Samsung Galaxy II," katanya.
Tambah Raja Azmi yang turut ditampar sebelum disamun, Sebelum kejadian, dia baru pulang daripada menghadiri satu majlis kahwin yang diadakan di hotel tersebut. Kemudian, suspek yang memakai topi keledar kemudian cuba menarik beg tangannya namun dia meronta-ronta sambil menjerit meminta tolong bagi menarik perhatian orang ramai yang berada di kawasan berhampiran. -Kosmo!

jenama hp pon nak bagitahu details tu.~ hehe..

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Gambar terkini keluarga Nabil Raja Lawak (5 Gambar)

Posted: 30 May 2013 06:30 PM PDT

Gambar penuh selepas ini.

Elyana bersama suami menunaikan umrah (5 Gambar)

Posted: 30 May 2013 05:30 PM PDT

Baru-baru ini Elyana dan suaminya, Khairul Anuar Hussin telah selamat mengerjakan umrah bersama-sama bermula dari 10 Mei lalu. Mereka menunaikan umrah dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan Ibtisam Travel & Tours. Gambar penuh selepas ini.

Raja Azmi disamun dua lelaki

Posted: 30 May 2013 01:27 AM PDT

Berita mengejutkan telah menimpa pengarah filem, Raja Azmi yang juga merupakan bekas isteri kepada Jailani Sidek. Raja telah di samun ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perkahwinan kenalan di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Menurut Raja, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengan malam di mana tiba-tiba muncul sebuah motosikal yang dinaiki dua orang suspek. Pengarah tersebut ditampar dan ditolak jatuh di kaki lima hotel sebelum disamun oleh kedua-dua suspek tersebut.

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Neelofa tak jual rupa

Posted: 29 May 2013 07:07 PM PDT


Neelofa
Neelofa
Neelofa
Neelofa
GADIS cantik berusia 24 tahun ini barang kali antara selebriti yang cukup bertuah. Mempunyai rupa paras yang cantik, bijak dan berbakat, Noor Neelofa Mohd Noor, atau Neelofa boleh dikatakan memiliki pakej lengkap.
Malah bakat dimilikinya bukan hanya dinilai melalui kata-kata dan pujian, bahkan gadis yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini beberapa kali menerima pencalonan dalam anugerah berprestij biarpun baru tiga tahu berkecimpung dalam bidang seni.

Terbaru, Neelofa dicalonkan untuk dua kategori Anugerah Blockbuster 2, iaitu kategori Heroin Terhebat dan Heroin Baru Terhebat.

Bagaimanapun, akui Juara Dewi Remaja 2010 ini, dia tidak mengharapkan sebarang kemenangan biarpun tercalon.

"Saya tidak sasar sebarang trofi, tetapi tetap akan hadir pada malam kemuncak bagi mempromosikan filem terbaru saya iaitu Lemak Kampung Santan yang akan bersiaran 1 Syawal nanti.

"Lagipun majlis-majlis anugerah sebegini, kita tidak boleh jangka siapa yang akan menang dan kadang kala orang yang kita tak jangka pun boleh menang.

"Jadi, saya hanya bersikap neutral dan menerima sahaja keputusan yang akan diumumkan malam itu kelak," ujarnya kepada Zass.

Ditebak adakah dia masih kecewa berikutan kegagalan menerima apa-apa trofi, biarpun menerima banyak pencalonan pada Anugerah Bintang Popular sebelum ini, Neelofa segera menidakkan.

"Saya masih baru dalam industri ini dan banyak lagi kelemahan yang perlu saya perbaiki. Bagi saya, orang sudah mengenali dan nampak Neelofa dalam industri ini juga sudah cukup bermakna buat saya.

"Banyak lagi ruang dan peluang yang akan datang, jadi tidaklah hanya kerana gagal sekali, saya terus kecewa," jelasnya.

Tak endah kritikan

Dalam bersikap positif mengharungi segala sepak terajang dalam industri seni, Neelofa tidak terlepas dari menerima kata-kata nakal bahawa kehadirannya dalam industri tidak lebih sekadar berbekalkan rupa semata-mata.
Tidak cepat melatah dengan tohmahan sesetengah pihak yang tidak menyenangi kehadirannya dalam industri seni, Neelofa berkata, dia tidak ambil pusing dengan kata-kata negatif orang lain
terhadapnya.

"Saya tahu apa yang saya buat dan orang boleh kata apa sahaja. Jikalau benar kehadiran saya hanya kerana rupa, saya rasa mungkin sudah lama saya hilang dari industri ini.

"Malah, apabila sudah masuk tahun ketiga berada dalam industri, saya makin kuat dan tidak ambil pusing dengan apa yang orang lain katakan.

"Bagi saya, orang yang suka mengata saya, belum tentu hidupnya juga stabil. Jadi saya hanya pandang ke depan dan buat kerja saya sahaja," katanya.

Jadual padat

Dalam pada itu, berkongsi mengenai perkembangan terkininya, Neelofa berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran Pilot Cafe dan juga menyelesaikan penggambaran program Nona serta MeleTOP.
Selain itu, Neelofa juga bakal tampil dalam program terbaru berjudul Dapur Panas bersama pengarah Michael Ang.

"Julai ini, saya akan memasuki set penggambaran filem Gangster Superstar bersama Khabir Bhatia," ujarnya.

Tepis gosip dengan Sharnaaz

Posted: 29 May 2013 07:06 PM PDT



PERTAMA kali bertemu dengan pelakon kelahiran Jurong, Singapura, Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq atau lebih serasi disapa Elfa adalah ketika penggambaran drama bersiri Adam & Hawa di Cameron Highlands, Pahang, sekitar pertengahan tahun lalu.
Ketika itu nama Elfaeza Ul Haq masih samar-samar dalam industri hiburan tempatan. Namun, dek tempias drama rantaian itu, Elfa, 27, mengakui sahamnya melambung tinggi dan semakin laris mendapat tawaran.
"Syukur sebenarnya kerana saya dikenali menerusi sebuah naskhah hebat bersama pelakon-pelakon yang luar biasa bakatnya.
"Boleh dikatakan, lebih kurang saya menumpang sedikit populariti daripada mereka," ujarnya yang ditemui ketika pertunjukan fesyen The Amazing Red Kurung Kebaya & Hijab di The Weld, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas lebih lanjut bahang populariti yang semakin kuat dirasai Elfaeza, dia kadangkala gusar dan takut ledakan itu memakan diri sendiri.
"Saya tidak mahu mudah terleka dan hanyut dalam arus populariti. Takut juga suatu masa nanti saya sendiri dimakan perasaan yang riak. Lebih baik saya menjadi diri saya dan kekal berada di tempat sekarang yang tidak terlalu selesa atau terlalu sukar," katanya.
Rentetan daripada keberkesanan lakonannya juga, Elfaeza diberikan kepercayaan untuk menggalas peranan utama dalam drama bersiri Iman Nabila terbitan Suhan Movies Trading Sdn. Bhd. yang kini sedang menjalani penggambaran.
"Alhamdulillah, pertama kali saya ditawarkan untuk melakonkan watak utama drama bersiri 16 episod, Iman Nabila. Tambah mengharukan apabila drama itu akan disiarkan di TV3 untuk slot Azalea tidak lama lagi.
"Apabila ditawarkan watak utama, saya terperanjat bukan kepalang! Perasaan berdebar-debar dan takut untuk bekerja dengan produksi terkenal dan pelakon lain yang belum pernah bekerjasama sebelum ini," ungkap Elfaeza.
Turut membintangi drama itu, pelakon kacak Shahrizal Jaszle, Aida Khalida dan Kuza.
Elfaeza kini melihat bakat dan kewujudannya dalam industri hiburan di Malaysia sudah semakin diterima ramai dan berusaha untuk mengekalkan prestasi baiknya tanpa sebarang cerita negatif.
"Ini percubaan pertama saya dan saya melihat peluang kepada artis dari Singapura seperti saya sudah semakin diterima peminat di sini (Malaysia).
"Kalau tidak diberikan peluang kepada artis baharu seperti saya, bagaimana industri kita hendak maju ke depan?" luahnya.
Sharnaaz
Mengalih topik bicara kepada gosip liar yang mendakwa dia kini sedang mengenali pelakon kelahiran Georgetown, Pulau Pinang iaitu Sharnaaz Ahmad semenjak bernaung di bawah pengurusan yang sama beberapa minggu lalu, nyata wanita ini terperanjat ketika diberitahu.
Jelasnya, tidak pernah terlintas untuk dia menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki dalam waktu terdekat memandangkan kerjayanya baru saja bermula.
Malah katanya lagi, dia tidak menganggap Sharnaaz sebagai lelaki yang paling rapat dengannya kini biarpun kedua-duanya diuruskan oleh individu yang sama.
"Saya sudah agak akan timbul dakwaan sebegini apabila saya memilih untuk diuruskan bersama Sharnaaz dan saya tidak boleh menghentikan cakap-cakap orang.
"Sepanjang saya mengenali Sharnaaz, dia bukan seorang yang pemarah, malah dia sebenarnya peramah.
"Sebelum ini saya sendiri yang menguruskan kerjaya saya, kebetulan ketika penggambaran drama Mukhlis bulan lalu, saya berkenalan dengan pengurus peribadi Sharnaaz yang kemudian menawarkan saya bernaung di bawahnya.
"Saya menerima pelawaan itu dan jika serasi saya akan teruskan khidmatnya. Tiada istilah saya diuruskan oleh individu yang sama dengan Sharnaaz, maka kami mempunyai hubungan.
"Lagipun, pertemuan kami hanya di set penggambaran Mukhlis sahaja. Kami tidak pernah membuat temujanji untuk keluar bersama selain waktu bekerja," jelas Elfaeza.

CINTA bagi Elfaeza penting dan adalah segala-galanya.


Solo
Mengukuhkan kenyataan yang dikeluarkan, ujar Elfaeza, dia kini masih solo dan fokusnya kini cuma keluarga dan kerjayanya yang masih mencari tapak.
"Ibaratnya lagu Cari Jodoh (Wali Band) sangat sesuai dengan saya. Memang saya tak laku! Prioriti saya adalah kerjaya dan keluarga yang berada di Singapura.
"Saya tidak terfikir untuk mencari lelaki buat masa sekarang sejak lima tahun menyendiri. Selepas putus cinta kali ketiga, saya sudah patah hati dan tidak mahu tetapkan lelaki yang bagaimana mahu dipilih," katanya.
Ditanya bilakah dia akan kembali mencari cinta, jawab Elfaeza, perkara itu akan berlaku apabila dirinya sudah stabil dan hatinya benar-benar bersedia.
"Saya akan kembali mencari cinta apabila kerjaya sudah stabil dan selepas itu saya menerima kalau pintu jodoh saya terbuka.
"Saya inginkan seorang lelaki yang baik, boleh membimbing saya, tidak cerewet dan tidak ambil pusing sekiranya jodoh saya adalah individu dalam atau luar industri hiburan," kongsi Elfaeza.
Ditanya makna cinta bagi dirinya, jawab Elfaeza: "Cinta penting dan adalah segala-galanya. Hidup kena ada cinta. Cinta kepada keluarga, kerjaya, hidup dan paling penting cinta kepada Allah."
Kompang Abang Zabidi
Dalam pada itu, Elfaeza baru sahaja muncul menerusi telefilem Kompang Abang Zabidi yang mana tayangan perdananya menerusi Astro Warna (saluran 132) semalam, 29 Mei.
Menerusi telefilem arahan Mohd. Ramdan Che Hassan itu, Elfa yang melakonkan karakter Amelia bergandingan dengan aktor Kamal Adli sebagai Zabidi.
Kompang Abang Zabidi mengisahkan tentang Zabidi iaitu seorang pemuda kampung yang terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar ganti rugi kerana merobohkan reban ayam Mat Som Karipap Pusing.
Suatu hari, Zabidi telah ditawarkan untuk menjadi ketua pasukan kompang kampungnya. Kemunculan Amelia menjadikan semangatnya untuk memimpin pasukan kompangnya itu semakin berkobar-kobar. Namun, Rais cuba mensabotaj pasukan kompang Zabidi.
Menerusi telefilem arahan Mohd. Ramdan Che Hassan itu, Elfa yang melakonkan karakter Amelia bergandingan dengan aktor Kamal Adli sebagai Zabidi.

Nad Zainal Dianggap Sombong Kerana Suara

Posted: 29 May 2013 07:05 PM PDT

Nad Zainal
PETALING JAYA: Pelakon Nad Zainal mengakui sikapnya yang lantang ketika bersuara menyebabkan ada pihak menganggap dia seorang wanita yang sombong.
Bagaimanapun, Nad, 23, berkata, dia tidak peduli dengan tanggapan tersebut kerana cara percakapannya adalah disebabkan terbawa-bawa sejak menceburi dunia pentas teater, tiga tahun lalu.
"Nada suara saya memang macam ini iaitu lantang kerana mungkin sebab lontaran suara yang sudah dilatih ketika saya belajar seni persembahan teater di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan).
"Ditambah dengan rupa saya yang agak garang ramai yang ingat saya ini sukar didekati, dan sombong tapi saya tidak kisah kerana mereka tidak mengenali saya secara rapat," katanya.
Dalam pada itu, bercakap tentang media sosial, dia menganggap medium itu mampu membolehkan seseorang artis untuk berinteraksi dengan peminat tetapi perlu mempunyai batas-batas tertentu.
"Zaman ini memang ramai orang yang guna Facebook atau Twitter untuk berhubung dengan peminat, namun pada saya semuanya perlu ada batasan.
"Jika untuk kegunaan peribadi secara keterlaluan ia tidak sesuai kerana ia akan mengundang publisiti murahan seseorang artis selain boleh membunuh kerjaya artis jika tidak digunakan dengan betul," katanya.
Sementara itu, wanita yang mengakui sudah memiliki teman istimewa ini belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
"Ya... saya sudah ada kekasih namun buat masa sekarang fokus utama adalah untuk kerjaya dan membahagiakan ibu bapa, lagi pula usia saya masih muda," katanya.
Nad bakal membawa watak Kay dalam Drama Memberku Hawa Musim ke-2 yang akan disiarkan setiap Rabu bermula 5 Jun depan pada pukul 10 malam di Astro Ria.
Ulangannya adalah pada setiap Ahad pukul 6.30 petang.
Drama ini mengisahkan wanita muda Malaysia yang berdepan dengan cabaran hidup dengan sikap positif dan berpendirian teguh.
Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, drama ini turut dibarisi Sharifah Sofea, Nur Zaireen Mohd Zait, Christina Suzane dan Nor Nadia Nor Mahazan.

Artis YouTube, Tasha & Syed Shamim Dapat Sokongan Keluarga

Posted: 29 May 2013 07:04 PM PDT

Tasha (kiri) dan Syed Shamim menunjukkan album mereka.
KUALA LUMPUR: Bintang yang popular menerusi YouTube, Tasha Manshahar dan Syed Shamim mendapat sokongan penuh daripada keluarga masing-masing untuk bergelar artis walaupun mereka masih menuntut di pusat pengajian tinggi.
Muncul sebagai pasangan duet, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 21, berkata, walaupun agak sukar untuk membahagikan masa antara pelajaran dan karier nyanyian tetapi mereka semakin bijak mengatur jadual supaya dapat mengimbangi rutin harian mereka.
"Keluarga sangat menyokong tetapi meletakkan syarat supaya tidak mengabaikan pelajaran sekiranya mahu bergelar artis.
"Walaupun mampu mengimbangi kedua-dua bidang itu namun pelajaran tetap diutamakan," katanya selepas ditemui pada majlis pelancaran 'single' mereka iaitu Be Mine dan Cuba Teka di Hard Rock Cafe di sini pada Rabu.
Tasha dan Syed Shamim atau nama sebenarnya Syed Shamim Syed Abdul Kadir, 20 sedang menuntut di Institut Perguruan, Kampus Ilmu Khas, Cheras di sini.
Tasha mengambil pengajian Bahasa Inggeris manakala Syed Shamim pula pelajar jurusan muzik di institut berkenaan.
Kedua-dua mereka mula dikenali menerusi lagu Mr. Saxobeat dan Be Mine yang mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 40,000 penonton dalam masa empat hari di YouTube.
Sehingga kini, video berkenaan telah mencacat lebih sejuta tontonan di laman tersebut.
Dalam pada itu, Tasha berkata, dia tidak menyangka lagu ciptaannya itu mendapat sambutan hebat daripada pendengar sehingga dilamar syarikat rakaman FMC untuk merakamkan album.
"Sebelum ini kami hanya menganggap nyanyian dan mencipta lagu hanya sebaga hobi tetapi tidak sangka ramai yang meminati kami," katanya.
Sementara itu, Syed Shamim berkata, dia bertemu dengan Tasha di universiti dan keserasian di antara mereka telah mendorong kepada kerjasama itu.
Memilih untuk tampil berduet, Syed Shamim berkata, itu adalah kelainan yang ingin ditampilkan mereka sebagai artis.
"Sudah terlalu ramai artis solo jadi kami ingin beri kelainan dan ia nampaknya mula diterima ramai. Malah ramai yang memberikan reaksi positif tentang gandingan kami," katanya.
Bagaimanapun kata Syed Shamim, hubungan yang terjalin di antara mereka adalah profesional dan tidak terfikir untuk bercinta buat masa ini.
"Kami kawan baik yang mempunyai visi dan objektif sama tetapi bukan pasangan kekasih," ujarnya yang memberitahu akan muncul dengan album penuh pada penghujung tahun ini.
Pada majlis sama, Tasha turut dilantik sebagai duta produk Shopie Secret and Beauty.

Pencarian peserta AF kini bermula!

Posted: 29 May 2013 07:02 PM PDT


 Akademi Fantasia
Alumni Akademi Fantasia
HAMPIR dua tahun rancangan realiti popular Akademi Fantasia (AF) direhatkan atas sebab-sebab tertentu, kini ia muncul semula dengan format baru dan idea lebih segar.
Dengan memperbaharui format baru, AF10 akan ditukar kepada AF2013 akan disiarkan di Astro Ria bermula September tahun ini.

Malah logo AF juga turut ditukar yang memperlihatkan elemen futuristik dan lebih menarik berbanding logo terdahulu.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata program realiti Akademi Fantasia dilihat sebagai platform bagi melahirkan perintis baru dalam dunia hiburan.

Tambahnya, program itu masih relevan dengan terbukti apabila ramai bintang kelahiran AF berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, lakonan dan pengacaraan.

Selain itu, terdapat penambahan unsur rap dalam lagu rasmi AF, Menuju Puncak yang dinyanyikan oleh Zahid.

"Lebih menarik, penggunaan media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram atau Keek dibenarkan agar mereka dapat berkomunikasi dengan dunia luar," katanya.
Difahamkan, AF2013 akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti iaitu pada September.

Zizan hos baru?
Teka-teki siapakah yang akan menggantikan pengacara asal Akademi Fantasia sebelum ini bakal terjawab dalam masa terdekat dan pihak Astro akan mengadakan sidang media untuk memperkenalkan pengacara baru AF.

Difahamkan, antara nama yang disebut-sebut menjadi menduduki kerusi pengacara AF ialah pelawak terkenal, Zizan Razak.

Malah, AF2013 dikatakan mempunyai unsur lawak dan masih mengekalkan elemen kejutan dalam rancangan tersebut.

Menurut Khairul, siapakah yang akan menjadi pengacara AF dirahsiakan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, bagi mereka berminat sertai AF2013 secara solo atau duo boleh kunjungi lokasi uji bakat pada tarikh ditetapkan.

Penonton boleh mendapatkan info di www.facebook.com/AkademiFantasia2013.

Geng Bas Sekolah tampil muka baru

Posted: 29 May 2013 07:01 PM PDT


Geng Bas Sekolah tampil muka baru
Geng Bas Sekolah disiarkan setiap Ahad jam 11 pagi di saluran Astro Ceria 611
Geng Bas Sekolah tampil muka baru
Geng Bas Sekolah tampil muka baru. 
BAGI penonton cilik, drama bersiri popular Geng Bas Sekolah (GBS) bukanlah asing di kalangan mereka lebih-lebih lagi ia sudah pun masuk musim kelima.

Pun begitu, pastinya berita sedih bagi pengikut setia drama yang disiarkan setiap Ahad jam 11 pagi di saluran Astro Ceria 611 ini kerana episod terakhirnya bakal menemui penonton Ahad nanti.

Mengimbas mengenai GBS musim ke lima, Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin memberitahu, pelbagai kelainan telah ditampilkan menerusi drama ini.

Jelasnya, meskipun barisan pelakon dari musim pertama sehingga keempat telah membawa GBS ke satu tahap, namun pihaknya mahu memastikan GBS musim lima lebih menonjol.

"Sebab itulah kita merombak semula pelakon yang ada, dari segi pemilihan pelakon ini kita mahu sesuatu yang segar dan baru dari mereka," katanya kepada Zass.

Antara pelakon bagi GBS musim lima adalah adik Harris Alif yang memegang watak Jay, Jasmine Jessica Cross sebagai Chempaka, Brendan Gabriel Lai sebagai Bobby dan Muhammad Shahzuan

Aiman sebagai DJ.

Sementara itu, watak Abang Reza selaku pemandu bas lakonan Azrul Zaidi masih dikekalkan selain penampilan istimewa Mia Sara Nasuha sebagai Orked.

Bercerita mengenai pemilihan Mia pula, akui Hadzelynda, dia dipilih bukan kerana populariti yang dimiliki Mia semata tetapi kerana bakat yang ada dalam diri pelakon comel itu.

"Mia mengakui berminat menjadi pelakon GBS dan apabila di tawarkan watak ini, dia menerima dengan gembira.

"Malah kami sebagai pihak produksi sangat berbesar hati dengan kehadirannya," katanya.

Karakter berbeza

Berkongsi mengenai watak yang diberi kepada pelakon GBS musim lima, jelas Hadzelynda, dia sangat berpuas hati dengan mutu dan kualiti lakonan yang dibawa kerana masing-masing berusaha menjadi yang terbaik.

"Seperti yang saya katakan, Mia sememangnya tidak sukar membentuk peranan yang diterima, begitu juga Harris.

"Tetapi untuk pelakon baru seperti Jessica, meskipun dia bukan berbangsa Melayu, tetapi dia dapat bertutur dengan baik.

"Kami juga terkejut apabila melihat dia bercakap Bahasa Malaysia dengan lancar," katanya gembira pelakon GBS musim lima berjaya mewarnai karakter yang diterima.

Dalam pada itu, kata Hazelynda, bekerjasama dengan pelakon GBS musim lima tidaklah sesukar yang dibayangkan.

"Walaupun mereka kanak-kanak, namun mereka sangat komited dengan kerja.

"Lebih menarik mereka ini kreatif serta berani memberi idea kepada kami, malah mereka tidak bergantung kepada skrip semata-mata," katanya.

Selit elemen komik

Sementara itu, menurut Hazelynda, GBS musim lima berbeza dari GBS musim satu hingga empat kerana wujudnya elemen komik dalam drama ini.
"Dalam satu-satu babak, terdapat elemen komik diselitkan, selain kelainan dari mana-mana GBS yang pernah disiarkan ia juga usaha kami untuk menarik minat penonton cilik menyaksikan drama ini," katanya.

Ditanya adakah akan ada GBS musim ke enam pula, katanya, terdapat banyak permintaan untuk musim seterusnya.
"Bagaimana pun ia masih dalam perbincangan dan perancangan.

"GBS lima akan berakhir Ahad ini, jadi keputusannya akan dibuat selepas itu.

"Yang pasti, jika ia diterbitkan lagi, saya harap GBS akan terus diterima pengikut cilik di negara ini," katanya.

Sedikit mengenai GBS, ia merupakan sebuah drama bersiri yang bercerita mengenai kisah penyiasatan yang tertumpu kepada kanak-kanak.

Tasha Manshahar dan Syed Shamim lancar single

Posted: 29 May 2013 06:59 PM PDT


Tasha dan Syed
Tasha dan Syed cuba nasib dalam industri muzik.
PASANGAN duo Youtube pertama di Malaysia, Tasha Manshahar, 21 dan Syed Shamim, 20 melancarkan dua single mereka berjudul Be Mine dan Cuba Teka, hari ini.

Bermula dengan hobi dan sekadar untuk tontonan rakan-rakan, kedua-dua penyanyi muda ini terus mendapat perhatian di laman sosial, Youtube.

Ekoran kekangan masa kerana masih bergelar pelajar di Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas Cheras, pasangan duet ini melancarkan single pertama, Be Mine bersama single kedua mereka, Cuba Teka.

"Kami tidak dapat meluangkan masa untuk melancarkan Be Mine sebelum ini, jadi, hari ini, kami ambil peluang untuk melancarkan kedua-duanya sekaligus," kata Tasha ketika membuat persembahan di majlis pelancaran single mereka, di Hard Rock Cafe.

Kedua-dua lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Tasha.

Pada majlis sama, Tasha dilantik sebagai duta bagi produk, Shopie Secret and Beauty, keluaran Syarikat Health and Beauty Boutique.

Mior Juara Kilauan Emas 3

Posted: 29 May 2013 06:58 PM PDT


Mior Juara Kilauan Emas 3
SETELAH bersaing dalam enam konsert, akhirnya, peserta berasal dari Selangor, Mior Yazid Ahmad atau Mior diumumkan sebagai juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3), malam tadi.

Konsep rock yang dibawanya berjaya memenangi hati juri dan penonton dengan markah 29.5 peratus.

Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000, trofi dan hadiah sampingan.

Vokal penyanyi berusia 44 tahun ini memang tidak dinafikan apabila berjaya menggegarkan Auditorium MBSA ketika membawakan lagu Purnama dari kumpulan Search dan sebuah lagu baru berjudul Sampai Di Sini.

Tempat kedua dimenangi Idris dengan 26.4peratus dan tempat ketiga menjadi milik Silah dengan 22.9 peratus.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 30,000 dan RM 20,000 berserta trofi.

Sementara peserta yang pernah menjadi tumpuan sebelum tersingkir pada konsert separuh akhir, Ros menerima anugerah khas, Personaliti Polident yang membawa pulang wang tunai RM 10,000.

Pentas akhir KE3 ini jugak menyaksikan penampilan juara kilauan emas musim pertama dan kedua, Ali Norpiah serta Fuad.

Selain itu, guru vokal, Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu Kesederhanaan.

Juri profesional, Ziana Zain pula menyampaikan lagu berbisanya, Berpisah Jua dan Dugaan Buatmu.

Kolam pancing maut

Posted: 29 May 2013 06:56 PM PDT


Kolam pancing maut
Kolam pancing maut
Seorang pekerja warga Bangladesh turut diperiksa.
Kolam pancing maut
Juruteknik Tingkatan Kanan TNB, P Silvaraj mengesan penyambungan elektrik secara tidak sah melalui meter rumah.
PETALING JAYA – Sebuah pusat memancing sanggup mengabaikan nyawa pengunjungnya apabila beroperasi secara haram di bawah kabel bervoltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan Damansara Perdana dekat sini.

Hasil maklumat yang diperoleh, wartawan Sinar Harian melakukan penyamaran sejak seminggu lalu mendapati kolam berskala besar itu yang diuruskan warga asing turut memperoleh bekalan air dan elektrik secara tidak sah.

Kolam memancing yang agak tersembunyi lokasinya itu mampu menghimpunkan tidak kurang dari 50 kaki pancing dalam masa sehari dengan mengenakan bayaran sekitar RM32 untuk tempoh empat jam memancing.

Kelicikan pengusaha kolam ikan yang mampu mengaut keuntungan ribuan ringgit setiap bulan sejak lapan tahun lalu itu berakhir selepas satu operasi bersepadu dijalankan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ); TNB dan Syabas Sdn Bhd serta Balai Polis Damansara Utama, semalam.

Siasatan lanjut mendapati, binaan struktur premis terbabit turut didirikan tanpa sebarang kelulusan daripada MBPJ.

Malah premis berkenaan juga yang beroperasi di bawah menara talian penghantaran TNB juga tidak sah kerana pihak TNB sendiri tidak membenarkan sesuatu binaan dibina di bawah kawasan tersebut melainkan mendapat kebenaran dengan syarat-syarat tertentu.

Hasil pemeriksaan, premis itu menggunakan meter air dan elektrik mengikut kadar domestik dengan sambungan haram bekalan dibuat melalui dua rumah yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi itu.

Dalam serbuan itu juga, seorang pekerja warga Bangladesh berusia 35 tahun turut diperiksa.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati lelaki yang bekerja sebagai tukang pembersih itu mempunyai dokumen serta permit kerja.

Tak ikut tarif air ditetapkan

Susulan operasi yang dilakukan, Syabas memberi notis 14 hari selepas mendapati pemilik premis kolam ikan di Damansara Perdana itu melanggar syarat-syarat ditetapkan.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, pihaknya mendapati pemilik premis tersebut tidak membayar jumlah bil air mengikut kadar ditetapkan.

Menurutnya, ia kerana pemilik premis itu membayar bil mengikut kadar domestik sedangkan ia sebenarnya perlu mengikut tarif komersial.

Bagaimanapun beliau berkata, Syabas tidak dapat menjelaskan jumlah kerugian sebenar dialami buat masa ini.

"Syabas akan meneliti mengenai perkara ini dan siasatan lanjut mengenai kerugian akan dijalankan.

"Ini kerana apa yang dia (pemilik premis) bayar sekarang mengikut Kod 10 bagi domestik tetapi sepatutnya dia bayar ikut Kod 11 (komersial)," katanya.

Priscilla berkata, Syabas memberi notis tersebut supaya pemilik berkenaan mempunyai tempoh untuk mengadakan permohonan menukar kod tersebut.

Beliau berkata, sekiranya gagal berbuat demikian maka kod tersebut akan bertukar secara automatik.

"Kita bagi mereka tempoh untuk buat permohonan dan sekiranya tidak berbuat demikian maka kita akan menukarkan kod itu secara automatik.

"Pemilik perlu mematuhi peraturan ini kerana kita perlu adil sebab caj dikenakan adalah berlainan," katanya.

Binaan tanpa kelulusan MBPJ

Sementara itu, Pengarah Penguatkuasaan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, siasatan pihaknya mendapati pembinaan premis itu tidak mendapat sebarang kelulusan daripada MBPJ.

Mohd Fauzi berkata, pihaknya memberi notis tujuh hari kepada pemilik premis berkenaan agar dapat merobohkan struktur haram terbabit.

"Kita bagi mereka notis supaya struktur ini dapat dirobohkan dalam tempoh tujuh hari kerana ia sememangnya tidak mendapat sebarang kelulusan.

"Memang hasil siasatan kita premis ini tidak mempunyai sebarang lesen permohonan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan laporan siasatan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 72 (1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Bapa OKU mohon simpati

Posted: 29 May 2013 06:55 PM PDT


Bapa OKU mohon simpati
Tahir menunjukkan surat tawaran anaknya untuk memasuki UPM Kampus Bintulu pada 5 Jun ini
Bapa OKU mohon simpati
Siti Dayangku Intan Ilyana.
MARANG – Bapa kepada tujuh anak yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan memohon bantuan orang ramai untuk menyediakan keperluan dan perbelanjaan anaknya yang akan melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti tempatan di Sarawak.

Sehubungan itu, Tahir Musa, 62, merayu orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan bagi membantu anak bongsunya, Siti Dayangku Intan Ilyana, 18, untuk menyediakan keperluan.

Tahir berkata, dia juga memerlukan bantuan kewangan yang melibatkan kos tambang penerbangan pergi dan balik untuk dirinya dan perbelanjaan untuk ditinggalkan kepada anaknya itu sebelum pinjaman pelajaran diluluskan.

"Setakat ini, anak hanya menerima bantuan daripada Yayasan Terengganu sebanyak RM750 dan wang itu digunakan untuk mendapatkan tiket penerbangan anak dan mendaftarkan dirinya ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, pada 5 Jun ini.

"Saya tidak mempunyai wang untuk diberikan kepadanya sebagai perbelanjaan sepanjang berada di sana, sementara menunggu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diluluskan," katanya, semalam.

Tahir juga mendakwa sudah beberapa kali mencuba bertemu dengan pelbagai pihak termasuk dengan wakil rakyat, namun kehadirannya tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Malah, dia turut menghubungi banyak pihak agar anaknya yang mengambil jurusan pertanian di kampus berkenaan, dapat menukar pusat pengajiannya ke Semenanjung bagi menjimatkan kos perbelanjaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, pelajar terbabit boleh merujuk masalah itu kepada Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.

"Apabila ibu bapa cacat anggota, tiada sumber keupayaan langsung, tambahan kemiskinan melampau pula, insyaALLAH akan dapat bantuan tetapi perlu merujuk kepada Exco Kebajikan.

"Kerajaan Negeri pasti akan meluluskan satu bentuk bantuan peruntukan. Sebab di bawah Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, kita hanya dapat memberikan bantuan persediaan sebanyak RM750 untuk program diploma," katanya.

Rakyat negeri ini yang ingin menyumbang kepada Tahir boleh menghubunginya melalui talian 013 9308374 atau terus menemuinya di Taman Rahmat, Pulau Kerengga, Marang.

Penganalisis: Paling sesuai beli kereta hujung tahun ini

Posted: 29 May 2013 06:51 PM PDT


penurunan harga kereta
PENURUNAN harga kereta yang dijanjikan sama ada oleh parti pemerintah mahupun pembangkang pada siri kempen pilihan raya lalu sememangnya menarik perhatian rakyat Malaysia.

Rata-rata rakyat yang berhasrat untuk membeli atau menukar kereta baru memilih untuk menunggu sehingga kerajaan baru dibentuk dan tawaran mengenainya lebih jelas.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta.

"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-ALLAH, saya akan pastikan setiap janji ditepati," tulis beliau menerusi laman mikro Twitter miliknya, semalam.

Terdahulu, JF Apex Securities dalam satu kenyatan berkata, kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton.

Firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.

"Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara  menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex.

Pakar ekonomi yang dihubungi Sinar Harian Online bagaimanapun menjangkakan masa terbaik untuk pembelian kereta mungkin berlaku selepas pembentangan Bajet 2014, akhir tahun ini.

Menurut Ketua Penyelidikan dan Perundingan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr. Shazali Abu Mansor, langkah kerajaan mengumumkan penurunan harga kereta secara berperingkat mungkin bermula sebaik belanjawan dibentangkan.

"Sungguhpun penurunan 30 peratus dilakukan secara berperingkat, pembeli masih berpeluang merasai penurunan harga walaupun pada kadar 6 peratus setahun," katanya.

Justeru beliau berkata seandainya tidak ada keperluan mendesak, pembeli mungkin boleh menunggu sehingga kerajaan membentangkan Bajet 2014 bagi mengetahui peratusan penurunan harga kereta pada tahun ini.

Menurut beliau lagi, adalah penting penurunan harga dilaksanakan secara berperingkat bagi membolehkan semua pihak bersedia agar pasaran dapat diseimbangkan.

Sementara itu Ketua Jaringan Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan (MPN), Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman berkata, tempoh masa yang realistik untuk membeli kereta adalah antara tahun 2013 dan 2014.

Beliau berkata demikian kerana tempoh tersebut kereta sepatutnya berada pada harga yang kompetitif setelah kerajaan mengumumkan penurunannya secara berperingkat.

Namun begitu katanya, salah satu faktor yang boleh mempercepatkan penurunan harga kereta ialah melalui pengenalan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) untuk menampung semula hasil cukai kenderaan.

"Sekiranya GST diluluskan dalam sidang Parlimen tahun ini, hasrat pengguna untuk membeli kereta pada harga yang lebih rendah mungkin tercapai selepas perbentangan Bajet 2014 nanti," katanya.

Layan pelanggan dalam semak

Posted: 29 May 2013 06:47 PM PDT


Layan pelanggan dalam semak
Rina ketika disoal siasat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.
SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.

"Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.

"Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

"Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,"katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan 'port' maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun.

Jamal Abdillah buat persiapan selama setahun

Posted: 29 May 2013 06:43 PM PDT


JAMAL sedang berbincang dengan salah seorang kru Konsert Extravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar.


SEPANJANG penyanyi Jamal Abdillah terbabit dalam pelbagai konsert dan showcase di merata-rata tempat, sambutan yang diterima daripada peminat memang jarang menghampakan.
Kali ini penyanyi tersebut cuba membuat kelainan berbanding kebiasaannya apabila menghiburkan peminat dengan rantaian lagu-lagu popular dendangan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi Konsert Extravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee.
Pada konsert yang berlangsung selama empat hari bermula 30 Mei hingga 2 Jun di Panggung Sari, Istana Budaya, Jamal mendendangkan sebanyak 36 buah lagu yang pernah dipopularkan oleh seniman agung tersebut.
Ketika ditemui Kosmo! semasa menjelang persiapan konsert berkenaan baru-baru ini, penyanyi yang juga bekas juara Bintang RTM 1979 itu memberitahu, idea penganjuran konsert berkenaan tercetus sejak setahun yang lalu.
"Secara peribadi saya merupakan peminat setia P. Ramlee kerana begitu mengagumi karya yang dihasilkannya. Rasanya ramai yang perasan bahawa kebanyakan album saya hasilkan, pasti akan ada sebuah lagu beliau yang saya rakam semula.
"Kemudian timbul idea untuk menganjurkan sebuah konsert khas persembahan lagu-lagu popular beliau pada pertengahan tahun lalu.
"Sejak itu saya sudah membuat persiapan seperti pemilihan lagu yang akan dinyanyikan," jelasnya tentang penganjuran konsert berkenaan.
Menurut Jamal, untuk konsert berkenaan dia bakal mendendangkan sebanyak 36 buah lagu dan diiringi seramai 55 pemuzik orkestra yang terdiri daripada pelajar muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor manakala Leonard Yeap bertindak sebagai pengarah muzik.
Ujarnya, perancangan juga dibuat dengan begitu teliti memandangkan segala konsep dan bentuk persembahan dilakukannya sendiri yang turut memainkan peranan sebagai Pengarah Persembahan.
"Sepanjang setahun persiapan, saya yang merangka segala persiapan dengan dibantu pasukan teknikal yang sememangnya cukup bersungguh-sungguh serta mengeluarkan kos sendiri sebanyak RM500,000 tanpa penajaan.
"Namun begitu, saya anggap usaha ini sesuatu yang sangat berbaloi kerana penjualan tiket mendapat sambutan yang menggalakkan apabila sudah terjual lebih 80 peratus sebelum empat hari konsert berlangsung," ujarnya yang yakin semua tiket habis terjual pada saat-saat akhir.
Bercerita lebih lanjut tentang konsert tersebut, Jamal menjelaskan, dia tidak akan keseorangan kerana turut mengundang beberapa penyanyi seperti Musly Ramly, Azlina Aziz, Nas Adila, Isma Aliff dan salah seorang cucu P. Ramlee iaitu Najua Nasir.
Mengenai pemilihan penyanyi undangan yang akan sama-sama menjayakan konsertnya itu, penyanyi berkenaan menjelaskan kesemuanya dipilih berdasarkan kepada kesesuaian suara mereka dengan lagu-lagu yang akan didendangkan.
"Selain itu, saya turut membuat persembahan bersama-sama dengan anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Quran, Rawang untuk lagu Tolong Kami Bantu Kami," ujarnya.

KONSERT Extravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee menyaksikan Jamal sebagai Pengarah Persembahan.


Menurutnya, sepanjang konsert, terdapat beberapa segmen persembahan yang menampilkan Pop Yeh Yeh, Pancasitara dan lagu-lagu jenaka serta nyanyian secara duet.
Tiada penaja
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perasaannya kerana tidak mendapat sebarang penajaan untuk menganjurkan konsert itu, Jamal menyatakan, perkara tersebut langsung tidak melemahkan semangatnya.
Ujarnya, sudah beberapa kali konsert yang dianjurkannya sebelum ini tiada sebarang penaja, tetapi akhirnya berjalan lancar kerana sokongan daripada semua pihak dan para peminatnya.
"Saya tidak berasa terlalu bimbang kerana percaya konsert ini akan mendapat sambutan hangat kerana P. Ramlee merupakan satu nama yang cukup besar dan saya akan memberikan persembahan yang terbaik sepanjang empat hari konsert berlangsung.
"Boleh dikatakan sebanyak 50 peratus tiket yang terjual pula merupakan hasil inisiatif sendiri. Saya mengambil langkah dengan menghubungi rakan-rakan dan beberapa syarikat korporat dan menjual tiket kepada mereka," ujarnya.
Menurutnya, jika konsert tersebut meraih sukses, tidak mustahil dia akan mengadakan konsert yang sama di Singapura memandangkan kerjaya seni P. Ramlee bermula dari negara tersebut.

Ogy tinggalkan restoran

Posted: 29 May 2013 06:42 PM PDT


SENIWATI berwibawa tanah air ini bercita-cita mahu memiliki restoran sendiri.


Awal tahun ini, pengacara sensasi Fauziah Ahmad Daud atau Ogy mengatakan dia tekad meninggalkan dunia seni untuk memberi fokus kepada restoran Ogy D'Greenwood yang dibukanya bersama rakan kongsi di sejak bulan November tahun lalu.
Restoran itu terletak di Kampung Simpang Tiga, Jalan Greenwood, Gombak, Selangor.
Terasa masih terlalu baru pihak media menghadiri majlis pembukaan restoran tersebut dan masih tidak dapat dilupakan keterujaan Ogy untuk menguruskan restoran yang menjadi impiannya selama ini. Bahkan, Ogy sendiri yang sibuk melayan setiap pengunjung yang hadir.
Bagaimanapun selepas hanya enam bulan beroperasi dan Ogy bertindak sebagai pengurus restoran, terdapat desas-desus kononnya Ogy telah menutup restoran dan digugurkan daripada menguruskan restoran tersebut.
Bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut, ikuti temu bual Kosmo! bersama Ogy baru-baru ini.
Kosmo!: Benarkah Ogy telah menutup restoran Ogy D'Greenwood?
OGY: Siapa kata saya tutup restoran, itu tidak benar sama sekali. Restoran itu masih beroperasi seperti biasa, cuma saya tidak lagi menguruskan restoran tersebut.
Adakah anda digugurkan daripada pengurusan restoran tersebut?
Itu hanya desas-desus, orang yang bercakap tidak tahu hal yang sebenar. Saya sebenarnya sudah tidak lagi menguruskan restoran sejak pertengahan bulan Mac dan telah menghantar surat peletakan jawatan secara rasmi pada bulan April. Saya bukan digugurkan tetapi saya yang menarik diri.
Apakah terdapat sebarang pergaduhan antara anda dan rakan kongsi sehingga anda meletak jawatan?
Saya tidak bergaduh atau wujud sebarang konflik (dengan rakan kongsi). Selepas meletakkan jawatan, saya tidak mahu mengungkit sebarang cerita yang tidak baik atau menyalahkan sesiapa, itu bukan sesuatu yang bijak. Restoran itu masih beroperasi, masih ada orang yang perlu mencari rezeki. Bagi saya, sudah tidak ada rezeki di sana, saya terima dan terus berusaha.

OGY kelihatan cukup teruja pada majlis pelancaran Restoran Ogy D'Greenwood yang berlangsung Disember tahun lepas.


Mungkinkah terdapat sebarang masalah ketika anda menguruskan restoran itu?
Kalau bercakap tentang masalah, ia ada di mana-mana sahaja dan semua orang mempunyai masalah mereka sendiri. Apa yang terjadi bukannya penamat kepada perjalanan hidup saya. Sepanjang enam bulan di sana, pelbagai ilmu telah saya pelajari, saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menimba ilmu tentang perniagaan makanan.
Selepas apa yang terjadi, adakah Ogy masih ingin meneruskan impian memiliki sebuah restoran?
Ya, saya sedang berusaha ke arah itu kerana saya tidak bersedih dan sentiasa kekal positif. Selepas puas berlakon, impian saya ialah memiliki sebuah restoran sendiri kerana saya minat memasak. Saya menjadikan pengalaman yang saya perolehi untuk meningkatkan diri ke tahap seterusnya. Tidak lama lagi saya akan bukan restoran sendiri dan saya harap peminat doakan yang terbaik untuk saya.
Adakah Ogy masih berminat untuk berlakon?
Minat itu sentiasa ada tetapi pada usia sekarang, saya lebih memilih karya yang benar-benar bagus sahaja. Saya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta di Cappadoccia arahan Bernard Chauly dan telefilem sempena hari raya yang berjudul Syair Untuk Bonda arahan Rashid Sibir.

Keluarga resah badan anak berbulu

Posted: 29 May 2013 06:40 PM PDT


NURUL AFIDA (kiri) berbual dengan ibu dan ayahnya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Changgong, Bachok, Kelantan semalam.


BACHOK - Hampir keseluruhan tubuhnya dipenuhi bulu tebal sehingga wajahnya turut berjambang walaupun dia adalah kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Keistimewaan dan keunikan itu dimiliki Nurul Afida Batrisya Razi, anak bongsu daripada tiga beradik sebuah keluarga nelayan di Kampung Changgong dekat sini.
Dia yang turut memiliki suara sedikit garau, kini diberi pendidikan awal menerusi Program Pembelajaran Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi dekat sini sejak awal tahun ini.
Ibunya, Asliza Omar, 31, berkata, dia menganggap apa yang dialami anaknya itu sebagai anugerah Allah dan reda dengan keadaan itu.
Katanya, ketika Nurul Afida berusia satu hingga tiga tahun, dia kelihatan pelik kerana bukan sahaja keseluruhan badannya ditumbuhi bulu berwarna hitam tetapi turut berjambang pada pipi kiri dan kanan.
Jelasnya, dalam tempoh itu, dia dan suami, Razi Mohd. Nor, 38, sepakat untuk tidak memotong rambut Nurul Afida agar kelihatan panjang bagi mengekalkan identitinya sebagai kanak-kanak perempuan.

Lebih 50,000 dijangka hadir

Posted: 29 May 2013 06:37 PM PDT


AHLI-AHLI Kelab Raiders United membuat persiapan memasang simulator game menjelang Sambutan BPK 2013 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan 2013 (BPK 2013) yang bermula hari ini di Pantai Batu Buruk di sini dijangka mencatatkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung.
Penyelaras Program BPK 2013, Zalinah Mohd. Yusof berkata, karnival selama tiga hari itu akan dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini.
"Majlis pelancaran esok (hari ini) akan diadakan secara sederhana tetapi meriah bagi memberi impak kepada para pengunjung yang hadir pada karnival kali ini.
"Kita juga akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung pada hari pertama termasuk program senam sihat pengguna, consumer indoor interactive games, pertandingan dekorasi sayur-sayuran dan dan buah-buahan segar, demonstrasi menu sihat, kuiz pengguna dan banyak lagi," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Zalinah memberitahu, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai produk tempatan menarik pada harga berpatutan sepanjang karnival berkenaan.

'Bar korek' kena serbu

Posted: 29 May 2013 06:36 PM PDT


SEORANG pegawai Imigresen mengawasi GRO warga asing yang ditahan untuk dihantar ke Depoh Tahanan Juru di Seberang Jaya semalam.


SEBERANG JAYA - Pemilik sebuah rumah tumpangan di Jalan Kedah, George Town dekat sini tidak pernah serik walaupun premisnya pernah diserbu dua kali tahun lalu oleh pihak berkuasa kerana menggaji gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing.
Kelmarin, rumah tumpangan yang dikenali sebagai 'bar korek' dalam kalangan pengunjungnya diserbu sepasukan 19 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam satu operasi khas kira-kira pukul 10 malam.
Dalam serbuan itu, sebanyak 13 GRO warga China dan Vietnam berusia antara 20 hingga 30 tahun yang dipercayai bekerja di premis berkenaan ditahan.
Ketua Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri, Basri Othman berkata, ketika serbuan, beberapa wanita GRO berpakaian seksi sedang leka melayan pelanggan di dalam bilik menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri.
Bagaimanapun katanya, tiga daripada GRO yang ditahan bertindak terjun dari balkoni tingkat satu premis itu bagi mengelak ditahan.
"Mereka diberkas oleh anggota kita yang menunggu di tingkat bawah.
"Hasil pemeriksaan mendapati, sembilan wanita ini menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja, manakala empat lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Lintah merah jambu terdapat di Australia

Posted: 29 May 2013 06:35 PM PDT


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor lintah berwarna merah jambu di kawasan sekitar Gunung Kaputar, New South Wales, Australia.


SYDNEY - Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.
Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.
Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.
Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.
Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi.

Darah dalam bangkai gajah purba ditemui

Posted: 29 May 2013 06:35 PM PDT


OTOT-OTOT yang terdapat pada bangkai gajah itu.


MOSCOW - Sekumpulan saintis Rusia semalam mendakwa menemui darah dalam bangkai seekor gajah mammoth sekali gus meningkatkan peluang untuk mereka mengklon haiwan prasejarah tersebut.
Satu ekspedisi yang diketuai beberapa saintis Rusia menemui bangkai gajah mammoth betina dalam keadaan terpelihara di sebuah pulau terpencil di Lautan Artik pada awal bulan ini.
Ketua ekspedisi tersebut, Semyon Grigoryev berkata, haiwan itu mati sekitar usia 60 tahun kira-kira 10,000 hingga 15,000 tahun dahulu.
Menurutnya, ia merupakan kali pertama bangkai gajah betina tua ditemui.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah bangkai tersebut masih terpelihara dan mempunyai darah serta tisu otot.
"Apabila kami memecahkan ais di bawah perutnya darah mengalir keluar dari organ tersebut. Darah itu berwarna gelap," kata Grigoryev yang merupakan saintis di Universiti Persekutuan Timur Laut di Yakutsk.
"Ia merupakan penemuan paling luar biasa dalam sepanjang hidup saya. Bagaimana darah itu boleh kekal dalam bentuk cecair, tisu tersebut juga merah seperti daging segar," tambahnya.
Penemuan tersebut, kata Grigoryev, memberikan harapan baharu kepada para penyelidik dalam usaha mereka menghidupkan semula haiwan berbulu itu.
"Penemuan itu memberikan peluang yang amat baik untuk menemui sel hidup yang boleh digunakan untuk mengklon gajah mammoth," katanya.

Nenek berusia 72 tahun sertai kelas tarian tiang

Posted: 29 May 2013 06:33 PM PDT


HO (depan, kanan) menyertai kelas tarian tiang di Singapura kelmarin.


SINGAPURA - Seorang nenek berusia 72 tahun, Eva Ho menyertai kelas tarian tiang di sini pada setiap minggu. Ho merupakan bekas pesakit kanser payudara yang masih hidup dan dia mengekalkan kecergasan dirinya dengan menyertai kelas tarian itu.
Wanita yang berasal dari Sweden itu menyertai kelas tersebut bersama anggota-anggota sebuah pasukan perahu naga, Pink Spartan.
Pasukan perahu itu disertai oleh wanita-wanita yang pernah menghidap kanser.
Tarian tiang itu merupakan senaman untuk anggota-anggota pasukan tersebut melakukan persediaan sebelum mereka mendayung.
Ho mempunyai tiga orang anak dan lapan cucu itu merupakan penduduk tetap di negara ini.
Dia menetap di sini selepas berkahwin dengan seorang warga Singapura.

Kuda terjatuh ke dalam perigi

Posted: 29 May 2013 06:32 PM PDT


BEBERAPA anggota penyelamat menggunakan kren untuk menyelamatkan kuda yang bernama Buddy yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di San Rafael, California pada Isnin lalu.


SAN RAFAEL, California - Beberapa anggota penyelamat menggunakan kren untuk mengangkat keluar seekor kuda yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di sini pada Isnin lalu.
Kuda tersebut yang jatuh itu diselamatkan oleh anggota-anggota bomba, doktor veterinar dan seorang pengendali kren di sebuah ladang kecil.
Akhbar Marin Independent Journal melaporkan, kuda yang bernama Buddy itu terjatuh selepas penutup perigi tersebut dibuka.
Kren itu digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana haiwan itu memiliki berat lebih 453.59 kilogram.

Pergeseran anak-beranak

Posted: 29 May 2013 06:30 PM PDT



BARU-baru ini industri hiburan tempatan dikejutkan dengan kontroversi pergaduhan pelakon yang sedang meningkat naik, Afiq Muiz, 21, dengan ibu kandungnya Hasliza Mohd, 48.
Bagaikan drama swasta yang disaksikan secara langsung, pergaduhan itu semuanya bermula sejak ibunya meluahkan kekecewaan hatinya terhadap Afiq kepada pihak media yang dikatakan telah berubah sikap.
Kenyataan ibu Afiq, dibalasnya dengan linangan air mata di hadapan kaca televisyen dan kata-kata yang agak keterlaluan bagi seorang anak.
Sebenarnya, kes pergaduhan antara artis dan ahli keluarga terutama bersama ibu bapa bukanlah satu perkara baharu dalam industri seni.
Sebelum Afiq, ramai artis pernah mendapat liputan luas media gara-gara drama keluarga.
Sekitar tahun 1980-an, telah berlaku kes saman-menyaman antara Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan ibunya.
Model dan pelakon jelita, Nasha Aziz juga pernah disaman oleh bapa kandungnya pada tahun 2004 dan kes itu berlanjutan sehingga tahun 2009.
Selain itu, pelakon Wan Nor Azlin juga melalui episod yang sama apabila disaman oleh bapanya Wan Mohd. Husain Wan Ibrahim, 76, pada 5 Februari lalu kerana didakwa menghalang bapanya daripada menjual hartanah dan enggan keluar dari sebuah rumah milik bapanya di Taman Sri Keramat.
Wan Nor Azlin kemudiannya telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman berkenaan pada 20 Mac lalu.
Bukan itu sahaja, pengarah muda Syamsul Yusof dikatakan pernah bergaduh dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam. Sementara, pelakon Siti Fazurina sehingga kini masih dalam perang dingin dengan ibunya kerana perkahwinannya tidak direstui.
Namun, bukan semua episod pergaduhan itu kekal selama-lamanya, sebaliknya ada yang sudah berbaik semula seperti penyanyi terkenal Ning Baizura.
Ning pernah berperang dingin dengan bapanya Sheikh Hamzah Sheikh Muhammed selama 10 tahun.

DRAMA. Siti Fazurina ditenteramkan suaminya apabila ibunya (kanan) dibawa oleh adik lelakinya beredar dari lokasi Fazurina mengadakan sidang akhbar pada 23 Disember tahun lepas di Bayan Baru, Georgetown, Pulau Pinang.


Sedar kesilapan - Ning
Menurut Ning, populariti mampu melalaikan seseorang artis tentang tanggungjawabnya kepada ibu bapa.
Itulah hakikat yang berlaku kepada dirinya suatu masa dahulu sebelum tersedar dan berazam untuk memperbaiki hubungannya dengan ayahnya sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Omar Shariff Christopher Layton Dayton pada tahun 2008.
"Populariti yang datang ketika muda mudah membuatkan kita rapuh dan lalai dengan tanggungjawab sendiri kepada ibu bapa. Masa muda begitu banyak impian yang saya ingin kecapi dan tidak sedar semua populariti dan kejayaan itu membuatkan saya leka dengan dunia saya sendiri," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
"Sebelum berkahwin, saya mencari bapa semula dan merapatkan kembali hubungan bapa dan anak yang terputus sebelum itu. Waktu itu, saya lebih matang dan saya ingin kebahagiaan dalam hidup, pergaduhan yang panjang tidak menguntungkan sesiapa.
"Alhamdulillah, hubungan kami pulih dan paling penting dalam setiap hubungan adalah kejujuran. Saya rasa lebih tenang dan bahagia selepas bapa sendiri merestui perkahwinan serta setiap kejayaan saya," balasnya.
Tambahnya, perceraian antara bapa dan ibunya, Satila Abdullah sedikit sebanyak telah menganggu hubungannya dengan bapa. Hubungan yang keruh antara mereka menyebabkannya menjadi mangsa keadaan.
"Hubungan ibu dan bapa saya tidak baik, mangsanya di situ ialah diri saya sendiri. Selepas meningkat dewasa, saya sedar penceraian antara ibu bapa bukan bermakna saya perlu bermusuh dengan bapa sendiri kerana saya tetap anaknya walaupun mereka sudah bercerai.
"Tiada ibu bapa yang sempurna dalam dunia ini. Itu hakikatnya dan saya sebagai anak harus sedar di mana kedudukan saya," katanya.
Luah Ning, sejak melahirkan anak sulungnya, Ryan Sky Dalton pada 30 Januari lalu, barulah dia mengerti kasih sayang seorang ibu bapa kepada anak.
"Selepas melahirkan anak, saya sedar betapa sayangnya saya pada anak sendiri dan besar tanggungjawab saya untuk membesarkannya dengan baik. Saya dapat rasa apa perasaan ibu bapa saya dan sedar begitu besar jasa mereka terhadap saya," ucapnya.
Bercakap tentang senario yang melanda ramai artis muda yang begitu lantang bersuara dalam perang dingin antara mereka dan ibu bapa masing-masing, Ning memberi nasihat supaya mereka sedar diri sebelum terlambat.
"Sedarlah diri, jika tiada ibu bapa kita, tiadalah kita di dunia ini. Hargailah perngorbanan mereka dan jagalah setiap butir bicara yang keluar dari mulut kita ketika membuat sebarang kenyataan," katanya.

IKATAKAN kekeluargaan. Liyana (kanan) serta dua adik-beradiknya bersama ibu mereka.


Jangan bogelkan kisah keluarga - Datuk Yusof Haslam
Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mempunyai dua orang anak yang cukup dikenali terutamanya Syamsul Yusof yang popular sebagai pelakon dan pengarah serta adiknya, Syafiq Yusof yang mula menjinakkan diri dalam bidang pengarah filem.
Mempunyai dua orang anak lelaki yang dikenali ramai bukan sesuatu yang mudah. Akui Yusof, dia pernah bergaduh dengan anaknya sebelum ini, bagaimanapun pergaduhan itu tidak berpanjangan.
"Tipulah kalau kami tidak pernah bergaduh. Biasalah dalam hubungan antara bapa dan anak pasti akan berlaku perselisihan faham dalam pelbagai perkara. Apa yang penting, bagaimana saya sebagai bapa menghadapi situasi itu.
"Kalau boleh jangan mendedahkan kisah peribadi atau sengketa yang berlaku kepada masyarakat. Mesti ada sikap tolak ansur.
"Saya tidak terlalu mendesak, jika mereka ada masalah tanya secara baik kerana zaman anak-anak kita hari ini tidak sama dengan zaman saya. Cabaran mereka lebih hebat terutama mereka yang bekerja dalam bidang seni," tuturnya.
Menurutnya lagi, teknologi yang canggih hari ini mampu menjarakkan hubungan antara anak dan ibu bapa.
Justeru, ibu bapa harus memainkan peranan yang lebih besar supaya jurang antara mereka tidak begitu ketara.
"Anak muda hari ini jarang berbual-bual dengan ibu bapa. Mereka lebih suka menatap telefon secara tidak langsung hubungan itu akan mula renggang. Gunakan cara yang baik untuk menarik semula anak kepada kita tetapi bukan dengan cara paksaan," jawabnya.
Tegasnya, sebagai anak pula, mereka harus sedar akan tanggungjawab dan harus menghormati ibu bapa walaupun seburuk mana ibu bapa mereka.
"Kesabaran ibu bapa ada batasnya, anak harus sedar tempat mereka dan hormati ibu bapa yang membesarkan mereka.
"Saya sebagai bapa mungkin lebih sabar dan tenang dalam menghadapi sebarang situasi yang melibatkan anak-anak tetapi kalau seorang ibu, mereka lebih sensitif kerana mereka yang mengandungkan anak itu selama sembilan bulan.
"Disebabkan itu, para ibu tidak sedar mereka meluahkan rasa sedih dalam keadaan yang marah. Bagi saya, apa jua konflik yang berlaku anak-anak yang bergelar artis harus beralah dengan ibu bapa dan jika boleh jangan memperbesar-besarkan masalah keluarga sehingga menjadi anak derhaka," balasnya.
Jadi rakan anak - Datin Habsah Simpon
Ibu kepada pelakon dan penyanyi popular Liyana Jasmay, Datin Habsah Simpon turut bergelar pengurus kepada anak bongsunya itu. Sepanjang kerjaya Liyana, tidak pernah berlaku sebarang konflik yang mampu menggeruhkan hubungan antara ibu dan anak itu.

YUSOF dan Syamsul merupakan contoh betapa pentingnya hubungan yang baik antara bapa dan anak untuk masa depan karier seni yang sukses.


Kata Habsah, kunci utamanya ialah menjadi rakan baik kepada anak sendiri. Segala masalah yang dihadapi Liyana harus dibincangkan terlebih dahulu bersamanya.
"Alhamdulillah, saya tidak ada sebarang masalah sepanjang menguruskan anak sendiri. Mungkin kerana, Liyana bermula daripada bawah dan pada usia yang muda.
"Saya masih ingat ketika dia berlakon dalam filem Castello waktu itu usianya 16 tahun, saya katakan padanya untuk menjadi artis harus bijak dan hati harus kuat.
"Saya buat Liyana seperti rakan. Apa juga masalah tidak kiralah masalah tentang kekasih, saya harus menjadi orang pertama yang diberitahu.
"Sebagai ibu saya harus tahu masalah anak serta ke mana haluan yang dituju dan sebagai pengurus saya harus memastikan kerjayanya berjalan lancar," ujarnya.
Habsah juga tidak setuju dengan kelantangan sesetengah artis muda yang memburukkan ibu bapa sendiri kepada media. Sebagai ibu, dia juga sedih melihat situasi yang berlaku sekarang ini.
"Sebagai artis setiap perbuatan dan kata-kata kita akan dibaca oleh orang ramai. Seburuk-buruk mana pun ibu bapa kita, sebagai anak kita tidak boleh meluahkan kata-kata yang melukakan hatinya, saya juga seorang ibu, saya tahu bagaimana perasaannya jika anak menjadikan kita sebagai musuhnya.
"Apa yang penting harus bermuhasabah diri dan ingat dari mana asal usul kita sebelum menjadi artis. Apa yang boleh saya katakan, syurga tetap di telapak kaki seorang ibu," ujarnya.

Spotify penstriman muzik percuma

Posted: 29 May 2013 06:28 PM PDT



MELETAKKAN hasil karya-karya band Kyoto Protocol dalam sebuah perkhidmatan penstriman muzik, Spotify membuka peluang kepada muzik mereka didengari sama ada peminat dari dalam negara atau antarabangsa.
"Kami mahu peminat tempatan yang tidak berkemampuan membeli cakera padat, dapat mendengar muzik kami secara percuma melalui Spotify Free," kata salah seorang ahli kumpulan Kyoto Protocol, Ahmad Fuad Alhabshi.
Akui Ahmad Fuad, pasaran tradisional sememangnya boleh mendapat margin keuntungan yang tinggi, tetapi ia juga datang dengan harga yang mahal.
Kos pengedaran dan bayaran yang dikenakan oleh rekod label kerap dipersalahkan, malah pasaran tradisional tidak mesra dengan artis-artis kecil yang mahu membina nama.
Spotify membolehkan nama-nama kecil dalam bidang seni suara menempa nama dalam industri muzik dengan cara tersendiri.
Ia memberikan lebih banyak cara yang secara terus daripada penyanyi kepada peminat untuk mengakses muzik tanpa melalui orang tengah.
Selain itu, perkhidmatan muzik tersebut dapat menjadi medium untuk pendengar luar negara mendengar muzik tempatan.
Ia turut memudahkan muzik dikongsi dalam talian internet melalui laman sosial Facebook yang mempunyai pemilik akaun berdaftar kira-kira 1.1 bilion dan Twitter.
Jika Spotify berjaya menarik perhatian penduduk Malaysia dengan muat turun di telefon mahupun komputer riba yang tinggi, ia bakal menjadi satu lagi sumber pendapatan baharu bagi kumpulan muzik seperti Kyoto Protocol.
"Setakat ini, sambutan yang diterima agak baik. Populariti bar meningkat secara signifikan sejak Spotify dibuka di Malaysia.
"Itu menunjukkan kami mempunyai peminat di Malaysia dan mereka melawat Spotify untuk mendengar muzik kami," katanya lagi.
Buat masa sekarang, Kyoto Protocol mempunyai lima buah lagu dalam Spotify yang kesemuanya daripada album debut, An Album.
Sementara itu, mereka sedang menunggu single terbaharu, KL I Love You mendapat pengesahan untuk berada dalam penstriman muzik, Spotify.
Terdapat dua cara untuk memasarkan lagu dalam Spotify iaitu melalui syarikat label muzik seperti EMI dan Sony bagi penyanyi yang mempunyai kontrak dengan syarikat rakaman.

LAGU-LAGU menerusi Spotify boleh didengar secara terus dengan hanya menstrim menggunakan telefon pintar atau tablet.


Bagi penyanyi indie yang tidak terikat dengan syarikat rakaman boleh berurusan dengan senarai label aggregator oleh Spotify.
Penstriman muzik
Spotify merupakan perkhidmatan penstriman muzik komersial dengan pengurusan hak cipta digital. Ia mengandungi lebih 20 juta buah lagu dan matlamatnya adalah supaya semua orang dapat mendengar muzik dengan mudah.
Spotify boleh diakses dengan menggunakan beberapa versi iaitu pada komputer riba atau peribadi, tablet mahupun telefon pintar.
Ia merupakan sebuah platform muzik dalam talian yang membolehkan para pencinta muzik mendengar lagu secara percuma atau pada harga rendah dan dalam masa yang sama mendapat kualiti audio terbaik.
Spotify bukanlah seperti laman muat turun fail seperti 4Shared, Torrent atau Vaze, tetapi lagu-lagu boleh didengar secara terus dengan perlu distrim sahaja.
Ia seakan-akan laman video, YouTube, cuma Spotify dikhususkan untuk muzik dan boleh digunakan secara luar talian (offline) bergantung kepada jenis akaun.
"Kami mahu semua muzik di dunia ini boleh diakses dengan mudah tanpa mengira peranti. Jika peti sejuk boleh dengar muzik, kami mahu Spotify di situ," seloroh Ketua Pasaran Baharu Spotify (Rantau APEC), Sriram Krishnan, 29, ketika ditemui di Le Meridian, Kuala Lumpur.
Walaupun Spotify merupakan medium untuk mendengar lagu generasi terkini, namun ia masih lagi menepati selera pendengar muzik yang suka mengadun banyak lagu dalam satu fail.

SRIRAM mengakui pengguna boleh memuat turun lagu dengan mudah dan murah menerusi Spotify.


Ia dikenali sebagai Mixtape, terma tersebut muncul ketika zaman pita kaset dahulu sekitar tahun 80-an. Pendengar pasti merakam lagu kegemaran yang didengar dalam radio pada sebuah pita kosong.
Konsep yang sama turut diguna pakai dalam Spotify apabila pendengar boleh menarik lagu-lagu yang diminati dalam fail peribadi, Playlist supaya mudah untuk melakukan pencarian pada kemudian hari.
Seiring dengan perkembangan laman sosial, Spotify juga boleh dikongsi bersama dengan senarai rakan Facebook atau melakukan kemas kini Twitter.
Akaun Spotify
Barangkali mencari lagu kegemaran dalam sebuah pusat data yang mengandungi berpuluh-puluh juta buah lagu sesuatu yang sukar.
Dengan Spotify, ia mengandungi label pencarian yang mudah dengan menaip kata kunci. Pencarian juga boleh dibuat berdasarkan genre, artis, album atau negara.
Jika itu pun tidak dapat membantu, pendengar boleh menjadi pengikut artis-artis kegemaran, maka segala lagu baharu yang masuk boleh dikemas kini.
Kemas kini di Facebook juga dibuat jika pendengar mendengar lagu di Spotify, rakan-rakan lain boleh mendengar secara terus dengan menekan butang di Facebook sahaja.
Dalam Spotify juga mempunyai fungsi Radio yang membolehkan senarai lagu dipilih dan disusun secara rawak untuk didengar, manakala untuk pengguna premium, boleh melangkau lagu yang tidak diminati.
Spotify boleh didaftar dengan mudah melalui akaun Facebook, terdapat dua jenis akaun iaitu percuma dan premium.
Akaun percuma boleh didapati dalam versi komputer riba dengan muzik distrim secara dalam talian berserta iklan antara tiga hingga empat minit setiap jam selain panel iklan pada aplikasi Spotify.
Bagi premium pula, iklan akan diketepikan dan boleh menikmati muzik secara luar talian. Bagi penstriman menggunakan aplikasi mobil, hanya akaun premium boleh digunakan. Spotify premium berharga RM14.90 sebulan.
Setakat ini, sebanyak 24 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia, manakala 6 juta daripadanya merupakan pengguna berdaftar Spotify premium.
Bukan setakat iklan dapat diketepikan dengan melanggan akaun Spotify premium, tetapi kualiti muzik juga dipertingkatkan.
Bagi Spotify percuma, sebuah lagu mempunyai saiz lebih kurang 160 kilobait per saat iaitu lebih baik berbanding lagu muat turun percuma atau cetak rompak sekitar 80 hingga 90 kilobait per saat.
Bagi Spotify premium pula, kualiti lagu yang didengari mencapai 320 kilobait per saat.
"Saiz tersebut menyamai lagu yang didengari dalam cakera padat original sekali gus penghayatan terhadap muzik seperti bunyi perkusi jelas kedengaran," ulasnya.
Tidak perlu risau jika pendengar melakukan kemas kini dalam Playlist pada versi komputer, ia boleh diselaraskan dan diseragam serentak pada semua peranti.
Gabungan muzik, internet dan mobil telah menyebabkan dunia menjadi semakin global serta mudah diakses pasti merisaukan ibu bapa kerana banyak lagu di luar negara mempunyai lirik yang agak melampau.
"Anda hanya perlu menggunakan simbol Explicit untuk mengawal fail Spotify itu," katanya.

Puting beliung terburuk

Posted: 29 May 2013 06:28 PM PDT


KERJA-KERJA mencari mangsa akan dihentikan setelah pihak penyelamat yakin tiada mayat yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan.


BANDAR Oklahoma yang terletak di Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai lembah puting beliung kerana sering diserang bencana berkenaan.
Seorang pakar meteorologi AS, Harold Brook berkata, bencana itu berlaku disebabkan pertembungan angin panas dan kelembapan udara.
Sehubungan itu, ia menyebabkan beberapa kawasan di tengah Oklahoma kerap dilanda puting beliung yang kuat.
Terbaharu, ia berlaku di Moore, Bandar Oklahoma sehingga menyebabkan 91 orang terkorban termasuk 20 kanak-kanak.
Kejadian yang berlaku pada 20 Mei lalu itu telah meranapkan banyak rumah, dua buah sekolah dan sebuah hospital malah menyebabkan 50,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.
Menyelamatkan anak
Seorang ibu, LaTisha Garcia, 28, berkata, dia segera menuju ke sekolah anaknya apabila televisyen menyiarkan berita mengenai bencana itu melanda sekolah anaknya.
Garcia berkata, ketika itu, dia hanya memikirkan cara-cara untuk menyelamatkan anaknya, Jazmin Rodriguez yang berusia lapan tahun.
"Walaupun, saya terpaksa memandu sejauh 48 kilometer, ianya berbaloi kerana saya dapat membantu menyelamatkannya," katanya.
Berbicara lanjut mengenai pengalamannya itu, sebaik tiba di kawasan sekolah, dia mendapati pasukan keselamatan sedang giat menjalankan operasi menyelamatkan murid-murid yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan sekolah.
JUMLAH rumah yang musnah masih belum diketahui.


Justeru, dia memohon kepada pasukan keselamatan untuk turut serta menjalankan operasi itu.
"Mereka setuju dan setiap murid yang berjaya dibawa naik diserahkan kepada saya. Secara kebetulan, salah seorang mangsa merupakan anak saya.
"Pada mulanya, saya tidak dapat mengecam anak saya, mujurlah saya teringat baju yang dipakainya hari itu," katanya sambil memberitahu ramai rakan anaknya mati dalam bencana tersebut.
Rodriguez berkata, dia menyangka akan mati apabila terdengar bunyi runtuhan yang kuat kerana ketika itu dia berada di bawah sisa runtuhan.
"Saya pengsan dan apabila bangun, banyak batu dan pasir di atas badan saya selain jeritan meminta tolong serta orang mengerang kesakitan," katanya sambil memberitahu tidak lama selepas itu dia mendapat bantuan daripada pasukan keselamatan.
Paling buruk
Bandar Moore kini dipenuhi runtuhan dan serpihan binaan manakala papan tanda diterbangkan angin, rumah musnah serta kenderaan tunggang terbalik.

PASUKAN bomba sukar mencari lokasi bencara ekoran banyak papan tanda telah musnah.


Bencana berkenaan dianggap paling buruk di AS sejak puting beliung melanda Joplin, Missouri yang telah membunuh 161 orang kira-kira dua tahun lalu.
Dalam pada itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS memberitahu, tenaga puting beliung tersebut 600 kali lebih kuat berbanding bom atom.
Puting beliung selebar dua kilometer dan bergerak sejauh 27 kilometer selama 40 minit itu bertiup selaju 320 kilometer sejam (kmj) hingga 337 kmj.
Sementara itu, Presiden AS, Barack Obama mengisytiharkan kawasan di sekitar Oklahoma sebagai kawasan bencana besar.
Ketua Pasukan Bomba Moore, Gary Bird berkata, operasi yang dijalankan hampir 24 jam itu akan dihentikan selepas pihaknya yakin tiada lagi mayat atau mangsa yang terselamat tertimbus di bawah runtuhan rumah atau bangunan.
Pada masa sama, beliau mengakui pihaknya mengalami kesukaran untuk tiba ke lokasi bencana disebabkan kesemua papan tanda arah diterbangkan dalam kejadian puting beliung itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan