Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- UAI selamat nikah kali ketiga
- Zahid kahwin 7 Jun
- Raja Ilya Gembira Dikecam Peminat
- Fokus Pada Filem Punca Izara Aishah Menyepi
- Bakal Isteri Berjaya Disiplinkan Zahid (AF)
- SimplySiti terokai segmen wangian
- Misteri kehilangan terungkai
- Berlakon bukan sebab duit
- Kuasa memilih hak mutlak Que
- Cucu ke mahkamah didakwa bunuh nenek
- ATM dikopak, BSN rugi RM126,000
- Jejambat runtuh dilanggar kereta api
- Lelaki menyamar Psy di Cannes
- Berjalan atas tali setinggi 185 meter
- Pengumpul tidak kisah habis wang
- Pengalaman pahit mangsa coronavirus
- Jurusolek wanita juga tinggi cita rasa
- Asimilasi kurta Malaysia
- Nilai warisan seni oud
- Kasut merah jambu Barbie
- Sertai peraduan Hari Ibu Nestle
- Sharifah Sakinah tak jadi bersara!
- Faezah Elai Tolak Watak Jahat Selepas Bergelar Ibu
- Chacha Maembong Tidak Cemburu Populariti Kakak
- Kisah Fantasi “Mesin Masa Cinta Atuk”
Posted: 26 May 2013 04:50 PM PDT Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar. "Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..," jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi. Ustaz Idrus, dilahirkan di Ladang, Kuala Terengganu, pada 1964, popular dalam kalangan semua peringkat usia. Belia juga digelar 'Ustaz Youtube' kerana banyak program ceramah dan soal jawab dengan beliau dimuat naik ke laman tersebut. Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara. Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini. "Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap. "Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat," jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi. | ||
Posted: 26 May 2013 04:49 PM PDT MENJAWAB segala teka-teki yang selama ini bermain-main di minda peminat, juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid mengakui akan menamatkan zaman bujangnya pada awal bulan Jun nanti. Kata Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 32, dia akan mengahwini gadis bernama Sarah Julifa Jusoh yang telah dikenalinya setahun lalu. "Ya, memang benar saya akan berkahwin tidak lama lagi. Kami telah berkenalan sejak tahun lalu dan memutuskan untuk berkahwin pada 7 Jun ini. "Majlis pernikahan akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung pada 8 Jun di rumah pengantin perempuan. "Kemudian, majlis resepsi di sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Jun juga di Teluk Intan, Perak," ujarnya yang ditemui ketika sidang akhbar pengumuman Akademi Fantasia 2013 di The Venue, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini. Berkenalan di Twitter Menurut Zahid lagi, persiapan menjelang hari bahagianya telah dilakukan serba sedikit, biarpun agak kelam-kabut kerana ia dilakukan pada saat akhir. "Saya sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dan inilah masa yang paling sesuai. Saya berharap tidak akan timbul sebarang masalah selepas ini," katanya. Perkenalan antara Zahid dan Sarah Julifa, 25, bermula ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas beberapa ketika berinteraksi melalui laman sosial Twitter. Malah, sepanjang perkenalan Zahid tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro. Gulai lemak ayam Ditanya akan kriteria gadis itu yang telah menambat hatinya, jawab Zahid sikap Sarah Julifa yang memahami kerjayanya sebagai seorang artis mengeratkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih. "Dia seorang yang sangat memahami kerjaya saya dan mampu berdikari. Tanpa disedari dia sekali gus telah mengubah kehidupan saya menjadi lebih teratur dan pandai menguruskan masa. Memang dia memiliki peranan sebagai seorang isteri yang selama ini saya cari," katanya. Zahid menjelaskan mereka mungkin bertunang sama ada sehari atau hari yang sama sebelum bernikah kerana ingin mengelakkan hubungan mereka menjadi terlalu lama. "Saya malas bercinta lama-lama kerana saya tahu akan timbul banyak cabaran. Dia telah lulus ujian pertama saya untuk memasak gulai lemak ayam dan saya teruja menantikan hari bahagia saya bersamanya," luah Zahid. Sebelum ini, penyampai radio Era FM itu pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan penyanyi Nita Hamzah sebelum digosipkan akan berkahwin dengan seorang kerabat diraja Pahang, Tengku Nurul Mardiana namun, Zahid menepis semua dakwaan itu. | ||
Raja Ilya Gembira Dikecam Peminat Posted: 26 May 2013 04:47 PM PDT Raja Ilya, 28, bagaimanapun berkata, dia sangat gembira dengan perkara itu kerana ia sebagai bukti watak antagonis yang dibawanya menerusi drama itu berjaya memberi kesan kepada penonton. "Saya gembira dengan kecaman dan kata-kata negatif yang diberikan peminat tentang watak Heliza yang diberikan peminat menerusi laman sosial kerana saya telah berjaya menzahirkan peranan itu dengan baik sehingga menimbulkan kebencian penonton. "Asalkan mereka tidak mengutuk saya, saya tiada masalah kerana rata-rata menghentam watak yang saya bawa," jelasnya kepada mStar Online. Drama arahan Pali Yahya itu turut dilakonkan oleh Dira Abu Zahar, Hans Isaac dan Faizal Hussien. Ia bersiaran setiap hari Isnin hingga Rabu, 10 malam di saluran Mustika HD Astro 134. Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, dia sangat bersyukur bakat lakonannya semakin mendapat perhatian penonton dan penerbit yang telah mula memberikannya kepercayaan untuk membintangi drama terbitan mereka. Malah katanya, dia cukup gembira apabila pihak Global Station telah menawarkannya watak utama dalam sebuah drama bersiri yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi. "Apa yang boleh saya katakan segala yang berlaku sebelum ini ada hikmah disebalik dan kepercayaan diberikan oleh pihak penerbit tidak akan saya sia-siakan. "Walaupun gementar kerana ini adalah watak utama pertama saya tetapi saya akan berikan yang terbaik bagi membalas kepercayaan diberikan," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Raja Ilya berkata dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama bersiri bersama pelakon Ery Putra berjudul Dendam Terindah, Surat Cinta dan Epilog Cinta Khirana. | ||
Fokus Pada Filem Punca Izara Aishah Menyepi Posted: 26 May 2013 04:46 PM PDT Izara bagaimanapun berkata, itu tidak bererti dia tidak mahu lagi berlakon dalam drama sebaliknya akan menerima tawaran sekiranya ia sesuai. "Saya kelihatan menyepi mungkin kerana jarang berlakon drama untuk TV3 pada tahun ini kerana sebelum ini banyak lakonan saya untuk siaran stesen tersebut. "Tambahan pula tahun ini memang saya memberi tumpuan kepada projek filem dan jadual sangat penggambaran sangat padat," jelasnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Izara berkata, dia tidak bimbang popularitinya dikatakan merundum gara-gara jarang muncul di televisyen kerana sedar tidak banyak karya terbaharu menampilkannya. Jelas Izara, dia juga melihat perkara itu dari sudut positif kerana jika terlalu kerap muncul bimbang ia akan membuatkan penonton bosan. "Jika terlalu kerap muncul takut orang bosan pula dan biar sesuatu kemunculan itu dapat meninggalkan kesan kepada penonton," ujarnya. Sementara itu, Izara berkata, dia kini sedang dalam proses menyiapkan lima buah filem dan mengakui jadualnya cukup padat sehingga tiada masa untuk dirinya sendiri. Bagaimanapun kata Izara, kepercayaan yang diberikan adalah satu peluang untuk dia buktikan kemampuan diri sebagai seorang pelakon dan mengakui menimba pelbagai ilmu daripada pengarah-pengarah yang dia bekerjasama. "Alhamdulillah rezeki murah tahun ini dengan pelbagai tawaran filem dan kepercayaan mereka tidak akan saya sia-siakan," katanya. Izara bakal muncul dengan lima buah filem iaitu Showdown The Movie, Sejoli, Pilot Cafe, KL Zombie dan Balun. | ||
Bakal Isteri Berjaya Disiplinkan Zahid (AF) Posted: 26 May 2013 04:46 PM PDT Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33, berkata, Sarah telah banyak mengubah kehidupannya supaya lebih teratur dan menganggap ia sebagai satu kualiti terbaik dalam diri wanita itu. "Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang," jelasnya kepada mStar Online. Tambah Zahid, Sarah juga seorang wanita yang ringkas selain memahaminya sebagai seorang selebriti. Pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 7 Jun depan di Teluk Intan, Perak sebelum mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya manakala 15 Jun akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid. Dalam pada itu, Zahid memberitahu dia mengambil keputusan untuk berkahwin selepas setahun mengenali Sarah kerana tidak mahu bercinta terlalu lama. Jelas Zahid, pada usianya sekarang dia telah bersedia untuk berumah tangga dan tidak mahu hubungan yang dibina tidak mempunyai arah tujuan. "Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai," katanya. Bercerita mengenai perkenalan dengan bakal isteri, Zahid berkata mereka berkenalan menerusi laman sosial Twitter sebelum serius bercinta pada tahun lalu. Jelas Zahid, Sarah juga adalah seorang kaki tangan Astro namun tidak pernah bertembung dengannya sebelum bercinta. "Kami sepejabat namun tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi inilah yang dinamakan jodoh," katanya. Sementara itu, Zahid berkata, dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya dan berharap majlis itu nanti akan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. "Seperti mana orang lain, saya juga mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kami nanti," ujarnya. | ||
SimplySiti terokai segmen wangian Posted: 26 May 2013 04:44 PM PDT "Selepas Brunei, jenama kami akan mula dibawa masuk ke negara Timur Tengah pada Oktober tahun ini," katanya. Menurutnya, langkah pemasaran itu adalah sebahagian strategi mengukuhkan lagi jenama SimplySiti dalam pasaran tempatan dan rantaian kosmetik amnya. "Saya menjadikan persaingan suatu perkembangan yang sihat kerana semuanya untuk pengguna. Jika terdapat pelbagai jenama walaupun dalam segmen sama, pengguna mempunyai banyak pilihan dan situasi ini akan terus memberi keyakinan kepada kami untuk menghasilkan produk yang lebih bermutu dan menepati cita rasa," katanya selepas melancarkan wangian terbaru khas untuk lelaki, Him. Eksport ke Timur Tengah Produk SimplySiti kini merangkumi segmen produk penjagaan kulit, kosmetik dan minyak wangi. "Pada masa ini, kami hanya membawa masuk wangian sahaja dan jika sambutan menggalakkan, beberapa segmen lain juga akan turut serta," katanya. Jelasnya, tiga jenis minyak wangi terbarunya sahaja dipilih sebagai produk yang akan dibawa masuk ke sana kerana menepati dengan permintaan penduduk di sana. Langkah promosi turut diperhebat apabila pembungkusan untuk wangian tersebut menggunakan bahasa Arab sebagai strategi menarik perhatian pelanggan di sana. "Masyarakat di sana lebih suka bau-bauan, jadi adalah satu kebanggaan apabila minyak wangi keluaran SimplySiti boleh mencipta nama di sana," katanya yang memilih wangian jenis candy sebagai kegunaan harian. Katanya, sememangnya wangian adalah satu produk yang penting untuk setiap individu, dan beliau mengakui kurang selesa jika tidak mengenakan sebarang wangian ketika berada di luar rumah. "Siti sendiri tidak boleh keluar rumah tanpa wangian kerana ia turut mempengaruhi siapa kita kepada orang yang kita jumpa. Justeru, SimplySiti memudahkan proses itu melalui wangian dengan memberi keharuman untuk setiap personaliti dan buat pertama kalinya kami memperkenalkan wangian untuk lelaki," katanya. Gubah lagu promosi produk Mengambil peluang atas kehebatannya sebagai penyanyi tersohor Malaysia, Siti turut menggunakan lagu sebagai kaedah pemasaran produknya. "SimplySiti bakal melancarkan satu muzik video khas untuk minyak wangi ini dan lagu itu digubah oleh Aubrey Suwito dan liriknya digarap oleh Ad Samad dan turut dimuatkan dalam album terbaru saya yang akan dilancarkan hujung tahun ini," katanya. Dari segi pembangunan produk, beliau berkata, kira-kira enam hingga setahun tempoh yang digunakan untuk proses tinjauan dan penyelidikan dalam menghasilkan sesebuah produk. "Saya dan suami adalah orang terakhir yang akan memutuskan produk atau wangian mana yang patut dikeluarkan mahupun dihantar ke kilang untuk tujuan penambahbaikan," katanya. Bagi tujuan imej dan pembungkusan pula, kami berbelanja mencecah jutaan ringgit agar produk yang ditampilkan nampak lebih yakin, setanding jenama terkenal di hadapan pembeli. "Dari segi penghasilan, kami menggunakan formula yang sama dengan wangian original, tetapi disesuaikan mengikut standard di sini agar boleh dijual dengan harga mampu milik," katanya. Dua lagi segmen produknya, kosmetik dan produk penjagaan kulit juga diakui semakin mendapat sambutan menggalakkan. Produk Simplysiti dijual secara meluas di semua cawangan Watson, Guardian, Jusco, Carrefour, Tesco terpilih Sogo KL, dan kios Simplysiti serta di Paloma, Brunei Darussalam. Menyentuh tentang pasaran, katanya, jenama ini juga sedang dalam perancangan mencari pasaran baru, tetapi tetap menjadikan pasaran tempatan fokus utama. "Kami dalam perancangan meneroka pasaran Indonesia yang nampak seperti senang tetapi rumit kerana masyarakat di sana lebih mementingkan produk kecantikan untuk memutihkan kulit, berbanding produk wangian," katanya. Selain melancarkan wangian untuk lelaki, SimplySiti juga memperkenalkan wangian untuk wanita berkerjaya, dan Miss (gadis) mula berada di pasaran April lepas dengan tawaran Him RM52.90 (50ml), Her RM69.90 (100ml) dan Miss RM49.90 (50ml). | ||
Posted: 26 May 2013 04:41 PM PDT Susulan penyebaran gambar tersebut, dua individu ditahan dipercayai ada kaitan dengan kehilangan dua mangsa yang dikenali sebagai Dofi, 21, dan Saiful, 19, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli barang di pusat membeli belah di Seri Kembangan pada 1 Mei lalu. Hasil soal siasat ke atas seorang daripada suspek kemudiannya membawa kepada penemuan dua rangka manusia dalam semak di tepi Sungai Klang, berhampiran kawasan perindustrian di Seksyen 26, di sini, petang semalam. Sepupu Dofi, Hamsani, 46, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, mangsa bersama rakan baiknya, Saiful, pergi ke pusat membeli belah tersebut dengan menaiki sebuah teksi. "Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi setelah tempoh 24 jam, sebelum bapa Dofi, terima panggilan daripada seorang yang tidak dikenali meminta duit sebanyak RM5,000. "Bapa Dofi hanya memasukkan duit berjumlah RM 2,500 melalui satu akaun bank yang diberi, sebelum dia dimaklumkan kedua-dua mangsa sudah dibebaskan dan dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki teksi," katanya. Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi menyebabkan bapa Dofi membuat satu lagi laporan polis berhubung perkara itu. Ketika ditanya bagaimana dia mengetahui berhubung Facebook terbabit, Hamsani berkata, dia mengetahui melalui bapa saudaranya. "Setelah kami melihat gambar yang terdapat dalam Facebook itu, bapa Dofi mengecam pakaian, kasut dan tali pinggang yang dipakai oleh anaknya," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan rangka manusia di kawasan terbabit, semalam. Beliau berkata, penemuan rangka kedua-dua mangsa ditemui kira-kira jam 3.15 petang semalam, selepas suspek pertama ditahan ketika menunjukkan lokasi kejadian kepada polis. "Siasatan awal dapati kes pembunuhan ini ada kaitan dengan kes kehilangan di Kotaraya, Kuala Lumpur, awal bulan ini." "Susulan penemuan rangka itu, kita tahan seorang lagi suspek di sekitar kawasan Serdang, hari ini (semalam), kesemua yang ditahan itu warga Indonesia. Difahamkan suspek merupakan ahli kumpulan 'Sakera'," katanya. Menurutnya, kedua-dua rangka manusia itu dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. | ||
Posted: 26 May 2013 04:39 PM PDT
KERJAYA tetap sebagai penganalisis pelaburan di sebuah bank terkenal di ibu kota Kuala Lumpur memaksa pelakon Redza Minhat bijak menguruskan waktu dan membahagikan dua dunia. Buktinya, sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini memaksa bintang utama filem KIL itu memperuntukkan seketika ruang masa selepas waktu pejabat untuk ke Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Melewati pukul 7 malam, Redza atau nama sebenarnya Shah Redza Minhat, 30, tiba bersama pasangan pelengkap filem KIL, Cristina Suzanne Stockstill. Pastinya kekangan masa yang merantai Redza melewati perjalanan seninya selama lebih lima tahun menyebabkan ramai pihak melabelkan pelakon kelahiran Ayer Tawar, Perak itu sebagai cerewet. Menjelaskan perkara itu, kata Redza, dia terpaksa meletakkan diri dalam situasi yang tidak terlalu terbuka kerana lakonan bukan kerjaya utamanya. "Saya bukan cerewet tetapi saya mempunyai tanggungjawab lain selain dunia lakonan. Tengok sahaja fotografi hari ini, kita terpaksa buat selepas pukul 7 malam," getusnya. Ditanya pula sejauh manakah keterbukaan Redza berhubung kisah peribadi, keluarga dan dunia lain selain berlakon, jawab Redza, dia meletakkan sedikit batasan kepada peminat dan media. "Perkara peribadi saya letakkan sedikit saja toleransi untuk dipaparkan kepada umum kerana saya tidak begitu selesa membincangkannya kepada umum. "Tiada apa-apa pun yang menarik mengenai kehidupan saya. Hidup saya normal seperti orang lain, kalau tiada projek teater atau filem saya akan meluangkan masa bersama keluarga, "tuturnya. Tambah Redza: "Tapi mahu atau tidak orang akan mengenali saya juga akhirnya dan saya perlu menjaga kelakuan serta lebih berhati-hati." Bagi yang terlepas perkembangan kehidupan Redza, pelakon yang terkenal dengan watak Faqir menerusi filem Pisau Cukur itu telah mempunyai seorang cahaya mata bernama Ali yang kini berusia setahun hasil perkongsian hidup dengan Aidira Khaidir dua tahun lalu. Kerja percuma Menyeimbangkan dua dunia iaitu berlakon dan seorang pekerja profesional di sebuah institusi kewangan kata Redza tidak susah asalkan didorong oleh minat. "Sesetengah orang akan bercuti pada hari minggu tapi tidak bagi saya kerana hanya waktu itu saya berpeluang melakukan perkara yang saya suka iaitu berlakon. "Saya berlakon bukan untuk duit. Malah, banyak projek saya lakukan secara percuma kerana minat. Kerja tetap saya adalah prioriti. Kadangkala saya terpaksa menolak lima tawaran serentak dalam satu-satu masa," jelasnya. Redza menyifatkan berlakon memberikannya kepuasan dan pengalaman yang sukar diperoleh daripada bidang lain. "Seni lakonan memuaskan hati saya dan mencipta kemahiran yang saya tidak boleh dapat dari tempat lain malah berlakon memberikan kesan luar biasa untuk berfikir lebih meluas. Bagi saya, seni itu boleh belajar. "Saya kagum dengan individu yang hebat berlakon kerana bidang itu membentuk keyakinan dan mencipta perspektif serta jaringan sosial baharu," ujar Redza yang tidak menyifatkan berlakon sebagai kerja separuh masa.
KIL Berdebar dalam masa sama takut menantikan filem pertama yang meletakkan Redza dalam posisi pelakon utama tidak melemahkan semangatnya untuk terus terbabit dalam bidang seni. "Banyak reaksi telah timbul sejak filem KIL ditayangkan kepada pihak media. Ada yang mengatakan muka saya dan Cristina terlalu urban dan intipati cerita yang tidak sesuai dengan masyarakat Timur. "Namun, saya tidak melihat perkara itu sebagai masalah kerana prinsip saya, selagi penonton tidak menyaksikan sendiri sesebuah naskhah filem jangan sesekali membuat spekulasi. Bayar (tiket) dulu barulah kritik!" tegasnya. Kata Redza sesebuah filem yang mengutip hasil jualan pecah panggung tidak menentukan sesebuah karya itu bagus, memandangkan industri filem tiada kompas tetap untuk dijadikan panduan. "Kerjaya sebagai pelakon sebenarnya untuk memuaskan hati pengarah, bukannya penonton. Pengarah mengawal segalanya dan penonton tidak boleh terlalu mudah untuk menilai sesebuah filem itu bagus atau tidak. "Filem tidak menarik adalah cita rasa, bagus atau tidak adalah objektif," katanya. | ||
Posted: 26 May 2013 04:38 PM PDT KIRA-KIRA dua tahun lalu, pelakon berbakat besar, Que Haidar pernah meluahkan hasratnya untuk bersara dari dunia hiburan kerana ingin memberi fokus kepada perniagaan dan keluarganya. Namun, sebaliknya pula berlaku apabila Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 34, telah berubah fikiran apabila kembali beraksi di dalam sebuah telefilem arahan Hashim Rejab iaitu Budak Johor. Bertemu dengan Que Haidar ketika dia menjalani penggambaraan di Segambut, Selangor baru-baru ini, Que memberikan respons tentang apakah yang membuatkannya ingin kembali berkecimpung di dalam dunia seni yang sudah lebih 20 tahun diceburinya. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Que. Kosmo!: Que Haidar, kenapakah anda kembali berlakon, terutamanya dalam telemovie? QUE HAIDAR: Memang saya ada membuat pengumuman itu, tetapi apabila Hashim Rejab datang kepada saya dan tunjukkan skrip telemovie Budak Johor tiba-tiba hati saya terbuka untuk menerimanya. Mungkin jodoh saya bersama naskhah ini kuat (jelas Que sambil ketawa). Sejauh mana keseriusan anda dalam bidang lakonan sebenarnya? Tidakkah ia memberi impak kepada kerjaya anda kerana dengan kembalinya anda ke dalam dunia hiburan, ia seperti anda cakap tak serupa bikin? Sebenarnya lakonan adalah jiwa saya. Apabila saya rasa cerita itu bagus dan kebetulan watak yang ditawarkan itu belum pernah saya lakonkan lagi, jadi apa salahnya saya ingin mencuba. Seperti dalam naskhah ini, saya pertama kali membawa watak jurulatih bola kepada pasukan kanak-kanak bernama Atan. Saya fikir ini sesuatu yang baharu buat saya, jadi saya terima. Jujurnya, sebelum ini ada juga produksi lain cuba melamar, tetapi saya menolak kerana merasakan tidak sesuai. Bagaimanapun, kali ini tidak kerana kuasa memilih terletak di tangan saya. Apakah kekuatan cerita Budak Johor ini sehingga membuatkan hati anda terbuka? Pertama sekali apabila saya membaca skrip cerita ini, saya dapat rasakan yang jalan cerita ini ada persamaan seperti filem kesukaan saya iaitu Kami lakonan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. Ia tentang semangat juang untuk berjaya. Sebab itu saya tidak memerlukan masa yang lama untuk bersetuju berlakon telefilem ini.
Jadi selepas ini, jika ada pengarah lain ingin mengambil anda untuk berlakon di bawah arahan mereka, adakah anda akan mempertimbangkannya? Ya, tengoklah bagaimana kerana saya akan lebih memilih dan demand dengan watak yang ditawarkan. Sebenarnya, saya ingin sekali digandingkan dengan pelakon hebat seperti Sidi Oraza dan Ellie Suriati. Jika ada yang tawarkan gandingan ini, saya tidak mungkin menolaknya. Selepas telefilem ini, adakah mana-mana lagi tawaran berlakon yang telah anda terima? Ada, tetapi ia masih dalam peringkat perbincangan. Jika tiada apa-apa halangan saya mungkin berlakon di bawah arahan pengarah filem Bunohan iaitu Din Said. Sebenarnya sudah lama saya mengimpikan untuk berlakon di bawah arahan beliau dan nampaknya hasrat saya seperti menjadi kenyataan. Tunggu sahaja pada hujung tahun ini. Menyentuh mengenai kehidupan peribadi bersama isteri (Linda Jasmine), bagaimanakah dengan perkembangan keluarga anda? Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya bahagia bersama mereka. Jika tiada aral, saya dan Linda ingin menghantar anak sulung, Qalif ke Amerika Syarikat pada tahun depan untuk bersekolah di sana dan menetap bersama kakak Linda. Anak kedua, Tengku Ratu pula akan memasuki kelas tarian balet. Selain berlakon dan menjalankan perniagaan, apa lagi yang sedang anda lakukan sekarang ini? Tiada. Kalau tiada kerja saya selesa berada di rumah menjaga anak-anak. Walaupun ada dua orang pembantu rumah, saya dan Linda akan bergilir-gilir untuk memastikan salah seorang daripada kami duduk di rumah. Bergantung kepada kesibukan masing-masing. | ||
Cucu ke mahkamah didakwa bunuh nenek Posted: 26 May 2013 04:35 PM PDT
KOTA BHARU – Seorang lelaki berhadapan hukuman mati selepas dia dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam di atas dakwaan menyebabkan kematian seorang warga emas yang juga neneknya sendiri dalam kejadian pada 11 Mei lepas. Tertuduh, Shahriman Mohd. Shaidi, 35, kelihatan sugul dan terpinga-pinga ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd. Isa Mohamed. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Mengikut kertas pertuduhan, Shahriman telah melakukan pembunuhan iaitu dengan menyebabkan kematian neneknya, Che Minah Hassan, 84, pada pukul 7.15 pagi di sebuah rumah di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu, Tumpat. Ekoran perbuatan itu, tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama iaitu memperuntukkan hukuman mati. Mohd. Isa menetapkan 1 Julai sebagai sebutan semula kes sementara menunggu keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusoff. | ||
ATM dikopak, BSN rugi RM126,000 Posted: 26 May 2013 04:34 PM PDT CHERAS - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional di Jalan 1/91, Taman Shamelin Perkasa di sini semalam kehilangan kira-kira RM126,000 apabila bank dan mesin ATM itu diceroboh penjenayah. Kejadian yang dipercayai berlaku antara waktu lewat malam hingga awal pagi itu hanya disedari pada pukul 11 pagi apabila seorang pemilik pusat tuisyen di bangunan itu ternampak satu lubang pada dinding ketika mahu naik ke pejabatnya yang terletak di tingkat satu atas cawangan bank berkenaan. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kumpulan penjenayah dipercayai melibatkan empat orang masuk menerusi pintu belakang bangunan tiga tingkat itu. "Kumpulan suspek itu kemudian bertindak memecahkan dinding yang terdapat di laluan tangga menggunakan tukul besi bagi membolehkan bank tersebut dimasuki. "Sebaik masuk ke dalam bank tersebut, penjenayah itu menggunakan gas Oxy-Acetylene untuk memecahkan mesin ATM dari dalam bank," kata beliau ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam. | ||
Jejambat runtuh dilanggar kereta api Posted: 26 May 2013 04:26 PM PDT CHAFFEE - Jejambat sebuah lebuh raya di negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS) runtuh selepas dirempuh beberapa gerabak keretapi yang tergelincir dalam pelanggaran dengan sebuah tren kargo. Pihak berkuasa AS berkata, tujuh orang cedera dalam kemalangan tersebut tetapi tiada yang parah. Jejambat itu runtuh selepas sebuah kereta api Union Pacific melanggar sisi tren Burlington Northern Santa Fe di sebuah persimpangan landasan kereta api di sini. Lembaga Pengangkutan Kebangsaan AS melancarkan siasatan berhubung nahas berkenaan yang berlaku pagi kelmarin. Nahas itu berlaku seminggu selepas sebuah tren komuter tergelincir dan dilanggar tren lain di luar kota raya New York. Insiden itu menyebabkan 70 orang cedera dengan perkhidmatan tren di sekitar kota metropolitan tersebut tergendala selama beberapa hari. | ||
Posted: 26 May 2013 04:25 PM PDT CANNES, Perancis - Seorang lelaki dikesan menyamar sebagai bintang rap Korea Selatan, Psy pada festival filem Cannes di sini. Lelaki itu turut bergambar dengan sejumlah peminat dengan dia dilihat meminum bersama pengurus Psy, Scooter Braun. Namun, Psy yang berada di Singapura untuk membuat persembahan pada Khamis lalu berkata, Braun menghantar gambar lelaki itu kepadanya selepas menyedari kehadiran penyamar tersebut. Menurut satu sumber, penyamar itu yang dikenali sebagai Denis Carre, 34, hadir dengan memakai baju kemeja berwarna biru muda, sut biru gelap serta mengenakan cermin mata hitam. "Dia diiringi oleh tiga pengawal peribadinya," kata sumber berkenaan seperti dipetik akhbar The Sun. Lelaki bertubuh gempal itu turut bergambar bersama beberapa bintang terkenal termasuk aktres filem James Bond, Naomie Harris. "Ia kelihatan seolah-olah kita telah ditipu, itu bukan Psy sebenar," tulis Harris dalam laman Twitternya selepas menyedari dia dipermainkan. Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang, 35, melakar sejarah di laman YouTube apabila klip video Oppa Gangnam Style mencatatkan lebih 1.6 bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu. | ||
Berjalan atas tali setinggi 185 meter Posted: 26 May 2013 04:23 PM PDT FRANKFURT - Seorang lelaki berjalan merentasi tali sepanjang 30 meter pada ketinggian 185 meter di Jerman kelmarin dalam usaha mencipta rekod dunia walaupun dia takut pada ketinggian. Reinhard Kleindl, 32, menggunakan hanya kedua-dua tangannya untuk mengimbangi diri semasa berjalan di atas tali yang diikat pada dua bahagian menara Tower 185 di sini. Adegan lagak ngerinya disaksikan oleh beberapa ratus orang di perkarangan bangunan tersebut. Warga Austria itu yang tidak dibantu abah-abah, melakukan aksi ngeri untuk mencipta rekod berjalan di atas tali paling tinggi di kawasan bandar. Menurutnya, rekod kategori tersebut dipegang oleh seorang warga Perancis yang berjalan di atas tali setinggi 120 meter di antara laluan Menara Berkembar Les Mercuriales di Paris dua tahun lalu. Selepas menamatkan aksi tersebut, Kleindl bersorak gembira dan mengaku dia takut pada ketinggian. "Impak ketinggian ini pada diri saya lebih teruk daripada yang saya jangkakan," kata warga Austria itu. Setakat ini, pencapaian tersebut belum disahkan oleh badan rasmi sukan tersebut, Persekutuan Tali Pipih. | ||
Pengumpul tidak kisah habis wang Posted: 26 May 2013 04:21 PM PDT
KEPADA yang gemar melancong ke luar negara, cenderamata seperti kemeja T, rantai kunci dan magnet peti ais pasti menjadi barangan wajib untuk dibawa pulang sebagai oleh-oleh kepada keluarga, sahabat handai mahupun untuk diri sendiri. Namun, lain pula ceritanya dengan Amir Effendi Abd. Rahim, 36. Sekiranya dia melancong atau bertugas di luar negara, barangan yang mempunyai signatur jenama Coca-Cola pasti menjadi cenderamata untuknya. Sekiranya ada dalam kalangan rakan-rakannya melancong, dia pasti mengirim sekurang-kurangnya sebotol minuman Coca-Cola dari negara luar sebagai oleh-oleh. Menurut Amir, dia terlalu gemar dengan jenama Coca-Cola. Sehingga kini dia mempunyai ribuan produk jenama minuman tersebut seperti botol, tin, pelekat, kalendar, beg dan cawan yang berlainan tahun dan negara daripada jenama itu. Minatnya mengumpul barangan yang berunsurkan minuman berkarbonat itu bermula sejak kecil. Tin minuman pertama menjadi koleksinya ialah air Sudi iaitu minuman berkarbonat keluaran syarikat Allahyarham Sudirman Arshad pada tahun 1989. Minuman berkarbonat itu mempunyai tiga perasa yang berbeza iaitu kola, oren dan lemon. "Ketika itu, iklan mengenai minuman itu sering terpampang di majalah dan televisyen. Kemudian, pada tahun 1995, saya mula meminati dan mengumpul barangan jenama Coca-Cola. "Masa itu saya masih berada di bangku sekolah dan warna merah yang menjadi signatur Coca-Cola juga merupakan salah satu faktor utama saya meminati jenama itu," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Bapa kepada dua cahaya mata itu bertugas dengan salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara. Melalui NGO yang disertainya, dia berpeluang menyertai pelbagai misi kemanusiaan di serata dunia termasuklah Palestin. Setiap kali ke negara yang sedang bergolak itu, dia pasti membawa pulang kira-kira 10 botol air Coca-Cola yang berisipadu 500 mililiter (ml) untuk simpanannya atau dijual kepada individu yang berminat. Menurutnya, ketika mengadakan misi kemanusiaan ke Tel Aviv, Israel tahun lalu, dia terjumpa kotak yang menempatkan enam botol Coca-Cola yang berisipadu 1.5 liter di kaki lima bandar tersebut. Dek obsesinya terhadap barangan daripada jenama itu, dia mengutip kotak tersebut untuk dijadikan koleksi peribadinya. Botol kaca "Terdapat banyak kotak Coca-Cola di kali lima. Ada yang masih elok dan ada juga yang telah rosak. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah kotak itu merupakan salah satu barangan yang sukar untuk didapati di tanah air. Selain untuk koleksi, saya juga menjual kotak itu pada harga RM10 setiap satu kepada sesiapa yang berminat. "Tetapi, tulisan Ibrani yang tertera pada setiap botol kaca, tin dan kotak produk Coca-Cola di sana amat jarang ditemui di negara lain. Bagi saya, itu merupakan perkara yang unik," ujarnya yang menyimpan koleksi barangan Coca-Cola di dalam sebuah bilik di kediamannya di Kota Damansara, Selangor. Antara barangan produk Coca-Cola yang paling disayangi Amir ialah replika botol Coca-Cola yang diperbuat daripada 100 peratus bahan kaca yang mempunyai cetakan tulisan signatur Coca-Cola yang timbul. "Saya tidak berniat untuk menjual botol itu. Tetapi sekiranya ada individu yang sengaja atau secara tidak sengaja memecahkannya, ganti rugi sebanyak RM1,000 harus dibayar kepada saya," selorohnya. Harga produk Coca-Cola sama ada botol atau tin semakin tinggi mengikut tahun ia dihasilkan dan informasi yang terdapat padanya. Semakin lama botol atau tin itu, semakin meningkat harganya. Harga akan melonjak sekiranya botol atau tin itu tidak dibuka dan masih mempunyai isipadu air di dalamnya. Kemajuan teknologi tanpa sempadan dewasa ini seperti Facebook dan Twitter membantu pengumpul barangan Coca-Cola berinteraksi di antara satu sama lain. Sebagai contoh, Facebook The Coca-Cola Collectors Club. Melalui laman tersebut, pengumpul-pengumpul barangan Coca-Cola boleh berkongsi minat dan barangan mereka bersama ahli lain. Berhabis RM100,000 Seorang pengumpul dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Paul Velanganny, 36, memberitahu, kebanyakan barangan koleksinya didapati daripada luar negara melalui bidaan di laman web lelong, eBay. Menurutnya, dia telah menghabiskan kira-kira RM100,000 untuk memenuhi minatnya sejak mula mengumpul barangan Coca-Cola 13 tahun lalu. Selain membida di eBay, dia juga membeli barangan Coca-Cola dari Amerika Syarikat, Itali dan Australia melalui kenalannya yang tinggal di sana. "Selain membeli barangan Coca-Cola, kami juga saling bertukar koleksi sekiranya mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Ini juga merupakan salah satu cara saya meluaskan kenalan yang mempunyai minat yang sama. "Bagi saya, barangan seperti tin dan botol keluaran Malaysia merupakan koleksi yang paling berharga sekiranya ada pengumpul yang menyimpannya. Menjadi kebiasaan, selepas Coca-Cola diminum, ia pasti dibuang terutamanya botol dan tin era tahun 1980-an dan 1990-an," ujar jurutera bahagian elektrik syarikat swasta di Pulau Pinang itu. Tin Coca-Cola sempena Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan merupakan antara koleksinya yang mendapat permintaan ramai sehingga mampu mencecah RM600. Selain itu, penutup botol yang diperbuat pada tahun 1930-an juga merupakan antara barangan yang dimilikinya. "Coca-Cola merupakan satu jenama yang mempunyai pengaruh yang kuat di seluruh dunia sejak tahun 1886. Jenama ini telah melalui pelbagai peristiwa penting yang terjadi di dunia seperti Perang Dunia dan masih utuh sehingga kini," tambahnya. Botol Coca-Cola pertama di Malaysia Paul juga mempunyai pelbagai koleksi poster Coca-Cola yang menghiasi majalah National Geographic sekitar tahun 1950-an untuk dijual kepada penggemar barangan jenama itu. Menurutnya, kebanyakan majalah dokumentari itu dibeli dari luar negara, kedai buku terpakai dan di kawasan pedalaman Malaysia. Sementara itu, pengumpul dan peminat tegar jenama Coca-Cola, Mohamad Shahril Sabari, 29, memberitahu, minatnya terhadap jenama itu bercambah sejak dia bekerja di bahagian kewangan Coca Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. dua tahun lalu. Sehingga kini, dia mempunyai 150 botol dan 130 tin dari pelbagai negara dan berlainan rekaan. Baginya, ia merupakan satu kepuasan apabila berjaya mengumpul koleksi yang tidak dimiliki oleh individu lain. "Botol pertama Coca-Cola di Malaysia yang belum dibuka dengan isipadu 285 ml yang dijual pada tahun 1990 merupakan antara koleksi kesayangan saya. Saya memperoleh botol tersebut daripada seorang kenalan. Pada tahun itu, harga sebotol air itu hanya 90 sen," ujarnya sambil menunjukkan tanda harga yang tertera pada botol minuman tersebut. Tutur Shahril, dia amat berkecil hati apabila ada sesetengah individu yang menganggap pekerjaannya di Coca Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. serta hobinya itu dikaitkan dengan sokongan terhadap Israel. Menurutnya, masyarakat di Malaysia masih skeptikal terhadap jenama Coca-Cola dan menganggap ia merupakan penyumbang utama kepada Yahudi. "Dahulu Coca-Cola di Malaysia diuruskan oleh F&N. Kini, jenama itu telah berdiri dengan sendiri melalui syarikat Coca Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. Syarikat ini hanya menggunakan jenama Coca-Cola sebagai salah satu strategi pemasaran di Malaysia. Ia tidak ada kaitan dengan sumbangan kepada Yahudi kerana ia merupakan sebuah syarikat Malaysia," ujarnya. | ||
Pengalaman pahit mangsa coronavirus Posted: 26 May 2013 04:20 PM PDT PADA hari ketiga selepas kematian bapanya akibat jangkitan pada sistem pernafasan, Hussein al-Sheikh mula berasa tidak sedap badan dan demam. Demam kuat yang dihidapi pemuda Arab Saudi berusia 27 tahun itu menyebabkan dia terasa seperti hendak mati. Hussein sering melawat bapanya yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Dhahran yang terletak di wilayah timur, Arab Saudi terutama pada hari-hari terakhir sebelum kematian bapanya. Penyakit itu kemudian turut menjangkiti abangnya, Abdullah dan adiknya, Hanan menyebabkan mereka kemudian mendapatkan rawatan di hospital berhampiran daerah oasis, Ahsa. Doktor percaya, bapa mereka, Mohammed al-Sheikh, menjadi mangsa sejenis virus baharu dikenali sebagai coronavirus. Ia dilihat hampir sama dengan penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang mula muncul di negara-negara Teluk tahun lalu. Sehingga kini, virus tersebut telah menyebabkan 18 kematian dengan sembilan daripadanya merupakan rakyat negara tersebut. Rentetan itu, terdapat kebimbangan antarabangsa berhubung penemuan tersebut. Ia merupakan virus daripada keluarga patogen sama yang pernah mencetuskan wabak SARS di seluruh dunia selepas bermula di Asia pada tahun 2003. Seramai 775 orang terbunuh disebabkan jangkitan SARS. Beberapa kematian dipercayai akibat virus baharu tersebut berlaku di Britain dan Perancis. Kebanyakannya membabitkan mangsa yang pernah berkunjung ke Asia Barat. Setakat ini, sebanyak 34 kes di seluruh dunia telah disahkan melalui ujian darah. "Suhu badan saya sangat tinggi, tahap oksigen dalam darah pula amat rendah. Saya rasa sungguh penat hingga tidak mampu berjalan dan sebarang aktiviti membuatkan saya batuk," kata Hussein, pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang melanjutkan pengajian di Kanada. Bagi mengelakkan sebarang jangkitan, dia memakai topeng muka berwarna hijau. Sehubungan itu, pakar dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melawat Ahsa untuk menjalankan siasatan berhubung penyebaran virus tersebut dengan kerjasama pihak berkuasa Arab Saudi. Baru-baru ini, pegawai kanan WHO mengatakan bahawa coronavirus itu dipercayai boleh menjangkiti mereka yang berhubung rapat dengan pesakit. Penolong Ketua Pengarah WHO, Keiji Fukuda berkata, bagaimanapun, masih tiada bukti bahawa virus itu mampu kekal untuk menyebarkan wabak dalam masyarakat sekali gus menjadi pandemik. Demam panas Seorang pakar kesihatan awam yang enggan dikenali memberitahu, seseorang itu dipercayai boleh dijangkiti jika berada di dalam ruang kecil dan tertutup bersama pesakit dalam satu tempoh masa yang lama. Mohammed yang menderita penyakit diabetes telah ditahan di hospital kerana demam panas dan kandungan gula rendah dalam darah tidak tahu virus sebenar yang menjangkiti. Dia koma dua hari sebelum meninggal dunia. "Doktor sendiri tidak tahu apa yang berlaku. Dua hari selepas dimasukkan ke wad, bapa masih mampu bercakap, menyuap makanan sendiri dan pergi ke tandas. "Bagaimanapun, secara tiba-tiba dia berubah menjadi lebih teruk dan diberi steroid serta bantuan oksigen pada tahap tertinggi. Dia meninggalkan kami tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal," jelas Hussein merujuk kepada kematian bapanya. Berikutan khabar angin mengenai tahap virus di Ahsa minggu lepas, ahli keluarga pesakit yang dijangkiti telah dimasukkan ke hospital dan diminta pihak berkuasa agar tidak bercakap dengan media. Terpisah dari bandar besar Riyadh dan Dammam oleh padang pasir yang terbentang luas, Ahsa merupakan satu kawasan yang popular dengan ladang kurma. Hussein berkata, dia percaya bapanya telah dijangkiti coronavirus sewaktu berada di ICU hospital tersebut. Dia turut menerima kesannya selepas menghabiskan masa berjam-jam melawat bapanya yang menghembuskan nafas terakhir pada 15 April lalu. Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Pengurus Besar Hospital Umum Al-Moosa, Malek al-Moosa. Sebaliknya beliau percaya pesakit sebenarnya telah terdedah kepada sumber virus di luar hospital tersebut. Fukuda pula menegaskan, sehingga kini masih tidak jelas bagaimana virus itu merebak. Daripada empat ahli keluarga Mohammed al-Sheikh yang jatuh sakit, hanya Abdullah, 33, didapati positif menghidap coronavirus. Sampel darah Mohammed, Hussein dan Hanan masih diuji. Namun kemungkinan mereka juga turut dijangkiti adalah tinggi. | ||
Jurusolek wanita juga tinggi cita rasa Posted: 26 May 2013 04:18 PM PDT
"JIKA dahulu, tiada siapa yang mahu menjadikan profesion jurusolek sebagai pekerjaan tetap terutamanya dalam kalangan wanita," ujar jurusolek profesional, Saidatulnisa Aminuddin, 50. Dia yang senang disapa sebagai Kak Sai, mengenang kembali ketika mula-mula terlibat dalam bidang solekan dan dandanan rambut. Semasa itu, jumlah jurusolek wanita boleh dibilang dengan jari kerana ia banyak dimonopoli oleh kaum lelaki. "Waktu itu, boleh dikatakan hanya Kak Sai dan beberapa orang sahaja yang berani ke hadapan untuk berdiri sama tinggi dengan jurusolek lelaki. Ramai wanita ketika itu hanya melakukannya secara sambilan dan kecil-kecilan sahaja," ujar kakak kepada ratu rock negara, Ella ketika ditemui Stailo baru-baru ini. Menurutnya, ketika itu ramai beranggapan kerjaya tersebut tidak menjamin masa sepan selain kurangnya pendedahan daripada media massa. Berbeza dengan situasi sekarang katanya, jurusolek wanita semakin ramai dengan kemahiran yang tinggi. Saidatulnisa juga turut memainkan peranan tertentu dalam industri tersebut termasuk mengadakan kelas-kelas solekan dan dandanan kepada mereka yang berminat. "Kehadiran jurusolek baharu merancakkan lagi arus solekan dan dandanan kerana kerjaya jurusolek ini memberi pulangan yang tinggi jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh. "Jika ia tidak menguntungkan, tidaklah saya bertahan sehingga kini," seloroh ibu kepada dua cahaya mata itu lagi. Melewati perjalanan seni wanita kelahiran Telok Gadong, Klang, Selangor itu, minat menyolek bermula ketika menjadi penari sambilan di stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia sewaktu berusia 19 tahun. "Dahulu jika ada persembahan tarian, kami tidak disediakan jurusolek. Maka, solekan dan dandanan perlu dilakukan sendiri. Rakan-rakan yang menyedari kebolehan saya telah meminta saya menyolekkan wajah mereka. "Teknik-teknik dan cara solekan saya belajar berdasarkan pengalaman dan pengamatan daripada rakan-rakan sekeliling. "Dahulu mana ada kelas mengajar atau sumber rujukan untuk meminta tip. Semuanya kena memegang konsep cuba jaya," ujarnya.
Pulangan Berkat semangat yang tidak pernah luntur, Saidatulnisa kini boleh tersenyum puas apabila ia membuahkan pulangan berganda. Dia kini sudah mempunyai dua premis andaman dengan yang terbaharu terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Butik itu memberi pilihan kepada wanita dengan variasi busana sedia pakai seperti baju kurung, gaun labuh, top dan banyak lagi. Romyza Muhamad, 35, yang telah lima tahun bergelar jurusolek turut mengakui kerjaya tersebut mampu memberi pulangan lumayan. "Bakal pengantin terutamanya wanita mahukan jurusolek wanita kerana lebih selesa disolek oleh kaum sejenis. Perkembangan itu membuka ruang kepada jurusolek wanita untuk menunjukkan bakat seni mereka," jelasnya. Romyza sebelum ini hanya melakukan kerja-kerja andaman dan solekan secara sambilan memandangkan mempunyai pekerjaan tetap. "Dahulu saya bekerja di sebuah syarikat berteraskan kejuruteraan sebagai eksekutif teknikal. Tetapi pada masa yang sama, saya melakukan kerja-kerja sampingan dengan mengandam rakan-rakan dan keluarga terdekat," imbas Romyza. Minat Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur itu berkata, dia mula berminat dalam dunia solekan selepas diandam oleh jurusolek pada majlis persandingannya. "Saya tidak mempunyai asas solekan dan dandanan, malah saya jarang memakai sebarang mekap. Namun, ketika disolek olek seorang mak andam timbul minat untuk mencuba dan mempelajari bidang ini," ujarnya. Dia yang lebih dikenali sebagai Mimie Romyza telah mengikuti kelas-kelas solekan yang dianjurkan oleh jurusolek profesional. Sejak itu, dia mula mengetahui teknik mendandan dan menyolek yang betul. "Kelas pertama yang diikuti adalah daripada mak andam perkahwinan saya sendiri iaitu Rozana Mustafa. Kemudian saya sertai kelas solekan anjuran Ema Mustafa yang saya jadikan sebagai mentor," katanya. Romyza menambah, dia mengambil masa hampir setahun untuk mempelajari teknik solekan dan andaman. Ketika ditebak soalan bahagian paling sukar untuk dikuasai jawabnya, solekan pada bahagian kening. "Pada pendapat saya, kening memainkan peranan yang penting untuk menjadikan solekan tersebut kelihatan natural dan kemas. Tidak dinafikan sewaktu ketika awal pembabitan, saya sukar membentuk kening dengan cantik," cerita ibu kepada tiga orang anak itu. Berhenti kerja Hanya selepas tiga tahun bergerak secara sambilan, pada tahun 2008 dia nekad untuk berhenti kerja dan mula serius dalam kerjaya solekan. "Titik tolak keputusan itu dilakukan adalah disebabkan anak saya jatuh sakit dan memerlukan penjagaan rapi. Saya nekad berhenti kerja dan hanya fokus kepada butik pengantin, Teratai Kencana yang diusahakan bersama suami. "Sekarang urusan rumah tangga dan penjagaan anak-anak saya uruskan sendiri. Malah, jika ada urusan andaman, suami akan turut membantu bagi meringankan kerja saya," ujar wanita berasal dari Sentul Utama, Kuala Lumpur itu lagi. Selain menyolek untuk pengantin, sentuhan kreatif Romyza turut menghiasi wajah-wajah selebriti popular tempatan untuk keluaran media cetak dan elektronik. "Saya ada juga menerima tawaran untuk filem dan drama, tetapi ada yang terpaksa ditolak. Bukan memilih tetapi saya perlu mengutamakan anak-anak yang masih kecil," jelas Romyza. Dia berkata, tidak dinafikan apabila menyolek golongan selebriti, 'saham' jurusolek itu akan cepat naik kerana orang ramai mudah mengenali mereka. "Pelanggan akan lebih mudah mempercayai kebolehan seseorang jurumekap jika mereka pernah menyolek artis," akui Romyza. | ||
Posted: 26 May 2013 04:17 PM PDT DARI Afghanistan ke Pakistan, merentas Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka, laluan akrab bagi pakaian tradisional etnik India, kurta menempiasi jajaran Asia Tenggara termasuk Malaysia. Serapan penggayaan kurta dalam masyarakat majmuk di negara ini bukanlah masalah besar. Keberadaan kaum India sebagai etnik ketiga terbesar di Malaysia mempercepatkan penangan kurta dalam mempengaruhi cita rasa fesyen penduduk berbilang kaum yang telah sebati sejak era penjajahan British. Polos tanpa sebarang corak sarat dan mengangkat mainan rona pastel menjadi resmi sehelai kurta sejak sekian lama. Ia sememangnya pilihan ideal saat menyambut perayaan Deepavali, bahkan tidak janggal apabila digayakan kaum Melayu menjelang Syawal. Hari ini, busana kebanggaan penduduk Asia Selatan itu melalui modifikasi unik. Kurta lebih segar Seorang anak tempatan, Azlan Zanudin, 34, berani mengolah empat jenis kurta moden bagi menepati keinginan muda-mudi yang mahukan sesuatu yang segar daripada pakaian tradisional tersebut. Koleksi Kurta Hipster, Stripe-in-K, Ajmal-in-K dan White Cotton Kurta menjadi perantaraan awal Azlan menerusi label Lalan dalam bidang fesyen tanah air. Percubaan secara suka-suka pada awalnya mencetuskan nekad Azlan untuk menghasilkan helaian kurta yang lebih segar. "Secara peribadi saya memang suka memakai kurta saban hari mahupun ketika menyambutan hari raya. Semua orang tahu ia selesa dipakai dan penggunaan warna-warna tanah membuatkan ramai lelaki tidak gentar menyarungkannya untuk bersolat.
"Namun terdetik dalam fikiran saya, bagaimana jika kurta digayakan ke pusat beli-belah dan bersantai bersama rakan-rakan pada hujung minggu? Tidakkah kurta tradisional agak bosan untuk dipakai dan kurang menyerlah pada pandangan awam? "Mula-mula saya hasilkan kurta moden untuk kegunaan sendiri tetapi selepas ramai memberi pandangan positif, saya buat keputusan mencipta kurta moden sedia pakai untuk dijual kepada orang ramai," kongsi Azlan ketika ditemui Stailo baru-baru ini. Keistimewaan kurta Lalan terletak pada cetakannya. Setiap helaian kurta ciptaan lelaki yang bertugas selaku produser di Astro itu menampilkan cetakan minimum, namun cukup kuat bagi menjadi penegasan keseluruhan gaya. Kurta Hipster misalnya, didatangkan dalam lima rona menarik iaitu kuning, ungu, hijau, biru dan firus. Pada poket atas kurta tersebut terletaknya cetakan signatur menarik seperti geometri, harimau bintang atau puak. Pakaian yang menggunakan material kapas itu juga menawarkan seleksi corak berjalur melintang atau menegak. | ||
Posted: 26 May 2013 04:15 PM PDT
MEMBUKA helaian demi helaian buku bertajuk Oud Warisan Seni Dari Timur Tengah amat mengujakan terutamanya bagi sesiapa yang mungkin tidak mengenali apa itu oud. Merupakan salah satu peralatan muzik klasik dari Asia Barat, oud dalam bahasa Arab bermaksud kayu iaitu ranting atau tangkai mudah lentur. Dalam erti kata lain, ia bermakna sepotong kayu. Di nusantara termasuk Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura, oud juga dikenali sebagai gambus. Ironinya, oud dan gambus ialah dua peralatan muzik berbeza meskipun rupanya hampir sama. Menurut penulisnya, Raja Zulkarnain Raja Mohd. Yusof, 41, buku itu dihasilkan bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai oud dengan lebih mendalam kepada masyarakat. "Di Malaysia, kita mengenali oud sebagai gambus yang popular di Johor, namun hakikatnya ia dua benda yang berbeza. Atas sebab itulah saya mengambil inisiatif menulis buku Oud Warisan Seni Dari Timur Tengah berdasarkan pengalaman sepanjang belajar kesenian oud di Mesir," kata Raja Zulkarnain ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1971, Raja Zulkarnain mula mengenali oud ketika melanjutkan pengajian di Institut Persembahan Muzik Kontemporari, London, England dalam jurusan Persembahan Gitar selama dua tahun bermula 1998 hingga 2000. Selepas tamat belajar, Raja Zulkarnain masih menetap di London dan ketika itulah beliau terpandang oud di sebuah kedai muzik di sana. "Pandangan kali pertama terus membuatkan saya jatuh cinta lantas membelinya pada harga RM1,800. Kemudian, pemilik kedai memperkenalkan saya dengan guru muzik dari Iraq yang mahir dalam kesenian oud. "Apabila pulang ke Malaysia pada tahun 2003, saya bekerja sebagai ahli muzik di Majlis Perbandaran Subang Jaya. Di situlah saya terjumpa dengan Allahyarham Fadzil Ahmad yang digelar Raja Gambus yang seterusnya melantik saya menjadi tutornya di Akademi Seni Kebangsaan yang kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara)," terang Raja Zulkarnain. Pada 2004, Raja Zulkarnain merantau ke Kaherah, Mesir selama tiga bulan untuk mendalami muzik di sebuah tempat bernama Bayt el-Oud Oud. Ia merupakan sekolah pondok untuk sesiapa yang berminat mempelajari kesenian oud. Selepas itu, setiap tahun Raja Zulkarnain tidak pernah melepaskan peluang untuk berbuat demikian apabila tiba cuti semester di Aswara. Di sana dia banyak menimba ilmu tentang oud dari Naseer Shamma, seorang guru muzik berpengalaman dari Iraq, Nehad Sayed dan Mustafa Antar (Mesir). "Boleh dikatakan, semua bahan yang diperoleh dikumpulkan dalam tempoh 10 tahun termasuk sejak saya berada di London. "Buku ini mengemukakan satu informasi padat berkenaan alat muzik oud untuk memberi pendedahan dan pengetahuan khusus dalam kaedah pembelajaran serta permainan yang lebih teratur," jelas bapa kepada tiga cahaya mata itu. Merangkumi beberapa bab termasuk sejarah asal, cara pembuatan, gaya permainan dan teori muzik dari Asia Barat, buku itu sesuai untuk dibaca oleh semua penggemar alat muzik unik tersebut. Buku itu telah diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan mula dipasarkan pada Januari lalu. Ia dijual pada harga RM35 senaskhah di Semenanjung Malaysia manakala RM40 bagi Sabah dan Sarawak. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Raja Zulkarnain melalui e-mel di zulkarnainyusof@gmail.com atau laman sosial Facebook di group page Oud: Warisan Seni Dari Timur Tengah. | ||
Posted: 26 May 2013 04:15 PM PDT BARBIE Entertainment baru-baru ini mengeluarkan cakera video digital (DVD) bertajuk Barbie In The Pink Shoes. yang mengisahkan perjalanan hidup seorang penari balet, Kristyn Farraday. Dalam filem itu, watak Kristyn dibawakan oleh Barbie merupakan seorang penari balet yang mempunyai impian besar. Impian Kristyn adalah untuk mementaskan tarian di sebuah pentas besar yang diiktiraf ramai. Suatu hari sekolah tariannya dibawa menyertai satu sesi latihan tarian milik sebuah syarikat tarian terkenal. Ketika itu, Kristyn mendapati kasut baletnya koyak. Kristyn dan rakannya, Hailey menuju ke sebuah pusat beli-belah untuk mendapatkan kasut baharu dan menemui sepasang kasut berwarna merah jambu yang bersinar-sinar di atas rak kasut. Apabila mereka memegang kasut berkenaan, Kristyn dan Hailey telah dibawa ke sebuah dunia magis yang diperintah oleh seorang wanita jahat, Snow Queen. Terjebak dalam dunia itu, Kristyn dan Hailey berubah menjadi penari balet dari Giselle dan Swan Lake. Mereka perlu menari balet bagi menentang kejahatan Snow Queen. Menariknya, mereka turut dibantu oleh seorang lelaki kacak, Prince Siegfried. Dalam pementasan tersebut, Kristyn telah menyarungkan kasut merah jambu yang membawa imej balet Giselle dan Swan Lake. Patung Krisytn yang melalui transformasi dalam kasut merah jambu kini boleh didapati di pasaran. Ia dilengkapi elemen-elemen khas seperti pakaian Kristyn boleh ditukar hanya dengan memusingkan patung tersebut. Selain itu, watak Giselle juga mempunyai keunikan tersendiri terutama dari segi pakaian, warna dan lengkap bertiara. Patung Barbie watak Kristyn boleh didapati pada harga RM89.90 manakala Giselle RM59.90. Watak tambahan, Prince Siefried pula berharga RM54.90. | ||
Sertai peraduan Hari Ibu Nestle Posted: 26 May 2013 04:14 PM PDT BERGELAR ibu merupakan satu pengalaman yang amat indah dan tidak ternilai harganya bagi seorang wanita. Ketika mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak pelbagai pengalaman ditimba seorang ibu. Justeru, sempena sambutan Hari Ibu pada awal bulan ini, Nestle Mom & Me meraikannya dengan menawarkan hadiah-hadiah istimewa khas untuk kaum ibu menerusi Peraduan Facebook Hari Ibu Pertama bersama Nestle Mom & Me. Sama ada anda mahu meraikan ketibaan si comel, ingin meluangkan masa bersama suami tercinta atau menikmati waktu santai bersama sahabat karib, ceritakan hasrat anda dengan tidak melebihi 30 patah perkataan untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat. Dua pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah utama berupa percutian tiga hari dua malam ke Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor, Perak untuk dua orang bernilai RM3,000, manakala empat pemenang hadiah kedua bakal memenangi set produk penjagaan kulit Clarins yang bernilai RM1,000 setiap satu. Selain itu, 10 pemenang sagu hati masing-masing akan membawa pulang set penjagaan sebelum dan selepas bersalin daripada Tanamera bernilai RM360. Peraduan tersebut berlangsung dari 3 Mei sehingga 31 Mei 2013. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nestle Mom & Me di www.facebook.com/NestleMOMme. Bukti pembelian tidak diperlukan untuk menyertai peraduan ini. Sebanyak 500 kisah pertama yang disiarkan di laman Facebook akan menerima satu pek 350 gram susu untuk ibu Nestle Mom & Me secara percuma daripada Nestle Products Sdn. Bhd. Pihak penganjur akan menghubungi setiap pemenang dan penyertaan yang berjaya akan disiarkan di laman Facebook Nestle Mom & Me. Nestle Mom & Me ialah susu formula yang dirumus untuk ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak. | ||
Sharifah Sakinah tak jadi bersara! Posted: 25 May 2013 10:30 PM PDT Biarpun telah memohon maaf, namun 'keberanian' Sakinah untuk terus memuat naik video lain, termasuk video penjelasannya yang dianggap kurang sopan oleh beberapa pihak, dilihat mula 'memakan' dirinya sendiri. Menjelaskan segala salah faham yang timbul, Sakinah berkata, dia hanya mahu menjalani kehidupan seperti biasa. "Selama saya jadi pelakon, saya tak perasan saya ada pengikut sendiri, malah saya tak pernah rasa saya ini adalah artis. Jadi saya hanya buat seperti biasa dan jadi diri sendiri. "Bila saya muat naik video tersebut, barulah saya tahu ada orang yang suka saya, ada orang yang tak suka saya. "Tapi bagi yang tak boleh menerima video tersebut, ingin saya jelaskan, itu adalah Sakinah, itu adalah diri saya. Saya tak mahu bersikap hipokrit hanya kerana mahu orang menyukai saya," ujarnya kepada Zass. Sakinah berkata, dia bersyukur kerana masih ada yang memahami dirinya dan dia juga tidaklah menerima kesan yang panjang daripada apa yang dilakukan. "Bagi orang yang tidak mengetahui saya, saya sememangnya jenis yang gila-gila dan tak boleh duduk diam. Adakala, hanya dengan sebiji pengecas telefon juga boleh menjadi punca untuk saya membahan sesiapa. "Lagipun segala video yang saya buat sebelum ini hanya suka-suka tanpa membabitkan orang lain. "Apa pun saya bersyukur kerana apabila berada di luar, tidak ada pula yang mencemuh saya," katanya. Sakinah berkata, selepas kontroversi ini timbul, dia rasa lucu apabila lebih ramai pula yang mengikutinya. "Bila saya muat naik sesuatu, saya selalu lihat, penyokong saya dan orang yang membenci saya akan bergaduh sesama sendiri. "Biasanya saya baca saja komen mereka untuk mengetahui apa pendapat mereka tentang diri saya," katanya. Ditegur Sharifah Shahira Sakinah berkata, di sebalik kontroversi yang berlaku, dia bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang memahami. Katanya, seperti adik-beradik lain, dia tetap ditegur oleh kakaknya, Sharifah Shahira, namun tidaklah sampai bertegang urat. "Walaupun keluarga turut menerima tempias atas perbuatan saya, tapi mereka tidaklah sampai membuang saya. Mereka masih tegur, tetapi dalam masa yang sama mereka faham macam mana, 'Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar'. "Saya memang sejak kecil nakal dan ini adalah saya. Kakak juga memahami saya, walaupun dia marah dan menegur, tapi masih boleh bergelak-tawa," jelasnya. Tawaran terjejas? Menyentuh mengenai tawaran lakonan pula, Sakinah berkata, buat masa ini tiada tawaran terjejas dan dia sendiri tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dengan pihak produksi. "Walaupun saya ini gila-gila, tetapi bila bab kerja saya profesional. Tidak datang lambat dan saya akan siapkan kerja saya sehingga selesai. "Malah pihak produksi juga memahami dan tidak pernah mempertikaikan apa yang saya lakukan," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod, Gerhana. Sakinah juga mengakui teringin untuk bekerjasama dengan kakaknya sebagai pengacara, namun meletakkan tempoh setahun lagi untuk berbuat demikian. "Saya masih baru, banyak lagi yang saya perlu belajar. Tapi saya memang teringin untuk mengacara bersama Kak Shahira. Mungkin setahun lagi kot," katanya. Ditebak mengenai hasratnya untuk bersara sebelum ini, Sakinah berkata, rasa itu timbul apabila dia merasa tidak layak untuk bergelar artis. Bagaimanapun, dia membuang rasa itu jauh-jauh kerana kecintaannya terhadap bidang seni. | ||
Faezah Elai Tolak Watak Jahat Selepas Bergelar Ibu Posted: 25 May 2013 10:29 PM PDT Pelakon berusia 31 tahun ini berkata, dia tidak mahu melakonkan watak-watak antagonis dan jahat bagi menjaga status sebagai seorang ibu dan menjaga perasaan anak-anaknya. "Kalau boleh saya tidak mahu watak-watak yang jahat, sebarang tawaran yang datang saya akan rujuk dulu kepada suami dan minta pandangan dia. "Saya tidak mahula nanti anak-anak saya akan bertanya tentang watak itu, sekarang anak-anak tiri saya turut tinggal bersama kami," katanya. Tambahnya, selain watak, Faezah turut mengambil berat soal waktu penggambaran yang akan dilakukan tidak terlalu lewat. "Saya beritahu pengarah awal-awal bahawa saya perlu pulang sebelum pukul 11 malam. "Sekarang bukan macam dulu, banyak tanggungjawab dirumah untuk tengok keperluan anak-anak," katanya. Faezah Elai berkahwin dengan Heykal Hanifah, 39, di kediaman keluarganya di Gelugor, Pulau Pinang pada 9 September tahun lalu. Ditanya tentang perancangan menambah cahaya mata, kata pelakon Tanda Putera ini, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian kepada anak pertamanya yang diberi nama Dealova Heyrinna, berusia tiga bulan. "Buat masa ini belum lagi, tunggu dia besar dulu baru fikir untuk yang seterusnya," katanya. Kata Faezah, hidupnya lebih bahagia selepas kelahiran Dealova, biarpun agak kelam-kabut dalam membahagikan masa dan urusan kerjaya. | ||
Chacha Maembong Tidak Cemburu Populariti Kakak Posted: 25 May 2013 10:29 PM PDT Malah, Chacha, 17, berkata, populariti kakaknya menjadi pendorong untuk dia bersaing secara sihat dalam bidang lakonan ini. "Saya tidak pernah rasa cemburu dengan Emma, ini mungkin sudah rezeki dia untuk dikenali. "Malah saya bangga untuk dia, kami saling bantu membantu dalam soal lakonan jika ada yang tidak tahu," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Jelasnya, dia percaya kedua-dua mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan bakat tersendiri dalam bidang ini. "Kami bersaing cara sihat dan tidak pula ada rasa ingin berlawan antara satu sama lain. "Saya percaya kami masing-masing ada bakat tersendiri dan berlainan," katanya. Kata Chacha, dia turut menyimpan harapan untuk berlakon bersama Emma, jika diberi peluang. Tambahnya, Emma banyak memberi nasihat kepadanya terutamanya soal berkaitan cinta dan hubungan. "Emma banyak beri nasihat agar saya tidak salah langkah atau perkara-perkara yang boleh memberi kesan buruk pada saya. "Yerla mungkin dia sudah lebih banyak kali lalui gosip berbanding saya," katanya. | ||
Kisah Fantasi “Mesin Masa Cinta Atuk” Posted: 25 May 2013 10:28 PM PDT Drama komedi fantasi ini dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Norman Hakim, Emelda Rosmila, Roy Azman, Zaidi Omar, Dian P.Ramlee dan Azza Elite. Drama yang berlatar belakangkan era 70-an ini mengisahkan dua orang adik-beradik yang dibesarkan dalam keluarga yang senang, mereka berdua tidak pernah merasa susah. Atas faktor tersebut, ayah mereka telah menghantar mereka berdua pulang ke kampung untuk tinggal bersama dengan datuk. Pelbagai konflik dilalui apabila dua beradik ini Danial dan Farhan telah menyalahgunakan 'mesin masa' iaitu alat ciptaan datuknya yang merupakan bekas saintis . Kedua-dua adik beradik itu akhirnya terperangkap dalam era kegemilangan datuknya apabila mesin masa tersebut tiba-tiba rosak. Dalam pada itu, mereka dapat melihat sendiri bangaimana kehidupan datuk mereka ketika muda dan bercinta dengan nenek mereka. Bagaimanapun selepas mesin itu siap dibaiki, Danial dan Farhan masih tidak mahu pulang dan selesa tinggal di zaman tersebut. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |